1.IKATAN & SIMPULAN

Embed Size (px)

Citation preview

OBJEKTIF Ahli-ahli Penyelamat wajib membiasakan diri dengan Ikatan dan Simpulan dan sentiasa mengamalkannya. Membentuk serta menggunakan Ikatan dan Simpulan dengan cepat serta kemas. Ikatan dan Simpulan mestilah mudah dibuka walaupun diikat dengan begitu kemas dan kuat.

PENGENALAN Terdapat pelbagai jenis Ikatan dan Simpulan yang digunakan semasa menjalankan tugas-tugas menyelamat Ia mesti disesuaikan dengan jenis-jenis kejadian. Oleh itu kemahiran didalam Ikatan dan Simpulan akan mempercepatkan serta memudahkan kerja-kerja menyelamat.

JENIS DAN SAIS TALITali Belati- Kebiasaan yang digunakan oleh Pasukan Penyelamat. Ada juga diperbuat daripada bahan-bahan seperti Jerami Manila,Hemp,Sisal,Coir Nylon dan Dawai Sais tali adalah dikira ukuran belitannya serta dibaca didalam kiraan inci. Ada terdapat 2 jenis tali belati ia itu jenis berminyak dan tidak berminyak.Kebiasaannya menggunakan jenis yang tidak berminyak kerana ianya didapati lebih kekuatannya.

PENJAGAAN TALI Basah atau lembab. Terkena minyak. Bersimpul-simpul. Luka disebabkan membenarkannya melalui bucu-bucu tajam atau melalui lubang yang sempit. Melepaskan beban yang terdapat padanya dengan cara tersentap-sentap.

PENJAGAAN DAN SENGGARAAN KEATAS TALISetiap hujung tali mestilah diikat atau agar tidak terburai ( Rujuk Rajah 1 ) Whipped

Hendaklah dihampar dan dipotong jika tali tersebut baru,ia itu mengikut panjangnya sebelum ianya digunakan. Elakan dari mengadakan banyak simpulan yang tetap keatas tali. Jangan cuba memasukan tali melalui lubang yang kecil. Elakan tali melalui bucu-bucu yang tajam,Jika perlu hendaklah dialas dengan guni atau sebatang kayu yang bulat (Rujuk Rajah 2 )

PENJAGAAN DAN SENGGARAAN KEATAS TALI

Rajah 1: Hujung tali yang di terburai.

Whipped

agar tidak

Guni/Kain pengalas

Rajah 2: Tali yang melalui bucu tajam hendaklah dialas.

Elakan tali dari tersentap atau tertekan dengan cara yang kasar. Memastikan tali sentiasa didalam keadaan kering. Tali tidak boleh dijemur secara terus pada pancaran matahari atau didiangkan pada api.Pastikan ianya dihampar didalam keadaan tinggi dari aras tanah agar ianya sentiasa terdedah dengan udara sekeliling. Jangan letakan tali terus diatas lantai. Hendaklah diletakan diatas papan alas.

Hendaklah sentiasa membuat pemeriksaan bagi memastikan agar tali tidak reput dibahagian luar atau dalamnya. Jika tali terpaksa ditingalkan ditempat yang tededah, maka ianya hendaklah ditudung dengan kanvas atau apa-apa yang bersesuaian. Pastikan tali sentiasa bersih dan kering sebelum digulung atau untuk disimpan.

JENIS-JENIS ASAS IKATAN DAN SIMPULAN

Digunakan untuk mematikan hujung tali secara kekal atau sementara agar tidak terburai.

Bagi mematikan pergerakan tali dihujung takal.

Simpul Mati ( Thumb Knot)

Bagi mematikan pergerakan tali dihujung takal.

Sebagai ancor pada pancang atau sebagainya.

Simpul Mati Bertanjul

Digunakan untuk mematikan hujung tali secara sementara. Mematikan pergerakan tali dihujung takal. Amnya lebih baik penggunaannya daripada Simpul Mati.

Simpul Angka Lapan ( Figure of eight knot )

Mematikan pergerakan tali dihujung takal. Sebagai ancor pada pancang atau sebagainya. Amnya lebih baik penggunaannya daripada Simpul Mati.Angka Lapan Bertanjul

Simpul Angka Lapan Bertanjul

Bagi menyambung 2 utas tali yang sama saisnya. Merupakan suatu simpulan tali yang tegap dan tidak mudah lucut. Ialah simpul yang digunakan bagi mematikan simpulan pada kain anduh dan sebagainya. Ianya sangat mudah dibuka dengan cara menarik disalah satu hujung talinya. Penting digunakan ketika mengikat andoh Pertolongan Cemas.

Simpul Buku Sila ( Reef knot )

Simpul Bunga Geti ( Sheet Bend )

Bunga Geti Tunggal

Kedua-duanya digunakan bagi menyambung tali yang tidak sama sais. Ianya sangat kuat dan tidak terlucut jika tali dalam keadaan basah.

Bunga Geti Berganda

Digunakan bagi membentuk tajul yang tidak boleh mencerut. Ikatan ini sangat sesuai bagi tugastugas menyelamat ia itu denga cara mengikatnya dipinggang. Sesuai digunakan bagi tujuan menaikan mangsa dari dalam lubang. Juga menurunkan serta menaikan anggota Penyelamat dari tempat tinggi.Simpul Tindeh Kasih ( Bowline)

Sebagai tali pandu keselamatan Penyelamat. Untuk diikat kedalam tali pandu Pengusung. D sebagai

Contoh aplikasi Simpul Tindeh Kasih ( Bowline) sebagai tali pandu.

Digunakan sebagai Ancor. Bagi mengikat serta mematikan ikatan pada 2 pemegang pengusung Simpulan ini begitu baik jika beban pada tali didalam tegangan mendatar.

Simpul Manuk ( Glove Hith)

Rajah: Contoh aplikasi Simpul Manuk Simpul Manuk

Adalah ikatan yang paling cepat, sebagai ikatan sementara kepokok atau ketika mengangkat barang ketempat tinggi. Mesti ada 3 belitan minima dihujungnya sendiri.

Ikatan Balak ( Timber Hith )

Digunakan bagi menahan keberatan ketika mengangkat beban yang berat ketempat tinggi. Untuk mematikan ikatan hujung tali jika ianya diperlukan.

Belitan

Belitan

Bagi mengikatkan tali ke sebatang pokok, tiang atau gelang. Ianya dibentuk oleh satu pusingan keatas objek dan hendaklah dimatikan dihujungnya dengan 2 belit.

1 lengkaran 2 belit ( Round Turn Two Half Hith).

Langkah 1

Langkah 2

Simpulan serbaguna bagi tujuan menyelamat. Ia menjadikanya sebagai buaian bagi menarik mangsa yang cedera keatas atau menurun kebawah.Langkah 3

Memudahkan Penyelamat menaik dan menurun.

Simpul Kerusi ( Chair Knot)

SIMPUL KERUSI

Rj.Contoh aplikasi Simpul Kerusi

Digunakan untuk menarik tali menjadi tegang pada hujung tali. Digunakan bersama ikatan 1 lengkaran 2 belit. Sangat sesuai bagi menegangkan tali untuk menyeberangi Lurah, Sungai atau sebagainya.

Artellery Loop

Aplikasi Artellery Loop

Ikatan Pencuri ( Thief Knot )

Langkah 1

Langkah 2

Langkah 3

Langkah 4

Jenis simpulan ini agak merbahaya jika anda tidak mahir menggunakannya. Diikat pada hujung tali akhir ditempat tinggi. Ianya mudah dibuka oleh Penyelamat yang terakhir dengan menarik tali tesebut.

Bagi menyambung 2 utas tali yang licin atau basah.

Simpulan Nelayan ( Fisherman Knot)

LAIN-LAIN JENIS IKATAN & SIMPULAN 1. Bowline on The Bight (Menaik / Menurun). 2. Triple Bowline (M / M). 3. Water Bowline (M / M). 4. Portugis Knot (M / M). 5. Franch Knot (M / M). 6. Paracut Knot (M / M).

KESIMPULANMempelajari serta mengetahui pelbagai jenis Ikatan / Simpulan adalah merupakan kemahiran yang sangat berguna. Ianya juga penting diaplikasikan didalam kehidupan seharian. Ianya juga boleh menyelamatkan nyawa keluarga, jiran dan sebagainya. Oleh itu diharapkan seseorang itu perlu berlatih dengan tekun serta mestilah sentiasa mengamalkannya agar ianya tidak mudah lupa apabila memerlukannya.

RAPPELING Rappeling adalah perkataan Latin ia itu Rappel yang bermaksud turun dengan menggunakan tali secara pantas dan selamat dari tempat tinggi,gaung,curam, bangunan tinggi dan berbagai kegunaan lain. Ianya dianaggap sebagai satu daripada Self Rescue dan boleh digunakan bagi menyelamat mangsa. Kaedah ini memerlukan kepakaran tentang peralatan dan teknik, terutama kekrja-kerja menyelamat, kesilapan teknik boleh mendatangkan akibat. Peraturan dan tatertib sangat perlu kerana ianya melibatkan nyawa.

PERALATAN1. Reppeling line sepanjang 60 meter. 2. Karabina Ring-yang boleh menampong keberatan 2200kg. 3. Body line sepanjang 6 meter (17-20) dari jenis manila Hemp atau setanding denganya yang berukuran garispusat 16mm serta boleh menampong keberatan 3 orang dalam masa 10 saat. 4. Hand Glove sarung tangan dari jenis kulit yang lembut dan tebal.

Reppeling line sepanjang 60 meter.

Body line sepanjang 6 meter

IKATAN BODY LINE (REPPELING SEAT)Terdapat berbagai cara mengikat Body line dipinggang / badan untuk dijadikan Seat. Seat ini juga telah diperkenalkan dalm bermacam jenis ia itu dari beberapa bahan yang kukuh untuk menampong keberatan badan juga dari talipinggang khas yang dikeknali sebagai Body Harness. Diantara jenis yang diperkenalkan adalah:Swiss Seat. Ranger Seat. Australian Seat.

TEKNIK REPPELING1. Normal Rappeling. 2. Body Rappeling. 3. Chair Knot Rappeling. 4. Australian Rappeling. 5. Spiderman Rappeling. 6. Stretcher Rappeling. 7. Working Rappeling. 8. Flying Fox ( Omega). 9. Sliding. 10.Ascending.

TEKNIK REPPELING

PERATURAN DAN TATATERTIB LATIHAN RAPPELINGUJIAN KEATAS LINE. Rappeling Line hendaklah diikat ditempat yang tinggi dengan hujung atasnya diikat kuat. Dalam keadaan line yang tergantung, ianya hendaklah diuji dengan cara praktikal, 4 orang mesti bergantung dibawah secara bergilir bagi menambah beban selama 10 saat. KESELAMATAN. Fikir tentang keselamatan samada untuk diri atau mangsa oleh itu peralatan yang digunakan perlulah diperiksa dengan teliti.

BerwAspada dengan cara memakai Rappeling Seat/Harness dan cara menggunakan Carabier Ring pada Seat. Semasa hendak memulakanReppeling: Pastikan tali Rappeling disebelah atas dalam keadaan tegang,supaya tidak terkejut dengan bebanan anggota apabila memulakan ON PAPPEL. Mesti pakai sarung tangan yang sesuai. Bersedia ditepi tebing dan panggil PENYELAMAT dan tunggu sehingga penyelamat dibawah menjawab. Sebelum turun kebawah badan mesti berbentuk L dimana kedua-dua tapak kaki dilekatkan ditembok.

Tali kanan/kiri mestilah memegang tali sebelah bawah dipangkal peha kanan/kiri dan tangan kiri/kanan memegang line disebelah atas depan muka. Bila telah bersedia untuk Rappel, sebutlah ON RAPPEL kemudian tolak dan enjut dari tembok. Kurangkan genggaman tangan kanan/kiri yang bertindak sebagai brek dan mulakan gerak Rappel. Untuk berhenti sementara, lakukan genggaman tangan kanan/kiri dan bawa kepunggong. Bila sampai kebawah Rappeling line mestilah dibebaskan daripada Carabiner dan sebut OFF RAPPEL.