Model Integrasi Organisasi Kolejial Dengan Kepimpinan Tranformasional

  • Upload
    aqajim

  • View
    91

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Model Integrasi Organisasi Kolegial dengan Kepimpinan Tranformasional, Penyertaan dan Interpersonal Model Kolegial boleh dimaksudkan kuasa memiliki dan memberikan kuasa sama di antara rakan-rakan. Kuasa adalah diperuntukkan kpd sesetengah atau semua ahli dlm organisasi, yang mereka dianggap mempunyai sama dari segi persefahaman, tujuan dan objektif organisasi tersebut. Model kepimpinan yang sesuai diintegrasi dalam Model Kolegial ini ialah Kepimpinan Penyertaan, Transformasional dan Interpersonal.

KEPIMPINAN PENYERTAAN Kepimpinan penyertaan lebih cenderung kepada bentuk kepimpinan terbuka. Pemimpin sama ada menyediakan maklumat bagi menyelesaikan masalah atau bertanyakan staf cadangan penyelesaian. Andaian ini adalah berasaskan kepada 3 kriteria, iaitu: a) Penyertaan bersama akan menambah keberkesanan pengurusan aktiviti sekolah. b) Penyertaan adalah diwajarkan dengan prinsip demokrasi. c) Guru-guru sekolah mempunyai potensi kepimpinan. Mengikut kajian, ahli-ahli dalam organisasi lebih sudi menerima dan melaksanakan projek atau aktiviti yang mereka bersamasama membuat keputusan.

KEPIMPINAN TRANSFORMASI Kepimpinan transformasi mengandaikan bahawa pemimpin mempunyai nilai pandangan dan kepentingan yang sama. Leithwood(1994) mengkonsepkan kepimpinan transformasional di bawah 8 dimensi iaitu:

Kepimpinan transformasional adalah dirujuk sebagai proses yang memberi inspirasi perubahan dan menurun kuasa kepada stafnya dengan tujuan mencapai prestasi dengan lebih cemerlang. Kepimpinan transformasi memfokuskan motivasi dalaman ke peringkat tinggi serta dedikasi yang penuh. Kepimpinan transformasi boleh dihayati daripad a 4 stail transformasi, iaitu:

Untuk mencapai prestasi yang cemerlang dalam aktiviti kokurikulum, Guru Besar/Pengetua haruslah menunjukkan keyakinan diri, menggalakkan guru-gurunya memainkan peranan agen perubahan yang berkesan serta memupuk semangat kerjasama supaya bekerja sepasukan. KEPIMPINAN INTERPERSONAL Kepimpinan interpersonal dikaitkan dengan Model Kolegial kerana ia menegaskan kepentingan kolaborasi dan hubungan interpersonal di antara ahli-ahli organisasi. Mengikut kajian, kepimpinan interpersonal membawa persefahaman antara Guru Penasihat dengan ahli-ahli unit kokurikulum. Persefahaman ini akan membawa respons yang berkesan terhadap keperluan individu dan keperluan penyempurnaan kendiri.

Dalam hal ini, kepimpinan interpersonal memerlukan pemimpin menguasai kemahiran komunikasi interpersonal serta kecerdasan emosi yang matang. Kepimpinan interpersonal yang berkesan boleh dihayati dalam situasi yang mana ahli-ahli sekolah bekerja sama sebagai satu pasukan dan berkeyakinan mendapat sokongan dan bimbingan daripada pemimpin mereka.

2. Model Integrasi Organisasi Politik dengan Kepimpinan Transaksional Model Politikal mengandaikan bahawa polisi sesebuah organisasi dan keputusan dibuat adalah hasil proses rundingan dan tawarmenawar. Kumpulan-kumpulan organisasi yg berkenaan bersekutu bersamasama dgn tujuan mencapai objektif polisi khusus. Ciri utama model politikal ini ialah kuasa pemimpin organisasi digantikan oleh kumpulan-kumpulan bersekutu yg dominan, dan konflik menjadi fenomena biasa di antara kumpulan dlm organisasi ini.

Di peringkat sekolah, fenomena konflik boleh berlaku di antara kumupulan guru akademik dgn staf bukan akademik, kumpulan penasihat kelab dan persatuan dgn kumpulan penasihat sukan dan permainan, dan sebagainya. MODEL KEPIMPINAN INSTRUKSIONAL Memfokuskan pengaruh yang berarah dan bukan sifat dan sumbernya. Merupakan pendekatan yang tak kurang pentingnya, memandangkan keutamaan pengurusan pengajaran dan pembelajaran sebagai aktiviti-aktiviti teras dalam sekolah semakin bertambah.

Hasil kajian Southworth(2002) menunjukkan terdapat 3 strategi kepimpinan instruksional dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yg paling berkesan, iaitu: Percontohan (modelling) Memerhati dan mengawal (monitoring) Dialog dan perbincangan profesional. Guru sebagai pemimpin murid, yang mengamalkan sifat kepimpinan demokratik, akan meniggalkan kesan berikut ke atas interaksi di antara guru dengan murid-murid. Murid-murid cergas bertindak balas terhadap segala aktiviti tunjuk ajar guru. Interaksi di antara murid dgn murid dapat digalakkan. Murid-murid melibatkan diri secara aktif dan bekerjasama dlm segala aktiviti kumpulan.

Di bawah kepimpinan guru yang bersifat demokratik, suasana sosioekonomi dapat dipertingkatkan. Hubungan guru dengan murid-murid menjadi mesra. Murid-murid tak takut bertanya atau mengemukakan pendapat mereka. Di bawah situasi ini, keberkesanan pembelajaran dapat dipertingkatkan dan semangat kerjasama dan sikap toleransi dpt dipupuk dengan baik. Kepimpinan laissez-faire membawa maksud kebebasan diberi kepada aktiviti pendidikan dijalankan tanpa kawalan.

Di dalam aktivti kokurikulum, guru penasihat yang mengamalkan sifat kepimpinan laissez-faire akan meninggalkan kesan berikut ke atas interaksi antara guru dgn murid-murid:Interaksi antara murid dgn murid meningkat kerana mereka diberi kebebasan sepenuhnya dalam apa sahaja aktiviti.

Interaksi antara guru dgn murid2 adalah kurang kerana guru yang mengamalkan sifat kepimpinan laissez faire kurang mengambil inisisatif melibatkan diri secara aktif dalam aktivti kokurikulum.

Di bawah kepimpinan guru yang bersifat laissez faire, suasana sosioemosi dikatakan menarik. Hubungan antara murid lebih rapat dan mesra. Bagaimanapun, hubungan guru dengan murid kurang baik kerana murid tidak digalakkan berbincang dgn guru. Interaksi yang terlalu bebas boleh menimbulkan masalah disiplin yang akan menjejaskan keberkesanan aktiviti.

Antara 3 jenis kepimpinan guru, kepimpinan bercorak demokratik merupakan jenis kepimpinan yang sesuai sekali digunakan di sekolah rendah atau menengah. Ini keranan kepimpinan demokratik akan meningkatkan interaksi yg positif di antara guru dgn murid-muridnya. Peningkatan interaksi dua hala ini akan membawa suasana sosioemosi kepada iklim persekolahan yang kondusif untuk segala aktiviti pendidikan yg akan menuju ke arah merealisasikan aspirasinya.