7
Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987 MUSTAFA HUSSAIN SINOPSIS The essay discusses three stories concerning the hi story of Mat ang gathered from local informants. One story is about the fam ous Malay fort. Kota Ngah Ibrahim, the second is about afamous Chinese.character by the name of Ah Chong. Th e story took place during the Perak Civil Wars in th e 1840's. Thefinal story is about the murder of thfirst British Resident in Perak in the 1870's. Dalam artikel ini saya ingin menceritakan tentang sej arah Matang, Perak tempat tumpah darah saya. Tempat ini adalah suatu tempat yang bersejarah. Pada awal kurun ini, Matang merupakan sebuah tempat yang sibuk sekali kerana di sinilah (bukan di Taiping) terletaknya berbagai pejabat kerajaan yang penting seperti Balai Polis Daerah. Pej abat Tanah Daerah dan juga Maktab Perguruan Melayu Matang yang dibuka pada tahun 1913. Walau bagaimanapun, maktab ini dipindahkan ke Tanjung Malim menjadi Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College) dalam tahun 1922. Selain daripada itu banyak cerita sejarah yang memberangsangkan berkis ar di daerah ini . Ingin saya ceritakan ten tang kota di Matang yang masi h tersergam di Matang. Kota ini dinamakan Kota Menteri Ngah Ibrahim. Saya sendiri telah siasat kota ini dengan bangunan di dalamnya. Saya dapati bahawa bata-bata yang menjadikan kota ini bukanlah seperti bata-bata yang kita nampak hari ini. Adalah dipercayai bata ini telah dibawa dari Langkat, Sumatra kerana pada zaman dahulu kala orang-orang di Matang pergi keluar melalui anak sungai tetapi hari ini anak sungai itu sudah tertutup, sudah jadi parit. Agaknya orang-orang Melayu sudah berulang-alik membawa bata itu langsung membina kota di situ. Kota itu dibina oleh Menteri Ngah Ibarahim hasil wangnya yang dipungut dari cukai lombong bijihnya di Kamunting dan di Taiping. Lombong-Iombong inilah yang menjadi punca pergaduhan di antara dua puak kongsi gelap Cina, San dan Ghee Hin. Sepuak memakai bendera merah dan headquarters di Pulau Pinang. Puak ini membawa British masuk ke Larut dan Matang atau ke Taiping sesudah meminta kerjasama dari mereka. Tentang Kota Matang tadi, saya suka memberi ukuran. Saya telah menghantar adik saya sendiri bernama Othman pergi mengukur Kota Matang pada 28/ 11 / 81. Dia pergi mengukur tadi, didapatinya ukuran tadi tebal kota I 1/4 kaki ataupun I kaki 4 inci. Tiang Kota tadi tebalnya 3 kaki 3 inci. Panjang kota, di belakang ialah 3,600 kaki. Kemudian di bucu kota yang empat persegi tadi ada duafortress yang kita namakan melawati. Oi belakang kota ada Kampong Melawati. Melawati tadi ialah di bucunya boleh katakan satufortress atau satu kubu kecil iaitu 30 kaki dengan 34 kaki. dan dia Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3537/1/MDSS_1990_Bil... · Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987 MUSTAFA HUSSAIN SINOPSIS

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3537/1/MDSS_1990_Bil... · Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987 MUSTAFA HUSSAIN SINOPSIS

Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987

MUSTAFA HUSSAIN

SINOPSIS The essay discusses three stories concerning the history of Matang gathered from local informants. One story is about the famous Malay fort. Kota Ngah Ibrahim, the second is about afamous Chinese. character by the name of Ah Chong. The story took place during the Perak Civil Wars in the 1840's. The final story is about the murder of thfirst British Resident in Perak in the 1870's.

Dalam artikel ini saya ingin menceritakan tentang sejarah Matang, Perak tempat tumpah darah saya. Tempat ini adalah suatu tempat yang bersejarah. Pada awal kurun ini, Matang merupakan sebuah tempat yang sibuk sekali kerana di sinilah (bukan di Taiping) terletaknya berbagai pejabat kerajaan yang penting seperti Balai Polis Daerah. Pejabat Tanah Daerah dan juga Maktab Perguruan Melayu Matang yang dibuka pada tahun 1913. Walau bagaimanapun, maktab ini dipindahkan ke Tanjung Malim menjadi Maktab Perguruan Sultan Idris (Sultan Idris Training College) dalam tahun 1922. Selain daripada itu banyak cerita sejarah yang memberangsangkan berkisar di daerah ini.

Ingin saya ceritakan ten tang kota di Matang yang masih tersergam di Matang. Kota ini dinamakan Kota Menteri Ngah Ibrahim. Saya sendiri telah siasat kota ini dengan bangunan di dalamnya. Saya dapati bahawa bata-bata yang menjadikan kota ini bukanlah seperti bata-bata yang kita nampak hari ini. Adalah dipercayai bata ini telah dibawa dari Langkat, Sumatra kerana pada zaman dahulu kala orang-orang di Matang pergi keluar melalui anak sungai tetapi hari ini anak sungai itu sudah tertutup, sudah jadi parit. Agaknya orang-orang Melayu sudah berulang-alik membawa bata itu langsung membina kota di situ. Kota itu dibina oleh Menteri Ngah Ibarahim hasil wangnya yang dipungut dari cukai lombong bijihnya di Kamunting dan di Taiping. Lombong-Iombong inilah yang menjadi punca pergaduhan di antara dua puak kongsi gelap Cina, H~i San dan Ghee Hin. Sepuak memakai bendera merah dan headquarters di Pulau Pinang. Puak ini membawa British masuk ke Larut dan Matang atau ke Taiping sesudah meminta kerjasama dari mereka.

Tentang Kota Matang tadi, saya suka memberi ukuran. Saya telah menghantar adik saya sendiri bernama Othman pergi mengukur Kota Matang pada 28/ 11 /81. Dia pergi mengukur tadi, didapatinya ukuran tadi tebal kota I 1/4 kaki ataupun I kaki 4 inci. Tiang Kota tadi tebalnya 3 kaki 3 inci. Panjang kota, di belakang ialah 3,600 kaki. Kemudian di bucu kota yang empat persegi tadi ada duafortress yang kita namakan melawati. Oi belakang kota ada Kampong Melawati. Melawati tadi ialah di bucunya boleh katakan satufortress atau satu kubu kecil iaitu 30 kaki dengan 34 kaki. dan dia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 2: Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3537/1/MDSS_1990_Bil... · Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987 MUSTAFA HUSSAIN SINOPSIS

terkeluar pada kota tadi sejauh 23 kaki pula. Tinggi dinding kota tadi yang ada dengan perapat ataupun melawati tadi sudah runtuh. Dan bata-bata diangkut oleh orang­orang yang tinggal berhampiran di situ untuk membuat pelapek tiang rumah, pelepak tangga, buat jalan dia berulang-alik ke kedai. Konon ceritanya ban yak yang jatuh sakit sesudah mengambil bata-bala ladi. Satu, bukan hak mereka mengambil bata­bata tadi. Keduanya ada penunggu di situ, sampai hari ini. Kemudian tinggi kota tadi, ini sebagai kita nak meekod, entah kerajaan akan merunluh satu hari, 9 kaki 3 inci. Di dinding kola·ilu yang hala ke Pori Weld diadakan lubang-Iubang dengan Bahasa Inggeris, port-holes besar sedikil di dalam kecil sedikit diluar. Ini orang luar kurang nampak orang dalam tetapi dari dalam jelas nampak orang luar sana. Di situ kila boleh lelak senapang melalui lubang-Iubangport-holes itu tadi kita boleh letak meriam bagi perlahanan. Canlik perbuatannya.

Kemudian di situ katanya ada Penunggu Raja dan ada dengan bala hulubalangnya. Hulubalang yangjaga bahagian kola yang berhampiran dengan Polis Slesyen hari ini ialah amat garang-garang orangnya. Tetapi ketua mereka itu seorang yang baik hati. Yang boleh disamakan sebagai seorang gentleman. Nanti saya bagi tahu namanya. Sekarang saya bagi tahu apakah nama Datuk Menteri tadi. Dianya Long Jaafar, anaknya Ngah Ibrahim.

Sekarang kita sambung sedikit lagi. Jadi adik saya tadi cubalah pergi tetapi dia sudah dapat amaran daripada penunggu di situ. Adik saya tadi kurang percaya sekali pada yang ghaib lebih-Iebih lagi keramat itu dan ini. Tetapi dia sudah kena.

Jadi dia tadi setelah membuat (Iawatan dan mengukur kOla) pada 28/11/81 dapatlah mimpi tadi orang Cina berpakaian di zaman dahulu kala telah mengejar dia. Sebab di silu banyak yang samada Cina ataupun Melayu. Jadi yang mati itu tadi, barangkali rohnya marahkan dia (adik saya) datang alaupun kerana semangat dia (adik saya) lemah.

Lepas ilu dia sudah mengukur pula di sebelah depan sana yang saya kata ada Melawati iaitu ada sebelas (11) anak tangga di bual daripada simen dan saya sendiri lahu bahawa di lepi anak langga ilu sengaja dibubuh dengan pasir iaitu kalaulah pengawal-pengawal yang menjaga Melawati di sebelah atas tadi kecemasan, lak sempat menggunakan tangga, mereka boleh terjun ke atas pasir. Itu kepinlaran orang dulu-dulu, ada pula tambahan emergency landing.

Dan di permulaan tangga ada pula dua lelaga. bila-bila masa pun ada airnya. Jadi orang yang di dalam, bila kena kepung, maka, ada air minum, ada guna yang lain, tidaklah susah bagi mereka di dalam.

Pada malam itu di waktu tengah malam adik saya tadi buat sembahyang istiharah mintalah. apa-apa sesuatu (pelunjuk), samada elok disambungkan lagi ataupun di berhentikan terus (usaha membual penyelidikan ke alas Kola ilu). Dan di malam yang kedua dia Ielah (bermimpi) dikelilingi oleh budak-budak Cina. Tidak ada buat apa­apa kepada dia, cuma masing-masing dengan muka penuh dengan senyuman.

Kemudian bila saya sudah berjumpa dengan dia saya memberi tahunya lebih baik berhenlikan sajalah kerja ilu. Nampaknya orang-orang di situ lak suka dia menyiasal berkenaan dengan Kota Matang, kerana saya sendiri tahu bahawa Kota Matang ini adalah suatu orang Melayu leita kata 'tempat yang keras'. Pernah orang-orang dihilangkan dari situ, kerana maklumlah tempat zaman dulu kala tempat pertempuran berdarah.

Mengikut cerita orang-orang yang duduk di situ, di belakang kota jikalau digali leita akan berjumpa dengan rangka manusia yang beJum reput lagi iaitu dua bahagian, tulang kering dengan tengkorak. Bermakna itulah tempat "yang mereka berjuang -yang mati ditanam di situ. Saya tahan adik saya tak usah pergi lagi.

Mula-mula Kota Matang dijadi kediaman kepada yang empunya iaitu Ngah Ibrahim. Yang kedua, bila berlaku peperangan Larut dan Matang, inilah tempat

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 3: Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3537/1/MDSS_1990_Bil... · Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987 MUSTAFA HUSSAIN SINOPSIS

perlindungan bagi rakyat Melayu. Kegunaan yang ketiga pula di sinilah orang Putih mengurungkan enam (6) orang patriot kita, Tok Sagor, Panglima Endut, Si Putum, Datuk Sri Maharajalela dan dua orang lagi. Sebelum digantung, disinilah mereka dikurung. Kemudian lepas itu barulah dijadikan Kolej Guru-Guru Melayu. Di situlah yang pertama kalinya yang kita banggakan hari ini, sekolah berasrama penuh. Maka di masa itu sudah ada sekolah berasmara penuh.

Kemudian, kegunaan yang kelima pula, ia ditukarkan menjadi Sekolah Melayu apabila Kolej Guru tadi dipindahkan ke Tanjung Malim (1922). Yang keenam, di zaman pendudukan lepun-Kota itu sudah jadi sebuah Garisan lepun. Di sini lepun mengajar orang Melayu berkawat dan bahasa lepun.

Ketujuh, ada suatu hari, perkara ketujuh ini yang tak patut berlaku sudah berlaku. Kapalterbang sudah jatuh ke sebahagian kota di sebelah depannya dekat dengan pintu besamya. Robohlah sebahagian dinding Kota tadi dan kapalterbang itu terbakar dan musnah dengan pilot-pilotnya sekali. Itu sebab saya kata tempat ini kata orang Melayu 'tempat yang keras'. Kapalterbang lepun itujatuh dan sampai hari ini dinding ini belum dibela (diperbaiki). Ada juga orang bertanya pada saya dan bercadang nak membela (memperbaikinya) tapi kata kerajaan nanti dulu sebab property ini tidak tahu siapa yang punya. Bukan kerajaan yang punyai. Kerajaan meminjam daripada yang punya iaitu ialah kalau tak salah saya hari ini baru dilantik sebagai Datuk Laksamana Perak. Yang punya ialah keturunan daripada sebelah isteri dia. Dan baru saja saya balik berjumpa orang sebehih isteri dia. Dan baru saja saya balik berjumpa orang tua ini, Datuk laksamana tadi, uzurpun, dia lebih uzur dari saya lagi.

Berkenaan dengan Kota tadi saya ada tiga perkara yang saya lupa hendak memberitahu iaitu di dua-dua melawati ada diletak di atas tiga pucuk meriam di atas tiap-tiap satu melawati. Satunya tuju ke laran Port Weld ataupun Sepetang, satu lagi di hala ke lalan Taiping. Yang satu lagi dituju ke hala pekan Hujung Matang. Kemudian yang di belakang pula, untuk menjaga supaya musuh tidak boleh datang dari belakang, pun ada tiga meriam juga. Satu pucuk meriam yang di hala ke depan pendalaman di sana yang di beri nania Sungai Lang di masa ini. Yang sebenamya itu adalah Sungai Sanglang. Di situlah musuh-musuh Datuk Menteri Larut tadi dihantar ke sana, di situ disanlangkan oleh orang-orangnya. Ini ada satu cara pembunuhan yang amat kejam sekali. Saya lebih suka dipotong kepala atau ditikam dari belakang

. atau dengan terus ke hati. Dua cabang kayu yang ditekan ke atas bahu kita di sebelah kiri ke bawah. Dan kematian itu ialah beransur-ansur sampai beberapa hari barulah mati.

Ada dua jenis meriam yang dipakai di situ di waktu itu. Taitu satu jenis dibuat daripada besi dan satu lagi. diperbuat daripada tambaga. Yang besi dinamakan meriam dan daripada tembaga dinamakan rentaka. Kalau ke Matang ada kata orang, Kampung Rentaka inilah asal nama tadi.

Di Matang pula ada satu cerita lagi. Barangkali cerita ini sudah dipadam daripada sejarah kita. Saya perhidupkan semula. Berkenaan seorang budak Cina, nama dia Ah Chong. Ini budak sudah derhaka pada gurunya bernama Tok Pawang Mat. Tok Pawang Mat ini mengambil budak ini sebagai anak angkat dia dan dia telah perturunkan ilmu duIiia pada budak ini, termasuk ilmu tahan kulit atau dengan kata yang lain, ilmu kebal.

ladi apabila Perang Larut tadi merebak sampai ke Matang, si Ah Chong tadi, dia memandang orang Melayu sebagai saudara dia. Maka dia berjuang berpihak kepada bangsa Melayu. Maka orang-orang Melayu kita sangat-sangat berkehendakkan tenaga dia kerana dia ada ilmu tahan kulit. Ini cerita, kalau nak kata legenda, katala tetapi kalau kita bertanya orang tua-tua dulu memang benar. Itu sebab hari ini bila kita kata Cina saja, Ah Chong namalah dia, dari situlah, faham? Bukan kita mengata tidak, ini cerita atau legenda.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 4: Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3537/1/MDSS_1990_Bil... · Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987 MUSTAFA HUSSAIN SINOPSIS

Kemudian si Ah Chong tadi telah dapat dipujuk oleh kaum Cina. Bertempiaranlah orang Melayu kita lari - ada yang lari ke hutan. Kalau kita dengar eerita Negeri Cina berperang dengan Negeri Jepun orang memakan serbuk kayu atau habuk kayu, kayu yang reput, maka di Larut dan Matang semasa peperangan Cina dan Melayu dulu banyak orang Melayu yang lari kehutan yang makan kayu reput, dicicah denan manisan daripada sarang lebah. Itulah dicieah, itulah dimakan untuk mengisi peru!. Air minum tak ada, maka dieantaslah pokok yang dinamakan pokok jejait. itulah cara air mas uk ke dalam mulutnya dan ke perut. Berhari-hari terdedah dengan keadaan semacam ini.

Kemudian ada pula yang lari masuk ke kota, kota itu telah menyelamatkan ratusan orang Melayu di situ, iaitu Kota Menteri tadi. Tetapi malangnya Cina tadi, kerana kota tak berapa tingg;, Lebih kurang 7 kaki saja, diglinakan (oleh orang Cina) kayu bakau .sebagai orang gunakan kayu untuk pole vault (Iompat tinggi memakai galah) lepas ke dalam. Saya dengareerita orang tua-tua, maka anak kita dalam buaian pun dicincangnya. Begitu kejam. Bukan salah kita. Inilah keburukan akibat dua bangsa berperang tadi. !tulah sampai hari ini taram-menaram masih ada lagi. Bukan saya menggalakkan tidak, tak salah.

Berkenaan dengan si Ah Chong tadi, dia telah berjuang di sebelah pihak kaum dia, bunuh banyak orang Melayu. Kemudian orang Melayu tadi sudah tak tahan hati pergilah bertemu dengan Tok Pawang Mat. Tok Pawang Mat pun memanggil anak angkat dia dengan bertanya "Kenapa kamu sudah jadi begini, kamu punya saudara mara, kamu sudah bermusuh dengan mereka. Kenapa?" Jawabnya, "!tu kau punya pasal".

Kemudian dengar eeritanya, nak percaya pereayalah, tidak, tidaklah. Ini eerita kita tapi ada pula lojik di eerita itu. Tok Pawang Mat tadi berkata "Ah Chong, aku didik kamu daripada kecil, aku jadi kamu sebagai anak aku sendiri, barangkali anak sendiri tak bela maeam aku bela kamu. Kenapa kamu sudah jadi begini?" Oia tak jawab. Jadi yang ada di tangan Tok Pawang Mat tadi, ada tiga jalan bagi dia untuk menyelesaikan perkara ini ataupun problem yang sudah timbu!. Satu, si Ah Chong tadi dijadikan seekor buaya tetapi dia akan menganggu orang-orang yang pergi ke laut meneari makan di laut. Oijadikan hantu pula dia boleh mengacau pula orang nak keluar mencari makan. Oaripada tiga, dia pilih buaya.

Kemudian dia sudah sumpah seranah eara bomoh zaman dulu kala Si Ah Chong ini perlahan-Iahan berubah menjadi buaya, sebahagian badannya, bukan kesemuanya. Oiapun berenang dan dia meminta berlawan Tok Guru dia.

Lepas itu datanglah Tok Pawang Mat tadi tengok anak angkatnya yang hampir­hampir jadi buaya. Oia pun bertanya (kepada Ah Chong) mintalah dia bertauba!. Tetapi dia (Ah Chong) tidak mahu bertaubat bahkan dia mencabar Tok Gu'ru turun berlawan dengan dia. Jadi Tok Pawang Mat mengakui bahawa Ah Chong sudah melampaui batas, "Tak patut engkau buat begitu pada aku. Sefasal aku Tok Guru kamu, yang kedua aku sudah jadi bapa kamu".

Oia sumpah lagi, maka jadilah si Ah Chong itu seekor buaya, !tu eerita orang­orang dulu. Oia terus berenang ke laut dan dia bertempat di Kuala Sanggar. Kuala Sanggar itu satu temapt baru-baru kitadengar ialah tempat Raja Laut "The Sea King" yang sampai hari ini tak dapal ditangkap.

Oi sinilah dia (buaya tadi) mengamuk. Lalu saja Cina berdayung dia pun beda!. Melayu tak diusiknya. Lalu saja Cina, dia bedal lagi. Ini eerita dari pihak kita, daripada pihak Cina saya tak tahu, patut saya bertanya kelmarin. Jadi sarnpailah taukeh kayu yang ada kontrak dengan kerajaan British untuk membekal kayu api untuk keretapi, untuk tempat bakar roti, untuk kapal .korek, tak dapat memenuhi kontraknya kerana dia "Tuan, apa mau bikin, saya punya orang mahu dayung, mau angkat kayu ini satu buaya besar sudah ambil semua. Tuan mahu potong kontrak pun

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 5: Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3537/1/MDSS_1990_Bil... · Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987 MUSTAFA HUSSAIN SINOPSIS

tak apalah. Orang semua takut mahu pergi!" Beginilah keadaannya. Inilah cerita datang daripada orang Forestry sendiri, dari pejabat kehutanan, yang tua, sebab dia tahu berkeBaan dengan perkara ini.

Kemudian pada satu hari sesudah datangnya petir, ribut taufan yang kuat, maka orang di situ telah bertemu dengan seekor bangkai buaya naik ke atas, ke darat dan telah dilihat bahawa pada buaya ini ada tiga puntung gigi yang diperbuat daripada emas. Jadi bisikan ini sudah satilpai ke kampung-kampung. Jadi kataslah orang kampung ini (buaya itu) adalah Ah Chong yang kena sumpah dulu kerana Cina di masa itu suka sangat pakai gigi sumbi emas. Lebih banyak duit lebih banyaklah sumbi emas dia. Kebetulan si Ah Chong ada tiga sumbi emas.

Jadi itulah selesai cerita Ah Chong tadi dan hari ini ada sebuah Tok Pekong ataupun kuil orang-orang Cina di tepi Sungai di sebuah pekan yang bernama Teluk Kertang.

Jadi di Matang ini sudah ada dua buah kuil yang diperbuat daripada batu tapi yang ketiga inilah khas untuk si Ah Chong Panglima tadi. Kita tak patut panggil dia Panglima Ah Chong sebab kalau dia Panglima hendaklah dianugerahkan oleh Raja Melayu. Ingal. itu sebab saya berkata panglima tadi di belakang namanya, iaitu Ah Chong Panglima.

Jadi tiap-tiap tahun orang-orang Cina mengadakan satu kenduri yang besar, Orang Melayujuga dipanggil. Yang mana orang tadi orang Melayu yang bekerja laut, nelayan yang bekerja dengan Cina mencari kayu-kayu bakau, yang bekerja dengan Cina.

Jadi untuk orang Melayu tadi, khasnya seekor kambing yang dimasak oleh orang Melayu sendiri. Bagi pihak orang-orang Cina pula ada bilangan tertentu, saya dah lupa, boleh jadi 124 itik dan yang lain-lain. Itik itu mesti disediakan sebanyak 124 ekor. Dan semalam-malaman itu diletak depan tokong itu beberapa botol arak. Tapi Iiendaklah yangjenis baik, Scotch whisky ataupun John Dewar. Kalau dibubuh di situ samsu buatan tempatan, malam itu pecah botol itu, sebab dia (Ah Chong) teringat bahawa sebab samsu itulah dia (menderhaka kepada bapa angkatnya dan) disiksa sehingga menjadi seekor buaya. Kata orang Cina pada saya pula bahawa kalau mereka tidak adakan kenduri dengan wayang Cina lagi-Iagi matilah pemuda yang duduk di Port Weld yang datang bersiar ke Teluk Kertang. Dia boleh mati samada mati sakit atau mati kemalangan. Di tiap-tiap tahun tadi orang-orang Cina di sana terpaksalah mengadakan satu upacara untuk Ah Chong Panglima.

Saya rasa kisah matang ini tidak lengkap jika saya tidak menceritakan sedikit sebanyak berkenaan dengan sejarah Matang dan kesannya ke atas saya. Sejarah Matang ada hubungannya dengan pembunuhan Residen British yang pertama. J. W. W Birch di Pasir Salak. Hilir Perak dalam tahun 1875 dan kepahlawanan patriot­patriot Melayu Perak. Datuk Sri Maharajalela dan beberapa orang sahabatnya termasuklah Datuk Sagor telah di bawa dari Pasir Salak untuk digantung di Matang oleh kerajaan penjajah dalam tahun 1877. Tempat pergantungan mereka terletak di atas jalan yang sarna dengan rumah dan hanya 300 ela sahaja jauhnya.

Oleh itu, tidak hairanlah jika beberapa orang adik-adik saya berjiwa nasionalis dan menyanjung tinggi semangat patriotisme dan kepahlawanan Melayu. Keadaan dan suasana sekeliling, sarna ada alam rumah atau alam keliling Matang yang banyak menyimpan kisah-kisah sejarah lampau, terutama sejarah darah keberanian Melayu, telah membentuk kami sedemikian. Dari kecil kami telah didedahkan kepada kisah­kisah perjuangan orang-orang Melayu menentang penjajah. Keadaan hidup orang­orang Melayu di sini juga membuat saya berfikir panjang, misalnya kehidupan orang Melayu yang serba kekurangan sedangkan negeri kita mempunyai kekayaan sumber hasil bumi yang melimpah-limpah dan penduduk yang kaya dengan tatabahasa dan tataadab yang hal us.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 6: Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3537/1/MDSS_1990_Bil... · Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987 MUSTAFA HUSSAIN SINOPSIS

Dalam tahun 1870, pemeri!1tahan British telah memperkenalkan satu sistem baru di Perak, iaitu Sistem Residen J.W.W. Birch telah dilantik sebagai Residen pertama dengan kuasa sebagai penasihat kepada Raja-Raja Melayu. Sistem baru ini kononnya akan menguntungkan Raja-Raja Melayu tetapi . perkembangan yang berlaku selanjutnya menunjukkan bahawa itu adalah tidak benar.

Birch adalah seorang yang kurang sabar dan tidak dapat hidup damai dengan Pembesar-pembesar Negeri Perak. Selain dari itu Birch juga seorang yang tidak tahu berbahasa hal us dan berani pula menegur Sultan Abdullah di hadapan kbalayak ramai. Sebelum ini dia telah berkhimat selama dua puluh empat tahun di Ceylon (Sri Lanka) dan tidak faham (atau tidak mahu faham) bahawa penduduk Melayu amat berbeza daripada orang-orang pemah ditadbirnya. Tidaklah dia tahu bahawa Inggeris telah menggelar orang-orang Melayu sebagai The Gentleman of the East? Banyak lagi kesalahan-kesalahannya yang bertentangan dengan pan tang larang orang-orang Melayu yang tidak mudah dimaafkan, hinggakan kesemua Raja-Raja serta Pembesar-pembesar Negeri Perak amat marah. Tambah pula Birch telah diarah oleh Gabenor British bagi Negeri-Negeri Selat mengarnbil Alat Kebesaran Negeri Perak (regalia) untuk dibawa ke England dan disimpan di sana buat selama-Iamanya.

Pembunuhan Birch ini telah dilakukan oleh Si Putum. Ketika Birch sedang mandi di tepi sungai Perak, Si Putum telah terjun ke dalam sungai bersenjatakan lembing dan telah merodokkan ke atas hinggalah Birch mati lierdarah. Kerani Birch, Mat Arshad juga telah dibunuh semasa dia sedang menampal notis-notis. Walaupun askar-askar Indian Sepoys telah mengawal Birch tetapi Si Putum dapatjuga curi masuk. Lepas itu, orang-orang Melayu yang tinggal di merata-rata tempat terutamanya di lembah Sungai Perak telah menerima akibatnya. Rumah-rumah dibakar dan anak isteri mereka yang tidak sempat melarikan diri telah diperkosai oleh askar-askar itu.

Peristiwa pembunuhan Birch itu telah menggemparkan Kerajaan British kerana mereka sangKa ini adalah petanda kebangkaitan kebangsaan di seluruh Malaya. Lalu mereka memohon pertolongan balatentera dari India dan Hong Kong. Tetapi rupa­rupanya, peristiwa yang dipanggil The First Perak War ini adalah satu peristiwa kedl dan tempatan sahaja. Setelah berlakunya pembunuhan itu, beberapa orang patriot Melayu Perak termasuklah Datuk Sagor, Datuk Sri Maharajalela dan Si Putum di bawa ke Matang untuk digantung. Sebelum digantung mereka telah ditahan di dalam Kota Ngah Ibrahim sementara menunggu harinya. Sementara itu Sultan Abdullah telah dibuang negeri ke Seychelles dan Raja Ismail pula ke Johor. Yang beruntungnya ialah Raja Yusof yang telah sampai hajatnya untuk menjadi Sultan.

Tempat penggantungan patriot-patriot Melayu itu adalah berdekatan dengan sepasang pokok pauh di antara Pejabat Pos Matang dan rumah Merinyu Jabatan Kerja Raya, bertentangan dengan padang bola Matang sekarang. Mengikut cerita orang tua-tua di Matang, tempat gantungan itu diperbuat daripada kayu serupa dengan huruf 'L' terbalik. Pada palang kayu atas dipasangkan satu pulley yang membolehkan tali itu dinaikkan atau diturunkan.

Apabila digantung Datuk Sagor kali yang pertama, beliau telah meronta-ronta serta memaki-hamun Sultan Yusof dengan berkata, "Mengancuk wak kamu Jusuh. Aku tak redha nyawa aku di ambil oleh kamu." Semasa beliau meronta-ronta tiba­tiba terongkailah tali pasungnya. Beliau telah diturunkan semula kerana tidak mati. Orang-orang British menjadi kelam-kabut tetapi ada pula orang-orang Melayu pengampu penjajah yang telah memberitahu orang Putih petua bagaimana hendak menamatkan nyawa Datuk Sagor. Paku yang dicelup dengan minyak babi telah ditanam ke ubun-ubun patriot Melayu itu dan digantung semula sampai mati. Mengikut undang-undang Kerajaan British tidak boleh menggantung seseorang itu hingga dua kali jika didapati orang itu tidak mati setelah digantung pertama kali. Sepatutnya orang itu dibebaskan. Tetapi siapakah yang berkuasa pada masa itu?

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Page 7: Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987myrepositori.pnm.gov.my/bitstream/123456789/3537/1/MDSS_1990_Bil... · Sejarah Matang Dalam Cerita Lisan 1910-1987 MUSTAFA HUSSAIN SINOPSIS

Tubuh kaku yang penuh dengan darah pahlawan itu teiah dimandikan di Masjid Matang tetapi tidak dikebumikan dalam tanah wakafmasjid. Oleh itu, mayat seorang Pahlawan Melayu telah ditanam diseberang Sungai Larut berasingan daripada mayat­mayat insan yang sebangsa dan seagama dengannya. Kubur Oatuk Sagor hanya bertulis "1875" dan gelarannya, Sagor sahaja. Lebih kurang lima ela daripada kubur Oatuk Sagor ialah kubur Panglima Endut, sahabat Oatuk Sagor, )uga seorang panglima Melayu.

Untuk mengambil hati orang kampung di Matang yang sudah parah dan marah Kerajaan British telah membinakan sebuah masjid batu menggantikan masjid yang sudah buruk dan diberi beberapa kemudahan. Kerajaan Negeri Perak menyediakan peruntukan tiap-tiap tahun untuk memperbaiki masjid ini. Selain dari itu, tidak dikenakan bayaran air sepenuhnya. Oi Negeri Perak hanya ada tiga buah masjid sahaja yang mendapatkan keistimewaan serupa ini. Ada orang-orang di Matang yang mengatakan masjid ini adalah "masjid politik".

Adajuga bisik-bisik di kalangan orang-orang Melayu bahawa pihak British telah menyesal atas pembunuhan Oatuk Sagor oleh kerana beliau telah besubahat di atas pembunuhan Birch tidak benar sarna sekali. Sebenamya pemergian bc;liau ke situ adalah untuk menyampaikan sepucuk surat yang di antara lainnya terkandung perkataan "setuju" atas lamaran di antara dua orang anak pembesar di Hilir Perak.

Jirat J. W. W. Birch terletak di Kampung Pisang, Bandar Lama Kampung Gajah, Perak. Batu nisannya telahpun dimakan hari tetapi sungguhpun begitu. Batu nisan itu dapat memperingati pelawat-pelawat ke Kampung Pi sang berkenaan dengan pemerintahan British. Jirat Birch itu ialah satu daripada tujuh jirat orang-orang Kristian yang dijaga rapi dan bersih oleh orang-orang yang kononnya digajikan oleh Kerajaan British. Kesemuanya terletak di satu kawasan yang lapang, lebih kuang 40 kaki persegi. Terdapat berbagai cerita mengenai pembunuhan Birch. Mengikut cerita orang-orang tempatan, mayatnya telah dijumpai terapung dekat dengan kampung itu tiga hari kemudian. Oi sinilah duduknya kern askar Sepoy dari India dan boleh jadi juga Kerajaan British· suka menanam mayat itu berdekatan dengan tempat di mana mayat itu telah dijumpai . .

Oalam satu keratan akhbar yang saya baca, Pak Mat Abdul Rawi, seorang penduduk di kampung itu berkata dia telah mendengar daripada datuk neneknya cerita yang berlainan daripada apa yang kita baca dalam buku-buku sejarah. Katanya lagi, Birch telah dibunuh oleh Oatuk Sri Maha.rajalela dan Oatuk Sagor oleh kerana kekerasan yang digunakan oleh British dalam menguruskan pentadbiran ke atas orang-orang Melayu. Orang-orang Melayu tersangat marah oleh kerana askar­askamya telah merogol perempuan-perempuan Melayu serta Birch sendiri ada menyimpan beberapa orang gundik di rumahnya. Maka perkara-perkara semacam ini adalah bertentangan dengan apa yang diceritakan dalam buku-buku sejarah. Saya pemah juga dengar cerita Oatuk Sagor hanya dapat dibunuh setelah dituang dengan asid. Kata setengah orang pula. walaupun kubur Oatuk Sagor telah dijumpai di Matang tetapi yang sebenamya tidak ada sesiapa pun yang mengetahui benar-benar di mana beliau telah dikebumikan. Ada juga yang mengatakan bahawa mayat Oatuk Sagor telah dikerat dua sebelum ditanam berasingan di kedua belah tebing Sungai Larut kerana jika mayat itu bercantum ia boleh hidup kembali.

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia

Hak Cipta Terpelihara © 1990 – Persatuan Sejarah Malaysia