5
SME 3023 Trends and Issues in Education for Mathematical Sciences (Mathematics Anxiety) NAMA PELAJAR : MOHD ZULHAIRI BIN ZULHAIDI NO. MATRIK : D20081032225 SEMESTER : 1 (2011/2012) NAMA PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH

Zul

  • Upload
    haieri

  • View
    663

  • Download
    1

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Zul

SME 3023Trends and Issues in Education for Mathematical Sciences

(Mathematics Anxiety)

NAMA PELAJAR : MOHD ZULHAIRI BIN ZULHAIDI

NO. MATRIK : D20081032225

SEMESTER : 1 (2011/2012)

NAMA PENSYARAH : PROF. DR. MARZITA BT PUTEH

Page 2: Zul

Tugasan fenomena masalah kebimbangan atau kerisauan dalam matematik.

1. Apakah definisi masalah kebimbangan dalam matematik?

Masalah kebimbangan terhadap matematik ditakrifkan sebagai campuran

perasaan cemas dan bimbang terhadap nombor dan menyelesaikan masalah matematik

dalam kehidupan seharian dan bidang akedemik. Masalah kebimbangan matematik boleh

menyebabkan seseorang lupa dan hilang keyakinan diri (Toblas,1978). Seseorang yang

mempunyai kebimbangan dalam matematik berasa mereka tidak beupaya melakukan

aktiviti dan kelas yang melibatkan matematik. Kebanyakkan orang yang mengalami

kebimbangan dalam matematik mempunyai perasaan takut atau fobia terhadap

matematik.

2. Mengapakah pekara ini berlaku?

Banyak faktor yang boleh mewujudkan masalah kebimbangan matematik ini

berlaku, terutama sekali kebanyakkan guru pelatih yang tidak mengajar matematik

dengan cara yang betul kerana tidak biasa dengan perubahan cara mengajar yang baharu

(Haylock,1995). Selain itu masalah kebimbangan dalam matematik ini berlaku kerana

guru pelatih ini memberikan arahan yang kurang jelas dan kekurangan dalam menjadikan

pengajaran matematik yang menarik (Lazarus,1974). Kekurangan dalam kemahiran

spatial (peka terhadap ruang,corak dan bentuk) dalam diri seseorang itu juga membantu

masalah ini berlaku dan sekaligus menjadikan matematik amat susah difahami oleh

seseorang.

3. Siapakah yang mengalami kebimbangan dalam matematik?

Masalah kebimbangan dalam matematik ini dialami sendiri oleh guru pelatih

kerana mereka kurang mempunyai pengalaman mengajar dan kurang mahir untuk

menggunakan pedekatan pengajaran yang betul dan berkesan kepada pelajar. Guru

pelatih juga mempunyai kurang keyakinan diri untuk mengajar matematik, oleh itu

mereka mengalami masalah ini. Selain daripada guru, pelajar juga turut mengalami

masalah ini kerana mereka selalu mengatakan bahawa matematik adalah subjek yang

susah bagi mereka, sekaligus memberi kesan buruk terhadap mereka iaitu kurang

keyakinan diri dalm menyelesaikan masalah matematik. Pelajar juga mengalami masalah

Page 3: Zul

ini kerana mereka selalu didesak oleh ibu bapa atau penjaga dan juga rasa tercabar

apabila ada sebilangan kawan mereka yang pandai dalam matematik. Selain itu, pelajar

yang kurang membuat latihan matematik juga akan mengalami masalah kebimbangan

dalam matematik ini.

4. Bilakah ianya berlaku?

Masalah ini berlaku apabila sesorang itu mempunyai tingkahlaku yang negatif

terhadap matematik. Masalah kebimbangan matematik ini akan berlaku pada sesorang

apabila mereka berasa takut. Sebagai contoh semasa peperiksaan ataupun ujian

matematik diberikan kepada mereka. Selain itu, ianya berlaku apabila mereka

panik,sebagai contoh apabila seseorang itu ditanyakan soalan matematik dengan spontan.

Kurang keyakinan diri juga menyebabkan masalah kebimbangan dalam matematik

berlaku.

5. Apakah yang mendorong pekara ini berlaku?

Pekara yang mendorong masalah kebimbangan dalam matematik ini berlaku

ialah, pengalaman belajar matematik. Sekiranya pengalaman belajar ini kurang,

seseorang itu akan merasa tidak yakin pada diri sendiri apabila diberi permasalahan

matematik dalam pembelajaran mahupun kehidupan seharian. Kedua, bagaimanakah cara

seseorang guru itu mengajar juga mendorong masalah ini berlaku. Ketiga, pekara yang

mendorong berlakunya masalah kebimbangan dalam matematik ialah sistem

pembelajaran matematik dan tekanan terhadap peperiksaan. Terakhir sekali iaitu, tekanan

yang diberikan oleh ibu bapa yang hanya tahu menyuruh anak mereka lulus dalam

peperiksaan dan rakan sebaya yang pandai juga menjadi tekanan kepada mereka yang

kurang mahir dalam matematik.

Page 4: Zul

6. Bagaimanakah cara bagi mengurangkan masalah ini?

Cara bagi mengurangkan masalah kebimbangan dalam matematik ini boleh

diatasi sekiranya guru boleh menjadikan pengajaran matematik adalah menarik dan juga

cara penyampaian yang jelas oleh guru tersebut. Selain itu, dalam mengatasi masalah ini,

subjek matematik adalah subjek yang memerlukan latih-tubi yang banyak dan bukan

hanya dengan membaca dan menghafal, kesan daripada latih-tubi ini, pelajar akan

menambah keyakinan diri apabila berhadapan dengan masalah matematik. Oleh itu, guru

perlulah memainkan peranan yang tinggi dalam memberi latihan kepada pelajar mereka.

Tambahan lagi, pengajaran matematik memerlukan pelajar memberi konsentrasi yang

lebih dan juga rajin dalam menyelesaikan masalah matematik.

7. Bagaimanakah cara untuk membuang masalah kebimbangan dalam matematik ini?

Pada pendapat saya, masalah kebimbangan dalam matematik ini tidak dapat

dibuang kerana masalah ini berkait rapat dengan sifat-sifat, daya pemikiran dan juga

tahap kecerdasan seseorang. Setiap inidividu adalah berbeza dan tidak ada manusia yang

sempurna sepenuhnya.