29
CONSERVING MARINE BIODIVERSITY THROUGH ENHANCED MARINE PARK MANAGEMENT AND INCLUSIVE SUSTAINABLE ISLAND DEVELOPMENT LAPORAN 2010 REPORT Januari Disember 2010 PROJEK TAJAAN UNDP/GEF (PIMS 1040)

Laporan Tahunan UNDP 2010

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Laporan Tahunan UNDP 2010

CONSERVING MARINE BIODIVERSITY THROUGH ENHANCED MARINE

PARK MANAGEMENT AND INCLUSIVE SUSTAINABLE ISLAND

DEVELOPMENT

LAPORAN 2010 REPORT

Januari – Disember 2010

PROJEK TAJAAN UNDP/GEF

(PIMS 1040)

Page 2: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

1

Kandungan ms

Latar Belakang Projek 2

1.0 Ringkasan 4

2.0 Perincian Aktiviti Projek

2.1 Mesyuarat dan Perbincangan 5

2.2 Bengkel/Seminar 9

2.3 Latihan 11

2.4 Program Kesedaran 13

2.5 Pemantauan 15

3.0 Ringkasan Aktiviti Projek dan Pencapaian Keputusan 16

4.0 Aktiviti Pengurusan Projek

4.1 Mesyuarat Project Review Committee (PRC) 20

4.2 Laporan Kemajuan Sukuan Projek (QPR) 20

4.3 Kajian Separa Penggal (MTR) 20

5.0 Laporan Kewangan

5.1 Jumlah Peruntukan dari Dokumen Projek 22

5.2 Perbelanjaan 2007-2010 (USD) 22

5.3 Perincian Perbelanjaan 2010 Berdasarkan Rancangan Kerja Tahunan

(Peruntukan GEF) 23

5.4 Perincian Bantuan Kewangan Kerajaan Pada 2010 28

Page 3: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

2

LATAR BELAKANG PROJEK I. PENGENALAN PROJEK

Tajuk Projek : Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced

Marine Park Management and Inclusive Sustainable Island Development

Nombor Projek : PIMS 1040 Agensi Bertanggungjawab : Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar Agensi Pelaksana : Jabatan Taman Laut Malaysia Tempoh : 5 (lima tahun) Tarikh Mula : 1 Mac 2007 Tarikh Jangka Selesai : Februari 2012 Tapak Projek : Pulau Redang, Pulau Tioman, Pulau Sibu and Pulau

Tinggi Kos Projek : Jumlah USD 4,130,294 UNDP/GEF : USD 2,127,150 Kerajaan Malaysia : USD 2,003,144

II. RINGKASAN PROJEK

Projek Taman Laut ini dilaksanakan bersama Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-

Bangsa Bersatu (United Nations Development Programme – UNDP), dan didana oleh

Kerajaan Malaysia dengan kerjasama penuh daripada Global Environment Facility (GEF).

Jabatan Taman Laut Malaysia (JTLM) di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar

(NRE) adalah agensi yang bertanggungjawab melaksanakan projek ini untuk tempoh 5

tahun.

MATLAMAT PROJEK: Untuk memastikan pemuliharaan dan penggunaan sumber

biodiversiti marin dan pembangunan pulau Malaysia secara lestari.

OBJEKTIF PROJEK: Untuk mencapai peningkatan di dalam pengurusan Taman Laut dan

pembangunan pulau secara lestari.

10 Tema Hasil telah dikenalpasti melalui 7 Keputusan yang boleh dirumuskan sebagai:-

Page 4: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

3

Projek ini akan mengukuhkan lagi sistem kawasan-kawasan perlindungan marin di Malaysia

serta menyumbang kepada pemuliharaan biodiversiti global yang signifikan. Sasaran projek

adalah pengurusan kawasan perairan seluas 164,534.2 hektar akan dipertingkatkan untuk

tujuan pemuliharaan biodiversiti marin.

Projek akan dibangunkan melalui inisiatif yang didorong secara signifikan di peringkat

kebangsaan untuk memulihara biodiversiti marin di perairan Pantai Timur Semenanjung

Malaysia. Aktiviti-aktiviti projek akan dijalankan di tiga lokasi Taman Laut yang telah dipilih

sebagai tapak projek utama iaitu Pulau Tioman di Pahang, Pulau Redang di Terengganu dan

Pulau Sibu-Tinggi di Johor.

Projek ini dirangka untuk meluaskan lagi proses perancangan pembangunan sedia ada,

memantapkan lagi kecekapan pengurusan Taman Laut, dan mewujudkan sokongan yang

berpengaruh untuk pemuliharaan biodiversiti marin di Malaysia. Penglibatan pihak

berkepentingan adalah penting untuk memastikan kejayaan projek, dan telah diterapkan ke

dalam objektif projek.

Projek ini juga mempunyai aktiviti-aktiviti di peringkat kebangsaan dan sistemik, bagi

memastikan kemungkinan bagi mereplikasi inisiatif baru yang akan diaplikasikan di tiga

tapak projek utama supaya dapat dicontohi oleh kawasan Taman Laut yang lain di Malaysia.

Dengan itu, adalah diharapkan selepas tamatnya projek ini, kesemua kawasan perlindungan

marin di Semenanjung Malaysia dan Labuan akan berada di bawah tahap pengurusan yang

lebih baik, dalam usaha untuk menangani ancaman terhadap biodiversiti marin.

Page 5: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

4

1.0 RINGKASAN STATUS PELAKSANAAN Suku ke-12: Januari – Mac 2010 Polisi dan Pelan Pengurusan Taman Laut telah dibincangkan bersama pihak berkepentingan di dalam mesyuarat dan bengkel. Memandangkan projek telah memasuki fasa Latihan, pelbagai bengkel dan Latihan telah diadakan untuk kakitangan Jabatan, operator pelancongan dan penduduk setempat di Tapak Projek. Suku ke-13: April – Jun 2010 Perunding telah menunjukkan kemajuan dalam melaksanakan output-output projek. Bengkel dan Latihan diteruskan untuk kakitangan Jabatan, operator pelancongan dan penduduk setempat di Tapak Projek. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Negeri Kali ke-4 telah diadakan di ketiga-tiga negeri. Ahli mesyuarat telah diberikan penerangan tentang aktiviti projek sepanjang Suku ke-12 dan 13. Projek juga telah diaudit dan juruaudit mengesahkan bahawa kedudukan dan operasi kewangan Projek mematuhi prinsip akaun. Suku ke-14: Julai – September 2010 Projek telah diperkenalkan dengan Penasihat Teknikal Serantau UNDP yang baru iaitu Puan Midori Paxton. Puan Midori akan memantau projek-projek UNDP di Malaysia. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Kebangsaan Kali ke-5 telah diadakan di PICC pada bulan Julai. Mesyuarat Penubuhan Badan Koperasi Pulau Tinggi kali pertama telah diadakan di Tanjung Balang, Pulau Tinggi. Perunding juga telah menjalankan persampelan kualiti air di Tapak Projek. Suku ke-15: Oktober - Disember 2010 Pengurus Projek Kebangsaan yang baru, Pn Norizan Mazlan, telah menyertai Projek pada 1 November 2010. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Kebangsaan dan Negeri telah diadakan dan ahli mesyuarat telah diberikan penerangan tentang aktiviti projek sepanjang Suku ke-14 dan 15. Kajian Separa Penggal juga telah dijalankan oleh perunding bebas tempatan dan antarabangsa. Penemuan awal Kajian Separa Penggal tersebut telah dibentangkan kepada pihak berkepentingan.

Page 6: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

5

2.0 PERINCIAN AKTIVITI PROJEK 2.1 MESYUARAT DAN PERBINCANGAN

2.1.1 Pembentangan Metodologi Kajian dan Pemetaan Terumbu Karang

Berikutan perbincangan pada Disember 2009, satu pembentangan telah diadakan oleh En Trond-Inge Kvernevik daripada Ecoscience Sdn Bhd pada 18 Januari 2010. Pembentangan ini bertujuan untuk menerangkan keperluan pemetaan terumbu karang dan cadangan metodologi serta peluang peningkatan kapasiti JTLM, selain melihat metodologi pemantauan sedia ada.

2.1.2 Mesyuarat Penyediaan Modul Eco-rating dan Marine Park Guide Mesyuarat ini, yang merupakan aktiviti di bawah Keputusan 4: Pelancongan, telah diadakan pada 11 Mac 2010. Ia bertujuan untuk membincangkan modul yang akan digunakan untuk Eco-rating dan Marine Park Guide. Mesyuarat ini telah dihadiri oleh Kementerian Pelancongan Malaysia (MoTour), Majlis Pelancongan Kebangsaan Malaysia, PERHILITAN, Lembaga Pembangunan Tioman (TDA) dan Perbadanan Taman Negara Johor. Mesyuarat memutuskan bahawa Marine Park Guide perlu digabungkan dengan kursus Nature Guide.

2.1.3 Mesyuarat untuk Membincangkan Pembangunan Pelan Pengurusan Taman Laut Lanjutan daripada penganjuran Bengkel Pelan Pengurusan Taman Laut pada bulan April, satu perbincangan telah diadakan bersama pihak Pengurusan JTLM pada 11 Mei 2010. Ia bertujuan untuk membentangkan penemuan daripada Bengkel tersebut serta untuk melaporkan kemajuan penyediaan Pelan Pengurusan Taman Laut.

2.1.4 Mesyuarat Penutup Audit Mesyuarat ini telah diadakan pada 21 Mei 2010. Juruaudit telah mengesahkan bahawa kedudukan serta operasi kewangan Projek adalah mematuhi segala prinsip akaun. Mereka juga turut memaklumkan beberapa isu serta langkah untuk mengatasi isu tersebut.

2.1.5 Mesyuarat Jawatankuasa Pemantauan Pulau Semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri Pahang Kali ke-3 pada November 2009, Pengerusi telah mencadangkan penubuhan Jawatankuasa Pemantauan Pulau. Mesyuarat telah diadakan pada 8 Jun 2010 di Pejabat TDA Kuantan untuk membincangkan terma rujukan Jawatankuasa serta strategi untuk menangani isu alam sekitar di Tioman. Mesyuarat memutuskan bahawa TDA akan mempengerusi serta menjadi urusetia Jawatankuasa ini.

2.1.6 Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Negeri Kali ke-4

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Negeri Kali ke-4 telah diadakan pada: i. 14 Jun 2010 di Pejabat UPEN Pahang

ii. 22 Jun 2010 di Pejabat UPEN Terengganu iii. 30 Jun 2010 di Pejabat UPEN Johor

Page 7: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

6

Unit Pengurusan Projek (PMU) membentangkan kemajuan Projek sepanjang suku ke 12 & 13 kepada ahli mesyuarat.

2.1.7 Taklimat kepada Penasihat Teknikal Serantau (UNDP Bangkok)

Satu taklimat ringkas telah diadakan pada 6 Julai 2010 kepada Penasihat Teknikal Serantau yang baru dilantik dari UNDP Bangkok. PMU telah diperkenalkan kepada Puan Midori Paxton yang akan memantau kesemua projek UNDP di Malaysia. Pengarah Projek Kebangsaan (NPD) turut membentangkan laporan kemajuan projek kepada mereka.

2.1.8 Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Kebangsaan Kali ke-5

Mesyuarat telah diadakan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) pada 12 Julai 2010. NPD dan perunding telah membentangkan aktiviti projek, pencapaian serta isu sepanjang Suku ke 12 dan 13. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Y. Bhg Datuk Aziyah Mohamed, Timbalan Ketua Setiausaha I, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.

2.1.9 Mesyuarat Penubuhan Badan Koperasi untuk Penduduk Pulau Tinggi, Johor

Mesyuarat yang diadakan pada 31 Julai 2010 di Tanjung Balang, Pulau Tinggi, telah dihadiri oleh 32 orang penduduk setempat. Mesyuarat diadakan untuk menubuhkan badan koperasi bagi memenuhi keperluan ekonomi dan sosial penduduk tempatan. Wakil dari Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM), En Aizaki Ismail, turut hadir semasa mesyuarat. Beliau mengesahkan bahawa beliau akan cuba membantu untuk mempercepatkan kelulusan permohonan penubuhan koperasi untuk penduduk Pulau Tinggi. Mesyuarat yang sama akan diadakan untuk penduduk di Pulau Redang dan Tioman.

2.1.10 Mesyuarat untuk Membincangkan Penyediaan Modul Eco-rating & Marine Park

Guide Lanjutan daripada mesyuarat pada 11 Mac 2010, perunding telah mengadakan

perbincangan lanjut bersama wakil MoTour. Menurut pandangan beliau, pensijilan Eco-rating serta Marine Park Guide mungkin tidak boleh dilaksanakan. Mesyuarat kedua telah diadakan pada 2 September 2010 untuk membincangkan langkah selanjutnya. Mesyuarat memutuskan bahawa perunding boleh meneruskan penyediaan modul untuk pensijilan Eco-rating sementara menunggu kelulusan daripada MoTour. Walau bagaimanapun, setelah mengambilkira kekangan masa serta pandangan MoTour, perunding tidak akan meneruskan penyediaan modul untuk Marine Park Guide. Sebaliknya, Perunding akan mencadang dan melaksanakan Latihan mengenai panduan asas kepada operator pelancongan pula.

2.1.11 Mesyuarat untuk Membentangkan Cadangan Pembangunan Sistem Maklumat

Pengurusan Taman Laut Berasaskan Web Mesyuarat diadakan pada 23 September 2010 bagi membentangkan cadangan

membangunkan Sistem Maklumat untuk JTLM (Output 1.01). Berdasarkan Kontrak, perunding layak membuat tuntutan peruntukan sementara (Provisional Sum) daripada Projek setelah cadangan dipersetujui. Semasa mesyuarat ini, perunding telah membentangkan cadangan serta prototype sistem. Mesyuarat bersetuju

Page 8: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

7

untuk meluluskan pembayaran 40% daripada peruntukan sementara manakala baki akan dibayar kepada perunding apabila sistem diserahkan kepada JTLM kelak.

2.1.12 Mesyuarat untuk Membincangkan Kemajuan Pembangunan Pelan Pengurusan

Taman Laut Disebabkan kelewatan menghasilkan Pelan Pengurusan Taman Laut, Ketua Pengarah JTLM telah meminta perunding untuk membentangkan kemajuan penyediaan draf tersebut pada 4 November 2010. Kemajuan output lain turut dibincangkan semasa mesyuarat. Ketua Pengarah menasihatkan agar projek dipercepatkan bagi mencapai matlamat yang telah disasarkan. Beliau juga mencadangkan mesyuarat berkala yang lebih kerap di antara perunding dan JTLM.

2.1.13 Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Negeri Kali ke-5

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Negeri Kali ke-5 telah diadakan pada: i. 9 November 2010 di Pejabat UPEN Pahang

ii. 19 November 2010 di Pejabat UPEN Johor iii. 29 November 2010 di Pejabat UPEN Terengganu

Unit Pengurusan Projek (PMU) membentangkan kemajuan Projek sepanjang suku ke 14 & 15 kepada ahli mesyuarat.

2.1.14 Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Kebangsaan Kali ke-6

Mesyuarat telah diadakan di Bilik Mesyuarat Mutiara, NRE pada 17 Disember 2010. NPD dan perunding membentangkan aktiviti projek, pencapaian serta isu sepanjang suku ke 14 hingga 15. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh En K. Nagulendran, Timbalan Setiausaha, Bahagian Pengurusan Perhutanan dan Biodiversiti, NRE. Antara keputusan mesyuarat adalah penubuhan Jawatankuasa Kerja untuk memantau sungai bermasalah di Tioman dan Redang serta penganjuran kajian ringkas bersama CEBLAW mengenai kemungkinan untuk menggubal Rang Undang-Undang Taman Laut.

2.1.15 Mesyuarat Kajian Semula Tahunan untuk 2010

Unit Perancang Ekonomi (EPU) telah mengadakan mesyuarat pada 21 Disember 2010 untuk membincangkan kemajuan projek UNDP di Malaysia. PMU turut dijemput untuk membentangkan laporan kemajuan tahunan kepada EPU.

Mesyuarat Penubuhan Badan Koperasi untuk

Penduduk Tempatan di Pulau Tinggi, Johor Mesyuarat untuk Membincangkan Penyediaan

Modul Eco-Rating & Marine Park Guide

Page 9: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

8

Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek

Kebangsaan Kali ke-6 Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Negeri

Terengganu Kali ke-5

Page 10: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

9

2.2 BENGKEL/SEMINAR 2.2.1 Bengkel Polisi Taman Laut

Bengkel Perbincangan Polisi Taman Laut telah berjaya dilaksanakan pada 2 Februari 2010 di PICC. Bengkel ini diadakan untuk memperbaiki draf Polisi Taman Laut yang telah disediakan dan dibincangkan bersama pihak Pengurusan JTLM pada Disember 2009. Bengkel ini melibatkan Agensi-agensi Persekutuan dan Negeri serta NGO.

2.2.2 Bengkel Sosialisasi untuk Output 3.01, 3.02 and 4.0

Bengkel Sosialisasi telah diadakan di Pulau Tioman pada 7 – 11 Februari 2010. Tujuannya adalah untuk menggalakkan persefahaman di antara penduduk setempat, pengusaha pelancongan dan JTLM selain untuk mendapatkan maklumbalas mengenai Projek. Lawatan serta perbincangan telah diadakan bersama penduduk di Kampung Tekek, Paya, Genting, Mukut, Salang dan Juara. Mesyuarat turut diadakan bersama pengusaha selam dengan fokus untuk menubuhkan persatuan bagi pengusaha-pengusaha selam di Tioman.

2.2.3 Bengkel Kajian Keperluan Pengguna (URS) untuk Sistem Pangkalan Data

Pengurusan Taman Laut (Pejabat-Pejabat Taman Laut Negeri) Lanjutan daripada Bengkel URS Kali Pertama pada September 2009, Bengkel URS

Fasa ke-2 telah diadakan di Pejabat-Pejabat Taman Laut Negeri pada: i. 15 Mac 2010 di Pejabat Taman Laut Terengganu

ii. 18 Mac 2010 di Pejabat Taman Laut Pahang iii. 19 Mac 2010 di Pejabat Taman Laut Johor

Bengkel ini diadakan untuk membentangkan penemuan daripada Bengkel URS Kali Pertama di Ibu pejabat JTLM serta untuk mendapatkan maklumbalas dan cadangan penambahbaikan daripada pengguna di Pejabat-pejabat Negeri. Hasil perbincangan daripada Bengkel ini akan dianalisa serta dibentangkan dalam Bengkel URS Kali Kedua yang dijangka diadakan di dalam suku seterusnya.

2.2.4 Bengkel Draf Pelan Pengurusan Taman Laut dan Pembentangan Polisi Taman Laut

Bengkel telah diadakan pada 23 Mac 2010 untuk membincangkan draf Pelan Pengurusan Taman Laut yang telah disediakan oleh Perunding. Bengkel ini diadakan secara dalaman bersama pihak Pengurusan JTLM untuk mendapatkan pandangan mengenai draf tersebut sebelum dibentangkan kepada pihak berkepentingan. Perunding turut membentangkan Polisi Taman Laut yang telah dimuktamadkan hasil daripada Bengkel Polisi Taman Laut pada Februari 2010.

2.2.5 Bengkel Kajian Keperluan Pengguna (URS) untuk Sistem Pangkalan Data

Pengurusan Taman Laut Kali ke-2 Bengkel URS Kali ke-2 telah berjaya dianjurkan pada 8 April 2010 di Ibu pejabat

JTLM. Bengkel ini diadakan untuk membentangkan hasil penemuan daripada Bengkel URS Kali Pertama yang telah diadakan pada September 2009 serta Bengkel URS Fasa ke-2 yang diadakan di Pejabat Taman Laut Negeri pada Mac 2010. Antara penemuan penting yang dilaporkan adalah kurangnya pengetahuan dan kemahiran mengenai IT di kalangan kakitangan di Pejabat Taman Laut Negeri. Perunding telah mencadangkan latihan asas pengendalian komputer untuk staf JTLM.

Page 11: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

10

2.2.6 Seminar ‘Growth, Equity and Environment: Missing Link between Academic

Research and Policy Matters in Marine Park Areas’ Seminar ini dianjurkan bersama Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran, Universiti Malaya

pada 15 April 2010 di Rimba Ilmu, Taman Botani, Universiti Malaya. Objektif seminar adalah untuk membincangkan masalah, cabaran serta isu ekonomi yang dihadapi dalam menguruskan kawasan perlindungan marin dan pada masa yang sama memperkukuhkan strategi untuk mengurangkan ancaman kepada persekitaran marin di bawah bidang kuasa JTLM. 9 kertas kajian telah dibentangkan oleh penyelidik daripada pelbagai universiti.

2.2.7 Bengkel Pelan Pengurusan Taman Laut Kali Pertama

Bengkel ini telah dianjurkan pada 20 – 23 April 2010 di Berjaya Tioman Beach, Golf and Spa Resort. 42 wakil daripada pelbagai agensi menyertai bengkel ini yang menyasarkan untuk membincang serta mengumpul input berguna bagi pembangunan Pelan Pengurusan Taman Laut. Lawatan ke Kampung Salang, Juara, Mukut dan Genting telah diadakan pada hari pertama supaya peserta dapat memahami isu di lapangan sebelum membincangkannya di dalam Bengkel.

2.2.8 Bengkel Pelan Pengurusan Taman Laut Kali Kedua

Bengkel Pelan Pengurusan Taman Laut Kali Kedua telah Berjaya diadakan pada 1 – 4 Jun 2010 di Berjaya Redang Resort. Hasil penemuan daripada Bengkel Pertama telah dibentangkan dan dibincangkan bersama 47 wakil daripada pelbagai agensi. Perunding turut memaklumkan bahawa draf akhir pelan pengurusan akan disiapkan pada Julai 2010 dan dibentangkan sekali lagi kepada pihak berkepentingan. Peserta Bengkel juga sempat mengikuti perjumpaan bersama Ahli JKKK Kampung Baru Pulau Redang dan Pengerusi Persatuan Pengusaha-Pengusaha Resort Kepulauan Redang Terengganu.

Bengkel Polisi Taman Laut Bengkel URS di Terengganu

Bengkel Pelan Pengurusan Taman Laut Kali

Pertama Bengkel Sosialisasi di Tioman

Page 12: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

11

2.3 LATIHAN 2.3.1 Latihan dan Perbincangan Badan Perunding Latihan dan perbincangan ini telah diadakan pada:

i. 15 Mac 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi, Johor ii. 29 Mac 2010 di Kampung Pulau Redang, Terengganu

iii. 18 April 2010 di Kampung Mukut, Tioman Latihan dan perbincangan diadakan untuk memberi persediaan serta pendedahan kepada penduduk tempatan tentang cara untuk melibatkan diri di dalam Pengurusan Taman Laut. Jemputan bagi Latihan ini turut dipanjangkan kepada penduduk tempatan berhampiran tapak projek (Pulau Besar dan Pemanggil, Johor).

2.3.2 Latihan Pembangunan Keusahawanan untuk Penduduk Tempatan Latihan Pembangunan Keusahawanan telah diadakan pada:

i. 15 – 16 Mac 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi, Johor ii. 29 – 30 Mac 2010 di Kampung Pulau Redang, Terengganu

iii. 18 – 19 April 2010 di Kampung Mukut, Tioman Objektif aktiviti ini adalah untuk melatih dan memberikan pendedahan kepada penduduk setempat tentang peluang untuk memperbaiki status ekonomi mereka. Latihan ini mendapat sambutan yang baik terutamanya daripada kaum wanita di Pulau Redang.

2.3.3 Latihan Amalan Terbaik untuk Operator Pelancongan Latihan ini telah diadakan pada:

i. 17 Mac 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi, Johor ii. 12 April 2010 di Hotel Grand Continental, Kuala Terengganu

iii. 20 April 2010 di Kampung Mukut, Tioman Objektif Latihan adalah untuk memperkukuhkan pengetahuan mengenai amalan mesra alam dan cara untuk melaksanakan amalan pengurusan terbaik untuk pelancongan yang lestari.

2.3.4 Latihan Penguatkuasaan untuk Kakitangan JTLM Dua siri Latihan Penguatkuasaan telah diadakan pada:

i. 26 – 31 Mac 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Redang, Terengganu ii. 26 April –1 Mei 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi, Johor

48 Kakitangan JTLM telah menyertai Latihan ini. Latihan ini diadakan bagi memperkukuhkan sistem penguatkuasaan JTLM. Operasi rondaan dan penguatkuasaan turut diadakan semasa Latihan.

2.3.5 Kursus Orientasi Pemantau Terumbu Karang (Reef Watchers)

Kursus ini diadakan pada: i. 31 Mac 2010 – 3 April 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Redang, Terengganu

ii. 1 – 4 Mei 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi, Johor Program ini adalah salah satu aktiviti di bawah Keputusan 5: Penguatkuasaan. Penduduk dari Pulau Redang dan Perhentian, Terengganu serta Pulau Sibu-Tinggi, Johor terlibat dalam kursus ini. Peserta-peserta diberikan ceramah motivasi untuk meningkatkan kesedaran dan memupuk rasa tanggungjawab terhadap Taman Laut.

Page 13: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

12

Mereka juga dilatih untuk menggunakan Global Positioning System (GPS), peta, prosedur komunikasi radio serta menjalankan operasi laut bagi memberikan pendedahan tentang cara-cara untuk membantu JTLM dalam aktiviti penguatkuasaan.

2.3.6 Latihan Pembangunan Komunikasi dan Kesedaran untuk Kakitangan JTLM Latihan telah diadakan pada 2 – 5 Mei 2010 di Kalumpang Resort & Training Centre. Tujuannya adalah untuk memberikan latihan asas kepada kakitangan JTLM tentang cara-cara untuk membangunkan pelan komunikasi untuk program kesedaran Jabatan. 15 orang kakitangan JTLM dari Bahagian Pendidikan telah menyertai Latihan ini.

2.3.7 Kursus Transformasi Minda

Program ini dianjurkan pada 26 – 29 September 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Redang, Terengganu. 20 orang kakitangan JTLM telah dilatih untuk membina dan menggalakkan perubahan diri melalui pendekatan humanistik dan psikologi.

Latihan Pembangunan Keusahawanan untuk

Penduduk di Pulau Redang Latihan Amalan Terbaik untuk Operator

Pelancongan Pulau Redang

Latihan Penguatkuasaan Latihan Reef Watchers di Sibu-Tinggi

Page 14: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

13

2.4 PROGRAM KESEDARAN 2.4.1 Rainforest to Reef Program (R2R) Program R2R adalah program kesedaran untuk sekolah-sekolah di pulau Taman

Laut. Program ini dilaksanakan oleh Reef Check Malaysia, JTLM dan PMU. Program R2R terdiri daripada 3 aktiviti setiap tahun – 2 Aktiviti Sokongan dan 1 Kem Terumbu Karang. Ia bagi memastikan kehadiran berterusan sepanjang tahun, di samping untuk memperkukuhkan pengetahuan yang dipelajari daripada setiap aktiviti. Peruntukan bagi program ini disumbangkan oleh Alstom Power. Aktiviti Sokongan adalah program satu hari yang dijalankan sebelum dan selepas Kem Terumbu Karang. Objektifnya adalah untuk memberikan lebih peluang untuk memperkukuh pengetahuan semasa Kem. Aktiviti Sokongan telah berjaya diadakan pada:

i. 27 Mac 2010 dan 9 Oktober 2010 dengan penglibatan oleh murid-murid dari S.K. Kampung Tekek, Pulau Tioman

ii. 10 April 2010 dan 25 September 2010 dengan penglibatan penglibatan oleh murid-murid dari Pulau Perhentian & Redang.

Murid-murid telah mengambil bahagian di dalam aktiviti pembersihan pantai, kempen kitar semula, jungle trekking, permainan pendidikan alam sekitar dan melukis poster. Kem Terumbu Karang adalah program 3 hari yang dijalankan di Pusat Taman Laut di setiap pulau. Ia memberikan peluang kepada murid-murid untuk mendekatkan diri dengan alam semulajadi dan mempelajari dengan cara mengalaminya sendiri. Kem terumbu karang telah berjaya diadakan pada:

i. 26 – 28 Jun 2010 dan 7 – 9 Ogos 2010 dengan penglibatan oleh murid-murid dari S.K. Kampung Tekek, Pulau Tioman

ii. 17 – 19 Julai 2010 dengan penglibatan oleh murid-murid dari Pulau Redang iii. 24 – 26 Julai 2010 dengan penglibatan oleh murid-murid dari Pulau

Perhentian Kem ini memberikan pengenalan kepada elemen ekologi dan pemuliharaan melalui campuran aktiviti sesi bilik darjah dan permainan. Murid-murid juga diberi peluang untuk merasai pengalaman melihat terumbu karang melalui sesi snorkelling.

Aktiviti Sokongan Pertama Rainforest to Reef

Page 15: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

14

2.4.2 Ekspedisi Reef Clean-up Tioman Ekspedisi Reef Clean-up Tioman telah diadakan pada 25 – 28 Jun 2010 bersempena dengan sambutan Hari Laut Sedunia. 77 sukarelawan daripada pelbagai agensi telah menyertai program ini. Selain pembersihan terumbu karang di sekeliling pulau, program ini menyasarkan untuk memberikan pendedahan kepada sukarelawan tentang kepentingan ekosistem terumbu di samping memberikan kesedaran kepada masyarakat awam tentang aktiviti pemuliharaan yang perlu dilaksanakan oleh semua pihak bagi memastikan ekosistem ini dapat dikekalkan. Pada tahun 2010, memandangkan kutipan tapak sulaiman mahkota berduri (COT) yang rendah, JTLM telah meminta bantuan sukarelawan untuk menjalankan tinjauan dan pemantauan pemutihan batu karang di sekitar Pulau Tioman. Akibat daripada fenomena El- Niño yang melanda seluruh dunia, lebih daripada 50% kawasan terumbu karang di Pulau Tioman terjejas.

Page 16: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

15

2.5 PEMANTAUAN 2.5.1 Persampelan Kualiti Air Marin & Sungai

Perunding telah menjalankan program persampelan dan pemantauan pada tahun 2009 untuk mendapatkan status asas kualiti air marin dan sungai di tapak projek. Pada tahun 2010, persampelan telah diteruskan untuk memantau perubahan kualiti air marin dan sungai selepas tempoh 1 tahun. Pemantauan kualiti air telah diadakan pada:

i. 17 – 18 Julai 2010 di sekitar Pulau Redang, Terengganu (6 tapak persampelan sungai; 6 tapak persampelan marin)

ii. 24 – 25 Julai 2010 di sekitar Pulau Tioman, Pahang (6 tapak persampelan sungai; 8 tapak persampelan marin)

iii. 31 Julai 2010 di sekitar Pulau Sibu-Tinggi, Johor (5 tapak persampelan sungai; 5 tapak persampelan marin)

Hasil pemantauan telah dibentangkan semasa Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Kebangsaan Kali Ke-6 pada bulan Disember. Oleh kerana penurunan kualiti air sungai dan marin yang signifikan, Pengerusi mencadangkan JTLM menubuhkan Jawatankuasa Kerja untuk memantau sungai tercemar di Tioman dan Redang.

Aktiviti Persampelan Kualiti Air

2.5.2 Pemantauan Coral Bleaching

Disebabkan oleh fenomena El-Niño yang berlaku di seluruh dunia, terumbu karang di Malaysia turut terjejas. Jabatan telah menubuhkan Jawatankuasa Kerja Coral Bleaching untuk memantau keadaan terumbu karang di Taman Laut. PMU turut terlibat dalam pemantauan di Pulau Sibu & Tinggi pada 21 – 24 Julai 2010.

Page 17: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

16

3.0 RINGKASAN AKTIVITI PROJEK DAN PENCAPAIAN KEPUTUSAN KEPUTUSAN 1: PERANCANGAN Tema Hasil 1.01: Menambahbaik Pengurusan Maklumat untuk Perancangan

No. Aktiviti

i. Kajian Keperluan Pengguna 15 Mac 2010 di Pejabat Taman Laut Terengganu

ii. Kajian Keperluan Pengguna 18 Mac 2010 di Pejabat Taman Laut Pahang

iii. Kajian Keperluan Pengguna 19 Mac 2010 di Pejabat Taman Laut Johor

iv. Kajian Keperluan Pengguna 8 April 2010 di Ibupejabat JTLM

v. Mesyuarat untuk Membentangkan Cadangan Pembangunan Sistem Maklumat Pengurusan Taman Laut Berasaskan Web 23 September 2010 di Ibupejabat JTLM

Tema Hasil 1.02: Pelan Pengurusan untuk 3 Tapak Projek

No. Aktiviti

i. Bengkel Draf Model Pelan Pengurusan Taman Laut 23 Mac 2010 di Ibupejabat JTLM

ii. Bengkel Pembangunan Pelan Pengurusan Taman Laut Kali Pertama 20 – 23 April 2010 di Pulau Tioman

iii. Bengkel Pembangunan Pelan Pengurusan Taman Laut Kali Kedua 1 – 4 Jun 2010 di Pulau Redang

iv. Mesyuarat untuk Membincangkan Kemajuan Pembangunan Pelan Pengurusan Taman Laut 4 November 2010 di Ibupejabat JTLM

KEPUTUSAN 2: POLISI Tema Hasil 2.01: Menambahbaik Polisi Perundingan

No. Aktiviti

i. Bengkel Polisi Taman Laut 2 Februari 2010 di PICC

ii. Pembentangan Polisi Taman Laut 23 Mac 2010 di Ibupejabat JTLM

Tema Hasil 2.02: Menambahbaik Polisi Ekonomi

No. Aktiviti

i. Seminar ‘Growth, Equity and Environment: Missing Link Between Academic Research and Policy Matters in Marine Park Areas’ 15 April 2010 di Rimba Ilmu, UM

Page 18: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

17

KEPUTUSAN 3: MASYARAKAT TEMPATAN Tema Hasil 3.01: Menambahbaik Hubungan dengan Masyarakat Tempatan

No. Aktiviti

i. Perbincangan Badan Perunding untuk Penduduk Tempatan 15 Mac 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi

ii. Perbincangan Badan Perunding untuk Penduduk Tempatan 29 Mac 2010 di Balai Raya Kampung Pulau Redang

iii. Perbincangan Badan Perunding untuk Penduduk Tempatan 18 April 2010 di Kampung Mukut, Pulau Tioman

Tema Hasil 3.02: Menambahbaik Alternatif Sara Hidup Masyarakat Tempatan

No. Aktiviti

i. Latihan Pembangunan Keusahawanan untuk Penduduk Tempatan 16 Mac 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi

ii. Latihan Pembangunan Keusahawanan untuk Penduduk Tempatan 30 Mac 2010 di Balai Raya Kampung Pulau Redang

iii. Latihan Pembangunan Keusahawanan untuk Penduduk Tempatan 19 April 2010 di Kampung Mukut, Pulau Tioman

iv. Mesyuarat Penubuhan Badan Koperasi untuk Penduduk Pulau Tinggi, Johor 31 Julai 2010 di Tanjung Balang, Pulau Tinggi

v. Mesyuarat Persediaan Penubuhan Badan Koperasi untuk Penduduk Pulau Tioman 29 Oktober 2010 di Pejabat SKM Pahang

vi. Mesyuarat Persediaan Penubuhan Badan Koperasi untuk Penduduk Pulau Redang 7 November 2010 di Pejabat SKM Terengganu

KEPUTUSAN 4: SEKTOR PELANCONGAN Tema Hasil 4.01: Menambahbaik Sektor Pelancongan

No. Aktiviti

i. Seminar & Bengkel bersama Pengusaha Resort, Selam dan Bot, Ahli Rakan Park, Penduduk Tempatan & Agensi di Pulau Tioman 7 – 9 Februari 2010 di Pulau Tioman

ii. Mesyuarat Penyediaan Modul Eco-rating dan Marine Park Guide 11 Mac 2010 di Ibupejabat JTLM

iii. Latihan Amalan Terbaik untuk Operator Pelancongan 17 Mac 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi

iv. Latihan Amalan Terbaik untuk Operator Pelancongan 12 April 2010 di Kuala Terengganu

v. Latihan Amalan Terbaik untuk Operator Pelancongan 20 April 2010 di Kampung Mukut, Pulau Tioman

vi. Mesyuarat untuk Membincangkan Penyediaan Modul Eco-rating & Marine Park Guide 2 September 2010 di Ibupejabat JTLM

Page 19: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

18

Tema Hasil 4.02: Menambahbaik Sektor Pelancongan (Sektor Alam Sekitar)

No. Aktiviti

i. Persampelan Kualiti Air Marin dan Sungai 17 – 18 Julai 2010 di Pulau Redang

ii. Persampelan Kualiti Air Marin dan Sungai 24 – 25 Julai 2010 di Pulau Tioman

iii. Persampelan Kualiti Air Marin dan Sungai 31 Julai 2010 di Pulau Sibu-Tinggi

KEPUTUSAN 5: PENGUATKUASAAN Tema Hasil 5.01: Menambahbaik Penguatkuasaan

No. Aktiviti

i. Latihan Penguatkuasaan untuk Kakitangan JTLM 26 – 30 Mac 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Redang

ii. Kursus Orientasi Pemantau Terumbu Karang (Reef Watchers) 31 Mac – 3 April 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Redang

iii. Latihan Penguatkuasaan untuk Kakitangan JTLM 26 – 30 April 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi

iv. Kursus Orientasi Pemantau Terumbu Karang (Reef Watchers) 1 – 3 May 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tinggi

v. Latihan Penguatkuasaan untuk Kakitangan JTLM 30 September – 5 Oktober 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Redang

KEPUTUSAN 6: KESEDARAN Tema Hasil 6.01: Menambahbaik Kesedaran Terhadap Faedah Biodiversiti Marin

No. Aktiviti

i. Latihan Pembangunan Komunikasi dan Kesedaran untuk Kakitangan JTLM 2 – 5 Mei 2010 di Kalumpang Resort and Training Centre

ii. Kursus Transformasi Minda 26 – 28 September 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Redang

KEPUTUSAN 7: SOKONGAN Tema Hasil 7.01: Menambahbaik Sokongan bagi Penggunaan Biodiversiti Marin Secara Mapan

No. Aktiviti

i. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Negeri Kali ke-4

14 Jun 2010 di Pejabat UPEN Pahang, Kuantan

22 Jun 2010 di Pejabat UPEN Terengganu, Kuala Terengganu

30 Jun 2010 di Pejabat UPEN Johor, Nusajaya

ii. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Kebangsaan Kali ke-5 12 Julai 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

iii. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Negeri Kali ke-5

Page 20: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

19

9 November 2010 di Pejabat UPEN Pahang, Kuantan

19 November 2010 di Pejabat UPEN Johor, Nusajaya

29 November 2010 di Pejabat UPEN Terengganu, Kuala Terengganu

iv. Mesyuarat Jawatankuasa Pemandu Projek Kebangsaan Kali ke-6 17 Disember 2010 di NRE, Putrajaya

Page 21: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

20

4.0 AKTIVITI PENGURUSAN PROJEK 4.1 Mesyuarat Project Review Committee (PRC)

PRC berfungsi untuk memantau aktiviti Projek secara berkala. PRC bersidang sebulan atau sekurang-kurangnya dua bulan sekali dan dipengerusikan oleh Pengarah Projek Kebangsaan. PRC akan mengawasi kakitangan Projek dan Perunding di dalam pelaksanaan aktiviti Projek serta memastikan hala tuju aktiviti menjurus kepada pencapaian sasaran, objektif dan keputusan Projek.

No. Aktiviti

i. PRC ke-15 28 Januari 2010

ii. PRC ke-16 6 Mei 2010

iii. PRC ke-17 13 Ogos 2010

iv. PRC ke-18 14 Oktober 2010

v. PRC ke-19 16 Disember 2010

4.2 Laporan Kemajuan Sukuan Projek (QPR)

QPR, yang disediakan oleh PMU, memperincikan aktiviti yang telah dijalankan di dalam suku tahun yang dilaporkan. Laporan ini dihantar kepada Pengurus Program UNDP di penghujung setiap suku tahun. Pengurus Program akan menyediakan ringkasan yang kemudiannya diserahkan kepada Pejabat Serantau UNDP di Bangkok.

No. Quarterly Report

i. QPR 12 (tempoh pelaporan Jan – Mac) Dihantar kepada Pengurus Program UNDP pada 5 April 2010

ii. QPR 13 (tempoh pelaporan Apr – Jun) Dihantar kepada Pengurus Program UNDP pada 1 Julai 2010

iii. QPR 14 (tempoh pelaporan Jul – Sept) Dihantar kepada Pengurus Program UNDP pada 1 Oktober 2010

iv. QPR 15 (tempoh pelaporan Okt – Dis) Dihantar kepada Pengurus Program UNDP pada 6 Januari 2011

4.3 Kajian Separa Penggal (MTR)

Sebagaimana yang dinyatakan di dalam Dokumen Projek, Projek perlu disemak semula pada pertengahan perlaksanaannya. Seorang perunding antarabangsa dan seorang perunding tempatan telah dilantik sebagai penilai untuk aktiviti ini. Tugas mereka adalah untuk menilai kemajuan serta memberikan cadangan terbaik untuk Projek meneruskan aktiviti, bagi memastikan matlamat serta objektif dicapai.

Perunding telah berjumpa dengan pihak berkepentingan dari ketiga-tiga tapak projek, termasuk agensi persekutuan dan negeri serta wakil penduduk dan operator

Page 22: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

21

resort, untuk mendapatkan pandangan mereka tentang kemajuan projek ini. Satu bengkel telah diadakan selepas perjumpaan bersama pihak berkepentingan dan perunding telah membentangkan hasil penemuan awal penilaian MTR. Laporan akhir MTR dijangka akan diterima pada Januari 2011.

No. Aktiviti

i. Mesyuarat MTR bersama kakitangan JTLM dan wakil NRE 23 November 2010 di Ibupejabat JTLM

ii. Mesyuarat MTR bersama pihak berkepentingan Sibu-Tinggi 24 November 2010 di Mersing

iii. Mesyuarat MTR bersama pihak berkepentingan Tioman 25 November 2010 di Pusat Taman Laut Pulau Tioman

iv. Mesyuarat MTR bersama pihak berkepentingan Redang 28 November 2010 di Kuala Terengganu

v. Bengkel untuk Membentangkan Hasil Penemuan Awal Penilaian MTR 30 November 2010 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya

Mesyuarat MTR bersama pihak

berkepentingan Sibu-Tinggi Mesyuarat MTR bersama pihak

berkepentingan Tioman

Mesyuarat MTR bersama pihak

berkepentingan Redang Bengkel untuk Membentangkan Hasil

Penemuan Awal Penilaian MTR

Page 23: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

22

5.0 LAPORAN KEWANGAN 5.1 JUMLAH PERUNTUKAN DARI DOKUMEN PROJEK

Projek/Komponen GEF USD Bantuan Kewangan USD

Projek 1,952,400 Kerajaan Malaysia (tunai) 1,012,229

PDF A 25,000 Kerajaan Malaysia (in-kind) 225,000

PDF B 149,750 Kerajaan Malaysia (in-kind) PDF B 39,110

Jumlah GEF 2,127,150 Sektor Swasta (tunai) 30,000

Sektor Swasta (in kind) 689,655

WWF (in-kind) PDF B 7,150

Jumlah Bantuan Kewangan 2,003,144

JUMLAH Kewangan Projek: USD 4,130,294

5.2 PERBELANJAAN 2007-2010 (USD)

Sumber Tahun

GEF GoM (Tunai) GoM (In-kind)

2007 164,091.46 33,457.69 37,873.57

2008 149,746.17 82,395.53 52,473.52

2009 262,574.37 60,754.12 31,005.32

2010 472,802.27 - 64,306.90

Jumlah (USD) 1,049,214.27 176,607.34 242,704.82

* Tunai : Bengkel, Mesyuarat, Seminar, Latihan untuk setiap Keputusan (sebagaimana yang diperincikan di dalam Laporan Permulaan ms 58)

**In-kind : Gaji & Upah (3 Pegawai Projek & suku NPD & KP), Tuntutan, Kemudahan, Logistik, Makan Minum untk Mesyuarat, Alat Tulis & ICT

16

4,0

91

.46

14

9,7

46

.17 26

2,5

74

.37

47

2,8

02

.27

33

,45

7.6

9

82

,39

5.5

3

60

,75

4.1

2

0

37

,87

3.5

7

52

,47

3.5

2

31

,00

5.3

2 12

1,3

52

.41

0.00

50,000.00

100,000.00

150,000.00

200,000.00

250,000.00

300,000.00

350,000.00

400,000.00

450,000.00

500,000.00

2007 2008 2009 2010

Jumlah Perbelanjaan (USD)

GEF

GoM (*Tunai)

GoM (**In-kind)

Page 24: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

23

5.2 PERINCIAN PERBELANJAAN 2010 BERDASARKAN RANCANGAN KERJA TAHUNAN (PERUNTUKAN GEF)

EXPECTED OUTPUTS PLANNED ACTIVITIES PLANNED BUDGET EXPENDITURE

And baseline, associated indicators and annual targets

List activity results and associated actions Budget Description Amount (USD)

Amount (USD)

Output/Activity 1 Project Management and Monitoring & Evaluation Baseline: Requirement of CO project M&E and the working of the Project Support Unit. Indicators:

Completion of APR/PIR report

Publication

No. of visits for M&E

Report to NSCs and SSCs Targets: Completion of the above Related CP Outcome: Towards improved quality of life through Sustainable Environmental Management

Activity Results:

Monthly report to UNDP and IA

Quarterly report to UNDP-GEF

M&E visits to IA and project sites Associated Actions:

Conduct project review meeting

Conduct NSC and SSC meetings

Complete Mid-Term Review

International Consultant Contractual Services – Individual Travel Miscellaneous

20,000.00

101,000.00

4,000.00

10,500.00

23,585.00

73,603.10

11,552.31

8,705.81

Output/Activity 2 Information Sharing and Database Baseline: Lack or inexistence information and

Activity Results: Development of database system Associated Actions:

Local Consultants Travel

36,000.00

5,000.00

36,761.33

756.38

Page 25: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

24

EXPECTED OUTPUTS PLANNED ACTIVITIES PLANNED BUDGET EXPENDITURE

And baseline, associated indicators and annual targets

List activity results and associated actions Budget Description Amount (USD)

Amount (USD)

database sharing between stakeholders Indicators: Increased sharing of information and database Targets: Setting up of website on marine parks and related information and data

Mobilisation of consultants and the stakeholders at the 3 project sites

User Requirement study

Baseline data collection

Organizing Workshops /training

Database development

Site Visits / Missions

Information Technology Equipment Rental & Maintenance – Premises (Meeting/Workshop) Miscellaneous

2,000.00

73,500.00

1,500.00

0

32,117.77

2,561.80

Output/Activity 3 Multi-sectoral Management Plan Baseline: No multi sectoral consultative management mechanism Indicators: Consultative management Targets: A functional consultative mechanism established

Activity Results: Development of the marine Park management Plans and relevant implementation training manual. Associated Actions:

Mobilisation of consultants and the stakeholders at the 3 project sites

Organising Workshops / training

Coordinating and facilitating the development of the management plan.

Preparing the relevant training manuals

Site Visits / Missions

Local Consultants Travel Rental & Maintenance – Premises (Meeting/Workshop) Audio Visual & Print Prod Costs – Printing & Publication

41,000.00

12,000.00

50,000.00

2,000.00

40,509.75

7,788.45

47,554.88

1,807.74

Output/Activity 4 Local Community

Activity Results:

Guideline for community

Local Consultant

42,000.00

40,506.54

Page 26: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

25

EXPECTED OUTPUTS PLANNED ACTIVITIES PLANNED BUDGET EXPENDITURE

And baseline, associated indicators and annual targets

List activity results and associated actions Budget Description Amount (USD)

Amount (USD)

Baseline: Participation of Local Communities in Management of Marine Park Excessive use of marine resources by local community and Lack of alternative livelihood Indicators:

Forming Island Consultative Committee

Create alternative livelihood opportunities

Targets:

Consultative Committee form

Increase level of income by 50%

participation, procedure and training.

Development of business development guideline for environmental friendly community alternative livelihood, business plans and training.

Associated Actions:

Mobilisation of consultants and the stakeholders at the 3 project sites

Organizing Workshops / training

Site Visits / Missions

Travel Rental & Maintenance – Premises (Meeting/Workshop)

7,000.00

55,000.00

7,260.55

2,930.23

Output/Activity 5 Tour Operator Participation Baseline: Lack of participation of tourism sector in marine parks management, inadequate financing from tourism sector for marine parks and lack of green procurement Indicators: Financing from tourism sector and green procurement

Activity Results: Development of good practices guidelines and procedure. Guideline for tour operator participation, procedure and training. Associated Actions:

Mobilisation of consultants and the stakeholders at the 3 project sites

Organizing Workshops / meeting/ training

Development of relevant guidelines

Local Consultant Travel Rental & Maintenance – Premises (Meeting/Workshop)

32,000.00

12,000.00

54,000.00

31,523.39

5,766.11

13,595.34

Page 27: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

26

EXPECTED OUTPUTS PLANNED ACTIVITIES PLANNED BUDGET EXPENDITURE

And baseline, associated indicators and annual targets

List activity results and associated actions Budget Description Amount (USD)

Amount (USD)

Targets: 50% of tour operators use green procurement and 20% financing come from tour operators

and procedure.

Site Visits / Missions

Output/Activity 6 Marine Parks Department Capacity Building Baseline: Lack of separate Marine Parks Act, policies or regulations. Indicators: Marine Parks policies established Targets: Draft Marine Parks Policies and guidelines prepared.

Activity Results: Development of relevant policies action plans and guidelines Associated Actions:

Mobilisation of consultants and the stakeholders at the 3 project sites

Organising Workshops / training

Preparation of draft policies

Site Visits / Missions

Local Consultant Travel Miscellaneous

9,000.00

1,000.00

4,000.00

8,336.58

834.31

4,000.00

Output/Activity 7 Awareness Baseline: Only 20% respondents indicates moderate or more level of awareness and understanding of the marine parks issues in Malaysia Indicators:

Activity Results:

Workshop to socialise the role and value of public communications.

Public communications Action Plan and support materials.

Associated Actions:

Mobilisation of consultants and the stakeholders at the 3 project sites

Local Consultant Travel Rental & Maintenance – Premises (Meeting/Workshop) Audio Visual & Print

25,000.00

10,000.00

20,000.00

23,455.56

11,481.72

7,185.63

Page 28: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

27

EXPECTED OUTPUTS PLANNED ACTIVITIES PLANNED BUDGET EXPENDITURE

And baseline, associated indicators and annual targets

List activity results and associated actions Budget Description Amount (USD)

Amount (USD)

Attitude and Opinion Targets: 50% respondents indicate moderate or more

Organizing Workshops / Seminars

Database development

Site Visits / Missions

Prod Costs - Printing & Publications

10,000.00

2,168.52

Output/Activity 8 Advocacy Baseline: No specific watchdog mechanism in the form of an institution for marine protected areas. Indicators: Watchdog institutions Targets: At least one national and local level watchdog mechanism is established.

Activity Results: Development of watchdog training manual and guidelines and forming a watchdog organization Associated Actions:

Mobilisation of consultants and the stakeholders at the 3 project sites

Organizing Workshops / training

Preparing guidelines and manual

Carryout training

Site Visits / Missions

Local Consultant Travel Rental & Maintenance – Premises (Meeting/Workshop)

19,000.00

7,000.00

24,000.00

18,916.32

1,809.60

5,727.55

Total (USD) 689,500.00 472,802.27

Delivery Rate: *68.57% * (Total Expenditure Amount)/(Total Planned Budget Amount) x 100%

Page 29: Laporan Tahunan UNDP 2010

Conserving Marine Biodiversity Through Enhanced Marine Park Management

and Inclusive Sustainable Island Development

Filename: 2010 Annual Report_BM

28

5.3 PERINCIAN BANTUAN KEWANGAN KERAJAAN PADA 2010

No Perkara Tunai Inkind

Jumlah (USD)

1 Gaji dan Upah 35,934.23

2

Tuntutan

-TNT 14,800.84

3

Logistik

- Waran Tiket -

- Minyak – Bot – Kenderaan bermotor

-

- Tol -

4

Kemudahan -

- Fotostat 1,860.42

- Telefon 558.13

- Faks, Internet -

- Caj Pos 1116.25

5 Makan/Minum 2,679.01

6 Alat tulis 1,512.55

7 Peralatan ICT (Sewa) 5,845.77

8 Program yang dibiayai oleh JTLM -

JUMLAH (USD) 64,306.90

Putrajaya, 31 Disember 2010.