MODUL KH 4

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    1/152

     

    TOPIK 1: KAJIAN KURIKULUM KHSR

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menjelaskan matlamat, objektif, organisasi dan kandungan sukatan;2. Menghuraikan perincian sukatan pelajaran di bawah tiga lajur iaitu:

    o  Bidang/unit/topik,o  Hasil pembelajaran, dano  Cadangan aktiviti;

    3. Menyediakan senarai berserta spesifikasi bahan dan alatan untuk keperluan tahun 4,5 dan 6;

    4. Mengguna pakai pengetahuan dan kefahaman pedagogi dalam mata pelajaranKHSR;

    5. Mengenal pasti kemahiran menyedia dan menggunakan sumber pengajaran dan

    pembelajaran (P & P); dan6. Menerangkan pengetahuan dan kefahaman mengenai kandungan sukatan pelajaranserta kaedah pelaksanaan mata pelajaran KHSR.

    PENGENALAN

    Kemahiran Hidup Sekolah Rendah (KHSR) merupakan satu mata pelajaran dalam Kurikulum Bersepadu SekolahRendah (KBSR) yang diajar kepada murid Tahap II. Mata pelajaran ini membantu kita untuk menanam kesedaran celikteknologi melalui pengetahuan dan penguasaan kemahiran praktis serta pemupukan sikap yang positif berasaskanteknologi dan keusahawanan.

    Pembentukan masyarakat yang berorientasikan teknologi dan keusahawanan adalah selaras dengan hasrat negara danbersesuaian dengan perkembangan teknologi yang pesat pada masa ini. Oleh itu usaha yang dibuat melalui pendidikanadalah untuk membolehkan kita peka terhadap perkembangan teknologi dan berupaya menangani cabaran. Sebagailangkah awal bagi melahirkan masyarakat yang cenderung ke arah ini, kemahiran praktis berasaskan reka bentuk danteknologi serta keusahawanan didedahkan kepada murid melalui mata pelajaran ini.

    Melalui mata pelajaran ini juga sikap yang positif di kalangan murid dapat dipupuk. Dalam sesuatu aktiviti yangdijalankan murid berpeluang mengamalkan budaya kerja yang baik seperti mengutamakan keselamatan, bekerja secarabersistematik, bekerjasama, bertanggungjawab dan berdisiplin. Selain itu kita juga dapat memberikan murid ruang untukmengembangkan imaginasi dan daya kreativiti di samping mendedahkan dan menggalakkan mereka ke arahkeusahawanan. Mata pelajaran ini juga dapat memberi kesedaran kepada murid tentang perlunya menjaga alam sekitardan penghargaan terhadap kerja dalam bidang yang berasaskan kejuruteraan, reka bentuk dan perniagaan.

    Dari segi perkembangan individu, kita dapat membantu murid memenuhi naluri ingin tahu dan ingin mencuba khususnyamengenai alatan, bahan dan mesin yang ada di sekeliling mereka. Ini memberi peluang kepada murid untuk mencuba,mereka cipta, mengubah suai, mengendali dan meneliti pelbagai hasil teknologi yang sesuai dengan perkembanganintelek mereka. Murid juga berpeluang menjalankan simulasi aktiviti jual beli.

    Topik ini menerangkan tentang kandungan kurikulum Kemahiran Hidup Sekolah Rendah. Ia akan dapat membantu andamemahami dan menguasai kemahiran pedagogi di samping kemahiran mengurus bahan dan alat untuk prosespengajaran dan pembelajaran bagi mata pelajaran KHSR. Topik ini juga memberi peluang kepada anda mengkaji danmenghayati kepentingan mata pelajaran ini yang dihuraikan melalui sub-topik matlamat, objektif, organisasi kandungandan huraian sukatan. Selain itu anda akan didedahkan beberapa strategi dan aktiviti P & P yang sesuai dengan pelajartahun 4, 5 dan 6. Semua ini akan menyumbang kepada hasrat negara untuk melahirkan insan yang seimbang danharmonis sejajar dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

    1.1 KURIKULUM KHSR

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    2/152

    Sukatan Pelajaran KHSR menerangkan tentang matlamat, objektif dan organisasi kandungan.

    SEMAK KENDIRI 1.1

    Kaji setiap topik di dalam huraian sukatan pelajaran dan kenal pasti topik topik yang sesuaidiajar secara amali atau secara teori.

    1.1.1 Matlamat: Matlamat Tahun 4, 5 dan 6 Adalah Sama

    (a)  Kemahiran Teknologi, Kecenderungan Mereka Cipta, Semangat Keusahawanan 

    Matlamat mata pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah adalah untuk membolehkan murid memperolehi kemahiranasas dan pengetahuan berasaskan teknologi dan keusahawanan supaya mereka dapat menjalankan kerja-buat-sendiri,mereka cipta dan cenderung berusahaniaga serta mengamalkan sikap budaya kerja yang baik.

    Sukatan pelajaran ini menuju ke arah memperkembangkan kebolehan murid dalam kemahiran teknologi, kecenderunganmereka cipta dan semangat keusahawanan. Kemahiran asas yang sedemikian dapat digunakan sepenuhnya untuk

    membolehkan murid berdikari dan yakin diri serta mampu menjalani kehidupan secara produktif dalam dunia teknologidan ekonomi yang kompleks dan sentiasa berubah.

    Murid juga digalakkan mengambil inisiatif dan merebut peluang yang ada secara bijak, kreatif, dan inventif. Nilai murni,sikap yang positif dan budaya kerja yang baik diterapkan semasa menjalankan aktiviti amali agar kesepaduan dalammata pelajaran ini dapat diwujudkan.

    (b)  Perubahan Kandungan 

    Dari segi kandungan, beberapa topik dalam sukatan pelajaran KHSR telah disusun semula untuk mengukuhkankesinambungan dan mengelakkan pertindihan serta mengemaskini kandungannya. Elemen reka bentuk diberi lebihfokus, dengan menambah elemen „Kreativiti dan Reka Cipta‟. Terdapat dua bidang dalam sukatan pelajaran KHSR i aitu

    bidang „Reka Bentuk dan Teknologi‟ dan „Perniagaan dan Keusahawanan‟.  

    1.1.2 Objektif

    (a)  Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 4 

    Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 4 adalah untuk membolehkan murid:

    (i) Menggunakan bentuk asas untuk menjana idea kreatif dalam penghasilan projek.(ii) Menerangkan hubung kait bentuk dengan fungsi produk.(iii) Membuka dan memasang produk untuk mengenalpasti fungsi komponen.(iv) Menghasilkan sesuatu projek gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukan logam.(v) Memilih alatan, perkakas dan bahan serta menggunakannya dengan teknik yang betul.(vi) Mengenal pasti dan membezakan di antara litar siri dan selari.(vii) Menghasilkan projek elektrik.(viii) Menyenggara alatan tangan dan perkakas selepas menggunakannya.(ix) Menghasilkan tanaman hiasan.(x) Mengenal pasti ciri dan jenis barang yang boleh dijual.(xi) Merancang jualan dan menyediakan barang untuk jualan.(xii) Menyenaraikan ciri bungkusan yang menarik.(xiii) Mengira harga jualan dan untung.(xiv) Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

    (b)  Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 5 

    Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 5 adalah untuk membolehkan murid:

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    3/152

    (i) Mengkaji reka bentuk kit model serta menerangkan kefungsian sistem pergerakan kit model melalui prosesmembuka dan memasang.(ii) Mengenal pasti dan menyelesaikan masalah melalui pencetusan dan penjanaan idea projek eksperimental.(iii) Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar semula serta penghasilan projekelektrik.(iv) Menyenggara bahagian bangunan.(v) Mengenal pasti dan memilih ikan hiasan untuk dipelihara.

    (vi) Menghasilkan projek ikan hiasan.(vii) Mengenal pasti bahan serta peralatan jahitan dan membaiki pakaian.(viii) Merancang cara menjual dan menghasilkan barang jualan.(ix) Mereka bentuk dan menghasilkan poster untuk mempromosi barang.(x) Menentukan cara mendapatkan pesanan untuk jualan.(xi) Merekod pendapatan dan perbelanjaan diri serta merancang cara perbelanjaan yang bijak.(xii)Mengamalkan peraturan dan budaya kerja yang baik dan selamat.

    (c)  Objektif Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun 6 

    Objektif mata pelajaran Kemahiran Hidup Tahun 6 adalah untuk membolehkan murid

    (i) Menjana dan mengembangkan idea melalui lakaran untuk menghasilkan projek.(ii) Mengumpul dan merekodkan maklumat mengenai proses penghasilan projek.(iii) Mereka bentuk dan menghasilkan projek elektronik.(iv) Menyenggara dan membaiki kerosakan kecil pada mesin mudah dan perabot.(v) Mereka bentuk dan menghasilkan artikel mudah menggunakan bahan terpakai.(vi) Mengenal pasti langkah penyediaan tapak untuk penghasilan tanaman sayuran.(vii) Memilih jenis sayur-sayuran yang hendak ditanam.(viii) Menanam sayur-sayuran menggunakan kaedah hidroponik.(ix) Mengenal pasti tempoh matang sayuran untuk dipungut hasil.(x) Mengenal pasti cara mendapatkan bekalan dan mengendalikan jualan melalui komisen.(xi) Mereka bentuk dan menghasilkan catalog untuk mempromosi barang.(xii) Menyusun atur barang untuk persediaan jualan.(xiii) Mengenal pasti punca dan cara mengatasi risiko dalam perniagaan.

    (xiv) Mengenal pasti hak pengguna dan etika perniagaan serta mendapatkan maklumat barangan yang masihberkeadaan baik.

    1.1.3 Organisasi

    (a)  Organisasi Kandungan Tahun Empat Mata pelajaran in terbahagi kepada dua bidang iaitu :

    (i)  Reka Bentuk dan Teknologi 

    Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membekalkan murid Tahun Empat dengan pengetahuan dan kemahiran teknologiuntuk mmenghasilkan projek yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. Untruk tujuan ini muriddidedahkan kepada pengenalan kreativiti serta turut juga melakukan kajian reka bentuk dan kefungsian produk. Murid

     juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan kayu dengan bahan kitar semulabukan logam serta penghasilan projek elektrik. Di samping itu juga murid menghasilkan tanaman hiasan dan melakukankerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasamelakukan aktiviti turut diberi penekanan.

    (ii)  Perniagaan dan Keusahawaanan Bidang Perniagaan dan Keusahawanan membekalkan murid dengan pengetahuan mengenai amalan perniagaan dankeusahawanan. Mereka mengenal pasti kumpulan sasaran bagi sesuatu jenis barang dan mengumpul maklumat untukmendapatkan sumber bekalan. Murid juga merancang penyediaan jualan dengan menerapkan etika jualan semasaaktiviti jual beli. Murid turut didedahkan cara membuat promosi jualan, melayan pelanggan dan merekod jual beli denganlebih sistematik. Amalan untuk memupuk nilai dan sikap seperti berdikari, yakin diri, inisiatif dan berdaya saing turutditekankan. Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan

    dengan bijaksana.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    4/152

    (b)  Organisasi Kandungan Tahun Lima 

    Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bidang iaitu:

    (i)  Reka Bentuk dan Teknologi 

    Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membekalkan murid Tahun Lima dengan pengetahuan dan kemahiran teknologiuntuk menghasilkan projek yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. Untuk tujuan ini, muriddidedahkan kepada pengenalan kreativiti serta turut juga melakukan kajian reka bentuk dan kefungsian produk. Murid

     juga menggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan kayu dengan bahan kitar semulabukan logam serta penghasilan projek elektrik. Di samping itu juga murid menghasilkan tanaman hiasan dan melakukankerja penyenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasamelakukan aktiviti turut diberi penekanan.

    (ii)  Penggunaan Bahan Terbuang 

    Dalam menjalankan aktiviti atau membuat projek, guru tidak seharusnya bergantung hanya pada bahan yang dibelisahaja. Bahan terbuang dan mudah didapati di persekitaran hendaklah dikenal pasti dan digunakan seberapa banyakyang boleh. Antara bahan tersebut termasuklah rotan, buluh, kotak, botol, plastik, cengkerang, reja kayu reja paipplastik, bahagian atau komponen mesin yang sudah tidak digunakan lagi seperti skru, bol dan nat, alas bebola dan roda.

    (c)  Organisasi Kandungan Tahun Enam 

    Mata pelajaran ini terbahagi kepada dua bidang iaitu:

    (i)  Reka Bentuk dan Teknologi 

    Bidang Reka Bentuk dan Teknologi membekalkan murid Tahun Enam dengan pengetahuan dan kemahiran teknologiuntuk menghasilkan projek yang berlainan dengan menggunakan proses reka bentuk. Untuk tujuan ini murid didedahkankepada pengenalan kreativiti serta turut juga melakukan kajian reka bentuk dan kefungsian produk. Murid jugamenggunakan teknik dan proses pembuatan yang melibatkan bahan gabungan kayu dengan bahan kitar semula bukanlogam serta penghasilan projek elektrik. Di samping itu juga murid menghasilkan tanaman hiasan dan melakukan kerjapenyenggaraan alatan yang telah digunakan. Amalan untuk memastikan keselamatan diri dan orang lain semasamelakukan aktiviti turut diberi penekanan.

    (ii)  Perniagaan dan Keusahawanan 

    Bidang perniagaan dan Keusahawanan membekalkan murid dengan pengetahuan mengenai amalan perniagaan dankeusahawanan. Mereka mengenal pasti kumpulan sasaran bagi sesuatu jenis barang dan mengumpul maklumat untukmendapatkan sumber bekalan. Murid juga merancang penyediaan jualan dengan menerapkan etika jualan semasaaktiviti jual beli. Murid turut didedahkan cara membuat promosi jualan, melayan pelanggan dan merekod jual beli denganlebih sistematik. Amalan untuk memupuk nilai dan sikap berdikari, yakin diri, inisiatif dan berdaya saing turut ditekankan.Murid didedahkan secara tidak langsung tentang kaedah mencari dan menggunakan peluang perniagaan denganbijaksana.

    1.1.4 Kandungan Sukatan Pelajaran

    Jadual 1.1 menunjukkan kandungan sukatan pelajaran KHSR dan jam interaksi bagi tahun 4, 5 dan 6.

    Jadual 1.1: Kandungan Sukatan KHSR

    Bidang/Unit/Topik Pembelajaran Tahun

    4 Tahun

    5 Tahun

    1. Reka Bentuk dan Teknologi  27  27  27 

    1.1 Keselamatan dan Organisasi Bengkel 1

      Peraturan keselamatan

      Organisasi bengkel

    1.2 Kreativiti dan Reka Cipta 8 7 7

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    5/152

      Pengenalan KreativitiÖ

      Kajian reka bentuk dan kefungsian produkÖ Ö

      Penyelesaian masalahÖ

      Penghasilan projek reka ciptaÖ

      PendokumentasianÖ Ö Ö

    1.3 Reka Bentuk dan Penghasilan Projek 5 5

    o  Mereka bentuk dan menghasilkan projek gabungan kayu dengan bahankitar semula bukan logam Ö

      Mereka bentuk dan menghasilkan projek berasaskan logam dan bahan kitar

    semula Ö

    1.4 Elektrik dan Elektronik 4 4 5

      Penghasilan projek elektrik

      Penghasilan projek elektronik

    1.5 Baik pulih dan Penyenggaraan 1 1 5

      Penyenggaraan alatan tanganÖ

      Penyenggaraan bahagian bangunanÖ

      Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada mesin mudahÖ

      Penyenggaraan dan membaiki kerosakan pada perabotÖ

    1.6 Jahitan 2 2

      Membaiki pakaianÖ

      Penghasilan artikelÖ

    1.7 Tanaman Hiasan 8

      PengenalanÖ

      Pemilihan biji benihÖ

      PenanamanÖ

      Penjagaan Ö

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    6/152

    1.8 Ikan Hiasan 8

      PengenalanÖ

      Penyediaan bekasÖ

      Pengurusan Ö

    1.9 Tanaman Sayuran 8

      Penyediaan tapakÖ

      Penanaman dan penjagaanÖ

      Pemungutan hasilÖ

    Bidang/Unit/Topik Pembelajaran 

    Tahun

    Tahun

    Tahun

    2. Perniagaan dan Keusahawanan  8  8  8 

    2.1 Barang Jualan 2

      Kumpulan sasaranÖ

      Jenis barang yang sesuai dijualÖ

      Sumber bekalanÖ

    2.2 Merancang dan menyediakan jualan 2

      Membuat rancangan jualanÖ Ö Ö

      Menyediakan barang jualanÖ Ö Ö

    2.3 Mempromosi Jualan 1

      Promosi melalui bungkusanÖ Ö

      Promosi memlalui posterÖ

    2.4 Mengurus Jualan 1 2 1

      Melayan pelangganÖ

      Mendapatkan pesananÖ

      Menyusun atur barangÖ

    2.5 Merekod Jualan 2

      Merekod barang Ö

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    7/152

      Merekod pendapatan dan perbelanjaanÖ

      Mengira untung dan rugiÖ

    2.6 Mengurus Perbelanjaan Diri 2

      Merekod pendapatan dan perbelanjaan Ö

      Merancang perbelanjaanÖ

    2.7 Risiko dalam Perniagaan 1

      Risiko dan cara mengurangkannyaÖ

    2.8 Sikap Pengguna Yang Bijak 2

      Mendapatkan maklumat barangÖ

      Etika perniagaan dan hak penggunaÖ

    JUMLAH 35 35 35

    Sumber: Pusat Perkembangan Kurikulum, Kementerian Pelajaran Malaysia.

    1.2 HURAIAN SUKATAN PELAJARAN KHSR

    (a)  Format Huraian Huraian Sukatan Pelajaran ini diperincikan dalam tiga lajur iaitu:

      Bidang/Unit/Topik Pembelajaran;

      Hasil Pembelajaran;

      Cadangan Aktiviti Pembelajaran.

    Huraian kurikulum ini diperincikan dalam tiga lajur iaitu Bidang/Unit/Topik Pembelajaran; Hasil Pembelajaran; danCadangan Aktiviti Pembelajaran.

    Dalam lajur pertama, bidang pembelajaran, unit pembelajaran dan topik berkenaan dinyatakan. Dalam lajur duadinyatakan mengenai hasil pembelajaran, keluasan dan kedalaman skop setiap unit pembelajaran dihuraikan dalambentuk objektif perlakuan yang boleh diukur.

    Hasil pembelajaran dibahagikan kepada tiga aras. Pemeringkatan kemahiran dan pengetahuan kepada aras tertentubertujuan untuk membantu anda menyampaikan pengajaran dan pembelajaran yang lebih berkesan dengan mengambilkira kadar pembelajaran dan keupayaan murid.

     Aras 1 merupakan aras asas yang mesti dikuasai oleh semua murid sebelum mereka meneruskan pembelajaran ke Aras2.

     Aras 2 merangkumi kandungan yang perlu dipelajari oleh semua murid selepas mereka menguasai kandungan Aras 1.

     Aras 3 merupakan aras pengayaan untuk murid yang berupaya melepasi pembelajaran Aras 1 dan 2. Dengan inikekompleksian pembelajaran meningkat dari Aras 1 ke Aras 3.

    (b)  Cadangan Aktiviti Pembelajaran Lajur ketiga, iaitu Cadangan Aktiviti Pembelajaran bertujuan membantu anda merancang dan membekalkan pengalaman

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    8/152

    pengajaran dan pembelajaran yang sesuai dan bermakna kepada murid. Anda boleh mengubahsuai cadangan ini danmereka bentuk aktiviti tambahan yang bersesuaian dengan kebolehan murid dan keadaan sekeliling mereka.

    Huraian yang diperincikan seperti berikut.

    1.2.1 Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Empat

    Jadual 1.2 menunjukkan huraian sukatan pelajaran KHSR yang memperincikan bidang pembelajaran, hasilpembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran bagi tahun empat.

    Jadual 1.2: Huraian Sukatan Pelajaran KHSR Tahun Empat

    Bidang/Unit/Topik Pembelajaran  Hasil Pembelajaran  Cadangan Aktiviti Pembelajaran 

    Bidang Pembelajaran

    1. Reka Bentukdan Teknologi

    1.1 Keselamatan danOrganisasi Bengkel (Cadanganperuntukan masa ialah 1 minggu)

    (a) Peraturan keselamatan  Aras 1

      Mengamalkan langkahkeselamatan semasamenjalankan aktiviti.

      Mempraktikkan caramenyimpan alatan danbahan dengan selamat

    Guru menerangkan dan membincangkan :

      Langkah keselamatan.

      Cara menyimpan alatan dan bahansecara terusan, teratur dan selamat.

      Pengenalan kepada Kit PertolonganCemas.

      Murid perlu melaporkan kepada guru jika berlaku sebarang kecederaanatau kemalangan.

      Mencatat rekod kemalangan kecildan kecederaan dalam buku rekodkecederaan.

      Memberi penerangan mengenai caramemadamkan kebakaran.

    PERINGATAN 

      Carta peraturan keselamatanhendaklah dipamerkan di dalambengkel.

      Rawatan lanjut bagi kecederaanperlulah dirujuk kepada doktor dihospital atau klinik yang berdekatan.

    (b) Organisasi Bengkel  Aras 1

      Menyediakan strukturorganisasi tempat kerja.

      Menetukan peranan murid dalambengkel seperti melantik ketuaformen (ketua kelas), formen

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    9/152

    (penolong ketua kumpulan kerja )dan penolong formen (penolongketua kumpulan kerja).

      Menyediakan jadual tugas harian dibengkel.

      Sesi perbincangan dan berceritatentang cara perlupusan sisa yang

    betul.  Semua bahan yang dibuang disebut

    sisa.

      Cara pelupusan sisa.

      Kambus tanah.

      Insinerator (pembakaran).

      Pengkomposan.

    1.2 Kreativiti dan Reka Cipta(Cadangan peruntukan masa ialah8 minggu)

    (a) Pengenalan kreativiti(Cadangan peruntukan masa ialah3 minggu)

    (i)Pendedahan kepada bentuk asasreka bentuk

     Aras 1

      Mengenal pasti bentukasas reka bentuk.

      Melakar bentuk asas.

      Menyenaraikan objek dipersekitaran yangmempunyai persamaandengan bentuk asas.

      Membina bentuk asassecara 3D.

      Menunjuk contoh asas reka bentuksegi empat, bulatan, segi tiga dalam2D dan 3D berasaskan unsur dan

    prinsip lukisan.

      Membuat lakaran bentuk asas.

      Memerhati bentuk asas di dalamkelas dan persekitaran bagi menjanaidea.

      Membuat lawatan di persekitaransekolah, taman permainan bagimenjana idea.

      Melakar objek-objek yang berkaitandengan bentuk asas.

      Membuat bentuk asas 3Dmenggunakan pensel, pen, krayon,arang dan pensel warna.

    (ii) Mengenal idea berdasarkangambar atau objek

     Aras 1

      Mengenal pasti ideaberdasarkan objek.

      Melakar objekberdasarkan bentukasal.

      Membina objekberdasarkan lakaran diatas denganmenggunakan bahanyang bersesuaian.

      Contoh objek ialah: bola (sfera),kotak (kiub atau kuboid), botol

    (silinder) dan skitel (pyramid).  Mencantum bentuk asas bagi

    menghasilkan objek seperti bulatan,membentuk cermin mata atau segiempat, membentuk almari.

      Sumber bahan seperti kertas,plastisin, span dan tanah liat.

    (iii) Komunikasi tampak  Aras 1

      Membuat persembahanhasil dan binaan secara

      Murid mencatat idea baru daripadapersembahan.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    10/152

    lisan.

    (a) Kajian Reka Bentuk danKefungsian produk(Cadangan peruntukan masa ialah4 minggu)

    (i)Kajian bentuk luaranproduk

     Aras 1

      Mengenal pastikegunaan produk.

      Menghubungkaitkanbentuk dengan fungsiproduk.

      Melakar reka bentukluaran pelbagai produk.

      Produk hasil pengeluaran seperticawan, gelas, bekas pensel, beg,kasut, basikal dan barangkelengkapan domestik.

      Mengaitkan rupa bentuk denganfungsi produk.

      Contoh: Bentuk cawan yangbertangkai supaya mudah dipegang.

      Tunjuk cara melakar denganmenggunakan media seperti pen,pensel, krayon, arang dan penselwarna.

    (ii) Memasang model berpandukanmanual

     Aras 1

      Membaca manual.

      Memilih dan memasangkomponen.

      Membandingkan modelyang telah dipasangdengan manual.

      Menguji dan melarasmodel.

     Aras 2

      Memasang model yanglebih kompleksberpandukan manual.

     Aras 3

      Mereka model baru dariset binaan.

      Menerangkan fungsimodel baru.

      Murid membaca arahan dan lukisandalam manual.

      Pelbagai set binaan boleh digunakanserentak secara berkumpulan,berpasangan atau individu.

      Sumber bahan lain set binaan yang

    statik.  Sumber bahan ialah set binaan yang

    mengandungi gear dan roda sertaboleh berfungsi.

      Murid memberikan penerangan danmembuat demonstrasimenggunakan model yang telahdipasang.

    (iii) Membuka dan memasangproduk untuk mengkaji komponen

     Aras 1

      Mengenal pasti jenisdan fungsi alatan tangan

      Mengenal pasti jenis

    dan fungsi pengikat danpenyantum.

      Membuka dan mengenal

       Alatan tangan yang digunakanseperti pemutar skru rata, pemutarskru Philips, spanar boleh laras danplayar muncung tirus.

      Pengikat dan penyantum yang

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    11/152

    pasti fungsi komponen.

      Memasang semulakomponen supayaberfungsi.

    digunakan sepeti bol dan nat, skrudan sesendal.

      Contoh aktiviti ialah membuka danmemasang lampu suluh, locengbasikal, pengasah pensel, penselmekanikal dan pam basikal.

    (b) Pendokumentasian (Cadanganperuntukan masa ialah 1 minggu )

     Aras 1

      Mengumpul danmerekod maklumat.

      Meyimpan maklumat dalam fail

    1.3 Reka Bentuk danPenghasilan projek(Cadangan peruntukan masa ialah5 minggu)

    (a) Mereka bentukdan menghasilkan projekgabungan kayu dengan bahan kltarsemula bukan logam

     Aras 1

      Menentukan projekberpandukan kad kerja.

      Membaca lukisanprojek.

      Mengenal pasti alatantangan.

      Menentukan jenis bahandan kuantiti.

      Mengukur, menandadan memotong bahanprojek.

      Memasang komponenprojek.

      Membuat kemasan.

     Aras 2

      Mereka bentuk danmembuat projekberdasarkan minatmurid

      Lukisan projek dan langkah kerjadisediakan dengan jelas dalam kadkerja

      Penerangan nama dan fungsi alatantangan yang berkaitan

      Contoh bahan kitar semula sepertibotol minuman plastik, kadbod,polisterin, straw minuman, batangais krim, dan lidi sate

      Membuat projek berpandukan kadkerja yang disediakan

      Cadangan bahan untuk kemasanialah cat sembur, foil aluminium ataukertas hiasan.

      Murid perlu mengamalkan langkahkeselamatan semasa menggunakancat sembur. Gunakan topeng hidung.

      Contoh projek ialah bekas pensel,tabung wang dan bekas bunga 

      Persembahan hasil projek

    1.4 Elektrik dan Elektronik(Cadangan peruntukan masa ialah4 minggu)

    (a) Penghasilan projek elektrik

     Aras 1

      Mengenal pasti nama,fungsi dan komponenyang digunakan ialah

    mentol, sel

      Mengenal pasti alatantangan

      Membuatpenyambungan litar

      Mengenal pasti litar siridan litar selari

      Membezakan di antaralitar siri dan litar selari

     Aras 2

      Membaca danmenterjemah lukisan

      Komponen yang digunakan ialahmentol, sel simbol komponen kering1.5 V, suis dan buzer.

      Penerangan fungsi alatan sepertiskru rata, Philips, penjalur wayar danplayar muncung tirus.

      Catatan:

      Mentol L1 dan L2 boleh digantikandengan buzer (simbol buzer = G)

      Memerhati perbezaan kecerahanpada mantol atau mendengarkekuatan bunyi buzer.

      Penerangan fungsi alatan sepertipemutar skru rata, philips, penjalurwayar dan playar muncung tirus.

      Tunjuk cara mengukur, memotongdan menjalur wayar denganmenggunakan alatan tangan.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    12/152

    litar.

      Memilih alatan, bahandan komponen.

      Mengukur, memotong,membentuk, memintaldan mengikat wayarpada tamatan

    komponen  Menguji litar  Membuat kemasan

      Contoh projek ialah lampu suluh,lampu meja dan lampu hiasan.

    1.5 Baik pulih danPenyenggaraan(Cadangan peruntukan masa ialah1 minggu)

    (a)Penyenggaraan Alatan tangan

     Aras 1

      Mengenal pasti bahandan agen pembersih.

      Membersih alatantangan.

      Meminyak untuk tujuanperlindungan dan

    perlinciran.  Menyimpan alatan

    tangan

      Bahan dan agen pembersih sepertiminyak tanah, thinner, minyakpelincir dan sabun.

       Alatan tangan yang berkaitan sepertiplayar gabung, playar muncung tirus,gergaji, pemutar skru, gunting, danpenjalur wayar.

      Kerja pembersihan dan penjagaanberus cat yang telah digunakan perlu

     juga diberi penekanan olehguru selepas kerja praktikal.

      Menjalankan aktiviti menyenggaraalatan tangan.

    1.6 Tanaman Hiasan(Cadangan peruntukan masa ialah8 minggu)

    (a) Pengenalan

     Aras 1

      Mengenal beberapa jenis tanaman hiasan.

      Tanaman Hiasan dibahagikankepada beberapa kumpulanmengikut kegunaan bentuk dan ciripertumbuhan: pokok naungan,pokok hiasan,pokok renek, pokok

    menjalar dan memanjat, pokokpalma, pokok kaktus, rumput danbunga semusim.

    (b) Pemilihan biji benih  Aras 1

      Memilih biji benih pokokbunga semusim.

      Menyedia mediumsemaian.

      Menyemai biji benihpokok bunga semusim.

     Aras 2

      Membincangkan sifat bijibenih yang berkualiti

      Tumpuan diberi kepada penanamanbunga semusim.

      Mempamerkan beberapa contohpokok bunga semusim.

      Mempamerkan beberapa contoh bijibenih pokok bunga semusim sepertibalung ayam, marigold, keembong,bunga butang dan zinnia.

      Medium semaian daripadacampuran tanah, bahan organik denpasir dengan nisbah 2:1 :1

      Tunjuk cara menyemai biji benihbunga semusim.

      Membincangkan sifat-sifat biji benih

    yang berkualiti seperti cukupmatang, bernas, bebas daripada

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    13/152

    serangga perosak dan penyakit.

    (c) Penanaman  Aras 1

      Mengenal dan memilihbekas tanaman.

      Menyediakan bekaspenanaman.

      Menyediakan mediumpenanaman.

      Mengubah anak pokokke dalam bekas.

     Aras 2

      Menyediakan bataspenanaman tanamanhiasan.

      Menanam anak pokoktanaman hiasan

      Menunjukkan contoh bekas tanamanseperti pasu, beg politena dan bekas

    lain (bahan guna semula).  Tunjuk cara membersih, menutup

    lubang saliran dan memasukkanmedium penanaman.

      Tunjuk cara menyediakan mediumpenanaman 'John Innes PottingMixture' dengan nisbah3: 2 : 1

      Tunjuk cara menanam anak pokok

    bunga semusim dalam bekas.  Murid menanam anak pokok

    tanaman hiasan di dalam bekassecara kumpulan.

      Tunjuk cara penyediaan batas.

      Murid melakukan kerja penyediaanbatas di dalam kumpulan sepertimembersih kawasan danmenggembur tanah membina batasdan pembajaan asas

      Tunjuk cara menanam anak pokok.

      Murid menanam anak pokok di batassecara kumpulan.

    (d)Penjagaan  Aras 1

      Menjaga tanamanhiasan dalam bekas

     Aras 2

      Menjaga tanamanhiasan di batas

      Tunjuk cara penjagaan pokok bungahiasan.

      Murid menjaga tanaman hiasansecara kumpulan sepertl menyiram,merumput, menggembur tanah,membaja dan memangkas.

      Tunjuk cara penggunaan alatperkebunan seperti cangkul, tajak,dan pencakar.

      Murid menjaga tanaman hiasan dibatas secara berkumpulan.

    Bidang Pembelajaran:2. Perniagaan danKeusahawanan

    2.1 Barang Jualan (Cadanganperuntukan masa ialah 2 minggu)

     Aras 1

      Mengumpul maklumatbarang keperluan,

    kesukaan dan yangmampu dibeli oleh muriddan guru

      Kumpulan sasaran terbahagi kepadamurid dan guru.

      Kajian melalui pemerhatian, temu

    bual murid dan guru.  Maklumat seperti pendapatan,

     jantina dan umur digunakan dalam

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    14/152

    (a)Kumpulan sasaran   Mengkelasbarang mengikutkeperluan, kesukaandan yang mampu dibelimurid dan guru

    kajian.

      Borang soal selidik disediakan olehguru.

    (b)Jenis barang yang sesuai dijual Aras 1

      Menyenarai jenis barangyang boleh dijualkepada murid dan guru

     Aras 2

      Membuat keputusanbarang yang boleh dijualkepada murid dan guru

      Membuat senarai jenis barang yangboleh dijual kepada murid dan guruberdasarkan analisis kajian.

      Senarai barang dibuat denganmenggunakan Lembaranpengurusan grafik.

    (c)Sumber bekalan  Aras 1

      Mengumpul maklumatcara mendapatkanbekalan

      Memilih pembekal

      Mengumpul maklumat dan memilih

    pembekal berdasarkan:o  Harga.o  Kualiti barang.o  Syarat jualan.o  Pengangkutan dan jarak.o  Boleh dipercayai (reputasi)

    2.2 Merancangdan menyediakan jualan(Cadangan peruntukan masa ialah2 minggu)

    (a) Membuat rancangan jualan

     Aras 1

      Mengenal pasti caramendapatkan modal

      Menyediakan maklumatbarang jualan

      Membuat rancangan jualan

      Menyediakan jadualkerja

      Maklumat dalam rancangan jualan:

    - Modal.- Barang.- Kuantiti.- Pembekal.- Cara jualan.- Lokasi.

      Memberi latihan menetapkan harga jualan

    (b) Menyediakan barang jualan  Aras 1

      Menyediakan barang

    Harga jualan = harga belian + untung

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    15/152

     jualan

     Aras 2

      Menentukan tujuanmembungkus danmelabel

      Pecah pukal barang untuk jualaniaitu menyukat dan menimbangbarang dalam unit kecil.

      Tujuan membungkus:

    - daya tarikan.- keselamatan- membeza dengan barangan lain.- melabel maklumat barang.

    2.3 Mempromosi Jualan(Cadangan peruntukan masa ialah1 minggu)

    (a) Promosimelalui pembungkusan

     Aras 1

      Menyatakan maksuddan tujuan promosi.

      Menerangkan ciribungkusan yang sesuaiuntuk promosi.

      Membungkus baranguntuk tujuan promosi.

     Aras 2

      Membanding bezabungkusan yang

    menarik dan kurangmenarik.

     Aras 3

      Menilai pembungkusanyang dihasilkan untuktujuan promosi.

      Promosi bermaksud usaha penjualmemperkenalkan sesuatu barangan

      Tujuan promosi:o  Menyebarkan maklumat

    barangan.o  Menimbulkan minat

    terhadap barangan.

      Ciri bungkusan yang menarik darisegi:

    o  Bentuk.o  Rupa.o  Warna.o  Sesuai dengan jenis

    barang.o  Tahan lama.o  Mudah dibawa.o  Mengingatkan pelanggan.o  Meluaskan pasaran

    barangan.

      Menunjukkan pelbagai contohpembungkusan. Hubungkaitkanaktiviti pecah pukal denganpembungkusan.

      Murid membawa pelbagai jenispembungkusan.

      Mengadakan pertandingan membuatpembungkusan dan murid menilaihasilnya.

    2.4 Mengurus Jualan(Cadangan peruntukan masa ialah1 minggu)

    (a)Melayan pelanggan

     Aras 1

      Menunjukkan caralayanan yang baik dancekap.

      Mengira dengan cepat

    dan tepat.

       Aktiviti simulasi melayan pelanggan.

      Mengira jumlah harga barang danwang baki.

      Layanan baik terhadap pelanggan :o  Mengambil hati pembeli.o  Jujur.o  Peramah.o  Menghormati.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    16/152

     Aras 2

      Membuat inferens etika jualan.

    o  Menghargai pelanggan.

      Etika penjualo  Jujur.o   Adil.o  Menepati masa dan janji.o  Projek jualan sebenar.

    2.5 Merekod Jualan(Cadangan peruntukan masa ialah2 minggu)

    (a)Merekod barang

    (b)Merekod pendapatan danperbelanjaan

    (c)Mengira untung atau rugi

     Aras 1

      Merekod barang jualan

      Mengira baki barang jualan

     Aras 1

      Menyediakan rekodpendapatan danperbelanjaan jualan

     Aras 1

      Mengira untung ataurugi

      Merekod barang jualan dalam kadinventori

      Latihan mengisi kad inventori

      Merekod pendapatan danperbelanjaan jualan dalam borangyang disediakan

      Latihan mengira untung atau rugi

    Untung atau rugi = jualan - belian

    1.2.2 Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah Tahun Lima

    Jadual 1.3 menunjukkan huraian sukatan pelajaran KHSR yang memperincikan bidang pembelajaran, hasilpembelajaran dan cadangan aktiviti pembelajaran bagi tahun empat.

    Jadual 1.3: Huraian Sukatan Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah

    Bidang/Unit/Topik Pembelajaran  Hasil Pembelajaran  Cadangan Aktiviti Pembelajaran 

    Bidang Pembelajaran:

    1.0 Reka Bentuk dan Teknologi1.1 Kreativiti dan Reka Cipta(Cadangan peruntukan masa ialah 6 minggu)

    (a) Penghasilan Projek Reka Cipta

     Aras 1

      Mengenal pasti masalah

      Mengumpul maklumat

      Menyelesaikanmasalah

      melalui lakaran

      Memilih lakaran yang

      paling sesuai

      Merancang dan

      menyediakan lukisan

      projek

      Menyediakan alatandan

      bahan

      Membina projek

      Perbincangan mengenaitujuan membina projek

      Menjalankan pemerhatian,temu bual dan kaedah lainbagi mendapatkanmaklumat

      Lakaran ialah lukisankasar tentang objek yangdilukis

      Lukisan projek ialahlukisan yang mempunyaidimensi tinggi, lebar danpanjang

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    17/152

      Membuat kemasan

      Menguji kefungsian

      projek dan membuat  pembaikan

      Pemilihan alatan danbahan yang bersesuaian.

      Penggunaan bahan kitarsemula digalakkan

      Sesi persembahan dankritik diadakan

    (b) Pendokumentasian (Cadangan peruntukanialah 1 minggu)

     Aras 1

      Mengumpul danmerekod maklumat

      Membuat Buku Idea

      Mengumpul danmenyimpan maklumat dariaspek pernyataanmasalah, lakaran idea,

      Pemilihan lakaran,penjelasan ciptaan dananggaran kos

      Perbincangan kekuatandan kelemahan projek

    1.2 Elektrik dan Elektronik (Cadanganperuntukan masa ialah 5 minggu)(a) Penghasilan projek elektronik

     Aras 1

      Membaca danmenterjemah litar projek

      Memilih alatan, bahandan komponen

      Mengukur, memotongdan menjalur wayar

      Memasang komponenmengikut litar projek

      Menguji litar projek dan

    membuat pembaikan

     Aras 2

      Menguji beberapa bahanpengalir dan penebat

     Aras 3

      Membuat projek elektrikdan elektronik.

    Contoh projek ialah pengujiketerusan litar.

      Komponen yangdigunakan ialah LED,perintang tetap dan bateri

      Bahan digunakan ialahbongkah penyambung,pemegang bateri dan klipbuaya.

      PERINGATAN: 

    Jangan membuat pengujianpada sumber bekalan arus ulangalik 240V.

      Menyediakan beberapacontoh pengalir danpenebat .

      Contoh bahan pengalirialah aluminium, kuprumdan air.

      Contoh bahan penebat

    ialah kayu, plastik, kacadan asbestos.

      Membuat projekmenggunakan setpengelip.

    1.3 Baik pulih danpenyenggaraan (Cadangan peruntukanmasa ialah 5 minggu)

    (a)Penyenggaran dan membaiki kerosakanpada mesin mudah

     Aras 1

      Mengenal pasti bahagianyang perlu dibaik pulih.

      Memilih bahan danalatan tangan yangsesuai untuk kerja

      Menyenggara dan baikpulih pam basikal danbahagian basikal seperti

    loceng dan brek basikal.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    18/152

    membaik pulih.

      Menjalankan kerja baikpulih dan menggantikankomponen yang rosak.

      Memeriksa, menguji danmelaras.

     Aras 2

      Memeriksa, menguji danmelaras rantai basikal.

     Aras 3

      Menampal tiub basikal.  Mengganti tiub basikal.

       Alatan tangan tangan yangdiperlukan seperti playargabung boleh laras,pemutar skru rata, pemutarskru philips, tukul bonggol

    bulat dan penggumpiltayar.

      Bahan yang diperlukanseperti gris, minyakpelincir, kertas las, glusentuh dan kain reja.

      Penekanan tentangpenyimpanan alatantangan dan bahan selepaskerja amali perludiutamakan.

      Memilih alatan tangan dan

    bahan yang sesuai  Meneggangkan rantai

    basikal secara individuatau berkumpulan.

      Penampal tiub siap gunaboleh digunakan.

    (b) Penyenggaraan dan membaiki kerosakankecil pada perabot

     Aras 1

      Mengenal pasti bahagian

    yang rosak.  Memilih alatan tangan

    dan bahan

      Membaiki. ataumengganti bahagianyang rosak.

      Contoh perabot ialahkerusi dan meja murid.

       Alatan tangan yang

    diperlukan seperti tukulkuku kambing, gergaji,sesiku L, pita pengukurdan kekunci Allen.

      Bahan yang diperlukanialah paku, skru, glu,kertas las, kayu dan papanlapis.

    1.4 Jahitan(Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)

    (a) Penghasilan artikel

     Aras 1

      Mengenal pasti bahanterpakai untuk dikitarsemula.

      Menjahit artikel mudahdaripada bahan terpakai.

      Bahan terpakai yang bolehdijadikan artikel jahitan

    ialah seperti pakaian,langsir tingkap dan kusyenlama.

      Tunjuk cara menjahitartikel mudah sepertibekas pensel, bekas duitsyiling, beg serba guna,pengikat rambut, cekakrambut, alas pinggan, alasdulang dan alas gelas.

      Murid menjahit artikel

    mudah.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    19/152

     Aras 2

      Mengenal pasti jenismata jahitan hiasan danbahan hiasan.

      Menghias artikel.

      Mata jahitan asas yangdpelajari di Tahun 5 bolehdigunakan sebagai jahitanhiasan pada artikel.

      Contoh jahitan yang lainseperti jahitan silangpangkah, insang pari dan

     jahitan rantai.

      Bahan hiasan adalahlabuci, renda dan benangsulam.

      Murid menghias artikelyang telah disiapkan diaras satu.

      Hasil kerja dipemer dandinilai.

    1.5 Tanaman sayuran(Cadangan peruntukan masa ialah 8 minggu)(a)Penyedian tapak

     Aras 1

      Menyatakan peralatanperkebunan dankegunaannya.

      Mengenal pastitapak/kawasan yangsesuai untuk ditanamdengan sayur-sayuran.

      Membersihkan tapak.

      Menggembur tanah.

      Membina batas.

      Membubuh baja asas.

      Meletakkan sungkupan.

     Aras 2

      Menanam sayur-sayuransecara hidroponik.

      Memilih jenis sayuran

    yang sesuai ditanamsecara hidroponik.

      Menyenarai danmemasang peralatan.

      Sistem hidroponik.

      Menyemai biji benih.

      Menyediakan larutannutrien.

      Mempamerkan peralatanpekebunan yang biasadigunakan seperti;cangkul, sudip tangan danpencakar tangan.

      Di antara bahan yangboleh dijadikan sungkupan

    adalah seperti rumputkering, jerami padi,pelepah kelapa ataupenutup plastik hitambersalut aluminium.

      Jika sekolah tidakmempunyaikawasan/tanah yangsesuai, aktiviti menanamsayur-sayuran bolehdilakukan di dalam bekas.

      Sistem yang dipilih ialah

    Hidroponik Kultur AirTakung (KAT).

      Medium - span,benang/kapas, batu.

      Bekas - palung/bekasplastik.

      Larutan baja dan airpenutup – polistrin.

      Menyediakan larutannutrien mengikut kadaryang disyorkan.

    (b) Penanaman dan penjagaan  Aras 1

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    20/152

      Mengenal pasti jenissayur-sayuran yanghendak ditanam.

      Menyemai biji benih.

      Menanam sayur-sayurandi batas atau dalambekas.

      Menyiram dengankaedah dan kuantiti yangsesuai.

      Membuat penjarangandan menyulam.

      Merumput dan membaja.

      Mengawal perosak danpenyakit.

     Aras 2

      Memilih jenis sayuranyang sesuai ditanamdalam pasu atau bekas.

      Menyediakan campurantanah untuk penanamansayuran dalam pasu ataubekas.

      Menjaga sayuran dalampasu/bekas.

      Murid menanam sayur-sayuran dikawasan sekolah secarakumpulan.

      Jenis sayur-sayuran :

      Daun, buah, ubi atau akardan kekacang

      Biji benih halus disemaidikotak atau tapaksemaian sementara bijibenih besar disemai teruske batas.

      Menunjuk cara kerjapenjagaan sepertipenyiraman, membuatpenjarangan, merumputdan membaja, kerjapengawalan perosak danpenyakit.

      Kerja-kerja pengawalanperosak dan penyakit yangmenggunakan racun kimiahendaklah dilakukan olehguru.

      Nota:

    Sekolah yang mempunyaikawasan terhad aktiviti menanamsayur-sayuran hendaklah dilakukandalam bekas seperti pasu ataupenanaman secara hidroponik.

    (c) Pemungutan hasil  Aras 1

      Mengenal pasti tempohmatang sayuran yangsesuai untuk dipunguthasil.

      Mengendalikan hasillepas tuai.

      Perkara yang perlu diberiperhatian dalampenjagaan sayuran dalampasu atau bekas ialahruang, cahaya,penyiraman danpembajaan.

      Murid memungut hasiltanaman sayur-sayurandan membuat kendalianlepas tuai sepertimenggred, membersih danmembungkus/mengikat.

      Nota:

      Guru boleh dapatkannasihat teknikal teknologimenanam sayur-sayurandaripada agensi pertanianyang berhampiran sepertiMARDI atau JabatanPertanian.

      Panduan menanam sayur-sayuran boleh jugadidapati di dalam majalahatau Risalah Bingkisan

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    21/152

    Pertanian keluaranJabatan PertanianSemenanjung Malaysia.

    2. Perniagaan dan Keusahawanan2.1 Merancang dan Menyediakan BarangJualan(Cadangan Peruntukan masa ialah 2 minggu)

    (a)Membuat rancangan jualan

     Aras 1

      Menerangkan caramendapat bekalanmelalui komisen.

      Menyenaraikan barangyang sesuai dijual secarakomisen.

      Membuat rancangan jualan.

      Membuat jadual kerja.

     Aras 2

      Menghuraikan faedahmenjual barang secarakomisen

      Maksud komisen:

      Bayaran yang diterima

    kerana menjual ataumenguruskan penjualanbarang orang lain.

      Sumbangsaranmenyenaraikan barangyang sesuai dijual secarakomisen.

      Faedah menjual secarakomisen:

      Modal tidak diperlukanuntuk mendapatkan

    bekalan.  Risiko rendah.

      Kos promosi ditanggungoleh pembekal.

    (b) Menyediakan barang jualan Aras 1

      Mengenal pastipengendalian jualansecara komisen.

      Latihan mengira peratuskomisen boleh dijalankan.

      Sumbangsaranpengendalian jualansecara komisen.

    2.2 Mempromosi Jualan(Cadangan peruntukan masa ialah 2 minggu)

    (a) Promosi melalui katalog

     Aras 1

      Menyenarai kandunganyang perlu dalamkatalog.

      Mereka bentuk danmenghasilkan katalogmudah untuk barangyang hendak dijual.

      Mempromosi danmenjual barangmenggunakan katalog.

     Aras 2

      Menilai caramempromosi barangmenggunakan katalog

      Gunakan katalog yangsedia ada sebagaipanduan murid.

      Simulasi mempromosibarang menggunakankatalog.

      Main Peranan:

    Beri tumpuan kepada kecekapanbertutur dan penyampaianmaklumat oleh murid semasa jualanbersemuka.

      Murid menilai rakansekelas menjalankanpromosi barangmenggunakan katalog.

    2.3 Mengurus Jualan(Cadangan peruntukan masa ialah I minggu)

    (a) Menyusun atur barang

     Aras 1

      Menerangkan cara yangsesuai untuk susun atur

    barang yang hendakdijual.

      Menyusun atur barang

      Latihan menyusun aturbarang.

      Beri tumpuan kepada

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    22/152

    untuk persediaan jualan.

     Aras 2

      Menilai susun aturbarang yang menarikdan kurang menarik.

    kebersihan tempat, rakatau meja, keselamatandan kekemasan.

      Projek jualan sebenar.

    2.4 Risiko Dalam Perniagaan(Cadangan peruntukan masa ialah 1 minggu)

    (a) Risiko dan cara mengurangkannya

     Aras 1

      Menyatakan maksudrisiko.

      Menyenaraikan risikodalam perniagaan yangbiasa dihadapi semasamenjual.

      Mengenal pasti puncarisiko.

      Mencadangkan caramengurangkan risiko.

      Maksud risiko ialahkemungkinan atau bahayakerugian dalamperniagaan.

      Risiko dalam perniagaan:Kecurian, kebakaran,pecah amanah, bencanaalam, kemalangan,

    penipuan dan kegawatanekonomi.

      Punca risiko :

    Kecuaian, pengurusan tidak cekap,kurang pengawasan, sistempenyimpanan rekod yang lemah.

      Cara mengurangkan risiko:

      Membuat perancangandengan teliti.

      Mengenal pasti beberapapilihan penyelesaian.

      Mengambil insurans.  Sumbangsaran cara

    mengurangkan risiko.

    2.5 Sikap pengguna yang bijak (cadanganperuntukan masa ialah 2 minggu)

    (a) Mendapatkan maklumat barang  Aras 1

      Mengenal pasti ciri

    barang yang masih baik.

     Aras 2

      Membanding bezabarang yang masih baikdan barang yang rosak.

      Keadaan fizikal barang :

    Rupa, warna, bau, rasa dan tekstur.

      Membuat buku skrap labelbarang dan menandakan

    maklumat penting.

      Membuat inferens melaluipemerhatian barang yangmasih baik dan barangyang rosak.

      Contoh :

    Beras, susu, keropok, roti

    (b) Etika perniagaan dan hak pengguna  Aras 1

      Menerangkan etika

    perniagaan.  Mengenal pasti hak

      Kaitkan etika perniagaandengan aktivitimempromosi dan

    mengurus jualan dalamTahun 4 dan Tahun 5.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    23/152

    pengguna.

     Aras 2

      Menghuraikantanggungjawabpengguna.

      Perbincangan hakpengguna:

      Hak mendapat maklumat.

      Hak mendapat gantirugi.

      Hak untuk memilih.

      Perbincangan mengenai

    murid sebagai penggunayang bertanggungjawabmenjaga kemudahansekolah dan kemudahanawam .

      Keratan akhbar digunakan.

      Sudut penggunadiwujudkan.

    1.3 KAEDAH PROSES PENGAJARAN PEMBELAJARAN

    PEMBELAJARAN

    Subtopik ini akan membincangkan beberapa kaedah proses pengajaran dan pembelajaran.

    (a)  Sumbangsaran 

    o  Tujuan kaedah ini ialah untuk merangsang murid mengambil bahagian dalam perbincangan.o  Kaedah ini biasa dijalankan pada permulaan kelas amali dan dalam kelas teori.o  Pelajar memberi maklumat kepada guru.o  Tiada jawapan yang betul atau salah.

    Rajah 1.1 menunjukkan contoh sumbangan.

    Rajah 1.1: Menunjukkan contoh sumbangan.

    (b)  Amali 

      Kaedah ini bertujuan supaya murid menjalankan aktiviti sebenar.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    24/152

      Murid dapat pengalaman sebenar menjalankan aktiviti.

      Ia memerlukan peruntukan masa yang panjang.

      Ia juga memerlukan persediaan yang rapi supaya amali dapat dijalankan dengan berkesan.

      Selain daripada itu, ia memerlukan peralatan dan bahan yang mencukupi.

    Rajah 1.2 menunjukkan satu contoh amali yang bolei dijalankan.

    Rajah 1.2: Contoh sumbangan.

    (c)  Tunjuk cara 

      Tunjuk cara biasanya dilakukan oleh guru sendiri, tetapi guru juga boleh mendapatkan bantuan dari orang yangpakar atau pelajar sendiri yang berkebolehan dalam aktiviti yang dijalankan.

      Persediaan rapi perlu diberi perhatian sebelum menjalankan tunjuk cara.

      Tunjuk cara dijalankan dalam kumpulan yang kecil.

      Murid dipanggil rapat dengaan guru untuk memerhatikan tunjuk cara yang dijalankan.

      Pelajar perlu menjalankan aktiviti yang sama selepas tunjuk cara untuk melihat keberkesanan tunjuk cara.

    Rajah 1.3 menunjukkan satu contoh tunjukcara yang boleh di jalankan.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    25/152

     

    Rajah 1.3: Contoh tunjukcara

    (d)  Kajian 

      Kaedah ini dijalankan di luar bilik darjah.

      Guru perlu menyediakan panduan atau senarai semak sebelum murid menjalankan kajian.

      Murid menggunakan senarai semak untuk mendapatkan jawapan atau maklumat.

    Rajah 1.4 menunjukkan satu contoh kajian yang boleh di jalankan.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    26/152

     

    Rajah 1.4: Contoh kajian

    (e)  Uji Kaji 

    (i) Kaedah ini dijalankan di dalam makmal atau bengkel.(ii) Guru perlu menyediakan arahan yang jelas dan terperinci untuk mendapatkan jawapan / maklumat.(iii) Guru perlu memantau pelajar semasa aktiviti dijalankan untuk mendapat ketepatan maklumat

    AKTIVITI 1.1

    1. Anda sudahpun memahami sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah.Sekarang cuba dapatkan sukatan pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Menengah.Kaji kandungannya. Berpandukan kedua-dua sukatan itu, senaraikan topik yang adakesinambungan dari sekolah rendah hingga ke sekolah menengah.

    2. Kaji setiap topik di dalam huraian sukatan pelajaran dan kenal pasti topik-topik yangsesuai diajar secara amali atau secara teori.

    3. Sediakan satu Rancangan Mengajar untuk satu tahun. Anda boleh pilih untukmenyediakan rancangan tahun 4 atau 5 atau 6. Langkah menyediakan rancangan

    mengajar itu ialah seperti berikut:

    a. Kira bilangan minggu belajar dalam tahun ini.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    27/152

    b. Dengan mengambil kira minggu peperiksaan dan hari aktiviti kokurikulum,rancangkan agihan topik untuk diajar sepanjang tahun.

    c. Anda perlu memastikan bilangan jam interaksi yang dicadangkan di dalam kandungansukatan pelajaran dapat dipatuhi.

    RUMUSAN

      Topik ini telah membincangkan Kurikulum KHSR dari segi matlamat, objektif,organisasi dan kandungannya bagi Tahun 4, 5, dan 6.

      Turut dibincangkan ialah beberapa kaedah pengajaran dan pembelajaran KemahiranHidup seperti teknik sumbangsaran, amali, tunjukcara, kajian dan uji kaji.

    TOPIK 2: PENGURUSAN DAN PENTADBIRAN MATA PELAJARAN KHSR

    HASIL PEMBELAJARAN

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. Menerangkan tentang struktur organisasi kerja di dalam makmal Kemahiran Hidup;2. Menjelaskan kaedah dan sistem pengurusan makmal;3. Menerangkan tugas dan tanggungjawab di makmal;4. Menyenaraikan langkah-langkah dan peraturan keselamatan di makmal;5. Membandingkan suasana kebersihan dan keceriaan makmal;6. Membezakan ruang dan lokasi penyimpanan bahan dan peralatan;7. Menamakan pelbagai perlengkapan yang terdapat di makmal KH;8. Mengenal pasti kaedah pengurusan peralatan dan bahan;9. Mengenal pasti peruntukan peraturan perkakas tangan dan peralatan berkuasa

    mudah alih; dan10. Menerangkan secara ringkas kaedah penyimpanan/penstoran peralatan.

    PENGENALAN

    Makmal Kemahiran Hidup merupakan pusat kelas amali dan teori pengajaran dan pembelajaran Kemahiran Hidup (KH).Di dalam setiap makmal terdapat peraturan-peraturan tertentu yang perlu diikuti oleh setiap pelajar dan guru agar prosespembelajaran dapat berjalan dengan lancar dan menepati sasaran pendidikan. Justeru pengurusan yang baik dansistematik memastikan proses pembelajaran dan pengajaran mata pelajaran kemahiran hidup terlaksana dengansempurna dan melahirkan pelajar yang celik teknologi dan berkemahiran. Dengan pengurusan yang baik ini kita bolehmempertingkatkan lagi mutu keberkesanan pengajaran dan pembelajaran. Ia juga dapat mewujudkan keadaan harmoni,selesa serta membangkitkan semangat kerjasama di kalangan guru-guru dan pelajar sekolah.

    Di samping itu juga guru-guru KH boleh meningkatkan kecenderungan pelajar terhadap mata pelajaran KH, denganadanya pengawasan yang teratur. Pentadbiran yang baik ini bukan sahaja dapat menghasilkan satu organisasi kerja

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    28/152

    yang mudah dijalankan serta terkawal, ia juga dapat mengemas kini maklumat dan data termasuk stok dan inventoriserta pemantauan keadaan fizikal makmal bagi tujuan penyenggaraan dan penyelenggaraan.

    Panel Pengurusan dan Pentadbiran Mata Pelajaran Kemahiran Hidup Sekolah Rendah diagihkan kepada 3 organisasiyang berperanan untuk menyelaras dan melaksanakan urusan-urusan mengikut bidang kuasa tertentu bagi menjaminkelancaran proses P&P yang merangkumi teori dan amali ini berjalan dengan bersistematik, selamat danmemberangsangkan.

    2.1 PENGURUSAN & PENTADBIRAN SUMBER MANUSIA

    Kita boleh agihkan organisasi tersebut kepada tiga bahagian iaitu Struktur Organisasi, Panitia dan Pengurusan pelajar.

    (a)  Struktur Organisasi adalah seperti dalam Rajah 2.1 

    Rajah 2.1: Struktur organisasi

    (b)  Panitia Panitia Kemahiran hidup adalah sekumpulan guru yang mengajar mata pelajaran KH. Ketua Panitia bertanggungjawabmengurus, merancang dan memastikan perjalanan proses pengajaran dan pembelajaran di sekolah. Di antaratanggungjawab ketua panitia ialah:

    (i) Menyelaraskan sukatan dan rancangan pelajaran mingguan, bulanan dan semester.(ii) Membuat anggaran perbelanjaan tahunan untuk diserahkan kepada Guru Penolong Kanan.(iii) Membuat pesanan bahan dan alatan melalui borang pra pesanan.(iv) Mengagihkan tugas mengajar serta tanggunggjawab pengurusan, penyelenggaraan dan keselamatan bengkelkepada guru-guru KH.(v) Menentukan penggunaan alat bantu mengajar dan kaedah mengajar yang kemaskini.(vi) Menjalankan mesyuarat panitia(vii) Menguruskan sesi perkembangan staf.

    (c)  Pengurusan Pelajar  

    (i) Menyediakan Peraturan keselamatan makmal yang perlu dipatuhi oleh pelajar.(ii) Memastikan pelajar sentiasa mematuhi arahan guru dan bekerja secara bersistematik dan selamat.(iii) Panitia bertanggungjawab bagi menguruskan sistem kepegawaian kepada pelajar seperti dalam Rajah 2.2 berikut;

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    29/152

     

    Rajah 2.2: Sistem kepegawaian kepada pelajar

    2.1.1 Tugas Pelajar

    Terdapat lima sistem kepegawaian pelajar seperti yang telah ditunjukkan dalam Rajah 2.2. Ia telah dibincangkan sepertiberikut:

    (a)  Tugas Ketua Formen 

    (i) Bertindak sebagai Ketua Kelas dan bertanggung jawab terus kepada guru KH.(ii) Memastikan semua penolong-penolong di bawahnya menjalankan tugas-tugas yang telah ditetapkan.(iii) Melaporkan kepada guru berkenaan kejadian seperti kemalangan, alat-alat yang rosak atau hilang.

    (b)  Tugas Ketua Kebersihan 

    (i) Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya seramai4 hingga 5 orang bagi membersihkan tempat kerja, menyapu lantai dan membuangkan sampah dari tong sampah.(ii) Memastikan lantai bersih dari tumpahan minyak atau bendalir.

    (iii) Melaporkan kepada Ketua Formen berkenaan kerja-kerja pembersihan yang dibuat.

    (c)  Tugas Ketua Alatan 

    (i) Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya seramai 4 hingga 5 orang mengagih alatan kepada pelajar-pelajar.(ii) Memungut semula alatan dan meletakkannya pada rak panel alatan.(iii) Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat alatan yang rosak, patah atau pun hilang.

    (d)  Tugas Ketua Projek 

    (i) Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya seramai 4 hingga 5 orang bagi mengedarkan bahan projekkepada pelajar-pelajar semasa kelas dimulakan.(ii) Memungut semula projek terutama yang masih belum siap dan dimasukkan semula kedalam rakprojek/almari/tempat penyimpanan projek belum siap.(iii) Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat projek yang rosak, pecah atau pun yang hilang.

    (e)  Tugas Ketua Keselamatan 

    (i) Bertanggungjawab untuk bersama-sama pembantunya seramai 4 hingga 5 orang bagi memastikan makmal dalamkeadaan selamat.(ii) Memastikan semua tingkap ditutup, pintu dikunci, suis lampu dan kipas ditutup. Plag kuasa dimatikan danditanggalkan dari soket.(iii) Melaporkan kepada Ketua Formen jika terdapat cermin tingkap yang pecah, kunci pintu yang rosak atau terdapat

    suis, kabel elektrik yang putus atau tanggal dari peralatan atau mesin elektrik.(iv) Memastikan pili air ditutup ketat.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    30/152

    2.2 PENGURUSAN & PENTADBIRAN BENGKEL/MAKMAL/BILIK DARJAH

    Pengurusan dan pentadbiran bengkel/makmal/bilik darjah meliputi tiga aspek utama iaitu ruang, susun atur dankeselamatan.

    (a)  Ruang 

    Saiz makmal/bengkel adalah bergantung kepada jenis kerja yang akan dilakukan di dalamnya. Keluasan Makmal KH

    yang sesuai ialah 20 meter x 25 meter dan hendaklah akur kepada ciri-ciri berikut:

    (i) Boleh menampung bilangan pelajar seramai 20 orang atau lebih.(ii) Membolehkan seseorang bergerak dengan bebas.(iii) Lantai mestilah dari bahan tahan lasak, mudah dibersihkan dan tidak menampung habuk dan tidak licin.(iv) Tingkap yang besar untuk membenarkan cahaya masuk sebanyak mungkin serta pengedaran udara yang bebas.(v) Pintu mempunyai daun pintu yang besar bagi memudahkan jalan keluar semasa kecemasan.(vi) Meja kerja yang tahan lasak yang berukuran di antara 1.2 meter x 1.5 meter dan tinggi 0.9 meter.(vii) Mempunyai bekalan asas seperti elektrik bagi pencahayaan dan soket kuasa, dan bekalan air siap dengan pili dansingki, bagi pencucian.(viii) Sebuah stor atau bilik bagi menyimpan bahan-bahan, alatan dan projek.

    Rajah 2.3: Contoh rak panel alatan

    (b)  Susun Atur  

    Kita hendaklah memastikan susun atur makmal/bengkel diperkemas dan diperlengkap dengan kriteria-kriteria tertentusupaya kerja-kerja dapat dijalankan dengan sempurna dan mengelakkan daripada berlakunya sebarang kemalangan diridan kerosakan harta benda. Kriteria-kriteria tersebut ialah:

    (i) Rak-rak panel alatan dan kelengkapan mudah digunakan.(ii) Rak-rak simpanan bahan binaan projek boleh menempatkan bahan dengan baik.(iii) Rak-rak bahan bantuan mengajar yang kemas kini dan pelbagai.(iv) Jarak susun atur ruang dibuat hendaklah sekurang-kurangnya 1.5 meter di antara pelajar.(v) Memudahkan kerja-kerja penyelenggaraan dilakukan.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    31/152

     

    Rajah 2.4: Contoh pelan makmal/bengkel KH

    (c) Keselamatan “UTAMAKAN KESELAMATAN” menjadi teras amalan kita semua bagi setiap kerja yang berkaitan dengan kendalianketukangan supaya segala aktiviti dapat berjalan dengan lancar dan selamat serta tidak mengabaikan perkara-perkaraberikut:

    (i) Kawasan kerja atau petak kerja yang ditanda dengan garisan menggunakan cat merah, hijau atau kuning bagimenandakan kawasan kerja selamat.(ii) Menyedia dan menggunakan bahan perlindungan dan pakaian kerja bagi melindungi muka dan mata, pernafasan,badan dan lengan, tangan, rambut dan kaki. (iii) Menyediakan peti pertolongan cemas dan tempat rawatan.(iv) Mengadakan alat pemadam api yang berfungsi.(v) Memaparkan carta atau nombor telefon panggilan kecemasan seperti Bomba, Ambulan, Polis dan lain-lain.

    2.3 PERATURAN KESELAMATAN MAKMAL

    Berikut disenaraikan peraturan keselamatan makmal.

    1. Jangan masuk ke dalam makmal sebelum diarah oleh guru.2. Pakai kasut bertapak getah apabila bekerja di makmal.3. Jangan bermain-main di dalam makmal.4. Gunakan pakaian seperti apron atau „overall‟. 5. Kemaskan pakaian sebelum memulakan kerja, lengan baju yang panjang perlu digulung atau dilipat hingga ke atassiku.6. Gunakan alat yang betul untuk sesuatu tugas.

    7. Jangan gunakan alatan yang tumpul, hulu pecah atau longgar.8. Pastikan pelajar mendapat kebenaran dari guru semasa menggunakan alatan berkuasa elektrik.9. Tanggalkan tali leher, rambut yang panjang perlu diikat atau disepit.10. Dilarang memakai barang-barang kemas.11. Pakai „gogle‟ atau cermin mata semasa menggerudi atau mencanai.12. Laporkan sebarang kerosakan atau keadaan bahaya serta merta kepada guru.

    2.4 PENYIMPANAN/PENSTORAN

    2.4.1 Organisasi Stor

    Organisasi stor yang praktik terdiri dari lima bahagian besar:

      Bahagian Kawalan Stok.

      Bahagian Legar.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    32/152

      Bahagian Penstoran.

      Bahagian Pembungkusan dan Penghantaran.

      Bahagian Akaun.

    (a)  Bahagian Kawalan Stok Bahagian ini bertanggungjawab ke atas perancangan dan organisasi, menyemak dan menentukan bahawa segalaBaucer Pemesanan-Pengeluaran Barang-barang (Kew. 300-A1 dan Kew. 300-A2) adalah teratur dan betul, menentukan

    kuantiti yang akan dikeluarkan, menentukan kod barang-barang, menyediakan dan mengemaskinikan katalog barang-barang, mengusaha dan menguruskan pembelian dan lain-lain.

    (b)  Bahagian Legar  

    Bahagian ini pula bertanggungjawab untuk mempracatit kad-kad legar, mencatitkan harga ke atas Baucer Pemesanan-pengeluaran Barang-barang.

    (c)  Bahagian Penstoran Bertanggungjawab untuk menerima, menyimpan, mengeluar, mengangkut barang-barang dan lain-lain.

    (d)  Bahagian Pembungkusan dan Penghantaran Bahagian yang bertanggungjawab membungkus barang-barang dan menghantarnya ke destinasi berkenaan.

    (e)  Bahagian Akaun Bahagian Akaun bertanggungjawab ke atas segala hal ehwal akaun dan kewangan stor.

    2.5 SISTEM PENYIMPANAN STOK

    Stok yang terdiri daripada pelbagai jenis barang perlulah disimpan di tempat khas dan dengan cara yang betul. Terdapatbeberapa cara untuk menyimpan stok dengan betul bagi mengelakkan kerosakan iaitu:

    (a)  Lokasi Stok 

    Lokasi stok bagi semua barang-barang hendaklah direkodkan di dalam lejar atau kad kawalan stok dan kad petak.Sekiranya perlu dibuat simpanan rambang, lokasinya hendaklah ditunjukkan di dalam satu carta lokasi stok yang kemaskini.

    (b) Penggunaan Maksima Ruang 

    Usaha hendaklah dibuat supaya setiap ruang stor digunakan sepenuhnya tertakluk kepada faktor-faktor keselamatan,kemudahan pengeluaran, verifikasi dan kekemasan stor.

    (c)  Sistem Lokasi Stok 

    Sistem lokasi stok hendaklah dirangka semudah mungkin dan setiap stor hendaklah mempunyai satu sistem lokasi stokyang tetap.

    (d)  Penggunaan Rak yang Boleh Diubah 

    Seberapa boleh rak-rak yang boleh diubah-ubah hendaklah digunakan untuk membolehkan penyimpanan berbagai jenisbarang dengan lebih baik dan cekap, terutama bagi bangunan-bangunan stor yang baru atau menggantikan rak-raklama. Jika keadaan membenarkan, rak-rak bolehlah dilapis atau ditingkat-tingkatkan untuk penggunaan ruangsepenuhnya.

    (e)  Keteguhan Rak-rak 

    Jika rak-rak, almari dan laci-laci didapati herut, tidak lurus atau tidak tegap, ianya hendaklah dilaporkan dengan segerakepada Ketua Jabatan untuk diperbaiki.

    (f)  Peraturan Am Penstoran 

    Sistem penstoran pada umumnya bergantung kepada jenis barang-barang yang disimpan dan ruang stor yang ada,tertakluk kepada peraturan-peraturan berikut:

    (i) Ruang stor hendaklah dibahagikan kepada beberapa seksyen atau kumpulan seperti seksyen dadah dan kimia,seksyen elektrik, mekanikal dan lain-lain. Setiap seksyen atau kumpulan barang-barang hendaklah disimpan berasingan;

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    33/152

    (ii) Jika boleh, barang-barang dalam setiap seksyen atau kumpulan hendaklah disimpan dalam susunan abjad; dan

    (iii) Jika peraturan ini tidak dapat dipatuhi disebabkan oleh ukuran, jenis, berat atau ruang rak tidak mengizinkan, lokasistok barang-barang hendaklah dicatatkan di atas kad legar atau kad kawalan stok barang-barang.

    (g) Kandungan Sesuatu Bekas 

    Setiap bekas hendaklah mengandungi hanya barang-barang yang bernombor kod dan berupa bentuk yang sama

    sahaja.

    (h) Penstoran Barang Berat Semua barang-barang berat hendaklah diletakkan di tempat yang paling bawah sekali untuk keselamatan.

    (i)  Penstoran Barang-barang dalam Bekas Standard 

    Jika barang-barang dibekalkan oleh pembekal dalam bekas yang standard seperti bungkusan, kotak, tin, karton dansebagainya, barang-barang tersebut hendaklah disimpan di dalam bekas asalnya. Sila ambil perhatian untukmemastikan yang lebelnya dapat dilihat.

    (j)  Penstoran Barang-barang Tercerai 

    Barang-barang yang tercerai hendaklah dimasukkan ke dalam bekas yang berukuran standard dan disimpan mengikut

    bilangan atau unit yang memudahkan pengeluaran. Barang-barang yang tidak boleh dibungkus seperti alat perkakashendaklah disusun atau ditindih dengan baik dan dicegah dari berkarat, rosak dan sebagainya.

    (k)  Pembahagian Ruang Stor  

    Ruang-ruang stor yang dibahagikan kepada seksyen atau kumpulan hendaklah diberi tanda pengenalan denganmenggunakan satu sistem rujukan sama ada menggunakan susunan abjad atau nombor atau kedua-duanya sekali.Setiap seksyen stor hendaklah diberi satu nombor pengenalan am dan kod, setiap rak diberi satu nombor pengenalanam secara berturut-turut bagi keseluruhan stor, setiap para (melintang) diberi satu huruf dan setiap jalur kotak (tegak)diberi satu nombor.Semua rujukan yang digunakan hendaklah dicatit di atas kad legar atau kad kawalan stok, kad petakdi seksyen-seksyen, di kotak, almari dan lain-lain di mana barang-barang tersebut disimpan.

    (l)  Peraturan Menindan Barang-barang 

    Elakan menindan barang-barang terlalu tinggi dan faktor-faktor berikut hendaklah diberi pertimbangan:

    (i) Senang dikendali dan memudahkan pengeluaran stok mengikut sistem masuk-dahulu-keluar-dahulu.(ii) Kemungkinan peti-peti di lapisan bawah ditindih oleh peti yang lebih berat.(iii) Barang-barang tersebut mudah terbakar.(iv) Kesenangan penyemakan stok dan rancangan pengiraan pusingan stok.(v) Susunan atau lapisan yang paling selamat adalah setinggi diantara dua hingga tiga meter melainkan jika truk “ forklift  “ digunakan.

    (m) Penstoran Barang-barang Berharga dan Menarik 

    Barang-barang yang berharga dan menarik yang senang dicuri hendaklah disimpan di dalam almari atau tempat yangberkunci. Kunci bagi almari dan tempat-tempat seperti itu hendaklah disimpan oleh seorang pegawai yang

    bertanggungjawab dan semua pengeluaran hendaklah dibuat sendiri oleh beliau melainkan dalam hal-hal tertentusahaja.

    (n) Penstoran di Tempat Lapang Barang-barang yang besar yang tidak akan cacat atau rosak jika terdedah kepada cuaca panas atau hujan dan tidakmudah dipindahkan bolehlah disimpan di tempat lapang yang berpagar.

    2.6 KAWALAN STOK

    Setiap stok yang dipesan/dibeli haruslah sentiasa dipantau bagi mengelak pembaziran dan kerugian. Antara cara untukmengawal stok ialah:

    (a)  Mengelakkan Stok Berlebihan Elakkan pembelian barang-barang yang berlebihan dan mengakibatkan pembaziran modal dan penggunaan ruang storyang luas hendaklah dielakkan.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    34/152

    (b)  Senarai Barang-barang Standard (Katalog) 

    Semua barang-barang yang standard hendaklah disenaraikan oleh Stor Pusat dalam satu katalog yang mengandungimaklumat-maklumat berkenaan nombor kod, perihal rupa bentuk, unit dan harga.

    (c)  Barang yang Kerap Digunakan 

    Panduan 97 dan 98 adalah juga meliputi barang-barang yang kerap digunakan dalam jangkamasa yang agak lamaberpandukan kepada rekod-rekod stor.

    (d)  Pengeluaran daripada Senarai Barang-barang Standard  Apabila barang-barang baru hendak dimasukkan ke dalam Senarai Barang-barang Standard, tindakan hendaklahdiambil untuk menentukan sama ada barang-barang yang seakan-akan atau yang hampir serupa harus diberhentikanstoknya ataupun dikeluarkan dari senarai tersebut.

    (e)  Butir-butir yang Harus Ditunjukkan dalam Lejar  Setiap folio lejar stor atau kad kawalan stok hendaklah mengandungi maklumat-maklumat berikut:

    (i) Kuantiti stok maksima;(ii) Angka menokok stok; dan(iii) Kuantiti stok minima.

    Sebaik sahaja angka menokok stok dicapai, satu fleg hijau hendaklah dikepilkan pada satu tempat yang tertentu di foliolejar atau kad kawalan stok. Pesanan untuk menokok stok hendaklah dilakukan bersama dengan barangan lain, yangtelah juga difleghijaukan, sebagai satu kumpulan, bergantung kepada kuantiti yang dipesan oleh sesuatu stor dankepada larisnya barangan tersebut. Perhatian hendaklah diambil supaya arus pembekalan tidak terjejas.  Fleg merahharuslah dikepilkan pada tempat yang ditentukan di folio lejar atau kad kawalan stok apabila stok sampai ke parasminima.

    Jika pesanan menokok stok belum lagi diuruskan, tindakan hendaklah diambil dengan segera bersama denganbarangan lain yang telah difleghijaukan yang belum dipesan.  Apabila stok telah menjadi kosong, maka satu fleg hitamhendaklah dikepilkan pada folio lejar atau kad kawalan stok. Bila ini berlaku tindakan serta merta hendaklah diambil.Satu fleg putih hendaklah dikepilkan pada folio lejar apabila barangan menjadi cacat, tidak boleh digunakan lagi, usang

    atau melebihi keperluan (surplus).

    (f)  Pengiraan Kadar Penggunaan Bulanan Kadar penggunaan bulanan adalah dikira dengan mengambil purata pengeluaran bagi 12 bulan terakhir sebelum bulanyang mana pesanan atau permintaan baru akan dibuat.

    (g)  Angka Pesanan Barang-barang Baru 

    Pemesanan atau permintaan pertama kali bagi barang-barang baru hendaklah dibuat sekadar keperluan minima sahaja,sehingga angka penggunaan sebenar diperolehi dan angka pemesanan atau permintaan yang lebih realistik ditentukan.

    (h)  Asas Pegangan Stok oleh Stor Pusat 

    Barang-barang standard hendaklah distor oleh Stor Pusat sahaja yang mana pegangan stoknya itu adalah berdasarkan

    kepada pengeluaran sekurang-kurangnya bagi dua tahun terakhir dan/atau atas anggaran keperluan bagi masahadapan. Perhatian rapi mengenai paras maksima, angka menokok dan paras minima hendaklah dipastikan supayatidak kehabisan stok.

    2.7 PENYENGGARAAN

    Peralatan, mesin dan bangunan dalam sesebuah institusi lama kelamaan akan menjadi usang dan rosak. Apabila iniberlaku, kita terpaksa membeli peralatan baru, mesin baru ataupun membina bangunan baru. Ini memerlukan belanjaatau kos yang besar. Tempoh masa sebelum sesebuah mesin, peralatan atau bangunan itu rosak, ia sebenarnyabergantung kepada sejauh mana ianya diselenggarakan. Senggaraan yang baik mengikut rutin amatlah diperlukan bagi

    memastikan setiap peralatan, mesin atau bangunan sentiasa berada di dalam keadaan baik. Peralatan, mesin ataubangunan yang tidak disenggara dengan baik dan betul akan cepat rosak dan merugikan dari segi pelaburan modalmembeli. Untuk itu perlulah sesebuah institusi merancang dan mengamalkan satu sistem senggaraan yang berkesansekiranya ingin menjadi sebuah institusi yang menguntungkan.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    35/152

    2.7.1 Cara-cara Senggaraan Dilakukan

    Terdapat empat perkara penting yang sentiasa memerlukan senggaraan iaitu:

    (a)  Senggaraan Mesin dan Peralatan (i) Unsur-unsur di bawah ini perlu dicatatkan di dalam Buku Rekod Senggaraan untuk setiap mesin dan peralatanyang ada.

      Nama mesin/peralatan;

      Tarikh diperbuat dan nama pengeluar;

      Tarikh dibeli dan nama pembekal;

      Kos pembelian;

      Nombor siri pada mesin/peralatan;  Jumlah masa mesin/peralatan telah digunakan sejak baru;

      Kekerapan pemeriksaan yang dijalankan terhadap mesin/peralatan;

      Jumlah kos dan jenis senggaraan yang pernah dilakukan terhadap mesin/peralatan; dan

      Anggaran masa sebelum mesin/peralatan jadi rosak dan tidak boleh digunakan lagi.

    (ii) Semua mesin/peralatan mestilah dibersihkan setiap kali siap digunakan kerana kebersihan adalah penting dalamsenggaraan.(iii) Pelinciran pada mesin/peralatan mestilah diperiksa setiap kali sebelum menggunakannya.(iv) Mesin/peralatan haruslah diuji dan dilaraskan pada masa-masa yang telah ditetapkan oleh pengeluar.(v) Pemeriksaan ke atas mesin/peralatan mestilah dibuat terhadap alat keselamatan yang sedia ada padamesin/peralatan.(vi) Menyediakan senarai langkah-langkah yang perlu dilakukan untuk menjalankan mesin/peralatan.(vii) Setiap mesin/peralatan yang perlu disenggara mestilah disenggara dengan seberapa segera yang boleh sebelumkerosakan itu bertambah teruk.(viii) Memastikan persekitaran kerja selamat.

    (b)  Senggaraan Peralatan Tangan 

    (i) Mengisar mata alat – hujung matalat hendaklah sentiasa dikisar supaya tajam dan mudah melakukan kerjadengannya.(ii) Pemeriksaan dan pembaikan hendaklah dilakukan ke atas peralatan tangan sebelum digunakan.(iii) Operator yang bakal mengendalikan mana-mana peralatan haruslah diberikan serba sedikit tunjuk ajar tentangcara-cara membaik pulih kerosakan yang kecil pada peralatan tersebut. Ini untuk mengelakkan operator tadi dari bahayaakibat menggunakan peralatan yang rosak.

    (c) Senggaraan Alat-alat Pembekal Kuasa 

     Alat-alat pembekal kuasa seperti motor, tali sawat, takal, syaf dan penyambung elektrik seharusnya juga disenggaradengan baik. Langkah-langkah yang diambil adalah seperti:

    (i) Sentiasa membersihkan alat-alat tersebut;

    (ii) Memberi pelinciran yang secukupnya kepada alat-alat yang menghasilkan gerakan seperti motor dan lain-lain;(iii) Memeriksa tali sawat;(iv) Menguji motor dan alat-alat pemula (starting equipment ) yang lain; dan(v) Memastikan kabel-kabel elektrik sentiasa ditebat dengan baik.

    (d)  Senggaraan Bangunan 

    Senggaraan bangunan termasuklah memelihara persekitaran dalam dan luar bangunan dan tidak hanya tertumpukepada penjagaan fizikal bangunan itu sahaja. Persekitaran banyak mempengaruhi mental pekerja untuk menghasilkanmutu kerja yang lebih sempurna. Bukan itu sahaja malah persekitaran yang baik juga memberi gambaran yang baikkepada masyarakat luar. Di antara perkara yang perlu diambil berat adalah seperti:

    (i) Tingkap;(ii) Lampu;(iii) Almari dan tempat-tempat menyimpan lain;(iv) Lantai; dan(v) Meja kerja.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    36/152

    2.7.2 Jenis-jenis Senggaraan

    Subtopik ini membincangkan beberapa jenis senggaraan seperti yang berikut:

    (a)  Senggaraan Kawalan Senggaraan jenis ini adalah senggaraan yang paling berkesan kerana senggaraan dilakukan sebelum sesebuahperalatan, mesin dan bangunan menjadi rosak. Ia dilakukan berterusan dari masa ke semasa mengikut jadual

    senggaraan yang telah ditetapkan. Senggaraan jenis ini adalah lebih mahal untuk dilakukan kerana kerja-kerjasenggaraan berterusan dalam jangka panjang ini menguntungkan kerana kerosakan yang besar atau teruk dapatdielakkan. Senggaraan kawalan mengandungi:

    (i) Rekabentuk dan pemasangan yang sesuai untuk peralatan yang digunakan;(ii) Pemeriksaan logi dan alatan mengikut jadual untuk mengelakkan kerosakan daripada berlaku;(iii) Membuat servis, baikpulih dan penjagaan alatan supaya sentiasa berada dalam keadaan yang sempurna; dan(iv) Pelinciran yang sempurna dan mencukupi serta pembersihan dan perlindungan seperti mengecat peralatan danbangunan.

    (b)  Senggaraan Pembetulan 

    Senggaraan jenis ini hanya dilakukan selepas sesuatu peralatan itu rosak. Bermakna, kerja-kerja senggaraan tidak akan

    dilakukan selagi tiada kerosakan yang berlaku. Contohnya menggantikan syaf yang patah, menukar tali sawat yangputus dan sebagainya. Bahagian senggaraan yang menjalankan senggaraan pembetulan hanya berfungsi sekiranya adakerosakan berlaku sahaja.

    Biasanya senggaraan pembetulan dilakukan ke atas peralatan yang kecil-kecil dan yang tidak digunakan dengan terlalukerap. Walaupun kos senggaraan jangka pendek adalah rendah namun untuk jangka masa panjang ia mungkin akanmenjadi terlalu tinggi.

    (c) Senggaraan Ramalan 

    Senggaraan Ramalan menjalankan kerja-kerja senggaraan mengikut jangkaan kerosakan. Biasanya ramalan tentangkemungkinan berlakunya kerosakan pada peralatan dibuat dengan menggunakan alatan sensitif seperti alatpenganalisis gegaran dan amplitud, tolok audio, alat optik, tolok tekanan dan suhu, tolok rintangan dan sebagainya.

    Senggaraan ramalan banyak dilakukan dalam industri yang melibatkan penggunaan alatan elektronik seperti komputer.Ini adalah kerana peralatan yang digunakan mempunyai bahagian yang kecil dan rumit untuk disenggara setiap hari.Tambahan pula kebanyakan bahagian-bahagian pada alatan elektronik tidak membolehkan kerja-kerja servis. Sekiranyaberlaku kerosakan kemungkinan besar ia memerlukan bahagian-bahagian yang baru.

    2.7.3 Langkah-langkah Kawalan Senggaraan

    Berkesan atau tidak sesebuah sistem senggaraan yang dijalankan bergantung kepada sebaik mana kerja-kerja merekodaktiviti-aktiviti senggaraan dilakukan. Sistem rekod yang baik akan menjamin kerja-kerja senggaraan yang lebihberkesan. Berikut dihuraikan secara ringkas tentang langkah-langkah yang biasanya diambil sebelum sesuatu kerjasenggaraan itu dijalankan.

    (a)  Arahan Kerja Biasanya kerja senggaraan bermula dengan panggilan daripada mandur memberitahu akan kerosakan atau gangguanyang terdapat dalam makmal/bengkel. Kemudian Ketua Bahagian Senggaraan akan mengeluarkan arahan kepadakakitangan bahagian itu untuk menyelesaikan masalah yang dihadapi. Setelah selesai, kakitangan hendaklahmerekodkan maklumat seperti kerja yang dilakukan, masa yang diambil, kos alat ganti yang diguna, bilangan pekerjayang diperlukan dan sebagainya. Rekod ini harus disimpan dan digunakan sebagai rujukan pada masa hadapan.

    (b)  Jadual Kerja 

    Sebagai langkah untuk menolong bahagian senggaraan membuat kerja dengan lebih cekap, selalunya penasihatkawalan bahagian senggaraan dengan pertolongan mandur akan membuat anggaran tentang jumlah pekerja dan masayang diambil untuk sesuatu jenis kerja senggaraan yang diperlukan. Ini akan memudahkan bahagian senggaraan

    mengagih-agihkan kakitangannya apabila lebih daripada satu kerosakan berlaku serentak.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    37/152

    (c)  Kos Senggaraan 

    Kos senggaraan adalah jumlah kos pekerja yang menjalankan kerja dicampur dengan kos bahan-bahan ganti yangdigunakan. Ini perlu juga direkodkan untuk mendapat jumlah kos senggaraan yang diperlukan dalam masa setahun.

    (d)  Belanjawan 

    Belanjawan biasanya dibuat setahun sekali dan jumlah wang yang diperuntukkan ke bahagian senggaraan bergantungkepada kos senggaraan yang telah dibuat dalam masa setahun. Biasanya hitung panjang kos senggaraan setahun akan

    dijadikan asas dalam jumlah peruntukan tahunan.

    (e)  Rekod Alatan Seperti yang telah dinyatakan, rekod-rekod alatan adalah penting dalam sesuatu program senggaraan. Rekod-rekodsepatutnya mengandungi semua data alatan tersebut seperti nombor siri, pembekal, kos membeli dan sebagainya.

    RUMUSAN

      Organisasi makmal adalah satu tanggungjawab bersama yang harus diberipenekanan dalam menjayakan program yang lebih memfokuskan kepadaperkembangan psaikomotor dan minda pelajar.

      Pengurusan dan pentadbiran bengkel/makmal/bilik darjah meliputi tiga aspek utamaiaitu ruang, susun atur, dan keselamatan.

      Terdapat beberapa peraturan keselamatan yang perlu dipatuhi ketika berada di dalammakmal.

      Terdapat lima bahagian organisasi stor untuk penyimpanan/penstoran yang baik iaituBahagian Kawalan Stor, Bahagian Legar, Bahagian Penstoran, BahagianPembungkusan dan Penghantaran dan juga Bahagian Akaun.

      Topik ini juga telah membincangkan beberapa cara untuk menyimpan stok denganbetul dan juga untuk mengawalnya.

      Untuk proses penyenggaraan, terdapat beberapa cara, jenis dan langkah-langkahkawalan senggaraan yang perlu dipatuhi.

    TOPIK 3: KESELAMATAN DI DALAM BENGKEL/MAKMAL

    HASIL PEMBELAJARAN

    1. Menerangkan perkembangan, tujuan Akta keselamatan dan kesihatan Pekerjaan,peranan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara NIOSH) dan fungsi JabatanKeselamatan dan Kesihatan Pekerjaan;

    2. Menyatakan penalti yang dikenakan setelah Akta Keselamatan Pekerjaan danPekerjaan dikuatkuasakan;

    3. Menyenaraikan langkah-langkah keselamatan dalam menjalankan kerja danmematuhi Etika diri dan Etika kerja semasa melakukan kerja;

    4. Menerangkan bagaimana api terhasil,cara api merebak dan kaedah memadamkankebakaran;

    5. Membezakan kelas-kelas kebakaran dan jenis- jenis alat memadam api; dan6. Menghuraikan risiko pengurusan kebakaran dan penggunan peralatan pencegahan

    kebakaran.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    38/152

    PENGENALAN

    Kita sering didedahkan dengan berbagai berita mengenai kemalangan di tempat kerja melalui pelbagai media. Kerap juga dilaporkan tentang berita kemalangan yang sama atau berulang sama ada kejadian tersebut berlaku di tempat yangsama atau di tempat lain. Keadaan ini seolah-olah memberikan gambaran bahawa kita tidak mengambilnya sebagai satuiktibar. Akibatnya kita merasakan kemalangan itu bagaikan lumrah yang sudah tidak dapat dielakkan lagi.

    Faktor keselamatan dan kesihatan di tempat kerja sebenarnya melibatkan banyak pihak seperti majikan, pekerja danmasyarakat. Selain itu agensi-agensi yang berkaitan dengannya seperti pihak bomba, hospital, polis dan lain-lainorganisasi termasuk pihak berkuasa tempatan turut berfungsi secara bersepadu bagi mengawasi, mencegah danmengambil tindakan-tindakan yang perlu dalam menangani masalah ini.

    Dalam konteks yang mudah, keselamatan boleh diertikan sebagai suatu keadaan terpelihara atau terhindar daripadabahaya, bencana atau gangguan yang boleh menyebabkan berlakunya kemalangan. Jika dilihat dari kontekskeselamatan kerja ia boleh didefinisikan sebagai ilmu dan penerapan teknologi untuk meningkatkan keselamatan yangberkaitan dengan alat kerja, proses kerja, tempat kerja dan kawasan lingkungannya.

    Sejajar dengan perkembangan ekonomi dan proses industrialisasi yang sedang berlaku, aspek keselamatan di tempatkerja yang standard adalah diperlukan. Oleh itu konsep keselamatan industri diperkenalkan dan didefinisikan sebagai

    pekerja yang bebas daripada bahaya atau risiko kecederaan, kawalan kerugian akibat kemalangan serta melindungikerugian terhadap manusia, harta dan pendapatan.

    Malaysia sedang mengalami pembangunan ekonomi yang pesat dan mempunyai berbagai undang-undang yangmengawal keselamatan dan kesihatan di tempat kerja. Secara amnya Malaysia telah menerima pakai sebahagiandaripada prinsip dan sistem perundangan serta peraturan-peraturan tertentu dari negara-negara maju yang didapatisesuai dan baik untuk diamalkan di sini. Namun begitu tidak semua legislasi berkaitan dengan keselamatan dankesihatan pekerjaan yang di amalkan di Malaysia menyerupai legislasi yang di amalkan di peringkat antarabangsa.

    3.1.1 Peraturan Umum Bengkel/Makmal

    Penggunaan alatan dengan cara yang betul memandu kita kepada cara bekerja yang selamat. Sikap yang baik terhadap

    keselamatan menghindarkan kita, alatan, mesin dan orang lain dari kemalangan. Mengamalkan peraturan keselamatanakan membina tabiat keselamatan (safety-minded ) yang baik dan menjadikan kita pengguna yang berjaya. Oleh ituketika berada di bengkel, kita seharusnya mematuhi pertauran-peraturan berikut:

    (a)  Pakaian  – perlulah kemas, tanggalkan tali leher/masukkan ke dalam baju dan lipat lengan baju jika memakaikemeja berlengan panjang. Memakai apron/baju kerja sangat digalakkan.

    (b)  Pelindung mata  – gunakan cermin keselamatan/pelindung muka apabila melakukan kerja yang bolehmembahayakan mata. Pastikan pencahayaan adalah cukup untuk mengelakkan dari sakit mata.

    (c)  Tangan  – bersihkan tangan dari kotoran, geris atau minyak sebelum melakukan sesuatu kerja. Kerja yangdilakukan akan menjadi baik dan selamat, alatan dan kerja kita akan sentiasa berada dalam keadaan bersih.

    (d)  Menghormati orang lain  – sedia membantu orang lain bila diperlukan. Pastikan kerja yang kita lakukan tidakmengganggu dan membahayakan orang lain. Menegur orang lain yang melanggar peraturan keselamatan.

    (e)  Pemilihan alatan  – pilih saiz dan jenis alatan yang sesuai dengan kerja yang hendak dilakukan. Pekerja yang

    mahir tidak akan menggunakan sesuatu alatan kecuali alatan itu tajam dan berkeadaan baik. Baiki/ganti bahagian yangrosak/patah/longgar sebelum menggunakan alatan itu.

    (f)  Pengendalian alatan  – halakan mata pemotong ke bawah jika membawa alatan tajam. Bawa beberapa alatan

    sahaja pada suatu masa kecuali jika alatan tersebut ditempatkan di dalam bekas khas. Jangan masukkan alatan yangtajam ke dalam poket.

    (g)  Alatan pengapit  – gunakan apit yang sesuai untuk memegang bendakerja terutamanya apabila menggunakanpahat dan mesin elektrik mudah alih. Elakkan dari menggunakan tangan anda untuk memegang objek yang andakerjakan.

  • 8/13/2019 MODUL KH 4

    39/152

    (h)  Penggunaan alatan  – pegang alatan dengan cara yang disarankan dan halakan mata pemotong keluar dari

    kedudukan anda semasa menggunakan alatan tersebut. Berhati-hati apabila menggunakan tangan/jari untuk memandupada permulaan potongan.

    (i)  Kelajuan kerja  – jangan gopoh semasa membuat kerja. Kerja yang terancang pada kelajuan yang sesuai bukansahaja selamat tetapi akan menghasilkan kerja yang memuaskan dan bermutu.

    (j)  Pengurusan meja kerja  – letakkan bahan kerja secara tersusun di atas meja dengan alatan berada di bahagiantengah meja kerja. Jangan menindih alatan di antara satu sama lain. Jangan biarkan alatan tajam terkeluar dari tepibahagian meja kerja. Rapatkan ragum meja jika tidak digunakan dengan pemusingnya menghala ke bawah. Pastikanlaci dan pintu kabinet sentiasa tertutup.

    (k)  Keselamatan lantai  – kawasan tempat bekerja perlulah bersih dari reja bahan dan tumpahan minyak.

    AKTIVITI 3.1

    Dapatkan gambar foto berkaitan dengan peraturan dalam bengkel dan terangkan denganringkas pentingnya peraturan itu dilaksanakan. Bincangkan.

    3.2 PUNCA KEMALANGAN DALAM KERJA-KERJA MEKANIKAL

    Sepertimana yang anda ketahui kemalangan yang berlaku dalam bidang mekanikal adalah berkait rapat denganpenggunan jentera atau alat oleh pengendalinya. Punca-punca kemalangan dalam mekanikal boleh berlaku akibatdaripada:-

    (a)  Kecuaian Pekerja

    (i) Tidak menggunakan peralatan perlindungan dengan cara yang betul.(ii) Tidak mematuhi arahan yang ditetapkan.(iii) Menggunakan peralatan/mesin dengan cara yang salah atau menyalahgunakannya untuk tujuan lain seperti

    bergurau senda.(iv) Tergesa-gesa melakukan kerja tanpa membaca arahan kerja dan notis amaran.(v) Keadaan rupa diri yang tidak kemas seperti berambut panjang, pakaian yang longgar, memakai barang perhiasandan sebagainya.

    (b)  Keadaan Peralatan/Perkakasan 

    (i) Tidak membuat pemeriksaan terhadap peralatan yang hendak digunakan.(ii) Tidak melaporkan sebarang kerosakan kepada penyelia jika ada.(iii) Sebelum menggunakan mesin pengendali mestilah seorang yang tahu dan faham cara mengguna danmemberhenti mesin dengan cara yang betul.

    (c)  Keadaan Benda Kerja dan Kawasan Kerja

    (i) Tidak memastikan kemudahan keselamatan yang terdapat di sekeliling.(ii) Tidak mematuhi tanda-tanda amaran seperti tanda larangan merokok di tempat yang mudah terbakar.(iii) Tidak menghindarkan diri daripada menggunakan perkakasan elektrik di tempat yang terdapat bahan-bahanmudah terbakar.

    3.2.2 Langkah Keselamatan yang Boleh Diambil bagi Mencegah Kemalangan dalam Kerja-kerja Mekanikal

    Berikut merupakan langkah-langkah keselamatan yang boleh anda terapkan semasa bekerja untuk mengelakkankemalangan berlaku:-

    (a) Elakkan daripada memegang atau menyentuh bahagian mesin/benda kerja yang tajam semasa ia sedangberoperasi.

    (b) Pastikan mesin mempunyai suis keselamatan saling mengunci.(c) Pastikan mesin mempunyai sistem pembumian yang sempurna.(d) Matikan suis kuasa sepenuhnya apabila mesin tidak digunakan atau dibersihkan.(e) Laporkan kepada penyelia jika terdapat sebarang kerosakan pada mesin.

  • 8/13/201