Upload
popopino13
View
291
Download
0
Embed Size (px)
DESCRIPTION
N
Citation preview
PRAKTIKAL 1 : AWAN DAN CUACA
Pendahuluan :
“Clouds form when humid air cools enough for water vapor to condense into droplets or
ice crystals. The altitude at which this happens depends on the humidity and the rate at
which temperature drops with elevation.Normally, water vapor can only condense
onto condensation nuclei—tiny particles that serve as kernels around which drops can
form.Condensation nuclei are often nothing but natural dust. But soot particles from
automobile exhaust or other types of pollution can also serve the purpose. One study
has found that changing levels of air pollution cause different rates of cloud formation
(and rain) on weekends and weekdays, at least in humid climates with lots of cities.”
(Rujukan dari : http://science.nationalgeographic.com/science/earth/earths-
atmosphere/clouds-article/)
Gambar 1 : Jenis-jenis awan
Udara mengandungi wap air. Apabila wap air ini meluap menjadi titisan air maka awan
akan terbentuk. Udara panas mengandungi lebih banyak wap air, justeru, udara panas
yang sarat dengan air ini akan naik tinggi dan apabila tiba di satu lapisan yang
mempunyai suhu yang lebih rendah, wap itu akan mencair dan awan akan terbentuk.
Suhu udara tidak berubah, tetapi keadaan atmosfera adalah lembap. Udara tersebut
semakin lama akan menjadi semakin tepu dengan wap air. Terdapat 10 jenis awan.
Enam daripadanya tergolong ke dalam peringkat-peringkat tersebut di atas seperti
berikut:
1) Awan peringkat rendah ( 0 hingga 2 kilometer )
1. Stratokumulus
2. Stratus
3. Kumulus
4. Kumulonimbus
2) Awan peringkat pertengahan ( 2 hingga 7 kilometer )
1. Altokumulus
2. Altrostratus
3) Awan peringkat tinggi ( 5 hingga 13 kilometer )
1. Sirus
2. Sirokumulus
3. Sirostratus
(Dirujuk dari : http://eo.ucar.edu/webweather/cloud3.html)
Tujuan :
Mengkaji jenis-jenis awan yang terbentuk di langit dan mengetahui tentang cuaca pada
hari tersebut.
Peralatan :
a) Kamera
Prosedur :
1. Maklumat berkaitan awan diperoleh melalui rujukan buku-buku, internet serta
bahan rujukan yang lain.
2. Lokasi yang sesuai telah dipilih untuk menjalankan pemerhatian terhadap jenis-
jenis awan yang terbentuk dalam tempoh beberapa hari.
3. Segala pemerhatian telah direkodkan termasuklah perubahan iklim yang berlaku
sama ada hujan , tidak hujan mahupun mendung.
4. Hasil pemerhatian dianalisis dan ditafsir berdasarkan gambar-gambar, jadual
dan carta berdasarkan rujukan sebagai sokongan.
5. Hasil kajian kumpulan dibentangkan.
Pemerhatian :
Lokasi : Sekitar kawasan Bukit Payong, Marang
Tarikh : 1 – 7 April 2013
Tempoh : 7 hari
Masa : 3.00 petang
Hari Gambar Pemerhatian
01/04/13 Nama :
Sirokumulus
Ciri- ciri :
Awan tinggi.
Bentuknya menyerupai awan
jenis stratokumulus.
Jika dilihat dari permukaan, ia
kelihatan seperti bulatan-bulatan
jika dibandingkan dengan awan
stratocumulus.
Cuaca :
Cuaca pada hari tersebut adalah
cerah.
02/04/13 Nama :
Stratokumulus
Ciri- ciri :
Awan rendah.
Awan kumulus yang berpecah
dan tidak tersusun.
Cuaca :
Cuaca pada hari tersebut
mendung.
03/04/13 Nama :
Kumulonimbus
Ciri- ciri :
Awan rendah.
Bentuk awan ini nampak lebih
padat dan menjulang tinggi, serta
menyerupai gunung atau
menara.
Cuaca :
Cuaca pada hari tersebut
mendung.
04/04/13 Nama :
Stratokumulus
Ciri- ciri :
Awan rendah.
Awan kumulus yang berpecah
dan tidak tersusun.
Cuaca :
Cuaca pada hari tersebut
mendung.
05/04/13 Nama :
Altostratus
Ciri- ciri
Awan sederhana
Ketinggian : 2 - 5km
menyerupai lembaran atau
lapisan atau jalur-jalur berwarna
kelabu dan berserabut serta
mampu menutup seluruh langit.
Cuaca :
Cuaca pada hari tersebut
mendung.
06/04/13 Nama :
Sirus
Ciri- ciri :
Awan tinggi
Cirrus kelihatan seperti rerambut
nipis
Cuaca :
Cuaca pada hari tersebut cerah.
07/04/13 Nama :
Kumulus
Ciri- ciri :
Awan rendah.
Bahagian-bahagian awan yang
kena pada sinaran matahari akan
nampak lebih putih.
Cuaca :
Cuaca pada hari tesebut cerah.
08/04/13 Nama :
Altokumulus
Ciri-ciri :
Awan sederhana
Ketinggian : 2 - 5km
menyerupai lembaran atau
lapisan atau jalur-jalur berwarna
kelabu dan berserabut serta
mampu menutup seluruh langit.
Cuaca :
Cuaca pada hari tersebut
mendung.
09/04/13 Nama :
Sirokumulus
Ciri-ciri :
Awan tinggi.
Bentuknya menyerupai awan
jenis stratokumulus.
Jika dilihat dari permukaan, ia
kelihatan seperti bulatan-bulatan
jika dibandingkan dengan awan
stratokumulus.
Cuaca :
Cuaca pada hari tersebut adalah
cerah.
10/04/13 Nama :
Sirus
Ciri- ciri :
Awan tinggi
Cirrus kelihatan seperti rerambut
nipis
Cuaca :
Cuaca pada hari tersebut cerah.
11/04/13 Nama :
Sirus
Ciri- ciri :
Awan tinggi
Cirrus kelihatan seperti rerambut
nipis
Cuaca :
Cuaca pada hari tersebut cerah.
12/04/13
Nama :
Kumulonimbus
Ciri- ciri :
Awan rendah.
Bentuk awan ini nampak lebih
padat dan menjulang tinggi, serta
menyerupai gunung atau
menara.
Cuaca :
Cuaca pada hari tersebut cerah
13/04/13 Nama :
Kumulus
Ciri- ciri :
Awan rendah.
Bahagian-bahagian awan yang
kena pada sinaran matahari akan
nampak lebih putih.
Cuaca :
Cuaca pada hari tesebut cerah.
14/04/13 Nama :
Sirostratus
Ciri-ciri :
Awan yang tinggi, nipis
Mempunyai tekstur berserabut.
Menunjukkan kelembapan yang
tinggi
Cuaca :
Cuaca pada hari ini mendung
Perbincangan :
Awan sangat penting untuk sistem atmosfera bumi. Ia berperanan untuk membolehkan
kita mengetahui proses atmosfera yang berlaku. Contohnya awan cumulus
menunjukkan pemanasan permukaan dan pergolakan atmosfera. Selain itu juga, awan
berperanan mengatur keseimbangan bumi dengan memantulkan dan menyerap sinar
infra-merah bumi. Dengan erti lain, ia berfungsi dalam menyejukkan permukaan bumi
dan melindungi manusia daripada terkena pancaran matahari secara langsung.
Tambahan pula awan membantu mengagihkan semula haba tambahan dari
khatulistiwa ke kutub. Awan juga diperlukan untuk proses pemendakan berlaku dan
penting dalam kitaran hidrologi.
Dengan memahami jenis-jenis awan dan ciri-ciri pada awan, kita dapat meramalkan
cuaca pada hari berkenaan. Ia akan memudahkan sekiranya kita merancang sesuatu
program atau aktiviti luar. Contohnya karnival olahraga tahunan. Guru yang mempunyai
ilmu tentang awan ini boleh membuat ramalan tentang cuaca pada hari tersebut dengan
melihat jenis awan yang terbentuk. Ia juga dapat membantu dalam membuat ramalan
kejadian hujan. Contohnya pembentukan awan kumulonimbus dan nimbostratus.
Kesimpulan :
Berdasarkan kajian yang telah dijalankan, terdapat beberapa jenis awan yang dapat
diperhatikan selama dua minggu iaitu awan jenis cirrus, cirrocumulus, altostratus,
cumulonimbus, cumulus, siristratus dan stratocumulus. Awan-awan ini dapat
menunjukkan dan mempengaruhi cuaca pada hari tersebut seperti awan cirrus cuaca
pada masa tersebut adalah cerah manakala awan altostratus cuaca pada masa
tersebut adalah mendung menandakan hujan akan turun.
BIBLIOGRAFI :
Bahali, D. (. (n.d.). Matahari dalam Kehidupan Manusia. Diakses pada 1 April 2013,
dari: http://www.khawarizmiobs.com/khawarizmi/ver3/images/stories/Falak_di_Radio/
2009/matahari_dalam_kehidupan_manusia_18jun09.pdf
LAPORAN KAJIAN CERAPAN HILAL. (n.d.). Diakses pada 1 April 2013, dari:
http://apps.islam.gov.my/efalak/misc/kajian/kajian.pdf
NASA Mengeluarkan Kenyataan Matahari Terbit di Barat . (n.d.). Diakses pada 1 April
2013, dari: My Berita:http://www.myberita.com/nasa-mengeluarkan-kenyataan-
matahari-akan-terbit-dari-barat/
Sistem Koordinat Cakerawala. (n.d.). Diakses pada 1 April 2013, dari:
Wikipedia:http://ms.wikipedia.org/wiki/Sistem_koordinat_cakerawala
Waktu Matahari Terbit. (n.d.). Diakses pada 1 April 2013, dari: Jabatan Meteorologi
Malaysia:http://www.met.gov.my/index.php?
option=com_content&task=view&id=183&Itemid=1128
National Geographic (2000). Science : Earth (Clouds). Diakses pada 25 Mac 2013 dari :
http://science.nationalgeographic.com/science/earth/earths-atmosphere/clouds-article/
(n.d). Diakses pada 25 Mac 2013 dari :
http://ellerbruch.nmu.edu/classes/cs255f02/cs255students/abarker/p4/clouds.html
Ilmu Falak (2003). Jenis Awan. Diakses pada 25 Mac 2013 dari :
http://www.islam.gov.my/en/e-falak/jenis-awan
Science (2000). Minerals and rocks. Diakses pada 28 Mac 2013 dari :
http://www.jmg.gov.my/my/education/science-topics/47-minerals-and-rocks/118-
minerals-and rocks.html
Rock Cycle ( 2003). Diakses pada 28 Mac 2013 dari :
http://www.learner.org/interactives/rockcycle/index.html
(n.d). Diakses pada 28 Mac 2013 dari :
https://www.uwgb.edu/dutchs/Petrology/IdentifyRxMin.htm
Erin Edison. (2003). Clouds. Houghton Mifflin Company, Boston, New York.
Robert A. Houze, Jr. (1994). Cloud Dynamics. Academic Press, Inc. San Diego,
California
John A. Day.(2000) Peterson First Guides : Clouds and Weather. Houghton Mifflin
Company, Boston, New York.
David Randall. (2012). Atmosphere, Clouds and Climate. Princetown University Press,
New Jersey.
Adele Richardson. (2001). Rocks. Capstone Press, United States of America
Sally M. Walker. (2007). Lerner Publishing Group, Inc. U.S.A