TEORI-TEORI MORALITI

Embed Size (px)

Citation preview

Falsafah Pendidikan Moral GDV1013 KUMPULAN 12NOR SHUHADA BT ISMAIL NORLILI BT CHE MAN NORSHIDATUL NAZIRA BT MOHD NOOR NAZSIROH BT MOHAMAD MOKHTAR ASMIDAR BT AHMAD @MD NOOR 102134 105714 105796 106124 129236

i.

CONSEQUENTIALIST(TELEOLOGIKAL)

ii. PSIKOLOGIKAL EGOISMA(PSIKOLOGIKAL EGOISM) iii. KESUKARAN DALAM TEORI CONSEQUENTIALIST iv. UTILITARIAN

Dalam Islam, terdapat banyak aspek akhlak atau etika seperti

terkandung dalam Al-Quran dan hadis. Manakala, ajaran seperti ini juga turut terdapat dalam agama Hindu, Buddha, dan Kristian. Aspek-aspek ini menerangkan tentang kebaikan dan kejahatan yang membawa kepada balasan pada kemudian hari iaitu selepas kematian. Akhlak Islam berteraskan hukum wajib, sunat, halal, haram dan makruh yang menjurus kepada perbuatan atau gerak laku penganutnya. Sebaliknya, negara barat mengamalkan teori moral yang menjurus ke arah fahaman sekularisme.

Jeremy Bentham (1748-1832)Teori Utilitarianism

John Stuart Mill (1806-1873)Teori Utilitarianism

Victor Grassian (1992)Psikologikal egoisme

Jeremy Bentham (1748-1832)(Teori Utilitarianism ) Jeremy Bentham menjelaskan manusia melakukan sesuatu tindakan adalah untuk kebaikan manusia, Jeremy Bentham suka melihat akibat dan kesan perbuatan itu. Apabila perbuatan itu melibatkan kekuasaan, kerelaan hati, keadilan, kesejahteraan, maka Bentham membawa teori yang dipanggil utilitarianism.

Kita perlu membuat penilaian apakah sesuatu perkara itu boleh membawa kepada kesejahteraan manusia atau sebaliknya. Bentham amat mementingkan kesejahteraan, kebahagiaan, manfaat dan kegembiraan Contohnya : Seseorang yang sanggup menderma buah pinggang untuk kawannya supaya kawannya dapat teruskan hidup dengan gembira. Walaupun dia mungkin akan membahayakan diri dia sendiri, Tetapi demi kebahagian kawan dan diri dia, dia sanggup lakukan.

John Stuart Mill (1806-1873)Teori UtilitarianismTeori Bentham tentang uilitarianism. dan hedonistic calculus telah mendapat perhatian John Stuart Mill (1806-1873), seorang tokoh etika yang lebih muda daripada Bentham, tetapi Mill lebih cenderung kepada reformasi masyarakat daripada teori yang abstrak yang dibawa oleh Bentham. Kalau Bentham dengan Teori Kegunaan, maka Mill lebih kepada kualiti kesejahteraan, (quality of pleasures).

Mill tidak setuju dengan Bentham, bahawa bahagia itu sama. la menekankan bahawa terdapat peringkat-peringkat kebahagiaan iaitu ada sesetengah tinggi dan juga ada sesetengah rendah martabatnya. Mill menegaskan bahawa kebahagiaan itu terdiri daripada beberapa jenis, ada yang tinggi dan ada yang rendah.

Kualiti kebahagiaan yang tinggi dalam teori etika Mill ialah yang mempunyai sifat-sifat kesejahteraan, kebahagiaan mental, pendidikan, sensitif terhadap orang lain, berakhlak dan sihat tubuh badan. Manakala kebahagiaan jenis rendah ialah kejahilan, kepentingan diri dan sifat malas. Nilai-nilai tinggi itu dimiliki oleh manusia sejati tetapi nilainilai yang rendah itu bercarnpur baur dengan binatang. Etika kesejahteraan yang tinggi itu memberi kesan yang baik, tetapi kesejahteraan yang rendah itu memberi kesan yang buruk.

Perkataan teleologikal berasal daripada perkataan Yunani telos yang bermaksud tujuan atau matlamat. Menjelaskan tentang nilai sama ada tindakan itu bermanfaat atau membawa kemudaratan kepada tabiat manusia. Tindakan yang diambil itu membawa kesan yang baik atau buruk. Semua tindakan manusia sama ada betul atau salah bergantung kepada mereka sendiri. Bagi teori ini kebaikan ataupun kejahatan ditentukan oleh nilai instrumentalnya. Tumpuan teori ini adalah hasil atau akibat sesuatu tindakan yang dilakukan manusia.

Pastikan kesan (akhiran) yang baik. Mendatangkan faedah. Pegangannya adalah sesuatu tindakan itu sendiri. Tidak ada baik-buruk atau salah-betul. Yang menentukan adalah manfaat atau mudarat yang dihasilkan.

Keperluan mencari dan menentukan akibat. Sukar untuk menilai semua akibat:i.

Tidak dapat meninjau ke satu jangka masa yang lebih jauh ke hadapan.

ii. Tidak cukup pengetahuan untuk menentukan dan

menilai tentang apa akibat-diri/ orang lain.

Ini menyebabkan wujud beberapa jenis teori teleologikal yang berbeza seperti : Psikologikal Egoisme Teori Utilitarianisme

Psikologikal egoisme adalah pandangan tentang manusia yang selalu didorong oleh kepentingan diri sendiri. Ini bermakna manusia selalu bersikap mementingkan diri sendiri. Untuk mendapatkan kepentingan diri dan kegembiraan Ini menerangkan bahawa apabila seseorang memilih untuk membantu orang lain, mereka akan melakukan yang terbaik disebabkan oleh faedah atau keuntungan peribadi yang mereka jangka akan perolehi secara langsung atau tidak langsung hasil daripada bantuan yang mereka beri.

Psikologikal egoisme ialah teori diskriptif menyatakan bagaimana orang melakukan tindakan, manakala egoisme etika adalah cara bertindak. Selain itu, PE juga adalah berdasarkan analisis oleh masyarakat yang berasaskan kepada keinginan dan kehendak masyarakat Secara amnya, jika sesuatu kelakuan dianggap betul oleh seseorang individu maka ia berkemungkinan dianggap sebaliknya oleh masyarakat Bentuk khusus psikologikal egoisme adalah psikologikal hedonisme, iaitu pandangan tentang tujuan terbaik manusia melakukan sesuatu secara sukarela adalah untuk mendapatkan pengalaman yang menyeronokkan

Menurut Victor Grassian (1992):3

formulasi: perumusan yang tipikal dalam PESemua kelakuan manusia yang dilakukan dengan kehendak sendiri adalah berakhir dengan bermotivasikan mementingkan diri sendiri. Manusia sentiasa berkelakuan dengan tujuan untuk menonjolkan kepentingan diri Manusia melakukan sesuatu untuk orang lain dengan harapan mendapat faedah tertentu.

Etika egoisme merupakan teori normatif atau etika yang menyatakan bahawa kelakuan manusia harus berdasarkan kepada kehendak kendiri (secara langsung) Ini bermaksud, sesuatu kelakuan itu telah dirancang Teori PE dan EE , kedua- dua nya saling berkaitan dan berkait

rapat dengan teori-teori moral.

1.

Pengaruh persekitaran sosial pada nilai nilai individu.Apabila fikiran ditentukan secara individualistik dan penyusunan sosial adalah kurang penting maka tidak hairan individu cuba mencari justifikasi egoistik bagi tingkah lakunya lebih lebih lagi dijelaskan dengan teori ekonomi yang mengatakan setiap orang hanya dapat hidup apabila ia dapat mencari keuntungan dalam persaingan dengan orang lain. maka egoisme diterima oleh sosial sebagai sifat yang mulia bagi diri sendiri.

2. Sikap mempertahankan diri sendiri (ego) ataupun sikap

mengagumi diri sendiri.Keadaan ini wujud daripada keinginan kehendak mempertahankan diri daripada perasaan malu ataupun berdosa yang disebabkan oleh ketidaksamaan pembahagian dan keuntungan yang memanfaatkan diri sendiri tetapi mengakibatkan orang lain menderita. Oleh itu, kita berusaha meyakinkan diri sendiri hak keistimewaan kita adalah bagi hidup dan ini adalah berpatutan.

3.

Ketidakanjalan dalam motif dan dorongan kerana setiap motif personaliti dikaitkan dengan perkembangan individu.egoisme melibatkan perletakkan kebaikan, kepentingan, dan kebajikan diri sendiri mengatasi orang lain. Contohnya:

Seorang bayi merampas barang mainannya daripada bayi lain mungkin berbeza dengan seorang dewasa merampas harta pusaka daripada ahli keluarganya.

Psikologikal egoisme ialah kelakuan yang dimotivasikan oleh kehendak atau keinginan seseorang Seseorang cenderung untuk melakukan apa sahaja yang diingini olehnya Kebiasaannya, psikologikal egoisme dapat dikawal melalui etika egoisme. Hal ini kerana kelakuan seseorang dengan secara langsung akan dikawal oleh peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan dalam masyarakat

Kesukaran menentukan akibat pada seseorang terhadap seorang yang lain. Tidak berkesan terhadap pelaku baru. Kesukaran menerapkan nilai moral kepada generasi muda/pelaku baru. Sukar untuk mengenalpasti akibat-akibat terhadap orang lain. Gabungan antara moral dan undang-undang Konsep keseronokan dan kesakitan. Keseronokan kesakitan adalah sensasi dan sebaliknya. Manusia sebagai pemburu keseronokan dan membenci kesakitan. Kayu pengukur, Kalkulus Hedonik Bentham adalah sesuatu yang sukar. Penentengan idea kesakitan utilitarianisme. Perlakuan baik dan buruk boleh diukur. Prinsip utiliti menyamakan keseronokan dan kebahagian.

UTILITARIANDiasaskan oleh Jeremy Bentham (1748-1832) dan John Stuart Mill (1806-1873) Utilitarian berasal daripada perkataan utiliti yang bermaksud berguna atau kegunaan. Teori moral utilitarian ini mengkehendaki kita supaya sentiasa bertindak untuk menghasilkan kebaikan atau keseronokan maksima kepada bilangan orang yang sebanyak mungkin. Kebahagian yang dimaksudkan adalah keseronokan iaitu sesuatu yang bukan bersifat moral Jeremy Bentham membahagikan teori ini kepada dua ciri penting iaitu:

i. Pertimbangan sesuatu tindakan yang

diambil itu bermoral atau tidak berasaskan kes itu sendiri. Aspek ini dikenali sebagai act-utilitarianisme.ii. Keseronokan dan kesakitan yang timbul

daripada tindakan yang diambil itu berasaskan kesan baik atau buruk sesuatu tindakan. Aspek ini dikenali sebagai Hedonistik Utilitarianism.

Pengukuran keseronokan (dan kesengsaraan) dilakukan melalui Kalkulus Hedonistik Bentham. 7 elemen mesti ditimbangkan dalam kalkulus ini iaitu:

Kedalaman (Intensity)

Berapa dalamkah kesan pengalaman terhadap setiap orang? Berapa lamakah keseronokan atau kesengsaraan akan berlangsung? Berapa pastikah timbulnya keseronokan dan kesengsaraan dari sesuatu tindakan? Berapa cepat? Bagaimanakah kemungkinan perasaan seronok di masa depan? Bagaimanakah kemungkinan perasaan sengsara di masa depan? Berapa banyak kesengsaraan dan keseronokan dihasilkan dalam kehidupan orang lain?

Kelamaan (Duration) Kepastian (Certainty)

Kesegeraan (Propinquity) Kesedaran (Fecundity) Keberkesanan (Purity) Had (Extent)

Manakala John Stuart Mill pula lebih memfokuskan kepada kualiti kegunaan atau manfaat. Beliau menolak pandangan Bentham yang mengatakan keseronokan yang dirasa itu adalah serupa. Sebaliknya, beliau menjelaskan kebahagian itu mempunyai kualiti iaitu tinggi atau rendah. Beliau juga berpendapat seseorang itu perlu mempunyai penilaian sendiri yang bersifat subjektif untuk membuat keputusan.

Etika utilitarianisme berpegang kepada prinsip bahawa seseorang itu sepatutnya melakukan sesuatu tindakan yang akan menghasilkan kebaikan yang paling banyak kepada setiap orang atau kebahagiaan yang paling banyak kepada sejumlah insan yang paling ramai. Daripada keseluruhan perbincangan kita tentang prinsip utiliti, kesimpulannya ialah kita mesti berjaga-jaga dan berwaspada dalam menerima fahaman atau pendapat utiliti sebagai suatu prinsip etika.

y Teori-teori moraliti ini bermula di barat. Teori ini nyata

benar berbeza dengan etika agama yang baik dan jahat serta yang betul dan salah kerana nilai-nilai ini adalah tetap. y Dalam aspek penentuan begini teori Teleologikal kurang memberi masalah kerana prinsip yang digunakan ialah berpandu kepada kesan atau akibatnya. y Bagi mereka yang berpegang kepada fahaman sekular, soal etika ini tidak menjadi masalah besar. Mereka boleh lakukan apa sahaja mengikut pertimbangan rasional.