Langkah-langkah Mengurangkan Kesan Kegiatan Manusia Terhadap Alam Sekitar

Embed Size (px)

Citation preview

LANGKAH-LANGKAH MENGURANGKAN KESAN KEGIATAN MANUSIA TERHADAP ALAM SEKITAR

Beberapa langkah pemeliharaan dan pemuliharaan telah diambil untuk mengurangkan kesan kegiatan manusia terhadap alam sekitar. Pemeliharaan ialah suatu usaha untuk melindungi, merancang,dan mengurus sumber semula jadi supaya bekalannya dapat diperoleh secara berterusan. Pemuliharaan ialah usaha membaik pulih sumber yang telah diganggu agar kembali kepada keadaan yang asal.

Penghutanan Semula Ialah kegiatan menanam semula hutan di kawasan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang terpilih. Penanaman semula hutan ini dijalankan secara terancang dan sistematik. Tujuannya ialah Memastikan spesies pokok tidak pupus. Contohnya, penanaman semula pokok bakau di Hutan Simpan Paya Laut di Matang, Perak.

Mengekalkan kualiti alam sekitar. Memulihara tanah dan sumber air. Mengekalkan habitat flora dan fauna. Mengekalkan warisan hutan.

Mengekalkan warisan hutan

Penanaman semula

Mengekalkan kualiti alam sekitar

Kaedah Biologi Digunakan untuk mengawal makhluk perosak, cthnya tikus. Untuk mengawal tikus yang memusnahkan buah k/sawit, ular dan burung hantu digunakan. Kaedah semula jadi ini dapat mengurangkan pencemaran alam sekitar. Untuk mengekalkan kesuburan tanih, baja organik digunakan.

Pengurusan Pembinaan Jalan Raya Pelbagai usaha telah dilakukan oleh pihak pengurusan projek lebuh raya untuk mengurangkan kesan daripada projek pembinaan lebuh raya. Satu sistem saliran yang baik perlu dibina supaya air yang mengalir tidak menyebabkan hakisan tanah.

Antara langkah-langkah pencegahan hakisan tanah dan pemeliharaan alam sekitar yang dilaksanakan ialah: Penyediaan sistem perparitan sepanjang lebuh raya. Pengurusan cerun dan menanam rumput sebagai tanaman tutup bumi. Pembinaan tembok konkrit Peneresan bertangga Pembinaan terowong Penanaman pokok sebagai pengikat tanah.

Kesimpulan Kegiatan manusia yang menyebabkan habitat hidupan liar akan musnah. Flora dan fauna di negara kita akan mengalami kepupusan. Generasi yang akan datang tidak akan mengenali tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang telah pupus. Kemerosotan landskap juga akan berlaku dan kita akan kehilangan pusaka negara yang amat bernilai.