50995421 Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita

Embed Size (px)

Citation preview

TAJUKKEPIMPINAN GURU BESAR WANITA YANG BERKESANOLEH ZALIAZUAR ABD RAHMAN

PENGENALAN

Menjelang tahun 2020, Malaysia dijangka mencapai status negara maju yang menumpukan kepada pembangunan industri yang berteknologi tinggi. Memandangkan keperluan pendidikan adalah teras utama untuk menyokong usaha tersebut, Kementerian Pelajaran Malaysia telah mengorak langkah membuat anjakan pradigma kepada budaya berasaskan ilmu di sekolahsekolah. Sebagai contoh, PIPP adalah satu usaha yang memerlukan komitmen semua pihak termasuklah guru besar dan guru-guru di sekolah.

Definisi PEMIMPIN

Orang yang berupaya mempengaruhi atau mengajak ahli-ahli organisasi supaya bersetuju ahlidengan rela hati melaksanakan kerja-kerja kerjaorganisasi dengan cekap dan berkesan dari definisi kepimpinan: Proses mempengaruhi kepimpinan: aktivitiaktiviti-aktiviti sekumpulan orang dalam organisasi ke arah penentuan dan pencapaian matlamat organisasi (Stodgill, 1958). 1958)Aktiviti mempengaruhi orang supaya mereka berusaha secara sukarela ke arah mencapai matlamat kumpulan (Terry, 1960). 1960)

Definisi GAYA

(Mengikut Kamus Dewan (1992), gaya ialah stail atau cara melakukan sesuatu (mengarang, bercakap dan lain-lain). lainAinon (2005) menyatakan gaya kepimpinan merupakan cara seseorang itu berfikir, sikapnya dan tingkah lakunya. Aminuddin (1994) merujuk gaya kepimpinan kepada ketekalan matlamat dan keperluan dalam situasi-situasi yang berbeza. situasi-

Definisi GAYA

Satu struktur kemahuan yang terselindung dalam diri pemimpin dan mempengaruhi gelagatnya dalam berbagai-bagai suasana berbagaikepimpinan. Jadi, stail kepimpinan merujuk kepada keseragaman matlamat dan kemahuan pemimpin dalam suasana berlainan. berlainan. ( Fiedler dalam Razali Mat Zin, 1996) Gaya kepemimpinan seorang pengetua boleh membawa kepada pencapaian hasil utama organisasi. Gaya tersebut juga mampu mempengaruhi perubahan besar dalam organisasi serta membentuk komitmen ahlinya untuk mencapai misi, matlamat dan strategi organisasi (Chan, 2004). Merujuk kepada kajian ini, gaya merupakan perlakuan, stail, cara atau orientasi kepimpinan pengetua dalam mengurus, memimpin dan mentadbir sekolah ke arah mencapai matlamat, visi dan misi sekolah.

Definisi KEPIMPINAN

(Merton, 1969) mendefinisikan kepimpinan sebagai satu hubungan interpersonal di mana ahli-ahlinya menyetujui permintaan pemimpin tanpa paksaan. (Kotter, 1990) menyarankan kepimpinan menggerakkan individu untuk bertindak tanpa paksaan. (Campbell, 1991) melihat kepimpinan sebagai tindakan memfokuskan sumber (manusia) untuk merekacipta peluangpeluang yang dikehendaki. (Fiedler & Chemers, 1984) mendefinisikan kepimpinan berdasarkan fungsi pemimpin yang melibatkan pemberian motivasi, arah tuju dan bimbingan kepada pekerjanya untuk menyelesaikan sesuatu masalah

Kepimpinan Guru Besar Dalam Konteks Pendidikan

Edmonds (1978), dalam Hussien (1997), menyatakan principals can make a difference yang bermaksud bahawa sesebuah sekolah itu boleh dimajukan dan kemajuan sekolah berpunca daripada kepimpinan pengetua.

Guru besar yang cemerlang mampu mengubah tabiat semua sumber di bawah kawalannya, bukan sahaja pelajar atau staf pejabat, malah semua guru-gurunya dari guruyang tidak berdisiplin kepada berdisiplin dan dari yang tidak berdedikasi kepada berdedikasi. Pendek kata semua nilai-nilai negatif dari segi tindakan, sikap dan nilaiandaianandaian-andaian perangkap minda (mind trap) yang merupakan penghalang kepada sebuah kejayaan akan mampu dipositifkan demi mencapai sebuah kejayaan yang cemerlang, gemilang dan terbilang.

Kualiti kepimpinan yang tinggi adalah sangat diperlukan untuk mengurus dan mentadbir sekolah bagi melahirkan generasi berkualiti (Musa 2002). Kepimpinan guru besar menjadi penting kerana beliau merupakan orang yang diharapkan dapat menentukan arah tuju sekolah, menyediakan garis panduan dan bimbingan, menjelaskan peranan dan prosedur kerja, memotivasi dan memberi inspirasi kepada guru-guru dan murid-murid di samping gurumuridmenyediakan sumber dan sokongan serta menilai dan mengambil tindakan susulan serta melakukan perubahan-perubahan yang perubahandiperlukan oleh organisasi (Sergiovanni 2001; Ubben, Hughes & Noris 2001; Bush 2003; Bush & Middlewood 2005)

Pentadbiran dan pengurusan di peringkat sekolah boleh menyebabkan jatuh bangunnya sesebuah sekolah kerana ia bergantung kepada pucuk kepimpinan iaitu pengetua yang membawa sekolah ke arah kejayaan (Ibrahim Ahmad Bajunid 2000). SekolahSekolah-sekolah yang mencapai kejayaan yang tinggi dalam bidang akademik dipimpin oleh pengetua yang mempunyai sifat -sifat kepemimpinan yang berkesan (Atan Long et al. 1990, Dunford et al. 2000; Shahril al. 2000)

Saya belum pernah melihat sekolah yang maju ditadbir oleh pengetua yang lemah, atau sekolah yang mundur ditadbir oleh pengetua yang cekap. Saya pernah melihat sekolah -sekolah yang mundur berjaya dimajukan, dan yang menyedihkan, ada sekolah -sekolah yang maju merosot dengan mendadak. Dalam setiap kes, jatuh bangun sesebuah sekolah adalah kerana kualiti pengetuanya. (Davis & Thomas 1989)

Pemimpin yang berkesan mestilah memiliki ciriciriciri akauntabiliti dan kredibiliti dalam semua semu tindaktindak-tanduknya di sekolah. Edmund R. Murrow menyatakan: " To be persuasive, we must be believable; to be believable, we must be credible; to be credible, we must be truthful." Orang yang tidak berkata benar, tanda hatinya tidak ikhlas; juga tandanya seorang yang tidak dapat dipercayai tida dan tidak ada kredibiliti dan akuntabilti.

Kredibiliti pemimpin adalah merujuk kepada empat ciri utama iaitu ; a. Kejujuran b. Berpandangan ke Hadapan c. Inspirasi d. Kompeten

Efikasi kendiri pula merupakan komponen yang juga penting kerana pemimpin yang mempunyai efikasi kendiri yang tinggi iaitu yang mempunyai kepercayaan serta keyakinan terhadap kebolehannya sendiri akan dapat melaksanakan tugas dengan penuh kecekalan serta sentiasa mengukur dan menilai setiap tugasnya berbanding dengan individu yang mempunyai efikasi kendiri yang rendah (Wood & Bandura 1989).

SEKOLAH BERKESAN DAN GURU BESAR BERKESAN 1. 2. 3. 4. 5. 6. 7. 8. 9. 10.

ciriciri-ciri sekolah yang berkesan Kepimpinan yang profesional Berwawasan dan mempunyai matlamat bersama Mempunyai persekitaran yang menggalakkan pembelajaran Pengajaran yang bermatlamat Memberi penghargaan dan mempunyai hasrat yang tinggi Memberi pengukuhan Membuat pemantauan Memberi tanggungjawab kepada murid-murid muridWujud perkongsian rumah-sekolah rumahSekolah sebagai organisasi pembelajaran

GAYA KEPIMPINAN

AUTOKRATIK LESSELESSE-FAIRE DEMOKRATIK TRANSFORMASI SITUASI INSTRUKSIONAL GAYA KEPIMPINAN LELAKI DIMANFAATKAN WANITA

AUTOKRATIK

Ciri-ciri kepimpinan autokratik Ciri

Menggunakan sumber kuasa formal. Membuat semua keputusan, mengeluarkan arahan dan memastikan arahan dipatuhi. Pemimpin berkuasa sepenuhnya dan memegang tanggung jawab ke atas segala hal yang berkaitan dengan organisasi. Berkomunikasi secara satu hala ( atas ke bawah ). Banyak menggunakan ugutan dan hukuman. Gaya kepimpinan Teori X.

Kesesuaian gaya autokratik adalah sama dengan Teori X

LESSELESSE-FAIRE

CiriCiri-Ciri Kepimpinan Laissez Faire Pengikut merupakan golongan profesional yang mempunyai kemahiran dan pengetahuan yang tinggi. Pengurus bertindak sebagai jurutunjuk atau pemudahcara kepada pekerja dan pekerja dibenarkan membuat keputusan. Pemimpin memberi kebebasan kepada subordinat untuk membuat keputusan dan bertindak Subordinat menggunakan kemahiran dan pertimbangan dalam menyelesaikan sesuatu masalah Subordinat akan membuat keputusan berdasarkan lingkungan had-had hadtertentu yang dibenarkan untuk mencapai matlamat kerja Gaya ini dilaksanakan apabila para pekerja bermotivasi tinggi, berpengalaman, berpengetahuan dan berkemahiran dalam kerjayanya

DEMOKRATIK

penglibatan bersama dalam membuat keputusan staf akan merasa dihargai Mempunyai hubungan baik dengan orang bawahan Menggalakkan pengikut meningkatkan daya kreatif, daya pengeluaran dan kepuasan seseorang tanpa mengecewakan orang lain

TRANSFORMASIONAL

Teori Kepimpinan Transformational ini juga dikenali sebagai Kepimpinan Karismatik (Max Weber,1968), Kepimpinan Inspirational atau Institutional (Hunsaker, 1986). Asas kepada teori ini adalah pemimpin-pemimpin mengilhamkan pemimpinatau menginspirasikan para pengikutnya untuk mengenalpasti minat mereka dan melihat ke arah tujuan yang berfokus atau berpusat.

Pemimpin Transformasi melalui empat gaya tranformasi, iaitu: Meransang secara intelek. Keunggulan gelagat (karisma) Motivasi yang berinspirasi Menumpu kepada setiap individu

Enam dimensi kepimpinan yang diutarakan oleh Leithwood & Jantzi (1997)

Pembentukan stuktur pemuafakatan dalam membuat keputusan Memberikan sokongan secara individu Menjangkakan hasil kerja yang terbaik pengharapannya untuk melihat kecemerlangan, kualiti dan hasil kerja yang terbaik dan guruguruguru.

Pembentukan visi dan matlamat Menonjolkan amalan profession yang baik Menunjukkan tingkah-laku yang boleh dicontohi oleh tingkahguruguru-guru dan menunjukkan sikap keterbukaan Menyediakan ransangan intelektual - mencabar guruguruguru supaya mengkaji semula andaian-andaian tentang andaiantugastugas-tugas mereka dan berfikir semula bagaimana tugastugas-tugas tersebut boleh atau sepatutnya dilakukan.

KEPIMPINAN SITUASI

Pemimpin mempelbagaikan stail kepimpinan mengikut kemahiran atau kemampuan dan kesungguhan pengikut dalam organisasi Seorang pemimpin yang berkesan adalah seorang pemimpin yang dapat mengubah gaya kepimpinannnya mengikut situasi yang berbeza

1969 Paul Hersay dan Ken Blanchard, telah membangunkan model kepimpinan situasi berteraskan kepada dua konsep iaitu gaya atau stail kepimpinan dan tahap perkembangan pengikut.. Stail kepimpinan yang diutarakan dalam model ini ialah Telling (Directing), Selling (Coaching), Participating (Supporting), dan Delegating

KajianKajian-kajian Highsmith dan Rallis (1986) mendapati pengetua perempuan lebih banyak menumpukan masa mereka kepada aktiviti instruksional berbanding dengan pengetua lelaki seperti : 1.Isu kurikulum 2.Tumpuan kepada guru 3.Penglibatan ibubapa 4.Pembangunan Staf 5.Perancangan strategik secara kolaboratif 6.Pembangunan komuniti

INSTRUKSIONAL

kepimpinan instruksional adalah gabungan penyeliaan, pembangunan staf dan perkembangan kurikulum. Glickman(1985) Pemimpin Instruksional iaitu : 1. Sebagai pembimbing kepada guru 2. Membangunkan kelompok 3. Mengerakkan perkembangan staf 4. Membangunkan kurikulum 5. Menggerakkan kajian tindakan.

GAYA KEPIMPINAN LELAKI YANG DAPAT DIMANFAATKAN OLEH WANITA1.Pemimpin lelaki lebih bersikap terbuka dan berkongsi kebolehan dan kemahiran bersama daripada bersaing antara satu sama lain.

2. Pemimpin lelaki mengamalkan tingkah laku yang tidak dipengaruhi oleh emosi dan perasaan dan dapat menerima pendapat orang lain yang lebih baik.

3. Pemimpin lelaki tidak bersikap cerewet dan terlalu teliti terutama dalam hal-hal yang kecil. hal4. Pemimpin lelaki menggunakan unsur humor dalam menyatakan pernyataan yang serius dan mudah diingati oleh orang bawahan serta berani menanggung risiko.

6. Kebolehan dan keupayaan untuk menerima kejayaan atau kegagalan dalam melaksanakan tugas tanpa merasai sebagai kejayaan atau kegagalan individu. individu. Lelaki lebih fokus kepada tugas, mempunyai kesan yang nyata dan terus terhadap pengikut 7. Tidak mudah berputus asa dan mudah mengalah serta mempunyai pendirian dan pendapat yang sendiri. sendiri.

8. Mempunyai sifat keusahawan seperti kreatif, berdaya saing, tidak mudah mengalah, bertanggungjawab dan sebagainya. sebagainya. 9. Belajar dari kesilapan dan kesalahan dilakukan dan sentiasa meningkatkan kemahiran dan pengetahuan yang baru. baru.

10. 10. Tidak mudah melenting, marah, emosional , tenang menghadapi suasana genting dan membuat keputusan tidak berasaskanberasaskan-emosi 11. 11. Lelaki mempunyai kebolehan menyelesaikan masalah dan gangguan secara efektif dengan lebih analitis, memerintah dan sistematik. sistematik.

12. 12. Mempunyai personaliti kepimpinan yang boleh membina komuniti yang dipimpin dan dapat membina iklim dan persekitaran sekolah yang kondusif. Personaliti yang mulia dan kondusif. dihormati dengan perwatakan mesra dan mempunyai ketegasan yang bertempat. bertempat. Kapasiti minda yang tinggi iaitu berilmu-danberilmu-danintelek 13. 13. Boleh berkongsi masalah serta mendengar secara empati dan tidak mudah dipengaruhi oleh masalah-masalah pekerja. masalahpekerja.

WANITA SEBAGAI PEMIMPIN

Sejak zaman dahulu lagi, kewibawaan wanita sebagai pemimpin sememangnya sudah kelihatan. Walaupun wanita sering dibayangi oleh cara dan kepimpinan lelaki, namun perlu kita akui yang golongan wanita juga mampu membuktikan kebolehan mereka mentadbir sama seperti lelaki.

Wanita sekarang..

Contohnya, kumpulan pengetua pertama yang dilantik sebagai Pengetua Cemerlang pada Gred Jawatan Utama Sektor Awam (Jusa) C yang menerima watikah pelantikan daripada mantan Menteri Pelajaran, Datuk Hishammuddin Hussein, di Pusat konvensyen Putrajaya, adalah wanita. Mereka ialah Pengetua Kolej Tunku Khursiah, Seremban, Rokiah Alias, 55; Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Haji Mohd Said, Seremban, Khuzaimah Sulaiman, 53; Pengetua SMK Putrajaya, Che Manis Ismail, 53; Pengetua SM Seri Puteri, Cyberjaya, Tengku Azuan Tengku Mohamed, 53 dan Pengarah Maktab Perguruan Sandakan, Sabah, Mary Yap Kain Ching, 53 (Berita harian, 2005).

SEJARAH WANITA

Roose(1963:292) berkata bahawa kebanyakan ibubapa Melayu akan memberhentikan anak perempuan mereka dari sekolah selepas beberapa tahun belajar kerana takut anak perempuan mereka menjadi "anak dara tua" dan tidak berkemungkinan untuk mendapat suami yang baik Gerhold (1971: 72) menyebut bahawa ini kerana pada anggapan mereka, seseorang anak perempuan yang terpelajar akan meningkatkan lagi martabat bapa dan keluarganya memandangkan yang ia akan mendapat pasangan hidup daripada golongan yang baik-baik baik-

SEJARAH KEPIMPINAN WANITAZainun Munshi Sulaiman atau lebih dikenali sebagai Ibu Zain Pada tahun 1921, beliau berhijrah ke Muar untuk berkhidmat di Sekolah Perempuan Bandar Maharani. Tahun 1924, beliau dilantik menjadi Guru Besar sekolah yang sama. Ibu Zain turut aktif dalam bidang politik. Beliau dilantik sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri Johor mewakili parti UMNO pada tahun 1948. Pada tahun yang sama (1963) beliau dilantik sebagai Pengetua Kolej Puteri Tuanku Ampuan Mariam

SEJARAH KEPIMPINAN WANITAYang Hormat Dato Nik Faizah Mustapha memulakan kariernya sebagai Guru Siswazah di Sekolah Menengah Zainab, Kota Bharu, Kelantan pada tahun 1966. Sepanjang tempoh 31 tahun perkhidmatan beliau di Kementerian Pelajaran Malaysia, beliau pernah berkhidmat sebagai Pengetua di Sekolah Menengah Kebangsaan Kampung Baru, Kuala Lumpur (1972 1975), di Pusat Perkembangan Kurikulum (1975 1987), Timbalan Pengarah II Lembaga Peperiksaan (1987 1990), Pengetua Maktab Perguruan Ilmu Khas (1990 1993), Timbalan Pengarah I Bahagian Pendidikan Guru (1993) dan Ketua Nazir Sekolah,-Jemaah-NazirMalaysia-(19931997).

SEJARAH KEPIMPINAN WANITABermula sebagai pemimpin Pandu Puteri dengan pangkat Leftenan pada tahun 1955, beliau seterusnya dinaikkan kepada pangkat Kapten (1956), Pesuruhjaya Daerah Petaling (1960), Ketua Unit Renjer Puteri 1 Zon Pudu (1960), Penolong Pesuruhjaya Negeri Selangor (1963) dan Pesuruhjaya Negeri Wilayah Persekutuan bermula tahun 1988

SEJARAH KEPIMPINAN WANITApada tahun 1996 dilantik sebagai Pengetua Kolej Tunku Kursiah, Seremban Pada tahun 1970, Dato Asiah mula bertugas di Kementerian Pendidikan sebagai Timbalan Pengarah Latihan Guru Pada tahun 1974 apabila Kementerian Pendidikan menubuhkan Pusat Perkembangan Kurikulum (PPK) beliau dilantik menjadi pengarahnya yang pertama.

KEPIMPINAN WANITA DI SEKOLAH

Kini, senario yang wujud dalam profesion perguruan di Malaysia adalah bilangan guru wanita dan guru besar wanita telah melebihi jumlah guru lelaki dan guru besar lelaki. Ini adalah kerana pemilihan guru besar tidak hanya berdasarkan jantina, sebaliknya perlu berlandaskan kriteria seperti kemampuan, kekananan, pengalaman dan tahap keilmuan (Harvey & Donaldson 2003).

KEPIMPINAN WANITA DI SEKOLAH

Sering dikatakan guru besar atau pengetua wanita di sesebuah sekolah selalunya menghadapi dualisma dalam bebanan tugas, iaitu sebagai guru besar di sekolah dan menghadapi tugas dan tanggungjawab mengurus rumah tangga (Langer & Boris-Schacter Boris2003)

KEPIMPINAN WANITA DI SEKOLAH

Di samping itu, guru besar wanita juga berhadapan dengan cabaran peribadi, iaitu ekspetasi masyarakat terhadap pemimpin wanita yang sentiasa dikaitkan dengan sifat penyayang (Langer & Boris-Schacter 2003) Boris-

KEPIMPINAN WANITA DI SEKOLAH

bukan mudah bagi guru besar wanita untuk memberi arahan kepada kakitangan atau staf di bawah pimpinannya supaya mereka dengan sukarela dan rasa tanggungjawab dalam melakukan tugas yang telah diarahkan (Kochan, Spencer & Mathews 2000).

KEPIMPINAN WANITA DI SEKOLAH

Baron (1987) dalam kajiannya mendapati beberapa alasan yang diutarakan oleh lelaki kerana tidak mahu menerima wanita sebagai ketua adalah seperti berikut: 1) wanita tidak begitu yakin 2) wanita mempunyai kurang pengaruh atau kuasa 3) wanita kurang bijak berurusan 4) wanita kadang-kadang terlalu mendesak. kadang-

KEPIMPINAN WANITA DI SEKOLAH

Kepimpinan yang berkesan meliputi memiliki pengetahuan yang meluas dalam aspek pengurusan sekolah. Ini termasuklah pengurusan pejabat, pengurusan kurikulum, perkembangan kakitangan, motivasi kepada guru-guru, pelajargurupelajarpelajar dan kakitangan sekolah, hubungan dengan luar sekolah serta berusaha meningkatkan prestasi sekolah (Kementerian Pendidikan Malaysia 1990).

KEPIMPINAN WANITA DI SEKOLAH

Menurut Hersey dan Blanchard (1977), situasi sesebuah tempat dan cabarannya mempengaruhi gaya kepimpinan dan prioriti yang ditetapkan oleh pemimpin. Gaya kepimpinan guru besar amat penting dalam menentukan kejayaan sesebuah sekolah.

Dapatan Kajian Gaya Kepimpinan Pengetua Wanita di England dan Wales

Gaya kepimpinan Kolaboratif -38.5% Gaya Kepimpinan Memusatkan Subordinat-23.8% SubordinatGaya Kepimpinan Autokratik-14.9% AutokratikGaya Kepimpinan Berkesan-11.7% BerkesanGaya Kepimpinan Nilai-11.1% Nilai(Marianne Coleman 1996)

SOROTAN LITERATUR -JANTINA DAN KEPIMPINAN

Menurut kajian-kajian yang telah dijalankan, kajianjantina dan kelakuan kepimpinan menunjukkan perbezaan (e.g Carless,1998; Druskat,1994; Helgeson, 1990; Rosener, 1990; Thacker,1995) dan ada yang tidak menunjukkan perbezaan langsung(e.g Bartol&Martin, 1986; Bass&Stogdill, 1990; Nieva&Gutek, 1981; Van Engen, Van Der Leeden & Wllemsen, 2001).

Pemboleh ubah demografi seperti jantina, umur dan kelulusan digunakan untuk mengenalpasti kelakuan termasuk keberkesanan (Eagly, Karau & Makhijani, 1995; Thompson,2000), jenis komunikasi (Kirtley & Weaver,1999), proses membuat keputusan(Ganzel,1999; Radecki & Jaccard,1996), produktiviti (Kovar & Overdorf, 1995), penglibatan(Itzhaky & York, 2000), jenis konflik (Chusmir & Mills,1989), pencapaian (Blank & Levesque,1993) dan kuasa (Jenkins, 2000; Lips, 2000

Menurut Ragins (1991) pemimpin lelaki dan wanita dinilai oleh orang bawahan tidak berdasarkan jantina tetapi berdasarkan kuasa mereka. Jika dibandingkan kepimpinan lelaki dan wanita, lelaki dilihat lebih agresif, bercita-cita tinggi, berdaya saing bercitadan mmapu memenuhi kehendak pelanggan sedangkan wanita dilihat seorang yang penuh dengan kasih saying, lemahlemah-lembut, setia dan lebih mesra (Bern, 1987), serta lebih sesuai menjadi pengikut.

Guru besar lelaki lebih gemar menggunakan kepimpinan autokratik dan memberi arahan secara terus berbanding wanita manakala didapati guru besar wanita cenderung kepada kepimpinan interpersonal (Eagly & Johnson, 1990).

KajianKajian-kajian yang dijalankan berkaitan jantina dan kepimpinan kebiasaannya menjadikan gaya lelaki sebagai piawaian dalam pengukuran kelakuan kepimpinan (Chliwniak, 1997). Belum ada kepimpinan wanita yang dikaji dijadikan piawai dalam bidang kepimpinan.

Lelaki lebih dikenali sebagai pemimpin yang berkesan dan wanita kebiasaannya memanfaatkan gaya dan kelakuan kepimpinan lelaki dalam pentadbirannya (Acker,1989 ; Gutek, 1985). Komplikasinya, wanita dijangkakan akan menjadi seorang pemimpin yang secara semulajadi (autokratik dan berkeyakinan tinggi) dan lebih kewanitaan (peramah, baik hati dan bertimbang rasa). Walaubagaimanapun, semakin wanita berkuasa sebagai pemimpin, prejudis kepada golongan wanita akan bertambah hebat (Eagly, Makhinjani,& Klonsky, 1992).

Taktik mempengaruhi (tactic influence) orang bawahan adalah berbeza di antara pemimpin lelaki dan wanita (Carli, 1999). Eagly (1992) menyatakan wanita adalah kurang efektif berbanding lelaki dalam memberi arahan. Kajian lain (Burgoon, Dillard & Doran, 1983) membuktikan pekerja lebih mudah dipengaruhi oleh pemimpin lelaki berbanding wanita yang menggunakan kaedah yang sama.

Tepper, Brown dan Hunt (1993) pula menyatakan pemimpin lelaki yang mempunyai taktik pengaruh yang tinggi menerima tahap prestasi yang tinggi dalam kerjaya.

Dalam kajian Brunner dan Schumaker (1998) menyatakan lelaki lebih gemar menggunakan kuasanya untuk mencapai sesuatu perkara, dari menggunakan jawatannya, sebagai contoh konsep Power overjika dibandingkan dengan ciri wanita yang over berkonsep power with'. Wanita lebih cenderung untuk mendapat kuasa mereka dengan pengagihan kuasa kepada orang bawahan dan mewujudkan perubahan melalui sifat keibuan mereka dan seorang guru yang prihatin (Miller, 1999). Dikatakan apabila wanita tidak menggunakan konsep feminin dalam kepimpinan, mereka dianggap pemimpin yang tidak berjaya (Brunner, 2005).

lelaki dan wanita, secara realitinya tidak menjalani pengalaman yang sama, dalam situasi ini majoritinya wanita dalam usia lingkungan 20 an lebih cenderung untuk melihat perkembangan identiti mereka bergantung kepada perhubungan dan pergaulan dengan orang lain. Sedangkan majoriti lelaki meletakkan keutamaan mereka secara individu. Walau bagaimanapun dalam peringkat usia pertengahan, lelaki dan wanita berkongsi transisi merentasi jantina secara anjakan besar-besaran. Mengikut transisi besarini lelaki dianggap menjadi lebih pasif, lembut dan personal manakala wanita lebih aktif dan dominan (Gutmann, 1987).

Jamieson (1997) mengatakan bahawa wanita yang menyuarakan pendapat adalah kurang sopan dan wanita yang pendiam pula tidak dipedulikan. Wanita juga dikatakan kurang daya saing berbanding lelaki

PengkajiPengkaji-pengkaji menyelidik jantina dan kepimpinan tranformasi dari pelbagai perpektif. Menurut Carless (1998) dan Druskat (1994) kepimpinan tranformasi lebih bersifat feminine tetapi Komives (1994) `mendapati tiada sebarang perbezaan antara lelaki dan wanita dalam menjalankan tugas sebagai pemimpin melainkan dari aspek intelektual. Perbezaan kepimpinan antara lelaki dan wanita memberikan impak yang besar dalam organisasi sekolah melalui perhubungan seharian dalam pengurusan sekolah kerana perbezaan jantina memberikan persepsi dan ekspetasi yang berlainan terhadap sesuatu perkara (Shakeshaft, 1995).

Guru besar wanita dikatakan mengunakan gaya feminine dalam kepimpinannya sedangkan guru besar lelaki bersifat gaya maskulin. Guru besar wanita didapati lebih berorentasikan kerja dan mempunyai visi yang jelas dalam menjalankan kerja (Ouston, 1993). Mereka juga didapati bersifat demokratik dan menggalakkan penglibatan pekerja dalam membuat keputusan (Coleman, 1996) jika dibandingkan dengan lelaki yang suka mengelakkan berlakunya konflik dan bersifat autokratik dalam menjalankan tugas (Krugar , 1996).

Pada awalnya, kepimpinan wanita tertumpu kepada gaya feminine seperti bertimbang rasa, lembut, dan keibuan. Tetapi kebanyakan wanita di pertengahan usia melaksanakan gaya kepimpinan bersifat maskulin yang lebih tegas dan berkarisma. Ini disebabkan dalam pertengahan usia, wanita mempunyai lebih masa untuk bekerja memandangkan anak-anak mereka anaktelah membesar dan konflik pengurusan keluarga telah berkurangan (Oplatka, 2001).

ISU KEPIMPINAN WANITA

Kekangan kerjaya disebabkan komitmen terhadap rumahtangga Sememangnya tugas seorang wanita adalah berat kerana melakukan dua kerja dalam satu masa, iaitu menguruskan rumahtangga dan membina kerjaya. Kebiasaannya wanita pada peringkat umur muda sibuk dengan anak-anak, tetapi wanita yang semakin anakdewasa, anak-anak mereka sudah besar dan boleh anakmenumpukan sepenuh perhatian kepada kerjaya mereka.

Diskriminasi terhadap wanita Proses penilaian dan prestasi dirancang mendiskriminasi golongan wanita Gejala syiling kaca turut menjadi bukti akan kewujudan diskriminasi walaupun prestasi mereka sama dengan lelaki Diskriminasi dalam pemberian upah atas alas an tidak menerima latihan dan sokongan akademik yang sama dengan lelaki, tidak mempunyai pengalaman kerja yang setanding dan sesuai dan tidak mempunyai kerjaya yang tetap.

Kesaksamaan jantina

Isu kesaksamaan jantina sehingga sekarang tidak selesai, terutamanya dalam bidang pendidikan. Gold (1996) menyatakan wanita adalah seorang guru yang baik dan lelaki adalah pengurus yang baik. wanita cenderung ke bidang pendidikan: Mendapat kesaksamaan kuasa yang sama sebagai guru Gaya yang berbeza dalam kepimpinan berbanding lelaki menjadikan wanita memahami pelajar dan kemahiran interpersonal (Gold, 1996). Pelajar memahami yang guru wanita boleh menjadi model yang baik kepada mereka

Namun,dikatakan isu kesaksamaan, dan keadilan kepada kesemua orang adalah dilindungi oleh undaungundaung-undang dan polisi. Ini menjadikan isu kesaksamaan jantina sudah hilang (Hyles, 1992).

Kesan syiling kaca

Peluang peningkatan dinafikan Sumbangan terhad dan tidak berkesan Peranan wanita menjadi stereotype (Nelson & Burke, 2000)

CABARAN GURU BESAR WANITA

Kepimpinan merupakan faktor utama yang membezakan antara organisasi yang berkesan dan organisasi yang tidak berkesan (Abdul Shukor,1998) Norhannan dan Jamaliah (2006), persepsi guru terhadap gaya kepimpinan guru besar wanita adalah sama dan tidak terdapat perbezaan yang signifikan

Untuk menjadi seorang guru besar yang mempunyai ciri-ciri cirikepimpinan yang berwibawa, cemerlang dan berkesan, pemimpin wanita harus mempunyai pengetahuan dan berkemahiran gaya kepimpinan yang mantap dari segi struktur tugas dan hubungan interpersonal. Guru besar perlu mempunyai kemahiran melibatkan semua guru dalam pelbagai proses membuat keputusan supaya matlamat sekolah tercapai. Selain itu, perlu juga menyediakan jaringan komunikasi yang berkesan. Guru besar perlu prihatin tentang keperluan dan kebajikan guruguru-guru agar mereka sentiasa bermotivasi tinggi. Kepuasan dan keseronokan bekerja akan meletakkan tugas yang diberikan adalah sesuatu yang penting. Guru besar wanita harus cekap mewujudkan iklim sekolah yang kondusif dan harmonis supaya guru-guru dapat bekerja gurudalam satu pasukan dan saling bantu-membantu. bantu-

HalanganHalangan-halangan dalam kepimpinan wanita

Anggapan dan tingkah laku seksis terhadap memampuan dan kebolehan wanita mentadbir (Funk, 1986, Shakeshft, 1987) Budaya maskulin dalam institusi pendidikan seperti di sekolah (Blackmore, 1995) Keengganan wanita memohon untuk naik pangkat (Randall, 1994) Kekurangan penjagaan kanak-kanak dan sistem kanaksokongan (Scutt, 1990)

Dua peranan yang perlu dimainkan oleh wanita dalam satu masa, kerja di rumah dan tempat kerja (Davis, 1994) Kurang peluang kepada wanita untuk menjadi pemimpin (Jacobs, 1994) Laluan kenaikan pangkat yang berasingan antara mengajar dan mengurus (Nicoll, 1992) Syiling kaca iaitu banyak kekangan seperti kurang penyeliaan dan sokongan, peningkatan persaingan, dan pengagihan antara keluarga dan kerjaya (Morrison, White dan Van Velsor, 1987)

KESIMPULAN Sebagai pemimpin di sekolah, pengetua wanita selalunya menghadapi dualisma dalam bebanan tugas, iaitu sebagai pengetua di sekolah dan menghadapi tugas dan tanggungjawab mengurus rumah tangga (Langer & Boris-Schacter 2003). BorisGaya kepimpinan paling efektif akan berubah ikut situasi, ini bermakna tiada satu gaya kepimpinan yang paling efektif (Hassan Mohd Ghazali). Semua jenis gaya kepimpinan sesuai diamalkan di sekolah tetapi haruslah mengikut keadaan dan suasana semasa.

Perkara paling penting ialah pengetua haruslah memainkan peranannya bagi membawa perubahan dan kemajuan dari segi amalan dan budaya yang terdapat di sekolah dan seterusnya mencapai hasrat dan harapan negara

TANGAN YANG MENGHAYUN BUAIAN BOLEH MENGONCANG DUNIA DUNIA TAMAT