14

Click here to load reader

worldconferences.networldconferences.net/proceedings/icasic2016/fullpaper/malay papers/I… · Web view3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization. e-Proceeding

  • Upload
    trandat

  • View
    212

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: worldconferences.networldconferences.net/proceedings/icasic2016/fullpaper/malay papers/I… · Web view3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization. e-Proceeding

3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization

KEFAHAMAN PELAJAR TERHADAP FIQH THAHARAH (PERMASALAHAN DARAH WANITA) : TINJAUAN DI UiTM CAWANGAN PERLIS

Noraini IsmailProf Madya Che Latifah Ismail

Siti Fatimah SudinSharipah IsaRyusda Bakri

Akademi Pengajian Islam Kontemporari (ACIS)Universiti Teknologi MARA Cawangan Perlis

02600 Arau, [email protected]

ABSTRAKFiqh thaharah khususnya berkaitan permasalahan darah wanita sering menjadi perbahasan para ulama’ sehingga kini. Kekeliruan dalam permasalahan ini timbul berikutan ketidakfahaman masyarakat terhadap hukum hakam berkaitan. Usaha untuk memberi kefahaman kepada masyarakat khususnya wanita perlu dilakukan kerana ia sangat berkait rapat dengan kesempurnaan pelaksanaan ibadah. Tinjauan telah dijalankan dalam kalangan siswi UiTM Cawangan Perlis. Objektif tinjauan adalah untuk mengenal pasti kefahaman siswi berkaitan jenis darah wanita khususnya permasalahan haid dan istihadhah serta pengiraan tempoh suci dan tempoh haid mengikut pandangan Islam. Sejumlah 50 siswi telah dipilih secara rawak sebagai responden. Satu set soal selidik telah dikemukakan. Hasil kajian menunjukkan terdapat pelajar yang masih keliru untuk membezakan antara darah haid dan istihadhah. Mereka juga tidak memahami kaedah pengiraan tempoh suci dan tempoh haid. Keadaan ini telah menjejaskan tahap keyakinan mereka dalam menunaikan ibadah. Susulan daripada dapatan kajian ini, penyelidik mencadangkan beberapa tindakan untuk membantu meningkatkan kefahaman terhadap permasalahan darah wanita.

Kata Kunci : fiqh thaharah, darah wanita--------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

1. Pendahuluan

Isu permasalahan fiqh thaharah khususnya berkaitan darah-darah wanita sering dibahaskan oleh pelbagai ulama’ Islam dahulu dan kini. Ini berikutan ketidakfahaman dan kekeliruan di kalangan kaum wanita yang sering timbul khususnya berkaitan haid, nifas dan istihadah. Permasalahan ini bukan sahaja melibatkan golongan remaja perempuan di peringkat sekolah dan universiti tetapi juga melibatkan masyarakat awam. Pelbagai pihak perlu berusaha membantu memberi kefahaman yang terbaik kepada masyarakat. Kertas kerja ini adalah merupakan laporan hasil kajian yang dijalankan oleh penyelidik sebagai salah satu inisiatif bagi mencari penyelesaian kepada permasalahan yang berlaku. Semoga ia memberi impak yang baik kepada pemantapan kefahaman terhadap fiqh thaharah khususnya darah wanita di kalangan masyarakat Islam.

2. Pernyataan Masalah

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 260

Page 2: worldconferences.networldconferences.net/proceedings/icasic2016/fullpaper/malay papers/I… · Web view3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization. e-Proceeding

Permasalahan fiqh khususnya berkaitan darah wanita adalah perkara yang wajib difahami oleh seluruh umat Islam khususnya wanita. Ia sangat berkait rapat dengan perlaksanaan ibadah kerana wujudnya larangan tertentu bagi wanita yang dalam keadaan haid atau nifas untuk melaksanakan ibadah-ibadah tertentu. Pelbagai masalah berkaitan darah wanita telah dibahaskan oleh para ulama’. Di Malaysia, ilmu ini dimasukkan di dalam silibus pembelajaran Pendidikan Islam di peringkat rendah, menengah dan juga universiti. Universiti Teknologi MARA (UiTM) juga telah memasukkan fiqh thaharah secara khusus di dalam Kursus Pengantar Pembangunan Insan (CTU001).

Penganjuran program seperti kursus, seminar, bengkel dan sebagainya melalui pelbagai institusi juga telah diadakan bagi menambahkan kefahaman masyarakat berkaitan permasalahan ini. Sebagai contoh pada 1 Februari 2016, Biro Wanita Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) Kota Kinabalu juga telah menganjurkan ‘Seminar Fiqh Wanita’ yang bertemakan ‘Kesihatan Wanita Menurut Perspektif Islam’. Seminar ini telah dijadikan program tahunan dengan tujuan memberi kesedaran kepada para muslimat kepentingan menguasai hukum-hukum berkaitan (http://www.ismakotakinabalu.com). Ini merupakan usaha-usaha untuk memberi kefahaman secara berterusan kepada masyarakat Islam berkaitan permasalahan fiqh thaharah.

Walaupun begitu, masih lagi terdapat kekeliruan di kalangan masyarakat Islam dengan pelbagai permasalahan hukum yang berkaitan darah-darah wanita. Bahkan berdasarkan pemerhatian penyelidik terdapat di kalangan pendidik juga tidak dapat menguasai ilmu ini dengan baik. Justeru, penyelidik telah mengambil inisiatif menjalankan kajian tinjauan di UiTM Perlis. Kertas kerja ini adalah merupakan laporan hasil kajian yang telah dijalankan bagi mengenalpasti kefahaman pelajar siswi berkaitan fiqh thaharah khususnya darah-darah wanita. Berdasarkan hasil kajian, penyelidik menghasilkan satu alat kiraan haid dan istihadhah bagi wanita yang tidak dapat mengenalpasti warna darah haid dan istihadhah yang dinamakan sebagai EC-THAHARAH. Semoga inisiatif ini memberi impak yang baik kepada peningkatan tahap kefahaman masyarakat Islam dalam isu permasalahan fiqh thaharah ini.

3. Objektif Kajian

i. Mengenal pasti kefahaman pelajar siswi berkaitan haid dan istihadhahii. Mengenal pasti kefahaman pelajar siswi berkaitan pengiraan tempoh suci dan tempoh haid

mengikut pandangan mazhab as-Shafie.iii. Mengenal pasti hubungan tahap kefahaman pelajar dengan keyakinan pelajar dalam

menunaikan ibadahiv. Mengenalpasti kebolehpasaran alat kiraan mudah haid dan istihadhah

4. Kepentingan Kajian

Kajian ini penting untuk merealisasikan objektif yang telah dinyatakan khususnya dalam mengenalpasti kefahaman pelajar siswi berkaitan darah-darah wanita (haid dan istihadhah). Melalui kajian ini penyelidik dapat mengetahui latarbelakang pendidikan responden dan hubungannya dengan tahap kefahaman berkaitan haid dan istihadhah. Kajian ini juga penting untuk melihat pengetahuan responden berkaitan maksud haid dan istihadhah dan kefahaman pelajar berkaitan perkara-perkara yang dilarang dan dibolehkan ketika haid dan istihadhah. Penyelidik juga dapat mengenalpasti kefahaman pelajar berkaitan pengiraan tempoh suci dan tempoh haid yang merupakan elemen penting dalam membezakan darah haid dan istihadhah. Selain itu, penyelidik dapat melihat kesan kefahaman pelajar berkaitan haid dan istihadhah terhadap keyakinan mereka dalam menunaikan ibadah. Hasil kajian ini juga dapat membantu menyelidik untuk menghasilkan

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 261

Page 3: worldconferences.networldconferences.net/proceedings/icasic2016/fullpaper/malay papers/I… · Web view3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization. e-Proceeding

satu inisiatif atau inovasi baru dalam menyelesaikan masalah kiraan tempoh haid dan tempoh suci yang menjadi kekeliruan di kalangan pelajar dan seterusnya mengenal pasti kebolehpasaran alat kiraan mudah yang akan dihasilkan bagi menyelesaikan permasalahan yang dihadapi berkaitan pengiraan tempoh haid dan istihadhah.

5. Skop Kajian

Fiqh Thaharah mempunyai perbincangan yang luas meliputi thaharah haqiqiyah iaitu thaharah daripada najis dan thaharah hukmiyyah iaitu thaharah daripada hadas (Abd Karim Zaidan, 1997). Kajian ini akan memfokuskan kepada thaharah hukmiyyah sahaja dimana kajian dan perbincangan akan dikhususkan kepada permasalahan haid dan istihadhah dan kefahaman pelajar terhadap kedua-dua permasalahan tersebut. Pandangan berkaitan permasalahan haid dan istihadhah juga hanya akan difokuskan kepada pandangan mazhab as-Syafie sebagai mazhab yang menjadi pegangan rasmi umat Islam di Malaysia. Ini bagi memudahkan kajian dibuat kerana asas kefahaman fiqh bagi umat Islam di Malaysia adalah berdasarkan mazhab as-Syafie yang telah diterapkan dalam sistem pendidikan di Malaysia. Responden bagi kajian ini adalah 100 orang pelajar siswi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Perlis yang dipilih secara rawak daripada pelbagai fakulti.

6. Tinjauan Literatur

i. Pengertian ThaharahThaharah secara etimologinya ialah bersih dan suci daripada berbagai kotoran. Dari segi syariat thaharah ialah bersih dari segala hadas atau najis. Konsekuensi hukum yang timbul kerananya ialah sesuatu itu tidak boleh dan tidak halal dilakukan tanpa adanya thaharah yang benar menurut peraturan syariat. Dr Abdul Karim Zaidan membahagikan thaharah kepada thaharah haqiqiyah iaitu thaharah daripada najis dan thaharah hukmiyyah iaitu thaharah daripada hadas (Abd Karim Zaidan, 1997). Kertas kerja ini akan memfokuskan kepada kefahaman pelajar terhadap thaharah hukmiyyah khususnya dalam permasalahan darah wanita iaitu haid dan istihadhah. ii. Permasalahan haid dan istihadhahPengertian haid dari segi bahasa bermaksud mengalir. Ia juga bermakna saylan (banjir). Oleh sebab itu apabila sesuatu tempat atau lembah menjadi banjir, orang Arab menyebutnya sebagai had al-wadi (al-Zuhaili, 1997). Dari segi syariat, haid adalah nama darah yang keluar daripada rahim, yang bukan kerana melahirkan dan kemudian darah yang keluar menjadi satu kebiasaan yang berlangsung pada waktu-waktu tertentu dan bersifat ‘alamiyah kepada seseorang wanita (Abd Karim Zaidan, 1997). Darah haid juga didefinisikan sebagai darah yang keluar dari faraj perempuan yang berusia sembilan tahun hijrah hingga ‘ayisah’ iaitu putus harapan dari kedatangan haid. Darah itu keluar ketika sihat dan bukan disebabkan melahirkan anak (Said Haji Ibrahim, 2000). Pada kebiasaannya warna darah haid ialah hitam, sangat panas, terasa sakit dan berbau busuk (al-Zuhaili, 1997). Ulama’ Mazhab As-Syafie menyusun senarai warna darah haid kepada lima iaitu hitam, merah, coklat, kuning dan keruh (al-Zuhaili, 1997). Wanita dalam keadaan haid dilarang mengerjakan solat, berpuasa, masuk ke dalam masjid, membaca dan menyentuh al-Quran, tawaf keliling Kaabah dan bersetubuh (Siti Hajar Ibrahim, 2008).

Pengertian istihadhah ialah darah yang mengalir bukan pada waktunya yang biasa disebabkan sakit di bahagian pangkal rahim (al-Zuhaili, 1997). Darah istihadhah adalah hadas yang tidak menghalang seseorang wanita menunaikan ibadah seperti puasa, solat dan lain-lain. Darah ini keluar daripada faraj wanita bukan pada hari haid dan nifas (Said Haji Ibrahim, 2000). Hukum hakam ibadah wanita yang istihadhah sama seperti orang yang suci dan boleh melakukan persetubuhan. Wanita yang istihadhah wajib mengambil wudhu’ apabila masuk waktu. Wudhu’nya sah untuk satu ibadat fardhu

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 262

Page 4: worldconferences.networldconferences.net/proceedings/icasic2016/fullpaper/malay papers/I… · Web view3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization. e-Proceeding

dan beberapa ibadah sunat (Anisah Binti Abdul Ghani, t.t). Wanita mustahadah diwajibkan juga memperbaharui ikatan dan bersegera sembahyang sebaik sahaja selesai wudhu’ kecuali kerana maslahat seperti menutup aurat, azan, iqamah, menunggu kedatangan jamaah, berijtihad menentukan arah kiblat, pergi ke masjid dan mendapatkan penghadang (al-Zuhaili, 1997).

Menurut mazhab As-Syafie, sekurang-kurangnya masa haid ialah sehari semalam. Kebiasaan darah haid ialah 6 hari 6 malam atau 7 hari 7 malam. Sebanyak-banyak masa haid ialah 15 hari 15 malam (Said Haji Ibrahim, 2000). Fuqaha’ As-Syafie juga berpendapat jika seorang wanita didatangi haid yang menyalahi adat kebiasaannya iaitu dia telah didatangi haid melebihi 15 hari atau kurang daripada sehari semalam, maka tempoh yang lebih atau kurang itu tidak dikira sebagai tempoh haidnya. Hal ini berdasarkan tempoh yang telah biasa dialami sebelum ini. Darah yang lebih atau kurang dari tempoh itu ialah darah istihadhah (Al-Makki, 2011).

Kebiasaan tempoh suci ialah baki yang tinggal dari hari-hari yang didatangi haid dalam masa sebulan. Mengikut kebiasaannya seorang wanita akan didatangi haid sekali sahaja dalam sebulan. Jika haidnya datang selama 6 atau 7 hari, maka masa sucinya ialah 23 atau 24 hari (Al-Makki, 2011). Sekurang-kurang suci diantara dua haid 15 hari dan 15 malam. Dan sebanyak-banyaknya tiada perbatasan (Said Haji Ibrahim, 2000). Menurut ulama’ As-Syafie, bersih daripada darah (al-niqa’) dalam tempoh haid dalam masa kebiasaan haid adalah dikira sebagai haid dengan syarat ia tidak melebihi 15 hari dan tidak kurang daripada masa minimum haid dan bersih (putus darah) itu merangkumi dua darah haid (al-Zuhaili, 1997).

Tidak ada had umur perempuan untuk kedatangan haid. Berkemungkinan selama hayat seorang wanita mereka akan kedatangan haid tetapi kebiasaannya had usia wanita yang ‘ayisah’ (putus haid) ialah 62 tahun (Said Haji Ibrahim, 2000). Mengikut uruf Malaysia, usia kebiasaan putus haid ialah 45 hingga 55 tahun. Sekiranya darah yang keluar selepas usia 55 tahun atau selepas darah haid tidak keluar selama 6 bulan sehingga setahun berturut-turut, wanita itu hendaklah menjalani pemeriksaan doktor pakar untuk mengenalpasti darah tersebut samada haid atau tidak (Anisah Binti Abdul Ghani, t.t) . Kesimpulan daripada pandangan ini, wanita dikira mengalami haid jika darah yang mengalir keluar daripada rahim memenuhi syarat-syarat berikut :

i. Umur minimum kedatangan haid adalah 9 tahun hijriyah (8 tahun 8 bulan 21 hari masihi)ii. Tempoh pendarahan minimum iaitu 24 jamiii. Tidak melebihi tempoh maksimum haid iaitu 15 hari 15 malamiv. Waktu suci antara haid iaitu sekurang-kurangnya 15 hari 15 malam

Dalam buku Fikah Perubatan karangan Dr Harmy Mohd Yusoff et.al (2012) , terdapat beberapa keadaan wanita mengalami pendarahan haid tidak seperti syarat-syarat yang dinyatakan dan perlu mengikut hukum tertentu seperti berikut :

i. Wanita mengalami pendarahan haid kali pertama Pendarahan haid kali pertama kurang daripada 24 jam sehari semalam atau 24 jam dalam

masa 15 hari 15 malam bagi pendarahan yang sedikit dan berpanjangan dihukum sebagai istihadhah bukan haid. Bagi pendarahan kali pertama yang melebihi 15 hari 15 malam, pendarahan yang dikira haid hanyalah sehari semalam. Hari selebihnya adalah istihadhah.Ini disebabkan wanita kali pertama haid mengalami kesukaran membezakan ciri dan sifat darah haid.

ii. Wanita mengalami haid melebihi tempoh maksimum untuk haid seterusnya. Hukum penentuan haid adalah dengan cara mengenalpasti ciri dan warna darah haid.

Sekiranya seorang wanita mampu membezakan warna darah, maka darah yang mempunyai sifat seperti darah haid dihukum haid dan selebihnya istihadhah. Wanita yang tidak dapat

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 263

Page 5: worldconferences.networldconferences.net/proceedings/icasic2016/fullpaper/malay papers/I… · Web view3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization. e-Proceeding

mengenalpasti warna darah haid tetapi dapat mengenalpasti kebiasaan waktu haid kerana mempunyai kitaran haid yang tetap perlu mengikut kiraan hari kebiasaan haid dan selebihnya adalah istihadhah (Harmy Mohd Yusof, 2012) .

Dr Wahbah al-Zuhaili telah mengemukakan tujuh keadaan wanita mustahadah. Empat keadaan dikategorikan sebagai wanita yang dapat membezakan warna darah atau dapat menentukan hari kebiasaan dan tiga keadaan lagi adalah wanita yang tidak dapat membezakan warna darah dan terlupa kebiasaan haidnya (al-Zuhaili, 1997). Tiga kategori yang tidak dapat membezakan warna darah dan kebiasaan haid ini dinamakan wanita mutahayyirah (https://almalakawi.wordpress.com). Empat keadaan yang wanita mustahadah yang dikemukakan oleh Dr Wahbah al-Zuhaili adalah:

i. Al Mubtada’ah al-Mumayyizah - Wanita yang pertama kali mengalami kedatangan haid dan dapat mengenalpasti darah kuat dan lemah seperti darah hitam dan merah. Darah yang lemah ialah darah istihadhah dan darah yang kuat ialah darah haid dengan syarat darah yang kuat itu tidak kurang daripada masa minimum haid dan hendaklah jangan melebihi masa maksimum haid. Manakala darah yang lemah pula berterusan melebihi masa minimum suci. Sekiranya darah yang lemah kurang daripada masa minimum suci atau berlaku secara tidak berterusan seperti satu hari darah merah dan satu hari darah hitam, maka dia dikira sebagai tidak memenuhi syarat tamyiz (membezakan) dan pengiraan tempoh darah haidnya sama dengan kategori yang kedua di bawah.

ii. Al-Mubtada’ah Ghayr al-Mumayyizah - Wanita yang pertama kali mengalami darah merah tetapi dia mendapati darah itu sama iaitu satu sifat sahaja. Wanita dalam kategori ini boleh membezakan darah tetapi tidak memenuhi syarat tamyiz . Haid wanita ini dikira selama satu hari satu malam dan sucinya selama 29 hari.

iii. Al-mu’tadah al-mumayyizah - Wanita yang pernah datang haid dan suci dan dapat membezakan warna darah kerana ingat waktu keluar dan sifat darah. Haid wanita ini dikira berdasarkan perbezaan darah dan tidak boleh mengikut adat kebiasaan. Wanita ini boleh menggunakan kedua-duanya sekiranya waktu kebiasaan haid (adat) bersesuaian dengan perbezaan (tamyiz).

iv. Al-Mu’tadah Ghayr al-Mumayyizah - Wanita yang pernah datang haid dan suci dan tidak dapat membuat perbezaan antara darah tetapi dapat mengingat kebiasaan haidnya. Hukumnya mestilah dilihat kepada kebiasaan haidnya.

Berdasarkan kajian literatur yang telah dibuat, ternyata permasalahan haid dan istihadhah ini begitu luas dan penting untuk dipelajari dan difahami dengan mendalam. Banyak permasalahan yang perlu diteliti terutamanya untuk membezakan haid dan istihadhah bagi tujuan mendapatkan keyakinan dalam ibadah khususnya puasa dan solat. 7. Metod Penyelidikan

Penyelidik telah membuat persampelan untuk kajian ke atas 100 orang pelajar siswi Universiti Teknologi MARA (Perlis). Dalam pengumpulan data penyelidik menggunakan beberapa kaedah di pengumpulan data iaitu melalui borang soal selidik dan pengumpulan data sekunder. Bagi kaedah soal selidik, penyelidik merangka soalan secara sistematik dan diberikan kepada responden. Kajian yang dilakukan ini melibatkan dua jenis sumber data iaitu data primer dan data sekunder. Data primer diperolehi daripada soal selidik yang diedarkan daripada responden, manakala data sekunder diperolehi melalui kajian perpustakaan dan pencarian data melalui internet seperti buku, jurnal dan

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 264

Page 6: worldconferences.networldconferences.net/proceedings/icasic2016/fullpaper/malay papers/I… · Web view3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization. e-Proceeding

artikel. Satu set borang soal selidik telah dibentuk berdasarkan sumber rujukan yang telah diperolehi. Ia terbahagi kepada enam bahagian. Bahagian 1 meliputi latar belakang responden, bahagian 2 berkaitan kefahaman berkaitan haid dan istihadhah, bahagian 3 berkaitan kefahaman terhadap maksud haid dan istihadhah, bahagian 4 berkaitan perkara yang dilarang semasa haid dan istihadhah, bahagian 5 berkaitan pengiraan tempoh suci dan tempoh haid dan bahagian 6 berkaitan kesan kefahaman terhadap ibadah.

8. Hasil Kajian dan Perbincangan

i. Kefahaman Berkaitan Haid dan Istihadhah

Percentage0.00%

10.00%20.00%30.00%40.00%50.00%

0.94% 3.54%

31.89%

47.22%

16.41%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak PastiSetuju Sangat Setuju

Graf 1 : Kefahaman Berkaitan Haid dan Istihadhah

Graf 1 diatas menunjukkan, 47.22% responden setuju bagi setiap item yang ditanya. 16.41% pula mengatakan sangat bersetuju. Ini menunjukkan majoriti responden bersetuju, mereka tahu perkara berkaitan haid dan istihadhah.

ii. Kefahaman Terhadap Maksud Haid dan Istihadhah

C1 C2 C3 C4 C5 C6 C7 C8 C9 C100

10203040506070

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak PastiSetuju Sangat Setuju

Graf 2 : Kefahaman Terhadap Maksud Haid Dan Istihadhah

Percentage0.00%

10.00%

20.00%

30.00%

40.00%

6.70% 9.64%

35.23% 34.01%

14.42%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak PastiSetuju Sangat Setuju

Graf 3 : Kefahaman Terhadap Maksud Haid dan Istihadhah

Berdasarkan graf 2 dan 3, kajian mendapati 35.23% responden tidak pasti akan kefahaman terhadap maksud haid dan istihadhah, dan hanya 34.01% responden yang bersetuju. Ini adalah kerana,

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 265

Page 7: worldconferences.networldconferences.net/proceedings/icasic2016/fullpaper/malay papers/I… · Web view3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization. e-Proceeding

majoriti responden tidak pasti berkenaan item-item seperti istihadhah adalah darah yang keluar kurang daripada 24 jam (C7), istihadhah ialah darah yang keluar melebihi tempoh maksima haid (15 hari) (C8) , istihadhah ialah darah yang keluar ketika berusia kurang 9 tahun (C9) dan istihadhah ialah darah yang keluar di luar waktu kebiasaan haid saya (C10).iii. Kefahaman terhadap perkara yang dilarang semasa haid dan istihadhah

020406080

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak PastiSetuju Sangat Setuju

Graf 4 : Kefahaman terhadap perkara yang dilarang semasa haid dan istihadhah

Percentage0.00%

10.00%20.00%30.00%40.00%

12.55% 12.13%

30.19% 24.57% 20.56%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak PastiSetuju Sangat Setuju

Graf 5 : Kefahaman terhadap perkara yang dilarang semasa haid dan istihadhah

Berdasarkan graf 4 & 5, majoriti responden (30.19%) tidak pasti tentang kefahaman terhadap perkara yang dilarang semasa haid dan istihadhah. Di antara perkara-perkara yang tidak pasti boleh dilakukan ketika haid dan istihadhah ialah perkara berkaitan Umrah dan Haji, ziarah kubur, mandi sunat Hari Raya, membaca al-quran dan jima’. Hasil analisa mendapati, lebih 60% responden menyatakan perkara-perkara seperti berdoa, puasa sunat dan jima’ tidak menjadi halangan semasa haid dan istihadhah.

iv. Pengiraan Tempoh Suci dan Tempoh Haid

E1 E2 E3 E4 E5 E6 E7 E8 E9 E10 E11 E12 E13 E14 E15 E160

10203040506070

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak PastiSetuju Sangat Setuju

Graf 6 : Pengiraan tempoh suci dan tempoh haid

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 266

Page 8: worldconferences.networldconferences.net/proceedings/icasic2016/fullpaper/malay papers/I… · Web view3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization. e-Proceeding

Percentage0.00%

10.00%20.00%

30.00%40.00%50.00%

7.33%14.28%

26.60%

41.63%

10.17%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak PastiSetuju Sangat Setuju

Graf 7 : Pengiraan tempoh suci dan tempoh haidBerdasarkan graf 6 & 7, kajian mendapati, 41.63% responden setuju dengan item-item yang ditanya berkaitan pengiraan tempoh suci dan tempoh haid. Namun demikian, sebilangan besar responden, tidak pasti tentang perkara-perkara berikut iaitu dapat menentukan dengan yakin tempoh suci (5) dan warna darah haid (6,8,9,16). Disamping itu juga, sebilangan besar responden, tidak setuju perkara E3 iaitu saya pernah mengalami istihadhah dan perkara E15 iaitu saya tidak ambil berat tentang kiraan tempoh haid dan tempoh suci saya.

v. Kesan Terhadap Ibadah

F1 F2 F3 F4 F5 F6 F70

20

40

60

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak PastiSetuju Sangat Setuju

Graf 8 : Kesan Terhadap Ibadah

Percentage0.00%

10.00%20.00%30.00%40.00%50.00%

1.02%10.77%

23.87%

46.72%

17.61%

Sangat Tidak Setuju Tidak Setuju Tidak PastiSetuju Sangat Setuju

Graf 9 : Kesan Terhadap Ibadah

Berdasarkan graf 8 & graf 9, kajian mendapati, 46.72% responden setuju dengan item-item yang ditanya pada bahagian ini. Majoriti bersetuju bahawa ketidakfahaman berkaitan permasalahan haid dan istihadhah menjejaskan keyakinan dalam ibadah (F1,F2), kesukaran mengenalpasti darah haid dan istihadhah menjejaskan keyakinan dalam ibadah (F3,F4) dan kesukaran mengenal warna darah menjejaskan keyakinan dalam ibadah (F5). Majoriti juga bersetuju kefahaman berkaitan haid dan istihadhah perlu untuk meningkatkan keyakinan dalam ibadah (F6, F7).

vi. Keperluan Alat Kiraan Mudah Tempoh Haid dan Istihadhah

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 267

Page 9: worldconferences.networldconferences.net/proceedings/icasic2016/fullpaper/malay papers/I… · Web view3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization. e-Proceeding

Graf 10 : Keperluan alat kiraan tempoh suci dan tempoh haid

Berdasarkan graf 10, kajian mendapati 68.04% responden ingin memiliki alat kiraan mudah tempoh haid dan tempoh suci sekiranya terdapat di pasaran. Justeru inisiatif penyelidik untuk menghasilkan alat kiraan mudah tersebut bukan sahaja dapat membantu menyelesaikan masalah pengiraan tempoh haid dan tempoh suci tetapi juga mempunyai kebolehpasaran yang tinggi.

9. Cadangan dan Kesimpulan

Hasil kajian menunjukkan bahawa majoriti (63.63%) responden mengetahui perkara-perkara berkaitan haid dan istihadhah tetapi masih keliru dan kurang faham dalam perkara-perkara tertentu berkaitan haid dan istihadhah. Ini dalam dilihat apabila 51.57% responden menunjukkan mereka tidak memahami beberapa perkara yang dikatakan sebagai darah haid dan istihadhah seperti istihadhah adalah darah yang keluar kurang daripada 24 jam, istihadhah ialah darah yang keluar melebihi tempoh maksima haid, istihadhah ialah darah yang keluar ketika berusia kurang 9 tahun dan istihadhah ialah darah yang keluar di luar waktu kebiasaan haid. Sebanyak 54.87% responden pula masih keliru berkaitan perkara yang dilarang dan dibolehkan semasa haid dan istihadhah terutama perkara berkaitan Umrah dan Haji, ziarah kubur, mandi sunat Hari Raya, membaca al-quran dan jima’. Sebilangan besar responden juga tidak pasti tentang perkara-perkara seperti keyakinan dalam menentukan tempoh suci dan juga warna darah haid. 64.33% responden bersetuju bahawa ketidakfahaman berkaitan permasalahan haid dan istihadhah dan kesukaran mengenalpasti darah haid dan istihadhah menjejaskan keyakinan dalam ibadah. Majoriti juga bersetuju kefahaman berkaitan haid dan istihadhah perlu untuk meningkatkan keyakinan dalam ibadah.

Berdasarkan hasil kajian ini penyelidik mencadangkan agar guru-guru, pensyarah dan semua yang terlibat dalam pendidikan khususnya bidang Pendidikan Islam agar dapat memantapkan ilmu berkaitan fiqh thaharah khususnya berkaitan dengan darah-darah wanita agar dapat membantu menyelesaikan kekeliruan yang timbul. Metod pengajaran dan pembelajaran (PdP) di sekolah dan universiti juga perlu dinilai agar penyampaian lebih berkesan dan mudah difahami. Sebagai inisiatif untuk menyelesaikan masalah kiraan tempoh haid dan tempoh suci, penyelidik akan menghasilkan satu alat kiraan mudah bagi membantu menyelesaikan kekeliruan dalam pengiraan tempoh haid dan tempoh suci. Semoga dengan adanya alat kiraan ini dapat menambahkan kefahaman pengguna dan memberi impak yang positif dalam membangun kaedah pengajaran dan pembelajaran yang lebih efektif.

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 268

Page 10: worldconferences.networldconferences.net/proceedings/icasic2016/fullpaper/malay papers/I… · Web view3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization. e-Proceeding

Rujukan

Abd Karim Zaidan, D. (1997). Ensaiklopedia Fiqh Wanita : Thaharah dan Solat. Selangor: As-Syabab Media.

Al-Makki, M. N.-B. (2011). Darah-darah haid, Nifas dan Istihadhah. Kuala Lumpur: Telaga Biru Sdn Bhd.

al-Zuhaili, W. (1997). Fiqh dan Perundangan Islam. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.Anisah Binti Abdul Ghani, P. M. (n.d.). Buku Panduan Ibadat Haji Wanita. Kuala Lumpur: Lembaga

Tabung Haji.

Harmy Mohd Yusof, D. e. (2012). Fikah Perubatan. Selangor: PTS Millenia Sdn Bhd.Said Haji Ibrahim, H. (2000). Al-Fiqh Al-Wadhih 'Ala Mazhab Al-Imam Asy-Syafi'i. Kuala Lumpur: Darul

Ma'rifah.

Siti Hajar Ibrahim, S. S. (2008). Risalah Fiqh Wanita. Johor Bahru: Perniagaan Jayabersa.

http://www.ismakotakinabalu.com/2016/02/seminar-fiqh-wanita-rungkai.html

https://almalakawi.wordpress.com/2009/09/06/mutahayyirah-perempuan-yang-tercengang-keadan-haidhnya/

e-Proceeding of the 3rd International Conference on Arabic Studies and Islamic Civilization ICASIC2016 (e-ISBN 978-967-0792-08-8). 14-15 March 2016, Kuala Lumpur, Malaysia. Organized by http://WorldConferences.net 269