Sistem Atmosfera PBS 05 - Awan

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 05 - Awan

    1/4

    TAJUK : AWAN

    a) i) Apakah yang dimaksudkan dengan awan. [ 3 Markah ]

    Maksud Awan:

    Awan ialah bintik-bintik air yang halus ataupun habur-hablur ais yang amat halus yang terapung-

    apung di dalam atmosfera pada ketinggian yang berlainan dari permukaan bumi. Darjah keterapungan

    bintik-bintik air ini amat bergantung kepada kadar proses pemelowapan yang terjadi. Jika pemelowapan

    mencapai tahap tepu maka bintik-bintik air tersebut akan bertukar menjadi titisan-titisan air yang akan

    dilepaskan oleh awan sebagai kerpasan. Sifat awan yang terbentuk adalah berbagai-bagai, ada yang nipis,

    tebal, bergelombang, berkelompok kecil atau besar dan juga berjalur.

    ii) Namakan tigajenis awan yang terdapat di kawasan Tropika [ 3 Markah ]

    Di antara jenis-jenis awan yang terdapat di kawasan Tropika ialah:

    1. Awan stratus ataupun awan berlapis-lapis yang rendah lokasinya.

    2. Awan kumulus humulis atau awan bulat yang bergumpalan juga rendah lokasinya

    3. Awan Kumulosnimbus atau awan tegak yang tebal.4. Awan sirus atau awan nipis yang tinggi seperti sirostratus dan sirokumulus.

    (1 jenis awan = 1 markah. 3 jenis = MAX 3 M)

    b). Terangkan bagaimana awan terbentuk [ 4 Markah ]

    Awan terbentuk melalui kombinasi dua proses berikut:

    1. Proses sejatan : Tenaga matahari akan menyejatkan permukaan air seperti sungai, tasik, kolam , laut

    dan sebagainya menukarkannya menjadi wap-wap air. Tenaga haba seterusnya memanaskan udara di

    sekitar permukaan air ini dan menyebabkan udara yang mengandungi wap-wap air tersebut menjadi lebihringan dan bergerak naik terapung di dalam atmosfera dalam bentuk bungkusan udara (air parcell)

    2. Proses pemelowapan. Seterusnya wap-wap air dalam bungkusan udara tadi (air parcell) akan mengalami

    penyejukan adiabatik apabila ketinggiannya bertambah. Wap-wap air tersebut akan bertukar menjadi

    bintik-bintik air yang seterusnya berkumpul menjadi awan yang terapung di dalam atmosfera. Bintik-bintik

    air ini seterusnya akan bergabung dengan partikel debu, garam dan asap di udara untuk membentuk titisan

    awan yang lebil tebal. Titisan air yang bergabung sesama sendiri akan bertambah dari segi saiz dan berat,

    menjadi tepu dan seterusnya kerpasan akan dilepaskan dari gumpalan awan tersebut.

    (Pemarkahan : 2 proses x 2 markah = MAX 4)

    1

  • 8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 05 - Awan

    2/4

    c) Jelaskan pengaruh awan terhadap fenomena cuaca setempat [ 7 Markah ]

    Pengaruh awan terhadap fenomena cuaca setempat:

    Berdasarkan kepada sifat-sifat kemendungan awan kita boleh meramalkan kemungkinan-kemungkinan

    fenomena cuaca setempat yang boleh berlaku seperti hujan lebat, ribut petir, kabus dan kabut, cuaca panas

    dan sebagainya.

    1. Menyebabkan berlakunya hujan lebat. Awan yang tebal dan berat berpotensi untuk turunnnya hujan

    lebat. Proses hujan hanya dapat berlaku jika bintik-bintik air dalam awan tersebut mula mengalami proses

    pemelowapan yang berterusan dan bergabung untuk membentuk titisan-titisan air yang lebih besar dan

    menjadi cukup berat untuk membentuk hujan. Pembentukkan satu titisan air hujan memerlukan gabunganberjuta-juta wap-wap air di dalam awan. Hujan lebat lazimnya datang dari awan kumulosnimbus yang

    dikenali sebagai hujan perolakan.

    2. Menyebabkan berlakunya kilat dan petir. Awan mendung yang gelap khususnya awan

    kumulosnimbus kerap kali menghasilkan fenomena kilat dan petir. Ini kerana awan tersebut mengandungi

    cas-cas elektrik yang berbeza. Kilat dan petir merupakan fenomena yang biasanya berlaku serentak dengan

    hujan perolakan. Kilat dan petir terjadi apabila titisan air hujan berpecah, dimana bahagian yang besartinggal di lapisan bawah awan manakala bahagian yang kecil akan di bawa oleh udara ke bahagian atasawan. Semasa pemecahan titisan air hujan ini maka cas-cas negatif dan positif dalam titisan air hujan itu

    juga turut terpecah dan berkumpul mengikut lokasi titisan besar dan titisan kecil berkenaan. Apabila cas

    positif dan negatif bertemu maka berlakulah kilat. Sebaik sahaja terjadinya kilat, keadaan kekosongan

    tenaga telah terbentuk di dalam kumpulan awan tersebut akibat pembebasan tenaga elektrik semasa kilat.

    Apabila wujud kekosongan ini maka kedua-dua belah awan di atas dan di bawah akan bergerak dengan laju

    bagi mengisi kekosongan tersebut. Kesannya berlakulah perlanggaran antara lapisan awan atas dengan

    lapisan awan bawah. Perlanggaran inilah yang akan menghasilkan petir.

    3. Kabut dan kabus. Kabus dan kabut adalah sejenis awan stratus yang sangat rendah dan lokasinya

    amat hampir dengan permukaan bumi. Kabut dan kabus terjadi akibat proses pemelowapan yang berlaku

    berhampiran dengan permukaan bumi. Walaupun proses kejadiannya adalah sama tetapi terdapat perbezaan

    yang nyata antara kabut dengan kabus. Perbezaan ini dapat dilihat daripada segi kepadatan atau

    ketebalannya. Kabut adalah lebih padat dan mempunyai saiz titisan air yang lebih besar berbanding dengan

    kabus yang mempunyai saiz titisan air yang halus dan kecil saiznya. Daripada segi jarak penglihatan

    dengan mata kasar, kabut adalah lebih pendek iaitu kurang dari satu kilometer sementara kabus adalah

    lebih panjang jarak penglihatannya iaitu antara satu hingga dua kilometer. Perbezaan jarak penglihatan ini

    adalah disebabkan oleh kepadatan atau ketebalan titisan air yang berbeza-beza yang wujud antara kedua-

    duanya.

    4. Suhu dan kelembapan udara. Ketebalan dan kemendungan awan juga mempengaruhi kelembapan

    udara dan suhu setempat. Awan mendung, udara akan menjadi lembab kerana ia mengandungi banyak

    wap-wap air dan ini akan merendahkan suhu sekitar. Sebaliknya awan yang cerah dan nipis akan

    mengurangkan peratus kelembapan udara (udara kering) yang akan meningkatkan indeks suhu sekitar.

    (Pemarkahan : 4 isi x 2 Markah = 8 Markah 1 Markah. MAX 7 )

    2

  • 8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 05 - Awan

    3/4

    d) . Huraikan empatkesan ketiadaan awan terhadap aktiviti manusia. [ 8 Markah ]

    Empat kesan ketiadaan awan terhadap aktiviti manusia ialah:

    1. Menjejaskan aktiviti pertanian. Ini kerana ketiadaan awan akan mengurangkan hujan yang

    seterusnya menyebabkan kemarau yang berpanjangan. Kekurangan air akan menjejaskan tumbesarantanaman seperti padi sawah yang seterusnya menjejaskan produktiviti tanaman tersebut. Selain itu aktiviti

    penternakan juga turut terjejas khususnya akuakultur.

    2. Menjejaskan aktiviti pelancongan. Ketiadaan awan menyebabkan cuaca panas melampau. Ini akan

    menjejaskan aktiviti pelancongan khususnya di kawasan bersalji kerana salji akan mencair. Selain itu cuaca

    panas juga akan mengehadkan aktiviti riadah dan bersukan.

    3. Menggalakkan fenomena kebakaran. Ketiadaan awan menyebabkan cuaca panas yang kelak akan

    mempercepatkan kebakaran seperti kebakaran hutan. Ini menyebabkan pula fenomena jerebu. Dalam

    keadaan cuaca panas dan kering, partikel-partikel terampai akan terapung dalam udara yang mengurangkan

    jarak penglihatan. Ini meningkatkan risiko kemalangan jalanraya.

    4. Menjejaskan bekalan air kepada penduduk. Ketiadaan awan bererti kurangnya hujan. Ini akanmenggangu kitaran hidrologi, mengurangkan sumber air sungai, tasik, paya dan air tanih. Empangan juga

    kekeringan air yang kelak akan menjejaskan bekalan air domestik seperti untuk minum, mencuci,

    menyiram tanaman dan lain-lain. Apabila bekalan air berkurangan ia akan menjejaskan kesihatan manusia

    melalui perebakan penyakit dan juga kehilangan air dalam badan (dihidrasi).

    (Pemarkahan : 4 isi x 2 Markah = 8 Markah )

    3

  • 8/2/2019 Sistem Atmosfera PBS 05 - Awan

    4/4

    4