prosa tradisional t3.pdf

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    1/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 1

    MODUL KECEMERLANGAN

    BAHASA MELAYU

    PT

    KAJIAN ANTOLOGI

    HARGA SEBUAH LUKISAN

    TINGKATAN 3

    PROSA TRADISIONAL)

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    2/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 2

    HIKAYAT SERI KELANTAN

    Sinopsis:

    Prosa tradisional ini mengisahkan negeri Kelantan Purba yang juga dikenali dengan nama Tanah

    Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung di bawah pemerintahan seorang raja perempuan bernama EncikSiti Wan Kembang. Encik Siti tidak bersuami dan tidak mempunyai anak. Apabila mengetahui bahawaanak raja Jembal mempunyai anak perempuan yang terlalu cantik bernama Tuan Puteri Sa’dung, Encik Sititelah menjadikan Tuan Puteri Sa’dung sebagai anak angkat. Semakin lama dipelihara, semakin cantik rupaTuan Puteri Sa’dung sehingga banyak orang yang tergila-gila akannya. Apabila Tuan Puteri Sa’dungdewasa, Encik Siti telah mengahwinkan Tuan Puteri Sa’dung dengan anak raja Jembal bernama Raja Abdullah bertujuan mencari pewaris tahta. Setelah berkahwin, Raja Abdullah bergelar Sultan Abdullah danmemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung. Encik Siti menitahkan Sultan Abdullahmendirikan Kota Jelasin dan Sultan Abdullah memerintah di situ manakala Encik Siti berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ.

    Raja Siam di benua Siam yang besar kerajaannya, telah mendengar berita Tuan Puteri Sa’dungberkahwin dengan Sultan Abdullah, lalu memerintahkan segala raja dan menteri hulubalang di bawahtakluk baginda supaya menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana bagindaterlalu ingin memiliki Tuan Puteri Sa’dung. Raja Siam juga menitahkan ahli nujum bernama Tuk Ca untukturut belayar ke negeri tersebut, utusan raja Siam telah menghadap Sultan Abdullah dan menyampaikanhasrat Raja Siam untuk memiliki Tuan Puteri Sa’dung. Hal ini telah menyebabkan Sultan Abdullah marahlalu menghalau keluar utusan Raja Siam. Ekoran daripada itu, pasukan tentera Siam telah menyerang KotaJelasin. Namun, tentera Siam telah tewas kerana kesaktian yang dimiliki oleh Tuan Puteri Sa’dung.

    Dengan takdir Tuhan, negeri Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung ditimpa bala kebuluran. Akibatnya, Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam kerana rakyatnya melarikan diri. Pada ketika itu,Tuan Puteri Sa’dung berseru sekiranya dia berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarahputih dan bertulang tunggal, akan terangkatlah kota dan istana mahligainya sehingga jatuh di dalam hutan.Setelah itu, seluruh kota dan istana ghaib lalu jatuh ke dalam Cerang Bahana. Tuan Puteri Sa’dung danrakyatnya membuat negeri di dalam hutan itu yang diberi nama Mahligai. Apabila Kota Jelasin ghaib, rajadan pegawai Siam menaiki perahu untuk berjumpa dengan ahli nujum Tuk Ca. Tuk Ca dengan ilmunujumnya dapat mengesan pergerakan Tuan Puteri Sa’dung dan melihat mahligai Tuan Puteri Sa’dungdan Sultan Abdullah berada di dalam cerang. Kemudian, Tuk Ca memerintahkan mereka terus mengikutiTuan Puteri Sa’dung menuju ke arah selatan.

    Rombongan Raja Siam tiba di cerang besar lalu mengepung mahligai Tuan Puteri Sa’dung. TuanPuteri Sa’dung tidak dapat melepaskan diri dan semua rakyat telah berpecah -belah, maka bagindamencadangkan agar Sultan Abdullah bertanya kepada Tuk Ca hajat sebenar raja Siam menyerang KotaJelasin. Tuk Ca memberitahu bahawa Raja Siam sebenarnya tidak berniat untuk menakluk negeri bagindatetapi mahu memiliki Tuan Puteri Sa’dung. Akhirnya, Sultan Abdullah menitahkan isteri kesayanganbaginda supaya menurut kehendak Raja Siam kerana mereka tidak mampu menentang Raja Siam danbimbang negeri mereka akan musnah. Tuan Puteri Sa’dung yang berasa serba salah kerana ingin menjagamaruahnya serta takut dimurkai Sultan Abdullah akhirnya bersetuju dengan kehendak suaminya lalumengikut Tuk Ca ke Siam. Sultan Abdullah akhirnya kembali ke mahligai baginda manakala Tuk Ca

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    3/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 3

    mengarahkan segala raja, menteri, hulubalang dan rakyat Siam kembali ke bahtera untuk belayar pulangke benua Siam.

    Tema:

    Tema prosa tradisional ini adalah keistimewaan seorang puteri yang mempunyai kelebihan luar biasa.Tuan Puteri Sa’dung mempunyai kelebihan, iaitu rupa paras yang terlalu cantik sehingga Raja Siam inginmemilikinya walaupun sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah. Tuan Puteri Sa’dung juga mempunyaiilmu kesaktian, iaitu boleh menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaib lalu terjatuh ke dalamhutan.

    Persoalan:

    i. Merampas hak orang.Contohnya: Raja Siam sanggup merampas Tuan Puteri Sa’dung walaupun Tuan Puteri Sa’dung

    sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah.

    ii. Kasih sayang antara suami dengan isteri.Contoh:Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sa’dung berasa sangat sedih ketika mereka hendakberpisah.

    iii. Kepentingan perpaduan dalam mempertahankan negara.Contoh: Akibat tiada perpaduan Kota Jelasin telah dikepung oleh tentera Siam kerana rakyatnyaberpecah-belah setelah dilanda bala kebuluran.

    iv. Semangat bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.Contoh: Utusan Siam bermuafakat dalam merancang strategi bagi menyerang Kota Jelasin.

    v. Taat setia rakyat kepada raja.Contoh: Rakyat Siam patuh pada perintah rajanya supaya menyerang negeri Tanah SerendahKebun Bunga Cerangtegayung kerana terlalu ingin memiliki Tuan Puteri Sa’dung yang merupakanisteri Sultan Abdullah.

    vi. Kepentingan diplomasi dalam menyelesaikan persengketaan.Contoh: Sultan Abdullah sanggup mengadakan rundingan secara damai dengan Tuk Ca demimenyelamatkan negeri baginda daripada dimusnahkan oleh tentera Siam.

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    4/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 4

    Watak dan Perwatakan:

    Watak Utama

    Tuan Puteri Sa’dung 

    i. Anak perempuan raja Jembal.

    ii. Dijadikan anak angkat oleh Encik Siti Wan Kembang.

    iii. Dikatakan berasal daripada keturunan orang tuha-tuha yang berdarah putih dan bertulang tunggal.

    iv. Mempunyai rupa paras yang sangat cantik.Contoh: Kecantikannya banyak menyebabkan orang tergila-gilakannya sehingga Raja Siam terlaluingin memilikinya.

    v. Memiliki kesaktian yang luar biasa.Contoh: Dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaib lalu jatuh ke dalam hutanketika hendak menyelamatkan diri daripada pasukan tentera Siam.

    vi. Sangat sayang akan suaminya.Contoh: Tuan puteri Sa’dung berasa sangat sedih serta serba salah ketika hendak berpisahdengan Sultan Abdullah kerana sangat sayang akan baginda.

    vii. Sanggup berkorban.Contoh: Tuan Puteri Sa’dung sanggup mengikut Tuk Ca dan menjadi milik Raja Siam demimenyelamatkan negerinya daripada dimusnahkan oleh tentera Siam.

    viii. Taat setia akan suaminya.Contoh: Tuan Puteri tidak membantah cadangan Sultan Abdullah untuk menjadi milik Raja Siamkerana taat akan suaminya itu.

    ix. Bijaksana.Contoh: Tuan Puteri Sa’dung mencadangkan Sultan Abdullah supaya berjumpa dengan Tuk Cauntuk bertanya tentang hajat sebenar raja Siam menyerang Kota Jelasin.

    x. Memelihara kehormatan diri.Contoh: Tuan Puteri Sa’dung tidak sanggup menjadi milik Raja Siam kerana mahu menjagamaruah dan kehormatannya sebagai seorang isteri.

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    5/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 5

    Watak Sampingan

    Sultan Abdullah

    i. Anak raja Jembal.

    ii. Nama asal Raja Abdullah.

    iii. Berkahwin dengan Tuan Puteri Sa’dung. 

    iv. Menjadi pemerintah negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.Contoh: Membina Kota Jelasin atas arahan ibu mentuanya, Encik Siti Wan Kembang .

    v. Berpendirian tegas.Contoh: Sultan Abdullah berasa marah apabila mengetahui Raja Siam ingin memiliki isterinya laluterus menghalau keluar utusan Siam.

    vi. Sangat sayang akan isterinya.Contoh: Sultan Abdullah berasa sangat sedih apabila terpaksa berpisah dengan isterinya.

    vii. Berani.Contoh: Sultan Abdullah berani bersemuka dengan tentera Siam yang mahu menyerang KotaJelasin untuk mengetahui sebab mereka mahu menyerang kota itu.

    viii. Sanggup berkorban.Contoh: Sultan Abdullah sanggup menyerahkan isterinya untuk menjadi milik Raja Siam demimenyelamatkan negerinya.

    ix. Bijak dalam mengambil tindakan.Contoh: Sultan Abdullah sanggup berunding dengan Tuk Ca setelah mahligainya dikepung olehtentera Siam untuk mengelakkan Kota Jelasin musnah.

    Tuk Ca

    i. Ahli nujum kepada Raja Siam.

    ii. Taat setia kepada raja.Contoh: Tuk Ca turut belayar bersama-sama dengan raja, menteri dan pegawai Siam setelahdiperintahkan oleh Raja Siam.

    iii. Memiliki kesaktian.Contoh: Tuk Ca dapat mengetahui tempat persembunyian Tuan Puteri Sa’dung dan Sultan Abdullah berdasarkan i lmu nujum yang dimilikinya.

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    6/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 6

    iv. Bijak dalam mengatur strategi.Contoh: Tuk Ca mencadangkan pasukan Siam bersiap sedia menuju ke arah selatan agar TuanPuteri Sa’dung dapat ditangkap. 

    v. Tenang dalam menyelesaikan masalah.

    Contoh: Tuk Ca meminta raja-raja, pegawai dan hulubalang Siam bertenang setelah Tuan PuteriSa’dung, Sultan Abdullah, dan mahligai ghaib. 

    vi. Bertolak ansur.Contoh: Tuk Ca berunding secara damai dengan Sultan Abdullah untuk mendapatkan Tuan PuteriSa’dung yang ingin dimiliki oleh Raja Siam. 

    Encik Siti Wan Kembang

    i. Raja Perempuan. Memerintah kerajaan Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung.

    ii. Belum berkahwin dan mempunyai anak. Mengambil Tuan Puteri Sa’dung sebagai anak angkat. 

    iii. Sangat sayang akan anak angkatnya.Contoh: Encik Siti terlalu mengasihi anak angkatnya sehingga tidak membenarkan orang lainmendekati Tuan Puteri Sa’dung.

    iv. Bijaksana.Contoh: Encik Siti Wan Kembang mengahwinkan Tuan Puteri Sa’dung dengan Raja Abdullah,kerana ingin mencari pewaris kepada kerajaannya.

    v. Bertolak ansur.Contoh: Encik Siti Wan Kembang berpindah ke Gunung Ayam dan menjadi raja di situ setelahmenantunya, Sultan Abdullah menjadi raja di Kota Jelasin.

    Latar:

    Latar Masa

    i. Zaman pemerintahan kerajaan Kelantan Purba.

    ii. 40 hari 40 malam.Contoh: Persediaan untuk majlis perkahwinan Tuan Puteri Sa’dung dengan Sultan Abdullahdiadakan selama 40 hari 40 malam.

    iii. Waktu malam.Contoh: Utusan Siam bermuafakat dengan orang Siam mahu menyerang kota Jelasin keranaSultan Abdullah tidak mahu menyerahk an Tuan Puteri Sa’dung. 

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    7/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 7

    vi. Waktu siang.Contoh: Raja dan pegawai sebelah Raja Siam menyedari bahawa Istana Kota  Jelasin telah ghaib.

    Latar Tempat

    i. Negeri Kelantan Purba yang dikenali sebagai negeri Tanah Serendah Kebun BungaCerangtegayung.Contoh: Negeri Kelantan Purba diperintah oleh Encik Siti Wan Kembang yang kemudiannyadiwariskan kepada Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sa’dung.  

    ii. Kota Jelasin.Contoh: Kota ini dibina oleh Sultan Abdullah atas perintah Encik Siti.

    iii. Cerang Bahana.Contoh: Tempat dipindahkan Tuan Puteri Sa’dung, Sultan Abdullah, Kota dan istana baginda, dariKota Jelasin ke Cerang Bahana setelah ghaib akibat doa Tuan Puteri Sa’dung.  

    iv. Gunung Ayam.Contoh: Tempat tinggal Encik Siti Wan Kembang setelah Sultan Abdullah menjadi raja di KotaJelasin.

    v. Istana/mahligai.Contoh: Tempat bersemayam Sultan Abdullah yang dikepung oleh pasukan tentera Siam.

    vi. Perahu jong.Contoh: Sultan Abdullah dengan Tuk Ca mengadakan rundingan dalam perahu jong untukmengetahui punca sebenar Raja Siam menyerang Kota Jelasin.

    Latar Masyarakat

    i. Masyarakat feudal.Contoh: Rakyat Kelantan mengamalkan sistem pemerintahan beraja. 

    ii. Masyarakat penyayang.Contoh: Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sa’dung saling menyayangi dan berasa sangat sedihapabila mereka terpaksa berpisah.

    iii. Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah.Contoh: Tuk Ca serta pasukan Siam yang terdiri daripada raja-raja, menteri dan hulubalangsanggup belayar ke negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana menunaikanhasrat Raja Siam yang ingin memiliki Tuan Puteri Sa’dung.  

    iv. Masyarakat yang sanggup berkorban untuk mempertahankan negara.Contoh: Sultan Abdullah dan rakyat negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayungberperang menentang tentera Siam yang menyerang Kota Jelasin.

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    8/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 8

    v. Masyarakat yang bijak dalam mengambil tindakan.Contoh: Tuk Ca meminta pasukan Siam bertenang apabila Kota Jelasin ghaib lalu mencadangkanmereka bersiap sedia menuju ke arah selatan agar Tuan Puteri Sa’dung dapat ditangkap.

    vi. Masyarakat yang memiliki kesaktian yang luar biasa.

    Contoh: Tuan Puteri Sa’dung dapat menjadikan seluruh Kota Jelasin dan mahligainya ghaib laluberada di dalam hutan.

    vii. Masyarakat yang tidak bersatu padu.Contoh: Rakyat negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayung berpecah-belah apabiladitimpa bala kebuluran sehingga menyebabkan Kota Jelasin dikepung oleh tentera Siam.

    viii. Masyarakat yang bertolak ansur dalam menyelesaikan persengketaan.Contoh: Sultan Abdullah sanggup berunding secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkankota Jelasin daripada musnah.

    Gaya Bahasa:

    i. Bahasa IstanaContoh: sultan, baginda, titah, murka, ayahanda, bonda

    ii. Bahasa Melayu KlasikContoh:  jemelah, suak, cerang, cetera

    iii. Bahasa ArabContoh: mustaib, Allah subhanahu wa taala 

    iv. Dialek KelantanContoh: beroyat

    v. Kata Pangkal AyatContoh: maka, alkisah, hatta, sebermula

    Nilai Murni:

    i. Nilai kasih sayangContoh: Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sa’dung saling menyayangi dan berasa sangat sedihapabila baginda berdua terpaksa berpisah.

    ii. Nilai taat setiaContoh: Tuk Ca dan pasukan Siam menurut perintah Raja Siam untuk menyerang negeri TanahSerendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda ingin memiliki Tuan Puteri Sa’dung. 

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    9/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 9

    iii. Nilai bertolak ansurContoh: Sultan Abdullah berunding secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan negeribaginda daripada musnah.

    iv. Nilai berani

    Contoh: Sultan Abdullah berani berperang dengan tentera Siam yang menyerang Kota Jelasin.

    v. Nilai cinta akan tanah airContoh: Sultan Abdullah sanggup berpisah dengan Tuan Puteri Sa’dung demi menyelamatkantanah air baginda daripada serangan tentera Siam.

    vi. Nilai bermuafakatContoh: Sultan Abdullah bermuafakat bersama-sama dengan pegawai baginda dalam membinaKota Jelasin.

    Pengajaran:

    i. Kita hendaklah taat setia kepada raja.Contoh: Tuk Ca dan pasukan Siam menurut perintah Raja Siam untuk menyerang negeri TanahSerendah Kebun Bunga Cerangtegayung kerana baginda ingin memiliki Tuan Puteri Sa’dung  

    ii. Kita hendaklah sanggup berkorban demi mempertahankan negara.Contoh: Sultan Abdullah dan Tuan Puteri Sa’dung sanggup berpisah agar negeri mereka tidakmusnah oleh serangan tentera Siam.

    iii. Kita hendaklah bijak bertindak dalam menyelesaikan sesuatu masalah.Contoh: Tuan Puteri Sa’dung mencadangkan Sultan Abdullah supaya berjumpa dengan Tuk Cauntuk mengetahui hajat Raja Siam setelah Kota Jelasin diserang oleh tentera Siam.

    iv. Kita hendaklah bersatu padu untuk menjaga kedaulatan negara.Contoh: Akibat rakyat berpecah-belah apabila dit impa bala kebuluran, Kota Jelasin telah dikepungoleh tentera Siam.

    v. Janganlah kita merampas hak orang lain.Contoh: Raja Siam sanggup menyerang negeri Tanah Serendah Kebun Bunga Cerangtegayungkerana ingin memiliki Tuan Puteri Sa’dung yang sudah berkahwin dengan Sultan Abdullah.  

    vi. Kita hendaklah bermuafakat dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.Contoh: Tuan Puteri Sa’dung bermuafakat dengan segala hamba suruhannya untuk membinasebuah negeri di dalam hutan yang diberi nama Mahligai.

    vii. Kita hendaklah berunding secara damai untuk menyelesaikan sebarang persengketaan.Contoh: Sultan Abdullah berunding secara damai dengan Tuk Ca demi menyelamatkan negerinya.  

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    10/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 10

    HIKAYAT PATANI

    Sinopsis:

    Prosa tradisional ini mengisahkan asal-usul raja negeri Patani Dar al-Salam. Raja Kota Maligai bernama

    Phaya Tu Kerub Mahajana. Baginda mempunyai seorang putera bernama Phaya Tu Antara. Phaya Tu Antara menjadi raja selepas kemangkatan ayahandanya dengan gelaran Phaya Tu Naqpa. Baginda sukaberburu dan meminta rakyatnya untuk menjejaki rusa yang banyak di kawasan itu tetapi tidak berhasil.Phaya Tu Naqpa berasa hairan dan menyuruh pengikutnya melepaskan anjing perburuannya. Setelah dua jam perburuan, anjing itu menyalak dengan kuat dan mengejar seekor pelanduk putih tetapi pelanduktersebut dapat menghilangkan diri. Phaya Tu Naqpa berangkat ke tepi pantai dan bertemu sepasangsuami isteri yang tinggal di pantai itu bernama Encik Tani. Orang tua itu menyatakan mereka rakyat KotaMaligai yang pernah mengiringi Paduka Nenda ke negeri Ayuthia, disebabkan mengidap penyakit merekaditinggalkan di situ. Phaya Tu Naqpa berbincang dengan orang-orang besar untuk membuka negeri ditempat pelanduk putih ditemui dan diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani. Mereka juga membina sebuah pangkalan yang diberi nama Pintu Gajah, manakala tempat Encik Tani turun ke laut

    dinamakan Jambatan Kedi. Setelah beberapa lama memerintah, baginda dikurniakan tiga cahaya matabernama Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai dan Mahacai Pailang.

    Beberapa lama selepas itu Phaya Tu Naqpa mengalami sakit kulit yang sukar diubati. Phaya TuNaqpa menawarkan sesiapa yang boleh mengubati baginda, orang itu akan dijadikan menantu. Namunbegitu, tiada sesiapapun yang dapat mengubati baginda, lalu pemukul canang telah pergi ke kampungorang Pasai. Syeikh Said telah bersetuju mengubati baginda dengan syarat Phaya Tu Naqpa mestimemeluk agama Islam sekiranya baginda sembuh. Syeikh Said mengubati baginda selama tujuh hari danbaginda pun sembuh seperti sedia kala. Namun begitu raja telah mungkir janji. Selepas dua tahun bagindamendapat sakit kembali dan meminta Syeikh Said mengubatinya semula. Syeikh Said bersetuju untukmengubatinya dengan syarat raja tidak akan mungkir janji buat kali kedua. Apabila sembuh baginda masihtidak menunaikan janji sehingga baginda jatuh sakit buat kali ketiga. Syeikh Said bersetuju mengubati buatkali terakhir. Menurutnya, jika berulang lagi, beliau tidak akan mengubati lagi walaupun dihukum bunuh. Akhirnya, setelah sembuh baginda bersama-sama pengikut-pengikutnya memeluk agama Islam dengangelaran Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.

    Sebuah kapal Cina berlabuh di Patani Dar al- Salam. Sultan Ismail dihadiahkan sebuah pelurubesar oleh nakhoda kapal dari negara China sedangkan negeri baginda tidak mempunyai meriam. Hal initelah mengaibkan baginda, lalu baginda mengarahkan rakyat jelata agar tidak menjual tembaga kepadapedagang asing selama tiga tahun bagi membolehkan rakyatnya membuat meriam. Selepas tiga tahunSyeikh Gambak seorang pedagang Patani menyuruh anak muridnya, Abdul Mukmin menjual tembagayang mereka kumpul kepada saudagar dari Melaka. Abdul Mukmin ditangkap semasa membawatembaga. Hal ini dikhabarkan kepada baginda sultan. Baginda murka lalu mengarahkan Syeikh Gambakdan Abdul Mukmin dihukum bunuh dan mayatnya dihanyutkan ke sungai. Peristiwa itu telahmenyebabkan berlaku beberapa kejadian aneh. Hal ini mendorong Tuk Besar meminta keizinan raja bagimengebumikan mayat tersebut. Semasa upacara pengebumian dijalankan kedua-dua mayat itumemanjang. Oleh itu, kubur mereka dikenali sebagai kubur Tuk Panjang.

    Sultan mengarahkan seorang tukang berbangsa Rom membuat meriam. Namun begitu, setelahsiap meriam tersebut tidak dapat digunakan kerana terlalu nipis. Akhirnya baginda menyuruh tukang

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    11/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 11

    tersebut agar membuat semula meriam tersebut. Hasilnya terciptalah tiga meriam diberi nama Seri Negeri,Tuk Buk dan Nang Liu-liu.

    Tema:

    Tema prosa tradisional ini ialah peristiwa pembukaan Negeri Patani.Phaya Tu Naqpa berasa kagum akan pelanduk putih yang dikejar anjing tetapi pelanduk tersebut berjayamenghilangkan diri. Oleh itu, baginda berasakan bahawa tempat tersebut sangat sesuai untuk dijadikannegeri. Setelah itu raja juga bertemu dengan sepasang suami isteri dan setelah mengetahui asal-usulnya,lalu dibuka negeri baharu yang diberi nama Patani Dar al-Salam sempena nama Encik Tani.

    Persoalan:

    i. Kerjasama dalam membina sebuah kerajaan.

    Contoh: Semua pengikut Phaya Tu Naqpa bekerjasamana dalam usaha membina sebuahkerajaan baru bernama Patani Dar al-Salam.

    ii. Keberanian dalam menegakkan kebenaran.Contoh: Syeikh Said berani menuntut janjinya dengan Phaya Tu Naqpa agar memeluk Islamkerana dia berjaya mengubati penyakit raja. Sekiranya baginda masih mungkir janji dia tidak akanmengubati baginda lagi walaupun dia dihukum bunuh .

    iii. Kebolehan luar biasa dalam mengubati penyakit.Contoh: Syeikh Said mampu mengubati penyakit dengan kelebihan yang ada pada dirinya .

    iv. Menunaikan janji yang telah dibuat.Contoh: Phaya Tu Naqpa menunaikan janjinya dengan memeluk agama Islam setelah sembuhdaripada penyakitnya sebanyak tiga kali .

    v. Peristiwa pengislaman seorang pemerintah.Contoh: Phaya Tu Naqpa telah memeluk agama Islam dengan bimbingan Syeikh Said .

    Watak dan Perwatakan:

    Watak Utama

    Phaya Tu Naqpai. Nama asalnya Phaya Tu Antara.

    ii. Nama sewaktu menjadi raja ialah Phaya Tu Naqpa.

    iii. Nama Islamnya ialah Sultan Ismail Syah Zillullah Fil-Alam.

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    12/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 12

    iv. Seorang raja yang tidak berpegang pada janji.Contoh: Phaya Tu Antara tidak memegang janjinya untuk memeluk agama Islam setelah diubatioleh Syeikh Said pada kali pertama.

    v. Akur kepada janji setelah ditimpa musibah.

    Contoh: Phaya Tu Naqpa memeluk agama Islam setelah diserang penyakit buat kali ketiga.

    vi. Mempunyai tiga cahaya mata.Contoh: Kerub Picai Paina, Tunku Mahacai, dan Mahacai Pailang.

    Watak Sampingan

    Syeikh Said

    i. Berkebolehan mengubati penyakit.Contoh: Syeikh Said berkebolehan mengubati penyakit raja hingga sembuh.

    ii. Tegas pendirian dalam membuat sesuatu keputusan.Contoh: Syeikh Said bertegas tidak mahu mengubati raja sekiranya baginda tetap tidak mahumemeluk agama Islam setelah diubati kali ketiga .

    iii. Berani kerana benar.Contoh: Syeikh Said bertegas sekiranya raja tidak menunaikan janjinya, dia tidak akan mengubatibaginda lagi walaupun dia dihukum bunuh.

    iv. Mengislamkan Phaya Tu Naqpa.Contoh: Syeikh Said mengajarkan Phaya Tu Naqpa mengucap dua kalimah syahadah.

    Kerub Picai Paina

    i. Anak sulung kepada Phaya Tu Naqpa ( Phaya Tu Antara )

    ii. Menggunakan gelaran Sultan Mudaffar Syah setelah memeluk agama Islam.

    Tuanku Mahacai

    i. Anak perempuan kepada Phaya Tu Naqpa

    ii. Anak kedua daripada tiga adik beradik

    iii. Menggunakan gelaran Raja Aisyah setelah peluk agama Islam

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    13/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 13

    Mahacai Pailang

    i. Anak bongsu kepada Phaya Tu Naqpa

    ii. Menggunakan gelaran Sultan Manzur Syah setelah memeluk agama Islam.

    Tuk Besar

    i. Seorang yang bertanggungjawab.Contoh:Tuk Besar bertanggungjawab mengebumikan mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin.

    Latar:

    Latar Tempat

    i. Jambatan Kedi

    Contoh: tempat Encik Tani turun ke laut  

    ii. Pintu GajahContoh: Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihukum bunuh.

    iii. Kampung orang PasaiContoh: tempat tinggal Syeikh Said. 

    iv. Balairung istanaContoh: Tempat raja, menteri , hulubalang dan semua rakyat menjalankan proses pengislaman.

    v. SungaiContoh: Tempat mayat Syeikh Gambak dan Abdul Mukmin dihanyutkan.  

    Latar Masa

    i. Zaman pemerintahan Phaya Tu NaqpaContoh: Phaya Tu Naqpa menjadi raja di negeri Patani Dar al-Salam.

    ii. MalamContoh: Abdul Mukmin menghantar tembaga ke kapal pedagang Melaka pada waktu malamuntuk mengelakkan kegiatannya dikesan oleh pemerintah.

    iii. Bulan Ramadan.Contoh: Abdul Samad membuat tiga pucuk meriam.

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    14/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 14

    Latar Masyarakat

    i. Masyarakat feudal.Contoh: Negeri yang diketuai oleh raja iaitu Raja Phaya Tu Naqpa.

    ii. Masyarakat yang taat setia kepada pemerintah.Contoh: Rakyat memeluk agama Islam setelah pemerintah memeluk agama Islam kerana merekataat pada pemerintah.

    iii. Masyarakat yang menerima pengaruh agama Islam.Contoh: Phaya Tu Naqpa, dan rakyatnya memeluk agama Islam setelah baginda sembuhdaripada penyakit buat kali ketiga.

    iv. Masyarakat yang tidak berpegang teguh pada janji.Contoh: Phaya Tu Naqpa tidak menunaikan janji untuk memeluk Islam setelah dua kali penyakitnya disembuhkan oleh Syeikh Said.

    Gaya Bahasa:

    i. Bahasa istanaContoh: sultan, ayahanda, patik, hulubalang, titah dan bersemayam. 

    ii. Bahasa ArabContoh : karar  

    iii. Kata gandaContoh : gilang-gemilang, bersungguh-sungguh, dan siapa-siapa.

    iv. SimileContoh: besarnya seperti kambing

    v. HiperbolaContoh: Warna tubuhnya gilang-gemilang

    Nilai Murni:

    i. Nilai bekerjasama.Contoh: Rakyat jelata bekerjasama membina negeri baharu.

    ii. Nilai keberanian.Contoh: Syeikh Said sangat berani menuntut raja menunaikan janjinya.  

    iii. Nilai berpendirian tegas.Contoh: Syeikh Said sangat tegas dalam membuat sesuatu keputusan. 

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    15/31

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    16/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 16

    HIKAYAT MARAKARMA

    Sinopsis:

    Bab 14

    Peperangan, Perkahwinan dan Pertabalan

    Prosa tradisional ini mengisahkan Maharaja Indera Dewa yang marah apabila MaharajaMarakarma telah menyerang negeri baginda. Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja supaya keluarberperang dengan Marakarma. Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Sari telah meminta keizinanayahanda dan bonda mereka untuk keluar berperang. Kedua-dua belah pihak berperang dan bertarungmengikut status masing-masing. Ramai yang tewas dalam peperangan, mayat manusia bertimbun sertakepala hulubalang dan pahlawan berselerakan di tengah padang. Hanya Maharaja Indera Dewa sahajayang terselamat.

    Melihatkan keadaan itu, Maharaja Marakarma pun mengusir Maharaja Indera Dewa dari situ.Maharaja Indera Dewa pun bertanya kepada Maharaja Marakarma tentang asal usul baginda lalumenyuruh baginda pulang kerana kasihan akan Maharaja Marakarma serta ayahanda dan bonda baginda.Maharaja Marakarma tersenyum lalu menyatakan bahawa baginda dianggap sebagai anak yang malangdan tidak dibenarkan tinggal di dalam negeri Puspa Sari. Pada pendapat Maharaja Marakarma, tiadagunanya baginda hidup. Lebih baik baginda mangkat bersama-sama dengan Maharaja Indera Dewa.Maharaja Indera Dewa sangat marah apabila mendengar kata-kata Maharaja Marakarma lalu memanah kearah Maharaja Marakarma tetapi tersasar. Setelah masing-masing menunjukkan kehebatan memanah,berlaku pula kejadian tikam-menikam. Tikaman Maharaja Marakarma terkena pada dada Maharaja InderaDewa lalu tembus ke belakang. Baginda pun rebah tetapi sebelum mati, Maharaja Indera Dewa sempatberpesan kepada Maharaja Marakarma supaya menjaga anak baginda, Puteri Nila Cahaya.

    Setelah mendengar berita kemangkatan ayahandanya di medan peperangan, Puteri Nila Cahayaterus menangis lantas berlari ke luar kota bersama-sama dengan bondanya untuk mencari mayat MaharajaIndera Dewa. Tuan Puteri Nila Cahaya mendapati ayahandanya tersandar pada bangkai gajah. Bondanya juga mangkat kerana terkena tikaman keris yang terletak di tangan Maharaja Indera Dewa. Tuan PuteriNila Cahaya hendak menikam dirinya tetapi dapat diselamatkan oleh isteri-isteri hulubalang. Sebelumpulang ke negeri Puspa Sari, Maharaja Marakarma telah mengarahkan Raja Rum Syah Ke negeri AntaBeranta yang telah kematian maharajanya. Kemudiannya, Maharaja Marakarma dan Raja Mengindera Saribertemu pula ayahanda mereka. Ayahanda mereka berasa sangat gembira kerana mereka telah menangdalam peperangan dan kemudiannya mereka pulang ke negeri Puspa Sari.

    Setelah melihat saudaranya duduk bersama-sama dengan suaminya, Tuan Puteri Cahaya Khairanipun menemui mereka lalu menangis. Tuan Puteri Cahaya Khairani memberitahu bahawa Raja BujanggaIndera kini sudah dewasa setelah sekian lama mereka tidak bertemu dan amat rindu akan adindanya itu.Raja Bujangga amat terkejut dan tercengang apabila mendengar kata-kata Tuan Puteri Cahaya Khairani.Setelah diamat-amati, ternyatalah Tuan Puteri Cahaya Khairani ialah kakandanya. Berita baik itukemudiannya disampaikan kepada ayahanda dan bonda mereka yang kini tinggal di negeri Mercu Inderaoleh seorang hulubalang. Maharaja Marakarma dan anak raja yang lain bercadang untuk mengahwinkan

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    17/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 17

    Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya dan ingin ditabalkan menjadi raja di negeri AntaBeranta. Rombongan Maharaja Marakarma kemudian berangkat ke negeri Anta Beranta. MaharajaMarakarma menitahkan Perdana Menteri supaya membuat persiapan untuk meraikan perkahwinan RajaBujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahaya lalu melantik Raja Bujangga Indera menjadi Maharaja Anta Beranta.

    Bab 15

    Maharaja Negeri Mercu Indera

    Seluruh rakyat Mercu Indera datang menghadap Maharaja Malai Kisna. Pada masa yang sama,hulubalang berkenaan diperintah oleh Maharaja Bujangga Indera supaya membawa surat lalu menghadapbaginda. Bentara telah membaca kandungan surat tersebut. Kandungan surat tersebut menyatakanbahawa Tuan Puteri Cahaya Khairani telah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma. Setelah selesai surattersebut dibaca, rombongan Maharaja Marakarma pun tiba. Maharaja Malai Kisna dan isteri bagindamenyambut ketibaan rombongan lalu meraikan rombongan tersebut.

    Genap empat puluh hari empat puluh malam, Maharaja Marakarma dan isteri baginda dihias dandiletakkan di atas tandu. Mereka diarak mengelilingi negeri Mercu Indera sebanyak tujuh kali. MaharajaKisna Indera, Mengindera Dewa, Raja Mengerna Lela dan Raja Dikar Agas Peri pun menunjukkankesaktian mereka masing-masing. Seluruh rakyat negeri Mercu Indera menjunjung duli dan berdoasemoga Sultan Maharaja Marakarma dan Tuan Puteri Cahaya Khairani ditabalkan sebagai raja negeriMercu Indera. Setelah selesai upacara pertabalan Maharaja Marakarma, saudara mara baginda yang lainmemohon keizinan untuk pulang ke negeri masing-masing. Raja Mengindera Sari pula telah ditabalkanmenjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya bagi menggantikan Maharaja Puspa Indera.

    Tema:

    Tema prosa tradisional ini adalah hubungan erat antara kerabat dirajaPeperangan yang berlaku antara Maharaja Marakarma dengan Maharaja Indera Dewa telah dapatmenyatukan Puteri Nila Cahaya dengan Raja Bujangga Indera melalui ikatan perkahwinan. Selain itu,Puteri Cahaya Khairani telah dapat bertemu semula dengan saudaranya, Raja Bujangga Indera sertaayahanda dan bondanya setelah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma.

    Persoalan:

    i. Keberanian untuk menempuh cabaran.Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

    ii. Kebijaksanaan dalam tindakan.Contoh:  Apabila Maharaja negeri Anta Beranta mangkat, Maharaja Marakarma segeramengarahkan Raja Rum Syah untuk melihat keadaan rakyat negeri Anta Beranta agar bagindadapat menakluk negeri tersebut .

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    18/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 18

    iii. Penderitaan tidak semestinya berkekalan.Contoh: Puteri Nila Cahaya yang sedih setelah kematian ayahanda dan bondanya akhirnyamendapat kesudahan yang baik kerana dapat berkahwin dengan Raja Bujangga Indera.

    iv. Tanggungjawab seorang bapa.

    Contoh: Maharaja Marakarma menunaikan tanggungjawab sebagai seorang bapa kepada PuteriNila Cahaya dengan menjaga puterinya dengan baik serta mengahwinkan Puteri Nila Cahayadengan Raja Bujangga Indera. 

    Watak dan Perwatakan:

    Watak Utama

    Maharaja Marakarma

    i. Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.

    ii. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Mengindera Sari.

    iii. Berkahwin dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani.

    iv. Taat.Contoh: Maharaja Marakarma taat akan perintah ayahanda baginda supaya berperangmenentang Maharaja Indera Dewa.

    v. Mahir memanah.Contoh: Maharaja Marakarma berjaya membunuh Maharaja Indera Dewa dengan kemahiranmemanah yang dimiliki oleh baginda.

    vi. Berani.Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa.

    vii. Bertanggungjawab.Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjalankan tugas sebagai ayah kepada PuteriNila Cahaya dengan baik. 

    viii. Ditabalkan sebagai maharaja di negeri Mercu Indera.

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    19/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 19

    Watak Sampingan

    Raja Mengindera Sari

    i. Putera kepada Maharaja Indera Angkasa.

    ii. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Maharaja Marakarma.

    iii. Menjadi raja di negeri Pelanggam Cahaya.

    iv. Taat.Contoh: Raja Mengindera Sari taat akan perintah ayahanda baginda supaya berperang menentangMaharaja Indera Dewa. 

    v. Berani.Contoh: Raja Mengindera Sari berani berperang menentang raja Maharaja Indera Dewa.

    Puteri Nila Cahaya

    i. Puteri kepada Maharaja Indera Dewa.

    ii. Permaisuri kepada Raja Bujangga InderaContoh: Puteri Nila Cahaya berkahwin dengan Raja Bujangga Indera dan dijadikan raja negeri Anta Beranta. 

    iii. Penyayang.Contoh: Puteri Nila Cahaya berasa sedih apabila mendengar berita kemangkatan ayahanda danbondanya.

    iv. Bernasib baik.Contoh: Walaupun pada asalnya Puteri Nila Cahaya hidup menderita namun kerana kemangkatanayahanda baginda namun akhirnya mendapat kebahagiaan setelah berkahwin dengan RajaBujangga Indera.

    Puteri Cahaya Khairani

    i. Berkahwin dengan Maharaja Marakarma.

    ii. Mempunyai hubungan persaudaraan dengan Raja Bujangga Indera.

    iii. Penyayang.Contoh: Puteri Cahaya Khairani berasa gembira apabila dapat bertemu kembali dengan adindayang disayangi .

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    20/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 20

    Raja Bujangga Indera

    i. Bersaudara dengan Tuan Puteri Cahaya Khairani

    ii. Berkahwin dengan Tuan Puteri Nila Cahaya

    iii. Ditabalkan menjadi Maharaja Anta Beranta

    iv. Penyayang.Contoh: Raja Bujangga Indera berasa amat gembira apabila dapat bertemu kembali dengankakanda tersayang .

    Latar:

    Latar Masa

    i. PagiContoh: Maharaja Indera Dewa menitahkan raja-raja untuk keluar berperang dengan MaharajaMarakarma pada waktu pagi.

    ii. Empat puluh hari empat puluh malamContoh: Upacara perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Tuan Puteri Nila Cahayaberlangsung selama empat puluh hari empat puluh malam.

    Latar Tempat

    i. Negeri Puspa SariContoh: Pusat pemerintahan Maharaja Indera Angkasa.

    ii. Negeri Anta BerantaContoh: Tempat perkahwinan Raja Bujangga Indera dengan Puteri Nila Cahaya dan pertabalanRaja Bujangga Indera sebagai maharaja di situ.

    iii. Negeri Mercu InderaContoh: Tempat pertabalan Maharaja Marakarma menjadi maharaja.

    Latar Masyarakat

    i. Masyarakat feudalContoh: Masyarakat yang mengamalkan sistem pemerintahan beraja.

    ii. Masyarakat yang penyayangContoh: Tuan Puteri Nila Cahaya amat menyayangi ayahanda dan bondanya.

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    21/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 21

    iii. Masyarakat yang taat setia.Contoh: Maharaja Marakarma patuh akan arahan ayahanda baginda supaya pergi berperang.  

    iv. Masyarakat yang bertanggungjawabContoh: Maharaja Marakarma menjalankan tanggungjawab sebagai ayah kepada Puteri Nila

    Cahaya dengan sempurna.

    v. Masyarakat yang berani.Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa. 

    vi. Masyarakat yang bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu pekerjaan.Contoh: Seluruh rakyat Puspa Sari bersama-sama keluar untuk berperang menentang maharajaIndera Dewa. 

    vii. Masyarakat yang mengamalkan kepercayaan karut.Contoh: Maharaja Marakarma berpendapat bahawa tiada gunanya baginda hidup kerana dianggap

    sebagai anak yang membawa malang.

    Gaya Bahasa:

    i. Bahasa IstanaContoh: ayahanda, bonda, baginda, titah, bersemayam, singgahsana

    ii. Bahasa SanskritContoh: ratna mutu manikam

    iii. Bahasa ArabContoh: maghrib, masyrik

    iv. Bahasa Melayu KlasikContoh: rata, lebu duli, anak keti

    v. Kata Pangkal AyatContoh: maka, adapun

    Nilai:

    i. Nilai menepati janjiContoh: Maharaja Marakarma menepati janji untuk menjaga Tuan Puteri Nila Cahaya dan memberilayanan yang baik kepada baginda.

    ii. Nilai keberanian.Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk menentang Maharaja Indera Dewa .

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    22/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 22

    iii. Nilai kasih sayang.Contoh: Puteri Nila Cahaya sanggup untuk menikam dirinya apabila melihat mayat ayahanda danbondanya kerana terlalu sayang akan baginda berdua.

    iv. Nilai amanah.

    Contoh: Hulubalang yang disuruh untuk menyampaikan berita tentang Puteri Cahaya Khairanitelah diselamatkan oleh Maharaja Marakarma berjaya melaksanakan amanah yang diberi.

    v. Nilai kerjasamaContoh: Seluruh rakyat turut bekerjasama dengan Maharaja Indera Dewa untuk keluar berperang .

    vi. Nilai ketaatanContoh: Rakyat yang taat dengan perintah Maharaja Indera Dewa supaya keluar berperangdengan Maharaja Marakarma.

    vii. Nilai bertanggungjawab

    Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik.

    viii. Nilai kebijaksanaanContoh: Maharaja Marakarma segera mengarahkan Raja Rum Syah untuk melihat keadaan rakyatdi negeri Anta Beranta setelah maharajanya mangkat.

    Pengajaran:

    i. Kita hendaklah sentiasa berpegang kepada janji.Contoh: Maharaja Marakarma telah menunaikan janjinya dengan Maharaja Indera Dewa untukmenjaga Puteri Nila Cahaya.

    ii. Kita hendaklah berani untuk menentang musuh.Contoh: Maharaja Marakarma berani untuk berdepan dengan Maharaja Indera Dewa danmenentang baginda.

    iii. Kita hendaklah amanah dalam menjalankan tugas yang diberikan.Contoh: Hulubalang sanggup berjalan dari negeri Puspasari ke negeri Mercu Indera untukmenyampaikan surat yang diamanahkan kepada Maharaja Malai Kisna.

    iv. Kita hendaklah bertanggungjawab terhadap keluarga.Contoh: Maharaja Marakarma bertanggungjawab menjaga Puteri Nila Cahaya dengan baik.

    v. Kita hendaklah taat akan perintah ibu bapa.Contoh: Maharaja Marakarma taat kepada ayahanda dan bonda baginda kerana memohonkeizinan ayahanda baginda terlebih dahulu sebelum keluar berperang.

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    23/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 23

    vi. Kita hendaklah bekerjasama dalam melaksanakan sesuatu tugas.Contoh: Rakyat negeri Anta Beranta bersama-sama dengan Maharaja Indera keluar untukberperang.

    vii. Kita hendaklah mengekalkan hubungan yang erat sesama anggota keluarga.

    Contoh: Walaupun telah terpisah dengan anggota keluarganya, Puteri Cahaya Khairani masih lagimengingati dan mengekalkan hubungan yang erat dengan keluarganya.

    viii. Janganlah kita mengamalkan kepercayaan karut.Contoh: Maharaja Marakarma dianggap sebagai anak yang membawa malang melaluikepercayaan karut.

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    24/31

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    25/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 25

    hati Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. Lalu dibawanya bertemu dengan ayahandanya, Raja PuspaPandai dan disuruh duduk di sebuah kerusi emas. Apabila malam tiba Inderaputera berasa sangat pelikmelihat semua keluarga beruk menjadi manusia dan seterusnya Inderaputera dihidangkan denganmakanan dan hiburan yang menarik. Begitulah Inderaputera dilayan setiah hari sepanjang dirinya berada disana.

    Tema:

    Tema prosa tradisional ini adalah keberanian dan kesaktian seorang anak raja.Kehebatan Kuda Janggi Gerhana menggambarkan kesaktian yang terdapat pada diri Inderaputerasehingga bertemu dan berkahwin dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela dengan kesaktian yangInderaputera peroleh daripada “Bedi Zahar”. 

    Persoalan:

    i. Keberanian menentang musuh.Contoh: Inderaputera telah membunuh ular Mamdud yang hendak menyerang denganmemarangkan kepala ular tersebut tanpa rasa gentar .

    ii. Bekerjasama dalam melakukan sesuatu pekerjaan dapat meringankan beban.Contoh: Semua rakyat Maharaja Puspa Pandai berganding bahu membina mahligai yangtersergam indah untuk Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

    iii. Bercakap dengan sopan dapat melembutkan hati orang sekeliling.Contoh: Inderaputera bercakap dengan penuh lemah lembut terhadap kuda hijau dengan harapandapat bersahabat dengan kuda tersebut. Ekoran daripada itu, kuda tersebut dapat dijinakkan danterus bersahabat dengan Inderaputera.

    iv. Tidak mengambil hak orang lain merupakan budi pekerti yang mulia.Contoh: Walaupun bilik-bilik di dalam gua Raja Baharum Tabiq dipenuhi dengan emas, perak sertaharta yang berharga namun Inderaputera tidak mengambil sedikitpun kerana itu semua bukanmiliknya.

    v. Merendah diri dalam kehidupan.Contoh: Inderaputera merendah diri apabila anak-anak raja menyembahnya ekoran peristiwa iamenolong menghidupkan anak-anak raja tersebut dan ia mengatakan itu semua bukanlahkuasanya tetapi kuasa Tuhan Yang Maha Besar.

    vi. Bersyukur atas segala nikmat yang dikurniakan tuhan.Contoh: Anak-anak raja yang telah dihidupkan semula mengucapkan syukur kepada Tuhan YangMaha Berkuasa atas dengan izin-Nya mereka telah dihidupkan semula.

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    26/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 26

    Watak dan Perwatakan:

    Watak utama

    Inderaputera

    i. Seorang putera raja.

    ii. Ayahandanya bernama Bikrama Buspa.

    iii. Bondanya bernama Puteri Seganda Cahaya Iram.

    iv. Seorang putera raja yang sangat kacak/tampan rupa parasnya.

    v. Seorang putera raja yang berani.Contoh: Inderaputera berani untuk mengembara seorang diri menuju matahari terbenam melaluihutan belantara sehingga tiba di sebuah gua. 

    vi. Mempunyai budi pekerti yang mulia.Contoh: Inderaputera bercakap dengan lemah lembut terhadap seekor kuda (Janggi Gendana)walaupun pada mulanya kuda tersebut cuba menyerangnya.

    vii. Mempunyai hati yang bersih.Contoh: Inderaputera tidak mengambil sedikitpun barangan berharga seperti emas dan perak yangterdapat di dalam gua kerana itu semua bukan miliknya.

    viii. Menggunakan kelebihan diri untuk membantu orang lain.Contoh: Inderaputera membantu menghidupkan anak-anak raja yang telah jatuh daripada tangga

    mahligai dengan menggunakan Bedi Zahar yang diperoleh daripada ular Mamdud. 

    ix. Seorang yang mempunyai kesaktian.Contoh: Inderaputera mempunyai kelebihan menghidupkan orang yang telah mati denganmenggunakan Bedi Zahar.

    Watak Sampingan

    Puteri Seganda Cahaya Iram

    i. Bonda kepada Inderaputera.

    ii. Isteri/Permaisuri kepada Raja Bikrama Buspa.

    iii. Sangat prihatin.Contoh: Puteri Seganda Cahaya Iram sangat prihatin akan keselamatan anaknya dan sukarmelepaskan anaknya pergi mengembara seorang diri .

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    27/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 27

    Kuda (Janggi Gerdana)

    i. Seekor kuda hijau yang terdapat di dalam gua Perbendaharaan Raja Baharum Tabiq.

    ii. Seekor haiwan yang pandai berkata-kata menggunakan bahasa jin.

    Contoh: Inderaputera berbual-bual dengan Kuda Janggi Gerdana menggunakan bahasa jin.

    iii. Patuh dan akur kepada kelembutan dan pujian.Contoh:  Apabila Inderaputera menggunakan bahasa jin dengan lemah lembut makakuda hijau yang pada asalnya berdengus kuat terus tunduk dan akur akan kehendakInderaputera yang ingin menjadikannya sebagai sahabat.

    Ular Mamdud

    i. Seekor ular besar yang panjang dan mempunyai kesaktian.Contoh: Di kepala ular tersebut terdapat suatu cembul putih dan di dalamnya terdapat (Bedi

    Zahar) yang mampu menghidupkan orang mati. Malah manusia dan binatang yang telah tanggaltulangnya juga mampu dihidupkan semula dengan izin Tuhan.

    Raja Puspa Pandai

    i. Seorang raja yang memerintah negeri Zainun yang rakyatnya terdiri daripada rakyat kera padawaktu siang dan bertukar menjadi manusia pada waktu malam.

    ii. Bangsanya berasal daripada jin Islam.

    iii. Bangsa isterinya pula berasal daripada manusia bernama Tuan Puteri Seri Gading.

    iv. Mempunyai dua orang anak iaitu puteranya bernama Dinar Pandai dan puterinya bernama TuanPuteri Cendera Lela Nur Lela.

    v. Seorang ayah yang bertanggungjawab.Contoh: Raja Puspa Pandai bimbang dan akan keselamatan puterinya lalu disuruh rakyatmembina sebuah istana yang sangat hebat dan dipenuhi kemewahan di samping terjamin darisegi baginda.

    Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela

    i. Puteri kepada Puspa Pandai.

    ii. Mempunyai rupa paras yang cantik menawan.Contoh: Burung bayan bercerita kepada anak raja Indera bahawa Tuan Puteri Cendera Lela NurLela mempunyai paras wajah yang sangat cantik.

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    28/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 28

    iii. Sudah dewasa dan patut mempunyai teman hidupContoh: Bayan dan tiung berusaha mencarikan pasangan/putera raja yang sesuai dan sepadanuntuk djodohkan dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

    iv. Taat.

    Contoh: Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela mentaati perintah ayahandanya supaya tinggal didalam mahligai yang dibina di Padang Anta Berahi dan jauh daripada ayahanda bondanya .

    v. Sukar untuk didekati dan dimiliki.Contohnya: Semua anak-anak raja yang cuba memanjat tangga mahligai yang dibina di Padang Anta Berahi gagal ke puncak kerana tergelincir di pertengahan tangga lalu jatuh dan meninggaldunia tatkala melihat kejelitaan Puteri Cendera Lela Nur Lela.

    Latar:

    Latar Masa

    i. Zaman feudal.Contoh: Zaman pemerintahan beraja di negeri Zainun yang rajanya bernama Raja Puspa Pandai.

    ii. Waktu siang.Contoh: Rakyat Raja Puspa Pandai menjadi kera, beruk, lotong karkah (cikah), kongkang dansiamang.

    iii. Waktu malam.Contoh: Pada waktu malam seluruh rakyat yang menjadi kera dan beruk bertukar menjadimanusia.

    Latar Tempat

    i. Gua yang dikenali sebagai Perbendaharaan Raja Baharum Tabiq.Contoh: Gua ini sangat luas dan mengandungi 40 buah bilik yang dipenuhi dengan emas, perak,kelengkapan perang, kelengkapan kain kapan dan pakaian raja-raja terdahulu.

    ii. Padang Anta Berahi.Contoh: Sebuah tempat di negeri Zainun dan di situlah Raja Puspa Pandai mengarahkan rakyat jelatanya membina sebuah mahligai yang indah untuk melindungi puterinya daripada sebarangancaman atau bencana.

    iii. Mahligai.Contoh: Puteri Cendera Lela Nur Lela duduk bersama-sama tiung dan bayan di dalam mahligai.

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    29/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 29

    iv. Tangga emas.Contoh: Anak-anak raja yang ingin bertemu dengan dengan Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lelatergelincir di pertengahan tangga mahligai yang tinggi itu lalu jatuh ke bawah dan mati.

    v. Istana.Contoh: Tempat seorang anak raja Indera yang tampan dan merdu suaranya duduk membaca

    kitab hikayat ketika bayan datang mencari bakal suami untuk Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela.  

    vi. Negeri Zainun.Contoh: Rakyatnya terdiri daripada keluarga kera pada waktu siang dan bertukar menjadi manusia pada malam hari .

    Latar Masyarakat

    i. Masyarakat feudal.Contoh: Negeri yang mengamalkan pemerintahan beraja yang rajanya bernama Raja PuspaPandai .

    ii. Masyarakat manusia dan binatang yang mempunyai cirri-ciri kesaktian.Contoh: Pada waktu siang rakyat Raja Puspa Pandai menjadi beruk, kera, lotong dan siamangmanakala pada waktu malam bertukar menjadi manusia .

    iii. Masyarakat yang patuh kepada pemerintah.Contoh: Rakyat jelata mematuhi arahan yang disampaikan oleh Raja Puspa Pandai untukmembina mahligai. Malah mereka bekerjasama membina mahligai tersebut .

    Gaya Bahasa:

    i. Kata pangkal ayat.Contoh: Arkian, hatta, syahadan, sebermula

    ii. Bahasa istana.Contoh: bonda, hamba

    iii. Penggunaan pantunContoh: Penjahat di atas pintu,

    Dulang tiris mari dirapat;Orang muda sahaja begitu,

    Orang yang arif maka mendapat

    iv. Simile.Contoh: rambutnya laksana cincin dituang.

    v. Hiperbola.Contoh: pinggangnya bunga setangkai.

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    30/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL Antologi Harga Sebuah Lukisan

    Prosa Tradisional 30

    vi. Metafora.Contoh: laut berahi

    vii. Kata ganda.

    Contoh: besar-besar, tinggi-tinggi

    Nilai Murni:

    i. Nilai keberanian.Contoh: Inderaputera seorang putera raja yang berani untuk mengembara seorangdiri ke dalam hutan belantara.

    ii. Nilai kejujuranContoh: Inderaputera tidak mengambil sedikit pun barang berharga yang terdapat dalam bilik-bilikdi Gua Raja Baharum Tabiq kerana barang-barang itu bukan miliknya .

    iii. Nilai bekerjasama.Contoh: Semua rakyat berganding bahu dan bekerjasama menyiapkan mahligai yang dibina diPadang Anta Berahi .

    iv. Nilai kesyukuran.Contohnya:  Anak-anak raja yang telah dihidupkan semula memanjatkan rasa kesyukuran kepadaTuhan Yang Maha Besar yang telah menghidupkan mereka semula .

    v. Nilai menghargai jasaContoh: Semua anak raja yang telah dibantu oleh Inderaputera mengucapkan ribuan terima kasihdan mendoakan kesejahteraan Inderaputera atas jasa yang telah diberikan.

    vi. Nilai kasih sayang.Contoh: Raja Puspa Pandai amat sayang akan anaknya lalu dibinanya sebuahistana yang sangat besar dan cantik di Padang Anta Berahi untuk mengelakkan puterinya daripada segala bencana.

  • 8/17/2019 prosa tradisional t3.pdf

    31/31

    http://cikgusazali.blogspot.com

    CSL

    Pengajaran:

    i. Kita haruslah mempunyai semangat yang cekal dan berani untuk menghadapi sebarang halangan.Contoh: Inderaputera mempunyai semangat yang tinggi untuk mengembara seorang diri danberani menghadapi serangan yang dilakukan oleh ular Mamdud.

    ii. Kita haruslah sentiasa bekerjasama untuk meringankan beban.Contoh: Semua rakyat bekerjasama membina mahligai di Padang Anta Berahi seperti yangdikehendaki oleh Raja Puspa Pandai.

    iii. Kita hendaklah sentiasa merendahkan suara ketika bercakap.Contoh: Inderaputera menggunakan bahasa yang lemah lembut ketika bercakap dengan kudahijau. Secara tidak langsung telah melembutkan hati kuda tersebut daripada terus menyerangInderaputera.

    iv. Kita haruslah menggunakan kelebihan yang ada untuk membantu orang lain.

    Contoh: Inderaputera telah menggunakan gemala Bedi Zahar yang diambil daripada ular Mamduduntuk menghidupkan semula anak-anak raja yang telah mati tergelincir di pertengahan tanggamahligai Tuan Puteri Cendera Lela Nur Lela. 

    v. Kita hendaklah mengagungkan kebesaran Tuhan.Contoh: Inderaputera mengingatkan kepada anak-anak raja yang telah dihidupkan semula bahawakelebihan luar biasa itu adalah daripada kuasa Tuhan Yang Maha Besar sedangkan dirinyahanyalah manusia biasa.

    vi. Kita hendaklah menghargai jasa orang yang telah menaburkan budi.Contoh: Setelah mengetahui gerangan yang menyebabkan mereka hidup kembali, anak-anak rajaitu amat berterima kasih dan mendoakan kesejahteraan Inderaputera.