12
1 E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967- 0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD) DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI GOLONGAN ANTIHADIS : ANALISIS METODE MEMBILANG HURUF Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman, Mohd Norzi Nasir, Suriani Sudi, Zanariah Ismail, Sakinah Salleh, Azman Abdul Rahman Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Putra Malaysia, Al-Ikhsan Training and Motivation, Universiti Sains Islam Malaysia [email protected] ABSTRAK Kod 19 yang diperkenalkan oleh Rasyad Khalifah menjadi kegemparan pada awal-awal kemunculannya. Ramai yang menerimanya dengan mudah dan ramai juga yang melihatnya dengan berhati-hati. Sekali imbas, menampakkan kemukjizatan al-Quran yang begitu hebat kerana mampu dibuktikan secara saintifik. Namun, setelah Rasyad Khalifa membuat beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang, ramai mula menyedari tentang penyelewengannya. Salah satu rumusan beliau yang jelas batil adalah penolakan hadis yang membawa kepada idea anti-hadis atau ingkar sunnah di serata dunia. Malahan, Kod 19 sebagai hujah penolakan hadis juga menjadi modal gerakan antihadis di Malaysia yang ketuai oleh Kassim Ahmad. Penulisan ini akan membincangkan tentang kesilapan metodologi yang digunakan oleh Rasyad Khalifa, khususnya dalam cara beliau membilang huruf sebagai bukti bahawa Kod 19 ini hanyalah satu rekaan beliau. Kata kunci : Kod 19; Mukjizat al-Quran; Antihadis; Huruf PENDAHULUAN Golongan antihadis bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam, bahkan telah mula bertapak sejak zaman permulaan Islam lagi. Secara umumnya, golongan ini cuba untuk menangkis autoriti hadis sebagai sumber perundangan Islam yang kedua selepas al-Quran. Justeru mereka menyeru seluruh umat Islam agar berpegang dan beramal dengan intipati al-Quran semata-mata. Hal ini telah membawa kepada implikasi yang besar bukan sahaja kepada syariah malah akidah. Kepincangan terhadap disiplin ilmu Islam juga jelas terbukti apabila mereka tidak menerima sebarang bentuk penafsiran terhadap al-Quran melalui kitab-kitab tafsir muktabar. Bahkan, hanya berasaskan penaakulan akal semata-mata yang bersandarkan penemuan saintifik, logik dan rasional serta mengambil kira realiti kehidupan semasa dengan niat yang buruk bahawa tidak semua hukum hakam yang terdapat di dalam al-Quran bersesuaian dengan kehidupan umat Islam kini. 1 1 Haji Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Antihadis. Kertas kerja ini dibentangkan di Wacana Pengukuhan Nilai-Nilai Islam-Bicara dan Khutbah bersama Mufti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1003-imam-2016.pdf · beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang,

  • Upload
    trandat

  • View
    255

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1003-imam-2016.pdf · beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang,

1

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI

GOLONGAN ANTIHADIS : ANALISIS METODE MEMBILANG

HURUF

Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman, Mohd Norzi Nasir, Suriani Sudi, Zanariah Ismail,

Sakinah Salleh, Azman Abdul Rahman

Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Putra Malaysia,

Al-Ikhsan Training and Motivation, Universiti Sains Islam Malaysia

[email protected]

ABSTRAK

Kod 19 yang diperkenalkan oleh Rasyad Khalifah menjadi kegemparan pada awal-awal

kemunculannya. Ramai yang menerimanya dengan mudah dan ramai juga yang melihatnya

dengan berhati-hati. Sekali imbas, menampakkan kemukjizatan al-Quran yang begitu hebat

kerana mampu dibuktikan secara saintifik. Namun, setelah Rasyad Khalifa membuat

beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang, ramai mula

menyedari tentang penyelewengannya. Salah satu rumusan beliau yang jelas batil adalah

penolakan hadis yang membawa kepada idea anti-hadis atau ingkar sunnah di serata dunia.

Malahan, Kod 19 sebagai hujah penolakan hadis juga menjadi modal gerakan antihadis di

Malaysia yang ketuai oleh Kassim Ahmad. Penulisan ini akan membincangkan tentang

kesilapan metodologi yang digunakan oleh Rasyad Khalifa, khususnya dalam cara beliau

membilang huruf sebagai bukti bahawa Kod 19 ini hanyalah satu rekaan beliau.

Kata kunci : Kod 19; Mukjizat al-Quran; Antihadis; Huruf

PENDAHULUAN

Golongan antihadis bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam, bahkan telah mula bertapak sejak

zaman permulaan Islam lagi. Secara umumnya, golongan ini cuba untuk menangkis autoriti hadis

sebagai sumber perundangan Islam yang kedua selepas al-Quran. Justeru mereka menyeru seluruh

umat Islam agar berpegang dan beramal dengan intipati al-Quran semata-mata. Hal ini telah

membawa kepada implikasi yang besar bukan sahaja kepada syariah malah akidah. Kepincangan

terhadap disiplin ilmu Islam juga jelas terbukti apabila mereka tidak menerima sebarang bentuk

penafsiran terhadap al-Quran melalui kitab-kitab tafsir muktabar. Bahkan, hanya berasaskan

penaakulan akal semata-mata yang bersandarkan penemuan saintifik, logik dan rasional serta

mengambil kira realiti kehidupan semasa dengan niat yang buruk bahawa tidak semua hukum hakam

yang terdapat di dalam al-Quran bersesuaian dengan kehidupan umat Islam kini.1

1 Haji Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Antihadis. Kertas kerja ini dibentangkan di Wacana

Pengukuhan Nilai-Nilai Islam-Bicara dan Khutbah bersama Mufti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,

Putrajaya.

Page 2: DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1003-imam-2016.pdf · beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang,

2

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Di Malaysia, golongan atau gerakan antihadis ini mula dikesan sekitar tahun 1984. Gerakan ini aktif

menyebarkan fahaman, idea dan pandangan mereka bukan sahaja melalui medium penulisan seperti

buku, risalah, internet dan blog, malah melalui medium lain seperti majlis diskusi, forum, ceramah

dan sebagainya yang dianggap cuba menidakkan autoriti hadis, mempertikaikan keabsahan bahkan

melemparkan tohmahan-tohmahan liar ke atas hadis.2 Selain daripada pertikaian terhadap hadis, isu

utama yang sering diutarakan oleh golongan ini yang diwakili oleh saudara Kassim Ahmad adalah

berkaitan dengan Kod 19 yang telah dinobatkan sebagai mukjizat al-Quran yang unggul. Ia dianggap

sebagai hasil penemuan yang membanggakan kerana lahir dari analisis komputer yang selamat dari

campurtangan manusia.

BERMULANYA KOD 19

Idea tentang antihadis ini diasaskan oleh seorang professor Yahudi kelahiran Hungray bernama Ignaz

Goldziher pada tahun 1870. Beliau mendapat biasiswa dari Zionis International Jerman untuk

mendalami bidang hadis dan akhirnya mencetuskan idea songsang atas nama “Pembaharuan Islam”.

Pemikiran beliau ini telah berjaya mempengaruhi ramai cendikiawan Islam seperti Dr Ali Hasan

Abdul Kadir, Taha Husin, Dr Ahmad Amin dan Rashad Khalifa.

Rasyad Khalifa pula dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab membawa idea anti hadis ini ke

Amerika Syarikat dan mengasaskan idea Kod 19. Semasa beliau memperkenalkan Kod 19 ini, umat

Islam seolah-olah dilanda ribut ketakjuban. Pada waktu itu, ramai orang Islam yang bersedia untuk

menerima idea ini yang dikatakan sebagai bukti saintifik bahawa al-Quran ini bukan ciptaan manusia.

Tetapi ramai di kalangan cendikiawan dan ulama yang tidak dapat menerima idea ini dengan mudah.

Dakwaan Rasyad Khalifa terhadap teori Kod 19 ini adalah berdasarkan kepada kalimah بسم اهلل الرمحن itu sendiri yang terdiri daripada 19 huruf dan firman Allah s.w.t dalam Surah al-Muddathir الرحيم

ayat 27-30) yang berbunyi :

Maksudnya : “Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? Ia

membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus). Ia

terus-menerus membakar kulit manusia. Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas

(malaikat)."

Melalui kod 19, bilangan surah, susunan ayat, sistem pengulangan ayat dan sebagainya dapat

dibahagikan dengan nombor 19. Maka, dari sini, lahirlah beberapa pernyataan antaranya seperti

seperti بسم اهلل الرمحن الرحيم mempunyai 19 huruf, 5 ayat pertama surah 96 ada 19 kalimah, Surah al-

‘Asr ada 19 kalimah dan di dalam al-Quran ada 114 surah = 19 x 6. Pernyataan penuh tentang ini akan

dinyatakan pada bahagian lain di dalam penulisan ini.

Walaupun sekali imbas, seolah-olah menampakkan kehebatan al-Quran sebagai mukjizat saintifik

yang hebat, kod ini kemudiannya menjadi sesuatu yang menyesatkan apabila Rasyad Khalifa

mendakwa bahawa 2 ayat terakhir dari surah al-Taubah iaitu ayat 128 dan 129 bukan dari kata-kata

Allah Taala, bahkan merupakan penambahan dari orang yang tidak bertanggungjawab. Rentetan dari

itu juga lahirnya satu teori tentang ramalan hari Akhirat yang akan berlaku pada tahun 2280 M atau

2 Abdul Karim Ali. t.th. Penguatkuasaan Fatwa Pengharaman Karya-karya Anti Hadith di Malaysia: Satu

Penilaian.

Page 3: DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1003-imam-2016.pdf · beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang,

3

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

1710 H, dan yang paling serius adalah kesimpulan bahawa umat Islam hanya perlu berpegang dengan

al-Quran sahaja dan sesiapa yang mengikut sunnah adalah sama dengan penyembahan berhala moden.

Untuk menguatkan lagi hujah beliau, Rasyad Khalifa telah menghasilkan sebilangan buku yang

menghuraikan kod tersebut seperti Miracle Of The Quran: Significance of the Mysterious Alphabets

(Islamic Productions, St. Louis, Missouri, 1973), The Computer Speaks: God's Message to the World

(Renaissance Productions, Tucson, Arizona, 1981), Quran: The Final Scripture (Islamic Productions,

Tucson, Arizona, 1981) dan Quran: Visual Presentation Of The Miracle (1982).

IDEA RASYAD KHALIFA PENCETUS KEKELIRUAN3

Menelusuri pemikiran Rasyad Khalifa, maka tidak menghairankan sekiranya idea sebegini lahir dari

beliau. Di dalam buku-buku beliau tersebut ada tiga perkara yang beliau tegaskan pasti akan berlaku

dan tidak boleh dipertikaikan :

a) Tuhan

b) Perutusan Tuhan (al-Quran)

c) Penetapan Tahun Kiamat Dunia

Idea tentang Kod 19 adalah tafsiran yang dibuat terhadap al-Quran menggunakan komputer A-

Hewlet-Packard HP-1000, E Series yang menghasilkan tafsir yang mengandungi kebenaran fizikal

100%, proven truth (pembuktian kebenaran), complete truth (kebenaran lengkap) dan practical truth

(kebenaran amali) kerana ia sama sekali tidak bercampur dengan pemikiran, sangkaan atau tafsiran.

Inilah yang dikatakan Kod 19 adalah bukti kemukjizatan al-Quran.

Jika hendak menghitung susunan segala surah, ayat, kalimah dan huruf dalam al-Quran adalah sama

seperti menghitungnya banyaknya bintang di langit. Walaubagaimanapun janganlah khuatir kerana

segala-galanya telah dimudahkan oleh komputer dengan susunan yang begitu rapi sekali. Anda hanya

dikehendaki menyemak dan dengan segera akan dapat mengesahkan wujudnya segala macam jenis

kod atau angka (19 atau yang dapat dibahagikan genap dengan 19).

Sejak 14 abad lamanya Quran tegak tanpa sokongan Kod 19 menyebabkan pengikut-pengikut al-

Quran membuat tafsiran yang bukan-bukan terhadap maknanya. Semua orang silap dalam

mentafsirkan al-Quran. Sekarang, dengan kemunculan The Computer Speaks, segala kesilapan itu

akan dapat dihapuskan dengan berkesan.

Jika terdapat di antara orang-orang yang mengaku menjadi pengikut Quran itu tidak mahu menerima

bukti fizikal dalam kandungan buku ini, maka tempat mereka akan diambil-alih oleh kaum lain seperti

firman Tuhan : Jika kamu berpaling, nescaya Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain.”

Semasa pertama kali membentangkan teori Kod 19 ini, Rasyad Khalifa menyatakan bahawa beliau

ingin membuktikan secara fizikal tentang dua perkara4 :

1. Al-Quran adalah mesej ketuhanan yang terakhir di dunia ini

2. Al-Quran dijaga secara sempurna dan tiada sedikitpun kesilapan, pertambahan dan

kekurangan.

3 Sila lihat Nahmar Jamil (1986), Dari Kod 19 Kepada Anti Hadis, Petaling Jaya : Percetakan Kun Sdn Bhd.

Hlm. 12-13. 4 Abu Ameenah Bilal Philips (1987) 19 : The al-Quran Numerical Miracle : Hoax and Heresy, Riyadh : al-

Furqan Publications. Hlm. 1

Page 4: DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1003-imam-2016.pdf · beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang,

4

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Malangnya dengan memperkenalkan Kod 19 ini dia sebenarnya telah membatalkan tujuannya yang

kedua dengan mendakwa bahawa berlaku penambahan pada 2 ayat terakhir surah al-Taubah. Ayat

yang dimaksudkan adalah :

Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri

(iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang

ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula

menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian

jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang

menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku

berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.

Rasyad Khalifa juga telah menghina hadis Nabi s.a.w dan mendakwanya sebagai kata-kata syaitan

dan penghormatan yang ditunjukkan kepada Nabi Muhammad adalah sama dengan penyembahan

berhala.

Page 5: DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1003-imam-2016.pdf · beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang,

5

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

KOD 19 MUKJIZAT AL-QURAN?

Bassam Jarrar di dalam satu bukunya yang berkaitan dengan mukjizat angka di dalam al-Quran

menyatakan bahawa salah satu daripada tanda mukjizat angka di dalam al-Quran adalah melibatkan

nombor 19 kerana disebut secara spesifik di dalam al-Quran dalam surah al-Muddathir ayat 30.5

Bagi Bassam, nombor 19 ini adalah istimewa kerana ia adalah bilangan huruf dalam بسم اهلل الرمحن: Beliau juga menyatakan tentang kelebihan nombor 19 dengan memaparkan kira-kira berikut .الرحيم

6

a) 1 x 19 = 19. Jumlah 1 + 9 = 10. Jumlah 1 + 0 = 1

b) 2 x 19 = 38. Jumlah 3 + 8 = 11. Jumlah 1 + 1 = 2

5 Bassam Jarrar (t.t), Numeric Miracles of The Holy Qur’an, Noon Centre for Qur’anic Studies & Research,

hlm. 3. 6 Bassam Jarrar (2004), 19 I’jaz al-Raqm fi al-Quran al-Karim, Beyrut : al-Mu’assasah al-Islamiah, hlm. 124.

Page 6: DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1003-imam-2016.pdf · beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang,

6

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

c) 3 x 19 = 57. Jumlah 5 + 7 = 12. Jumlah 1 + 2 = 3

d) 4 x 19 = 76. Jumlah 7 + 6 = 13. Jumlah 1 + 3 = 4

e) 5 x 19 = 95. Jumlah 9 + 5 = 14. Jumlah 1 + 4 = 5

f) 6 x 19 = 114. Jumlah 1 + 1 + 4 = 6

g) 7 x 19 = 133. Jumlah 1 + 3 + 3 = 7

h) 8 x 19 = 152. Jumlah 1 + 5 + 2 = 8

i) 9 x 19 = 171. Jumlah 1 + 7 + 1 = 9

j) 10 x 19 = 190. Jumlah 1 + 9 + 0 = 10

k) 11 x 19 = 209. Jumlah 2 + 0 + 9 = 11

Namun begitu, walaupun menyetujui bahawa 19 adalah salah satu daripada mukjizat angka di dalam

al-Quran, beliau bagaimanapun mengkritik Kod 19 Rasyad Khalifa dan memaparkannya di dalam

buku beliau 19 I’jaz al-Raqm fi al-Quran al-Karim.7

Berbeza dengan Kod 19 ciptaan Rasyad Khalifa yang sudah menjadi satu hujah untuk menolak hadis

bagi golongan antihadis, khususnya di Malaysia. Bagi golongan ini, ia adalah bukti bahawa al-Quran

sudah memadai dan tiada lagi keperluan terhadap hadis Nabi s.a.w.

Kassim Ahmad sebagai pengasas kepada golongan antihadis di Malaysia telah berkata di dalam satu

temubual dengan sekumpulan penyelidik :

Ni terjemahan Rashad Khalifa. Tuan-tuan pernah dengar Rashad Khalifa. Rashad Khalifa ni dia

mengkaji al-Quran barangkali 20 tahun lebih melalui komputer. Dia bubuh seluruh al-Quran di

dalam komputer. Tahu tak kod 19. Kod 19 tu, ini yang kita kata mukjizat Quran tu.. dia terletak dalam

kod 19. Kod 19 ertinya, Quran ini.. surah dia, ayat-ayat dia, malah huruf-huruf dia terdiri daripada

19 atau gandaan daripada 19. عليها تسعة عشر . Kalau tuan-tuan ada dalam handphone tu al-Quran

cuba bukak, Surah 74 ayat 30, “Di atasnya 19”. Jadi, kalau kita tengok macam ni.. apa yang kita nak

tahu, kita tak boleh faham.. adalah huraian sikit kat bawah tu. Tapi, dia yang huraikan secara detail

lah. Dia punya terjemahan ni ada 38 lampiran (merujuk tafsir Rashad Khalifa).8

Bagi golongan ini, Kod 19 ini adalah bukti kepada kemukjizatan al-Quran. Juga sebagai bukti bahawa

al-Quran adalah ciptaan Allah Taala, bukan ciptaan manusia. Pandangan saudara Kassim Ahmad

tentang Kod 19 ini adalah jelas sebagai refleksi kepada teori yang dicipta oleh Rasyad Khalifa dalam

bukunya “The Computer Speaks : God’s Message To The World” pada tahun 1985. Teori Kod 19 ini

menyatakan bahawa semua benda yang terkandung dalam al-Quran mempunyai kaitan dengan angka

19. Setelah dianalis, maka beberapa pernyataan berkaitan dengannya dikeluarkan seperti :

ada 19 huruf : بسم اهلل الرمحن الرحيم (1

2) 5 ayat pertama surah 96 ada 19 kalimah

3) Surah al-‘Asr ada 19 kalimah

4) Dalam al-Quran ada 114 surah = 19 x 6

5) Dari surah 96 hingga akhir al-Quran ada 19 surah.

6) Surah 96 ada 19 ayat

7 Ibid., hlm.27

8 Temubual dengan Kassim Ahmad pada 17 Disember 2015 di Kulim Golf Resort, Kedah.

Page 7: DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1003-imam-2016.pdf · beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang,

7

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

7) 5 ayat pertama dari surah 96 ada 76 huruf = 19 x 4

8) Jumlah huruf dalam surah 96 ada 285 = 19 x 15

9) Kalimah اسم berulang 19 kali dalam al-Quran.

berulang 2698 kali =19 x 142 اهلل (10

berulang 571=19 x 3 الرمحن (11

berulang 114 = 19 x 6 الرحيم (12

الرمحن الرحيم بسم اهلل (13 berulang 114 kali dalam al-Quran = 19 x 6

14) Di antara surah al-Taubah, tiada dimulakan, dengan بسم اهلل الرمحن الرحيم dengan surah

al-Naml, dalamnya ada 19 surah.

15) 9 ayat dari surah 69, dikatakan wahyu kedua, ada 38 kalimah = 19 x2

16) 10 ayat pertama dari surah 73 الرحيم dikatakan wahyu ketiga ada 57 kalimah = 19 x 3.

17) Dalam surah 74 املدثر ada disebut “di atasnya ada sembilan belas” pada ayat 30.

18) Surah Fatihah dikatakan wahyu kelima dimulai dengan اهلل الرمحن الرحيم بسم yang mengandungi 19 huruf.

Mengapa semuanya 19? Kerana tema Quran itu Tuhan SATU dan 19 itu sama dengan

satu atau الرحيم menurut nilai 19 = (19 =4+1+6) 4= ر ,8= ح ,1= ا ,6 = و.

19) Huruf-huruf tunggal (muqatta’ah) ص ع ى ه ك س م ل ا ط س ح ق ر awal surah iaitu

berjumlah 14 membentuk 14 pasang muqatta’ah Quran yang terletak pada 29 surah =

14 + 14 + 29 = 59 = 19 x 3.

20) Kod 19 dapat menentukan tarikh berlakunya Kiamat adalah pada 2280M.

Kassim Ahmad dipetik berkata : “Perbincangan dan perbahasan ini dilakukan mengikut kaedah

saintifik, semua fakta-fakta, kenyataan dan keterangan mestilah nyata, berwibawa, selaras dan benar

dan semua hujah mestilah munasabah, logikal dan rasional.”9

Bagi beliau, tafsiran yang dibuat oleh Rashad Khalifa ini adalah sangat tepat kerana bersandarkan

kepada kaedah yang saintifik, munasabah, rasional dan logik. Kunci utama kepada kemukjizatan

9 Akhbar Mingguan Islam (21 November 1985 ).

Page 8: DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1003-imam-2016.pdf · beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang,

8

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

angka 19 terhadap al-Quran ini adalah kerana perkataan “Allah yang Esa” atau “al-wahid” (one –

.( 1 = 0 + 1 → 10 ,10 = 9 + 1 → 19 : واحد

ARGUMEN TERHADAP KOD 1910

Walaupun pada awalnya Kod 19 ciptaan Rasyad pada awalnya dianggap menggemparkan kerana

seolah-olah menggambarkan kehebatan al-Quran yang selari dengan kaedah komputer dan saintifik,

namun ia mendapat ktitikan dari ulama dan cendikiawan Islam.

Seorang cendikiawan Pakistan bernama Maulana Abdul Qudus Hashimi dengan segera menyanggah

teori ini dan menyamakannya dengan agama Bahai11

. Ajaran agama ini mengagungkan nombor 19

dan menganggapnya sebagai asas kepada alam semesta kerana pengasas bagi agama ini adalah Ali

Muhammad Bab lahir pada 1819. Beliau membuat kesimpulan bahawa jika ada perkaitan antara

angka 19 dan agama, maka ia adalah agama Bahai kerana kalendar bagi agama itu mempunyai 19

bulan, 19 hari bagi setiap bulan dan angka ini boleh ditemui di semua premis Bahai, sama ada

tertulisn di dinding atau dikerusi.

Ironinya, Ahmad Deedat adalah antara orang yang menyokong Kod 19 dan menyebarkannya ke

seluruh dunia. Pada tahun 1979, beliau telah menerbitkan satu buku kecil yang memaparkan data dan

argumen Rasyad Khalifa yang bertajuk al-Quran di Ultimate Miracle. Namun setelah beberapa tahun,

beliau menarik balik sokongannya terhadap Rasyad Khalifa yang telah melampaui batas dengan

menyerang hadis dan meramal tarikh Kiamat dengan mendarab angka 19 dengan beberapa nombor

lain di dalam al-Quran.

Setelah itu seorang ulama terkenal dari Arab Saudi iaitu Sheikh Abdullah bin Abdul Aziz telah

mengeluarkan fatwa bahawa teori Kod 19 oleh Rasyad Khalifa ini adalah sesat dan menyeleweng.12

Faktor utama Kod 19 ini menggemparkan umat Islam pada pertama kali ia diperkenalkan kerana ia

mempunyai set kira-kira, rajah dan carta yang menampakkan kehebatan dan kejituan. Dr Bilal Philip

dalam satu bukunya telah menyanggah kembali “kehebatan” ini dan membuktikan bahawa ia

mempunyai banyak penipuan dan penyelewengan.

Argumentasi pada Kod 19 ciptaan Rasyad Khalifa banyak menjurus kepada metode yang digunakan

oleh beliau yang kelihatan sangat longgar, apatahlagi melibatkan pembilangan huruf-huruf di dalam

al-Quran. Sekiranya difokuskan kepada pembilangan huruf, kesilapan pada cara pengiraan adalah

sebagaimana berikut :

1) Cara Membilang Huruf Yang Salah

Bukti fizikal yang dibawa oleh Rasyad Khalifa adalah berdasarkan kepada jumlah huruf dalam

satu surah, sekumpulan ayat atau sekumpulan surah yang apabila dicampurkan menjadi 19 atau

boleh didarab dengan 19. Sebagai contoh dakwaan beliau :

a) بسم اهلل الرمحن الرحيم : ada 19 huruf

10

Sila lihat Abu Ameenah Bilal Philips (1987) 19 : The al-Quran Numerical Miracle : Hoax and Heresy,

Riyadh : al-Furqan Publications. 11

Ibid., hlm. 2. 12

Fatwa yang dikeluarkan dapat diperolehi dalam bahasa Inggeris dalam pamplet In Defence of the Quran and

Sunnah cetakan Majliss of al-Haq Publication Society, Kanada.

Page 9: DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1003-imam-2016.pdf · beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang,

9

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

b) 5 ayat pertama dari surah 96 ada 76 huruf = 19 x 4

c) Dalam al-Quran ada 114 surah = 19 x 6

d) 5 ayat pertama surah 96 ada 19 kalimah

Bilangan sebegini hanya akan valid sekiranya al-Quran diturunkan secara bertulis dari Allah s.w.t

sedangkan yang berlaku adalah ia turun secara lisan dan ditulis berdasarkan bentuk penulisan

bahasa Arab pada waktu itu. Huruf ،ي ، و أ adakalanya ditulis tetapi tidak dibaca dan adakala

dibaca tetapi tidak ditulis.13

Sebagai contoh adalah perkataan بسم اهلل الرمحن الرحيم, terdapat 3 alif yang tiada, merujuk

kepada bentuk penulisan rasm al-Uthmani. Sekiranya 3 alif tadi dikira, maka bilangan hurufnya

adalah 21, bukan 19.

Kesilapan yang dilakukan oleh Rasyad Khalifa ini jugalah yang disentuh oleh Bassar Jarrar dalam

bukunya.14

2) Cara Membilang Huruf Muqatta’ah Yang Tidak Konsisten

Sebahagian daripada fakta fizikal yang dikemukakan oleh Rasyad Khalifa adalah berkaitan

dengan huruf-huruf al-Muqata’ah atau disebut sebagai Quranic Initials di permulaan 29 surah

yang terkandung di dalam al-Quran. Memetik kata-kata beliau : “Dapat dikenalpasti bahawa

semua huruf initials di dalam al-Quran, tanpa sebarang pengecualian, wujud dalam surah tersebut

jumlah yang dapat didarabkan dengan 19. Mana-mana pembaca dapat mengenalpasti dengan

mudah dengan membilang huruf qaf di dalam surah Qaf. Beliau akan mendapati bahawa terdapat

57 kali surah qaf di dalam surah tersebut. 57 bermakna 19 x 3. Begitu juga dengan surah ke 42

(Surah al-Syura) terdapat 57 kali huruf qaf di dalamnya.”

Dr. Bilal Philip mendakwa bahawa Rasyad Khalifa sengaja membesar-besarkan perkara ini dan

menjadikannya begitu meyakinkan, sedangkan cara yang sama tidak digunakan secara konsisten

pada surah-surah yang lain.15

Sebagai contoh, dalam dakwaan Rasyad Khalifa berkaitan dengan

huruf ha mim ( ) yang berada di permulaan surah Ghafir, Fussilat, al-Syura, al-Zukhruf, al-

Dukkhan, al-Jaathiyah dan al-Ahqaf, tiada satu surahpun yang jumlah huruf ha dan mim di

dalamnya dapat didarabkan dengan 19 secara tepat. Untuk memperolehi jumlah yang dikehendaki

Rasyad Khalifa terpaksa mencampurkan semua ketujuh-tujuh surah untuk mendapatkan jumlah

2147 (19 x 113).

Chapter HH M ح م

Total

40. Ghafir 64 380 444

41. Fussilat 48 276 324

13

Muhammad al-Zarkasyi (1972), al-Burhan fi Ulum al-Quran, Beirut : Dar al-Maarifah, hlmn. 381-407 14

Bassam Jarrar (2004), 19 I’jaz al-Raqm fi al-Quran al-Karim, Beyrut : al-Mu’assasah al-Islamiah, hlm. 27. 15

Abu Ameenah Bilal Philips (1987) 19 : The al-Quran Numerical Miracle : Hoax and Heresy, Riyadh : al-

Furqan Publications. Hlm. 12.

Page 10: DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1003-imam-2016.pdf · beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang,

10

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

42. al-Syura 53 300 353

43. al-Zukhruf 44 324 368

44. al-Dukkhan 16 150 166

45. al-Jaathiyah 31 200 231

46. al-Ahqaf 36 225 261

Totals 292 1855 2147

2147 = 19 x 113

Untuk memperolehi bilangan 2147 ini, Rasyad Khalifa telah menggunakan metodologi yang tidak

sama dengan yang sebelumnya, bahkan amat bercanggah dengan kenyataan beliau di atas iaitu

“tanpa sebarang pengecualian, wujud dalam surah tersebut jumlah yang dapat didarabkan dengan

19.” Malahan bukan itu sahaja kerana jika dilihat dalam surah al-Syura, huruf muqatta’ah nya

bukan ha mim ( ) tetapi ha min ain sin qaf ( ). Jelas juga menampakkan

bahawa huruf muqatta’ah bagi surah ini adalah 5, bukannya 3, maka seharusnya dikira sebagai 5.

Maka jika dihitung, jumlahnya adalah 562, ia tidak boleh didarabkan dengan 19!

3) Cara Membilang Huruf Dengan Manipulasi.

Bagi surah yang mempunyai huruf muqatta’ah di permulaan surah, terdapat 13 surah yang

bermula dengan huruf ا. Rasyad Khalifa mendakwa bahawa dalam setiap kes, jumlah huruf bagi

dalam setiap surah boleh didarabkan dengan 19. Sebagai contoh :

a) Surah kedua ( al-Baqarah) yang bermula dengan mengandungi 9899 3 huruf ini (19 x

521)

b) Surah 3, 29, 30, dan 32 ( Ali Imran, al-Ankabut, al-Rum dan al-Sajadah) yang juga

bermula dengan mengandungi 5662 (19x 298), 1672 (19x88), 1254 (19x66), 817 (19

x 43) dan 570 (19x30).

Beliau mendakwa bahawa penemuan yang sama berlaku pada surah yang bermula dengan ,

, . Persoalannya, kenapakah kesemua surah-surah ini sangat menepati denga teori

beliau sedangkan yang lain tidak? Hakikatnya, tiada satu pun diantara surah-surah yang

dinyatakan di atas adalah bertepatan dengan teori 19 beliau. Apa yang beliau lakukan adalah

memanipulasi huruf )ء( dalam setiap surah. Adakalanya beliau mengiranya sebagai ا dan

adakalanya tidak, bergantung pada setiap kes bagi setiap surah.

Contoh 1 : Dalam surah al-Sajadah ayat 8, beliau menjumlahkan 2 alif ( ا ). Ini kerana )ء ( dalam

perkataa itu dikira sebagai ( ا ) :

Page 11: DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1003-imam-2016.pdf · beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang,

11

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Contoh 2 : Dalam surah al-Sajadah ayat 7, beliau menjumlahkan 5 alif ( ا ). Ini kerana )ء ( dalam perkataa itu tidak dikira sebagai ( ا ) :

Contoh 3 : Dalam surah Ali Imran ayat 158, beliau menjumlahkan 4 alif ( ا ). Ini kerana )ء ( dalam perkataa itu dikira sebagai ( ا ) :

Contoh 4 : Dalam surah al-Rum ayat 51, beliau menjumlahkan 6 alif ( ا). Ini kerana ) ء ( dalam

perkataa yang sama tidak pula dikira sebagai ( ا) :

4) Membilang Huruf Secara Memalsukan Data

Dalam kes ini, Rasyad Khalifa telah melakukan pemalsuan data demi untuk menghasilkan

nombor yang boleh di darabkan dengan 19. Pemalsuan data ini jika difokuskan pada prose

membilang huruf dapat dibahagiakan kepada 2 bahagian utama :

a) Mengira huruf yang tiada

Salah satu bentuk pemalsuan dapat dilihat dalam ayat 41 surah al-Ra’d :

Rasyad Khalifa menjumlahkan sebanyak 16 alif ( ا ) sedangkan jumlah sebenarnya

adalah 15 alif.

b) Tidak mengira huruf yang ada

Salah satu bentuk pemalsuan adalah dalam surah al-Rum ayat 21 :

Page 12: DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI …conference.kuis.edu.my/imam2016/eproceeding/1003-imam-2016.pdf · beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang,

12

E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-

0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research

Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)

Sekiranya dilihat dalam kotak pengiraan Rasyad Khalifa, beliau menjumlahkan huruf lam

.sebanyak 7 sedangkan jumlah sebenar adalah 8 )ل(

Kesilapan yang dilakukan oleh Rasyad Khalifa ini juga yang disentuh oleh Bassar Jarrar dalam

bukunya.16

KESIMPULAN

Angka 19 ini sudah tentunya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana telah disebut oleh

Allah Taala secara spesifik di dalam firmanNya yang mulia. Ia disebut sebagai mukjizat angka di

dalam al-Quran. Namun begitu, Kod 19 yang dicipta oleh Rasyad Khalifa ternyata telah mencemarkan

angka yang istimewa ini. Satu kod yang telah dicipta dengan keinginan yang melampau akhirnya

membawa kepada kesesatan; menolak hadis nabi s.a.w serta meramalkan tarikh kiamat yang

hakikatnya hanya berada di dalam pengetahuan Allah Taala. Berdasarkan kepada analisis terhadap

metode pengiraan huruf yang dilakukan oleh Rasyad Khalifa, ternyata ia adalah salah, malah

menyeleweng dan perlu ditolak oleh semua umat Islam yang sayangkan al-Quran dan sunnah

nabiNya.

RUJUKAN :

1) Abdul Karim Ali. t.th. Penguatkuasaan Fatwa Pengharaman Karya-karya Anti Hadith di

Malaysia: Satu Penilaian.

2) Abu Ameenah Bilal Philips (1987) 19 : The al-Quran Numerical Miracle : Hoax and Heresy,

Riyadh : al-Furqan Publications.

3) Akhbar Mingguan Islam (21 November 1985 ).

4) al-Zarkasyi, Muhammad (1972), al-Burhan fi Ulum al-Quran, Beirut : Dar al-Maarifah.

5) Bassam Jarrar (2004), 19 I’jaz al-Raqm fi al-Quran al-Karim, Beyrut : al-Mu’assasah al-Islamiah.

6) Bassam Jarrar (t.t), Numeric Miracles of The Holy Qur’an, Noon Centre for Qur’anic Studies &

Research.

7) Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Antihadis. Kertas kerja ini dibentangkan di

Wacana Pengukuhan Nilai-Nilai Islam-Bicara dan Khutbah bersama Mufti di Masjid Tuanku

Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.

8) Nahmar Jamil (1986), Dari Kod 19 Kepada Anti Hadis, Petaling Jaya : Percetakan Kun Sdn Bhd.

9) Temubual dengan Kassim Ahmad pada 17 Disember 2015 di Kulim Golf Resort, Kedah.

16

Bassam Jarrar (2004), 19 I’jaz al-Raqm fi al-Quran al-Karim, Beyrut : al-Mu’assasah al-Islamiah, hlm. 27.