SME 3023
TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES
(MATHEMATICS ANXIETY)
DISEDIAKAN OLEH:
MOHD HAIERI BIN MOHD AB.LLAH
D20081032204
PENSYARAH:
PROF. DR. MARZITA BT PUTEH
KEBIMBANGAN TERHADAP MATEMATIK
1. Apakah definisi kebimbangan terhadap matematik?
Kebimbangan terhadap matematik ditakrifkan sebagai campuran perasaan cemas dan
bimbang terhadap nombor dan menyelesaikan masalah matematik dalam kehidupan seharian dan
bidang akademik. Kebimbangan terhadap matematik boleh menyebabkan seseorang lupa dan
hilang keyakinan diri (Toblas,1978). Seseorang yang mempunyai masalah kebimbangan dalam
matematik berasa mereka tidak berupaya melakukan aktiviti dan kelas yang melibatkan
matematik. Kebanyakkan orang yang mengalami kebimbangan dalam matematik mempunyai
perasaan takut atau fobia terhadap matematik.
2. Mengapakah perkara ini berlaku?
Kebimbangan ini berlaku disebabkan personaliti guru dan kemahiran mengajar guru
tersebut. Sebagai contoh, guru yang garang akan menakutkan pelajar untuk mempelajari subjek
ini dan seterusnya menambahkan kebimbangan mereka terhadap subjek ini. Selain itu,
peperiksaan awam juga menyumbang kepada kebimbangan ini. Tanggapan pelajar yang
mengatakan matematik merupakan suatu subjek yang mencabar akan menyebabkan mereka
bimbang terhadap subjek ini. Selain itu, menurut Lazarus (1974) kebimbangan terhadap
matematik berlaku disebabkan reka bentuk kurikulum yang tidak sesuai.
3. Siapakah yang mengalami kebimbangan ini?
Pelajar sekolah yang akan mengalami kebimbangan ini kerana mereka akan mempelajari
subjek ini sepanjang pengajian mereka. Mereka akan berasa bimbang apabila ingin menghadapi
peperiksaan. Selain itu, ibu bapa juga akan mengalami kebimbangan yang sama kerana mereka
semestinya ingin anak-anak mereka memperolehi pencapaian yang baik untuk subjek matematik
ini.
4. Bilakah kebimbangan ini berlaku?
Kebimbangan ini biasanya berlaku apabila pelajar ingin menghadapi peperiksaan.
Mereka akan mulai berasa bimbang terhadap subjek matematik ini kerana ramai yang
beranggapan subjek matematik merupakan subjek yang mencabar. Selain itu, kebimbangan ini
akan berlaku apabila waktu pengajaran matematik bermula. Mereka takut untuk berhadapan
dengan subjek yang mencabar dan membosankan mereka serta guru yang garang.
5. Apakah yang mendorong kebimbangan ini berlaku?
Perkara yang mendorong kebimbangan ini berlaku ialah sikap pelajar itu sendiri. Mereka
tidak suka dicabar. Kebanyakkan pelajar beranggapan matematik sebagai suatu subjek yang
mencabar. Mereka menyatakan bahawa penyelesaian masalah matematik mencabar kemahiran
berfikir mereka. Pelajar yang suka dicabar menganggap matematik sebagai sesuatu yang menarik
dan provokatif dan juga tidak berasa terancam dengannya. Selain itu, pelajar yang kurang
keyakinan diri juga mendorong kepada kebimbangan ini berlaku. Mereka menganggap bahawa
mereka tidak boleh menyelesaikan tugasan matematik yang diberi. Dengan kata lain, mereka
berasa tidak cukup yakin untuk menyelesaikannya mahupun mencuba untuk menyelesaikan
soalan yang diberikan. Selain itu, perkara ini juga didorong oleh cara pengajaran guru. Terdapat
guru yang mengajar sangat laju sehinggakan sukar untuk pelajar memahami sesuatu yang diajar.
Tambahan lagi, terdapat guru yang suka menyalahkan pelajar jika pelajar tidak memahami apa
yang mereka ajar. Keadaan ini menjadi penghalang hubungan baik guru dan pelajar. Selain itu,
pengaruh keluarga dan rakan sebaya juga mendorong kepada kebimbangan pelajar terhadap
subjek matematik.
6. Bagaimana cara untuk mengurangkan kebimbangan ini?
Untuk mengurangkan kebimbangan pelajar terhadap matematik ialah mengurangkan atau
membuang ujian dan digantikan dengan penilaian lain yang dapat mengurangkan ancaman
kepada pelajar. Selain itu, elakkan daripada mengasingkan pelajar menjawab soalan dengan
memanggil pelajar secara individu menjawab soalan pada papan hitam sebaliknya meminta
pelajar bekerjasama dalam kumpulan kecil untuk menyelesaikan soalan. Langkah ini dapat
mengurangkan kebimbangan mereka terhadap subjek ini. Elakkan daripada membandingkan
pelajar antara satu sama lain secara terbuka seperti mengadakan pertandingan kuiz ‘Siapa Cepat
Dia Dapat’ di dalam kelas. Ramai pelajar tidak suka terlibat dengan persaingan seperti itu. Selain
itu, kebimbangan ini dapat dikurangkan jika pelajar mendapat galakan daripada ibu bapa. Ibu
bapa perlulah bertanyakan tentang kerja rumah anak-anak. Langkah ini dapat menyumbang
kepada minat pelajar terhadap matematik.
7. Bagaimana cara untuk menghapuskan kebimbangan ini?
Pada pendapat saya, tidak ada cara untuk membuang kebimbangan ini kerana pelajar
akan sentiasa berjumpa dengan masalah matematik ini sepanjang pengajian mereka. Selain itu,
kebimbangan ini tidak dapat dihapuskan kerana kita akan selalu mengaplikasikan matematik
dalam kehidupan seharian. Walaupun begitu, kebimbangan dalam matematik ini dapat
dikurangkan dengan menggunakan langkah-langkah tertentu.
Recommended