23
Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR 151 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008 Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR Oleh Salmi bte Haji Lilek Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan IPTAR. ABSTRAK Kajian ini bertujuan untuk menguji tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Julai 2007 IPTAR. Seramai 18 orang peseta kajian terlibat dalam kajian ini. Responden menjalankan ujian larian 2.4 km semasa ujian pra dan dalam enam minggu mereka menjalankan tempoh rawatan dengan melakukan senaman dan latihan. Selepas itu ujian pos dilakukan untuk melihat  perbezaannya. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar lelaki lebih cergas berbanding pelajarperempuan untuk kedua- dua ujian pra dan pos. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular antara ujian pra dan ujian pos (T=10.0, p< .01). Bagaimanapun tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular mengikut jantina dalam ujian pra(U = 29.0, p>.05) dan ujian pos (U = 84.0, p>.05). Perbezaan juga tidak signifikan dalam tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular mengikut kategori umu r dalam ujian ujian pra(U = 33.5, p> . 05) dan ujian pos (U = 27.0, p > .05). Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan kepada jurulatih lain untuk menjalankan ujian kecergasan terhadap pelajarnya. PENGENALAN Daya tahan kardiovaskular merupakan salah satu komponen kecergasan fizikal berasaskan kesihatan yang bertujuan untuk menguji daya ketahanan fizikal seseorang individu dalam jangkamasa yang panjang. Daya tahan kardiovaskular diterjemahkan sebagai keupayaan sistem  peredaran darah dan sistem jantung membekalkan oksigen kepada individu agar dapat melakukan aktiviti yang berterusan. Faria (1970) menyatakan daya tahan kardiovaskular adalah berkadaran dengan

2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 1/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

151 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km

Dalam Kalangan Pelajar PPISMP PJ di IPTAR 

Oleh

Salmi bte Haji Lilek 

Jabatan Pendidikan Jasmani dan Kesihatan

IPTAR.

ABSTRAK 

Kajian ini bertujuan untuk menguji tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar 

PPISMP Pendidikan Jasmani Ambilan Julai 2007 IPTAR. Seramai 18 orang peseta

kajian terlibat dalam kajian ini. Responden menjalankan ujian larian 2.4 km semasa

ujian pra dan dalam enam minggu mereka menjalankan tempoh rawatan dengan

melakukan senaman dan latihan. Selepas itu ujian pos dilakukan untuk melihat

 perbezaannya. Dapatan kajian menunjukkan tahap kecergasan daya tahan

kardiovaskular pelajar lelaki lebih cergas berbanding pelajarperempuan untuk kedua-

dua ujian pra dan pos. Terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan daya

tahan kardiovaskular antara ujian pra dan ujian pos (T=10.0, p< .01). Bagaimanapun

tidak terdapat perbezaan yang signifikan dalam tahap kecergasan daya tahan

kardiovaskular mengikut jantina dalam ujian pra(U = 29.0, p>.05) dan ujian pos (U =

84.0, p>.05). Perbezaan juga tidak signifikan dalam tahap kecergasan daya tahankardiovaskular mengikut kategori umur dalam ujian ujian pra(U = 33.5, p> .05) dan

ujian pos (U = 27.0, p > .05). Dapatan kajian ini diharap dapat dijadikan panduan

kepada jurulatih lain untuk menjalankan ujian kecergasan terhadap pelajarnya.

PENGENALAN

Daya tahan kardiovaskular merupakan salah satu komponen kecergasan

fizikal berasaskan kesihatan yang bertujuan untuk menguji daya

ketahanan fizikal seseorang individu dalam jangkamasa yang panjang.

Daya tahan kardiovaskular diterjemahkan sebagai keupayaan sistem

 peredaran darah dan sistem jantung membekalkan oksigen kepada

individu agar dapat melakukan aktiviti yang berterusan. Faria (1970)

menyatakan daya tahan kardiovaskular adalah berkadaran dengan

Page 2: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 2/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

152 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

ketinggian intensiti latihan yang dilakukan oleh individu, iaitu semakin

tinggi tahap latihan yang dilakukan semakin tinggi tahap kecergasannya.

Bagi mencapai tahap kecergasan ini, setiap individu perlu melaksanakan

aktiviti-aktiviti fizikal mengikut kemampuan dan kaedah masing-masing.

Mereka yang mempunyai tahap kecergasan tinggi khususnya kecergasan

kardiovaskular akan terhindar dari pelbagai masalah. Misalnya penyakit-

 penyakit jantung, tekanan darah tinggi, diabetes dan lain-lain lagi.

Menurut Jackson dan Pollock (1973), melalui aktiviti-aktiviti kecergasanini, individu dapat mengatasi masalah kesihatan yang berkaitan dengan

ketegangan mental, gangguan fikiran, sakit jantung, tekanan darah tinggi,

sakit otot dan sakit belakang.

Selaras dengan penjelasan tafsiran tersebut, Sharkey (1990) menyatakan

 bahawa kecergasan fizikal merupakan aspek-aspek yang berkait dengan prestasi jantung, peparu dan otot-otot badan. Selain itu, disebabkan

kecergasan fizikal melibatkan perlakuan manusia pastinya ia

mempengaruhi kualiti minda seperti kesedaran minda dan kestabilan

emosi. Kualiti perspektif kesihatan ini harus dimiliki oleh seseorang ahli

sukan termasuklah pemain bola sepak (Beck, 1991; Hazeldine, 1992).

Walaupun perkembangan fizikal dipengaruhi oleh umur, jantina, tabiatsenaman dan amalan pemakanan, kecergasan yang optimum tidak 

mungkin dicapai kecuali dengan aktiviti fizikal yang efisien (Heyward,

1997).

Page 3: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 3/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

153 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

PERNYATAAN MASALAH

Seseorang individu yang cergas bukan sahaja dilihat dari bebas dari

sebarang penyakit, malahan dilihat juga dari aspek kecergasan fizikalmereka. Tahap kecergasan guru pelatih sering kali diukur setiap semester,

namun ianya jarang digunakan sebagai panduan untuk membentuk norma

kecergasan. Jurulatih sering kali menggunakan norma yang sedia ada

yang dikeluarkan oleh Persatuan Pendidikan Jasmani, Sains Sukan dan

Kecergasan Malaysia melalui Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan

(UKJK).

Guru pelatih juga perlu mengekalkan tahap kecergasan mereka pada

tahap optima agar dapat memberi tumpuan semasa sesi pengajaran dan

 pembelajaran di institut perguruan. Mereka juga memerlukan tahap

kecergasan yang tinggi juga kerana perjuangan untuk menumpukan

 perhatian semasa di bilik kuliah agak panjang. Sebelum ini belum adanorma yang khusus untuk menguji tahap kecergasan guru pelatih di

IPTAR. Hanya norma yang terkandung dalam modul yang dikeluarkan

oleh Bahagian Pendidikan Guru digunakan oleh pensyarah-pensyarah

Pendidikan Jasmani untuk menguji tahap kecergasan daya tahan

kardiovaskular pelajar-pelajar IPTAR. Kajian ini diharap dapat

membentuk satu norma khas untuk dijadikan panduan kepada pensyarahPJ di IPTAR untuk mengkatogerikan guru pelatih mereka samada kurang

cergas, sederhana dan cergas.

Pendidikan Jasmani merupakan satu mata pelajaran ke arah kecergasan

fizikal. Ia merupakan satu proses berterusan melalui aktiviti fizikal dan

 jasmani yang dimajukan untuk mempertingkatkan tahap kesihatan

Page 4: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 4/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

154 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

individu di samping membantu memperkayakan aspek psikomotor,

kognitif, efektif dan sosial (Yusof Ismail, 2000). Objektif dan matlamat

PJ cukup baik dan berkesan dan guru pelatih seharusnya mengambil pelbagai inisiatif dan keratif agar pelaksanaan kuliah PJ berjalan dengan

lancar dan licin.

OBJEKTIF KAJIAN

Objektif kajian ini adalah untuk :

1. 

Mengenalpasti tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular  pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR semasa ujian pra 2.4

km dilakukan.

2.  Mengenalpasti tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular 

 pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR semasa ujian pos 2.4

km dilakukan.

3.  Mengenalpasti perbezaan dalam tahap kecergasan daya tahan

kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP IPTAR bagi ujian

 pra dan ujian pos 2.4km

4.  Mengenalpasti perbezaan tahap kecergasan daya tahan

kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan

Jasmani IPTAR mengikut jantina.

Page 5: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 5/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

155 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

5.  Mengenalpasti perbezaan tahap kecergasan daya tahan

kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan

Jasmani IPTAR mengikut umur.

PERSOALAN KAJIAN

1.  Apakah tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam

kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di IPTAR semasa

ujian pra 2.4km ?

2.  Apakah tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam

kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di IPTAR semasa

ujian pos 2.4km?

3.  Apakah perbezaan dalam tahap Kecergasan Daya Tahan

Kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan

Jasmani IPTAR bagi ujian pra dan ujian pos 2.4km ?

4.  Apakah perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular 

dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR 

mengikut jantina?

5.  Apakah perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular 

dalam kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani IPTAR 

mengikut umur ?

Page 6: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 6/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

156 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

METODOLOGI

Kajian ini berbentuk eksperimen, iaitu semua guru pelatih pengkhususan

Pendidikan Jasmani yang menjalani kursus perguruan di InstitutPendidikan Guru Malaysia, Kampus Tun Abdul Razak. Guru-guru

 pelatih akan diuji tahap kecergasan mereka berdasarkan Ujian

Kecergasan Jasmani Kebangsaan. Dalam ujian ini aspek yang akan diuji

ialah daya tahan kardiovaskular. Ujian-ujian daya tahan kardiovaskular 

ini diubahsuai dari kajian Cooper (1970). Daya tahan kardiovaskular 

ialah keupayaan untuk melakukan sesuatu kerja yang beterusan dalamtempoh masa yang agak lama tanpa berasa penat. Keupayaan ini menjadi

ukuran kecekapan sistem jantung dan sistem peredaran darah untuk 

membekalkan oksigen yang cukup untuk keperluan bekerja dengan lebih

lama dan cekap (Wee Eng Hoe, 1997). Di dalam penyelidikan tahap

kecergasan. Di dalam kajian ini penyelidik menggunakan ujian larian 2.4

km.

PENGELOLAAN UJIAN

Sebelum ujian dijalankan semua guru pelatih telahpun mengikuti kuliah-

kuliah Pendidikan Jasmani yang diadakan dua minggu sekali. Persediaan

ini perlu dilaksanakan seawal mungkin untuk penyesuaian fizikal dan

fisiologi. Semasa ujian amali dijalankan, guru pelatih dikehendaki berlari

 pada intensiti yang telah ditetapkan. Ujian dilakukan dua kali iaitu pada

minggu kelapan dan pada minggu kelima belas iaitu 6 minggu selepas

ujian kali pertama. Menurut Blessing (1995), peningkatan tahap

kecergasan dan kemahiran akan berlaku selepas enam hingga lapan

minggu menjalani sesi-sesi latihan. Peningkatan ini merangkumi

Page 7: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 7/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

157 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

 penguasaan kemahiran, teknik, takik termasuk juga aspek psikologi dan

stamina yan berlaku ke atas seserang individu ataupun atlit.

INSTRUMEN KAJIAN

Dalam menjalankan kajian ini, penyelidik menggunakan Ujian Larian 2.4

km untuk menguji dan menilai tahap daya tahan kardiovaskular guru-

guru pelatih yang menjadi sampel dalam kajian ini. Di samping itu,

 penyelidik juga menggunakan jam randik, trek yang sesuai untuk 

 jarak larian sejauh 2.4 km dan seterusnya borang-borang ujian untuk 

mencatat data.

SAMPEL KAJIAN

Di dalam kajian ini, sampel terdiri daripada 18 orang guru pelatih yang

mengambil pengkhususan Pendidikan Jasmani di Institut Pendidikan

Guru Malaysia Kampus Tun Abdul Razak. Sampel terdiri daripada 8

 perempuan dan 10 lelaki yang berumur antara 18 hingga 21 tahun.

ANALISIS DATA

Data-data yang diperolehi adalah dalam bentuk skor mentah mengikut

 peraturan-peraturan yang telah ditetapkan dalam UKJK. Tahap

kecergasan mengikut norma Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan yang

mengkelaskan seperti dalam Jadual 1.

Page 8: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 8/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

158 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Jadual 1 : Norma Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK)

Catatan Masa (min) Jantina Tahap Kecergasan

< 10 Lelaki Sangat Cergas

< 12 Perempuan Sangat Cergas

10.01-12.00 Lelaki Cergas

12.01-14.00 Perempuan Cergas

12.01 – 14.00 Lelaki Sederhana

14.00 – 16.00 Perempuan Sederhana

14.01 – 16.00 Lelaki Kurang Cergas

16.01 – 18.00 Perempuan Kurang Cergas

> 16.01 Lelaki Sangat Kurang Cergas

> 18.01 Perempuan Sangat Kurang Cergas

 _____________________________________________________ 

Panduan penganugerahan ini juga adalah berdasarkan kepada catatan

masa yang diambil selepas subjek selesai melakukan larian 2.4 km iaitu

melakukan larian sebanyak enam pusingan dalam trek 400 meter. Jadual

1 dan Jadual 2 di bawah menunjukkan Penganugerahan yang diberi

dengan catatan masa yang diperolehi.

DAPATAN KAJIAN

Bahagian ini akan menjelaskan tentang dapatan kajian bagi menjawab

 beberapa persoalan kajian dalam penyelidikan ini. Data-data telah

Page 9: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 9/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

159 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

dianalisis menggunakan SPSS versi 16.0 untuk mencari min ujian pra dan

ujian pos bagi melihat perbezaannya.

Demografi Responden

Jadual 2 menunjukkan demografi responden dari segi jantina, umur dan

 berat.

Jadual 2: Demografi responden

 __________________________________________________________ Faktor Kategori Bilangan Peratus (%)

Jantina Lelaki 10 55.6

Perempuan 8 44.4

Umur 18-19 tahun 10 55.6

20-21 tahun 8 44.4

Berat 40-55 kg 8 44.4

56-70 kg 6 33.3

≥ 71 kg 4 22.3

 ___________________________________________________________ 

Dapatan kajian seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 2 menunjukkan

seramai 18 responden terlibat dalam kajian ini. Dari segi jantina seramai

10 orang atau 55.6% responden lelaki manakala 8 orang atau 44.4%

adalah perempuan. Ini menunjukkan responden lelaki lebih ramai sedikit

daripada perempuan. Bagi umur pula seramai 10 orang atau 55.6% juga

adalah responden yang berumur antara 18-19 tahun sementara selebihnya

Page 10: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 10/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

160 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

 berumur antara 20-21 tahun seramai 8 orang atau 44.4%. Manakala dari

segi berat pula, seramai 8 orang atau 44.4% seberat 40-55 kg, ini diikuti

oleh responden seberat 56-70 kg seramai 6 orang atau 33.3% danselebihnya seberat lebih 71 kg seramai 4 orang atau 22.3%. Rajah 3.1

 jelas menunjukkan perbezaan responden dari segi jantina, umur dan

 berat.

Rajah 3.1 : Demografi responden dari segi jantina, umur dan berat

Tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan

pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di IPTAR semasa ujian pra

2.4km

Jadual 3a dan Jadual 3b menunjukkan keputusan ujian pra larian 2.4 km

 berkaitan dengan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam

kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di Institut Perguruan Tun

Abdul Razak, Kota Samarahan. Dapatan kajian menunjukkan seramai 4

daripada 10 pelajar yang cergas atau hanya 40% sahaja. Sementara

masing-masing seorang atau 10% sederhana dan kurang cergas, manakala

Page 11: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 11/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

161 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

4 pelajar atau 40% juga berada dalam keadaan sangat kurang cergas

sewaktu ujian pra dilakukan. Bagi pelajar perempuan pula, daripada

lapan pelajar hanya seorang atau 11% sahaja yang cergas, ini diikutiseramai 3 orang atau 33% sederhana, dan masing-masing 2 orang atau

22% menunjukkan tahap kecergasan yang kurang cergas dan sangat tidak 

cergas.

Berdasarkan norma larian 2.4 km ini, tahap daya tahan kardiovaskular 

 bagi pelajar lelaki adalah min = 14.89 iaitu berada dalam tahap kurangcergas, manakala pelajar perempuan min = 16.48 tahap sangat kurang

cerdas. Ini menunjukkan bahawa tahap kecergasan pelajar lelaki lebih

 baik berbanding pelajar perempuan sewaktu ujian pra dilakukan seperti

yang ditunjukkan dalam Jadual 3a, Jadual 3b, Jadual 3c dan Rajah 3.2.

Page 12: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 12/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

162 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Jadual 3a : Catatan masa dan tahap kecergasan semasa ujian pra

untuk peserta lelaki

Bil Nama Responden Catatan(min)

Tahap Kecergasan

1. Terrence Juah 13.02 Sederhana

2. Sadit Limbai 11.56 Cergas

3. Zainalabidin 10.53 Cergas

4. Muhammad Hafiz 11.02 Cergas

5. Muhammad Muhaz 21.23 Sangat KurangCergas

6. Aluintina Jamit 17.24 Sangat Kurang

Cergas

7. Clerence Nicholas 15.40 Kurang Cergas

8. Michael Beti 18.20 Sangat Kurang

Cergas

9. Muaz Abd. Rahman 19.17 Sangat Kurang

Cergas

10. Alexzanda Ngu 11.56 Cergas

Page 13: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 13/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

163 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Jadual 3b : Catatan masa dan tahap kecergasan semasa ujian pra

untuk peserta perempuan

Bil Nama Responden Catatan

(min)

Tahap Kecergasan

1. Ellis Benard 13.44 Cergas

2. Kristine Inschie 15.15 Sederhana

3. Angelina Andrew 14.10 Sederhana

4. Aemas George 19.52 Sangat KurangCergas

5. Fairuz Nor Azwin 21.21 Sangat Kurang

Cergas

6. Rita Jimbon 15.42 Sederhana

7. Mimi Johna 16.50 Kurang Cergas

8. Cecelia Cindy 16.50 Kurang Cergas

Jadual 3c: Min dan Sisihan Piawai tahap kecergasan pelajar lelaki dan

 permpuan semasa ujian pra

Jantina N Min Sisihan Piawai

Lelaki 10 14.89 3.87

Perempuan 8 16.48 2.66

Keseluruhan 18 15.60 3.39

Page 14: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 14/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

164 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

14.89

16.48

14

14.5

15

15.5

16

16.5

Lelaki

Min

 

Rajah 3.2 : Min tahap kecergasan pelajar PPISMP, IPTAR semasa

ujian pra

Tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam kalangan

pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di IPTAR semasa ujian pos

2.4km

Jadual 4a dan Jadual 4b menunjukkan keputusan ujian pos larian 2.4 km

 berkaitan dengan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam

kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani di Institut Perguruan Tun

Abdul Razak, Kota Samarahan. Dapatan kajian menunjukkan seramai 5

daripada 10 atau 50% pelajar yang cergas iaitu meningkat 10% daripada

ujian pra. Ini diikuti seramai 2 orang atau 20% pelajar kurang cergas

sementara selebihnya iaitu 3 orang atau 30% berada dalam keadaan

Page 15: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 15/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

165 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

sangat kurang cergas. Bagi pelajar perempuan pula, daripada lapan

 pelajar hanya seorang atau 11% sahaja yang cergas, ini diikuti seramai 6

orang atau 66.7% sederhana iaitu meningkat sebanyak 33.3% berbandingujian pra, dan hanya seorang orang atau 11% menunjukkan tahap

kecergasan yang kurang cergas.

Jadual 4a : Catatan masa dan tahap kecergasan semasa ujian pos

untuk peserta lelaki

Bil Nama Responden Catatan

(min)

Tahap

Kecergasan

1. Terrence Juah 11.20 Cergas

2. Sadit Limbai 11.17 Cergas

3. Zainalabidin 10.45 Cergas

4. Muhammad Hafiz 20.03 Sangat Kurang

Cergas

5. Muhammad Muhaz 10.21 Cergas

6. Alvintino Jamit 15.09 Kurang Cergas

7. Clerence Nicholas 15.27 Kurang Cergas

8. Michael Beti 16.07 Sangat Kurang

Cergas

9. Muaz Abd. Rahman 18.36 Sangat Kurang

Cergas

10. Alexzanda Ngu 10.59 Cergas

Page 16: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 16/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

166 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Jadual 4b : Catatan masa dan tahap kecergasan semasa ujian pos

untuk peserta perempuan

Jadual 4c: Min dan Sisihan Piawai tahap kecergasan pelajar lelaki dan permpuan semasa ujian pos

Jantina N Min Sisihan Piawai

Lelaki 10 13.84 3.60

Perempuan 8 15.02 1.41

Keseluruhan 18 14.36 2.83

Bil. Nama Responden Catatan

(min)

Tahap Kecergasan

1. Ellis Benard 14.50 Sederhana

2. Kristine Inchie 14.32 Sederhana

3. Angelina Andrew 13.35 Cergas

4. Aemas George 15.25 Sederhana

5. Fairuz Nor Azwin 18.11 Kurang Cergas

6. Rita Jimbon 15.09 Sederhana

7. Mimi Johna 14.23 Sederhana

8. Cecelia Cindy 15.27 Sederhana

Page 17: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 17/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

167 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

13.84

15.02

13.2

13.4

13.6

13.8

14

14.2

14.4

14.6

14.8

15

15.2

Lelaki Perempuan

Min

 

Rajah 3.3 : Min tahap kecergasan pelajar PPISMP, IPTAR semasa ujian

 pos

Perbezaan dalam tahap Kecergasan Daya Tahan Kardiovaskular

dalam kalangan pelajar PPISMP IPTAR bagi ujian pra dan ujianpost 2.4km

Jadual 5 menunjukkan perbezaan tahap kecergasan daya tahan

kardiovaskular dalam kalangan pelajar PPISMP IPTAR antara ujian pra

dan ujian pos. Ujian bukan Parametrik Wilcoxon T digunakan sebab

 bilangan peserta kajian hanya 18 orang. Dapatan kajian seperti dalam

Jadual 3.4 menunjukkan terdapar perbezaan yang signifikan (T=10.0. p

Page 18: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 18/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

168 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

<.01) antara ujian pra dengan ujian pos. Keseluruhan pelajar 

menunjukkan berlakunya peningkatan larian 2.4 km semasa ujian pos

dilakukan. Ini bermakna tahap kecergasan pelajar meningkat selepastempoh rawatan selama enam minggu. Perubahan dan perbezaan ini

 berlaku jelas menunjukkan bahawa latihan yang dilakukan dapat juga

meningkatkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar. Ini

selaras dengan kajian yang dijalankan oleh Johnson dan Nelson (1986)

yang menyatakan latihan yang dijalankan selama enam hingga lapan

minggu akan dapat meningkatkan tahap kecergasan seseorang indivivuatau atlit-atlit. Nisbah tersebut dicadangkan agar tahap kemajuan

kecergasan dibuat dari hari ke hari, kuasa dari minggu ke minggu,

kelajuan dari bulan ke bulan dan daya tahan dari tahun ke tahun.

Peningkatan yang dramatik dalam jangkamasa pendek perlu dilihat

sebagai keputusan langsung kemajuan latihan harian. Pada tahun 1960-

an, empat hingga enam sesi latihan seminggu adalah memadai untuk atlit

elit, tetapi pada hari ini tidak mencukupi. Atlit bertaraf antarabangsa

 perlu merancang dua atau tiga sesi latihan sehari. Ini akan meningkatkan

 potensi fisiologi dan psikologi yang tentu akan meningkatkan

 pencapaian. Namun peningkatan dalam bilangan sesi latihan perlu

mengambil kira kapasiti individu dan keperluan untuk latihan berbeza

intensiti. Justeru itu, dapat diperjelaskan bahawa perubahan akan berlaku

terhadap tahap kecergasan dan kemahiran pemain dalam sesi latihan yang

dijalankan selama beberapa hari. Ujian pos yang dijalankan selepas sesi

latihan dalam jangkamasa enam hingga lapan minggu akan memberi

 perubahan terhadap fungsi fisiologi dan psikologi pemain tersebut.

Perbezaan dari segi tahap pencapaian berlaku selepas sesi latihan

Page 19: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 19/23

Page 20: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 20/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

170 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Untuk melihat perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular 

antara pelajar lelaki dan perempuan untuk ujian pra dan ujian pos, ujian

 bukan parametrik Mann Whitney U digunakan. Keputusan ujian iniseperti yang digambarkan dalam Jadual 6 tidak terdapat perbezaan yang

signifikan mengikut jantina untuk kedua-dua ujian pra (U = 29.0, p > .05)

dan ujian post ( U = 84.0, p > .05 ).

Jadual 6 : Perbezaan tahap kecergasan semasa Ujian Pra dan Ujian Pos

Larian 2.4 km mengikut Jantina

Ujian Jantina N Min SP U p

Pra Lelaki 10 14.89 3.87 29.0 .328

Perempuan 8 16.48 2.66

Pos Lelaki 10 13.84 3.60 84.0 .594

Permpuan 8 15.02 1.41

Perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam

kalangan pelajar PPISMP Pendidikan Jasmani mengikut kategori

umur bagi ujian pra dan ujian pos

Jadual 7 menunjukkan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular dalam

kalangan pelajar PPISMP IPTAR Pendidikan Jasmani mengikut katogeri

umur bagi ujian pra dan ujian pos. Dapatan kajian ujian pra menunjukkan

min = 15.78, SP = 3.65 bagi pelajar yang berumur 18  –  19 tahun,

manakala min = 15.23, SP = 3.10 bagi kategori umur 20  –  21 tahun.

Dalam ujian pos, min dan sisihan piawai bagi pelajar dalam kategori

Page 21: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 21/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

171 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

umur 18-19 tahun ialah masing-masing 14.85 dan 3.07. Bagi kategori

umur 20-21 tahun min ialah 13.40 dan sisihan piawai ialah 2.23.

Dapatan dari kedua-dua ujian pra dan pos menunjukkan pelajar dari

kategori umur 20-21 tahun mempunyai catatan masa yang lebih baik dari

kategori umur 18-19 tahun. Gambaran ini menunjukkan pelajar dari

kategori umur 20-21 tahun adalah lebih cergas dari umur 18-19 tahun.

Walaupun mengikut teori Bompa (1994), faktor usia mempengaruhi

tahap kecergasan seseorang individu atau atlit, tetapi dalam kajian ini julat dalam kategori umur antara 18-19 tahun dan 20  – 21 tahun adalah

terlalu kecil, berkemungkinan teori Bompa sukar untuk diperlihatkan.

Untuk melihat perbezaan tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular 

antara pelajar dari kategori umur 18-19 tahun dan 20 -21 tahun untuk 

ujian pra dan ujian pos, ujian bukan parametrik Mann Whitney U

digunakan. Keputusan ujian ini seperti yang digambarkan dalam Jadual 7

menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan mengikut kategori

umur untuk kedua-dua ujian pra (U = 33.5, p > .05) dan ujian pos ( U =

27.0, p > .05 ).

Jadual 7 : Perbezaan tahap kecergasan semasa Ujian Pra dan Ujian Pos

Larian 2.4 km mengikut kategori umur 

Ujian Umur N Min SP U p

Pra 18 -19 thn 12 15.78 3.65 33.5 .815

20 -21 thn 6 15.23 3.10

Page 22: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 22/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

172 Jurnal Penyelidikan Pendidikan IPTAR 2008

Pos 18 -19 thn 12 14.85 3.07 27.0 .399

20 -21 thn 6 13.40 2.23

KESIMPULAN

Kajian yang dijalankan ini merupakan satu perintis bagi mengenalpasti

tahap kecergasan daya tahan kardiovaskular pelajar PPISMP Pendidikan

Jasmani IPTAR memandangkan program ini merupakan generasi

 pertama yang mengikuti kursus tersebut di IPTAR. Dapatan kajian nanti

diharap dapat dijadikan panduan dan rujukan pensyarah Pendidikan

Jasmani yang lain untuk menjalankan ujian larian 2.4 km di samping

menjalankan ujian-ujian kecergasan yang lain seperti ujian kelajuan,

ketangkasan, koordinasi, kelenturan dan seumpamanya. Pada

keseluruhannya, kajian ini masih lagi mempunyai sedikit kelemahan

terutamanya dari aspek persampelan dan metadologi kajian. Adalah

dicadangkan agar diperbanyakkan sampel agar dapat dilihat dengan jelas

 perbezaan antara ujian pra dan ujian pos.

RUJUKAN

Beck, M. 1991. Soccer Fit Tranning & Health For Soccer Players.

Blessing. (1995). Advanced studies in physical education and sport .

Ontario, Canada :Thompson Pub., Co

Page 23: 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

7/29/2019 2.4 KM Article 8 151 - 173 25 Pages Salmi Lilek - PJK

http://slidepdf.com/reader/full/24-km-article-8-151-173-25-pages-salmi-lilek-pjk 23/23

Meningkatkan Daya Tahan Kardiovaskular Melalui Larian 2.4 km Dalam Kalangan

Pelajar PPISMP PJ di IPTAR

Bompa , T.O. (1994). Theory and methodology of traning : The key to

athletic performance. Iowa : Kendal/hunt Pub. Co.

Cooper K.H. (1970). The New Aerobics. New York: Bantam

Faria I.E. (1970). Cardivaskular Response to Exercise as Influenced

 by Tranning Various Intensities. Research Quarterly 41.

Hazeldine, R. (1992). Fitness For Sports. Marlborough, Wilthsire: The

Crowood Press Ltd.

Heyward, V.H. (1997). Advanced Fitness Assesment and Exercise

 Prescription Champaign. Human Kinetics Books

Jackson & Pollock (1973). Generalize Equating for Predicting Body

Density of Men. British Journal of Nutrition, 40, 497-504.

Johnson, B.L., & Nelson. J.K. (1986). Practical Measuring For 

 Evaluation in Physical Education Ed. ke-4. Louisiansa State

University: Burgess.

Wee Eng Hoe (1997). Kecergasan: Satu Pandangan Hidup Sihat . Fajar Bakti. Shah Alam, Selangor.

Yusuf Ismail (2000). Personaliti, Motivasi Pencapaian Dan Motivasi

Sukan Di kalangan Atlit Universitu. Laporan Akhir Projek 

Penyelidikan 75-85. Januari-Disember 1994.

Sharkey, B.J.(1990) Physiology of fitness. Campaign,IL:Human

 Kenetics, 66-78, 331-335