21
FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES HBMS 1203 PENGAJARAN MUZIK I SEPTEMBER 2014 Name N! K"a#!$% N#&a' B#( Om Ma'!#) ($m*e! +2020,02,24-001 NRIC +2020,.02.,24- Te%e/"(e ($m*e! 012.3 31 3 E.ma#% a !e #! !%56a"7)m7m6 T$'!8 (ame9 E(7 S$:a( B#( S$ a#!# Lea!(#(; Ce('!e9 J"! SEPTEMBER 2014 Seme 'e! PRAKATA

MUZIK SEP 2014.docx

Embed Size (px)

Citation preview

FACULTY OF EDUCATION AND LANGUAGES

HBMS 1203PENGAJARAN MUZIK ISEPTEMBER 2014

NameNor Khairul Nizat Bin Om Matric number820205025249001NRIC820205-02-5249Telephone number012-3673163E-mail [email protected] name:En. Sufian Bin SukairiLearning Centre:Johor

SEPTEMBER 2014 Semester

PRAKATAAlhamdulillah hirrabbilalamin, saya merafakkan sepenuh kesyukuran ke hadrat Ilahi dengan limpah dan kurnianya, dapat saya menyelesaikan tugasan ini dengan penuh jayanya. Saya menjulang sepenuh penghargaan kepadaEn Sufian Bin Sukairi,tutor subjek (HBMS1203). Beliau banyak membantu sepanjang proses pembentukan tugasan ini berlaku. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu secara langsung atau tidak langsung sepanjang proses merealisasikan tugasan ini berjalan. Pelbagai ilmu yang dapat saya rungkai sepanjang kami menyiapkan tugasan ini.Sejajar dengan anjakan paradigma dalam era globalisasi ini, begitulah dominan peranan seorang mahasiswa khususnya bakal pendidik di negara ini untuk merungkai pelbagai ilmu pendidikan di muka bumi ini. Pada dewasa kini, pelbagai pembangunan dari segenap sudut begitu pesat terbina, begitulah juga pembangunan dalam bidang pendidikan. Justeru itu haruslah mahasiswa ini tergolong dalam orang yang sentiasa menyaingi peradaban zaman yang hebat. Sebelum saya mengundur diri terimalah serangkap mutiara kata dari saya sebagai renung-renungan dan selamat beramal.

`Kesusahan tidak semuanya seksaan dan yang paling pahit itu bukan semuanya racun. Tetapiadakalanya lebih berguna daripada kesenangan yang terus-menerus

ISI KANDUNGANBil.m/s

1.0Pengenalan 4

2.0Pilihan lagu kanak-kanak5

3.0Lima sebab lagu ini sesuai digunakan dalam kelas nyanyian 6

4.0Kaedah pengajaran7 10

5.0Konsep muzik dan rancangan pengajaran 11 14

6.0Analisis skor lagu dan corak irama permainan alat muzik 15 17

7.0Kedudukan kord-kord lagu Rasa Sayang Hey pada papan kibod 18

8.0Corak irama tiga alat perkusi tanpa 19

Rumusan 20

Rujukan 21

1.0PENGENALANNyanyian dan permainan alat perkusi merupakan dua komponen penting dalam sesuatu pengajaran dan pembelajaran pendidikan muzik sekolah rendah. Oleh itu, pengajaran yang baik dan berkesan memerlukan pendidik ataupun guru muzik yang benar-benar menguasai dan memahami bidang tersebut supaya proses pengajaran dan pembelajaran muzik menjadi lebih bermakna dan berkesan. Ini bertujuan kerana nyanyian dan permainan alat perkusi merupakan sesuatu perkara yang menyeronokkan bagi kanak-kanak. Walau bagaimana pun, tidak memadai hanya untuk keseronokan, secara umumnya kedua-dua komponen ini memberi penumpuan dan penegasan kepada aspek postur, pendengaran, sebutan, pernafasan dan pengeluaran suara.Permainan alat perkusi adalah aktiviti yang menarik dan amat sesuai bagi murid sekolah rendah. Murid-murid pada usia sebegini dapat merasa konsep muzik melalui pengalaman bermain muzik. Permainan alat perkusi adalah mudah dan praktikal untuk mengiringi nyanyian hanya dengan memainkan corak irama yang dipelajari. Di samping itu, dengan permainan alat perkusi ini juga membantu membina koordinasi gerakan anggota badan murid. Dalam permainan alat perkusi murid berpeluang meneroka kreativiti mereka.Seterusnya permainan alat perkusi secara ensembel dapat memupuk semangat kerjasama dan toleransi, disiplin, dan rasa tanggung jawab di kalangan murid. Setiap alat perkusi perlu dimainkan mengikut teknik yang betul agar menghasilkan bunyi yang estetik. Murid diasuh untuk mengamalkan teknik yang betul mengikut teknik yang standard agar murid dapat membina kebiasaan yang baik dari awal lagi untuk memainkan sesuatu alat perkusi. (Sumber : Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum.)Melalui aktiviti nyanyian dan permainan alat perkusi ini juga guru dapat menilai dan menggalakkan perkembangan emosi kanak-kanak. Ini kerana aktiviti ini dapat memberi peluang kepada kanak-kakak untuk menyampaikan perasaan, karya, meluahkan emosi, dan kebolehan. Di samping itu, aktiviti nyanyian dan permainan alat perkusi juga dapat membantu memberikan kepuasan dan ketenangan emosi kepada kanak-kanak terutamanya apabila mereka diberikan kebebasan berkarya secara kreatif dan berimaginasi tanpa gangguan. Dengan cara ini, mereka dapat meluahkan perasaan gembira yang ditunjukkan melalui ekspresi muka semasa aktiviti nyanyian ini dijalankan.

2.0PILIHAN LAGU KANAK-KANAKBerdasarkan kepada tugasan diberi saya telah memilih lagu kanak-kanak yang sepanjang 16 renj bertajuk Rasa Sayang Hey .

3.0LIMA SEBAB LAGU INI SESUAI DIGUNAKAN DALAM KELAS NYANYIAN1. Lagu Rasa Sayang Hey ini mempunyai nada yang tidak terlalu tinggi atau terlalu rendah. Kesesuaian dengan nada ini penyampaian nyanyian adalah sangat penting kerana sekiranya lagu yang dipilih mempunyai nada yang terlalu rendah ataupun terlalu tinggi ia akan menyukarkan murid untuk mengawal lontaran suara sekaligus akan menyebabkan sesebuah lagu itu sumbang. Oleh itu, pilihan nada ini amat sesuai sekali untuk murid sekolah rendah.

2. Lagu ini juga sesuai dengan renj suara dan lirik yang mudah. Pemilihan lagu Rasa Sayang Hey ini dilihat bersesuaian dengan renj suara kanak-kanak iaitu dalam lingkungan not A dan E hingga not D. Dengan lirik yang mudah serta ringkas lagu ini dapat membolehkan murid menyanyi dengan mudah dan dapat menghafal liriknya dengan cepat. Selain itu bait-bait liriknya yang mudah mampu memberikan peluang kepada murid-murid tahap satu menyanyikan lagu ini dengan betul.

3. Mud lagu yang riang dan pelbagai. Melalui pemilihan lagu ini juga, murid dapat mengekspresikan mud dan dapat membuat pergerakan bebas atau berpandu untuk menunjukkan mud riang serta bersemangat. Selain itu guru boleh melakukan aktiviti bermain alat perkusi ketika menyanyi. Ini akan memberikan keseronokan murid.

4. Irama yang mudah dan susunan melodi yang menarik. Jika dilihat dari segi irama, lagu Bunga Berkembang ini menggunakan corak irama rentak nusantara yang melodinya yang menarik dan harmoni serta senang dihafal oleh murid-murid.

5. Lagu ini yang berkaitan dengan perasaan. Selain daripada menyanyi untuk keseronokan, murid juga didedahkan dengan keadaan sekeliling melalui seni kata lagu di mana secara tidak langsung murid belajar tentang sesuatu yang berlaku di persekitaran mereka.

4.0KAEDAH PENGAJARANTerdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan untuk proses mengajar lagu. Kaedah-kaedah yang dimaksudkan adalah bagi pembelajaran secara hafalan. Melalui kaedah ini, murid mempelajari sesebuah lagu secara mengajuk. Daya penguasaan lagu bergantung kepada daya ingatan aural murid. Kaedah nyanyian solfa adalah satu set silibel yang mewakili bunyi satu pic dan hubungannya sesama pic yang lain. Silibel ini adalah Do, Re, Mi, Fa, So, La, Ti dan Do. Mengikut Kodaly, nyanyian solfa ini dapat membantu pelajar mengenali pic not dan hubungan satu not dengan not yang lain. Sebagai seorang guru haruslah fasih dengan isyarat bagi setiap not sebelum memulakan kelas. Pelajar-pelajar harus digalakkan untuk menggunakan tangan dominan mereka untuk menunjukkan isyarat tangan ini. Pelajar yang menulis dengan tangan kanan harus menggunakan tangan kanan mereka dan pelajar yang menggunakan tangan kiri untuk menulis haruslah menggunakan tangan ini untuk menunjukkan isyarat. Untuk mengajar isyarat tangan Curwen, kedua-dua tangan digunakan untuk menunjukkan pic yang berlainan. Sebagai contoh, untuk not Do yang berada di oktaf yang lebih tinggi, tangan haruslah berada di bahagian dahi kepala. Untuk not Do biasa, letakkan tangan di bahagian pinggan atau perut semasa menunjukkan isyarat tangan. Ini adalah untuk membezakan antara kedua-dua oktaf bagi not yang sama. Tangan kiri boleh digunakan untuk menunjukkan pic yang tetap seperti Do dan tangan kanan boleh digunakan untuk menunjukkan pic Do-So-Do. Dengan cara ini, pelajar akan memahami kedudukan setiap pic dalam skel muzik. Mereka akan memahami bahawa untuk menunjukkan pic Do pada oktaf tinggi, mereka harus meletakkan tangan pada bahagian dahi kepala dan untuk menunjukkan pic Do yang berada satu oktaf di bawah, mereka harus memposisikan tangan pada bahagian pinggang. Isyarat tangan ini adalah untuk memberi kedudukan fizikal bagi setiap pic not. Isyarat untuk Do yang pertama adalah pada bahagian perut dan isyarat untuk pic-pic yang selanjutnya adalah lebih tinggi daripada pic yang sebelumnya. Oleh itu semasa pic menaik, kedudukan isyarat tangan juga menaik. Ini adalah untuk menunjukkan kepada pelajar bahawa pic-pic Do, Re, Me, Fa, So, La, Ti dan Do sedang bergerak dalam urutan menaik. Latihan-latihan lain yang menggunakan isyarat tangan Curwen, seorang guru boleh membahagikan kelas kepada dua bahagian dan menjalankan latihan tangan yang menunjukkan jeda yang berlainan dan latihan intonasi. Gunakan isyarat tangan Curwen untuk mengajar pic-pic not bagi lagu-lagu yang mudah.Guru juga perlu mendemonstrasikan kedudukan pic-pic ini dengan menggunakan isyarat tangan Curwen sambil menyanyikan pic itu. Teruskan kelas dengan menyuruh pelajar-pelajar meniru isyarat tangan yang ditunjukkan. Pastikan setiap pelajar membuat isyarat untuk setiap pic pada kedudukan dan posisi tangan yang betul sebelum meneruskan ke pic yang seterusnya. Setelah pelajar-pelajar telah fasih dengan nyanyian solfa sambil menggunakan isyarat tangan teruskan untuk memperkenalkan beberapa latihan mudah yang akan menguatkan lagi pemahaman mereka. Pelajar-pelajar yang telah fasih dengan nyanyian solfa dengan isyarat tangan yang mudah, gunakan lagu-lagu kanak-kanak yang popular sebagai latihan yang lebih mencabar.

Contoh kaedah nyayian solfa Rasa Sayang Hey

Mi Fa So So Do Ti La So So Mi Fa

So Ti La La So Fa Mi So Do Mi Re Re Do Re

Do Mi Fa Do Mi Mi Fa So So Fa La

So La So Fa Mi Mi Re Do Re Mi Re Re Mi

Fa Fa Fa Fa So Mi Mi Do Mi Re Re Re Re Do

Contoh isyarat tangan Curween

5.0DUA KONSEP MUZIK DAN RANCANGAN MENGAJARDaripada 7 konsep asas pengajaran muzik, saya telah memilih untuk mengaplikasikan 2 konsep dalam pengajaran lagu Rasa Sayang Hey iaitu irama dan ekspresi.

Mata Pelajaran : Pendidikan MuzikKelas: 2 UTMMasa : 7.45 pagi 8.15 pagiBilangan murid : 25 orangFokus : Sebutan lirik mengikut isyarat tangan.Standard Kandungan : Pengalaman Muzikal1. Menyanyi pelbagai repertoir secara solo atau berkumpulan.2. Membuat pergerakan mengikut muzik yang dimainkan oleh guru.Standard Pembelajaran 1. Menyanyi dengan sebutan huruf vokal a,e,i,o,u yang betul.2. Membuat pergerakan berdasarkan lirik dan mud muzik. lagu dan aksi.Hasil Pembelajaran : Di akhir pengajaran dan pembelajaran, murid-murid boleh:1. Menyanyi lagu mengikut sebutan yang betul sambil melakukangerakan.Pengetahuan Sedia ada : 1. Murid pernah menyanyi melodi lagu dengan melakukan pergerakan.Bahan Bantu Mengajar : CD 1 Rasa Sayang Hey (vokal)Rasa Sayang Hey ( instrumental)Laptop, LCD ProjectorPenyerapan Nilai : Kerjasama, berkeyakinan

21

Masa / Langkah

Isi KandunganAktiviti Pengajaran & PembelajaranStrategi P&P/ABM/Nilai

Set Induksi(5 minit)Memperkenalkan lagu Guru menayangkan slaid power point lirik lagu Rasa Sayang Hey. Guru memainkan rakaman lagu ini secara keseluruhan. Murid membaca lirik lagu yang dipamerkan sambil mendengar lagu yang dimainkan.BBM :Laptop, LCD

Langkah 1( 5 Minit)Menyanyikan lagu secara humming Guru menunjukkan notasi lagu baris demi baris melalui slaid power point yang ditayangkan. Guru menggunakan isyarat tangan bagi menggantikan notasi lagu. Murid mendengar dan melihat isyarat tangan daripada guru dengan teliti. Guru membimbing murid menyanyikan lagu dengan hummingkan la mengikut notasi lagu yang ditunjukkan. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti. Murid-murid menghummingkan lagu ini dengan bimbingan guru.Nilai : Berdikari, teliti, sabar.

Langkah 2( 10 minit )Menyebut lirik lagu Ciptaan Tuhan dengan jelas mengikut irama lagu. Menyanyikan lagu baris demi baris Guru meminta murid melakukan pergerakan bebas berpandukan lirik lagu dengan mud riang. Guru menunjukkan gerakan sebenar berpandukan lirik lagu. Contoh: gerakan ikan menari riang. Murid meniru dan melakukan gerakan yang dilakukan oleh guru.Murid menyanyikan lagu sambil melakukan gerakan. Murid mendengar kemudian menyebut lirik lagu mengikut irama lagu. Murid-murid memerhati dan mendengar dengan teliti. Murid-murid menyanyikan lagu ini. Murid menyanyi sambil menepuk tangan. Nilai : Berdikari

Langkah 3( 5 minit )Menyanyi sambil melakukan gerakan. Guru meminta murid melakukan gerakan bebas berpandukan lirik lagu dan mud riang Guru menunjukkan gerakan sebenar berpandukan lirik lagu. Contoh: gerakan ikan menari riang Murid meniru dan melakukan gerakan yang dilakukan oleh guru. Murid menyanyikan lagu sambil melakukan gerakan. Murid melakukan gerakan bebas. Murid memerhati gerakan yang dilakukan oleh guru. Murid menyanyi sambil melakukan gerakan.

Penutup( 5 minit )Mengimprovisasikan lirik dengan lagu Guru menggunakan lagu Nenek Si Bongkok Tiga. Guru mengimprovisasikan lagu dengan pergerakan yang sesuai Murid mendengar lagu. Murid melakukan pergerakan yang sesuai dengan lirik lagu. Murid mendengar lagu. Murid melakukan pergerakan yang sesuai dengan lirik lagu.

6.0ANALISIS SKOR LAGU DAN CORAK IRAMA PERMAINAN ALAT PERKUSI

ANALISIS SKOR LAGU RASA SAYANG

IRAMA Irama ialah gabungan pelbagai not muzik yang berbeza yang akan menghasilkan not irama yang berbeza. Ukuran masa atau tempo pada muzik, serta panjang pendek bunyi yang teratur, turun naik bunyi yang teratur pada lagu akan menghasilkan irama yang berbeza. Irama merangkumi faktor detik, meter, rentak, tempoh masa dan tempo. Irama terbentuk daripada sesuatu susunan bunyi. Irama lagu Rasa Sayang ialah sinkopasi.

I)RENTAK Rentak digunakan untuk mengiringi muzik nyanyian atau permainan alat muzik. Corak irama rentak memberi identiti kepada sesebuah lagu sebagai lagu berentak Mac, Waltz, Inang, Masri, Asli, Sumazau dan Joget. Rentak lagu Rasa Sayang ialah rentak masri. Rentak masri dimainkan dengan beberapa alat perkusi tradisional Melayu dan alat perkusi moden. Fungsi alat-alat tersebut adalah untuk memainkan detik, tekanan dan corak irama asas. Gabungan alat-alat perkusi ini dengan corak irama asas membentuk satu rentak yang mantap untuk mengiringi lagu-lagu dalam rentak masri.

II)TEMPO Tempo merupakan unsur yang berkaitan dengan kelajuan detik dalam sesebuah lagu. Setiap lagu mempunyai tempo yang berbeza sama ada cepat, sederhana atau lambat. Antara jenis-jenis tempo ialah: ALLEGRO (Rancak, Cepat) AN DAN TE (Sederhana Cepat) ALLA MARCIA (March, Patriotik) DAL CAPO (D.C) Irama diulang Lagu Rasa Sayang di golong dalam jenis tempo AN DAN TE, iaitu sederhana cepat. Tempo ini digunakan untuk lagu Rasa Sayang kerana ia dapat mewujudkan suasana yang riang. Tempo ini sesuai di nyanyi dan digemari oleh kanak-kanak.

III)METER Meter ialah kiraan masa dalam sesuatu muzik. Ia dikumpulkan dalam kumpulan 2,3,4 dan seterusnya. Terdapat pelbagai kiraan masa dalam muzik. Biasanya jumlah detik adalah sama banyak dalam setiap bar.

PICPic dalam lagu Rasa Sayang adalah tidak terlalu rendah atau tidak terlalu tinggi untuk dinyanyikan oleh kanak-kanak. Susunan pic dalam lagu ini menjadikan melodi Rasa Sayang amat menarik dan mudah diingati oleh kanak-kanak. Ia amat sesuai untuk kanak-kanak Tahun 2.

MUD Mud membentuk sifat atau suasana sesebuah karya muzik. Ia selalu dilahirkan dalam bentuk perasaan ketika karya muzik dipersembahkan sama ada riang, bersemangat, sedih dan sebagainya. Mud lagu Rasa Sayang ialah riang. Kanak-kanak menyanyi lagu ini dalam suasana yang gembira dan ceria.

7.0KEDUDUKAN KORD-KORD LAGU RASA SAYANG HEY PADA PAPAN KIBODLagu Rasa Sayang Hey ini dimainkan dalam banyak versi kord. Bagi murid-murid tahap1 ini saya dengan menggunakan kord-kord asas kerana ia sesuai dengan suara murid-murid kecil. berikut adalah contoh kord yang digunakan saya dalam proses P dan P untuk lagu ini.

8.0CORAK IRAMA TIGA ALAT PERKUSI TANPA PIC

KESIMPULANPelbagai kaedah pengajaran boleh dilakukan agar murid tidak mudah berasa bosan dalam P&P. Kepelbagaian kaedah pengajaran boleh membantu dan melatih guru membuat perancangan dan rancangan pengajaran muzik ( nyanyian) berperingkat-peringkat dan menjalankan suatu aktiviti yang dapat melibatkan secara menyeluruh. Sebagai seorang guru sikap bertanggungjawab merupakan peranan yang amat penting untuk mencapai objektif dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Dengan kepelbagaian kaedah mengajar, pendekatan teknik pengajaran dan pembelajaran yang menepati gaya pembelajaran murid yang berbeza, akan menghasilkan pembelajaran yang efektif, menarik dan bermakna. Selain itu, guru juga harus pandai memilih, menambah, dan mengubahsuai kaedah-kaedah pengajaran dan pembelajaran mengikut tahap keperluan dan keupayaan murid-murid di dalam bilik darjah bagi memartabatkan mata pelajaran muzik di sekolah.

RUJUKANKementerian Pendidikan Malaysia. (2003). Sukatan Pelajaran Pendidikan Muzik Menengah Rendah (semakan). Kuala Lumpur: PPK.

Kementerian Pendidikan Malaysia.(2003). Buku Sumber Guru Pendidikan Muzik KBSR. Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kementerian Pendidikan Malaysia. (1991). Buku Panduan Guru. Pergerakan Kreatif Pusat Perkembangan Kurikulum.

Kheng L.P, (1994). A Book Of Musical Terms & Musical Instruments Malaysia: Rhythm Distributor Sdn. Bhd