View
278
Download
8
Category
Preview:
Citation preview
0
LAPORAN LATIHAN “ MOCK DRILL CODE
BLUE ” BIL 1 / 2011
HOSPITAL TAMPIN, NEGERI SEMBILAN DARUL KHUSUS
“ THE CHOKING BABY ”
TEMPAT : UNIT HAEMODIALISIS TARIKH : 27 SEPTEMBER 2011
1
1. PENGENALAN
Latihan “Code Blue” diadakan adalah untuk memastikan semua anggota terutama Pegawai Perubatan dan paramedik di jabatan kecemasan, wad-wad dan unit-unit lain mempunyai ilmu dan pengalaman dalam mengendalikan kes kecemasan ‘cardiac arrest’. Oleh itu, untuk memastikan semua anggota memahaminya, maka latihan atau ‘Mock Drill Code Blue’ ini akan diadakan setiap tahun mengikut kawasan/zon yang telah ditetapkan oleh Polisi Code Blue.
2. OBJEKTIF
i. Meningkatkan ilmu pengetahuan anggota dalam Basic Cardiac Life Support. ii. Memberi latihan dan pengalaman kepada anggota dalam mengendalikan kes-
kes kecemasan’cardiac arrest’. iii. Melihat keberkesanan dalam pengaktifan Code Blue. iv. Mengenal pasti kelemahan dalam sistem dan membuat tindakan
penambahbaikan.
3. PERANCANGAN DAN PELAKSANAAN
a) 19/09/2011 : Perbincangan dan mesyuarat di antara Puan Pengarah, Dr. Siti Faridah dan semua ketua unit yang terlibat untuk
mengadakan mock drill code blue di Unit Hemodialisis (HDU).
b) 23/09/2011 : Mesyuarat dan taklimat untuk pelakon yang mengambil bahagian dalam latihan code blue.
c) 26/09/2011 : Mengadakan rehersal mock drill code blue. d) 27/09/2011 : Mock Drill Code Blue dilangsungkan. e) 27/09/2011 : Post mortem bersama Puan Pengarah, Pegawai
Perubatan, para pemerhati jemputan, ketua unit, operator dan semua anggota yang terlibat.
2
4. PEMERHATI : 5 ORANG 1. Unit Haemodialisis (HDU) - Dr. Siti Faridah bte Jusoh
- Matron Salomah bte Sidek - En. Wong Swee Wan (dari HTAN)
2. Jabatan Kecemasan dan Trauma - KJ Soo Kam Lin
3. Bilik Operator - KJ Nooraini bt Ismail
5. SENARIO PADA HARI KEJADIAN Pada 27/9/2011 jam 3.00 petang, seorang wanita berlari dari arah Tadika Sri Mutiara dalam keadaan cemas menuju ke Unit Hemodialisis (HDU) Hospital Tampin. Wanita tersebut mendukung seorang kanak-kanak berusia 2 tahun sambil menjerit meminta pertolongan. Wanita itu mendapati kanak-kanak tersebut pengsan dan tidak sedarkan diri .
DR. SITI FARIDAH EN. WONG
KJ SOO KAM LIN KJ NOORAINI
MATRON SALOMAH
3
Sampai di depan Unit HDU, wanita itu terus meluru masuk ke dalam dan PPP Fizhan terus menyambut kanak-kanak tersebut, baringkan di atas katil dan memeriksanya dengan segera. Tiba-tiba PPP Fizhan memberitahu kepada Ketua Unit, PPP Zakaria untuk mengaktifkan Code Blue dan mohon bantuan dari anggota HDU yang lain. PPP Zakaria terus membuat panggilan telefon kepada operator yang bertugas untuk mengaktifkan Code Blue pada jam 3.05 petang.
Pada jam 3.06 petang, operator yang bertugas menerima panggilan dan terus mengaktifkan Code Blue dengan menghubungi doktor dan paramedik dari wad yang berdekatan (wad 1, 2 dan 3) serta Code Blue Team dari Jabatan Kecemasan. Semasa menunggu pasukan bantuan dari Wad 1, 2 dan 3 serta pasukan Code Blue, PPP Fizhan mengambil sejarah pesakit (mangsa) daripada wanita tersebut yang merupakan ibu mangsa mengenai apa yang berlaku. Mengikut keterangan ibu mangsa, anaknya tiba-tiba pengsan dan seluruh mukanya menjadi biru. PPP Fizhan menyuruh S/N Nallini membawa ibu mangsa ke dalam bilik menunggu untuk ditenangkan dan menyuruhnya bersabar.
PPP Fizhan memeriksa mangsa jika ada bendasing di dalam mulut. Semasa memeriksa dengan teknik A(airway), B(breathing) dan C(circulation), didapati pesakit tiada pernafasan dan tiada nadi. Seterusnya beliau memulakan CPR dengan teknik 30 tekanan dan 2 pernafasan.
4
Pada jam 3.15 petang, semasa membuat CPR pusingan kedua, Dr. Sau sampai bersama dengan paramedik dari Wad 1, 2 dan 3. PPP Fizhan memaklumkan kepada Dr. Sau perkara yang berlaku. Dr.Sau mengarahkan staf yang ada supaya memasang i/v drip, chest lead dan membuat persiapan untuk intubation. Semasa memasukkan endotracheal tube, Dr. Sau mendapati ada bendasing (bebola ikan) di dalam trakea mangsa. Beliau membuang bendasing tersebut dan melakukan intubation, seterusnya menyambung CPR.
Code Blue Team (CBT) dari Jabatan Kecemasan &Trauma tiba pada jam 3.20 petang. Setelah mendapat penerangan daripada Dr. Sau, mereka terus memberikan bantuan Advanced Cardiac Life Support (ACLS) diketuai oleh Dr. Nur Ain bte Musa dan dibantu PPP Fadzullah Suhaimi bin Mohd Noor. Selepas AED dipasang, didapati mangsa mengalami VF (ventricular fibrillation) dan CBT terus melakukan prosedur defibrillation. Defib kali kedua telah berjaya ‘menghidupkan’ semula mangsa. Setelah mangsa stabil, keadaan semasa diterangkan kepada ibunya dan prosedur rujukan ke hospital berpakar dilakukan oleh Dr. Nur Ain pada jam 3.40 petang.
5
6. POST MORTEM Post mortem telah dilangsungkan pada jam 4.00 petang, dipengerusikan oleh Pengarah, Dr. Hjh Hatijah bt Hj Mohd Tan bertempat di Bilik Mesyuarat Bangunan Warisan dengan kehadiran seramai 23 orang. KOMEN PEMERHATI :
1. Dr. Siti Faridah bte Jusoh (Unit Hemodialisis)
◘ Pada keseluruhannya perjalanan di Unit Hemodialisis memuaskan dan
berjalan dengan lancar.
◘ ‘Code Blue Team’ dari Jabatan Kecemasan & Trauma dapat
menghadirkan diri dengan segera apabila dihubungi oleh operator dan tiba di
lokasi kejadian dalam masa 3 minit.
◘ Paramedik di Unit Hemodialisis melakukan tindakan yang segera apabila
sesuatu kecemasan berlaku.
2. Matron Salomah bte Sidek (Unit Hemodialisis)
◘ Pengurusan kecemasan dapat dilaksanakan dengan pantas dan cekap.
◘ Memberi latihan dan pengalaman kepada anggota dalam mengendalikan kes-
kes kecemasan “cardiac arrest”.
◘ Waris kepada pesakit perlu ditenangkan kerana dalam keadaan kecemasan,
emosi waris akan terganggu. Oleh itu soft skil diperlukan dalam
menenangkan situasi ibu.
◘ Semasa melakukan CPR ke atas kanak-kanak tersebut, mangsa perlu di
letakkan di atas cardiac board untuk memudahkan proses resuscitasi
dijalankan.
6
3. En. Wong Swee Wan (Unit Hemodialisis)
◘ Mengucapkan tahniah kerana telah berjaya melakukan latihan Mock Drill Code
Blue walaupun pertama kali diadakan.
◘ Latihan ini adalah sebagai persediaan kecemasan dalam mengendalikan kes
cardiac arrest dan memastikan semua anggota memahaminya.
◘ Pegawai Perubatan dan anggota unit berjaya dalam mengendalikan kes
cardiac arrest.
4. KJ Soo Kam Lin (Jabatan Kecemasan &Trauma )
◘ Ada koordinasi di antara Dr. Nur Ain dan PPP Fadzullah semasa menerima
panggilan kecemasan daripada operator untuk mengaktifkan Code Blue.
◘ Code Blue Team bertindak pantas dengan penuh keyakinan
menuju ke lokasi kejadian (Unit Hemodialisis) dalam masa 3 minit dengan
membawa peralatan kecemasan seperti :
- Intubation Kid for Child
- Automated External Defibrilation (AED)
- Set Ambulance Call Bag
◘ Syabas !! kepada Code Blue Team Jabatan Kecemasan & Trauma.
5. KJ Noraini bte Ismail ( Bilik Operator )
◘ Mengucapkan tahniah kepada anggota Unit Hemodialisis kerana berjaya
mengadakan Mock Drill Code Blue.
◘ Pada keseluruhannya,syabas dan tahniah kepada operator kerana mereka
bertindak pantas dalam urusan komunikasi untuk menjayakan Mock Drill Code
Blue.
◘ Operator telefon berjaya menghubungi pasukan Code Blue Team tepat pada
masanya dan memberitahu masa dan lokasi kejadian berlaku.
7
7. CADANGAN PENAMBAHBAIKAN
1. Semasa melakukan resuscitation terhadap kanak-kanak, perlu diletakkan diatas cardiac board bagi memastikan CPR yang dilakukan adalah berkesan.
2. Emergency trolley mesti dikemaskini dan diperiksa setiap hari terutama dalam memastikan bateri laryngoscope berfungsi untuk melancarkan proses intubation.
3. Clear history of patient perlu didapatkan semasa kes-kes kecemasan seperti cardiac arrest.
4. Hand rub perlu diletakkan di Emergency trolley bagi memastikan hand hygiene sentiasa diamalkan.
8. UCAPAN PENUTUP
Puan Pengarah, Dr. Hjh. Hatijah bte Hj Mohd Tan sebagai pengerusi,
mengucapkan terima kasih kepada PPP U36 HTAN, En. Wong Swee Wan yang sudi
hadir sebagai pemerhati dan kepada semua yang telah memberikan kerjasama dalam
menjayakan Mock Drill Code Blue. Diharap pada masa akan datang, kelemahan –
kelemahan yang telah dikenalpasi akan dapat diperbaiki dan diatasi. Post mortem
berakhir pada jam 5.00 petang.
DISEDIAKAN OLEH:-
DR. SITI FARIDAH BTE JUSOH
PEGAWAI PERUBATAN UD54
HOSPITAL TAMPIN
DISEMAK OLEH :-
DR. HATIJAH BINTI HJ.MOHD.TAN
PENGARAH HOSPITAL
HOSPITAL TAMPIN
8
SENARIO BERGAMBAR
Pintu masuk ke HDU Tadika yang berhampiran Tolong ! Tolong !!
Tolong ! Anak saya pengsan !! Encik ! Tolong selamatkan anak saya encik !!
Kami sedia membantu !
Budak ni dah tak bernafas ni. Dah biru muka dia..
En. Zack ! Call operator, aktifkan code blue. Saya nak
buat CPR ni !!
Chest compression 30, breathing 2.
9
tx
Dr. Sau ! CPR dah masuk cycle kedua, tapi masih tak berjaya.
Staff Nurse ! Prepare IV drip and equipment for intubation.
Fizhan ! Continue bagging and compression.
OK !! Saya nak buat intubation ni !!
Haiyya… ada fish ball dalam throat dia. Patutlah buat CPR
tak berjaya.
Intubation success !! Kenapa baby masih tak bernafas ??
Code Blue Team dah sampai !! Apa masalah ni?
Baby coking, collapes !! Dah intubate dan CPR tapi masih
tak berjaya.
Fadzullah !! Pasang AED dan prepare for defib.
10
.
AED menunjukkan baby ada VF. Kita teruskan dengan defib.
Nah doctor ! Baby’s pad for defib.
OK clear ? Everybody clear ?
Alhamdulillah ! Baby dah dapat balik degupan jantungnya.
Ya Allah ! Selamatkanlah anakku !!
Anak Puan Berjaya diselamatkan tapi kita kena rujuk Hospital
Seremban untuk rawatan lanjut.
Ambulan dah sampai !! Belakang sikit lagi bang !! Cepat sikit bang ye! Baby kat dalam tu dah ready !!
11
Kak, kita akan hantar anak akak ke seremban sebentar
lagi.
OK ! Boleh tolak baby ni naik ambulan sekarang.
Pastikan oksigen dan semua peralatan berfungsi dengan
baik ye !!
Doktor ! Keadaan baby stabil. Kita akan bertolak sekarang.
Semua dah over, kita ke bilik mesyuarat untuk post
mortem.
TAMAT
12
POST MORTEM
POST MORTEM
DI BILIK MESYUARAT, BANGUNAN WARISAN
SECARA KESELURUHANNYA, MOCK DRILL CODE BLUE INI TELAH
BERJAYA DILAKUKAN.
Recommended