Keris: senjata atau busana? - jmm.gov.my Program Bicara@Muzium Keris Senjata atau... · (i) Keris...

Preview:

Citation preview

Keris: senjata ataubusana?

ABDUL MUA’TI @ ZAMRI BIN AHMAD

FAKULTI BAHASA MODEN DAN KOMUNIKASI

UNIVERSITI PUTRA MALAYSIA

“Samoseli Pirveli” - Georgian National Costume

Seax with the traditional English attire.

Yemen

Jordan

Dagestan

Sgian-dubh worn with traditional Scottish costume

Finnish puukko as a part of the national costume of Finland

Busana Melayu

Baju Melayu

AKTA 357: AKTA BAHAN-BAHAN KAKISAN DAN LETUPAN DAN SENJATA BERBAHAYA 1958.

JADUAL KEDUA (Seksyen 2 dan 12).

Segala jenis pisau, kadang-kala dikenali sebagai ‘flick knife’, yang mengeluarkan bilahsecara automatik dengan menekan butang, spring dan sebagainya pada gagang pisau.

Segala jenis pisau, kadang-kala dikenali sebagai ‘gravity knife’, yang mengeluarkanbilah dari gagang atau sarung melalui tekanan graviti atau kuasa pusat putaran, yang mana bila dilepaskan, akan terkunci pada tempatnya dengan sesuatu butang, spring, tuas dan sebagainya.

Alat sebatan/libasan (whip) diperbuat daripada rantai basikal atau motosikal, atauseumpamanya.

Semua jenis buku lima (knuckleduster).

Semua jenis bilah atau alatan lain yang dilekatkan ke atas, atau membentuksebahagian pam basikal, paip besi atau pemegang yang berupaya digunakan untukmenghiris atau menikam.

Sebarang peralatan seperti pisau dengan tiga mata yang tajam dan hujung yang runcing, kadang-kadang dipanggil sebagai ‘bearing-scraper’.

Senjata berbentuk kapak kecil.

Sebarang pedang, keris, parang atau pisau yang padanya tertulis atau terukir sebarangperkataan, ayat atau gambaran yang berkaitan dengan sesuatu agama ataukepercayaan.

Sebarang jenis pedang atau parang yang kebiasaannya digunakan sebagai senjata danbukan untuk tujuan pertanian, kegunaan rumah atau taman bercucuk tanam.

Lembing dan mata lembing.

Panah-silang (crossbow).

Patrolite, Stun Gun, Taser, Control Club atau peralatan seumpamanya, yang berkuasabateri atau dari apa-apa juga sumber tenaga.

Senjata berjadual hanya tidak menjadi kesalahan ketika berada di premispersendirian. TIADA permit dikeluarkan atau diperlukan untuk menyimpansenjata berjadual, tapi pastikan anda mempunyai sebab yang kukuh.

Kesalahan berkaitan senjata berjadual

Seksyen 7(1) Akta 357 memperuntukkan, sesiapa yang, melainkan bagi tujuanyang tidak menyalahi undang-undang –

(a) membawa atau memiliki di bawah kawalannya;(b) membuat, menjual atau menyewakan atau menawarkan untuk menjualatau menyewakan; atau(c) meminjamkan atau memberikan kepada mana-mana individu;

mana-mana senjata berjadual adalah menjadi kesalahan dan jika disabitkesalahannya boleh dijatuhi hukuman penjara tidak lebih daripada duatahun, atau denda tidak melebihi dua ribu ringgit atau kedua-duanya sekali, dan bagi kesalahan kali kedua boleh dijatuhi hukuman penjara tidak kurangdaripada satu tahun dan tidak melebihi tiga tahun.

Membawa senjata berbahaya di tempat awam

6.(1) Sesiapa yang di dalam jalan atau tempat awam membawa ataumemiliki di dalam kawalannya sebarang senjata berbahaya; melainkandengan kebenaran atau untuk tujuan yang tidak menyalahi undang-undang; adalah bersalah dan boleh dikenakan hukuman penjara tidaklebih daripada dua tahun dan dua sebatan.

(3) Sesebuah senjata akan dianggap dibawa untuk tujuan yang tidakmenyalahi undang-undang sekiranya ianya dibawa –(a) oleh ahli Tentera Malaysia atau pasukan tempatan atau polis ataumana-mana pasukan pelawat yang melawat Malaysia dengankebenaran mengikut undang-undang, atau seseorang yang berkhidmatdengan Kerajaan atau pihak berkuasa tempatan di Malaysia, dan padasetiap kes ianya dibawa di dalam atau berkaitan dengan tugasanbeliau; atau(b) oleh seseorang sebagai sebahagian daripada pemakaian rasmi atauperayaan semasa acara rasmi atau perayaan.

(4) Kesalahan di bawah seksyen (1) di atas adalah boleh ditangkaptanpa waran dan tidak boleh diikat jamin.

Keris Melayu

Senjata tikam di alam Melayu

Dibuat dengan menempa besi, lurus atau berlok

Besi sebatang atau campuran beberapa besi tawar dan besi baja

Keris dari tanah Jawa, Bali, Sulawesi (Bugis), Sumatera (Acheh, Palembang, Minang, Bangkinang, Lombok, Madura, Lampung), Semenanjung.

Keris Melayu Semenanjung

Patani, Chenok (Tajung, Bugis, Sarah, Choteng)

Kelantan (Tok Chu, Debek, Beko, Alang)

Terengganu (Melela, Bugis)

Pahang (Bugis)

Melaka (Semenanjung)

Kedah (Bugis, Alang)

Perak (Bugis)

Johor-Riau (Bugis)

Bahagian pada keris

Bahagian pada bilah keris

Keris Tajung

Keris Pandai Sarah

Keris Tok Chu

Keris Melela

Keris Bugis Semenanjung

Keris Alang

Keris Beko

Keris Debek

Adab keris

Kalau memakai kerisKeris tersisip sebelah kiriKeris beradat berlembaga

Kalau memakai keris telentangItu tanda mencari lawanBagai ayam kokok berdentangBagai hulubalang masuk gelanggangElok dipakai ditengah hutanAtau belayar tengah lautUntuk menjaga jaga diri

Kalau keris sampir terlungkupKeris tidak mencari lawanKeris tidak mencari musuhYang dipakai dalam jamuanYang dipakai pergi bertandang

Adab dan pantang larang

berkeris

Jangan diletak merata-rata.

Jangan dihunus ke arah orang lain atau diri sendiri.

Jangan disentuh / dijentik bilah mata keris orang lain.

Jangan dikucup bilah mata keris orang lain.

Jangan dihina keris orang lain.

Rahsia keris

Pada besi bilah

Pada lok

Pada hulu

Pada sarung

Bisanya keris…

Dapat memburaikan isi perut dengan satu tikaman dan tarik.

Luka 1.5 kali lebih lebar daripada bilah mata keris.

Serpihan bilah yang ditinggalkan dalam badan – keracunan, bengkak, busung.

Racun warang (arsenik).

Racun getah pokok, bisa binatang, najis.

Simbol keris

Tenas Effendy (2008) dalam ‘KerisDalam Budaya Melayu Riau’ menggariskan sepuluh (10) simbolyang menjadi teras kepada falsafahkeris dalam masyarakat Melayu, iaitu:

(a) Keris sebagai simbol Tuah danMaruah – setiap keris yang baikmengandungi nilai-nilai, kekuatanatau keutamaan tertentu yang dapatmenjadi kekuatan batiniah danlahiriah yang hakikatnya menjadilambang tuah dan maruah.

(b) Keris sebagai simbol Kejantanan– keris dipercayai memiliki kekuatanyang dapat meningkatkan rasa berani, keperkasaan dan percaya diriyang wujud daripada kejantananatau kelakian.

(c) Keris sebagai simbol Harga Diri –keris dipercayai mengandungi nilai-nilai harga diri atau kewibawaanpemiliknya.

(d) Keris sebagai simbol Jati Diri –keris dipercayai mengandungi nilai-nilai jati diri pemiliknya dengankepelbagaian bahan pembuatannyadan simbol-simbol yang terkandungdi dalamnya.

(e) Keris sebagai simbol Daulat(Wibawa dan Kekuasaan) – kerismengandungi nilai-nilai dankekuatan yang dapat mengekalkandaulat, wibawa dan kekuasaanpemiliknya.

(f) Keris sebagai simbol BatangTubuh – keris dipercayai sebagaiBatang Tubuh pemiliknya keranadalam upacara atau keperluantertentu dapat menjadi ‘wakil’ pemiliknya.

(g) Keris sebagai Senjata – kerisdicipta secara khususnya untukdijadikan senjata utama.

(h) Keris sebagai Penjaga Diri – kerismenjadi penjaga diri, iaitumemelihara diri pemilik dankaumnya atau keluarganya daripadaberbagai-bagai cabaran dan marabahaya, baik pada lahiriah mahu pun batiniah.

(i) Keris sebagai pembantu dalamberbagai-bagi bidang – kerismemiliki kekuatan atau nilai yang dapat membantu dalam berbagai-bagai bidang hidup seharian.

(j) Keris sebagai pakaian – olehsebab keris mempunyai berbagai-bagai keutamaan, nilai dan simbolberserta falsafahnya, maka kerisdijadikan ‘pakaian’ sepanjang hidup.

"Di dalam keris yang sebilah,

Terkandung tuah dan maruah,

Yang tuahnya selilit kepala,

Yang maruahnya selilit pinggang,

Yang tersembunyi di dalam mata,

Yang tersimpan dalam pamor,

Yang tersorok dalam sepuhan,

Yang terselindung dalam besi,

Yang terpatri dalam baja,

Yang terpegang dalam hulu,

Yang terlekat dalam sarung. "

Tenas Effendy

Cara pakai keris

Cara pegang keris

Apa guna kepok di ladang,

Jika tidak berisi padi.

Apa guna keris di pinggang,

Jika tidak berani mati.

Perahu payang layarnya merah,

Belayar menuju arah utara,

Keris dipegang bermandikan darah,

Adat pahlawan membela negara.

Sampan kolek berisi separuh,

Hendak belayar ke tanah seberang,

Patah sayap bertongkatkan paruh,

Pantang menyerah di tengah gelanggang.

Lemaknya nasi bergulai udang,

Lemak bercampur santan kelapa,

Relaku mati berputih tulang,

Tidak ku mahu berputih mata.

Jadi keris itu senjata ataubusana?

• Keris lebih daripada senjata.

• Keris bukan sekadar busana.

• Keris adalah lambang jati diriMelayu.

Recommended