21
1 Asian Education Action Research Journal (AEARJ) ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015 KEBERKESANAN MAGIC MATHS TERHADAP PENGUASAAN SIFIR DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 2 Azlina Amat Yasin, Ramlee Mustapha & Mohd Sahandri Gani Hamzah Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia Abstrak Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah MAGIC MATHS terhadap penguasaan sifir dalam kalangan pelajar Tahun 2. Kajian tindakan (action research) ini berasaskan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Tinjauan awal dan kajian telah dilaksanakan melalui soal selidik, temu bual, latihan di dalam kelas, catatan refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pemerhatian ke atas setiap pelajar yang terlibat dalam kajian. Lima sesi intervensi dibuat kepada pelajar-pelajar tersebut. Tempoh kajian ini adalah lapan minggu di mana pelajar-pelajar belajar menggunakan kemahiran membina MAGIC MATHS untuk menguasai Sifir 2 hingga 5 menggunakan teknik didik hibur iaitu membina sifir sambil melagukannya. Hasil kajian menunjukkan pelajar dapat membina jadual sifir 2 hingga 5 dalam masa kurang daripada 3 minit dengan ransangan lagu. Boleh dirumuskan bahawa MAGIC MATHS dapat membantu pelajar memahami konsep yang diajar dengan lebih jelas dan kukuh. Justeru MAGIC MATHS boleh diguna dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid menguasai sifir. Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT

KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

  • Upload
    dominh

  • View
    305

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

1

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

KEBERKESANAN MAGIC MATHS TERHADAP PENGUASAAN SIFIR

DALAM KALANGAN PELAJAR TAHUN 2

Azlina Amat Yasin, Ramlee Mustapha & Mohd Sahandri Gani HamzahUniversiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji keberkesanan kaedah MAGIC MATHS terhadap penguasaan sifir dalam kalangan pelajar Tahun 2. Kajian tindakan (action research) ini berasaskan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Tinjauan awal dan kajian telah dilaksanakan melalui soal selidik, temu bual, latihan di dalam kelas, catatan refleksi selepas pengajaran dan pembelajaran (PdP) serta pemerhatian ke atas setiap pelajar yang terlibat dalam kajian. Lima sesi intervensi dibuat kepada pelajar-pelajar tersebut. Tempoh kajian ini adalah lapan minggu di mana pelajar-pelajar belajar menggunakan kemahiran membina MAGIC MATHS untuk menguasai Sifir 2 hingga 5 menggunakan teknik didik hibur iaitu membina sifir sambil melagukannya. Hasil kajian menunjukkan pelajar dapat membina jadual sifir 2 hingga 5 dalam masa kurang daripada 3 minit dengan ransangan lagu. Boleh dirumuskan bahawa MAGIC MATHS dapat membantu pelajar memahami konsep yang diajar dengan lebih jelas dan kukuh. Justeru MAGIC MATHS boleh diguna dalam pengajaran dan pembelajaran untuk membantu murid menguasai sifir.

Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT

Page 2: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

2

Abstract

The purpose of this study is to determine the effectiveness of MAGIC MATHS towards the mastery of the multiplication tables among Year 2 pupils. This action research was based on Kemmis and McTaggart’s Model (1988). A survey to identify the problem was conducted using questionnaires, interviews, reflections and observation of the teaching and learning (T&L) process. Five interventions sessions were conducted within eight weeks where the pupils learn to use MAGIC MATHS to master multiplication table 2 to 5 with songs. The findings showd that pupils were able to build multiplication table 2 to 5 in less than 3 minutes with the aid of songs MAGIC MATHS can also enhance students’ understanding of the mathematics concept being taught. Thus, MAGIC MATHS can be used in teaching and learning to assist students' mastery of the multiplication tables.

Keywords Action research, teaching and learning mathematics, MAGIC MATHS, primary school, HOTS

PERNYATAAN MASALAHKajian empirikal di peringkat sekolah rendah yang menggunakan kaedah kajian tindakan sangat terhad. Penyelidikan terhadap subjek matematik juga banyak tertumpu di peringkat pengajian tinggi dan di sekolah menengah. Kajian berkaitan penyelesaian masalah dan sifir bagi subjek matematik di peringkat sekolah rendah juga amat terhad dan agak sukar diperolehi. Kemahiran penyelesaian masalah sering diperkatakan dan dibincangkan oleh guru matematik di sekolah rendah dan juga di sekolah menengah. Menurut Chick dan Stacey (2013), Kebanyakan murid tidak dapat menyelesaikan sendiri soalan berbentuk penyelesaian masalah, terutama soalan KBAT (Chick & Stacey, 2013; Jin Seo, 2008; Matthew, 2013; Sabri & Azwawi, 2006; Samsudin & Fatimah, 2004). Soalan berbentuk Kemahiran Berfikir Aras Rendah (KBAR) juga kadangkala tidak dapat dijawab oleh pelajar. Bimbingan daripada guru amat diperlukan. Justeru, bagaimana untuk mengatasi masalah ini? Adakah soalan TIMSS dan PISA yang berbentuk penyelesaian masalah dapat dijawab oleh pelajar kita? Masalah ini akan berlarutan jika kita tidak bertindak mengatasinya. Jadual 1 menunjukkan pencapaian Malaysia dalam PISA pada Tahun 2009 dan 2012 untuk subjek matematik, sains dan pembacaan. Pencapaian Malaysia berada di tahap yang lemah (327 hingga 422) jika dirujuk kepada Universal Scale Score. (KPM, 2012b)

Page 3: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Keberkesanan Magic Maths Terhadap Penguasaan Sifir...1-21

3

Jadual 1 Pencapaian Malaysia bagi PISA

Mata pelajaran PISA 2009 PISA 2012Matematik 404 421Sains 422 420Bacaan 414 398

Sumber: KPM (2012b)

Jadual 2 pula menunjukkan Malaysia jauh ketinggalan di belakang Singapura yang berada di ranking ke tiga dunia. Pencapaian PISA untuk negara-negara maju (OECD) juga jauh mendahului Malaysia. Malaysia kini mensasarkan untuk mencapai ranking dalam kumpulan sepertiga teratas seperti dalam objektif Pelan Induk Pembangunan Pendidikan Negara (KPM, 2012b).

Jadual 2 Perbandingan dengan Negara lain

Mata Pelajaran Malaysia Singapura OECDMatematik 421 573 494Sains 420 551 501Bacaan 398 542 496

Sumber: KPM (2012b)

Kebanyakan soalan yang diuji di dalam PISA adalah soalan berbentuk penyelesaian masalah dan KBAT (KPM, 2012b). Asas kemahiran konsep matematik di peringkat sekolah rendah di Malaysia perlu kukuh agar pembelajaran matematik di peringkat seterusnya iaitu di sekolah menengah lebih lancar. Bagi subjek matematik di sekolah rendah, sifir merupakan asas untuk topik darab dan bahagi serta bagi menyelesaikan soalan penyelesaian masalah bagi pelajar Tahun 2. Soalan penyelesaian masalah bagi topik darab dan bahagi yang ada dalam setiap topik juga memerlukan pelajar untuk menguasai sifir dengan baik. Penyelidik merasakan bahawa penguasaan sifir sangat penting supaya pelajar lebih berkeyakinan di dalam subjek matematik. Melalui pengalaman penyelidik mengajar matematik topik darab dan bahagi, di sekolah rendah, penyelidik mendapati pelajar-pelajar lemah dalam penguasaan sifir. Justeru, satu kaedah baharu yang dikenali sebagai MAGIC MATHS dibangunkan untuk mengatasi kelemahan tersebut.

Page 4: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

4

TUJUAN DAN OBJEKTIF KAJIANTujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan MAGIC MATHS terhadap penguasaan sifir subjek matematik bagi pelajar Tahun 2 di sebuah sekolah Felda di daerah Hulu Selangor. Secara khususnya, objektif kajian adalah seperti berikut:

1. untuk mengenalpasti tahap penguasaan sifir dalam kalangan pelajar Tahun 2,

2. untuk menguji pencapaian pelajar yang menggunakan Kaedah MAGIC MATHS, dan

3. untuk memperbaiki amalan pengajaran guru dan membuat penambahbaikan pedagogi secara berterusan di dalam bilik darjah.

KERANGKA KONSEPTUAL KAJIANKerangka Konseptual dalam Kajian Tindakan ini (Rajah 4) dibentuk berasaskan Model Kajian Tindakan Kemmis dan McTaggart (1988). Penyelidik memilih refleksi awal bagi membuat tinjauan awal terhadap sesuatu situasi sebagai asas untuk merancang dan bertindak telah dijalankan. Model ini bersesuaian dengan langkah yang diambil oleh penyelidik dalam membuat kitaran kajian tindakan. Bermula dengan membuat refleksi awal, membuat tinjauan, merancang aktiviti dan bertindak menyelesaikan masalah yang dihadapi oleh pelajar, membuat pemerhatian dan membuat refleksi semula selepas setiap aktiviti yang dijalankan. Pencapaian pelajar akan dilihat dan dianalisa melalui ujian pra dan ujian pos serta soal selidik yang dijalankan.

Kajian ini menggunakan satu gelung Kajian Tindakan dengan tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran iaitu pengajaran dan pembelajaran MAGIC MATHS, Eksplorasi CD Sifir dan pertandingan sifir dan kuiz matematik. Kajian ini bertujuan mengkaji keberkesanan model MAGIC MATHS terhadap masalah penguasaan sifir pelajar tahun 2. Ujian pra, ujian pos, soal selidik sebelum dan selepas intervensi, catatan dan pemerhatian digunakan untuk mengumpul maklumat bagi setiap aktiviti yang dijalankan dalam kajian tindakan ini.

Page 5: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Keberkesanan Magic Maths Terhadap Penguasaan Sifir...1-21

5

Rajah 4 Kerangka Konseptual

METODOLOGI KAJIAN

Reka bentuk Kajian

Reka bentuk kajian tindakan ini dilaksanakan adalah berdasarkan model Kemmis dan McTaggart (1988). Terdapat empat langkah, iaitu:

Langkah 1 - Membuat Refleksi Langkah 2 - MerancangLangkah 3 - BertindakLangkah 4 - Memerhati

Menurut model ini, kajian tindakan bergerak dalam satu kitaran yang berterusan melibatkan empat peringkat seperti di atas. Ia merupakan proses kajian tindakan yang mana sesuatu kajian/ masalah yang dikaji memerlukan tindakan susulan. Proses kajian tindakan ini bertitik tolak daripada proses refleksi yang dilakukan oleh pengkaji dan guru yang terlibat. Melalui model Kemmis dan McTaggart ini, tinjauan awal dibuat setelah timbul masalah pembelajaran di dalam bilik darjah (Carr & Kemmis, 1986). Seterusnya penyelidik mengenal

PENCAPAIANMURID

MAGIC MATHSEKSPLORASI CD SIFIR

PERTANDINGAN SIFIR & KUIZ MATEMATIK

MEMERHATI

BERTINDAK

MEMBUATREFLEKSI

MERANCANG

Page 6: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

6

pasti masalah yang menjadi punca kelemahan/masalah pelajar. Setelah itu, perancangan dibuat dan tindakan dijalankan dengan memberi intervensi kepada masalah yang timbul dan melaksanakan perancangan tersebut. Pemerhatian untuk melihat perkembangan yang wujud dan penambahbaikan dibuat untuk menilai kembali serta membuat refleksi untuk melihat adakah intervensi yang dibuat dapat mengatasi kelemahan/masalah yang ada (Kemmis & McTaggart, 1988).

Kumpulan sasaranSeramai 17 pelajar terlibat untuk ujian pra untuk mengetahui pencapaian, kemahiran, abiliti para pelajar sebelum dijalankan intervensi. Setelah membuat ujian awal, penyelidik memilih 10 pelajar yang paling lemah untuk sesi intervensi untuk kajian ini. Kajian ini dijalankan di salah sebuah sekolah felda dalam daerah Hulu Selangor. Kajian ini melibatkan 10 orang pelajar Tahun 2 yang terdiri daripada 5 pelajar lelaki dan 5 pelajar perempuan berketurunan Melayu. Kesemua pelajar ini merupakan anak peneroka Felda.

Pelaksanaan kajianDalam pelaksanaan kajian ini, penyelidik telah mentadbir soal selidik sebelum dan selepas intervensi untuk melihat minat pelajar terhadap penguasaan sifir matematik dan topik darab dan bahagi dan seterusnya terhadap subjek matematik itu sendiri. Jadual 3 menunjukkan soal selidik yang dibina untuk bertujuan untuk mengukur minat dan kecenderungan pelajar terhadap subjek matematik dan penguasaan sifir.

Jadual 3 Soal selidik minat pelajar terhadap subjek matematik

Bil. Soalan

Bilangan Pelajar yang Menjawab

(Ya)

Bilangan Pelajar yang Menjawab

(Tidak)

1. Adakah anda meminati subjek matematik? 12 (71%) 5 (29%)

2. Adakah mempelajari subjek matematik mudah? 12 (71%) 5 (29%)

Page 7: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Keberkesanan Magic Maths Terhadap Penguasaan Sifir...1-21

7

3. Adakah anda menghafal Sifir 2-5? 10 (59%) 7 (41%)

4.

Adakah anda suka menggunakan kaedah hafalan biasa? Contoh:1 X 2 = 2satu darab dua, dua

5 (29%) 12 (71%)

5. Adakah anda suka membuat sifir sambil menyanyi? 15 (88%) 2 (12%)

6.Adakah anda sukakan cara guru anda mengajar sifir sambil menyanyi?

15 (88%) 2 (12%)

7. Adakah anda selalu menyiapkan kerja rumah matematik yang diberikan oleh guru?

11 (65%) 6 (35%)

8. Adakah mempelajari topik bahagi itu mudah? 10 (59%) 7 (41%)

9. Adakah mempelajari topik darab itu mudah? 8 (47%) 9 (53%)

10. Adakah kamu dapat membina sifir 2-5 dan tahu menggunakannya? 6 (35%) 11 (65%)

Ujian PraPenyelidik juga telah membuat ujian pra untuk menganalisis kelemahan pelajar dalam penguasaan sifir dan darab. Ujian pra telah penyelidik tadbir kepada semua pelajar, iaitu 17 orang pelajar. Ini bertujuan untuk memilih 10 orang pelajar yang lemah menguasai sifir/darab di dalam kelas. Jadual 4 merupakan analisis pencapaian pelajar dalam kelas 2 Sunbeam.

Jadual 4 Analisis pencapaian pelajar 2 Sunbeam dalam ujian pra

Bil. Nama Pelajar Bil. Soalan yang Betul1 Pelajar A 20/ 202. Pelajar B 20/ 203. Pelajar C 20/ 204. Pelajar D 20/ 20

Samb... (Jadual 3)

Page 8: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

8

5. Pelajar E 18/ 206. Pelajar F 16/ 207. Pelajar G 16/ 208. Pelajar H 15/ 20 *9. Pelajar I 13/ 20 *10. Pelajar J 13/ 20 *11. Pelajar K 13/ 20 *12. Pelajar L 12/ 20 *13. Pelaajr M 12/ 20 *14. Pelajar N 11/ 20 *15. Pelajar O 6/ 20 *16. Pelajar P 5/ 20 *17. Pelajar Q 2/ 20 *

Petunjuk: *10 pelajar yang dipilih terlibat di dalam kajian ini.

Setelah memilih 10 pelajar yang didapati lemah, pembinaan sifir 2 hingga 5 diterangkan.

SIFIR 2Bagi membina sifir 2, pelajar akan menyanyikan 0, 2, 4, 6, 8. Rima yang sama diulang semula 0, 2, 4, 6, 8 dan meletakkannya di sebelah kanan. Pelajar akan menyanyikan 0, 0, 0, 0, 0 iaitu 0 disebut 5 kali dan disambung dengan 1, 1, 1, 1, 1 iaitu 1 disebut 5 kali, kemudian meletakkannya di sebelah kiri. Melihat kepada pola hasil darab, pada asalnya penyelidik tidak meletakkan nombor 0 pada permulaan sifir, tetapi untuk mendapatkan rima yang sama, nombor 0 penyelidik letakkan di permulaan supaya mempunyai rima yang sama sewaktu pengulangan nyanyian.

SIFIR 3Pembinaan sifir 3, bermula dengan pelajar akan membuat 3 garisan menegak. Pelajar akan mula menyanyi mengikut turutan nombor iaitu 1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9 bermula dari lajur pertama menaik ke atas. Kemudian, barulah menyanyikan 0, 0, 0 iaitu 0 disebut 3 kali 1, 1, 1

Samb... (Jadual 4)

Page 9: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Keberkesanan Magic Maths Terhadap Penguasaan Sifir...1-21

9

iaitu 1 disebut 3 kali dan 2, 2, 2 iaitu 2 disebut 3 kali serta diletakkan di sebelah kiri ke kanan nombor.

SIFIR 4Sifir 4 dibina dimulai dengan nyanyian 0, 6, 2, 8, 4. Rima yang sama diulang semula 0, 6, 2, 8, 4 bermula daripada kanan bahagian bawah, naik ke atas. Kemudian barulah dinyanyikan 0, 0, 1, 1, 2, 2, 2, 3, 3, 4 dan diletakkan di sebelah kiri nombor. Jika dilihat pada pola nombor di sebelah kiri, pengulangan nombor pertama dan kedua berlaku, apabila nombor ketiga disebut, tidak ada pengulangan nombor berlaku seperti rima nombor di bawahnya.

SIFIR 5Bagi Sifir 5, pelajar akan menyanyikan 5, 0, 5, 0, 5, 0, 5, 0, 5, 0 iaitu nombor 5 dan 0 disebut 5 kali serta diletakkan di sebelah kanan. Kemudian barulah dinyanyikan 0, 1, 1, 2, 2, 3, 3, 4, 4, 5. Jika dilihat pada pola nombor di sebelah kanan, semua nombor berulang kecuali 0 dan 5.

Penyelidik menggunakan sebutan nombor di dalam Bahasa Inggeris kerana sebutannya lebih mudah. Jika menggunakan Bahasa melayu, sebutannya agak panjang, contohnya sebutan nine: di dalam Bahasa melayu: Sembilan. Di dalam MAGIC MATHS ini, pelajar hanya menyebut nombor kecil iaitu 0 hingga 9 sahaja berbanding kaedah sifir Biasa yang perlu menyebut nombor besar sehingga 50 iaitu 5 x 10 = 50. Bagi memudahkan pelajar membuat soalan darab dan bahagi, setelah membuat sifir, pelajar perlu meletakkan nombor di sebelah kiri jawapan sifir yang telah dibuat. Bukan sahaja pelajar tahu membina sifir, mereka juga perlu tahu menggunakannya bagi menjawab soalan darab dan bahagi. Pembelajaran merentas kurikulum juga diaplikasi di sini dengan menggunakan Bahasa Inggeris di dalam MAGIC MATHS. Jadual 5 menunjukkan Jadual Magic Maths (Sifir 2 hingga 5).

Page 10: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

10

Jadual 5 (MAGIC MATHS) Sifir 2 hingga 5

Sifir 2Turun (kanan): 0, 2, 4, 6, 8 (2X) Turun (kiri) : 0, 0, 0, 0, 0, 1, 1, 1, 1, 1 Sebutannya (lagu) =* 0, two, four, six, eight (2X)** 0, 0, 0, 0, 0, one, one, one, one, one

** * 0 0 0 2 0 4 0 6 0 8 1 0 1 2 1 4 1 6 1 8

Sifir 3Bermula dari kiri ke atas =1, 2, 3, 4, 5, 6, 7, 8, 9, 10Dari kiri melintang =0, 1, 2, 2, 3, 4, 4, 5, 6Sebutannya (lagu) = COUNT UP ONE, * one, two, three, four, five, six, seven, eight, nine** 0, 0, 0, one, one, one, two, two, two

** 0 3 0 6 0 9

1 2 1 5 1 8

2 1 2 4 2 7 *

Sifir 4

Naik (kanan): 0, 6, 2, 8, 4 (2X)Turun (kiri): 0, 1, 1, 2, 2, 2, 3, 3, 4Sebutannya (lagu) =* 0, six, two, eight, four (2X)** 0, 0, one, one, two, two, two, three, three, four

** 0 4 0 8 1 2 1 6 2 0 2 4 2 8 3 2 3 6 4 0

*

Page 11: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Keberkesanan Magic Maths Terhadap Penguasaan Sifir...1-21

11

Sifir 5

Turun (kanan): 5, 0 (5X) Turun (kiri): 0, 1, 1, 2, 2, 3, 3, 4, 4, 5Sebutannya (lagu) = *five, 0 five times = five, 0, five, 0, five, 0, five, 0 five, 0**0, one, one, two, two, three, three, four, four, five

** * 0 5 1 0 1 5 2 0 2 5 3 0 3 5 4 0 4 5

5 0

Nota *Nombor yang dinyanyikan ditulis dahulu **Nombor yang dinyanyikan ditulis kemudian

Bagi menangani masalah-masalah tersebut, sebanyak tiga aktiviti pengajaran dan pembelajaran yang telah dirancang. Antaranya adalah:

1. Pengajaran khusus tentang MAGIC MATHS (Sifir 2-5)2. Eksplorasi CD sifir 3. Pertandingan sifir dan kuiz matematik

PELAKSANAAN MAGIC MATHSPenyelidik menamakan kaedah ini sebagai MAGIC MATHS. Pelajar-pelajar perlu didedahkan kepada teknik-teknik dan peraturan yang tepat dan mudah secara beransur-ansur. Pelajar diberi penekanan dengan cara menghafal siri nombor, tambah berganda, melagukan sifir di dalam Bahasa Inggeris dan cara penulisan sifir. Pelajar seterusnya diberikan latih tubi membuat MAGIC MATHS ini secara konsisten. Ini dapat membantu pelajar-pelajar yang tidak dapat menghafal sifir menggunakan teknik yang lama dan meningkatkan keberkesanan dalam pengajaran dan pembelajaran matematik. Pelajar-pelajar perlu menyebut nombor menggunakan Bahasa Inggeris, melagukannya sambil menulis sifir tersebut. Semasa PdP pelajar bukan hanya diajar cara membina sifir, tetapi cara penggunaannya juga. Guru juga boleh meminta pelajar meletakkan nombor 1-10 di pada sifir yang telah dibina untuk memudahkan pelajar mendapatkan jawapan bagi soalan berbentuk darab atau bahagi.

Samb... (Jadual 5)

Page 12: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

12

Pemerhatian aktiviti 1

Penyelidik mendapati pelajar mula menunjukkan reaksi positif untuk menguasai sifir. Mereka mengulang nyanyian sifir secara individu dan berkumpulan. Penyelidik mengajar mereka cara membuat dan membina jadual sifir bermula sifir 2 hinggalah sifir 5. Kebanyakannya menunjukkan minat dan amat tertarik dengan menggunakan kaedah MAGIC MATHS ini. Mereka mencuba berulang kali agar dapat menguasai cara menyanyi sambil membuat sifir. Rajah 5 menunjukkan pelajar dapat menyiapkan jadual sifir dalam waktu yang singkat iaitu kurang daripada 3 minit setelah berulang kali membuatnya.

Rajah 5 Contoh pembinaan sifir

Refleksi

Penyelidik berasa amat gembira apabila pelajar dapat membuat jadual sifir (2-5). Mereka bukan sahaja dapat membina sifir, malahan tahu menggunakannya. Pelajar-pelajar juga kelihatan lebih berkeyakinan dan bersemangat untuk mempelajari topik darab dan sifir. Peningkatan yang amat ketara, apabila pelajar dapat membuat latihan darab dan bahagi dan diberikan oleh penyelidik.

Pelaksanaan Aktiviti 2

Eksplorasi CD Sifir

Penyelidik memberi tunjuk ajar menggunakan CD Sifir di dalam Makmal Komputer dan Bilik Akses di sekolah. Mengajar pelajar membuat latihan-latihan di dalam CD dan mengeksplorasinya.

Page 13: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Keberkesanan Magic Maths Terhadap Penguasaan Sifir...1-21

13

Kemudian, penyelidik membekalkan setiap pelajar dengan Eksplorasi CD SIFIR yang mengandungi objektif MAGIC MATHS, cara melagukan sifir, teknik membina sifir, latih tubi darab dan bahagi menggunakan sifir yang dibina. Penyelidik membenarkan pelajar membawa pulang CD tersebut supaya mereka dapat membuat latihan di rumah selama seminggu dengan mengaplikasikan Teknik Eksplorasi Kendiri. Di tambah lagi dengan Aktiviti Ekplorasi CD Sifir, bahan bantu mengajar yang boleh menyuntik semangat dengan motivasi cemerlang agar mereka sentiasa bersemangat mereka untuk terus belajar matematik menggunakan ICT/interaktif. Ekplorasi CD Sifir membantu pelajar membuat latih tubi darab dan bahagi/pembinaan sifir yang menyeronokkan.

Rajah 6 menunjukkan Contoh Eksplorasi CD Sifir. Tujuan aktiviti ini adalah sebagai pengukuhan di sekolah dan di rumah bagi pelajar-pelajar yang baru dan ingin mempelajari Kaedah Membina Sifir ASAS 2-5. Di harapkan dengan latih tubi yang diberikan di dalan CD itu dapat membantu pelajar melagukan, membina sifir, memahami cara penggunaan sifir yang betul dan memahirkan mereka menjawab soalan berbentuk darab dan bahagi.

Rajah 6 Contoh kandungan CD Eksplorasi Sifir

Page 14: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

14

Pemerhatian aktiviti 2Dalam melaksanakan aktiviti 2 ini, penyelidik mendapati pelajar begitu seronok apabila dapat menggunakan CD Eksplorasi Sifir apalagi apabila berada di hadapan komputer, semua pelajar berasa teruja. Bagi pelajar belum dapat menghafal nyanyian, mereka boleh mengulang lagu sifir di dalam sifir tersebut beserta kaedah pembinaan sifir. Mereka boleh melihat bagaimana membina sifir dan membuat latih tubi darab dan bahagi berulang kali. Penyelidik lihat pelajar-pelajar penyelidik amat berminat menghafal sifir menggunakan teknik terbaru ini, menyanyi sambil membuat sifir, terutamanya apabila penyelidik menawarkan hadiah/ganjaran bagi pelajar yang berjaya menghafal sifir tersebut. Penyelidik meminta pelajar penyelidik membuat dalam sehelai kertas, Penyelidik lihat kebanyakannya dapat membuat MAGIC MATHS ini dengan cepat dan pantas sekali.

RefleksiPenyelidik memerhatikan kebanyakan pelajar berasa seronok melihat apabila dapat menggunakan komputer walaupun terpaksa berkongsi kerana bilangan komputer yang berada di dalam bilik komputer adalah terhad. Ada yang menyanyi mengikut irama di dalam CD dan ada yang mencuba membuat latih tubi darab dan bahagi. Pelajar-pelajar juga begitu bersemangat apabila penyelidik menawarkan hadiah untuk pelajar yang berjaya membuat sifir terpantas. Masing-masing berlumba-lumba untuk menyiapkan sifir dalam waktu yang singkat. Mereka semakin berkeyakinan dan penyelidik bersyukur kerana mereka telah dapat menguasai kemahiran penguasaan sifir ini.

Pelaksanaan aktiviti 3

Pertandingan membina sifir dan kuiz matematik

Kuiz matematik dijalankan di dalam kelas dengan membahagikan pelajar kepada 3 kumpulan. Setiap kumpulan akan menjawab menggunakan papan putih yang disediakan beserta marker secara individu. Peluang pertama diberikan kepada 10 pelajar yang dibimbing, jika mereka tidak berjaya menjawabnya, rakan-rakan lain akan membantu. Soalan yang disediakan oleh guru adalah tentang sifir dan darab. Penyelidik meminta pelajar membuat latih tubi di rumah untuk memahirkan pelajar membina sifir 2 hingga 5 sambil menyanyi. Setelah pelajar agak mahir membina sifir, penyelidik membuat Pertandingan

Page 15: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Keberkesanan Magic Maths Terhadap Penguasaan Sifir...1-21

15

Membina Sifir 2-5. Ganjaran istimewa diberikan kepada tiga pelajar yang berjaya membina sifir 2-5 dengan betul dan masa yang paling singkat dan betul. Semakin kerap pertandingan dibuat, semakin mahir pelajar membuat sifir ini. Penyelidik memberikan wang atau gula-gula kepada pemenang tersebut. Apabila aktiviti diulang setiap hari dan hasilnya kebanyakan pelajar dapat menyiapkannya dalam masa yang singkat. Ini adalah bertujuan bagi mewujudkan semangat persaingan yang sihat dalam kalangan pelajar-pelajar di samping mengurangkan jurang antara guru dan pelajar serta mewujudkan suasana harmoni antara kedua-dua pihak. Rajah 7 menunjukkan binaan sifir 2 hingga 5 yang dibuat oleh pelajar.

Rajah 7 Contoh binaan jadual sifir 2 hingga 5

Pemerhatian aktiviti 3 Dalam melaksanakan aktiviti 3 ini, penyelidik mendapati pelajar begitu seronok dan bersungguh-sungguh menguasai sifir menggunakan teknik terbaru ini, terutamanya apabila penyelidik menawarkan hadiah/ ganjaran bagi pelajar yang berjaya menguasai sifir tersebut. Penyelidik meminta pelajar membuatnya dalam sehelai kertas, Penyelidik lihat kebanyakannya dapat membuat MAGIC MATHS dengan cepat dan pantas sekali. Kurang daripada 1 minit sehingga 3 minit, mereka dapat menyiapkan keempat-empat sifir ini, berbanding kaedah lama yang mengambil masa yang panjang.

Refleksi

Penyelidik berasa gembira dan seronok melihat perkembangan potensi pelajar-pelajar yang menggunakan MAGIC MATHS. Mereka dapat membuat sifir dua hingga lima dalam masa yang singkat. Pelajar dapat menyiapkannya dalam masa 1 minit hingga 3 minit. Mereka juga berlumba-lumba membuat sifir dengan pantas untuk mendapatkan

Page 16: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

16

hadiah yang penyelidik tawarkan. Mereka tahu membina sifir dan juga tahu menggunakannya bagi menjawab soalan darab dan bahagi. Mereka akan meletakkan nombor 1 hingga 10 pada sifir tersebut bagi memudahkan mereka menjawab soalan darab dan bahagi. Pelajar semakin berkeyakinan dan penyelidik bersyukur kerana mereka telah dapat menguasai kemahiran sifir ini.

REFLEKSI KESELURUHAN KAJIAN

Refleksi Kajian Terhadap Pelajar

Berdasarkan Jadual 8, ujian pos yang telah dibuat berbanding dengan ujian pra, didapati seramai 10 orang pelajar (100%) mendapat peningkatan yang agak baik. Kebanyakan pelajar dapat menguasai sifir ini dengan baik sekali dan memberikan kesan dan baik dalam pencapaian akademik mereka terutamanya subjek matematik, khususnya topik darab dan bahagi. Di dalam ujian pra dan pos, penyelidik menggunakan soalan darab dan bahagi dalam mengimplementasikan penggunaan sifir 2 hingga 9.

Jadual 6 Jadual perbandingan ujian pra dan ujian pos

Bil. Nama Pelajar Bil. Soalan yang Betul (Ujian Pra)

Bil. Soalan yang Betul (Ujian Pos)

1 Pelajar H 15/ 20 19/202. Pelajar I 13/ 20 16/203. Pelajar J 13/ 20 19/204. Pelajar K 13/ 20 19/205. Pelajar L 12/ 20 20/206. Pelajar M 12/ 20 17/207. Pelajar N 11/ 20 20/208. Pelajar O 6/ 20 18/209. Pelajar P 5/ 20 20/2010. Pelajar Q 2/ 20 15/20

Jadual 8 menunjukkan peningkatan yang amat ketara bagi 10 pelajar iaitu (100%) orang pelajar di dalam kelas 2 Sunbeam. Pelajar dapat menjawab soalan yang diberikan dengan baik berbanding sebelumnya

Page 17: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Keberkesanan Magic Maths Terhadap Penguasaan Sifir...1-21

17

setelah dibuat 5 kali bimbingan. Tiga orang pelajar berjaya menjawab kesemua 20 soalan dengan betul. Manakala pelajar yang paling lemah di dalam ujian pra yang mendapat 2/20 markah telah meningkat kepada 15/20 markah di dalam ujian pos.

Refleksi Kajian terhadap GuruPenyelidik berpuas hati kerana terdapat peningkatan dan penguasaan pelajar dalam pembinaan sifir ini (sifir 2-5). Malahan pelajar turut menunjukkan sikap yang positif setiap kali sesi pengajaran dan pembelajaran dijalankan. Mereka juga mempunyai semangat persaingan yang positif dan berlumba-lumba untuk menguasai sifir menggunakan teknik ini. Pelajar yang mendapat markah 2/20 di dalam ujian pra juga telah menunjukkan peningkatan yang ketara kepada 15/20 dalam ujian pos setelah guru membuat bimbingan/sesi klinikal dan pelbagai aktiviti yang dijalankan seperti latih tubi pengukuhan, aktiviti eksplorasi CD Sifir, kuiz dan guru menggunakan pendekatan individu perseorangan untuk membimbingnya. Minat dan motivasi pelajar ini semakin meningkat dengan pendekatan yang diambil oleh guru. Secara keseluruhannya, penyelidik merasakan keberkesanan kajian ini banyak bergantung kepada perancangan rapi yang dibuat, data yang dikumpul, aktiviti-aktiviti yang disusun, kerjasama yang diberikan oleh pelajar penyelidik, penyampaian guru dan cara penilaian dibuat.

Refleksi Tentang Proses Pengajaran dan PembelajaranPenyelidik dapat rasakan bahawa proses pengajaran dan pembelajaran bersifat lebih positif dan berpusatkan pelajar. Dengan ini, dapat meningkatkan keyakinan, harga diri, kreativiti dan motivasi melalui pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan bersesuaian dengan Teori Pembelajaran Howard Gardner yang menekankan Kecerdasan Pelbagai dan termasuklah elemen Logikal Matematik. Jadual 9 merupakan soal selidik yang diberikan kepada 10 pelajar selepas penyelidik membuat bimbingan dan mengajar mereka MAGIC MATHS. Berdasarkan soal selidik awal dan soal selidik akhir, kesemua item menunjukkan peningkatan yang amat ketara. Bermula dengan minat pelajar dan pelajar menyatakan belajar matematik itu mudah. Peningkatan daripada 71% kepada 100%. Kemahiran menghafal sifir semakin meningkat daripada 59% kepada 100%. Hampir 90% pelajar

Page 18: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

18

tidak sukakan kaedah hafalan sifir biasa dan 100% pelajar sukakan kaedah MAGIC MATHS, menyanyi sambil membuat sifir. Hampir kesemua 100% Pelajar juga sukakan kaedah yang guru gunakan ketika pengajaran iaitu mengajar sifir sambil menyanyi. Peningkatan daripada 65% kepada 100% berlaku bagi menyiapkan kerja rumah yang diberikan oleh guru. Peningkatan kefahaman terhadap topik darab dan bahagi juga berlaku apabila kedua-duanya meningkat kepada 70% dan 100%. Peratusan yang paling tinggi adalah daripada item nombor 10 iaitu 35% meningkat kepada 100%. Di dalam konteks ini, didapati pelajar-pelajar mahir membina sifir 2 hingga 5 dan menggunakannya untuk menjawab soalan darab dan bahagi. Pada masa yang sama, soalan berbentuk penyelesaian masalah dan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) dapat dijana dalam kalangan pelajar. Sehubungan itu, MAGIC MATHS ini disaran untuk digunapakai oleh guru-guru matematik di dalam membantu pelajar meningkatkan kemahiran mereka di samping mempelbagaikan teknik pengajaran dan pembelajaran matapelajaran matematik di sekolah.

KESIMPULANTujuan kajian ini adalah untuk mengkaji keberkesanan MAGIC MATHS dalam penguasaan sifir subjek matematik bagi pelajar Tahun 2 di sebuah sekolah Felda di daerah Hulu Selangor. Kajian mendapati pelajar Tahun 2 dapat membina sifir 2 hingga sifir 5 dengan baik dan tahu cara menggunakannya. Pelajar juga hanya perlu menyebut nombor kecil (0-9) sahaja ketika membina sifir serta mengambil masa yang singkat sewaktu menyiapkan sifir. Tambahan lagi, pelajar dapat menyelesaikan soalan asas darab dan bahagi serta berasa seronok ketika pembelajaran kerana dapat menyanyi sambil membina sifir. Bukan itu sahaja, pengkaji berharap perkongsian dapatan MAGIC MATHS ini bukan sahaja dapat membantu pelajar dalam menguasai sifir malahan juga dapat membantu guru-guru yang mengajar matematik, mengaplikasikannya di dalam bilik darjah masing-masing. Selepas aktiviti ini dibuat, pelajar-pelajar (lemah dan sederhana) sudah pandai membina sifir 2 hingga 5 dan mereka juga tahu menggunakannya bagi menyelesaikan soalan darab dan bahagi. Pelajar-pelajar di sekolah rendah sukakan aktiviti nyanyian dan pelbagai aktiviti menarik. Guru perlu kreatif terutama ketika mengajar subjek matematik yang dianggap sukar oleh kebanyakan pelajar.

Page 19: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Keberkesanan Magic Maths Terhadap Penguasaan Sifir...1-21

19

Guru matematik bertanggungjawab memastikan pelajar-pelajarnya menguasai konsep dan pembelajaran di dalam bilik darjah supaya mereka dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang berkaitan dalam kehidupan seharian mereka. Pedagogi yang kreatif dan berinovasi dalam pengajaran dan pembelajaran (PdP) perlu diterapkan supaya dapat menarik minat pelajar dan penambahbaikan amalan pengajaran guru sentiasa dapat ditingkatkan. Matematik merupakan satu pembelajaran yang menyeronokkan dan mudah, jika pelajar berminat dan menyukainya. Pelbagai strategi dalam penyelesaian masalah matematik boleh digunakan oleh pelajar dan ini dapat melahirkan pelajar yang kreatif, mampu membuat keputusan dengan bijak, berfikir secara kritis, menjana Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dan dapat mengaplikasikannya dalam kehidupan seharian mereka. Kebijaksanaan dan kecemerlangan guru dalam bilik darjah amat diperlukan untuk menjadikan pengajaran dan pembelajaran berkesan dan efektif. Amalan refleksi guru juga sangat membantu dalam membuat penambahbaikan pedagogi berterusan di dalam bilik darjah.

RUJUKANAbdullah, H., & Ainon, M. (2009). Guru sebagai pendorong dalam darjah

(Cetakan Keenam ed.). Batu Caves, Kuala Lumpur: Percetakan Zafar Sdn. Bhd.

Armstrong, T. (2003). The multiple intelligences of reading and writing: Making the words come alive: ASCD.

Bushro, A., & Halimah, B. Z. (2008). Kejuruteraan perisian kursus multimedia matematik berasaskan Model Kecerdasan Pelbagai (MI-Maths). Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia(5), 41-63.

Carr, W., & Kemmis, S. (1986). Becoming critical: Education, knowledge and action research. Australia: Deakin University Press.

Cheah, B. L., & Ong, S. L. (2006). Perbandingan kebolehan menyelesaikan masalah matematik antara pelajar yang belajar abakus - aritmetrik mental dengan pelajar yang tidak belajar abakus -aritmetrik mental. Jurnal Pendidik dan Pendidikan, 21, 85-100.

Chick, H., & Stacey, K. (2013). Teachers of mathematics as problem solving applied mathematicians. Canadian Journal of Science, Mathematics and Technology Education, 122-135.

Corey, S. (1953). Action research to improve school practices. New York: Columbia University, Teachers College Press.

Gagne, R. M., Wager, W. W., Golas, K. C., Keller, J. M., & Russell, J. D. (2005). Principles of instructional design. New York: John Wiley.

Page 20: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Asian Education Action Research Journal (AEARJ)ISSN 2289-3180 / Vol. 4 / 2015

20

Gardner, H. (1983). Frames of mind. The theory of multiple intelligence. London: Heinemann.

Gardner, H. (2006). Multiple Intelligences - New Horizons. New York: Basic Books.

Jin Seo, Y. (2008). Effects of multimedia software on word problem-solving performance for students with mathematics difficulties. (Doctoral Dissertation), University of Texas, Austin, Texas, Austin.

Kemmis, S., & McTaggart, R. (1988). The action research planner. Victoria, Australia: Deakin University Press.

Koshy, V. (2001). Teaching mathematics to able children. Bollwell Street, London: David Fulton Publishers Ltd.

KPM. (2012a). Dasar Pendidikan Kebangsaan,Putrajaya: Bahagian Perancangan dan Penyelidikan Dasar Pendidikan. (www.moe.gov.my/v/dasar-pendidikan-kebangsaan)

KPM. (2012b). Laporan Awal Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.(www.moe.gov.my/v/pelan-pembangunan-pendidikan-malaysia-2013-2025).

Lee, G. S. (2015). Pembelajaran bahasa asing melalui rangkaian sosial mudah alih. (Ijazah Doktor Falsafah), Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor.

Lewin, K. (1946). Action research and minority problem. Journal of Social Issues, 2, 34-46.

Matthew, T. D. (2013). Glogs as non-routine problem solving tools in mathematics. (Doctoral Dissertation), Nova Southern University, California.

Mohd Uzi, D. (2000). Bagaimana mempelajari matematik untuk sekolah menengah (Kedua ed.). Kuala Lumpur.

Mohd Uzi, D. (2007). Penerapan nilai dalam pengajaran guru matematik sekolah menengah: Satu kajian kes. (Ijazah Doktor Falsafah), Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang.

Noraini, I. (2001). Pedagogi dalam pendidikan matematik. Kuala Lumpur: Utusan Publication & Distributors Sdn. Bhd.

Othman, L. (2014). Kajian tindakan dalam pendidikan - teori dan amalan (Cetakan Keempat ed.). Tanjung Malim, Penerbit Universiti Pendidikan Sultan Idris.

Ramlee, M. (2013). Transforming Education Toward K-Economy in Malaysia. International Journal for Educational Studies, 6(1), 1-16.

Ramlee, M., & Zaharatul Laili, A. R. (2011). Problem - based learning in Malaysia technical school. International Journal for Educational Studies, 1, 41-54.

Sahandri Gani Hamzah Gani, Saifuddin Kumar Abdullah, Sarrunnida Ahmad Zaine & Dewi Maharah Mohd Wahid. (2014). The creativity of the students in completing their mutimedia application project in Nilai Polytechnic. Jurnal Politeknik Hulu Terengganu, 2-7.

Page 21: KEBERKESANAN TERHADAP PENGUASAAN SIFIR … Kata Kunci Kajian tindakan, pengajaran dan pembelajaran matematik, MAGIC MATHS, sekolah rendah, KBAT. Asian Education Action Research Journal

Keberkesanan Magic Maths Terhadap Penguasaan Sifir...1-21

21

Salmah, I. (2014). Hubungan amalan kajian tindakan dengan tahap profesionalisme guru. (Ijazah Sarjana Pendidikan), Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak.

Zainun, I., Zanaton, I., & Norziah, O. (2013). Kesan pembelajaran koperatif model STAD ke atas sikap terhadap matematik. Jurnal Pendidikan Matematik, 1(1), 11-18.