16
This document consists of 14 printed pages and 2 blank pages. DC (JP) 163512 © UCLES 2018 [Turn over Cambridge International Examinations Cambridge International General Certificate of Secondary Education *3387199688* MALAY 0546/21 Paper 2 Reading May/June 2018 1 hour Candidates answer on the Question Paper. No Additional Materials are required. READ THESE INSTRUCTIONS FIRST Write your Centre number, candidate number and name in the spaces at the top of this page. Write in dark blue or black pen. Do not use staples, paper clips, glue or correction fluid. DO NOT WRITE IN ANY BARCODES. Answer all questions. The number of marks is given in brackets [ ] at the end of each question or part question.

Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

  • Upload
    others

  • View
    5

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

This document consists of 14 printed pages and 2 blank pages.

DC (JP) 163512

© UCLES 2018 [Turn over

Cambridge International ExaminationsCambridge International General Certificate of Secondary Education

*3387199688*

MALAY 0546/21

Paper 2 Reading May/June 2018

1 hour

Candidates answer on the Question Paper.

No Additional Materials are required.

READ THESE INSTRUCTIONS FIRST

Write your Centre number, candidate number and name in the spaces at the top of this page.

Write in dark blue or black pen.

Do not use staples, paper clips, glue or correction fluid.

DO NOT WRITE IN ANY BARCODES.

Answer all questions.

The number of marks is given in brackets [ ] at the end of each question or part question.

Page 2: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

2

0546/21/M/J/18© UCLES 2018

BLANK PAGE

Page 3: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

3

0546/21/M/J/18© UCLES 2018 [Turn over

Bahagian 1

Latihan 1 Soalan 1–5

Baca soalan-soalan berikut. Tanda kotak jawapan yang betul.

1 Salah satu binatang di bawah ini hidup di dalam air.

A ikan

B burung

C lembu

D kucing [1]

2 Di dalam bilik mandi ada ...

A

A B C D

[1]

B

C

D

3 Bayi suka minum ...

A

A B C D

[1]

B

C

D

Page 4: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

4

0546/21/M/J/18© UCLES 2018

4 Bapa menunggu kereta api di ...

A

A B C D

[1]

B

C

D

5 Alan memakai ......... pada hari panas.

A

A B C D

[1]

B

C

D

[Total: 5]

Page 5: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

5

0546/21/M/J/18© UCLES 2018 [Turn over

Latihan 2 Soalan 6–10

Lihat gambar-gambar berikut:

A B C

D E F

Tulis huruf yang betul (A, B, C, D, E atau F) di dalam kotak yang berkaitan.

6 Cita-cita Anne adalah untuk menjadi ahli muzik.

7 Kegemaran masa lapang Jenny adalah membuat kek.

8 Harith akan terbang ke New Zealand esok.

9 Samy menggunakan ini untuk ke tingkat 14.

10 Chan menggunakan ini dalam kelas bahasanya.

[Total: 5]

Page 6: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

6

0546/21/M/J/18© UCLES 2018

Latihan 3 Soalan 11–15

Baca nota Asma kepada kawannya Susie.

Susie,

Majlis hari jadi saya minggu depan akan diadakan

di rumah nenek saya. Awak tidak pernah pergi ke

rumahnya. Saya akan beri panduan untuk pergi ke sana.

Dari rumah awak, naik bas nombor 10 menuju ke Taman

Tasik. Perjalanan bas akan mengambil masa 15 minit

dan turun apabila awak nampak jambatan besar.

Dari situ jalan terus di Jalan Ara menuju Taman

Desa. Rumah nenek saya di belakang pasar raya mini

di sebelah kanan. Rumahnya rumah banglo dua tingkat,

nombor 18.

Jangan lupa datang, ya? Majlis bermula pada pukul

3 petang. Bawalah adik awak bersama. Dia boleh

bermain dengan adik-adik saya.

Asma

Tanda kotak yang betul.

11 Majlis hari jadi Asma diadakan di ...

A rumah nenek.

B dewan sekolah.

C kolam renang. [1]

12 Asma menyuruh Susie naik ......... ke Taman Tasik.

A teksi

B bas

C kereta api [1]

Page 7: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

7

0546/21/M/J/18© UCLES 2018 [Turn over

13 Susie mesti berhenti apabila dia nampak ...

A kedai.

B jambatan.

C pasar raya. [1]

14 Rumah nenek Asma di ......... pasar raya mini.

A depan

B atas

C belakang [1]

15 Asma menjemput ......... Susie ke majlisnya.

A abang

B adik

C kakak [1]

[Total: 5]

Page 8: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

8

0546/21/M/J/18© UCLES 2018

Bahagian 2

Latihan 1 Soalan 16–20

Baca e-mel Alan kepada kawannya John.

John,

Saya terpaksa batalkan rancangan kita untuk hujung minggu ini sebab ibu bapa saya mahu melawat nenek saya di Johor. Nenek saya tidak sihat. Ibu bapa saya bimbang tentang kesihatannya. Nenek sudah tua dan tinggal seorang diri.

Kalau tidak ada apa-apa masalah, kita boleh jumpa pada hari Ahad akan datang. Saya harap John belum tempah tiket untuk menonton filem seperti yang kita rancang. Saya akan belanja awak untuk menonton konsert di dewan bandaraya minggu depan. Dan selepas itu kita boleh pergi ke sebuah restoran kegemaran saya untuk makan malam.

Sekali lagi saya minta maaf.

Alan

Lengkapkan ayat-ayat berikut dengan perkataan Melayu yang sesuai di bawah.

tua maaf bandaraya konsert

kegemaran kesihatannya tempah nenek

batalkan bimbang

16 Alan .............................................................. rancangannya untuk berjumpa dengan John. [1]

17 .............................................................. Alan tinggal seorang diri. [1]

18 Ibu bapa Alan .............................................................. tentang kesihatan nenek Alan. [1]

19 Alan harap John belum .............................................................. tiket untuk menonton filem. [1]

20 Mereka mungkin akan makan malam di restoran .............................................................. Alan. [1]

[Total: 5]

Page 9: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

9

0546/21/M/J/18© UCLES 2018 [Turn over

Sila buka halaman untuk Latihan 2.

Page 10: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

10

0546/21/M/J/18© UCLES 2018

Latihan 2 Soalan 21–28

Baca rencana di dalam blog ini dan jawab soalan-soalan dalam Bahasa Melayu.

Minggu lepas, bapa saya membawa saya ke sebuah kampung tempat dia dilahirkan. Saya tidak pernah ke sana sebab sudah tidak ada lagi saudara mara yang tinggal di situ. Bapa memberitahu saya bahawa tempat dia dilahirkan ini amat penting baginya sebab di situlah dia belajar dari kecil dan mendapat kawan-kawan yang sehingga hari ini masih berhubung dengannya.

Dia membawa saya untuk melihat sekolah lamanya. Katanya, di situlah dia bertemu kawan-kawan yang berbilang bangsa. Mereka belajar untuk menghormati budaya masing-masing. Mereka melawat rumah masing-masing semasa perayaan seperti Tahun Baharu Cina atau Deepavali dan juga Hari Raya.

Pada suatu petang, kami pergi ke pasar raya dan terjumpa dengan seorang yang bapa saya panggil Uncle Lim. Uncle Lim sudah tua dan pada mulanya, dia tidak kenal bapa saya. Bapa saya memberitahu Uncle Lim bahawa dia adalah kawan Adrian. Mereka berpelukan dan Uncle Lim menjemput kami ke rumahnya. Kami minum petang di rumah Uncle Lim dan dia menceritakan kepada saya tentang bapa saya yang selalu pergi ke rumahnya selepas sekolah.

Adrian sekarang bekerja di Australia dan sudah berkeluarga. Bapa dan Adrian masih berhubung dengan satu sama lain melalui e-mel.

Saya harap saya juga ada kawan-kawan yang akan kekal menjadi kawan saya sampai saya tua. Kami pulang dengan banyak kenangan manis.

Page 11: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

11

0546/21/M/J/18© UCLES 2018 [Turn over

21 Mengapakah penulis tidak pernah pergi ke kampung tempat bapanya dilahirkan?

......................................................................................................................................................[1]

22 Mengapakah tempat ini penting bagi bapa penulis? Beri satu sebab.

......................................................................................................................................................[1]

23 Ke manakah bapa penulis membawanya?

......................................................................................................................................................[1]

24 Apakah yang bapa penulis belajar daripada kawan-kawannya dulu?

......................................................................................................................................................[1]

25 Siapakah yang mereka terjumpa di pasar raya?

......................................................................................................................................................[1]

26 (a) Selepas itu, mereka dijemput ke mana?

...............................................................................................................................................[1]

(b) Apakah yang mereka buat di sana?

...............................................................................................................................................[1]

27 (a) Di manakah Adrian sekarang ini?

...............................................................................................................................................[1]

(b) Bagaimanakah dia dan bapa penulis menghubungi satu sama lain?

...............................................................................................................................................[1]

28 Apakah harapan penulis selepas lawatan itu?

......................................................................................................................................................[1]

[Total: 10]

Page 12: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

12

0546/21/M/J/18© UCLES 2018

Bahagian 3

Latihan 1 Soalan 29–33

Baca petikan di bawah dengan teliti.

Sekarang ini lebih ramai orang yang semakin sedar tentang pentingnya apa yang kita makan untuk kesihatan kita. Ini adalah kerana lebih banyak maklumat yang boleh didapati tentang buruk baiknya sesetengah makanan. Walaupun makanan itu sedap dan boleh dimakan dengan segera, ini tidak bermakna makanan itu baik untuk badan kita. Kita terlalu mudah mempercayai iklan-iklan di televisyen dan malas untuk mengkaji tentang buruk atau baiknya makanan-makanan yang diiklankan.

Kita perlu makan cukup sayur-sayuran dan buah-buahan, kerana ia merupakan sumber penting vitamin dan mineral yang diperlukan oleh badan kita. Sering kita mendengar bahawa kita mesti makan sekurang-kurangnya lima bahagian pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari. Menurut kajian, orang yang mengikut aturan ini kurang risikonya mendapat penyakit jantung dan juga kanser.

Malaysia, contohnya, kaya dengan buah-buahan tempatan dan juga sayur-sayuran yang boleh ditanam atau dibeli di pasar. Semakin ramai orang yang gemar menanam buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri.

Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan lupa salad, di samping sayur-sayuran lain.

Kalau tabiat ini diamalkan setiap hari, kita akan merasakan perubahan dalam badan kita. Kita akan rasa lebih segar dan tidak akan keletihan selalu.

Ramai orang suka makan makanan yang manis. Minuman juga ditambah gula. Ini ternyata tidak baik untuk kesihatan. Kita mesti kurangkan sedikit demi sedikit gula dalam makanan dan minuman kita, supaya kita akan biasa dengan tabiat ini. Walaupun pada mulanya sukar untuk membuang tabiat ini, lama kelamaan, kita akan tidak terasa kurangnya gula dalam makanan atau minuman kita.

Satu lagi nasihat yang sering kita dengar ialah tentang bahayanya bahan-bahan kimia dalam makanan dan minuman kita. Ini mungkin diguna supaya makanan tahan lama dan sedap dimakan. Namun kita harus melihat dengan teliti bahan-bahan dalam makanan atau minuman yang kita beli.

Page 13: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

13

0546/21/M/J/18© UCLES 2018 [Turn over

Jawab soalan-soalan berikut dengan menandakan BETUL atau SALAH. Jika kenyataan itu SALAH, betulkannya berdasarkan teks di atas.

(Terdapat 2 kenyataan yang betul dan 3 kenyataan yang salah)

Contoh: BETUL SALAH

Orang tidak tahu tentang pentingnya makanan untuk kesihatan kita.

3

Semakin ramai orang sedar tentang pentingnya apa yang kita makan untuk kesihatan kita. ..........................................................................................................................................................

BETUL SALAH

29 Ada sedikit maklumat tentang buruk baiknya makanan untuk tubuh kita.

..........................................................................................................................................................

BETUL SALAH

30 Makanan yang sedap tidak bermakna ianya baik untuk kesihatan.

..........................................................................................................................................................

BETUL SALAH

31 Buah-buahan dan sayur-sayuran hanya boleh didapati di pasar.

..........................................................................................................................................................

BETUL SALAH

32 Kita mesti berhenti mengguna gula dalam makanan dengan serta-merta.

..........................................................................................................................................................

BETUL SALAH

33 Bahan-bahan kimia diguna dalam makanan dan minuman supaya ianya tahan lama.

..........................................................................................................................................................

[Total: 8]

Page 14: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

14

0546/21/M/J/18© UCLES 2018

Latihan 2 Soalan 34–39

Baca surat di bawah ini dan jawab soalan-soalan berikutnya dalam Bahasa Melayu.

Tuan/Puan,

Nama saya Toni Lee. Saya berumur 16 tahun dan masih bersekolah. Tidak lama lagi saya berharap untuk melanjutkan pelajaran saya di universiti. Saya berharap untuk mendapat peluang belajar di sebuah universiti tempatan.

Bulan depan saya akan bercuti panjang dan ingin memohon jawatan kosong di pejabat Tuan/Puan. Saya nampak iklan ini di dalam sebuah majalah tempatan.

Pejabat Tuan/Puan memerlukan seorang penyambut tetamu. Saya mempunyai sedikit pengalaman sebagai penyambut tetamu di sebuah klinik. Saya menolong mendaftarkan pesakit dan melayan tetamu. Walaupun pekerjaan itu tidak lama, saya rasa saya sudah ada cukup pengalaman untuk membuat pekerjaan itu. Saya tahu bahawa pengalaman bekerja di klinik ini tidak sama dengan pekerjaan yang Tuan/Puan iklankan. Walau bagaimanapun, saya rasa sebagai seorang yang muda dan ingin belajar, saya boleh menyesuaikan diri di mana-mana sahaja.

Saya seorang yang mesra dan suka membantu orang. Saya boleh bercakap Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu dan juga Bahasa Cina. Ini bermakna saya boleh berhubung dengan semua orang dari pelbagai kaum.

Saya boleh mula bekerja pada bulan Disember. Rumah saya tidak jauh dari pejabat Tuan/Puan dan saya boleh berjalan kaki ke sana setiap hari.

Semasa bekerja di klinik dahulu, saya dibayar mengikut jumlah masa saya bekerja. Saya ingin tahu tentang gaji yang ditawarkan. Saya boleh kerja pada waktu malam juga. Saya sanggup bekerja bila-bila masa sahaja.

Saya harap pengalaman bekerja ini akan menambahkan lagi pengetahuan saya di luar bilik darjah di samping memberi saya wang tambahan untuk saya simpan bagi meneruskan pengajian saya nanti.

Saya menunggu jawapan Tuan/Puan. Saya harap Tuan/Puan dapat mempertimbangkan permohonan saya kerana saya tidak membuat apa-apa permohonan untuk pekerjaan lain pada masa ini.Terima kasih.

Toni Lee+6012 659 273

Page 15: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

15

0546/21/M/J/18© UCLES 2018

34 Di manakah Toni mengetahui tentang pekerjaan penyambut tetamu ini?

......................................................................................................................................................[1]

35 Apakah antara tugas yang Toni pernah buat dalam pekerjaannya dahulu? Beri dua contoh.

(i) ...............................................................................................................................................[1]

(ii) ...............................................................................................................................................[1]

36 Mengapakah Toni berpendapat dia boleh berhubung dengan semua orang?

......................................................................................................................................................[1]

37 Bilakah Toni boleh mula bekerja?

......................................................................................................................................................[1]

38 Bagaimanakah Toni dibayar semasa bekerja di klinik dahulu?

......................................................................................................................................................[1]

39 Apakah yang Toni akan buat dengan duit gajinya sekiranya dia mendapat pekerjaan ini?

......................................................................................................................................................[1]

[Total: 7]

Page 16: Cambridge International Examinations Cambridge ... · buah-buahan dan sayur-sayuran di taman atau dusun mereka sendiri. Makanlah sepotong nenas, sebiji pisang, buah epal dan jangan

16

0546/21/M/J/18© UCLES 2018

Permission to reproduce items where third-party owned material protected by copyright is included has been sought and cleared where possible. Every

reasonable effort has been made by the publisher (UCLES) to trace copyright holders, but if any items requiring clearance have unwittingly been included, the

publisher will be pleased to make amends at the earliest possible opportunity.

To avoid the issue of disclosure of answer-related information to candidates, all copyright acknowledgements are reproduced online in the Cambridge International

Examinations Copyright Acknowledgements Booklet. This is produced for each series of examinations and is freely available to download at www.cie.org.uk after

the live examination series.

Cambridge International Examinations is part of the Cambridge Assessment Group. Cambridge Assessment is the brand name of University of Cambridge Local

Examinations Syndicate (UCLES), which is itself a department of the University of Cambridge.

BLANK PAGE