18
TAJUK: Students, educators and school administrators play a key role in reducing greenhouse gas emmisions. Discuss.

No 3

Embed Size (px)

DESCRIPTION

green house gas emmisions

Citation preview

Tajuk:

Tajuk:

Students, educators and school administrators play a key role in reducing greenhouse gas emmisions. Discuss.

pengenalan

Kebanyakkan pembaharuan yang dilakukan oleh manusia terhadap alam sekitar telah mendatangkan pelbagai impak negatif yang menjejaskan persekitaran walaupun pembaharuan yang dilaksanakan sebenarnya menjurus kepada kemudahan sesama.

PEMBEBASAN GAS-GAS RUMAH HIJAU

Pembebasan Gas rumah hijau (Greenhouse Gases (GHGs)) seperti karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera melalui proses semulajadi dan juga aktiviti manusia merupakan antara penyebab utama kemerosotan kualiti alam sekitar manakala GHGs yang lain dilepaskan oleh aktiviti manusia semata-mata.

GHGs ini adalah seperti berikut:

Karbon Dioksida (CO2)

Karbon dioksida dilepaskan ke atmosfera melalui pembakaran bahan api fosil, sisa pepejal, pokok-pokok, tindakbalas kimia seperti industri pembuatan simen.

Metana (CH4)

Metana dilepaskan semasa pengeluaran dan pengangkutan arang, gas asli dan minyak mentah. Metana juga dilepaskan daripada aktiviti penternakan dan pertanian serta pereputan sisa organik di tapak pelupusan sisa pepejal (landfill).

Nitrus Oksida (NO2)

Nitrus oksida dibebaskan semasa aktiviti pertanian dan perindustrian serta semasa pembakaran bahan api dan sisa pepejal.

Gas Flourin

Hidrofluorokarbon, perfluorokarbon dan sulfur heksafluorida merupakan GHGs sintetik yang kuat dan dibebaskan oleh beberapa proses industri.

Pemerangkapan haba oleh gas-gas rumah hijau menyebabkan berlakunya kesan rumah hijau. Gas-gas ini akan bertindak seperti selimut yang membenarkan haba masuk kemudian akan memerangkap haba ini. Haba yang terperangkap inilah yang akan meningkatkan suhu pada permukaan bumi.

Pembebasan gas-gas rumah hijau ini mendatangkan banyak kesan negatif terhadap manusia dan alam sekitar. kawalan sepatutnya dibuat untuk mengurangkan pembebasan gas-gas ini bagi menjamin kualiti bumi yang sesuai untuk kelangsungan hidup pelbagai penghuninya.

Oleh itu, pembudayaan amalan dalam mengurangkan pembebasan gas-gas rumah hijau ini perlu dimulakan dari peringkat pendidikan awal lagi terutama di sekolah-sekolah.

PERANAN INSTITUSI PENDIDIKAN

Pendidikan alam sekitar perlu dimulakan dari rumah, peringkat sekolah rendah seterusnya ke peringkat yang lebih tinggi dalam memupuk kesedaran mengenai fenomena ini dan kesan-kesannya (Utusan Malaysia, April 2011).

Antara cara yang boleh dilakukan oleh pihak sekolah adalah:

Program Sekolah Lestari

Pihak sekolah sentiasa digalakkan untuk mengambil pendekatan holistik bagi meningkatkan aktiviti penghijauan di sekolah dan usaha ini perlu dijalankan secara sistematik dengan memasukkan aspek pelaksanaan oleh seluruh anggota sekolah termasuk pentadbir, guru, pelajar untuk tujuan penjimatan sumber tenaga dan air. SMK DATO' ONN, BUTTERWORTH

ii.Taman Mesra Alam

Ianya merupakan satu pendekatan dalam aktiviti kurikulum dan kokurikulum dalam menyemai pembelajaran penghijauan secara praktikal kepada pelajar.

Pihak pentadbir sekolah boleh menyediakan tapak taman dan dana bagi merealisasikan sebuah taman mesra alam dalam sekolah. Guru-guru matapelajaran Kemahiraan Hidup dan Sains Pertanian memainkan peranan dalam membimbing pelajar untuk sama-sama bekerjasama dalam projek taman mesra alam ini.

iii. Program Kesedaran Kecekapan Tenaga dan amalan teknologi hijau

Antara contoh aktiviti yang boleh dijalankan di sekolah bagi kempen kesedaran tentang amalan hijau dan teknologi hijau adalah semua warga sekolah perlulah mengamalkan amalan 5R (Rethink, Repair, Reduce, Reuse and Recycle, iaitu fikir semula, baik pulih, kurangkan, guna semula dan kitar semula).

Selain itu, pihak pengurusan sekolah perlu menyediakan sudut kitar semula, sudut bacaan dan sudut untuk menampal poster. Aktiviti gotong royong juga digalakkan dilaksanakan di sekolah selain daripada program pameran alam sekitar. Selain itu, mesej tentang kempen kesedaran ini perlulah disebarkan melalui perhimpunan sekolah.

Teknologi Hijau merujuk produk, peralatan, atau sistem yang mempunyai pembebasan Gas Rumah Hijau (GHG) yang rendah atau sifar; selamat untuk digunakan dan menyediakan persekitaran sihat dan lebih baik untuk semua hidupan.

24 JULAI 2009

PopulasiPeranan Terhadap Teknologi HijauAmalan HijauPentadbiranGuruPelajarMengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar Menerapkan nilai-nilai hijau Menerajui amalan hijau Menyebarkan dan Memupuk kesedaran Padamkan lampu Kawal penggunaan air Gunakan tong kitar semula Gunakan bahan kimia bio-degradasi untuk pembersihan dan penyelenggaraan pejabat Gunakan pembungkus makanan yang mesra alam (kurangkan plastik dan polestrin) Gunakan pengangkutan awam atau berkongsi kenderaan

Jadual 1.1: Peranan populasi terhadap teknologi hijau dan amalan hijau

16

kesimpulan

Semua warga sekolah bertanggungjawab dalam merealisasikan objektif kerajaan dalam pelaksanaan Teknologi Hijau di sekolah. Pentadbir, para guru dan pelajar harus bersama-sama berganding bahu untuk membantu dalam mengurangkan pembebasan gas-gas rumah hijau di peringkat sekolah. Bak kata pepatah melentur buluh biarlah dari rebungnya.

SEKIAN TERIMA KASIH