77
GERAKAN MAHASISWA DI UNIVERSITI MALAYA 1970-1986 Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias [email protected] LATIHAN ILMIAH JABATAN SEJARAH UNIVERSITI MALAYA 2004 Gerakan Mahasiswa Universiti Malaya 1970-1986 adalah latihan ilmiah Jabatan Sejarah Universiti Malaya pada tahun 2004. Ia ditulis oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias di bawah seliaan Prof Mohamad Redzuan Othman, mantan Naib Presiden ABIM. Penulis dikenali sebagai mamat_com di alam maya. 14

Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Embed Size (px)

DESCRIPTION

mahasiswa menggugat. memaparkan sejarah gerakan mahasiswa di Universiti malaya. Tulisan ini adalah tesis BA di Jabatan Sejarah UM oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias

Citation preview

Page 1: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

GERAKAN MAHASISWA DI UNIVERSITI MALAYA 1970-1986

Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias

[email protected]

LATIHAN ILMIAH JABATAN SEJARAH UNIVERSITI MALAYA 2004

Gerakan Mahasiswa Universiti Malaya 1970-1986 adalah latihan ilmiah Jabatan Sejarah Universiti Malaya pada tahun 2004. Ia ditulis oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias di bawah seliaan Prof Mohamad Redzuan Othman, mantan Naib Presiden ABIM. Penulis dikenali sebagai mamat_com di alam maya.

14

Page 2: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

GERAKAN PELAJAR SEBELUM 1970

‘belajar sambil mencabar, pengetahuan tidak terjuntai seperti pisang, bangsamu tidak maju tanpa pemimpin pengalaman(mencabar) dan terpelajar’

Ungku Aziz

1.0 PENDAHULUAN

Gerakan pelajar merupakan satu gerakan yang dipelopori segolongan anak muda yang menuntut di universiti. Gerakan pelajar muncul apabila ketidak-adilan sosial yang berlaku dalam masyarakat termasuk tribulasi dalaman yang dilakukan oleh penguasa universiti. Akibat tekanan yang hebat, mahasiswa telah mengambil langkah drastik bagi menonjolkan protes mereka melalui demonstrasi jalanan. Mahasiswa mempunyai falsafah perjuangan yang tersendiri berasaskan kesedaran dan kepekaan dalam permasalahan politik dan isu massa negara.

Menurut Mohamad Abu Bakar, falsafah perjuangan mahasiswa adalah manifestasi dari status mereka sebagai pelajar universiti, fungsi mereka sebagai rakyat yang sudah dewasa dan situasi mereka sebagai kumpulan individu yang seringkali terdedah kepada dunia semasa.1 Elemen ini memberi kesan kepada kehidupan mereka di dalam masyarakat khususnya di kampus. Oleh itu, pengaruh kemanusiaan ini mewujudkan aspirasi mahasiswa bagi menegakkan gagasan keadilan, kebenaran dan kebebasan.

Gagasan yang didokongi oleh gerakan pelajar ini diperjuangkan melalui proses interaksi gerakan pelajar dengan kerajaan dan penguasa universiti melalui medium diplomasi dan kekerasan. Tindakan lagha kerajaan dan penguasa universiti telah memberi alasan kepada gerakan pelajar mengambil langkah kekerasan seperti berdemonstrasi. Tindakan demonstrasi dilabelkan sebagai golongan kiri yang cuba menumbangkan kerajaan. Gerakan pelajar yang dilabel aliran kiri ini cukup penting dalam proses pembinaan sesebuah negara. Menurut Lipset, pelajar merupakan elemen penting dalam revolusi Jerman dan Austria pada tahun 1848 dan aktivis pelajar dilihat sebagai ‘Professors Parliament’ dalam usaha menumbangkan rejim monarki.2 Gambaran ini menjelaskan gerakan pelajar berperanan sebagai jurubicara masyarakat dan sedia menegak kepentingan masyarakat.

Oleh itu, dalam bab satu penulis memaparkan sejarah awal gerakan pelajar di Malaysia yang menjadi antara asas nasionalisme negara. Penulis juga cuba memperlihatkan indikasi-indikasi yang menyebabkan kebangkitan gerakan pelajar.

2.0 SEJARAH PENUBUHAN UNIVERSITI MALAYA

Universiti Malaya diwujudkan pada 8 Oktober 1949 oleh Ordinan Enated Legislatures of Federation of Malaya di Singapura. Maklumat daripada Report of Commission on University Education in Malaya di bawah Dr. Sir Alexander Carr Sauder yang mengatakan ia diwujud pada March 1947 oleh Secretary of State untuk kolonial dirujuk;

1 Mohamad Abu Bakar, “Falsafah Perjuangan Mahasiswa” dlm. Majalah Varsiti 1981/82, Kuala Lumpur: Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya, hlm. 137. 2 S.M Lipset, “ Students and Politic in Comparative Perspective”, dalam S. M Lipset and P. G Altbach(ed.), Student in Revolt, Boston: Houghton Mifflin Company, 1969, hlm. xv.

15

Page 3: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

‘to make recommendation, in the light of Report of the Commission of 1939 on Higher Education in the colonies, for the development of university education in Malaya’

Kenyataan ini merujuk kewujudan universiti baru hasil gabungan King Edward VII College of Medicine yang dibina pada tahun 1905 dan Raffles College(aliran Sains dan sastera) yang dibina pada tahun 1929 dalam pengajaran bahasa Inggeris. Pada peringkat awal Universiti Malaya ingin dibina di Johor Bahru pada tahun 1954 dengan keluasan 1000 ekar tetapi telah dibina di Kuala Lumpur di tapak 650 ekar.3 Di Kuala Lumpur, pembelajaran Universiti Malaya bermula pada tahun 1957 dengan mengambil 285 orang pelajar tahun pertama aliran sastera daripada kampus Singapura ke kampus Kuala Lumpur.

Pada tahun 1959, Universiti Malaya dibahagi dua divisyen iaitu satu di Kuala Lumpur dan satu di Singapura. Setiap divisyen mempunyai dekan dan Majlis Senat tersendiri tetapi universiti masih ditadbir oleh seorang Naib Canselor dan Majlis Pusat.4 Fakulti Sastera dan Sains terdapat di kedua-dua kampus. Fakulti Perubatan, Undang-undang, Pengajian China dan bidang falsafah hanya ada di Singapura dan di Kuala Lumpur pula terdapat Fakulti Kejuteraan(dimulai pada tahun 1958), Pengajian Melayu, Pengajian India dan Geologi.

Penubuhan universiti menyebabkan peningkatan taraf keilmuan dan kesedaran terhadap persekitaran5 terutamanya nasib masyarakat pribumi di luar bandar, isu bahasa dan masalah kebajikan pelajar serta penindasan golongan minoriti di negara tertentu. Universiti Malaya merupakan medan utama dan basic camp bagi gerakan pelajar menjalankan kegiatan mereka dalam usaha menyuarakan aspirasi pelajar dalam sesuatu isu.

3.0 PERKEMBANGAN PERSATUAN PELAJAR DI MALAYSIA.

Gerakan pelajar bermula seiring dengan perkembangan pendidikan di negara ini. Pada tahun 1816, sekolah pertama dibina oleh British iaitu Penang Free School. Pada tahun 1937, dunia pendidikan Tanah Melayu dikejutkan kelulusan pertama graduan Melayu dalam Senior Cambridge dan beliau adalah Abdul Wahab Mohd. Ariff. Beliau telah dianugerah Penang Free School Centenary Gold Medal pada tahun 1938 atas kecemerlangan pertama anak Melayu. Kejayaan Abdul Wahab mendorong rakan-rakan mendesak beliau memberi nasihat agar mereka turut cemerlang. Hasilnya Abdul Wahab menubuhkan pertubuhan pertama pelajar Melayu iaitu Malay Boys League yang bertujuan melahirkan lebih ramai pelajar cemerlang tetapi terpaksa dibubar kerana larangan pengetua.

Semasa menuntut di Singapura, Abdul Wahab telah menjadi Presiden Mahasiswa Islam Kolej Raffles dan Perubatan Singapura iaitu sebuah pertubuhan Melayu Islam. Pertubuhan pelajar Melayu penting bagi menyatukan pelajar Melayu.6 Jumlah pelajar yang kecil menyebabkan

3 Dr. R.S. Aitken(ketua), Report of The University Malaya Commission of Enquiry 1957, Singapore: Govt. Print. Office, 1957, hlm. 9-10.4 “ The University of Malaya: A Short History”, dlm. Majalah Varsity 1970, Kuala Lumpur: PMUM, 1970. hlm. 10-11.5 Hussain Mohamed, “Gerakan Pelajar di Malaysia: Satu Sorotan” dlm., Hussain Mohamed(ed.), Belia di Malaysia: Masalah, Gerakan dan Masa Depan, Kuala Lumpur: Aneka Publishing, 1997, hlm. 76.6 Jumlah Pelajar Melayu

Kolej Perubatan 25 orang daripada 312 orang pelajarKolej Raffles 33 orang daripada 300 orang pelajar

16

Page 4: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Abdul Wahab menyeru agar pelajar Melayu bersatu demi pelajaran.7 Persatuan Mahasiswa Islam Kolej di Singapura juga mendesak agar kerajaan menubuhkan Majlis Pelajaran Tinggi yang diletakkan di bawah penyeliaan seorang pegawai Melayu sebagai Ketua Pengarah Pendidikan.

Pada bulan April 1946, Aminuddin Baki seorang pelajar menengah atas Sekolah Anderson, Ipoh menubuhkan Persatuan Pelajar-pelajar Melayu Insaf(PERMI). Pada bulan Ogos 1947 PERMI cawangan Perak ditubuhkan. Perkembangan gerakan pelajar semakin pesat dengan penubuhan Kesatuan Persuratan Penuntut Melayu Selangor(KPPMS) pada tahun 1946 dan Kesatuan Penuntut Melayu Pahang pada tahun 1947. Kesatuan Penuntut Melayu berkembang pesat pada tahun 1949 dengan penubuhan cawangan di negeri seperti Kelantan, Negeri Sembilan, Kedah, Melaka dan Johor. Abdul Wahab telah mengetuai Jawatankuasa Persiapan Kongres Pelajar bagi menyatukan seluruh gerakan pelajar di Malaya.

Kongres Pelajar Melayu berlangsung di Maktab Teknik, Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1949. Pertubuhan yang hadir dalam kongres ini adalah Persatuan Penuntut-penuntut Muslim Maktab Teknik, PERMI(Perak), Persatuan Penuntut Melayu(Pahang, Selangor, Kuala Lumpur, Kajang) dan Persatuan Penuntut-penuntut Melayu Maktab Tanam-tanaman. Mereka membincangkan permasalahan pelajar Melayu dan bagaimana untuk bekerjasama. Pada jam 12 tengah hari, 15 Ogos 1949, kongres bersetuju menubuhkan Gabungan Penuntut-penuntut Melayu Semenanjung(GPMS) yang diketuai oleh Abdul Wahab.8 Apabila Universiti Malaya ditubuhkan di Singapura, GPMS mendesak agar Dr. G.V. Allen sebagai Naib Canselor kerana beliau bersimpati dengan orang Melayu. Tampuk pimpinan GPMS dikuasai oleh pelajar Universiti Malaya seperti Lokman Musa, Musa Hitam dan Abdullah Ahmad Badawi.

Kewujudan kampus Universiti Malaya di Kuala Lumpur telah mengalakkan perkembangan gerakan pelajar. Sebenarnya banyak persatuan yang telah ditubuhkan tetapi penulis menumpukan kepada persatuan yang berpengaruh di Universiti Malaya iaitu PMUM, PBMUM dan PMIUM. Semua pelajar di Universiti Malaya bernaung di bawah PMUM atau UMSU mula ditubuh pada 1 Januari 1962 seiring dengan hari penubuhan Universiti Malaya yang ditubuh di bawah Akta Universiti Malaya. Maka Persatuan Mahasiswa yang ditubuh pada 15 Januari 1959 telah berakhir pada penghujung 1961.9

Tujuan PMUM ialah memupuk kebajikan am badan mahasiswa, memajukan kegiatan sosial, kebudayaan dan mengadakan hubungan rasmi dengan badan lain.10 PMUM adalah badan pelajar yang diberikan kuasa untuk mewakili mahasiswa dalam semua perkara yang menyentuh kepentingan mahasiswa. PMUM11 diakui sebagai suara rasmi pelajar oleh pihak Universiti Malaya. PMUM adalah pertubuhan yang lantang bersuara memperjuangkan isu kampus, antarabangsa dan nasional.

United Kingdom 38 orangMaklumat ini dirujuk daripada; M.A. Fawzi Basri, “1948 GPMS Sebagai Badan Pelajar Kebangsaan” dlm. Cenderamata Jubli Perak GPMS, 1973, hlm. 59.7 The Sunday Tribune, 30.5.1948. Dirujuk daripada karya; Mohd Tajuddin, Aminuddin Baki, Petaling Jaya: Pelanduk Publication, 1987, hlm. 11.8 Mohd Tajuddin, Aminuddin Baki, hlm. 14.9 Buku Panduan PMUM 1974, Kuala Lumpur: PMUM, 1974, hlm. 8.10 “Satu Pengenalan: Persatuan Mahasiswa Universiti Malaya”, dlm. Majalah Varsity 1970, hlm. 8.11 Sebanyak 32 pertubuhan pelajar yang bergabung dengan PMUM dan 13 lagi pertubuhan pelajar tidak bergabung termasuk sebuah kelab politik pelajar(Kelab Sosialis). Lihat, Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus Universiti Malaya 1971, Kuala Lumpur: MAGERAN, 1971, hlm. 17.

17

Page 5: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

PMUM mempunyai kuasa menjalinkan hubungan rasmi dengan badan pelajar yang lain sama ada di dalam atau di luar negara. PMUM menyertai Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia(PKPM) yang merupakan wakil badan pelajar Malaysia dalam arena antarabangsa. PKPM telah ditubuhkan pada tahun 1958 dengan nama National Union of Federation Student(PKPPTM) dan ditukar nama kepada PKPM pada tahun 1962.12 PKPM yang didominasi oleh tokoh PMUM juga bergabung di bawah International Student’ Council yang berpusat di London dan menyambut 17 November setiap tahun sebagai Hari Pelajar Antarabangsa.

PBMUM pula ditubuhkan pada 29 Januari 1955 di Singapura dengan ahli seramai 27 orang semasa tahap awal. Di Singapura, PBMUM dikenali Persekutuan Bahasa Melayu Universiti Malaya dan perkataan persekutuan diganti dengan persatuan pada tahun 1969. 13 Penubuhan PBMUM adalah hasil usaha pensyarah dan pelajar fakulti Sastera seperti Lokman Musa, Noh Abdullah, Tahir Abdul Rahman dan Fatimah Hasyim. Walau bagaimanapun, idea penubuhan PBMUM telah dicetuskan oleh Ungku Aziz dan Za’ba sejak tahun 1954 lagi.14 Pada tahun 1956, keahlian PBMUM seramai 202 meningkat kepada 721 orang pada tahun 1965. Pada sesi 1970/1971, keahlian PBMUM adalah 3123 orang15 menjadi antara persatuan berpengaruh di Universiti Malaya.

PBMUM tidak bergabung dengan PMUM kerana hala tuju PMUM tidak selaras dengan perjuangan bahasa dan kebudayaan Melayu.16 Pengabungan akan membatasi peranan PBMUM. Teras perjuangan PBMUM berdasarkan Kongres Bahasa dan Persuratan Melayu pada tahun 1954 yang mendesak Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Hasrat ini bertambah kukuh apabila Majlis Undangan Persekutuan Tanah Melayu yang bersidang pada 31 Mei 1955 bersetuju menjadi Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.

Pada tahun 1969, PBMUM meminda perlembagaan dengan menambah isu perjuangan iaitu mengambil berat dan memperjuangkan pelajaran dalam Bahasa Melayu dan berusaha memperjuangkan keadaan bangsa dan negara. PBMUM mendakwa mereka adalah penyambung lidah rakyat bukanlah perjuangan perkauman tetapi perjuangan nasional.17 Menurut Kochiko Mazilo, pendekatan PBMUM bukan emosional dan radikal tetapi bagi batu timbang setiap pergerakan yang menyeleweng daripada aspirasi nasional. Bahasa Melayu dan dasar pelajaran adalah cita-cita rakyat yang taat kerana bahasa bukan soal politik dan pelajaran bukan persoalan ekonomi.18

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya(PMIUM) diwujudkan pada pertengahan tahun 1950an hasil inisiatif Syed Muhamad Naquib al Attas, seorang pelajar Islam di Universiti Malaya, Singapura. Walau bagaimanapun, peranan PMIUM mula menonjol dan rancak apabila Universti Malaya berpindah dari Singapura ke Kuala Lumpur. Pada tahun 1960, PMIUM di

12 Mariam Lim(ed.), Union Perspective 1969, Kuala Lumpur: PMUM, 1969, hlm. 72.13 Noordin Razak, PBMUM: Satu Kajian tentang Perubahan Sikap Mahasiswa Melayu, Latihan Ilmiah, Kuala Lumpur: Universiti Malaya, 1971, hlm. 7.14 Adnan Nawang, Za’ba: Patriot dan Pendeta Melayu, Kuala Lumpur: Yayasan Penataran Ilmu, 1994, hlm. 167.15 Lapuran Tahunan PBMUM 1970/1971. Kenaikan keahlian PBMUM disebabkan peningkatan jumlah kemasukkan pelajar Melayu ke Universiti. Lihat juga Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus Universiti Malaya 1971, hlm. 46-47.16 Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus Universiti Malaya 1971, Kuala Lumpur: MAGERAN, 1971, hlm. 16.17 Berita PBMUM. 28. Mei. 1971.18 Kochiko Mazilo, “Bahasa Bukan Soal Politik, Pelajaran Bukan Soal Ekonomi”, Utusan Malaysia, 23.10.1970.

18

Page 6: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

bawah pimpinan Hussein Ahmad berjaya mendapat tanah untuk Masjid ar-Rahman yang dibina pada tahun 1963. Pada tahun 1962, PMIUM bergabung di bawah PKPIM dengan menubuhkan Badan al Rahmaniah atau Badan Dakwah dan Kebajikan Islam SeMalaysia.

Pada tahun 1964, Syed Naquib pulang ke Tanah Air dan menjadi pensyarah di Jabatan Pengajian Melayu. Kepulangan Syed Naquib merancakkan lagi kegiatan PMIUM apabila beliau cuba menyerap idea ‘faham Islam’ ke dalam pemikiran pelajar. Beliau telah berjaya menangkis hujah yang dikemukakan oleh golongan Sosialis dan Nasionalis. PMIUM cuba melahirkan mahasiswa yang memahami al Quran dan Sunnah yang melaksanakan prinsip Islam dan menyatukan persaudaraan Islam. Pejuangan PMIUM tersebar melalui makalah seperti Suara PMIUM dan Jurnal Sejahtera.

4.0 GERAKAN PELAJAR DAN POLITIK

Politik melibatkan satu keadaan perebutan kuasa, satu sistem bagi mengadakan peraturan asas, penglibatan pemerintah dan pembangkang dalam usaha mewujudkan masyarakat yang sempurna.19 Gerakan protes adalah satu tindakan politik bagi menyaingi kekuasaan kerajaan. 20 Sifat intrinsiknya sukar dinyatakan tetapi ia harus ditangani dengan penuh bijaksana. Walau bagaimanapun, kondisi masyarakat tempatan antara alasan bagi organisasi pelajar mendesak untuk melakukan perlawanan sosial.21

Gerakan pelajar dan politik mempunyai hubungan rapat antara satu sama lain. Keterlibatan gerakan pelajar dalam politik terbahagi dua iaitu tahap dalaman kampus dan politik luar terutamanya politik nasional. Menurut Khong Kim Hoong, pelajar mesti aktif dalam politik supaya terlibat secara langsung dalam proses pembinaan bangsa dimana pelajar perlu berupaya menganalisis tentang persoalan demokrasi, kebebasan dan equality.22 Beberapa pertubuhan pelajar mempunyai jalinan ideologi yang rapat dengan pertubuhan politik dan pertubuhan bukan kerajaan. Perkara ini terbukti kumpulan Republik Islam yang pro-PAS mengalahkan kumpulan PKPIM-ABIM dalam pemilihan tampuk kuasa PMIUM pada tahun 1983.23 Politik juga merangsang kematangan para pelajar dalam memperjuangkan permasalahan rakyat dan membentuk bakat kepimpinan.

Isu politik dan penyertaan dalam parti politik merupakan unsur yang berbeza. Bagi mengelakkan para pelajar terlibat secara langsung dalam parti politik, pihak universiti wajar menubuhkan Current Affair Club iaitu kelab perbincangan politik.24 Dalam kelab perbincangan ini digalakkan perbezaan pendapat. Kritikan dan perbezaan dalam memberi pendapat akan memugarkan demokrasi yang berasaskan kebebasan bersuara dan pengetahuan hak asasi manusia.25 Secara idealnya, kezahiran Kelab Sosialis boleh mempertingkatkan kesedaran politik

19 “Mahasiswa dan Politik”, Kongres Kepimpinan Perdana Kebangsaan, 16-17 Oktober 1996, Jitra: Persatuan Sains Politik UUM.20 Qasim Ahmad, Kekerasan Dalam Sejarah, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 9.21 Ernest Mandels, “Gerakan Mahasiswa Revolusioner”, http://idealismahasiswa.com.my.22 Khong Kim Hoong adalah Presiden PMUM sesi 1969. Lihat Mariam Lim(ed.), Union Perspective 1969, hlm. 4. 23 Zainah Anwar, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Petaling Jaya: IBS Buku, 1990, hlm. 69.24 Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus Universiti Malaya 1971, hlm. 58.25 F. H. T. Rhodes, ‘The University and its Critics’ dlm. W.G. Brow & H.T. Shapiraled(ed.), University and Their Leadership, New Jersey: Princeton University Press, 1998, hlm. 4.

19

Page 7: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

di kalangan pelajar tetapi momentum kesedaran politik masih terhad pada lingkaran pelajar berjiwa kiri sahaja.26

Kewujudan arena politik kampus mewujudkan fenomena persaingan dalam mencari pengaruh demi kepentingan pertubuhan pelajar yang diwakili. Menurut Maurice Duverger,27 proses ini dikenali sebagai ideological decentalization. Penyebaran ideologi merangsang suasana diskusi, persaingan intelektual, perdebatan dan kemahiran berpolitik. Pertubuhan pelajar yang berpengaruh sering menghangatkan suasana politik kampus Universiti Malaya ialah Kelab Sosialis(1960an-1974), PBMUM(1960an-1974), PMIUM(1971-2003), Barisan Mahasiswa Bersatu(1990an), Gagasan Mahasiswa(1997-2003).

5.0 ISU DAN PENDEKATAN: MERINTIS JALAN KE PUNCAK

Secara umumnya, gerakan pelajar muncul di institusi pendidikan seperti universiti, maktab dan pondok. Pada awal 1930an, beberapa lulusan Maktab Perguruan Sultan Idris telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda yang menentang penjajah British dan menuntut kemerdekaan.28 Penubuhan Universiti Malaya membawa perspektif baru bagi gerakan pelajar dalam berorganisasi dan berjuang. Di bawah adalah sebahagian isu utama29 dan pendekatan gerakan pelajar secara progresif dalam penyelesaian isu kampus dan masyarakat sekitar akhir 1960an.

5.1 Isu Tanah di Teluk Gong.

Dalam bulan September 1967, PBMUM telah mengadakan Simposium ‘Masalah Penduduk Luar Bandar’ bertujuan membincangkan dan mengkaji masalah yang dihadapi oleh penduduk luar bandar. Permasalahan yang dibincang mencakupi persoalan pendidikan, nasib wanita, kemudahan dan ekonomi orang Melayu di luar bandar. PBMUM telah menggunakan platform simposium ini bagi menyuarakan pembelaan yang harus dilakukan ke atas rakyat miskin dan terbiar di desa.30

Walaupun perjuangan PBMUM dilihat dalam konteks positif, sesetengah pihak berpandangan PBMUM di bawah pimpinan Sanusi Osman terpengaruh dengan cita-cita fahaman Sosialis. Impak simposium ini, PBMUM bersama dengan PMUM31 telah memperjuangkan isu Teluk Gong. Pada 10 Ogos 1967, Hamid Tuah32 bersama pengikutnya telah membuka tanah

26 Temuramah Mohamad Abu Bakar, 2.1.2003. Pelajar harus bebas membicarakan tentang ideologi dan mengkritik. Lihat, Majalah Varsity, 1965, hlm. 13.27 Maurice Duverger, Political Parties: Their Organization and Activity in the Modern State, London: Methuen, 1967, hlm. 54.28 Hasan Karim, “Perjuangan Pelajar Di Malaysia” dlm. Hasan Karim(ed.), Bersama Rakyat: Gerakan Mahasiswa 1967-74, Petaling Jaya: INSAN, 1984, hlm. 1.29 Sebenarnya banyak isu yang diperjuang oleh pelajar. Penulis memilih isu yang penting sahaja kerana terdapat isu luar daripada lingkaran kajian penulis. Bagi mengetahui lebih lanjut, lihat Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat.30 Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 57. 31 PMUM dengan PBMUM dapat bekerjasama kerana pimpinan kedua-dua pertubuhan dikuasai oleh pemimpin Kelab Sosialis iaitu Sanusi Osman dan Syed Hamid Ali.32 Wira petani yang memperjuang isu tanah rakyat. Beliau adalah cucu Sheikh Abdul Wahab, guru agama Sultan Langkat yang berasal dari Babus Salam, Tanjung Pura, Langkat Sumatera Utara. Ramai murid Abdul Wahab berhijrah ke Selangor pada tahun 1930an telah meminta bantuan beliau dalam penyelesaian isu penerokaan tanah. Selain Teluk Gong, Hamid Tuah juga terlibat memimpin rakyat dalam isu tanah di Bukit Ceraka, Subang(1950an), Batu 5, Jalan Banting(1961) dan Merbau Berdarah(1969).

20

Page 8: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

haram untuk petempatan dan pertanian di Teluk Gong. Pada 21 Ogos 1967, seramai 530 petani telah menanam sayur-sayuran dan membina penempatan di atas tanah 1000 ekar.33 Pada bulan September 1967, kerajaan memberi amaran supaya tanah tersebut dikosongkan dalam tempoh seminggu. Kerajaan telah bertindak menangkap Hamid Tuah34 dan pengikutnya35 yang enggan menurut perintah dan memusnahkan petempatan haram tersebut.

Pada 14 Oktober 1967, pelajar mengadakan sudut pidato membidas pihak kerajaan Selangor dan mendesak agar Hamid Tuah dan rakan-rakannya dibebaskan. Mereka telah berarak dan berpiket di depan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor. Perarakan itu dapat disuraikan oleh FRU setelah pihak PMUM melalui Setiausaha Agung PMUM, Syed Hamid Ali berjaya menghantar memorandum.

Pada 15 Oktober 1967, sudut pidato diadakan lagi dengan luahan isteri Hamid Tuah, Syarifah Aini dan Dam Huri(anak beliau) di hadapan kira-kira 200 orang pelajar. Pelajar telah mengutip derma sebanyak RM500, pakaian dan susu untuk diagihkan kepada pengikut Hamid Tuah.

5.2 Isu Penglibatan Pelajar Dalam Pilihanraya 1969.

Gerakan pelajar mengalami tranformasi secara radikal dalam politik apabila melibatkan diri dalam pilihanraya Umum 1969. Pada bulan April dan Mei, PMUM telah bersedia dengan membuat persiapan bagi menyertai kempen pilihan raya. PMUM cuba memberi gambaran sebenar tentang politik nasional dengan menggunakan pedekatan non racial. Pada 19 April 1969, PMUM telah mengeluarkan satu manifesto yang dikenali Manifesto Mahasiswa36 sebagai asas perjuangan.

PMUM telah menyediakan manifesto yang bebas daripada sifat perkauman yang diamalkan dalam politik nasional. Pembebasan daripada unsur perkauman dalam manifesto diakui oleh Jawatankuasa MAGERAN Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut Di Kampus Universiti Malaya.37 PMUM dalam manifestonya memperjuangkan isu-isu masyarakat seperti hak-hak demokrasi, perpaduan nasional, reformasi pelajaran, kesihatan, gaji minimun, reformasi pertanian dan dasar luar.38 Pelajar ingin melahirkan masyarakat yang adil dan seimbang dimana penindasan manusia ke atas manusia lain tidak kedapatan.

PMUM telah turun padang dalam kempen pilihanraya 1969 dengan mengadakan rapat umum secara besar-besaran di bandar-bandar utama seperti Kuala Lumpur, Klang, Ipoh dan

33 Sanusi Osman, Kelaparan Tanah di Kalangan Kaum Tani Malaya, Latihan Ilmiah, Jabatan Pengajian Melayu Universiti Malaya, 1968, hlm. 95. 34 Utusan Malaysia. 27. 9. 1967.35 Pengikut Hamid Tuah ditahan selepas beberapa hari beliau ditahan. Lihat Utusan Malaysia. 12.10.1967. Antara ditahan adalah Yahya Zainuddin dan Dam Huri(anak Hamid Tuah). 36 Manifesto dibuat oleh Majlis Sementara PMUM yang dianggotai 7 ahli yang dipilih pada bulan Disember 1968 berikutan pembubaran Majlis PMUM ke 11 dan diluluskan dalam Mesyuarat Agong Tahunan Majlis PMUM ke 12 sebagai panduan dan penyataan sikap PMUM terhadap politik. Lihat, Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus Universiti Malaya 1971, hlm. 29.37 Laporan Jawatankuasa Majlis Gerakan Negara Mengkaji Kehidupan Penuntut-penuntut di Kampus Universiti Malaya 1971, hlm. 57.38 Manifesto Mahasiswa 1969. Manifesto ini bersalahan dengan Ordinan Kesalahan Pilihanraya 1954 yang melarang badan bukan politik terlibat dalam politik.

21

Page 9: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Petaling Jaya. Rapat umum mempamerkan bakat politik dari segi idealis dan karismatik pimpinan pelajar seperti Syed Hamid Ali, Khong Kim Hoong dan Yoong Suan.39 Sebanyak 13 rapat umum diadakan dengan kehadiran 100,000 orang rakyat menunjukkan betapa besar pengaruh gerakan pelajar di kalangan rakyat sehingga pimpinan PMUM tidak dibenarkan ke negeri Pantai Timur.

5.3 Impak Peristiwa 13 Mei.

PBMUM mengadakan sidang tergempar pada 11 Julai 1969 telah meletakkan kesalahan di bahu pucuk pimpinan negara ekoran peristiwa hitam itu dengan meluluskan undi tidak percaya terhadap Tunku. PBMUM bersama kumpulan anti Tunku telah menyatakan kegagalan Tunku melalui pelbagai wasilah seperti banner, surat layang dan Berita PBMUM. Penemuan banner yang tergantung di Masjid ar Rahman dengan slogan ‘Regim Tengku Imperialis dan Feudalis’ dan ‘Tengku, berhentilah’ pada 17 Julai 1969 mengecewakan hati Tunku.40

Pada peringkat awal PMUM tidak terlibat dalam pertikaian mahasiswa dengan Tunku tetapi Tunku telah menuduh Presiden PMUM, Syed Hamid Ali terlibat dalam menguruskan perarakan mayat pemuda Cina yang ditembak oleh polis di Kepong.41 Syed Hamid Ali menyangkal tuduhan Tunku42 dan mengajak Tunku berdebat. Kerajaan telah mula mengendurkan keadaan dengan mengubah kenyataan daripada mengurus perarakan kepada bersama-sama berada di balai polis untuk meminta kebenaran.43 Syed Hamid menjelaskan beliau hanya jurubahasa antara penganjur dengan polis.44

Pada 28 Ogos 1969, pelajar mengadakan sudut pidato yang ditaja oleh PBMUM sempena Konferensi Internasional mengenai Drama dan Muzik Tradisonal telah mengutuk Tunku. Seramai 1000 orang pelajar berarak ke Dewan Tunku Canselor dan bertembung pasukan FRU yang telah menembak 10 das gas pemedih mata. Pelajar tidak berpuashati telah mendakwa pihak polis mencabul hak autonomi universiti.45

Pada 29 Ogos 1969, demonstrasi diadakan bagi mendesak agar hak autonomi dikekalkan telah dihadiri 1000 orang pelajar di sudut pidato. Pada malam hari tersebut, polis menahan Naib YDP PBMUM, Hanafiah Ishak, Aziz Deraman(Setiausaha Penerbitan PBMUM), Yusuf Embi(ahli PBMUM) dan Syed Hamid di bawah undang-undang Ketenteraman Awam dan Mencegah Jenayah 1969. Pada 2 September 1969, pelajar tersebut dibebaskan setelah perbincangan diadakan antara wakil pihak pelajar dengan kerajaan46 dan desakan 10 badan pelajar antarabangsa seperti Federation of United Kingdom and Eire Malaysian and Singapore Student Organization(FGEMSO).

39 Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 81.40 Luahan perasaan Tunku boleh dilihat dalam memoirnya. Tunku Abdul Rahman, 13 Mei: Sebelum dan Selepasnya, Kuala Lumpur: Utusan Melayu, 1969, hlm. 145-147.41 Mingguan Malaysia, 20.7.1969. Pemuda itu bernama Lim Sun Seng, lihat Berita Harian, 5.5.1969.42 Utusan Malaysia, 21.7.1969. Walau bagaimanapun, PMUM bersimpati dalam peristiwa kematian ahli Parti Buruh tersebut. Lihat, Berita Harian, 6.5.1969.43 Utusan Malaysia, 21.7.1969.44 Utusan Malaysia, 22.7.1969.45 Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 95.46 PBMUM menghantar delegasi yang diketuai Syed Naquib al Attas(Dekan Fakulti Sastera) manakala delegasi PMUM diketuai oleh Pemangku Presiden PMUM, Toh Kim Chye untuk bersemuka dengan Menteri Dalam Negeri, Tun Dr. Ismail.

22

Page 10: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Pada 27 September 1969, suasana kembali tegang apabila PBMUM mengadakan sudut pidato di depan perpustakaan yang telah dihadiri oleh 300 orang pelajar. Sudut pidato pada hari tersebut bertujuan membincangkan buku yang dihasilkan oleh Tunku iaitu 13 Mei: Sebelum dan Selepasnya. Pelajar telah membakar buku ini sebagai tanda protes dengan alasan ia bersifat mitos dan subversif yang menimbulkan sifat perkauman dan satu tuduhan yang melulu.47 Anwar Ibrahim(YDP PBMUM), protes yang diadakan pada hari itu berikutan tuduhan Tunku dalam buku tersebut adalah tidak tepat.48 Tunku meletakkan jawatan49 pada 22 September 1970 dan diganti oleh Tun Razak.

5.4 Isu Bahasa dan Dasar Pelajaran.

Isu Bahasa sangat penting bagi menjamin survival orang Melayu dan menguatkan lagi perpaduan rakyat di Malaysia. Kedaulatan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan perlu terjamin selaras dengan perlembagaan negara dimana bahasa kebangsaan adalah Bahasa Melayu dan orang bukan Melayu diberi peluang sekurang-kurang 10 tahun untuk bertranformasi dari berbahasa Inggeris kepada berbahasa Melayu.50 Bahasa Melayu dilihat sebagai wahana bagi negara mencapai perpaduan diantara rakyat yang pelbagai kaum. Dalam Penyata Razak telah dijelaskan matlamat dasar pendidikan adalah menyatukan segala bangsa dibawah sistem pendidikan nasional yang menggunakan bahasa kebangsaan.51

Bagi memenuhi agenda bahasa kebangsaan, pada 28 hingga 29 September 1968, PBMUM mengambil inisiatif dengan mengadakan Simposium Dasar Pelajaran Kebangsaan merupakan lanjutan Seminar Bahasa Kebangsaan pada tahun 1966. Simposium ini dihadiri oleh 30 buah pertubuhan dan menyatakan resolusi agar penubuhan Universiti Kebangsaan diwujudkan selewat-lewat pada tahun 1970 dan kerajaan perlu tegas dalam pelaksanaan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

Perjuangan menegak Bahasa Melayu merupakan perjuangan berterusan. Bahasa Melayu adalah sumber adipenting bagi nasionalisme.52 Secara umumnya, gerakan pelajar bersetuju pelaksanaan dasar Bahasa Melayu. Cuma berlaku dikotomi dalam kaedah pelaksanaan. PBMUM mahukan perubahan secara drastik dimana Bahasa Melayu perlu digunakan secara meluas dalam kursus di Universiti Malaya bukan hanya di fakulti Sastera yang dimulakan pada tahun 1970. Tuntutan PBMUM disokong oleh Kelab Sosialis. PMUM pula mahu pelaksanaan dilakukan berperingkat-peringkat. Kenyataan PMUM dikecam oleh PBMUM sebagai satu propanganda dan helah. PBMUM mecabar Setiausaha Agung PMUM, Encik Oon meletakkan jawatan.53 Isu bahasa telah memberi impak kepada dua demonstrasi;

a. Bantahan Peletakan Jawatan Abdul Rahman Yaakob.

47 Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 102.48 Utusan Malaysia, 3.10.1969.49 Walaupun Tunku meletakkan jawatan, PBMUM masih mengkritik Tunku. Contoh, isu pencen, seramai 200 berdemonstrasi membantah pembayaran $4000 sebulan dan saguhati sebanyak $200,000 kepada Tunku. Pembayaran ini tidak relevan kerana Tunku masih memperolehi gaji sebagai Setiausaha Agong OIC. Lihat Utusan Malaysia, 1.10.1970.50 Report of Federation of Malaya Constituitional Commission 1957, hlm. 74. Penggunaan Bahasa Melayu di kampus cuba diusahakan oleh golongan Nasionalis sejak 1960 dengan mengadakan minggu bahasa. Varsity, 1961, hlm. 60.51 Laporan Jawatankuasa Pelajaran 1956, hlm. 352 Berita Pelajar, November/Disember 1968.53 Utusan Malaysia, 9.4.1970.

23

Page 11: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Menteri Pelajaran Dato Abdul Rahman Yaakob akan meletakkan jawatan untuk menjawat jawatan Ketua Menteri Sarawak. Pada 7 Julai 1970, wakil PBMUM dan PMIUM pergi kediaman Tun Razak ingin mengetahui keadaan sebenar. Pada 9 Julai 1970, seramai 2000 ahli PBMUM melakukan demonstrasi mendesak supaya perletakan jawatan ditarik balik. Pelajar berarak ke luar kampus disertai pelajar Universti Kebangsaan. Demonstrasi bersurai setelah mendapat mesej bahawa Abdul Rahman datang ke Kuala Lumpur untuk menjelas isu ini. Pada 10 Julai 1967, Abdul Rahman menjelaskan Dasar Bahasa Melayu tidak akan berubah walaupun beliau tiada.

b. Demontransi Papan Tanda.

Pada 5 Oktober 1970, PBMUM memcabar tindakan pensyarah yang tidak mahu mengajar dalam Bahasa Melayu dalam bilik kuliah A di fakulti Sastera.54 PBMUM curiga tentang pelaksanaan Bahasa Melayu di universti. Menurut Anwar Ibrahim, surat kepada Naib Canselor kepada PBMUM bertarikh 4 Julai 1969 menjelaskan penggunaan Bahasa Melayu dalam proses perbincangan oleh Majlis Senat. PBMUM juga kecewa sikap pentadbir Universiti Malaya yang meremeh pelaksanaan Bahasa Melayu walaupun pentadbir universiti berjanji memperluaskan penggunaan Bahasa Melayu.55

Pada jam 10.00 pagi hari tersebut, PBMUM mengadakan sudut pidato dan berarak yang disertai 3000 orang pelajar. Mereka menyerbu fakulti Sains, Sastera, Pendidikan dan pusat petadbiran dengan mengecat kenyataan berbahasa Inggeris termasuk perkataan ‘UMSU’ yang terdapat pada bas PMUM dan no parking dengan warna merah dan hitam. Pelajar juga membakar surat berbahasa Inggeris.

5.5 Isu Antarabangsa: Pencerobohan Rusia ke atas Czekslovakia

Selain isu tempatan, gerakan pelajar juga mempunyai daya responsif terhadap isu antarabangsa. PMUM selalu memainkan peranan utama dalam persoalan isu antarabangsa. Pimpinan PMUM yang menguasai tampuk pentadbiran PKPM yang merupakan wakil badan pelajar di Malaysia mempunyai hubungan dengan badan pelajar negara lain di peringkat antarabangsa. Pada bulan Ogos 1968, pakatan Warsaw yang diketuai oleh Rusia memceroboh Czekslovakia. Gerakan pelajar di seluruh dunia menyatakan penentangan terhadap tindakan Rusia.

Pendudukan Rusia selama 6 minggu56 mencabul kedaulatan sesebuah negara yang bebas telah menyemarak semangat protes di kalangan pelajar. Pelajar Universiti Malaya dan Singapura mengutuk tindakan Rusia walaupun Rusia beralasan menghapuskan puak deviationist di Czekslovakia.57 Sebenarnya kemasukan berpunca apabila Alexender Dubcek(Setiusaha Agung Parti Komunis) mahu melakukan reformasi dalam Parti Komunis Czekslovakia. Perubahan itu disokong oleh golongan pelajar negara itu. Pada 28 Ogos 1968, seramai 150 pelajar Universiti Malaya berarak mengadakan demonstrasi di hadapan kedutaan Rusia bagi mengecam tindakan Rusia. Perarakan itu berjaya disurai oleh FRU setelah menggunakan gas pemedih mata.

Pada 27 Ogos 1969, seramai 1000 orang pelajar menunjukkan perasaan di hadapan Kementerian Dalam Negeri dibawah pimpinan Syed Hamid Ali. Reaksi pelajar Malaysia terbit

54 Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 108.55 Utusan Malaysia, 31. 12. 1969.56 Berita Pelajar Special, Oktober 1968.57 Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 70.

24

Page 12: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

apabila pertubuhan pelajar Czekslovakia iaitu Czech Student Union menolak perjanjian dengan Rusia;

‘never resign themselves to result of the Moscow negotiations’58

6.0 KESIMPULAN

Sebelum tahun 1970, aktiviti pelajar boleh dibahagikan dua era iaitu sebelum tahun 1965 yang bersifat kebudayaan dan ilmiah dan selepas tahun 1965 hingga 1970, kemunculan pelajar progresif yang mahu perubahan terutamanya dalam masyarakat. Keterlibatan pelajar dalam masyarakat memperluaskan objektif sosial pelajar agar tidak terkongkong dalam bidang akademik semata-mata. Bakat kepimpinan yang dimiliki oleh Syed Hamid Ali dan Anwar Ibrahim membolehkan pelajar menjadi jurubicara masyarakat agar suara rakyat didengari oleh penguasa politik. Asas gerakan pelajar pada akhir 1960an akan mempengaruhi suasana politik kampus pada dekad seterusnya.

GERAKAN PELAJAR 1970-1974Oleh Mohamad Ridhwan Bin Alias

(mamat_com)tokawang_sufi@yahoo

“bagi kita, zaman tolak ansur sudah mati! Sudah kita kuburkan bersama sama keranda jingga yang berbalut dengan segala janji dan kepalsuan manusia”

Noordin Razak

1.0 PENDAHULUAN

Era 1960an dilihat sebagai permulaan kebangkitan gerakan pelajar di Malaysia dan gerakan ini memuncak pada era 1970an. Dalam bab ini penulis akan membincangkan kebangkitan pengaruh kesedaran Islam59 di kampus, pengolakan dalam politik kampus dan isu serta kegiatan yang dijalankan oleh pelajar. Pada tahun 1970an dilihat sebagai pemberi impak maksimun kepada gerakan pelajar pada masa hadapan. Penyelewengan dan ketidaktegasan pemerintah dan penguasa universiti dalam menangani isu rakyat, isu antarabangsa dan isu dalam kampus menyebabkan mahasiswa bangkit dengan menggunakan kaedah kekerasan. Natijahnya berlaku pengulatan antara kerajaan dan penguasa universiti dengan mahasiswa sehingga dilihat mengancam keselamatan negara.

2.0 FAKTOR PENINGKATAN KESEDARAN ISLAM DI KALANGAN PELAJAR

58 Berita Pelajar Special, Oktober 1968.59 Kesedaran politik dan ekonomi adalah faktor kemajuan Islam. Idea perkembangan Islam semasa pada asasnya ialah reaksi orang Islam terhadap proses pembaratan dan pemodenan. Lihat, Muhamad Abu Bakar, “Pandangan dan Teori Mengenai Islam Semasa: Satu Tinjauan Kritis” dlm. Islamika III, Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Islam, 1985, hlm. 269.

25

Page 13: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Islam adalah ad-din yang biasa dimaknakan sebagai agama oleh orang Muslim dan sarjana Barat. Islam bukan setakat agama tetapi satu sistem yang meliputi gaya hidup manusia Islam dalam pelbagai hal kemanusiaan termasuk politik, sosial dan ekonomi. Ad din ini bercenderungan secara semulajadi pada diri insani yang mendorongnya untuk berdayausaha membentuk masyarakat dan menyusun cara hidup bermasyarakat, mentaati hukum dan undang-undang dan mencapai pemerintahan yang adil.60 Juteru, fahaman agama Islam dengan agama lain jelas berbeza.

Kesedaran Islam bukanlah fenomena yang baru di Malaysia, Islam dari dahulu lagi merupakan daya yang kuat dalam politik orang Melayu.61 Islam adalah asas perjuangan Abdul Rahman Limbung dalam menentang British. Penerusan pengaruh Islam sebagai ‘force’ dalam sesuatu gerakan dapat dilihat dalam gerakan Islah di Tanah Melayu pada tahun 1906 hingga 1948.62

Kemuncak pengaruh Islam dalam satu gerakan politik di Malaysia dengan kezahiran Hizbul Muslimin pada bulan Mac 1948. Hizbul Muslimin ditubuhkan oleh Haji Abu Bakar al Baqir di Madrasah El-Ehya as-Sharif di Gunung Semanggol, Perak. Pertubuhan ini dirancang untuk menjadi platform kepada perjuangan politik Islam sebagaimana Mashumi di Indonesia. Idea pembentukan parti ini bersendikan cita-cita Islamiyah dan objektifnya mencapai kemerdekaan.63 Dalam memperjuangkan kemerdekaan ini, barulah Islam menjadi sumber ideologi politik64 orang Melayu dan ia diteruskan oleh PAS apabila Hizbul Muslimin diharamkan.

Juteru, peningkatan kesedaran Islam bukan satu elemen luar biasa di Malaysia. Di bawah terdapat beberapa faktor kebangkitan kesedaran Islam di kalangan pelajar di kampus;

2.1 Pengaruh Tokoh Islam

Sejak kejatuhan khalifah Uthmaniyah pada tahun 1924, idea haraki Islam mula bercambah di wilayah Islam bagi mengembalikan kegemilangan Islam. Idea haraki yang paling popular ialah idea dari kumpulan Ikhwanul Muslimin yang diasaskan oleh Hasan al Banna pada tahun 1928 di Ismailiah.65 Idea haraki telah dikembangkan oleh Abul Ala’ Maududi yang menubuh Jamaat-i-Islami pada 26 Ogos 1941.66

Maududi lebih dikenali dengan idea kepimpinan Ilahi dimana Allah sebagai pentadbir bumi dan segala keputusan dan perundangan milik Allah.67 Idea Maududi banyak mempengaruhi tokoh ideolog ABIM yang pulang dari England.68 Pelajar radikal Islam pula berpegang kepada idea Syed Qutb, salah seorang ideolog Ikhwan. Syed Qutb memperkenal teori hakimiyah berasaskan kedaulatan Ilahi bukan kedaulatan rakyat yang difokuskan oleh sistem sekular. Syed Qutb telah membahagikan masyarakat kepada dua kumpulan iaitu jahiliah dan Islam.69 Idea tokoh

60 Syed M. Naquib al Attas, Islam: Faham Agama dan Asas Akhlak, Kuala Lumpur: ABIM, 1977, hlm. 9.61 Firdaus Abdullah, Radical Malay Politic: Its Origin and Early Development, Petaling Jaya: Penerbitan Pelanduk, 1985, hlm. 62 Lihat W. R. Roff, Nasionalisme Melayu, Kuala Lumpur: Penerbit Universiti Malaya, 2003, hlm. 87. 63 Mohamad Abu Bakar, “Ulama Pondok dan Politik Kepartian di Malaysia 1945-1985” dlm. Norazit Selat(ed.), Ekonomi dan Politik Melayu, Kuala Lumpur: Akademik Pengajian Melayu, 1997, hlm. 158.64 Firdaus Abdullah, Radical Malay Politic, hlm. 3.65 Fadhlullah Jamil, Islam Di Asia Barat Moden, Kuala Lumpur: Thinker’s Library, 2000, hlm. 232.66 Musthafa M. Thahhan, Iman Abul A’la al Maududi, Kuala Lumpur: Pustaka Hidayah, 2004, hlm. 29.67 Sayid Abul A’la Maududi, Proses Pembinaan Negara Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2000, hlm. 27.68 Antaranya tokoh MSIG iaitu Kamaruddin Jaafar(pensyarah UKM)69 Sayyid Qutb, Inilah Islam, Kuala Lumpur: Pustaka Salam, 2000, hlm. 67.

26

Page 14: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

haraki seperti Said Hawwa, Syed Qutb, Hasan al Banna, Maududi dan Mustafa al Sibai merupakan tema diskusi dalam usrah-usrah pelajar.

Kepulangan Syed Naquib al Attas70 pada tahun 1964 dan menjadi pensyarah di Universiti Malaya merangsang pelajar memahami Islam. Beliau telah menjadi mentor kepada PMIUM dan PBMUM dimana selepas kuliah pelajar akan tertumpu di rumah atau pejabat beliau untuk berdiskusi. Beliau juga berjaya menangkis hujah golongan Sosialis dan Nasionalis sempit yang menguasai kampus pada masa itu. Idea Islam beliau yang lebih liberal berjaya menarik tokoh pelajar Islam termasuk Anwar Ibrahim.

2.2 Pengaruh PKPIM dan ABIM.

Kewujudan ABIM dan PKPIM telah merangsang aktiviti-aktiviti Islam di kampus.71 Pengaruh ABIM dan PKPIM telah menyerap masuk ke dalam PMIUM dan PBMUM dengan pengarapan idea amal Islami. Pelajar Islam mula berdiskusi dan mengkaji idea tokoh Islam dalam usrah dan forum mereka. Usrah penting dalam memantapkan akidah disamping pengikat tali persaudaraan sesama ahli.72

Impak maksima telah berlaku dalam thaqafan(kebudayaan) pelajar dimana mereka cuba mengimplementasi amal Islami dengan cara mentarbiyah, mengubah kebiasaan umum, menyedarkan prinsip kebenaran kepada manusia melalui wasilah seperti kelas pengajian, ceramah, mengadakan kebajikan dan perkhidmatan.73 Kejayaan ABIM melalui Yayasan Anda dan Institut SOFAR iaitu satu pusat pembelajaran bagi pelajar tercicir dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia dan Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia.74 Yayasan Anda berjaya mentarbiyah pelajar dengan prinsip, etika dan moral Islam sehingga menjadi kader-kader Islam di kampus. Hasil graduan Yayasan Anda telah memasuki universiti pada tahun 197475 menampilkan imej Islamis seperti bertudung.

2.3 Kesedaran Tentang Nasib Bangsa Melayu.

Kebangkitan pengaruh Islam di kampus berlaku apabila pelajar luar bandar menghadapi proses pembenturan kebudayaan dimana mereka masih kuat dengan pegangan agama Islam terpaksa berdepan dengan suasana masyarakat kampus berbudaya cara hidup Barat. Juteru, kelompok ini telah berkumpul dalam satu jamaah bagi mengelak dan membendung gejala negatif ini. Mereka berkeinginan untuk meneruskan perkembangan Islam.76

Kehadiran pelajar luar bandar di dalam kampus juga membangkitkan kesedaran tentang nasib bangsa yang masih regress(mundur) dan miskin. Kesedaran ini dipelopori oleh mahasistua dimana 80% terdiri daripada bekas guru sama ada dari maktab atau madrasah dan mereka yang

70 Syed Naquib, Deliar Noer dan Ismail al Faruqi adalah hero bagi ABIM-PKPIM. Lihat, Judith Nagata, The Reflowering of Malaysia Islam, Vancouver: University of Colombia Press, 1984, hlm. 90.71 Temuramah Mohamad Abu Bakar, 2.1.2003.72 Ya’akub M. Hussin, Usrah dan Harakah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, 2001, hlm. 27.73 Mazin Farrukh, Amal Islami, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Fajar, 1989, hlm. 15.74 Zainah Anwar, Kebangkitan Islam Di kalangan Pelajar, Kuala Lumpur: IBS Buku, 1990, hlm. 42.75 Ibid., hlm. 35. Kader ABIM telah mengukuhkan kekuasaan dalam PMIUM. Mohamad Redzuan Othman(Presiden PMIUM sesi 1980/81) adalah bekas pengajar di Institut SOFAR sejak tahun 1977 dan Azmi Shah Suratman(Timbalan Presiden PMIUM sesi 1981/82 dan Presiden PKPIM 1984/85) adalah bekas pelajar Institut SOFAR pada tahun 1979. 76 Mahayudin Haji Yahaya, Islam di Alam Melayu, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2001, hlm. 247.

27

Page 15: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

insaf dengan suasana masyarakat Melayu.77 Jika dibanding masyarakat Melayu dengan masyarakat lain terutamanya orang Cina di Malaysia terdapat jurang dalam ekonomi dan pendidikan yang cukup ketara.

Masyarakat Melayu hidup sebagai masyarakat tani yang miskin dan bergantung keperluan hidup dengan kedai Cina di bandar. Bagi memasuki sektor ekonomi, orang Melayu didikriminasi oleh British dan orang Cina melalui bank-bank dimana bank tidak melayan permintaan pinjaman peniaga Melayu.78 Oleh sebab itu, orang Melayu gagal bersaing dalam ekonomi moden yang berasaskan modal.

Dalam pendidikan pula, orang Melayu masih mengalami masalah kemudahan sekolah di luar bandar dan kekurangan biasiswa untuk ke peringkat universiti.79 British pula cuba menyekat peluang orang Melayu luar bandar memperolehi pendidikan yang lebih tinggi. Sistem pelajaran yang diamalkan oleh British menuju kepada pembentukan masyarakat berkasta.80 Perbezaan berdasarkan keturunan, warna kulit, kedudukan ekonomi dan sosial telah bercambah dengan kewujudan aliran Inggeris di Tanah Melayu.

Juteru, atas kesedaran inilah gerakan pelajar terutamanya pelajar Melayu-Islam telah mula mengorak langkah menyusun program membantu penduduk luar bandar. PBMUM dan PMIUM bersama PKPIM telah memgembleng tenaga melaksanakan program Gerakan Kempen Kesedaran(GKK) yang bermula pada 1968.81 Mereka tinggal bersama masyarakat untuk menyelami masalah rakyat dan mengadakan projek kemasyarakatan Program ini juga dijadikan sebagai wahana untuk menyampai dakwah. Kesedaran nasib bangsa Melayu ini menyebabkan pelajar merasakan mereka sebagai agen perubahan bagi memajukan masyarakat, menghapuskan kezaliman dan membantu masyarakat.

3.0 PENGULATAN DI KAMPUS

Walaupun kesedaran tentang Islam meningkat, kumpulan pelajar Islam bukanlah kuasa yang memdominasi politik kampus kerana kampus masih lagi dikuasai oleh golongan pelajar Sosialis. Kumpulan pelajar Islam lebih merapati golongan Nasionalis seperti PBMUM dalam mengimbangi pengaruh pelajar Sosialis. Perjuangan sesuatu isu dan keinginan mengekalkan kuasa mewujudkan suasana hangat di kampus. Kuasa dicari bukanlah untuk dijadikan alat bagi mencapai matlamat murni tetapi untuk menguasai kekuatan dan menentang musuh dalam mengekalkan kuasa yang sedia ada.82 Oleh sebab itu berlaku pencakaran antara pelajar dan krisis pelajar dengan pentadbir yang ingin mengekalkan status quo. Penulis cuba mengarapkan beberapa krisis dalaman gerakan pelajar dan pentadbiran di kampus;

3.1 Rampasan Kuasa Pelajar Pada 21 September 1974.

77 Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1973, hlm. 28. 78 Mahathir Mohamad, Dilema Melayu, Kuala Lumpur: Times Book International, 1982, hlm. 46.79 Ibid., hlm. 89.80 Syed Hamid Ali, Pendemokrasian Pelajaran di Malaya,(latihan ilmiah), Kuala Lumpur: Jabatan Pengajian Melayu Universti Malaya(tidak diterbit), 1968, hlm. 4. 81 Zainah Anwar, Kebangkitan Islam Di kalangan Pelajar, hlm. 39. Lihat juga, Suara Siswa, Disember 1970, hlm. 66.82 Muhamad Abu Bakar, “Konsep Kemajuan Moden dan Komitmen Kehidupan Muslim”, dlm. Islamika IV, Kuala Lumpur: Gateway Publishing, 1991, hlm. 228.

28

Page 16: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Peristiwa Tasek Utara telah memberi impak maksima dalam suasana kampus Universiti Malaya. Dalam peristiwa tersebut Hishamuddin Rais, Abu Zer Ali, Yunus Ali dan Adi Satria telah ditangkap bersama pimpinan Parti Sosialis Rakyat Malaysia(PSRM) iaitu Setiausaha Agung PSRM Pusat, Syed Hamid Ali, Mohd Amin Ahmad(Setiusaha PSRM Johor) dan Majid Yaakob(pemimpin tempatan) pada 19 September 1974 atas alasan menganggu tugas pegawai kerajaan.83 Penahanan itu menyemarak semangat para pelajar untuk berdemonstrasi agar rakan-rakan mereka dibebaskan.

Tribulasi atau mehnah yang hebat itu menyebabkan pelajar terutamanya ahli Kelab Sosialis telah merampas kuasa dengan mengambil alih pentadbiran Universiti Malaya pada 21 September 1974. Presiden PMUM, Kamarazaman Yaakob bersama 2000 orang pelajar menyerbu bangunan Canselori, pintu masuk universiti dan tempat strategik yang lain.84 PMUM telah berbincang dengan Pemangku Naib Canselor, Ahmad Ibrahim dan Pengerusi Majlis Universiti, Syed Alwi Syed al Hadi85 agar menyerahkan kuasa pentadbiran sementara kepada PMUM. Rampasan kuasa pelajar ini mendapat sokongan daripada pertubuhan pelajar iaitu KSITM dan wakil ITK.86

Tindakan rampasan kuasa pada jam 2.30 petang dilakukan setelah PMUM mengadakan mesyuarat tergempar dengan Jawatan Kuasa Asrama dan badan gabungan PMUM. PBMUM dan PMIUM turut serta dalam mesyuarat itu tetapi menarik diri setelah mesyuarat tersebut bersetuju membentuk Majlis Tertinggi Sementara(MTS) PMUM. Setelah berjaya merampas kuasa, mereka bercadang mengadakan majlis penerangan pada malam itu di Dewan Tunku Canselor(DTC).

Pada malam itu, kegemparan berlaku apabila pihak yang mengelarkan diri mereka, Majlis Tindakan Nasional(MTN) melakukan counter rampasan. Rampasan kuasa MTS hanya mampu bertahan selama 12 jam setelah digagalkan oleh MTN.87 MTN didokongi oleh golongan Nasionalis mengadakan perjumpaan di Dataran Sastera, Fakulti Sastera bersetuju menubuhkan MTN bagi mengagalkan usaha MTS. MTN berjaya melakukan counter-rampasan pada jam 8.00 malam88 bagi membolehkan Universiti Malaya dibuka pada esoknya. MTN membahagikan tiga ketumbukan yang mempunyai objektif merampas kuasa daripada golongan Sosialis sebelum jam 9.00 malam. Pada jam 8.45 malam, ketumbukan MTN menawan rumah persatuan dan pusat keselamatan. Ketumbukan lain menawan pintu masuk universiti.89

Menurut Kamarazaman Yaakob, Presiden PMUM sesi 1973/74, MTN bertindak ganas telah mengugut dan ‘menculik’ beliau dan ahli Majlis PMUM di rumah persatuan sebelum dibawa ke DTC. MTN menggunakan keris, pisau, rantai dan kayu berpaku bagi mengertak anggota MTS.90 Di DTC, Aziz Shamsudin, Presiden PBMUM mendesak Presiden PMUM menarik balik rampasan kuasa dan Ungku Aziz memainkan isu bahasa sehingga mencetuskan suasana tegang.91 Suasana tegang tersebut menyebabkan Presiden PMUM mengambil keputusan menarik balik rampasan kuasa.

83 Utusan Malaysia, 20.9.1974.84 Menurut kakitangan Perpustakaan Universiti Malaya, kakitangan diarahkan pulang oleh pelajar.85 Mingguan Malaysia, 22.9.1974.86 Utusan Malaysia, 23.9.1974. Walau bagaimanapun, Presiden KSITM, Ibrahim Ali menafikan KSITM terlibat dalam kekecohan di Universiti Malaya. Lihat, Utusan Malaysia, 26.9.1974.87 Kamarazaman Yaakob, “Rampasan Kampus Universiti Malaya”, Mingguan Waktu, 11.8.1991. 88 Utusan Malaysia, 23.9.1974. MTN yakin MTS telah diperkuda oleh anasir yang menentang penggunaan Bahasa Melayu di Universiti Malaya. Lihat, Dewan Masyarakat, bulan Oktober 1974, hlm. 17.89 Utusan Malaysia, 28.9.1974.90 Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, Petaling Jaya: Transgrafik, 1994, hlm.114.91 Ibid., hlm. 115.

29

Page 17: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Pada 22 September 1974, MTN telah menyerah kuasa pentadbiran kepada pihak pentadbir universiti. MTN mendapat sokongan PBMUM,92 PMIUM dan Kelab Silat Gayung Universiti Malaya(KSGUM). Presiden MTN, Ahmad Abdul Latif dan timbalannya Hamzah Zainuddin menjelaskan counter-rampasan dilakukan bagi menghalang huru-hara di kampus apabila ditemui minit mesyuarat dan alatan untuk membuat molotov milik PMUM. Pengaruh kerajaan dalam MTN kelihatan apabila MTN mendapat sokongan penuh daripada kerajaan terutamanya Ghazali Shafie dan Dr. Mahathir.93 PBMUM pula menyokong MTN kerana tidak mahu MTS diperkudakan oleh pelajar sains yang ingin mengugurkan pelaksanaan Bahasa Melayu.94

Suasana di kampus masih tidak stabil apabila pelajar di kolej-kolej tertentu masih lagi setia kepada pimpinan PMUM. Presiden Kolej kelima, Salehuddin Hashim dan pelajar kolej tersebut menghalau pihak MTN yang mengunjungi kolej mereka.95 Bagi membasmi pengaruh PMUM, pihak pentadbiran telah bertindak tegas ke atas ahli Kelab Sosialis yang terlibat dalam rampasan kuasa itu. Tindakan susulan yang dahsyat oleh pihak pentadbiran universiti dengan mengantung PMUM pada 25 September 197496 di bawah Seksyen 16 Akta 30. Kerajaan menyokong tindakan Majlis Universiti mengantung PMUM97 dan sebuah pertubuhan yang dikenali Badan Pemulihan Sementara diwujudkan bagi menjamin kebajikan pelajar. Namun, pada 26 September 1974, PMUM menghantar memorandum agar keputusan Majlis Universiti ditarik balik. Kamarazaman Yaakob menyatakan keputusan itu tidak sah kerana menyalahi Perkara 6 Ceraian 51 perlembagaan universiti.98

3.2 Isu Bahasa: Konflik Gerakan Pelajar.

PBMUM mendesak Universiti Malaya melaksanakan penggunaan Bahasa Melayu untuk menyesuaikan universiti dengan keperibadian Malaysia. Pentadbir universiti tidak mengeluarkan kenyataan dan respon terhadap desakan PBMUM. Pada 4 Oktober 1970, PBMUM mengadakan sudut pidato dan mencabar Naib Canselor berdebat di DTC agar menerima tuntutan PBMUM. Antara tuntutan PBMUM ialah;

a. Menghapus semua penggunaan bahasa asing dalam pentadbiran dan pengajian.b. mendesak pentadbir mengeluarkan polisi Bahasa Melayu dengan segera.c. menukar papan tanda dan kenyataan dalam Bahasa Melayu.c. menghapus saki-baki penjajah di kampus.d. mendesak mengambil tindakan terhadap tenaga pengajar yang menggunakan

Bahasa Inggeris.99

Reaksi kegelisahan pelajar terhadap Dasar Bahasa Melayu di universiti menyebabkan mereka berdemonstrasi. Seramai 3000 orang pelajar mengecap merah dan hitam pada papan tanda yang menggunakan Bahasa Inggeris di kampus. PBMUM memberi tempoh dua bulan bagi

92 Sokongan terbuka PBMUM, lihat Utusan Malaysia, 25.9.1974.93 Utusan Malaysia, 25.9.1974.94 Saharun Ibrahim, “Kegagalan MTS Berhubungan Dasar Bahasa”, Dewan Masyarakat, November 1974.95 Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 118.96 Utusan Malaysia, 26.5.1974.97 Utusan Malaysia, 27.9.1974. 98 Ibid. Walau bagaimanapun, penarikkan balik keputusan itu berdasarkan Laporan Jawatankuasa Penyiasat. Jawapan Mahathir Mohamad dalam Parlimen. Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 26.11.1974., hlm. 1329.99 Utusan Malaysia, 5.10.1970.

30

Page 18: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

melaksanakan Bahasa Melayu dan jika gagal, PBMUM akan mengambil tindakan yang lebih tegas. Menurut Presidennya Noordin Razak;

“kami akan mengambil tindakan yang lebih radikal selama Dasar Bahasa Melayu tidak dilaksanakan pada bulan Disember”100

Pentadbir universiti akur dengan desakan pelajar yang ingin pelaksanaan Bahasa Melayu tetapi pelaksanaan Bahasa Melayu akan dilakukan pada tahun depan bukannya bulan Disember seperti yang diingini oleh pelajar pada peringkat awal.101 Menurut Ungku Aziz, perkara ini dilulus oleh Senat Universiti pada 22 Oktober 1970.102

Tindakan PBMUM yang radikal menyebabkan PMUM mengecam PBMUM terutamanya perlakuan PBMUM yang mengecap perkataan ‘UMSU’ di bas PMUM. Tindakan PBMUM dianggap biadap dan menjatuhkan maruah PMUM. Krisis PBMUM dengan PMUM memuncak apabila PMUM mengeluarkan kenyataan pedas yang menuduh PBMUM sebagai pengamal vandalisme:

“.....while appreciating the view of the demonstrotors we feel that their purpose could have been better served by discussion rather than the acts of destruction and vandalism they saw fit to carry out”103

Kenyataan PMUM membangkitkan kemarahan PBMUM. PBMUM mempelawa PMUM berdebat di DTC pada 7 Oktober 1970 pukul 2.00 petang. PMUM menerima cabaran tersebut walaupun pada awalnya bersikap dingin. Perdebatan sangat hangat dimana PMUM diwakili oleh presidennya iaitu Zainal Abidin Yusof dan dipengerusikan oleh Sanusi Osman.

PBMUM mendesak agar PMUM menarik balik perkataan itu dalam masa 24 jam. Pada 8 Oktober 1970, pelajar berkumpul di DTC bagi majlis dialog yang dipengerusikan oleh Khoo Kay Kim. PMUM bersetuju menarik balik ayat vandal daripada kenyataan itu. PBMUM mendesak agar keseluruhan kenyataan ditarik balik. Anwar Ibrahim sebagai wakil PBMUM mengugut, PBMUM tidak akan keluar daripada dewan itu dengan aman jika PMUM tidak menarik balik kenyataan itu.104 Wakil PMUM iaitu Zainal Abidin Yusof dan Jai Mohan tunduk desakan PBMUM105 bagi menjaga keharmonisan kampus.

PBMUM mendesak kepimpinan PMUM meletakkan jawatan.106 Menurut Noordin Razak, perjuangan PBMUM adalah mendaulat Bahasa Melayu bukannya bertujuan melepaskan Bahasa Inggeris.107 Oleh itu, krisis kepercayaan bukannya rancangan PBMUM menjatuhkan PMUM. PBMUM dengan tegas menafikan penglibatan PBMUM dalam mendesak PMUM mengadakan undi tidak percaya. Setiausaha Agung PBMUM, Zaki Abdul Rahman menjelaskan undi tidak percaya itu bukan atas desakan PBMUM kerana PBMUM bukanlah ahli gabungan PMUM. PBMUM hanya menentang pihak yang cuba memperkecilkan perjuangan Bahasa Melayu.108

100 Utusan Malaysia, 5.10.1970.101 Utusan Malaysia, 19.10.1970.102 Utusan Malaysia, 1.11.1970.103 Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 117.104 Ibid., hlm.120.105 Utusan Malaysia, 9.10.1970.106 Menurut Jai Mohan, kepimpinan PMUM akan ditentukan pada 16 Oktober 1970. Lihat Utusan Malaysia, 14.10.1970. 107 Utusan Malaysia, 16.10.1970.108 Utusan Malaysia, 20.10.1970.

31

Page 19: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Pada 16 Oktober 1970, PMUM mendapat kepercayaan sepenuhnya daripada warga pelajar dengan kelebihan 2160 undi majoriti setelah 3 jam proses pengundian. Seramai 4000 orang pelajar di DTC mendengar keputusan itu. Dalam pengundian itu, seramai 3183 menyokong, 1023 menentang dan 63 undi berkecuali dan rosak daripada 7000 orang pelajar yang mengundi. Kemenangan ini penting bagi PMUM kerana jika proksi PBMUM menang akan membawa satu manifestasi yang PBMUM lebih berpengaruh daripada PMUM sebagai badan induk.109

Pertembungan idea dalam pelaksanaan Bahasa Melayu di universiti berterusan di kalangan pelajar. PBMUM dan PMIUM telah mengadakan sudut pidato pada 20 Jun 1973 dengan kehadiran 1000 orang pelajar. PMUM dituduh menyeleweng dalam pelaksanaan Bahasa Melayu. Persoalan yang dikemukakan oleh golongan Nasionalis-Islamis iaitu mengapa Bahasa Melayu diketepikan ketika kursus kewartawanan padahal ia dianjurkan oleh PMUM dan kenapa penulisan Mahasiswa Negara merangkumi 60 peratus dalam Bahasa Inggeris. Presiden PMIUM, Siddiq Fadil mengecam tindakan PMUM yang mengeluarkan tiket dan poster dalam Bahasa Inggeris. Setiausaha Agung PBMUM, Mustapha Yaakob mengusulkan agar diadakan undi tidak percaya terhadap PMUM. PMUM menyangkal tuduhan golongan Nasionalis-Islamis itu. Pemangku Presiden PMUM, Ishak Ahmad mengakui pihaknya tersalah mencetak poster dan tiket dalam Bahasa Inggeris tetapi telah mengantikan dengan kupon berbahasa Melayu manakala Kamarazaman Yaakob(Setiausaha Penerbitan PMUM) menyatakan penggunaan tulisan Bahasa Inggeris sebanyak 60 peratus dalam Mahasiswa Negara kerana tiada rencana dalam bahasa kebangsaan.110

Gelombang yang menggugat kedaulatan Bahasa Melayu kembali wujud pada tahun 1974. Peristiwa ini kelihatan terpinggir kerana warga kampus ketika itu lebih asyik menikmati isu Tasek Utara yang diperjuangkan oleh pelajar Sosialis. Majlis Bersama Mahasiswa Fakulti Sains membantah pemansuhan peraturan lama DFS 257/72 yang menjadikan Bahasa Melayu sebagai syarat kelulusan mendapat ijazah Sains Kepujian. Peraturan baru yang diperkenalkan melalui peraturan DFS 279/74 yang menegaskan Bahasa Melayu setaraf dengan subjek lain.111 Mahasiswa Fakulti Sains ini bukan menentang pelaksanaan Bahasa Melayu tetapi menentang Pekeliling DFS 279/74 kerana mereka terpaksa mengambil ujian Bahasa Melayu yang diadakan selama 2 tahun dan wajib lulus sedangkan DFS 257/72 pula memberi peluang sebanyak 3 kali.112

Pelajar sains mengambil tindakan memulau kelas tutorial, kelas praktikal dan kuliah pada 11 September 1974.113 PBMUM, PMIUM, Persatuan Anak Kedah (Zainuddin Abdul Rashid), Angkatan Siswa/Siswi Sains Melayu (Johari Mohd Said), OMKUM (Wan Hasan), ISUM (Kamarulzaman Yaakob), Persatuan Anak Terengganu (Baharuddin Muhamad), Persatuan Anak Selangor (Haron Haji Said) dan Persatuan Anak Melaka (Ramli Ahmad) bertindak balas dengan bergabung tenaga membuat sudut pidato pada 12 September 1974 bagi menentang pelajar sains dengan kehadiran 700 orang pelajar. Pelajar sains meneruskan pemulauan itu dengan memainkan lagu ‘hot’114 tanpa menghiraukan bantahan PBMUM.

3.3 Krisis Dalaman PBMUM dan PMUM.

109 Utusan Malaysia, 17.10.1970.110 Utusan Malaysia, 21.6.1973.111 Utusan Malaysia, 13.9.1974.112 Utusan Malaysia, 27.9.1974.113 Saharun Ibrahim, “Kegagalan MTS Berhubungan Dasar Bahasa”, Dewan Masyarakat, November 1974.114 Utusan Malaysia, 13.9.1974.

32

Page 20: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

a. Krisis Kepimpinan Mahadzir Khir Dalam PBMUM.

Dalam isu kepimpinan pelajar, kita cuba menelusuri permasalahan kepimpinan PBMUM. Kajian ini merupakan pendalaman kajian postcript yang telah dikaji oleh Muhamad Abu Bakar(kajian beliau tamat pada 1972). Krisis PBMUM mula memuncak apabila PBMUM mengadakan mesyuarat tergempar ekoran Setiusaha Agung PBMUM, Ismail Kamari meletakkan jawatan pada 18 Oktober 1971 tetapi mesyuarat PBMUM membulatkan keputusan menolak peletakkan jawatan tersebut.115 Menurut Mahadzir Khir terdapat anasir-anasir luar yang cuba melumpuhkan PBMUM dan mengulingkan beliau sebagai presiden.116 Anasir luar yang dimaksudkan oleh Mahadzir adalah warisan proksi radikal iaitu warisan perjuangan Anwar Ibrahim dan Noordin Razak. Perkara ini terbukti dalam mesyuarat pada bulan September 1971 dimana Noordin Razak mengkritik gaya kepimpinan pasif Mahadzir.117

Pengolakkan dalam PBMUM kerana perubahan dasar di zaman Mahadzir berbeda dengan tradisi PBMUM yang radikal. Zaman Sanusi Osman, Anwar Ibrahim dan Noordin Razak telah meninggalkan legasi budaya yang radikal dimana PBMUM menggunakan kekuatan untuk menyelesaikan masalah manakala Mahadzir bukanlah warisan generasi Anwar. Mahadzir menjelaskan beliau adalah newcomer kepada PBMUM.118 Keradikalan berkurangan kerana banyak isu telah diselesaikan dimana Bahasa Melayu mula dilaksanakan di kampus dan masalah kemiskinan mula diambil berat oleh kerajaan. Pendapat ini disokong Muhamad Abu Bakar, kepudaran warna perjuangan PBMUM kerana ketiadaan isu-isu besar.119

Mahadzir menggunakan kaedah perundingan dan taktikal. Mahadzir Khir mengadakan program jangka panjang seperti kelas STPM dan jika terpaksa barulah digunakan kaedah demonstrasi. Kaedah perundingan digunakan dalam menyelesaikan masalah pemilikan tapak bangunan MARA di Pekan Rabu120 manakala kaedah demonstrasi digunakan dalam menyelesaikan isu bahasa yang ditimbulkan oleh Kahar Bador.121 Walau bagaimanapun, proksi radikal tewas dalam undi tidak percaya terhadap Mahadzir pada 22 Oktober 1971 walaupun 8 anggota exconya meletakkan jawatan.122 Menurut Nawi Yusof, Pengarang Mahasiswa Negara, kekalahan proksi radikal memusnahkan kabinet bayangan yang telah merancang bergerak secara berkesan dari tenaga yang berpengalaman.123

b. Penyingkiran Sidang Pengarang Mahasiswa Negara.

Pada 6 Jun 1972, Majlis PMUM ke 14 telah menyingkir sidang pengarang akhbar Mahasiswa Negara kerana mengkhianati dasar perjuangan PMUM. PMUM juga menuduh pengurusan akhbar Mahasiswa Negara mengalami krisis kewangan apabila ketua pengarang akhbar Mahasiswa Negara, Vijayan tidak menghantar laporan kepada Majlis PMUM pada 9 Mei 1972.124 Pada awal bulan Mei 1972, sidang pengarang Mahasiswa Negara mengeluarkan artikel ‘Does

115 Utusan Malaysia, 20.10.1971.116 Utusan Malaysia, 19.10.1971.117 Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 156.118 Ibid., hlm. 157.119 Ibid., hlm. 156.120 Lihat Utusan Malaysia, 20.5.1972 dan Utusan Malaysia, 24.5.1972.121 Lihat Utusan Malaysia, 9.6.1972.122 Utusan Malaysia, 23.10.1971.123 Utusan Malaysia, 21.10.1971.124 Utusan Malaysia, 7.5.1972.

33

Page 21: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

UMSU Rag Too’ yang cuba mempersoalkan kebebasan freshees kerana mereka dipaksa terlibat dalam Freshmen Solidarity March(satu upacara membawa sepanduk mengelilingi kampus).125

PMUM menganggap pemaparan artikel ini memcemar imej PMUM dan Majlis PMUM membulatkan keputusan memecat sidang pengarang Mahasiswa Negara. Sidang pengarang Mahasiswa Negara tidak berdiam diri dan membidas tindakan PMUM sebagai retrogressive dan satu sekatan kepada kebebasan akhbar.126 Kehangatan skandal bertambah serius apabila Presiden PMUM, Sim Kim Chew dan Setiausaha Agung, Salleh Yusof meletakkan jawatan apabila Majlis PMUM ke 14 menolak usul Setiausaha Penerbitan PMUM, Lee Chee Keong yang didapati bertanggungjawab dalam penyelewengan itu. Walau bagaimanapun, peletakan jawatan itu ditarik balik keesokan harinya.127

Pada 19 Jun 1972, Majlis PMUM ke 14 digulingkan dalam undi tidak percaya. Golongan anti Sim Kim Chew telah melantik Ahmad Sebi sebagai Setiausaha Agung baru.128 Kumpulan penentang ini mempunyai pengaruh dalam Majlis PMUM kerana terdiri daripada orang berjawatan seperti Ramli Sharif(Timbalan Presiden), Ahmad Sebi Abu Bakar(Penolong Setiausaha Agung), Ishak Abdul Hamid(Setiausaha Kewangan) dan Azman Alias(Setiausaha Sosial). Kewujudan kumpulan ini berpunca ketidakpercayaan mereka terhadap Sim Kim Chew yang telah melindungi Lee Chee Keong sedangkan Chee Keong cuai semasa mengawasi akhbar Mahasiswa Negara sehingga berlaku penyelewengan.129

3.4 Krisis Kahar Bador dengan PBMUM dan PMUM.

Semasa kepimpinan Mahadzir Khir, hubungan PBMUM dengan PMUM semakin rapat kerana polisi diplomasi Mahadzir. Krisis Kahar Bador(Dekan Fakulti Sastera) dengan PBMUM dan PMUM berpunca daripada Surat Pekeliling DFS 4.16/72 yang mengarahkan semua pelajar aliran Melayu di Fakulti Sastera mengambil subjek yang dikuliah dalam Bahasa Inggeris disamping Special English. PMUM menentang dasar ini kerana bertentangan dengan polisi universiti dan kesukaran pelajar aliran Inggeris memilih subjek akibat perebutan semasa memilih subjek. PBMUM pula menggalakkan pelajar mengambil subjek dalam Bahasa Melayu.130 PMUM dan PBMUM telah mengutus surat kepada Naib Canselor agar tindakan segera dilakukan.

Pada 3 Jun 1972, seramai 200 orang pelajar berkumpul di sudut pidato bagi mengutuk polisi Kahar Bador dan berdebat dengan Ahmad Ibrahim berkaitan polisi Kahar. Sim Kim Chew(PMUM) mencadangkan agar sistem di fakulti Sastera diubah. Ahmad Ibrahim bersetuju mengantung arahan131 tersebut.132 Kahar Bador133 dan timbalannya meletakkan jawatan sebagai tanda protes tindakan Ahmad Ibrahim. Menurut Kahar, arahan dilaksanakan sejak tahun 1970 tetapi pada tahun 1972 barulah Presiden PBMUM membawa surat bantahan yang menuduh beliau anti nasional.134

125 Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 174.126 Ibid.127 Utusan Malaysia, 11.6.1972.128 Utusan Malaysia, 21.6.1972.129Utusan Malaysia, 11.6.1972.130 Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 172.131 Arahan tersebut dikeluarkan pada 31 Mei 1972.132 Utusan Malaysia, 8.6.1972.133 Jawatan Kahar Bador mula dipegang sejak 10 Jun 1970.134 Utusan Malaysia, 9.6.1972.

34

Page 22: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Pelajar dituduh memaksa Ahmad Ibrahim menandatangani pembatalan arahan dengan menonjolkan sikap militan. Namun, Mahadzir menafikan PBMUM dan PMUM bersikap militan.135 Menurut Kahar, sikap militan pelajar diakui oleh Ahmad Ibrahim dalam mesyuarat fakulti pada 6 Jun 1972 dan beliau juga kesal tindakan PBMUM terburu-buru mendakwa fakulti menyeleweng daripada Dasar Bahasa Kebangsaan sebagai anti nasional padahal kursus itu diluluskan oleh Senat.136

Krisis PBMUM dan PMUM dengan Kahar Bador adalah krisis kepercayaan yang disebabkan konflik peribadi. Sebenarnya, Mahadzir kecewa sikap Kahar selaku Presiden Kakitangan Akademik(ASA) memandang serong perjuangan PBMUM dengan membuat laporan negatif137 kepada Jawatankuasa Kajian Kampus yang ditubuh oleh MAGERAN. Krisis ini berterusan apabila Timbalan Presiden ASA, Chan Onn Leng cuba memburukkan Ahmad Ibrahim dengan tuduhan Ahmad Ibrahim berkomplot dengan pelajar. PBMUM mengecam tuduhan melulu Chan.138 Walau bagaimanapun, hubungan dingin PBMUM dengan Kahar dikendurkan oleh Presiden PBMUM yang baru iaitu Zukifli Ahmad semasa mengambil-alih kuasa pada 25 Jun 1972. Zulkifli menghargai jasa Kahar tetapi PBMUM mahu pelaksanaan Bahasa Melayu lebih agresif.139

4.0 ISU DAN PENDEKATAN: MENANGANI CABARAN.

4.1 Bantahan Penindasan Kerajaan Thai Terhadap Orang Islam Di Selatan Thai.

Demonstrasi ini merupakan anjuran pertama kelompok Islamis di kampus Universiti Malaya dengan kerjasama PKPIM. PMIUM mengorak langkah mengembleng tenaga mengumpulkan pelajar Islam di kampus bagi menyuarakan kebimbangan terhadap keganasan yang menimpa umat Islam di selatan Thai. Perjuangan rakyat Patani dilihat sebagai warga tertindas di bumi sendiri. Para pejuang Islam Patani mula mengangkat senjata secara gerila apabila pentadbiran Siam merombak ketujuh-tujuh wilayah kecil di Patani. Setelah Raja Patani terakhir Tengku Abdul Kadir berundur ke Kota Bharu, wilayah selatan Thai ditadbir oleh Phraya Decha-Nuchit pada tahun 1906. Dengan itu berakhirlah wilayah Melayu-Islam, Patani Darul Makrif.140

Sejak tahun 1906, wilayah selatan Thai berada dalam keadaan bergolak terutamanya pada akhir 1960 dan awal 1970an. Pada 30 September 1969, polis Thai menangkap 51 orang yang disyaki penganas komunis dan Islam setelah Perdana Menteri Thai mengisytiharkan ketidakstabilan di wilayah selatan.141 Perjuangan rakyat Patani dan kekejaman tentera Thai banyak dipaparkan oleh makalah dan akhbar di negara ini.142 Pemaparan media massa ini telah berjaya menarik simpati orang ramai termasuk para pelajar.

135 Utusan Malaysia, 10.6.1972.136 Utusan Malaysia, 11.6.1972137 Kahar mencadangkan hanya PMUM menjadi wakil pelajar yang tunggal dengan menafikan pengaruh PBMUM di kalangan pelajar. Lihat Utusan Malaysia, 12.6.1972.138 Utusan Malaysia, 15.6.1972.139 Utusan Malaysia, 11.7.1972.140 Mohd Zamberi A. Malek, Umat Islam Patani: Sejarah dan Politik, Shah Alam: Pustaka Hizbi, 1993, hlm. 167.141 Utusan Malaysia, 1.10.1969.142 “Menyentuh Tentang Perjuangan Rakyat Patani” dlm. Suara Siswa, Disember 1970, hlm. 5. Terbitan PKPIM.

35

Page 23: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Pada 14 Jun 1971, sudut pidato diadakan oleh PMIUM pada pukul 10.00 pagi sempena lawatan Perdana Menteri Thai, Thanom Kittkachorn ke Kuala Lumpur. Pada pukul 11.30, PMIUM, PKPIM, PBMUM, PMUK dan GPMS(seramai 1000 orang pelajar) berarak ke Lebuhraya Persekutuan. Demonstrasi berakhir apabila polis menahan 19 orang pelajar termasuk Anwar Ibrahim manakala terdapat 6 orang pelajar cedera.143 Pada 15 Jun 1971, satu demonstrasi(seramai 3000 orang pelajar) diadakan mendesak agar rakan-rakan mereka dibebaskan tetapi dihalang oleh FRU di depan Universiti Malaya.

Pada 16 Jun 1971, PMIUM berusaha mengadakan demonstrasi bagi mendesak kerajaan membebaskan pelajar yang ditahan144 dengan memboikot kuliah dan tutorial. Pemboikotan ini dikritik keras oleh Ungku Aziz sebagai anti akademik dari pelajar desa.145 Sebenarnya, isu Patani ini cuba digelapkan oleh media massa tempatan.146 Kerajaan sendiri tidak membenarkan pihak lain campurtangan dalam isu Patani kerana kerajaan sendiri mengamalkan dasar tidak campurtangan bagi menjaga sensitiviti negara jiran.147 Demonstrasi ini bersifat perkauman pada mulanya kerana membincangkan persoalan umat Islam. Sifat perkauman ini berubah kepada sifat kemanusiaan apabila hak autonomi148 universiti dan hak kebebasan pelajar dinodai oleh polis setelah peristiwa penangkapan pimpinan pelajar. Oleh sebab itu, PMUM dan Kelab Sosialis telah menyertai demonstrasi pada 15 dan 16 Jun 1971 atas sifat kemanusiaan.

4.2 Penubuhan Universiti Kebangsaan dan Tapaknya.

Idea penubuhan universiti untuk masyarakat Melayu sudah lama bergema di kalangan cendiakiawan Melayu yang sedar kepentingan universiti sebagai wadah peningkatan daya pemikiran bangsa. Abdul Kadir Adabi pernah mengesyorkan satu memorandum kepada Raja Kelantan agar sebuah universiti ditubuhkan di Semenanjung Tanah Melayu untuk orang Melayu.149 Penubuhan Universiti Malaya pada tahun 1949 bukanlah memenuhi citra keseluruhan orang Melayu tetapi untuk segelintir elitis Melayu feudal dan terpilih yang mengabaikan persoalan Melayu terutamanya Bahasa Melayu.150

143 Berita Harian, 15.6.1971.144 Pelajar dibebaskan pada 17 Jun dengan jaminan $500. Lihat, Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 151.145 Utusan Malaysia, 26.6.1971. Kerajaan memberi amaran agar pelajar jangan menyeleweng daripada pelajaran manakala Ungku Aziz mengkritik golongan pelajar sebagai anti intelektual di konvokesyen 1971. Lihat juga, Berita Harian, 20.6.1971.146 Penangkapan Anwar hanya diheboh pada 18 Jun dengan tuduhan melakukan perhimpunan haram. Lihat Utusan Malaysia, 18.6.1971. Berita Harian lebih terbuka dalam laporan demonstrasi ini. Lihat Berita Harian, 15.6.1971.147 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 6.7.1971., hlm. 2217. Kerajaan Thai sendiri menafikan kekejaman mereka. Lihat, Berita Harian, 17.6.1971. Pelajar Thai membantah demonstrasi yang dilakukan oleh pelajar Malaysia di Kuala Lumpur. Lihat, Berita Harian, 19.6.1971.148 Pembicaraan hak autonomi pelajar dijelaskan oleh Mohamad Abu Bakar dalam akhbar. Lihat, Mohamad Abu Bakar, “Kuasa Otonomi Penting Berkembang Bakat” dlm. Utusan Malaysia, 11.3.1971.149 Khoo Kay Kim, “Malay Society 1874-1920” dlm. Jurnal South Eeast Asia Studies, vol. 5, no. 7, 1974, hlm. 192.150 Matlamat asal penubuhan Maktab Melayu Kuala Kangsar dan Universiti Malaya ialah melatih birokrat yang akan mengantikan pegawai penjajah(kebanyakan anak pembesar). Gaya hidup dan pemikiran pegawai Melayu terpengaruh dengan kekaguman dan mengagungkan secara melampau terhadap tamadun Barat. Lihat Syed Husin Ali, Orang Melayu: Masalah dan Masa Depannya, Kuala Lumpur: Penerbitan Adabi, 1979, hlm. 73.

36

Page 24: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Pada tahun 1949, KKGSK telah mengambil keputusan mendesak agar diadakan bidang pengajian Melayu di Universiti Malaya.151 Pada tahun 1966, Jabatan Pengajian Melayu mula menggunakan Bahasa Melayu. Jabatan Sejarah telah memberi kuliah, tutorial dan menjawab dalam peperiksaan dalam Bahasa Melayu tetapi terhad kepada Sejarah Malaysia. Pada 29 dan 30 Oktober 1966, PBMUM dan Jabatan Pengajian Melayu telah mengadakan Seminar Bahasa Kebangsaan dan dihadiri oleh 216 perwakilan. PBMUM dan Jabatan Pengajian Melayu mengemukakan resolusi bersama bersetuju agar Universiti Malaya menggunakan Bahasa Melayu sebagai pengantar dan mengusahakan Universiti Malaya sebagai universiti kebangsaan.152 Keputusan ini dihantar kepada kabinet kerajaan, ahli parlimen dan badan politik tetapi tidak diambil perhatian.

Pada 29 Ogos 1968, PBMUM mengadakan sidang tergempar untuk menyokong penubuhan universiti kebangsaan. PBMUM mahu kewujudan sebuah universiti yang menggunakan pengantar Bahasa Melayu dalam pengajaran.153 Dalam sidang tergempar ini, setiap ahli diberi peluang untuk mengemukakan pendapat tentang konsep penubuhan universiti kebangsaan154 untuk dikemukakan dalam Jawatankuasa Penaja Universiti Kebangsaan 1968. Sebelum itu pada 28 Ogos 1968, PBMUM dan PKPIM bersama Tun Syed Nasir mengadakan perjumpaan di Dewan Bahasa dan Pustaka yang disertai 63 cerdik pandai Melayu.

PBMUM mengadakan Simposium Dasar Pelajaran Malaysia pada 28 dan 29 September 1968 di Universiti Malaya bagi menetapkan tahun 1970 sebagai tarikh muktamad penubuhan universiti kebangsaan dan mendesak penentang cadangan ini meletakkan jawatan terutamanya Khir Johari. Menurut Tun Syed Nasir, Khir Johari dan Tunku adalah penentang kuat cadangan penubuhan universiti kebangsaan.155

Khir Johari mengutuk resolusi Simposium Dasar Pelajaran Kebangsaan sebagai satu khayalan kesatuan pelajar dan segolongan intelek yang asyik berforum tetapi tiada usaha memperbaiki nasib pelajar.156 PBMUM telah membidas kenyataan Khir Johari dengan mempersoalkan ketidaksempurnaan pelaksanaan Dasar Pelajaran Kebangsaan157 dan mengecam sikap kerajaan yang double standard dalam pentadbiran seperti meluluskan 10 juta untuk Kolej MCA158 sebagai lambang ketidakadilan kerajaan.

Selain permasalahan kelembapan kerajaan dalam usaha penubuhan universiti kebangsaan, isu tapak bagi universiti kebangsaan telah mewujudkan polemik di kalangan pemimpin dan mahasiswa. Abdul Rahman Yaakob mahu universiti kebangsaan dibina di

151 Zainal Abidin Abd. Wahid, ‘Universiti Kebangsaan’ dlm. Mahmud Kitom(ed), Dasar Pendidikan Malaysia: Apa yang PKPIM dan PBMUM Persoalkan, Petaling Jaya: Dewan Asuhan dan Islam, 1969, hlm. 102. 152 Salleh Yusof, ‘Laporan Sekitar Seminar Bahasa Kebangsaan’ dlm. Dewan Masyarakat, jilid iv, bil. 11, November 1966, hlm. 9.153 Berita Harian, 20.2.1968.154 Berita Harian, 30.8.1968.155 Sunday Mail, 24.10.1971., dirujuk daripada Muhamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat. Lihat juga kenyatan Khir Johari, Utusan Malaysia, 11.1.1972. Penentangan terhadap penggunaan Bahasa Melayu dalam pendidikan didokongi oleh elit-elit yang dididik dalam Bahasa Inggeris, oleh itu mereka lebih senang dengan bahasa ini. Mereka akan merasakan lebih terpelajar jika menggunakan Bahasa Inggeris. Lihat Ibrahim Saad, Pendidikan dan Politik di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1981, hlm. 71.156 Utusan Malaysia, 30.9.1968.157 Utusan Malaysia, 2.10.1968.158 Utusan Malaysia, 21.7.1968. Lihat juga Mohamad Abu Bakar, Mahasiswa Menggugat, hlm. 79.

37

Page 25: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Kuantan159 manakala intelektual Melayu seperti Zainal Abidin Wahid mahu universiti kebangsaan dibina di sekitar Kuala Lumpur sesuai dengan sifat kebangsaan.160 Isu tapak ini juga membawa pengulatan di kalangan mahasiswa. PBMUM mendakwa sokongan PMUM terhadap tapak universiti di luar Kuala Lumpur akan merosakkan universiti kebangsaan dalam jangka tempoh panjang dan cuba mengasingkan pelajar mengikut kaum.

PBMUM dan PKPIM telah membentuk front bagi menggugat cadangan PMUM dan PKPM. PMUM dan PKPM telah menubuhkan Jawatankuasa Khas untuk Mengkaji Soal Tapak Universiti Kebangsaan.161 PMUM berpendapat penubuhan universiti di luar Kuala Lumpur akan meningkat kesedaran rakyat disamping memberikan keuntungan ekonomi kepada masyarakat. Presiden PMUM, Abdul Rashid Latif memjelaskan penubuhan universiti perlu memberi faedah kepada rakyat.162 Pada 4 November 1969, mahasiswa Universiti Malaya ke kawasan seribu ekar tanah di Sungai Lembing, Pahang berhampiran Bukit Goh untuk melihat tapak cadangan universiti kebangsaan.163

Masalah tapak universiti kebangsaan selesai setelah Tun Razak melawat beberapa lokasi yang dicadangkan. Menurut Ariffin Ngah Marzuki, antara lokasi yang dicadangkan adalah Batu 20 Jalan Bangi, Kuala Kubu Bharu, Gombak dan Cheras.164 Lokasi muktamad universiti kebangsaan ditentukan pada 18 Januari 1972 iaitu di Batu 18 Jalan Bangi, Kajang dengan keluasan 2300 ekar. PKPIM melalui Presidennya, Kamaruddin Mohd. Nor menyambut baik cadangan kerajaan tetapi Presiden PMUM, Sim Kim Chew bersikap dingin terhadap keputusan tersebut.165 PMUM bersikap dingin kerana universiti kebangsaan dibina berdekatan bandar sedangkan saranan PMUM agar universiti itu dibina di luar bandar. Perkara ini berbeda dengan PKPIM yang merupakan payung PMIUM dan sekutu PBMUM di bawah proksi Nasionalis-Islamis yang inginkan sebuah universiti bercorak nasional(dekat dengan ibu negara) dan di kawasan bandar. Syed Nasir Ismail dilantik sebagai Ketua Jawatankuasa Perancang Universiti Kebangsaan166 dan graduan pertama universiti ini dikeluarkan pada 12 Mac 1972 iaitu seramai 216167 orang.

4.3 Isu Bahasa di Kolej Tunku Abdul Rahman(KTAR)

Idea penubuhan kolej timbul sejak tahun 1968 apabila Malayan Chinese Association(MCA) melantik satu Jawatankuasa Khas untuk Perancangan Pelajaran Tinggi bagi tujuan mewujudkan sebuah kolej. Lantaran itu, KTAR telah direalisasikan penubuhannya pada 24 Januari 1969. Peranan utama KTAR memperluaskan peluang pendidikan. Surat cara diberikan oleh Menteri Pelajaran pada 15 September 1972.168 Kampus tetap dibina atas tanah seluas 75 hektar di jalan Genting Kelang, Setapak telah bermula sejak bulan Ogos 1973. Kerajaan telah memberikan peruntukan sebanyak $8.5 juta untuk kos pembinaan dan harga tanah kolej tersebut.169 KTAR

159 Utusan Malaysia, 16.6.1969.160 Zainal Abidin Wahid, ‘Sebab-sebab Universiti Kebangsaan perlu dibina di Kuala Lumpur’ dlm. Mastika, Mei 1970, hlm. 1.161 Berita Harian, 3.5.1970.162 Utusan Malaysia, 31.10.1969.163 Utusan Malaysia, 8.11.1969.164 Utusan Malaysia, 18.1.1972.165 Utusan Malaysia, 19.1.1972.166 Utusan Malaysia, 22.1.1972.167 Utusan Malaysia, 13.3.1972168 Buku Panduan KTAR, sesi 1991/1992, hlm. 1.169 Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975, Kuala Lumpur: Pencetakan Kerajaan, 1973, hlm. 224.

38

Page 26: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

menawarkan kursus Ijazah secara berkembar dengan universiti luar negara(Universiti Campbell, North Carolina) dan kursus pra universiti termasuk A Level.

Penggunaan Bahasa Inggeris sebagai bahasa pengantar mencetuskan protes daripada masyarakat terutamanya akademia Melayu dan pelajar. Pada 20 Julai 1972, PMUM mendesak KTAR mengkaji semula penggunaan Bahasa Inggeris kerana menyukarkan kemasukan orang Melayu ke dalam KTAR.170 Dakwaan PMUM terbukti benar kerana tendensi pada tahun 1973 menjelaskan pelajar Melayu berkurang dari 30 orang pada tahun 1970 menjadi 26 orang pada tahun 1973.171 Selain itu, syarat kemasukan ijazah menggunakan kelayakan Higher School Certificate(HSC)172 menyukarkan pelajar aliran Melayu memasuki KTAR. Pelajar mahu mengetahui polisi kerajaan dalam perkara ini. Desakan pelajar semakin meluas apabila Presiden PKPM, Ismail Kamari juga mahu kerajaan mengkaji semula rancangan penubuhan KTAR dengan alasan tidak mencerminkan aspirasi nasional. Pada 16 Ogos 1972, PMUM mengkritik kerajaan gagal bertegas ke atas KTAR yang dilihat oleh PMUM sebagai anti nasional dan KTAR akan memupuk sifat perkauman kerana 97 peratus pelajarnya adalah Cina.173

PBMUM pula mengkritik Kementerian Pelajaran yang membelakangi cita-cita kebangsaan dan cubaan kerajaan memperbodohkan rakyat. PBMUM juga mendesak agar kerajaan mengambil alih KTAR bagi mengawal kuasa ‘autonomi’ KTAR.174 Hussein Onn menafikan kerajaan tidak mempunyai kawalan ke atas pentadbiran KTAR175 kerana terdapat wakil kementerian dalam Majlis Pengurusan KTAR. Bagi mendaulatkan Bahasa Melayu daripada tercemar, PBMUM, GPMS, PKPIM, PMUK, PMIUM dan wakil ITK telah menghantar memorandum bantahan mengenai KTAR kepada kerajaan.176 Front ini diketuai oleh Zulkifli Ahmad, Presiden PBMUM. Jawatankuasa Bersama Badan-badan Pelajar telah melakukan demonstrasi di Universiti Kebangsaan semasa kehadiran Menteri Kebudayaan dan Pendidikan Indonesia, Mahsuri. Walau bagaimanapun, Zulkifli Ahmad meminta maaf atas keterlanjuran pelajar kerana demonstrasi itu tidak ditujukan kepada Mahsuri.177

Tindakan keras PBMUM bertujuan menjaga kepentingan nasional dan bangsa Melayu serta meningkatkan kesetiaan pelajar kepada negara.178 PBMUM tidak sanggup melihat pihak tertentu menodai Bahasa Melayu untuk kepentingan tertentu. Presiden KTAR, Tun Tan Siew Sin menafikan pihak KTAR mengetepikan kepentingan nasional. Menurut Tan Siew Sin, matlamat penubuhan KTAR adalah memupuk perpaduan tanpa sebarang sifat perkauman.179 Polemik KTAR telah mengecewakan pihak kerajaan. Menurut Hussein Onn, isu ini telah diperbesarkan dan menjadi isu politik. KTAR akan menukar bahasa pengantar apabila tiba masanya. Penggunaan Bahasa Inggeris di KTAR tidak seharusnya menjadi isu kerana KTAR bertaraf sekolah tinggi.180 Tunku sendiri mengalakkan penggunaan Bahasa Melayu di KTAR.181

170 Utusan Malaysia, 21.7.1972.171 Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975, hlm. 226.172 Laporan Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran, Kuala Lumpur: Kementerian Pelajaran Malaysia, 1988, hlm. 63.173 Utusan Malaysia, 17.8.1972.174 Ibid.175 Utusan Malaysia, 23.8.1972.176 Utusan Malaysia, 26.8.1972.177 Utusan Malaysia, 30.8.1972.178 Utusan Malaysia, 16.9.1972.179 Ibid.180 Utusan Malaysia, 21.12.1972.181 Utusan Malaysia, 29.8.1972.

39

Page 27: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Menurut Kamarazaman Yaakob, pendekatan PMUM dan PBMUM dalam isu KTAR adalah berbeza. PMUM menentang KTAR kerana ia dimonopoli anak taukeh Cina dari MCA disamping Bahasa Inggeris sebagai pengantar.182 PMUM mahu menyedarkan pelajar Cina yang progresif dalam PBCUM yang terdiri daripada anak petani dan buruh agar terungkai fahaman cauvanis mereka dan kewujudan KTAR akan mengancam kedudukan mereka kerana dimonopoli oleh anak taukeh MCA. Sebaliknya PBMUM menentang atas dasar KTAR dibuka untuk kepentingan orang Cina dan isu bahasa pengantar.

4.4 Isu Pendidikan.

Pendidikan merupakan wahana penting bagi memajukan sesebuah bangsa dan negara. Jurang dalam pendidikan masih meluas di antara sekolah di bandar dengan sekolah di luar bandar terutamanya kemudahan fizikal dan tenaga akademik. Menurut Laporan Keciciran 1973, 6 peratus murid di sekolah Inggeris(kebanyakan di bandar) gagal ke sekolah menengah, manakala sebanyak 25 peratus pelajar aliran Melayu terpaksa berhenti.183 PBMUM cuba memperjuangkan isu pendidikan terutamanya nasib pelajar aliran Melayu.

Pada 12 Jun 1972, negara digegarkan dengan peristiwa pelajar Sekolah Izzuddin, Ipoh ditutup apabila pelajar berpiket. Seramai 300 pelajar mendakwa kemudahan di sekolah amat menyedihkan dan kementerian tidak mengiktiraf sijil mereka. Sekolah ini ditubuhkan pada tahun 1959 dan pernah berpiket pada tahun 1963 kerana uniform sekolah.184 Mereka mula meninggalkan sekolah pada 13 Jun 1972.185

PBMUM dan PKPM186 menyokong piket pelajar Sekolah Menengah Agama Izzuddin dan menyeru agar kerajaan mengambil-alih sekolah agama itu. Zukifli Ahmad(PBMUM) bimbang tindakan pelajar memulau kelas kerana pelajar merasakan pihak sekolah gagal menyediakan kemudahan asas. Sekolah Menengah Kebangsaan Polo sebagai contoh hanya memiliki tenaga akedemik seramai 24 orang bagi mengajar tingkatan 4, 5 dan 6. PBMUM menegaskan mereka mempunyai bukti Jabatan Agama tidak melayan permohonan mereka yang ingin menjadi guru.187 Anwar Ibrahim, Setiausaha Agung Majlis Belia Malaysia turut mendesak agar kerajaan mengambil-alih sekolah agama yang daif.188 Oleh sebab itu, tindakan kerajaan memperluaskan peluang pendidikan di luar bandar dan membantu rakyat berpendapatan rendah telah disokong.189

4.5 Isu Penguasaan Ekonomi oleh Jepun.

Perdana Menteri Jepun, Ka Kuei Tanaka mengadakan program lawatan ke negara Asia Tenggara bagi memperkukuhkan perdagangan Jepun dengan negara di rantau ini. Jepun berjaya membentuk Gagasan Pasaran Bersama Asia pada tahun 1970 bagi mempertingkatkan perdagangan antara negara Asia. Kedatangan Tanaka dilihat sebagai kewujudan imperialis baru yang ingin menguasai ekonomi Malaysia.190 Pada 27 Mac 1973, PMUSM dan PMUM memberi amaran akan

182 Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 82.183 Nordin Selat, Renungan, Kuala Lumpur: Utusan Publication, 1978, hlm. 96.184 Utusan Malaysia, 13.6.1972.185 Utusan Malaysia, 14.6.1972.186 Utusan Malaysia, 19.6.1972.187 Utusan Malaysia, 2.7.1972.188 J.Viktor Morais, Anwar Ibrahim: Cekal dan Tabah, Kuala Lumpur: Arenabuku, 1984, hlm. 10.189 Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975, hlm. 213.190 Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 41. Syarikat Matsushita dimiliki 100% orang Jepun mengeksport 90% barangan keluarannya. Lihat Dewan Masyarakat, Mac 1974, hlm., 6-7. Syed Hussein al Alatas menyifatkan definisi ekonomi yang mengikuti konsep pemuasan keinginan dan cara

40

Page 28: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

mengadakan kempen anti Jepun kerana dasar perdagangan luar Jepun sangat membahayakan ekonomi negara.191 Walaupun kehadiran kilang Jepun memberikan banyak peluang pekerjaan tetapi pengaliran wang negara keluar merugikan negara.192 Menurut Syed Husin Ali, pengantungan ekonomi Malaysia kepada modal luar perlu dikawal. Modal luar menyebabkan pengaliran keuntungan meningkat tetapi pembayaran buruh menurun.193 Tun Dr. Ismail sendiri menasihatkan Jepun agar tidak membolot semua perdagangan kerana akan melahirkan jurang status antara negara kaya dengan negara miskin.194

Pada 12 Januari 1974, pelajar mengadakan demonstrasi di lapangan terbang Subang semasa ketibaan Tanaka.195 Antara slogan-slogan dinyatakan pada kertas manila adalah ‘Kami tentang Militarisme Jepun’ dan ‘Tanaka Datang Untuk Membeli Selat Melaka’. Menurut Kamarazaman Yaakob, kenyataan mereka dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris membuat rombongan Jepun tercengang-cenggang kerana tidak memahami kedua-dua bahasa.196 PMUM, PMIUM, PBMUM, Kelab Sosialis dan Kelab Hubungan Antarabangsa Universiti Malaya ingin menyampai memorandum kepada Tanaka tetapi dihalang. Menurut Hishamuddin Rais, PMUM kesal sikap Jepun yang menganggap Selat Melaka milik antarabangsa bukan hakmilik Malaysia dan Indonesia.197

Demonstrasi pada 12. Januari 1974 itu berakhir dengan aman tanpa provokasi dan tindakan melulu. Reaksi pelajar Malaysia berbeza dengan reaksi sahabat mereka di Indonesia dan Thailand. Di Indonesia, pelajar merusuh sehingga kerajaan Indonesia mengisytiharkan darurat198 manakala di Thai seramai 3000 orang pelajar merusuh di jalanan.199 Rusuhan pelajar ini adalah manifestasi pelajar dalam menghalang kemaraan imperialis bentuk baru yang cuba menguasai ekonomi negara mereka.

4.6 Penaklukan Israel ke atas Palestin

Pada 7 Oktober 1973, pertempuran antara tentera Arab(Syria dan Mesir) dengan tentera Israel tercetus di Bukit Golan dan Terusan Suez.200 Tindakan Israel mendapat sokongan Amerika Syarikat menyebabkan slogan kutukan anti imperialis bergema di seluruh dunia. Pada 9 Oktober 1973, PMUM secara rasmi mengutuk tindakan Israel yang mencetuskan Perang Arab-Israel bagi memperluaskan tanah jajahan. Menurut Hishamuddin Rais, Setiausaha Agung PMUM, tindakan Israel disifatkan menyalahi peraturan dunia. PMUM menyeru Negara-negara Berkecuali meluluskan usul kutukan kepada Israel.201

memperolehinya dimana pemodal asing sahaja yang memperolehi keuntungan dengan menggunakan negara lain. Lihat Syed Hussein al Alatas, Mitos Peribumi Malas, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1989, hlm. 225.191 Utusan Malaysia, 28.3.1973.192 Jumlah Pengaliran Keluar Wang Negara(dirujuk Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975):

Tahun Jumlah($)1961-1965 380 juta1970-1975 918juta1976-1981 1.5 bilion

193 Temuramah dengan Syed Husin Ali dlm. Diskusi, Mac 1985, hlm. 34.194 Utusan Malaysia, 20.4.1973.195 Utusan Malaysia, 13.1.1974.196 Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 40.197 Utusan Malaysia, 12.1.1974.198 Utusan Malaysia, 16.1.1974.199 Utusan Malaysia, 13.1.1974.200 Utusan Malaysia, 8.10.1974.201 Utusan Malaysia, 10.10.1974.

41

Page 29: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Pada 12 Oktober 1973, pelajar bersama orang ramai berarak daripada jalan Chow Kit dengan membawa sepanduk anti Amerika. Mereka berkumpul di Bangunan AIA, jalan Ampang pada pukul 2.45 petang.202 Perarakan yang disertai 1000 orang itu berakhir dengan pancutan pemedih mata oleh polis. Tindakan polis menyemarak semangat golongan pelajar dan rakyat dengan mengadakan demonstrasi pada 13 Oktober 1973 bersama 15 gabungan pertubuhan termasuk PMUM, PMUSM dan KSITM. Di depan bangunan AIA, mereka melaungkan slogan anti Amerika dan Israel. Protes ini dilakukan kerana Amerika menyokong Israel dan sebagai simbolik mereka membakar patung Menteri Pertahanan Israel, Moshe Dayan yang memakai baju bendera Amerika.203 Pada pukul 12.00 tengah hari,204 Hakim Mahkamah Rendah, A. Selvarajah memberi amaran agar demonstrasi itu bersurai dalam masa 15 minit tetapi pelajar dan rakyat tidak mengendahkannya. Akhirnya, Ketua Polis(Yahaya Yeop Ishak) mengarah gas pemedih digunakan.

Akhirnya ‘nakhoda gagah perkasa’(captain courageous), Anwar Ibrahim memimpin demonstrasi pelajar pada 16 Oktober 1973 yang disertai 2000 pelajar. Mereka yang terdiri daripada PMUM, PMUK, PMUPM, wakil ITK, KSITM, MBM dan Yayasan Anda berkumpul di depan Bangunan AIA. Perkara yang menarik dalam demonstrasi ini adalah penyatuan dua kelompok berpengaruh dalam universiti iaitu golongan Sosialis dan Islamis dalam satu isu nasional. Golongan Sosialis yang dipimpin oleh Hishamuddin Rais menyerahkan kuasa ‘pengayuh’ demonstrasi pada hari itu kepada golongan Islamis yang dipimpin oleh Anwar Ibrahim. Menurut Hishamuddin Rais, kejadian ini adalah episod pertama bantahan yang diselaras bersama205 antara kelompok Sosialis dan Islamis selepas Peristiwa 14 Jun 1971 dalam demonstrasi rakyat Patani.

Dalam demonstrasi tersebut, pelajar merempuh kedutaan Amerika dan membakar bendera Amerika serta cuba memasuki ke dalam bangunan First National City Bank tetapi dihalang oleh polis.206 Selepas dibenarkan bertemu wakil duta Amerika, wakil Fatah iaitu Abu Yaakob bercakap bagi menaikkan semangat pelajar;

Perjuangan anda adalah perjuangan kami. Perjuangan kita tidak akan serender.Berjuang sehingga berjaya.207

Selepas itu, pelajar mara ke Pejabat Kebudayaan Lincoln yang dipercayai pejabat CIA. Pelajar membaling batu dan mengugut untuk menceroboh bangunan tersebut.208 Anwar Ibrahim telah menggunakan slogan terkenal iaitu ‘Lincoln tutup, Lincoln lingkup’ bagi membangkitkan kemarahan pelajar dan strategi ini berjaya.

Suasana gawat dan tidak terkawal menyebabkan Ghazali Shafie turun padang bagi memujuk pelajar dengan mengadakan dialog selama 45 minit. Demonstrasi ini bersurai selepas beliau mengajak pelajar bersembahyang Zohor dan berdialog sekali lagi sehingga pukul 3.00 petang. Lantaran itu, Ghazali Shafie berjanji memanjangkan perkara ini kepada Perdana Menteri. Helah Ghazali Shafie yang menggunakan modal agama dan berjanji kepada pelajar untuk menyelesaikan masalah terburai apabila Tun Razak menjelaskan pendirian rasmi kerajaan tidak dapat menerima desakan pelajar. Malaysia tidak boleh terlalu menekan Amerika kerana Amerika

202 Utusan Malaysia, 13.10.1974.203 Utusan Malaysia, 14.10.1974. Patung ini dibuat oleh pelajar UKM.204 Mereka berkumpul di depan Bangunan AIA pada pukul 10.30 pagi dan seramai 800 orang. 205 Sheryll Stothard “Adventures of Trendy Rebel” dlm. www.malaysiakini.com, 2001.206 Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 95.207 Ibid., hlm. 96.208 Utusan Malaysia, 17.10.1973

42

Page 30: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

boleh mengeluarkan timbunan getah yang akan menjejaskan eksport getah Malaysia semasa perjumpaan dengan wakil pelajar(termasuk Anwar dan Hishamuddin).209

4.7 Isu Tanah Penempatan Tasek Utara.

Tasek Utara terletak kira-kira 3 batu dari pusat bandar Johor Bahru. Masalah perumahan adalah satu permasalahan besar di bandar tersebut kerana tidak selaras dengan program yang dirancang. Sebelum pilihanraya 1974, Menteri Besar Johor Osman Saat berjanji akan menyediakan 574 ekar tanah bagi perumahan rakyat.210 Kegembiraan ini ditambah dengan pengurniaan tanah penempatan kepada penduduk Tasek Utara yang selama ini tinggal di tanah haram.

Sebelum pilihanraya pada bulan Ogos 1974, pembancian dan pemberian nombor lot dilakukan secara rasmi dengan syarat menubuhkan cawangan UMNO dan mengundi parti UMNO.211 Penduduk kampung dengan gembira telah membaptiskan kampung ini sebagai kampung Barisan Nasional tetapi ditukar kepada kampung Dato Hussein Onn. Kegembiraan penduduk jelas seketika apabila kerajaan berkeputusan membina padang golf di tapak perumahan setinggan ini.212

Pada 15 September 1974, Majlis Pembandaran Johor Bahru(MPJB) dan polis menceroboh perkampungan tersebut bagi merobohkan rumah haram. PMUM213 yang diketuai oleh Hishamuddin Rais merayu agar usaha itu ditangguh tetapi tidak dilayan. Pada 16 September 1974, Hishamuddin pulang ke kampus bagi mendapat mandat Jawatan Kuasa Kerja PMUM. PMUM telah meluluskan derma sebanyak $250 kepada peneroka dan mengadakan sudut pidato yang dimulakan oleh Presiden PMUM ke 17 yang baru dilantik(masih belum mengambil-alih jawatan) iaitu Hishamuddin Rais. Sokongan PMUKM, KSITM, PMUPM, Persatuan Bahasa Cina Universiti Malaya, Kelab Sosialis dan Persatuan Anak Johor memberi semangat kepada PMUM. Dalam sudut pidato sebanyak $75 berjaya dikutip dan sebuah bas PMUM berisi 50 pelajar214 dihantar ke Johor Bahru.

Sementara itu, polis dan MPJB meneruskan kerja meroboh rumah tanpa belas kasihan. Pelajar yang dipimpin oleh Syed Hamid Ali215 bersama 100 orang peneroka meneruskan demonstrasi. Pelajar kecewa pemusnahan rumah dilakukan tanpa sebarang notis. Namun, kerajaan Johor menafikan kenyataan tersebut kerana kerajaan telah memberi notis perpindahan selama 7 hari.216 Pada 17 September 1974, pelajar bersama penduduk telah membina penempatan sementara di Pejabat Menteri Besar di Bukit Timbalan. Seramai 300 orang penduduk berdemonstrasi dan menghantar wakil mereka, Yatim Tahir untuk bertemu Menteri Besar tetapi tiada.217

209 Sheryll Stothard “Adventures of Trendy Rebel” dlm. www.malaysiakini.com, 2001210 Utusan Malaysia, 21.7.1974.211 Hishamuddin Rais, “Kembara Ke Tasek Utara”, www.malaysiakini.com, 21.9.2000.212 Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 112.213 PMUM dimaklumkan tentang peristiwa pencerobohan MPJB pada 14.9.1974 melalui telegram yang dihantar oleh Syed Hamid Ali(Setiausaha Agung PSRM). Lihat Hishamuddin Rais, “Kembara Ke Tasek Utara”, www.malaysiakini.com, 21.9.2000.214 Bas PMUM ditahan di Kulai oleh polis tetapi dibenar meneruskan perjalanan dengan alasan menghantar derma kepada penduduk di Tasek Utara. Lihat Utusan Malaysia, 27.9.1974.215 Mantan Presiden PMUM dan menjadi Setiausaha Agung PSRM216 Utusan Malaysia, 17.9.1974.217 Utusan Malaysia, 18.91974.

43

Page 31: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Pada 18 September 1974, pelajar Singapura terutamanya persatuan pelajar di Politeknik Singapura, Universiti Nanyang dan Universiti Nasional Singapura mengadakan demonstrasi di depan Pejabat Konsul Malaysia di republik itu. Mereka mengutip derma dan menyertai pimpinan PMUM bagi meneruskan perjuangan di Johor Bahru.218 Pada pukul 10 pagi, pelajar dan peneroka mula bergerak dari perpustakaan ke Bukit Timbalan. PMUM mengadakan ceramah penerangan kepada rakyat yang berhampiran di Bukit Timbalan sehingga berjaya mengutip $2000 dan bekalan makanan.219

Pada 19 September 1974 iaitu jam 3.15 pagi polis menyerbu masuk ke dalam penempatan sementara dan menangkap Hishamuddin Rais, Kaliman Jaya, Syed Hamid Ali dan Mohd Amin Ahmad.220 Penahanan pimpinan pelajar dan para peneroka ini membangkitkan reaksi penentangan di kampus. Reaksi ini dicetuskan pada 20 September 1974 dengan mengadakan demonstrasi di depan Pejabat Perdana Menteri agar pimpinan yang ditahan dibebaskan dan ia disertai 2500 orang pelajar.221 Tindakan polis yang ganas dengan menggunakan belantan dan gas pemedih mata menyebabkan PMUM mengambil tindakan drastik iaitu merampas kuasa di kampus pada 21 September 1974. Bantahan terhadap penangkapan pimpinan pelajar diteruskan oleh pemimpin pelajar dan peneroka di hadapan mahkamah pada 23 September 1974 sehingga segelintir pimpinan pelajar ditangkap seperti Hasan Karim(UPM), Adi Satria(UM) dan Khoo Su Boon(UM).222

4.8 Isu Kemiskinan di Baling.

Peristiwa di Baling adalah kemuncak bagi gerakan pelajar di Malaysia. Baling merupakan daerah pendalaman yang terasing daripada pembangunan. Majoriti rakyat di kawasan ini terdiri daripada penoreh getah dan petani. Mengikut laporan kerajaan pada tahun 1970, jumlah keluarga pekebun getah di Malaysia ialah 350,000 keluarga dan seramai 226,400 atau 64.7 peratus daripada jumlah keluarga itu adalah di bawah paras kemiskinan.223 Kemiskinan yang dihadapi oleh masyarakat Baling berterusan apabila pada tahun 1974 ekonomi dunia berada dalam suasana meleset. Inflasi negara meningkat menyebabkan harga barang turut meningkat. Harga gula naik 10 sen,224 tepung gandum meningkat daripada 20 sen kepada 50 sen,225 minyak tanah226 dan susu pekat setin 75 sen.227 Namun, harga getah hanya naik 7 sen sekilo228 menyebabkan golongan marhaen ini kekurangan wang untuk membeli barangan harian. Secara purata, pendapatan keluarga Melayu di luar bandar adalah kecil menyukarkan lagi perbelanjaan mereka.229

Kemiskinan yang dideritai oleh kelas bawahan230 ini menyebabkan mereka turun ke jalanan untuk meluahkan isi hati. Demonstrasi bermula pada 19 November 1974 yang disertai

218 Utusan Malaysia, 19.9.1974.219 Hishamuddin Rais, “Kembara Ke Tasek Utara”, www.malaysiakini.com, 21.9.2000.220 Utusan Malaysia, 20.9.1974.221 Utusan Malaysia, 21.9.1974.222 Hasan Karim & Siti Nor Hamid, Bersama Rakyat: Gerakan Mahasiswa 1967-74, Petaling Jaya: INSAN, 1984, hlm. 33.223 Rancangan Malaysia Ketiga 1976-1980, Kuala Lumpur: Pencetakan Kerajaan, hlm. 192.224 Utusan Malaysia, 10.11.1974.225 Hasan Karim & Siti Nor Hamid, Bersama Rakyat: Gerakan Mahasiswa 1967-74, hlm. 17.226 Kekurangan minyak tanah di kawasan utara kerana petani menuai padi pada waktu malam dan ia bersifat bermusim. Lihat Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 11.11.1974., hlm. 1607.227 Utusan Malaysia, 11.11.1974.228 Utusan Malaysia, 30.11.1974.229 80.1% keluarga Melayu berpendapatan $1-99. Lihat Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1975. Ketika rakyat hidup dalam kesusahan, elaun bulanan ahli parlimen telah dinaikkan daripada $1000 kepada $1500. Lihat, Syed Husin Ali, Dua Wajah, hlm. 2.

44

Page 32: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

oleh 1000 orang rakyat dan pada 21 November 1974, seramai 13,000 orang rakyat dari sekitar pekan Baling iaitu kawasan Weng, Kupang, Selama, Kuala Pegang, Siong, Sungai Balang telah berarak ke pekan Baling. Mereka menuntut agar kerajaan menaikkan harga getah dan menurunkan harga makanan dalam masa 10 hari.231 Selepas tempoh yang diberikan tamat tanpa reaksi kerajaan, masyarakat tani mengadakan demonstrasi di pekan Baling pada 1 Disember 1974 dengan kehadiran 30,000 orang penduduk dari Baling dan Sik.

Penderitaan masyarakat tani di Baling menarik perhatian pelajar di kampus dan kezahiran pendapat mereka terhadap isu ini dengan mengadakan demonstrasi di kelab Sultan Sulaiman pada 3 Disember 1974. Persatuan pelajar yang bergabung di bawah satu barisan terdiri PKPIM, PKPM, KSITM, PMUK, PMIITK, PMIUPM, PBCUM, Kelab Sosialis dan PMUM. Perhimpunan ini disuraikan oleh polis pada pukul 9.50 pagi dan mereka berundur serta berkubu di Masjid Negara. Polis menyerbu Masjid Negara setelah Iman Masjid Negara meminta polis masuk ke dalam masjid kerana pelajar mengugut akan merosakkan peralatan masjid.232 Seramai 1138 orang pelajar ditahan termasuk 77 wanita.233 Perkara yang menarik, demonstrasi pelajar pada kali ini bersifat kulli atau kolektif kerana diadakan di beberapa tempat di negara ini. Seramai 300 pelajar USM turut berdemonstrasi di Sungai Nibong dan seramai 200 pelajar Politeknik Ungku Omar berhimpun di depan Sekretariat Negeri Perak.234

Pada 4 Disember 1974, polis menyuraikan 200 pelajar yang berdemonstrasi di hadapan Universiti Malaya pada pukul 10.10 pagi. Pada jam 10.20 pagi, seramai 200 orang pelajar sekali lagi berkumpul di depan pagar universiti dengan bersenjatakan batu dan kayu tetapi bersurai pada pukul 10.57 pagi dan terus berkumpul di DTC. Pada pukul 3 petang, pelajar bersama penduduk Kerinchi telah melakukan demonstrasi di jambatan Lebuhraya Persekutuan.235

Pada 6 Disember 1974, seramai 4000 orang pelajar berkumpul di DTC kerana protes agar mendesak Majlis Senat Universiti menangguhkan peperiksaan yang akan bermula pada 13 Januari 1975 sehingga 8 Februari 1975. Namun, kerajaan mengarahkan peperiksaan diteruskan seperti dijadual dan semua kuliah berjalan seperti biasa.236 Ketika kekecohan di DTC, sebahagian pelajar telah meletakkan batu dan paip konkrit bagi menghadang jalan raya sehingga berlaku kesesakan di jalan Pantai. Lantaran itu, mereka mengadakan demonstrasi dan membahagikan risalah agar rakyat bersimpati dan mengetahui perjuangan mereka.237

Pada 8 Disember 1974, gerakan pembersihan dilakukan di universiti tempatan iaitu Universiti Malaya, Universiti Kebangsaan,238 Universiti Sains Malaysia239 dan Institut Teknologi

230 Ketaksamaan sosial yang melibatkan jurang kemiskinan dibincangkan oleh Syed Husin Ali. Menurut Syed Husin Ali, lebih kurang 42 peratus petani miskin(tumpuan kawasan kampung) dalam kelas sosial di Malaysia(di kawasan persampelan kajian beliau). Lihat Syed Husin Ali, Masyarakat dan Pimpinan Kampung di Malaysia, Kuala Lumpur: Fajar Bakti, 1977, hlm. 133.231 Hasan Karim & Siti Nor Hamid, Bersama Rakyat: Gerakan Mahasiswa 1967-74, hlm. 17.232 Utusan Malaysia, 9.12.1974.233 Utusan Malaysia, 4.12.1974. Pada malam 4 Disember 1974, Syed Husin Ali, Tengku Shamsul dan K.S. Nijar berpidato dalam rapat umum di DTC. Lihat, Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 159234 Ibid. Pada 5 Disember 1974, pelajar UM dan UKM terus berdemonstrasi di jalan Pantai dan kampung Kerinchi. Lihat, Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, hlm. 161.235 Utusan Malaysia, 5.12.1974. Kekecohan di kampung Kerinchi berlaku apabila terdapat kanak-kanak yang terkena gas pemedih mata. Lihat juga, Syed Husin Ali, Dua Wajah, hlm 2-3.236 Utusan Malaysia, 8.12.1974. Seramai 75.5% pelajar daripada 4431 orang pelajar mahu peperiksaan ditangguh dan hanya 18% mahu meneruskan peperiksaan. Lihat, Utusan Malaysia, 14.12.1974.237 Utusan Malaysia, 7.12.1974.

45

Page 33: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Mara. Operasi240 ini dijalankan bagi menangkap pemimpin-pemimpin pelajar yang menjadi force kepada demonstrasi. Menurut Ghazali Shafie, gerakan ini mahu membersihkan anasir buruk dan menyelamat para pelajar daripada menjadi mangsa.241 Kerajaan bertindak tegas kerana pelajar menyalahgunakan kelebihan autonomi unversiti bagi melakukan kebebasan jenayah(criminal freedom). Universiti dijadikan sebagai sanctuary(kubu perlindungan) dan zon selamat bagi para pelajar. Kondisi ini tidak berkekalan, pada pukul 2.10 pagi polis mula menyerbu kampus242 dan menangkap 11 orang pelajar termasuk 10 pimpinan pelajar.

Pelajar yang ditahan adalah Idris Jusi(PKPM), Abdul Rahman Rukaini(PMUKM), Hasanuddin Yeop(PMUKM), Ahmad Shah(PKPIM), Adi Satria(PMUM), Basroh Hassan(PMUKM), Ibrahim Ali(KSITM), Mohamad Hussein(KSITM), dan Ishak Jaafar. Hishamuddin Rais dan Kamarazaman Yaakob bersama pemimpin lain berjaya menerobos kepungan polis di kampus. Selain pelajar, pensyarah juga ditahan seperti Syed Husin Ali, Gurdial Singh, Lim Mah Hui, Tunku Shamsul Bahrin, Nakhaie Ahmad dan Sabihah Samad serta Anwar Ibrahim243 wakil dari Majlis Belia Malaysia(MBM). Syed Husin telah didakwa sebagai agitator pelajar yang berkospirasi dengan komunis dan mengancam keselamatan negara.244

Peristiwa Baling berpunca daripada penurunan harga getah sehingga berlaku khabar angin terdapat kematian akibat kebuluran dan kekurangan wang. Syed Husin Ali mendefinisi kemiskinan adalah kekurangan keperluan hidup yang asas seperti makanan, pakaian dan tempat tinggal. Kemelut hidup berlaku kerana ketiadaan atau ketidakcukupan pendapatan, harta dan pelajaran yang dapat menentukan taraf hidup.245

Kemiskinan adalah isu kepada petani dalam menggerakkan demonstrasi petani di Baling. Kekecohan di Baling bermula apabila keluarga petani kampung Siput, Mukim Siong iaitu dua anak Ariffin Manas dan Kalsom Abdullah yang bernama Siti Zawiyah yang berusia 3 tahun dan Masitah berusia 7 bulan meninggal dunia pada hari yang sama iaitu 20 November 1974 ekoran kekurangan zat makanan. Walau bagaimanapun, Ariffin mendakwa ada pihak cuba menyogok beliau sebanyak $1000 untuk membuat akuan palsu dengan mengatakan anaknya mati kebuluran. Menurut laporan polis, Zawiyah meninggal pada pukul 1.45 petang dengan sijil kematian A

238 PKAUKM mengutuk polis memcerobohi UKM. Lihat Risalah, Disember 1974, hlm. 6. Lihat juga, Utusan Malaysia, 6.12.1974.239 Pelajar yang ditahan adalah Mohd. Shukri Abdullah, Lai Boo Ket, Hoo Ke Ping dan Teoh Thiam Sam pada pukul 6.00 pagi atas tuduhan melakukan agitasi. Lihat, Utusan Malaysia, 10.12.1974.240 Setiausaha Agung parti GERAKAN, Ong Boo Seong dan Pemuda UMNO menyokong tindakan kerajaan. Lihat, Utusan Malaysia, 10.12.1974.241 Utusan Malaysia, 9.12.1974. Kerajaan berpendapat demonstrasi adalah penentangan pihak subversif untuk menjatuhkan kerajaan dengan memainkan isu kemiskinan. Alasannya ialah memorandum kebuluran dihantar pada 2.12.1974 tentang kematian 3 orang kerana kerajaan gagal menaikkan harga getah. Memorandum ini diserah kepada Pejabat Perdana Menteri pada 4.12.1974 dan diterima Perdana Menteri pada 5.12.1974 tetapi demonstrasi dilakukan pada 3.12.1974. 242 Seramai 2000 orang pelajar berarak mengelilingi kampus sebagai simbolik mencintai keamanan dan mereka menganggap tindakan polis sebagai tidak perlu. Lihat, Utusan Malaysia, 10.12.1974.243 MBM menafikan Anwar terlibat dalam gerakan pelajar. Menurut Azaham Wahab, Timbalan Presiden MBM, Anwar hanya dipanggil berucap bukannya memimpin demonstrasi. Lihat, Utusan Malaysia, 13.12.1974. Kerajaan mengemukakan sebab-sebab Anwar ditahan dan ia dinafi oleh Anwar. Lihat, Risalah, Bil. 5, hlm. 4-7.244 S. Husin Ali, Dua Wajah, Kuala Lumpur: INSAN, 1996, hlm. 71.245 Temuramah Syed Husin Ali, Diskusi, Mac 1985, hlm. 32. Persoalan kemiskinan di Baling turut dibincang dalam Risalah, Disember 1974, hlm. 2-3.

46

Page 34: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

588698 manakala Masitah meninggal dunia pada pukul 9.15 pagi dengan sijil kematian A 888697.246

Peristiwa Baling dan Tasek Utara memberi dampak negatif kepada kestabilan kampus. Pertembungan golongan pelajar pro kerajaan(kelompok Nasionalis-Islamis) dengan pelajar progresif(kelompok Sosialis) dilihat menyukarkan proses pembelajaran. Pelajar dihalang ke kuliah, tutorial dan makmal dan suasana di kolej terutamanya Kolej Keempat dan Kolej Ketujuh agak tegang.247 Ketegangan ini ditimbulkan oleh golongan pelajar progresif sebagai protes penahanan pemimpin mereka. PBMUM mengecam tindakan pelajar progresif yang dilihat semakin melampau kerana bersikap anti akademik248 PBMUM menubuhkan Jawatankuasa Pemulihan Keadaan Kampus yang akan berunding dengan pihak pentadbir universiti bagi membolehkan aktiviti pembelajaran dilakukan dengan selamat.249

5.0 KESIMPULAN

Secara idealnya, gerakan pelajar telah mencapai kemuncak dalam perjuangan mereka. Mereka berjaya merampas kuasa pentadbiran universiti, memasuki arena politik negara dan menyuarakan kehendak rakyat marhaen. Gerakan pelajar menjadi alternatif bagi rakyat kerana pada masa ini pihak oposisi tidak mempunyai pengaruh yang kuat ekoran peristiwa 13 Mei 1969 dan pembentukan Barisan Nasional. Parti Sosialis Rakyat Malaya sendiri terpaksa meminta bantuan kelompok pelajar Sosialis dalam kempen pilhan raya mereka. Tahun 1974 merupakan tahun keramat bagi gerakan pelajar kerana pelajar berterusan menggugat kerajaan sehingga kerajaan terasa tercabar. Natijahnya, AUKU diwujudkan bagi membelenggu dan membisukan gerakan pelajar di Malaysia. Awan gelap menyelimuti gerakan pelajar selepas era 1974 walaupun sekali-sekala fajar cuba menjelma tetapi kepanasan tidak sehebat gerakan pelajar pada era ini.

GERAKAN PELAJAR 1976-1980

“sila bertindak dan berbuat seperti yang pernah saya buat ketika menjadi mahasiswa. Tapi bersedialah seperti saya dulu untuk masuk penjara”

Anwar Ibrahim

1.0 PENDAHULUAN

Sikap progresif pelajar pada tahun 1974 membawa satu impak negatif kepada kerajaan sehingga kerajaan membuat perancangan menghalang student power ini. Gerakan pelajar dianggap mengancam kestabilan negara walaupun isu-isu yang diperjuangankan adalah permasalahan rakyat. Kekangan yang dihadapi oleh gerakan pelajar ekoran keaktifan mereka dalam politik dan 246 Utusan Malaysia, 17.12.1974. Lihat juga, Pemimpin, Januari 1975.247 Seramai 65.7% pelajar daripada 4431 orang mahu meninggalkan kampus dan 16.2% tidak bersutuju meninggalkan kampus. Lihat, Utusan Malaysia, 14.12.1974.248 Utusan Malaysia, 19.12.1974.249 Utusan Malaysia, 21.12.1974.

47

Page 35: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

selalu mempersoalkan kelemahan kerajaan boleh mengancam status quo kerajaan. Dalam bab ini penulis cuba mengarapkan pengaruh luar dalam politik kampus, tindakan kerajaan dan kesan perjuangan gerakan pelajar selepas pindaan AUKU 1975.

2.0 PERSOALAN POLITIK DALAM GERAKAN PELAJAR

Dalam pembikinan AUKU, kerajaan secara rasionalnya bimbang peningkatan kesedaran berpolitik dalam masyarakat pelajar. Kebimbangan ini menjadi fobia kepada kerajaan dalam mentadbir negara kerana banyak persoalan yang ditimbulkan oleh pelajar. Pada tahun 1974, tradisi mencabar golongan pelajar telah menggugat kestabilan politik kerajaan dalam mengekalkan status quo.

Dalam bab satu, penulis menjelaskan secara ringkas persoalan politik dalam gerakan pelajar. Persoalan politik pelajar dinukilkan oleh Raja Azlan, Pro Canselor Universiti Pulau Pinang. Menurutnya, mahasiswa harus bertanggungjawab terhadap masyarakat dan perlu melakukan sesuatu untuk rakyat.250 Oleh itu, gerakan pelajar haruslah menggunakan tenaga-idea mereka bagi mendepani permasalahan masyarakat dan negara.

Kerajaan seharusnya memberi kelonggaran dalam politik. Khoo Kay Kim mencadangkan agar kerajaan hanya mengawal gerakan pelajar bukannya menghalang penglibatan pelajar dalam gelanggang politik kerana pelajar adalah sebahagian daripada masyarakat yang mempunyai hak mengundi.251 Tekanan yang diberikan oleh kerajaan menaikkan semangat pelajar bangkit melawan kerajaan yang mencabar hak mereka. Mereka mahu mengekalkan image the student dan sebarang gelombang yang menganggu perjuangan mereka akan ditentang.252

Kerajaan selalu berpandangan negatif terhadap kehadiran student power di negara ini dengan tuduhan militan, revolusioner dan mengucar-kacir masyarakat.253 Sikap revolusioner perlu bagi membangunkan sebuah negara yang adil dan maju. Shahnon Ahmad mendefinisi sikap revolusioner;

‘Revolusioner adalah bersuara keras dan bertindak keras meruntuh dan menghancur sesuatu itu disertakan pula dengan daya cipta untuk membina yang baru sebagai ganti yang lapuk yang diruntuh dan dirubah’254.

Pelajar sebagai golongan intelektual perlu bersikap pemberani yang berlandaskan ilmu dan pengalaman yang dijernihkan oleh kebenaran yang diyakini bukannya bersikap surealis; bersuara kuat untuk meruntuh dan menghancur tanpa penciptaan dan pembinaan semula. Seorang revolusioner mengharapkan jiwa tertekan kerana dengan itulah dia akan bangun untuk mengantikan penindas-penindas.

250 Utusan Malaysia, 18.10.1971.251 Utusan Malaysia, 23.9.1971.252 Lipset S.M., Student Politics, New York: Basic Books Inc, 1967, hlm. 58. Golongan pelajar tidak tahan diremehkan dan gusar jika tidak dilayan dengan adil. Mereka tidak mementingkan wang. Lihat, Lipset, S. M., “Politik Mahasiswa dan Politik Sesudah Mahasiswa” dlm. Dewan Masyarakat, Mac 1975, hlm. 75.253 Lihat perbincangan Mahathir dalam bukunya. Mahathir Mohamad, Cabaran, Kuala Lumpur: Pustaka Antara, 1976, hlm. 101-104.254 Shahnon Ahmad, Ponggang Sastera, Shah Alam: Fajar Bakti, 1995, hlm. 82.

48

Page 36: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Oleh itu sikap radikal dan militan pelajar tidak perlu dibimbangi. Tun Razak pernah berkata;

“Jikalau kita tinjau belakang semasa kita masih menuntut, tentulah kitadapat melihat perkara itu dari sudut yang betul”255

Kebangunan sesuatu bangsa akan dicerakin oleh pelajar yang sedar akan tanggungjawab mereka pada masyarakat dan negara kerana hidup biar berjasa.

3.0 PENGARUH POLITIK LUAR DALAM GERAKAN PELAJAR.

Penegasan kerajaan dalam melaksanakan AUKU kerana kemasukan gelombang parti politik luar ke dalam gerakan pelajar. Penulis akan membincangkan kehadiran pengaruh Parti Komunis Malaya(PKM) dan Parti Sosialis Rakyat Malaya dalam gerakan pelajar di kampus Universiti Malaya.

3.1 Pengaruh Parti Sosialis Rakyat Malaya(PSRM)

Ideologi Sosialis bukanlah satu yang asing dalam politik kampus Universiti Malaya kerana Kelab Sosialis telah ditubuhkan sejak bulan Disember 1967 lagi. Kelab Sosialis sendiri mempunyai hubungan dengan PSRM ranting Lembah Pantai. Pelajar Sosialis ini telah menguasai Majlis PMUM bagi menyuarakan isu rakyat seperti isu kemiskinan, pertempatan setinggan, penguasaan kapitalis dan kemunculan imperialis moden. Keterlibatan mereka dalam pilihanraya 1969 dan 1974 membimbangkan kerajaan terutamanya penyertaan mereka dalam rapat umum.256

Keterlibatan mereka dalam pilihan raya 1974 adalah kesinambungan penyertaan mereka semasa pilihan raya 1969. Penyertaan Kelab Sosialis dalam rapat umum dan majlis anjuran PSRM secara kerap menyebabkan Tun Razak menuduh PSRM menggalakkan pelajar mewujudkan suasana tegang di dalam negara terutamanya dalam peristiwa bulan Disember 1974 dan Januari 1975.257 Penyertaan pelajar Sosialis dalam pilihan raya 1974 adalah jelas. PMUM dan PMUSM secara terbuka mengisytiharkan manifesto mahasiswa258 dan menyediakan bas PMUM ke Terengganu, Kelantan dan Melaka. Kepimpinan PMUM dan PMUSM terdiri daripada Hishamuddin Rais(Setiausaha Agung PMUM) dan Fatimah Sham259(Presiden PMUSM) sememangnya mengimani fahaman Sosialis.

Penyertaan PMUM dalam pilihan raya mendapat bantahan daripada golongan pelajar Nasionalis seperti PBMUM, Kelab Silat Gayung, Organisasi Mahasiswa Kelantan dan PMIUM kerana PMUM cuba menyeret pelajar dalam kancah politik parti tertentu.260 Hasil gabungan pelajar Sosialis dengan PSRM terbukti berkesan apabila pengaruh PSRM di Terengganu meningkat sebanyak 30 peratus undi popular.261 Sebenarnya PSRM menafikan keterlibatan mereka dalam mempengaruhi pelajar dalam sesuatu isu. Isu Tasek Utara262 sebagai contoh,

255 Utusan Malaysia, 4.12.1973.256 Utusan Malaysia, 22.7.1974. 257 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 31.3.1975. Tun Razak pernah memberi amaran kepada pelajar Sosialis agar tidak terlibat dalam rapat umum pilihanraya 1974. Lihat Utusan Malaysia, 22.7.1974.258 Utusan Malaysia, 30.8.1974.259 Anak kepada Hamid Tuah. Presiden pertama persatuan mahasiswa di kalangan siswi di Malaysia.260 Utusan Malaysia, 6.8.1974.261 R.S. Milne & D.K. Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1992, hlm. 230.262 Lihat kenyataan Syed Hamid Ali(Setiausaha Agung PSRM) dlm. Utusan Malaysia, 27.9.1974.

49

Page 37: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

perjuangan PSRM dan gerakan pelajar berkebetulan sama dalam isu kemiskinan dan rumah setinggan. Perjuangan ini perlu ditangani secara bersama antara gerakan pelajar dengan PSRM.

Penulis melihat gelombang Sosialis dalam gerakan pelajar agak tersusun dan terancang sebagaimana pendapat Mahathir Mohamad263 dan Abdullah Ahmad.264 Penyusunan proksi pelajar Sosialis peringkat nasional mula dikesan pada awal tahun 1974. Pada 16 Februari 1974, golongan pelajar Sosialis mencadangkan agar ditubuhkan Front Bertindak Pelajar Malaysia bagi menjamin kepentingan badan pelajar265 dan cadangan diusulkan oleh PKPM. Pada 9 Mac 1974, wakil 50 buah pertubuhan pelajar berkumpul di DTC266 bagi membincangkan permasalahan antarabangsa, nasional dan kampus.267 Pada 11 Mac 1974, Front Pelajar melalui wakil mereka Idris Jusi menyatakan memorandum pertama mereka menaikkan taraf Institut Teknologi MARA, tapak Institut Teknologi Kebangsaan dan biasiswa.268

Penubuhan Front Pelajar ini dapat dipersoalkan kerana hanya dihadiri oleh golongan pelajar Sosialis sahaja bagi mencerakinkan agenda yang lebih besar. Persoalan ini ditegaskan oleh Pemangku Presiden GPMS, Fawzi Basri yang mempersoalkan Front Pelajar tidak disertai oleh GPMS dan PKPIM.269 Tanpa kehadiran PKPIM dan GPMS, Front Pelajar cuba menolak pengaruh golongan Islamis dan Nasionalis270 dalam Front Pelajar sendiri.

3.2 Pengaruh Parti Komunis Malaya(PKM)

Kemenangan pro Komunis di Vietnam sangat membimbangkan tentang kezahiran teori domino271 di rantau Asia Tenggara. Kebimbangan kerajaan Malaysia terbukti apabila mengambil tindakan keras dengan mengharamkan Persatuan Bahasa Tionghua/Cina Universiti Malaya(PBCUM) kerana diserapi anasir-anasir komunis.272 Dalam serbuan polis pada 14 Disember 1974, polis menemui senapang kayu dan dokumen dianggap bukti penyertaan pelajar Cina dalam komunis. Namun, Kamarazaman Yaakob menjelaskan peralatan seperti senapang kayu digunakan dalam pementasan drama.273 Pihak kerajaan menegaskan aktiviti kebudayaan merupakan alat propaganda PKM.274

263 Mahathir Mohamad, “Awasi Student Power”, dlm. Utusan Malaysia, 4.3.1975.264 Abdullah Ahmad, “Satu Analisa Demonstrasi Pelajar”, dlm. Mastika, Februari 1974, hlm. 34.265 Utusan Malaysia, 17.2.1974.266 Utusan Malaysia, 10.3.1974.267 Utusan Malaysia, 11.3.1974.268 Utusan Malaysia, 12.3.1974. Ahmad Shah Mohd. Noh menyifatkan golongan pelajar ini sebagai golongan meresah-gelisah dan bercita-cita mengubah dunia. Lihat, Dewan Masyarakat, bulan Mac 1974, hlm. 20.269 Utusan Malaysia, 14.3.1974.270 Idris Jusi menyatakan GPMS tidak perlu dijemput dalam Front Pelajar 1974 kerana selalu mengasingkan diri. Lihat, M.A. Fawzi Basri, “GPMS Wajib Mengkaji dan Menyusun Semula Kegiatan, Pentadbiran dan Hubungan dalam Keperihalan Kegiatan dan Politik Belia Hari Ini” Surat bertarikh 27.7.1974. Sempena Mesyuarat Agong GPMS, bulan Jun 1974.271 Teori Domino dikemukakan oleh John Foster Douglas Dulles, Setiausaha Negara Amerika bagi menjaga kepentingan Kolonialis dan Imperialis Barat di Asia Tenggara. Lihat, Said Zahari, Meniti Lautan Gelora, Kuala Lumpur: Utusan Publication, 2001, hlm. 163.272 Mingguan Malaysia, 15.12.1974.273 Kamarazaman Yaakob, Bersama Anwar ke Penjara, Petaling Jaya: Transgrafik, 1994, hlm. 163.274 Kertas Putih, “Kegiatan PKM dalam PBTUM”, Kuala Lumpur: Pencetakan Kerajaan, 1974, hlm. 2. Mao Tse Tung menggunakan budaya dalam menyebar fahaman Komunis. Lihat juga, Utusan Malaysia, 20.12.1974.

50

Page 38: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Sebelum peristiwa Baling, kerajaan telah memberi amaran tentang kehadiran pihak anti nasional dan subversif dalam memanipulasi kenaikkan harga getah untuk mengancam kestabilan negara.275 Gerakan pelajar dilihat bekerjasama dengan pihak komunis dalam peristiwa Baling. Menurut Mahathir Mohamad, gerakan pelajar yang berdemonstrasi dalam peristiwa Baling bagi mengalihkan tumpuan kerajaan dalam membanteras pihak komunis dan melemahkan tenaga polis.276

Penyusupan anasir komunis dalam PBCUM dikesan pada pertengahan 1970an dimana jawatan setiausaha penerbitan dimenangi oleh seorang pro komunis. Pada bulan Jun 1971, kumpulan Sosialis Muda berjaya menguasai Jawatankuasa Kerja PBCUM dengan pemimpinnya berjaya memenangi jawatan presiden. Pada 14 Oktober 1974, pasukan keselamatan menjumpai dokumen pada seorang penganas komunis yang dibunuh di kampung Tanah Hitam, Perak. Dokumen itu menjelaskan pelantikan Tham Ah Mok sebagai agen komunis dalam PBCUM.277

Pada 26 Januari 1974, satu lagi dokumen dijumpai pada seorang lagi penganas komunis yang ditembak di Behrang, Slim River, Perak. Dokumen itu menjelaskan PKM cuba menyusupi pertubuhan Cina iaitu Kheng Chew, Ting Song dan PBCUM.278 Namun, komplot komunis dibocorkan oleh Quah Lai Chee.279 Pengaruh komunis cuba diterap melalui aktiviti kebudayaan(drama ‘Musim Bunga Datang Daripada Dunia Manusia’) dan penulisan(majalah Penyuluh dan Sastera Universiti). Perkara ini terbukti apabila konsert ‘Persatuan Besar Kilat Musim Bunga’ dibatalkan, radio Suara Revolusi milik PKM mengutuk tindakan kerajaan. Pengaruh komunis lumpuh dalam PBCUM apabila polis menyerbu pusat kegiatan PBCUM di Sea Park, Petaling Jaya pada 9 Disember 1974.280

4.0 SEJARAH PENUBUHAN AKTA UNIVERSITI DAN KOLEJ UNIVERSITI(AUKU).

Peningkatan kesedaran berpolitik, impak peristiwa 13 Mei dan pengaruh parti luar ke dalam pertubuhan pelajar membimbangkan kerajaan. Kerajaan berkeputusan mengawal aktiviti politik di kampus. AUKU281 diwartakan pada 24 Februari 1971 dan diluluskan oleh parlimen pada 17 Mac 1971282 dan diperkenankan oleh Yang Dipertuan Agong pada 29 April 1971.283 Kebangkitan pelajar pada tahun 1974 secara militan dan radikal mendesak kerajaan melakukan pindaan pada AUKU. Pada 8 April 1975, Dr. Mahathir Mohamad mengusulkan agar AUKU dipinda284 dan ianya dikuatkuasa pada 12 Mei 1975.285

Pengarahan kepada AUKU berlaku apabila kerajaan menegaskan pelajar tidak dibenarkan bergabung atau menyokong mana-mana parti politik dan kesatuan sekerja. Penegasan ini merupakan satu kesedaran kerajaan bagi mencegah ketidakstabilan melalui perundangan.286 275 Kenyataan Tun Dr. Ismail dlm. Utusan Malaysia, 30.11.1974.276 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 8.4.1975.277 Kertas Putih, “Kegiatan PKM dalam PBTUM”, hlm. 17.278 Ibid., hlm. 22.279 Beliau tidak mengimani fahaman komunis. Lihat Utusan Malaysia, 16.12.1974.280 Kertas Putih, “Kegiatan PKM dalam PBTUM”, hlm. 25.281 Rang Undang-Undang AUKU(1971) dicadang Hussein Onn mengandungi Ordinan no.74(kuasa perlu) Darurat 1971. Pada asas AUKU dizahirkan bagi menubuh, menyelenggara dan mentadbir universiti. Lihat Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 17 Mac 1971, hlm. 1402.282 Utusan Malaysia, 19.3.1971.283 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 30.7.1971, hlm. 4188.284 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 8.4.1975, hlm. 4390. 285 Rohani (dll.), Hak dan Tanggungjawab AUKU, Bangi: Penerbit UKM, 1992, hlm. 19. 286 Lihat Laporan Tragedi 13 Mei 1969, Kuala Lumpur: Pencetakan Kerajaan, 1969, hlm.iii. Seramai 196 orang terbunuh dalam peristiwa itu dan 172 daripada 196 orang di Selangor di samping yang cedera

51

Page 39: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Larangan ini termaktub dalam Undang-undang Darurat(kuasa perlu) no. 74, Artikel 150(2) yang dipinda pada 18 Februari 1971.287 PMUM membantah perundangan ini, Jai Mohan(Setiausaha Agong) menjelaskan larangan ini akan menjauhkan pelajar dengan rakyat dan menyekat idea pelajar untuk menyumbang ke arah pembangunan.288 Sokongan pihak pelajar kepada mana-mana pertubuhan politik tidak bermakna pelajar menyokong pertubuhan politik tersebut.289

AUKU diusulkan setelah kegagalan Akta Universiti Malaya 1961 yang tidak berkesan mengekang peranan pelajar terutamanya keterlibatan pelajar dalam pilihanraya 1969.290 Para pimpinan parti oposisi dan pelajar membidas AUKU terutamanya Bahagian III(fasal 15 dan Fasal 16) dan Bahagian V(Seksyen VI Fasal 48, Seksyen VI Fasal 50 dan Seksyen VI Fasal 51). Di Parlimen, Dato Asri meminta AUKU ditangguhkan291 manakala Lim Kit Siang dan Dr. Tan Chee Khoon mempersoalkan prosedur penubuhan persekutuan pelajar peringkat nasional dan antarabangsa.292 Kerajaan bersedia melonggar perkara tertentu293 dalam AUKU tetapi AUKU perlu diteruskan bagi menghalang anasir-anasir subversif dalam gerakan pelajar.294

Pada 6 Julai 1971, PBMUM dan PKPM menghantar memorandum kepada kerajaan. Gan Yap Swe, Setiausaha Agung PKPM dan Noordin Razak, Presiden PBMUM yang mewakili 15 pertubuhan pelajar menyatakan AUKU akan membantut pemikiran kritikal dan rasional pelajar.295 PMUM pula mengadakan forum pada 23 Ogos 1971 dan 9 Disember 1971 disamping sudut pidato pada 4 Disember 1971. Namun, reaksi pelajar tidak berjaya memujuk kerajaan menlonggarkan AUKU.296

Pada tahun 1975, kerajaan memugarkan kembali AUKU agar lebih tegas bagi mengekang budaya politik pelajar yang semakin radikal dan revolusioner. Perkara ini terbukti dalam tindakan pelajar sepanjang tahun 1974 terutamanya isu Tasik Utara dan Baling. Menurut Dr. Mahathir Mohamad, AUKU adalah alat mengekang pelajar daripada membuat kacau apabila sesi 1975/76 bermula.297 Usul agar pindaan AUKU 1975 ditangguh ditolak.298 Penolakkan penangguhan ini memulakan era baru bagi gerakan pelajar dalam perjuangan mereka.

seramai 293(lihat, hlm. 88-90). 287 Utusan Malaysia, 2.5.1971. Lihat juga, R.S. Milne & D.K. Mauzy, Politik dan Kerajaan di Malaysia, hlm. 109.288 Utusan Malaysia, 1.3.1971.289 Mahasiswa Negara, 24.5.1971. Dipetik daripada Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 8.4.1975.290 Junaidi Abu Bakar, Mahasiswa Politik dan Undang-Undang, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 1993, hlm. 26-27.291 Utusan Malaysia, 19.3.1971. Bagi Dr. Sanusi Osman, AUKU akan menjejaskan kematangan fikiran dan kesedaran golongan pelajar mengenai tanggungjawab mereka terhadap masyarakat. Lihat, Sarina, Mei 1986. Bagi Pemangku Presiden PMIUM sesi 1982/83, Azami Zaharin, AUKU menyebabkan pelajar pasif dalam isu nasional, kampus dan antarabangsa. Lihat, Watan, 22.7.1983.292 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 30.7.1975. PMIUM sendiri secara automatik terbubar daripada PKPIM berdasarkan Seksyen 15(1) pada 12 Mei 1975.293 Dr. Ismail sedia memberi pelonggaran dalam persoalan penubuhan Persekutuan Pelajar terutamanya Persatuan Pelajar Asia(ASA). Lihat, Utusan Malaysia, 11.3.1975. 294 Lihat kenyataan Tunku tentang anasir subversif dalam Berita Harian, 20.8.1970. Lihat kenyataan Dr. Ismail berkaitan aktiviti subversif, Utusan Malaysia, 6.4.1971.295 Utusan Malaysia, 7.7.1971.296 Utusan Malaysia, 16.8.1972.297 Penyata Rasmi Dewan Rakyat, 8.4.1975. Lihat juga, Utusan Malaysia, 9.4.1975.298 Usul dikemuka oleh Lim Kit Siang dan disokong oleh Fan Yew Tong melalui 9 undi DAP dan 1 undi PEKEMAS tetapi ditolak oleh kerajaan. Lihat Utusan Malaysia, 9.4.1975.

52

Page 40: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

5.0 ISU DAN PEDEKATAN: MENANGANI ARUS PERUBAHAN

Pelaksanaan AUKU menyebabkan perubahan besar pendekatan gerakan pelajar dalam menyelesaikan isu-isu perjuangan. Persatuan pelajar lebih banyak mengadakan program khidmat masyarakat, berforum dan program kepimpinan. Di bawah penulis menukilkan beberapa isu utama gerakan pelajar yang berlaku dalam era 1976-1980;

5.1 Pendirian PMIUM Dalam Krisis Institut Teknologi Mara.

Selepas pindaan AUKU 1975, gerakan pelajar semakin permisive terhadap isu nasional dan kampus. Walau bagaimanapun, dunia pelajar digemparkan apabila pelajar ITM Shah Alam dan kampus Jalan Othman, Kuala Lumpur merampas kuasa pada 6 Januari 1976. Kejadian ini merupakan peristiwa pertama bagi gerakan pelajar menggugat kembali keabsahan kuasa AUKU. Rampasan ini berlaku apabila pelajar tidak berpuas hati terhadap pimpinan Dato Lokman Musa mengetatkan disiplin pelajar terutamanya etika pemakaian yang melarang pelajar berambut panjang.

Mulai 5 Januari 1976, peraturan tatatertib baru bagi pelajar ITM akan dikuatkuasakan. Ramai pelajar tidak bersetuju kerana bertentangan dengan hak asasi seseorang pelajar. Bagi pelajar lelaki, potongan rambut tidak melebihi kolar, dilarang memakai selipar dan baju panas semasa kuliah, dilarang memakai pakaian olahraga di dewan makan. Pelajar lelaki harus memakai tali pinggang hitam, baju kemeja dan kasut. Pelajar wanita tidak dibenarkan memakai pakaian menjolok mata seperti mini skirt, pakaian jarang atau terlalu ketat. Dato Lokman memberi amaran sesiapa yang ingkar akan dihukum seperti dilarang daftar, amaran, denda $200, gantung atau disingkir.299

Cadangan Dato Lokman dikecam hebat oleh KSITM.300 Pelajar mempersoalkan tindakan Dato Lokman kerana hanya golongan minoriti yang berambut panjang. Dato Lokman hanya mementingkan perkara remeh dan pemakaian seseorang padahal persoalan ini bukanlah penentu moralnya. Pemimpin KSITM, Rosman Abdul Hamid menegaskan KSITM telah melakukan perubahan drastik dengan mengharamkan judi, majlis tari menari pada tahun 1972. Mantan Presiden KSITM, Ibrahim Ali, menyatakan pihak pentadbir perlu menyeru dan menggalakkan pelajar mengikuti peraturan bukannya mengambil tindakan sekeras itu. Apa gunanya dilakukan di dalam kampus jika di luar kampus terdapat arak, rasuah dan tarian bogel di kelab malam masih dibenarkan.301 Tindakan Dato Lokman dilihat tidak perlu kerana KSITM telah menubuhkan kumpulan dakwah bagi mengatasi gejala sosial. Kebebasan pelajar telah disekat dan pelajar telah menjadi remaja ke sekolah302 telah menjatuhkan imej ITM sebagai institusi pengajian tinggi yang berasaskan kebebasan intelektual.

Pada 5 Januari 1976, ITM dibuka untuk penggal pertama, pelajar senior mula tunjuk perasaan bagi membantah cara pentadbir melaksanakan peraturan disiplin. Mereka bertindak tidak mendaftar diri untuk kuliah kecuali pentadbir menarik balik arahan sebagaimana dituntut KSITM.303 Seramai 1000 orang pelajar terlibat dalam demonstrasi di dataran berhampiran Pejabat Pentadbiran ITM pada pukul 9.00 pagi. Presiden KSITM, Abdullah Baba menyatakan tindakan pentadbir ITM tidak berunding terlebih dahulu dengan KSITM menyebabkan protes

299 Utusan Malaysia, 23. 12. 1975.300 Utusan Malaysia, 2. 1. 1976.301 Utusan Malaysia, 23. 12. 1976.302 Zainuddin Ayip, ‘Tatatertib ITM harus dikaji semula’ dlm. Utusan Malaysia, 5. 1. 1976. Lihat juga, “Pelajar-pelajar Universiti Macam Murid Sekolah” dlm. Budiman, 15.1.1978., hlm. 5.303 Utusan Malaysia, 6. 1. 1976.

53

Page 41: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

tersebut. Sebaliknya peraturan tersebut diperbesarkan dalam media massa dan ia memberi gambaran buruk kepada pelajar dan KSITM.304 KSITM telah memperjuangkan pemurnian akhlak dikalangan pelajar sejak tahun 1971. Perkara yang dituntut KSITM adalah;

a. denda $200 adalah keterlaluan sedangkan pelajar hanya menerima elaun $20 sebulan.b. Jumlah wakil pelajar telah dikurangkan dalam jawatankuasa305 tersebut daripada 6 kepada 3 adalah tidak relevanc. Jawatankuasa itu dipengerusi oleh Dato Lokman sendiri adalah sesuatu yang tidak adil.

Menurut Syed Osman,306 KSITM tidak menentang keseluruhan cadangan tersebut tetapi cara pelaksanaan kurang baik terutamanya ia diluluskan oleh pihak pentadbiran tanpa perbincangan dengan KSITM.307

Pada 7 Januari 1976, ITM Kuala Lumpur telah ditutup apabila pelajar telah menguasai dan mengambil alih kampus di Shah Alam dan Jalan Othman di Petaling Jaya. Seramai 4000 hingga 5000 pelajar menguasai kampus. Dato Mansor sebagai Pemangku Pengerusi Majlis Pentadbir ITM menjelaskan tindakan itu disebabkan pelajar menggunakan ‘tindakan paksaan’ dalam proses pendaftaran pelajar senior selama dua hari.308 Pelajar di dalam kampus kekurangan bekalan makanan dan pelajar yang ingin membeli makanan telah dihalang oleh pelajar senior. Para pemberita yang cuba mendekati pagar telah dikejar oleh pelajar.

KSITM telah menafikan keterlibatan mereka dalam penguasaan kampus itu. Presiden KSITM, Abdullah Baba menyatakan pihaknya tidak menghalang pelajar dan pensyarah balik ke kampus. Walau bagaimanapun, KSITM tidak mengiktiraf keputusan Dato Lokman berikutan sidang tergempar pada 6 Januari oleh Dewan Siswa KSITM.309 KSITM kesal dan terperanjat apabila Dato Mansor menutup ITM. KSITM telah meminta Menteri Dalam Negeri, Dato Ghazali Shafie310 tidak menggunakan badan beruniform dalam menyelesaikan isu ini. KSITM hanya bertindak sebagai pentadbir keselamatan dan kebajikan pelajar apabila pihak pentadbiran meninggal kampus jam 2.30 petang pada 6 Januari.

Pada 9 Januari, seramai 3000 orang pelajar telah keluar dari kampus jam 4 pagi tetapi pihak pentadbir masih tidak dibenarkan masuk. Pelajar yang meninggalkan kampus telah dicaci. Pihak pentadbir cuba memujuk pelajar yang belum meninggalkan kampus dan memberi amaran mereka tidak akan dibenarkan mendaftar diri bila kampus dibuka.311 KSITM telah menyerah kepada Dato Mansor bagi menyelesaikan isu ini setelah perbincangan selama 5 jam. Pelajar mengemukakan beberapa penyelewengan seperti masalah keciciran pelajar dan penggunaan duit pelajar mesyuarat pentadbiran di Bukit Fraser.312

Pada 10 Januari 1976, perwakilan pelajar bersama Pemangku Presiden Majlis Belia Malaysia, Azaham dan Dato Lokman cuba memujuk pelajar. Dato Lokman merayu sebanyak dua kali agar 120 pelajar menyerah diri dan kedegilan mereka menyebabkan mereka disingkir.

304 Ibid.305 Jawatankuasa yang dimaksudkan adalah Jawatankuasa Pengubalan Etika Pelajar ITM.306 Setiausaha Agung KSITM.307 Utusan Malaysia, 23. 12. 1975.308 Utusan Malaysia, 8. 1. 1976.309 Utusan Malaysia, 9. 1. 1976.310 Mantan Pegawai Pentadbir ITM.311 Utusan Malaysia, 10. 1. 1976.312 Utusan Malaysia, 11. 1. 1976.

54

Page 42: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Semasa suasana tegang ini, polis menyerbu masuk ke dalam kampus terutamanya di asrama kedua iaitu pusat gerakan pelajar.313

Dr Mahathir selaku Menteri Pelajaran mengelarkan pelajar tersebut Gestapo yang memakai kain kuning di kepala sebagai pengecut kerana cabut lari meninggalkan kumpulan dakwah dan wanita.314 Gestapo seramai 200 orang ini mengugut menelanjang dan mencincang perempuan.315 Gestapo ini adalah sekumpulan pelajar radikal dan militan. Perkara ini terbukti dengan penemuan senjata seperti kapak dan peluru.316

Tindakan pelajar ITM merampas kuasa dengan isu rambut mengecewakan kerajaan kerana kerajaan kerugian $100,000 sehari.317 Tindakan pelajar itu dikecam oleh badan bukan kerajaan seperti PERTIWI dan Lembaga Kebajikan Perempuan Islam. Ketua Satu PERTIWI(Zakiah Hanum) sebagai contoh mengatakan pelajar berambut panjang tidak manis 318 dan melanggar tatasusila orang Melayu. Kenyataan PERTIWI bersifat hipokrit kerana PERTIWI sendiri pernah mendesak kerajaan membatalkan arahan pemakaian tudung di sekolah kerana tidak praktikal dan mahal.319 PMIUPM turut mengkritik keras tindakan pelajar ITM. Setiausaha Agung PMIUPM, Zaki Ayoub menjelaskan tindakan pelajar ITM itu mempertahankan amalan menyimpan rambut panjang sebagai amalan jahiliah.320

Walau bagaimanapun, PMIUM dam PMUKM telah menyokong tindakan pelajar ITM. PMIUM telah menyatakan tindakan pentadbir ITM sebagai mencabul hak kebebasan pelajar. 321 Sokongan terbuka PMIUM dinyatakan dengan menghantar surat bantahan322 kepada akhbar tempatan dan pihak pentadbir ITM. PMIUM melihat krisis tersebut tidak mengancam keselamatan dan boleh diselesaikan dengan diplomasi. Penjelasan PMIUM disokong dengan kenyataan pengawal keselamatan yang menyatakan pelajar tidak melakukan perkara buruk dan pelajar hanya tidak menyukai Dato Lokman. Walaupun pos pengawal di pos bulatan, asrama 1 dan 2 diambil alih oleh pelajar, pengawal keselamatan tetap dibenarkan bertugas.323

PMIUM menyokong usaha KSITM mendapat hak sebagai kesatuan yang mewakili pelajar ITM. PMIUM juga mendesak Dato Lokman meletakkan jawatan dan menerima pandangan KSITM yang tidak mengiktiraf kepimpinan Dato Lokman.324 Sokongan PMIUM merupakan sokongan yang berterusan. PMIUM kesal penyingkiran 45 pelajar ITM pada 10 Februari 1976325 yang disyaki perancang rampasan kuasa tersebut. Tindakan menemuduga semula pelajar adalah tidak adil dan bertujuan buruk yang jelas bertentangan dengan hak pelajar yang sah di sisi undang-undang perlu dihentikan.

313 Ibid.314 Utusan Malaysia, 12. 1. 1976. 315 Utusan Malaysia, 9. 1. 1976.316 Utusan Malaysia, 19. 2. 1976.317 Ibid.318 Utusan Malaysia, 26. 1. 1976.319 Utusan Malaysia, 28.2.1974.320 Utusan Malaysia, 29. 1. 1976.321 Laporan Tahunan PMIUM sesi 1975/1976.322 SU. KTA/PMI 75/76, surat PMIUM bertarikh 9. 1.1976. Surat ini adalah kenyataan rasmi PMIUM dalam krisis ITM dan ia tidak tersiar dalam akhbar-akhbar tempatan. 323 Utusan Malaysia, 17. 1. 1976.324 SU. KTA/PMI 75/76, Surat PMIUM bertarikh 9.1.1976.325 SU. KTA/PMI 75/76, Surat PMIUM bertarikh 11.2.1976.

55

Page 43: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Pada 9 Februari 1976, Menteri pelajaran telah menubuh Jawatankuasa Penyiasat Krisis ITM bagi menyiasat kejadian itu.326 PMIUM meragui ketelusan jawatankuasa ini sebagai badan bebas. PMIUM mengusulkan agar satu badan bebas yang dianggotai badan pelajar dan belia kerana golongan ini dilihat bersungguh-sungguh untuk mencari penyelesaian yang adil.327

5.2 Isu Afghanistan

Fenomena penentangan terhadap penaklukan Soviet Union ke atas Afghanistan merupakan fenomena sedunia. Isu ini tercetus apabila Presiden Afghanistan, Hafizullah Amin digulingkan oleh bekas Naib Presiden, Babrak Karmal yang dibantu oleh gerila Islam.328 Majlis Revolusi329 telah mengambil alih sementara kuasa pentadbiran setelah golongan Marxis dari kumpulan Khalq(kumpulan yang diimani oleh Hafizullah) ditumbangkan oleh kumpulan Parcham.330 Bagi membendung gelombang hijau331 daripada mengakari bumi Afghanistan, pihak Beruang Merah mengatur langkah mencerobohi Afghanistan dengan menggerakkan 15,000 orang anggota tentera332 ke sempadan dan memasuki Afghanistan pada 31 Disember 1979.333

326 The Malay Mail, 10.2.1976. Dirujuk dalam Laporan Tahunan PMIUM sesi 1975/1976.327 SU. KTA/PMI 75/76, Surat PMIUM bertarikh 11.2.1976. Kenyataan akhbar yang diberikan kepada akhbar tempatan.328 Utusan Malaysia, 29.12.1979. Bantuan gerila Islam secara tidak langsung kerana gerila Islam menguasai beberapa wilayah(contohnya, wilayah Herat) daripada kerajaan pusat. Gerila Islam tetap menentang kerajaan Babrak Karmal.329 Utusan Malaysia, 30.12.1979. Pengolakkan politik di Afghanistan tercetus ekoran krisis dalaman dalam proksi komunis yang menguasai Afghanistan. Gerila Islam pula sedang mara ke ibukota, Kabul. Sebenarnya, krisis dalaman dalam proksi komunis bermula pada zaman Presiden Muhamad Daud Khan lagi. Muhamad Daud yang mulanya pro Rusia digulingkan oleh Noor Muhamad Taraki pada 27 April 1978 kerana cuba menjalin hubungan dengan China(pertembungan fahaman Mao dengan Stalin) dan Amerika. Lihat, “Afghanistan: Kebangkitan Islam Mencabar Kabul”, Risalah, Bil. 3, 1979, hlm. 9. Lihat juga, Mohamad Redzuan Othman, “Afghanistan Sejarah Sebuah Duka” dlm. Dewan Budaya, April 2002, hlm. 20-23.330 Walaupun kumpulan Khalq lebih dominan dalam politik Afghan tetapi Rusia lebih merapati kumpulan Parcham. Lihat, Mohd Sidin Ahmad Ishak & Nizal Mohamad, Afghanistan: Fajar Era Baru, Kuala Lumpur: ABIM, 1989, hlm. 16.331 Kebangkitan Islam adalah reaksi daripada tindakan Raja Dharir Shah yang melantik Mohamad Daud yang cenderung kepada fahaman komunis sebagai Perdana Menteri pada tahun 1953. Ketua Ikhwanul Muslimin Afghanistan, Ahmad Niazi dan mahasiswa Islam Universiti Kabul mula mengerakkan kelompok pelajar Islam yang dikenali Juanan Muslim(kemudian dikenali Jamiyyah al Islamiyyah) pada tahun 1969. Pada tahun 1972, kelompok pelajar Islam berjaya menguasai kerusi di Dewan Mahasiswa Universiti Kabul dan ia menakutkan pendokong komunis. Pada tahun 1975, Mohamad Daud mempenjarakan Ahmad Niazi dan ramai pemimpin pelajar termasuk Rabbani dan dan Sayyaf berjaya melarikan diri ke Pakistan. Lihat, Muhamad Abdul Quddus, Bersama Mujahidin Afghanistan, Kuala Lumpur: Thinker Library, 1988, hlm. 101.332 Utusan Malaysia, 31.12.1979. Babrak Karmal gagal memenuhi aspirasi Rusia menyebabkan Rusia mencerobohi Afghanistan. Kebanyakan tentera Afghan berpaling tadah menyokong gerila Islam. Lihat, Khalid Jaafar, “Rampasan Kuasa Baru”, dlm. Panji Masyarakat, April 1980. 333 Utusan Malaysia, 1.1.1980.

56

Page 44: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Kemasukan Rusia ke wilayah Afghanistan dikutuk oleh warga dunia seperti di India,334 Iran,335 Jerman,336 Indonesia,337 dan Sudan.338 Di Malaysia, ABIM,339 PMUKM dan PKIPM340 mengutuk kelakuan durjana Soveit dan meminta umat Islam di negara ini bersatu menghadapi musuh.341 Presiden PMUKM, Fadullah Shuib meminta agar bantuan segera dikumpul bagi membantu perjuangan rakyat Afghan semasa demonstrasi aman di kampus UKM.342

Pada 8 Januari 1980, gabungan persatuan pelajar dan belia termasuk PMUM dan ABIM merancang mengadakan perhimpunan raksasa. Perhimpunan ini di bawah pimpinan saudara Anwar Ibrahim. Seramai 5000 orang hadir memberi sokongan dan melaungkan kalimah Allahu Akbar. Pidato malam tersebut diberikan oleh tetamu-tetamu khas termasuk Mufti Kuwait dan mereka secara muafakat mendesak agar Soviet berundur daripada Afghanistan. Sebanyak $6100 dikumpulkan bagi sumbangan Tabung Afghanistan.343

Keesokkan paginya, Perhimpunan Perpaduan Islam Anti Soviet diadakan di Masjid Jamek Kampung Baru dan slogan-slogan seperti ‘Hapuskan Soviet’ dan ‘Hari ini Afhganistan, esok Malaysia’ terus bergema.344 Perjuangan gerakan pelajar diteruskan di kampus masing-masing terutamanya oleh PMUTM,345 KSITM346 dan PMUM.347

6.0 KESIMPULAN

Kewujudan AUKU dilihat bagi mengekang keterlibatan pelajar universiti dalam politik nasional. Kemaraan pengaruh komunis dalam gerakan pelajar juga membimbangkan kerajaan. AUKU mempunyai impak pro dan kontra ke atas gerakan pelajar di Universiti Malaya. Secara idealnya, AUKU telah melesukan gerakan pelajar daripada membicarakan tentang isu nasional. Imej bersama rakyat dan jurubicara masyarakat semakin luntur di kalangan pelajar universiti. Kebanyakan kegiatan pelajar bercorak kemasyarakatan hanya berbentuk tempelan yang ingin memenuhi tentatif program. Kegiatan kebudayaan dan kesenian mula mendominasi aktiviti di kampus terutamanya di kolej-kolej. Kebangkitan pelajar ITM merupakan satu kegemparan dalam dunia pelajar setelah AUKU dikuatkuasa, manakala isu Afghan pula memperlihatkan kebangkitan awal kelompok Islamis dalam gerakan pelajar semasa era 1980an.

334 Pelajar Afghan menawan kedutaan mereka di New Delhi. Lihat, Utusan Malaysia, 3.1.1980.335 Tunjuk perasaan di depan kedutaan Soviet di Iran. Lihat, Utusan Malaysia, 2.1.1980.336 Pelajar Afghan menawan kedutaan mereka. Lihat, Utusan Malaysia, 3.1.1980.337 Pelajar Indonesia berarak di jalanan, Lihat, Utusan Malaysia, 4.1.1980.338 Seramai 500 orang pelajar Sudan membakar bendera Soviet. Lihat, Utusan Malaysia, 5.1.1980.339 Osman Bakar, Setiausaha Agung ABIM mengutuk tindakan Soviet. Lihat, Utusan Malaysia, 7.1.1980.340 Presiden PKPIM, Fuad Hasan mengutuk tindakan Soviet. Lihat Utusan Malaysia, 8.1.1980.341 Fatwa jihad di Afghanistan telah dikeluarkan oleh Dr. Abdullah Azzam dengan persetujuan Mufti Saudi, Ibnu Baz dan pimpinan Ikhwanul Muslimin seperti Said Hawwa. Lihat, Dr. Abdullah Azzam, Jihad: Afghanistan Bukti Terang dan Perjajahan Dunia Moden, Kuala Lumpur: Pustaka Syuhada, 1988, hlm. 4-7.342 Demonstrasi aman itu dihadiri oleh 1000 orang pelajar di kampus UKM. Lihat, Utusan Malaysia, 8.1.1980.343 Utusan Malaysia, 9.1.1980.344 Utusan Malaysia, 10.1.1980. Perhimpunan ini adalah susulan demonstrasi oleh PMUM yang melahirkan sikap tegas terhadap pencerobohan Rusia. Lihat Risalah, Bil. 1. 1980, hlm. 6.345 Seramai 200 berkumpul di Dewan Besar UTM jalan Gurney yang diketuai oleh Presiden PMUTM, Dzulkifli Mohamad. Lihat Utusan Malaysia, 11.1.1980.346 Seramai 3000 orang pelajar ITM diketuai oleh Khalid Jaafar berdemonstrasi secara aman. Lihat, Utusan Malaysia, 10.1.1980.347 PMUM mewakili pelajar menderma sebanyak $ 971.55 sen bagi Tabung Afganistan Utusan Malaysia. Lihat, Budiman, 1 April 1980.

57

Page 45: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

GERAKAN PELAJAR 1980-1985

“akta boleh memisahkan persatuan-persatuan peringkat kampus dari pendaftaran tetapi akta tidak dapat memisahkan persatuan-persatuan tersebut dari segi realiti kerana kekuatan ideologi Islam yang sama-sama didokong tidak membenarkan permisahan”

Mahmud Mohd(YDP PKPIM 1976/77)

1.0 PENDAHULUAN

Akta Universiti dan Kolej Universiti(AUKU) telah memberi impak besar dalam masyarakat kampus. AUKU dilihat mengekang gerakan pelajar dalam memperjuang isu-isu nasional sehingga gerakan pelajar menggunakan pendekatan keilmuan dan diplomasi bagi mengantikan demonstrasi. Pada tahun 1980 hingga 1985, muncul gerakan pelajar Islam bagi merampas tampuk kekuasaan Majlis Perwakilan Pelajar agar cita-cita Islam tercapai.Dalam bab ini, penulis akan mengupas regenerasi semula gerakan pelajar Islam, permasalahan dan cabaran yang dihadapi oleh gerakan pelajar terutamanya pelajar Islam. Penulis juga melihat isu yang diperjuangkan oleh pelajar dan pendekatan yang diaplikasi dalam menghadapi permasalahan di era AUKU.

FAKTOR KEBANGKITAN SEMULA ISLAM DI KAMPUS PADA TAHUN 1980AN.

Kebangkitan Islam mula dimainkan pada awal 1970an setelah pembantaian secara radikal terhadap Ikhwanul Muslimin dan kepulangan pelajar Islam dari Barat dan Timur Tengah. Mengikut Ustaz Asahaari Mohamad, Syeikhul Al Arqam yang diharamkan, peristiwa 13 Mei 1969 merupakan tempoh peralihan pemikiran dan gaya hidup jahiliah Moden ke pemikiran dan gaya hidup Islam. Pada masa ini, orang Melayu mula dahaga agama dan Islam sendiri dianggap sumber perpaduan Melayu. Walau bagaimanapun, Islam pada masa itu masih di tahap ‘jambul’ [kerana wanita menutup aurat tetapi menampakkan jambul]. Islam secara praktikal dan ‘berjubah’ mula bersemarak setelah Iran membuktikan Islam boleh menjadi teras kepada kerajaan moden. Di bawah ada beberapa faktor kebangkitan Islam era 1980an.

1 Revolusi Islam Iran

Revolusi Islam Iran memberi impak besar kepada dunia Islam terutamanya kepada gerakan Islam. Revolusi Iran memberi satu fenomena luar biasa pada abad ke-20 dan satu pengalaman baru kepada sejarah dimana golongan mullah telah membuat pentafsiran baru kaedah bernegara dalam konteks pemikiran politik moden. Gerakan Islam sedunia telah mendapat inspirasi dan harapan dalam eksperimen negara Islam dalam zaman moden oleh Iran. Iran mengaplikasikan konsep kepimpinan ulama iaitu wilayat-i-faqih dalam pentadbiran negara.

Gerakan Islam Iran yang dipimpin oleh golongan ulama mula cuba menggugat kerajaan Iran sejak kurun ke-16 lagi semasa pemerintahan dinasti Safavid di bawah Shah Abas yang berdepan dengan Mullah Ahmad Ardabli. Pada tahun 1826 iaitu pada zaman Dinasti Qajar, ulama Iran bangkit menentang Rusia yang menindas rakyat Iran di wilayah yang dijajah oleh Rusia

58

Page 46: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

dalam Perang Rusia-Iran pada tahun sebelumnya. Pada tahun 1829, Mujtahid Mirza Hasan Dhirazi memprotes tindakan kerajaan memberi monopoli pengeluaran dan pemasaran tembakau kepada British. Pada tahun 1905 hingga 1911, ulama seperti Sayyed Muhammad Bihbihani dan Sayyed Muhammad Tatatabai berjuang menempatkan Islam dalam dasar pemerintahan negara semasa Revolusi Perlembagaan.348

Penentangan terbuka Ayotullah Khomenei bermula pada tahun 1963 dan beliau telah diusir ke Paris. Suasana tegang di Iran bermula pada 7 Januari 1978 apabila SAVAK telah menyiarkan kenyataan memburukkan Khomenei. Ulama di Qom telah membuat demontransi secara aman tetapi ditembak oleh SAVAK sehingga beratus terkorban. Api kemarahan rakyat mula merebak apabila demonstrasi mula meluas ke Tabriz, Kazarun dan Tehran. Shah Iran telah mengisytiharkan undang-undang tentera dan melantik panglima tentera, Ghulam Reza Azhari sebagai Perdana Menteri. Pada 16 Januari 1979, Shah Iran meninggalkan Iran bersama keluarganya atas alasan kesihatan. Pemerintahan diserahkan kepada Dr. Shahpur Bakhtiar sebagai Perdana Menteri. Suasana berterusan sehingga Bakhtiar melarikan diri pada 11 Februari 1979 setelah tentera menyokong revolusi. Khomenei pulang dari Paris dan menubuhkan Republik Islam Iran pada 1 April 1979.349

Kejayaan Iran telah menarik gerakan pelajar terhadap konsep politik Islam sebagai cita-cita sosial mereka. Oleh sebab itu, PMIUM telah mengorak langkah menceburi pilihan raya kampus bagi menguasai tampuk kekuasaan PMUM. Pada tahun 1979, PMIUM yang disaluti imej ABIM telah menaja calon MPP. Redzuan Othman bertanding di Fakulti Sastera dan calon bercenderung idealis PAS, Yazid Othman bertanding di kawasan umum350 menentang golongan Nasionalis. Kehadiran golongan pelajar Islam membawa perubahan dalam hala tuju politik kampus agar lebih Islamis.

2 Pengaruh Islam di Barat.

Menurut Zulkifli Yusof, Presiden PMUM sesi 1985/86, perkembangan Islam di Barat turut mempengaruhi gerakan pelajar Islam di kampus.351 Pengaruh Islam dibawa pulang oleh graduan Islam yang belajar di Barat. Graduan Islam ini membawa idea-idea Islam yang ingin menjadikan Islam sebagai gaya hidup. Mereka yang pulang menyertai sektor profesional dan pendidikan sehinggakan mewujudkan kelas menengah Melayu yang Islamis.

Negara Malaysia sebagai sebuah negara membangun memerlukan tenaga pakar dalam mengembleng tenaga-idea bagi menjalankan pembangunan negara. Bagi memenuhi keperluan tenaga kerja pakar, kerajaan mengambil keputusan menghantar pelajar ke luar negara bagi mendalami ilmu-ilmu baru dalam bidang sains, teknologi dan profesional. Pada tahun 1971 hingga 1973 sebanyak 1962 biasiswa dikeluarkan oleh kerajaan diberikan kepada pelajar untuk pelbagai lapangan. Selain pemegang biasiswa kerajaan, terdapat 18,000 orang pelajar persendirian Malaysia di luar negara.352

348 Muhamad Abu Bakar, “Idea Kemajuan Dalam Pemikiran dan Perjuangan Golongan Fundamentalis Islam” dlm. Islamika II, Kuala Lumpur: Sarjana Enterprise, 1982, hlm. 16.349 Fadhlullah Jamil, Islam di Asia Barat Moden, Kuala Lumpur: Thinker Librarys, 2000, hlm. 348.350 M.A. Fawzi Basri, “Senario Kepimpinan Mahasiswa” Kertas Kerja di Kongres Kepimpinan Perdana Kebangsaan, 16-17 November 1986.351 Temuramah dengan Zulkifli Yusof, 3.4.2003.352 Kajian Semula Rancangan Malaysia Kedua 1971-1973, Kuala Lumpur: Pencetakan Kerajaan, 1973, hlm. 222.

59

Page 47: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Pada tahun 1976, sekitar 4000 orang pelajar Malaysia di London dan sebahagian daripada mereka adalah orang Melayu. Pelajar di perantauan ini telah berkumpul bagi merayakan hari kebesaran, berforum dan beriadah di suatu tempat yang sama bagi mengeratkan perhubungan mereka. Kebejatan sosial di Barat menyedarkan mereka bahawa pembangunan material di Barat telah mengabaikan pembangunan rohaniah. Menurut Ralph Wendell, agama telah kehilangan pengaruh di Barat. Peratusan mengatakan agama tiada pengaruh meningkat dari 14% pada tahun 1957 kepada 75% pada tahun 1970.353 Kontradiksi sekular ini menyebabkan para pelajar mencari wahana Islam bagi menjamin akidah dan menghayati Islam sebagai cara hidup mereka.

Wahana Islamis milik masyarakat Melayu di United Kingdom adalah Kesatuan Melayu United Kingdom(KMUK), Malaysian Islamic Study Group(MISG), Islamic Representive Council(IRC), Kelab UMNO dan Suara Islam. Golongan pelajar yang menyertai kumpulan Islam kelihatan berbeda dari segi pertuturan dan pemakaian. MISG muncul pada tahun 1963 yang menumpukan kepada cita-cita Islamiyah dan objektifnya mengekalkan nilai spiritual dan menjayakan kehidupan Islam.354 MISG menyuarakan pandangan Islam mereka melalui penerbitan majalah Reflection dan Qiblat. MISG juga bergabung dengan Federation of Islamic Students Organisation(FOSIS) yang ditubuh pada 1962. FOSIS adalah pertubuhan antarabangsa bagi pelajar Islam.

MISG mencanang kehidupan berpaksi tauhid, berlandaskan hukum Allah dan aktiviti Islam yang sebenar.355 Idealis MISG mendekati idea Maududi seorang tokoh Islam Pakistan. Lantaran kawalan FOSIS ke atas MISG, kumpulan serpihan mula muncul iaitu Suara Islam(Voice of Islam) dan IRC. IRC ditubuhkan pada 1975 dan mempunyai pengaruh kuat di kalangan pelajar A-Level dan maktab teknik di Liverpool dan Manchester. IRC lebih terpengaruh dengan idea Ikhwanul Muslimin. Mereka menyalurkan idea mereka melalui buletin yang dikenali Furqan. IRC menubuh unit kecil bagi mentarbiyah ahlinya dan cuba menerobos pertubuhan lain dalam kaedah memulakan tranformasi dari dalam.356

Suara Islam ditubuhkan pada tahun 1975 merupakan pertubuhan pelajar paling radikal dan bersifat politicised. Suara Islam terpengaruh dengan idea Jamaat-i-Islami yang mementingkan kekuasaan politik357 melalui parti politik Islam.358 Mentor utama Suara Islam adalah Javed Ansari(ahli Jamaat-i-Islami) yang menjadi pengajar ekonomi. Suara Islam berkontrontasi secara terbuka dengan penentang idealis Islam mereka. Menurut Chandara Muzaffar, pelajar dogmatik inilah yang mencorak pemikiran pelajar tempatan di dalam negara.359

Kepulangan pelajar yang terdidik dengan idealis Islam banyak mempengaruhi persekitaran politik, sosial dan ekonomi negara. Mereka adalah golongan kelas menengah telah diberi tugas untuk membantu negara. Golongan pelajar ini cuba melakukan Islamisasi dalam masyarakat. Menurut Siddiq Fadil, Islamisasi mempunyai makna ‘proses merubah sesuatu

353 Mustaffa kamil Ayub, Gerakan Pelajar-Mahasiswa: Misi dan Visi, Petaling Jaya: Budaya Ilmu, 1991, hlm. 100.354 Mohamad Abu Bakar, “Pengaruh Luar dan Pengislaman Dalam Negeri: United Kingdom dan Eire dalam Kebangkitan Semula Islam di Malaysia” dlm. Redzuan Othman(ed.), Jendela Masa, Kuala Lumpur: Penerbit UM, 2001, hlm. 415.355 Ibid.356 Zainah Anwar, Kebangkitan Islam di Kalangan Pelajar, Petaling Jaya: IBS Buku, 1990, hlm. 60.357 Pengikut Suara Islam seperti Ishak Ali dan Khalid Samad(adik beradik Sharir Samad) cuba menubuhkan Parti Negara Islam tetapi ditolak Pendaftar Pertubuhan. Mereka memasuki PAS dan menubuh kumpulan muda dalam PAS yang mahukan kepimpinan ulama. Lihat majalah Sarina, Januari 1986, hlm. 11.358 Ibid., hlm. 58.359 Chandra Muzaffar, Kebangkitan Semula Islam di Malaysia, Petaling Jaya: Fajar Bakti, 1988, hlm. 37.

60

Page 48: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

supaya lebih Islamik’.360 Kebanyakan pelajar idealis Islam menjadi pensyarah mengajar di Universiti Malaya, Universiti Teknologi Malaysia dan Universiti Kebangsaan Malaysia telah menerapkan idea mereka di kalangan pelajar tempatan. Pelajar Islam tempatan mula menjadi pensyarah mereka sebagai mentor dalam aktiviti gerakan pelajar mereka.

3 Pengaruh Parti Islam SeMalaysia(PAS). Selepas kegagalan gabungan UMNO dengan PAS, golongan Nasionalis-Islamis yang telah disingkirkan dari tampuk kepimpinan PAS. Kaum muda PAS menjadi indikator dalam usaha menjatuhkan kepimpinan Dato Asri pada Oktober 1982 dengan slogan PAS di bawah ‘kepimpinan ulama’.361 Kaum muda PAS dipelopori oleh bekas tokoh ABIM dan pimpinan kelab pelajar Islam di luar negara. Bekas pimpinan ABIM ialah Fadzil Mohd. Nor(Timbalan Presiden ABIM), Abdul Hadi Awang(Pesuruhjaya ABIM Terengganu), Nakhaie Ahmad(Lajnah Dakwah)362 manakala pimpinan pelajar luar negara seperti Khalid Samad(Suara Islam)[adik Shahrir Samad, ahli Parlimen UMNO Johor Bahru] dan Ishak Ali(Suara Islam).

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO pada bulan Mac 1982 dan kejatuhan Dato Asri363 dalam PAS pada 23 Oktober 1982 membolehkan kumpulan muda menghakis budaya nasionalis dalam PAS. Tokoh ideolog seperti Ustaz Abdul Hadi Awang merupakan tokoh yang banyak berjasa kepada PAS dalam memberikan kefahaman jalinan agama dengan politik 364 dimana Islam menolak ‘politik suku, agama suku’.365 Lantaran itu, wujud idea negara Islam yang

360 Siddiq Fadil, “Dai-Pembina Akidah Pembangun Ummah” dlm. Siddiq Fadil, Mengangkat Martabat Umat: Koleksi Ucapan Muktamar Senawi Abim, Kuala Lumpur: Dewan Pustaka Salam, 1989, hlm. 89.361 Majlis Syura Ulama PAS ditubuhkan bagi bergandingan dengan Dewan Ulama PAS dalam proses memantau dasar-dasar PAS agar berada dalam kawalan syariat. Majlis Syura diketuai oleh Musyidul Aam PAS(kini Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat).362 Kemasukan tokoh ABIM ke dalam PAS setelah dinasihat oleh Pak Natsir(tokoh politik Islam Indonesia) agar wadah politik Islam dipertahankan. Lihat Ahmad Lufti Othman, PAS Zaman Anwar: Memo Untuk PM, Kuala Lumpur: Penerbitan Pemuda, 1993, hlm. 56.363 Dato Asri meletakkan jawatan semasa muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka. Dato Asri menerima tekanan hebat daripada kaum muda yang pro-Revolusi Iran. Ucapan Dato Asri diganggu dengan laungan marakbar Asri(Pergi Mampus Asri). Krisis Dato Asri dengan kaum muda yang dipelopori oleh Dewan Pemuda dan Dewan Ulama dapat dilihat apabila Dewan Pemuda PAS membuat muktamar berasingan di Bukit Mertajam. Lihat, Asri Mohamad, Memoir Asri: Meniti Arus, Bangi: Penerbit UKM, 1993, hlm. 117. Sebenarnya penggolakkan dalam PAS berpunca daripada kesilapan Dato Asri sendiri seperti pengguguran Syed Ibrahim(tokoh ABIM) sebagai Bendahari Agung dan diganti oleh Hasan Muhamad(calon yang pernah menentang Timbalan Presiden PAS, Zulkifli Mohamad), menggugurkan Nakhaie Ahmad(tokoh ABIM) sebagai Setiausaha Agung dan diganti oleh Abu Bakar Umar(calon yang tewas dalam perebutan jawatan parti), pelantikan Pengerusi Tetap Muktamar oleh Jawatankuasa Agung(padahal jawatan tersebut perlu dilantik oleh perwakilan muktamar) dan kekecohan perasmian Muktamar Dewan Ulama dan Dewan Muslimat. Bagi keterangan lanjut, sila lihat Kamarul Zaman Yusuf, Perjuangan Penuh Cabaran, Kota Bharu: Qamar Publishing, 1999, hlm. 89-91.364 Struktur Islam sebagai sistem religio-politik tidak perlu diragukan. Kerohanian Islam dan keduniaan bukanlah bidang yang terpisah-pisah. Tindakan manusia ditentukan oleh akal. Latar belakang mental akan menentukan sifat tindakan manusia. Jika latar belakang mental itu Islam, Islamlah akan memimpin setiap tindakan manusia. Lihat Muhammad Iqbal, Pembangunan Kembali Alam Pemikiran Islam, (terj.), Kuala Lumpur: Thinker Library, 1988, hlm. 211.365 Abdul Hadi Awang, Amanat Haji Hadi, Kuala Lumpur: Jabatan Penerangan PAS, 2002, hlm. 23. Bagi menyelami pemikiran Tuan Guru Haji Hadi, lihat Abdul Hadi Awang, Islam: Fikrah, Harakah &Daulah, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, 2003. Ketokohan Tuan Guru menjadi bualan akhbar-akhbar tempatan pada tahun 1980an sehingga popularitinya melebihi populariti Ustaz Yusuf Rawa dan Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

61

Page 49: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

menjadi sistem Islam sebagai falsafah dan gagasan dalam kehidupan.366 Perkembangan kaum muda PAS yang menghiasi akhbar, majalah-majalah dan kaset ceramah pada tahun 1980an membawa pengaruh besar dalam perjuangan pelajar Islam bagi mengembalikan Islam sebagai cara hidup di kampus terutamanya selepas Anwar Ibrahim terjun ke dalam UMNO.

3.0 PENGUASAAN PELAJAR ISLAM DALAM POLITIK KAMPUS PADA AWAL 1980AN [KES DI UM].

Kemenangan kumpulan Islamis dalam Revolusi Iran mencetus fobia kepada masyarakat sekular terhadap kebangkitan semula Islam. Gerakan pelajar Islam yang digelar orang dakwah dilihat satu elemen yang menakutkan kerana ia cuba menggugat ideologi sekular yang dianuti oleh pemerintah, penguasa universiti dan pelajar sendiri. Kerajaan sendiri mengkritik kegiatan dakwah di kalangan pelajar yang dilihat berlaku ketidakfahaman para pendakwah terhadap kemurnian Islam itu sendiri.367 Kezahiran Islam dalam cara hidup pelajar seperti berpurdah melahirkan kegelisahan kepada pihak pentadbir. Di Universiti Teknologi Malaysia, Anuiddin Wahid tidak menggalakkan pelajar memakai purdah.368 Bahkan pelajar Universiti Malaya pula terpaksa menandatangani perjanjian larangan pemakaian purdah oleh Ungku Aziz. [Lihat Utusan Malaysia, 24.6.1986.] Namun, gerakan pelajar Islam terus subur dan cuba membentuk kuasa politik di kampus.

Peningkatan kesedaran Islam pada tahun 1970an telah meletakkan PMIUM sebagai wadah penting dalam perjuangan Islam di kampus. Walau bagaimanapun, PMIUM bukanlah satu kuasa politik yang mendominasi politik kampus sebagaimana Kelab Sosialis. PMIUM pada ketika itu bersifat Nasionalis-Islamis yang berjuang untuk kepentingan Islam dan bangsa Melayu termasuk isu bahasa dan kemiskinan. Siddiq Fadil Presiden PMIUM sesi 1972/73 telah berjaya mengikis semangat nasinalisme sempit dan mengarahkan semangat tersebut mengikut perspektif Islam.369 Kewujudan golongan Nasionalis-Islamis ini mestilah dibuktikan dengan komitmen yang tegas termasuk pelaksanaan Islam sepenuhnya serta langkah amali yang konkrit secara bersungguh-sungguh.370 Oleh sebab itu, PMIUM cuba menghalang upacara kemaksiatan di Universiti Malaya seperti majlis ball night dan unsur judi dalam pestaria.371

Perjuangan Islam PMIUM tidak serasi dengan aktiviti PMUM yang bercorak kebudayaan dan kemaksiatan sehingga berlaku ‘perang dingin’ antara PMIUM dengan PMUM.. Oleh sebab itu, PMIUM disingkir daripada AJK Orientasi sesi 1975/76 dan hanya diterima semula pada sesi 1977/78 tetapi pada sesi 1978/79 sekali lagi PMIUM disingkirkan.372 Keadaan ini mendorong

366 Syed Qutb & Abul Ala’ al Maududi, Manhaj Hidup Muslim, Shah Alam: Dewan Pustaka Fajar, 2001, hlm. 176. Berkaitan konsep negara Islam, lihat juga, Yusuf Qardhawi, Fiqh Daulah, Bangi: Maktabah al Qardhawi, 1998., dan Dokumen Negara Islam PAS, Bangi: PAS, 2003. Sunnah politik Islam pernah diregenerasi oleh golongan Islah iaitu pembinaan negara Islam Madinah selepas tahun 622 M. Golongan Islah menggunakan akhbar al Iman yang menyebarkan idea politik Islam. Lihat Abdul Aziz Mat Ton, Politik al Iman, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 300. 367 Utusan Malaysia, 13.4.1979.368 Utusan Malaysia, 5.6.1979. Pelajar Universiti Malaya pula terpaksa menandatangani perjanjian larangan pemakaian purdah. Lihat Utusan Malaysia, 24.6.1986.369 Mohd. Nasir M. Nawi, Persatuan Mahasiswa Islam di Universiti Tempatan, (B.A), Jabatan Usululludin Universiti Malaya, 1991/92, hlm. 145.370 Siddiq Fadil, Mengangkat Martabat Umat: Koleksi Ucapan Muktamar Senawi Abim, hlm. 102.371 Penolakkan tehadap kebejatan moral terkandung dalam Memorandum Peraturan Moral, dlm. Fail PMI 73/74, Surat PMIUM bertarikh 4.8.1974.372 PMIUM disingkirkan kerana bantahan terhadap acara Pesta Ria 1977. Antara acara Pestaria tersebut adalah pertandingan Ratu Pesta dan konsert rock. Lihat, Laporan Tahunan PMIUM 1976/1977, hlm. 44. Keterangan lebih lanjut tentang sejarah perjuangan PMIUM pada era 1970an, lihat Hasnah Ibrahim,

62

Page 50: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

PMIUM mengubah corak perjuangan dengan memasuki politik kampus agar mereka lebih progresif untuk mengambil alih tampuk pimpinan PMUM. Cubaan pertama PMIUM untuk memenuhi cita-cita siasah dengan meletakkan calon mereka dalam pilihan raya kampus. Pada tahun 1977, PMIUM meletakkan calon mereka iaitu Sidek Baba [pensyarah UIA, orang kuat ABIM], Syed Muhamad Dawilah al Idrus [pensyarah USM], Nasaruddin Abdul Jalil dan Naharuddin Abdullah. Sidek Baba dan Naharuddin Abdullah berjaya memenangi kerusi.

Pada pilihan raya sesi 1979/80, PMIUM memenangi 10 kerusi tetapi gagal memperolehi majoriti 2/3. Antara calon PMIUM adalah Redzuan Othman di fakulti Sastera dan Yazid Othman bagi kerusi umum. Kumpulan Islam membentuk Barisan Mahasiswa bagi menentang Gabungan Mahasiswa.373 Pilihan raya sesi 1979 telah menelurkan budaya berparti dalam politik kampus. Barisan Mahasiswa yang ‘menang tipis’ telah memilih Anual Bakri374{kini, S.U. MB Kelantan] sebagai Presiden PMUM dan Yazid Othman [kini, aktif dalam persatuan wartawan di KL] sebagai Naib Presiden. Kerajaan pelajar Islam mula mencegah aktiviti mungkar seperti jamuan arak dan budaya makan malam tahunan yang dihiasi program mungkar. Aktiviti persatuan perlu terbatas kepada aktiviti tidak bercorak ‘yahudi’.375 Penubuhan kerajaan pelajar Islam yang pertama ditentang hebat oleh proksi Nasionalis.376 Barisan Mahasiswa tidak dapat membentuk kabinet PMUM yang mantap kerana Gabungan Mahasiswa mendapat 11 kerusi daripada 21 kerusi.377 Kesilapan Barisan Mahasiswa adalah memperuntuk tiga kerusi untuk orang bukan Melayu tetapi tiada orang bukan Melayu mahu bertanding untuk Barisan menyebabkan Gabungan Mahasiswa menang mudah.378

Pada 4 Ogos 1979, Barisan Mahasiswa cuba menubuhkan kabinet tetapi Ketua Gabungan Mahasiswa, Yusuf Abdul Rahman cuba melakukan undi tidak percaya. Kelompok Islamis mengambil tindakan bijaksana dengan keluar mesyuarat agar korum 2/3 tidak mencukupi untuk mengundi. Yusuf Abdul Rahman menyifatkan tindakan 10 anggota Barisan tidak demokrat.379 Barisan mencabar Gabungan agar meletak jawatan supaya pilihan raya dapat diadakan semula. Kekecohan ini menyebabkan pendaftar HEP Yunus Nawal dan Puan Chua campurtangan. Akhirnya, Gabungan bersetuju bekerjasama walaupun cuba dihalang oleh ketuanya. Barisan kabinet PMUM diketuai oleh Anual Bakri Haron(Presiden), Yazid Othman(Timbalan), Redzuan Othman380 (Setiausaha Agung), Zaidan Ali(Bendahari), Amir Hamzah Abdul, Anuar Yusof, Yahya Husin, Mohd Nor Anuar, Abdul Ghani Ghulam Din, Abdullah Rahman, Fong Seng Wah, Cheng Huck Joo, Rosli Ahmad dan Yusuf Abdul Rahman.381

Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya: Satu Kajian Tentang Sejarah dan Perkembangan, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 1978/79.373 M.A. Fawzi Basri, “Senario Kepimpinan Mahasiswa” Kertas Kerja di Kongres Kepimpinan Perdana Kebangsaan, 16-17 November 1986.374 Mantan Pegawai Kementerian Kewangan, kini Setiausaha Politik Menteri Besar Kelantan.375 Megat Dewa UKM, ‘Siswa Dakwah Mau Kuasai Kampus’, Utusan Malaysia, 6.5.1979. Lihat juga, Abdullah Tahir, “Gerakan Dakwah di Kampus”, Mastika, September 1986, hlm. 16. , Noor Hanizam, “Gerakan Islam di Kampus”, Mingguan Era, 1 Jun 1985.376 Sesi 1979/80 merupakan sesi pertama program Taaruf diperkenalkan. Pada 5 Jun 1980, seramai 500 menghadiri Taaruf PMIUM. Ustaz Siddiq Fadil dituduh menghasut para pelajar. Lihat, Budiman, 1.7.1980. 377 Sebenarnya jumlah kerusi yang menangi oleh Barisan dan Gabungan adalah sama banyak iaitu 10 kerusi. Satu kerusi lain dimenangi oleh calon neutral. Pada peringkat awal, calon neutral berada bersama Gabungan tetapi beralih pula menyokong Barisan sehingga Barisan berjaya membentuk kabinet. Perkara ini disahkan oleh Dr. Redzuan Othman pada 9.2.2004.378 Watan, 3.8.1979.379 Watan, 24.8.1979.380 Mantan Naib Presiden ABIM sesi 2002, Setiausaha Agung PKPIM sesi 1979/80, kini Timbalan Dekan Fakulti Sastera, Universiti Malaya.381 Watan, 10.8.1979.

63

Page 51: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Menurut Yusuf Abdul Rahman, Barisan adalah golongan radikal dan perkauman.382 Gabungan berjuang berdasarkan untuk perpaduan dan kebajikan pelajar. Gabungan menawarkan dasar kompromi dimana jika pihak menjawat jawatan presiden tidak boleh memegang jawatan setiausaha agung tetapi Barisan membolot kesemua jawatan utama. PMUM tidak berfungsi dengan baik menyebabkan Anual Bakri mahu berbincang dengan Yusuf di Dataran Ekonomi. Pada mulanya Yusuf menolak pelawaan tersebut tetapi setelah diugut oleh Roselan Abdul Rahman untuk menarik balik sokongan terhadap Gabungan, beliau bersetuju berbincang.383 Krisis PMUM selesai apabila Presiden, Timbalan Presiden dan Setiausaha Agung meletakkan jawatan384 iaitu Anual Bakri [S.U. Menteri Besar Kelantan], Yazid Othman dan Redzuan Othman [kini pensyarah Jabatan Sejarah UM, bekas Naib Presiden ABIM]. Kebuntuan kepimpinan PMUM sejak 23 Julai 1979 dapat diselesai dengan kompromi iaitu Yazid Othman sebagai Presiden, Yap Ching Kiat(Timbalan), Rosli Ahmad(Setiausaha Agung), Zaidin Ali(Bendahari) dan Redzuan Othman(Penolong Setiausaha Agung).385 Tekanan HEP dan masalah pemilihan personaliti menyebabkan golongan Islamis tewas dalam pilihan raya kampus 1980/81 pada 18 Julai 1980 kepada golongan Nasionalis.386

Selain itu, kemenangan Gabungan disebabkan kegagalan Barisan menangani kes kepincangan perasmian TIG(aktiviti sukan), kegagalan baktisiswa di Sabah dan kegagalan program ke Indonesia.387 Calon ternama golongan pelajar Islam yang tewas adalah Zaidan Ali, Yazid Othman, Abdul Ghani Golamadin dan Che Yazid Che Seman. Roselan Abdul Rahman dilantik sebagai Presiden PMUM manakala Rosley Ahmad dilantik sebagai Naib Presiden.388 Kekalahan kumpulan Islamis dalam pilihan raya kampus di Universiti Malaya wajar ditelusuri daripada aspek tekanan psikologi yang dicanang oleh akhbar tempatan terutamanya Utusan Malaysia. Utusan Malaysia memberi gambaran kotor dengan mewujudkan polemik ‘Regim KAMI’389 di kampus-kampus universiti tempatan. Kekalahan kumpulan Islamis yang disifatkan sebagai pelampau agama di UKM disebar secara meluas di muka utama akhbar tersebut.390 Secara terancang, isu perjudian semasa Pestaria 1980 dihangatkan kembali dengan tuduhan sempitnya

382 Walau bagaimanapun Barisan menafikan mereka bersifat radikal. Lihat kenyataan Anual Bakri dalam Budiman, 15.9.1979.383 Watan, 21.9.1979.384 Watan, 5.10. 1979.385 Budiman, 21.9.1979.386 Watan 1.8.1980. Pilihan raya kampus pada tahun 1980 di Malaysia disifatkan kotor kerana akhbar tempatan secara jelas berkempen untuk golongan Nasionalis. Akhbar Utusan Malaysia menuduh kumpulan Islamis sebagai pelampau agama dan kolot yang menanggotai kumpulan Regim KAMI. Lihat Utusan Malaysia, 8.7.1980. UKM telah dituduh pusat gerakan ‘Regim KAMI’yang bermatlamat mengislamkan mahasiswa secara paksaan. PMUKM telah menafikan kenyataan akhbar tersebut. Lihat, Utusan Malaysia, 9.7.1980. Kesan kempen kotor akhbar Utusan Malaysia terhadap kumpulan Islamis, golongan Nasionalis berjaya memenangi pilihan raya kampus di UKM. Lihat Utusan Malaysia, 12.7.1980.387 Budiman, 1.8.1980. Walau bagaimanapun, Barisan masih berjaya melakukan program Baktisiswa di Batu Rakit, Terengganu yang disertai oleh semua kaum(pelajar). Pengarah projek ialah Redzuan Othman. Lihat, Budiman, 15.3.1980., hlm. 6.388 Budiman, 1.8.1980.389 Kumpulan pelampau agama.390 Utusan Malaysia, 12.7.1980.

64

Page 52: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

pemikiran pimpinan PMUM terutamanya Yazid Othman.391 Tekanan psikologi menyebabkan pelajar terpaksa menolak kumpulan pelajar Islamis.392

Pada pilihan raya sesi 1981/82 yang diadakan pada 24 Julai 1981,393 Islamic Group yang dipimpin oleh Ahmad Shabery Cheek telah berjaya menguasai MPP. Kumpulan Islam dikenali sebagai ‘Kepimpinan Dinamis Mahasiswa Progresif’ berjaya memenangi pilihan raya kampus394 dan Ahmad Shabery Cheek395 dilantik sebagai Presiden PMUM.396 Kemenangan ini meningkat imej kumpulan Islamis yang tercalar pada pilhan raya sesi yang lepas.

Penguasaan golongan Islamis atau PMIUM terhadap politik kampus tidak berterusan kerana PMIUM memboikot pilihan raya kampus sesi 1983/84 kerana masih terdapat unsur judi dalam Pesta Ria sesi tersebut.397 Kemantapan PMIUM membolehkan calon-calon mereka menguasai pilihan raya kampus 1985/86. Kemenangan ini menelurkan aspirasi baru kepada pelajar Islam kerana kumpulan Islam mula memdominasi kampus-kampus di seluruh negara. PMUM mengorak langkah menubuhkan Barisan Bertindak Mahasiswa Negara(BBMN)398 yang menyelaras aktiviti pelajar Islam di bawah pimpinan Zulkifli Yusof399 (Presiden PMUM).400

4.0 MENGIMBAU SEJARAH: KRISIS GERAKAN PELAJAR ISLAM 1980an di UM

Anwar Ibrahim banyak mempengaruhi pemikiran dan gaya hidup kepimpinan pelajar sehingga beliau menjadi idola di kalangan pelajar termasuklah penampilan berpakaian beliau. Kemasukan tokoh ABIM ini ke dalam UMNO pada tahun 1982 telah mengoncang institusi gerakan pelajar Islam kerana menongkah arus perjuangan Islamis yang lebih menghampiri perjuangan PAS. Ketokohan Anwar Ibrahim dilihat sebagai pelapis bagi mengantikan tugas Dato Asri sebagai presiden.401

Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO menelurkan kecelaruan pemikiran di kalangan penggerak gerakan pelajar Islam. Di Universiti Malaya, muktamar PMIUM sesi 1983/84 terpaksa ditangguh.402 Perebutan kuasa tertinggi dalam PMIUM dimenangi oleh

391 Bekas Siswa, “Politik Pondok di Universiti Malaya” dlm. Utusan Malaysia, 15.7.1980. Penulis berpendapat pemaparan warkah ini dilakukan secara terancang disamping kempen di dada utama akhbar. Kekalahan kumpulan Islamis di UKM dan UPM diulas secara detail(dengan memaparkan kelemahan pimpinan PMUM) sebelum pilihan raya kampus di Universiti Malaya. Lihat, Nasrul Elias Mohd. Ali, “Mahasiswa Menolak Golongan Pelampau” dlm. Utusan Malaysia, 15.7.1980. 392 Utusan Malaysia, 19.7.1980. Utusan Malaysia menggunakan muka utama akhbar tersebut berkempen untuk Gabungan Mahasiswa(proksi Nasionalis). Lihat, Utusan Malaysia, 16.7.1980.393 Budiman, 15.7. 1981394 Mohd. Razif Ahmad, “Pilihanraya MPP:Satu Pandangan”, Budiman, 1.9.1981.395 Beliau mendapat undi terbanyak kawasan kampus iaitu 3662 daripada 5400 orang pelajar. Lihat Budiman, 15.9.1981. Shabery pernah menjadi Ketua Penerangan Parti Semangat 46.396 Budiman, 15.8.1981.397 Budiman, 1.9.1983. Pilihan raya diadakan pada 24 Oktober 1983.398 BBMN merupakan suatu forum pelajar bukan pertubuhan berdaftar. Kerajaan tidak mengiktiraf BBMN. Lihat, Utusan Malaysia, 26.6.1986.399 Kini Ketua Jabatan Al Quran dan Hadis, Akademik Pengajian Islam, Universiti Malaya.400 Mohd. Shuhaimi al Maniri, Politik Kampus di Sebalik Tabir, Kuala Lumpur: Pustaka Generasi Baru, 1995, hlm. 73.401 Subky Latif, Siapa Ganti Asri?, Kuala Lumpur: Penerbitan PENA, 1977, hlm. 162. Anwar menafikan beliau akan aktif dalam PAS. Lihat Utusan Malaysia, 18.4.1981. Setelah meletakan jawatan sebagai Presiden ABIM, Anwar sekali lagi menafikan keinginan beliau untuk bergerak dalam politik. Lihat, Utusan Malaysia, 16.7.1981.

65

Page 53: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Mohamad Hussein dari proksi PAS setelah mengalahkan proksi ABIM-PKPIM yang pro Anwar.403 Pemangku Presiden PMIUM, Azami Zaharim mencadangkan Takiyuddin Hasan sebagai presiden dan Mohamad Hussein sebagai timbalan tetapi ahli exco PMIUM bersetuju melantik Mohamad Hussein404 sebagai presiden dan Takiyuddin sebagai timbalan. Kekecohan berlaku apabila Takiyuddin menarik diri405 dalam muktamar dengan memberi laluan kepada Mohd Taib Ahmad.406 Kumpulan pro Pas yang menjatuhkan juak ABIM terdiri daripada Mohamad Hussein, Takiyuddin Hasan [exco Kerajaan Kelantan], Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali dan Fuad Zarkhashi (bekas Presiden PBMUM, sekarang Dr., orang kuat UMNO Johor) dan Mohd Taib Ahmad berbincang di kg. Kerinchi bagi menaikkan kumpulan pro PAS. Mereka dikenali Kerinchi 6. Azami Zaharim yang pro ABIM-PKPIM membantah tetapi gagal apabila proksi ABIM hanya mendapat 35 undi. Kekalahan proksi pro Anwar Ibrahim menandakan kelunturan pengaruh ABIM-PKPIM di kampus Universiti Malaya dan kemunculan PAS sebagai wadah perjuangan pelajar Islam yang baru.

PKPIM-ABIM mula melakukan pewarnaan semula bagi mengarahkan matlamat perjuangan di kampus. Proksi ini mula kembali semula mengakari PBMUM yang semakin kelesuan. Pengaruh PKPIM-ABIM terkelihatan dalam PBMUM dengan kehadiran Saifudin Abdullah sebagai Presiden PBMUM.407[ mantan EXCO PMIUM sesi 1981/82 yang pro ABIM-PKPIM, kini ketua Akademi Belia Malaysia] Pertembungan golongan Islamis pro PAS dengan golongan Islamis pro ABIM-PKPIM yang telah bergabung dengan golongan Nasionalis(pro kerajaan dan universiti)408 telah merancak kembali suasana politik kampus. Golongan PKPIM-ABIM dan IRC bergabung tenaga membentuk BMB mula bertempur dengan NADI-Kelab PENA-PMIUM. Disinilah muncul pemimpin seperti Shamsuddin Moner yang licik bermain politik.

Kehangatan politik kampus boleh dilihat selepas tahun 1986 iaitu 1989 dan 1990 tetapi di luar lingkaran kajian penulis(era kajian penulis adalah dari tahun 1970 hingga 1985).

5.0 ISU DAN PEDEKATAN:

MAHASISWA PROGRESIF AWAL 1980AN: PENERUS TRADISI MENGGUGAT(KES DI UM)

402 Menurut Zuhdi Marzuki, Timbalan Presiden PMIUM sesi 1990/91, perpecahan dua kumpulan dalam muktamar itu menyebabkan kaum muslimat menangis. Penyataan beliau di Syarahan Umum PMIUM sempena Muktamar PMIUM sesi 2002/2003. Muktamar PMIUM ke 25 itu diadakan di Dewan Kuliah A, fakulti Ekonomi dan dipengerusi oleh Azmi Ali.403 Mohd. Shuhaimi al Maniri, Politik Kampus di Sebalik Tabir, Kuala Lumpur: Pustaka Generasi Baru, 1995, hlm. 68. 404 Beliau adalah Presiden Mahasiswa Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya(PMAIPUM) diharap membawa imej kepimpinan ulama berbanding Takiyuddin Hasan daripada fakulti Undang-Undang.405 Kumpulan pro Pas terdiri Mohamad Hussein, Takiyuddin Hasan, Syed Putra Syed Ahmad, Azmi Ali dan Fuad Zarkhashi dan Mohd Taib Ahmad berbincang di kg. Kerinchi bagi menaikkan kumpulan pro PAS. 406 Beliau daripada Akademik Pengajian Islam boleh dianggap membantu Muhamad Hussein mewujudkan kepimpinan ulama.407 Berita Harian, 11.8.1983. Beliau adalah mantan EXCO PMIUM sesi 1981/82 yang pro ABIM-PKPIM. 408 Menurut Zuhdi Marzuki, era 1980an menjadi indikator pertembungan antara sesama proksi Islamis bukannya proksi Nasionalis dengan Islamis. Golongan Islamis yang pro kerajaan(ABIM-PKPIM) telah membentuk Barisan Mahasiswa Bersatu(BMB) bagi menentang PMIUM. Temuramah Zuhdi Marzuki, 15.1.2004.

66

Page 54: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Pendekatan dan isu yang ditangani oleh Mahasiswa Progresif era 1980an berbeda dengan Mahasiswa era 1970an. Mahasiswa progresif beraliran Islam tidak lagi menumpukan isu bahasa dan kemiskinan seperti yang disarankan oleh pelajar Nasionalis dan Sosialis tetapi isu yang ditangani lebih banyak bersifat pro Islam atau proses pemurnian Islam di kampus seperti isu anti Amerika, anti Israel dan anti konsert. Di bawah terdapat beberapa isu dan pendekatan yang digunakan oleh Mahasiswa Progresif dalam menangani masalah mereka di UM. Tindakan mereka ini dilihat sebagai penerus tradisi menggugat dan tradisi mencabar di kampus UM.

1 Isu Pestaria Kebajikan

Pestaria Kebajikan dibuat sempena majlis konvoksyen universiti. Kelaziman pestaria mempunyai program bercorak maksiat termasuk judi, konsert, arak dan ratu cantik. Lantaran itu, kelompok Islamis selalu menentang program yang bertentangan dengan Islam sehingga mencetuskan konflik dengan penguasa universiti. Pestaria paling bersih daripada maksiat dalam era 1980an hanya mampu dilakukan pada tahun 1986 sahaja di bawah pimpinan kelompok Islamis. Pestaria 1980 dijalan pada 19 Jun hingga 22 Jun dan disertai makan malam amal pada 23 Jun 1980. Pestaria ini bertujuan bagi mengutip derma untuk rumah-rumah kebajikan.

Permasalahan pestaria 1980 berlaku kerana pestaria itu belum mendapat kelulusan daripada MPP tetapi pihak tertentu(Gabungan yang disokong oleh HEP) cuba membuat seperti pestaria sudah diluluskan. Bagi meluluskan program itu sekurang-kurang 14 undi diperlukan. Pihak HEP dan Gabungan bekerjasama menjalankan pestaria dengan meminggirkan suara ahli MPP termasuk Presidennya, Yazid Othman [kini, aktif dalam persatuan wartawan di KL]. Menurut Yazid Othman, beliau kecewa Gabungan dan HEP menggunakan nama Ungku Aziz untuk majlis makan malam amal yang diadakan pada 23 Jun 1980 dan nama Sultanah Kedah 409 sebagai penaung pestaria itu dengan memasukkan acara judi. Beliau tidak kisah Gabungan ingin melaksanakan program tersebut dengan syarat bersungguh-sungguh mencegah acara judi.410

Pihak Barisan PMUM bertindak tegas cuba menghapuskan judi sebagaimana termaktub dalam AUKU 1971: Akta 30, Bahagian 1, Perkara 15. Cubaan ini menghadapi cabaran yang hebat dimana banyak pihak seperti Gabungan, HEP dan akhbar tempatan411 mengecam kewibawaan kerajaan pelajar Islam. Pihak Barisan PMUM telah mengarahkan gerai permainan berunsur judi412 milik PMUM413 dihentikan pada hari Khamis. Mesyuarat tergempar dilangsungkan pada pukul 1.30 pagi tetapi Barisan PMUM gagal menghalang unsur perjudian apabila TNC, Zainal Kling menggunakan kuasa mutlaknya414 dengan membenarkan amalan

409 Tuanku Bahiyah Tunku Abdul Rahman merasmikan Pesta Ria Kebajikan Konvensyen 1980 pada 19 Jun 1980. Lihat, Utusan Malaysia, 20.6.1980.410 Watan, 20.6.1980.411 Utusan Malaysia, 26.6.1980.412 Permainan berunsur judi seperti lontar gelang dan anak panah diinterprestasi sebagai judi oleh Barisan Mahasiswa. Persepsi Barisan Mahasiswa disifatkan sebagai tidak liberal dan kolot. Lihat, Bekas Siswa, “Politik Pondok di Universiti Malaya” dlm. Utusan Malaysia, 15.7.1980.413 PMUM memiliki 40 gerai permainan berunsurkan judi dan 17 gerai lagi pemilik penyewa luar.414 NC dengan nasihat Majlis Fatwa yang diketuai oleh Ahmad Ibrahim mengarah TNC menutup tapak perjudian tetapi TNC meneruskan tapak perjudian pada 15 Jun 1980 melalui Seksyen 16(c) AUKU atas nama kebajikan.

67

Page 55: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

tersebut.415 Bagi mereka, usaha pihak Barisan PMUM sebagai satu kegagalan dan tidak menarik keuntungan seperti tahun-tahun lalu.416

PMUM memperjuangkan moral dan etika yang sihat dengan kepatuhan prinsip-prinsip Islam bukannya keuntungan semata-mata. Natijahnya, Yazid Othman dibicarakan di mahkamah Universiti Malaya pada 19 Julai 1980 atas tuduhan menuduh HEP mencemari nama Sultanah Kedah dan membuat kenyataan keras terhadap Musa Hitam tentang pengharaman penceramah bukan anggota kerajaan di kampus.417 Mahkamah universiti telah mendenda Yazid Othman sebanyak $75 ringgit melalui surat bertarikh 18 Ogos 1980 walaupun ramai pelajar beranggapan Yazid akan digantung atau dibuang.418

Dalam Pestaria 1983 pula tercetus kontroversi apabila pihak universiti membuat perjanjian dengan Anita Sarawak tanpa pengetahuan PMUM. PMUM bertindak memulau Pestaria 1983 kerana bertentangan dengan moral. PBMUM, PKPIM, ABIM dan Persatuan Mahasiswa Pahang menyokong pendirian PMUM. Presiden PBMUM, Saifuddin Abdullah419 mengecam TNC Mohd Yunus Mohd Nor kerana membelakangi PMUM dan program itu menjuruskan mahasiswa ke arah maksiat.420 Pada tahun 1985 pula, PMUM(dikuasai oleh Nasionalis) mengadakan konsert Sudirman bagi mengisi Tabung Mangsa Kebuluran di Afrika.421 PMIUM di bawah pimpinan Misbahul Munir422[ kini, Naib Ketua Pemuda PAS] menentang konsert ini kerana Islam tidak membenarkan matlamat menghalalkan cara. Namun, Naib Canselor meneruskan program ini. Secara jelas, program maksiat dalam Pestaria seperti konsert dan judi tidak dapat dihapuskan kerana HEP membentengi program maksiat tersebut.

2 Demonstrasi Anti Israel

Serangan Israel ke atas Lebanon Selatan dilakukan pada 5 Jun 1982 apabila sebanyak 200 buah 423 kereta kebal dan 90,000 ribu askar mengempur kedudukan pejuang Pertubuhan Pembebasan Palestin(PLO). Matlamat Israel adalah menghancurkan infrastruktur PLO yang terdapat di Lebanon Selatan424 tetapi tentera Israel terus mara ke Beirut Selatan dan Timur dimana mereka dan tentera Kristian Falangis yang dipimpin oleh Pierre Gemayer mengepung Beirut. Israel bersetuju mengadakan gencatan senjata pada pada 11 Jun 1982425 tetapi mencabul perjanjian ini.426 Tindakan ganas Israel mendapat kutukan dari negara-negara di dunia termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu(PBB),427 Liga Muslim Sedunia428 dan Malaysia429 sendiri.

415 Utusan Malaysia, 25.6.1981. Sebenarnya, Pestaria boleh memperolehi keuntungan tanpa judi. Perkara ini dibuktikan oleh kumpulan Islamis pada Pestaria 1981/82. Di bawah kepimpinan Ahmad Shabery Cheek, Pestaria tahun itu memperolehi keuntungan sebanyak $30,000. Lihat, Suara Siswa, terbitan PMUM, Oktober 1984.416 M. Ayub Yusuf, “Ke mana MPP Membawa Kita”, Budiman, 1.10.1980.417 Utusan Malaysia, 11.7.1980.418 Watan, 29.8.1980.419 Mantan Presiden Majlis Belia Malaysia dan sekarang Pengerusi Akedemik Belia Malaysia.420 Berita Harian, 11.8.1983.421 Budiman, 1.9.1985. Setiusaha Agong PMIUM, Mohd. Saad Hashim membuat bantahan pada 1.8.1985.422 Sekarang Naib Timbalan Ketua Pemuda PAS Pusat. 423 Utusan Malaysia, 6.6.1982. Alasan Israel menyerang Lebanon ialah cubaan bunuh terhadap duta Israel di London oleh pejuang Palestin. Lihat, Alijah Garden, Rakyat Palestin Bersuara, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2003, hlm. 287. 424 Tentera Israel berjaya menawan Lebanon Selatan pada 6 Jun 1982. Lihat, Utusan Malaysia, 7.6.1982.425 Utusan Malaysia, 12.6.1982.426 Utusan Malaysia, 13.6.1982.427 PBB menuntut Israel berundur dari Lebanon. Lihat, Utusan Malaysia, 8.6.1982.

68

Page 56: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Tindakan Israel membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia termasuk golongan pelajar. PMUM, PMUKM,430 PMUPM431 dan ABIM(pertubuhan belia) melontarkan kemarahan di medan demonstrasi. PMUM mengorak langkah pertama mengadakan demonstrasi di depan Bangunan AIA, Jalan Ampang selepas solat Jumaat pada 2 Julai 1982.432 Presiden PMUM, Ahmad Shabery Cheek [kini, ahli parlimem Kemaman, UMNO] mendesak agar Amerika memberhentikan bantuan senjata kepada Israel. Seramai 1000 orang pelajar ini melaungkan takbir dan sologan anti Amerika seperti ‘Reagen! Keluar Amerika’. Bagi mengurangkan bebanan pelarian-pelarian mangsa perang, PMUM juga mengadakan Tabung Perpaduan Rakyat Palestin.433

3 Menegak Hak Asasi Pelajar.

Pelajar cuba menegak hak mereka sebagai warga universiti yang dewasa dan matang. PMUM sebagai badan induk pelajar mahu hak asasi di universiti dipelihara. Oleh sebab itu, PMUM mendesak agar kerajaan mengisytiharkan 10 Disember sebagai hari hak asasi selaras pengistiharan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu di peringkat antarabangsa.434 Perjuangan hak asasi manusia membawa satu peringkat baru di kalangan pelajar. Mereka lebih prihatin dengan permasalahan semasa dan bercorak global. Sejajar perjuangan hak asasi kemanusiaan, PMUM mendesak agar perundangan yang menyekat hak asasi seperti AUKU, Akta Polis dan ISA dikaji semula. Ramachelvam sebagai Pemangku Setiausaha Agung PMUM mengatakan pelajar dibelenggu oleh AUKU yang mengongkong pemikiran pelajar.435

PMUM sesi 1981/82 mendesak AUKU pindaan 1975 dirujuk bahagian III perkara 15 dan 16 dimansuhkan. Segala kemudahan dan hak asasi PMUM sebelum akta dikembali semula seperti perkhidmatan Bas, bangunan Baktisiswa dan hak kewangan sendiri.436 Hak untuk berforum juga terhad. Walaupun PMUM pernah menganjur debat isu semasa bertajuk ‘Politik Malaysia: ke arah mana?’ tetapi pengawalan HEP masih ketat. Buktinya apabila PMUM mahu mengadakan Kongres Mahasiswa peringkat nasional, HEP telah menolak permintaan PMUM tanpa sebarang alasan walaupun Kementerian Pendidikan sendiri tidak menghalang. Pihak HEP bersetuju jika Naib Canselor bersetuju mengdakan kongres tersebut.437 Perkara ini menunjuk kedangkalan HEP kerana program yang diadakan di Universti Malaya harus mendapat kebenaran pentadbiran Universiti Malaya bukannya Naib Canselor universiti lain.

428 Setiusaha Agung pertubuhan ini, Sheikh Mohamad al Harkan mengecam Israel cuba memecah belah negara Lebanon. Lihat, Utusan Malaysia, 9.6.1982.429 Pemangku Perdana Menteri, Musa Hitam mengutuk serangan Israel. Lihat, Utusan Malaysia, 8.6.1982. Sebenarnya, kerajaan Tanah Melayu pernah ‘mengiktiraf’ Israel. Pada 1 Disember 1960, Zulkifli Mohamad(Naib Presiden PAS) mengusulkan kerajaan Tanah Melayu menarik balik ‘pengiktirafan’ terhadap Israel. Lihat Ramlah Adam, Burhanuddin al Helmy, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, 2000, hlm. 173.430 ABIM dan PMUKM mengadakan demonstrasi di hadapan Bangunan AIA. Seramai 500 orang pelajar merempuh bangunan itu tetapi dihalang oleh polis. Rombongan pemimpin ABIM dan PMUKM termasuk Siddiq Fadil dan Kamaruddin Mohd. Nor dihalang masuk. Lihat, Utusan Malaysia, 7.7.1982. 431 Presiden PMUPM, Ishak Abas dan Kamaruddin Mohd. Nor(ABIM) mengadakan perarakan aman dari Kolej Kedua UPM ke Dewan Besar UPM. Lihat, Utusan Malaysia, 10.7.1982.432 Utusan Malaysia, 3.7.1982.433 Watan, 6.7.1982.434 Watan, 11.12.1981.435 Watan, 11.12.1981.436 Rujuk Fasal B, Perkara B.1 dan B.2, Memorandum Khas PMUM 1981/1982.437 Lampiran, Majalah Varsity, 1981/82.

69

Page 57: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Kes pencabulan hak asasi pelajar yang cuba penulis paparkan ialah kes Yazid Othman,438 mantan Presiden PMUM sesi 1979/80 yang membuat 2 saman untuk TNC Zainal Kling kerana menganggu tugas-tugas PMUM.439 Saman susulan dilakukan oleh exco kanan PMUM 1979/80, Muhamad Nur Anuar yang menegaskan HEP menekan dan mengongkong pelajar.440 Selain isu judi dalam Pestaria 1980, TNC didakwa menekan penerbitan majalah Varsiti walaupun telah diluluskan oleh Kementerian Dalam Negeri dan dilulus sendiri oleh HEP. Penahanan majalah Varsiti 1980 belaku semasa hampir pilihan raya kampus.441

Kes kedua, pada 16 Mac 1985, pelajar Universiti Malaya berkumpul di depan DTC membantah pencabulan hak asasi pelajar dan kebebasan akademik. Perhimpunan ini dilakukan bagi mendesak pihak pentadbir varsiti agar menarik balik tuduhan terhadap rakan-rakan mereka. Seramai 14 orang pelajar termasuk seorang siswi yang terdiri daripada pelajar tahun akhir dibicarakan kerana menonton video berbau politik bersama 50 pelajar yang lain di Kolej Pertama.442 Video itu memaparkan pengebumian Osman Taib yang terbunuh ekoran pengaduhan di Lubuk Tapah semasa pilihan raya kecil Padang Terap.443 Tontonan itu dikatakan menganggu keselamatan dan kesentosaan varsiti. Mantan Presiden PMUM, Takiyuddin Hasan mengatakan ia merupakan satu pencabulan pihak pentadbir pro UMNO kerana didalangi oleh Senator Ghani Osman dan Puan Jamilah(bekas pengetua dan pengetua kolej) yang terkenal pro UMNO.444

Isu penginapan pelajar antara isu hangat pada tahun 1986. Penginapan tidak mencukupi dan kemudahan di kolej pada tahap minima menyebabkan pelajar memprotes pihak pentadbiran. Isu penginapan pelajar tercetus semasa kempen pilihan raya umum tahun 1986. Seramai 400 orang pelajar berdemonstrasi secara aman di Kolej Seksyen 17 apabila kemudahan asas seperti air tidak mencukupi.445 Pada 7 Julai 1986, seramai 600 orang pelajar berdemonstrasi mendesak pentadbiran memyediakan lebih banyak tempat penginapan446 tetapi Ungku Aziz telah membuat polemik baru dengan menuduh PAS mendalangi demonstrasi itu.447 PAS membidas pentadbiran Universiti Malaya yang cuba mengalihkan kelemahan mereka dalam pentadbiran kepada pengaruh PAS dalam demonstrasi. Nakhaie Ahmad448[dulu PAS, kini UMNO] menafikan keterlibatan PAS dalam mempengaruhi pelajar.449

Isu pemakaian purdah merupakan isu yang sensitif bagi gerakan pelajar Islam yang mendokongi idea kesyumulan Islam. Penguasa Universiti Malaya telah mewajibkan larangan

438 Sekarang Presiden Kelab Wartawan Melayu Semenanjung.439 Watan, 14.4.1981.440 Lihat tuntutan pelajar dalam Memorandum Forum dan Bengkel Undang-Undang 1981.441 Nur Muhamad Nur Anuar, Ledakan Ubudiyah Dalam Budaya Politik Pelajar, Alor Setar: Pustaka Ikhwan, 1986, hlm. 39.442 Harian Nasional, 17.3.1985.443 Menurut Mahathir Mohamad, pembunuhan itu disebabkan haoligen PAS manakala PAS menuduh ia dilakukan oleh Pemuda Tahan Lasak UMNO. Lihat Dewan Masyarakat, Februari 1985.444 Pasangan ini adalah suami-isteri. Ghani Osman aktif dalam UMNO. Ketika itu juga Yuganus Yunus Presiden PMUM mengadakan rundingan dengan pengendali mahkamah varsiti bagi meredakan keadaan. Lihat, Harian Nasional, 17.3.1985.445 Utusan Malaysia, 7.7.1986.446 Ungku Aziz berjanji mendapat duit sebanyak $2 juta bagi membeli blok 10 PKNS di jalan Pantai. Lihat Utusan Malaysia, 8.7.1986. PKNS dan MARA sedia membantu pihak universiti. Lihat, Utusan Malaysia, 9.7.1986.447 Ungku Aziz mendakwa pelajar mengibar bendera PAS dan Zaman Khan(Penguasa Polis) telah memberi amaran agar pelajar memberhentikan demonstrasi. Lihat Utusan Malaysia, 11.7.1986.448 Mantan Naib Presiden PAS dan mantan pensyarah ITM. Kini Ulama UMNO dan Pengerusi YADIM.449 Lihat, Utusan Malaysia, 12.7.1986 dan 17.7.1986.

70

Page 58: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

pemakaian purdah semasa kuliah, tutorial, makmal dan perpustakaan.450 Isu pemakaian purdah memuncak apabila pihak pentadbir UTM memecat Setiausaha Agung PMUTM, Ahmad Lufti Othman [kini, penulis politik] pada 2 Jun 1986 apabila mempertahankan pemakaian purdah di kampus UTM.451 Satu demonstrasi diadakan bagi menyatakan bantahan terhadap pemecatan Lufti yang disertai ahli gabungan BBMN.452 PMUM dan PMUTM cuba mendapat bantuan guaman untuk membela Lufti. Timbalan Presiden PMUM, Che Johan Che Pa menyatakan PMUM akan menyediakan bantuan kewangan untuk menyeret pihak pentadbiran UTM ke mahkamah.453

4 Kecaman Gerakan Pelajar Terhadap Kerajaan.

Gerakan pelajar di Universiti Malaya banyak membuat kenyataan mengecam penguasa (kerajaan) terutamanya keceluparan para menteri semasa mengulas sesuatu isu. PBMUM telah mengecam kenyataan bertulis Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Suhaimi Kamaruddin [ketua Pemuda UMNO] di Parlimen pada 14 Oktober 1982 yang bersifat menghina hukum Allah. Suhaimi menyebut;

‘Perundangan Islam di negara ini dilaksanakan mengikut sunnah nabi mengambil kira kedudukan penganut Islam dan kemanusiaan’454

Setiausaha Agung PBMUM, Husam Musa455 [kini, exco Kerajaan Kelantan] membidas kenyataan ini dengan menyifatkan alasan ekonomi dan siasah(politik Malaysia bersifat plural) bukanlah alasan untuk menidakkan hukum Allah.456 PBMUM mendesak agar Majlis Fatwa mengambilkan tindakan terhadap Suhaimi. Selain kenyataan Suhaimi, kenyataan Musa Hitam457 dan Tunku Abdul Rahman458 turut dikecam kerana mengeluarkan kenyataan berunsur penghinaan terhadap Islam.

Kes kedua, Menteri Perusahaan, Rafidah Aziz mengecam golongan pelajar universiti yang gagal bertindak membawa masyarakat ke arah taraf hidup baik di dalam forum ‘Mahasiswa Sebagai Elemen Sedar dan Ejen Perubahan untuk Membaiki Masyarakat’. Rafidah mengkritik pelajar universiti yang pasif dan tidak mempunyai kesedaran akan peranan mereka membaiki masyarakat.459 Pelajar hanya menggunakan AUKU sebagai alasan untuk menutup kelemahan.

450 Utusan Malaysia, 24.6.1986.451 Watan, 15.7.1986.452 Mohd. Shuhaimi al Maniri, Politik Kampus Di Sebalik Tabir, Kuala Lumpur: Pustaka Generasi Baru, 1995, hlm. 67-90.453 Watan, 15.7.1986. Isu pemakaian purdah cuba digelapkan oleh media massa arus perdana supaya tidak menjatuhkan reputasi kerajaan kerana isu ini timbul semasa kehangatan pilihan raya 1986. Bagi keterangan lebih lanjut lihat Samim Ongki, Persatuan Mahasiswa Islam Universiti Malaya: Satu Kajian Tentang Dominasi ke atas Kegiatan Mahasiswa Di Universiti Malaya Dalam Era 1980an, Latihan Ilmiah, Jabatan Sejarah Universiti Malaya, 1989/90.454 Watan, 22.10.1982.455 Kini ahli Parlimen PAS kawasan Kubang Kerian.456 Syed Naquib al Attas menyifatkan golongan pemerintah yang meremeh dan memperkecilkan agama sebagai firaun moden yang menghalang kemajuan Islam. Lihat Utusan Malaysia, 1.4.1972.457 PMIUM mengecam Musa Hitam yang menolak seruan PMIUM agar kerajaan mengkaji semula Kanun Kesiksaan dan Kanun Persediaan Jenayah atas alasan untuk keharmonian masyarakat. PMIUM melihat kanun tersebut dijadikan alat bagi kerajaan untuk menindas pembangkang terutamanya dalam isu kafir-mengkafir. Lihat Watan, 21.12.1982.458 PMIUM mengecam kenyataan Tunku ‘Jangan Jadikan Malaysia Negara Islam Tulen’ yang jelas menyalahi syariat dan mencemarkan kesucian agama Islam. PMIUM mendesak agar Tunku menarik balik kenyataan tersebut. Lihat Watan, 15.3.1983.459 Harian Nasional, 16.1.1984.

71

Page 59: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Presiden PMUM, Takiyuddin Hasan membidas kenyataan Rafidah kerana pelajar banyak melakukan aktiviti ke arah membina masyarakat tetapi tidak mencapai matlamat disebabkan AUKU.460 AUKU dilihat sebagai regalia untuk menyekat kebebasan kakitangan dan pelajar dalam memyuarakan kritikan membina kepada kerajaan. Perkara didebatkan oleh Koh Tsu Koon(wakil Barisan Nasional Tanjung) di Parlimen. AUKU menelurkan sifat kurang peduli mengenai kebangunan politik dan sosio-ekonomi negara.461

PMUM menegaskan mereka cuba membimbing masyarakat dengan mengadakan kelas bimbingan untuk pelajar sekolah, khidmat kesihatan dan khidmat nasihat pertanian moden melalui program baktisiswa. Namun, kemurnian hasrat PMUM selalu digagalkan oleh karenah birokrasi yang cuba menghalang ketelusan program. Contoh, pelajar tidak boleh mendedahkan bagaimana penyelewengan padi berlaku. Oleh itu, PMUM menyangkal kenyataan melulu Rafidah.462

5 Isu Penubuhan Universiti Utara Malaysia.

Menjelang Jun 1983 terdapat 5 buah universiti di Malaysia. Pada 16 Ogos 1983, Kementerian Pelajaran mengarahkan penubuhan universiti keenam dan dimulai pembinaan pada 1 Oktober 1983. Badan penyelaras dibentuk dan diketuai oleh Abdul Hamid. Universiti keenam diluluskan oleh Jemaah Menteri pada 10 Oktober 1983 dan lawatan Perdana Menteri dilakukan pada 16 Oktober 1983 ke tapak universiti keenam dan diberi nama Universiti Utara Malaysia.463

Kenyataan kerajaan tentang penubuhan universiti ini dipandang dingin oleh PMUM. Presiden PMUM sesi 1983/84, Takiyuddin Hasan464 mendesak agar kerajaan mengkaji semula pembinaannya. Rasional yang diberikan oleh Takiyuddin adalah;

a. kekurangan tenaga akademik.b. pembinaannya meningkatkan pengangguran.c. pembaziran kerana varsiti yang ada boleh mencapai tahap optimun.d. kedudukannya 20 km dengan sempadan Thai tidak menjamin keselamatan.e. persekitaran mendatang pengaruh tidak sihat kepada pelajar.465

Secara rasionalnya penubuhan universiti memerlukan asas akademik yang kukuh melalui pengalaman ahli akademik dan institusi itu sendiri. Pembinaan Universiti Malaya, Universiti Pertanian Malaysia(cantuman Maktab Pertanian dengan Fakulti Pertanian Universiti Malaya) dan Universiti Teknologi Malaysia mengikuti prosedur ini. Oleh sebab itu, kenaikan taraf Maktab Teknik kepada Institut Teknologi Kebangsaan(ITK) disokong oleh PMUM dan PMUKM466 berbanding dengan penubuhan Universiti Utara Malaysia.

460 Harian Nasional, 18.1.1984.461 Berita Harian, 28.3.1984. Keterangan lanjut tentang sifat mengongkong AUKU, lihat Sanusi Osman, “Mengapa AUKU ditentang” dlm. Aspirasi, Terbitan PMUKM, 1988/89, hlm. 257. Lihat juga Takiyuddin Hasan, Sejarah Pergerakan Mahasiswa Malaysia: Penguatkuasan AUKU, Latihan Ilmiah, Fakulti Undang-undang Universiti Malaya, 1984/85.462 Harian Nasional, 18.1.1984.463 Ahmad Fawzi Basri, Siapakah Siapa, Jitra: Penerbit UUM, 1986, hlm. VII.464 Pelajar Fakulti Undang-Undang. Kini EXCO kerajaan negeri Kelantan.465 Berita Harian, 10.1.1984.466 Utusan Malaysia, 23.3.1972.

72

Page 60: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

Kenyataan PMUM dikecam oleh kerajaan negeri. Pengerusi Jawatankuasa Pelajaran negeri Kedah, Zakaria Said mengecam PMUM kerana berpandangan negatif dan cetek akal daripada segi idea pembangunan. Menurut Zakaria Said, penubuhan universiti baru akan menjana peluang pelajaran tinggi kepada rakyat dan mengatasi permasalahan keselamatan secara langsung.467 Pembinaan universiti keenam diteruskan dan beroperasi sementara di Bangunan UMNO Jitra pada 15 Februari 1984 dan dilantik Awang Had Salleh sebagai Naib Canselor pada 16 Februari 1984.

6 Serangan Amerika Syarikat ke atas Libya.

Konfrantasi Amerika dengan Libya semakin memuncak pada tahun 1986 berikutan tuduhan Amerika terhadap Libya sebagai penaja keganasan sedunia. Pemimpin Libya, Muammar Gaddafi dianggap berbahaya dan mengancam keamanan dan kesejahteraan dunia.468 Walau bagaimanapun, hubungan Amerika dengan Libya telah dingin sebelum tahun 1980an lagi, api kemarahan Amerika semakin membara apabila Libya menyerang pesawat Amerika di Teluk Sidra pada 25 Mac 1986,469 pengeboman disko di Berlin470 dan pemgeboman pesawat TWA milik Amerika di ruang angkasa Greek.471

Pada 8 April 1986, Amerika menimbang menyerang Libya472 dan menghantar dua buah kapal pengangkut pesawat ke Laut Mediterrean.473 Pada 15 April 1986, sebanyak 30 buah pesawat Amerika yang membawa bom seberat 800 kilogram mengempur Istana Presiden Libya menyebabkan 2 anak presiden cedera dan seramai 100 orang terbunuh. Namun, Gaddafi terselamat daripada maut.474

Tindakan ganas Amerika membawa kemarahan kepada masyarakat dunia termasuk di Malaysia.475 Pertubuhan-pertubuhan di Malaysia seperti UMNO,476 ABIM,477 Majlis Belia Malaysia dan PKPIM478 telah mengutuk serangan Amerika. Pada 18 April 1986, PMUM mengadakan demonstrasi di Baktisiswa dengan kelulusan HEP.479 Selepas Solat Jumaat,

467 Berita Harian, 13.1.1984.468 Utusan Malaysia, 7.4.1986. Bagi mengetahui dengan detail dendam Reagen terhadap Gaddafi. Lihat, Mingguan ERA, edisi 26.4.1986., edisi 3.5.1986., dan edisi 10.5.1986.469 Pada 19 Ogos 1981, Pesawat Amerika pernah menembak pesawat SU 22 milik Libya di Teluk Sidra. Lihat, Panji Masyarakat, September 1981. Pertempuran di Teluk Sidra dianggap medan ujian senjata kuasa besar dimana Amerika mennguji peluru berpandu HARM dan Libya menggunakan senjata buatan Soviet iaitu SAM 5. Lihat Mingguan ERA, 12.4.1986, hlm 30.470 Utusan Malaysia, 6.4.1986. Seramai 40 hingga 50 warga Amerika terbunuh daripada 240 mayat yang ditemui. Lihat, Mingguan ERA, 19.4.1986.471 Utusan Malaysia, 2.4.1986.472 Utusan Malaysia, 9.4.1986. Penjelasan detail tentang serangan Amerika ke atas Libya, lihat Majalah Impact International, keluaran 9-22 Mei 1986, hlm. 8-10. 473 Utusan Malaysia, 16.4.1986. 474 Utusan Malaysia, 16.4.1986. Tindakan Reagan merupakan satu keganasan yang dikutuk dunia kerana menodai kemerdekaan sesebuah negara. Lihat juga, Dewan Masyarakat, Mei 1986., dan Mastika, Jun 1986.475 Menteri Penerangan, Rais Yatim mengutuk serangan Amerika manakala di Sudan, pelajar Sudan mengempur kedutaan Amerika di negara itu. Lihat, Utusan Malaysia, 17.4.1986.476 Pengerusi Biro Antarabangsa Pemuda UMNO, Nazri Abdul Aziz menyampaikan nota bantahan kepada Setiausaha Kedua Kedutaan Amerika, Broson Purcivell. Lihat, Utusan Malaysia, 18.4.1986.477 Setiusaha Agung ABIM, Sidek Baba menyifatkan Amerika melakukan jenayah antrabangsa. Lihat Utusan Malaysia, 17.4.1986.478 Presiden MBM, Tajol Rosli dan Naib Presiden PKPIM, Nizal Mohamad turut mengecam tindakan Amerika. Lihat, Utusan Malaysia, 17.4.1986. 479 Budiman, 1.5.1986.

73

Page 61: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

kepimpinan pelajar PMUM, PMUKM, PMUPM dan PMUTM telah berkumpul di kedutaan Amerika. Mereka melaungkan takbir, ‘America Child Killer’ dan ‘bunuh Reagen’. Seramai empat orang pemimpin pelajar dibenarkan masuk untuk memberi memorandum bantahan.480

Akhbar tempatan menamakan kumpulan pelajar ini sebagai Gabungan Pelajar-pelajar Universiti Seluruh Malaysia tetapi menurut Zulkifli Yusof [kini, pensyarah APIUM], kumpulan pelajar ini adalah Barisan Bertindak Mahasiswa Negara(BBMN) yang dianggotai oleh Presiden MPP di kampus-kampus.481 Kebanyakan kampus pada masa ini dikuasai oleh kumpulan Islamis, penubuhan BBMN memudahkan pelajar mengembleng tenaga bagi isu nasional yang memerlukan kebersamaan.

6.0 KESIMPULAN

Secara idealnya, bab empat menjelaskan kebangkitan kelompok Islamis dalam mendominasi politik kampus Universiti Malaya. Kemasukan Anwar Ibrahim ke dalam UMNO membawa angin perubahan dalam aliran kepimpinan pelajar Islamis apabila proksi PKPIM-ABIM yang pro-Anwar dinyahkan dalam pimpinan PMIUM pada tahun 1983. Pimpinan baru yang pro-PAS telah melakukan regenerasi agar kepimpinan ulama direalisasikan. Sejak tahun 1983 hingga sekarang (2004), pelajar Akademi Pengajian Islam telah membentuk dinasti dalam kepimpinan tertinggi PMIUM sehingga sukar bagi pelajar fakulti lain untuk menembusi saf kepimpinan PMIUM.

Perkara yang menarik dalam era 1980an adalah kewujudan forum pelajar seperti GAMIS (Gabungan Mahasiswa Islam Semalaysia-didokongi oleh PMI di setiap kampus) dan BBMN (didokongi oleh MPP setiap kampus) yang berjaya mengembleng tenaga pelajar untuk menyelesaikan isu nasional dan antarabangsa yang memerlukan kebersamaan. Pengembalian semula gerakan pelajar ini mengejutkan kerajaan sehingga pelbagai mehnah cuba dipraktikkan termasuk penggunaan ISA. Oleh itu, era awal 1980an dilihat sebagai perintis kehadiran kuasa politik pelajar Islamis dalam menggugat kerajaan semasa memperjuangkan isu kampus, nasional,dan antarabangsa.

KESIMPULAN

Kematangan atau robotnya pelajar bukanlah tertakluk kepada akta. Di zaman penjajah dahulu, pelajar tiada kebebasan tetapi pelajar tetap tidak menjadi robot malah mereka lebih gigih dan matang bahkan lagi kuat mereka berjuang. Juteru, pelajar perlu bergerak aktif dalam akta.

Mahathir Mohammad

Gerakan pelajar dilihat satu gerakan bersifat pressure group dalam kelantangan mereka menjadi jurubicara masyarakat. Penulis membahagikan mengikut era bagi memudahkan kajian terutamanya mengenal pasti titik perubahan perjuangan gerakan pelajar dalam 480 Utusan Malaysia, 19.4.1986. Seramai 400 orang menyertai demonstrasi tersebut. Memorandum dihantar kepada Setiausaha kedutaan Amerika, Branson Purcival. Pemimpin-pemimpin pelajar mahu kerajaan membatal lawatan Nanay Reagen ke Malaysia dalam Persidangan Dadah. Lihat juga, Berita Harian, 19.4.1986. 481 Temuramah Zulkifli Yusof, 3.4.2003. Antara pemimpin lain BBMN ialah Idris Ahmad(dari PMUKM, kini Timbalan Ketua Pemuda PAS) dan Saifuddin Nasution dari PMUPM(seorang orator yang hebat, mantan exco Pemuda UMNO dan kini Naib Presiden Parti Keadilan Nasional).

74

Page 62: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

menangani isu kampus, nasional atau antarabangsa. Dalam bab satu, penulis memberi gambaran awal gerakan pelajar di Malaysia terutamanya akhir dekad 60an dimana pelajar mula turun ke jalanan bagi melontarkan protes mereka. Pada masa inilah lahirnya tokoh pelajar berkarismatik seperti Syed Hamid Ali, Anwar Ibrahim, Sanusi Osman dan Noordin Razak. Kelantangan mereka menyebabkan suara masyarakat marhaen mula diambil respon oleh kerajaan. Ketegasan mahasiswa Melayu terutamanya PBMUM membolehkan Bahasa Melayu dan Dasar Pelajaran Kebangsaan bersifat pro-Melayu dilaksanakan.

Bab dua merupakan kemuncak bagi gerakan pelajar di Malaysia. Suasana kampus pada era awal 1970an adalah hangat ekoran pertarungan ideologi antara golongan pelajar Nasionalis-Islamis dengan golongan pelajar Sosialis. Pertarungan ideologi ini mewujudkan segregasi antara kaum di kampus kerana kebanyakan golongan pelajar Sosialis adalah bukan Melayu. Pelajar Nasionalis-Islamis melihat pelajar Sosialis banyak melakukan distorasi terhadap dasar-dasar bersifat nasional seperti persoalan pelaksanaan Bahasa Melayu dan tapak universiti kebangsaan. Di peringkat isu nasional dan isu antarabangsa, pelajar era awal 1970an lebih banyak turun ke jalanan dalam melontarkan reaksi mereka dan mereka juga menggunakan akhbar seperti Mahasiswa Negara bagi menyuarakan pandangan. Isu kemiskinan, Bahasa Melayu dan anti Amerika-Israel dicanang dengan baik oleh gerakan pelajar di Universiti Malaya. Penerusan tradisi menggugat ini telah memberi tekanan kepada kerajaan terutamanya semasa kerajaan terpaksa menghadapi masalah ekonomi dan keselamatan negara. Gelombang gerakan pelajar telah menyukarkan kerajaan menghadapi kedua-dua masalah tersebut. Bagi menutup suara pelajar yang kritikal dan radikal, kerajaan menghadiahkan AUKU untuk pelajar progresif yang cuba menggugat kestabilan kerajaan.

Bab tiga pula memberikan gambaran kelesuan gerakan pelajar di Malaysia ekoran penguatkuasa secara tegas AUKU terhadap gerakan pelajar. Aktiviti gerakan pelajar semasa pertengahan 1970an lebih bersifat dalaman kampus terutamanya aktiviti kebudayaan, forum, sukan dan khidmat masyarakat. Tradisi menggugat telah beralih kepada amalan keilmuan, kemasyarakatan dan kebudayaan. Kewujudan HEP telah menyempitkan ruang latihan kepimpinan kendiri pelajar kerana HEP bersifat mengongkong dan ‘diktator’ terhadap pelajar. HEP berperanan sebagai pemantau dan pembimbing persatuan pelajar bukannya bersifat mengawal dan penentu hala tuju persatuan pelajar.

Bab empat, penulis memfokuskan kepada kebangkitan Islam di kalangan pelajar di kampus. Kesedaran Islam yang diterap pada awal 1970an berhasil memutik bunga-bunga Islamis di kampus. Kedajalan suasana kampus yang bersifat sekular dan maksiat serta tindakan memulaukan kelompok pelajar Islamis dalam aktiviti perdana universiti seperti majlis orientasi pelajar baru menyebabkan kelompok Islamis mengambil tindakan drastik dengan memasuki arena siasah di kampus Universiti Malaya. Anjakan paradigma ini berhasil apabila kelompok Islamis menjadi kuasa siasah berpengaruh pada era awal tahun 1980an. Pada pertengahan tahun 1980an, kelompok Islamis mula menjadi golongan yang dominan dalam politik kampus Universiti Malaya. Aktiviti keilmuan bersifat siasah

75

Page 63: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

hangat dibicara di kampus dan isu-isu tertentu seperti isu serangan Amerika ke atas Libya menyebabkan pelajar turun berdemonstrasi di jalanan. Walaupun langkahan gerakan pelajar tidak segagah pelajar era awal tahun 1970an, sekurang-kurangnya pelajar menunjukkan respon dan reaksi dalam isu nasional atau antarabangsa.

Secara postscript, era akhir tahun 1980an dan awal 1990an boleh diteruskan kajian. Pada era ini adalah kemuncak perjuangan pelajar Islam di kampus Universiti Malaya sebelum zaman ketidaktentuan politik di kampus ini. Golongan Nasionalis, kelompok Islamis pro Anwar(PKPIM-UM dan ABIM), pelajar Tionghua dan IRC bergabung dalam Barisan Mahasiswa Bersatu(BMB) bertembung dengan kelompok Islamis pro-PAS(Nadi dan Kelab PENA). Pertembungan ini menyebabkan tampuk pemerintahan MPP selalu bertukar pemerintah. BMB kelihatan lebih mendominasi politik kampus di Universiti Malaya sebelum tahun 1997. Selepas tahun 1997, Nadi mula mempamerkan kekuatan dengan menguasai MPP. Pemecatan Anwar Ibrahim menyebabkan gerakan pelajar bertaut kembali. Kini(sejak 1999-2004), pertembungan dalam politik kampus antara GMUM bersifat Islamis dan berbilang kaum(platform bagi PMIUM-Nadi dan UMANY-Cina) dengan MGMUM(terasnya serpihan BMB) yang pro-HEP dan pro-establishment.

Elemen yang ingin difokuskan dalam pengkajian ini adalah satu perbandingan mengikut era yang menerangkan kewujudan pelajar progresif sebagai force dalam gerakan pelajar membawa satu perubahan dalam politik kampus semasa mengerakkan sesuatu isu sama ada isu kampus, nasional atau antarabangsa. Pelajar progresif mempunyai jalur-jalur perjuangan yang berbeza mengikut era perjuangan. Jalur pertama yang menguasai politik kampus adalah fahaman Sosialis diikuti Nasionalis-Islamis dan Islamis tulen(sifat nasionalis dihakiskan golongan pelajar pro PAS). Keghairahan untuk berkuasa mewujudkan pembenturan ideologi di kalangan pelajar. Walaupun tampuk politik kampus dikuasai sesuatu jalur yang berbeda, sifat keprogresifan pelajar masih bersifat ‘membara’ dan menggugat sehingga menjadi ancaman kepada penguasa kampus dan kerajaan.

Selain itu, penulis juga mengkaji pendekatan yang digunakan oleh pelajar progresif dalam sesuatu isu. Pendekatan kekerasan hanya digunakan selepas pendekatan diplomasi gagal menjinakkan pihak yang mempunyai kuasa. Pendekatan diplomasi ialah berdialog, berforum dan menghantar memorandum. Setelah pendekatan ini tidak berkesan, barulah demonstrasi akan mewarnai jalan raya dan kampus. Juteru, kajian ini berkeinginan membuktikan pendekatan pelajar progresif dalam memperjuangkan sesuatu isu di dalam atau luar kampus Universiti Malaya. Pendekatan pelajar progresif jelas berbeda mengikut era dan jalur perjuangan tertentu. Oleh sebab itu, kajian ini cuba menelusuri isu dan pendekatan gerakan pelajar di Universiti Malaya pada tahun 1970 hingga 1986.

76

Page 64: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

77

Page 65: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

78

Page 66: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

79

Page 67: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

80

Page 68: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

81

Page 69: Gerakan Mahasiswa Di Universiti Malaya 1970

82