3
Nama: Anis Sabihah Binti Aidid Kelas: R14A Text: Hujan Hitam oleh Masuji Ibuse Soalan: How was your understanding of cultural and contextual considerations of the work developed through the interactive oral? Menurut kajian, budaya merupakan sebuah perkongsian dalam sesebuah masyarakat yang membentukkan adat istiadat masyarakat tersebut. Dalam karya Hujan Hitam, pengarang telah menggambarkan pelbagai jenis budaya yang terdapat pada masyarakat Jepun. Budaya- budaya yang telah digambarkan dalam karya merupakan budaya yang telah diamalkan oleh masyarakat Jepun secara turun-temurun. Pengkaji telah mendapati bahawa mayarakat pada zaman Perang Dunia Kedua masih mengamalkan pemakaian tradisional mereka iaitu pemakaian kimono. Pada ketika ini, masyarakat Jepun memakai kimono sebagai pakaian harian mereka. Dari segi bahasa, kimono bermaksud pakaian dalam bahasa Jepun. Terdapat pelbagai jenis kimono antaranya ialah kimono musim panas yang nipis atau kimono musim sejuk yang dipakai secara berlapis.Selain itu, kimono dipakaikan sebagai pakaian harian mereka di mana mereka juga pakai kimono ketika tidur. Pakaian kimono juga merupakan lambang rasmi sesebuah keluarga. Terdapat corak pada pakaian kimono yang merupakan cap mohor keluarga. Hal ini melambangkan status sosial sesebuah keluarga itu. Dalam karya Hujan Hitam, Shigematsu telah menyalin diari Yasuko dan

Malay RS Hujan Hitam

Embed Size (px)

DESCRIPTION

Black Rain by Masuji Ibuse. Reflective statement for IB Diploma Malay A.

Citation preview

Nama: Anis Sabihah Binti AididKelas: R14AText: Hujan Hitam oleh Masuji Ibuse

Soalan: How was your understanding of cultural and contextual considerations of the work developed through the interactive oral?Menurut kajian, budaya merupakan sebuah perkongsian dalam sesebuah masyarakat yang membentukkan adat istiadat masyarakat tersebut. Dalam karya Hujan Hitam, pengarang telah menggambarkan pelbagai jenis budaya yang terdapat pada masyarakat Jepun. Budaya-budaya yang telah digambarkan dalam karya merupakan budaya yang telah diamalkan oleh masyarakat Jepun secara turun-temurun. Pengkaji telah mendapati bahawa mayarakat pada zaman Perang Dunia Kedua masih mengamalkan pemakaian tradisional mereka iaitu pemakaian kimono. Pada ketika ini, masyarakat Jepun memakai kimono sebagai pakaian harian mereka. Dari segi bahasa, kimono bermaksud pakaian dalam bahasa Jepun. Terdapat pelbagai jenis kimono antaranya ialah kimono musim panas yang nipis atau kimono musim sejuk yang dipakai secara berlapis.Selain itu, kimono dipakaikan sebagai pakaian harian mereka di mana mereka juga pakai kimono ketika tidur. Pakaian kimono juga merupakan lambang rasmi sesebuah keluarga. Terdapat corak pada pakaian kimono yang merupakan cap mohor keluarga. Hal ini melambangkan status sosial sesebuah keluarga itu. Dalam karya Hujan Hitam, Shigematsu telah menyalin diari Yasuko dan di dalam diari itu telah menerangkan jenis-jenis kimono untuk dihantar ke kampong.Selain itu, terpadat upacara minum teh atau Chado dalam kebudayaan masyarakat Jepun. Upacara ini diadakan untuk merapatkan hubungan antara keluarga dan tetamu yang dijemput. Selain itu, upacara ini juga dapat mencerminkan disiplin orang yang menyediakan teh dalam upacara ini. Upacara minum teh ini merupakan sebua kesenian kepada masyarakat Jepun di mana dalam upacara dapat menggambarkan kelembutan dan kesopanan yang masyarakat Jepun. Di samping itu, upacara minum teh perlu dpelajari oleh kaum perempuan untuk melatih disiplin dan keperibadian mereka. Jikalau mereka tidak dapat melaksanakan upacara minum the dengan baik, mereka akan dianggap seorang wanita yang tidak dapat menguruskan rumahtangganya dengan baikDi samping itu, budaya lain yang digambarkan dalam karya Hujan Hitam ialah budaya perkahwinan. Dalam karya Hujan Hitam, Shigematsu dan isterinya Shigeko amat risau akan keadaan Yasuko yang masih belum berkahwin. Bagi masyarakat Jepun pada ketika itu, mereka amat pentingkan perkahwinan pada usia yang muda. Jikalau seseorang masih belum berkahwin apabila mereka mencapai usia 30, mereka akan dianggap bernasib malang. Sebelum berkahwin, anak-anak muda akan dihantar ke kelas petang khususnya kaum wanita. Mereka akan dididik untuk menjadi suri rumah yang baik serta diajar menyusun bunga, upacara minum teh dan sebagainya. Pengkaji telah mempelajari pelbagai budaya masyarakat Jepun melalui karya Hujan Hitam. Pengarang telah menggambarkan budaya Jepun deengan baik dan jelas. Budaya ini melambang keperibadian masyarakat Jeun dan sesetengah budaya ini masih lagi diterapkan dalam masyarakat zaman sekarang malah dipelajari juga di negara lain.(399 patah perkataan)