BMM 3105 Pembinaan Ujian

Embed Size (px)

Citation preview

BMM 3103Dibentangkan oleh : Rosalia Moisi Dadymus Upin Pismp PML Jan 2010

Pembinaan Ujian Penilaian bergantung kepada data daripada keputusan pengujian. Oleh itu, pengujian merupakan alat pengukuran utama dalam penilaian. Dengan perkataan lain, penilaian yang tepat adalah hasil daripada perancangan dan perlaksanaan pengujian dengan cara yang betul, khasnya dalam proses pembinaan ujian.

kesahan

keobjektitfan

kebolehpercayaan

Ciri-ciri Ujian yang baikkebolehtadbiran

kemudahtafsiran

Jenis-Jenis Soalan Terdapat 2 jenis soalan untuk tujuan penilaian atau pengujian. Soalan objektif dipanggil "objektif" kerana cara memeriksanya adalah objektif iaitu dibuat dengan tepat dan tidak memerlukan pertimbanganpertimbangan subjektif (Isahak Haron, 1982). Manakala soalan subjektif pula dinamakan "subjektif" kerana cara memeriksanya agak subjektif.

SOALAN OBJEKTIF Definisi : merupakan perkara / alat yang digunakan untuk mendapatkan respon.

Merupakan item respon tetap (memilih satu jawapan daripada beberapa jawapan). Mengandungi pokok soalan (kata kunci) dan beberapa pilihan jawapan bagi setiap item. Soalan berbentuk objektif terbahagi kepada dua jenis: Item respon bebas Item respon tetap (item objektif pilihan)

i. Item Respon Bebas Item jenis respon bebas memerlukan calon meneliti soalan dan menuliskan sendiri jawapan sendiri. Contoh;1. Apakah lawan bagi perkataan rajin ? ________ 2. Kita mesti ______bermain sekarang sebab hujan.

ii. Item Respon Tetap (Item Jenis Pilihan) Item respon tetap memerlukan pelajar memikirkan jawapan yang paling betul atau paling tepat. Jawapan dipilih daripada dua atau lebih pilihan. Jenis soalan respon tetap;1. Format salah betul 2. Padanan 3. Aneka pilihan

Format Salah Betul Soalan jenis ini mengandungi penyataan yang perlu ditandakan dua pilihan sahaja iaitu betul (B) atau salah (S), setuju (S) atau tidak setuju (TS), dan ya (Y) atau tidak (T). Contoh: Tandakan sama ada Betul (B) atau SALAH (S) bagi contoh antonim berikut: 1. Hitam Putih ( ),

Padanan Soalan jenis ini memerlukan pelajar memilih jawapan dengan memadankan objek atau perkara yang berkaitan di sebelah kiri atau di sebelah kanan. Bilangan padanan tidak perlu terlalu banyak bagi mengelakkan kekeliruan semasa menjawab. Ayat yang digunakan juga tidak perlu terlalu panjang.

Aneka pilihan tergolong dalam item tetap kerana item jenis ini diberikan tindak balas tetap. Jenis item aneka pilihan; i. Berbentuk soalan ii. Pokok soalan berbentuk ayat tidak lengkap iii. Analogi iv. Antonim v. Jenis negatif vi. Mengisi tempat kosong vii. Jenis campuran viii. Teknik kloz ix. Mengelaskan

Aneka Pilihan

Panduan Pembinaan Soalan1. Pokok soalan (stem) Bahasa mudah difahami Berbentuk soalan / ayat tidak lengkap Kesukaran mengikut aras kesukaran taksonomi Kurangkan soalan berbentuk negatif (10%hitamkan / garis) Gambar, rajah, dan carta disertakan bagi soalan yg berkaitan.

2. Bahan Rangsangan

3. Pilihan jawapan Jawapan yang disediakan haruslah logik. Ditulis sejajar (semua huruf / semua angka) Elakkan menggunakan perkataan semua di atas betul atau semua di atas salah. Jawapan disusun mengikut urutan abjad atau nombor. Jawapan juga perlu disusun mengikut dari ayat pendek ke ayat paling panjang. Tiada perkataan yg berulang Pastikan satu jawapan sahaja yang betul

4. Distraktor (Pengganggu Jawapan)

Kelebihan1. Mudah disemak 2. Mempunyai ciri kebolehpercayaan (pengurusan masa pelaksanaan) 3. Menguji banyak topik 4. Mempunyai nilai potensi diagnostik (mengesan pencapaian murid) 5. Mengukur proses mental yang tinggi

Kelemahan1. 2. 3. 4. Murid tidak dapat mengeluarkan idea. Potensi untuk meneka jawapan tinggi Sukar untuk dibina Tidak dapat mengetahui tahap penguasaan murid dalam pelajaran 5. Calon bijak tidak perlu belajar banyak 6. Tidak dapat mengukur keaslian

SOALAN SUBJEKTIF Definisi : Soalan subjektif merupakan satu bentuk penyataan yang berbentuk pertanyaan untuk menguji pengetahuan, pengalaman, kemahiran serta tahap kebolehan kognitif calon melalui respon secara tulisan.

Terdapat dua jenis1. Tindak balas terhad (struktur jwpn : 1 frasa, 1 ayat, 1 pernyataan) 2. Tindak balas lanjutan (esei)

Prinsip pembinaan soalan jenis struktur Item jenis struktur terbentuk daripada satu atau dua bahagian isi kandungan jawapan yang mengandungi beberapa patah perkataaan dan bahan-bahan yang disertakan pada soalan. Jenis soalan sebegini mengehadkan isi dan bentuk jawapan. Jawapan yang ditulis biasannya berbentuk pendek dan tidak panjang. Jawapan tidak memerlukan huraian lanjutan.

Prinsip pembinaan soalan jenis esei Aras kesukaran soalan hendaklah setara. Bahasa yang digunakan tidak perlu berbungabunga. Soalan hendaklah jelas dan sesuai dengan aras kemahiran pelajar.

Panduan Pembinaan Item Subjektif Membentuk JSU Mengubal soalan berdasarkan prinsip berikut1. Tugas / arahan soalan jelas 2. Perkataan yg digunakan setaraf dgn pencapaian bahasa calon. 3. Menggunakan perkataan yg kelas (jelaskan, bandingkan, dan lain-lain) 4. Mengubal bilangan soalan secara berpatutun. 5. Sediakan satu skema pemarkahan.

Kelebihan Mudah digubal Sesuai untuk semua mata pelajaran Sesuai untuk semua aras taksonomi Membuatkan calon menganalisis, mengintegrasikan idea yang diperoleh. Mengurangkan konsep meneka. Berguna untuk mengesan punca kelemahan, salah tafsiran, konsep-konsep yang samar-samar. Murid boleh mengelolakan pengetahuan mengemukakan pendapat dan sikap, dan boleh membuktikan inisiatif daya cipta atau keaslian.

Kelemahan Bidang yg diuji terhad Soalan boleh diramal Mengukur pengetahuan dlm satu bidang sahaja. Proses memeriksa lama dan memerlukan tenaga yang banyak.

PELAKSANAAN PENILAIAN Terdapat dua jenis ujian yang sentiasa dilaksanakan disekolah iaitu Penilaian Formatif dan Sumatif. Ujian Formatif Dijalankan secara berterusan (semasa P&P dijalankan) Diberikan oleh guru di bilik darjah Tujuan mengenal pasti kelemahan yang wujud semasa P&P, Memastikan pencapaian objektif pelajaran. Hasil : Memberi maklum balas kepada guru tentang tajuk-tajuk yang menjadi kesulitan bagi pelajar, guru dapat memperbaiki strategi P&P. Contoh : Ujian ringkas, kuiz, kerja rumah, ujian bulanan Dijalankan secara formal atau tidak formal

Keberkesanan menjalankan Ujian formatif1. Menentukan Tajuk Pengajaran 2. Menentukan Aspek dan Tahap Penguasaan 3. Menghubungkan Elemen dengan Tajuk 4. Membina Soalan Ujian 5. Mencadangkan Tindakan Susulan

Penilaian Sumatif Penilaian sumatif pula digunakan bagi menentukan tahap penguasaan pelajar dalam keseluruhan tajuk yang diajar. Untuk tujuan Penggredan Contoh penilaian sumatif ialah ujian akhir tahun dan ujian pertengahan tahun. (UPSR, PMR, SPM, STPM) Markah dari penilaian sumatif biasanya lebih berguna untuk tujuan melaporkan kemajuan pelajar daripada memperbaiki kelemahan awal pengajaran guru dan pembelajaran pelajar. Dijalankan secara formal

JSU / JPU Jadual yg menggambarkan ciri sesuatu ujian dari segi kandungan iaitu konstruk yang ditaksirkan, pemberatan tiap-tiap konstruk, konteks, pemberatan tiap konteks, dan pemberatan taburan aras kesukaran 4 syarat JSU 1. Ujian tidak dibina sembarangan 2. Menimbulkan kepentingan topik dan aras kemahiran yg diuji. 3. memberi panduan dan penentuan kepada pengubalan ujian. 4. Memastikan kesesuaian taburan soalan mengikut aras dan kemahiran

Kita selalunya agak menyempitkan konsep dan kandungan JPU dengan mensinonimkan JPU dengan item-item taksonomi Bloom. Item-item yang dibina dalam JPU tidak semestinya mengandungi aras-aras kognitif Taksonomi Bloom semata-mata. Guru juga boleh membina item sendiri berdasarkan apa yang ditanya.

Pembinaan Ujian Berdasarkan Taksonomi Bloom Benjamin Bloom ( 1956) memperkenalkan satu hierarki kognitif yang disusun dari aras rendah hingga ke aras tinggi iaitu aras pengetahuan, pemahaman, aplikasi, analisis, sintesis dan penilaian.

Taksonomi Bloom1. Pengetahuan Aras kognitif yang terendah yang melibatkan proses mengingat kembali maklumat, fakta, definisi dan sebagainya. Contoh: Apakah nama ibu Negara Malaysia? a. Kuala Lumpur b. Jakarta c. Melbourne d. New Delhi

2. Pemahaman Aras kognitif yang melibatkan proses mula mengembangkan pemikiran. Pada aras ini pelajar menyatakan idea-idea utama dalam perkataan mereka sendiri. Contoh: Perkataan seerti bagi gigih ialah a. Tegap b. Tekun c. Tekad d. Tegas

3. Aplikasi Pelajar menggunakan pengetahuan dan maklumat (konsep, teori, prinsip, hukm atau prosedur dan sebagainya) yang mereka pelajari serta kefahaman mereka tentang pengetahuan dan maklumat itu, dan kemudian diaplikasikan dalam satu situasi baru. Contoh: Ani dan Ida ialah kawan rapat. Setiap hari, mereka akan bersama-sama untuk pergi ke kelas. Mereka juga saling membantu antara satu sama lain. a. Bagai kacang lupakan kulit b. Seperti si buta mendapat tongkat c. Bagai air dalam sekam d. Seperti aur dengan tebing

Analisis Aras kognitif yang menunjukkan bahawa pelajar boleh mengasingkan idea-idea ke dalam komponenkomponennya yang berasingan dan mereka dapat menunjukkan yang mereka memahami hubungan antara komponen-komponen itu. Dalam proses analisis, pertimbangan dan penghakiman adalah satu cara yang penting bagi mendapatkan satu kesimpulan. Kesimpulan itu mempunyai bukti-bukti atau hujahhujah.

Contoh: Ketika berjalan ke sekolah untuk menghadiri latihan sukan. Aku terjumpa sebuah dompet. Aku membuka dompet itu untuk mengetahui pemilik dompet tersebut. Di dalam dompet tersebut terdapat wang yang banyak dan dokumen penting. Aku berfikir sejenak sambil melihat sekeliling sekiranya ada orang yang sedang mencari dompetnya. Tiba-tiba rakanku datang dan aku memberitahunya tentang dompet tersebut. Dia menyuruh aku mengambil sahaja dompet itu. Aku tidak berani untuk berbuat demikian. Aku teringat akan pesanan ibu bapaku agar tidak mengambil barang kepunyaan orang lain. Aku membuat keputusan untuk menyerahkan dompet tersebut kepada guru bertugas iaitu cikgu Rani. Beliau telah membawa aku berjumpa dengan guru besar. Guru besar memuji tindakan yang telah aku lakukan itu. Baca petikan di atas dan berikan lima nilai murni yang kamu peroleh berdasarkan petikan

5. Sintesis Aras kognitif yang menghendaki pelajar menggunakan imaginasi dan pemikiran dengan mencantumkan unsurunsur yang terdapat pada sesuatu untuk menghasilkan sesuatu yang baru. Contoh 1: selepas makan tengah hari, kami sekeluarga duduk di ruang tamu sambil berbual-bual. Tidak lama kemudian, sebuah teksi berhenti di hadapan rumah. Aku menjenguk keluar. Aku melihat .. Mulakan cerita kamu dengan aku melihat .. Contoh 2 : Bina lima ayat berdasarkan urutan gambar.

6. Penilaian Aras kognitif yang menghendaki pelajar melakukan penilaian, diskriminasi, memberi rasional dan menyatakan pendapat dengan alasan-alasan tertentu. Contoh 1: Pada pendapat kamu, adakah tinggal di asrama lebih baik daripada di rumah? Jelaskan. Contoh 2 : berbagai faktor yang menyebabkan gejala vandalisme semakin berleluasa dalam kalangan remaja pada masa kini. Bincangkan.

AMALI BINA SATU CONTOH SOALAN BAGI SETIAP PERINGKAT KOGNITIF MENGIKUT TAKSONOMI BLOOM (soalan Bahasa Melayu SR) Kenalpasti peringkat kognitif yang digunakan di dalam set soalan UPSR Bm. Contoh Soalan Contoh spesifikasi ujian

Rujukan http://www.tutor.com.my/tutor/content.asp? e=UPSR&s=BM&i=BS