Teori Peneguhan Skinner

Embed Size (px)

Citation preview

TEORI PENEGUHAN SKINNERKUMPULAN 1

DISEDIAKAN OLEH : PISMP KAJIAN SOSIAL COHORT 5

KONSEP

SKINNER

Beliau mendapati bahawa setiap tingkah laku yang terjadi merupakan hasil daripada pengaruh sesuatu tindakan tingkah laku yang ditunjukkan.

CIRI CIRI TEORI SKINNER

1. PENUMPUAN KEPADA ELEMEN LUARAN Merupakan peneguhan yang berupaya membentuk tingkah laku murid. Contoh :Ganjaran kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini.

memberikan pujian

2. TEKNIK PENEGUHAN Memberi ganjaran kepada murid yang menunjukkan tingkah laku yang diingini. Teknik ini terbahagi kepada dua :Peneguhan negatif Peneguhan positif

2.1 PENEGUHAN POSITIF Merupakan satu ganjaran yang diberikan kepada pelajar yang meningkatkan tingkah laku yang diingini. Contoh , guru memberikan pujian kepada pelajar yang mendapat markah yang tinggi dalam peperiksaan.

2.2 PENEGUHAN NEGATIF Peneguhan negatif ialah satu tindakan yang diambil dalam meningkatkan tingkah laku yang diingini. Contoh : Guru mengubah kedudukan murid yang berada di barisan belakang ke hadapan bagi meningkatkan tumpuan perhatian murid yang lemah.

3. MEMENUHI KEPERLUAN MOTIVASI Dapat meningkatkan tingkah laku yang diingini. Membina keyakinan murid dalam proses pembelajaran. Murid akan lebih gemar mendapatkan ganjaran daripada ilmu yang diperolehi.

4. MERUPAKAN RANGSANGAN DALAM MEMBENTUK TINGKAH LAKU Peneguhan yang diberikan oleh guru kepada murid sama ada positif dan juga tindakan negatif dapat meingkatkan tingkah laku murid.

APLIKASI TEORI

SKINNER

Aplikasi teori Skinner dalam bilik darjahPemberian peneguhan positif apabila pelajar melakukan sesuatu tingkah laku yang diingini hendaklah secara bersistematik.

Ganjaran yang diberi haruslah bersesuaian dengan umur pelajar. Wujudkan ganjaran mengikut kadar kepayahan tingkah laku yang diingini. Guru perlu herhati-hati apabila memberi peneguhan negatif kepada pelajar kerana dia mungkin akan dianggap sebagai hukuman.

Tingkah laku

peneguhan ( positif/ negatif )

tingkah laku operan diulangi diperkukuh dan dikekalkan

Ulangkaji

prestasi cemerlang

motivasi belajar bertambah

Implikasi teori pelaziman operan Skinner dalam pengajaran dan pembelajaran

sesuatu kemhiran atau teknik yang baru dipelajari hendaklah diberi peneguhan secara berterusan dan diikuti dengan secara berkala supaya kemahiran atau teknik itu dapat dikukuh dan dikekalkan

penggunaan peneguhan positif yang membawa keseronokan adalah lebih berkesan daripada peneguhan negatif yang membawa kesakitan

Prinsip penghapusan melalui proses pelaziman operan adalah sesuai digunakan untuk memodifikasikan tingkah laku pelajar yang tidak diingini misalnya menghentikan peneguhan yang diberikan dahulu sama ada peneguhan positif atau peneguhan negatif

Membantu pelajar menguasai konsep driskriminasi melalui proses pelaziman operan supaya mereka memperoleh ilmu dan kemahiran dengan tepat

Menggunakan prinsip jadual peneguhan Skinner untuk merancang dan melaksanakan peneguhan berterusan dan peneguhan berkala yang berpatutan agar menjamin tingkah laku operan itu dapat dikukuh dan dikekalkan

Kadangkala peneguhan negatif pula sesuai digunakan untuk mendapat tingkah laku yang diingini , misalnya menarik balik pemberian masa rehat jika pelajar tidak mematuhi peraturan atau displin bilik darjah

KEBAIKAN DAN KELEMAHANMurid akan berpuas hati apabila menerima ganjaranPeneguhan dan ganjaran lebih memenuhi keperluan motivasi ekstrinsik iaitu bergantung kepada elemen luaran seperti ganjaran, hadiah, pujian

Kebaikan

KELEMAHANMurid murid mungkin tidak akan menunjukan tingkah laku yang diingini apabila tiada ganjaran yang ditawarkan

Murid lebih teruja untuk mendapatkan hadiah atau pujian berbanding memperoleh pembelajaran

Sesetengah kes penggunaan modifikasi tingkah laku mungkin kurang berkesan kepada pelajar yang lebih dengan atau kepada murid murid yang mempunyai masalh tingkah laku yang serius

Tidak merangkumi cara cara pencegahan masalah tingkah laku tetapi lebih tertumpu kepada pembetulan tingkah laku yang ditunjukan

IMPLIKASI KONSEP

SKINNER

IMPLIKASI TEORI SKINNER Terbahagi kepada 3 bahagian iaitu :SUBJEK

TINGKAHLAKU PELAJAR

TAHAP PELAJAR

SUBJEK

Sesuai

Tidak sesuai

Matematik

Sejarah

Pendidikan Seni

IMPLIKASI : SUBJEK Matematik Hafalan maklumat yang tetap Jawapan yang tetap

Sejarah Hafalan fakta Proses ingat kembali fakta-fakta yang pelbagai

Pendidikan Seni Hanya sesuai digunakan pada peringkat awal (teknik asas) Idea terikat / rigid Tidak menjana kreativiti murid

IMPLIKASI : TAHAP PELAJAR Sesuai digunakan kepada pelajar yang lemah Latihan tubi Hafalan

Pelajar bekeperluan khas Memerlukan pembentukan teknik asas yang berulang kali Proses berulang kali membantu pelajar ini lebih mengingati

Umur Pelajar Ganjaran hendaklah bersesuaian dengan umur Latarbelakang pelajar juga harus diambilkira

IMPLIKASI : TINGKAH LAKU PELAJAR Sesuai digunakan bagi pelajar yang mempunyai masalah tingkah laku Mampu memberi motivasi kepada mereka melalui peneguhan positif.

KAJIAN KES BERDASARKAN TEORI

SKINNER

KAJIAN KES : PENGENALAN KES

Sesi sekolah bagi tahun ini baru sahaja bermula tidak sampai beberapa bulan tetapi sudah ada beberapa kes masalah disiplin pelajar. Difahamkan seramai lebih 3,500 orang pelajar telah dibuang sekolah pada tahun lepas dan lebih 7,500 orang pelajar lagi telah digantung persekolahan mereka di seluruh negara. Sebahagian besar daripada yang dibuang sekolah ini adalah mereka yang terlibat dengan kesalahan ponteng sekolah.

KAJIAN KES : PENGENALAN KES Ponteng adalah istilah yang digunakan bagi merujuk kepada apa jua kegagalan menghadiri kelas di sekolah secara sengaja tanpa alasan yang munasabah. Ponteng juga merujuk kepada pelajar yang menghadiri sekolah tetapi tidak menghadiri kelas, sama ada salah satu kelas, beberapa kelas ataupun kesemua kelas dalam satu-satu hari.

KAJIAN KES :PUNCA GEJALA PONTENG KELAS Pengaruh rakan sebaya Persekitaran sekolah yang kurang kondusif serta dibebani tekanan, umpamanya guru yang terlalu garang Murid mempunyai masalah peribadi dengan guru

Tidak mempunyai minat dalam subjek yang berkaitan Guru subjek berkenaan tidak mempunyai kepelbagaian dalam proses pengajaran

KAJIAN KES : CARA MENGATASI Guru perlu menganalisa tingkah laku muridmurid Guru perlu mengubah kaedah pengajaran Mempelbagaikan kaedah pengajaran Menggunakan alat bantu mengajar Menyediakan aktiviti yang bersesuaian dengan murid

Guru perlu menggunakan peneguhan dalam kelas Menyediakan ganjaran yang setimpal dengan usaha murid Hadiah Ganjaran Motivasi Sentuhan Kata-kata perangsang

Jika peneguhan positif tidak berkesan, maka peneguhan negatif akan digunakan Juga boleh menggunakan sistem token Setiap kedatangan murid akan diambil kira dan dicatatkan dengan token kedatangan

RUMUSAN TENTANG KONSEP

SKINNER

Teori pembelajaran secara amnya adalah merupakan satu teori yang memfokuskan kepada penerangan dan penjelasan tentang bagaimana proses pembelajaran itu berlaku dalam diri seseorang. Dalam erti kata lain, ia menjelaskan bagaimana proses sesuatu perubahan tingkah laku itu boleh berlaku di dalam diri seseorang.

Proses peneguhan dalam teori ini terbahagi kepada lima: i) Peneguhan positif. ii) Peneguhan negatif. iii) Dendaan:- dendaan persembahan - dendaan penyingkiran iv) Prinsip Premack. v) pelupusan

Kelebihan

Guru dapat menunjukkan rasa penghargaan kepada murid apabila murid menunjukkan tingkah laku yang diingini. Guru dapat mempelbagaikan kaedah mengajar.

Murid berkemungkinan menjadi kurang memahami tentang disiplin. Mengakibatkan tujuan murid berubah kepada ingin memperoleh ganjaran Kelemahan daripada memperolehi ilmu.

Teori ini kurang berkesan untuk guru aplikasikan di dalam kelas kerana: - kurang memberi keberkesanan dalam usaha untuk mengurangkan masalah tingkah laku. - kurang berkesan terhadap murid yang lebih dewasa atau murid yang mempunyai masalah tingkah laku yang serius. - tidak membicarakan tentang cara mencegah masalah tingkah laku tetapi lebih ke arah perubahan tingkah laku yang ditunjukkan.