12
Soalan : Cara-cara Menyelesaikan Masalah Disiplin di Kalangan Murid-Murid Sekolah. Bincangkan.  Disiplin bermaksud peraturan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik. Masalah disiplin di kalangan para pelajar sekolah menjadi bualan masyarakat masa kini. Perbincangan berikut adalah tentang cara-cara menyelesaikan masalah-masalah disiplin di kalangan mereka.  Salah satu cara untuk mengekang masalah disiplin di kalangan murid-murid sekolah adalah dengan cara memberi kefahaman dan pengetahuan tentang undang-undang serta etika di sekolah. Misalnya undang-undang serta etika tersebut hendaklah dibekalkan secara bertulis kepada setiap murid. Selain itu, kursus yang berkaitan dengan undang-undang dan disiplin hendaklah diadakan pada masa yang sesuai. Oleh yang demikian disiplin pelajar akan mantap maka pentadbiran sekolah tidak terganggu. Di samping itu, maslah disiplin di kalagan murid-murid dapat ditangani oleh melalui  penerapan nilai-nilai murni adalah setiap pengajaran dan pembelajaran. Nilai-nilai murni yang diterapkan secara langsung atau tidak langsung ini dapat diamalkan oleh murid-murid secara berterusan. Dengan ini, masalah disiplin dapat dibanteras apabila murid-murid mengamalkan budaya hidup yang berdisiplin.  Pihak sekolah dan ibu bapa perlu mewujudkan kerjasama yang bersepadu dalam menyelesaikan masalah disiplin di kalangan murid-murid sekolah. Ibu bapa hendaklah memberikan kerjasama apabila dipanggil oleh pihak sekolah untuk memaklumkan tentang masalah disiplin anak mereka. Ibu bapa juga sewajarnya memberikan  perhatian dan mengawasi anak-anak mereka semasa berada di rumah agar disiplin diri mereka terkawal secara berterusan. Tindakan mendenda atau memberikan hukuman merupakan salah satu cara yang  berkesan untuk menyelesaikan masalah disiplin hukuman atau denda akan menimbulkan rasa serik dan takut di kalangan murid-murid untuk mengulangi kesalahan tidak berdisiplin ini. Dengan ini, hukuman yang sewajarnya perlu diambil oleh pihak sekolah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid bagi menyelesaikan masalh disiplin.  

Karangan-karangan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Karangan-karangan

7/27/2019 Karangan-karangan

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-karangan 1/12

Soalan : Cara-cara Menyelesaikan Masalah Disiplin di

Kalangan Murid-Murid Sekolah. Bincangkan. Disiplin bermaksud peraturan untuk melatih seseorang supaya berkelakuan baik.

Masalah disiplin di kalangan para pelajar sekolah menjadi bualan masyarakat masakini. Perbincangan berikut adalah tentang cara-cara menyelesaikan masalah-masalah

disiplin di kalangan mereka. Salah satu cara untuk mengekang masalah disiplin di kalangan murid-murid sekolah

adalah dengan cara memberi kefahaman dan pengetahuan tentang undang-undang

serta etika di sekolah. Misalnya undang-undang serta etika tersebut hendaklah

dibekalkan secara bertulis kepada setiap murid. Selain itu, kursus yang berkaitan

dengan undang-undang dan disiplin hendaklah diadakan pada masa yang sesuai. Oleh

yang demikian disiplin pelajar akan mantap maka pentadbiran sekolah tidak

terganggu. Di samping itu, maslah disiplin di kalagan murid-murid dapat ditangani oleh melalui

 penerapan nilai-nilai murni adalah setiap pengajaran dan pembelajaran. Nilai-nilai

murni yang diterapkan secara langsung atau tidak langsung ini dapat diamalkan olehmurid-murid secara berterusan. Dengan ini, masalah disiplin dapat dibanteras apabila

murid-murid mengamalkan budaya hidup yang berdisiplin. Pihak sekolah dan ibu bapa perlu mewujudkan kerjasama yang bersepadu dalam

menyelesaikan masalah disiplin di kalangan murid-murid sekolah. Ibu bapa hendaklah

memberikan kerjasama apabila dipanggil oleh pihak sekolah untuk memaklumkantentang masalah disiplin anak mereka. Ibu bapa juga sewajarnya memberikan perhatian dan mengawasi anak-anak mereka semasa berada di rumah agar disiplin diri

mereka terkawal secara berterusan. Tindakan mendenda atau memberikan hukuman merupakan salah satu cara yang

 berkesan untuk menyelesaikan masalah disiplin hukuman atau denda akan

menimbulkan rasa serik dan takut di kalangan murid-murid untuk mengulangi

kesalahan tidak berdisiplin ini. Dengan ini, hukuman yang sewajarnya perlu diambil

oleh pihak sekolah untuk memberi kesedaran kepada murid-murid bagi menyelesaikan

masalh disiplin. 

Page 2: Karangan-karangan

7/27/2019 Karangan-karangan

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-karangan 2/12

Soalan : Tuliskan Satu Karangan Cerita Berdasarkan

Peribahasa ‘Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian

Tidak Berguna’. Peribahasa ialah satu rangkai kata yang mempunyai bahasa yang indah dan menarik.Peribahasa dihasilkan bertujuan unruk menyuntik nasihat, membimbing dan

menyindir. Peribahasa juga membawa unsur-unsur pengajaran atau didaktik. Antara beribu-ribu peribahasa yang dicipta ialah ‘Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal

kemudian Tidak Berguna’, peribahasa ini membawa maksud jika kita ingin

melakukan sesuatu, kita hendaklah berfikir terlebih dahulu tentang baik dan buruknya

supaya kita tidak menyesal jika berlaku sesuatu perkara yang tidak diingini pada hari

kemudian. 

Sebagai contoh , Syafiq sangat malas belajar, semua kerja sekolahnya tidak selesai.Setiap hari dia bermain permainan video dan menonton cerita kartun. Semasa ujian,

dia tidak dapat menjawab soalan. Dia tidak mengetahui jawapan yang tepat. Syafiq gagal dalam peperiksaan. Dia berasa malu pada kawan-kawannya. Dia

menyesal kerana tidak mendengar nasihat guru dan ibu bapanya. Namun, segalanyan

sudah terjadi,nasi sudah menjadi bubur. Syafiq tidak boleh berbuat apa-apa lagi. Benarlah kata peribahasa Melayu ‘Sesal dahulu pendapatan, Sesal Kemudian Tidak

Berguna’. Kita mesti berhati-hati dan berfikir terlebih dahulu sebelum membuat

sesuatu. Terlajak perahu boleh diundur, terlanjur perubatan buruk padahnya. 

Kesimpulannya, peribahasa ‘Sesal Dahulu Pendapatan, Sesal Kemudian Tidak

Berguna’ mampu mengingatkan kita bahawa sememangnya orang-orang tua dahulu

 bijak membandingkan sesuatu yang ada di dalam fana ini dengan diri manusia. 

Soalan : Bincangkan Sebab-Sebab Berlakunya Gejala

Ponteng Sekolah. Ponteng sekolah adalah salah satu daripada masalah disiplin sekolah. Masalah

 ponteng sekolah dapat diatasi dengan adanya kerjasama daripada pihak sekolah, ibu

Page 3: Karangan-karangan

7/27/2019 Karangan-karangan

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-karangan 3/12

 bapa dan masyarakat. Terdapat beberapa punca yang menyebabkan murid ponteng

sekolah. Antara punca murid-murid ponteng sekolah ialah pengaruh rakan-rakan yang nakal.

Murid-murid yang nakal ini selalu ponteng sekolah dan menghabiskan masa dengan

melepak. Mereka selalu mempengaruhi rakan-rakan lain agar turut serta denganmereka kerana perbuatan bagi mereka itu menyeronokkan. Punca lain ialah sikap ibu bapa yang mengabaikan tanggungjawab mereka terhadap

anak-anak. Ibu bapa tidak pernah mengambil tahu ke mana anak mereka pergi. Di

samping itu, mereka juga tidak pernah menegur atau memberi nasihat jika anak

mereka melakukan kesilapan. Selain itu, kehilangan kasih sayang kerana kesibukan ibu bapa juga menjadi salah satu

 punca mereka ponteng sekolah. Mereka merasa diabaikan lalu mencari keseronokan

dengan mengunjungi pusat membeli-belah atau pusat-pusat permainan video. Murid yang lemah dalam pelajaran selalunya ponteng sekolah kerana mereka hilang

minat belajar. Mereka selalu ditegur atau didenda oleh guru kerana tidak membuat

kerja sekolah. Oleh sebab itu, mereka mencari jalan mudah dengan ponteng sekolah. Kesimpulannya, terdapat beberapa punca murid ponteng sekolah. Masalah ponteng

sekolah perlu diatasi agar murid-murid tidak terjebak kepada gejala sosial yang lain

seperti terlibat dalam penyalahgunaan dadah. 

Faedah-Faedah Membaca. Membaca adalah salah satu tabiat yang baik. Terdapat pelbagai bahan bacaan seperti

 buku, majalah, dan surat khabar yang boleh dibaca. Bahan-dahan bacaan ini boleh

didapati dengan mudah sama ada dengan membeli atau meminjam di perpustakaan. Melaui pembacaan, kita akan mendapat banyak ilmu pengetahuan. Menerusi ilmu

 pengetahuan inilah kita akan dapat memajukan diri kita. Kita dapat menulis dan

 berhujah dengan baik apabila mempunyai pengetahuan yang luas. Dengan membaca

 juga kita akan dapat mengetahui perkembangan semasa. 

Page 4: Karangan-karangan

7/27/2019 Karangan-karangan

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-karangan 4/12

Selain itu, membaca juga dapat mengisi lapang kita. Membaca dapat mencegah

seseorang daripada membuang masa dan terlibat dengan gejala sosial seperti melepakdan lumba haram. Melalui pembacaan juga seseorang boleh mendapat hiburan. Cerita-

cerita yang dibaca dapat dijadikan pedoman dalam menjalani kehidupan seharian. Bagi seorang murid, sikap suka membaca sangat penting. Murid yang rajin membacaakan dapat mengingati apa yang dapat dipelajari dengan mudah. Rajin membaca buku

akan memudahkan murid menjawab soalan peperiksaan dengan cemerlang. Sebagai

murid, masa yang terluang perlulah diisi dengan aktiviti membaca. Selalu membaca surat khabar juga dapat membantu para belia mencari kerja. Hal ini

kerana, di dalam surat khabar terkandung ruangan iklan jawatan kosong. Selain itu,

 peluang melanjutkan pelajaran ke universiti juga terdapat di dalam surat khabar. Belia

yang kurang membaca akan terlepas banyak peluang. Sesungguhnya, membaca adalah amalan yang mulia yang patut dipupuk sejak kecillagi. Ibu bapa perlu menggalakkan anak-anak membaca setiap hari. Cogan kata

‘Membaca Jambatan Ilmu’ harus dijadikan pegangan hidup kita.  

Amalan Berjimat Cermat Di Sekolah. Kita mestilah menggamalkan sikap berjimat cermat dalam kehidupan seharian.

Berjimat cermat adalah amalan yang mulia. Amalan berjimat cermat banyak

manfaatnya. Sebagai murid, kita hendaklah berjimat cermat dalam berbelanja. Baki wang sakuyang diberikan oleh ibu bapa hendaklah disimpan di dalam tabung. Selain itu, kita

hendaklah membawa bekalan makanan dari rumah yang lebih terjamin kebersihannya.Justeru, kita terhindar daripada keracunan makanan. Kita juga boleh berjimat cermat ketika berada di dalam kelas. Kipas di dalam kelas

mesti ditutup apabila tiada murid yang berada di dalam kelas. Lampu juga mestilah

ditutup apabila keadaan di sekeliling sudah cerah. Peralatan tulis seperti pensel dan

 pensel warna hendaklah digunakan sehingga pendek. Kita juga mesti menggamalkan amalan berjimat cermat ketika berada di tandas. Airmesti digunakan dengan sebaik mungkin. Kita mestilah mengelakkan air paip

mengalir tanpa digunakan. Tutup lampu selepas menggunakan tandas. Selain itu, kita juga perlu berjimat cermat ketika di kantin sekolah. Jangan membeli

terlalu banyak makanan yang boleh menyebabkan pembaziran. Air yang dibeli juga

 perlu dihabiskan. Sebaik-baiknya, bawalah air yang telah dimasak dari rumah kerana

air tersebut juga boleh diminum ketika berada di dalam kelas.  Kesimpulannya, terdapat banyak cara amalan berjimat cermat boleh diamalkan di

sekolah. Sewajarnya, pihak sekolah perlu menasihati murid agar berjimat cermat. Ibu

Page 5: Karangan-karangan

7/27/2019 Karangan-karangan

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-karangan 5/12

 bapa juga perlu menggamalkan sikap berjimat cermat agar dapat dicontohi oleh anak-

anak mereka. 

Soalan : Nyatakan Sebab-Sebab Kita Perlu MenghormatiDan Menyayangi Guru. Guru adalah orang yang mendidik kita sejak di tadika lagi. Tanpa guru, kita pasti tidak

dapat menguasai pelbagai ilmu pengetahuan dan kemahiran. Oleh sebab itu, guru

 perlu dihormati dan disayangi. Guru telah banyak mengorbankan masa dan tenaga untuk mendidik kita. Tugas guru

 bukanlah sesuatu yang mudah kerana guru perlu mengajar sambil mendidik kita. Guru

terpaksa mendidik dan mengajar murid dalam jumlah yang ramai. Justeru, kita perlu

menghormati dan menyayanginya. Tugas guru bukan hanya pada waktu persekolahan. Tetapi mereka sanggup

mengadakan kelas tambahan kepada murid-murid yang akan menduduki peperiksaan

 penting seperti UPSR. Mereka tidak pernah mengharapkan apa-apa balasan. Segala

 pengorbanan mereka perlu kita hargai. Sambil mengajar guru terpaksa mengawal murid-murid yang ramai. Mereka terpaksa

melayan pelbagai kerenah murid-muridnya tanpa rasa jemu. Mereka mendidik murid-

murid mereka dengan bersungguh-sungguh tanpa membezakannya. Semua murid

dipastikan mendapat ilmu yang diajar. Guru juga mempunyai sifat kesabaran yang tinggi dalam menghadapi kerenah murid-

muridnya. Semasa berada di dalam kelas, terdapat murid yang nakal dan tidakmembuat latihan yang diberikan. Kadangkala guru terpaksa memarahi murid-murid

agar mereka menyedari kesilapan mereka. Sifat kesabaran guru patut dipuji.  Sesungguhnya, kerjaya guru amat mulia walaupun tidak menjanjikan kekayaan. Guru

akan gembira apabila murid-muridnya berjaya menjawat jawatan yang tinggi daripada

mereka. Oleh sebab itu, hormatilah dan sayangilah guru-guru yang telah banyak

 berjasa kepada kita. 

Kepentingan Air Dalam Kehidupan Seharian.

Malaysia adalah sebuah negara yang kaya dengan sumber air. Air sangat penting

dalam kehidupan seharian. Air diperlukan untuk pelbagai tujuan seperti kegunaanharian, pertanian, perindustrian, dan rekreasi. Dalam kegunaan seharian, air digunakan untuk memasak, membasuh, dan mencuci

kereta. Air juga sebagai sumber minuman kepada kita supaya kecergasan kita

 berkekalan. Dengan adanya air, kehidupan manusia akan lebih sempurna. Kita

mestilah berjimat cermat menggunakan air. 

Page 6: Karangan-karangan

7/27/2019 Karangan-karangan

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-karangan 6/12

 Selain itu, air juga penting untuk pertanian dan perikanan. Dalam bidang pertanian, air

diperlukan untuk menyiram sayur-sayuran. Dalam bidang perikanan pula, air menjadi

tempat menangkap pelbagai jenis ikan. Tanpa air, bidang pertanian dan perikanan

akan terjejas.

Dalam bidang perindustrian, air merupakan sumber terpenting. Dalam industri

membuat minuman dan membuat kertas banyak menggunakan air. Industri makanan

dalam tin juga memerlukan air yang banyak. Oleh sebab itu, perindustrian banyak

dibina di kawasan bandar yang bekalan airnya jarang terputus.

Aktiviti rekreasi seperti berenang dan berkayak memerlukan air. Kawasan bekas

lombong dijadikan taman rekreasi air. Banyak taman air dibuka seperti SunwayLagoon dan Water World Melaka. Kawasan ini perlu dipelihara agar tidak tercemar.

Sesungguhnya, air adalah sumber semula jadi anugerah Tuhan yang amat berharga.Gunakanlah air dengan sebaik-baiknya dan elakkan pembaziran. Selain itu, kita perlu

mengelakkan berlakunya pencemaran air.

Hampir Mengundang Padah Pada hari minggu yang lalu, aku, Selvam dan Tee Khai pergi berkelah di Hutan Lipur,

Lata Kajang. Lata Kajang terletak kira-kira 18 kilometer dari Pekan Tapah, Perak

Darul Ridzuan. Kami membawa bekalan makanan, minuman dan sepersalinan

 pakaian. Setelah sampai di destinasi, kami meletakkan barang-barang di sebuah pondok yang

disediakan. Kami mandi-manda dengan gembira sekali. Pada pagi itu, masih belum

ramai orang yang mandi.

Selvam mencadangkan kami pergi ke tempat yang airnya agak dalam. Di tempat itu,

ada papan tanda yang melarang pengunjung mandi di situ. Namun, Selvam dan TeeKhai tidak mempedulikannya. Aku tidak mahu mengikut mereka ke tempat tersebut.

Aku bersendirian mandi di tempat yang airnya tidak berapa dalam dan arusnya juga

tidak berapa deras. Air air di tempat aku mandi hanya mencecah paras dada sahaja.Aku rasa mandi di tempat yang tohor ini lebih selamat kerana aku tidak pandai

 berenang.

Tiba-tiba, aku terdengar suara Selvam menjerit meminta tolong. Aku bergegas ke

arahnya, aku lihat Selvam sedang terkapai-kapai di tengah sungai. Mujurlah ada

seorang pemuda di situ, dia segera bertindak untuk menyelamatkan Selvam.

Selvam berasa amat bersyukur kerana terselamat daripada lemas di dalam sungai itu.

Dia tidak menyangka peristiwa ngeri itu akan berlaku pada dirinya. Fikirlah dahulu

sebelum melakukan sesuatu , detik hati kecilku.

Page 7: Karangan-karangan

7/27/2019 Karangan-karangan

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-karangan 7/12

Pengalaman Semasa Menyertai Program Sambil Belajar.

Melancong merupakan satu aktiviti yang menyeronokkan dan menghiburkan hati.

Semasa aktiviti lawatan ini, kita banyak memperoleh banyak ilmu pengetahuan yang

 berguna. Bak kata pepatah, banyak berjalan luas pengalaman.

Pada cuti pertengahan tahun baru yang lalu, saya berpeuang melawat ke Negeri

Melaka. Tujuan lawatanadalah untuk melihat kesan-kesan peninggalan sejarah

 penjajah di kota itu. Para pelancong juga masih boleh melihat kesan-kesan peninggalan sejarah tersebut.

Semasa saya berada di sekitar Bandar Hilir, Melaka. Saya juga tidak melepaskan

 peluang untuk Kota A Famosa. Kota ini adalah kota yang dibina oleh tentera Portugis.Kota ini pernah dijadikan kubu pertahanan tentera Portugis ketika itu. Selepas makan tengah hari, saya melawat makam pahlawan-pahlawan Melaka,antaranya adalah makam Hang Jebat. Saya juga berkesempatan melawat Perigi Hang

Tuah. Mengikut cerita dan kepercayaan penduduk tempatan, air perigi ini dapat

mengubati pelbagai jenis penyakit. Pada sebelah malamnya, saya dan kawan-kawan pergi ke Umbai untuk menikmati

keenakan ikan bakar. Saya turun ke gigi pantai untuk menikmati keindahan malam di

kota penuh sejarah ini. Semasa saya berada di sini, ramai pelancong asing yang turut

menikmati keindahan malam di Melaka sambil menjamu selera. 

Kira-kira pukul sebelas malam, saya dan peserta rombongan berangkat pulang.Banyak pengalaman dan pengetahuan yang saya telah perolehi. Saya juga sedar betapa

 pentingnya menjaga kesan-kesan peninggalan sejarah bagi tatapan generasi muda

akan datang. 

Program Gotong-Royong Di Tempat Saya.Pada hari minggu yang lalu, saya, bapa saya, dan kira-kira lima puluh orang penduduk

kampung telah menyertai program gotong-royong. Gotong-royong ini diadakan

sempena Sambutan Bulan Kemerdekaan Malaysia pada tahun ini. Tepat pada pukul lapan pagi, berpuluh-puluh orang penduduk kampug sudah

 berkumpul di luar balai raya. Mereka membawa bersama-sama peralatan yang sesuai

untuk menjayakan aktiviti gotong-royong. Ada yang membawa cangkul, sabit, parang

dan pongkis. 

Page 8: Karangan-karangan

7/27/2019 Karangan-karangan

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-karangan 8/12

Kami diagih-agihkan kepada beberapa kumpulan kecil. Tujuannya adalah untuk

memudahkan kerja-kerja pembersihan dijalankan dengan lebih teratur. Antarakawasan yang dibersihkan termasuklah taman permainan, surau, parit dan balai raya. Pada masa yang sama, kaum wanita sibuk menyediakan makanan dan minuman di

 perkarangan balai raya. Pelbagai jenis juadah disediakan oleh mereka. Merekakelihatan bersatu hati menjayakan program gotong-royong ini. Kira-kira pukul 11.30 pagi, semua kerja pembersihan telah pun selesai. Petugas-

 petugas telah berkumpul semula di balai raya untuk menjamu selera. Walaupun

kelihatan letih, namun mereka menunjukkan kemesraan dan suasana muhibah. Saya berpendapat, kerja yang dijalankan secara gotong-royong mampu menjalinikatan silaturahim penduduk setempat. Di samping itu, penerapan nilai-nilai murni

dipraktikkan. Malahan, semangat kejiranan juga dapat diperkasakan. 

Suasana Hari Kantin Yang Diadakan Di Sekolah Kamu. Pagi-pagi lagi, semua guru dan pelajar berkumpul di kawasan perhimpunan sekolah.

Hari ini sekolah akan mengadakan Hari Kantin 2009. Sebelum Hari Kantin bermula, taklimat diberikan kepada murid dan guru. Setelah

mendengar taklimat, kami pun pergi ke gerai masing-masing. Aku yakin gerai kami akan diserbu oleh murid dan pengunjung yang lain kerana gerai

kami ialah satu-satunya gerai yang menjual makanan barat.  Tepat pukul 11.00 pagi, sekolah mula dipenuhi oleh ratusan pengunjung yang terdiri

daripada ibu bapa dan penduduk di kawasan itu. Mereka datang untuk memberikan

sokongan dan memeriahkan Sambutan Hari Kantin. Selain makanan dan minuman, ada juga gerai yang menjual cenderamat yang di

hasilkan oleh murid-murid sekolah. Gerai-gerai ini dikendalikan oleh murid-muriddan guru-guru. 

Kami bersyukur kerana Hari Kantin 2009 telah berjaya meraih kutipan sebanyakRM10 ribu ringgit. Kami juga berterima kasih atas sokongan dan sumbangan yang

telah diberikan oleh pihak sekolah dan juga penduduk setempat. 

Kebaikan Buah-buahan Tempatan. Buah-buahan tempatan bermaksud buah-buahan yang terdapat di dalam negara kita.

 Negara kita mempunyai pelbagai jenis buah-buahan tempatan seperti buah rambutan,

langsat, duku, durian dan manggis. Buah-buahan ini mempunyai banyak khasiat. 

Kita patut memilih buah-buahan tempatan kerana mudah didapati di negara kita.Selain itu, harganya juga lebih murah berbanding buah-buahan luar negara. Harga

Page 9: Karangan-karangan

7/27/2019 Karangan-karangan

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-karangan 9/12

 buah-buahan ini semakin murah apabila tiba musim buah-buahan tersebut. Rasanya

 juga enak. Selain itu, buah-buahan tempatan lebih segar dan bermutu tinggi. Buah-buahan luar

negara pula kurang segar kerana terlalu lama dalam perjalanan. Buah-buahan luar

negara juga mengandungi bahan pengawit agar tahan lama. Harga buah-buahan luar negara mahal sedangkan khasiatnya sama dengan buah-

 buahan tempatan. Jika kita membeli buah-buahan tempatan kita dapat berjimat-

cermat. Buah-buahan tempatan boleh didapati di sepanjang tahun. Ada beberapa jenis

 buah-buahan tempatan boleh dijadikan kuih seperti pisang dijadikan pengat dan durian

dijadikan lempuk. Membeli buah-buahan tempatan juga dapat membantu para petani di negara kita. Para

 petani juga dapat memasarkan hasil tanaman mereka. Pendapatan mereka akan

 bertambah. Ekonomi negara juga akan meningkat. Oleh sebab itu, makanlah buah-buahan tempatan. Buah-buahan tempatan lebih baik

daripada buah-buahan luar negara. Dengan membeli buah-buahan tempatan kita dapat

membantu para petani dan pekebun buah-buahan di negara kita agar lebih maju. 

Banjir Di Kampung Saya. Pada tahun ini, kampung saya telah dilanda banjir sebanyak dua kali. Kali pertama

 berlaku pada bulan Januari dan kali kedua pada bulan Disember. Banjir pada kali ini

lebih teruk daripada tahun sebelumnya. Hujan lebat turun tidak berhenti-henti selama dua hari. Hujan yang lebat itu telah

menyebabkan sungai dipenuhi air dan melimpah. Kami mula berasa bimbang apabilaair sungai mula mencecah ke paras lutut. Ekoran itu, kami telah pu bersiap sedia bagi

menghadapi sebarang kemungkinan yang akan berlaku.  Tanpa membuang masa, kami mengemas barang-barang ke tempat tinggi. Kami juga

mengumpul dokumen penting dan pakaian untuk dibawa semasa berpindah. Apabila

air semakin naik, kami diarahkan berpindah. Kami menaiki trak tentera yang telah

disediakan untuk berpindah ke pusat permindahan. Bagi penduduk kampung yang berada di kawasan yang lebih rendah, mereka

diselamatkan dengan menggunakan bot. di sepanjang tempat permindahan, kami

 berasa sungguh sedih apabila melihat rumah dan segala harta benda kamiditenggelami air. Kereta dan peralatan rumah tidak dapat diselamatkan. Namun

 begitu, kami masih bersyukur kerana kami masih selamat. Di pusat permindahan, kami diberi bantuan kain selimut dan makanan. Wakil rakyatdan pegawai kebajikan datang melawat kami. Selepas empat hari berada di pusat

Page 10: Karangan-karangan

7/27/2019 Karangan-karangan

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-karangan 10/12

 permindahan, kami dibenarkan pulang ke rumah masing-masing. Kami pulang ke

rumah dengan perasaan sayu kerana banyak harta benda kami yang musnah. Banjir yang melanda tahun ini menjadi pengalaman yang tidak dapat saya lupakan.

 Namun begitu, kami redha di atas apa yang berlaku. Kami meneruskan aktiviti harian

seperti biasa walaupun dalam serba kesulitan. Pengalaman Perkhemahan. Pada bulan September yang lalu, aku dan rakan-rakanku menyertai perkhemahan

anjuran sekolah kami. Perkhemahan ini disertai oleh 130 orang murid. Ia diadakan di

tapak perkhemahan Sedili Motor Resort, Kota Tinggi, Johor. Kami bertolak ke sana pada pukul 2.00 petang dengan menaiki bas yang disewa khas.

Perjalanan ke sana amat menyeronokkan kerana ditemani pemandangan yang indah di

kiri kanan jalan. Pada pukul 3.30 petang, kami sampai di tapak perkhemahan dan terusmendirikan khemah. Kami menghias khemah kami dengan pokok-pokok kecil yang

terdapat di situ. Sebaik sahaja selesai mendirikan khemah, kami semua minum petang dan solat asar

 berjemaah. Kemudian, kami menyediakan makan malam. Tepat pada pukul 6.30

 petang, kami makan malam dan diikuti dengan solat maghrib dan isyak. Pada malam

itu, kami mengadakan Malam Kebudayaan dan tidur pada pukul 11.00 malam. Kesokannya, kami bangun seawal 5.30 pagi. Kami mandi, solat subuh dan mengikuti

senamrobik yang diketuai oleh Cikgu Wan Ahmad. Kami berasa sangat seronokkerana bersenam di tepi pantai yang nyaman udaranya. Seleps bersarapan, kami

mengikuti aktiviti ‘jungle traking’, kawat kaki dan kemahiran ikatan. Pada pukul 12.30 tengah hari, kami menikmati makan tengah hari dan membersihkan

diri. Selepas itu, diadakan pertandingan khemah terbaik dan pertandingan memasak.

Kedua-dua pertandingan ini agak mencabar tetapi amat menyeronokkan. Aktiviti

 paling mencabar apabila kami dikehendaki membuat roti pintal yang dibelit pada

 batang buluh dan dibakar di atas bara api. Pada pukul 4.00 petang, kami berkemas untuk pulang. Sebelum pulang kamimembersihkan kawasan perkhemahan. Sesungguhnya, aktiviti perkhemahan ini

 banyak memberi pengalaman baru kepada kami dan tidak dapat kami lupakan. 

Masa Itu Emas. Kita selalu mendengar ungkapan ‘Masa Itu Emas’. Ungkapan itu bermaksud masa itu

sangat berharga kerana masa yang berlalu tidak akan berulang lagi. Orang yang tahu

menghargai masa akan berjaya dalam hidupnya. Sebagai seorang murid hendaklah menggunakan masa dengan sebaik-baiknya.Antaranya, menyiapkan kerja sekolah yang diberikan oleh cikgu dan mengulangkaji

Page 11: Karangan-karangan

7/27/2019 Karangan-karangan

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-karangan 11/12

 pelajaran. Hal ini kerana, dapat menambah ilmu pengetahuan kita. Selain itu, kita akan

mudah mengingati pelajaran yang telah dipelajari dan lulus dengan cemerlang didalam peperiksaan. Kita juga boleh membantu ibu bapa kita membuat kerja-kerja rumah seperti

membasuh pinggan, menyapu sampah dan menjaga adik. Kerja-kerja ini boleh kitalakukan ketika cuti sekolah atau pada masa lapang. Ibu bapa akan lebih menyayangi

kita. Justeru, kita dapat membantu meringankan tugas mereka seharian. Kita juga boleh mengisi masa lapang kita dengan beriadah. Contohnya, berjoging,

 berkayak dan bersenam. Aktiviti ini akan dapat menjauhkan kita daripada pelbagai

 jenis penyakit. Selain itu, dapat mengekalkan kesihatan kita. Kita juga dapat

mengelakkan diri daripada terjebak dengan gejala sosial seperti melepak, merokok

dan penagihan dadah. Sebagai murid, kita hendaklah mempunyai hobi. Justeru, masa lapang akan dipenuhidengan melakukan hobi tersebut. Contohnya, hobi membaca buku cerita dan

memancing. Selain itu, hobi memancing dapat menjimatkan perbelanjaan harian di

samping memperoleh ikan segar. Sesungguhnya, masa itu emas. Kita akan menjadi orang yang paling rugi jika tidak

memanfaatkan masa yang ada. Masa tidak akan berulang lagi dan kita mesti

menggunakan masa dengan sebaik-baiknya. 

Punca Berlakunya Kes Buli Di Sekolah. Sekolah ialah tempat untuk menuntut ilmu dan menjadi rumah kedua bagi murid.

 Namun begitu, banyak

kes buli berlaku di sekolah dan membimbangkan ibu bapa. Terdapat beberapa punca

 berlakunya kes buli di sekolah. Antara punca buli di sekolah ialah berpunca daripada sikap murid itu sendiri.

Kebiasaannya murid yang membuli berbadan besar dan kuat. Mereka membuli rakan

sebaya atau murid baru yang berbadan kecil dan mempunyai banyak wang. Ada juga

yang membuli dengan memaksa murid lain menyiapkan kerja sekolah dan

membelikan mereka makanan. Selain itu, pengaruh rakan sebaya juga menjadi punca murid-murid lain untukmembuli. Ada murid yang membuli semata-mata untuk mendapatkan pengiktirafan

rakan mereka. Mereka berasa seronok dan bangga apabila rakan-rakan memujinya.

Justeru, ibu bapa perlu memantau kelakuan anak-anak mereka dan sentiasa berhubung

dengan pihak sekolah. Kes buli juga berpunca daripada murid yang menghadapi masalah di rumah. Ada di

antara mereka dibuli oleh abang dan kakak mereka. Kes-kes seperti ini sering berlaku

kepada anak-anak yang ibu bapa mereka terlalu sibuk bekerja. Ada sesetengah diantara mereka membuli untuk menarik perhatian rakan dan guru di sekolah. 

Page 12: Karangan-karangan

7/27/2019 Karangan-karangan

http://slidepdf.com/reader/full/karangan-karangan 12/12

 Televisyen juga boleh mempengaruhi murid untuk membuli. Mereka membuli selepas

menyaksikan aksi ganas di televisyen. Rancangan gusti adalah salah satu rancangan

aksi ganas. Oleh sebab itu, ibu bapa mestilahmelarang anak mereka menonton

rancangan gusti supaya anak mereka terhindar daripada perbuatan membuli. Kesimpulannya, terdapat beberapa punca berlakunya kes buli di sekolah. Oleh sebab

itu, pihak sekolah mestilah membuat pemantauan terhadap tingkah laku murid. Selain

itu, ibu bapa juga perlu menasihati anak-anak mereka agar menjauhi perbuatan

membuli. 

Malaysia Kesayanganku Malaysia adalah sebuah negara yang aman, makmur dan merdeka. Malaysia telah

merdeka daripada penjajahan Inggeris pada 31 Ogos 1957. Sejak 50 tahun yang lalu,

negara Malaysia terus berkembang pesat dan bakal menjadi negara maju pada tahun2020. Di Malaysia inilah aku dilahirkan dan dibesarkan. Malaysia mempunyai rakyatnya

yang berbilang kaum dan hidup aman damai. Mereka sentiasa tolong-menolong dan

 bertolak ansur dalam memelihara keharmonian Malaysia. Inilah keunikan negara

Malaysia kesayanganku. Selain itu, Malaysia juga indah dengan flora dan faunanya. Keindahan menarik ramai

 pelancong datang ke Malaysia. Antara tempat-tempat yang menarik adalah Melaka,

Pulau Pinang dan Putrajaya. Kenmudahan penginapan dan makanan yang pelbagai jenis dapat memikat hati pelancong asing. Malaysia juga terkenal dengan kepelbagaian budaya. Antaranya adalah istiadat

 perkahwinan, tarian, dan pakaian tradisional. Kepelbagaian budaya ini juga menjadi

daya tarikan pelancong. Setiap kali menyambut perayaan keagamaan, pihak kerajaan

mengadakan ‘Rumah Terbuka’ yang boleh dikunjungi oleh semua kaum. Malaysia kesayanganku adalah negara yang stabil daripada segi politik dan ekonomi.

Malaysia mempunyai pemimpin yang berwawasan jauh dan bertanggungjawab.

Hasrat untuk menjadi negara maju terus diperjuangkan. Aku berasa bangga keranarakyat Malaysia sentiasa bersatu padu dalam menjayakan wawasan negara. Sesungguhnya, Malaysia adalah negara kesayanganku. Segala kemudahan dan

kemodenan dikecapi oleh semua rakyat yang berbilang bangsa. Justeru, sayangilah

negara Malaysia kerana ‘di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung’.