25
nikalila blog about « Psikologi Abnormal: Kecelaruan Sakit (Pain Disorder) | Rumah | Penyelesaian Masalah (Problem Solving) Dari Sudut Definisi Oleh Ahli-Ahli Psikologi Dan Peranan Yang Dimainkan Oleh Heuristik Dalam Penyelesaian Masalah » Rasional mengapa etika profesional sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling 1.0 Pengenalan Secara umunya etika adalah merupakan satu garis panduan yang digunakan bagi membantu seseorang ahli profesional menjalankan tugasnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pada dasarnya istilah etika berasal daripada istilah Yunani iaitu “ethos” yang bermaksud hukum, adat resam, budi pekerti dan kebiasaan. Secara umumnya terdapat tiga ciri utama etika iaitu bertindak sebagai peraturan, manual kerja atau prosedur kerja, dan nilai-nilai murni yang perlu dipatuhi (Professional Counseling, 2010). Etika memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama etika digubal adalah untuk membimbing ke arah tahap profesional yang lebih tinggi (Francis, 2009). Etika dalam kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan dalam bidang perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap profesional mereka. Dalam perkhidmatan kaunseling terdapat beberapa kod etika yang boleh dijadikan sebagai panduan dan rujukan, antaranya ialah seperti kod etika yang digariskan oleh Persatuan Kaunseling Amerika (ACA). Lazimnya setiap negara mempunyai kod etika dalam amalan kaunseling yang dijalankan dalam negara tersebut, sebagai contohnya di malaysia badan yang bertanggungjawab mengeluarkan kod etika dan prinsip-prinsip kaunseling dijalankan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Secara amnya kesemua kod etika yang digariskan oleh persatuan-persatuan kaunseling tersebut mempunyai persamaan iaitu menitikberatkan amalan profesionalisme kaunselor dan hal ehwal kebajikan klien. Matlamat utama etika ini digubal adalah untuk menjamin perkhidmatan kaunseling agar menjadi lebih cekap, telus, amanah, serta menjamin keselamatan dan kerahsiaan klien. Terdapat pelbagai etika yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling, secara ringkasnya etika profesional yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling dapat dibahagikan kepada empat prinsip etika yang utama iaitu yang pertama ialah autonomi, merujuk kepada syarat yang membenarkan klien untuk bebas membuat pilihan. Prinsip kedua ialah bukan berbentuk kejahatan (nonmaleficence), iaitu merujuk kepada tindakan kaunselor untuk mengelak daripada perkara-perkara yang membawa mudarat kepada klien. Prinsip ketiga ialah kepatuhan yang merujuk kepada persetujuan limitasi perhubungan di antara kaunselor dengan klien. Seterusnya prinsip yang keempat ialah kebajikan yang merujuk kepada Cari

Edu Tutorial 2a

Embed Size (px)

DESCRIPTION

edu3107

Citation preview

Page 1: Edu Tutorial 2a

nikalila blog

about

 

 

« Psikologi Abnormal: Kecelaruan Sakit (Pain   Disorder)  | Rumah | Penyelesaian Masalah (Problem

Solving) Dari Sudut Definisi Oleh Ahli-Ahli Psikologi Dan Peranan Yang Dimainkan Oleh Heuristik Dalam

Penyelesaian   Masalah  »

Rasional mengapa etika profesional sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling1.0 Pengenalan

Secara umunya etika adalah merupakan satu garis panduan yang digunakan bagi membantu seseorang

ahli profesional menjalankan tugasnya mengikut peraturan yang telah ditetapkan. Pada dasarnya istilah

etika berasal daripada istilah Yunani iaitu “ethos” yang bermaksud hukum, adat resam, budi pekerti dan

kebiasaan. Secara umumnya terdapat tiga ciri utama etika iaitu bertindak sebagai peraturan, manual

kerja atau prosedur kerja, dan nilai-nilai murni yang perlu dipatuhi (Professional Counseling, 2010). Etika

memainkan peranan penting dalam menjalankan tugas dan peranan dalam pekerjaan, matlamat utama

etika digubal adalah untuk membimbing ke arah tahap profesional yang lebih tinggi (Francis, 2009).

Etika dalam kaunseling adalah merupakan salah satu contoh etika yang ditekankan dalam bidang

perkhidmatan kaunseling yang perlu dipatuhi oleh kaunselor bagi mengukuhkan lagi tahap profesional

mereka.

Dalam perkhidmatan kaunseling terdapat beberapa kod etika yang boleh dijadikan sebagai panduan dan

rujukan, antaranya ialah seperti kod etika yang digariskan oleh Persatuan Kaunseling Amerika (ACA).

Lazimnya setiap negara mempunyai kod etika dalam amalan kaunseling yang dijalankan dalam negara

tersebut, sebagai contohnya di malaysia badan yang bertanggungjawab mengeluarkan kod etika dan

prinsip-prinsip kaunseling dijalankan oleh Persatuan Kaunseling Malaysia (PERKAMA). Secara amnya

kesemua kod etika yang digariskan oleh persatuan-persatuan kaunseling tersebut mempunyai

persamaan iaitu menitikberatkan amalan profesionalisme kaunselor dan hal ehwal kebajikan klien.

Matlamat utama etika ini digubal adalah untuk menjamin perkhidmatan kaunseling agar menjadi lebih

cekap, telus, amanah, serta menjamin keselamatan dan kerahsiaan klien.

Terdapat pelbagai etika yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling, secara ringkasnya etika

profesional yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling dapat dibahagikan kepada empat prinsip

etika yang utama iaitu yang pertama ialah autonomi, merujuk kepada syarat yang membenarkan klien

untuk bebas membuat pilihan. Prinsip kedua ialah bukan berbentuk kejahatan (nonmaleficence), iaitu

merujuk kepada tindakan kaunselor untuk mengelak daripada perkara-perkara yang membawa mudarat

kepada klien. Prinsip ketiga ialah kepatuhan yang merujuk kepada persetujuan limitasi perhubungan di

antara kaunselor dengan klien. Seterusnya prinsip yang keempat ialah kebajikan yang merujuk kepada

tindakan kaunselor untuk memberikan hasil yang positif kepada klien (Pack-Brown & Williams, 2003).

Huraian dalam perbincangan kertas kerja ini akan memfokuskan kepada rasional penekanan etika

profesional dalam perkhidmatan kaunseling.

Cari

Page 2: Edu Tutorial 2a

2.0 Rasional penekanan etika profesional dalam perkhidmatan kaunseling

Dalam profesion menolong, etika adalah merupakan panduan yang dapat memastikan tugas kaunselor

dapat dijalankan dengan lebih cekap selari dengan matlamat kaunseling yang ingin dicapai. Antara

tujuan utama etika profesional sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah untuk

menjadikan kaunselor menjadi lebih cekap dimana sebarang kesilapan yang dilakukan oleh kaunselor

dapat diminimakan. Selain itu, etika yang ditekankan akan dapat meningkatkan keberkesanan

perkhidmatan kaunseling yang dijalankan (Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof,

2002).

Dari segi rasionalnya, etika profesional ini dapat membantu seseorang kaunselor dapat menjalankan

tugas dan peranan mereka dengan lebih baik. Dari sudut pandangan masyarakat, kaunselor dilihat

sebagai seorang model sosial yang baik kerana mereka terlibat dengan profesion menolong, oleh itu jika

berlaku perkara-perkara seperti ketidakcekapan yang dilakukan oleh kaunselor maka tanggapan

masyarakat mungkin akan berubah terhadap kaunselor dan ahli-ahli profesional yang lainnya. Dalam hal

ini, ketidakcekapan seorang kaunselor lazimnya akan digeneralisasikan secara keseluruhannya oleh

segelintir individu terhadap profesion kaunseling. Sebagai contohnya disini segilintir individu dalam

masyarakat tentu akan memandang serong terhadap profesion seorang kaunselor apabila mereka

mendengar kes-kes dimana kaunselor yang melanggar etika seperti melakukan aktiviti seksual dengan

klien mereka atau cubaan mencabul kehormatan klien mereka. Kesannya masyarakat akan sentiasa

memberi kritikan sehingga membentuk stereotaip secara keseluruhannya ke atas mereka yang berada

dalam bidang profesion kaunseling. Oleh sebab itulah mengapa etika profesional dalam perkhidmatan

kaunseling sangat ditekankan untuk mengelak kaunselor bertindak di luar daripada etika yang

digariskan, jika etika profesional dipatuhi oleh kaunselor maka perkhidmatan kaunseling akan dapat

dijalankan dengan cekap dan baik.

Satu lagi faktor yang menyebabkan etika sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling ialah

menggalakkan kaunselor mengarah ke arah tahap profesional. Dalam profesion kaunseling,

profesionalisme membantu membawa kepada nama baik (good will) kepada mereka yang yang

mengamalkan kod etika dengan baik (Francis, 2009). Secara rasionalnya apabila seseorang kaunselor

mempunyai nama baik maka ini tentu akan mengekalkan reputasi baik mereka dan boleh membawa

manfaat yang lain kepada mereka. Sebagai contohnya bagi kaunselor profesional yang mempunyai

reputasi yang baik, hal ini akan menyebabkan mereka mudah mendapatkan klien untuk menerima

perkhidmatan kaunseling daripada mereka kerana klien biasanya akan lebih yakin dengan kaunselor-

kaunselor yang mempunyai nama baik dan rekod reputasi yang baik dalam menjalankan perkhidmatan

kaunseling mereka. 

3.0 Rasional penekanan prinsip etika persetujuan termaklum (informed consent)

Salah satu etika profesional utama yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling ialah persetujuan

termaklum. Menurut Fisher (2003), persetujuan termaklum adalah merupakan perjanjian utama bagi

melindungi hak-hak privasi klien yang dilakukan pada awal sebelum perkhidmatan kaunseling

dijalankan. Prinsip etika ini menekankan kepada keperluan seseorang kaunselor untuk memberikan

penerangan yang secukupnya kepada klien tentang perkara-perkara berkaitan matlamat kaunseling,

teknik dan prosedur dalam perkhidmatan kaunseling, kerahsiaan, limitasi dan risiko tertentu serta hal-

hal penting lain yang melibatkan kaunselor dan juga klien. Dalam hal ini kaunselor juga seharusnya

Page 3: Edu Tutorial 2a

menjelaskan dengan lebih mendalam kepada klien terhadap perkara-perkara seperti implikasi daripada

proses kaunseling, penarikan diri daripada terus menerima perkhidmatan, pengunaan ujian dan laporan

serta jumlah bayaran bagi khidmat kaunseling yang dijalankan tersebut.

Secara rasionalnya dengan adanya etika ini, klien dapat mengetahui dengan lebih mendalam dan dapat

memberi gambaran secara kasar tentang proses-proses yang akan berlaku pada keseluruhan khidmat

kaunseling yang diterima oleh mereka. Klien juga akan dapat menilai sejauhmana keberkesanan

daripada khidmat kaunseling yang bakal dijalankan di samping mempunyai kebebasan untuk menarik

diri jika syarat-syarat yang dijelaskan seperti mana yang dijelaskan oleh kaunselor tidak dipatuhi. Selain

itu, melalui makluman dan penjelasan yang diberikan juga membantu klien untuk mengelak daripada

sebarang penipuan dalam aspek-aspek tertentu seperti bayaran bagi khidmat kaunseling yang

dijalankan, klien juga dapat mengetahui hak-hak mereka dalam undang-undang. Bagi kaunselor pula,

perkara-perkara yang dijelaskan dalam etika persetujuan termaklum ini berperanan sebagai panduan

kepada mereka untuk menjalankan perkhidmatan kaunseling secara cekap dan telus sesuai dengan

prinsip profesional yang dipegang oleh mereka. Dengan erti kata lainnya kaunselor akan melaksanakan

tugas berdasarkan kepada apa yang telah dijelaskan dan dimaklumkan kepada klien.

4.0 Rasional penekanan prinsip etika kerahsiaan.

Seterusnya etika profesional yang sangat ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling ialah prinsip

kerahsiaan. Berdasarkan etika yang digariskan, seseorang kaunselor tidak boleh mendedahkan

maklumat sulit tanpa persetujuan daripada klien. Kaunselor juga harus memastikan bahawa setiap rekod

maklumat berkaitan klien seperti laporan, rakaman kaset dan video disimpan di tempat yang selamat

dan hanya pihak yang mempunyai kuasa tertentu sahaja boleh mendapatkan rekod maklumat tersebut

(ACA, 2005). Prinsip kerahsiaan dalam etika kaunseling ini sangat penting dan perlu diterangkan kepada

klien pada setiap sesi kaunseling yang dijalankan.

Terdapat beberapa perkara yang menyebabkan prinsip etika ini sangat rasional ditekankan dalam

perkhidmatan kaunseling. Salah satu di antaranya ialah untuk mengelakkan klien daripada menerima

keaiban daripada orang lain, sebagai contohnya klien tersebut mungkin terlibat dengan isu-isu sensitif

atau peristiwa trauma yang berlaku dalam dirinya seperti penderaan, menjadi mangsa rogol, masalah

seksual, terlibat dengan penyalahgunaan dadah, mempunyai keinginan untuk membunuh diri, menyertai

kumpulan haram dan sebagainya. Setiap klien yang menerima perkhidmatan kaunseling tidak akan

dapat mengelak daripada meluahkan pengalaman tidak kira pahit atau pun manis terhadap kaunselor.

Oleh itu prinsip kerahsiaan dalam bidang kaunseling ini sangat rasional ditekankan agar menjadikan

klien lebih yakin, percaya dan berasa selamat dengan maklumat yang mereka dedahkan. klien juga

dapat meluahkan masalah yang dihadapinya dengan rasa bebas tanpa wujud perasaan ragu-ragu.

Kesannya hal ini akan menyebabkan kaunselor mudah mengenalpasti masalah yang dihadapi oleh klien.

Dengan adanya prinsip kerahsiaan ini, kaunselor akan dapat menonjolkan diri sebagai individu yang

boleh dipercayai, amanah dan bertanggungjawab untuk menjaga hak dan kepentingan privasi klien.

5.0 Rasional penekanan prinsip etika keadilan

Page 4: Edu Tutorial 2a

Satu lagi prinsip utama dalam etika profesional perkhidmatan kaunseling ialah keadilan. Prinsip etika ini

menekankan kaunselor bersikap adil secara sama rata terhadap klien yang datang mendapatkan

bantuan kaunseling. Mengikut etika ini, kaunselor tidak boleh mengamalkan atau melakukan diskriminasi

terhadap perbezaan manusia dari segi aspek-aspek seperti budaya, umur, gender, bangsa, etnik, agama,

kepercayaan, ketidakupayaan fizikal dan mental, orientasi seksual, bahasa yang digunakan, status

perkahwinan, status sosioekonomi dan apa-apa sahaja yang membezakan di antara klien dengan

kaunselor (NCDA, 2007). Kaunselor seharusnya perlu mengambil kira isu-isu sensitif yang dimiliki oleh

klien. Kaunselor haruslah mempunyai kemampuan mengubah perasaan negatif mereka terhadap

sesetengah klien suapaya klien merasa diri mereka dihormati (Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh &

Hapsah Md. Yusof, 2002).

Dalam hal ini, terdapat rasionalnya mengapa etika keadilan ini sangat ditekankan, perkara ini dapat

membantu klien berasa selesa semasa menerima khidmat kaunseling. Bayangkan jika seseorang

kaunselor itu menekan klien dengan isu-isu sensitif yang tidak disukainya, keadaan ini akan membawa

kepada kesan negatif kepada klien tersebut. Keadilan dalam perkhidmatan kaunseling ini bukan sahaja

terhad kepada isu-isu yang sensitif tetapi juga kepada pengalaman-pengalaman lepas yang dilalui oleh

klien. Sebagai contohnya kaunselor tidak sepatutnya cuba menghakimi klien tentang pengalaman lepas

klien yang pernah terlibat dengan masalah mendera anak-anaknya dengan teruk. Akibatnya apabila

berlaku perkara-perkara seperti ini, persepsi negatif akan wujud di antara kaunselor dan juga klien,

contohnya dalam situasi tadi kaunselor akan cenderung menilai klien sebagai seorang yang “jahat”

kesannya klien mula hilang kepercayaan kepada kaunselor dan beranggapan bahawa tidak ada sesiapa

lagi di dunia ini yang sudi memaafkan kesalahan lampaunya. Situasi-situasi seperti ini akan menjejaskan

perjalanan kaunseling, kesannya matlamat kaunseling yang dibina tidak tercapai. Perkara ini

membuktikan kepada kita bahawa etika keadilan dalam perkhidmatan kaunseling sangat penting, ia juga

menjadi garis panduan kepada kaunselor agar tidak bersikap prejudis kepada klien dan melayan klien

secara sama rata tanpa mengimbilkira perbezaan yang ada pada manusia.

6.0 Rasional penekanan prinsip etika kesejahteraan (wellness)

Kod etika profesional juga mengariskan bahawa dalam perkhidmatan kaunseling, kaunselor seharusnya

menjaga kesejahteraan klien yang datang mendapatkan khidmat kaunseling. Etika ini menekankan

seseorang kaunselor perlu menggalakkan pertumbuhan dan perkembangan klien dengan cara

memelihara minat dan kesejahteraan klien (Pack-Brown & Williams, 2003). Kesejahteraan klien tersebut

termasuklah memberi perlindungan kepada klien dari segi fizikal, emosi dan juga trauma psikologikal.

Selain itu, etika ini juga menggariskan bahawa klien tidak boleh diperalatkan untuk kepentingan diri

kaunselor bagi tujuan kewangan, emosi, seksual dan sebagainya. Seseorang kaunselor tidak boleh

menyalahgunakan hasil penilaian dan intrepretasi dalam kaunseling dan mereka juga bertanggungjawab

untuk menghalang orang lain daripada menggunakan maklumat tersebut. Bagi menjaga perasaan klien,

kaunselor juga perlu menghormati hak klien yang mana klien berhak untuk mengetahui keputusan sesi

yang dijalankan, intrepretasi, kesimpulan dan cadangan-cadangan yang dibuat oleh kaunselor (ACA,

2005).

Secara rasionalnya etika ini ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah agar memastikan

bahawa kebajikan dan kepentingan klien dapat dijaga sepanjang mereka menerima khidmat kaunseling.

Bayangkanlah  jika terjadi perkara-perkara yang tidak diingini dalam sesi kaunseling sehingga

Page 5: Edu Tutorial 2a

menyebabkan emosi dan mental klien terganggu disebabkan oleh kaunselor, maka perkara ini boleh

menyebabkan matlamat kaunseling yang dibina di antara klien dan kaunselor tidak akan dapat tercapai.

Matlamat utama perkhidmatan kaunseling adalah untuk membimbing klien dalam mencari penyelesaian

masalah dan bukannya untuk lebih memudaratkan lagi keadaan klien dengan menyebabkan emosi dan

mental mereka terganggu. Oleh yang demikian, etika untuk menjaga kesejahteraan klien ini sangat

ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling bagi mengelak kaunselor bertindak yang tidak sepatutnya

dilakukan. Etika ini juga membantu ke arah proses menolong secara profesional dimana dengan adanya

sikap untuk melindungi klien dan menjaga kesejahteraan mereka dari aspek fizikal, emosi dan juga

psikologikal maka perkhidmatan kaunseling yang dijalankan akan dapat dilaksanakan dengan baik dan

lebih berkesan.

7.0 Rasional penekanan prinsip etika perhubungan kaunselor dan klien dalam kaunseling

Satu lagi aspek yang ditekankan dalam perkhidmatan kaunseling adalah etika berkaitan dengan

perhubungan kaunselor dengan klien dan juga ahli profesional yang lain. Etika profesional ini

menggariskan bahawa seseorang kaunselor tidak boleh menjalankan perkhidmatan kaunseling dengan

klien yang mempunyai pertalian atau hubungan tertentu dengan kaunselor, jika perkara itu berlaku

kaunselor hendaklah merujuk klien tersebut kepada ahli profesional yang lain. selain itu, kaunselor juga

harus mengelak hubungan hubungan dua hala (dual relationship) dengan klien yang boleh

mempengaruhi penilaian profesional ataupun apa-apa yang boleh menyebabkan risiko kemudaratan

kepada klien (Pack-Brown & Williams, 2003). Sebagai contohnya disini kaunselor terlibat dengan

perhubungan intimasi dan seksual dengan klien. Dalam etika profesional seseorang kaunselor tidak

boleh mengadakan sebarang interaksi dan hubungan peribadi dengan klien ataupun mana-mana ahli

keluarga klien dalam jangka masa selama lima tahun selepas perkhidmatan kaunseling terakhir

dilakukan. Selain itu terdapat juga etika lain yang melibatkan perhubungan di antara kaunselor dengan

klien, antaranya ialah kaunselor tidak boleh terlibat dengan aktiviti yang memberi kepentingan kepada

mereka seperti terlibat dengan perniagaan atau aktiviti-aktiviti yang dilakukan oleh klien.

Dalam hal ini terdapat rasional mengapa etika ini ditekankan oleh kaunselor dalam perkhidmatan

kaunseling. Salah satu perkara yang menyebabkan etika ini rasional ditekankan ialah jika klien yang

datang mendapatkan perkhidmatan kaunseling tersebut adalah merupakan ahli keluarga, saudara mara

dan orang-orang yang dikenali seperti sahabat handai maka hal ini sudah tentu akan mempengaruhi

pertimbangan kaunselor secara profesional ketika melakukan sesi kaunseling. Begitu juga halnya

pertimbangan wajar sebagai seorang kaunselor juga akan terganggu jika mereka terlibat dengan

sebarang perhubungan emosi (percintaan) dan seksual dengan klien, apabila keadaan seperti ini berlaku

sesi kaunseling yang dijalankan cenderung akan berubah kepada suasana romantik yang mana ia boleh

mempengaruhi pemikiran dan emosi kaunselor. Keadaan seperti ini boleh lari daripada prinsip

profesionalisme yang dipegang oleh seseorang kaunselor, sebagai akibatnya perkara-perkara seperti ini

boleh menjejaskan matlamat proses kaunseling.

8.0 Penutup

Secara kesimpulannya dapatlah dijelaskan bahawa penekanan etika profesional dalam perkhidmatan

kaunseling boleh membawa kepada manfaat penting kepada pihak-pihak yang terlibat dalam proses

kaunseling iaitu kaunselor, klien mahupun kepada ahli-ahli profesional lain yang berada dalam bidang

profesion kaunseling. Etika yang digariskan dalam kaunseling secara amnya bertujuan untuk

memastikan perkhidmatan kaunseling dapat dilaksanakan dengan baik seperti mana matlamat

Page 6: Edu Tutorial 2a

kaunseling yang sepatutnya yang ingin dicapai. Selain itu, etika profesional yang ditekankan juga adalah

bertujuan untuk mengurangkan kesilapan-kesilapan biasa yang dilakukan oleh kaunselor yang mana

ianya boleh menggangu proses perjalanan dalam memberikan perkhidmatan yang dilakukan secara

profesional. Oleh sebab itulah terdapat rasionalnya mengapa etika-etika profesional ini perlu diberi

perhatian oleh pihak-pihak yang terlibat dalam perkhidmatan kaunseling.    

Rujukan

American Counseling Association (ACA). (2005). ACA Code of Ethics. Diterima pada — Februari 2011,

daripada http://www.counseling.org.pdf

Fisher, C. B. (2003). Decoding Ethics Code.  Utd. States: Sage Publications, Inc.

Francis, R. D. (2009). Ethics for Psychologists. (2nd ed). United Kingdom: BPS Blackwell.

National Career Development Association (NCDA). (2007). Code of Ethics. Diterima pada — Februari

2011, daripada http://www.ncda.org/pdf/EthicalStandards.pdf

Pack-Brown, S. P., & Williams, C. B. (2003). Ethics in a Multicultural Context. Utd. States: Sage

Publications, Inc.

Professional Counselling. (2010). Etika Kaunseling: Kepentingan dan Pengunaannya. Diterima pada —

Februari 2011, daripada http://www.i-counsellor.com/assets/docs.pdf

Sapora Sipon, Ahmad Jazimin Jusoh & Hapsah Md. Yusof. (2002). Kaunseling Individu. Petaling Jaya:

Prentice Hall.

Disediakan oleh:

A. Rahman A. N. (Februari, 2011).

Page 7: Edu Tutorial 2a

UTAMA PENDAHULUAN PROFILE KAUNSELOR PERKHIDMATAN E-MEL CHAT ETIKA KERAHSIAAN FAQ HUBUNGI KAMI

ETIKA KERAHSIAANKami menggunakan etika yang telah disediakan oleh PERKAMA dan juga LEMBAGA KAUNSELOR MALAYSIA. Dalam memberikan perkhidmatan kami juga berpandukan kepada American Psychological Association untuk menjaga kerahsiaan klien. Semua nama dan maklumat yang diberikan kepada kami tidak akan diberikan kepada pihak ketiga untuk apa-apa tujuan dan kegunaan pun. Maklumat yang kami peroleh dari anda ialah alamat emel anda dan butiran diri serta pemasalahan yang anda hantar kepada kami. Itu sahaja. Selepas anda menghantar e-mel anda kepada kami, selepas kami memprosesnya dan sesi kita ditamatkan maka segala informasi yang disimpan akan dimusnahkan. Kami akan memastikan hanya kaunselor anda sahaja yang melihat dan membaca emel dan pemasalahan yang anda hantar.

SKOP ETIKA

Kod Etika Kaunselor ini terbahagi kepada lima bahagian iaitu:

Page 8: Edu Tutorial 2a

1. Bahagian A   : Tanggungjawab Kaunselor.2. Bahagian B   : Perkhidmatan Persendirian.3. Bahagian C   : Penyelidikan Dan Penerbitan.4. Bahagian D   : Latihan.5. Bahagian E   : Pengukuran Dan Penilaian.

BAHAGIAN A: TANGGUNGJAWAB KAUNSELOR

Bahagian ini menerangkan tatalaku kaunselor dalam melaksanakan tanggungjawab terhadap profesion, klien, rakan profesional, organisasi/majikan dan masyarakat.

Bahagian A1: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Profesion  1. Pengetahuan tentang etika: Kaunselor bertanggungjawab memahami dan mematuhi Kod Etika Kaunselor Malaysia (Lembaga Kaunselor) serta menggunakannya sebagai panduan dalam memberikan perkhidmatan kaunseling. Kaunselor hendaklah menjaga tatalaku demi memelihara piawai dan identiti sebagai seorang kaunselor dan keutuhan profesion kaunseling.    2. Meningkatkan kecekapan:Kaunselor hendaklah sentiasa berusaha menilai dan meningkatkan pengetahuan, kecekapan, dan kemahiran dalam bidang profesionya. Kaunselor perlu mengemaskini kecekapan dan kemahiran tersebut dengan latihan berterusan.

        3. Memupuk nilai-nilai moral:      Kaunselor hendaklah berusaha memupuk ciri-ciri moral dan personal yang

dianggap penting dalam memberi khidmat yang beretika. Nilai-nilai moral yang perlu dipupuk adalah seperti berikut:

Empati -  Kebolehan menyampaikan kefahaman tentang pengalaman seseorang dari perspektif orang tersebut. Intergriti –  berusaha ke arah sikap bermoral dalam hubungan dengan orang lain dengan menekankan keikhlasan dan konsistensi antara tingkah laku dan percakapan. Daya tahan –  terus berusaha membantu klien tanpa rasa putus asa. Kesedaran kendiri – keupayaan menilai secara tepat dan mengakui kekuatan dan kelemahan diri. Kebijaksanaan – mampu membuat keputusan dengan berhemah. Keberanian – berupaya bertindak walaupun berada dalam keadaan berisiko dan ketidakpastian. Spiritual – berusaha meningkatkan nilai dan amalan kerohanian sebagai salah satu aspek kehidupan

     4. Penyeliaan:Kaunselor hendaklah melalui proses penilaian dan penyeliaan serta dinilai tugas kaunselingnya oleh penyelia profesional secara berterusan. Dalam mengamalkan kepakaran baru kaunselor perlu mendapatkan pendidikan,

Page 9: Edu Tutorial 2a

latihan dan penyeliaan yang diiktiraf sebelum mengamalkan kepakaran tersebut.

          5. Kecekapan Profesionalisme:    Kaunselor hendaklah memberi perkhidmatan kaunseling mengikut bidang

kepakaran dengan tidak melangkaui sempadan kepakaran berasaskan kepada pendidikan, latihan, dan pengalaman yang diselia. Kaunselor tidak menjalankan kaunseling, konsultasi, dan menyampaikan maklumat dalam bidang di luar kepakarannya.

          6. Kesedaran ketidakupayaan:    Kaunselor hendaklah sedar terhadap sebarang ketidakupayaannya dari

segi fizikal, mental, dan emosi yang boleh menjejaskan fungsi sebagai seorang profesional. Kaunselor harus menghindari daripada memberi khidmat kaunseling profesional apabila mendapat tanda-tanda tersebut. Kaunselor perlu merancang dan membuat persediaan untuk pemindahan rekod dan kes klien kepada rakan profesional yang dikenal pasti jika terjadi ketidakupayaan, kematian ataupun menamatkan amalan.

           7. Konflik kepentingan:    Kaunselor perlu mengelakkan keadaan yang boleh menyebabkan konflik

kepentingan diantara dirinya dengan klien. Sekiranya konflik ini berlaku, kaunselor perlu membuat keputusan mengutamakan kepentingan klien dengan tujuan untuk mengekalkan kepercayaan terhadap profesion kaunseling.

 Bahagian A2: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Klien.

    1. Menjaga Kepentingan Klien:Kaunselor mengutamakan kepentingan klien berbanding dengan kepentingan sendiri. Dalam kes-kes di luar kemampuan kaunselor maka dengan persetujuaan klien sesi perlu ditamatkan dan /atau dirujuk kepada kaunselor atau profesional lain.      2. Menghormati dunia persendirian klien:Kaunselor hendaklah menghormati dunia persendirian klien termasuk perkara sulit dan peribadi melainkan perkara itu membahayakan klien atau orang lain.

        3. Kerahsiaan:    Kaunselor hendaklah menjaga kerahsiaan maklumat klien yang diperoleh

semasa sesi kaunseling kecuali maklumat itu membahayakan klien dan orang lain, dan di atas tuntutan undang-undang.

        4. Pengetahuan pelbagai budaya:

Page 10: Edu Tutorial 2a

    Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati latar belakang sosiobudaya klien. Kaunselor perlu menyedari perbezaan nilai dan kepercayaan dengan klien pelbagai budaya supaya dapat bertindak adil dan bersikap terbuka dalam sesi kaunseling.

        5. Kesejahteraan klien:    Semasa perhubungan kaunseling, kaunselor hendaklah memelihara

kesejahteraan fizikal dan psikologi klien, dan tidak mengambil kesempatan ke atas klien untuk kepentingan diri sendiri dalam apa bentuk sekalipun. Dalam kes-kes di mana keselamatan fizikal klien terancam, keutamaan hendaklah diberikan kepada keselamatan klien.

        6. Gangguan seksual:   Kaunselor dilarang sama sekali melakukan sebarang bentuk gangguan dan hubungan seksual dengan klien, bekas klien dan ahli keluarga mereka.

        7. Menghormati keputusan klien:    Kaunselor hendaklah memupuk sikap bertanggungjawab klien terhadap

tingkah lakunya  dan menghormati keputusan atau penentuan kendiri yang dibuat oleh klien.

        8. Keadilan:    Kaunselor perlu berlaku adil dan tidak boleh mengamalkan diskriminasi

berasaskan etnik, jantina, agama, status, ideology, kecacatan fizikal, mental atau apa-apa bentuk sekali pun.

        9. Membekalkan maklumat:   Kaunselor hendaklah menjelaskan kepada klien mengenai keperluan,

proses dan implikasi perkhidmatan kaunseling.

       10. Kebenaran bermaklum:    Kaunselor hendaklah mencapai persetujuaan bermaklum dengan kliennya

di peringkat awal sesi kaunseling mengenai batasan kerahsiaan dan hal-hal lain mengenai proses kaunseling. Apa-apa persetujuaan di antara kaunselor dan klien mengenai kerahsiaan boleh disemak dan diubah dengan persetujuaan bersama.

        11. Budibicara kaunselor:    Dalam kes yang jelas terbukti bahawa klien mengikut pertimbangan

kaunselor menunjukan dengan jelas , diri klien atau orang lain dalam keadaan bahaya, kaunselor hendaklah menggunakan budi bicaranya mengambil tindakan wajar untuk menjaga kepentingan klien dan orang lain yang terlibat.

Page 11: Edu Tutorial 2a

        12. Larangan dalam hubungan dwi:    Kaunselor hendaklah menghindari diri  daripada memberi perkhidmatan

kaunseling kepada klien yang mempunyai hubungan intim dengannya seperti keluarga, sahabat karib, ataupun mereka yang mempunyai hubungan pentadbiran dan penyeliaan dengannya.

        13. Kebebasan klien menamatkan sesi:    Kaunselor hendaklah memastikan bahawa klien yang diberi khidmat

kaunseling tidak menjalankan kaunseling dengan kaunselor lain pada masa yang sama. Bagaimanapun kaunselor tidak boleh menghalang klien yang hendak menamatkan sesi kaunseling atau ingin menukar kepada kaunselor yang lain. keputusan klien mesti dihormati.

        14. Rujukan:    Kaunselor perlu merujuk klien kepada profesional lain sekiranya mengikut

pertimbangan kaunselor, klien memerlukan perkhidmatan luar daripada bidang kepakarannya atau profesional lain. Rujukan ini hendaklah dilakukan dengan persetujuaan klien dan satu laporan rujukan secara bertulis perlulah disediakan kepada profesional yang dirujuk. Perhatian sewajarnya perlu diambil untuk memastikan penerimaan rujukan dapat memberi khidmat yang diperlukan, kerahsiaan terus dibekalkan dan klien mendapat manfaat dalam proses rujukan.

       15. Kemudahan kaunseling:    Kaunselor hendaklah menyediakan tempat yang boleh memelihara

keselesaan dan kerahsiaan sesi kaunseling. Klien tidak seharusnya diperhatikan oleh orang lain melainkan dengan kebenarannya termasuk sesi kaunseling yang dirakam melalui cara audio dan video.

       16. Rekod kaunseling:    Kaunselor dikehendaki membuat laporan dan menyimpan rekod sesi

kaunseling dengan selamat. Semua rekod perlu dirahsiakan.

        17. Pendaftaran dan sijil amalan:    Semua kaunselor yang menjalankan sesi kaunseling mesti mendaftarkan

diri serta memperolehi sijil amalan dengan Lembaga Kaunselor Malaysia sepertimana dikehendaki di bawah Seksyen 26 dan 28 Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

Bahagian A3: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Rakan Profesional.                                                                                                                               1. Kecekapan :Kaunselor hendaklah saling berusaha untuk meningkatkan tahap kecekapan profesional masing-masing secara

Page 12: Edu Tutorial 2a

berkesan.

   2. Sikap Hormat, Adil dan Terbuka :Kaunselor hendaklah menunjukkan sikap hormati, adil dan terbuka terhadap rakan profesional.

   3. Mencegah, Memperbetul atau Melapor Perlakuan :Kaunselor bertanggungjawab untuk mencegah, memperbetul dan melapor perlakuan rakan kaunselor yang tidak beretika.

   4. Menyokong Rakan Kaunselor :Kaunselor hendaklah bersedia untuk mempertahan, membantu serta membela rakan kaunselor yang teraniaya akibat tuduhan dan tohmahan perlakuan yang tidak beretika.

Bahagian A4: Tanggungjawab Terhadap Organisasi/ Majikan.

   1. Persetujuan/Perjanjian :Kaunselor hendaklah mematuhi perjanjian yang dipersetujui dengan organisasi tempat beliau berkhidmat.

   2. Mematuh Dasar dan Prosedur :Kaunselor hendaklah menyediakan perkhidmatan yang berkesan dan berkualiti selaras dengan dasar dan prosedur organisasi.

   3. Mencegah Diskriminasi :Kaunselor hendaklah bertindak untuk mencegah diskriminasi dalam organisasi dan dalam perlaksanaan polisi amalan kerja.

   4. Mengelak Salahguna Kemudahan :    Kaunselor tidak boleh menyalahgunakan kemudahan dan sumber

organisasinya.

   5. Kelulusan dan Kepakaran :Kaunselor hendaklah menyatakan bidang kepakaran dan tahap kecekapan profesionalnya.

   6. Menjalin Hubungan Profesional :Kaunselor hendaklah mewujudkan hubungan yang baik dengan penyelia dan staf yang lain bagi menjamin keberkesanan perkhidmatan kaunseling.

Page 13: Edu Tutorial 2a

Kaunselor juga hendaklah memberi kefahaman kepada semua pihak dalam organisasi tentang perbezaan di antara maklumat umum dengan maklumat khusus serta aspek kebertanggungjawaban.

    7. Penilaian Kendiri :Kaunselor hendaklah sentiasa menilai keupayaan kendiri serta membenarkan dirinya dinilai secara profesional dari masa ke masa.

     8. Peningkatan Kerjaya :Kaunselor hendaklah bersama-sama organisasi bertanggungjawab ke atas peningkatan kerjaya untuk diri dan staf lain.

     9. Advokasi :Kaunselor dikehendaki membela, menyokong dan memperjuangkan perkhidmatan kaunseling pada semua peringkat dalam organisasi tempat beliau berkhidmat dan dalam masyarakat.

     10. Konsultasi :Kaunselor bertanggungjawab menyediakan sumber dan kecekapan serta rujukan yang sesuai dalam memberi perkhidmatan perundingan apabila diperlukan.

Bahagian A5: Tanggungjawab Kaunselor Terhadap Masyarakat.

     1. Menghormati Perbezaan Budaya :Kaunselor hendaklah memahami dan menghormati unsur sosiobudaya masyarakat di mana dia berkhidmat.

     2. Mematuhi Undang-undang :Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang negara dan melaksanakan tugasanya berlandaskan  Akta Kaunselor 1998 (Akta 580).

BAHAGIAN B: PERKHIDMATAN PERSENDIRIAN

Bahagian ini merangkumi pengiklanan, pengurusan dan fi dalam perkhidmatan kaunseling.

Bahagian B1: Pengiklanan

Page 14: Edu Tutorial 2a

     1. Kelulusan profesional :Dalam menjalankan perkhidmatannya, kaunselor hendaklah menyatakan secara benar, lengkap, tepat dan tidak mengelirukan mengenai:

Kelulusan tertinggi yang berkaitan  Bidang kepakaran, Jenis perkhidmatan, Penerangan mengenai perkhidmatan, Sijil pendaftaran Sijil Amalan.

      2. Pengiklanan yang tepat :Kaunselor yang berkhidmat dengan mana-mana organisasi tidak dibenarkan menggunakan nama organisasi tersebut dalam iklan kecuali dengan kebenaran organisasinya. Kaunselor tidak boleh mengiklankan affiliasinya dengan sesuatu organisasi sehingga memberikan gambaran palsu bahawa organisasi itu menaja atau mengisahkan perkhidmatannya.

     3. Perkhidmatan di luar organisasi :Kaunselor tidak boleh memberi perkhidmatan kaunseling dan konsultasi kecuali dengan kebenaran organisasinya.

     4. Menyalahgunakan keahlian :Kaunselor tidak boleh menggunakan keahlian dalam sesuatu pertubuhan/Persatuan Kaunseling sebagai perlakuan amalan yang sah.

Bahagian B2: Pengurusan

     1. Pematuhan undang-undang :Kaunselor hendaklah mematuhi undang-undang dan peraturan mengenai perkhidamatan persendirian di tempat perkhidmatannya.

     2. Kesempatan untuk mendapatkan klien :Kaunselor tidak boleh menggunakan affiliasinya dengan sesuatu organisasi yang dianggotainya untuk mendapatkan klien bagi perkhidmatan persendirian.

     3. Pengambilan pekerja yang tidak berkelayakan :Kaunselor yang menjalankan perkhidmatan persendirian tidak boleh mengambil pekerja yang tidak berkelayakan dan tidak berdaftar untuk menjalankan khidmat kaunseling.

Bahagian B3: Fi

Page 15: Edu Tutorial 2a

     1. Fi berpatutan :Fi yang dikenakan ke atas klien dalam setiap sesi kaunseling mestilah  selaras dengan garis panduan yang dikeluarkan oleh Lembaga Kaunselor Malaysia. Jika fi dikenakan, Kaunselor hendaklah memastikan bahawa fi itu berpatutan dan seimbang dengan perkhidmatan yang diberi. Kemampuan klien hendaklah diambil kira.

     2. Pemberitahuan tentang Fi :Kaunselor hendaklah memberitahu terlebih dahulu kadar fi yang dikenakan pada awal sesi kaunseling.

     3. Larangan menerima Fi Rujukan :Kaunselor tidak dibenarkan menerima sebarang fi atas urusan merujuk klien kepada ahli profesional yang lain.

BAHAGIAN C: PENYELIDIKAN DAN PENERBITAN

Bahagian ini memberi garis panduan tentang etika penyelidikan dan penerbitan. Ia merangkumi proses dan persetujuaan subjek dalam penyelidikan.

Bahagian C1: Etika Penyelidikan

§  Pematuhan etika penyelidikan :Kaunselor mempunyai tanggungjawab untuk mematuhi etika penyelidikan di organisasi atau institusi pengajian tinggi tertentu.

§  Kesejahteraan dan kebajikan subjek :Kaunselor perlu menjaga kesejahteraan serta kebajikan subjek sepanjang kajian dijalankan dan hendaklah membuat pengawasan yang sewajarnya untuk mengelakkan berlakunya sebarang kesan negatif psikologi, fizikal atau sosial subjek.

§  Kepatuhan pembantu penyelidik terhadap amalan etika :Kaunselor hendaklah bertanggungjawab untuk menentukan bahawa amalan etika juga dipatuhi oleh pembantu penyelidiknya serta mereka yang terlibat  dalam penyelidikan.

§  Laporan penyelidikan :Kaunselor perlu melaporkan pertemuan dalam penyelidikan secara jujur dan tidak memalsukan data semata-mata untuk menarik hati penaja.

Page 16: Edu Tutorial 2a

Bahagian C2: Persetujuan Subjek

§  Penyertaan secara sukarela :Penyertaan dalam penyelidikan adalah secara sukarela. Penyertaan bukan sukarela hanyalah wajar jika telah terbukti bahawa penyertaan tidak membawa kemudharatan kepada subjek  dan benar-benar diperlukan bagi kajian tersebut.

§  Maklumat jelas tentang penyelidikan :Dalam kajian yang menggunakan klien sebagai subjek sama ada secara langsung atau tidak, setiap klien mestilah dimaklumkan dengan jelasnya mengenai tujuan, kaedah kajian, kemungkinan faedah, kesan buruk, sebarang ketidak-selesaan dan kesukaran yang mungkin dirasai oleh klien.

§  Persetujuaan bermaklum :Persetujuaan bermaklum perlu dibuat secara bertulis apabila klien bersetuju untuk menjadi subjek dalam penyelidikan.

§  Hak subjek penyelidikan :Klien perlu dimaklumkan tentang haknya untuk menarik diri pada bila-bila masa, dan penarikan dirinya tidak akan memberi sebarang kesan terhadap perkhidmatan yang diterima.

§  Maklumat terselindung :Dalam menjalankan sesuatu kajian, kemungkinan penyelidik perlu menggunakan maklumat terselindung (withholding information) atau maklumat yang tidak tepat (providing misinformation). Sebelum menjalankan kajian tersebut, penyelidik hendaklah menentukan bahawa:

Penggunaan teknik itu wajar dan sesuai dengan budaya, nilai saintifik, pendidikan atau terapan. Tidak terdapat prosedur alternatif yang lebih wajar dan, Subjek diberi penjelasan yang cukup dengan  secepat mungkin.

§  Limitasi dan keselamatan subjek kanak-kanak :Semasa menjalankan penyelidikan, jika subjek kajian terdiri daripada kanak-kanak atau mereka yang mempunyai kecacatan yang menghadkan kefahaman dan/atau komunikasi, penyelidik hendaklah mengambil prosedur langkah-langkah keselamatan yang wajar.

§  Kerahsiaan penyelidikan :Semasa menjalankan penyelidikan, maklumat peribadi subjek hendaklah dirahsiakan kecuali dengan persetujuaan subjek. Jika terdapat kemungkinan orang lain memperoleh maklumat itu kaunselor perlu

Page 17: Edu Tutorial 2a

menerangkan tentang kemungkinan ini serta perancangan untuk mengawal kerahsiaan.

Bahagian C3: Penerbitan

§  Etika Penerbitan :Kaunselor bertanggungjawab mematuhi etika penerbitan dan undang-undang hakcipta dalam menerbitkan hasil penyelidikan.

§  Ketepatan Maklumat :Hasil kajian hendaklah dilaporkan dengan tepat dan lengkap.

§  Kerahsiaan Subjek :Apabila memberikan maklumat kepada penyelidik lain yang memerlukan data asal, kaunselor hendaklah melindungi identiti subjek kecuali dengan kebenaran subjek tersebut

BAHAGIAN D: LATIHAN

Bahagian ini memberi garis panduan latihan, peluang bekerja dan segala maklumat yang diperlukan oleh kaunselor pelatih.

Ø  Kandungan program latihan kaunselor :Pendidik kaunselor hendaklah menerangkan kepada kaunselor pelatih tentang  keperluan dan kandungan program latihan serta peluang perkerjaan yang ada sebelum kaunselor pelatih mengikuti program tersebut.

Ø  Posisi latihan yang jelas :Pendidik kaunselor hendaklah mempunyai polisi yang jelas mengenai latihan praktikum dan peranan kaunselor pelatih serta pengajar.

Ø  Maklumat tentang kaunselor pelatih :Klien hendaklah diberitahu  jika dia diberi khidmat kaunseling oleh kaunselor pelatih dan juga diberitahu implikasi ke atas batas kerahsiaan.

Ø  Kemahiran pendidik kaunselor :Pendidik kaunselor yang bertanggungjawab dalam bidang latihan mestilah mahir sebagai pengajar dan pengamal.

Page 18: Edu Tutorial 2a

Ø  Maklumat yang  benar :Pendidik kaunselor hendaklah memberi maklumat yang  benar tentang  kelayakn, kecekapan latihan dan pengalaman mereka.

Ø  Penyalahgunaan kedudukan pendidik kaunselor :Pendidik kaunselor mestilah tidak menyalahgunakan kedudukannya sebagai pengajar atau penyelia kaunselor pelatih di luar bidang profesional atas kepentingan peribadi, perhubungan emosi atau seksual.

Ø  Mengelak kecederaan psikologi :Apabila merancang dan melaksanakan aktiviti latihan berbentuk pengalaman langsung (experiential activities) kaunselor hendaklah sentiasa peka kepada kemungkinan berlaku kecederaan psikologi terhadap klien individu atau kumpulan. Kaunselor perlu mendapat persetujuaan termaklum klien. sekiranya terdapat tanda-tanda kesan psikologi negatif terhadap klien, kaunselor bertanggungjawab untuk membuat susulan dan pemulihan.

BAHAGIAN E: PENGUKURAN DAN PENILAIAN

Bahagian ini memberi garis panduan dalam menjalankan pengukuran dan penilaian dalam perkhidmatan kaunseling:

v  Maklumat lengkap ujian psikologi :Kaunselor hendaklah memberi maklumat yang lengkap mengenai alat ujian psikologi supaya keputusan ujian psikologi tersebut itu dapat diterima oleh klien dalam perspektif yang betul. Tujuan dan kegunaan keputusan hendaklah diberitahu kepada klien sebelum ujian diberi kecuali pengecualian hak eksplisit dipersetujui terlebih dahulu.

v  Kemahiran ujian psikologi :Kaunselor hendaklah berhati-hati dalam menggunakan ujian psikologi. Beliau hendaklah  menggunakan ujian psikologi yang beliau mempunyai kelayakan dan kemahiran untuk mentadbir dan menginterpretasikan keputusan ujian psikologi itu.

v  Keputusan tepat :Kaunselor hendaklah memberi keterangan yang tepat apabila membuat kenyataan kepada orang awam mengenai keputusan ujian psikologi dan kaedah pengujian.

Page 19: Edu Tutorial 2a

v  Tafsiran keputusan psikologi :Kaunselor hendaklah mengawasi supaya keputusan ujian psikologi tidak disalah erti atau disalah gunakan. Semua tafsiran keputusan psikologi dibuat secara berhati-hati supaya tiada kecederaan psikologi berlaku terhadap klien.Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Home

Subscribe to: Posts (Atom)

ASMAUL HUSNA

WAKTU SOLAT

SAHABAT KONSULTAN3stars_Iktikad Consultant Central Counselling E-Kaunseling Maya E-Kaunseling Saujana Qaseh Eemotion Consultant Fafarniss Konsultan Jannatulhuda Konsultan Mesra Maya The Hope Channel Consultant Zaas Empire Consultant

AKHBAR ONLINEBerita Harian Bernama Harian Metro Kosmo Malay Mail Malaysia Kini News Straits Times Sinar Harian The Star Utusan

IPTA DI MALAYSIAUniversiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) Universiti Malaya (UM) Universiti Malaysia Kelantan (UMK) Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) Universiti Malaysia Sabah (UMS) Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Page 20: Edu Tutorial 2a

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) Universiti Pertahanan Nasional Malaysia (UPNM) Universiti Putra Malaysia (UPM) Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) Universiti Sains Malaysia (USM) Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Universiti Teknologi Mara (UiTM) Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) Universiti Utara Malaysia (UUM)

HALWA TELINGGA

Music Playlist at MixPod.com

FOLLOWERS

BLOG ARCHIVE

PENGERTIAN KAUNSELING

TUJUAN KAUNSELING

PRINSIP KAUNSELING

CARIAN

PELAWAT

SEMAI BAKTI KONSULTAN

SemaiBaktiKonsultanKuala Terengganu, Terengganu Darul Iman, Malaysia

Di dalam laman ini anda akan diperkenalkan kepada perkhidmatan kaunseling secara maya melalui e-mel dan sesi chat kaunseling. Laman web ini juga dicipta bagi memenuhi tugasan atas subjek E-Kaunseling COU 3006 bagi program Sarjana Muda Kaunseling Universiti Malaysia Terengganu

Search

Page 21: Edu Tutorial 2a

View my complete profile

MASA ITU EMAS

KALENDER HIJRAH

Free @ KalendarHijrah

SEBARANG PERTANYAAN

CUACA HARI INI

KUNJUNGAN PELAWAT

DARI MANA PELAWAT

Hak Cipta [email protected]. Ethereal template. Powered by Blogger.

g

Page 22: Edu Tutorial 2a

nataDtamaleS