21
JM10790/10 JMS 319 KANDUNGAN Pendahuluan 2 Faktor-Faktor Berlaku Revolusi 3 Peranan Sun Yat-Sen 4 Kesimpulan 11 Lampiran 12 Bibliografi 13

SUMBANGAN SUN YAT SEN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

HISTORY

Citation preview

Page 1: SUMBANGAN SUN YAT SEN

JM10790/10 JMS 319

KANDUNGAN

Pendahuluan 2

Faktor-Faktor Berlaku Revolusi 3

Peranan Sun Yat-Sen 4

Kesimpulan 11

Lampiran 12

Bibliografi 13

Page 2: SUMBANGAN SUN YAT SEN

JM10790/10 JMS 319

Soalan 2

“From 1895 until 1912, Dr Sun Yat-sen spent his years in exile. He became a “globetrotter

with a cause”, sailing several times around the world to campaign for the Chinese

Revolution.” Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan peranan Sun Yat-sen dalam

Revolusi 1911 di China.

PENDAHULUAN

Selepas bertahun-tahun rakyat Cina menderita dengan keadaan politik, ekonomi dan

sosial yang tidak stabil di China maka munculah gerakan-gerakan nasionalis Cina yang

menghendaki revolusi. Rakyat China memerlukan revolusi iaitu membuang order lama dan

menubuhkan republik. Pergerakan anti-Manchu mula kedengaran di sana sini. Kita boleh

mengkaji pertumbuhan nasionalis China jika kita menelusuri sejarah karier ‘Bapa Kongsi Gelap

China’ Dr. Sun Yat-sen. Dr Sun Yat-sen tidak asing bagi kita. Dr Sun Yat-sen adalah

pemimpin revolusi China. Beliau selalu digelar sebagai Bapa Republik China. Dr Sun Yat-sen

adalah alat yang digunakan oleh The Hidden Hand untuk membuang sistem monarki China.

Revolusi telah mengakhiri pemerintahan imperial China dan membuka kepada pemerintahan

republik. Selepas revolusi, Dr Sun Yat-sen telah mengetuai Koumintang, iaitu satu parti

nasionalis yang menyatukan dan menguatkan China.

Sun Yat –sen(1866-1925), dikenali sebagai Bapa Revolusi China. Beliau telah dilahirkan

pada 12 November 1866 di Hsiang-shan sebuah kampong 40 batu di selatan Canton.1 Beliau

mula memasuki alam persekolahan pada usia 6 tahun. Memperolehi pendidikan tradisional

sehingga berumur 12 tahun. Pada peringkat awal, abangnya telah menjemput Sun Yat-sen

mengikutnya ke Honolulu tetapi tidak mendapat kebenaran oleh keluarganya kerana pada masa

itu Sun Yat-sen masih terlalu muda. Pada tahun 1879, beliau dihantar ke Hawaii dan tinggal

1 Immanuel C. Y. Hsu. (1990).The Rise of Modern China – Fourth Edition.Oxford Uni.Press. hlm.454.

Page 3: SUMBANGAN SUN YAT SEN

JM10790/10 JMS 319

bersama saudara tuanya Sun Mei atau Sun Teh Chang. Di Hawai beliau memasuki Sekolah

Lolani Mubaligh Anglican.2 Sejak itu, beliau dipengaruhi oleh idea-idea Barat dan tidak lagi

percaya kepada unsur-unsur tradisi dan konservatif China. Hal ini terbukti bila beliau memotong

tocangnya dan kemudiannya memeluk agama Kristian. Pada tahun 1883, beliau kembali ke

China dan memasuki sekolah perubatan di Hong Kong. Selepas mendapat diploma perubatan

dan pembedahan beliau mempraktikkannya di Macau. Setahun kemudian, beliau berpindah ke

Canton dan menyumbang perkhidmatan percuma kepada mereka yang memerlukan. Tujuannya

ini semata-mata untuk mendapat sokongan daripada orang ramai3

FAKTOR-FAKTOR BERLAKU REVOLUSI

a) Kelemahan kerajaan Manchu

i. Rakyat ingin menggulingkan kerajaan Manchu kerana pegawai-pegawainya telah

mengamalkan korupsi dan penyelewengan.

ii. Kerajaan Manchu juga sering mengalami kekalahan dalam peperangan-peperangannya

dengan Barat. Ini menyebabkan rakyat China menganggap yang Manchu telah ‘hilang mandat

dan syurga’ dan perlu digantikan dengan kerajaan yang baru. Oleh itu rakyat China telah

menyokong idea Dr. Sun Yat Sen untuk menubuhkan kerajaan republik.

b) Kesengsaraan sosio-ekonomi rakyat China

i. Rakyat China semakin sengsara dari segi sosio-ekonomi apabila negara mereka sering

dilanda bencana-bencana alam seperti kemarau, banjir dan tanah runtuh. Keadaan ini

2 Lyon Sharman, Sun Yat-sen: His Life and Its Meaning (Stanford: Stanford University Press, 1968, hlm 10.3 Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Universiti Malaya, 2009, hlm 101.

Page 4: SUMBANGAN SUN YAT SEN

JM10790/10 JMS 319

menyebabkan rakyat hilang punca pendapatan serta bekalan makanan yang tidak mencukupi. Ini

menyebabkan mereka telah menyalahkan kerajaan Manchu.

ii. Manchu juga tidak begitu menghiraukan kebajikan rakyat terutama orang-orang China tulen.

Ini telah menyemarakkan lagi perasaan anti-Manchu di kalangan rakyat.

c) Pengaruh gerakan revolusioner

Rakyat China juga telah terpengaruh dengan idea-idea revolusioner yang dibawa oleh golongan

intelek seperti Kang Yu Wei, Liang Chi Chao dan Dr Sun Yat-sen. Keadaan ini turut

mempercepatkan lagi berlakunya revolusi ini.

d) Kemajuan sistem komunikasi dan pengangkutan

Kemajuan sistem komunikasi seperti sistem telegraf dan pos serta sistem pengangkutan seperti

jalan raya dan jalan kereta api telah menyebabkan aliran perjuangan revolusi dapat disebarkan

dengan cepat di seluruh negara China terutama ke kawasan pedalaman. Keadaan ini

mempercepatkan lagi proses revolusi.

e) Tindakan Manchu memilik negarakan jalan-jalan kereta api

Keadaan ini telah menyebabkan timbul rasa tidak puas hati di kalangan pembesar-pembesar

wilayah yang telah hilang punca pendapatan mereka sejak sekian lama. Ini menyebabkan

golongan pembesar ini telah menyokong golongan revolusi.

PERANAN SUN YAT-SEN

Semasa menuntut di Kolej Perubatan Hong Kong, Sun Yat-sen memperlihatkan

kecenderungan ke arah perkembangan politik moden terutamanya mengenai nasionalisme,

demokrasi cara Amerika dan sejarah revolusinya. Keadaan politik di Hawaii dan Hong Kong

Page 5: SUMBANGAN SUN YAT SEN

JM10790/10 JMS 319

telah mempengaruhi beliau. Perbezaan yang begitu menonjol antara China, Hong Kong dan

Hawaii benar-benar mempengaruhinya untuk menggulingkan sistem monarki dan menubuhkan

kerajaan yang bercorak republik di China. Beliau sengaja memilih Hong Kong bagi melanjutkan

pelajarannya kerana dari sana beliau senang berhubung dengan penduduk tanah besar bagi

menyebarkan faham revolusinya.4 Ideologi Dr. Sun Yat-sen yang dikemukakan melalui Tiga

Prinsip Rakyat (San Min Chu-1) iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan rakyat telah

membawa kepada revolusi.

Ideologi ini juga telah menyumbang kepada pekembangan revolusioner di China yang

telah mempengaruhi ramai orang China. Dr. Sun Yat-sen dan pengikut-pengikutnya telah

merancang, mengatur dan mengetuai sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan

di China, antara tahun 1895 dan 1911. Meskipun pemberontakan -pemberontakan ini mengalami

kegagalan, namun secara tidak langsung turut menyebabkan kemerosotan pengaruh dan martabat

kerajaan Manchu. Usaha yang dimainkan oleh Dr. Sun Yat-sen jelas menunjukkan kejayaan

kepada pembentukan Republik China melalui Revolusi China yang meletus pada tahun 1911 atas

pimpinan beiau sendiri.

Dalam usaha mengadakan revolusi, Dr. Sun Yat-sen berpendapat sokongan orang-orang

Cina seberang laut amatlah penting. Justeru itu, pada 24 November 1894, beliau belayar ke

Honolulu dan dengan bantuan abangnya, beliau telah menubuhkan “Hsiung Chung Hui” atau

“Persatuan Memulihkan Negara China” dengan keahliannya seramai 112 orang yang

kebanyakannya golongan sarjana. Hal ini merupakan persatuan pertama yang ditubuhkan oleh

Dr. Sun Yat-sen dengan slogan perjuangannya “Singkirkan Orang-orang Manchu, Pulihkan

4 Yusoff Iskandar Khaliil Yusoff, Diskusi Sejarah, Teks Publising, Pulau Pinang, 1979, hlm 425

Page 6: SUMBANGAN SUN YAT SEN

JM10790/10 JMS 319

Pemerintahan Orang-orang China dan Tubuhkan Republik dan Wujudkan Persamaan dalam Soal

Tanah”5.

Dr. Sun Yat-sen telah menghantar utusan kepada orang-orang Cina di luar Negara

melalui kawan Portugis iaitu Francisco Fernandes.

“During the same period of renewed political interest, he assumed the anonymous editorship of a Chinese supplement to the Portugese weekly published by his friend, Francisco Fernandes, in Macao. The paper circulated among the overseas Chinese, and is said to have carried violently anti –Manchu propaganda.”6

Hsiung Chung Hui merupakan pertubuhan politik yang pertama ditubuhkan di luar negeri

dan mempunyai hubungan dengan cawangan-cawangannya. Pertubuhan ini ditubuhkan secara

sulit di wilayah-wilayah dalam China bagi mencari sokongan dan bantuan untuk menggerakkan

revolusi. Tujuannya ialah untuk menjalankan gerakan bagi menggulingkan Dinasti Manchu.

Cawangan-cawangan Hsing Chung Hui telah ditubuhkan di Canton, Macau dan Hong Kong.

Pada tahun 1895, Sun Yat Sen telah melancarkan pemberontakan di Canton dan pada tahun 1900

di wilayah Kwangtung. Beliau juga telah mempengaruhi orang-orang Cina ke arah gerakan anti

Manchu.

Kegiatan awal kesatuan itu ialah menawan Conton untuk dijadikan tapak perjuangannya

ke kawasan-kawasan lain. Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya. Ini kerana belumpun

sempat rancangannya dilaksanakan pihak pemerintah sudah dapat menghidu pergerakkan

mereka. Dr Sun Yat-sen dan rakan-rakannya terpaksa melarikan diri ke Jepun yang merupakan

satu-satunya negara yang bersimpati dengan perjuangannya. Semasa berada di Yokohama, beliau

5 Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Universiti Malaya, 2009, hlm 102. 6 Harold Z. Schiffrin. 1970. Sun Yat-Sen And The Origins Of The Revolution. University of California.Hlm. 33

Page 7: SUMBANGAN SUN YAT SEN

JM10790/10 JMS 319

telah menubuhkan semula kesatuannya itu dan menyusun langkah-langkah yang perlu

dilakukan.7

Kemudiannya Dr Sun Yat Sen melarikan diri ke ke Amerika. Dari Amerika, beliau telah

pergi ke London dan ditahan oleh agen-agen Manchu. Walau bagaimanapun, campur tangan

gurunya Sir James Cantlie dan dengan kerjasama Kerajaan British, beliau telah dibebaskan.

Peristiwa ini meninggalkan kesan yang penting ke arah mempercepatkan lagi proses perjuangan

revolusi kerana akhbar London menyiarkan secara besar-besaran. Beliau kemudiannya melawat

negara-negara Eropah dan juga Jepun dengan tujuan untuk mendapat sokongan orang-orang Cina

seberang laut ke arah melancarkan Revolusi China. Pada peringkat awal kegiatannya, Sun Yat

Sen mendapat saingan daripada pertubuhan yang memperjuangkan pengekalan sistem monarki di

negeri China iaitu Emperor Protection Society di bawah pimpinan Kang Yu Wei dan Liang Chih

Chao. Mereka menolak idea melancarkan revolusi dan membentuk sebuah republik.

Sepanjang tahun 1902-1905, Sun Yat-sen mengembara ke Vietnam, Singapura, Tanah

Melayu, Sarawak, Jepun, Honlulu dan Amerika Syarikat untuk mencari sokongan moral dan

kewangan8. Sungguhpun mendapat saingan dari Emperor Protection Society, ia tidak

menghalang cita-cita Dr Sun Yat-sen untuk meneruskan gerakan menjatuhkan Dinasti Manchu.

Sebenarnya bagi orang yang telah sedia tertanam semangat revolusi seperti Dr Sun Yat-sen,

dimana-mana beliau pergi, segala yang dilihatnya semuanya menambahkan lagi semangat

revolusinya itu. Apabila berada diluar negara, semangat beliau semakin membara untuk

menjatuhkan dan menumbangkan dinasti Ching kerana melihat segala macam pembangunan dan

kebebasan dikalangan rakyat dan ini jauh berbeza dengan keadaan yang dialami oleh penduduk

7 Yusoff Iskandar Khaliil Yusoff, Diskusi Sejarah, Teks Publising Sdn Bhd, Pulau Pinag, 1979, hlm 4258 Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Universiti Malaya, 2009, hlm 102.

Page 8: SUMBANGAN SUN YAT SEN

JM10790/10 JMS 319

China. Oleh itu dengan penuh kesedaran Dr Sun Yat-sen berhasrat akan menumbangkan Dinasti

Ching dengan apa cara sekalipun. Itulah azam dan perjuangannya yang begitu kental.

Atas galakkan daripada penuntut-penuntut China di luar Negara, Dr Sun Yat-sen mula

memikirkan usaha untuk menubuhkan parti revolusi. Oleh sebab keperluan untuk menubuhkan

semua kumpulan revolusi dalam sebuah organisasi bertujuan untuk mengelakkan pertindihan

usaha dan perebutan kuasa antara mereka.9

Di Jepun, beliau menghidupkan Hsiung Chung Hui. Antara tahun 1903 hingga tahun

1904, beliau sering berulang-alik antara Jepun, Hawaii, Amerika dan Eropah. Dalam musim

panas tahun 1905, beliau pulang ke Jepun dan bertemu dengan dua orang nasionalis China iaitu

Huang Hsung dan Sung Chiao Jen. Dengan galakkan dan sokongan Kerajaan Jepun, Dr Sun Yat-

sen dan pengikut-pengikutnya telah berjaya mengumpulkan orang-orang China dari pelbagai

golongan di Tokyo. Dalam perjumpaan yang besar ini, Dr Sun Yat-sen telah menubuhkan Tung

Meng Hui atau Liga Bersatu pada 20 Ogos 1905. Tung Meng Hui merupakan gabungan Hsiung

Chung Hui dengan 2 persatuan revolusioner yang lain iaitu Hua Hsiung Hui dan Kung Fu Hui.

Tujuan Tung Meng Hui ialah untuk menggulingkan Kerajaan Manchu dan menubuhkan sebuah

republik di China.

Pada tahun 1905, Dr Sun Yat-sen sekali lagi melawat Eropah dan Jepun dengan tujuan

untuk mendapat sokongan penuntut-penuntut China di sana. Beliau telah mengadakan pertemuan

dan menubuhkan perkumpulan-perkumpulan pelajar di Tokyo, Brussels, Paris, Berlim, London

dan lain-lain. Beliau telah berjaya mempengaruhi mereka ke arah melaksanakan revolusi bagi

menggulingkan Dinasti Manchu. Tung Meng Hui ditubuhkan dengan tujuan untuk

menggulingkan Dinasti Manchu dan menubuhkan sebuah republik di China. Selain itu, Tung

9 Suffian Mansor, Sejarah China Moden, Universiti Malaya, 2009, hlm 102.

Page 9: SUMBANGAN SUN YAT SEN

JM10790/10 JMS 319

Meng Hui juga akan menjadikan tanah-tanah hak kerajaan dan menghapuskan penguasaan

kuasa-kuasa asing di China.

Pimpinan Tung Meng Hui dikuasai oleh Dr Sun Yat-sen dan Tung Meng Hui merupakan

pertubuhan revolusiner yang paling berkesan yang terdapat di China ketika itu. Anggota-anggota

Tung Meng Hui berjumlah 10,000 orang dalam tempoh setahun penubuhannya. Cawangan-

cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Singapura, Brussels, San Francisco dan Honolulu.

Manakala di China, cawangan-cawangan Tung Meng Hui telah ditubuhkan di Hankow,

Wuchang dan Hanyang. Dr Sun Yat-sen telah melawat tempat-tempat di mana terdapat orang-

orang Cina seberang laut dengan tujuan untuk mendapat sokongan mereka ke arah menjayakan

Revolusi China. Melalui cawangan-cawangan seberang laut Tung Meng Hui, Dr Sun Yat-sen

mendapat bantuan kewangan dan merekrut sukarelawan bagi melaksanakan revolusi.

Dr Sun Yat-sen telah memainkan peranan penting dalam perkembangan perasaan anti-

Manchu di kalangan orang-orang China. Beliau berjuang bersungguh-sungguh untuk

menyebarkan perjuangannya di kalangan orang-orang China, khasnya di kalangan mereka yang

berada di seberang laut. Beliau berkhutbah pemberontakan nasionalis melalui rencana-rencana

akhbar. Beliau telah menerbitkan akhbar sendiri iaitu Ming Pao. Melalui penerbitan ini, idea-idea

republik beliau disebarkan. Selain berjaya mengumpulkan dan mempengaruhi orang-orang China

yang berada di Jepun, terutamanya para pelajar, beliau juga berkunjung ke merata tempat di

dunia khasnya di Amerka dan Eropah. Tujuannya ialah mendapat sokongan moral dan material

dari masyarakat China di luar negeri. Kesungguhan beliau telah menghasilkan kejayaan. Beliau

berjaya mendapat sokongan moral mereka, khasnya dari segi kewangan. Sokongan tersebut

sangat penting bagi membolehkan Tung Meng Hui menjalankan kegiatan pemberontakan di

China. Hasil usaha Dr Sun Yat-sen yang bersungguh-sungguh itu menyebarkan Tung Meng Hui

Page 10: SUMBANGAN SUN YAT SEN

JM10790/10 JMS 319

begitu popular dan mendapat sambutan dari pelbagai golongan sama ada dalam atau luar negeri.

Gerakan revolusioner pimpinan Dr Sun Yat-sen mendapat sokongan pelajar, rakyat China yang

tidak puas hati dengan Kerajaan Manchu, ahli-ahli kongsi gelap dan tentera China yang

dilatihkan secara Barat.

Perjuangan beliau menjadi lebih berkesan dan menarik sokongan orang-orang China

kerana beliau mengemukakan ideologi dan prinsip perjuangan. Beliau mengemukakan prinsip

rakyat atau San Min Chui iaitu nasionalisme, demokrasi dan kebajikan rakyat. Dr Sun Yat-sen

telah mengemukakan ideologi revolusi yang jelas dalam menjayakan perjuangannya. Langkah

awal yang dijalankan oleh Dr Sun Yat-sen ialah untuk menyedarkan “Fahaman Republik” di

kalangan orang-orang Cina supaya perjuangannya akan mendapat sokongan ramai. Prinsip

perjuangan Dr Sun Yat-sen dikenali sebagai Tiga Prinsip Rakyat atau San Min Chu I iaitu

nasionalisme, demokrasi dan kebajikan sosial atau penghidupan rakyat. Prinsip “nasionalisme”

dikhaskan kepada orang-orang Cina dalam perjuangan membebaskan negeri China dari Kerajaan

Manchu. Walau bagaimanapun, perjuangan Dr Sun Yat-sen menyentuh imperialisme Barat

kerana beliau mendapat sokongan dan bantuan kuasa-kuasa Barat. Prinsip kedua iaitu

“demokrasi” bertujuan untuk menggantikan pemerintahan Manchu atau pemerintahan monarki

kepada corak republik atau demokrasi. Prinsip ketiga bermaksud pemerintahan yang akan

mengutamakan kebajikan rakyat. Ideologi San Min Chu I telah menyumbangkan kepada

perkembangan gerakan revolusiner di negeri China kerana ramai orang Cina telah dipengaruhi

olehnya. Tujuannya untuk melaksanakan prinsip-prinsip tersebut.

Antara tahun 1895-1911, Dr Sun Yat-sen dan pengikutnya telah merancang, mengatur

dan mengetuai sepuluh pemberontakan dan beberapa pembunuhan di negeri China. Walaupun

pemberontakan-pemberontakan itu gagal tetapi ianya telah mengakibatkan kemerosotan

Page 11: SUMBANGAN SUN YAT SEN

JM10790/10 JMS 319

pengaruh dan martabat Kerajaan Manchu. Pemberontakan Wuchang di bawah pimpinan Li Yuan

Hung yang meletus pada 10 Oktober 1911 yang menandakan permulaan Revolusi China

dimulakan oleh tentera-tentera China yang dipengaruhi oleh Tung Meng Hui. Wilayah-wilayah

lain dibawah pengaruh Tung Meng Hui juga turut meberontak dan mengisytiharkan bebas dari

Kerajaan Peking. Revolusi ini telah menyebabkan kejatuhan Dinasti Manchu dan penubuhan

sebuah republik di China apabila Maharaja Hsuan Tung atau Pu Yi diturunkan takhta pada 12

Februari 1912.

KESIMPULAN

Revolusi China bermula dengan rasminya pda 10 Oktober 1911 dan Dr Sun Yat-sen tidak

berada di China semasa meletusnya revolusi tersebut. Beliau hanya mengetahui mengenai

revolusi melalui akhbar semasa berada di Amerika. Beliau kembali ke China pada 25 Disember

1911 dan dilantik sebagai Presiden Sementara pada 29 Disember 1911. Dr Sun Yat-sen

memegang jawatan tersebut secara rasminya pada 1 Januari 1912. Akibat dari saingan Yuan Shih

Kai, Dr Sun Yat-sen telah menyerahkan jawatan Presidennya kepada Yuan Shih Kai pada 15

Februari 1912.

Revolusi ini telah berjaya menjatuhkan kerajaan beraja mutlak dan digantikan dengan

kerajaan republik. Walau bagaimanapun, kerajaan republik ini tidak dapat dijalankan sepenuhnya

kerana pemimpin dan rakyat negara China tidak memahami istilah republik. Keadaan ini

menyebabkan muncul golongan beridealogi komunis yang kemudiannya berjaya menubuhkan

kerajaan Republik Komunis mulai tahun 1949.

Lampiran

Page 12: SUMBANGAN SUN YAT SEN

JM10790/10 JMS 319

Dr Sun Yat-sen

Bibliografi

Page 13: SUMBANGAN SUN YAT SEN

JM10790/10 JMS 319

Harold Z. Schiffrin, 1970. Sun Yat-Sen And The Origins Of The Revolution. University of California.

Lyon Sharman, 1968, Sun Yat-sen: His Life and Its Meaning Stanford: Stanford University Press.

Suffian Mansor, 2009. Sejarah China Moden, Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Yusoff Iskandar Khaliil Yusoff, 1979 Diskusi Sejarah, , Pulau Pinang: Teks Publising Sdn Bhd.

Page 14: SUMBANGAN SUN YAT SEN

JM10790/10 JMS 319

JMS 319/3 - SEJARAH CHINA MODEN

SOALAN 2

“From 1895 until 1912, Dr Sun Yat-sen spent his years in exile. He became a “globetrotter with a cause”, sailing several times around the world to campaign for the Chinese Revolution.” Berdasarkan pernyataan tersebut, bincangkan peranan Sun Yatsen dalam Revolusi 1911 di China.

PENGURUS KURSUS : DR. KU BOON DAR

NAMA PELAJAR : ARBA’ANAH BT BASERAN

MATRIK : JM 10790/10

KAD PENGENALAN : 690604085684