17
Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139 Journal of Business and Social Development Volume 5 Number 1, March 2017: 123-139 ISSN: 2289-2915 © Penerbit UMT PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA (THE PRINCIPLE OF PLANNING IN HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA) MOHAMAD ZUBER BIN ISMAIL 1 * DAN MOHAMAD MOKHTAR BIN ABU HASSAN 2 1 Kulliyyah of Languages and Management, International Islamic University Malaysia, Kuala Lumpur. 2 Jabatan Kesusasteraan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. *Corresponding author: [email protected] Abstrak: Makalah ini mengemukakan satu pendekatan baharu dalam dunia pengkajian kesusasteraan kerana bersifat rentas disiplin yang cuba meneliti aspek pengurusan moden yang terdapat dalam cerita lipur lara Melayu, iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Perbincangan persoalan berdasarkan kerangka Prinsip Perancangan yang terdapat dalam “Pendekatan Pengurusan” yang diutarakan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan melalui kertas kerja yang dibentangkan di Universiti Perguruan Sultan Idris pada tahun 2013. Kaedah kepustakaan dan analisis teks merupakan dua kaedah yang diaplikasi dalam kajian ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis Prinsip Perancangan yang digunakan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Prinsip Perancangan ini dianalisis berdasarkan dimensi-dimensi perancangan, iaitu dimensi menetapkan objektif, dimensi membentuk strategi, dimensi pilihan alternatif, dimensi menilai langkah-langkah alternatif, dimensi memilih satu cara atau pelbagai cara dan dimensi kajian semula keberkesanannya ke arah merealisasikan objektif yang disasarkan. Hasil analisis memperlihatkan prinsip perancangan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda signifikan dalam menggambarkan perancangan bijak pemimpin yang meneraju negara demi merealisasikan objektif yang disasarkan bertitik tolak daripada analisis terhadap struktur karya. Pengurusan perancangan ini menyerlah daripada keberkesanan dimensi-dimensi perancangan yang diaplikasikan watak bawah prinsip ini ternyata mendampakkan kesignifikan prinsip ini sebagai landasan kajian. Secara kesimpulannya, Hikayat Awang Sulung Merah ini telah mengangkat satu aspek pengurusan khususnya perancangan yang ditimbulkan dalam teks karya sastera tradisional ini dapat memberikan satu sumbangan baharu dalam dunia kritikan sastera di Malaysia. Kata kunci: Cerita lipur lara, pendekatan pengurusan, prinsip perancangan, dimensi perancangan, Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Abstract: This paper presents a cross disciplinary assessment of a new approach in the world of Malay literature folklore. It attempts to examine an aspect of modern management in Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Discussions of issues were based on management approach pointed by Mohamad Mokhtar Abu Hassan in 2013. Library Research and content or text analyses methods were applied. The main objective is to analyze the principles of planning in the Hikayat Awang Sulung Merah Muda. These principles of planning were analyzed based on the dimensional design to set objectives, dimension developing strategies, the dimension of alternative options, alternative steps dimension evaluation, dimension to choose one or multi technique, and the dimension review of its effectiveness to achieve objectives. The results shows that the principles of planning in the Hikayat Awang Sulung Merah Muda are significant to describe intelligency of the leader based on the literature structure. It appears that planning management sparkled by planning dimensions played by character displayed. In conclusion, the principles of planning uphold the managerial aspect in traditional literary text. Keywords: Folklore, management approach, principles of planning, planning dimension, Hikayat Awang Sulung Merah Muda.

PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

  • Upload
    others

  • View
    2

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

Journal of Business and Social Development Volume 5 Number 1, March 2017: 123-139

ISSN: 2289-2915© Penerbit UMT

PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA(THE PRINCIPLE OF PLANNING IN HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA)

MOHAMAD ZUBER BIN ISMAIL1* DAN MOHAMAD MOKHTAR BIN ABU HASSAN2

1Kulliyyah of Languages and Management, International Islamic University Malaysia, Kuala Lumpur. 2Jabatan Kesusasteraan, Akademi Pengajian Melayu, Universiti Malaya, Kuala Lumpur. *Corresponding author: [email protected]

Abstrak: Makalah ini mengemukakan satu pendekatan baharu dalam dunia pengkajian kesusasteraan kerana bersifat rentas disiplin yang cuba meneliti aspek pengurusan moden yang terdapat dalam cerita lipur lara Melayu, iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Perbincangan persoalan berdasarkan kerangka Prinsip Perancangan yang terdapat dalam “Pendekatan Pengurusan” yang diutarakan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan melalui kertas kerja yang dibentangkan di Universiti Perguruan Sultan Idris pada tahun 2013. Kaedah kepustakaan dan analisis teks merupakan dua kaedah yang diaplikasi dalam kajian ini. Objektif utama kajian ini adalah untuk menganalisis Prinsip Perancangan yang digunakan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Prinsip Perancangan ini dianalisis berdasarkan dimensi-dimensi perancangan, iaitu dimensi menetapkan objektif, dimensi membentuk strategi, dimensi pilihan alternatif, dimensi menilai langkah-langkah alternatif, dimensi memilih satu cara atau pelbagai cara dan dimensi kajian semula keberkesanannya ke arah merealisasikan objektif yang disasarkan. Hasil analisis memperlihatkan prinsip perancangan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda signifikan dalam menggambarkan perancangan bijak pemimpin yang meneraju negara demi merealisasikan objektif yang disasarkan bertitik tolak daripada analisis terhadap struktur karya. Pengurusan perancangan ini menyerlah daripada keberkesanan dimensi-dimensi perancangan yang diaplikasikan watak bawah prinsip ini ternyata mendampakkan kesignifikan prinsip ini sebagai landasan kajian. Secara kesimpulannya, Hikayat Awang Sulung Merah ini telah mengangkat satu aspek pengurusan khususnya perancangan yang ditimbulkan dalam teks karya sastera tradisional ini dapat memberikan satu sumbangan baharu dalam dunia kritikan sastera di Malaysia.

Kata kunci: Cerita lipur lara, pendekatan pengurusan, prinsip perancangan, dimensi perancangan, Hikayat Awang Sulung Merah Muda.

Abstract: This paper presents a cross disciplinary assessment of a new approach in the world of Malay literature folklore. It attempts to examine an aspect of modern management in Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Discussions of issues were based on management approach pointed by Mohamad Mokhtar Abu Hassan in 2013. Library Research and content or text analyses methods were applied. The main objective is to analyze the principles of planning in the Hikayat Awang Sulung Merah Muda. These principles of planning were analyzed based on the dimensional design to set objectives, dimension developing strategies, the dimension of alternative options, alternative steps dimension evaluation, dimension to choose one or multi technique, and the dimension review of its effectiveness to achieve objectives. The results shows that the principles of planning in the Hikayat Awang Sulung Merah Muda are significant to describe intelligency of the leader based on the literature structure. It appears that planning management sparkled by planning dimensions played by character displayed. In conclusion, the principles of planning uphold the managerial aspect in traditional literary text.

Keywords: Folklore, management approach, principles of planning, planning dimension, Hikayat Awang Sulung Merah Muda.

Page 2: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

Mohamad Zuber Ismail dan Mohamad Mokhtar Abu Hassan 124

PengenalanPawang Ana dan Raja Haji Yahya telah meninggalkan khazanah ilmu yang sangat berharga dalam dunia tradisi lisan di Malaysia. Khazanah ilmu ini amat sarat dengan unsur-unsur moral dan didaktik yang telah memberikan impak terhadap dunia pengkajian sastera di Malaysia (Ismail Hamid, 1983). Teks-teks peninggalan ilmuwan prolifik ini terus diterokai dan dipugar malah sentiasa mendapat perhatian para pengkaji dan penggiat sastera tanah air (Nurhashimah Jamaluddin, 2013). Teks-teks cerita lipur lara seperti Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda (1908), Hikayat Malim Dewa (1908), Hikayat Anggun Cik Tunggal (1914) telah menjangkau usia berabad-abad lamanya, dan telah diangkat dan diiktiraf sebagai karya agung oleh Persatuan Karyawan Malaysia. Teks-teks kajian ini juga telah dijadikan bahan pembelajaran dalam sukatan pelajaran KOMSAS Kementerian Pelajaran Malaysia di peringkat menengah (Kementerian Pelajaran Malaysia, 2000).

Bagi masyarakat Melayu, sastera rakyat (Malay Folk Literature) disebut sebagai cerita lipur lara yang diekspresikan untuk menghibur hati yang lara, yang duka nestapa, serta menjadi satu-satunya hiburan masyarakat tradisi (Ismail Hamid, 1983). Cerita lipur lara pada umumnya bercerita tentang anak-anak raja (Ahmad, 1987: 27) yang biasanya berpusat di sekitar kelahiran, proses mendapatkan pendidikan secara formal mahupun informal, percintaan, perkahwinan dan pengembaraan yang kerap kali diakhiri dengan kembalinya tokoh cerita tersebut ke negeri asal (Sudibyo, 1996:79). Episod peperangan dan cinta merupakan hal dan inti pati yang penting di dalam cerita Melayu (Wilkinson, 1993). Pengarang amat teliti dalam menyampaikan gaya, deskripsi peperangan, cinta, sayembara dan kata-kata jenaka dalam percakapannya (Wilkinson, 1993).Tidak sekadar itu, dalam hikayat ini juga terkandung unsur-unsur kepercayaan masyarakat lama akan adanya peri, mambang, indra, bidadari, dewa-dewi dan raksasa yang

bercampur dengan kepercayaan akan jin (Mulyadi, 1980: 136).

Tunjang pembentukan akar diri bangsa Melayu boleh diselami dan dihayati dalam kesusasteraan Melayu tradisional ini yang memaparkan pelbagai paradigma yang berlandaskan pengukuhan dan kewibawaan jati diri berasaskan batiniah dan insaniah. Sastera rakyat ialah sebahagian daripada tradisi lisan yang dapat difahami sebagai ekspresi budaya yang menggunakan bahasa dan mempunyai hubungan langsung dengan berbagai-bagai aspek budaya seperti agama dan kepercayaan, undang-undang, keperluan masa lapang, kegiatan ekonomi, sistem kekeluargaan dan susunan nilai sosial masyarakatnya (Safian Hussain dll 1988). Karya yang terkandung dalam perbendaharaan kesusasteraan Melayu tradisional ini menyimpan sejumlah pemikiran, tingkah laku, gaya hidup dan pengalaman masyarakat Melayu silam Impaknya, teks-teks cerita lipur lara ini terus mewarnai dan melakarkan sejarah penting dalam mewajahkan dunia peradaban dan keintelektualan tamadun Melayu.

Metod atau Kaedah KajianKajian ini menggunakan dua kaedah, iaitu kaedah penyelidikan kepustakaan dan kaedah analisis dokumen atau teks. Kaedah analisis teks dilakukan dengan memilih teks yang sesuai dan melalui proses pembacaan yang teliti bagi mengenal pasti struktur yang relevan dengan Dimensi Perancangan di bawah Prinsip Perancangan. Penelitian analisis memberi fokus terhadap struktur, iaitu watak dan perwatakan, peristiwa, isu, persoalan, latar dan nilai yang diperincikan dan diteliti dari segi tindakan dan pemikiran yang terkandung dalam penceritaan teks “Hikayat Awang Sulung Merah Muda”.

Skop KajianKajian ini menggunakan teks “Hikayat Awang Sulung Merah Muda” karya Pawang Ana dan Raja Haji Yahya, Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd. Shah Alam, 1998. Justifikasi pemilihan

Page 3: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA 125

teks ini bertitik tolak daripada perkara berikut, iaitu:

i. Teks Hikayat Awang Sulung Merah Muda telah diklasifikasikan sebagai karya agung oleh Persatuan Karyawan Malaysia dan mempunyai nila-nilai estetika serta sejarah tamadun bangsa Melayu yang sangat tinggi. Teks tersebut juga telah didokumentasikan oleh badan-badan yang diiktiraf oleh kerajaan seperti Dewan Bahasa dan Pustaka dan Persatuan Karyawan Malaysia.

ii. Selain menjadi bahan bacaan umum pada zaman pra-merdeka, teks ini telah menjadi bahan yang sangat bermanfaat dalam pendidikan Kesusasteraan Melayu sehingga ke hari ini (Nurhashimah Jamluddin, 2008).

iii. Hikayat Awang Sulung Merah Muda juga telah dijadikan sumber rujukan bagi bacaan Karya Besar bawah Karya Klasik berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas bertarikh 12 Mei 2005, Kementerian Pelajaran Malaysia. Sebahagian peristiwa dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda telah dimasukkan dalam Antologi Komponen Sastera, iaitu “Pelayaran yang Penuh Istimewa”, Tingkatan 4, berdasarkan Surat Pekeliling Ikhtisas bertarikh 25 November, 2009, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Hikayat Awang Sulung Merah Muda memaparkan tentang penggembaraan watak utama, iaitu Awang Sulung Merah Muda. Dalam penggembaraannya pelbagai konflik dan masalah yang timbul berjaya diatasi dengan kemampuan intelek dan kebijaksanaannya. Plot penceritaan memperlihatkan dan mendampakkan penganjuran aspek pengurusan yang dapat ditekuni pada watak merupakan inti pati penting yang boleh dicungkil dan dipugar dalam teks kajian ini. Secara ringkasnya, teks Hikayat Awang Sulung Merah Muda yang dipilih mempunyai kekuatan yang tersendiri khususnya daripada kesesuaian perspektif yang diterapkan untuk analisis kajian. Teks

ini mengangkat idea dan pemikiran yang menyerlahkan aspek pengurusan khususnya perancangan yang dapat ditekuni melalui kronologi peristiwa yang terkandung di celah-celahan teks tersebut.

Kajian ini dibataskan dengan mengkaji satu teks sahaja dengan meneliti keseluruhan isi kandungan dari segi struktur yang relevan dengan Prinsip Perancangan. Pendekatan Pengurusan menggariskan lima prinsip sebagai asas untuk mengukur aspek pengurusan dalam sesebuah karya, iaitu prinsip perancangan, prinsip kepimpinan, prinsip pengorganisasian, prinsip penstafan dan prinsip kawalan (Mohamad Mokhtar Abu Hassan, 2013). Kajian ini dibataskan dengan mengaplikasi satu daripada lima prinsip berkenaan, iaitu Prinsip Perancangan. Analisis dilakukan dengan meneliti Prinsip Perancangan berlandaskan dimensi-dimensi perancangan, iaitu dimensi menetapkan objektif, dimensi membentuk strategi, dimensi pilihan alternatif, dimensi menilai langkah-langkah alternatif, dimensi memilih satu cara atau pelbagai cara, dan dimensi kajian semula keberkesanannya ke arah mencapai objektif yang disasarkan (Mohamad Mokhtar, 2013). Fokus kajian keenam-enam dimensi perancangan ini ditekuni berdasarkan struktur teks, iaitu dari segi watak dan perwatakan, latar, persoalan, nilai dan pemikiran tersurat dan tersirat yang terdapat dalam teks kajian tersebut. Secara ringkasnya, perbincangan ini meneliti dan menganalisis prinsip perancangan bawah pendekatan pengurusan dalam cerita lipur lara.

Kajian LepasCerita lipur lara Melayu merupakan khazanah keintelektualan Melayu yang terus bertapak kukuh dalam dunia kesusasteraan tanah air. Pesona kehebatan dan keunikan cerita lipur lara telah menarik dan memancing minat ramai para sarjana tempatan dan antarabangsa untuk terus mengkaji, meneliti dan meneroka genre Melayu tradisional berbentuk naratif ini. Mohamad Zuber (2016) telah menyenaraikan pengkaji yang telah memberi sumbangan dalam cerita

Page 4: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

Mohamad Zuber Ismail dan Mohamad Mokhtar Abu Hassan 126

lipur lara, iaitu Syed Abdullah Syed Sulaiman (2011), Mohamad Luthfi Abdul Rahman (2008), Madiawati Mustafa (2012), Madiawati Mustafa & Arbai’e Sujud (2011), Zakaria Osman (1997), Zabidin Ismail (2012), Talib Samat (2012), Mohd. Rosli Saludin (2012). Selain itu, Bazrul Bahaman (2012), Jelani Harun (2012), Abdul Rahman Napiah (2012), Mohd. Zamberi Malik (2012), dan Mohamad Shahidan (2012) juga telah menjalankan kajian tentang cerita lipur lara. Malah ramai lagi para pengkaji dan penganalisis sastera tradisional telah mengkaji dan menyelidik pelbagai aspek dan perspektif dalam cerita lipur lara Melayu.

Kajian berkaitan Pendekatan Pengurusan dapat diteliti menerusi kajian Mohamad Zuber Ismail et al. (2014) yang bertajuk “Kepimpinan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda”. Selanjutnya, Pendekatan Pengurusan dapat diteliti dalam artikel yang ditulis Sara Beden (2014) yang bertajuk “Prinsip Perancangan dalam Hikayat Khoja Maimon”. Kajian ini menggunakan teks Hikayat Khoja Maimun yang dipilih dan dimuatkan dalam Antologi Harga Remaja (2009). Dalam penulisan artikel ini, Sara Beden telah mengaplikasikan Prinsip Perancangan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan. Sara Beden (2015) juga, telah menulis artikel yang bertajuk ‘Kepimpinan Berjiwa Rakyat dalam Prosa Tradisional’, dalam antologi teks Kepimpinan Melalui Teladan. Penerbitan artikel ini mendampakkan satu lagi sokongan awal dalam mengetengahkan pendekatan ini dalam dunia kritikan sastera lantas boleh dijadikan sebagai satu lagi sumber rujukan ilmiah.

Kajian Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013), dalam kertas kerja yang dibentangkan dalam Seminar Bahasa dan Kekuasaan Melayu di UPSI, bertajuk “Pendekatan Pengurusan: Satu Metode dalam Kritikan Sastera” telah meneliti cerita–cerita rakyat berdasarkan Pendekatan Pengurusan. Kajian ini mengkaji Pendekatan Pengurusan berlandaskan Prinsip Perancangan dengan membataskan perbincangan berdasarkan dua buah cerita rakyat iaitu “Sang Kancil dan Buaya” dan

“Lebai Malang”. Kertas kerja yang sama turut mengupas persoalan pengurusan dalam cerpen yang bertajuk “Di Sebalik Tirai Makna”, hasil karya Awang Said Mokhtar. Kajian tersebut mengetengahkan Pendekatan Pengurusan berdasarkan Prinsip Pengorganisasian dan Prinsip Penstafan.

Selain itu, Mohamad Zuber et al. (2014), dalam kertas kerja yang bertajuk “Prinsip Perancangan: Penelitian berdasarkan Cerita-cerita Rakyat”, telah menggunakan Pendekatan Pengurusan mengikut pendekatan Mokhtar untuk menganalisis teks Koleksi 366 Cerita Rakyat Melayu hasil karya Othman Puteh dan Aripin Said. Dalam kajian ini, pengkaji telah menerapkan prinsip perancangan dalam teks cerita rakyat terpilih, iaitu “Sang Kancil dan Kerbau”, “Pak Belalang”. Hasil dapatan kajian memberi pengukuhan terhadap prinsip perancangan yang dapat dipugar dalam cerita-cerita rakyat berkenaan. Kajian ini merupakan satu kesinambungan daripada kajian sebelumnya yang dapat membuktikan bahawa terdapatnya pengaplikasian dimensi-dimensi perancangan pada watak-watak dalam teks tersebut.

Mohamad Zuber et al. (2014), dalam kertas kerja yang bertajuk “Prinsip Kepimpinan: Analisis Berdasarkan Hikayat Awang Sulung Merah Muda”, telah menggunakan Pendekatan Pengurusan berlandaskan Prinsip Kepimpinan dalam teks cerita lipur lara tersebut. Menerusi makalah ini, pengkaji telah menganalisis tiga dimensi kepimpinan, iaitu dimensi pentadbiran, dimensi pendidikan dan dimensi tanggungjawab soaial. Dimensi-dimensi ini amat menyerlah dan begitu ketara dalam teks kajian. Hal ini amat signifikan kerana teks kajian merupakan teks yang memperlihatkan pengamalan sistem feudal yang menjadi teras kepimpinan pada waktu tersebut.

Berdasarkan soroton kajian karya sastera rakyat yang memberi fokus terhadap aspek pengurusan dalam cerita lipur lara amat terhad dan belum mendapat perhatian yang meluas dalam kalangan pengkaji dan penggiat sastera. Justeru, kajian tentang cerita lipur

Page 5: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA 127

lara berlandaskan Pendekatan Pengurusan diharapkan dapat memenuhi ruang dan kelompangan yang ada bagi melengkapkan dan menyediakan satu penulisan aspek pengurusan dalam karya sastera khususnya cerita lipur lara.

Pendekatan Pengurusan dalam Kritikan Sastera KlasikPendekatan Pengurusan merupakan satu pendekatan baharu yang diketengahkan dalam dunia kritikan sastera di Malaysia oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Mohamad Mokhtar Abu Hassan dalam kertas kerjanya bertajuk “Pendekatan Pengurusan: Satu Metode dalam Dunia Kritikan” telah mengetengahkan pendekatan ini dalam satu Seminar Himpunan Ilmuwan Sasterawan Melayu (HISMA)) bertempat di Universiti Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim, Perak pada 2-4 Oktober, 2013. Dalam konteks kritikan sastera di Malaysia, Pendekatan Pengurusan belum lagi diterokai secara serius oleh para pengkritik tempatan (Mohamad Mokhtar Abu Hassan, 2013). Hal ini demikian kerana pengurusan merupakan suatu entiti yang dianggap terasing dan terpinggir dalam dunia sastera. Kemunculan Pendekatan Pengurusan dalam dunia kesusasteraan Melayu dijangka akan membawa satu aliran pemikiran baharu dan transformasi dalam dunia kritikan sastera tanah air.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) dalam kertas kerja beliau yang bertajuk “Pendekatan Pengurusan; Satu Metode dalam Kritikan Sastera” menjelaskan Pendekatan Pengurusan dalam karya sastera ialah pendekatan yang meneliti karya sastera dengan mengaplikasikan lima prinsip asas pengurusan iaitu prinsip perancangan, prinsip kepimpinan, prinsip pengorganisasian, prinsip penstafan dan prinsip pengawalan. Penelitian prinsip-prinsip ini akan diaplikasikan terhadap aspek struktur teks iaitu dari segi watak, perwatakan, nilai, isu, persoalan, latar dan pemikiran. Definisi pengurusan dalam kajian ini dapat dirumuskan sebagai suatu proses atau mekanisme yang dibentuk yang memerlukan perancangan

strategik yang kondusif, sistematik dan efisien untuk mencapai objektif dan sasaran dalam sesebuah organisasi. Pengurusan juga merupakan satu medium dan mekanisma yang dinilai dari perspektif kemampuan dan keupayaan seseorang pemimpin dalam mempengaruhi, menerajui atau mengendalikan sesebuah organisasi iaitu keluarga, masyarakat dan negara. Dalam merealisasikan objektif organisasi, penglibatan dan kerjasama daripada anggota organisasi melalui aspek komunikasi dan interaksi yang berkesan serta menghindari polemik dan krisis adalah elemen yang penting dan perlu diterapkan untuk mencapai objektif organisasi.

Dalam konteks perbincangan ini, kesemua elemen pengurusan tersebut perlu diambil pertimbangan agar nilai yang diketengahkan dalam sesebuah karya dapat dihayati dan dimanfaatkan oleh para khalayak khususnya penggiat sastera. Walaupun medium sastera bersilih ganti, iaitu bermula daripada tradisi lisan kepada tradisi tulisan dan kini kepada medium altematif, namun aspek pengurusan tidak terpinggir dan perlu diberi perhatian dan diberikan keutamaan. Sebagai contohnya, elemen pengurusan yang terdapat dalam karya sastera dapat memberi pembaharuan dan seterusnya mempelbagaikan teknik kritikan dalam dunia sastera di Malaysia. Kesannya, aspek pengurusan ini dapat menimbulkan impak positif dan memberi manfaat kepada pengguna iaitu masyarakat secara umumnya. Justeru, apabila membincangkan karya sastera daripada perspektif pengurusan ini, adalah wajar untuk diperluaskan dan diperdalamkan dalam kajian ini. Konteks perluasan dan pedalaman kajian dalam perbincangan ini, iaitu mencungkil dan memugar peristiwa-peristiwa penting yang memperlihatkan pengaplikasian prinsip pengurusan, khususnya perancangan yang dapat dibuktikan dalam teks kajian. Secara ringkasnya, kajian ini membincangkan secara terperinci dan kritis penerapan dan kepentingan prinsip perancangan dalam teks cerita lipur lara Melayu yang dipilih, iaitu Hikayat Awang Sulung Merah Muda.

Page 6: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

Mohamad Zuber Ismail dan Mohamad Mokhtar Abu Hassan 128

Definisi Prinsip Perancangan Terdapat pelbagai pendapat dan pandangan berkenaan takrifan perancangan. Azman Che Omar (2013) mentakrifkan perancangan sebagai satu proses menentukan objektif yang dikehendaki dan seterusnya membina strategi-strategi tindakan yang sesuai dan terbaik dengan mengambil kira faktor-faktor dalaman organisasi dan persekitaran luaran yang akan mempengaruhi sesebuah organisasi untuk mencapai objektif tersebut. Oleh sebab sesuatu perancangan tersebut berorientasikan masa depan, maka perancangan seharusnya melibatkan penentuan apa yang perlu, siapa yang bertanggungjawab untuk melakukannya, bila hal tersebut akan dibuat dan mengapa sesuatu tindakan itu perlu diambil. Pandangan ini juga selari dengan pandangan yang diketengahkan oleh Harold Koontz (dalam Jaafar Muhammad 2001: 39), yang menjelaskan perancangan sebagai penentuan tentang apa yang hendak dibuat, bagaimana melaksanakannya dan siapa yang akan menjadi pelaksana

Kamus Dewan ( 2007) pula, mentakrifkan ‘merancang’ sebagai proses merencanakan atau mempersiapkan. Robbins & Coulter (1999) mentakrifkan perancangan sebagai proses yang melibatkan pentakrifan objektif dan matlamat organisasi, mewujudkan strategi keseluruhan untuk mencapai matlamat-matlamat dan membangunkan rancangan yang menyeluruh untuk menyelaras dan mengintegrasikan semua aktiviti dalam organisasi. Selain itu, Certo

(1997) mendefinisikan perancangan adalah satu proses menentukan bagaimana sistem pengurusan akan mencapai matlamatnya. James A.F Stoner & Charles Wankel (1986) dalam bukunya ‘Management’ menyatakan bahawa proses perancangan adalah proses membentuk dan memilih langkah pelaksanaan untuk menyelesaikan sesuatu perkara.

Secara ringkasnya, perancangan adalah satu proses menentukan matlamat dan objektif organisasi, iaitu organisasi yang berskala kecil seperti keluarga hingga yang berskala besar seperti sebuah negara. Dalam mencapai objektif, pembentukan strategi yang tepat dan bijak perlu dirangka. Proses pembentukan strategi ini perlu disesuaikan dengan kaedah dan tindakan yang bersesuaian dengan kemampuan sesebuah organisasi. Pemilihan cara dan kaedah yang tepat serta efektif merupakan indikator penting ke arah mencapai matlamat yang telah ditetapkan.

Dalam menjelasan secara lebih terperinci berkenaan Prinsip Perancangan, Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013) telah mengutarakan satu gambar rajah penting tentang dimensi-dimensi perancangan yang dilalui oleh watak untuk mencapai sesuatu objektif bawah Prinsip Perancangan. Dalam menekuni teks Hikayat Malim Dewa ini, pengkaji memberi fokus dengan menganalisis dimensi-dimensi perancangan yang terdapat dalam jadual di bawah.

Rajah 1: Dimensi Perancangan (Sumber: Pendekatan Pengurusan dalam Kritikan Kesusasteraan, 2016:8)

Page 7: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA 129

Pengklasifikasian Data KajianHikayat Awang Sulung Merah Muda merupakan sebuah teks yang memperlihatkan kecenderungan yang tinggi dalam memaparkan salah satu prinsip pengurusan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013), iaitu Prinsip Perancangan. “Hikayat Awang Sulung Merah Muda” memanifestasikan prinsip perancangan yang efisen dengan penggunaan dimensi dalam prinsip ini.Perancangan bijak watak utama dan watak sampingan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda dapat dikenal pasti berdasarkan empat peristiwa penting yang dianalisis menggunakan Prinsip Perancangan. Peristiwa-peristiwa tersebut ialah:

Peristiwa 1 Perancangan Awang Sulung Merah Muda untuk menyelesaikan hutang

Peristiwa 2 Perancangan Tuanku Si Helang Bakau untuk mendapatkan pewaris takhta kerajaan

Peristiwa 3 Perancangan Tuanku Dayang Seri Jawa mendapatkan kembali suaminya

Peristiwa 4 Perancangan Datuk Batin Alam mengusir Awang Sulung Merah Muda

Keempat-empat peristiwa penting yang diangkat oleh pengarang dalam naratif penceritaan ini telah dianalisis menggunakan dimensi perancangan sebagaimana yang diketengahkan di bawah Prinsip Perancangan. Dimensi perancangan pada watak pemimpin

ini telah dianalisis berdasarkan dimensi menetapkan objektif, membentuk strategi, menilai langkah-langkah alternatif, pilihan alternatif, memilih satu cara atau pelbagai cara dan kajian semula keberkesanannya. Hasil analisis kajian mendampakkan bahawa di sebalik peristiwa perancangan bijak pemimpin terserlah keberkesanan dimensi-dimensi perancangan yang diaplikasikan oleh watak pemimpin untuk merealisasikan objektif.

Walau bagaimanapun, hasil analisis kajian mendapati untuk mencapai objektif seperti yang disasarkan, pemimpin tidak semestinya melakukan atau menjalani kesemua dimensi perancangan yang diketengahkan. Daripada peristiwa-peristiwa yang dianalisis memperlihatkan bahawa dimensi-dimensi seperti dimensi menetapkan objektif, dimensi membentuk strategi dan dimensi memilih satu cara merupakan dimensi yang dominan yang dikesan dalam tindakan dan pemikiran watak dalam teks kajian. Dimensi menilai langkah-langkah alternatif. memilih satu atau beberapa cara dan dimensi kajian semula keberkesanannya kurang menyerlah atau menonjol berdasarkan penelitian dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda ini. Hal ini dikesan kerana objektif yang telah disasarkan telah berjaya dicapai oleh watak berdasarkan tiga dimensi terawal yang diimplementasikan watak. Secara ringkasnya, dimensi-dimensi perancangan yang dianalisis dalam teks kajian ini merupakan indikator penting yang menjadi kayu pengukur dalam menguji keberkesanan tindakan watak pemimpin dalam melaksanakan objektif telah diekspresikan dalam kajian ini.

HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA

WATAK

JUMLAHAWANG SULUNG

MERAH MUDA

TUANKU SI HELANG

BAKAU

TUAN PUTERI DAYANG SERI

JAWA

DATUK BATIN ALAM

1 1 1 1 4

Jadual 1: Paparan watak dan peristiwa perancangan dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda

Page 8: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

Mohamad Zuber Ismail dan Mohamad Mokhtar Abu Hassan 130

Perancangan Dalam Teks Hikayat Awang Sulung Merah MudaPerancangan Awang Sulung Merah Muda untuk menyelesaikan hutangPeristiwa yang mendampakkan wujudnya perancangan dapat diteliti dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda ialah peristiwa penyamaran baginda untuk menyelesaikan hutangnya kepada Datuk Batin Alam. Awang Sulung Merah Muda menetapkan objektifnya iaitu hendak mendapatkan kurang sebanyak dua tiga puluh rial untuk melangsaikan hutangnya. Dalam merealisasikan perancangan ini, Awang Sulung Merah Muda telah memikirkan strategi yang bersesuaian dan relevan dengan keadaan dan suasana pada masa tersebut. Mendapatkan ilmu pelayaran daripada emak bongsunya merupakan satu strategi tepat dan bijak yang ambil oleh baginda sebagai langkah awal untuk merealisasikan objektifnya. Hal ini dapat diperhatikan dalam petikan di bawah;

Maka berkatalah Awang Sulung, “Sekarang anakanda hendak bertanya. Anakanda tiada tahu akan adat, anakanda baru:

Umur setahun jagung, Darah setampuk pinang, Besar di bawah pisang goyangan, Besar di bawah tebu berlengkar.

Sebab itulah anakanda hendak bertanya darihal orang belayar. Jikalau datang angin dari selatan, bagaimana sentak layarnya? Jikalau datang angin dari utara, bagaimana sentak layarnya? Jikalau menempuh negeri orang, bagaimana adatnya?” Lalu dijawab emak bongsunya, “Hai anakku, jikalau engkau belayar; datang angin dari barat, sentak layar sebelah selatan. Begitulah anakku buat, pendapat bonda.”

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1988: 39)

Misi penggembaraan mencari geliung panjang kepunyaan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa merupakan strategi yang digunakan

untuk mencapai objektif yang disasarkan. Dalam misi penggembaraan ini, Awang Sulung Merah Muda menambah strategi yang ada dengan menukar keseluruhan identiti dirinya, iaitu dengan menyapu keseluruhan badannya dengan getah pisang, belacan dan jelutung. Kebijaksanaan Awang sulung Merah Muda menukar identiti dirinya menjadi budak hitam telah mengukuhkan strategi penyamarannya. Melalui peristiwa ini, sifat pemimpin yang berjiwa rakyat terserlah pada Awang Sulung yang sanggup merendahkan maruah, martabat dan keturunan demi mencapai objektifnya iaitu melaksanakan tanggungjawabnya untuk menyelesaikan hutang kepada ayahanda angkatnya, iaitu Tuanku Datuk Batin Alam seperti yang dapat diperhatikan dalam petikan di bawah;

Maka turunlah ia masuk ke sampan sempang-sempung, pengayuh romping lalu berkayuh tiba di Pulau Pisang diambilnya getah pisang disapukan ke badannya, tiba di Pulau Belacan diambilnya belacan disapukan kepada sekalian tubuhnya, tiba di Pulau Jelutung disapukannya kepada badannya seraya berkata, “tinggallah Pulau Jelutung aku berkayuh membawa untungan.” Maka dipakaikannya kain compang-camping: Tengkolok bagai tali ayam; serta dipadamnya giginya dengan malau.

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1988: 44)

Dalam melaksanakan misinya, Awang Sulung Merah Muda telah menghadapi pelbagai konflik yang benar-benar mencabar emosi dan pemikirannya. Sikap memandang paras, darjat dan keturunan merupakan unsur-unsur yang ditemukan dalam misi penggembaraan ini boleh menggagalkan objektifnya sekiranya tidak ditangani secara bijak. Walau bagaimanapun lantunan sikap berbudi bahasa si pengail yang menunjukkan arah pelayaran geliung panjang kepada Awang Sulung telah melancarkan strategi pencarian geliung panjang yang dirancangnya. Hasil daripada pertolongan si

Page 9: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA 131

pengail tersebut berjaya menemukan Awang Sulung Merah Muda dengan pemilik geliung panjang, Datuk Nakhoda Tua. Pertemuan dengan Datuk Nakhoda Tua telah menimbulkan konflik dan perdebatan antara kedua belah pihak disebabkan sikap prejudis dan angkuh Datuk Nakhoda Tua yang memandang hina terhadap fizikal Awang Sulung. Impaknya, permintaan Awang Sulung Merah Muda untuk mendapatkan kurang dua tiga puluh rial batu gagal. Hal ini dapat diperhatikan dalam petikan di bawah:

Maka bertitah Datuk Nakhoda Tua, “Hai budak hitam, usahkan rial batu, sekeping duit pun tiada dalam geliung panjang ini.”

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1998: 48)

Insiden tersebut tidak melemahkan dan melunturkan semangat Awang Sulung Merah Muda. Berbekalkan kesungguhan, semangat dan keazaman yang tinggi untuk mencapai objektifinya menyebabkan beliau tidak berputus asa, lantas memikirkan alternatif selanjutnya untuk melaksanakan misi baginda. Hikmat kesaktian yang dimiliki merupakan pilihan alternatif yang digunakan oleh Awang Sulung Merah Muda untuk mendapat perhatian daripada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, iaitu anakanda kepada Datuk Nakhoda Tua. Awang Sulung Merah Muda mendapati strategi yang digunakan ini berkesan kerana berjaya menarik perhatian dan menimbulkan belas ehsan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terhadap Awang Sulung. Keberkesanan pilihan alternatif ini telah berjaya menemukan secara bersemuka Awang Sulung Merah Muda dengan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, pemilik sebenar geliung panjang tersebut, setelah melalui pelbagai halangan dan rintangan. Pilihan alternatif ini dirancang secara bijak, teratur, terancang dan tidak mudah mengalah. Hal ini bertitik tolak daripada strategi penyamaran yang digunakan oleh Awang Sulung Merah Muda serta dikukuhkan lagi dengan sikap merendah diri dan bijak berkata-kata, telah berjaya merealisasikan objektif beliau. Perancangan

bestari yang sistematik dan efisyen telah menyebabkan beliau berjaya dalam mencapai objektifnya iaitu mendapatkan kurang dua tiga puluh rial batu.

Maka bersabda Tuan Puteri menyuruh Si Kembang Cina bawa kurang dua tiga puluh rial batu: lalu dianugerahinya kepada budak hitam.

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1988: 52)

Kebijaksanaan Awang Sulung Merah Muda memanifestasikan kecerdasan akal fikiran beliau sebagai platform untuk mencapai objektif. Kejayaan Awang Sulung Merah Muda adalah bertitik tolak daripada keberkesanan dimensi yang diaturnya bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Awang Sulung Merah Muda mendominasi teknik penyamaran diperkukuhkan dengan strategi komunikasi yang bijak bagi melaksanakan perancangan bestarinya kerana relevan dengan situasi dan latar pada masa itu. Peringkat-peringkat perancangan yang ditekuni pada watak Awang Sulung Merah Muda ini selari dan signifikan dengan dimensi-dimensi perancangan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Bertitik tolak daripada keberkesanan dimensi-dimensi perancangan inilah yang telah membuahkan kejayaan kepada Awang Sulung Merah Muda dalam mendapatkan kurang dua tiga puluh rial dan langsung dapat mencapai objektifnya, iaitu menyelesaikan hutangnya kepada Tuanku Datuk Batin Alam.

Peristiwa penyamaran daripada seorang putera raja kepada budak hitam telah meruntuhkan satu tembok kekuasaan dan keegoan yang ada pada diri seorang pemimpin. Hal ini mendampakkan integriti dan karisma seorang pemimpin dari keturunan bangsawan yang ditimbulkan melalui watak Awang Sulung Merah Muda, jelas memperlihatkan kecelikan pengarang berkenaaan pentingnya persoalan citra tersebut. Gagasan idea yang dilontarkan pengarang bukanlah memperlihatkan rendahnya tahap pemikiran seorang pemimpin sebaliknya memperlihatkan satu proses pemikiran yang

Page 10: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

Mohamad Zuber Ismail dan Mohamad Mokhtar Abu Hassan 132

berwawasan dan terkehadapan seorang pemimpin untuk merealisasikan objektif dalam menyelesaikan hutang kepada ayah angkatnya. Satu lantunan sikap dan tindakan terpuji yang harus diteladani selaras dengan budaya dan perspektif agama iaitu bertanggungjawab dalam menyelesaikan hutang, yang merupakan indikator penting yang diangkat Pawang Ana dan Raji Haji Yahya menerusi teks ini. Bertitik tolak daripada lantunan sikap mengetepikan status dan kedudukan sebagai pewaris takhta kerajaan, pengarang telah berjaya membentuk satu indikator penting dalam membezakan serta menyerlahkan sifat kepimpinan seseorang pemimpin yang benar-benar berhati mulia atau sebaliknya. Gambaran watak Awang Sulung Merah Muda yang digarap dalam teks ini ternyata menyerlahkan sifat pemimpin ideal yang sanggup secara ironinya merendahkan dan mengetepikan maruah, martabat dan kekuasaannya dari seorang putera raja kepada seorang budak hitam demi melangsaikan hutangnya, telah meninggikan dan mengangkat martabat, kewibawaan dan kepercayaan masyarakat terhadap seorang pemimpin Melayu tradisi. Perkara ini telah melakarnya satu gambaran citra Melayu yang telah diekspresikan oleh pengarang dalam teks ini lantas mengangkat kebijaksanaan watak khususnya dalam aspek perancangan.

Perancangan Tuanku Si Helang Bakau untuk mendapatkan pewaris takhta kerajaanBerdasarkan analisis peristiwa Tuanku Si Helang Bakau mendapatkan pewaris takhta kerajaan, terserlah satu ciri penting pengurusan yang dilakukan oleh watak tersebut dalam merealisasikan misi baginda iaitu perancangan. Keberhasilan suatu proses kegiatan agar dapat mencapai tujuannya secara efektif dan efisien ditentukan oleh perancangan yang matang. Di sebalik perancangan yang digambarkan terserlah sifat pemimpin yang berwawasan dan berpandangan jauh yang terpancar sewaktu beliau membuat keputusan seperti yang dilantunkan watak Tuanku Si Helang Bakau dalam usaha mendapatkan

zuriat. Menerusi peristiwa tersebut, Tuanku Si Helang Bakau telah menetapkan objektif iaitu untuk mendapatkan seorang zuriat sebagai penyambung waris takhta kerajaan. Dalam peristiwa mendapatkan pewaris takhta ini, Tuanku Si Helang Bakau telah memikirkan dan mengikhtiarkan pelbagai cara dan jalan terbaik untuk mencapai matlamat tersebut.

Perancangan merupakan suatu kegiatan yang sangat penting kerana merupakan tolok ukur dari keberhasilan tujuan yang telah ditetapkan oleh seseorang watak. Dalam merealisasikan objektif, baginda telah menetapkan objektifnya dengan jelas iaitu untuk mendapatkan zuriat sulungnya. Penetapan objektif ini bertitik tolak daripada kegusaran dan kebimbangan Tuanku Si Helang Laut dan isterinya Tuanku Si Helang Bakau kerana ketiadaan pewaris takhta kerajaan yang bakal menggantikan baginda kelak. Dalam merancang strategi untuk mendapatkan zuriat ini, Tuanku Si Helang Laut dan Tuanku Si Helang Bakau telah pergi ke suatu tempat iaitu Lautan Tanjung Jati bertujuan untuk berkaul dan berniat. Berkaul dan berniat merupakan suatu alternatif yang digunakan oleh pasangan diraja tersebut untuk disesuaikan dengan objektif yang ingin dicapai. Tuanku Si Helang Laut mendapat idea untuk berkaul dan berniat bagi menyelesaikan masalah mereka untuk mendapatkan zuriat melalui mimpi. Dalam mengukuhkan strateginya, Tuanku Si Helang Laut dan isterinya juga telah menjalankan beberapa upacara seperti bersiram dan berlimau sebagai pengukuhan kepada strategi yang dirancang. Penggunaan unsur-unsur kemenyan mandung jati, kemenyan putih berat sekati merupakan pelengkap kepada strategi yang dibentuk. Peristiwa ini dapat diteliti dalam petikan di bawah:

Baginda Tuanku Si Helang Laut dan juga Tuan Puteri Si Helang Bakau dua laki isteri berkata Baiklah kita pergi berkaul dan berniat di Lautan Tanjung Jati, mudah- mudahan dikurniakan Allah subhanahu wataala kita mendapat putera. Setelah sampailah

Page 11: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA 133

di keramat di tengah Lautan Tanjung Jati, berangkatlah ia bersiram dan berlimau kedua laki isterinya lalu diambil kemenyan mandung jati: kemenyan putih berat sekati.

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1988: 3-4)

Strategi yang dipraktikkan telah membuahkan hasil apabila setelah beberapa bulan sekembalinya daripada berkaul dan berniat, Tuanku Si Helang Laut mendapati isterinya hamil. Strategi Tuanku Si Helang Laut selanjutnya adalah pergi untuk memburu seekor pelanduk jantan putih untuk dibawa pulang ke istana sebagai satu hidangan untuk isterinya yang sedang mengidamkan makanan pelanduk jantan putih tersebut sebagai pengukuhan untuk merencanakan objektif. Suasana yang digambarkan oleh pengarang sewaktu peristiwa perburuan tersebut adalah seperti di bawah:

Berderu-deru hujan panas, sabung-menyabung kilat, panah-memanah halilintar. Maka turunlah seekor pelanduk jantan putih mengandung, lalu diterkam baginda. Maka dapatlah baginda pelanduk itu lalu berangkat kembali ke istananya.

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1988: 5)

Perancangan sangat diperlukan oleh individu untuk menyediakan suatu prosedur dalam rangka mencapai tujuan organisasi. Strategi yang digunakan oleh Tuanku Si Helang Laut dan juga isterinya menampakkan perancangan sistematik yang membolehkan Tuanku Si Helang Bakau berjaya mencapai objektifnya dengan keizinan Yang Maha Kuasa. Tuanku Si Helang Laut dan isterinya mendapati perancangan mereka berjalan dengan lancar. Objektif untuk mendapatkan zuriat bagi pasangan itu berjaya dicapai oleh Tuanku Si Helang Laut dan juga isterinya, Tuanku Si Helang Bakau, berdasarkan strategi yang disusun. Kebijaksanaan Tuanku Si Helang Laut dalam mengukuhkan rancangan

terserlah atas inisiatif dan usaha mereka berdua untuk mengikhtiar dalam mendapatkan zuriat. Maka dengan berjayanya pelaksanaan dimensi-dimensi perancangan, akhirnya mereka berdua telah mendapat seorang cahaya mata iaitu putera sulung baginda yang dinamakan Awang Sulung Merah Muda.

Maka segala bidan pun datanglah bertunggu dan berjaga Tuan Puteri gering itu. Maka Tuan Puteri pun teramat gering sampai pada;

Hari Ahad bertimpa Senin Dua belas haribulan purnama Dua belas tapak bayang-bayang

Maka Tuan Puteri pun lepaslah gering bersalin. Maka puteranya keluar daripada kandungan bondanya;

Tujuh bilah lantai terpatah, Tujuh mengkawan atap terpatah Berderu-deru hujan panas Panah-memanah halilintar Bebunyi sekalian bunyi-bunyian

Maka disambut Datuk Bidan Raja serta bidan yang ketujuh dengan selamatnya, disiramkan di dalam pasu emas seperti anak raja yang besar-besar:

Panjang bagai diumbut, Besar bagai ditambah, Cerdik bagai diajari, Lain sehari lain semalam.

Maka dikerat pusatnya, dibedung dengan kain yang keemasan. Maka disambut anakanda dan pengasuh kandamandanya, dipersembahkan kepada baginda dengan kesukaan baginda. Maka puteranya dinamakan Awang Sulung Merah Muda

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1988: 14-15)

Kebijaksanaan Tuanku Si Helang Laut menyerlahkan tahap keintelektualan dan pemikiran berwawasan baginda sebagai satu indikator untuk mencapai objektif yang telah disasarkan. Pemikiran positif beliau berjaya memandu dan memacu hala tuju yang jelas

Page 12: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

Mohamad Zuber Ismail dan Mohamad Mokhtar Abu Hassan 134

dalam konsep kekeluargaan tanpa memikirkan untuk berpoligami. Goleman, Boyatzis dan McKee (2002) menyatakan bahawa pemimpin yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi akan mempamerkan tingkah laku yang positif, berfikiran positif dan mempunyai emosi yang positif. Mereka juga menegaskan bahawa pemimpin yang mempunyai tahap kecerdasan emosi yang tinggi akan berupaya menguruskan emosi mereka sendiri, bekerjasama dengan orang lain, menangani konflik, dan mempengaruhi orang-orang di sekelilingnya untuk berfikiran positif. Kejayaan Tuanku si Helang Laut adalah bertitik tolak daripada keberkesanan dimensi yang diaturnya bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Peringkat-peringkat perancangan yang ditekuni pada watak Tuanku si Helang Laut, pemerintah bandar Mengkaleh, selari dan signifikan dengan dimensi-dimensi perancangan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar (2013). Bertitik tolak daripada keberkesanan dimensi-dimensi perancangan inilah yang telah membuahkan kejayaan kepada Tuanku Si Helang Laut dan Tuan Puteri Si Helang Bakau mendapatkan pewaris takhta kerajaan bandar Mengkaleh sebagai kesinambungan legasi pemerintahan.

Perancangan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa mendapatkan kembali suaminyaDalam merealisasikan objektifnya, Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah melaksanakan dimensi-dimensi perancangan ini untuk mencapai objektifnya. Objektif Tuan Puteri Dayang Seri Jawa begitu jelas iaitu, untuk mendapatkan kembali suaminya. Pada umumnya, penetapan objektif merupakan suatu keputusan yang dibuat dalam rangka untuk memecahkan @menyelesaikan suatu permasalahan atau suatu persoalan (problem solving). Ini bererti bahawa setiap keputusan yang dibuat, pasti ada tujuan yang akan dicapai. Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah membentuk strategi dalam usaha untuk mencapai tujuannya, iaitu mengembalikan suaminya ke pangkuan. Strategi yang terlintas di fikiran Tuan Puteri

Dayang Seri Jawa pada ketika itu adalah dengan menggunakan sabut nyiur dan bekam padi untuk merencanakan objektifnya. Perancangan bijak, iaitu pemilihan menggunakan sabut dan bekam padi menyerlahkan suatu inisiatif yang tepat dan sesuai dengan keadaan dan situasi pelayaran geliung panjang yang berada di tengah-tengah lautan. Hal tersebut dapat diperhatikan dalam petikan di bawah:

Maka adalah pada masa itu Tuan Puteri Dayang Seri Jawa membeli sabut nyiur, sekam padi tiap-tiap hari dibelinya hingga penuh geliung panjang itu serta diperbuatnya sebiji peti besi disuruhnya memanggil Bujang Selamat Panjang Gombak.

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1998: 98)

Strategi yang digunakan Tuan Puteri memperlihatkan satu daya usaha yang bersungguh-sungguh dalam usaha untuk menarik perhatian suaminya kembali ke pangkuan. Hal ini dapat diteliti dalam ungkapan. “… Tuan Puteri Dayang Seri Jawa membeli sabut nyiur, sekam padi tiap-tiap hari dibelinya …”(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1998:98). Dalam merencanakan strateginya, Tuan Puteri telah mendapatkan pertolongan daripada Bujang Selamat, iaitu pembantu kepada Awang Sulung Merah Muda sebagai pengukuhan kepada strategi yang dirancang. Kepimpinan adalah kemampuan dan daya mempengaruhi tingkah laku seseorang itu sehingga menyebabkan seseorang sanggup memberi kerjasama untuk mencapai sesuatu matlamat yang dipersetujui (Robbins 2003, Jamaliah & Norazimah 2010). Hal ini seperti yang digambarkan dalam petikan di bawah;

“Hai Bujang Selamat, inilah hajat beta memanggil engkau ke mari. Pada esok hari naiklah engkau ke darat. Apabila Awang Sulung asyik menyabung tunjukkanlah geliung panjang ini berasap seperti terbakar.

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1998: 99)

Page 13: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA 135

Strategi pembakaran sabut dan bekam padi merupakan pilihan alternatif yang diimplementasikan oleh Tuan Puteri untuk mengembalikan suaminya ke geliung panjang. Lakonan dan aksi spontan yang dimainkan oleh Bujang Selamat sewaktu berlaku peristiwa pembakaran geliung panjang telah berjaya mengukuhkan strategi perancangan yang telah dibentuk. Awang Sulung Merah Muda terpedaya dengan tipu muslihat yang dimainkan oleh Tuan Puteri Dayang Seri Jawa. Geliung panjang terbakar merupakan kemuncak kejayaan strategi yang diatur. Impaknya, Awang Sulung tanpa berfikir panjang lagi terus pergi ke geliung panjang untuk mendapatkan kembali Tuan Puteri Dayang Seri Jawa, apabila mendapati geliung panjang kepunyaan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa terbakar,

Maka sembah Bujang Selamat kepada Awang Sulung Merah Muda, “wahai Pak Bongsu, terbakar sudah geliung panjang itu.”Maka dicampakkannya oleh Awang Sulung Merah Muda ayam daripada tangannya berlari-lari turun keduanya berkayuh berganti-ganti.

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1998: 99)

Tuan Puteri Dayang Seri Jawa menggunakan akal pemikiran yang waras dan rasional dalam mendapatkan kembali suaminya. Tindakan dan keputusan yang dibuat dengan mengetepikan sikap emosional amat tepat dan bersesuaian untuk melaksanakan perancangan bestarinya kerana relevan dengan situasi dan latar pada masa itu. Bedwell (2001) mengaitkan individu yang mempunyai kecerdasan emosi tinggi kerana keupayaan mereka dalam membuat keputusan, menyelesaikan masalah, dan merancang dengan bijak. Kecekapan menggunakan kecerdasan emosi akan membawa kepada keberhasilan yang produktif bukan sahaja pada peringkat individu malah pada peringkat organisasi. Kematangan dalam membuat keputusan telah menyebabkan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa berjaya mencapai matlamatnya. Hal ini menepati pandangan

(Herkenhoff, 2004) yang menjelaskan bahawa pemimpin yang berjaya memerlukan kedua-dua kemampuan, iaitu kemampuan intelektual untuk memenuhi cabaran kognitif dan kemampuan emosi untuk memberi inspirasi dan empati kepada orang lain. Perancangan muslihat Tuan Puteri Dayang Seri Jawa telah memanifestasikan bahawa kecerdasan akal fikiran sebagai satu indikator terbaik untuk merealisasikan objektif yang disasarkan. Kejayaan Tuan Puteri Dayang Seri Jawa adalah bertitik tolak daripada keberkesanan dimensi-dimensi yang diaturnya bagi mencapai objektif yang ditetapkan. Proses-proses perancangan yang ditekuni pada watak Tuan Puteri Dayang seri Jawa ini selari dan signifikan dengan dimensi-dimensi perancangan yang diketengahkan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Bertitik tolak daripada keberkesanan dimensi-dimensi perancangan inilah yang telah membuahkan kejayaan kepada Tuan Puteri Dayang Seri Jawa iaitu, mengembalikan semula suaminya Awang Sulung Merah Muda ke geliung panjang dan ke pangkuannya.

Perancangan Datuk Batin Alam mengusir Awang Sulung Merah Muda dari istanaPeristiwa yang memperlihatkan perancangan dapat juga ditekuni pada watak antagonis Datuk Batin Alam, iaitu ayahanda angkat kepada Awang Sulung Merah Muda. Datuk Batin Alam telah menetapkan objektifnya, iaitu ingin menuntut kembali hutangnya kepada Awang Sulung Merah Muda. Dalam mencapai objektifnya, strategi demi strategi yang dibentuk Datuk Batin Alam telah memberikan tekanan emosi yang hebat kepada Awang Sulung Merah Muda. Strategi awal yang digunakan oleh Datuk Batin Alam lebih menjurus kepada tugasan-tugasan yang tidak pernah dilakukan oleh Awang Sulung. Hal ini kerana sebagai putera raja Awang Sulung tidak pernah melakukan tugasan-tugasan berikut. Hal ini di luar kemampuan beliau.

Hatta, maka pada suatu hari bertitah Tuanku Datuk Batin Alam suruh

Page 14: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

Mohamad Zuber Ismail dan Mohamad Mokhtar Abu Hassan 136

Awang Sulung memukat di dalam laut. Maka sembah Awang Sulung Merah Muda “Bagaimana Tuanku, patik tahu memukat, melihat pun tiada pernah”.

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1998: 33)

Kalakian pada hari lain bertitah Tuanku Datuk Batin Alam suruh Awang Sulung Merah Muda membuat kakap panjang tujuh depa sehasta, sepeliuh, sepelambai. Maka sembah Awang Sulung, “Tak usah dikatakan membuat, tiada pernah patik melihat orang membuat perahu itu.”

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1998: 36)

Datuk Batin Alam bukan sahaja memberi tekanan dari sudut psikologi, malah telah mengancam dari aspek fizikal terhadap watak Awang Sulung Merah Muda. Pelbagai kerja yang disuruh lakukan memperlihatkan ketidakrelevan dengan usia dan tahap kematangan Awang Sulung pada ketika itu. Sebagai pengukuhan kepada objektif yang dirancang. Apabila emosi menguasai diri manusia hilang pertimbangan. Emosi negatif seperti kemarahan dan kebencian yang dijanakan oleh kritikan yang destruktif mungkin mengurangkan kesediaan seseorang untuk berhadapan dengan individu lain dalam keadaan yang harmoni (Baron, 1988).

Lalu murkalah Datuk Batin Alam ditampar diterajangnya Awang Sulung Merah Muda, tiada ketahuan marahnya lagi langsung berangkat dari situ.

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1998: 36)

Maka dicampakkan beliung di tangan, berlari pulang mengambil lembing serangkap lalu ditikamnya Awang Sulung; datang suatu lembing dilepaskan datang dua dihamburkan; datang tiga diendapkan. Maka ia pun terjun ke tanah ditikam juga berturut-

turut; Awang sulung pun melepaskan jua.

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1998: 40)

Maka bertambah-tambahlah murka Datuk Batin Alam, lalu menghunus pedang panjang sambil menetak kepala Awang Sulung. Maka dilepaskan oleh Awang Sulung; tetak tinggi diendapkan, tetak rendah dihamburkan; habis berputusan batang pinang, batang pisang, batang birah, sehingga teranglah di dalam kampung yang besar, lalulah berkata Tuan Puteri Dayang Nuramah, “baiklah abang lari, adinda boleh memegangkan pinggang ayahanda.

(Hikayat Awang Sulung Merah Muda, 1998: 40)

Peristiwa-peristiwa yang ditimbulkan dalam petikan di atas memperlihatkan tindakan demi tindakan yang telah dilakukan terhadap Awang Sulung. Kemuncak kemarahan apabila Datuk Batin Alam sampai ke tahap ingin mencederakan dan membunuh Awang Sulung Merah Muda. Keadaan ini telah membuat Awang Sulung mengambil langkah nekad untuk keluar mengggembara dan menyelesaikan hutangnya kepada Datuk Batin Alam. Keputusan nekad yang diambil, telah memperlihatkan satu kejayaan kepada Datuk Batin Alam apabila berjaya mengusir Awang Sulung keluar dari istana. Menurut Ainon Mohd (2003), akal adalah fitrah manusia untuk berfikir, tetapi dalam menggunakan akal biasa sesekali seseorang itu membuat keputusan yang salah kerana dia tidak menggunakan logik akalnya. Menurut Jaafar Muhamad (2001) manusia memang emosional dalam melakukan sesuatu perkara. Sehubungan itu, kepimpinan juga melibatkan secara langsung usaha menghadapi gangguan emosi. Kenyataan ini diperkukuhkan oleh Fiedler (1967) & Lynne Millward (2005) yang menyatakan bahawa kebanyakan keputusan kritikal dalam kepimpinan dibuat di bawah situasi tekanan yang amat tinggi. Hal ini boleh menyebabkan berlaku kezaliman

Page 15: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA 137

dalam pentadbiran sebuah negeri sekiranya pemimpin bertindak mengikut nafsu marah dan hilang pertimbangan. Sikap yang dipamerkan Datuk Batin Alam bertentangan dengan pandangan (Goleman, Boyatzis & McKee, 2002) yang menjelaskan pemimpin yang mempunyai kecerdasan emosi yang tinggi akan mempamerkan tingkah laku yang positif, berfikiran positif dan mempunyai emosi yang positif. Kecerdasan emosi pemimpin merujuk kepada kemampuan mengenal pasti dan mengawal emosi diri dan emosi orang lain, memotivasikan diri, mengurus emosi diri dan mengurus perhubungan dengan orang lain (Goleman, 1998).

Situasi perancangan melalui peristiwa ini amat kontradiksi dengan perancangan yang dibincangkan dalam peristiwa-peistiwa sebelumnya. Hal ini kerana situasi ini memperlihatkan satu sifat tidak berperikemanusiaan dan kekejaman yang dilakukan terhadap darah daging sendiri. Walau bagaimanapun perspektif yang ingin difokuskan dalam perbincangan ini ialah perancangan. Kuasa perancangan telah membolehkan objektif yang dirancang dan disasarkan dapat dicapai. Hal ini membuktikan bahawa dimensi-dimensi perancangan yang ditekuni pada watak antagonis ini berjaya mempengaruhi hala tuju dan tindakan beliau ke arah merealisasikan objektif seperti yang telah diekspresikan pada naratif penceritaan teks ini.

RumusanBerdasarkan perbincangan dan analisis kajian yang dijalankan menggunakan Prinsip Perancangan dalam Hikayat Awang sulung Merah Muda, hasil dapatan kajian memperlihatkan suatu kecenderungan yang tinggi dalam menyokong salah satu prinsip yang diketengahkan bawah Pendekatan Pengurusan oleh Mohamad Mokhtar Abu Hassan. Hal ini amat signifikan dan relevan kerana Prinsip Perancangan merupakan satu aspek penting yang perlu diberi perhatian oleh pemimpin dalam pengurusan sesebuah organisasi. Analisis peristiwa yang dilakukan secara terperinci

dalam Hikayat Awang Sulung Merah Muda memperlihatkan pengaplikasian dimensi-dimensi perancangan yang diimplementasikan oleh watak. Dimensi menetapkan objektif, dimensi membentuk strategi dan dimensi pilihan alternatif merupakan dimensi-dimensi yang dominan yang dapat dikesan dalam teks kajian selari dengan Prinsip Perancangan yang diketengahkan Mohamad Mokhtar Abu Hassan (2013). Dimensi-dimensi ini begitu ketara dan amat menonjol ditimbulkan oleh pengarang dalam analisis teks kajian. Walau bagaimanapun, penelitian dalam keempat-empat peristiwa yang dipugar mendapati dimensi menilai pilihan alternatif, dimensi memilih satu cara dan dimensi kajian semula kurang menyerlah dalam teks berkenaan. Hal ini dikesan bertitik tolak daripada perancangan watak yang tidak menggunakan dimensi-dimensi tersebut kerana objektif yang diisasarkan telah berjaya dicapai melalui pelaksanaan dimensi-dimensi menetapkan objektif, membentuk strategi dan dimensi memilih alternatif. Pengurusan organisasi yang dinamik khususnya dalam aspek kepimpinan individu dan kekeluargaan yang sistematik dan tersusun, memerlukan kehadiran pemimpin yang berkemampuan melihat jauh ke hadapan. Kemampuan pemimpin untuk menggariskan langkah-langkah proaktif, tepat, konsisten dan rasional dalam pentadbiran organisasinya, khususnya aspek kepimpinan individu dan keleluargaan telah melonjakkan karisma dan keintelektualan seseorang pemimpin. Pemugaran aspek pengurusan dalam teks kajian ini khususnya perancangan merupakan satu platform yang dapat membuka satu lembaran dan dimensi baharu dalam dunia kritikan sastera tanah air.

RujukanAhmad Atory Hussain. (1991). Pengurusan

Organisasi. Kuala Lumpur: Utusan Publications & Distributors Sdn. Bhd.

Ainon Mohd. (2003). Teori dan Kepimpinan: Panduan Aplikasi di Tempat Kerja. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Page 16: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

Mohamad Zuber Ismail dan Mohamad Mokhtar Abu Hassan 138

Aminuddin Mohd. Yusof. (1990). Kepimpinan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ali Ahmad. (1987). Karya-karya Sastera Bercorak Sejarah. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Azman Che Omar. (2003). Pengurusan di Malaysia dari Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Baron, P., & Joly, E. (1988). Sex Differences in the Expression of Depression in Adolescence. Sex Roles, 18: 1-7.

Boyatzis, R. E., Goleman, D., & Rhee, K. S. (2000). Clustering Competence in Emotional Intelligence. In R. Bar-On & J. D.A. Parker (Eds.), The Handbook of Emotional Intelligence (pp. 343-362). San Francisco, CA: Jossey-Bass.

Certo, Samuel C. (1997). Modern Management: Diversity, Quality, Ethics, and the Global Environment. New Jersey, Upper Saddle River: Prentice Hall.

Daniel Goleman, Richard Boyatzis, & Annie Mckee. (2002). The New Leaders. Transforming the Art of Leadership into the Science of Results. Britain: Little Brown.

Fiedler. (1967). Theory of Leadership Effectiveness Hardcover. New York: McGraw Hill.

Goleman, Boyatzis, & McKee. (2002). Leadership: Realizing the Power of Emotional Intelligence. Boston: Harvard University Press.

Goleman, D. (1998). Working with Emotional Intelligence. New York: Bantam Books.

Herkenhoff, L. (2004). Culturally Tuned Emotional Intelligence: An Effective Change Management Tool? Strat. Change, 13: 73-81. doi: 10.1002/jsc.666.

Ismail Hamid. (1987). Perkembangan Kesusasteraan Melayu Lama. Kuala Lumpur:Longman.

Ismail Hamid. (1983). Kesusasteraan Melayu Lama dari Warisan Peradaban Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Jaafar Muhamad. (1999). Asas Pengurusan. Shah Alam: Penerbit Fajar Bakti.

Jamaliah, & Norashimah. (2010). Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan: Teori, Polisi dan Perlaksanaan. Serdang: Universiti Putra Malaysia.

Jaafar Muhammad. (2001). Kelakuan organisasi (Edisi ke 4). Kuala Lumpur: Leeds Publications.

Kamus Dewan. (1994). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kamus Dewan Edisi Keempat. (2007). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2000). Draf Pemetaan Kerja Pengajaran dan Pembelajaran Komsas. Kuala Lumpur: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pendidikan Malaysia.

Lynne Millward. (2005). Understanding Occupational and Organizational Psychology. London: Sage Publications.

Mohamad Mokhtar Abu Hassan. (2013). Pendekatan Pengurusan: Satu Metode dalam Kritikan Sastera. Himpunan Ilmuwan Sastera Melayu Malaysia Kedua Universiti Perguruan Sultan Idris, 4-5 Oktober, 2013.

Mohamad Zuber Ismail, et al. (2014a). “Prinsip Perancangan: Penelitian Berdasarkan Cerita-cerita Rakyat”. Dlm. Prosiding International Conference in Commemoration of the 50th Anniversary of the Department of Malay-Indonesian Studies, Hankuk University of Foreign Studies, Seoul, Korea, 14th -16th May, 2014.

Mohamad Zuber Ismail, et al. (2014b). “Prinsip Kepimpinan: Analisis Berdasarkan Hikayat Awang Sulung Merah Muda”. Dlm. prosiding 3rd International Language Conference (IlC), Centre For Languages And Pre-University Academic Development (Celpad), International Islamic University Malaysia (IIUM), 4th -6th Jun, 2014.

Mohamad Zuber Ismail. (2016). Kajian Cerita Lipur Lara Terpilih Berdasarkan Pendekatan Pengurusan.

Page 17: PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG …jbsd.umt.edu.my/wp-content/uploads/sites/53/2017/04/12-PRINSIP-M… · Hikayat Awang Sulung Merah Muda (1904), Hikayat Raja Muda

Journal of Business and Social Development Volume 5(1) 2017: 123-139

PRINSIP PERANCANGAN DALAM HIKAYAT AWANG SULUNG MERAH MUDA 139

Tesis Ijazah Sarjana Kedoktoran. Universiti Malaya.

Muhammad Al-Buraey. (1992). Pembangunan Pentadbiran Menurut Perspektif Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pawang Ana, & Raja Haji Yahya. (1998). Hikayat Awang Sulung Merah Muda. Petaling Jaya: Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Robbins. (2003). Organizational Behaviour. London: Prentice Hall.

Robbins, & Coulter. (1999). Management. London: Prentice Hall.

S. W. Rujiati Mulyadi. (1980). Rona Keislaman dalam Hikayat Inderaputra. Année 1980 Volume 20 Numéro 1 pp. 133-142

Fait partie d’un numéro thématique: De la philologie à l’histoire.

Sara Beden. (2014). Prinsip Perancangan dalam Hikayat Khoja Maimon. Majalah Pelita Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Sara Beden. (2015). Kepimpinan Berjiwa Rakyat dalam Prosa Tradisional. Majalah Pelita Bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka.

Safian Hussain dll. (1988). Glosari Istilah Kesusasteraan. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Stoner, James A. F., Wankel, Charles. (1986). Management. London: Prentice-Hall.

Wilkinson, A., & Witcher, B. (1993). Holistic TQM Must Take Account of Political Process. Total Quality Management, 4(1).