Memperkasakan Tamadun Islam Melalui Tanggungjawab Sosial Korporat

Embed Size (px)

Citation preview

MEMPERKASAKAN TAMADUN ISLAM MELALUI TANGGUNGJAWAB SOSIAL KORPORAT:SEJARAH DAN AMALAN DALAM PERBANKAN ISLAM

DISEDIAKAN OLEH: NORAJILA BINTI CHE MAN JONI TAMKIN BIN BORHAN AKADEMI PENGAJIAN ISLAM UNIVERSITI MALAYA

PENGENALAN KONSEP DAN TEORI CSR PERSPEKTIF KONVENSIONAL PERSPEKTIF ISLAM

SEJARAH PELAKSANAAN CSR DALAM PERBANKAN ISLAM KEPENTINGAN CSR KESIMPULAN

1/25/2012

2

PENGENALAN Isu tanggungjawab sosial korporat (CSR) sering kali dibahas dan didebatkan semenjak ianya mula diperkenalkan. Pelbagai pandangan yang timbul dari pelaksanaan CSR ini. Ada yang menyokong dan ada yang menentang pelaksanaannya. Perubahan yang berlaku dalam nilai sosial masyarakat yang disebabkan oleh gaya hidup yang semakin kompetetif, kesan globalisasi dan juga liberalisasi serta masalah sosial yang berlaku dalam masyarakat sekarang menghangatkan kembali perbahasan berkaitan CSR ini.1/25/2012 3

Perkembangan serta kemajuan sesebuah institusi korporat banyak bergantung kepada faktor-faktor lain selain keuntungan perniagaan semata-mata. Sokongan pelbagai kumpulan masyarakat seperti pengguna, pekerja, pemilik modal, kumpulan bukan pengguna serta masyarakat umum .

CSR - satu tanggungjawab sosial perniagaan bagi mengatasi masalah dan isu sosial serta mengandungi matlamat politik perniagaan dapat menjadi penyelamat dan penyelesai masalah dalam masyarakat CSR - komitmen sesebuah organisasi untuk beroperasi secara ekonomik dengan mengambil kira keadaan persekitaran sosial di sekeliling mereka Kebajikan masyarakat sekeliling perlu diberi perhatian dalam menjalankan operasi perniagaan. Organisasi syarikat tidak seharusnya menumpukan perhatian untuk mengaut keuntungan semata-mata dengan membelakangkan kepentingan masyarakat umum.1/25/2012 4

KONSEP DAN TEORI CSR PERSPEKTIF KONVENSIONAL Konsep CSR ini tidak diterima pakai semasa mula diperkenalkan dan sering menjadi bahan jenaka dalam perbahasan. Konsep ini dianggap bertentangan dengan konsep pelaburan dan terma-terma dalam perniagaan. Penghujung 1990-an, konsep ini mula diperakui oleh setiap entiti dalam masyarakat Kerajaan, pihak swasta, organisasi bukan kerajaan, dan pengguna individu.1/25/2012 5

Blair mendefinisikan konsep CSR ini melalui makna tanggungjawab. Tanggungjawab - keadaan bertanggungjawab, bertanggungjawab terhadap sesuatu, ataupun kebertanggungjawaban. CSR - Satu rangka kerja bagi peranan sesebuah institusi korporat dan menjadi satu standard perlakuan yang perlu diambilkira oleh sesebuah syarikat untuk memberi kesan yang positif dan produktif kepada masyarakat. CSR - komitmen korporat secara sukarela untuk menjangkaui obligasi sama ada secara langsung atau tidak langsung yang telah ditetapkan ke atas sesebuah syarikat melalui jangkaan masyarakat terhadap kelakuan konvensional korporat.

1/25/2012

6

Konsep CSR ini mula dikembangkan oleh Howard Bowen dalam bukunya yang bertajuk Social Responsibility of The Business yang membincangkan mengenai hubungan antara syarikat dan masyarakat. Perbincangan mengenai konsep ini bermula semenjak 1917 oleh Henry Ford. Idea tersebut ditentang oleh semua pihak termasuk pemegang saham dan juga institusi kehakiman. Idea tersebut diterima pakai 8 dekad kemudian tanpa sebarang halangan dari stakeholders. Dua sebab yang mendorong kepada perbezaan pendapat antara dua zaman tersebut 1919 - Konsep CSR bagi institusi korporat terpisah sepenuhnya. 1990-an Konsep CSR membantu merancakkan prestasi kewangan syarikat. Perubahan budaya yang berlaku seiring dengan peredaran zaman telah memungkinkan konsep CSR ini diterima pakai diseluruh dunia. Masyarakat mula menerima kelebihan dan faedah yang dapat diperolehi hasil dari pelaksanaan CSR ini.1/25/2012 7

PERSPEKTIF ISLAM konsep CSR menurut perspektif Islam lebih menjurus kepada pendekatan kerohanian. Berteraskan ajaran al-Quran dan as-Sunnah. Terkandung dalam ikatan kerohanian yang memerlukan setiap individu untuk berserah kepada ketetapan syariah melaksanakan setiap tanggungjawab yang telah ditetapkandan menjalani kehidupan di muka bumi ini dengan berasaskan kebaikan dan kemurnian akhlak sebagaimana dituntut oleh syariah.

Matlamat yang ingin dicapai dalam islam bukan tertumpu kepada keperluan material sahaja, tetapi turut merangkumi konsep kesejahteraan hidup manusia yang menekankan konsep persaudaraan dan keadilan sosioekonomi1/25/2012

memerlukan keseimbangan antara kedua-dua aspek iaitu keperluan material dan spiritual bagi setiap insan

8

Konsep CSR dalam Islam adalah bertitik tolak dari beberapa konsep yang sedia wujud dalam ajaran Islam tawhid, taqwa, ukhuwwah, fardh al-adl.

Setiap konsep dan elemen ini wujud dan membentuk konsep tersendiri CSR dalam perspektif Islam.

1/25/2012

9

Tawhid Sumber bagi setiap gagasan etika Islam iaitu mengakui keesaan Allah. menyediakan satu arah tuju dalam menjamin penyatuan semangat ke arah kepatuhan terhadap syariah Islamiah. pemangkin bagi setiap prinsip etika Islam yang lain dan juga prinsip-prinsip dalam teologi. konsep ini menunjukkan kepercayaan sepenuhnya manusia kepada Allah. Segala sesuatu yang dilaksanakan adalah disandarkan kepada Allah. Kepercayaan bahawa tiada tuhan selain Allah dan hanya dia yang layak disembah merupakan asas dalam Islam Berdasarkan kepercayaan ini, umat Islam berserah sepenuhnya kepada kehendak Allah.

1/25/2012

Menunjukkan peranan manusia sebagai khalifah di dunia ini. 10

Dua peranan utama yang dimainkan oleh manusia hamba Allah khalifah Allah di muka bumi. Sebagai hamba manusia harus menghambakan diri kepada tuhan penciptanya, mencari keredhaan Allah, mematuhi segala aturan dan panduan yang telah ditetapkan, berbuat baik kepada sesama makhluk mengelakkan daripada membuat kerosakan di muka bumi Allah ini.

Sebagai seorang khalifah manusia bertanggungawab menguatkuasakan syariah Islamiyyah dalam segenap aspek kehidupannya memastikan keharmonian dan keamanan di atas muka bumi, memelihara alam sekitar mengamalkan sifat mahmudah dalam diri setiap individu1/25/2012 11

Taqwa penggerak kepada individu untuk mencapai objektifobjektif syariah melalui jalan yang telah ditetapkan oleh syariah. Ketakwaan kepada Allah akan mewujudkan nilai-nilai moral di dalam diri individu dalam membentuk kehidupan sosialnya sendiri. Individu akan memelihara hubungannya dengan allah, hubungan sesama manusia, dan hubungan dengan makhluk

Situasi ini akan mengelakkan berlakunya perselisihan kepentingan di kalangan ahli masyarakat setiap individu dalam masyarakat mempunyai satu matlamat yang utama iaitu menghambakan diri kepada Allah. Individu akan bekerjasama dari bersaing sesama sendiri untuk mencapai matlamat al-falah sebagai puncak kejayaan dalam hidup.1/25/2012

12

Ukhuwwah dan al-adl Konsep ini telah menetapkan secara jelas hubungan antara sesama manusia yang berpandukan kepada konsep persaudaraan dan kesaksamaan. Keadilan dan persaudaraan dalam islam menekankan bahawa ahli masyarakat harus mengambil berat mengenai keperluan asas orang-orang fakir dan miskin dapat menghalang individu dari melakukan perkara yang mendatangkan kemudaratan kepada diri sendiri, orang sekeliling serta makhluk Allah yang lain

Menjadikan setiap muslim bertanggungjawab antara satu sama lain.

1/25/2012

13

Fardh Setiap individu dalam Islam menanggung tanggungjawab yang besar terhadap tindakannya sendiri. Individu diingatkan untuk tidak bertindak di luar batasan nilai moral dan etika hanya untuk memenuhi keperluan sendiri. Setiap individu terutamanya muslim perlu mengambil berat tentang orang lain dalam melakukan setiap tindakan. Dan tanggungjawab tersebut tidak boleh dipindahkan kepada orang lain dan setiap orang akan diberikan balasan berdasarkan apa yang telah dilakukannya. Setiap individu harus berlumba-lumba dalam membuat kebaikan dan mengelakkan dari melakukan kejahatan1/25/2012

setiap amalan dan tindakan akan dipersoalkan kelak

14

SEJARAH PELAKSANAAN CSR 1917- Bermula apabila berlaku pertelingkahan antara Henry Ford dan Dodge Bersaudara berkaitan pelaburan semula syarikat Ford Motor. Idea henry ford ditentang keras oleh pemegang saham dan juga institusi kehakiman.

1950-an Howard bowen orang pertama yang menulis mengenai hubungan antara syarikat dan masyarakat.-(social responsibility of business).1/25/2012 15

1990-an dan kini Mula diterima oleh masyarakat umum yang lebih rasional dan menyokong pelaksanaan CSR ini. Masyarakat juga melihat, syarikat korporat yang mengabaikan tanggungjawab sosialnya sebagai syarikat yang teruk walaupun prestasi kewangannya sangat memberangsangkan. Semakin banyak syarikat korporat yang melaksanakan tanggungjawab sosial masingmasing di seluruh dunia. Mewujudkan satu polisi khas berkaitan CSR

Di Malaysia, dasar sosial negara telah diwujudkan1/25/2012

Bermatlamat untuk mewujudkan masyarakat yang maju dan mapan dari aspek sosial ekonomi dan teknologi. 16

Kerajaan turut memberi insentif kepada syarikat korporat yang terlibat dalam melaksanakan program CSR Pelepasan cukai Peruntukan dana kepada syarikat Dari perspektif Islam, konsep tanggungjawab sosial ini bergerak seiring dengan perkembangan Islam itu sendiri. Islam menganjurkan umatnya untuk mengajak kearah kebaikan dan mencegah kemungkaran (amar maruf nahi mungkar) Setiap individu diseru untuk melakukan kebaikan dan ditegah melakukan kezaliman diri sendiri, kaum keluarga masyarakat sekeliling

Konsep keadilan dan persaudaraan - intipati pelaksanaan CSR dalam Islam - telah lama dianjurkan oleh Islam. Ini dapat dilihat melalui himpunan ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi yang menyebut mengenai perkara ini.

1/25/2012

17

Dalam Islam, aktiviti perniagaan tidak hanya dilakukan untuk memuaskan keperluan dan kehendak material sahaja Dilakukan untuk memenuhi tanggungjawab agama dan untuk mencapai objektif-objektif bukan material seperti melindungi keperluan sosial.

Syarikat perniagaan dibenarkan membuat keuntungan selagi mana ianya tidak mengabaikan kepentingan masyarakat umum. Untung merupakan elemen penting yang menggerakkan sesebuah syarikat perniagaan.

CSR dalam Islam juga melibatkan pelaksanaan zakat yang wajib ke atas setiap individu.1/25/2012

Individu yang membayar zakat dianggap telah melaksanakan tanggungjawab sosialnya.

18

CSR DALAM PERBANKAN ISLAM Terdapat satu rangka kerja dalam melaksanakan CSR bagi organisasi korporat Islam. Obligasi dan ajaran syariah yang perlu diikut oleh organisasi korporat. Tanggungjawab wajib (obligatory responsibility) Tanggungjawab sunat (recommendable responsibility)1/25/2012 19

Tanggungjawab wajib Perkara yang wajib dilakukan Membayar zakat perniagaan pada kadar 2.5% dari keuntungan syarikat. Perkara yang wajib dielakkan Mengelakkan perkara yang dilarang dalam Islam Judi Arak Dadah Jual beli tembakau atau rokok Terlibat dalam perkara-perkara syubhah sama ada komoditi, perkhidmatan atau amalan moral individu.

Tanggungjawab sunat Setiap perkara yang dianggap aktiviti CSR pada pandangan konvensional 1/25/2012 Sedekah, derma, program amal dan sebagainya.

20

Antara bentuk manisfestasi CSR oleh bank Islam Penawaran produk berasaskan prinsip al-qard al-hasan ataupun pinjaman tanpa faedah kepada pelanggan Menubuhkan dana sosial yang digunakan untuk mengurangkan beban ekonomi fakir dan miskin Menyediakan perlindungan insurans kepada para pekerja dan ahli keluarga Sumbangan dalam pembangunan dan penyelidikan komuniti

1/25/2012

21

KEPENTINGAN CSR Boleh dilihat dari tiga aspek Syarikat korporat Masyarakat umum Negara

Syarikat korporat Peningkatan dalam jenama (brand enhancement) Nilai moral pekerja yang lebih baik Memberikan imej yang baik di mata masyarakat Meningkatkan prestasi syarikat dalam jangka masa panjang Memastikan kelangsungan dan kemandirian 1/25/2012 22 syarikat untuk jangka panjang

Masyarakat Kepentingan dan tuntutan semasa masyarakat dapat dilindungi dan dipenuhi Mengurangkan kadar kemiskinan dalam masyarakat Melalui program-program yang dijalankan dan bantuan-bantuan yang diberikan

Memperbaiki taraf hidup masyarakat Melahirkan masyarakat yang celik ilmu pengetahuan

1/25/2012

23

Negara Mengurangkan kadar kemiskinan dalam negara Membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi negara Membantu membangunkan negara melalui sumbangannya di dalam bidang ekonomi, sains dan juga teknologi. Untuk menjadi sebuah negara maju, penguasaan dalam bidang sains dan teknologi amat penting untuk bergerak seiring dengan negara-negara maju yang lain. Pengukuhan ekonomi juga penting untuk memastikan negara mampu memenuhi keperluan rakyatnya.

1/25/2012

24

KESIMPULAN Pelaksanaan CSR kini turut disokong dan dianjurkan oleh badan-badan besar dunia yang mula menyedari kepentingan dan faedah yang diperolehi dari pelaksanaan CSR ini. Pelaksanaan CSR ini dapat mendatangkan kebaikan bukan sahaja kepada masyarakat sekeliling dan syarikat bahkan juga kepada agama, bangsa dan negara. Programprogram yang dilaksanakan oleh syarikat korporat umumnya dan institusi perbankan Islam khususnya adalah menyeluruh dan meliputi setiap aspek yang dapat memberi keuntungan kepada setiap pihak.

1/25/2012

25

SEKIAN.TERIMA KASIH

1/25/2012

26