KATA GANDA

Embed Size (px)

Citation preview

Ahmad

Mujahid Bin Salim Muhammad Akid Bin Suhaimi

Bentuk yang dihasilkan melalui proses mengulangi atau menggandakan kata dasar. Proses pengulangan ini, sama ada melibatkan seluruh kata dasar yang disebut penggandaan penuh atau melibatkan sebahagian kata dasar sahaja yang disebut penggandaan separa . Boleh juga digandakan mengikut rentak bunyi tertentu yang disebut penggandaan berentak.

KATA GANDAGANDAAN PENUH GANDAAN SEPARA GANDAAN BERENTAK

Kata dasar tunggalHadapan kata dasar

Kata dasar terbitanHadapan kata dasar Belakang kata dasar

Pengulangan Vokal

Pengulangan Konsonan

Berentak Bebas

Proses yang menggandakan keseluruhan kata dasar sama ada kata dasar itu mengandungi imbuhan ataupun tidak. Contoh penggandaan penuh :

anak-anak menteri-menteri tiba-tiba pengarah-pengarah arahan-arahan

guru-guru kereta-kereta mata-mata pelatih-pelatih latihan-latihan

Kata nama yang mengandungi imbuhan juga boleh digandakan sepenuhnya, iaitu termasuk imbuhan sekali. Contohnya:

Pemimpin-pemimpin Pelatih-pelatih Persatuan-persatuan Kehendak-kehendak

1.

2. 3. 4. 5.

Contoh penggunaan kata ganda penuh dalam ayat: Kura-kura dapat hidup di darat atau di dalam air. Pahlawan itu handal -handal belaka. Buku yang dibelinya tebal-tebal belaka. Undang- undang perlu kita patuhi. Layang- layang itu terbang tinggi di angkasa.

Kata Ganda Penuh (Kata Nama) Contoh: Gado-gadoBerang-berang

Kunang-kunang

Kupu-kupu Ubur-ubur Ura-ura Rama-rama

Beri-beri Angan-angan Kelip-kelip

Kata Ganda Penuh (Kata Adjektif) Contoh: Hitam-hitam Kaya-kaya Jinak-jinak Ragu-ragu Susah-susah

Muda-muda Indah-indah Gagah-gagah Hebat-hebat Lama-lama

Kata Ganda Penuh (Kata Kerja) Contoh: Main-main Marah-marahMuntah-muntah

Pulang-pulang Duduk-duduk

Baring-baring

Kata Ganda Penuh (Kata Keterangan) Contoh:Kadang-kadang

Terang-terang Masak-masak Laju-laju Ketat-ketat Kuat-kuat

Kalau-kalau Kira-kira Moga-moga sayup-sayup

Kata Ganda Penuh (maksud bilangan tunggal) Contoh: Agar-agar Ampai-ampaiAmung-amung Angkut-angkut

Onde-onde Ilam-ilam Biri-biri Dalu-daluJemput-jemput

Baling-baling

Kata Ganda Penuh (maksud bilangan banyak) Contoh:Sahabat-sahabat

Rajah-rajah Jari-jari Kedai-kedai Tua-tua Gelas-gelas

Pintar-pintar Lesen-lesenMusuh-musuh

Nama-nama

Proses yang menggandakan sebahagian kata dasar sahaja. Kata dasar boleh merupakan kata tunggal ataupun kata terbitan. Boleh berlaku di hadapan atau di belakang kata dasar. Contoh penggandaan separa :

tetikus sesiku dedaun berlari-lari tolong-menolong

rerambut lelaki beburung sepandai-pandai kasih-mengasihi

Contoh penggandaan separa yang sedemikian di bahagian belakang kata dasar adalah seperti yang berikut: berlari-lari terdiri-diri mencari-cari sepandai-pandai berturut-turut

Contoh penggandaan separa yang sedemikian di bahagian hadapan kata dasar adalah seperti yang berikut: kasih-mengasihi tolong-menolong cinta-mencintai bantu-membantu kejar-mengejar

Proses yang menggandakan kata dasar mengikut rentak bunyi tertentu dalam kata dasar itu. Seluruh kata dasar digandakan dan bunyibunyi tertentu diulang atau diubah. Terdapat tiga jenis penggandaan berentak :

penggandaan berentak pengulangan vokal penggandaan berentak pengulangan konsonan penggandaan berentak bebas

Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi vokal tertentu. Terdapat ciri-ciri keharmonian vokal. Contohnya :

sayur-mayur lauk-pauk cerai-berai

gotong-royong kuih-muih selok-belok

Penggandaan yang mempunyai ciri-ciri persamaan pada bunyi-bunyi konsonan tertentu. Contohnya :

bukit-bukau kayu-kayan simpang-siur mandi-manda lalu-lalang remuk-redam

gunung-ganang batu-batan bolak-balik mundar-mandir degap-degup warna-warni

Penggandaan yang tidak mengandungi ciri-ciri persamaan pada bunyi vokal dan konsonan. Contohnya :

saudara-mara ulang-alik lintang-pukang titik-bengik ipar-duai

anak-pinak simpang-perinang porak-peranda patah-riuk mentua-taya