2
-- LAPORAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN GARIS PANDUAN PERPUSTAKAAN KHUSUS: KE ERA TEKNOLOGI MAKLUMAT* Oleh Musalmah Abd. Muiz* * Abstract The article contains a report of the National Conference On Guidelines For Special Libraries Towards The Information Technology Era, held on 13 April 2000 in Penang Pendahuluan P ersidangan Kebangsaan Garis Panduan Perpustakaan .. Khusus Ke Era T eknologi Maklumat ini diadakan bertujuan untuk menghasilkan satu garis panduan barn perpustakaan khusus yang mengambilkira keperluan menyediakan kemudahan yang canggih dan sesuai selaras dengan peredaran semasa dan perkembangan pesat dalam teknologi maklumat masa kini. Garis panduan ini merupakan terbitan kemaskini kepada penerbitan "Garis Panduan Perpustakaan KhususlGuideline on Special Libraries" yang telah diterbitkan oleh Persatuan Perpustakaan Malaysia dalam tahun 1986. Persidangan sehari ini telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya. Pulau Pinang. Seramai enam puluh tujuh orang peserta telah menyertai Persidangan ini termasuk peserta dari Sabah dan Sarawak. Peserta Persidangan bukan sahaja terdiri dari staf perpustakaan khusus di bawah Skim Perkhidmatan Gunasama Perpustakaan tetapi juga dari perpustakaan badan berkanun dan swasta, juga pegawai yang menyelia perpustakaan dari institusi Kerajaan. Perasmian Persidangan telah disempumakan oleh Y. Bhg. Cik Shahar Banun Jaafar Ketua Pengarah Perpustakaan N egara Malaysia. Di dalam ucapan perasmian itu, beliau telah memberikan beberapa saranan kepada perpustakaan khusus iaitu: a) Pustakawan perlu berganjak sebagai Perunding IImu (Knowledge Consultant) dan tidak hanya berperanan sebagai pembekal dan penjaga buku sahaja; b) Perpustakaan khusus perlu bijak mengumpulkan ilmu yang diperlukan oleh pelanggannya. Perolehan koleksi perlu berasaskan memperolehi sumber ilmu yang tepat pada masanya (just-in- time approach) tidak lagi berasaskan berpandukan jangkaan kehendak pelanggan (anticipation on demand); c) Perpustakaan khusus perlu menjadi pusat bank data ilmu dan memori bagi organisasi- nya seterusnya berganjak sebagai pusat kecemerlangan sumber iImu khusus dalam bidang perkara yang berkaitan; d) Perpustakaan khusus perlu bijak mempakej maklumat dan iImu mengikut citarasa pelanggan supaya perpustakaan menjadi pusat iImu Setempat yang sentiasa diperlukan; e) Perpustakaan khusus perlu menjadi sebahagian daripada pusat cetusan iImu dalam Prasarana IImu dan Maklumat Kebangsaan (National Infamuition and Knowledge Infrastructure - NIKI); dan f) Setiap perpustakaan dalam negara akan terus memberikan Sumbangan ke arah pemantapan sistem perpustakaan digital negara atau sistem PERDANA yang sedang dirancang pada masa 1m. Persidangan telah ditutup dengan suatu rumusan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan. Puan Norpishah Mohd N oor selaku Pengerusi J awatankuasa Garis Panduan Perpustakaan Khusus. Objektif Persidangan * Membincangkan dan mendapatkan pandangan ke atas draf Garis Panduan Perpustakaan Khusus yang telah disediakan. Memantapkan lagi isi kandungan dokumen ini untuk tujuan penerbitan. Kertas Kerja Sebanyak enam kertas kerja telah dibentangkan iaitu: (i) Keperluan Fizikal dan Ruang Lantai oleh Cik Persidangan Kebangsaan Garis Panduan Perpustakaan Khusus: Ke Era Teknologi Maklumat ' I' of. Pustakawan. Bahagian Pembangunan. Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

nt~UM llU~I[~I~BnllU LAPORAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1754/1/... · Pembentang kertaskerja terdiri dari ahli Jawatankuasa Garis Panduan

  • Upload
    others

  • View
    3

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: nt~UM llU~I[~I~BnllU LAPORAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1754/1/... · Pembentang kertaskerja terdiri dari ahli Jawatankuasa Garis Panduan

--

.nt~UM llU~I[~I~BnllU

LAPORAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN GARIS PANDUAN PERPUSTAKAAN KHUSUS: KE ERA

TEKNOLOGI MAKLUMAT*

Oleh Musalmah Abd. Muiz* *

Abstract

The article contains a report of the National Conference On Guidelines For Special Libraries Towards The Information Technology Era, held on 13 April 2000 in Penang

Pendahuluan

P ersidangan Kebangsaan Garis Panduan Perpustakaan .. Khusus Ke Era T eknologi Maklumat ini diadakan

bertujuan untuk menghasilkan satu garis panduan barn perpustakaan khusus yang mengambilkira keperluan menyediakan kemudahan yang canggih dan sesuai selaras dengan peredaran semasa dan perkembangan pesat dalam teknologi maklumat masa kini. Garis panduan ini merupakan terbitan kemaskini kepada penerbitan "Garis Panduan Perpustakaan KhususlGuideline on Special Libraries" yang telah diterbitkan oleh Persatuan Perpustakaan Malaysia dalam tahun 1986.

Persidangan sehari ini telah diadakan di Hotel Sunway, Seberang Jaya. Pulau Pinang. Seramai enam puluh tujuh orang peserta telah menyertai Persidangan ini termasuk peserta dari Sabah dan Sarawak. Peserta Persidangan bukan sahaja terdiri dari staf perpustakaan khusus di bawah Skim Perkhidmatan Gunasama Perpustakaan tetapi juga dari perpustakaan badan berkanun dan swasta, juga pegawai yang menyelia perpustakaan dari institusi Kerajaan.

Perasmian Persidangan telah disempumakan oleh Y. Bhg. Cik Shahar Banun Jaafar Ketua Pengarah Perpustakaan N egara Malaysia. Di dalam ucapan perasmian itu, beliau telah memberikan beberapa saranan kepada perpustakaan khusus iaitu:

a) Pustakawan perlu berganjak sebagai Perunding IImu (Knowledge Consultant) dan tidak hanya berperanan sebagai pembekal dan penjaga buku sahaja;

b) Perpustakaan khusus perlu bijak mengumpulkan ilmu yang diperlukan oleh pelanggannya. Perolehan koleksi perlu berasaskan memperolehi sumber ilmu yang tepat pada masanya (just-in­time approach) tidak lagi berasaskan berpandukan

jangkaan kehendak pelanggan (anticipation on demand);

c) Perpustakaan khusus perlu menjadi pusat bank data ilmu dan memori bagi organisasi­nya seterusnya berganjak sebagai pusat kecemerlangan sumber iImu khusus dalam bidang perkara yang berkaitan;

d) Perpustakaan khusus perlu bijak mempakej maklumat dan iImu mengikut citarasa pelanggan supaya perpustakaan menjadi pusat iImu Setempat yang sentiasa diperlukan;

e) Perpustakaan khusus perlu menjadi sebahagian daripada pusat cetusan iImu dalam Prasarana IImu dan Maklumat Kebangsaan (National Infamuition and Knowledge Infrastructure - NIKI); dan

f) Setiap perpustakaan dalam negara akan terus memberikan Sumbangan ke arah pemantapan sistem perpustakaan digital negara atau sistem PERDANA yang sedang dirancang pada masa 1m.

Persidangan telah ditutup dengan suatu rumusan oleh Pengarah Bahagian Pembangunan. Puan Norpishah Mohd N oor selaku Pengerusi J awatankuasa Garis Panduan Perpustakaan Khusus.

Objektif Persidangan

* Membincangkan dan mendapatkan pandangan ke atas draf Garis Panduan Perpustakaan Khusus yang telah disediakan.

• Memantapkan lagi isi kandungan dokumen ini untuk tujuan penerbitan.

Kertas Kerja

Sebanyak enam kertas kerja telah dibentangkan iaitu:

(i) Keperluan Fizikal dan Ruang Lantai oleh Cik

~: Persidangan Kebangsaan Garis Panduan Perpustakaan Khusus: Ke Era Teknologi Maklumat ' I' of. Pustakawan. Bahagian Pembangunan. Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Page 2: nt~UM llU~I[~I~BnllU LAPORAN PERSIDANGAN KEBANGSAAN …myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/1754/1/... · Pembentang kertaskerja terdiri dari ahli Jawatankuasa Garis Panduan

Nafisah Ahmad, Pengarah Bahagian Khidmat Teknik, PNM.

(ii) Pentadbiran dan Pengurusan oleh Puan Jariah Jais, Ketua Pustakawan MARDI.

(iii) Pembangunan Koleksi dan Pendokumentasian oleh Encik Mustafa Daud. Pegawai Perpustakaan Kementerian Tanah dan Pembangunan Koperasi.

(iv) Perkhidmatan oleh Encik Raslin Abu Bakar, Ketua Pustakawan INT AN.

(v) Penggunaan Teknologi Maklumat oleh Puan N orkhayati Hashim. Pengarah Bahagian Teknologi Perpustakaan & Maklumat. PNM. (diwakili oleh Encik Mohd. Azri Ramli)

(vi) Promosi dan HubunganAntarabangsa oleh Puan Zainab Ibrahim, Ketua Pustakawan IDHL.

Pembentang kertaskerja terdiri dari ahli Jawatankuasa Garis Panduan Perpustakaan Khusus yang telah ditubuhkan pada

bulan Februari tahun 1999. Keahliannya terdiri dari Perpustakaan Negara Malaysia selaku Pengerusi dan Urusetia wakil Persatuan Pustakawan Malaysia dan Majlis Perpustakaan Khusus.

Peserta telah membincangkan kertaskerja yang telah dibentangkan dan menyumbangkan pandangan mereka. Selepas Persidangan, Jawatankuasa telah berbincang semula dan menghalusi pandangan yang telah diberi. Pembentang kertaskerja akan mengambil tindakan untuk menambahbaik kertaskerja yang berkaitan.

Penutup

Persatuan Pustakawan Malaysia akan menerbitkan Garis Panduan Perpustakaan Khusus ini dengan kerjasama Perpustakaan Negara Malaysia. Terbitan ini akan dijual kepada umum.

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia

Hakcipta Terpelihara © 2000 - Perpustakaan Negara Malaysia