MTUC HQ LABOUR BULLETIN Dec 2014

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/10/2019 MTUC HQ LABOUR BULLETIN Dec 2014

    1/8

    Malaysian Trades Union Congress Dec 2014

    COLA bagi sektor swasta perlu diwajibkanCOLA bagi sektor swasta perlu diwajibkanCOLA bagi sektor swasta perlu diwajibkanCOLA bagi sektor swasta perlu diwajibkanMTUC kecewa dengan jawapan yang diberikan oleh Timbalan Menteri Datuk Seri Ismail

    Abd Muttalib dalam menjawab pertanyaan Senator Datuk Jamilah yang menyatakan bahawa

    COLA tidak akan diwajibkan bagi pekerja-pekerja dalam sektor swasta seperti yang diberi-

    kan kepada pekerja-pekerja dalam sektor awam.

    Kerajaan pernah mengambil pendekatan yang sama dalam menetapkan gaji mini-

    mum untuk tempoh masa yang panjang dengan menyerahkan kepada pasaran untuk

    menentukan kadar gaji minimum bagi sektor swasta. Selepas dua dekad barulah kerajaan

    menyedari hakikat bahawa pasaran gagal untuk menetapkan gaji minimum yang wajar

    kepada pekerja dalam sektor swasta dan kini mengiktiraf gaji minimum. Malah kebanyakkan

    majikan menjumlahkan semua elaun kedalam pengiraan gaji minimum bagi mencapai

    RM900. Walaupun gaji minimum telah diwartakan namun ia telah disalah terjemahkan oleh

    majikan sehingga tidak memberi makna kerana tiada pemantauan yang menyeluruh dil-

    akukan.

    COLA-hanya tujuh peratus pekerja yang mempunyai kesatuan dan dari angkatersebut hanya 2.5% peratus sahaja yang memiliki Perjanjian Kolektif yang membolehkan

    kesatuan berunding dengan majikan bagi mendapatkan faedah COLA dan lain-lain bagi

    faedah pekerja.

    MTUC berpendapat bahawa sekiranya COLA tidak diwajibkan maka majikan tidak

    akan memberi keutamaan kepada isu ini. Pekerja-pekerja sektor swasta turut menyumbang

    kepada pembangunan negara ini, oleh yang demikian tidak perlu memiliki dua undang-

    undang untuk memisahkan keperluan pekerja sektor swasta dan pekerja sektor awam.

    Pemberian BRIM oleh kerajaan jelas menunjukkan bahawa pendapatan rakyat Malaysia

    tidak memadai untuk menampung keperluan harian.

    Pekerja sektor swasta juga terpaksa menerima tekanan hidup akibat kenaikan kos

    harga barangan yang amat ketara sejak kebelakangan ini dan ia akan lebih ketara dengan

    pengenalan GST sebanyak 6% pada tahun 2015.

    Seksyen 9 Akta Perhubungan Perusahaan 1967 (Akta177) tidak menjurus kepada pertum-

    buhan kesatuan sekerja di Malaysia malah menyekat perkembangannya yang dikawal oleh

    Kementerian Sumber Manusia.

    MTUC tegas dengan pendiriannya supaya kerajaan mewajibkan COLA RM300 kepada

    semua pekerja di Malaysia secara adil dan saksama tanpa penyerahkan kepada majikan

    dan pasaran untuk menentukan perkara ini. Pengalaman yang lepas jelas menunjukkan

    bahawa undang-undang perlu diwartakan supaya ia dilaksanakan bagi kepentingan semua

    pihak.

    N.Gopal Kishnam, Setiausha Agung

    PERUTUSAN SETIAUSAHA

  • 8/10/2019 MTUC HQ LABOUR BULLETIN Dec 2014

    2/8

    2

    Dec 2014 MTUC

    MTUC : Bajet 2015 diskriminasi pekerja swasta MTUC

    Pekerja swasta dinegara ini masihterpaksa bergelutdengan cabaran ke-naikan kos harga ba-rang pada tahun de-pan walaupun Bajet2015 yang diben-tangkan Perdana

    Menteri Datuk SeriNajib Razak semalambertemakan EkonomiKeperluan Rakyat

    (EKR), kata Kongres Kesatuan Pekerja Malaysia(MTUC).

    Presiden MTUC Khalid Atan berkata, Bajet2015 tidak menyediakan pelan penambahbaikan hidupbagi pekerja swasta menangani beban sara hidup me-mandangkan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST)akan dilaksanakan April tahun depan.

    "Tidak ada yang istimewa tentang bajet kali ini, samasahaja seperti tahun lalu.

    "Bajet sepatutnya lebih kepada mesra rakyattetapi saya tidak rasa pembentangan bajet kali inimengambil kira kesannya terhadap 13.5 juta pekerjaswasta," katanya mengulas Bajet 2015 yang diben-tangkan Najib di Parlimen pada 10 Okt.Katanya, selain membantu golongan kakitangan awam,kerajaan sepatutnya mengumumkan polisi elaun sarahidup (Cola) RM300 sebulan memandangkan 40% da-ripada pekerja swasta adalah golongan berpendapatan

    rendah.

    "Kenapa tak bagi Cola RM300? BR1M hanya'one off' dan tangga gaji masih sama. Sedangkan kossara hidup semakin meningkat dan ini akan menyebab-kan mereka hilang kuasa membeli," katanya.Katanya, sehingga kini MTUC masih berjuang untukmemansuhkan Akta Buruh yangdilihat tidak membela nasibpekerja termasuk isu penetapangaji minima RM900 yang masih

    rendah."Kami adalah golongan

    yang membangunkan negara,

    kami tidak sepatutnya dipinggirkan. Perlu adil padasemua, bukan tunjukkan keprihatinan kepada ka-kitangan awam sahaja," katanya.

    Najib dalam pembentangan Bajet 2015 mengu-mumkan penambahan barangan asas yang dikecuali-kan daripada GST, termasuk minyak petrol RON95,diesel dan gas masak LPG.Namun, sekitar 354 jenis barangan dan perkhidmatandijangka mengalami kenaikan harga tidak melebihi

    5.8%. Bimbang dengan kesan itu, peruntukansebanyak RM262 juta bagi membiayai kos pengangku-tan dan penguatkuasaan kawalan harga barangankeperluan harian diumumkan Najib bagi menyeim-bangkan harga barang keperluan antara Semenanjungdengan Sabah dan Sarawak.Mengulas mengenainya, Khalid meragui tambahanpengecualian GST terhadap beberapa barangan asasyang dilihatnya tidak memberi jaminan kepada pengu-rangan beban sara hidup pekerja.

    Ma lah ,

    pengumumanpengu rangancukai individusehingga 2%katanya, tidakm e m b a n t ukerana hanyakira-kira 20%individu bergaji tinggi sahaja yang membayar cukai.

    "Perdana Menteri kata tubuhkan pasukan khasuntuk pantau kenaikan harga tapi kita tak tahu berke-

    san atau tidak."Selama ini pun mereka bercakap tentang kawalan,tetapi harga barang masih naik juga. Ia tak pernah ter-bukti berkesan."Dia (kerajaan) tangkap orang (peniaga) tetapi harganaik juga," katanya.Sumber : The Malaysian Insider, 11 Oktober, 2014

    Khalid Atan berkata, Bajet 2015 tidak

    menyediakan pelan penambahbaikan

    hidup bagi pekerja swasta menangani

    beban sara hidup memandangkan Cukai

    Barangan dan Perkhidmatan (GST) akan

    dilaksanakan April tahun depan.

  • 8/10/2019 MTUC HQ LABOUR BULLETIN Dec 2014

    3/8

    3

    Dec 2014 MTUC

    MALAYSIA: Amend Employment Act to cover foreign workers,

    says Professors CouncilDelegates attend the National Council of

    Professors' Conference on 'National Dilem-

    ma: Issues and Challenges of Foreign

    Workers in Malaysia' in Kuala Lumpur,

    December 16, 2014The National Professors Council (MPN) today proposedthat the federal government amend the Employment(Amended) Act 2012 to cover the rights of foreign work-ers, as they are an important driver to the nations econ-omy.The councils deputy secretary-general, Prof Dr Kama-ruddin M. Said, said Putrajaya must realise that Malay-sia will continue to rely on foreign labour - especially inlabour intensive sectors - for quite some time to comeand it is high time to accord them fair treatment.

    We have (an estimated) 6 million foreign work-ers. That is not a small number. We should get themprotected by the Employment Act, he said at a news

    conference.There are around 2.9 million legal foreign workers regis-tered in Malaysia, according to police figures cited in anearlier presentation at the MPNs conference on foreignworkers.

    It is believed that there is one illegal immigrantfor every documented migrant worker in the country,though both the police and MPN stressed that it is diffi-cult to come to a conclusive number due to the elusivenature of illegal immigrants.According to estimates by the Human Resources Minis-

    try cited by the police, legal and illegal migrant workershave sent some RM25 billion back to their home coun-tries in 2013 alone.

    Kamaruddin said Malaysia must come to termswith the fact that it will continue to rely on foreign labourto keep its industries running, for the simple reason thatthere are not enough Malaysians to fill in the millions of

    jobs available.Of the countrys 30 million citizens, seven mil-

    lion are still in school and there are an estimated 13million new job openings in various sectors ranging

    from agriculture to manufacturing, he added.This means we must make sure foreign work-

    ers are treated well- we propose that we should change

    the term to guest workers, because legal foreign work-ers bring a very positive effect to our country, he said.

    Kamaruddin said Putrajaya also needs to re-vamp the existing system used to bring in foreign work-ers, who in many cases end up deep in debt even be-fore starting work as they rely on employment agenciesthat allegedly charge high fees to get them jobs.

    He said the MPN suggests that Malaysia enter

    into direct government-to-government arrangementswith all countries that supply workers to Malaysia toshield the workers from exploitation.In December last year, deputy Home Minister DatukWan Junaidi Tuanku Jaafar told Parliament that Malay-sia no longer uses middlemen to bring in foreign work-ers, choosing instead to hire them directly from theircountry of origin.

    His statement came hot on the heels of a reportby Bloomberg, which claimed that labour brokers werestill used to supply cheap, bonded labour from Third

    World countries like Nepal to high-technology produc-tion lines owned by international companies based outof Malaysia.Source: theMalaymailOnline,Dec 16, 2014

  • 8/10/2019 MTUC HQ LABOUR BULLETIN Dec 2014

    4/8

    4

    Dec MTUC 2014

    17 Dec 2014 - NUBE organized an OccupationalSafety and Health(OSH) Seminar this morning at P.C.Gomez Hall, NUBE HQ for officials and IRCs fromnationwide branches

    The seminar was opened by the Hon GeneralSecretary, Bro. J Solomon with a brief introduction onthe need for active Officials and IRCs to have a betterunderstanding to enable them to effectively serve themembers to reduce occupational hazards. He alsoadvised that as leaders we should also pay attention

    to our safety at workstation and not confined only tosalary increase.Bro J Solomon also introduced to the 29 par-

    ticipants Mr. R. Chandrasekaran as a veteran tradeunionist with vast experience as a Trainer and hisknowledge in OSH who had held key positions in de-partments related to OSH locally and internationally.

    Mr. R. Chandrasekaran, who has 32 years ofexperience as Trade Unionist was also actively in-volved in UNI Global Union.

    The seminar was very interactive as the par-

    ticipants shared their experiences of the OSH environ-ment in the banking sector and they were fed with in-valuable inputs for the participants to share with theircolleagues back at their respective workplace.

    Mr. Chandra also reminded that safety atworkplace is the responsibility of both the manage-ment and employees and effective communication inthis aspect between both sides will result in a safeworkplace.

    The trainer has also identified dust/ventilation/microwave produced from communication electronic,the ergonomics of office furniture and certain buildingstructures as some of the common risk to health in thebanking sector. He has also given input on how toaddress this issues with the Bank so that it could mini-mise any risk to health.

    The trainer also reminded the participants to

    investigate on the potential hazards in the bankingindustry including dealing with large amount of cash isalso deemed as hazardous.Footages of previous accidents and exposure due tolack of OSH implementation were shown in the even-ing followed with Q & A .

    All participants felt very satisfying at the endof the seminar and were very excited to share withtheir colleagues when they return to their respectiveworkplace.

    The participants were grateful to NUBE for

    organising this seminar and appreciated the Trainerwho were so informative and willingly imparted usefulknowledge as they departed to their respective

    homes. Source: Nube news, online portal

    Occupational Safety & Health Act(OSHA) 1994 [Act 514]Seminar at NUBE HQ

  • 8/10/2019 MTUC HQ LABOUR BULLETIN Dec 2014

    5/8

    5

    Dec 2014 MTUC

    Isu yang diutarakanPekerja swasta tidak dibela dalam Bajet 2015

    Kerajaan BN terus gagal membela pekerja swasta dalam pembentangan Bajet 2015 yang bertemakan EkonomiKeperluan Rakyat(EKR). MTUC mempersoalkan keseriusan kerajaan menangani cabaran kenaikan kos sara hidupyang membebankan pekerja swasta ketika kadar upah dan elaun tidak meningkat. Presiden MTUC Khalid Atan ber-kata, Bajet 2015 tidak menyediakan pelan penambahbaikan hidup kepada pekerja swasta terutama dalammenghadapi pelaksanaan Cukai Barangan yang akan dilaksanakan pada April 2015.

    Tidak ada yang istimewa tentang bajet kali ini. Bajet sepatutnya lebih kerapa mesra rakyat tetapi saya tidakrasa pembentangan bajet kali ini mengambil kira kesannya terhadap 13.5 juta pekerja swasta, katanya pada TheMalaysian Insider.

    Menurut beliau, kerajaan sepatutnya mengumumkan polisi

    elaun sara hidup (COLA) TM300 sebulan memandangkan 40 peratusdaripada pekerja swasta adalah golongan berpendapatan rendah.Kenapa tak bagi Cola RM300 BRIM hanya one off dan

    tangga gaji masih sama. Sedangkan kos sara hidup semakin mening-kat dan ini akan menyebabkan mereka hilang kuasa beli, katanya.Kata Khalid sehingga kini MTUC masih berjuang untuk meman-suhkan Akta Buruh yang dilihat tidak membela nasib pekerja terma-suk isu penetapan gaji minima RM900 masih rendah.

    Kami adalah golongan yang membangunkan Negara, kami tidak sepatutnya dipinggirkan. Perlu adil padasemua, bukan tunjukkan keprihatinan kepada kakitangan awam sahaja, katanya.Mengulas mengenai GST, Khalid meragui tambahan pengecualian GST terhadap beberapa asas tidak akan memberi

    jaminan kepada pengurangan beban sara hidup pekerja.Perdana Menteri kata tubuhkan pasukan khas untuk pantau kenaikan harga tapi kita tahu berkesan atau

    tidak. Selama ini pun mereka bercakap tentang kawalan, tetapi harga barangan masih naik juga. Ia tak pernah ter-bukti berkesan, kata Khalid dalam kenyataannya.

    Kami adalah golongan yang mem-

    bangunkan Negara, kami tidak sepatut-nya dipinggirkan. Perlu adil pada

    semua, bukan tunjukkan keprihatinan

    kepada kakitangan awam sahaja,

    KHALID ATAN, Presiden

    Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menyam-

    but baik cadangan agar kerajaan mempertimbangkanpengecualian cukai dalam pembayaran bonus ka-kitangan swasta.

    Presidennya, Mohd Khalid Atan berkata, pelaksanaantersebut dilihat dapat membantu pekerja swastaterbeban dengan potongan cukai yang terlalu tinggi.

    Kita dapat banyak rungutan daripada pekerja swasta.Mereka tidak dapat menikmati hasil bonus sepenuhnyakerana perlu dipotong cukai.

    Maka, kita menyokong agar mana-mana bayaran yangdikira masuk dalam potongan cukai pendapatan sepertibonus dikecualikan daripada cukai. Jadi kakitanganswasta dapat nikmati bonus secara penuh tanpa seba-

    rang potongan, katanya.

    Kelmarin, Ahli Parlimen Tanah Merah, Datuk IkmalHisham Abdul Aziz mencadangkan saranan tersebutdalam sidang Dewan Rakyat.

    Menurut Ikmal Hisham, ia selaras dengan hasrat kera-jaan membantu mengurangkan bebanan rakyat.

    Dalam pada itu, Mohd Khalid berkata, alternatif lain yangboleh dipertimbangkan kerajaan ialah tidak memasuk-kan pembayaran bonus dalam pendapatan tahunan.

    Cara ini mengurangkan peratusan cukai pendapatanyang perlu dibayar. Setidak-tidaknya dapat kurangkansikit beban penerima, katanya.di Shah Alam,Sumber :Sinar Harian, 16 Okt 2014

    MTUC Sokong bonus swasta dikecualikan cukai

  • 8/10/2019 MTUC HQ LABOUR BULLETIN Dec 2014

    6/8

    6

    Dec MTUC 2014

    Issues concerns

  • 8/10/2019 MTUC HQ LABOUR BULLETIN Dec 2014

    7/8

    7

    MTUC: Employees expectations are justified

    Dec 2014 MTUC

    Employees expectations of bonuses and salary incre-ments are justified in view of the skyrocketing cost ofliving, said the Malaysian Trades Union Congress(MTUC).

    Secretary-general N. Gopal Krishnan said em-ployee productivity had improved by 6.7% over the last10 years while wages during the same period had onlyrisen by 2.1%.

    It is legitimate for employees to expect to be rewardedfor their hard work. They are merely seeking to continuethe lifestyle they are accustomed to, said Gopal

    Although there was global economic uncertain-ty at the moment, he said, the stagnant wages over theyears was proof that companies had not been reward-ing their workers accordingly even during strong eco-nomic conditions.Online recruitment portal myStarjob.com manager IvyLeong said it was only natural for employees to expectrewards for their work, but the expectations had to be

    realistic.

    Companies, she said, should also manage their em-ployees expectations by consistently updating their staffabout the companys performance.If the business growth is positive and the company isreaping profits, it should reward its employees in orderto keep them happy, she said.Leong added that many companies were having difficul-ty retaining their good employees as there was stiff

    competition to hire the best talents.Fomca secretary-general Datuk Paul Selvarajsaid employees needed to accept the economic realityand learn to manage their finances better.Salaries are stagnant, but the cost of living is rising.Local policies such as the Goods and Services Tax andthe global economic uncertainty are all beyond our con-trol, he said.Consumers need to think about how to better managetheir spending and how they can save more.source:http://www.thestar.com.my, Dec 13, 2014

    Visit by Viet Nam Delegates toMTUC

    On 15th and 16th December, the delegates visitedMTUC. They raised several issues and concernsfaces by Vietnamese workers in Malaysia mainlythe lack understanding on law and practices of thehost country. During the discussion, Migrant Re-

    source Centres shared the objectives and activitiesthat were carried out as well as the challenges thatthe workers and the organization face in carryingout these activities.

    Recognising the imperatives forMTUC and VGCL to strengthen collaboration withan objective to increase protection for Vietnameseworkers in Malaysia, a memorandum of under-standing between VGCL and MTUC will soon paveway to foster closer cooperation to promote safemigrant in view of Decent Work as per ILO Con-

    vention 97 of 143.Reported by S.Florida, Project coordinator,Migrant workers

  • 8/10/2019 MTUC HQ LABOUR BULLETIN Dec 2014

    8/8

    8

    Dec 2014 MTUC

    MALAYSIA:

    Diskriminasi punca wanita Malaysia jauhi

    pasaran kerja formal

    Walaupun pelbagai inisiatif diberikan, bilangan wanita Malaysiayang bekerja dalam tenaga kerja formal kekal rendah iaitu dibawah 50% sejak sekian lama, manakala dalam ekonomi for-mal mereka berpendapatan kurang daripada lelaki di setiapperingkat spektrum pekerjaan, menurut Laporan Pembangunan

    Manusia Malaysia 2013.Wanita Malaysia terus berada di luar pasaran buruh

    formal walaupun berpendidikan tinggi, menunjukkan dasar tid-ak fleksibel menghalang penyertaan mereka dalam tenagakerja serta persepsi wanita bertanggungjawab semata-mataterhadap rumah tangga dan penjagaan keluarga.

    Laporan yang disiarkan Program Pembangunan Per-tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu juga menyatakan penyertaanwanita dalam tenaga kerja adalah rendah dan berlaku diskrimi-nasi gaji antara jantina memberi impak kepada pertumbuhandan perjuangan Malaysia ke arah membebaskan isi rumahberpendapatan rendah daripada belenggu kemiskinan.

    Sejak 20 tahun lalu, kadar pekerjaan bagi wanita diMalaysia kekal di bawah 50%, 47.9% pada 2011 dan 49.5%pada 2012, berbanding kadar penyertaan tenaga kerja lelakiyang hampir 80%, kata laporan yang dirasmikan di Kuala Lum-pur baru-baru ini.

    Ini merupakan kadar "luar biasa rendah" bagipenyertaan wanita dalam tenaga kerja, berbanding negara laindi rantau ini seperti Thailand (69.9%), Singapura (62.9%) danIndonesia (53.3%) pada 2011, kata laporan itu."Kadar penyertaan tenaga buruh yang rendah juga bermaknadaripada 9,555,700 wanita dalam kumpulan umur bekerja pada

    2011, hanya 4,575,300 berada dalam golongan tenaga buruh,"menurut laporan itu."Baki 4,980,400 hampir 5 juta wanita, hampir dua kali ganda

    berbanding lelaki (2,009,900) yang sepatutnya mampumendapat pekerjaan secara rasmi dianggap sebagai tidak'bekerja' atau tidak mencari pekerjaan".

    Laporan itu juga mengakui terdapat wanita yangmelakukan kerja tidak berbayar dan juga menyumbang kepadaekonomi dan masyarakat melalui peranan reproduktif denganmenjadi penjaga, atau melakukan kerja tidak formal lain.

    Diskriminasi gaji mengikut jantina

    Namun, bagi wanita Malaysia yang mempunyai pekerjaan ber-bayar, pendapatan purata kurang daripada rakan sejawatanlelaki di semua bidang pekerjaan.

    Menurut statistik 2008 daripada Kementerian SumberManusia, lelaki berpangkat pegawai kanan dan pengurus ber-pendapatan gaji bulanan purata RM4,296, manakala wanitadalam kedudukan yang sama memperoleh hampir separuhjumlah itu, RM2,522. Lelaki dalam kategori profesional mem-peroleh purata RM3,670, tetapi rakan perempuan memperolehRM2,848. Malah pekerja lelaki di "loji dan operator mesin sertapemasangan" memperoleh purata RM860 berbanding gaji pu-

    rata rakan perempuan mereka iaitu RM623."Di semua pekerjaan formal, lelaki memperoleh lebih banyakwang daripada wanita . ini jelas diskriminasi gaji atas dasarjantina tetapi dirasionalkan sebagai kelayakan rendah bagiwanita," menurut laporan itu.

    Perbezaan gaji antara lelaki dan wanita lebih besardalam pekerjaan peringkat tinggi, seperti kategori profesional,berbanding pekerjaan berpendapatan rendah seperti pekerjakraf dan perkhidmatan.

    "Penemuan ini menunjukkan kapasiti mobiliti untuk merapatkan

    jurang pendapatan adalah terhad dan mungkin secara siste-

    matik terhalang, paling jelas dalam jawatan profesional," katan-ya. Sumber: The Malaysianinsider, 27 Nov

    Wisma MTUC 10-5, Jalan USJ 9/5T, 47620 Subang Jaya, Selangor. Tel: 03-80242953 Fax:03-80243225website : www.mtuc.org.my; email:mtucgeneral @gmail.com / disediakan oleh: Sdri.R.Rajeswari, Setiausaha Penyelidikan

    disahkan: Sdra. N. Gopal Kishnam Setiausaha Agung, disemak : Sdra Mohd Khalid Atan, Presiden