40
SAMPLE OPEN UNIVERSITY UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA Title ASSIGNMENT Course ENTREPRENEURSHIP OUMH 2103 Name MUHAMMAD HILMI BIN SALEH Matric No 791104025581001 NRIC No 791104025581 Telephone No 019-9216221 Tutor Name ENCIK ABDUL HAFAZ BIN NGAH Kolej Informasi Multimedia, Mentakab SEMESTER / YEAR JANUARI 2004 AN NORRIHAN BINTI SULAN OCTOBER 2003

keusahawanan

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: keusahawanan

SAMPLE

OPEN UNIVERSITY

UNIVERSITI TERBUKA MALAYSIA

Title

ASSIGNMENT

Course ENTREPRENEURSHIP

OUMH 2103

Name MUHAMMAD HILMI BIN SALEH

Matric No 791104025581001

NRIC No 791104025581

Telephone No 019-9216221

Tutor Name

ENCIK ABDUL HAFAZ BIN NGAH Kolej Informasi Multimedia, Mentakab

SEMESTER / YEAR

JANUARI 2004 AN NORRIHAN BINTI SULAN

OCTOBER 2003

Page 2: keusahawanan

1

OPEN UNIVERSITY MALAYSIA SCHOOL OF LIFELONG LEARNING

OUMM 2103 ENTREPRENEURSHIP SEMESTER: MAY 2005

ASSIGNMENT PENDAHULUAN INTRODUCTION Pelajar dikehendaki menjawab tugasan ini secara individu dan memilih salah SATU daripada empat soalan di bawah. (sila rujuk arahan yang diberi) You are required to answer ONE of the four questions given individually. (Please refer to the given instruction) SOALAN TUGASAN 2: QUESTION 2: 1. Bincangkan bagaimana dasar-dasar kerajaan Malaysia (4 dasar sahaja) dapat

membantu membangunkan usahawan di negara ini. Huraian, perbincangan dan cadangan perlu mengandungi:

• Terangkan tentang 4 dasar-dasar kerajaan yang membantu membangunkan usahawan di Malaysia.

• Inti pati dasar-dasar tersebut. • Program-program yang dilaksanakan untuk membantu usahawan. • Bagaimana usahawan boleh memanfaatkan dasar-dasar ini. • Contoh-contoh perniagaan yang telah dibangunkan melalui dasar-dasar ini.

Discuss how Malaysian government policies can enhance entrepreneurs’ development in this country Description, discussion and proposal should include:

• Explain four government policies involved. • The contents of the policies. • Programs that support entrepreneurship. • How entrepreneurs could benefit with these policies • Business examples that have been developed through these policies.

i

Page 3: keusahawanan

2

Senarai Kandungan MUKA SURAT ABSTRAK i - ii PENGENALAN / PENDAHULUAN iii - v 4 DASAR-DASAR KERAJAAN & INTIPATI DASAR-DASAR BERKENAAN Dasar Pandang Ke Timur 1 - 2 Dasar Ekonomi Baru (DEB) 2 - 4 Dasar Perindutrian Negara 5 - 7 Dasar Sains dan Teknologi Negara 8 - 11 PROGRAM-PROGRAM YANG DILAKSANAKAN UNTUK MEMBANTU USAHAWAN. Pembudayaan Keusahawanan

- Program Usahawan Muda (PUM) 12 - 13 - Program Pembangunan Keusahawanan di IPTA 13 - 14 - Latihan Program Mentor 14 - Latihan Asas Perniagaan (LAP) 14 - Latihan Keusahawanan Siswa 14 - Program Latihan Asas Perniagaan Francais bagi bakal Francaisor 15 - 16 - Kursus Asas Perniagaan Francais bagi bakal Francaisi 16

Program Latihan dan Bimbingan

- Basic Business Training 16 - Skim Latihan Bagi Kakitangan Kerajaan Mencebur Diri

Sepenuh Masa Dalam Perniagaan (SLGKKDP) 16 - Bengkel Keusahawanan Jangka Pendek 16 - Bengkel Pemasaran Strategik 16 - Bengkel Pengurusan Kewangan Strategik 16 - Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan 16 - Bengkel Pengenalan 5S 17 - Program Usahawan Berjaya Utama 17 - Latihan Keusahawanan Kepada Penjaja dan Peniaga

Kecil Di Negeri-negeri 17 - Program Latihan Francais Vendor 17 - 18

i

Page 4: keusahawanan

3

BAGAIMANA USAHAWAN BOLEH MEMANFAATKAN DASAR-DASAR INI. Pembiayaan

- Tabung Usahawan Siswazah 18 - Skim Modal Asas 18 - Skim Pinjaman Biasa 18 - Tabung Modal Teroka Berteknologi Tinggi 18 - Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN) 19 - Pembiayaan Perniagaan MARA 19 - Skim Bantuan Pembangunan Francais 19 - Skim Pembiayaan Francais 19

Penyediaan Premis Perniagaan 20 Pembangunan dan Peluang Perniagaan 21 Promosi dan Pasaran 21 CONTOH-CONTOH PERNIAGAAN YANG TELAH DIBANGUNKAN MELALUI DASAR-DASAR INI.

Penggunaan Teknologi Maklumat (Dasar Sains Dan Teknologi Negara) 22 - 23

Lanjutan Dari Program Vendor (Dasar Industri Negara) 23 - 24

Program Francais (Dasar Pandang Ke Timur) 24

Program E-Perolehan (Dasar Sains dan Teknologi Negara) 25

Huraian dan Perbincangan 26

Kesimpulan 27 – 28

Rujukan 29

i

Page 5: keusahawanan

4

ABSTRAK

agaimana dasar-dasar kerajaan Malaysia dapat membantu membangunkan

usahawan-usahawan’ ; merupakan topic tugasan pilihan saya. Keusahawanan

sebagai satu bidang yang mencabar, berisiko tinggi, sanggup berkorban,

keberanian, tekad dan usaha yang tidak pernah jemu. Dalam menyiapkan

perbincangan dan data-data yang lengkap, beberapa aspek perlu di tekankan, sama ada

ketelusan, kesahhan maklumat serta impaknya ke atas tugasan ini kelak. Berbantukan

beberapa rujukan seperti penerbitan jurnal, buku ilmiah, keratan akhbar serta sumber

terpenting saya iaitu Internet, tugasan ini dapat disiapkan dan sedikit sebanyak dapat

membantu saya memahami erti hidup seorang usahawan bukan sahaja dari perspektif lahiriah

dan dari segi mental. Di sini kita dapat memahami bahawa sektor pembuatan dan juga guna

tenaga manusia memainkan peranan yang penting diikuti dengan bantuan, sokongan modal

dan juga dana dari pihak berkuasa iaitu kerajaan. Berbantukan dan berteraskan pemahaman

yang mendalam perlu dalam merealisasikan apa yang kita maksudkan dengan dunia

keusahawanan.

Justeru, maklumat-maklumat yang diperolehi dapat digunapakai dan diterapkan di

dalam kehidupan yang perlu kepada kreativiti dan inovasi. Selaras dengan moto “Usaha

Tangga Kejayaan”, yang membawa maksud seseorang yang gigih berusaha tanpa mengenal

erti jemu, pastinya akan membuahkan kejayaan di akhir usahanya.

Kerajaan sebagai penaung kepada penjanaan modal dan aset permulaan, merupakan

pendorong utama atau tulang belakang terhadap sesuatu penghasilan atau produk daripada

pengusaha yang digelar usahawan. Setiap usahawan juga perlu mempunyai jati diri serta

ketahanan mental dan emosi sesuai dengan usahanya dan gelaran “USAHAWAN”.

Walaupun keusahawanan bukan untuk semua insan, tetapi anda mungkin memilih bidang

keusahawanan sebagai satu kerjaya, memulakan sebuah perniagaan dan seterusnya menjadi

‘B

Page 6: keusahawanan

5

seorang usahawan yang berjaya. Usahawan hari ini lebih menyeronokkan, khususnya untuk

orang-orang yang inginkan cabaran dan pencapaian berbanding dengan wang dan kuasa.

Keusahawanan bukan untuk orang-orang yang mudah kecewa. Tiada formula azimat. Tetapi

kepada yang sanggup bekerja kuat dan sanggup mencuba, mimpi anda akan menjadi

kenyataan. Atas alasan inilah segala peluang yang hadir tidak patut dilepaskan begitu sahaja.

Semoga segala paparan dan ulasan serta komen dapat sama-sama membantu apa yang

dikatakan…

"Keusahawanan Kerjaya Pilihan"

Page 7: keusahawanan

6

PENDAHULUAN / PENGENALAN

Tugasan ini adalah berkisar kepada usaha-usaha kerajaan berlandaskan dasar-dasar

kerajaan yang dibentuk untuk membantu membangunkan usahawan di negara ini. Secara

amnya, segala maklumat yang di perolehi dalam dapatan tugasan ini kebanyakkan datang

dari laman informasi Kementerian Pembangunan Usahawan (MECD) dan juga beberapa

rujukan dari makalah penerbitan pertubuhan-pertubuhan lain serta draf perancangan negara.

Oleh itu secara ringkas diperihalkan mengenai kementerian tersebut.

Penubuhan Kementerian Pembangunan Usahawan bagi menggantikan KPA bertujuan

untuk memberi tumpuan dan penekanan khusus terhadap pembangunan usahawan

Bumiputera untuk mempercepatkan pencapaian matlamat

pewujudan sebuah Masyarakat Perdagangan dan

Perindustrian Bumiputera (MPPB). Penyusunan semula

kementerian sebagaimana pada 27 Mac 2004

memperkenalkan indentiti baru Kementerian Pembangunan

Usahawan telah diberi nama baru iaitu Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi

dengan pertambahan pegangan tanggungjawab terhadap Jabatan Pembangunan Koperasi,

Maktab Kerjasama Malaysia dan Bank Kerjasama Rakyat Berhad.

Kementerian ini menyelaras dan memantau pelaksanaan program-program

pembangunan usahawan yang dijalankan oleh agensi-agensi di peringkat persekutuan dan

negeri; ianya juga merumus dasar-dasar jangka pendek dan jangka panjang bagi

pembangunan usahawan, mewujud dan melaksanakan program-program pembangunan,

menggembleng jaringan strategik dengan pihak swasta, Mengoptimum penggunaan sumber

tenaga manusia di MECD dan agensi melalui peningkatan produktiviti serta budaya kerja

cemerlang dan menggalak pembangunan usahawan dalaman (intrapreneurship) oleh agensi-

Page 8: keusahawanan

7

agensi di bawah Kementerian. Keseluruhannya juga ia menjadi pemangkin dan pemudahcara

kepada usahawan dan bakal usahawan memulakan perniagaan, merancang dan melaksanakan

aktiviti-aktiviti penggalakan dan pembudayaan keusahawanan, merancang dan melaksana

aktiviti-aktiviti penggalakkan kepada pembangunan Koperasi. Bagi mencapai matlamat

untuk membangunkan usahawan, MECD telah merangka beberapa strategi yang memberi

fokus kepada penyelarasan program-program pembangunan usahawan yang dilaksanakan di

peringkat persekutuan, negeri dan swasta.

Dasar-dasar yang digubal adalah bertujuan membantu usahawan supaya berdaya

saing di peringkat nasional dan global. Banyak dasar-dasar kerajaan dalam membangunkan

sektor keusahawanan tetapi penekanan secara menyeluruh perlu datang dari diri usahawan itu

sendiri. Seperti contoh pengenalan :

i. Dasar Pandang Ke Timur

ii. Dasar Pembangunan Nasional (DPN)

iii. Dasar Ekonomi Baru (DEB)

iv. Dasar Kependudukan Malaysia Ke Arah 70 Juta

v. Dasar Perindustrian Negara

vi. Dasar Perindustrian Berat Negara

vii. Dasar Sains dan Teknologi Negara

viii. Dasar Sosial Negara

Dan yang terbaru ialah mewujudkan Malaysia sebagai “Halal Hub” atau pusat pemprosesan

makanan halal di dunia.

Sebelum perkara ini diulas secara lanjut kita sedia maklum bahawa pihak kerajaan sedar dan

sedia mempertimbangkan beberapa perkara yang asas sebagai contoh, sekarang tumpuan

Page 9: keusahawanan

8

diberi khusus kepada meningkatkan sumbangan keupayaan dalaman domestik kepada

pertumbuhan ekonomi negara iaitu:

- Pelaburan Tempatan

- Aktiviti-aktiviti ekonomi seperti perkilangan oleh syarikat-syarikat tempatan

- Tingkatkan keupayaan-keupayaan teknologi tempatan

- Tingkatkan kemahiran-kemahiran rakyat Malaysia sendiri

- Tingkatkan keupayaan mengeksport di kalangan syarikat-syarikat tempatan.

Sebagaimana kehendak tugasan, perbincangan adalah mengenai 4 dasar sahaja di samping

dasar-dasar yang lain. Semuanya ini sebenarnya saling berhubung kait antara satu sama lain.

Page 10: keusahawanan

9

DASAR PANDANG KE TIMUR.

Persidangan "5th Joint Annual Conference of MAJECA/JAMECA" di Hilton,

Kuala Lumpur pada 8hb. Februari 1982, mencatatkan satu lagi pendirian kerajaan dalam

menggalakkan usaha-usaha pembangunan negara. Di persidangan ini, Y.A.B. Perdana

Menteri Dato` Seri Dr. Mahathir Mohamad telah mengumumkan ‘Dasar Pandang ke

Timur’ . Dasar ini bermakna, pihak Kerajaan akan membuat pengkajian, penelitian dan

pemilihan terhadap contoh-contoh dan teladan yang terbaik daripada negara Jepun dan

Korea dengan mengadaptasikannya dengan keadaan-keadaan di Malaysia. Seperti yang kita

sedia maklum, negara Jepun dan Korea adalah merupakan dua buah negara yang begitu

pesat membangun, di beberapa bidang,mereka adalah lebih maju dari beberapa negara Barat

sendiri. Kejayaan kedua-dua negara ini boleh dijadikan contoh dan teladan kepada Malaysia

dan seterusnya dipraktikkan bagi mencapai matlamat pembangunan negara dengan

meninggikan prestasi pengurusan dan pembangunan sektor awam dan swasta.Objektif utama

Dasar Pandang Ke Timur ini ialah untuk meninggikan prestasi pengurusan dan

pembangunan di negara ini serta mewujudkan golongan masyarakat Malaysia yang

mempunyai nilai-nilai dan etika kerja yang positif untuk meninggikan kemajuan negara.

Perkara-perkara yang harus ditumpukan melalui dasar ini ialah 'kerajinan dan disiplin

bekerja, kesetiaan kepada negara dan perusahaan atau perniagaan di mana pekerja bekerja,

keutamaan kepada kumpulan dan tidak diri sendiri, tekanan daya pengeluaran

(productivity) dan mutu yang tinggi (quality), peningkatan kecekapan, pengurangan

perbezaan dan perpisahan antara eksekutif dan pekerja am sistem pengurusan yang

menitikberatkan kejayaan jangka panjang dan tidak semata-mata peningkatan dividen atau

pendapatan kakitangan dalam jangka pendek, dan lain-lain lagi yang dipercayai

boleh menyumbangkan kepada kemajuan bagi negara kita'.

Dasar Pandang Ke Timur ini tidak bermakna bahawa Malaysia mengurangkan

Page 11: keusahawanan

10

hubungan dagangannya dengan rakan-rakan yang ada sekarang. Sebaliknya Kerajaan akan

terus memperluaskan lagi perdagangannya dengan mengadakan hubungan dengan rakan-

rakan bukan tradisional di samping terus mengekalkan dan memajukan hubungan

perdagangan yang setia selaras dengan kepentingan negara.

DASAR EKONOMI BARU (DEB)

Berkisar kepada sejarah Malaysia, penjajah British menggalakkan perkembangan

masyarakat secara 'plural' melalui amalan 'pecah' dan perintah. Pihak British telah

menggalakkan kedatangan tenaga buruh dari negara China dan India untuk kepentingan

ekonomi penjajah dalam sektor perlombongan bijih timah, perdagangan dan

perladangan. Penambahan penduduk dan peningkatan kegiatan ekonomi telah

menyebabkan pertumbuhan bandar, jalan-jalan, rel-rel keretapi dan pembahagian

kelompok kaum mengikut sektor ekonomi. Keadaan ini telah menyebabkan jurang

perbezaan antara kaum, pembangunan bandar dan luar bandar bertambah besar. Selepas

mencapai kemerdekaan, Rancangan Malaya 5 tahun telah diperkenalkan. Rancangan

Malaya Pertama, kedua dan Rancangan Malaysia Pertama dirancang untuk

menitikberatkan kepada segi pertumbuhan dan pembaharuan ekonomi. Rancangan ini telah

menunjukkan kelemahan dari segi strategi di mana corak atau sistem semasa penjajahan

masih berterusan. Dari banci penduduk tahun 1970 didapati 49.3% dari semua keluarga di

Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis miskin. Dari jumlah semua

keluarga miskin 86% berada di kawasan luar bandar dan 14% di kawasan bandar.

Kadar kemiskinan mengikut kaum pula adalah seperti berikut:

Page 12: keusahawanan

11

Dari kajian Tahunan Hakmilik Syarikat-syarikat Berhad yang dijalankan oleh Jabatan

Perangkaan dan rekod dari Pendaftar Syarikat adalah didapati hakmilik dan penguasaan

sektor syarikat-syarikat pada tahun 1971adalah seperti berikut:

PEMILIKAN JUMLAH PEMILIKAN

(RM JUTA) %

Bumiputera Perseorangan dan agensi amanah 279.6 4.3

a) Bumiputera Perseorangan 168.7 2.6

b) Agensi Amanah 110.9 1.7

Bukan Bumiputera 2,233.2 34.0

Warganegara Asing 4,051.3 61.7

Jumlah 6,564.1 100.0

KAUM KADAR

KEMISKINAN (%)

PENDAPATAN PURATA KELUARGA

SEBULAN (RM)

Melayu 64.8 172.00

Cina 26.0 394.00

India 39.2 304.00

Lain-lain 44.8 813.00

Page 13: keusahawanan

12

Dilihat dari sudut pembahagian pekerjaan pada tahun 1970 pecahan mengikut kaum adalah

seperti berikut:

SEKTOR MELAYU CINA INDIA LAIN-LAIN

1. Pertanian 67.6 19.9 11.5 1.0

2. Perlombongan 32.1 58.7 8.5 0.7

3. Perniagaan / Perdagangan /

Pentadbiran Awam / Pelajaran /

Pertahanan dan Kemudahan

Awam

42.6 45.5 10.7 1.2

Kepincangan di atas dipercayai merupakan suatu sebab utama berlakunya

peristiwa 13 mei 1969. Dasar yang dikenali sebagai Dasar Ekonomi Baru ini adalah satu

dasar yang dilancarkan oleh kerajaan dalam tahun 1970 melalui Rancangan Malaysia Kedua

(1971-1975) untuk membetulkan ketidakseimbangan sosial ekonomi yang wujud di

Malaysia di antara kaum-kaum.

Kemiskinan adalah sebab utama yang menimbulkan perasaan tidak puashati di

kalangan rakyat. Ianya bukan sahaja terdapat di luar bandar tetapi juga di bandar. Keadaan

ini boleh menggugat perpaduan negara kerana masalah kemiskinan adalah mengikut kaum

dengan kadar kemiskinan paling tinggi di kalangan orang Melayu yang tertumpu kepada

aktiviti pertanian tradisional. Banyak perkara yang telah dirancang dan akan dilaksanakan

seperti :

i. Mewujudkan peluang pekerjaan untuk semua golongan rakyat yang menganggur.

ii. Menambah daya pengeluaran dan pendapatan.

iii. Memberi peluang perpindahan orang yang bekerja di sektor yang rendah daya

3

Page 14: keusahawanan

13

pengeluarannya kepada sektor yang lebih lumayan.

iv. Mengurangkan jurang perbezaan pendapatan antara kaum antara kawasan bandar dan

luarbandar dan antara wilayah.

v. Memodenkan kehidupan di luar bandar.

vi. Mewujudkan kumpulan perusahaan dan perdagangan bumiputera.

vii. Mengadakan suasana pekerjaan yang mencerminkan komposisi kaum di Malaysia.

DASAR PERINDUSTRIAN NEGARA (DPN)

Sekitar 50-an dan 60-an, kegiatan perindustrian di negara ini yang dijalankan adalah

sebagai satu daripada usaha untuk mempelbagaikan ekonomi negara yang pada masa itu

amat bergantung kepada getah dan bijih timah. Memandangkan harga kedua-dua komoditi

ini tidak stabil, kerajaan telah melancarkan program perindustrian untuk mencetuskan

perkembangan ekonomi yang lebih pesat dan stabil. Dasar pembangunan perindustrian pada

masa itu adalah tertumpu kepada industri-industri yang bercorak gantian import. Sejak

tahun 70-an, kerajaan di samping mempelbagaikan ekonomi telah menitikberatkan

pertumbuhan industri yang lebih pesat untuk menampung keperluan pekerjaan dan Dasar

Ekonomi Baru (DEB). Dalam hal ini, tumpuan telah diberikan kepada industri-industri

yang berasaskan eksport dan industri yang mengunakan ramai buruh. Mulai tahun 80-an

pula, program perindustrian negara mengalami satu lagi perkembangan meneeusi

penggalakan industri berat. Ini bertujuan untuk memperkukuhkan lagi asas perindustrian

negara dan menambahkan kemahiran rakyat di bidang teknologi yang lebih tinggi. Ia juga

bertujuan untuk mempercepatkan lagi proses perindustrian. Kerajaan memainkan peranan

secara langsung di dalam merancang, melaksana, membiayai dan mengurus industri-

industri berat memandangkan sektor swasta tidak mampu menanggung perbelanjaan atau

Page 15: keusahawanan

14

menghadapi risiko dalam mengendalikan projek-projek yang bukan sahaja melibatkan

modal yang besar, tetapi juga hanya dapat memberi pulangan dalam tempoh masa yang

panjang. Walaupun pada keseluruhannya perkembangan industri negara dalam tahun-tahun

60-an, 70-an dan awal 80-an adalah memuaskan tetapi banyak masalah dan kelemahan

masih wujud di dalam sektor ini. Misalnya, pertumbuhan sektor eksport adalah tidak

begitu memuaskan jika dibandingkan dengan sektor dalam negeri. Eksport barang-

barang pembuatan Malaysia terlalu bergantung kepada segelintir industri sahaja seperti

elektrik dan elektronik dan tekstil. Mutu keluaran juga pada keseluruhannya tidak begitu

memuaskan dan tidak dapat bersaing dengan keluaran negara-negara asing. Ini disebabkan

tahap teknologi yang masih rendah dan kurangnya kemahiran rakyat tempatan untuk

mempertingkatkan atau memperbaharui teknologi yang diterima dari luar. Satu masalah

besar ialah kurangnya hubungkait di antara sektor perindustrian dengan sektor-sekctor

lain menyebabkan tidak wujudnya integrasi ke hadapan dan ke belakang (back-ward and

forward integration.) Industri-industri yang ditubuhkan juga kurang mempunyai nilai

ditambah (value added) kerana banyak menumpukan kepada aktiviti pemasangan sahaja.

Oleh itu, sekiranya sektor perindustrian dikehendaki terus memainkan peranan utama

dalam pembangunan negara, perlulah diwujudkan matlamat-matlamat jangka panjang yang

disokong dengan dasar dan strategi pembangunan yang baru. Selaras dengan hasrat untuk

mengenalpasti kelemahan ciri-ciri struktur serta mengatasinya, kerajaan telah

melancarkan dua kajian utama pada tahun 1983, iaitu Kajian Dasar Perindustrian

Malaysia (KDPM) dan Pelan Induk Perindustrian (PIP). KDPM benujuan untuk

menyemak dan mengubahsuai dasar-dasar perindustrian negara yang sedia ada dan

mengkaji semula galakan-galakan pelaburan dan dasar-dasar peningkatan eksport. PIP

pula bertujuan untuk menggubal objektif pembangunan perindustrian secara am dalam

mengenalpasti strategi-strategi untuk sektor-sektor kecil yang berpotensi untuk tumbuh

Page 16: keusahawanan

15

dengan pesat. Dasar utama perindustrian telah mengambil kira beberapa prinsip asas yang

terkandung di dalam perakuan-perakuan kedua-dua kajian ini.Pengguba!an dasar

perindustrian negara melambangkan keazaman kerajaan untuk mempergiatkan lagi proses

industrialisasi negara agar sektor pembuatan menjadi punca utama pertumbuhan ekonomi

negara. Kemelesetan ekonomi yang melanda negara pada tahun 1985 - 1986 telah

menunjukkan kelemahan dalam struktur industri negara. Pengalaman dalam dekad 80-an di

mana semua harga komoditi utama telah jatuh secara serentak mendorong kerajaan

memikirkan strategi-strategi ekonomi jangka panjang untuk mengenalpasti dan mengatasi

kelemahan-kelemahan struktur sektor pembuatan ini. Seandainya masalah-masalah ini

dapat diatasi, kerajaan yakin sektor ini boleh memainkan peranan yang lebih dinamik lagi

melalui sumbangan-sumbangan yang lebih besar dari segi menambah eksport,

mengadakan lebih banyak peluang-peluang pekerjaan serta memperbanyakkan peluang-

peluang latihan teknikal dan kemahiran. Pada jangka panjangnya, PIP diharapkan dapat

meletakkan asas yang kukuh bagi negara ini menjadi sebuah negara perindustrian

yang maju. Jelas di negara-negara perindustrian yang ada sekarang, sektor perkilangan

(selain daripada sektor perkhidmatan) merupakan sektor yang terpenting dalam

menggerakkan jentera pembangunan negara. Banyak negara maju dan negara

perindustrian dahulunya merupakan negara- negara pertanian yang mundur, tetapi oleh

kerana mereka memasuki bidang perindustrian dengan bersungguh-sungguh, hari ini

mereka telah maju. Walaupun bidang pertanian di Malaysia merupakan satu kegiatan

ekonomi yang penting namun demikian pertanian tidak mungkin dapat mewujudkan

peluang-peluang pekerjaan bagi puluhan ribu lulusan sekolah dan institusi pengajian tinggi

setiap tahun. Pelan Induk Perindustrian yang telah diumumkan oleh Menteri Perdagangan

dan Perindustrian pada 3 Februari, 1986 telah menggariskan tiga matlamat iaitu:

(a) Menjadikan sektor perkilangan sebagai catalyst pertumbuh perindustrian negara;

Page 17: keusahawanan

16

(b) Menggalakkan penggunaan sepenuhnya sumber asli negara; dan

(c) Meninggikan tahap penyelidikan dan pembangunan (R & D) teknologi tempatan

sebagai asas bagi Malaysia menjadi sebuah negara perindustrian.PIP merangkumi strategi-

strategi dan langkah-langkah yang boleh membawa Malaysia ke dalam era sebuah

negara perindustrian dan seterusnya menjadi teras kepada sebuah negara maju.

Melaluinya, pertumbuhan ekonomi Malaysia akan lebih diterajui oleh pertumbuhan dalam

sektor eksport yang berlandaskan strategi industrialisasi yang outward-looking. Sejauh

mana ini akan mencapai hasil yang baik bergantung kepada keupayaan pekilang-pekilang.

DASAR SAINS DAN TEKNOLOGI NEGARA

Berdasarkan aspirasi negara yang diilhamkan dalam Wawasan 2020, matlamat

kerajaan adalah untuk mencapai taraf sebuah negara maju menjelang tahun 2020. Ini

bermakna kemajuan penuh dalam semua aspek kehidupan termasuk dari segi

ekonomi, politik, sosial, kerohanian, psikologi dan kebudayaan. Menurut Wawasan 2020,

hasrat mencapai taraf yang benar-benar maju hanya boleh dicapai dengan mengatasi

sembilan cabaran strategik yang telah ditentukan.Kemajuan keupayaan Sains dan

Teknologi (S & T) adalah cabaran yang keenam di antara sembilan cabaran yang

disenaraikan. Malaysia mesti mempunyai keupayaan untuk memaju dan menyelaraskan

sumber-sumber S & T yang ada dalam negara supaya mencapai hasrat "menjadikan

Malaysia sebuah masyarakat yang berasaskan sains dan yang progresif, iaitu satu

masyarakat yang berdaya cipta dan berpandangan jauh, sebuah masyarakat yang bukan

sahaja dapat memanfaatkan teknologi masa kini tetapi turut menjadi penyumbang kepada

kemajuan peradaban sains dan teknologi pada masa hadapan." Matlamat meningkatkan

keupayaan S & T berasaskan kepada hasrat untuk membentuk satu "ekonomi yang cekap

teknologinya mampu melakukan penyesuaian. pembaharuan dan pelaburan yang

Page 18: keusahawanan

17

berteknologi intensif dan bergerak ke arah penggunaan teknologi yang canggih."

Keupayaan Sains dan Teknologi dan Kaitannya Dengan Pembangunan Sektor

Perindustrian Pembangunan satu negara yang maju yang berasaskan kepada keupayaan

menjayakan pelaksanaan program dengan segera dan usaha mempercepatkan perindustrian

adalah hasrat utama Wawasan 2020. Dalam melaksanakan dasar ini, Wawasan 2020 telah

mengenalpasti beberapa masalah perindustrian yang perlu diatasi, antaranya ialah:

(i) Asas sektor pembuatan negara ini terlalu sempit dan sebahagian besar eksport

barangan pengeluaran bergantung kepada barangan elektrik dan elektronik serta tekstil

sahaja. Kejayaan mewujudkan satu sektor perindustrian yang dinamik bergantung kepada

usaha dan keupayaan untuk mempelbagaikan asas sektor pembuatan;

(ii) Sungguhpun pelaburan kian bertambah, umpamanya penambahan industri

perkilangan di zon perdagangan bebas, namun permintaan mereka terhadap barangan

perantaraan tempatan amatlah kecil. Kebanyakan perolehan barang perantaraan mereka

masih diimport berasaskan kepada sebab pengusaha-pengusaha barangan perantaraan negara

ini tidak berupaya mengeluarkan barangan yang bermutu atau pada kos dan harga yang

berpatutan. Tindakan perlu diambil untuk mengatasi kelemahan rangkaian antara industri

dalam ekonomi dan juga keupayaan teknologi pengusaha-pengusaha tempatan;

(iii) Peningkatan nilai barangan yang kecil dan tumpuan industri yang terlalu menekan

kepada kerja pemasangan dan proses pengeluaran yang mudah; dan

(iv) Kos pengeluaran yang kian meningkat disebabkan oleh kenaikan kos tenaga kerja,

bahan mentah dan kos pengendalian. Peningkatan kos ini perlu diimbangkan dengan

peningkatkan kecekapan dan produktiviti. Kepentingan peranan S & T dalam usaha

mencapai strategi dan matlamat rancangan pembangunan ekonomi telahpun menerima

pengakuan umum di kalangan pakar-pakar akademik dan industri. Oleh yang demikian

peningkatan tahap kepakaran pengurusan, pengetahuan dan kemahiran S & T adalah

Page 19: keusahawanan

18

merupakan satu daripada penyelesaian yang telah ditentukan dalam Wawasan 2020 untuk

mengatasi masalah-masalah di atas.Kebenaran ini boleh dilihat dalam peranan yang

dimainkan oleh institusi-institusi penyelidikan pertanian seperti RRIM, PORIM, MARDI

dan juga Universiti Pertanian dan sumbangan mereka kepada pertumbuhan sektor

pertanian di negara ini. Pengurusan S & T yang bijak nyata telah memberikan hasil

kepada ekonomi negara apabila usaha-usaha penyelidikan ini dapat mengekalkan taraf

negara ini sebagai pengeluar getah, kelapa sawit, koko dan lada yang utama di dunia.

Kejayaan ini telah dicapai hasil dari kesedaran Kerajaan tentang perhubungan yang rapat

antara rancangan membangunkan keupayaan S & T dengan rancangan pembangunan

ekonomi negara, dan perkaitan ini telah diambilkira mulai Rancangan Malaysia Kelima

apabila S & T diberi peranan yang diselaraskan dengan pembangunan ekonomi keseluruhan.

Walau bagaimanapun beberapa masalah baru telah timbul apabila orientasi dan

pendekatan pembangunan negara yang selama ini menekankan pembangunan sektor

pertanian semakin bertukar kepada pembangunan sektor perindustrian. Masalah utama

adalah jentera, dasar dan institusi-institusi sokongan S & T yang ditubuhkan lebih

menekankan kepada pembangunan sektor pertanian. Ini bermakna strategi

mempelbagaikan ekonomi negara dengan pemindahan penekanan rancangan daripada

membangunkan sektor pertanian kepada sektor perindustrian sepatutnya diikuti oleh

pemindahan jentera dan dasar S & T yang sedia ada atau menubuhkan infrastruktur S &

T yang baru untuk menyokong usaha-usaha pembangunan sektor perindustrian.Sebenarnya

pada peringkat awal, perkembangan dan kemajuan sektor perindustrian tidak mendapat

sumbangan yang sama daripada sumber-sumber S & T seperti dalam pembangunan

sektor pertanian. Pendapat ini disokong oleh penemuan-penemuan yang terkandung

dalam Kajian Pelan Induk Perindustrian (PIP) yang dijalankan bersama oleh Kementerian

Perdagangan dan Perindustrian dan UNIDO. Kajian ini telah mengenalpasti antara masalah

Page 20: keusahawanan

19

utama yang dihadapi oleh sektor perindustrian di negara ini ialah terlalu bergantung kepada

jenis-jenis pengeluaran yang tertentu, kekurangan keupayaan untuk meningkatkan mutu

pengeluaran dan daya saing, dan terlalu bergantung kepada pengimport teknologi dan

perkhidmatan teknik akibat kekurangan keupayaan sendiri untuk membangunkan S & T

dalam sektor perindustrian. Keupayaan untuk membangunkan satu sektor perindustrian

yang dinamik, yang berupaya bersaing dalam pasaran dunia, yang mengeluarkan

barangan yang standing dari segi kos dan mutu dengan barangan negara-negara maju,

bergantung kepada pengetahuan, kemahiran dan keupayaan menggunakan atau

menginovasikan teknologi-teknologi pengeluaran. Dasar Sains dan Teknologi yang semakin

dititikberatkan oleh Kerajaan menunjukkan minat dan responsif kepada usaha

membangunkan keupayaan sumber-sumber S & T ke arah mempertingkatkan sumbangannya

dalam proses melahirkan sektor perindustrian yang dinamik.

PROGRAM-PROGRAM YANG DILAKSANAKAN UNTUK

MEMBANTU USAHAWAN.

Kejayaan seseorang usahawan hari ini bukan hanya bergantung kepada usaha, risiko

atau nasib semata-mata. Bagi merealisasikan pembangunan dan memenuhi aspirasi usahawan

dalam membangunkan institusi perniagaan sama ada bersifat konvensional atau berpakej,

pelbagai bentuk insentif serta program dianjurkan oleh pihak-pihak berkuasa. Disini

disenaraikan beberapa pecahan dari topik utama, iaitu :

Pembudayaan Keusahawanan

Program, Latihan serta Bimbingan

Di bawah satu pengkaedahan pelbagai bidang atau sektor yang boleh di ceburi oleh

usahawan itu sendiri, antara bidang yang mendapat keutamaan dari segi bantuan dari

kerajaan ialah:

10

Page 21: keusahawanan

20

- sektor bioteknologi dan herba

- sektor makanan halal

- sektor pertanian moden

- sektor famaseutikal

- sektor teknologi maklumat dan komunikasi

- sektor petrokimia

- sektor elektrik dan elektronik

- sektor automotif

- sektor pelancongan

- sektor pengangkutan

- sektor perkhidmatan

- sektor perundingan dan profesional

- sektor aeroangkasa

Merujuk kepada topik pokok di atas di senarai beberapa program yang dianjurkan oleh

pihak kerajaan mahupun swasta dalam sama-sama mengemblengkan tenaga memajukan

usahawan. Program Bahagian Latihan & Bimbingan Usahawan bertujuan untuk mewujudkan

usahawan-usahawan baru serta mempertingkatkan tahap pengetahuan, kemahiran serta

keupayaan pengurusan usahawan Bumiputera melalui latihan keusahawan, bimbingan,

khidmat nasihat, bantuan dan galakan supaya mereka menjadi usahawan tulen yang berkualiti

dan berupaya mengurus projek-projek perdagangan dan perindustrian kecil dan sederhana

yang berdaya maju, berdaya saing dan berdaya tahan.

Page 22: keusahawanan

21

PEMBUDAYAAN KEUSAHAWANAN

Program Usahawan Muda (PUM)

Program Usahawan Muda telah dikendalikan dengan

kerjasama Kementerian Pembangunan Usahawan dan

Jabatan Pendidikan Negeri masing-masing sejak tahun

1998 untuk memupuk budaya keusahawanan di

kalangan generasi muda. Melalui program ini pelajar-pelajar sekolah menengah akan

mengikuti kursus-kursus kefahaman dan didedahkan secara amali tentang aspek-aspek

pengurusan perniagaan seperti penubuhan syarikat, pengendalian perniagaan serta

pembubaran syarikat.Pada tahun 2004, sebanyak 25 buah sekolah telah dipilih oleh Jabatan

Pendidikan Negeri untuk menyertai program ini. Semenjak tahun 1998 hingga kini, Program

Usahawan Muda telah melibatkan seramai 3100 orang pelajar dan 197 guru dari 33 buah

sekolah

Program Pembangunan Keusahawanan di IPTA

Program Pembudayaan Keusahawanan di peringkat IPTA diperkenalkan kepada sepuluh (10)

buah IPTA dengan tujuan memberikan pendedahan, pengalaman melalui latihan dan

menggalakkan siswa memilih kerjaya dalam bidang keusahawanan. Sepuluh buah IPTA telah

dipilih iaitu :

- Universiti Malaya (UM)

- Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)

- Universiti Sains Malaysia (USM)

- Universiti Teknologi Malaysia (UTM)

- Universiti Putra Malaysia (UPM)

- Universiti Teknologi MARA) (UiTM)

- Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM)

12

Page 23: keusahawanan

22

- Universiti Utara Malaysia (UUM)

- Universiti Malaysia Sabah (UMS)

- Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS)

Bermula dengan PPUS, pembudayaan keusahawanan di IPTA kini telah berkembang kepada

4 program iaitu:

- PROGRAM PEMBANGUNAN USAHA SISWA (PPUS)

LATIHAN KEUSAHAWANAN SISWA (LKS)

- KURSUS ASAS KEUSAHAWANAN SISWA (KAKS)

- STUDENT IN FREE ENTERPRISE (SIFE)

Latihan Program Mentor

Latihan Program Mentor adalah bertujuan untuk meningkatkan lagi pengetahuan, kemahiran

dan jaringan di kalangan mentee-mentee yang menyertai Program Mentor di bawah

Kementerian Pembangunan Usahawan. Latihan juga sebagai pelengkap bimbingan oleh

mentor serta sebagai persediaan memantapkan

mentee untuk berdikari selepas tempoh bimbingan

mentor.

Latihan Asas Perniagaan (LAP)

Latihan Asas Perniagaan ialah bertujuan memberikan pendedahan awal kepada bakal

usahawan bagi membolehkan mereka melengkapkan diri dengan kemahiran keusahawanan.

Ia memberi pendedahan berkaitan dengan jenis dan bentuk perniagaan, pengurusan

perniagaan dan penyediaan rancangan perniagaan.

Page 24: keusahawanan

23

Latihan Keusahawanan Siswa

Skim usahawan siswazah adalah satu program yang dirancang bagi menawarkan pilihan

kepada siswazah untuk berkecimpung di dalam bidang perniagaan.

Melalui program ini diharap peserta dapat memahami kaedah memulakan perniagaan pada

asas yang betul dengan amalan perniagaan yang baik dan sistematik.

Program Latihan Asas Perniagaan Francais bagi bakal Francaisor

Program latihan akan merangkumi metodologi francais, faktor-faktor kritikal kejayaan dan

kegagalan, pertimbangan kewangan, mengkonsepkan idea francais, menyediakan rancangan

perniagaan francais sendiri, merekabentuk program francais sendiri, kontrak francais, harta

intelek, bekerja dengan orang untuk mendapatkan komitmen dan hasil serta bagaimana

mendapatkan hasil francais. Program ini adalah secara Kajian Kes Interaktif.

Kursus Asas Perniagaan Francais bagi bakal

Francaisi

Kursus Asas ini menggabungkan pengalaman dan

pengetahuan pihak Francaisor, Francaisi dan Institusi

Kewangan dalam merangka konsep dan membentuk

sistem perniagaan sesebuah francais yang maju di Malaysia

14

Page 25: keusahawanan

24

PROGRAM LATIHAN DAN BIMBINGAN

■ Basic Business Training

Latihan Asas Perniagaan ialah bertujuan memberikan pendedahan awal kepada bakal

usahawan bagi membolehkan mereka melengkapkan diri dengan kemahiran keusahawanan.

Ia memberi pendedahan berkaitan dengan jenis dan bentuk perniagaan, pengurusan

perniagaan dan penyediaan rancangan.

■ Skim Latihan Bagi Kakitangan Kerajaan Mencebur Diri Sepenuh Masa Dalam

Perniagaan (SLGKKDP)

Program ini diadakan sebagai pra-syarat kepada Kumpulan Pengurusan dan Profesional yang

akan menyertai program Latihan Pewujudan Usahawan (LPU). Program ini adalah sebagai

persediaan kepada pegawai Kerajaan yang berminat untuk menjadi usahawan.

■ Bengkel Keusahawan Jangka Pendek

Dalam memastikan usahawan berdaya saing dalam arus perdana globalisasi beberapa kursus

jangka pendek diadakan bertujuan untuk memantapkan usahawan dengan ilmu-ilmu terkini

dalam bidang dan aspek pengendalian sesuatu perniagaan supaya terus maju dalam memacu

pertumbuhan negara. Bengkel-bengkel yang diadakan adalah dianjurkan oleh lembaga

pengalakkan perniagaan dan industri di negeri masing-masing dalam seliaan Kementerian

terlibat.

■ Bengkel Pemasaran Strategik

Page 26: keusahawanan

25

Kebolehan seseorang usahawan merangka strategi pemasaran dengan berkesan merupakan

elemen penting bagi membolehkan mereka berupaya untuk bersaing di pasaran terbuka.

Keadaan persaingan pasaran yang mencabar akan dapat diatasi dengan perancangan dan

strategi pemasaran yang teratur oleh usahawan. Kekurangan serta kelemahan perancangan ini

menjadikan barangan dan perkhidmatan yang ditawarkan tidak dapat mengatasi pesaing yang

sedia ada.

■ Bengkel Pengurusan Kewangan Strategik

Pengurusan kewangan yang cekap dan teratur di dalam sesebuah syarikat adalah penting di

dalam menentukan daya maju syarikat tersebut. Segala aktiviti yang berkaitan dengan

pengurusan kewangan hendaklah disesuaikan dengan jenis perniagaan bagi menentukan

keupayaan syarikat memperolehi keuntungan.

■ Bengkel Penyediaan Rancangan Perniagaan

Penyediaan rancangan perniagaan membolehkan usahawan/bakal usahawan mengetahui

secara menyeluruh mengenai perniagaannya. Rancangan Perniagaan yang sempurna akan

menjadi panduan kepada usahawan untuk memula dan menguruskan operasi perniagaan

dengan baik.

■ Bengkel Pengenalan 5S

Konsep 5 S merupakan konsep yang diamalkan dan terbukti berjaya di Jepun bagi

meningkatkan pengurusan syarikat. Seminar ini untuk mendedahkan konsep dan amalan 5 S

bagi membolehkan mereka melalui proses pengeluaran secara teratur dan dinamik.

■ Program Usahawan Berjaya Utama

Program Usahawan Berjaya Utama (UBU) adalah program Kementerian Pembangunan

Usahawan yang difrancaiskan dari Irish Management Institute (IMI), Ireland dan

dikendalikan oleh Universiti Teknologi MARA (UiTM). Program ini juga telah dijalankan di

negara-negara Ireland, Finland, Iceland, Greece dan Cyprus.

Page 27: keusahawanan

26

■ Latihan Keusahawanan Kepada Penjaja dan Peniaga Kecil Di Negeri-negeri

Latihan Keusahawanan Penjaja dan Peniaga

Kecil adalah bertujuan untuk meningkatkan

prestasi dan memajukan peserta ke tahap

yang lebih baik. Melalui program ini juga,

peserta akan diberi bimbingan dan khidmat

susulan yang bersesuaian bagi memastikan

mereka dapat memajukan perniagaan ke

tahap yang lebih baik.

■ Program Latihan Francais Vendor

Konflik adalah fenomena kehidupan organisasi yang semulajadi dan tidak dapat dielakkan.

Francaisor yang dapat bertahan dalam satu hingga lima tahun permulaan perniagaan

dianggap telah mencapat tahap tinggi. Bagaimanapun, untuk berjaya bergerak ke

perkembangan fasa berikutnya di peringkat 'regional' dan antarabangsa, banyak lagi perlu

dipelajari mengenai kejayaan francais. Elemen yang penting adalah terletak kepada

perhubungan di antara kedua-dua pihak (francaisor-francaisi). Kursus ini untuk membantu

menyelesaikan perkara berkaitan kepakaran yang berlainan dalam membangun, melaksana

dan mempertingkatkan perhubungan francais, pengenalpastian awal dan penyelesaian

pertelingkahan serta memahami objektif dan kehendak francaisi.

Page 28: keusahawanan

27

BAGAIMANA USAHAWAN BOLEH MEMANFAATKAN DASAR-DASAR INI.

PEMBIAYAAN

Terdapat pelbagai agensi serta sector-sektor korporat yang membantu dalam merealisasikan

cita-cita sebilangan dari usahawan-usahawan dalam memulakan sesuatu perniagaan mereka.

Antara institusi atau badan-badan korporat yang menyediakan modal atau program bantuan

kewangan adalah seperti :

- Tabung Usahawan Siswazah

Tabung ini diperkenalkan untuk membantu lepasan universiti yang berminat untuk

menceburkan diri dalam bidang keusahawanan dengan kadar faedah yang rendah

serta peluang untuk mempromosikan barangan dengan percuma di bawah lembaga

pembangunan enterprise.

- Skim Modal Asas

Skim ini diperkenalkan untuk usahawan untuk memulakan beberapa perniagaan yang

disenaraikan oleh lembaga pembangunan usahawan setiap negeri

- Skim Pinjaman Biasa

Skim ini diperkenalkan oleh pihak kerajaan dan di jalankan atau dinaungi oleh pihak

bank atau institusi perbankan di negara kita, Misalnya : Bumiputera Commerce yang

menyediakan peluang pinjaman hampir 10 tahun.

- Tabung Modal Teroka Berteknologi Tinggi

Pinjaman dari tabung ini sebenarnya bertujuan digunakan untuk usahawan yang

mencebur diri dalam perniagaan atau industri pembuatan yang belum diterokai dan

berdaya saing diperingkat global.

18

Page 29: keusahawanan

28

- Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (TEKUN)

Pinjaman TEKUN telah banyak membantu peniaga serta usahawan kecil dalam

memperoleh pendapatan serta asset yang membanggakan. Syarat yang dikenakan

mudah dan cara penyelesaianya seperti pembayaran balik dimudahkan supaya modal

pusingan menjadi tebuskiraan atau dapat membantu usahawan lain untuk memperoleh

pinjaman.

- Pembiayaan Perniagaan MARA

Sejak dari dahulu lagi MARA atau Majlis Amanah Rakyat memainkan peranan

penting dalam membangunkan usahawan khususnya usahawan bumiputera. Banyak

peluang pinjaman mahupun insentif-insentif lain diperkenalkan khususnya membantu

usahawan seperti penyediaan premis perniagaan, promosi dan juga latihan dalam

usaha memantapkan lagi pembangunan kendiri usahawan.

- Skim Pembiayaan Bersama Usahawan Menengah Bumiputera Persekutuan-Negeri

Pemberian geran oleh kerajaan persekutuan kepada kerajaan negeri bertujuan untuk

memacu pertumbuhan ekonomi negeri masing-masing. Antaranya kos yang

melibatkan RM 30 Juta. Ini akan membantu usahawan yang ingin mengembangkan

perniagaan mereka dan juga sudah mempunyai pinjaman dengan institusi kewangan

lain.

- Skim Bantuan Pembangunan Francais

Kerajaan Malaysia memang komited dengan pembangunan Francais di mana

pelaburan di lakukan dalam menjayakan aspek ini. Ini berketepatan dengan dasar

kerajaan yang mana mengadaptasikan budaya kerja dari Jepun. Dapat kelihatan

syarikat francais luar negara mula bertapak di negara kita seperti kebanyakkan

restoran makanan segera. Skim ini termasuk kewangan, khidmat nasihat serta insentif

pelepasan cukai yang tinggi

19

Page 30: keusahawanan

29

- Skim Pembiayaan Francais

Ini merujuk kepada pembiayaan kewangan dan juga dari segi bantuan pelesenan

syarikat francais itu sendiri. Ini melibatkan peranan dari kementerian, negeri dan juga

individu usahawan itu sendiri. Pembiayaan yang diberikan adalah berdasarkan fasa-

fasa pertumbuhan sesuatu perniagaan yang difrancaiskan.

Penyediaan Premis Perniagaan

Terdapat pelbagai pihak atau agensi yang menawarkan

tempat atau premis perniagaan yang boleh digunakan bagi

bakal-bakal usahawan atau usahawan-usahawan yang

ingin mengembangkan perniagaan mereka. Antara

angensi yang memberi kemudahan begini ialah MARA, PESDEC, PDC, MECD, DPMM

dan pelbagai agensi korporat lain. Bagi premis yang di sewakan oleh MARA dan agensi-

agensi lain kepada penyewanya, ianya mestilah mematuhi beberapa kriteria iaitu, sewaannya

mestilah mengikut masa disebabkan untuk memberi peluang kepada bakal-bakal usahawan

lain untuk memulakan perniagaan mereka, malahan ini dapat menyumbang kepada

pembangunan atau ciptaan lebih banyak usahawan Malaysia yang berdaya saing, tidak hanya

bergantung kepada bantuan dari pihak kerajaan semata-mata.

Pembangunan dan Peluang Perniagaan

Seperti banyak kemudahan lain yang disediakan, pihak usahawan sendiri perlu mencari

peluang dan kaedah dalam mengapai cita-cita masing-masing, dengan penubuhan

kementerian pembangunan usahawan dan koperasi, semuanya dapat digarap dan di nyatakan

Page 31: keusahawanan

30

dalam bentuk terperinci dan sudah tentu penyediaan peluang perniagaan yang lebih

kompetetif dan berdaya saing dapat terhasil.

Promosi dan Pasaran

Pelbagai promosi serta pasaran baru diterokai setiap hari, ini tidak termasuk kenaikan dalam

permintaan domestic. Ini semua terhasil dengan pengemblengan tenaga semua pihak. Pihak

kerajaan menyediakan ruang promosi dengan Lembaga Pengalak Perindustrian (MIDA) yang

bertanggungjawab memasarkan dan mencari permintaan mengenai produk Malaysia.Galeria

Usahawan Berjaya (GUB) adalah bertujuan membantu pemasaran produk perusahaan kecil

dan sederhana (PKS) Bumiputera ke Hypermarket, Supermarket, pemborong, peruncit,

pengeskport juga lain-lain pembeli dari badan-badan kerajaan mahupun swasta Pameran-

pameran yang diselia oleh kementerian sama ada dalam atau luar negara sudah tentu

menggalakkan permintaan pengguna ke atas sesuatu produk. Misalnya, penglibatan Malaysia

dalam promosi barangan Halal di Filipina dan juga menerokai peluang perniagaan di Iran. Ini

sudah tentu membantu usahawan yang baru mencebur diri dalam dunia pembuatan atau

perkhidmatan menapak jauh lagi. Kemudahan ini bukan sahaja di luar negara malah di dalam

negara FAMA yang bertanggungjawab memasarkan hasil keluaran desa dan juga Bandar

menjamin pasaran yang seimbang di dalam negara.

Page 32: keusahawanan

31

CONTOH-CONTOH PERNIAGAAN YANG TELAH DIBANGUNKAN MELALUI

DASAR-DASAR INI.

Terdapat beberapa perniagaan yang telah ditubuhkan berdasarkan dasar-dasar yang di

anjurkan dan diperkenalkan oleh kerajaan misalnya:

Penggunaan Teknologi Maklumat (Dasar Sains Dan Teknologi Negara)

Restoran Nasi Kandar Subaidah yang baru dibuka di Permatang Gedong, Sungai

Petani baru-baru ini, cara pembelian pandu beli diperkenalkan sebagai antara kemudahan

yang ditawarkan di restoran yang berkonsepkan kontemporari.Ketika ini, dua menu nasi

kandar tetap disediakan untuk pembelian cara itu agar pembeli tidak perlu menunggu lama

bagi mendapatkan pesanan mereka. Itu hanya sebahagian daripada konsep baru yang

diperkenalkan oleh Restoran Nasi Kandar Subaidah (M) Sdn Bhd, pemilik restoran itu yang

mempunyai lima cawangan lain, masing-masing tiga di Butterworth dan dua di bahagian

pulau. Ia masih menawarkan harga yang sama dengan restoran lain, Restoran Subaidah di

sini mempunyai reka bentuk dan kemudahan yang moden, setanding dengan restoran

makanan segera terkemuka di negara ini. Konsep restoran ini berbeza daripada kedai nasi

kandar yang lain kerana kami menampilkan cara moden, sesuai dengan perubahan zaman. Ia

mempunyai kemudahan surau, taman permainan untuk kanak-kanak, layar televisyen besar,

dapur yang moden, bilik berhawa dingin untuk sebarang majlis dan tempat letak kereta yang

luas untuk menampung 150 kereta. Walaupun dengan semua kemudahan itu, harga teh tarik

masih 80 sen dan roti canai 60 sen, sama seperti kedai lain. Kebanyakan restoran nasi kandar

tidak mempedulikan soal tandas tetapi di restoran ini, tandas lelaki dan wanita masing-

masing mempunyai empat bilik kecil serta rekaannya setanding dengan kemudahan di hotel

lima bintang. Idea mewujudkan restoran seperti itu sudah lama ada tetapi terpaksa

ditangguhkan kerana kesukaran mendapatkan kawasan yang luas. Restoran di sini dibina di

Page 33: keusahawanan

32

atas tanah seluas 0.4 hektar dengan kos RM1.5 juta dan mampu memuatkan kira-kira 700

orang pada sesuatu masa.

Lanjutan Dari Program Vendor (Dasar Industri Negara)

Sebuah syarikat bumiputera yang beroperasi di Perlis telah berjaya mengeluarkan produk

minuman kesihatan berasaskan serat pisang, yang kaya dengan Vitamin C. Produk yang

dikenali dengan nama "Idola" dan berada di pasaran sejak bulan lepas itu diusahakan dan

diedarkan oleh MyLuv Marketing Sdn Bhd. Kini

terdapat 80 wakil pengedarnya di seluruh negara.

Penghasilan minuman kesihatan itu ditunjangi

oleh dua orang wanita iaitu Siti Rohayu Md Saad,

29, dan Dayang Hapsah Awang Mat, 31, yang

masing-masing bertindak sebagai Pengarah

Ekskutif dan Pengarah Operasi MyLuv Marketing.

Menurut Siti Rohayu, serat pisang ini dirumuskan kembali dengan campuran sembilan herba

untuk menghasilkan produk Idola dalam bentuk serbuk yang boleh dibancuh dengan air

panas untuk dijadikan minuman. Serat pisang merupakan hasil formulasi saintis tempatan,

Prof. Dr Nor Aziah Abdul Aziz, seorang pakar pemakanan dari Universiti Sains Malaysia

yang telah mendapat beberapa pengiktirafan antarabangsa, antaranya, Geneva Award,. Siti

Rohayu, Lepasan Pengajian Perawatan Homeopati yang berpengalaman luas dalam bidang

perubatan alternatif berkata, berdasarkan kajian fakta pemakanan, produk Idola kaya dengan

serat kanji rentang yang terdapat dalam pisang dan ianya tiada kolesterol serta bebas daripada

lemak dan gula. Selain boleh dijadikan minuman kesihatan seharian, minuman Idola, jika

diamalkan boleh meningkatkan tahap kesihatan diri serta kulit di samping boleh

mengurangkan masalah berat badan. Syarikat akan menyediakan benih pisang, baja dan

kepakaran penjagaan dan penanaman pisang, manakala usahawan terbabit hanya perlu

Page 34: keusahawanan

33

menyediakan tanah dan menjaganya sahaja; syarikat akan membeli semua keluaran pisang

tersebuti. Ladang pisang itu perlu diwujudkan bagi menampung permintaan bahan mentah

untuk diproses menjadi serat dengan jumlah minimum setan metrik sebulan.

Program Francais (Dasar Pandang Ke Timur)

MALAYSIAN Satay Kajang Sdn Bhd, pemegang francais makanan segera Sate King

memperluaskan empayar dengan membuka 22 restoran di negara Timur Tengah menjelang

akhir tahun ini. Kehadiran Sate King pertama akan dilakukan menerusi francaisi utamanya di

Arab Saudi, Madina Trading Company Ltd. “Sate King mensasarkan Timur Tengah

berikutan selera kebanyakan penduduk rantau itu menyamai penduduk Malaysia. Syarikat

terbabit baru selesai menandatangani perjanjian di antara Sate King dan Madina Trading, di

Kuala Lumpur. Menerusi perjanjian tujuh tahun itu, Madina Trading diberi hak eksklusif

membuka restoran, kiosk dan cawangan Sate King di Timur Tengah. Abjda berkata, Sate

King kini sedang berusaha untuk mengubah sedikit resipi sate tempatan untuk disesuaikan

dengan cita rasa penduduk Arab. “Buat permulaan, mereka hanya mengeksport lidi dan

perisa iaitu serbuk untuk adunan daging dan kuah kacang. Semua kerja mencucuk daging

dilakukan di kilang Madina Trading. “Menerusi perjanjian itu, Madina akan membayar

royalti lima peratus sebulan daripada jumlah jualan kasar cawangan Sate King kendalian

Madina Trading.

Syarikat akan membuka cawangan pertama di Makkah sebelum ke Jeddah dan Madinah.

Pasaran di Timur Tengah memang besar kerana Arab memang banyak memakan daging.

Sate King adalah syarikat milik penuh Bumiputera diperbadankan pada 1999 dan diasaskan

Datuk Zulkifli Abdul Mokti. Perniagaan keluarga itu berkembang dan kini memiliki restoran

sendiri di Berjaya Times Square selain membuka peluang perniagaan francais kepada

usahawan tempatan. Selain sate ayam, kambing, arnab, Sate King menawarkan pelbagai

hidangan lain bagi pasaran di Malaysia.

24

Page 35: keusahawanan

34

Program E-Perolehan (Dasar Sains dan Teknologi Negara) e-Perolehan ialah satu sistem perolehan elektronik yang dibangunkan oleh untuk

mengendalikan urus niaga dan tender pembekalan yang ditawarkan oleh Kerajaan serta

membolehkan pembekal menjual barangan dan perkhidmatan kepada Kerajaan melalui

Internet. Ia merupakan sistem perolehan elektronik yang

menghubungkan pembekal dan Kerajaan bersama-sama di dalam

persekitaran yang selamat dan terjamin. Peluang ini dibuka untuk

bakal-bakal usahawan untuk mencebur diri dalam merealisasikan hasrat kerajaan, “paper

less” dan juga “borderless incoming prophit”. Usahawan yang ingin memasuki portal e-

perolehan hanya perlu mendaftarkan lesen mereka dan pilih produk yang ingin dibekalkan

kepada badan-badan kerajaan terbabit. Kebanyakkan usahawan lebih gemar membekalkan

alatan pejabat dan juga inovasi-inovasi kepada pusat-pusat perniagaan. E-perolehan telah

diperkenalkan oleh syarikt bumiputera yang bertapak di Selangor dengan modal sebanyak 2

juta. Ini banyak membantu usahawan dalam mencari pasaran untuk produk barangan mereka

di samping meneroka peluang baru yang lebih mencabar.

25

Page 36: keusahawanan

35

Huraian & Perbincangan Setelah meneliti beberapa perkara dan aspek yang dikemukakan dapat di simpulkan

bahawa kerajaan serta pihak swasta banyak membantu dalam merealisasikan impian setiap

insan bergelar usahawan.

Dalam mengejar impian sebagai seorang bergelar usahawan, mereka tidak perlu

khuatir dengan segala cabaran. Ini kerana berdasarkan dengan segala kemudahan dan juga

insentif yang diberikan oleh pihak kerajaan, dapat membantu mereka dari permulaan hingga

akhirnya. Kemudahan pembiayaan, khidmat nasihat, promosi serta penyediaan premis

perniagaan seharusnya menjadi pendorong untuk lebih berjaya dan menyimpan azam yang

tinggi kearah kejayaan.

Kerajaan dan polisinya yang ingin menuju kea rah negara maju menjelasng 2020

telah melakukan dengan sehabis baik, merealisasikan impian melahirkan usahawan yang

berdaya saing, tahan cabaran dan inovasi serta kreatif.

Bidang-bidang baru diberikan insentif seperti pengecualian cukai dan ini menunggu

peluang kepada usahawan berminat menerokai dan mendapat menafaat secara

keseluruhannya. Hampir semua bidang belum dan masih baru di negara kita.

Tidak semua usahawan yang tidak berjaya, kebanyakkan melalui pahit getir. Sebagai

contoh, usahawan memerlukan modal yang besar, masa dan juga memenuhi setiap kehendak

pelanggan selaras dengan peredaran masa dan tempat. Produk bermutu tinggi serta layanan

yang mesra menjamin produk kekal lama dalam pasaran. Pengenalan kawalan mutu kerja

dapat menjamin keberkesanan formula ini dapat membantu merealisasikan impian. Semoga

sedikit sebanyak maklumat yang dapat dikongsi membantu.

"Keusahawanan Kerjaya Pilihan"

26

Page 37: keusahawanan

36

Kesimpulan

Menjadi seorang ‘usahawan’ bukanlah mudah seperti yang disangka. Meskipun

berbekalkan modal yang banyak, jika tidak bijak merancang perjalanan, pastinya bertemu

dengan kegagalan akhirnya. Namun dengan memahami konsep serta memberikan komitmen

yang tinggi ianya akan terlaksana jua. Pihak kerajaan khususnya, membantu dalam segenap

segi dalam bersama-sama memacu pertumbuhan KDNK negara. Ini dapat di buktikan dengan

pelbagai dasar-dasar yang digubal dan dirancang dan diperkukuhkan lagi dengan penubuhan

Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MECD).

Pelbagai program dan aktiviti di rancang untuk merealisasikan hasrat sebagai

“Keusahawanan Kerjaya Pilihan”. Ianya perlu kepada peranan semua pihak dalam

melaksanakannya. Program yang di rancang bukan sahaja membabitkan usahawan yang

berumur atau sudah matang, malah melibatkan murid-murid dan pelajar-pelajar sama ada di

bangku persekolahan dan juga di menara gading. Ini dapat di perhatikan dengan perlaksanaan

program usahawan muda, program usahawan perintis dan juga usahawan siswa. Ini

menunjukkan kepekaan pihak pemerintah dengan pembangunan remaja pendokong negara

ini.

Pembiayaan atau modal perlu sebelum memulakan sesuatu perniagaan. Ini di

buktikan dengan kemudahan pembiayaan sama ada dari institusi kewangan malah dari pihak

kerajaan sendiri. Modal yang mencukupi menjamin keberkesanan perjalanan sesuatu

perniagaan. Pihak pengurusan kewangan turut memberi nasihat dan tunjuk ajar dalam

pengurusan kewangan sesuatu organisasi perniagaan.

Penyediaan premis perniagaan, sebagai tapak permulaan hidup atau pembuka

rezeki dapat membantu usahawan dalam mencuba nasib dengan lebih konsisten dan efisyen.

Promosi dan pemasaran dapat membantu usahawan dalam mencari pengguna

produk dan juga peniaga yang berkemungkinan menggunakan produk mereka. Kadangkala

Page 38: keusahawanan

37

faktor ini merupakan faktor terpenting, di mana produk hanya akan habis atau berfungsi

apabila adanya permintaan dari pasaran. Ini termasuk promosi bukan sahaja di dalam, malah

di luar negeri khususnya dalam memperkenal dan penjenamaan produk negara. Ianya

bersangkutan dengan hasrat kerajaan menjadi sebagai pusat atau “HALAL HUB” bagi Asia

Tenggara malah di dunia.

Semuanya yang dilakukan oleh pihak kerajaan mahupun swasta akan menjadi sia-sia

jika tiadanya penglibatan secara serius usahawan itu sendiri dalam merealiasikan aspirasi

negara sebgai negara maju menjelang 2020.

Setelah membincangkan secara ringkas dan berdasarkan huraian dan fakta diberikan

didapati usahawan negara tidak

perlu gentar dan perlu bersedia

menghadapi cabaran dan peluang

semuanya di buka untuk mereka

yang mahu bergelar

USAHAWAN BERJAYA.

28

Page 39: keusahawanan

38

Rujukan

1. Ab. Aziz Yusof, (1998), Asas-asas Keusahawanan, Petaling Jaya : Prentice Hall

2. Siti Maimon Haji Kamso., Ab. Aziz Yusof., Hijrattulah Abdul Jabbar & Siti Zabedah Saidin, (2000). Status dan Prospek Keusahawan Korporat : Kajian Emperi, Seminar Penyegaran Syarikat March 27-28, Sintok, Universiti Utara Malaysia

3. Some Facts About Direct Selling, http://dsa.org.uk/dsa1htm 4. Entreprenurship OUM Module (2004) 5. Kementerian Usahawan dan Pembangunan Koperasi,

http://www.mecd.gov.my 6. Siswazah bercita makan gaji tukar ke projek ikan salai, Berita

Harian 06.05.2005 7. Guna Interkom Beli Nasi Kandar, Harian Metro 23.02.2004 8. Idola, Minuman Berasaskan Pisang, Berita Harian 03.04.2003

29

Page 40: keusahawanan

39