30
i UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia SEMESTER 2 - SESI 2013/14 KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA TAJUK TUGASAN 1 MEMAHAMI PELAJAR DAN LATAR BELAKANG BUDAYA : KAUM SIKH DISEDIAKAN OLEH : SELVI A/P PERMAL NO.MATRIK: M20131000943

A brief review of Sikh community in Malaysia

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Sikh community, Sikh clture, Sikh economy achievement, Sikh traditional, Malysian sikh history, Evulation of sikh community in malaysia, sIKH culture, punjabi sikh punjabi Maysia

Citation preview

Page 1: A brief review of Sikh community in Malaysia

i

UNIVERSITI PENDIDIKAN SULTAN IDRIS Fakulti Pendidikan & Pembangunan Manusia

SEMESTER 2 - SESI 2013/14

KPS 6054 PENDIDIKAN MULTIBUDAYA

TAJUK TUGASAN

1

MEMAHAMI PELAJAR DAN LATAR BELAKANG BUDAYA :

KAUM SIKH

DISEDIAKAN OLEH :

SELVI A/P PERMAL

NO.MATRIK: M20131000943

Page 2: A brief review of Sikh community in Malaysia

ii

PENGHARGAAN

Kami ingin merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih

kepada penyelia kami, Dr Abdul Talib Hashim yang telah banyak memberi bimbingan,

dorongan, tunjuk ajar, nasihat dan motivasi yang amat berguna sepanjang tempoh

penulisan ilmiah ini. Beliau telah banyak memberi tunjuk ajar tanpa rasa jemu. Segala

teguran dan nasihat yang diberikan akan kami jadikan sebagai panduan dan pegangan

dalam meneruskan cabaran pada masa akan datang.

Ucapan ribuan terima kasih juga ditujukan kepada usahawan-usahawan Sikh di

Kuala Lumpur atas kerjasama dan pertolongan yang diberikan dalam menjayakan

penulisan ilmiah ini. Kerjasama daripada mereka amat dihargai.

Penghargaan turut ditujukan kepada rakan-rakan seperjuangan, serta mereka

yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam usaha menjayakan penulisan

ilmiah ini. Tanpa sokongan dan kerjasama daripada semua pihak di atas, proses

penulisan ilmiah kami tidak akan berjalan dengan lancar dan sempurna.

Kerjasama, tunjuk ajar dan maklumat serta dorongan daripada semua pihak di atas

amat dihargai. Kami tidak dapat membalas budi kalian dan hanya dapat mengucapkan

ribuan terima kasih. Semoga kalian sentiasa sihat sejahtera dan diberkati oleh Tuhan.

Page 3: A brief review of Sikh community in Malaysia

iii

ISI KANDUNGAN

PENGHARGAAN

1.0 PENGENALAN

1

2.0 SEJARAH KEDATANGAN KAUM SIKH KE TANAH MELAYU

1 - 3

3.0 SIAPAKAH SIKH DI MALAYSIA?

3 - 5

4.0 AGAMA SIKH

5 - 6

5.0 IDENTITI KAUM SIKH

6 - 7

6.0 INSTITUSI AGAMA – GURDWARA

7 - 8

7.0 SAMBUTAN & PERAYAAN

8

8.0 ADAT RESAM DAN KEPERCAYAAN

8.1 Mengandung 8.2 Kelahiran Bayi 8.3 Perkhawinan 8.4 Nilai kemasyarakatan & Persaudaraan 8.5 Pakaian 8.6 Kesenian dan Tarian 8.7 Makanan Tradisional

9 – 13

9.0 ISU GENDER DALAM KAUM SIKH

14

10.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KAUM SIKH DI MALAYSIA

15

11.0 STATUS EKONOMI DAN PEMBENTUKAN IDENTITI- KAUM SIKH

16

12.0 STEREOTYPE DAN SALAH TANGGAPAN

18

13.0 CABARAN IDENTITI KOMUNITI SIKH MASA KINI PROSES ‘ENCULTURATION’

20

14.0 PANDANGAN PEMIMPIN MALAYSIA TERHADAP KAUM SIKH

20

15.0 KAJIAN KES

22

16.0 BIBLIOGRAFI 24

Page 4: A brief review of Sikh community in Malaysia

1

1.0 PENGENALAN

Malaysia terdiri daripada berbilang kaum. Kepelbagaian sosiobudaya sukar

untuk dinafikan di dalam sebuah negara seperti Malaysia yang lahir daripada acuan

masyarakat yang berbilang etnik iaitu Melayu, Cina dan India yang menjadi etnik

majoriti di samping kaum pribumi Sabah dan Sarawak serta orang asli dan tidak lupa

juga dengan kaum-kaum lain yang menjadi kaum minoriti. Setiap etnik mempunyai

sosiobudaya yang berbeza yang diwarisi daripada nenek moyang terdahulu. Budaya

dapat ditakrifkan sebagai tamadun atau peradaban. Ia juga bermaksud kemajuan

fikiran atau akal budi (cara berfikir dan berkelakuan). Kita sebagai rakyat Malaysia yang

berbilang kaum perlu sedar akan kewujudan kepelbagaian sosiobudaya ini yang

meliputi adat resam, bangsa, kepercayaan, jantina, bahasa dan struktur masyarakat

khususnya bagi kaum minoriti. Pepatah Melayu ada menyatakan bahawa ‘tak kenal

maka tak cinta’. Ini mengingatkan kita sebagai anggota negara yang bermultibudaya

untuk mengenali semua kaum minoriti dengan menyeluruh supaya dapat mengukuhkan

integrasi nasional di samping memupuk bibit-bibit perpaduan dalam masyarakat

multietnik ini. Salah satu kaum minoriti yang telah memberikan sumbangan terbesar

kepada pembangunan negara dan pengacuan pluralisme di Malaysia ialah kaum Sikh.

2.0 SEJARAH KEDATANGAN KAUM SIKH KE TANAH MELAYU

Sejarah kedatangan orang Sikh adalah sama jika dibandingkan dengan

imigran–imigran iaitu pada awal kurun ke-19. Faktor ekonomi dilihat sebagai penyebab

kedatangan imigran–imigran Sikh secara beramai–ramai ke negara–negara Asia

Tenggara seperti Burma, Indonesia dan Malaya. Masalah kekurangan tanah,

bertambahnya jumlah penduduk serta bencana alam di tanah asal menyemarakkan lagi

semangat mereka untuk ke Asia Tenggara. Tersedianya peluang–peluang pekerjaan

yang banyak dalam pelbagai bidang serta polisi imigrasi yang agak liberal,

menggalakkan penghijrahan beramai–ramai ke Malaya yang ketika itu diperintah oleh

Inggeris.

Page 5: A brief review of Sikh community in Malaysia

2

Sesungguhnya, kedatangan kaum Sikh ke Tanah Melayu ketika zaman kolonial

berlaku dalam lima gelombang penghijrahan. Gelombang pertama berlaku pada

pertengahan abad ke-19 di mana para banduan politikal berketurunan Sikh di India

dibawa masuk oleh kerajaan British untuk mengisi pekerjaan bidang keselamatan.

Pada ketika itu orang Sikh digelar sebagai ‘ freedom fighters’ oleh British. Pihak British

telah menggunakan orang–orang Sikh dari India yang merupakan salah satu daripada

tanah jajahan British untuk berkhidmat dalam pasukan keselamatan kerana mereka

mempunyai susuk badan yang tegap.

Gelombang kedua pula berlaku pada tahun 1881 di mana Captain Speedy telah

diamanahkan oleh kerajaan British untuk mengatasi masalah jenayah akibat

pergolakan kongsi gelap Ghee Hin dan Hai San di Perak dengan menubuhkan Perak

Armed Police (PAP). Pada peringkat awal penghijrahan orang Sikh tertumpu ke negeri

Perak. Anutan Sikh menjadi elemen penting untuk menyatupadukan orang Sikh dalam

pasukan “Perak Armed Police” (PAP). Ini juga merupakan faktor utama mengapa boleh

terjalinnya hubungan yang kukuh dalam kalangan orang Sikh dalam pasukan

keselamatan ini. (Sushila, 1990). Selepas itu, orang Sikh juga digunakan oleh British

untuk menyertai pasukan ketenteraan iaitu Malaya States Guide (MSG) di negeri

Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan. Di Sarawak pula, orang Sikh digunakan

sebagai penjaga penjara.

Gelombang ketiga kedatangan orang Sikh ke Tanah Melayu adalah dengan

migrasi individual tanpa pengaruh British. Ini adalah kerana wujudnya faktor tolakan

iaitu keadaan sosioekonomi serta masalah ketidaktenteraman di negara asal maka

kaum lelaki Sikh cuba berhijrah ke negara-negara Asia Tenggara. Malaysia telah

menjadi destinasi pilihan mereka kerana peluang pekerjaan untuk bidang keselamatan,

pembinaan landasan kereta api, perlombongan, pertanian, penggembala lembu,

perjawatan pentadbiran awam, dan sebagainya terbuka luas di Malaysia. Motif

kedatangan mereka adalah untuk mencari rezeki dan pulang ke negara asal.

Gelombang keempat kedatangan kaum Sikh lebih kepada migrasi golongan

wanita Sikh iaitu isteri kepada pekerja-pekerja Sikh yang telah ke Malaysia dalam

gelombang penghijrahan ke Malaya. Wanita Sikh secara beramai-ramai datang dari

Punjab ke Malaya dalam awal tahun 90an untuk menetap bersama-sama suami

Page 6: A brief review of Sikh community in Malaysia

3

mereka. Manakala, gelombang kelima menyaksikan migrasi kaum Sikh untuk

memenuhi pekerjaan professional di Malaya seperti kedoktoran, perguaman,

perguruan, perjawatan tinggi awam dan sebagainya.

Penempatan awal orang Sikh di Malaya tertumpu di pantai barat iaitu di Perak, Pulau

Pinang, Perak, Wilayah Persekutuan dan Selangor. Bandar–bandar yang menjadi

tumpuan orang Sikh termasuklah Ipoh, Taiping, Kuala Lumpur dan Seremban.

Sebenarnya, bandar Ipoh menjadi titik tolak perkembangan Sikh di Malaysia

terutamanya dengan penubuhan sebuah pertubuhan kaum Sikh tertua di Malaysia,

malah dikhabarkan paling awal di Asia iaitu Khalsa Diwan. Oleh sebab kumpulan

mereka kecil dibandingkan dengan kumpulan etnik yang lain, maka mereka didapati

berselerak luas. Jika terdapat lebih kurang dua puluh keluarga di sesuatu kawasan

penempatan, maka penempatan itu dikenali sebagai kampung Benggali. Misalannya

Kampung Benggali, Taiping dan Tanjung Rambutan.

Orang Sikh yang termasuk juga golongan orang Punjabi adalah dirujuk sebagai satu

“komuniti agama”. Mereka membeza–bezakan satu kumpulan yang lain dengan

berdasarkan sistem kasta dan juga pembahagian kawasan. Bahasa ibunda orang Sikh

adalah bahasa Punjabi tetapi terdapat banyak dialek yang digunakan oleh mereka di

kawasan–kawasan yang berkaitan. Orang Sikh secara umum dapat dikategorikan

sebagai “Arora Sikh”, “Jat Sikh”, “Khatri Sikh”, Mazhbi Sikh” mengikut pengkhususan

pekerjaan mereka.

3.0 SIAPAKAH SIKH DI MALAYSIA?

Shromani Gurdwara Parbandhak Committee (SGPC) Amritsar di Punjab

mendefinisikan orang Sikh sebagai:

‘’ A Sikh is any person whose faith consists of belief in one God, the 10

Gurus, The Guru Grant Sahib and other scriptures of the Sikh religion.

Additionally, he or she must believe in the necessity and importance of

amrit. (Nesbitt,1996 p.99)

Page 7: A brief review of Sikh community in Malaysia

4

Presiden Khalsa Diwan di Malaysia, Santokh Singh Randhawa pula

menyatakan bahawa:

“Sikh sama sekali tidak sama dengan Hindu. Punjabi pula tidak ada

hubungan langsung dengan Benggali. Benggali adalah satu kaum dari

Benggala India. Masyarakat perlu faham siapa kami dan apa agama

kami. Bagi Sikh, Tuhan itu satu…”

Pastinya etnilk ini akan naik marah apabila ada orang yang memanggil mereka

sebagai Benggali. Namun, tidak ramai yang tahu akan perbezaan antara istilah

Benggali dan Sikh. Sebagai kelompok minoriti berjumlah kira-kira 126,000 orang di

serata pelosok negara Malaysia, sebenarnya banyak sejarah penting mengenai mereka

yang boleh diketengahkan untuk pengetahuan umum. Di negara kita, majoriti penganut

Singh berketurunan Punjabi, satu masyarakat dari daerah Punjab di utara India. Namun

apa kaitan mereka dengan Benggali? Oleh sebab penghijrahan mereka ke Tanah

Melayu ketika itu dengan menaiki kapal dari sebuah pelabuhan di Benggala, India

sekali gus semua yang datang dari lokasi itu digelar Benggali. Hakikatnya, mudah

untuk mengenali masyarakat Sikh di negara ini atau di mana-mana negara sekalipun.

Wajah orang dari India tetapi mempunyai kulit cerah sedikit berbanding mereka dari

Selatan. Paling mudah untuk mengecam mereka ialah melalui identiti pakaian iaitu

serban untuk lelaki dan selendang di kepala wanita Sikh.

Perkataan Sikh berasal daripada bahasa Sanskrit ‘shisya’ yang membawa maksud

‘pengikut’ atau ‘penganut’ (Lajwanti, 1985:1-2). Manakala ‘Sikhisme’ berasal dari Sikh

dengan kata dasarnya ‘shisya’ iaitu murid atau pelajar dan ‘ siksa’ yang bermaksud

arahan. Justeru, Sikh merupakan kaum atau penganut agama Sikh yang akur dengan

peraturan dan arahan Sri Guru Nanak Dev Ji dan Sembilan orang guru yang lain; iaitu

Sri Guru Angad Dev Ji (1539-1552), Sri Guru Amar Das Ji (1552 – 1574), Sri Guru Ram

Das Ji (1574 – 1581), Sri Guru Arjan Dev Ji (1581 – 1606), Sri Guru Hargobind Sahib Ji

(1606 – 1644), Sri Guru Har Rai Ji (1664 – 1661), Sri Guru Har Kishan Ji ( 1661 –

1664), Sri Guru Teg Bahadur Ji (1664 – 1675) dan Sri Guru Gobind Ji (1675 – 1708).

Selepas guru terakhir penganut Sikh menghormati kitab suci ‘Sri Guru Grant Sahib Ji’

sebagai sumber ajaran agama mereka yang muktamad. (Sarjit Singh, 1998, p.18-19)

Page 8: A brief review of Sikh community in Malaysia

5

Komuniti Sikh sering mengidentifikasikan diri mereka kepada tiga golongan

utama iaitu:

i. Amrit-dhari – penganut Sikh yang memohon amrit dan seterusnya

menjadi anggota kaum Khalsa Panth @ Persaudaraan Khalsa.

Kehidupan mereka berpandukan ajaran agama Sikh yang sebenarnya

dan menghormati segala peraturan Khalsa.

ii. Kesh-dhari – penganut yang berada dalam golongan tengah iaitu

mereka akan memakai serban dan menyimpan janggut tetapi mereka

belum memohon amrit untuk menjadi anggota Khalsa yang tulen dan

ikhlas.

iii. Sehaj-dhari – penganut Sikh yang tidak memakai serban dan belum lagi

bersedia untuk memohon amrit.

4.0 AGAMA SIKH

Secara umumnya, kaum Sikh menganut ajaran agama Sikh yang diasaskan

oleh Sri Guru Nanak Dev Ji (1469 – 1539) Agama ini merupakan ajaran agama yang

paling muda di dunia dan kelima terbesar dari segi penganutnya. Agama ini adalah

agama monoteisme dan kepercayaan utamanya ialah mengenai ketuhanan yang satu,

bersifat nirankar iaitu tidak berbentuk (‘formless’) @ tidak mengandungi unsur

antropomofisme (pemberian sifat manusia kepada dewa dewi) abadi, sanagat berkuasa

dan manusia tidak dapat menghuraikannya. Penganut Sikh percaya bahawa Tuhan

(Waheguru) berada di mana-mana sahaja. Tuhan sahajalah mempunyai segala sifat

kesempurnaan. (Sarjit Singh, 1998, p.20)

Sri Guru Nanak Dev Ji menolak system kasta yang diamalkan oleh masayarakat Hindu

dan menyeru kepada penganut Sikh bagi mengukuhkan persaudaraan sesama

manusia. (Tully & Jacab 1986, p.17). Agama Sikh menekankan konsep kemanusiaan

sejagat yang tidak boleh dibezakan mengikut kedudukan, ststus tinggi rendah di kaca

mata Waheguru. Ajaran agama ini juga menekankan konsep persamaan gender dan

memandang tinggi golongan wanita. Sri Guru Nanak Dev Ji tidak pernah

menggalakkan sesiapapun untuk memeluk agama ini, sebaliknya sentiasa memberikan

Page 9: A brief review of Sikh community in Malaysia

6

nasihat murni kepada orang ramai untuk mematuhi ajaran agama masing-masing

dengan baik.

Dalam agama Sikh semua hari adalah sama penting dan tiada hari-hari yang

istimewa untuk penganutnya bersembahyang. Namun demikian, atas alasan cuti dan

sebagainya penganut Sikh di Malaysia lazimnya mengunjungi Gurdwara pada setiap

hari Ahad bagi sembahyang jemaah. Sembahyang berjemaah sangat penting kerana

aktiviti ini menekankan aspek kesamaan sesama manusia tanpa mengira gender dan

merupakan sesuatu yang bersifat asas. Segmen pembacaan ayat-ayat suci daripada

kitab Sri Guru Grant Sahib Ji, nyanyian lagu agama, mendengar katha, melafaz simran

dan sebagainya menekankan semangat kemanusiaan dengan memuji kebesaran

Waheguru bagi mendapatkan ketenangan serta panjatkan kesyukuran kepada Tuhan.

5.0 IDENTITI KAUM SIKH

Pada tahun 1699, Sri Guru Gobind Singh memperkenalkan satu orde baru yang

dikenali sebagai ‘Khalsa’ bermaksud yang tulen untuk membentuk persaudaraan

Khalsa. Berasaskan orde baru ini, setiap penganut Sikh perlu menjalani upacara amrit

sanskar untuk memakai atau mengamalkan simbol 5K @ Panjh Kakkar sebagai

pakaian rasmi yang baharu untuk mereka. Dalam agama Sikh, upacara amrit sanskar

ialah upacara pembaptisan dalam agama Kristian dan sangat penting bagi penganut

Sikh dalam usaha mendekati Tuhan. Upacara ini bersifat kolektif dan hanya akan

diadakan apabila penganutnya bersedia untuk memohon amrit supaya boleh

dibaptiskan.

Panjh Kakkar atau 5K bukan bertujuan untuk memupuk nilai eksklusif atau

keunggulan tetapi bertujuan untuk memelihara perpaduan Sikh dalam usaha mencapai

matlamat serta cita-cita Gurus. Ini membolehkan mereka menjaga nazar mereka yang

dibuat pada hari pembaptisan. Sebelum dibaptis, seorang Sikh perlu mandi terlebih

dahulu, tidak boleh memakai barang kemas, alat solekan atau hiasan, dan memakai

simbol 5K untuk melambangkan identiti Sikh yang ideal iaitu :

i. Kesh (rambut panjang) – penganut Sikh tidak boleh memotong atau

mencukur rambut pada mana-mana bahagian badan mereka.

Page 10: A brief review of Sikh community in Malaysia

7

ii. Kangha (sikat) – sikat mempunyai hubungan rapat dengan rambut untuk

memastikan rambut sentiasa terurus lagi bersih. Sikat ini diperbuat

daripada kayu dan selalu disimpan dalam serban.

iii. Kirpan (pedang kecil) – seseorang yang memegang kirpan dianggap

begitu setia, komited dan teguh imannya. Mereka akan sentiasa

memastikan tiada penganiayaan dan ketidakadilan berlaku kepada

golongan yang lemah.

iv. Kaachera (seluar pendek) – dipakai pada setiap masa untuk

menunjukkan kesediaan bertindak, ketangkasan melakukan sesuatu

serta menandakan tahap kecergasan seseorang Sikh.

v. Kara (gelang besi) – mengingatkan seseorang Sikh untuk

menghindarkan diri daripada terpengaruh dengan anasir negatif dan

melambangkan kepatuhan penganut Sikh dengan agamanya.

Simbol 5K ini perlu dipatuhi untuk melambangkan keimanan seseorang Sikh

(Khalsa) yang sejati dan tulen. Proses amrit sanskar akan dilakukan oleh 5 orang Sikh

yang soleh dan sempurna yang digelar sebagai PanjhPiare (‘5 Beloved Ones’). Selain

itu, apabila seseorang menjadi Khalsa, individu tersebut perlu mematuhi empat

larangan iaitu tidak boleh memotong atau mencukur rambut pada mana-mana

bahagian badan, tidak boleh makan daging yang dipotong dengan paksaan, tidak boleh

minum arak, hisap tembakau atau dadah dan tidak boleh mengadakan hubungan seks

selain suami atau isteri. Identiti berasaskan agama Sikh ini menetapkan bahawa

upacara amrit sanskar sebagai identiti Sikh yang sebenar dan signifikan.(Sarjit Singh,

1999, p.188)

6.0 INSTITUSI AGAMA – GURDWARA

Pusat keagamaan terpenting bagi penganut Sikh ialah Gurdwara. Kuam Sikh

menghormati gurdwara kerana gurdwara merupakan tempat ibadat dan pusat untuk

kaum Sikh berinteraksi serta mengeratkan perpaduan. Hal ini adalah kerana kehidupan

orang Sikh disusun dan distruktur dengan kewujudan gurdwara iaitu di mana-mana ada

kaum Sikh, pasti ada gurdwara. Tanpa gurdwara, penganut Sikh tidak dapat menjalani

kehidupan dengan sempurna dan tidak dapat mempelajari peraturan hidup sebagai

seorang Sikh. Menurut Pritham Singh Gill (1990: p.227-234), Gurdwara:

Page 11: A brief review of Sikh community in Malaysia

8

“……..have became an integral part of the Sikh community and they have

been so from its very birth. Gurdwaras produces Sikhs and Sikhs

produces Gurdwaras. Gurdwaras are the memory of their Gurus, whom

they cannot forget..”

Gurdwara merupakan tempat untuk mempelajari mesej yang termaktub dalam

kitab suci Sri Guru Grant Sahib Ji. Kitab ini diberikan penghormatan tertinggi dan paling

agung oleh penganut Sikh di Gurdwara. Di dalamnya, terkandung pelbagai sabda

penganut beragama Sikh, Islam dan Hindu dari pelbagai latar belakang kasta,

pekerjaan dan wilayah yang berbeza. (Duggal, 1993, p.228)

Setiap kumpulan etnik secara umumnya mempunyai ciri-ciri budaya yang

melambangkan identiti dan menandakan sempadan antara etnik masing-masing. Ciri-

ciri budaya ini merangkumi aspek bahasa, kepercayaan, pantang larang, sambutan dan

perayaan, pakaian, warisan tradisi dan sebagainya. Warisan nenek moyang dengan

elemen budaya seperti alatan muzik, tarian, seni lukis, fesyen dan makanan diturunkan

dari satu generasi ke generasi berikutnya. Namun demikian, generasi muda kini

membuat beberapa modifikasi elemen budaya untuk memartabatkan dirinya dalam era

moden dan global ini. Seseorang yang menganggap dirinya sebagai ahli etnik tertentu

mengidentifikasikan dirinya sebagai ahli kumpulan tersebut, berkongsi nilai budaya

yang sama dan mempunyai keahlian yang boleh dikenal pasti oleh orang lain. Akan

tetapi, identiti seseorang tidak mutlak. Identiti merupakan ciptaan sejarah (‘historical

construction’) dan bersifat dinamis. (Sarjit Singh, 1999, p.187)

7.0 SAMBUTAN & PERAYAAN

Sambutan dan perayaan dalam kalangan Sikh penuh ceria dengan warna-warni

yang melambangkan semangat Sikhsme. Di Malaysia, terdapat 5 perayaan yang

berasosiasi dengan kehidupan Sikh Gurus (Gurpurabs), Birthof Khalsa (Vaisakhi), Hola

Mohalla (Sikh style sports), Diwali dan Lohri.

Gurpurabs merupakan ulang tahun kehidupan guru-guru Sikh sama ada

penganut Sikh menyambut hari ulang tahun kelahiran mereka, kematian atau hari-hari

Page 12: A brief review of Sikh community in Malaysia

9

penting yang lain tentang Guru. Sambutan yang paling signifikan dalam kalangan Sikh

ialah hari ulang tahun kelahiran Guru Nanak, Guru Gobind Singh, Guru Ajan Dev dan

Guru Teg Bahadur. Setiap sambutan hari-hari istimewa ini mesti disambut dengan

Akhand Path (bacaan terus menerus Sri Guru Grant Sahib Ji di Gurdwara. Vaisakhi

pula akan disambut oleh semua penganut Sikh pada 14 April setiap tahun kerana ia

merupakan tarikh Khalsa diwujudkan dan pesta menuai di Punjab. Hari tersebut amat

penting untuk mewujudkan ikatan Khalsa Panth. Upacara sambutannya sama seperti

upacara dalam perayaan Gurpurabs.

Hola Mohalla merupakan sambutan sukan atau pertandingan dalam kalangan

Sikh seperti bola sepak, kriket, kabaddi, hoki dan sebagainya. Hari ini amat penting

untuk menunjukkan kecekapan dan ketangkasan seseorang Sikh. Lohri yang selalu

disambut dalam bulan Januari pula merupakan hari untuk menyambut kelahiran anak

lelaki yang baharu dalam keluarga. Diwali pula akan disambut dengan lampu-lampu

bercahaya sebagai simbol kehidupan baharu yang amat bermakna.

8.0 ADAT RESAM DAN KEPERCAYAAN

Sikhisme menerima teori ‘karma’ atau ‘reinkamasi’ dan setiap individu akan melalui

beberapa putaran hidup yang berlainan untuk mencapai nirvana. Adalah dipercayai

bahawa terdapat lapan empat ribu juta kali putaran hidup atau Junn kesemuanya.

Pendek atau panjang putaran yang dilalui oleh seseorang di dalam dunia ini untuk

mencapai nirvana adalah bergantung kepada dosa yang dilakukannya. Sikhisme

menafikan aktiviti bertafakur atau bermeditasi kerana difikirkan sebagai aktiviti yang sia-

sia sekiranya minda manusia tidak suci.

8.1 Mengandung

Ibu mengandung tidak dibenarkan makan buah yang berkembar kerana dikhuatiri

boleh menyebabkan mendapat anak kembar. Mendapat anak kembar bukanlah suatu

pantang larang dalam masyarakat Sikh tetapi kelahiran anak kembar besar

kemungkinan akan mendatangkan beban kepada sesetengah keluarga terutamanya

keluarga yang susah. Ibu mengandung juga tidak dibenarkan memegang objek tajam

Page 13: A brief review of Sikh community in Malaysia

10

seperti pisau atau gunting dan tidak boleh memotong apa-apa ketika gerhana

matahari. Mengikut kepercayaan mereka, perbuatan tersebut boleh menyebabkan

anak lahir dalam keadaan calar-balar pada muka dan tidak cantik.

Selain itu, terdapat juga persamaan adat resam kaum Sikh dengan Melayu iaitu

sekiranya isteri mengidam sesuatu, suami perlu cuba untuk mendapatkan sesuatu

yang diidam isteri supaya dapat mengelakkan anak yang dilahir terkena tulah

(terkenan) seperti meleleh air liurnya. Mengikut kepercayaan kaum Sikh, selepas

kelahiran sekiranya anak itu tidak berhenti menangis, keluarganya perlu ke tempat uri

ditanam dan dipukul tanah itu untuk menghentikan tangisan. Hari lahir pula tidak boleh

disambut sebelum tarikh lahirnya, mesti disambut selepas atau pada hari lahirnya

kerana ia boleh menyebabkan pendek umur.

8.2 Kelahiran Bayi

Amalan biasa bagi menyambut kelahiran bayi ialah dengan memberi hadiah.

Pemberian nama merupakan upacara penting yang dikenali sebagai Naamkaran. Bayi

yang baru lahir akan diberi nama setelah Granthi membaca Ardas. Kemudian kitab

mereka Sri Guru Granth Sahib akan dibuka secara rambang dan bayi akan dinamakan

mengikut huruf pertama dalam muka surat tersebut.

Nama akhir atau nama belakang penganut Sikh adalah sama, berbeza hanya

mengikut jantina iaitu Singh bagi lelaki manakal Kaur bagi perempuan. Singh

bermaksud ‘Singa’ manakala Kaur memberi maksud ‘Puteri’. Nama-nama orang Sikh

ialah ‘unisex’; misalnya nama Jaswant boleh digunakan sebagai Jaswant Singh atau

Jaswant Kaur untuk menunjukkan jantinanya. Selain nama diakhiri dengan Singh atau

Kaur ada sesetengah daripada kaum Sikh yang menambah gelaran komuniti kecil

mereka seperti Gill, Sidhu, Bhar, Randhawa, Ahluwalia dan sebagainya. Apabila

seseorang remaja lelaki mencapai umur sebelas hingga enam belas tahun, satu

upacara akan dijalankan iaitu upacara pemakaian serban. Upacara ini dipanggil

Daastar Bandhni lazimnya dilakukan oleh para agama Sikh yang dipanggil Granthi

atau ketua masyarakat.

Page 14: A brief review of Sikh community in Malaysia

11

8.3 Perkahwinan

Penganut Sikh dimestikan berkahwin kerana perkahwinan adalah penyatuan dua roh

menjadi satu. Perkahwinan dalam ajaran Sikh digelar sebagai Anand Karaj yang

bermaksud ‘blissful union’. Penyatuan ini disamakan dengan penyatuan antara

manusia dengan Tuhan iaitu satu matlamat penting dalam kehidupan setiap penganut

Sikh. Perkahwinan dalam masyarakat Sikh dimestikan kerana cara hidup berkeluarga

atau grihasth asram adalah cara hidup yang paling utama dan semula jadi sifatnya.

Berdasarkan konsep perkahwinan Sikh, seseorang Sikh tidak seharusnya hidup

terasing atau membujang malahan perlu berusaha untuk pembangunan komunitinya.

Bagi orang Sikh, perkahwinan adalah suci dan mereka percaya pada sistem

monogami iaitu tidak berkahwin lebih dari seorang isteri. Dalam agama mereka,

penceraian adalah mustahil dan tidak dibenarkan. Namun penceraian masih boleh

berlaku di mahkamah sivil.

Perkahwinan antara individu yang mempunyai hubungan kekeluargaan atau

endogami dilarang atau tidak digalakkan. Oleh itu, pemilihan menantu biasanya dibuat

oleh ibu bapa masing-masing. Ini adalah kerana kaum Sikh merupakan satu komuniti

yang kecil maka kerja merisik dan menyelidik latar belakang seseorang mudah

dilakukan. Waktu yang sesuai untuk merisik adalah semasa musim-musim perayaan

dan upacara sembahyang di Gurdwara. Suasana ini memberikan kesempatan kepada

golongan yang lebih tua untuk mengetahui latar belakang keluarga, taraf pendidikan,

pekerjaan dan lain-lain mengenai gadis atau lelaki. Proses peminangan atau pemilihan

jodoh juga bermula dengan pihak perempuan. Tiada istilah ‘perigi mencari timba’

kerana adat dalam masyarakat Sikh adalah perempuan yang meminang lelaki.

Perkahwinan campur adalah dilarang sama sekali dalam masyarakat Sikh kerana

perasaan takut bangsa tersebut akan kehilangan identiti bangsa Sikh pada masa akan

datang seperti mana yang berlaku terhadap bangsa Yahudi. Terdapat satu peraturan

khas dalam perkahwinan di Gurdwara iaitu upacara perkahwinan hanya boleh

dijalankan sekiranya kedua-dua pasangan pengantin beragama Sikh.

Mengikut adat perkahwinan kaum Sikh, pihak wanita akan mengeluarkan

belanja yang banyak bukan sekadar membayar dowry (hantaran) tetapi juga perlu

menyediakan cincin emas bukan sahaja untuk pengantin lelaki bahkan untuk ibu bapa

Page 15: A brief review of Sikh community in Malaysia

12

pengantin lelaki juga. Menjadi kebiasaan keluarga pengantin perempuan perlu

menyediakan set bilik tidur, set sofa dan barang dapur untuk melengkapi rumah

pengantin.

8.4 Nilai kemasyarakatan & Persaudaraan

Bangsa yang minoriti di negara ini begitu berjaya dalam apa jua bidang yang mereka

ceburi kerana bangsa Sikh mempunyai nilai atau budaya kerjasama dan persaudaraan

yang begitu menebal sejak kecil lagi. Jika kaum Cina di perantauan ada ‘bamboo

network’ untuk saling membantu dalam bidang perniagaan, begitu juga kaum Yahudi

dalam bidang perbankan dan kewangan, kaum Sikh pula mempunyai hubungan rapat

dalam semua aspek kehidupan.

Adalah dipercayai bahawa dalam budaya kaum Sikh, jika salah seorang

daripada kaumnya miskin dan meminta sedekah, maka seluruh kaum Sikh di kawasan

itu adalah berdosa. Maka itu, menjadi tanggungjawab seluruh warga Sikh memastikan

tiada dalam kalangan mereka yang miskin. Begitu juga dalam bidang pendidikan dan

bidang sosial yang lain. Jarang sekali kaum Sikh terlibat dengan masalah disiplin dan

jenayah kerana seluruh kaum Sikh menjadi mata dan telinga kepada masyarakat.

8.5 Pakaian

Pakaian bagi masyarakat Sikh ialah serban @ Dastaar bagi kaum lelaki dan Punjab

bagi kaum wanita. Sesungguhnya, signifikasi tradisi utama serban ialah persaudaraan

(‘spirit of brotherhood’) di mana dua orang lelaki Sikh akan bertukar serban untuk

menjadikan hubungan mereka sebagai adik-beradik. Pemakaian serban juga ada

beberapa jenis ikatan dan menggunakan pelbagai warna lagi bergaya. Kain serban

yang sangat panjang lebih kurang 5 hingga 6 meter diperlukan dalam mengikat serban

kerana perlu melingkari seluruh kepala. Jadi, amat sukar bagi mereka yang tidak mahir

menggunakannya.

Wanita pula kelihatan ayu dengan selendang @ Duppatha @ Chunni di kepala

dan baju Punjabi labuh dengan seluar mengikut bentuk kaki. Corak latar yang

Page 16: A brief review of Sikh community in Malaysia

13

digunakan pada pakaian mereka juga tidak keterlaluan dengan warna terang

menambahkan lagi kecantikan wanita Sikh yang terkenal dengan hidungnya yang

mancung. Pakaian Punjabi juga digunakan khas untuk majlis perkahwinan tetapi

dengan corak yang lebih menarik iaitu dipenuhi sulaman manik dan benang emas.

Itulah antara kelebihan orang Punjabi kerana kemahiran unik mereka yang terkenal

dalam aktiviti menyulam kain dan sulaman mereka yang berkualiti tinggi.

8.6 Kesenian dan Tarian

Kaum Sikh mempunyai pelbagai jenis tarian dan permainan muzik selain turut

menggemari aktiviti permainan tradisional tetapi kebanyakannya berbentuk menguji

kekuatan. Kebanyakan alat muzik yang digunakan dalam masyarakat Sikh secara

asasnya seperti muzik Punjabi yang mana ia menggunakan banyak alat ketukan iaitu

gendang atau rebana yang dikenali sebagai jorri (tabla). Waja (piano kecil) dan tabla

adalah dua alat muzik terpenting dalam masyarakat ini. Muzik Punjabi berirama rancak

dan sarat dengan emosi, menceritakan variasi perasaan seperti kegembiraan,

keceriaan, kesakitan dan semangat mendalam. Begitu juga dengan lagunya yang turut

mempunyai melodi penuh emosi dan perasaan.

Kaum Sikh memang kaya dengan keseniannya. Segala ekspresi dan ciptaan

akan berlandaskan sesuatu objek atau perkara yang begitu indah, cantik dalam bentuk

visual. Kaum Sikh amat tertarik untuk menghasilkan potret lukisan ‘Gurus’ yang

lazimnya dapat dilihat di semua rumah penganut Sikh. Seterusnya, kemahiran

menghasilkan kipas tangan Pekha, katil tradisi Manja dan banyal lagi telah diwarisi

sejak berzaman-zaman. Seni pertahanan diri kaum Sikh dikenali sebagai Gatka yang

memberi fokus kepada kesatuan jiwa, tubuh dan minda pengamalnya turut diajar sejak

kecil.

Lazimnya apabila kita melihat tarian dalam filem Hindi, ramai mengaitkannya

dengan bhangra dan realitinya itulah ‘Raja Tarian’ dalam masyarakat Sikh kerana

sehingga kini ia antara satu daripada tarian yang masih digunakan secara meluas

malah sudah ada yang memodenkan gaya tarian dan irama lagunya seperti yang

digerakkan kumpulan muzik popular kaum Sikh iaitu Goldkartz. Bhangra oleh dua

orang adik-beradik iaitu Manjit Singh Gill dan Sukhjit Singh Gill. Tarian Bhangra akan

Page 17: A brief review of Sikh community in Malaysia

14

membabitkan ramai penari lelaki dan wanita kebiasaannya melebihi enam orang

dengan menggunakan pakaian berlainan warna untuk menaikkan seri dalam rentak

tarian itu yang memerlukan tenaga tinggi penarinya kerana pergerakannya yang

sangat pantah dan lincah. Jika orang Melayu terkenal dengan joget lambak ketika

majlis perkahwinan, begitu juga masyarakat Sikh yang menjadikan bhangra sebagai

tarian bebas yang boleh disertai sesiapa sahaja apatah lagi tarian itu sendiri tidak

mengehadkan pergerakan dan penarinya bebas melakukan aksi mengikut alunan dhol

iaitu gendang atau rebana. Terdapat jenis tarian lain seperti Jhumar yang lebih

memfokuskan pergerakan tangan daripada kaki, taraian Luddi yang memaparkan

gerakan seperti ular, tarian Dhamal yang merujuk kepada tarian kampung. Tarian yang

khusus kepada kaum wanita Sikh pula seperti tarian Giddha, Sammi, Jaggo dan Kikkli.

8.7 Makanan Tradisional

Makanan kaum Sikh memang bervariasi dan menyelerakan. Makanan kaum ini

memang mudah disediakan dan tidak perlu dihidangkan secara eksotik dengan lauk

tambahan. Makanan kaum Sikh konvensional ialah chapatthi, Parotha, Makkhi (roti

jagung), Poori, nasi putih, tayiru @ susu masam, dan kacang pea. Sayuran yang

banyak menjadi pilihan kaum Sikh ialah bayam, ubi kentang, bunga kubis, bawang

mentah, achar dan chutney. Makanan seperti ayam, ikan dan makanan laut akan

dimasak ala Punjab. Manisan kaum Sikh terdiri daripada ladoo, jilebi, Barfi, Gulab

Jamun, Gajar Halwa, Methia dan sebagainya. Minuman laasi yang dihasilkan dengan

yogurt turut menjadi penambah selera. Dalam masa yang sama tidak boleh dinafikan

juga bahawa makanan tradisi kaum Sikh ini banyak minyak, bersapi dan bergula tetapi

amalan pemakanan atau diet yang seimbang oleh kaum ini telah memberikan gaya

hidup sihat bagi kaum Sikh.

9.0 ISU GENDER DALAM KAUM SIKH

Sarjit S. Gill dalam ‘Malaysian Sikhs and Gender Issues’ (2000) menggambarkan

bahawa agama Sikh memberi penekanan terhadap isu kesamaan gender antara lelaki

dan wanita dalam setiap kehidupan sosial. Namun kajian beliau di Malaysia masih

Page 18: A brief review of Sikh community in Malaysia

15

menunjukkan bahawa secara praktisnya kedudukan golongan wanita Sikh masih

rendah berbanding kaum lelaki. Hakikatnya, ajaran agama Sikh mengenai kesamaan

gender tidak diamalkan secara menyeluruh. Ketidaksamaan gender ini dikatakan

mungkin berlaku kerana pengaruh majoriti golongan lelaki Sikh yang lebih tinggi serta

mereka merupakan komuniti minoriti dalam konteks masyarakat Malaysia yang lebih

besar. Oleh sebab itu, kaum lelaki Sikh tidak sanggup untuk melepaskan peranan

dominan mereka menyebabkan kaum wanita Sikh terus menerus mengalami kesan

prejudis itu. Beliau juga mendapati penyertaan kaum wanita dalam sesi diskusi,

persidangan atau seminar yang telah dianjurkan sehinggalah tahun 2000 ini, tidak

ketara dan penglibatan mereka juga tidak seaktif golongan lelaki Sikh. Peranan wanita

Sikh dalam organisasi Gurdwara juga telah terpinggir ke bahagian guru ka langgar

atau dapur dan mereka tidak terlibat dalam posisi pembuat dasar dalam gurdwara.

Posisi ini telah didominasi oleh kaum lelaki Sikh.

Walaupun pelbagai ajaran telah diberikan dalam agama Sikh tentang persamaan

gender antara golongan lelaki dan wanita di semua tempat tetapi masyarakat Sikh

masih tidak boleh lari daripada penafian hak wanita dalam beberapa isu secara tidak

langsung. Senario di mana upacara Sathi (turut membakar diri selepas kematian

suami) yang begitu menyayatkan hati telah menjadi saksi wanita perlu diberi kesamaan

gender dengan memansuhkan amalan ini dalam kalangan masyarakat India. Anak

lelaki akan dilabelkan sebagai asset dalam keluarga kerana dialah yang akan mewarisi

harta moyang secara berzaman-zaman dan menegakkan nama tradisi keluarga

manakala anak perempuan sering kali difikirkan sebagai liabiliti yang boleh membebani

seseorang. Semua pendakwahan agama Sikh dibuat oleh kaum lelaki dan ada

sesetengah Gurdwara yang tidak mempunyai ‘priest’ wanita. Malah, wanita Sikh tidak

dibenarkan mengambil bahagian dalam upacara akhand path (membaca pesanan Sri

Guru Grant Dev Ji) dan tidak dibenarkan berdakwah. Jagbir Singh (2011) dalam

bukunya Sikhism Today mengungkap tentang ajaran Sikh jauh sekali berbeza untuk

menyamakan unsur gender ini tetapi ajaran yang diimpikan itu tidak menjadi realiti

sepenuhnya kerana masih ada segelintir yang bersifat patriarchal dan wanita Sikh

selalu memainkan peranan kedua dalam domain rumah tangga.

Page 19: A brief review of Sikh community in Malaysia

16

10.0 PERKEMBANGAN PENDIDIKAN KAUM SIKH DI MALAYSIA

Pertubuhan sosioagama seperti Khalsa Diwan Malaya serta Guru Khalgidar

Diwan Malaya dan kemunculan suara surat khabar komuniti Sikh memainkan peranan

penting dalam usaha mempropagandakan Pendidikan Punjabi. Muncullah sekolah

aliran Punjabi di Tanah Melayu seperti Guru Khalsa School (bertukar nama menjadi

Guru Khalgidhar School) masih beroperasi hingga kini dan merupakan satu-satunya

sekolah aliran Punjabi tertua di Malaysia. Institusi Guru Nanak di Ipoh juga masih wujud

dengan imej baharu sebagai sebuah kolej kemahiran. Bahasa Punjabi akan diberi

penekanan kerana kaum Sikh berpegang teguh kepada konsep pembentukan sesuatu

bangsa itu hanya akan berlaku jika ada kegemilangan bahasanya kerana bahasa

melambangkan bangsa. Justeru, pusat Gurdwara telah dijadikan pusat untuk mengajar

ilmu kehidupan dan bahasa Punjab secara informal. Pada tahun 1997 Khalsa Diwan

Malaysia telah menjana sumber kewangan untuk Punjabi Education Trust Malaysia

(PETM) untuk memahirkan serta menyediakan guru-guru bertauliah bagi mengajar

bahasa Punjab di pusat-pusat Gurdwara di negeri-negeri tertentu. PETM telah

menginovasi pelbagai kaedah dan teknik P dn P yang sesuai dengan perkembangan

terkini dan mudah diterima oleh pelajar masa kini.

Aktivit persuratkhabaran Punjab pula telah mencambahkan benih kesedaran

dalam kalangan kaum Sikh akan kepentingan bidang pendidikan dalam usaha

memajukan komunitinya. Antara surat khabar tersebut ialah Khalsa Prakash, Khalsa

Sewak, Khalsa Malaya Darpan (akhbar bulanan atau mingguan), Pardesi Khalsa

Sewak, Nawan Sansar dan Malaya Samachar (akhbar harian). Malah, akhbar-akhbar

ini juga memperjuangkan kepentingan bahasa Punjab, kesusasteraan, ajaran Sikhsme,

budaya dan sebagainya. Rata-ratanya pelajar-pelajar Sikh begitu cenderung untuk

belajar tinggi kerana impian kaum ini untuk memasuki jawatan professional di negara

kita. Buktinya, kita boleh melihat banyak golongan professional bidang kedoktoran,

perguaman, pengurusan dan perguruan yang terkenal menonjolkan wajah kaum Sikh.

Pernahkah kita terfikir bahawa satu bangsa yang jumlah penduduknya seluruh

dunia tidak sampai 20 juta tetapi boleh menjadi Perdana Menteri kepada penduduk

yang berjumlah 1.1 bilion! Apakah rahsia kehebatan bangsa Sikh ini? Rahsianya ialah

Page 20: A brief review of Sikh community in Malaysia

17

kegigihan, pendidikan dan kepatuhan terhadap ajaran agama dan norma kehidupan

kaum Sikh sejagatnya secara kolektif.

11.0 Status ekonomi dan Pembentukan Identiti – Kaum Sikh

Malaysia dijangka untuk menjadi sebuah negara perindustrian menjelang

Wawasan 2020 (Tun Dr Mahathir Muhamad,1991).Secara tidak langsung atau tidak

disedari, setiap orang tidak boleh melepaskan diri daripada perniagaan atau

keusahawanan di mana sama ada berperanan sebagai peniaga atau pengguna.

Usahawan memainkan peranan penting dalam masyarakat di mana mereka bukan

sahaja mencari keuntugan tetapi meningkatkan taraf ekonomi negara. Selain itu

mereka juga mewujudkan peluang pekerjaan dan mengurangkan kadar pengangguran.

Peluang untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya adalah terbuka kepada

sesiapa sahaja tanpa mengira kaum dan status kewangan. Oleh itu, pada abad ini

terdapat ramai usahawan Sikh yang berjaya serta telah mengharumkan nama negara

dipersada antarabangsa. Ramai usahawan Sikh telah menceburi bidang perniagaan

tekstil dan berpengalaman selama bertahun-tahun. Contohnya Gulati’s Silk Store, Euro

Moda, Libaas Enterprise, Globe Silk Store dan sebagainya adalah dimiliki oleh kaum

Sikh. Bukan itu sahaja, dengan tertubuhnya Network of International Sikh

Entrepreneurs (NISE), ia memberi peluang yang lebih kepada usahawan Sikh untuk

meluaskan perniagaan yang sedia ada di mana ia menjadi platform untuk menukar atau

berkongsi maklumat, mempromosi produk dan perkhidmatan antara ahli. NISE juga

menganjurkan persidangan di mana usahawan Sikh antarabangsa yang berjaya

berkongsi tips kejayaan mereka, justeru memberi motivasi dan semangat untuk lebih

berjaya pada masa depan.

Objektif utama penubuhan NISE adalah untuk membekalkan peluang untuk

membangun terutamanya kepada usahawan baru serta bakal usahawan. Selain itu,

mereka juga memberi tunjuk ajar cara pengurusan perniagaan, berkongsi pengalaman

serta mengembangkan rangkaian untuk pembangunan perniagaan.Hal ini banyak

membantu usahawan Sikh untuk membangunkan perniagaan mereka supaya berjaya

bukan di dalam negara tetapi juga di persada dunia terutamanya dalam era globalisasi

Page 21: A brief review of Sikh community in Malaysia

18

ini. Walaubagaimanapun, usahawan dan peniaga adalah berbeza dan tidak serupa

tetapi berkaitan antara satu sama lain, di mana usahawan mengenalpasi peluang dan

berusaha menceburi perniagaan yang baru bukan untuk keuntungan diri dan keluarga

sahaja bahkan untuk meningkatkan ekonomi negara dan sanggup mengambil risiko.

Menurut Chew Li Ling (1999), untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya dalam

abad ke-21, beliau haruslah memiliki sifat-sifat yang tertentu dan memenuhi beberapa

syarat berikut:

Kreatif dan Inovatif

Mencipta pasaran untuk masa depan.

Mementingkan persekitaran atau suasana persekitaran.

Bekerjasama dengan pihak tertentu untuk kebaikan bersama.

Bersikap positif dan aktif serta bersemangat menghadapi cabaran.

Berkeyakinan tinggi dan optimistik.

Dalam aktiviti ekonomi, usahawan Sikh yang berjaya adalah mereka yang

memperolehi keuntungan yang banyak dan produktif. Di sebalik kejayaan mereka

terdapat beberapa faktor yang mempengaruhi pembangunan keusahawanan.Di

antaranya adalah pengurusan, tidak kira pengurusan pekerja, masa atau kewangan.

Kebanyakan usahawan yang tidak berjaya adalah kerana tidak dapat mengusai bidang

pengurusan dengan baik sama ada pengurusan masa, pekerja atau

kewangan.Seseorang usahawan bukan sahaja perlu mempunyai motivasi yang tinggi,

tetapi juga harus mengetahui cara-cara memotivasikan dan melayan pekerjanya

dengan baik kerana mereka memainkan peranan yang penting untuk menjayakan

sesuatu perniagaan.

Faktor strategi pemasaran dan perkhidmatan yang baik kepada pelanggan juga

penting untuk berjaya. Tanpa pemasaran dan perkhidmatan yang baik tidak akan

menjanjikan kejayaan usahawan. Tambahan pula, usahawan Sikh ada yang kurang

berjaya disebabkan mereka tidak dapat mengusai strategi pemasaran dengan baik

dimana mereka mengiklankan produk secara konvensional serta tidak mengunakkan

teknologi internet iaitu melalui laman web. Mereka tidak sanggup membelanjakan wang

semata-mata untuk promosi pengiklanan. Maklumat terkini tentang peluang

perniagaan, keperluan dan kehendak pelanggan adalah sangat penting kepada

Page 22: A brief review of Sikh community in Malaysia

19

seseorang usahawan kerana dapat mengetahui kecenderungan dan permintaan

pelanggan dari semasa ke semasa. Oleh itu, jika usahawan Sikh tidak dapat

menguasai faktor-faktor ini, mereka mungkin akan gagal dalam bidang keusahawanan

atau perniagaan mereka.

Seseorang usahawan Sikh mengalami banyak cabaran untuk berjaya, oleh itu

mereka haruslah tidak mudah putus asa jika mengalami kegagalan dan berani

mengambil risiko serta mengenalpasti peluang yang ada.

12.0 STEREOTAIP DAN SALAH TANGGAPAN TERHADAP KAUM SIKH

1. Kaum Sikh adalah orang Arab dan beragama Muslim

Ramai yang salah membuat pentafsiran bahawa orang Sikh ini berasal dari

Arab dan mereka beragama Islam kerana ada segelintir kaum lelaki Tanah Arab

yang memakai serban. Sebenarnya lelaki Sikh yang berserban tidak akan

memotong rambut dan janggutnya atas pegangan Khalsa 5K. Tetapi lelaki

muslim pula akan memakai serban tetapi dibenarkan memotong rambut dan

janggutnya pula boleh diuruskan dari semasa ke semasa.

2. Sikhisme adalah ajaran Hindu

Ajaran Hinduisme dan Sikhisme adalah berbeza sama sekali kerana penganut

ajaran Hindu ialah penganut honoteist iaitu pemujaan dewa dewi manakala

ajaran Sikhisme tidak percaya akan konsep ini. Mereka berpegang kepada

kewujudan satu Tuhan Waheguru yang unggul. Cara sembahyang juga turut

berbeza.

3. Sikhsme telah diwujudkan untuk membela Hinduisme

Ajaran agama Sikh ini tidak diwujudkan untuk membela mana-mana ajaran

agama di dunia. Tekanan dan ketidakadilan yang berlaku terhadap golongan

askar di India telah mencetus usaha untuk mengajar ajaran agama Sikh untuk

membela diri daripada ketidakadilan.

4. Kaum Sikh ialah pengganas

Ada propaganda yang menggambarkan golongan Sikh sebagai pengganas

kerana mereka dibawa ke Tanah Melayu dan dijadikan pegawai keselamatan,

tentera, polis dan sebagainya. Ini telah memberi gambaran kaum ini sebagai

Page 23: A brief review of Sikh community in Malaysia

20

‘martial racess’ dalam zaman kolonial. Sebenarnya, mereka bukanlah

pengganas tetapi guna tenaga yang khas untuk mengisi pekerjaan pertahanan

dan keselamatan negara.

5. Definisi Khalsa dan kesuciannya

Khalsa bermaksud tulen, suci @ ‘pure’. Apabila seseorang itu telah dibaptiskan

maka dia akan menjadi anggota badan Khalsa yang perlu berserah atau redha

kepada Tuhan sepenuhnya. Tetapi pada masa kini masyarakat menyalah tafsir

akan definisinya dan mula melakukan anjakan dalam budaya tersebut sehingga

menimbulkan kekeliruan tentang Sikhsme.

6. Amalan pemakanan daging

Kaum Sikh boleh makan semua jenis daging termasuk daging lembu dan

kerbau. Jadi amalan pemakanan vegetarian agak sukar untuk diikuti oleh

Khalsa yang menegakkan amalan menolak pemakanan daging.

7. Kaum lelaki Sikh menyembunyikan sikat, Kirpan di dalam serban

Mereka sebenarnya tidak menyembunyikan sikat tersebut tetapi telah diselitkan

pada bahagian kanan bahu lelaki mengikut prosedur yang telah ditetapkan.

8. Kaum wanita masih menjadi kaum yang tidak dihormati dalam isu gender Sikh

Kaum lelaki masih tidak menerima persamaan gender dalam ajaran kaum Sikh

sedangkan dalam ajaran tersebut telah jelas dinyatakan bahawa Sri Guru

Nanak Dev Ji telah memperjuangkan kesamaan hak untuk kaum wanita. Dalam

masa yang sama, Guru yang ke-10 Gobind Singh telah memberikan nama Kaur

untuk semua wanita Sikh bernaksud puteri manakala kaum lelaki diberikan

nama Singh (maksudnya, Singa yang melambangkan raja kehidupan) Jelas,

pandangan stereotaip tentang gender dalam kaum Sikh masih tidak berubah

hingga ke hari ini.

9. Isu kesamaan manusia dan hubungan etnik

Ajaran agama Sikh menegaskan bahawa setiap manusia adalah sama dan tidak

boleh dipisah-pisahkan mengikut kasta. Tetapi hingga kini wujud senario di

mana perkahwinan antara kasta tidak digalakkan malah dilarang sama sekali

dan juga penganut Sikh yang begitu taksub dengan perbezaan kasta tinggi

dengan yang rendah.

10. Sambutan perayaan Lohri

Sambutan perayaan Lohri masih dilakukan secara besar-besaran oleh kaum

Sikh di Malaysia. Perayaan ini adalah untuk menerima kelahiran anak lelaki

Page 24: A brief review of Sikh community in Malaysia

21

baharu dalam keluarga. Justeru, sambutan ini tidak boleh disambut sama sekali

sekiranya kita berpegang pada ajaran agama menegakkan kesamaan gender

ataupun perayaan ini harus disambut untuk meraikan mana-mana anak yang

baharu dalam keluarga.

13.0 CABARAN IDENTITI KOMUNITI SIKH MASA KINI ATAU PROSES ‘ENCULTURATION’

1. Perkahwinan campur yang semakin meluas hingga menimbulkan keraguan

tentang identiti bangsa Sikh yang tulen di Malaysia.

2. Peraturan sekolah yang menghalang para pelajar Sikh menyimpan jambang,

janggut dan membawa kirpan ke sekolah menjejaskan upacara memohon amrit

sanskar.

3. Pengaruh budaya Hindu seperti budaya mengikat Rakhi untuk mewujudkan tali

persaudaraan adik dan abang yang sememangnya tidak wujud dalam ajaran

Sikh.

4. Upacara penamaan anak yang telah berubah mengikut trend semasa dan tidak

merujuk kepada upacara untuk mendapatkan huruf pertama nama anak

daripada kitab suci di Gurdwara.

5. Pengaruh budaya barat yang menghalalkan semua benda yang boleh

menimbulkan kemabukan dan khayalan seperti arak, dadah dan sebagainya. Ini

merupakan salah satu tegahan keras kepada seseorang anggota Khalsa.

6. Kes wanita yang menindik telinga dan hidung serta pada mana-mana bahagian

lain di tubuh mereka telah menggambarkan pandangan ajaran agama Sikh iaitu

penindikan ini hanya dilakukan ke atas hamba pada masa lampau dan ia

dilarang dalam ajaran agama Sikh.

Page 25: A brief review of Sikh community in Malaysia

22

14.0 PANDANGAN PEMIMPIN MALAYSIA TERHADAP KAUM SIKH

Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Azlan Shah, Sultan Perak

Menggambarkan kaum Sikh sebagai :

“satu komuniti walaupun kecil kuantitinya tetapi mereka telah mampu bersaing dengan

komuniti lain dalam pelbagai bidang. Sumbangan kaum Sikh kepada negara dan

khususnya negeri Perak sangat memberangsangkan…”

Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj (Perdana Menteri Pertama Malaysia) (dalam Majlis Pembukaan Gurdwara Alor Setar 1968)

“Kaum Sikh merupakan pencinta keamanaan dan warganegara setia yang telah

memainkan peranan penting untuk menegakkan kedaulatan undang-undang di negara

ini.”

Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Kedua Malaysia) (dalam Majlis Ulang tahun Guru Nanak di Kuala Lumpur 1969)

“ kaum Sikh merupakan kaum yang bertenaga dan ‘vigrant’. Malaysia amat bertuah

untuk ada liberalisasi budaya warisan Sikh…”

Tun Hussein Onn (Perdana Menteri Ketiga Malaysia) (dalam Majlis Pembukaan Gurdwara di Selangor 1976)

“…saya pernah bertugas dengan kaum Sikh dalam Indian Army dan saya berasa

bahawa kaum Sikh merupakan kaum yang berani dan setia..”

Tun Dr Mahathir Mohammed (Perdana Menteri Keempat Malaysia)

(dalam Majlis Sambutan Vaisakhi di Kuala Lumpur, 2001)

“….kaum Sikh merupakan kaum yang berdikari, berdedikasi, dinamik dan ‘exuberant…”

Page 26: A brief review of Sikh community in Malaysia

23

Tun Abdullah Haji Ahmad Badawi (Perdana Menteri Kelima Malaysia) (dalam Majlis Hi-Tea Vaissakhi di Sunway Pyramid Hotel, 2006)

“…saya pernah bekerja dengan kaum Sikh dalam jabatan awam dan saya rasa kaum

Sikh walaupun bilangan mereka kecil di negara ini tetapi mereka mereka mampu

menonjol dalam usaha menyumbang ke arah pembangunan negara..”

Dato Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak (Perdana Menteri Keenam Malaysia) (dalam Sambutan Vaisakhi Gurdwara Kuala Lumpur, 2011)

“… walaupun secara relatifnya komuniti Sikh kecil tetapi sumbangan mereka kepada

negara amat baik. Kaum Sikh telah menyumbang sejarah perkembangan negara yang

paling signifikan iaitu dalam pasukan keselamatan negara dan juga dalam bidang

professional negara seperti kedoktoran dan perguaman. Terima kasih atas segala

sumbangan anda ke arah pembangunan negara…”

15.0 KAJIAN KES Kenapa perkahwinan campur ditegah oleh kaum sikh? Perkahwinan adalah institusi sosial wajib dalam semua masyarakat, tidak kira

tradisional atau moden. Institusi sosial itu berasaskan sepasang lelaki dan perempuan

disahkan sebagai suami dan isteri, dan juga sah di sisi undan undang(Jaswant Kaur

1987: 1). Walaupun majoriti rakyat Malaysia yang berbilang kaum mengamalkan

perkahwinan sesama kaum masing-masing, namun perkahwinan campur bukanlah

fenomena sosial yang baru. Yang menarik ialah perkahwinan campur mendapat reaksi

yang berbeza-beza dalam kalangan ahli masyarakat yang berlainan itu.Tidak banyak

kajian dibuat ke atas komuniti minoriti Sikh dalam masyarakat majmuk di Malaysia.

Oleh sebab itu, satu kajian dijalankan untuk mengkaji punca kenapa orang Sikh masih

menentang perkahwinan campur sehingga sekarang. Pada tahun 1987, Jaswant Kaur

telah mengkaji sikap orang Sikh terhadap perkahwinan campur di Ipoh, Perak. Kajian

itu dianggap penting kerana sikap yang akan menentukan sama ada orang itu

menerima atau menolaknya. Beliau mengkaji sikap orang Sikh mengenai isu itu

berdasarkan empat unsur: etnosentrisme, diskriminasi, prasangka dan stereotaip.

Hasilnya, beliau mendapati komuniti Sikh adalah satu kumpulan etnik yang berpegang

Page 27: A brief review of Sikh community in Malaysia

24

kuat kepada agama, malahan kumpulan etnik itu bersifat pengelompok. Mereka amat

prihatin tentang siapa yang harus menganggotai kumpulan mereka, justeru mereka

berpegang kuat kepada prinsip endogami (Jaswant Kaur 1987: 105). Dengan kata

lain,perkahwinan campur dianggap sesuatu yang melencong dari norma kekeluargaan

kerana pertukaran agama untuk membolehkan perkahwinan campur itu dipandang

rendah oleh orang Sikh.

Tiga sebab konkrit kenapa orang sikh tidak setuju dengan perkhawinan campur?

Akan dituduh kurang berpendidikan agama dan membawa malu kepada

saudara mara serta komuniti masyarakat Sikh itu sendiri.(Sarjit 1999, p.189)

Sekiranya golongan wanita Sikh berkhawin dengan lelaki bukan berketurunan

Sikh maka tiada lagi generasi Sikh sebagai penyambung warisan kerana

gelaran Singh amat bermakna kepada kaum Sikh.

Generasi tua Sikh berpendapat sekiranya berlaku perkhawinan campur maka

terhakislah bahasa Punjabi kerana akan didominasi oleh bahasa Inggeris atau

bahasa lain sebagai bahasa pertuturan.Tambahan pula generasi akan datang

tidak akan mempelajari tulisan Punjabi atau lebih dikenali sebagai “Gurmukhi”.

Ini akan memudaratkan generasi akan datang kerana tiada lagi penyambung

warisan budaya dan juga bahasa.

Maka sebab itulah generasi tua kaum Sikh akan selalu menasihatkan anak-

anak mereka semenjak dari kecil lagi bahawa amalan perkhawinan campur

adalah tidak digalakkan dalam tradisi mereka dan mereka hanya boleh

berkahwin dengan kaum Sikh sahaja. Untuk mengelakkan mereka dari

berkhawin dengan kaum lain maka pelbagai aktiviti diadakan untuk golongan

generasi muda serta tua dengan memberi kesedaran serta memupuk semangat

“Sikhism” dalam kalangan setiap kaum Sikh agar Kaum Sikh terus terpelihara

dari ditelan kepupusan zaman. Maka tidak hairanlah anak-anak Sikh ini akan

berpegang teguh kepada nasihat yang diberikan dan disematkan dalam diri

masing-masing sehingga mereka dewasa sehingakan ke hari ini kebanyakan

kaum Sikh tak kira lelaki ataupun wanita berkhawin dengan kaumnya sendiri.

Page 28: A brief review of Sikh community in Malaysia

25

Walau bagaimanapun ada segelintir kaum Sikh yang berkhawin dengan kaum

lain di mana sehinggakan sekarang mereka dipinggirkan oleh kaum keluarga

mereka kerana bagi kaum Sikh perkahwinan campur adalah sesuatu yang

taboo dan tidak boleh diterima dan mereka sanggup untuk tidak mengaku

bahawa individu tersebut adalah anak kandung mereka.

Namun ada juga golongan Sikh yang akan menyuruh kaum lain

(sekirannya berkahwin dengan lelaki atau wanita sikh) untuk memeluk agama

Sikh dan menjadi sebahagian dari mereka. Maka proses pembaptisan akan

dijalankan seperti menyuruh kaum lain meminum amrit atau air suci. Dan fasa

terakhir pula adalah dengan memberi nama Singh untuk diletakkan di belakang

nama asal kaum lain. Sebagai contoh Raju nama India setelah pembaptisan

maka namanya akan berubah jadi Raju Singh. Namun yang demikian peratusan

penerimaan kahwin campur antara kaum Sikh dengan kaum lain amatlah sedikit

iaitu hanya 0.1% sahaja kerana tak kira golongan Sikh yang tinggi

pendidikannya atapun kurang, mereka menitikberatkan tradisi Sikhism dan

mengekalkan keaslian generasi Sikh terus berkembang tanpa adanya unsur

campuran.

16.0 PENUTUP

Sesungguhnya, kaum Sikh telah berjaya untuk menempa nama dalam pelbagai bidang

pembangunan negara walaupun mereka hanya digelar sebagai etnik minoriti di

Malaysia. Segala pegangan ajaran agama yang begitu menebal, budaya yang unik

serta sikap kepimpinan dan kegigihan yang begitu kolektif dalam kalangan masyarakat

Sikh adalah resipi kejayaan kaum Sikh di mana-mana pelosok dunia.

Page 29: A brief review of Sikh community in Malaysia

26

BIBLIOGRAPHY Dr.Daljeet. (2004). The Sikh Heritage. New Delhi: Prakash Book Depot.

Singh, G. (2000). Historical Sikh Shrines. Amritsar: Singh Brothers,Bazar Mai Sewan.

Singh, G. (2003). The Rise Of Sikhs Abroad. New Delhi: Arrt Creations.

Singh, J. G. (1996). Perspectives On The Sikh Tradition. Printwell,146,Industrial Foca

Point,Amritsar.

(Singh S. , Masyarakat Minoriti Sikh Di Malaysia , 1998, pp. 45-47) Singh, N. G. (2008). The Feminine Principle In The Sikh Vision Of The Transcendent.

New York: Cambridge University Press.

Thakur, S. (1990). Two Decades of Indian Banking: The Service Sector Scenario.

South Asia Books.

Duggal, K.S. 1993a. The Sikh People Yesterday & Today. New Delhi: UBS Publishers.

Lajwanti, Lahori. 1985. The Concept of Man in Sikhism. New Delhi: Munishiram

Manorharlal Publishers.

Nesbitt, Eleanor. 1996. Sikhism: 99-134. IN Morgan, Peggy and Lawton, Clive (eds.),

Ethical Issues in Six Religious Traditions. Edinburgh: Edinburgh University Press.

Pritam Singh Gill. 1975. Heritage of Sikh Culture. Jullundur: New Academic Publishing.

________, 1978. History of Sikh Nation. Jullundur: New Academic Publishing.

________, 1990. Trinity of Sikhism. Jullundur: New Academic Publishing.

Sarjit Singh. 1999. Diaspora Sikh dan Masalah Identiti Sikh di Malaysia. Akademika.

55: 183-192.

_______, 2001. Kedatangan Orang Sikh dan Penubuhan Gurdwara di Tanah

Melayu. Malaysia Dari Segi Sejarah. 29: 31-42.

________, 2005. Peranan Gurdwara dalam Pembentukan Identiti Sikh: Satu

Page 30: A brief review of Sikh community in Malaysia

27

Kajian Perbandingan. Tesis Doktor Falsafah, Jabatan Antropologi & Sosiologi,

Universiti Kebangsaan Malaysia.

Sarjit S. Gill. 2001. Perubahan Sosio-Budaya dan Kesannya Terhadap Identiti Komuniti

Sikh di Malaysia: satu Perbincangan Kritis: 43-52. IN Shamsul Amri Baharuddin

(ed.). Pembentukan Identiti: Sebuah Wacana. Prosiding Program Malim Sarjana

ATMA. Bangi: Institut Alam & Tamadun Melayu, UKM.

_________, 2001. Perkahwinan Campur Peranakan Punjabi di Sabah. Sari

19: 189-203.

_________, 2002. Bibliografi Komuniti Sikh di Malaysia (1937-2002). Sari

20: 169-179.

_________, 2003. Malaysian Sikhs and Gender Issues. Akademika 63: 45-55.

_________, 2003. Konsep Etika dan Moral dalam Agama Sikh. Jurnal

Pengajian India 8: 16-34.

_________, 2003. Penglibatan orang Sikh dalam Tiga Pasukan Keselamatan

Kolonial British di Malaya Sehingga 1919. e-jurnal Vol. 1. Fakulti Sains Sosial

dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia. www.fssk.ukm.my/esumber/

_________, 2003. Documentation of research on Sikhs, a Minority Community

in Malaysia (1953-2003): 453-463. IN Saran Singh Sidhu, Sikhs Gurdwara in

Malaysia and Singapore: an Illustrated History 1873-2003. Kuala Lumpur: Sikh

Naujawan Sabha Malaysia.

Sarjit S. Gill & Mohd Mahadee Hj. Ismail. 2006. Perkahwinan campur peranakan

Punjabi di Sabah: 103-118. IN Jayum A. Jawan & Zaid Ahmad. (eds.), Inter-Ethnic

Relations in Malaysia: Selected Readings. Serdang: Universiti Putra Malaysia Press

(Kaur J. , Sikap Komuniti Sikh Terhadap Perkahwinan Campur, 1987)

(Gudwara Pengekal Budaya Sikh, 2001)

(Karaj, Mac 2000)