22
MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN. BHD. 4. YTL CORPORATION BHD 5. YTL LAND & DEVELOPMENT BHD (FORMERLY KNOWN AS TAIPING CONSOLIDATED BERHAD) 6. STAR HILL HOTEL SDN. BHD. AWARD NO: 176 TAHUN 2013 Di hadapan : TUAN HAMDAN BIN INDAH - PENGERUSI (Bersidang Berseorangan) Tempat : Mahkamah Perusahaan, Kuala Lumpur. Tarikh Rujukan : 28.7.2010 Tarikh Perbicaraan: 28.7.2011 & 23.5.2012. Tarikh Sebutan : 20.9.2010, 30.9.2010, 6.1.2011, 10.3.2011, 20.6.2011, 23.8.2011, 26.9.2011, 13.12.2011, 10.1.2012, 13.2.2012, 17.2.2012, 28.6.2012, & 29.11.2012. 1

KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

Embed Size (px)

DESCRIPTION

KES NO. 7/4-806/10DI ANTARAVINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI& 17 PERAYU LAINDENGAN1. J.W. MARRIOTT HOTEL2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD.(DALAM PENGGULUNGAN)3. YTL LAND SDN. BHD.4. YTL CORPORATION BHD5. YTL LAND & DEVELOPMENT BHD(FORMERLY KNOWN AS TAIPINGCONSOLIDATED BERHAD)6. STAR HILL HOTEL SDN. BHD.

Citation preview

Page 1: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA

KES NO. 7/4-806/10

DI ANTARA

VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI& 17 PERAYU LAIN

DENGAN

1. J.W. MARRIOTT HOTEL2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD.

(DALAM PENGGULUNGAN)3. YTL LAND SDN. BHD.4. YTL CORPORATION BHD5. YTL LAND & DEVELOPMENT BHD

(FORMERLY KNOWN AS TAIPING CONSOLIDATED BERHAD)

6. STAR HILL HOTEL SDN. BHD.

AWARD NO: 176 TAHUN 2013

Di hadapan : TUAN HAMDAN BIN INDAH - PENGERUSI (Bersidang Berseorangan)

Tempat : Mahkamah Perusahaan, Kuala Lumpur.

Tarikh Rujukan: 28.7.2010

Tarikh Perbicaraan: 28.7.2011 & 23.5.2012.

Tarikh Sebutan: 20.9.2010, 30.9.2010, 6.1.2011,10.3.2011, 20.6.2011, 23.8.2011,26.9.2011, 13.12.2011, 10.1.2012,13.2.2012, 17.2.2012, 28.6.2012,& 29.11.2012.

1

Page 2: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

Perwakilan : Cik Supathira Nathan dariTetuan S. T. Nathan & AssociatesMewakili Pihak Yang Menuntut .

Encik H. C. Yong dari TetuanZaid Ibrahim & Co.Mewakili Pihak Syarikat.

Rujukan:Ini adalah satu rujukan di bawah Seksyen 20(3)

Akta Perhubungan Perusahaan 1967 bersabit dengan

pembuangan kerja Vincent Pillai a/l Leelakanda Pillai & 17 Perayu Lain (selepas ini disebut sebagai “Yang Menuntut”)

oleh J. W. Marriot Hotel, Crescent Hotels Sdn. Bhd., YTL Land Sdn. Bhd., YTL Corporation Bhd., YTL Land & Development Bhd., & Star Hill Hotel Sdn. Bhd. (selepas ini

disebut sebagai “Syarikat”).

AWARD

Kes ini melibatkan 18 orang Yang Menuntut dan 5 Responden

yang terdiri dari:-

(1) Vincent Pillai a/l Leelakanda Pillai

(2) Tan Kim Tiong

(3) Lai Kum Weng

(4) Liew Mei Lin

(5) Fung Peck Mun

(6) Wong Kim Choy

(7) Ng Hock Moon

(8) Wong Mee Foong

(9) Shaari bin Abdul Majid

(10) Nasir bin Hj. Salleh

2

Page 3: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

(11) Mukhtar bin Tahrin

(12) Tan Lai Look

(13) Lim Meng Sow

(14) Lee Yih Shyan

(15) Karunakaran a/l Subramaniam

(16) Leong Dai Thai

(17) Kam Poh Ling

(18) Hoo Ming Hua

Responden:-

(1) J. W. Marriott Hotel

(2) Crescent Hotels Sdn. Bhd.

(3) YTL Land Sdn. Bhd.

(4) YTL Corporation Bhd.

(5) YTL Land & Development Bhd.

(6) Star Hill Hotel Sdn. Bhd.

2. Kes ini telah dikembalikan semula ke Mahkamah

Perusahaan ekoran dari perintah Mahkamah Tinggi bertarikh

28.7.2010 yang membenarkan permohonan Yang Menuntut

untuk membatalkan Award Mahkamah Perusahaan No.

1290/2007 dalam kes No. 21/4-439/02.

3. Perenggan 3 dan 4 Perintah tersebut berbunyi seperti

berikut:-

“3. Bahawa pembuangan kerja Pemohon-pemohon

oleh Responden-responden Pertama, Ketiga,

Keempat, Kelima dan Keenam adalah tidak

adil dan/atau tanpa alasan yang munasabah.

3

Page 4: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

4. Bahawa Pendaftar Mahkamah Perusahaan

(Responden Ketujuh) diarahkan untuk

menetapkan kes Mahkamah Perusahaan No:

21/3-439/02 di hadapan Pengerusi lain

Mahkamah Perusahaan hanya untuk

mentaksirkan gaji kebelakangan dan

pampasan Pemohon-Pemohon untuk dibayar

oleh Responden-responden Pertama, Ketiga,

Keempat, Kelima dan Keenam.”

4. Pada 18.8.2010 Y.A. Yang DiPertua Mahkamah

Perusahaan telah mengarahkan supaya Mahkamah ini

mendengar permohonan Yang Menuntut untuk pengiraan

“compensation in lieu of reinstatement” dan “backwages”.

5. Selepas beberapa kali kes ini dipanggil untuk sebutan

dan perbincangan akhirnya kedua-dua pihak bersetuju

memanggil seorang Yang Menuntut sahaja untuk memberi

keterangan. Manakala Yang Menuntut yang lain akan

memberikan dokumen yang menerangkan sejarah

perkhidmatan mereka dan gaji yang diterima beserta faedah-

faedah yang lain.

Kes Yang Menuntut6. Pihak Yang Menuntut diwakili oleh peguam Cik

Supathira Nathan dari Tetuan S. T. Nathan & Associates.

7. Yang Menuntut pertama, Vincent Pillay telah

mengemukakan satu ikatan dokumen ditanda CL untuk

menyokong permohonan semua Yang Menuntut.

4

Page 5: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

8. Mengikut Yang Menuntut sejak diberhentikan kerja

pada bulan Mac 1999 kebanyakan Yang Menuntut tidak

mendapat pekerjaan lain. Sementara yang masih kekal

bekerja telah dibayar gaji yang kurang termasuk Yang

Menuntut sendiri. Yang Menuntut berkata mereka terpaksa

menerima gaji yang kurang kerana dalam industri perhotelan

apabila pekerja telah ditamatkan perkhidmatan, adalah sukar

untuk mendapat pekerjaan yang lain dengan gaji yang sama.

9. Beliau telah merujuk kepada dokumen CL untuk

menunjukkan tempoh Yang Menuntut-Yang Menuntut yang

lain yang tidak bekerja selepas diberhentikan:-

Di m.s. 43: Wong Kim Choy, Yang Menuntut ke 6

tidak bekerja selama 3 tahun.

Di m.s. 57: Shaari bin Abdul Majid, Yang Menuntut

ke 9 tidak bekerja selama 6 bulan.

Di m.s. 64: Nasir bin Hj. Salleh, Yang Menuntut ke

10 tidak bekerja selama 1 tahun.

Di m.s. 68: Mukhtar bin Tahrin, Yang Menuntut ke

11 tidak bekerja selama 1½ tahun.

Di m.s. 69: Tan Lai Look, Yang Menuntut ke 12 tidak

bekerja selama 1 tahun.

Di m.s. 90: Karunakaran a/l Subramaniam, Yang

Menuntut ke 15 tidak bekerja selama 4

bulan.

5

Page 6: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

Di m.s. 98: Leong Dai Thai, Yang Menuntut ke 16

(telah menerima bayaran).

Di m.s. 108: Kam Poh Ling, Yang Menuntut ke 17

tidak bekerja selama 1 bulan.

Di m.s. 113: Hoo Ming Hua, Yang Menuntut ke 18

tidak bekerja selama 1 bulan.

Di m.s. 29: Liew Mei Lin, Yang Menuntut ke 4 tidak

bekerja selama 1 bulan.

Di m.s. 36: Fung Peck Mun, Yang Menuntut ke 5

tidak bekerja selama 1 bulan.

Di m.s. 18: Lai Kum Weng,Yang Menuntut ke 3 tidak

bekerja selama 2 bulan.

Di m.s. 50: Ng Hock Moon, Yang Menuntut ke 7 tidak

bekerja selama 2 bulan.

Di m.s. 52: Wong Mee Foong, Yang Menuntut ke 8 –

tiada.

Di m.s. 80: Lee Yih Shyan, Yang Menuntut ke 14

tidak bekerja selama 2 bulan.

Di m.s. 10: Tan Kim Tiong, Yang Menuntut ke 2

tidak bekerja selama 1 bulan.

6

Page 7: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

10. Semasa disoalbalas oleh Encik H. C. Yong, Yang

Menuntut bersetuju bahawa kebanyakan Yang Menuntut

mendapatkan pekerjaan lain selepas 6 bulan diberhentikan

kerja. Ada juga Yang Menuntut yang telah berhenti dan

bersara selepas itu.

Kes Syarikat11. Pihak Syarikat tidak memanggil saksi mahupun

memfailkan sebarang dokumen untuk mempertikaikan

tuntutan Yang Menuntut.

12. Peguam Syarikat hanya memfailkan hujahan bertulis

yang memohon Mahkamah untuk mengambilkira faktor ekuiti

dan perasaan nurani (equity and good conscience) dalam

memberi remedi gaji kebelakangan dan pampasan sebagai

galang ganti pengembalian ke jawatan asal. Ini kerana masa

yang terlalu lama iaitu 13 tahun telah berlalu dan kelewatan

tersebut bukanlah kesalahan mana-mana pihak.

13. Beliau merujuk kepada kes Kamari Kasan v. Malaysian Maritime Academy Sdn. Bhd. [2011] 10 CLJ 321 di mana Mahkamah Tinggi bersetuju dengan keputusan

Mahkamah Perusahaan yang menghadkan gaji kebelakangan

kepada 24 bulan walaupun berlaku kelewatan selama 17

tahun. Di perenggan 5, Y.A. Hakim memutuskan:-

“(5) I quashed the award on the basis of error of

law since the Industrial Chairman had based

his award on the basic salary of RM2,867

instead of RM4,232.40 which was the sum total

7

Page 8: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

of his last drawn salary (basic salary plus

contractual allowances as agreed between the

parties), but did not accede totally to the other

consequential prayers, since I did not find any

convincing grounds to depart from the usual

rule that the court should only award

backwages for up to 24 months last-drawn

salary. Further, I disallowed the prayer for

reinstatement since it was obvious to me that

this was not a proper case to so order.”

Keputusan Mahkamah14. Adalah undang-undang yang mantap dalam kes-kes

yang dirujuk kepada Mahkamah Perusahaan, Yang Menuntut

hendaklah memohon remedi supaya dilantik semula bekerja

sebagai remedi utama. Kegagalan berbuat demikian boleh

menyebabkan tuntutan Yang Menuntut boleh ditolak oleh

Mahkamah seperti diputuskan dalam kes Holiday Inn Kuching v. Lee Chai Siok Elizabeth [1992] 1 MLJ 230.

15. Sungguhpun undang-undang menetapkan lantikan

semula sebagai remedi utama, ini tidak bermakna Mahkamah

dihalang untuk memberikan remedi pilihan seperti memberi

gaji kebelakangan dan pampasan sebagai galang ganti

lantikan semula.

16. Mahkamah Agung dalam kes R Rama Chandran v. The Industrial Court of Malaysia & Anor [1997] 1 MLJ 145 telah memutuskan bahawa melantik semula Yang Menuntut

8

Page 9: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

akan menyebabkan distress dan penderitaan mental. Oleh itu

remedi yang wajar adalah memberikan pampasan atas

kehilangan kerja. Petikan sepenuhnya di muka surat 185

para D:-

“In the context of the facts of the case before us, it is

not in the interest of either the society or the claimant

if we were to order reinstatement with full

backwages, etc until he retires at 60 years of age

under the Society Staff Regulations. The claimant is

51 years old now, has been out of employment for

seven years and has lost touch with his work. It is

doubtful if he can fit in the society where he used to

work and where he was not wanted. Under the

circumstances, sending him back to the society will

cause him more mental distress and suffering. The

appropriate remedy is to grant him compenstion for

loss of employment.”

17. Terdahulu Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr. A Dutt v. Assunta Hospital [1981] 1 MLJ 304 telah

memutuskan bahawa Mahkamah Perusahaan boleh

memberikan gantirugi sekiranya Mahkamah Perusahaan

memutuskan lantikan semula tidak sesuai seperti petikan di

muka surat 314:-

“We are of the opinion that upon a true

interpretations, the Industrial Court may properly

award compensation where the dismissal is without

just cause or excuse, if in its considered view it does

not think retrenchment should be ordered.”

9

Page 10: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

18. Persoalan sekarang ialah apakah jumlah pampasan yang

sepatutnya diberikan kepada Yang Menuntut yang telah

dibuang kerja secara tidak adil dan sebab yang sah.

19. Peguam Yang Menuntut telah menghujahkan bahawa

Mahkamah sepatutnya memberikan pampasan melebihi dari

24 bulan bermula dari tarikh dibuang kerja 1.3.1999 sehingga

tarikh akhir kes dibicarakan pada 5.10.2005 iaitu untuk

tempoh 6 tahun 7 bulan 4 hari.

20. Mahkamah sepatutnya tidak terikat dengan peruntukan

Jadual Kedua Seksyen 30(6A) Akta Perhubungan Perusahaan,

1967 yang menghadkan tempoh 24 bulan kerana kes ini

diputuskan sebelum pindaan dibuat pada 2008 dan pindaan

tersebut tidak mempunyai kuatkuasa kebelakangan

(retrospective).

21. Jadual Kedua, perkara I berbunyi seperti berikut:-

“In the event that backwages are to be given, such

backwages shall not exceed twenty-four months'

backwages from the date of dismissal based on the

last-drawn salary of the person who has been

dismissed without just case or excuse;”

22. Beliau telah merujuk kepada kes Tuanku Jaafar Golf & Country Resort v. Quek Suan Tsun, Award No. 2220

tahun 2006 di mana Mahkamah Perusahaan telah

mengawardkan gantirugi gaji kebelakangan untuk tempoh

10

Page 11: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

dari tarikh pemecatan hingga tarikh akhir perbicaraan,

selama 6 tahun dan gantirugi sebagai galang ganti

dikembalikan semula ke jawatan asal untuk tempoh 5 tahun.

23. Rujukan juga telah dibuat kepada kes R Rama Chandran v. The Industrial Court of Malaysia [1997] 1 MLJ 185 yang mana Mahkamah Persekutuan telah

memberikan award untuk tempoh 88 bulan iaitu dari tarikh

diberhentikan kerja 30.4.1988 sehingga tarikh perbicaraan

31.8.1995.

24. Kuasa Mahkamah untuk menurunkan Award

dinyatakan di dalam seksyen 30(1) Akta Perhubungan

Perusahaan, 1967 yang berbunyi seperti berikut:-

“30(1) The Court shall have power in relation to a

trade dispute referred to it or in relation to a

reference to it under section 20(3), to make

an award (including an interim award)

relating to all or any of the issues.”

25. Manakala sub-seksyen (6) dan (6A) menyebutkan

perkara yang perlu diambilkira oleh Mahkamah semasa

menurunkan Award:-

“30(6) In making its award, the Court shall not be

restricted to the specific relief claimed by the

parties or to the demands made by the

parties in the course of the trade dispute or

in the matter of the reference to it under

section 20(3) but may include in the award

11

Page 12: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

any matter or thing which it thinks

necessary or expedient for the purpose of

settling the trade dispute or the reference to

it under section 20(3).”

“30(6A) Notwithstanding subsection (6), the Court in

making an award in relation to a reference

to it under subsection 20(3) shall take into

consideration the factors specified in the

Second Schedule.”

26. Jelas di sini Jadual Kedua seksyen 30(6A) menghadkan

kuasa Mahkamah untuk memberikan gantirugi gaji

kebelakangan tidak boleh melebihi 24 bulan. Kedudukan ini

adalah dinyatakan selepas pindaan dibuat mengikut Akta

A1322 yang berkuatkuasa mulai 28.2.2008.

27. Sebelum ini Mahkamah mempunyai budibicara yang

luas untuk memberikan pampasan mengikut faktor tertentu

dan merit dalam setiap kes. Bagaimanapun kuasa budibicara

ini tidak boleh digunakan secara sewenang-wenang kerana

bertakluk di bawah peruntukan seksyen 30(5) yang berbunyi:-

“30(5) The Court shall act according to equity, good

conscience and the substantial merits of the

case without regard to technicalities and

legal form.”

12

Page 13: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

28. Dalam kes Dr. James Alfred, Sabah v. Koperasi Serbaguna Sanya Bhd Sabah & Anor [2001] 3 MLJ 529, Mahkamah Persekutuan telah memutuskan seperti berikut:-

“In our view, it is in line with equity and good

conscience that the Industrial Court in assessing

quantum of damages, should take into account the

facts, if established by evidence or admitted, that the

workman has been gainfully employed elsewhere

after his dismissal. Failure to do so constitutes a

jurisdictional error of law.”

29. Sebagai panduan, untuk mengatasi perbezaan yang

ketara dalam membuat award, Presiden Mahkamah

Perusahaan pada masa itu, Y.A. Harun Hashim telah

mengeluarkan Nota Amalan No. 2/1981 memberi garis

panduan yang patut dipakai semasa menurunkan award

dalam kes-kes yang melibatkan pembuangan kerja. Pada

1987, Nota Amalan ini telah digantikan dengan Arahan

Amalan No. 1/1987 oleh Y.A. Tuan Fong Seng Yee (Presiden

pada masa itu) dengan menambah 2 perenggan berikut:-

“(e) Bonus and pay in lieu of leave not taken and

other contractual payments may also be

ordered to be paid.

(f) If there are several Claimants in a case and

they are unemployed for varying period, any

backpay awarded should reflect the periods of

unemployment and amount of pay obtained.”

13

Page 14: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

30. Walaupun Arahan Amalan ini tidak mempunyai

kuatkuasa undang-undang dan tidak mengikat seperti yang

dihujahkan oleh peguam Yang Menuntut, namun Mahkamah

ini berpendapat panduan ini amat berguna untuk diikuti

kerana ia menepati maksud equiti dan perasaan nurani di

bawah seksyen 30(5) Akta Perhubungan Perusahaan, 1967.

31. Y.A. Lim Heng Seng dalam kes Nestle Food Storage (Sabah) Sdn. Bhd. v. Terrance Tan Yeng Yin [2002] 1 ILR 280 telah memberikan pendapatnya seperti berikut tentang

rasional menghadkan gaji kebelakangan untuk 24 bulan:-

“The prescription of the multiplier of 24 months

strikes a right balance between the interests of the

parties. It takes into account a realistic and

reasonable time frame for the workman to receive

from the setback of his dismissal. It also taken into

account the justifiable concern that delays in the

statutory process of conciliation, reference and

adjudication should not inflate the quantum of

backwages awarded and unduly penalised

employers by exorbitant awards which have no

rational relationship or nexus between loss and

liability. The formula affords the workman a

monetary backwages which is fair and adequate for

loss of earnings arising from his dismissal.”

14

Page 15: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

32. Prinsip ini disetujui oleh Mahkamah Rayuan dalam kes

Telekom Malaysia Bhd v. Ramli Akim [2008] 1 CLJ 440 yang dirujuk sendiri oleh peguam Yang Menuntut seperti

petikan:-

“(14) Thus, it is our respectful view that while we

agree that the quantum of backwages is very

much at the discretion of the Industrial Court

but the Industrial Court must, in exercising its

discretion do so in accordance to established

principle of justice and fairness. We believe it

is for this reason and to avoid arbitrariness in

the award of backwages that the Practice

Note was formulated. The rationale for

limiting backwages to 24 months was well

elucidated in Nestle Food Store Storage

(supra).

(15) We agree with the above view. To depart

from general practice, without good reasons,

would cause undue variation to the existing

process of awarding and assessing

backwages. On the facts of this case, we are

of the view that there were no justifiable

circumstances to warrant the departure from

the Practice Note.”

15

Page 16: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

33. Justeru berdasarkan kepada otoriti-otoriti di atas dan

keterangan yang telah dikemukakan ke Mahkamah, adalah

diputuskan remedi yang patut diberikan kepada Yang

Menuntut-Yang Menuntut adalah seperti berikut:-

Yang Menuntut Pertama

Gaji akhir ialah RM9,810.00 sebulan. Mula dilantik

pada 1.6.1998 dan ditamatkan pada 1.3.1999.

Tidak bekerja 1 bulan. Remedi yang munasabah

ialah 1 bulan gaji kebelakangan dan 1 bulan gaji

galang ganti lantikan semula. Secara pukal (lump-

sum) Mahkamah memberi award RM20,000.00.

Yang Menuntut Kedua

Gaji akhir ialah RM5,500.00 sebulan. Bekerja

selama 6 bulan dan mendapat pekerjaan baru

sebulan selepas itu dengan gaji RM4,400.00.

Secara global jumlah yang munasabah ialah

RM10,000.00.

Yang Menuntut Ketiga

Gaji akhir ialah RM3,640.00 sebulan. Mula bekerja

pada 15.5.1997 hingga 31.3.1999. Telah bekerja

semula selepas 2 bulan dengan gaji RM9,000.00.

Oleh itu award yang patut diterima ialah 2 bulan

gaji kebelakangan dan 2 bulan ganti rugi galang

ganti lantikan semula berjumlah:

RM3,640.00 x 4 = RM14,560.00.

16

Page 17: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

Yang Menuntut Keempat

Gaji akhir ialah RM8,000.00 sebulan. Dilantik pada

12.5.1998 dan diberhentikan pada 1.3.1999.

Mendapat pekerjaan di Dorset Regency Hotel pada

1.4.1999 dengan gaji yang sama.

Oleh itu award yang munasabah ialah 2 bulan gaji

berjumlah RM16,000.00.

Yang Menuntut Kelima

Gaji akhir ialah RM2,700.00 sebulan. Bekerja

lebihkurang 2 tahun dan mendapat pekerjaan baru

sebulan selepas ditamatkan dengan gaji

RM3,000.00.

Dengan itu Mahkamah memberikan 1 bulan

gaji kebelakangan dan 2 bulan gaji galang ganti

lantikan semula bersamaan RM2,700.00 x 3 =

RM8,100.00.

Yang Menuntut Keenam

Gaji akhir ialah RM4,280.00 sebulan. Tempoh

bekerja 2 tahun. Selepas itu tidak bekerja sehingga

September 2002, apabila ditawarkan bekerja

dengan Marco Polo Restaurant.

Oleh itu Mahkamah memberi award 12 bulan

gaji kebelakangan dan 2 bulan gaji untuk 2 tahun

perkhidmatan berjumlah:

14 bulan x RM4,280.00 = RM59,920.00.

17

Page 18: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

Yang Menuntut Ketujuh

Gaji akhir ialah RM3,450.00 sebulan. Tarikh

lantikan Ogos 1997 dan ditamatkan perkhidmatan

pada Februari 1999. Lebihkurang 3 bulan

kemudian telah ditawarkan bekerja di Swiss Garden

dengan gaji RM3,000.00.

Mahkamah berpendapat pampasan secara

global berjumlah RM18,000.00 adalah munasabah.

Yang Menuntut Kelapan

Gaji akhir ialah RM3,745.00 sebulan. Tempoh

bekerja hampir 2 tahun. Beliau bernasib baik

kerana ditawarkan bekerja dengan New World Hotel

sebaik saja diberhentikan dengan gaji RM3,500.00.

Oleh itu award yang berpatutan ialah dalam

bentuk pukal (lump sum) berjumlah RM10,000.00.

Yang Menuntut Kesembilan

Gaji akhir ialah RM3,710.00 sebulan. Mula

bekerja pada 15.5.1997 dan diberhentikan pada

31.3.1999. Tidak bekerja selama 6 bulan selepas

diberhentikan.

Oleh itu remedi yang wajar ialah gaji 2 bulan

untuk 2 tahun perkhidmatan dan 6 bulan gaji

kebelakangan. Jumlah ganti rugi ialah:

RM3,710.00 x 8 = RM29,680.00.

18

Page 19: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

Yang Menuntut Kesepuluh

Gaji terakhir ialah RM3,745.00 sebulan. Dilantik

pada April 1997 dan diberhentikan pada Mac 1999.

Selepas itu bekerja sebagai 'freelance florist' mulai

April 2000 dengan gaji RM3,000.00.

Oleh itu award yang wajar ialah 2 bulan gaji

untuk 2 tahun perkhidmatan dan 12 bulan bayaran

gaji kebelakangan – 12 x RM3,745.00. Jumlah

keseluruhan ialah RM52,430.00 (14 x RM3,745.00).

Yang Menuntut Kesebelas

Mula bekerja pada 16.6.1997 dan diberhentikan

pada Mac 1999 dengan gaji akhir RM2,675.00.

Selepas itu tidak bekerja selama 1½ tahun. Mulai 1

November 2000 bekerja dengan Sheraton Imperial

Hotel KL dengan gaji RM1,405 + service point

RM1,035.00.

Dengan itu Mahkamah memberikan 2 bulan

gaji untuk 2 tahun perkhidmatan dan 12 bulan gaji

kebelakangan berjumlah:-

14 x RM2,675.00 = RM37,450.00.

Yang Menuntut Kedua belas

Gaji terakhir RM3,240.00 sebulan. Tarikh mula

bekerja Mei 1997 dan tarikh akhir berkhidmat Mac

1999. Mendapat kerja di Hotel Renaissance Kota

Bharu pada Julai 2000 dengan gaji RM2,800.00.

19

Page 20: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

Dengan itu Mahkamah memberikan gantirugi

2 bulan gaji untuk 2 tahun bekerja dan 12 bulan

gaji kebelakangan x RM3,240.00 = RM45,360.00.

Yang Menuntut Ketiga belas

Mula bekerja pada Mei 1997 dan diberhentikan

pada Mac 1999. Gaji terakhir RM6,420 sebulan.

Mendapat kerja baru di Damai Laut Resort dengan

gaji RM6,000.00 sebulan.

Oleh itu Mahkamah memberi satu jumlah

RM10,000.00 sebagai pampasan gaji kebelakangan

dan galang ganti dilantik semula.

Yang Menuntut Keempat belas

Gaji terakhir RM10,650.00 sebulan semasa

diberhentikan pada Mac 1999 setelah berkhidmat

hampir 3 tahun. Pada 3.5.1999 mendapat kerja di

New World Hotel, Filipina dengan gaji USD2,900.

Dengan itu Mahkamah memberi award 3

bulan gaji untuk 3 tahun perkhidmatan dan 2

bulan gaji kebelakangan bersamaan 5 bulan x

RM10,650.00 = RM53,250.00.

Yang Menuntut Kelima belas

Gaji terakhir semasa diberhentikan pada Mac 1999

ialah RM2,996.00. Tempoh bekerja selama 2

tahun. Pada 1.7.1999 telah mendapat kerja baru di

Tong Shin Hospital dengan gaji RM2,700.00.

20

Page 21: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

Untuk itu Mahkamah memberi award 2 bulan

gaji untuk 2 tahun perkhidmatan dan 6 bulan gaji

kebelakangan.

Jumlah semua 8 x RM2,996.00 = RM23,968.00.

Yang Menuntut Keenam belas

Mula bekerja pada 3.7.1997 dan diberhentikan

pada 31.3.1999. Gaji terakhir RM3,745.00 sebulan.

Selepas diberhentikan telah mendapat kerja di

Legend Hotel dengan gaji RM900.00. Pada bulan

Ogos berpindah ke Mandarin Palace (M) Sdn. Bhd.

dengan gaji RM1,500.00.

Untuk itu Mahkamah memberikan 2 bulan

gaji untuk 2 tahun perkhidmatan dan satu jumlah

global RM30,000.00 sebagai pampasan gaji

kebelakangan. Jumlah semua RM3,745.00 x 2 +

RM30,000.00 = RM37,490.00.

Yang Menuntut Ketujuh belas

Gaji terakhir RM3,510.00 selepas bekerja selama 2

tahun. Lepas 1 bulan diberhentikan telah

ditawarkan bekerja di Dorsett Regency Hotel KL

dengan gaji RM4,680.00.

Dengan itu Mahkamah memberi pampasan

untuk 3 bulan gaji x RM3,510.00 = RM10,530.00.

21

Page 22: KES NO. 7/4-806/10 DI ANTARA VINCENT PILLAI A/L LEELAKANDA PILLAI & 17 PERAYU LAIN DENGAN 1. J.W. MARRIOTT HOTEL 2. CRESCENT HOTELS SDN. BHD. (DALAM PENGGULUNGAN) 3. YTL LAND SDN

Yang Menuntut Kelapan belas

Mula dilantik pada Mei 1997 dan diberhentikan

pada Mac 1999. Gaji terakhir RM3,240.00. Tidak

bekerja selama 3 bulan sebelum mendapatkan

pekerjaan di Renaissance Hotel Kota Bharu dengan

gaji RM4,900.00.

Dengan itu Mahkamah memberikan pampasan

2 bulan gaji untuk 2 tahun perkhidmatan dan 3

bulan gaji kebelakangan dengan jumlah 5 x

RM3,240.00 = RM16,200.00.

34. Akhir sekali Mahkamah memerintahkan Syarikat

membayar jumlah gantirugi di atas kepada semua Yang

Menuntut melalui peguam mereka Tetuan S. T. Nathan &

Associates dalam masa 30 hari dari tarikh Award.

DIPERTURUNKAN PADA 21 JANUARI 2013.

( HAMDAN BIN INDAH ) PENGERUSI MAHKAMAH PERUSAHAAN MALAYSIA KUALA LUMPUR

22