14
FACULTY OF SCIENCE & TECHNOLOGY (FST) XBOH2103 OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT SEMESTER MAY 2015 ASSIGNMENT SEMESTER: MAY 2015 NAMA: AHMAD MIRZA RUSYAIDI BIN MOHD RAFI NO IC: 930930-11-5375 NO TEL: 010-9184212 EMAIL: [email protected] TUTOR NAME CHE HAZWANI BINTI CHE MANSOR LEARNING CENTRE SHAH ALAM LEARNING CENTRE SEMESTER: 3 1 | Page

XBOH2103 OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT SEMESTER MAY 2015 ASSIGNMENT

Embed Size (px)

DESCRIPTION

XBOH2103 OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENT SEMESTER MAY 2015 ASSIGNMENT SEMESTER 3 OUM OPEN UNIVERSITY MALAYSIA

Citation preview

FACULTY OF SCIENCE & TECHNOLOGY (FST)XBOH2103OCCUPATIONAL SAFETY AND HEALTH MANAGEMENTSEMESTER MAY 2015ASSIGNMENT SEMESTER:MAY 2015NAMA:AHMAD MIRZA RUSYAIDI BIN MOHD RAFI

NO IC:930930-11-5375

NO TEL:010-9184212

EMAIL:[email protected]

TUTOR NAMECHE HAZWANI BINTI CHE MANSOR

LEARNING CENTRESHAH ALAM LEARNING CENTRE

SEMESTER: 3

ISI KANDUNGAN

Tugasan 1muka surat 3

Tugasan 2muka surat 5Tugasan 3muka surat 8

Measuring operational performance of OSH management system A demonstration of AHP-based selection of leading key performance indicators, Safety Science - Volume 73, March 2015, Pages 146166

Keselamatan dan pekerjaan sistem pengurusan kesihatan telah dilaksanakan di banyak syarikat di seluruh dunia sejak pertengahan 1980-an. Walaupun pihak-pihak berkepentingan masih mempunyai harapan yang lebih baik kepada pencegahan kecederaan dan penyakit pekerjaan, dan memperbaiki keadaan kerja, ia menunjukkan bahawa pendekatan baru kini diperlukan untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pekerjaan berkesan, termasuk pembangunan kaedah baru yang akan memudahkan pengukuran status operasi bertujuan untuk peningkatan amalan keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Kajian mengenai petunjuk prestasi keselamatan telah menyediakan konsep yang menjelaskan sebilangan kecil daripada petunjuk prestasi utama (Key Performance Indicators) untuk mengukur prestasi operasi OSH program. Sebagai mulanya proses ini, penetapan awal 109 PPIS telah dibangunkan, yang terdiri daripada 20 sub-set yang diberikan kepada individu komponen OSH program. Seterusnya, bagi pemilihan KPI kaedah Proses Hierarki Analitik (Analytic Hierarchy Process) telah digunakan. Kedudukan dan keutamaan petunjuk prestasi utama telah dibuat berhubung dengan satu set SMART (Specific, Measurable, Achievable, Relevant and Time-bound) kriteria.Objektif kertas kerja ini adalah untuk menunjukkan penggunaan kaedah AHP bagi pemilihan KPI utama bagi mengukur prestasi operasi OSH program. Set cadangan KPI perlu disesuaikan dengan keadaan tertentu perusahaan, seperti saiz, sektor industri, jenis-jenis bahaya yang berlaku, atau kematangan proses pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan.Sejak 1980- konsep OSH management dilihat sehingga ke peringkat internasional dengan International Labour Organization guidelines ILO-OSH 2001 ( ILO, 2001) yang disediakan secara terperinci akan tetapi masih lagi belum mencapai ke tahap mandatori, garis panduan keselamatan ini bertujuan bagi mengurangkar kadar kemalangan di dalam pekerjaan, nyaris kemalangan dan penyakit pekerjaan yang menyebabkan kerugian di dalam ekonomi. akan tetapi setelah 20 tahun garis panduan ini dugunakan, tiada bukti yang dapat mengesahkan keberkesanannya dalam mencegah dan mengurangkan bilangan kes kemalangan dan penyakit disebabkan pekerjaan. ini membawa kepada perlunya sistem analisis yang bersistematik. Ini menjadikan permulaannya OSH performance yang pada asalnya dijalankan oleh kumpulan daripada Canadian Institute for Work and Health (Robson et al., 2007). Akan tetapi hasil rekod yang dicatatkan menunjukkan hasil yang lemah dan masih lagi tidak dapat meyakinkan pihak umum bagi melaksanakan OSH program.Menurut beberapa kajian, OSH performance yang lemah adalah berkaitan dengan juruaudit yang tidak mempunyai pengetahuan yang tinggi dan tidak cekap di dalam bidang OSH (Blewett dan O'Keeffe, 2011). Ia juga mendakwa bahawa juruaudit OSH performance memberi tumpuan kepada memeriksa pematuhan prosedur formal sistem dengan kriteria yang berkaitan akan tetapi tidak menekankan kepada punca isu-isu teknikal, faktor manusia, dan hubungan antara pekerja dan majikan, yang sebenarnya menyediakan asas tindakan untuk kepentingan keselamatan dan kesihatan pekerjaan, (Fernndez-Muiz et al., 2012). Oleh sebab itu, perkara di atas telah membawa kepada kesimpulan bahawa ia adalah perlu bagi mencari jalan penyelesaian baru dan aturan yang akan meningkatkan prestasi OSH performance yang baru, yang seterusnya akan memberikan sumbangan positif kepada penerimaan yang lebih besar mengenai sistem-sistem ini di kalangan majikan, pekerja dan pemegang kepentingan yang lain.Mengikut daripada artikel Measuring operational performance of OSH management system A demonstration of AHP-based selection of leading key performance indicators yang telah diringkaskan serba sedikit mengenai permulaan bagi analisa OSH performance dimana saya berpendapat bahawa hasil yang dibawakan oleh pencetus kepada OSH program adalah satu usaha yang tidak perlu disiakan kerana keselamatan dan kesihatan merupakan aspek terpenting di dalam suatu pekerjaan. Andai berlaku kes yang melibatkan keselamatan atau kesihatan yang melibatkan pekerjaan ini sudah semestinya akan memakan belanja yang besar bagi pihak pengurusan bagi menanggung kerugian daripada kesan kecederaan yang ditimpa oleh pekerja di bawahnya.Bagi menghasilkan OSH performance bagi syarikat tersendiri haruslah mempunyai analisa yang tepat dan dapat diukur supaya kita dapat menilai antara sesuatu hasil daripada OSH program membawa kepada hasil yang positif atau hasil yang negatif di dalam syarikat.

PROSES YANG TERLIBAT DALAM MENGUKUR PRESTASI KKP

Saya telah secara rasminya bekerja sebagai Site Safety Supervisor di sebuah syarikat kontraktor Panflex Sdn Bhd dan telah ditugaskan bagi menjaga satu tapak pembinaan di Ara Damansara, Petaling Jaya, Selangor. Projek tapak pembinaan ini merupakan satu projek pembinaan pangsapuri servis berketinggian 15 tingkat dan satu tingkat parking bawah tanah. Bangunan ini bercirikan 4 tingkat podium tempat letak kereta dan 11 tingkat pangsapuri servis berserta satu tingkat tempat letak kereta bawah tanah. Projek pembinaan ini telah dibeli oleh syarikat Royal Paragon Sdn Bhd dan telah melantik Weida Sdn Bhd sebagai perunding. Projek bernilai RM103,500,000.00 ini telah bermula daripada 15 May 2014 dan dijangka siap sepenuhnya pada 14 June 2016. Mengikut perintah Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan 1994 menyebut mana-mana pembinaan kejuruteraan yang jumlah harga kontrak projek melebihi dua puluh juta ringgit, haruslah bagi majikan menyediakan seorang majikan daripada kelas atau jenis industri tersebut hendaklah mengambil kerja seorang pegawai keselamatan dan kesihatan.Sebagai pegawai keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tapak pembinaan saya harus menjalankan segala rangka kerja saya mengikut kepada akta-akta yang telah ditetapkan oleh Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) berpandukan OSHA 1994 (Occupational Safety and Health Act) dan AKJ 1967 (Akta Kilang dan Jentera). Di dalam rangka kerja saya juga senarai petunjuk KKP (OSH performance) juga menjadi ukuran bagi menilai tahap keselamatan bagi tempat kerja saya supaya mencapai prestasi yang cemerlang iaitu pembangunan tanpa Lost Time Injury (LTI) dari awal projek sehingga tamat projek. Dengan prestasi yang cemerlang ini juga akan dapat membawa nama saya lebih tinggi bagi menjamin kerjaya pada masa yang mendatang setelah tamat kontrak. Ini adalah impian saya sebagai pengamal program keselamatan dan kesihatan pekerjaan. Selain itu bagi saya pekerjaan sebagai pengamal keselamatan dan kesihatan pekerjaan ini adalah pekerjaan yang menanggung satu tanggungjawab yang besar dimana saya harus memastikan kesemua pekerja di bawah pantauan saya dapat bekerja di dalam suasana kerja yang selamat dan sihat dan dapat bekerja di tempat kerja yang peratusan bagi terjadinya kemalangan yang serendah mungkin.Bagi memastikan tapak kerja saya sentiasa berada di dalam keadaan yang selamat, saya haruslah memastikan segala objektif OSH programme dapat dijalankan dengan efektif kepada semua pekerja dari peringkat paling rendah sehingga ke pihak tertinggi di dalam pengurusan. Antara objektif OSH programme adalah untuk membimbing syarikat itu supaya mempunyai arah tujuan dan komitmen untuk keselamatan dan kesihatan pekerja yang merangkumi dasar syarikat dan prosedur untuk semua pekerja dan pihak-pihak lain yang berkepentingan. Ini adalah kerana sesetengah syarikat adalah amat sukar bagi mengikut segala yang diperuntukkan oleh pengamal OSH kerana di dalam suatu pembinaan tiga aspek utama harus didahulukan iaitu keuntungan, masa dan bahan material. Sekiranya kerja yang kurang memberikan keuntungan kebanyakan syarikat akan menolak keperluan bagi melakukannya.Selain daripada itu, semua salah faham yang berkaitan dengan keselamatan khusus dan aktiviti kesihatan atau isu-isu dijelaskan kepada pihak syarikat. Dengan memberi kesedaran kepada syarikat maka tiada atau kurang kemalanganan di tempat keerja berlaku yang memberikan keuntungan kepada syarikat itu sendiri kerana tiada LTI yang terjadi. LTI adalah bermaksud cuti sakit bagi bekerja kerana kemalangan di dalam aktiviti kerja. Dengan satu LTI yang terjadi di dalam projek bermaksa proses pembinaan akan kekurangan seorang tenaga pekerja profesional sepanjang tempoh LTI. Jika bilangan di dalam rekod LTI menunjukkan graf yang tinggi maka semakin banyak pihak syarikat akan menanggung kerugian terhadap masa yang diperlukan bagi menyiapkan suatu projek. Dengan ini supaya semua LTI dielakkan amalan pengawalan keselamatan dan kesihatan di tempat kerja haruslah diamalkan bagi menjadikannya sebagai objektif bagi mengukur prestasi di tempat kerja. Bagi memastikan prestasi OSH ini dapat memberi penilaian yang positif maka sebagai pengamal haruslah memastikan supaya semua yang bekerja di dalam syarikat dari semua bahagian supaya mengikut kepada segala peraturan-peraturan yang telah ditetapkan bagi pengamal keselamatan dan kesihatan yang berpandukan kepada akta yang telah disediakan oleh JKKP Malaysia. Pihak pengamal perlu diberikan kuasa bagi menguatkuasakan peraturan dan menjalankan saman bagi mengelakkan perkara yang sama berulang kepada orang yang sama ataupun lain pada masa akan datang.Bagi mencapai OSH performance juga peraturan syarikat haruslah ditulis selebih dahulu bagi memastikan semua pekerja mengikut kepada cara kerja yang selamat dan menyediakan tempat kerja yang selamat bagi mereka menjalankan kerja mereka masing-masing. Peraturan yang diusulkan oleh pihak pengamal KKP haruslah diterima dan diluluskan oleh syarikat berkenaan supaya dengan kuasa yang diberikan kepada pengamal KKP jadi sudah tentu pekerja akan mengikut peraturan-peraturan yang telah diberikan bagi mengelak daripada disaman dan pada masa yang sama secara tidak langsung di dalam situasi pekerjaan pekerja tersebut adalah lebih terjamin.Selain itu amat penting bagi memastikan OSH performance dapat dipenuhi dengan sempurna adalah dengan segala aktiviti yang dijalankan di dalam kerja merujuk kepada syarat yang diberikan oleh pengamal keselamatan dan kesihatan pekerja. Mengamalkan cara kerja yang selamat adalah amat penting bagi keselamatan seseorang pekerja. Mengikut pengamal keselamatan dan kesihatan pekerja, kemalangan terjadi kerana tiga faktor iaitu unsafe act (kelakuan tidak selamat), unsafe condition (keadaan tidak selamat) dan unsafe procedure (prosedur yang tidak selamat). Jika salah satu daripadanya dibiarkan maka akan berlaku kemalangan di tempat kerja. Unsafe condition dan unsafe procedure dapat dikawal melalui kawalan engginer akan tetapi kelakuan kelakuan pekerja yang sering mengamalkan unsafe act adalah sukar dikawal maka segala aktiviti haruslah dikawal dan diajar terlebih dahulu bagi memastikan tiada kelakuan yang merbahaya diamalkan oleh pekerja.Bagi memastikan semua pekerja bekerja mengikut kepada segala peraturan dan prosedur yang ditetapkan pengamal keselamatan dan kesihatan pekerja maka sistem komunikasi haruslah dibentuk bagi menyampaikan pesanan daripada pengamal keselamatan dan kesihatan pekerja. Sekurangnya satu kali bagi satu minggu para pekerja haruslah diberikan peringatan, nasihat dan penerangan mengenai peraturan yang harus diamalkan bagi keselamatan dan kesihatan pekerja sendiri. Selain daripada itu, pekerja-pekerja baru juga haruslah menghadiri kelas bagi mempelajari mengenai latar belakang sesuatu projek dan segala peraturan yang harus diamalkan di dalam suatu projek itu sendiri.Bagi menilai OSH performance, senarai petunjuk prestasi KKP digunakan sebagai satu cara untuk menentukan sejauh mana dasar keselamatan dan kesihatan pekerjaan dan objektif sedang dilaksanakan dan risiko dikawal tidak hanya berdasarkan apabila berlaku insiden, kerja-kerja yang berkaitan dengan kematian, kecederaan, kesihatan, penyakit, kehilangan upaya haruslah direkod.Senarai yang harus diambil kira adalah seperti:-1- Bilangan pekerja.2- Bilangan masa bekerja pekerja secara keseluruhan tanpa cuti sakit.3- Bilangan hari bekerja sehingga tarikh laporan.4- Bilangan kes kecederaan dan kesihatan yang melibatkan cuti sakit.5- Bilangan kes rawatan perubatan.6- Bilangan kemalangan melibatkan kenderaan dan mesin jentera.7- Bilangan kerosakan peralatan/ harta benda8- Bilangan insiden near miss

SAFETY PERFORMANCE FOR THE MONTH OF 1ST JUNE 2015 30TH JUNE 2015Project:Urbana Residence UR 356Project Commenced :15th May 2014Expected Completion:15th June 2016Current Target Man-hours Work without LTI:1, 000,000 hrs.NOCATEGORIESPSBSUB-CONTRACTORSGRAND TOTAL

LAST MONTHTHIS MONTHTO-DATELAST MONTHTHIS MONTHTO-DATETO-DATE

1Total man hours worked till to date 8184 hrs33 persons4800 hrs.20 persons82032 hrs.62992254 persons67920 hrs283 persons423384505416

2Total man hours worked without LTI (Loss Time Injury) 8184 hrs4800 hrs.82032 hrs.62992

67920 hrs

423384505416

3Total no. of days worked to-date31 days30 days335 days31 days30 days335 days335 days

4No.of days worked without LTI accident-------

5Loss Time Injury-------

6Medical Treatment Cases-----1-

7First Aid Cases-----1-

8Machinery / Vehicle Accident-----2-

9Equipment / property damage-----2-

10Near Misses-------

HIGHLIGHT OSH PERFORMANCE LOWLIGHTS OSH PERFORMANCE

Total man hours worked without LTI : 505416Total days worked without LTI : 335 daysSafety Induction : 4Safety Induction to date : 19No of accident before : 5This month : 0Grand total : 5

MEETING AND AUDITS SAFETY PERFORMANCE

Toolbox Meeting : 4Site Safety Audit : 1Machinery Audit : 1Safety Meeting : 1Safety Induction : 4Fogging : 4Larvaciding : 4

Senarai Petunjuk Prestasi Keselamatan Kesihatan Pekerjaan di tempat kerjaPetunjuk prestasi di atas merupakan suatu laporan yang saya dikehendaki untuk mengisi dan mengemaskini bagi setiap bulan. Petunjuk prestasi ini adalah penting bagi syarikat saya menilai samaada kadar prestasi keselamatan dan kesihatan pekerja di dalam syarikat meningkat kadar masa bekerja dan bilangan insiden direkod bagi mengawal sesuatu insiden yang sama daripada berulang lagi. Merujuk kepada senarai petunjuk prestasi keselamatan dan kesihatan pekerjaan di tempat kerja diatas, bilangan pekerja bagi setiap bulan adalah semakin meningkat dari semasa ke semasa mengikut perkembangan projek yang semakin membangun. Ini kerana jumlah pekerja mengikut tarket syarikat haruslah menaik setiap bulan bagi menunjukkan kadar pembangunan yang semakin meningkat. Jika kadar pertambahan pekerja daripada bulan sebelumnya berkurang maka ini bermakna kadar pembangunan adalah tidak memberansangkan pada bulan tersebut. Objektif kategori ini direkodkan supaya bilangan pekerja bekerja dapat direkodkan berapa pertambahan bagi setiap bulan.Total man hour works without lost time injury (LTI) bermaksud bilangan pekerja yang bekerja tanpa cuti sakit bagi setiap hari bermula dari tarikh mula rekod diambil sehingga hari akhir rekod diambil. Apabila berlaku LTI ini akan mengakibatkan bilangan jam bagi pekerja bekerja akan menurun dan ini akan menunjukkan sebanyak berapa jam pihak syarikat kerugian apabila berlakunya LTI (cuti sakit pekerja disebabkan pekerjaan). Objektif merekod LTI adalah bagi memastikan tempat kerja menunjukkan bacaan kosong (zero LTI) pada akhir projek.Total number of days worked to-date adalah bermaksud bilangan hari pekerja telah bekerja daripada hari pertama projek pembangunan dijalankan. Mengikut daripada rekod di atas bilangan hari daripada hari pertama rekod dicatatkan iaitu hari pertama projek dijalankan sehingga June 2015 adalah sebanyak 335 hari daripada awal. Bilangan hari adalah sebagai rekod timeline (garis masa) bagi perjalanan projek. Ini penting bagi pihak syarikat mengetahui adakah perjalanan projek mengikut garis masa yang ditetapkan, laju daripada yang ditetapkan ataupun telah terlewat daripada masa yang ditetapkan. Objektif bilangan pekerja direkod adalah bagi mengetahui bilangan pekerja untuk setiap bulan.Mengikut daripada jadual, rekod pernah mnunjukkan bahawa kes rawatan perubatan pernah dijalankan satu kali pada dahulu berikutan berlaku accident yang melibatkan kecederaan kepada pekerja. Akan tetapi kecederaan tidak semestinya akan membawa kepada LTI. Sesetengah kecederaan hanya memerlukan rawatan daripada rawatan kecemasan (first aid cases) dan pekerja mampu menyambung pekerjaan semula apabila kesan luka daripada kecederaan tersebut telah dirawat bagi mengelakkan infeksi terjadi kepada pekerja tersebut. Mengikut daripada rekod tersebut juga menunjukkan bahawa pada bulan ini tiada kes rawatan perubatan yang telah dilakukan. Ini bermakna kawalan keselamatan dan kesihatan pekerja adalah efektif dan secara tidak langsung dapat meminima bilangan kecederaan di dalam tempat kerja. Objektif bagi kes rawatan perubatan dan kes first aid kit adalah tiada pekerja yang terpaksa dilakukan rawatan perubatnMachinery or equipment accident telah dilaporkan pernah berlaku insiden sebanyak 2 kali pada masa lalu dan tiada rekod telah dilaporkan pada bulan ini. Ini bermakna setelah berlakunya kemalangan pada waktu dahulu yang melibatkan kerosakan kelengkapan, tindakan telah dijalankan bagi mengelak daripada perkara yang sama turut berulang lagi pada masa mendatang. Objektif machinery equipment direkod adalah bagi mengawal mesin daripada berlaku kerosakan pada masa akan datang dengan sentiasa memantau pemasangan sesuatu peralatan dengan sempurna bagi tidak mengelakkan kelengkapan rosak.Near miss incident direkodkan tiada berlaku sehingga tarikh sekarang bermakna tidak ada kemalangan yang melibatkan kecederaan kepada pekerja dan harta benda sehingga tarikh hari ini. Objektif keselamatan dan kesihatan pekerjaan bagi near miss insiden adalah semoga tiada berlaku sebarang incident pada masa akan datang supaya rekod sentiasa bersih daripada kemalangan pada masa akan datang.2 | Page