1
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
DAKWAAN KOD 19 SEBAGAI MUKJIZAT AL-QURAN BAGI
GOLONGAN ANTIHADIS : ANALISIS METODE MEMBILANG
HURUF
Rosni Wazir, Abur Hamdi Usman, Mohd Norzi Nasir, Suriani Sudi, Zanariah Ismail,
Sakinah Salleh, Azman Abdul Rahman
Universiti Islam Antarabangsa Selangor, Universiti Putra Malaysia,
Al-Ikhsan Training and Motivation, Universiti Sains Islam Malaysia
ABSTRAK
Kod 19 yang diperkenalkan oleh Rasyad Khalifah menjadi kegemparan pada awal-awal
kemunculannya. Ramai yang menerimanya dengan mudah dan ramai juga yang melihatnya
dengan berhati-hati. Sekali imbas, menampakkan kemukjizatan al-Quran yang begitu hebat
kerana mampu dibuktikan secara saintifik. Namun, setelah Rasyad Khalifa membuat
beberapa rumusan dari Kod 19 ini yang menampakkan bibit-bibit songsang, ramai mula
menyedari tentang penyelewengannya. Salah satu rumusan beliau yang jelas batil adalah
penolakan hadis yang membawa kepada idea anti-hadis atau ingkar sunnah di serata dunia.
Malahan, Kod 19 sebagai hujah penolakan hadis juga menjadi modal gerakan antihadis di
Malaysia yang ketuai oleh Kassim Ahmad. Penulisan ini akan membincangkan tentang
kesilapan metodologi yang digunakan oleh Rasyad Khalifa, khususnya dalam cara beliau
membilang huruf sebagai bukti bahawa Kod 19 ini hanyalah satu rekaan beliau.
Kata kunci : Kod 19; Mukjizat al-Quran; Antihadis; Huruf
PENDAHULUAN
Golongan antihadis bukanlah sesuatu yang asing dalam Islam, bahkan telah mula bertapak sejak
zaman permulaan Islam lagi. Secara umumnya, golongan ini cuba untuk menangkis autoriti hadis
sebagai sumber perundangan Islam yang kedua selepas al-Quran. Justeru mereka menyeru seluruh
umat Islam agar berpegang dan beramal dengan intipati al-Quran semata-mata. Hal ini telah
membawa kepada implikasi yang besar bukan sahaja kepada syariah malah akidah. Kepincangan
terhadap disiplin ilmu Islam juga jelas terbukti apabila mereka tidak menerima sebarang bentuk
penafsiran terhadap al-Quran melalui kitab-kitab tafsir muktabar. Bahkan, hanya berasaskan
penaakulan akal semata-mata yang bersandarkan penemuan saintifik, logik dan rasional serta
mengambil kira realiti kehidupan semasa dengan niat yang buruk bahawa tidak semua hukum hakam
yang terdapat di dalam al-Quran bersesuaian dengan kehidupan umat Islam kini.1
1 Haji Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Antihadis. Kertas kerja ini dibentangkan di Wacana
Pengukuhan Nilai-Nilai Islam-Bicara dan Khutbah bersama Mufti di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin,
Putrajaya.
2
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
Di Malaysia, golongan atau gerakan antihadis ini mula dikesan sekitar tahun 1984. Gerakan ini aktif
menyebarkan fahaman, idea dan pandangan mereka bukan sahaja melalui medium penulisan seperti
buku, risalah, internet dan blog, malah melalui medium lain seperti majlis diskusi, forum, ceramah
dan sebagainya yang dianggap cuba menidakkan autoriti hadis, mempertikaikan keabsahan bahkan
melemparkan tohmahan-tohmahan liar ke atas hadis.2 Selain daripada pertikaian terhadap hadis, isu
utama yang sering diutarakan oleh golongan ini yang diwakili oleh saudara Kassim Ahmad adalah
berkaitan dengan Kod 19 yang telah dinobatkan sebagai mukjizat al-Quran yang unggul. Ia dianggap
sebagai hasil penemuan yang membanggakan kerana lahir dari analisis komputer yang selamat dari
campurtangan manusia.
BERMULANYA KOD 19
Idea tentang antihadis ini diasaskan oleh seorang professor Yahudi kelahiran Hungray bernama Ignaz
Goldziher pada tahun 1870. Beliau mendapat biasiswa dari Zionis International Jerman untuk
mendalami bidang hadis dan akhirnya mencetuskan idea songsang atas nama “Pembaharuan Islam”.
Pemikiran beliau ini telah berjaya mempengaruhi ramai cendikiawan Islam seperti Dr Ali Hasan
Abdul Kadir, Taha Husin, Dr Ahmad Amin dan Rashad Khalifa.
Rasyad Khalifa pula dianggap sebagai orang yang bertanggungjawab membawa idea anti hadis ini ke
Amerika Syarikat dan mengasaskan idea Kod 19. Semasa beliau memperkenalkan Kod 19 ini, umat
Islam seolah-olah dilanda ribut ketakjuban. Pada waktu itu, ramai orang Islam yang bersedia untuk
menerima idea ini yang dikatakan sebagai bukti saintifik bahawa al-Quran ini bukan ciptaan manusia.
Tetapi ramai di kalangan cendikiawan dan ulama yang tidak dapat menerima idea ini dengan mudah.
Dakwaan Rasyad Khalifa terhadap teori Kod 19 ini adalah berdasarkan kepada kalimah بسم اهلل الرمحن itu sendiri yang terdiri daripada 19 huruf dan firman Allah s.w.t dalam Surah al-Muddathir الرحيم
ayat 27-30) yang berbunyi :
Maksudnya : “Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui kedahsyatan neraka Saqar itu? Ia
membakar mangsanya dengan tidak meninggalkan sisa, dan tidak membiarkannya (binasa terus). Ia
terus-menerus membakar kulit manusia. Pengawal dan penjaganya adalah sembilan belas
(malaikat)."
Melalui kod 19, bilangan surah, susunan ayat, sistem pengulangan ayat dan sebagainya dapat
dibahagikan dengan nombor 19. Maka, dari sini, lahirlah beberapa pernyataan antaranya seperti
seperti بسم اهلل الرمحن الرحيم mempunyai 19 huruf, 5 ayat pertama surah 96 ada 19 kalimah, Surah al-
‘Asr ada 19 kalimah dan di dalam al-Quran ada 114 surah = 19 x 6. Pernyataan penuh tentang ini akan
dinyatakan pada bahagian lain di dalam penulisan ini.
Walaupun sekali imbas, seolah-olah menampakkan kehebatan al-Quran sebagai mukjizat saintifik
yang hebat, kod ini kemudiannya menjadi sesuatu yang menyesatkan apabila Rasyad Khalifa
mendakwa bahawa 2 ayat terakhir dari surah al-Taubah iaitu ayat 128 dan 129 bukan dari kata-kata
Allah Taala, bahkan merupakan penambahan dari orang yang tidak bertanggungjawab. Rentetan dari
itu juga lahirnya satu teori tentang ramalan hari Akhirat yang akan berlaku pada tahun 2280 M atau
2 Abdul Karim Ali. t.th. Penguatkuasaan Fatwa Pengharaman Karya-karya Anti Hadith di Malaysia: Satu
Penilaian.
3
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
1710 H, dan yang paling serius adalah kesimpulan bahawa umat Islam hanya perlu berpegang dengan
al-Quran sahaja dan sesiapa yang mengikut sunnah adalah sama dengan penyembahan berhala moden.
Untuk menguatkan lagi hujah beliau, Rasyad Khalifa telah menghasilkan sebilangan buku yang
menghuraikan kod tersebut seperti Miracle Of The Quran: Significance of the Mysterious Alphabets
(Islamic Productions, St. Louis, Missouri, 1973), The Computer Speaks: God's Message to the World
(Renaissance Productions, Tucson, Arizona, 1981), Quran: The Final Scripture (Islamic Productions,
Tucson, Arizona, 1981) dan Quran: Visual Presentation Of The Miracle (1982).
IDEA RASYAD KHALIFA PENCETUS KEKELIRUAN3
Menelusuri pemikiran Rasyad Khalifa, maka tidak menghairankan sekiranya idea sebegini lahir dari
beliau. Di dalam buku-buku beliau tersebut ada tiga perkara yang beliau tegaskan pasti akan berlaku
dan tidak boleh dipertikaikan :
a) Tuhan
b) Perutusan Tuhan (al-Quran)
c) Penetapan Tahun Kiamat Dunia
Idea tentang Kod 19 adalah tafsiran yang dibuat terhadap al-Quran menggunakan komputer A-
Hewlet-Packard HP-1000, E Series yang menghasilkan tafsir yang mengandungi kebenaran fizikal
100%, proven truth (pembuktian kebenaran), complete truth (kebenaran lengkap) dan practical truth
(kebenaran amali) kerana ia sama sekali tidak bercampur dengan pemikiran, sangkaan atau tafsiran.
Inilah yang dikatakan Kod 19 adalah bukti kemukjizatan al-Quran.
Jika hendak menghitung susunan segala surah, ayat, kalimah dan huruf dalam al-Quran adalah sama
seperti menghitungnya banyaknya bintang di langit. Walaubagaimanapun janganlah khuatir kerana
segala-galanya telah dimudahkan oleh komputer dengan susunan yang begitu rapi sekali. Anda hanya
dikehendaki menyemak dan dengan segera akan dapat mengesahkan wujudnya segala macam jenis
kod atau angka (19 atau yang dapat dibahagikan genap dengan 19).
Sejak 14 abad lamanya Quran tegak tanpa sokongan Kod 19 menyebabkan pengikut-pengikut al-
Quran membuat tafsiran yang bukan-bukan terhadap maknanya. Semua orang silap dalam
mentafsirkan al-Quran. Sekarang, dengan kemunculan The Computer Speaks, segala kesilapan itu
akan dapat dihapuskan dengan berkesan.
Jika terdapat di antara orang-orang yang mengaku menjadi pengikut Quran itu tidak mahu menerima
bukti fizikal dalam kandungan buku ini, maka tempat mereka akan diambil-alih oleh kaum lain seperti
firman Tuhan : Jika kamu berpaling, nescaya Dia akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain.”
Semasa pertama kali membentangkan teori Kod 19 ini, Rasyad Khalifa menyatakan bahawa beliau
ingin membuktikan secara fizikal tentang dua perkara4 :
1. Al-Quran adalah mesej ketuhanan yang terakhir di dunia ini
2. Al-Quran dijaga secara sempurna dan tiada sedikitpun kesilapan, pertambahan dan
kekurangan.
3 Sila lihat Nahmar Jamil (1986), Dari Kod 19 Kepada Anti Hadis, Petaling Jaya : Percetakan Kun Sdn Bhd.
Hlm. 12-13. 4 Abu Ameenah Bilal Philips (1987) 19 : The al-Quran Numerical Miracle : Hoax and Heresy, Riyadh : al-
Furqan Publications. Hlm. 1
4
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
Malangnya dengan memperkenalkan Kod 19 ini dia sebenarnya telah membatalkan tujuannya yang
kedua dengan mendakwa bahawa berlaku penambahan pada 2 ayat terakhir surah al-Taubah. Ayat
yang dimaksudkan adalah :
Maksudnya : Sesungguhnya telah datang kepada kamu seorang Rasul dari golongan kamu sendiri
(iaitu Nabi Muhammad s.a.w.), yang menjadi sangat berat kepadanya sebarang kesusahan yang
ditanggung oleh kamu, yang sangat lobakan (inginkan) kebaikan bagi kamu, (dan) ia pula
menumpahkan perasaan belas serta kasih sayangnya kepada orang-orang yang beriman. Kemudian
jika mereka berpaling ingkar, maka katakanlah (Wahai Muhammad): “Cukuplah bagiku Allah (yang
menolong dan memeliharaku), tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia kepadaNya aku
berserah diri, dan Dialah yang mempunyai ‘Arasy yang besar.
Rasyad Khalifa juga telah menghina hadis Nabi s.a.w dan mendakwanya sebagai kata-kata syaitan
dan penghormatan yang ditunjukkan kepada Nabi Muhammad adalah sama dengan penyembahan
berhala.
5
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
KOD 19 MUKJIZAT AL-QURAN?
Bassam Jarrar di dalam satu bukunya yang berkaitan dengan mukjizat angka di dalam al-Quran
menyatakan bahawa salah satu daripada tanda mukjizat angka di dalam al-Quran adalah melibatkan
nombor 19 kerana disebut secara spesifik di dalam al-Quran dalam surah al-Muddathir ayat 30.5
Bagi Bassam, nombor 19 ini adalah istimewa kerana ia adalah bilangan huruf dalam بسم اهلل الرمحن: Beliau juga menyatakan tentang kelebihan nombor 19 dengan memaparkan kira-kira berikut .الرحيم
6
a) 1 x 19 = 19. Jumlah 1 + 9 = 10. Jumlah 1 + 0 = 1
b) 2 x 19 = 38. Jumlah 3 + 8 = 11. Jumlah 1 + 1 = 2
5 Bassam Jarrar (t.t), Numeric Miracles of The Holy Qur’an, Noon Centre for Qur’anic Studies & Research,
hlm. 3. 6 Bassam Jarrar (2004), 19 I’jaz al-Raqm fi al-Quran al-Karim, Beyrut : al-Mu’assasah al-Islamiah, hlm. 124.
6
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
c) 3 x 19 = 57. Jumlah 5 + 7 = 12. Jumlah 1 + 2 = 3
d) 4 x 19 = 76. Jumlah 7 + 6 = 13. Jumlah 1 + 3 = 4
e) 5 x 19 = 95. Jumlah 9 + 5 = 14. Jumlah 1 + 4 = 5
f) 6 x 19 = 114. Jumlah 1 + 1 + 4 = 6
g) 7 x 19 = 133. Jumlah 1 + 3 + 3 = 7
h) 8 x 19 = 152. Jumlah 1 + 5 + 2 = 8
i) 9 x 19 = 171. Jumlah 1 + 7 + 1 = 9
j) 10 x 19 = 190. Jumlah 1 + 9 + 0 = 10
k) 11 x 19 = 209. Jumlah 2 + 0 + 9 = 11
Namun begitu, walaupun menyetujui bahawa 19 adalah salah satu daripada mukjizat angka di dalam
al-Quran, beliau bagaimanapun mengkritik Kod 19 Rasyad Khalifa dan memaparkannya di dalam
buku beliau 19 I’jaz al-Raqm fi al-Quran al-Karim.7
Berbeza dengan Kod 19 ciptaan Rasyad Khalifa yang sudah menjadi satu hujah untuk menolak hadis
bagi golongan antihadis, khususnya di Malaysia. Bagi golongan ini, ia adalah bukti bahawa al-Quran
sudah memadai dan tiada lagi keperluan terhadap hadis Nabi s.a.w.
Kassim Ahmad sebagai pengasas kepada golongan antihadis di Malaysia telah berkata di dalam satu
temubual dengan sekumpulan penyelidik :
Ni terjemahan Rashad Khalifa. Tuan-tuan pernah dengar Rashad Khalifa. Rashad Khalifa ni dia
mengkaji al-Quran barangkali 20 tahun lebih melalui komputer. Dia bubuh seluruh al-Quran di
dalam komputer. Tahu tak kod 19. Kod 19 tu, ini yang kita kata mukjizat Quran tu.. dia terletak dalam
kod 19. Kod 19 ertinya, Quran ini.. surah dia, ayat-ayat dia, malah huruf-huruf dia terdiri daripada
19 atau gandaan daripada 19. عليها تسعة عشر . Kalau tuan-tuan ada dalam handphone tu al-Quran
cuba bukak, Surah 74 ayat 30, “Di atasnya 19”. Jadi, kalau kita tengok macam ni.. apa yang kita nak
tahu, kita tak boleh faham.. adalah huraian sikit kat bawah tu. Tapi, dia yang huraikan secara detail
lah. Dia punya terjemahan ni ada 38 lampiran (merujuk tafsir Rashad Khalifa).8
Bagi golongan ini, Kod 19 ini adalah bukti kepada kemukjizatan al-Quran. Juga sebagai bukti bahawa
al-Quran adalah ciptaan Allah Taala, bukan ciptaan manusia. Pandangan saudara Kassim Ahmad
tentang Kod 19 ini adalah jelas sebagai refleksi kepada teori yang dicipta oleh Rasyad Khalifa dalam
bukunya “The Computer Speaks : God’s Message To The World” pada tahun 1985. Teori Kod 19 ini
menyatakan bahawa semua benda yang terkandung dalam al-Quran mempunyai kaitan dengan angka
19. Setelah dianalis, maka beberapa pernyataan berkaitan dengannya dikeluarkan seperti :
ada 19 huruf : بسم اهلل الرمحن الرحيم (1
2) 5 ayat pertama surah 96 ada 19 kalimah
3) Surah al-‘Asr ada 19 kalimah
4) Dalam al-Quran ada 114 surah = 19 x 6
5) Dari surah 96 hingga akhir al-Quran ada 19 surah.
6) Surah 96 ada 19 ayat
7 Ibid., hlm.27
8 Temubual dengan Kassim Ahmad pada 17 Disember 2015 di Kulim Golf Resort, Kedah.
7
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
7) 5 ayat pertama dari surah 96 ada 76 huruf = 19 x 4
8) Jumlah huruf dalam surah 96 ada 285 = 19 x 15
9) Kalimah اسم berulang 19 kali dalam al-Quran.
berulang 2698 kali =19 x 142 اهلل (10
berulang 571=19 x 3 الرمحن (11
berulang 114 = 19 x 6 الرحيم (12
الرمحن الرحيم بسم اهلل (13 berulang 114 kali dalam al-Quran = 19 x 6
14) Di antara surah al-Taubah, tiada dimulakan, dengan بسم اهلل الرمحن الرحيم dengan surah
al-Naml, dalamnya ada 19 surah.
15) 9 ayat dari surah 69, dikatakan wahyu kedua, ada 38 kalimah = 19 x2
16) 10 ayat pertama dari surah 73 الرحيم dikatakan wahyu ketiga ada 57 kalimah = 19 x 3.
17) Dalam surah 74 املدثر ada disebut “di atasnya ada sembilan belas” pada ayat 30.
18) Surah Fatihah dikatakan wahyu kelima dimulai dengan اهلل الرمحن الرحيم بسم yang mengandungi 19 huruf.
Mengapa semuanya 19? Kerana tema Quran itu Tuhan SATU dan 19 itu sama dengan
satu atau الرحيم menurut nilai 19 = (19 =4+1+6) 4= ر ,8= ح ,1= ا ,6 = و.
19) Huruf-huruf tunggal (muqatta’ah) ص ع ى ه ك س م ل ا ط س ح ق ر awal surah iaitu
berjumlah 14 membentuk 14 pasang muqatta’ah Quran yang terletak pada 29 surah =
14 + 14 + 29 = 59 = 19 x 3.
20) Kod 19 dapat menentukan tarikh berlakunya Kiamat adalah pada 2280M.
Kassim Ahmad dipetik berkata : “Perbincangan dan perbahasan ini dilakukan mengikut kaedah
saintifik, semua fakta-fakta, kenyataan dan keterangan mestilah nyata, berwibawa, selaras dan benar
dan semua hujah mestilah munasabah, logikal dan rasional.”9
Bagi beliau, tafsiran yang dibuat oleh Rashad Khalifa ini adalah sangat tepat kerana bersandarkan
kepada kaedah yang saintifik, munasabah, rasional dan logik. Kunci utama kepada kemukjizatan
9 Akhbar Mingguan Islam (21 November 1985 ).
8
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
angka 19 terhadap al-Quran ini adalah kerana perkataan “Allah yang Esa” atau “al-wahid” (one –
.( 1 = 0 + 1 → 10 ,10 = 9 + 1 → 19 : واحد
ARGUMEN TERHADAP KOD 1910
Walaupun pada awalnya Kod 19 ciptaan Rasyad pada awalnya dianggap menggemparkan kerana
seolah-olah menggambarkan kehebatan al-Quran yang selari dengan kaedah komputer dan saintifik,
namun ia mendapat ktitikan dari ulama dan cendikiawan Islam.
Seorang cendikiawan Pakistan bernama Maulana Abdul Qudus Hashimi dengan segera menyanggah
teori ini dan menyamakannya dengan agama Bahai11
. Ajaran agama ini mengagungkan nombor 19
dan menganggapnya sebagai asas kepada alam semesta kerana pengasas bagi agama ini adalah Ali
Muhammad Bab lahir pada 1819. Beliau membuat kesimpulan bahawa jika ada perkaitan antara
angka 19 dan agama, maka ia adalah agama Bahai kerana kalendar bagi agama itu mempunyai 19
bulan, 19 hari bagi setiap bulan dan angka ini boleh ditemui di semua premis Bahai, sama ada
tertulisn di dinding atau dikerusi.
Ironinya, Ahmad Deedat adalah antara orang yang menyokong Kod 19 dan menyebarkannya ke
seluruh dunia. Pada tahun 1979, beliau telah menerbitkan satu buku kecil yang memaparkan data dan
argumen Rasyad Khalifa yang bertajuk al-Quran di Ultimate Miracle. Namun setelah beberapa tahun,
beliau menarik balik sokongannya terhadap Rasyad Khalifa yang telah melampaui batas dengan
menyerang hadis dan meramal tarikh Kiamat dengan mendarab angka 19 dengan beberapa nombor
lain di dalam al-Quran.
Setelah itu seorang ulama terkenal dari Arab Saudi iaitu Sheikh Abdullah bin Abdul Aziz telah
mengeluarkan fatwa bahawa teori Kod 19 oleh Rasyad Khalifa ini adalah sesat dan menyeleweng.12
Faktor utama Kod 19 ini menggemparkan umat Islam pada pertama kali ia diperkenalkan kerana ia
mempunyai set kira-kira, rajah dan carta yang menampakkan kehebatan dan kejituan. Dr Bilal Philip
dalam satu bukunya telah menyanggah kembali “kehebatan” ini dan membuktikan bahawa ia
mempunyai banyak penipuan dan penyelewengan.
Argumentasi pada Kod 19 ciptaan Rasyad Khalifa banyak menjurus kepada metode yang digunakan
oleh beliau yang kelihatan sangat longgar, apatahlagi melibatkan pembilangan huruf-huruf di dalam
al-Quran. Sekiranya difokuskan kepada pembilangan huruf, kesilapan pada cara pengiraan adalah
sebagaimana berikut :
1) Cara Membilang Huruf Yang Salah
Bukti fizikal yang dibawa oleh Rasyad Khalifa adalah berdasarkan kepada jumlah huruf dalam
satu surah, sekumpulan ayat atau sekumpulan surah yang apabila dicampurkan menjadi 19 atau
boleh didarab dengan 19. Sebagai contoh dakwaan beliau :
a) بسم اهلل الرمحن الرحيم : ada 19 huruf
10
Sila lihat Abu Ameenah Bilal Philips (1987) 19 : The al-Quran Numerical Miracle : Hoax and Heresy,
Riyadh : al-Furqan Publications. 11
Ibid., hlm. 2. 12
Fatwa yang dikeluarkan dapat diperolehi dalam bahasa Inggeris dalam pamplet In Defence of the Quran and
Sunnah cetakan Majliss of al-Haq Publication Society, Kanada.
9
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
b) 5 ayat pertama dari surah 96 ada 76 huruf = 19 x 4
c) Dalam al-Quran ada 114 surah = 19 x 6
d) 5 ayat pertama surah 96 ada 19 kalimah
Bilangan sebegini hanya akan valid sekiranya al-Quran diturunkan secara bertulis dari Allah s.w.t
sedangkan yang berlaku adalah ia turun secara lisan dan ditulis berdasarkan bentuk penulisan
bahasa Arab pada waktu itu. Huruf ،ي ، و أ adakalanya ditulis tetapi tidak dibaca dan adakala
dibaca tetapi tidak ditulis.13
Sebagai contoh adalah perkataan بسم اهلل الرمحن الرحيم, terdapat 3 alif yang tiada, merujuk
kepada bentuk penulisan rasm al-Uthmani. Sekiranya 3 alif tadi dikira, maka bilangan hurufnya
adalah 21, bukan 19.
Kesilapan yang dilakukan oleh Rasyad Khalifa ini jugalah yang disentuh oleh Bassar Jarrar dalam
bukunya.14
2) Cara Membilang Huruf Muqatta’ah Yang Tidak Konsisten
Sebahagian daripada fakta fizikal yang dikemukakan oleh Rasyad Khalifa adalah berkaitan
dengan huruf-huruf al-Muqata’ah atau disebut sebagai Quranic Initials di permulaan 29 surah
yang terkandung di dalam al-Quran. Memetik kata-kata beliau : “Dapat dikenalpasti bahawa
semua huruf initials di dalam al-Quran, tanpa sebarang pengecualian, wujud dalam surah tersebut
jumlah yang dapat didarabkan dengan 19. Mana-mana pembaca dapat mengenalpasti dengan
mudah dengan membilang huruf qaf di dalam surah Qaf. Beliau akan mendapati bahawa terdapat
57 kali surah qaf di dalam surah tersebut. 57 bermakna 19 x 3. Begitu juga dengan surah ke 42
(Surah al-Syura) terdapat 57 kali huruf qaf di dalamnya.”
Dr. Bilal Philip mendakwa bahawa Rasyad Khalifa sengaja membesar-besarkan perkara ini dan
menjadikannya begitu meyakinkan, sedangkan cara yang sama tidak digunakan secara konsisten
pada surah-surah yang lain.15
Sebagai contoh, dalam dakwaan Rasyad Khalifa berkaitan dengan
huruf ha mim ( ) yang berada di permulaan surah Ghafir, Fussilat, al-Syura, al-Zukhruf, al-
Dukkhan, al-Jaathiyah dan al-Ahqaf, tiada satu surahpun yang jumlah huruf ha dan mim di
dalamnya dapat didarabkan dengan 19 secara tepat. Untuk memperolehi jumlah yang dikehendaki
Rasyad Khalifa terpaksa mencampurkan semua ketujuh-tujuh surah untuk mendapatkan jumlah
2147 (19 x 113).
Chapter HH M ح م
Total
40. Ghafir 64 380 444
41. Fussilat 48 276 324
13
Muhammad al-Zarkasyi (1972), al-Burhan fi Ulum al-Quran, Beirut : Dar al-Maarifah, hlmn. 381-407 14
Bassam Jarrar (2004), 19 I’jaz al-Raqm fi al-Quran al-Karim, Beyrut : al-Mu’assasah al-Islamiah, hlm. 27. 15
Abu Ameenah Bilal Philips (1987) 19 : The al-Quran Numerical Miracle : Hoax and Heresy, Riyadh : al-
Furqan Publications. Hlm. 12.
10
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
42. al-Syura 53 300 353
43. al-Zukhruf 44 324 368
44. al-Dukkhan 16 150 166
45. al-Jaathiyah 31 200 231
46. al-Ahqaf 36 225 261
Totals 292 1855 2147
2147 = 19 x 113
Untuk memperolehi bilangan 2147 ini, Rasyad Khalifa telah menggunakan metodologi yang tidak
sama dengan yang sebelumnya, bahkan amat bercanggah dengan kenyataan beliau di atas iaitu
“tanpa sebarang pengecualian, wujud dalam surah tersebut jumlah yang dapat didarabkan dengan
19.” Malahan bukan itu sahaja kerana jika dilihat dalam surah al-Syura, huruf muqatta’ah nya
bukan ha mim ( ) tetapi ha min ain sin qaf ( ). Jelas juga menampakkan
bahawa huruf muqatta’ah bagi surah ini adalah 5, bukannya 3, maka seharusnya dikira sebagai 5.
Maka jika dihitung, jumlahnya adalah 562, ia tidak boleh didarabkan dengan 19!
3) Cara Membilang Huruf Dengan Manipulasi.
Bagi surah yang mempunyai huruf muqatta’ah di permulaan surah, terdapat 13 surah yang
bermula dengan huruf ا. Rasyad Khalifa mendakwa bahawa dalam setiap kes, jumlah huruf bagi
dalam setiap surah boleh didarabkan dengan 19. Sebagai contoh :
a) Surah kedua ( al-Baqarah) yang bermula dengan mengandungi 9899 3 huruf ini (19 x
521)
b) Surah 3, 29, 30, dan 32 ( Ali Imran, al-Ankabut, al-Rum dan al-Sajadah) yang juga
bermula dengan mengandungi 5662 (19x 298), 1672 (19x88), 1254 (19x66), 817 (19
x 43) dan 570 (19x30).
Beliau mendakwa bahawa penemuan yang sama berlaku pada surah yang bermula dengan ,
, . Persoalannya, kenapakah kesemua surah-surah ini sangat menepati denga teori
beliau sedangkan yang lain tidak? Hakikatnya, tiada satu pun diantara surah-surah yang
dinyatakan di atas adalah bertepatan dengan teori 19 beliau. Apa yang beliau lakukan adalah
memanipulasi huruf )ء( dalam setiap surah. Adakalanya beliau mengiranya sebagai ا dan
adakalanya tidak, bergantung pada setiap kes bagi setiap surah.
Contoh 1 : Dalam surah al-Sajadah ayat 8, beliau menjumlahkan 2 alif ( ا ). Ini kerana )ء ( dalam
perkataa itu dikira sebagai ( ا ) :
11
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
Contoh 2 : Dalam surah al-Sajadah ayat 7, beliau menjumlahkan 5 alif ( ا ). Ini kerana )ء ( dalam perkataa itu tidak dikira sebagai ( ا ) :
Contoh 3 : Dalam surah Ali Imran ayat 158, beliau menjumlahkan 4 alif ( ا ). Ini kerana )ء ( dalam perkataa itu dikira sebagai ( ا ) :
Contoh 4 : Dalam surah al-Rum ayat 51, beliau menjumlahkan 6 alif ( ا). Ini kerana ) ء ( dalam
perkataa yang sama tidak pula dikira sebagai ( ا) :
4) Membilang Huruf Secara Memalsukan Data
Dalam kes ini, Rasyad Khalifa telah melakukan pemalsuan data demi untuk menghasilkan
nombor yang boleh di darabkan dengan 19. Pemalsuan data ini jika difokuskan pada prose
membilang huruf dapat dibahagiakan kepada 2 bahagian utama :
a) Mengira huruf yang tiada
Salah satu bentuk pemalsuan dapat dilihat dalam ayat 41 surah al-Ra’d :
Rasyad Khalifa menjumlahkan sebanyak 16 alif ( ا ) sedangkan jumlah sebenarnya
adalah 15 alif.
b) Tidak mengira huruf yang ada
Salah satu bentuk pemalsuan adalah dalam surah al-Rum ayat 21 :
12
E-Proceeding of the 1st INHAD International Muzakarah & Mu’tamar on Hadith 2016 (e-ISBN 978-967-
0850-45-0). 25th April 2016, Federal Hotel, Kuala Lumpur, MALAYSIA. Organized by Hadith Research
Institute (Institut Kajian Hadith-INHAD)
Sekiranya dilihat dalam kotak pengiraan Rasyad Khalifa, beliau menjumlahkan huruf lam
.sebanyak 7 sedangkan jumlah sebenar adalah 8 )ل(
Kesilapan yang dilakukan oleh Rasyad Khalifa ini juga yang disentuh oleh Bassar Jarrar dalam
bukunya.16
KESIMPULAN
Angka 19 ini sudah tentunya mempunyai keistimewaannya yang tersendiri kerana telah disebut oleh
Allah Taala secara spesifik di dalam firmanNya yang mulia. Ia disebut sebagai mukjizat angka di
dalam al-Quran. Namun begitu, Kod 19 yang dicipta oleh Rasyad Khalifa ternyata telah mencemarkan
angka yang istimewa ini. Satu kod yang telah dicipta dengan keinginan yang melampau akhirnya
membawa kepada kesesatan; menolak hadis nabi s.a.w serta meramalkan tarikh kiamat yang
hakikatnya hanya berada di dalam pengetahuan Allah Taala. Berdasarkan kepada analisis terhadap
metode pengiraan huruf yang dilakukan oleh Rasyad Khalifa, ternyata ia adalah salah, malah
menyeleweng dan perlu ditolak oleh semua umat Islam yang sayangkan al-Quran dan sunnah
nabiNya.
RUJUKAN :
1) Abdul Karim Ali. t.th. Penguatkuasaan Fatwa Pengharaman Karya-karya Anti Hadith di
Malaysia: Satu Penilaian.
2) Abu Ameenah Bilal Philips (1987) 19 : The al-Quran Numerical Miracle : Hoax and Heresy,
Riyadh : al-Furqan Publications.
3) Akhbar Mingguan Islam (21 November 1985 ).
4) al-Zarkasyi, Muhammad (1972), al-Burhan fi Ulum al-Quran, Beirut : Dar al-Maarifah.
5) Bassam Jarrar (2004), 19 I’jaz al-Raqm fi al-Quran al-Karim, Beyrut : al-Mu’assasah al-Islamiah.
6) Bassam Jarrar (t.t), Numeric Miracles of The Holy Qur’an, Noon Centre for Qur’anic Studies &
Research.
7) Harussani Haji Zakaria. 2014. Penyelewengan Antihadis. Kertas kerja ini dibentangkan di
Wacana Pengukuhan Nilai-Nilai Islam-Bicara dan Khutbah bersama Mufti di Masjid Tuanku
Mizan Zainal Abidin, Putrajaya.
8) Nahmar Jamil (1986), Dari Kod 19 Kepada Anti Hadis, Petaling Jaya : Percetakan Kun Sdn Bhd.
9) Temubual dengan Kassim Ahmad pada 17 Disember 2015 di Kulim Golf Resort, Kedah.
16
Bassam Jarrar (2004), 19 I’jaz al-Raqm fi al-Quran al-Karim, Beyrut : al-Mu’assasah al-Islamiah, hlm. 27.