Upload
nazree-kempuchi-monmon
View
289
Download
4
Embed Size (px)
DESCRIPTION
Tentang kreativiti dalam seni visual
Citation preview
KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
PENDIDIKAN SENI VISUAL
"Creativity is thinking up new things. Innovation is doing new things." - I think creativity is indeed thinking up new concepts/things. Innovation is making this
new concept/thing practical in a novel way. Creativity is dreaming up a new invention and innovation is making it real in ones own unique way. When you bring something new into existence you can say you created it. You cannot say you innovated it. And again when you improve something that already exists you cannot say you created it
but you can say you innovated it.Theodore Levitt.
1 Kreativiti dalm Seni Visual
KANDUNGAN
BAB 1
Kreativiti & Inovasi
1. Manusia danProses Berfikir2. Otak dan minda manusia3. Model kemahiran Berfikir 4. Pemikiran Kritis5. Pemikiran Kreatif6. Kemahiran Menaakul
7. Metakognisi (Strategi Berfikir )i. Indikator Operasi Metakognisiii. Kreativiti dan Inovasi dalam dasar industry kreatif
Negara8. Mengamalkan budaya berfikir kreatif dan kritis9. Mengelakkan kesilapan berfikir
Rumusan
BAB 2
Model Pemikiran Kreativiti
2.1. Model Pembangunan Pemikiran Kreativiti dalam Seni Visual
2.1.1. Pembangunan Kreativiti Individu
2.1.2. Ciri-ciri individu kreatif
2.1.3. Ciri-ciri karya kreatif
2.1.4. Artis kreatif
2.2. Model Proses Kreatif Terarah
2.3. Alat Berfikir dalam Model Proses Kreatif Terarah
2.3.1. Persediaan2.3.2. Imaginasi2.3.3. Perkembangan2.3.4 Tindakan
2.4 Penerokaan dan eksperimentasi ke arah pembentukan kreativiti
2 Kreativiti dalam Seni Visual
Rumusan
BAB 3
3.1 Kepentingan Kreativiti dan Inovasi- Kepentingan Guru Yang Kreatif dan Inovatif - Melahirkan Murid yang Kreatif dan Inovatif
3.2Kreativiti dan Inovasi dalam Kurikulum Persekolahan Negara3.3DasarIndustri Kreatif Negara
Standard Pembangunan Kreativiti
3.1. Standard Pengajaran Pembangunan Kreativiti dalam Seni Visual Sekolah Rendah dan Sekolah Menengah
3.1.1. Merancang dan mengurus Pengajaran dan Pembejaran3.1.2. Membimbing dan Menjadi Fasilitator3.1.3. Mentaksir Secara Berterusan3.1.4. Merancand dan Mengurus Persekitaran Pembelajaran3.1.5. Membangun Komuniti dan Budaya
3.2. Indikator Proses Kreatif Terarah
3.2.1. Fasa Persediaan3.2.2. Fasa Imaginasi3.2.3. Fasa Perkembangan3.2.4. Fasa Tindakan
Rumusan
BAB 4
Strategi dan Fokus Pengajaran dan Pembelajaran
4.1. Aplikasi Proses Kreatif Terarah dalam Strategi Pengajaran dan Pembelajaran
4.1.1. Konstruktivisme4.1.2. Studi based Learning4.1.3. Pembelajaran Berasaskan Masalah4.1.4. Membuat Keputusan
3 Kreativiti dalm Seni Visual
4.2. Fokus Pengajaran dan Pembelajaran.
Rumusan
BAB 5
Aplikasi Proses Pemikiran Kreativiti Dalam Perlaksanaan Pengajaran dan pembelajaran Seni Visual
5.1
Rumusan
4 Kreativiti dalam Seni Visual
1 KREATIVITI & INOVASI
BERFIKIR DAN BERFIKIR TENTANG BERFIKIR
APAKAH KREATIVITI
KEPENTINGAN KREATIVITI
A teaching activity that produces an enjoyable, or even creative, outcome does not necessarily enhance creativity unless the students have the opportunity for
creative thinking.
(Starko.A.J.,2005. Creativity in the Classroom)
Kreativiti, sebagai satu anugerah Tuhan merupakan potensi yang dimiliki oleh semua individu. Namun begitu tidak semua orang boleh menjadi individu yang kreatif. Pemikiran kreatif dan inovatif perlu dibangunkan dan dikembangkan dalam kalangan murid semasa proses pengajaran dan pembelajaran. Kurikulum persekolahan perlu memberi peluang kepada murid untuk menjadikan mereka suka menyoal dan mencari jawapan, melihat hubung kait, menjangka peristiwa yang akan berlaku, membuat spekulasi tentang kemungkinan, meneroka idea, berfikir secara literal, dan sentiasa membuat refleksi secara kritikal tentang idea, tindakan dan hasil.
Bagi memastikan kurikulum persekolahan dapat membangunkan daya kreativiti murid, objektif pembelajaran yang berkaitan kreativiti perlu dikembangkan. Aktiviti yang meningkatkan minat dan kreativiti perlu disediakan dan murid perlu dibekalkan dengan pengetahuan, kemahiran dan alat yang membolehkan mereka membangunkan kreativiti dan memupuk sikap dan personaliti individu kreatif.Kreativiti dan inovasi adalah dua perkara yang saling berkaitan. Secara umum, kreativiti merujuk kepada tindakan penghasilan idea, pendekatan atau tindakan baru. Inovasi pula ialah proses menjana idea dan mengaplikasikan idea kreatif dalam konteks tertentu. Dalam konteks pendidikan, kreativiti dan inovasi saling bergandingan bagi memastikan kedua-dua proses tersebut dilaksanakan dalam pengajaran dan pembelajaran bagi pembangunan modal insan yang dihasratkan.
5 Kreativiti dalm Seni Visual
1.1 MATLAMAT PEMBANGUNAN KREATIVITI DAN INOVASI
Matlamat pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kalangan murid bertujuan untuk menghasilkan modal insan yang kreatif dan inovatif melalui pelaksanaan kurikulum persekolahan. Daya kreativiti dan inovatif murid perlu dibangunkan ke tahap optimum supaya mereka berdaya cipta dan berkeupayaan menghasilkan idea dan ciptaan yang berkualiti, dan seterusnya menjadi amalan dan budaya dalam kehidupan warganegara Malaysia pada masa hadapan. Individu kreatif dan inovatif ini adalah aset negara yang mampu menyumbang ke arah pembangunan masyarakat, bangsa, negara dan agama.
1.2 OBJEKTIF PEMBANGUNAN KREATIVITI DAN INOVASI
Objektif pembangunan kreativiti dan inovasi dalam kurikulum persekolahan adalah untuk membolehkan murid:
i. Mempunyai keterampilan diri dan personaliti individu kreatif. ii. Menguasai kemahiran dalam proses kreatif. iii. Menghasilkan idea kreatif dan inovatif. iv. Menguasai kemahiran komunikasi. v. Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran secara kritis dan
kreatif.vi. Menyelesaikan masalah, membuat keputusan dan mengurus
kehidupan harian secara kreatif dan inovatif.
1.3 ELEMEN BERFIKIR
Berfikir........melibatkan pengelolaan operasi mental tertentu yang berlaku
dalam minda atau sistem kognitif seseorang yang bertujuan menyelesaikan masalah (Mayer, 1977)
....merupakan pembentukan idea, pembentukan semula pengalaman dan penyusunan maklumat dalam bentuk tertentu (Fraenkel, 1980)
...ialah kebolehan manusia untuk membentuk konsep, memberi sebab atau membuat penentuan (Beyer, 1991)
Berdasarkan kepada beberapa pengertian di atas, kemahiran berfikir dapat merumuskan sebagai proses menggunakan minda sama ada untuk mencari makna dan pemahaman terhadap sesuatu, membuat pertimbangan dan keputusan atau penyelesaian masalah.
1.3.1 PROSES BERFIKIR
Setiap hari manusia berfikir apabila kita berhadapan dengan sesuatu perkara misalnya semasa melihat sesuatu objek, secara automatik akan menyoal diri sendiri? Soalan-soalan yang akan mungkin timbul ialah:
i. Apakah objek itu?
6 Kreativiti dalam Seni Visual
ii. Apakah kegunaan objek tersebut?iii. Bagaimana mengunakannya?iv. Adakah ia memberi manfaat?
Kita akan membina soalan-soalan sama ada secara sedar atau tidak. Setiap hari kita akan menyelesaikan masalah dan membuat keputusan. Apabila anda menyoal diri sendiri dan mencari jawapannya, anda sedang dalam proses berfikir, mencari jawapan terbaik, menggunakan beberapa aspek iaitu:
Pengetahuan (apa yang kita tahu tentang objek itu) Kemahiran (proses mengenal pasti masalah, menyoal diri sendiri
tentang objek itu) Sikap atau nilai (keinginan untuk mengetahui tentang objek itu)
Apabila kita menyusun cara dan menyedari proses berfikir, maka kita akan berfikir pada aras yang lebih tinggi dan kompleks. Pada aras ini kita akan mula berfikir tentang cara kita berfikir. Ini merupakan proses metakognitif yang mengandungi beberapa strategi yang lebih sistematik iaitu melibatkan kemahiran berfikir kritis dan kreatif dengan ciri-ciri penaakulan, logik dan rasional.
1.3.2 MODEL KEMAHIRAN BERFIKIR
Berfikir melibatkan aplikasi kemahiran berfikir kritis, kemahiran berfikir kreatif dan kemahiran menaakul. Kemahiran berfikir kritis ialah kebolehan untuk menilai kemunasabahan sesuatu idea dan bersifat evaluatif. Kemahiran berfikir kreatif ialah kebolehan untuk mencerna dan menghasilkan idea asli dan bersifat generatif. Idea baru terhasil melalui ilham atau gabungan idea-idea yang ada. Kemahiran berfikir menaakul membantu dalam membuat pertimbangan secara logik dan rasional kepada semua kemahiran berfikir dan strategi berfikir.
Kesemua kemahiran berfikir ini menjadi strategi proses berfikir dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang akhirnya menuju ke arah menkonsepsi, membuat keputusan dan menyelesaikan masalah. Perkaitan antara kemahiran berfikir kritis, berfikir kreatif, kemahiran menaakul dan strategi berfikir ditunjukkan dalam Rajah 1.1
7 Kreativiti dalm Seni Visual
Rajah 1.1 Model Proses berfikir
1.3.3 PEMIKIRAN KRITIS
Pemikiran kritis meliputi tiga kriteria pemikiran yang terdiri daripada keobjektifan, kejituan dan kegigihan.
Keobjektifan : kebolehan membuat penilaian berasaskan fakta sebenar yang dipengaruhi atau tidak dipengaruhi oleh prasangka atau perasaan sendiri.
Kejituan: kebolehan membuat penilaian secara sesuai dan tepat
Kegigihan: kebolehan mempertahan pendirian atau pendapat sendiri dan mempertimbang pendapat orang lain setelah memastikan ketepatan dan kesahan.
1.3.4 PEMIKIRAN KREATIF
Pemikiran kreatif dibangunkan berdasarkan aspek penting dalam kreativiti seperti yang dijelaskan oleh Torrance (1979) iaitu
Keaslian:Kebolehan menghasilkan idea yang luar biasa, unik, baru dan menarik dan hanya sebilangan kecil individu dapat mengemukakannya.
8 Kreativiti dalam Seni Visual
Kelancaran : Kebolehan menghasilkan idea yang banyak atau alternatif penyelesaian. Kelancaran juga merujuk kepada pemahaman tentang maklumat atau tugasan yang mungkin logik, benar atau sebaliknya. Ia akan membentuk idea yang berterusan dan bermakna kepada individu.
Keluwesan: Kebolehan mengembangkan atau mempelbagai idea yang boleh ditokok tambah, boleh diubah suai, mempunyai pelbagai penerangan rasional tentang idea. Ia juga disertai pelbagai contoh dan pelbagai kategori.
Kejelasan: Kebolehan menghuraikan idea dalam bentuk penghuraian kepada pencerakinan bahagian yang lebih kecil dan khusus Idea tersusun dan mudah difahami serta secara sistematik.
1.3.5 KEMAHIRAN MENAAKUL
Kemahiran menaakul merupakan salah satu kemahiran berfikir yang membolehkan seseorang membuat keputusan berdasarkan akal dan logik.
Penaakulan merupakan penerangan tentang kesan dan akibat mengapa terjadinya sesuatu disamping dapat membuat ramalan atau andaian. Ia merupakan proses kognitif yang menggunakan fakta atau pengetahuan, data dan strategi menyelesaikan masalah untuk membuat kesimpulan dan keputusan.
Kemahiran menaakul juga melibatkan proses untuk menghasilkan maklumat dan membuat andaian awal berdasarkan pengetahuan sedia ada. Proses penaakulan akan menjana kemahiran intelek seseorang untuk membolehkan individu tersebut memahami idea dan konsep dengan lebih jelas justeru membuat kesimpulan yang rasional.
9 Kreativiti dalm Seni Visual
Rajah 1.2 Asas Kemahiran Menaakul
Terdapat empat proses dalam kemahiran menaakul iaitu:
10 Kreativiti dalam Seni Visual
i. Menyimpan
ii. Imbasan Kembali
iii. Memadan
iv. Prosedur Eksekutif
1.4 METAKOGNISI (STRATEGI BERFIKIR)
Metakognisi merupakan operasi mental secara berstrategi tentang proses berfikir. Individu perlu sedar tentang cara mereka berfikir, meneroka pelbagai kaedah menyelesaikan masalah dan melibatkan diri dalam pengalaman pembelajaran secara intelektual. Kesemua operasi mental didorong oleh motivasi kendiri, semangat ingin tahu serta terus mencuba yang dipandu oleh perasaan, naluri, akal, rohani dan sahsiah. Metakognisi melibatkan tiga operasi iaitu merancang, memantau dan menilai sesuatu secara berterusan dan berulang.
1.4.1 INDIKATOR OPERASI METAKOGNISI
Operasi metakognisi membantu guru memperkembang kreativiti dan inovasi dalam sesuatu proses pengajaran dan pembelajaran.
Merancang : Mengenal pasti proses berfikir sehingga dapat dilaksana dengan
berkesan bagi mencapai matlamat yang ditetapkan iaitu mengenal pasti proses berfikir.
Mengenal pasti bagaimana proses pemikiran kreatif dapat dilaksana bagi mencapai matlamat. Perlu menentukan matlamat, mengenal pasti halangan dan cara mengatasi.
Meramal keputusan dan mempunyai sebab musabah yang jelas. Mengenal pasti konteks, membuat hubung kait dan membuat analogi.
Memantau: Proses mengesan kemajuan perancangan dan perlaksanaan proses
berfikir serta membuat pengubahsuaian secara sedar bagi mengesan kesilapan dan halangan.
Menentukan sama ada mereka telah mendapat jawapan kepada persoalan.
Membuat keputusan untuk meneruskan atau mengubah suai strategi dan kaedah.
Menilai: Mengimbas kembali untuk menentukan kualiti produk dan proses
berfikir yang telah dilalui dalam menentukan kualiti pencapaian matlamat.
11 Kreativiti dalm Seni Visual
Menilai ketepatan atau kesilapan keputusan serta mengenal pasti keperluan untuk tindakan lanjutan.
Menentukan keberkesanan proses berfikir dan mempertimbang untuk menggunakan proses berfikir dalam situasi lain.
1.5 KREATIVITI
Terdapat banyak definisi kreativiti. Antara definisi tersebut ditunjukkan dalam Rajah
12 Kreativiti dalam Seni Visual
Individu perlu sedar tentang cara mereka berfikir, cara mereka meneroka pelbagai kaedah menyelesaikan masalah, cara mereka melibatkan diri dalam pengalaman secara intelektual yang memerlukan individu mengemukakan soalan kendiri yang meliputi strategi merancang, memantau dan menilai. Dengan mengemukakan soalan kendiri ini proses berfikir menjadi sistematik dan terarah kepada pencapaian matlamat dan tujuan berfikir.
Rajah 1.3 Definisi Kreativiti
Berdasarkan kepada definisi-definisi tersebut kita boleh menjelaskan kreativiti sebagai:
i. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan atau mencipta sesuatu, menyelesaikan masalah dan mencapai sesuatu objektif.
13 Kreativiti dalm Seni Visual
ii. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menggunakan daya imaginasi, idea kreatif dan pemikiran kreatif.
iii. Kebolehan atau kemampuan individu untuk menghasilkan idea yang tulen, asli atau baru.
iv. Hasil kreativiti mempunyai nilai, kegunaan atau memenuhi sesuatu keperluan.
Kreativiti boleh ditakrifkan sebagai proses pemikiran yang merealisasikan idea dan penemuan baru ke arah yang lebih realistik.
1.6 INOVASI
Rajah 1.4 Definisi Inovasi
Berdasarkan kepada definisi-definisi yang diutarakan, kita boleh merumuskan inovasi sebagai:
14 Kreativiti dalam Seni Visual
i. Penghasilan baru hasil daripada proses berfikir yang lebih unik, kreatif dan terbuka
ii. Berdasarkan proses penyusunan semula.
iii. Proses menggunakan unsur yang sedia ada dalam susunan yang berbeza.
iv. Memenuhi fungsi, keperluan dan matlamat tertentu.
1.7Kepentingan Kreativiti dan Inovasi
Modal insan yang diperlukan oleh negara ialah modal insan yang mempunyai kelestarian jati diri, berdaya fikir dan berdaya saing. Pembangunan kreativiti dan inovasi perlu dimantapkan sejajar dengan era globalisasi.
Kreativiti adalah hasil atau ciptaan. Inovasi pula adalah penambahbaikan serta perubahan kepada hasil kreatif untuk menjadikannya berkesan, cekap dan praktikal. Inovasi adalah proses menyelidik sesuatu dengan cara-cara baru untuk menghasilkan dan meningkatkan kreativiti. Tindakan ini akan menghasilkan konsep yang sama dalam bentuk yang lebih baru dan lebih baik. Inovasi perlu diringi dengan kreativiti yang perlu wujud dari peringkat konsep. Jika tidak, pembaharuan tidak akan berlaku.
Secara lebih komprehensif, kreativiti dan inovasi penting untuk:
i. Pembangunan PemikiranDalam tahun 1990an, Lorin Anderson (anak murid kepada Benjamin Bloom) telah mengetuai sekumpulan ahli psikologi kognitif untuk menyemak semula Taksonomi Bloom dan telah meletakkan creating sebagai aras yang paling tinggi dalam taksonomi yang baru seperti yang ditunjukkan Rajah 1.5 di bawah :
15 Kreativiti dalm Seni Visual
Modal insan keluaran pendidikan dan persekolahan kita wajib memiliki keupayaan dan kemampuan menanggapi masalah, memahami dan mencerakinkan masalah, merencana dan merumus jalan penyelesaian masalah, melaksanakan dan memantau kerja-kerja penyelesaian masalah, serta menilai dan menyemak perencanaan, pekerjaan dan hasilan tindakan. (Dato’ Abd. Ghafar Mahmud, KPPM 2011)
Rajah 1.5 Diubahsuai Bloom’s Original Taxonomy dan Anderson’s Revised Taxanomy
Dr. Howard Gardner yang terkenal dengan konsep multiple intelligences, dalam buku terbarunya Five Minds for the Future menjelaskan bahawa pembangunan modal insan pada era globalisasi ini hendaklah menekankan pembangunan lima bentuk pemikiran (Rajah 1.6).
Rajah 1.5 Lima bentuk pemikiran (Howard Gardner)
ii. Pembangunan Negara : Perspektif WAWASAN 2020
16 Kreativiti dalam Seni Visual
iii. Kejayaan k-ekonomi
Hargreaves (2003), menyenaraikan beberapa ciri penting yang menentukan kejayaan k-ekonomi masa kini dan masa depan sesebuah negara.
Kreativiti menjadi ciri utama di samping ciri-ciri lain iaitu:
Kreativiti Luwes Penyelesaian Masalah Amanah Kecerdasan Integriti Berani mengambil risiko Penambahbaikan secara berterusan
Teaching in the Knowledge Society: Education in the Age of Insecurity (Hargreaves, A. 2003)
1.7.1 Kepentingan Guru Yang Kreatif dan Inovatif
17 Kreativiti dalm Seni Visual
Malaysia Sebagai Negara Perindustrian
Masyarakat negara maju adalah masyarakat yang didorong oleh
kemahiran dan kepakaran sains dan teknologi yang bukan setakat
boleh mencedok atau mengubah suai sahaja, tetapi mestilah boleh
mencipta, menambah dan memperbaharui.
Tun Dr Mahathir Mohamad, 1991
Guru perlu kreatif dan inovatif kerana :
Guru adalah pemangkin yang mempercepatkan proses globalisasi. Guru adalah penangkis kepada kesan negatif globalisasi. Jika mereka tidak dapat mengikuti rentak dan perubahan semasa, guru
akan menjadi mangsa globalisasi.
1.7.2 Melahirkan Murid Yang Kreatif dan Inovatif.
Kreativiti perlu dibangunkan dalam kalangan murid sejak peringkat awal persekolahan lagi. Ia bertujuan untuk :
membolehkan mereka sedar potensi dan kecenderungan diri menonjolkan bakat dalam diri mereka. menyerlahkan personaliti individu yang kreatif.
1.8 Kreativiti dan Inovasi dalam Kurikulum Persekolahan Negara
Dalam Pelan Induk Pembangunan Pendidikan 2010, kreativiti dan inovasi diberi penekanan untuk membangunkan modal insan.
Kreativiti dan inovasi adalah kemahiran yang perlu ditekankan dalam kurikulum di samping kemahiran lama dan baru yang lain sekiranya hendak mencapai taraf negara maju dan berjaya dalam k-ekonomi.
Falsafah Pendidikan Kebangsaan yang menekankan pembangunan jasmani, emosi, rohani dan intelektual termasuk sosial individu memenuhi kehendak kelima-lima bentuk pemikiran yang disaran oleh Gardner dapat menjadi asas membangun dan merealisasikan pembangunan modal insan.
18 Kreativiti dalam Seni Visual
Teras Kedua: Membangunkan modal insan
Teras ini berhasrat melahirkan murid yang kompeten dalam sains dan teknologi, inovatif dan kreatif serta kebolehpasaran.
Rumusan
Dalam memenuhi keperluan negara di abad ke-21, strategi berfikir perlu dilaksanakan dalam pendidikan sebagai usaha membentuk generasi yang kompetitif, serba boleh dan berintegriti. Perlaksanaan elemen kreativiti dan inovasi dalam pendidikan akan memangkin agenda transformasi Negara. Daripada imaginasi kepada kreativiti, daripada invensi kepada inovasi, semuanya tiada lain matlamat kecuali mempertingkatkan daya saing demi menjuarai segala persaingan dan menguasai segala medan kehidupan.
2MODEL PEMBANGUNAN
KREATIVITI
POTENSI KREATIVITI INDIVIDU
MODEL PROSES KREATIF TERARAH
ALAT BERFIKIR DALAM MODEL PROSES KREATIF TERARAH
19 Kreativiti dalm Seni Visual
..creativity can be used for good and evil…
2.1 MODEL PEMBANGUNAN KREATIVITI
Model Pembangunan Kreativiti merupakan prinsip asas membangunkan kreativiti secara menyeluruh. Model ini dibina berdasarkan elemen asas iaitu etika, komunikasi, budaya dan persekitaran serta disokong personaliti, motivasi, kecerdasan dan pengetahuan. Rajah 2.1 menunjukkan model pembangunan kreativiti dalam bentuk piramid.
Rajah 2.1 Model Pembangunan Kreativiti Individu2.1.1 Pembangunan Kreativiti Individu
i. Etika Panduan tingkah laku yang menjadi pegangan setiap murid. Merupakan peraturan yang mampu menjadikan murid
memiliki nilai dan integriti sebagai manusia yang kreatif dan inovatif berlandaskan nilai dan akhlak yang mulia.
ii. Budaya Amalan yang memberi makna dan menunjukkan apa yang
difikirkan. Mempengaruhi keseluruhan kegiatan hidup serta perlakuan
efektif masyarakat yang berbeza.
iii. Komunikasi Proses interaksi untuk penyampaian maklumat secara
berkesan daripada sumber kepada penerima.
20 Kreativiti dalam Seni Visual
Membangunkan aspek interpersonal dan intrapersonal individu, di samping menggerakkan individu memahami peranan dan cara mereka berfikir.
iv. Persekitaran Pengaruh yang menggalakkan penghasilan idea baru,
mengeksplorasi idea baru, dan mensintesis elemen dalam pelbagai cara.
Persekitaran perlu menghargai hasil kreatif individu.
v. Kecerdasan Keupayaan mental memproses maklumat. Menggabungkan maklumat sedia ada dalam cara yang
baru.
vi. Pengetahuan Disiplin ilmu yang membolehkan seseorang mengenal pasti
perkara baru. Mengaplikasi kemahiran berfikir yang diperlukan untuk
menjadi kreatif.
vii. Personaliti Sifat berani mengambil risiko. Percaya dan yakin kepada diri sendiri.
viii. Motivasi penggerak utama dalam memupuk kreativiti. keinginan bertindak yang disebabkan oleh faktor dalaman
dan luaran.
2.2 MODEL PROSES KREATIF TERARAH
Pembangunan kreativiti melalui kurikulum persekolahan memerlukan model spesifik yang dapat diaplikasikan dalam semua disiplin ilmu. Untuk menerapkan kreativiti dan inovasi dalam pengajaran dan pembelajaran secara sistematik, guru perlu mempunyai satu panduan. Penggunaan Model Proses Kreatif Terarah dapat membantu guru mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran dengan lebih baik.
Ciri-ciri model tersebut adalah : Menggabungkan 4 fasa penting iaitu persediaan, imaginasi,
perkembangan dan tindakan.
21 Kreativiti dalm Seni Visual
Melibatkan proses metakognisi iaitu pemikiran kritis, pemikiran kreatif dan kemahiran menaakul.
Model Proses Kreatif Terarah mempunyai empat fasa yang terdiri daripada Fasa Persediaan, Fasa Imaginasi, Fasa Perkembangan dan Fasa Tindakan.
Fasa Persediaan bermula dengan pemerhatian sehingga proses analisis secara berfikrah (thoughtful) situasi, objek dan karya, cara sesuatu itu berfungsi atau gagal dan sebagainya. Maklumat yang diperoleh melalui pemerhatian dan analisis disimpan dan diproses oleh minda.
Fasa Imaginasi, idea dijanakan untuk mencari hubung kait dan gabung jalin dengan menggunakan teknik seperti sumbangsaran. Seterusnya, idea dikutip dan sintesis idea berlaku untuk memilih atau menghasilkan ciptaan.
22 Kreativiti dalam Seni Visual
Rajah 2.2 Model Proses Kreatif TerarahDiubahsuai daripada Paul E Plsek, 1996
Fasa Perkembangan, penambahbaikan terhadap hasil idea perlu dijalankan sebelum penilaian terakhir.
Fasa Tindakan, suatu ciptaan asli tidak bermakna dan tidak bernilai jika tidak digunakan atau tidak dilaksanakan. Kreativiti menjadikan amalan berterusan.
2.3 ALAT BERFIKIR DALAM MODEL PROSES KREATIF TERARAH
Alat Berfikir yang digunakan semasa proses kreatif boleh disusunatur berdasarkan empat fasa dalam model Proses Kreatif Terarah. Dalam pelaksanaan Pembangunan Kreativiti, guru diberi keluwesan untuk memilih alat berfikir yang sesuai dengan aktiviti pengajaran dan kepada aktiviti mental, penyusun grafik, analogi dan metafora. Rajah 2.5, 2.6 dan 2.7 menunjukkan secara ringkas alat berfikir yang boleh diaplikasikan oleh guru dalam setiap fasa dalam model Proses Kreatif Terarah.
2.3.1 Fasa Persediaan
23 Kreativiti dalm Seni Visual
Rajah 2.5 Alat Berfikir Fasa Persediaan (Paul E.Plsek, 1996)
2.3.2 Fasa Imaginasi
24 Kreativiti dalam Seni Visual
Rajah 2.6 Alat Berfikir Fasa Imaginasi (Paul E.Plsek, 1996)
2.3.3 Fasa Perkembangan
25 Kreativiti dalm Seni Visual
Rajah 2.7 Alat Berfikir Perkembangan dan Tindakan (Paul E.Plsek, 1996)
2.3.3 Fasa Tindakan
26 Kreativiti dalam Seni Visual
Rajah 2.7 Alat Berfikir Fasa Tindakan (Paul E. Paulsek, 1996)
27 Kreativiti dalm Seni Visual
Rumusan
Untuk memastikan pembangunan kreativiti dapat dilaksanakan dengan berkesan, proses berfikir yang teratur dan sistematik dalam model proses kreatif terarah perlu diaplikasikan. Dalam perlaksanaan proses tersebut alat berfikir yang bersesuaian dapat mencapai hasil yang dihasratkan.
3STANDARD PEMBANGUNAN
POTENSI KREATIVITI INDIVIDU
STANDARD PENGAJARAN PEMBANGUNAN KREATIVITI
28 Kreativiti dalam Seni Visual
INDIKATOR PROSES KREATIF TERARAH
Teaching for creativity entails creating a community of inquiry in the classroom….
Building this climate includes: organizing curriculum around the processes of creativity, providing students with content and processes that allow
them to investigate and communicate within disciplines, teaching general techniques that facilitate creative thinking
across disciplines and providing a classroom atmosphere that support creativity…
3.1 STANDARD PENGAJARAN PEMBANGUNAN KREATIVITI
Standard Pengajaran Pembangunan Kreativiti menjelaskan kriteria yang perlu guru faham dan perlu dilaksanakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai matlamat. Standard pengajaran ini digubal berdasarkan tanggapan yang berikut:
Matlamat yang dinyatakan memerlukan perubahan secara sistemik.
Perkara yang murid peroleh dan kuasai dipengaruhi cara mereka diajar.
Kreativiti boleh diajar dan dibangunkan. Pemahaman murid dibangunkan dengan aktif secara individu dan
melalui proses sosial.
Lima Standard Pengajaran yang digubal terdiri daripada:
Merancang Pengajaran dan Pembelajaran Membimbing dan Menjadi Fasilitator Mentaksir Secara Berterusan Mengurus Persekitaran Pembelajaran Membangunkan Komuniti
3.1.1 Merancang Pengajaran dan Pembelajaran
Guru merancang pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada proses kreatif dengan:
Membina kerangka untuk objektif jangka panjang dan jangka pendek dengan membuat pengadaptasian atau pengubahsuaian.
Memilih kandungan yang sesuai dengan minat, pengetahuan, kefahaman, kebolehan dan pengalaman murid.
29 Kreativiti dalm Seni Visual
Memilih strategi pengajaran dan pentaksiran yang dapat menyokong perkembangan kreativiti murid dan membentuk personaliti individu kreatif.
Bekerjasama dengan rakan guru merentas disiplin ilmu dan gred yang sama dan berlainan.
3.1.2 Membimbing dan Menjadi Fasilitator
Guru membimbing dan menjadi fasilitator dalam pembelajaran murid dengan:
Memberi fokus dan menyokong proses kreatif murid apabila berinteraksi dengan murid.
Mengenal pasti dan memberi respons kepada kepelbagaian murid dan menggalakkan murid berkreatif.
Menggalak dan memodelkan proses kreatif, menunjukkan sikap dan personaliti individu kreatif.
3.1.3 Mentaksir Secara Berterusan
Guru menjalankan pentaksiran secara berterusan tentang pengajarannya dan pembelajaran murid dengan:
Menggunakan pelbagai kaedah dan mengumpul data kebolehan murid secara sistematik.
Membuat analisis data pentaksiran untuk membantu pengajaran. Membantu murid membuat pentaksiran kendiri. Menggunakan data murid, pemerhatian pengajaran, berinteraksi
dengan rakan guru dan membuat refleksi untuk meningkatkan pengajaran.
3.1.4 Mengurus Persekitaran Pembelajaran
Guru merangka dan mengurus persekitaran pembelajaran supaya dapat menimbulkan motivasi intrinsik murid dengan mengaplikasikan strategi yang tertentu di samping motivasi ekstrinsik dengan:
Memberi cabaran/tugasan yang menggalakkan murid berkreatif Memberi kebebasan kepada murid berkreatif dengan berlandaskan
etika, budaya dan agama. Menyedia dan mengeksploitasi pelbagai sumber bagi menyokong
kreativiti (TMK/bahan cetak/alam sekeliling)
30 Kreativiti dalam Seni Visual
Menggalakkan kerja kumpulan bagi penjanaan dan perkongsian idea.
Mengalakkan murid untuk menghasilkan idea kreatif. Memberi sokongan berterusan kepada idea kreatif.
3.1.5 Membangunkan Komuniti
Guru membangunkan komuniti murid yang kreatif yang menunjukkan sikap positif terhadap idea baru dan sentiasa mempunyai keinginan untuk berkreatif melalui:
Menghargai dan mengalu-alukan kepelbagaian idea, kemahiran, dan pengalaman daripada semua murid.
Memberi peluang kepada murid untuk terlibat dalam membuat keputusan secara signifikan berkaitan dengan kandungan dan konteks dan memberi tanggungjawab kepada murid terhadap proses pembelajaran komuniti mereka.
3.2 INDIKATOR PROSES KREATIF TERARAH
Setiap fasa dalam model Proses Kreatif Terarah melibatkan kemahiran utama sebagai asas bagi fasa tersebut. Kemahiran utama itu pula diperincikan melalui indikator amalan kreativiti seperti yang diperlihatkan dalam Jadual 3.1. Indikator dalam amalan kreativiti tersebut dapat dijadikan rujukan dan diaplikasikan oleh guru dalam pelaksanaan pengajaran dan pembelajaran.
3.2.1 Fasa Persediaan
Kemahiran Utama Indikator
1.0Fasa Persediaan
1.1 PemerhatianMembuat pemerhatian aktif untuk mengumpul maklumat.
1.1.1 Menggunakan deria penglihatan, pendengaran, sentuhan, rasa atau bau.
1.1.2 Menumpukan pemerhatian kepada objek, perkataan, ayat atau teks secara menyeluruh.
1.1.3 Menggunakan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen yang sesuai.
31 Kreativiti dalm Seni Visual
Kemahiran Utama Indikator
1.1.4 Mengendalikan alat, radas, bahan, instrumen atau spesimen dengan betul.
1.1.5 Menggunakan pelbagai kaedah atau prosedur yang sesuai.
1.1.6 Mengenal pasti ciri objek, situasi atau fenomena dengan tepat.
1.1.7 Mendapatkan makna dengan betul.1.1.8 Mengenal pasti objek, situasi atau
fenomena sekeliling yang berkaitan.
1.2 AnalisisMenganalisis maklumat dengan menghuraikan bahagian kepada yang lebih kecil bagi memahami sesuatu.
1.2.1 Mengenal pasti persamaan dan perbezaan dengan betul.
1.2.2 Mengasingkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.
1.2.3 Mengumpulkan maklumat berdasarkan kriteria tertentu.
1.2.4 Menyusun maklumat mengikut kriteria tertentu.
1.2.5 Mengesan sebab berdasarkan maklumat berwibawa.
1.2.6 Mengkaji kesan baik dan kesan buruk1.2.7 Mengimbas kembali idea.1.2.8 Mencari banyak bukti yang diterima dan
disokong berdasarkan fakta dan maklumat.
Jadual 3.1 Indikator Proses Kreatif Fasa Persediaan
3.2.2 Fasa Imaginasi
Kemahiran Utama Indikator
2.0Fasa Imaginasi
2.1 Penjanaan ideaMenghasilkan idea-idea yang berkaitan dengan sesuatu perkara.
2.1.1. Menghasilkan idea-idea baharu yang banyak (yang mungkin benar atau tidak pasti tetapi logik).
2.1.2. Menghasilkan idea secara berterusan.2.1.3. Menghasilkan idea yang bermakna.2.1.4. Mencari hubung kait, gabung jalin atau
corak berdasarkan maklumat yang ada.
32 Kreativiti dalam Seni Visual
Kemahiran Utama Indikator
2.2 Sintesis ideaMenggabungkan maklumat yang berasingan untuk menghasilkan dan memilih sesuatu.
2.2.1 Membuat kesimpulan, membuat pengitlakan dan membina tajuk.
2.2.2 Menghasilkan bentuk komunikasi yang unik –lukisan, kraf, binaan, peta, rajah, puisi, muzik, lagu, karangan, laporan dan lakaran.
2.2.3 Menentukan maklumat diperoleh mencukupi dan memastikan sama ada maklumat tambahan diperlukan.
2.2.4 Membuat keputusan tentang sintesis akhir.
2.2.5 Membincang kebaikan atau kelebihan dan keburukan atau kekurangan yang menjurus kepada keputusan akhir.
2.2.6 Mencabar dan menilai maklumat baharu yang diperoleh sama ada memerlukan tindakan susulan atau diketepikan.
2.2.7 Membuat refleksi yang berterusan.
Jadual 3.2 Indikator Proses Kreatif Fasa Imaginasi
3.2.3 Fasa Perkembangan
Kemahiran Utama Indikator
3.0Fasa Perkembagan
3.1 Penambah baikanMembuat penambahbaikan untuk mengembangkan atau mempelbagaikan sesuatu idea untuk meningkatkan mutu atau keindahan hasil
3.1.1. Menokok tambah idea.3.1.2. Mengubah suai idea.3.1.3. Memberi pelbagai penerangan rasional
tentang idea.3.1.4. Memberi pelbagai contoh berkaitan
dengan tugasan.
3.1.5. Memberi pelbagai kategori atau aspek.
33 Kreativiti dalm Seni Visual
Kemahiran Utama Indikator
karya atau ciptaan3.2 MenilaiMembuat pertimbangan tentang sesuatu perkara
3.2.1 Memberi alasan yang tepat untuk menerima atau menolak idea.
3.2.2 Menyatakan kekuatan dan kelemahan, kebaikan dan keburukan, kelebihan dan kekurangan berdasarkan bukti atau alasan tertentu.
3.2.3 Membuat wajaran dengan betul.3.2.4 Membuat pilihan berdasarkan kenyataan
atau fakta sebenar dan tidak dipengaruhi oleh perasaan atau prasangka.
Jadual 3.3 Indikator Proses Kreatif Fasa Perkembangan
3.2.4 Fasa Tindakan
Kemahiran Utama Indikator
4.0 Fasa Tindakan
4.1 Pelaksanaan Menyampaikan dan mempersembahkan idea atau menghasilkan prototaip
4.1.1 Menghuraikan idea kepada butiran atau bahagian yang lebih kecil dan khusus.
4.1.2 Menyusun idea secara tersusun dan mudah difahami.
4.1.3 Menghasilkan idea tidak sama dengan orang lain, idea tidak seperti yang biasa dan idea yang belum ada atau frekuensi ideanya kecil.
4.2 Amalan berterusanPeka kepada perkara di sekeliling dan menjana idea untuk berkreatif.
4.2.1 Peka kepada perkara di sekeliling.4.2.2 Membuat pemerhatian untuk mengenal
pasti masalah, kesilapan dan kelemahan.4.2.3 Mempraktikkan proses kreatif untuk
menghasilkan idea baharu secara berterusan.
Jadual 3.2 Indikator Proses Kreatif Fasa Tindakan
34 Kreativiti dalam Seni Visual
Rumusan
Pengaplikasian Standard Pengajaran Pembangunan Kreativiti dapat merealisasikan pendemokrasian pendidikan cemerlang, sekaligus menyumbang kepada transformasi pendidikan negara. Setiap murid berhak mendapat bimbingan dan asuhan dari guru yang berkualiti.
4STRATEGI DAN FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
APLIKASI PROSES KREATIF TERARAH DALAM STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
35 Kreativiti dalm Seni Visual
Educators should consider: Giving students opportunities for creative thought. Encouragement for creative thought. Modeling of creative behavior.
(Mark A. Runco, 2007; Creativity: Theories and Themes; Research, Development, and Practice)
4.1 APLIKASI PROSES KREATIF TERARAH DALAM STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Dalam membangunkan domain kreativiti, terdapat beberapa strategi pengajaran dan pembelajaran yang sesuai diaplikasikan oleh guru. Antara strategi pengajaran dan pembelajaran yang bermakna dalam pelaksanaan dan pembangunan kreativiti ialah:
Konstruktivisme Inkuiri penemuan Pembelajaran berasaskan masalah Membuat keputusan Pembelajaran berasaskan projek
4.1.1 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran KonstriktivismeProses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran
Konstruktivisme
Persediaan Imaginasi PerkembanganTindakan
36 Kreativiti dalam Seni Visual
Orientasi idea berasaskanpengetahuan sedia ada
Penstrukturan idea
Meneroka Menjelas Konstruk idea
baru
Penjelasan lanjut
Aplikasi idea
Penilaian Kaji semua
perubahan idea
Penyiasatan lanjutan
4.1.2 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran Inkuiri PenemuanProses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran Inkuiri
Penemuan
Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan
Memerhati Menciri Mengelas Menyoal
Meneroka Merancang Meramal Membuat
hipotesis
Menguji hipotesis
Membuat kesimpulan
Melapor Dokumentasi Mentaksir
Proses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan Masalah
Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan
Mengenal pasti masalah
Menjelaskan masalah
Mencari alternatif penyelesaian
Mencari penyelesaian
Melakukan operasi
Menilai penyelesaian masalah
Membuat refleksi penyelesaian yang dibuat
4.1.3 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran berasaskan masalah
4.1.4 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran berasaskan Membuat KeputusanProses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan
Membuat Keputusan
Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan
Mengumpul Meramal Menilai Membuat
37 Kreativiti dalm Seni Visual
maklumat Mengenal
pasti matlamat Mengenal
pasti alternatif Menganalisis
alternatif
Menyusun alternatif
Pemilihan alternatif
alternatif yang dipilih
keputusan Membuat
rumusan
4.1.5 Aplikasi dalam Strategi Pembelajaran berasaskan ProjekProses Kreatif Terarah menerusi Strategi Pembelajaran berasaskan
Projek
Persediaan Imaginasi Perkembangan Tindakan
Tinjauan berfokus/berstruktur
Penyoalan
Meneroka Merancang Meramal
Meneroka Mencari
maklumat Membuat
prototaip
Menganalisis maklumat
Merumus Mentaksir Melapur Dokumentasi Menguji
prototaip
4.2 FOKUS PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
Penerapan Proses Kreatif Terarah dalam pengajaran dan pembelajaran, perlu diikuti langkah demi langkah bermula daripada fasa persediaan, imaginasi, perkembangan dan tindakan. Jadual 4.7 memperlihatkan setiap fasa Proses Kreatif Terarah tersebut dengan merujuk kepada fokus pengajaran dan pembelajaran berasaskan kepada soalan-soalan contoh atau rangsangan. Sampel soalan itu boleh merupakan soalan yang dikemukakan oleh guru kepada murid atau soalan oleh murid sendiri bagi menggerakkan pemikiran kreatif mereka.
Jadual 4.7 Fokus Pengajaran dan Pembelajaran
38 Kreativiti dalam Seni Visual
Fasa Terarah
Fokus Guru Fokus Murid Soalan Contoh/ Rangsangan
Pers
ed
iaan Mewujudkan
kesedaran, minat dan perasaan ingin tahu murid.
Menyediakan situasi/konteks pembelajaran yang bermakna.
Mengenal pasti tahap kefahaman murid.
Mengesan miskonsepsi/salah tanggap yang wujud.
Membuat pemerhatian secara aktif.
Menyampaikan idea individu.
Menghubung kait pengalaman sedia ada dengan pengalaman baru.
Menyediakan minda murid untuk aktiviti dan tugasan akan datang.
Orientasi idea, pengetahuan dan pengalaman.
Apa yang dimaksudkan dengan…?
Beritahu secara lanjut tentang..?
Apa yang buat anda berfikir sedemikian..?
Bagaimana anda pasti?
Bagaimana anda mendapat idea sedemikian?
39 Kreativiti dalm Seni Visual
Fasa Terarah
Fokus Guru Fokus Murid Soalan Contoh/ Rangsangan
Imag
inasi Menyediakan situasi
yang lebih berfokus supaya murid dapat menjana idea.
Menyediakan pengalaman untuk sesuatu konsep atau pemahaman.
Meneroka dan menyiasat soalan murid.
Menguji dan membahaskan idea murid.
Mengemukakan soalan/masalah untuk mencetus dan menjana idea murid.
Mencungkil idea murid dan membanding beza idea mereka.
Memperkenalkan alat berfikir yang sesuai.
Membina pelbagai bentuk penjelasan berdasarkan bukti yang dikumpul.
Membandingkan penjelasan murid/kumpulan.
Melibatkan secara langsung dengan fenomena/bahan/ konsep/alat.
Membangunkan asas pengalaman bagi sesuatu konsep/ fenomena.
Membina idea baru. Membina asas kepada pengalaman yang selari untuk membantu mereka dalam proses perkongsian dan berkomunikasi.
Mentafsir maklumat/ bukti dan menjelaskan konsep/ fenomena/idea.
Bagaimana anda akan..?
Bagaimana anda boleh..?
Apa anda akan buat jika..?
Bagaimana anda tahu jika..?
Apa yang diperlukan untuk tahu lebih lanjut tentang...?
Mengapa anda menggunakan kaedah/ cara/teknik tersebut? Bagaimana anda dapat idea tersebut?
40 Kreativiti dalam Seni Visual
Fasa Terarah
Fokus Guru Fokus Murid Soalan Contoh/ Rangsangan
Perk
em
ban
gan Mewujudkan
situasi/konteks baru untuk menguji kefahaman
Membina semula dan memberi penjelasan lanjut /kefahaman dalam pelbagai mod (bertulis, grafik, peta minda dll).
Membuat hubung kait pelbagai konsep yang berkaitan.
Aplikasikan pemahaman dengan aktiviti harian.
Bagaimana anda mengesahkan/ membuktikan…?
Apa akan berlaku jika…?
Apa lagi yang perlu diketahui..?
Apa lagi yang mungkin perlu dilakukan untuk memastikan…?
Fasa
Tera
rah Fokus Guru Fokus Murid Soalan Contoh/
Rangsangan
Tin
dakan Menggunakan
pelbagai bentuk pentaksiran terhadap perubahan kefahaman, kemahiran dan sikap...
Menyelesaikan tugasan.
Mempersembahkan hasil akhir tugasan dalam pelbagai bentuk.
Membuat penilaian dan refleksi tentang pembelajaran dan kefahaman serta kemahiran baru.
Apakah cara lain untuk mempersembahkan hasil tugasan anda/ saya?
Adakah anda/saya berpuas hati dengan hasil kerja anda/saya?
Apakah kemahiran/pengetahuan baru yang anda/saya peroleh?
Adakah cara lain untuk menyelesaikan masalah/tugasan anda/ saya?
41 Kreativiti dalm Seni Visual
RUMUSAN
Perlaksanaan Proses Kreatif Terarah menerusi pelbagai strategi pembelajaran dapat merangsang pembelajaran yang lebih efektif dan menarik. Persediaan guru yang sempurna menjadi faktor utama menjayakan keseluruhan proses pendidikan di bilik darjah.
5
INDIKATOR KREATIVITI
42 Kreativiti dalam Seni Visual
CONTOH-CONTOH RANCANGAN PENGAJARAN HARIAN MENGIKUT MATA
PELAJARAN
“The most important development in civilization has come through the creative process, but ironically, most people have not been taught to be creative”
Robert Fritz (The part of Least Resistance)
5.1 INDIKATOR KREATIVITI DAN INOVASI DALAM PERLAKSANAAN PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN MENGIKUT BIDANG
Jadual 5.1 Pemetaan Kurikulum Bagi Pembangunan Kreativiti
Indikator Kreativiti
Melalui kemahiran
Indikator Kreativiti
Kurikulum Indikator Kreativiti
Melalui kemahiran saintifik dan inkuiri (mengkaji, mengeksperimenkan, berbincang, membina pernyataan dan penjelasan) murid: Menggunakan idea atau model untuk menjelaskan
fenomena. Menjana idea untuk menghasilkan/mensintesiskan
teori dan hipotesis. Mengaplikasikan pelbagai kemahiran untuk
menguji teori dan hipotesis. Mempersembahkan idea untuk menjelaskan
fenomena melalui pelbagai kaedah dan bentuk komunikasi
Mengaplikasikan pengetahuan dan kemahiran untuk membuat ramalan/inferens/ kesimpulan.
Membuat perkaitan antara pengetahuan saintifik dengan kehidupan harian.
43 Kreativiti dalm Seni Visual
Indikator Kreativiti
Melalui penyelesaian masalah, penaakulan mantik, komunikasi matematik dan membuat perkaitan dan penggunaan teknologi, murid: Membina model matematik melalui corak dan
hubungan. Mengaplikasikan kemahiran matematik untuk
penganggaran, pengukuran dan penggambaran data dalam situasi harian.
Membuat penggabungjalinan kemahiran matematik dengan disiplin ilmu lain.
Mengaplikasikan ilmu matematik untuk mencari penyelesaian masalah yang rutin dan tidak rutin.
Membuat konjektur (ekstrapolasi, unjuran, sebab dan akibat).
Indikator Kreativiti
Melalui imaginasi, meneroka, mengeksperimenkan teknik, taktik dan idea menggubah, murid: Memilih dan menggunakan taktik, strategi dan
idea penggubahan dengan berkesan. Membangunkan perancangan keperluan latihan
secara berkesan untuk peningkatan prestasi (kecergasan dan kesihatan) diri dan rakan.
Indikator Kreativiti
Melalui perasaan ingin tahu dan imaginasi, murid: Mendapat inspirasi dan daya penggerak daripada
dilema, pilihan dan kepercayaan orang yang dahulu.
44 Kreativiti dalam Seni Visual
Indikator Kreativiti
Melalui tinjauan, penjelajahan, eksplorasi dan penerokaan reruang dan alam sekitar, murid: Mengemukakan soalan tentang aspek geografi dan
persekitaran. Menghasilkan peta lakar dan keratan rentas peta
kawasan setempat. Membina model bentuk-bentuk fizikal bumi. Mengaplikasikan kemahiran geografi untuk
mencari maklumat, menganalisis maklumat, merumus, menyampaikan maklumat dan mentafsir maklumat.
Mengaplikasikan kemahiran meninjau masalah, menyelesaikan masalah dan membuat kesimpulan, rumusan dan keputusan.
Membuat kajian lapangan. Mencari cara baharu untuk mengaplikasikan
kemahiran dan pemahaman geografikal untuk mereka interpretasi baharu tentang tempat dan ruang.
Menyelesaikan masalah dan membuat keputusan berkaitan isu geografi.
Indikator Kreativiti
Melalui penglibatan murid dalam: Pelbagai bentuk tindakan kendiri atau
berkumpulan, termasuk membuat keputusan dan berkempen.
Bekerja dengan komuniti dan organisasi untuk menangani isu dan masalah dalam komuniti.
Indikator Kreativiti
Melalui eksplorasi terhadap sesuatu pemikiran, rekaan, penghasilan, dan ciptaan murid: Menghasilkan penyelesaian praktikal yang relevan
dan berkaitan dengan keperluan, kehendak dan
45 Kreativiti dalm Seni Visual
Indikator Kreativiti
peluang dalam kehidupan. Menjana idea, membangunkan idea dan
berkomunikasi tentang idea, memodelkan idea dalam pelbagai cara dan menggunakan strategi yang sesuai.
Mengaplikasikan pengetahuan dan pemahaman tentang pelbagai bahan dan teknologi untuk mereka bentuk dan membuat produk mereka sendiri.
Indikator Kreativiti
Melalui perbincangan, penggabungjalinan ilmu dalam PI dan penggabungjalinan dengan disiplin ilmu yang lain, murid: Mengaplikasikan pemahaman kandungan dan
pengajaran dalam ayat Quran. Mengaplikasikan konsep fardu ain dan fardu
kifayah dalam kehidupan harian, menyelesaikan masalah dan membuat keputusan.
Mengambil iktibar dan menjadikan panduan dalam kehidupan semasa daripada sirah Rasulullah s.a.w.
Menghasilkan tulisan jawi dan khat, dan mengaplikasikan kemahiran dalam menghasilkan kolaj, buku skrap, folio, jahitan dan lain-lain.
5.2 PEMUPUKAN INSTRUMEN KEMAHIRAN INSANIAH DI DALAM PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN BERASASKAN ELEMEN KREATIVITI DAN INOVASI
46 Kreativiti dalam Seni Visual
47 Kreativiti dalm Seni Visual
RUMUSAN
Perubahan mencetuskan pembaharuan dan pembaharuan memungkinkan kemajuan. Setiap guru merupakan agen pembentukan modal insan kreatif dan inovatif. Hasil daripada perubahan ini akan menyumbang kepada pembentukan generasi yang berkualiti.