30
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBEF2103 PSIKOLOGI PENDIDIKAN NAMA : HAZMIR BIN A. HAMID NO MATRIK : 730611015805001 NO IC : 730611015805 TUTOR : TUAN HAJI MOHAMAD TAHA B. SAMSUDIN PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT, JOHOR. SEMESTER 1 : SMP PPG MAC 2012

Psikologi Pendidikan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Psikologi Pendidikan

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBEF2103

PSIKOLOGI PENDIDIKAN

NAMA : HAZMIR BIN A. HAMID

NO MATRIK : 730611015805001

NO IC : 730611015805

TUTOR : TUAN HAJI MOHAMAD TAHA B. SAMSUDIN

PUSAT PEMBELAJARAN : BATU PAHAT, JOHOR.

SEMESTER 1 : SMP PPG MAC 2012

Page 2: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

ISI KANDUNGAN MUKA

SURAT

1. Pengenalan. 3

2. Latar belakang kajian. 4

2.1 Biodata murid A. 4

2.2 Biodata murid B. 5

2.3 Maklumat kajian pencapaian akademik 7

3. Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik. 8

3.1 Faktor baka atau keturunan. 9

3.2 Faktor keluarga. 10

3.3 Faktor bilik darjah. 11

3.4 Faktor persekitaran. 12

4. Langkah-langkah yang perlu diambil oleh guru. 13

4.1 Motivasi pelajar. 13

4.2 Konsep pengajaran guru. 15

4.3 Hubungan antara ibu bapa dan guru 16

4.4 Suasana dan keadaan di dalam bilik darjah. 17

5. Kesimpulan. 19

6. bibliografi 20

2

Page 3: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

1 Pengenalan

Falsafah Pendidikan Negara menekankan beberapa langkah bagi mengembangkan

potensi pelajar secara menyeluruh dan bersepadu dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek

atau singkatannya JERI. Pembelajaran yang menyeluruh mengikut Kimble (1961) dalam buku

Psikologi pembelajaran dan kognitif oleh Sharifah Alwiah Alsagoff (1992), mendefinisikan

pembelajaran ialah perubahan tingkah laku yang lebih kurang tetap dan yang berlaku akibat

latihan yang diteguhkan. Pembelajaran menunjukkan perubahan tingkah laku pelajar sebelum

dan selepas pembelajaran.

Kajian yang dibuat ke atas dua orang murid di bawah akan dihuraikan berkaitan

dengan pencapaian akademik pelajar. Di mana seorang murid yang baik akademiknya dan

seorang lagi yang lemah akademiknya. Ada beberapa teori pembelajaran akan dikaitkan

dalam kajian kes ini.Salah satu daripadanya ialah teori behaviorisme yang berfokus kepada

tingkah laku dan persekitaran, teori sosial yang berfokus kepada tingkah laku dan pemikiran

dan teori kognitif berfokus kepada pemikiran sahaja. Semua teori-teori ini akan

digabungjalinkan bagi mencari penyelesaian masalah bagi dua orang murid yang melibatkan

pencapaian akademik yang baik dan lemah bagi murid tersebut.

3

Page 4: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

2. Latar Belakang Kajian

Berikut adalah latar belakang dua orang murid yang telah diambil untuk

dibuat satu kajian berkaitan latar belakang dan pencapaian yang berbeza dari segi akademik.

Kajian dua orang murid telah dibuat di Sekolah Kebangsaan Sri Jamil, Muar. Dua orang

murid ini telah dikenal pasti tahap akademik melalui markah ujian yang telah dijalankan.

Latar belakang kajian pertama ialah murid yang lemah akademiknya. Berikut adalah

biodata murid berkenaan:-

2.1 Biodata murid A.

A. Latar Belakang Umum

1. Nama : Muhammad Akram bin Daud

2. Umur : 11 tahun 3 bulan

3. Tarikh lahir : 30 Januari 2001

4. Jantina : Lelaki

5. Agama : Islam

6. Tarikh Masuk Sekolah : 01 Januari 2008

7. Alamat Rumah : Kampung Parit Kangkung, Muar, Johor

4

Page 5: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

8. Jarak Dari Rumah ke Sekolah : 3 km

9. Cara ke Sekolah : Motosikal

10. Pekerjaan bapa : Buruh

11. Pekerjaan Ibu : Suri Rumah Tangga

12. Latar Belakang Pendidikan Ibu/ Bapa/ Penjaga : Sijil Rendah Pelajaran

13. Bilangan adik-beradik : 3 orang

14. Kedudukan dalam keluarga : Bongsu

15. Pengalaman Pra Sekolah : Ada

16. Sejarah Kelahiran : Pramatang

17. Bahasa Ibunda : Bahasa Melayu

Latar belakang kajian kedua bagi murid yang cerdik akademiknya. Berikut adalah biodata

murid berkenaan :-

2.2 Biodata murid B.

A. Latar Belakang Umum

1. Nama : Muhammad Rasyiddin bin Sahrin

2. Umur : 11 tahun 2 bulan5

Page 6: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

3. Tarikh Lahir : 10 Februari 2001

4. Jantina : Lelaki

5. Agama : Islam

6. Tarikh Masuk Sekolah : 01 Januari 2008

7. Alamat Rumah : No 4, Taman Jauhari, Parit Jamil, Muar, Johor.

8. Jarak Dari Rumah Ke Sekolah : 1.5 km

9. Cara ke Sekolah : Basikal

10. Pekerjaan Bapa : Polis

11. Pekerjaan Ibu : Kerani sekolah

12. Latar Belakang Pendidikan Ibu/ Bapa/ Penjaga : Sijil Pelajaran Malaysia

13. Bilangan adik-beradik : 4 orang

14. Kedudukan dalam keluarga : Pertama

15. Pengalaman Pra Sekolah : Ada

16. Sejarah Kelahiran : Normal

17. Bahasa Ibunda : Bahasa Melayu

6

Page 7: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

2.3 Maklumat kajian pencapaian akademik

Kajian pencapaian dua orang murid di atas juga telah diambil untuk dibuat analisa dan

perbandingan antara mereka. Berikut adalah pencapaian yang diambil bagi Tahun 2011 untuk

UPPM 1, UPPM 2, UPPM 3, dan UPPM 4 lepas.

Rujukan pencapaian ujian di bawah adalah bagi murid A (Lemah Akademik)

UJIAN PENGESANAN PENCAPAIAN MURID (UPPM)

MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (PENULISAN)

TAHUN 2011

UPPM 1 UPPM 2 UPPM 3 UPPM 4

% Gred % Gred % Gred % Gred

02 E 07 E 11 E 09 E

Rujukan pencapaian ujian di bawah adalah bagi murid B (Cerdik Akademik)

UJIAN PENGESANAN PENCAPAIAN MURID (UPPM)

MATA PELAJARAN BAHASA MELAYU (PENULISAN)

TAHUN 2011

UPPM 1 UPPM 2 UPPM 3 UPPM 4

% Gred % Gred % Gred % Gred

7

Page 8: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

66 B 72 B 80 A 88 A

3. Faktor-faktor yang mempengaruhi pencapaian akademik.

Sebagaimana yang telah kita ketahui, setiap murid masing-masing mempunyai intelek

yang berbeza-beza. Di mana dari segi perbezaan individu merujuk kepada Borich dan

Tombari (1997), setiap individu berbeza dari segi temperamen iaitu personaliti, emosi dan

pola berkait rapat dengan faktor warisan keluarga. Kekuatan fizikal di mana seseorang suka

bersenam atau aktiviti riadah. Pola persahabatan antara individu merujuk kepada rakan

sebaya. Malahan kajian daripada beberapa ahli psikologi antaranya Galton (1865), Goddard

(1890) dan Shiedo (1962) menyatakan bahawa setiap individu juga mempunyai kebolehan

intelek dan kecerdasan yang berbeza dari rakan sebaya. Selain dari mengambil biodata dan

keputusan ujian dua orang murid itu tadi, satu kajian membandingkan pelajar berikut telah

dibuat melalui jadual 1 dibawah:-

Jadual 1 : Kajian perbezaan dua orang murid.

Muhammad Akram b.

Daud

PERBEZAAN INDIVIDU Muhammad Rasyiddin b.

Sahrin

Kampung Parit Kangkung Tempat tinggal Taman Jauhari, Parit Jamil

Bapa bekerja Pekerjaan / ekonomi Bapa dan ibu bekerja

Lincah Personaliti/ sahsiah Pendiam

Berbasikal Hobi / minat Menonton televisyen

Rendah dan kurus Fizikal Sederhana tinggi dan gemuk

Bongsu Kedudukan dalam

keluarga

Sulung

8

Page 9: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

Pramatang Kelahiran Normal

Kajian yang telah dijalankan mendapati ada beberapa faktor yang mempengaruhi

pencapaian akademik pelajar terbabit. Perbezaan individu di setiap murid dapat dilihat

melalui tempat tinggal, pekerjaan ibu bapa, sahsiah, minat, fizikal, kedudukan dalam keluarga

dan kelahiran. Menurut Papalia (2001), manusia berbeza dari segi jantina, ketinggian, berat

dan bentuk badan. Manusia juga dipengaruhi oleh faktor persekitarannya, seperti gaya hidup

keluarga, sosio-ekonomi ibu bapanya, suasana di sekolah, di rumah di mana dia dibesarkan.

Komuniti dan masyarakat di mana dia tinggal, pekerjaan ibu bapanya dan cara keluarganya

mengisi masa santai dan masa cuti sekolah.

Berdasarkan perbezaan individu di atas, faktor pertama mempengaruhi pencapaian

akademik kedua pelajar tersebut adalah :-

3.1 Faktor baka atau keturunan

Baka menurut Haliza dan Joy N.Samuel dalam buku bertajuk Perkembangan Kanak-

kanak, merujuk kepada ciri-ciri biologi atau gen-gen yang diperturunkan melalui ibu bapa

kepada anak-anaknya dengan kata lainnya baka memainkan faktor penting dalam

mempengaruhi perkembangan kanak-kanak. Di mana dua orang murid berkenaan hidup

berlatar belakangkan dua persekitaran yang berbeza dan faktor genetik.

Pengaruh genetik ke atas pertumbuhan dan perkembangan manusia menurut Norman

L. Munn dan Ee Ah Meng (1996) baka merupakan ciri-ciri yang diturunkan melalui ibu bapa

kepada anak-anaknya melalui gen. Jika dilihat dari segi kelahiran dua murid tersebut, murid A

mempunyai sejarah kelahiran pramatang. Pramatang bermaksud, kelahiran yang berlaku

apabila bayi dilahirkan sebelum lengkap minggu ke-37 kehamilan. Dari segi fizikal bayi

pramatang bertubuh kecil sewaktu bayi lagi. Faktor kelahiran ini berkait rapat dengan faktor

Endogen, di mana faktor endogen berkait rapat dengan andaian penyebab kelahiran

9

Page 10: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

pramatang seperti merokok, mengambil dadah, pemakanan dan hidup dalam kemiskinan

(emosi). Manakala murid B lahir dalam keadaan normal.

Kajian ahli psikologi seperti Galton (1865), Goddard (1890), Newman (1937) dan

Sheldon (1962) membuktikan setiap indivu mempunyai kecerdasan dan keupayaan intelek

yang berbeza kecerdasan di antara individu yang membolehkan pemerhatian berdasarkan

prestasi murid di dalam kelas. Ianya juga dikaitkan dengan kecerdasan individu dengan

kecerdasan ibu bapa amnya.

3.2 Faktor Keluarga

Faktor keluarga berkait rapat dengan perkembangan psikologi kanak-kanak.

Ibu bapa terutamanya menjadi ikon kepada kanak-kanak untuk berdamping, bermanja dan

mengutarakan masalah. Ibu bapa bertanggung jawab menyelia perkembangan kognisi kanak-

kanak. Dari segi kesihatan, makanan, pakaian dan persekolahan menjadi satu tanggung jawab

yang besar perlu dilaksanakan oleh ibu bapa.

Pencapaian akademik juga memberi impak dalam institusi keluarga. Kegagalan murid

mencapai kejayaan dalam peperiksaan contohnya memberi kesan terhadap tanggapan orang

terhadap keluarga itu sendiri. Menurut teori pembelajaran sosial yang diperkenalkan oleh

Albert Bandura (1977) teori ini lebih dikenali sebagai Teori kognitif sosial.

Albert Bandura – Teori kognitif sosial

Teori Bandura ini menyatakan faktor kognitif banyak mempengaruhi jangkaan murid

untuk berjaya manakala faktor sosial pula berkaitan dengan tingkah laku ibu bapa akan

mempengaruhi tingkah laku murid tersebut. Murid B di mana pencapaian akademiknya

semakin baik disebabkan faktor ibu bapa yang bekerja dan mempunyai minat seperti bapanya 10

Page 11: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

yang bertugas sebagai anggota polis. Bapa akan memberi rangsangan untuk anaknya

mengikuti jejak langkahnya sebagai anggota polis yang mempunyai displin yang tinggi.

Semangat itu akan membuatkan anaknya belajar dengan lebih tekun lagi. Berbanding dengan

murid A, faktor keluarga mempunyai sejarah dahulu. Di mana bapa murid berkenaan semasa

kecilnya mempunyai masalah dari segi kesihatan dan mempunyai sifat haiper aktif ketika

dahulu. Anaknya juga turut mewarisi sifat bapa yang haiper aktif. Ketiga-tiga anaknya

mempunyai tabiat haiper aktif. Guru menjadi rakan rapat bagi murid ini dengan memberikan

pelbagai kerja untuk menggelakkan murid ini leka bermain dan membuat bising di dalam

kelas.

3.3 Faktor bilik darjah.

Setiap sekolah dilengkapi infrastruktur yang membolehkan murid dapat belajar dengan

suasana yang ceria dan selesa. Salah satunya ialah bilik darjah. Iklim bilik darjah yang

kondusif, harmoni, ceria dan bersih memberikan keselesaan kepada murid. Dengan

kelengkapan seperti meja, kerusi, papan tulis, kemudahan komputer dan sebagainya

membolehkan murid mengikuti pengajaran dan pembelajaran dengan lebih tersusun.

Faktor bilik darjah yang terbaik ialah melalui pengurusan bilik darjah yang cekap oleh

guru. Menurut Woolfolk (1990), beliau menyatakan motivasi atau kuasa dalaman akan

membangkitkan, mengarah dan mengawal minat serta tingkah laku murid. Emosi murid

haruslah diurus dengan berkesan supaya emosi mereka sentiasa stabil untuk meneruskan

pembelajaran murid. Malah menurut Lee Shok Mee (1995), menyatakan pengurusan bilik

darjah boleh ditakrifkan sebagai semua tindakan guru mengendalikan kelas supaya

mewujudkan suasana persekitaran yang tersusun untuk menggalakkan pembelajaran.

Pencapaian murid B yang berada di bilik darjah kumpulan cerdik mempengaruhi corak

pembelajaran dengan selesa di mana guru kelas memainkan peranan menjalankan tugas

untuk menceriakan suasana dalam bilik darjah. Manakala murid A tidak berdisplin ketika

berada di dalam bilik darjah dengan hanya membuat bising dan kurang memberikan tumpuan

ketika sesi pengajaran dan pembelajaran berlaku. Murid B berada dalam kategori murid

11

Page 12: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

lemah. Bagi murid lemah mereka tidak dapat membaca dengan lancar. Lantaran itu murid B

kerap melakukan tindakan diluar kawalan dengan menjadikan bilik darjah sebagai tempat

melepaskan tekanan atau emosi.

3.4 Faktor persekitaran

Menurut ahli-ahli psikologi kognitif seperti Wolfrang Kohler. Max Wertheimer dan

Kurt Koffka menyatakan manusia secara aktif akan memilih, memberi perhatian, menghindar,

merenung kembali dan membuat keputusan berdasarkan peristiwa-peristiwa yang berlaku

dalam persekitaran bagi mencapai sesuatu maklumat.

Wolfgang Kohler : Salah seorang ahli psikologi Gestalt

Ahli –ahli psikologi kognitif ini juga lebih dikenali sebagai Gestalt. Teori pembelajaran

Gestalt lebih berpusat kepada dua proses mental iaitu pengamatan dan penanggapan. Kajian

mereka ke atas seekor campanzi bernama Sultan telah mengemukakan konsep celik akal. Di

mana akhirnya campanzi tersebut dapat mengambil buah pisang dengan menggunakan dua

batang buluh bermula batang buluh pendek bagi mencapai batang buluh panjang dan

seterusnya berjaya mengambil pisang tersebut.

Berdasarkan teori di atas persekitaran memainkan peranan yang penting terutamanya

persekitaran di sekolah. Pengamatan dan penanggapan yang dilalui oleh kedua-dua murid

tersebut menjadikan pencapaian akademik mereka bertambah baik atau sebaliknya. Ternayata

murid B menjadikan persekitaran sekolah mahu pun rumah sebagai aset untuk mencari

maklumat tentang pembelajaran. Sekolah banyak menyediakan kemudahan seperti pondok

12

Page 13: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

bacaan, perpustakaan dan kemudahan-kemudahan yang lain yang memerlukan pengamatan

dan tumpuan. Bagi murid A pula pengamatan murid A lebih tertumpu ke arah bentuk

permainan. Persekitaran mewujudkan pelbagai kemudahan untuk beriadah membuatkan

murid A lebih leka dan memikirkan setiap hari datang ke sekolah boleh bermain dengan rakan

sebaya.

Bagi teori Ekologi Bronfenbrenner (1979, 1989), mengatakan perkembangan kanak-

kanak meliputi kima jenis ekologi. Pertama, mikrosistem, mesosistem, ekosistem,

makrosisitem dan kronosistem. Kelima-lima ekologi ini dikatakan dapat mempengaruhi

perkembangan kanak-kanak . Di mana menurut teori tersebut keadaan persekitaran yang

berlaku di rumah boleh mempengaruhi tingkah laku murid di sekolah dan begitulah

sebaliknya. Murid akan dipengaruhi dengan persekitaran yang sedang pesat membangun

hingga leka dengan peranan mereka sebagai murid yang memerlukan pengajaran dan

pembelajaran sepanjang masa.

4. Langkah - langkah yang perlu diambil guru dalam proses pengajaran dan

pembelajaran melibatkan murid - murid dengan pencapaian akademik berbeza

disokong oleh teori / kajian yang lepas.

4.1 Motivasi pelajar.

Dalam proses pengajaran dan pembelajaran seorang guru haruslah mempunyai

keupayaan untuk merangsang murid melakukan yang terbaik sewaktu berada di

dalam bilik darjah. Perkara pertama ialah keupayaan guru memotivasikan murid

yang berlainan pencapaian akademiknya.

Motivasi adalah perkara yang memberi perangsang terhadap tindakan yang

dilakukan oleh murid selain dari membangkit, mengekalkan dan mengawal minat

murid untuk terus belajar. Sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran banyak

perkataan-perkataan yang sering digunakan berkaitan dengan dorongan, penentu

dorongan maklumat terkini, minat, insenif dan pelbagai lagi.

13

Page 14: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

Antara teori yang sering kita dengar ialah teori Edward Lee Thorndike (1913).

Edward Lee Thorndike (1913)

Thorndike banyak melakukan kajian terhadap haiwan bagi mengemukakan

teori “pelaziman operan”. Eksperimen yang dilakukan adalah hasil gabungan antara

rangsangan(R) dan gerak balas(G). Di mana hasil daripada R-G tersebut maka

terhasillah hukum pembelajaran yang meliputi hukum kesediaan, hukum latihan, dan

hukum kesan. Setiap murid akan terangsang dengan apa jua bentuk pembelajaran

melalui rangsangan berbentuk ganjaran. Contohnya murid A, kelemahan pembelajaran

menjadikan guru memikirkan apa bentuk rangsangan yang sesuai untuk menarik minat

murid itu tadi. Hasil daripada gerak balas murid itu tadi dengan memberikan ganjaran

membolehkan pencapaian murid meningkat sedikit demi sedikit mengikut latihan yang

dibuat oleh guru. Contohnya, memberikan ganjaran berbentuk makanan, latih tubi,

ulangkaji secara bersemuka dan sebagainya. Setiap usaha pasti akan mencapai

kejayaan. Motivasi yang diberikan oleh guru ke atas anak muridnya dengan memupuk

minat dan cara pembelajaran yang berjadual akan memberi tindak balas positif seperti

rajah 4.1 di bawah.

14

Page 15: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

Rajah 4.1 : Berkat usaha murid di dorong oleh guru yang cemerlang.

Sokongan dan perhatian yang lebih daripada guru dengan memberikan

motivasi yang sesuai mengikut gaya pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas

menjadi daya penarik atau tindak balas positif murid ketika proses pengajaran dan

pembelajaran berlangsung.

4.2 Konsep pengajaran guru.

Selain daripada ibu bapa, guru merupakan orang yang paling dekat dengan

murid ketika proses pembelajaran berlaku. Sekolah menjadi tempat kedua bagi

murid menerima kelangsungan pengajaran dan pembelajaran selain daripada

rumah. Menurut Logan & Logan (1974), Profesion perguruan adalah profesion

yang kompleks dan tugasan guru sangat luas berbanding pekerjaan lain. Penyataan

tersebut menyatakan kebenaran peranan guru yang sangat kompleks dari segi

tugasan pengajaran dan pembelajaran melibatkan aktiviti murid. Tiada guru tiada

murid dan tiada bilik darjah maka tiada kewujudan sekolah.

Guru merupakan ajen penting bagi mewujudkan penampilan yang berkesan

dihati murid-murid. Konsep pengajaran guru menjadikan suasana bilik darjah

15

Page 16: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

menjadi ceria dan seronok. Pengajaran guru akan bertambah seronok dengan

adanya gaya pembelajaran yang berpusatkan pengajaran masteri. Di mana

pengajaran masteri telah dikesan keberkesanannya pada zaman Comenius,

Pestalozzi dan Herbert (Bloom 1974). Pengajaran masteri banyak berlaku dalam

aktiviti berkumpulan mahupun individu di mana guru akan memecahkan beberapa

tajuk pembelajaran kepada tajuk yang kecil. Pada pembelajaran ini fokus guru

akan tertumpu kepada murid yang kurang memahami tajuk kecil dengan

memberikan bimbangan dan menjadikan rakan sebaya sebagai pendamping bagi

mencapai objektif pengajaran dan pembelajaran.

Selain itu, program pengayaan dan pemulihan turut dijadikan pengajaran dan

pembelajaran lebih berkesan sesudah habisnya aktiviti pengajaran dan

pembelajaran. Guru dapat mengesan kelemahan murid dengan memberikan latihan

pemulihan bagi membimbing murid yang lemah manakala pengayaan bagi murid

cerdik. Interaksi guru dan murid juga penting ketika proses pengajaran dan

pembelajaran sedang berlaku. Komunikasi dua hala akan memberi peluang kepada

murid yang cerdik mahu pun yang lemah berkomunikasi dengan guru.

4.3 Hubungan antara ibu bapa dan guru.

Setiap organisasi sekolah perlu mewujudkan hubungan yang baik antara ibu

bapa dan guru. Wujudnya PIBG di setiap sekolah adalah untuk membantu

meringankan bebanan guru dari segi pelaksanaan kurikulum mahu pun

kokurikulum. Ibu bapa merupakan guru bagi murid di rumah. Pelaksanaan proses

pengajaran dan pembelajaran di sekolah oleh guru akan dipantau oleh ibu bapa

murid di rumah dengan cara bertanya tentang kerja sekolah yang dibekalkan oleh

guru. Di peringkat ini murid berada dalam pembelajaran informal. Guru perlu

banyak bertanya tentang suasana dan keadaan murid ketika belajar di rumah

dengan melakukan perbincangan atau pun pertemuan yang diatur oleh pihak

sekolah. Begitu juga dengan ibu bapa terhadap pengajaran guru di sekolah.

16

Page 17: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

4.4 Suasana dan keadaan di dalam bilik darjah.

Menurut kamus Dewan edisi keempat (2010), Suasana bermaksud keadaan

yang melingkungi atau meliputi sesuatu. Manakala keadaan bermaksud hal atau

kedudukan pada sesuatu ketika atau jangka waktu. Bilik darjah memainkan

peranan penting dalam menjadikan pengajaran dan pembelajaran lebih berkesan

dengan suasana dan keadaan yang ceria dengan sudut-sudut pandangan yang

meliputi bahan pembelajaran seperti rajah 4.4.1, di bawah.

Rajah 4. 4.1: Suasana dan keadaan bilik darjah yang ceria.

Suasana dan keadaan sebegini akan menggalakkan minat pelajar untuk

mengetahui lebih lanjut pengajaran dan pembelajaran daripada guru mereka.

Manakala rajah 4.4.2, membezakan bilik darjah zaman dahulu dan

zaman moden. Di mana kemudahan dari segi infrastrukturnya melihatkan

17

Page 18: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

jurang perbezaan murid-murid dahulu belajar berbanding sekarang.

Rajah 4. 4.2 : Suasana dan keadaan bilik darjah era lama dan moden.

Guru merupakan individu yang melaksanakan pengayaan dalam bilik

darjah berada di dalam suasana dan keadaan yang teratur dan meliputi pengajaran

dan pembelajaran yang berkesan. Menurut Renzulli dan Reis (1997)

menggambarkan pengayaan dalam bilik darjah sebagai aktiviti pembelajaran yang

direka bentuk untuk menggalakkan pemikiran murid ke arah pembelajaran yang

lebih kritis dan kreatif.

Bilik darjah merupakan tempat pembelajaran formal. Guru memainkan

peranan bagi membentuk tingkah laku murid melalui kemahiran-kemahiran

tertentu. Contohnya melalui pendekatan mendisplinkan bilik darjah sebagi tempat

menimba ilmu. Peraturan bilik darjah juga memberi impak kepada murid untuk

memastikan suasana dan keadaan bilik darjah lebih terkawal dan tidak terjadi

pembelajaran yang sia-sia.

18

Page 19: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

Burrhus Federic Skinner (B.F.Skinner)

Dalam teori pembelajaran B.F. Skinner (1953), proses pengajaran dan

pembelajaran dalam bilik darjah boleh diaplikasikan berdasarkan prinsip-prinsip

berikut. Pertama, memberikan peneguhan positif apabila murid melakukan sesuatu

secara sistematik. Kedua, berbentuk ganjaran. Ketiga, keupayaan guru menarik

perhatian murid. Keempat gerak balas daripada rangsangan haruslah dikukuhkan

untuk membentuk pelaziman. Dan kelima, guru haruslah memberi keutamaan

mengikut latihan dan gerak balas secara berulang-ulang.

Teori Skinner banyak mewujudkan prinsip-prinsip yang diperteguhkan

dengan keupayaan guru memberikan pengajaran dan pembelajaran yang

melibatkan ganjaran dan latihan yang berteusan kepada murid. Murid yang lemah

akan diberikan latihan secara berulang-ulang dan akan diberikan ganjaran melalui

keupayaan murid tersebut menjalani aktiviti pembelajaran. Manakala murid yang

cerdik akan diberikan tugasan menambah bahan dan menceriakan sudut-sudut

pembelajaran di dalam bilik darjah.

5 Kesimpulan

Peredaran waktu sentiasa berputar. Begitu juga dengan pendidikan. Teori-teori

pengajaran dan pembelajaran yang telah dilakukan oleh Thordike, Skinner,

Watson, Pavlov, dan ramai lagi pengkaji terdahulu telah memberikan banyak

19

Page 20: Psikologi Pendidikan

HAZMIR BIN A.HAMID

730611015805

kemudahan serta sebagai rujukan oleh guru atau sesiapa sahaja demi memastikan

anak murid kita berjaya mencapai prestasi akademik yang baik.

Kemudahan infrastruktur di sekolah dengan kelengkapan yang canggih dapat

memberikan keselesaan kepada guru mahu pun murid mengikuti pengajaran dan

pembelajaran dengan lebih aktif lagi.

Bibliografi

1 Azizi b. Yahya (2006). Membentuk Identiti Remaja, Kuala Lumpur: PTS

Publications & Distributors Sdn. Bhd.

2 Najeemah Md. Yusof (2007). Konsp Pendidikan, Kuala Lumpur: PTS Publications

& Distributors Sdn. Bhd.

3 Sharifah Alwiah AlSagoff (1987). Psikologi Pendidikan II: Longman.

4 Atan Long (1976). Psikologi Pendidikan, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

5 Shahabudin Hashim, Mahani Razali,& Ramlah Jantan (2003). Psikologi

Pendidikan, Kuala Lumpur: PTS Publications & Distributors Sdn. Bhd.

6 Ee Ah Meng (1997). Pedagogi 111, Shah Alam: Fajar Bakti Sdn. Bhd.

7 Kamus Dewan edisi ke-4 (2010). Dewan Bahasa dan Pustaka , Kuala Lumpur.

8 Mok Soon Sang (2000). Nota dan Latihan Ilmu Pendidikan : Pendidikan di

Malaysia dan Psikologi Pendidikan 1, Kuala Lumpur : Kumpulan Budiman Sdn.

Bhd.

9 Haliza Hamzah & Joy N Samuel (2009). Perkembangan Kanak-kanak, Kuala

Lumpur: Kumpulan Budiman Sdn. Bhd.

Jumlah perkataan : 2 968 patah perkataan20