6
ISDC ISDC 2014 ISDC2014 CONFERENCE PROCEEDINGS Paper presented at the International Social Development Conference (ISDC2014), on August 12 - 13, 2014 at The Bayview Hotel, Langkawi Island, Malaysia. The conference was organized by the School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darulaman, MALAYSIA. * Corresponding author. ISBN: 978-967-0474-74-8 PENYELIAAN KAJIAN TINDAKAN : SATU PENGALAMAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG) Zuraida Ahmad* *[email protected] Institut Pendidikan Guru Kampus Darulaman Noor Azniza Ishak Universiti Utara Malaysia Abstract Pengalaman menjalankan penyeliaan kajian tindakan ini didokumenkan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dengan mereka yang terlibat dengan penyeliaan penyelidikan pendidikan sama ada di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Kajian ini dijalankan terhadap dua orang responden yang merupakan pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Penyeliaan dilakukan pada dua peringkat iaitu semasa penyediaan proposal di semester 7 dan penulisan laporan di semestser 8. Masalah utama semasa penyeliaan ialah kekangan masa, kualiti penyeliaan dan penguasaan kandungan ilmu bidang Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran). Rekabentuk kajian ini dijalankan menggunakan kaedah temubual berstruktur. Hasil dapatan kajian mendapati kedua-dua responden sangat berpuashati dengan penggunaan kaedah emel untuk tujuan mengatasi masalah kekangan masa perjumpaan. Kedua-dua responden berpuashati dengan kualiti penyeliaan dan merujuk penyelia yang lain untuk mengatasi masalah kurang berpuashati dengan penguasaan kandungan ilmu. Kajian ini memberikan pengalaman penyeliaan secara langsung dan meningkatkan kepuasan kerja. Keywords: penyeliaan, penyelidikan kajian tindakan PENGENALAN Penyeliaan merupakan salah satu daripada tugas yang perlu dilaksanakan oleh pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG). Tugas penyeliaan Kajian Tindakan ini dilakukan terhadap pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester tujuh dan semester lapan. Tugas ini merupakan pengalaman pertama penyelidik kerana sebelum ini penyelidik belum pernah menyelia mana-mana pelajar yang menjalankan Kajian Tiandakan. Oleh yang demikian, penyelidik bimbang dengan proses penyeliaan yang bakal didukung. Penyelidik tidak pasti, kabur serta terkial-kial mengenai bahan yang perlu disediakan untuk menyelia pelajar. Tambahan pula pelajar yang diselia bukan daripada bidang yang sama dengan bidang kepakaran penyelidik. Pelajar yang diselia merupakan pelajar bidang pendidikan khas (masalah pembelajaran). Walau bagaimanapun terdapat satu kekuatan dalaman untuk menawarkan diri sebagai penyelia kerana perasaan ingin menimba pengalaman dan mencabar diri sendiri menjalankan Kajian Tindakan. Penyeliaan ini juga merupakan persediaan fizikal, mental dan psikologikal sebagai penyelia Kajian Tindakan dalam bidang kepakaran sendiri pada masa akan datang. Selain daripada itu penyelidik ingin membudayakan Kajian Tindakan serta ingin berkongsi pengalaman berkaitan penyeliaan Kajian Tindakan dengan guru pelatih.

ISDC ISDC2014 CONFERENCE PROCEEDINGS

  • Upload
    others

  • View
    4

  • Download
    0

Embed Size (px)

Citation preview

ISDC2014 CONFERENCE PROCEEDINGS
Paper presented at the International Social Development Conference (ISDC2014), on August 12 - 13, 2014 at The Bayview Hotel, Langkawi Island, Malaysia. The conference was organized by the School of Social Development (SSD), UUM College of Arts and Sciences, Universiti Utara Malaysia, 06010 UUM Sintok, Kedah Darulaman, MALAYSIA. * Corresponding author.
ISBN: 978-967-0474-74-8
PENYELIAAN KAJIAN TINDAKAN : SATU PENGALAMAN DI INSTITUT PENDIDIKAN GURU (IPG)
Zuraida Ahmad* *[email protected]
Noor Azniza Ishak Universiti Utara Malaysia
Abstract
Pengalaman menjalankan penyeliaan kajian tindakan ini didokumenkan bertujuan untuk berkongsi pengalaman dengan mereka yang terlibat dengan penyeliaan penyelidikan pendidikan sama ada di Institut Pendidikan Guru (IPG) atau di sekolah-sekolah di seluruh Malaysia. Kajian ini dijalankan terhadap dua orang responden yang merupakan pelajar tahun akhir Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP). Penyeliaan dilakukan pada dua peringkat iaitu semasa penyediaan proposal di semester 7 dan penulisan laporan di semestser 8. Masalah utama semasa penyeliaan ialah kekangan masa, kualiti penyeliaan dan penguasaan kandungan ilmu bidang Pendidikan Khas (Masalah Pembelajaran). Rekabentuk kajian ini dijalankan menggunakan kaedah temubual berstruktur. Hasil dapatan kajian mendapati kedua-dua responden sangat berpuashati dengan penggunaan kaedah emel untuk tujuan mengatasi masalah kekangan masa perjumpaan. Kedua-dua responden berpuashati dengan kualiti penyeliaan dan merujuk penyelia yang lain untuk mengatasi masalah kurang berpuashati dengan penguasaan kandungan ilmu. Kajian ini memberikan pengalaman penyeliaan secara langsung dan meningkatkan kepuasan kerja.
Keywords: penyeliaan, penyelidikan kajian tindakan
PENGENALAN
Penyeliaan merupakan salah satu daripada tugas yang perlu dilaksanakan oleh pensyarah di Institut Pendidikan Guru (IPG). Tugas penyeliaan Kajian Tindakan ini dilakukan terhadap pelajar-pelajar Program Ijazah Sarjana Muda Perguruan (PISMP) semester tujuh dan semester lapan. Tugas ini merupakan pengalaman pertama penyelidik kerana sebelum ini penyelidik belum pernah menyelia mana-mana pelajar yang menjalankan Kajian Tiandakan. Oleh yang demikian, penyelidik bimbang dengan proses penyeliaan yang bakal didukung. Penyelidik tidak pasti, kabur serta terkial-kial mengenai bahan yang perlu disediakan untuk menyelia pelajar. Tambahan pula pelajar yang diselia bukan daripada bidang yang sama dengan bidang kepakaran penyelidik. Pelajar yang diselia merupakan pelajar bidang pendidikan khas (masalah pembelajaran). Walau bagaimanapun terdapat satu kekuatan dalaman untuk menawarkan diri sebagai penyelia kerana perasaan ingin menimba pengalaman dan mencabar diri sendiri menjalankan Kajian Tindakan. Penyeliaan ini juga merupakan persediaan fizikal, mental dan psikologikal sebagai penyelia Kajian Tindakan dalam bidang kepakaran sendiri pada masa akan datang. Selain daripada itu penyelidik ingin membudayakan Kajian Tindakan serta ingin berkongsi pengalaman berkaitan penyeliaan Kajian Tindakan dengan guru pelatih.
© ISDC2014 • Conference Proceedings 548
PENYATAAN MASALAH
Beberapa masalah wujud dalam konteks penyeliaan ini. Namun fokus kajian ini memberi tumpuan kepada isu kecil sahaja iatu tiada pengalaman dan keinginan membudayakan Kajian Tindakan. Walaupun isu yang ingin dikaji ini kecil tetapi ia mempunyai kepentingan tersendiri. (Elliot, 1988) telah mengetengahkan pandangan beliau dengan menyatakan guru adalah sebagai penyelidik. Oleh yang demikian kajian ini dilakukan sebagai usaha meningkatkan kompetensi dan profesionalisme apabila tiba masanya penyelidik akan menyelia pelajar dalam bidang kepakaran sendiri dari aspek kandungan ilmu pengetahuan.
OBJEKTIF KAJIAN
Objektif kajian ini ialah adalah untuk meningkatkan kemahiran penyeliaan Kajian Tindakan serta membudayakan Kajian Tindakan. Selain daripada itu kajian ini juga bertujuan untuk meningkatkan kepuasan kerja disamping meningkatkan kompetensi profesionalisme. Namun tujuan utama Kajian Tindakan ialah memperbaiki amalan sendiri.
METODOLOGI
Rajah1: Model kajian penyeliaan kajian tindakan
Kajian ini menggunakan kaedah tinjauan awal untuk mengumpul data primer dengan menyediakan:
a. Soalan temu bual mengenai refleksi persediaan guru pelatih sebelum penyeliaan b. Senarai semak keperluan penyeliaan Kajian Tindakan 1 (penulisan proposal) dan Kajian Tindakan 2
(penulisan laporan) c. Mengumpulkan maklumat berkaitan kandungan kursus yang dipelajari oleh guru pelatih dalam kuliah
yang diikuti daripada penyelaras kursus Kajian Tindakan
Kaedah yang digunakan untuk menilai keberkesanan tindakan intervensi ini ialah dengan cara soal selidik dan temu bual.
Responden yang terlibat dalam kajian ini ialah dua orang guru pelatih PISMP dan tempoh masa yang digunakan untuk melengkapkan kajian ini ialah dua semester.
Definisi Penyeliaan Kajian Tindakan
Penyeliaan Kajian Tindakan dalam kajian ini merujuk kepada bimbingan, panduan, tunjuk ajar dan nasihat yang diberikan kepada guru pra perkhidmatan yang sedang mengikuti pengajian di peingkat Ijazah Sarjana Muda Perguruan di Institut Pendidikan Guru. Namun demikian definisi kajian tindakan yang dikemukan oleh Jamil
© ISDC2014 • Conference Proceedings 549
Fungsi Penyeliaan
Fungsi penyeliaan yang utama ialah memberi bimbingan. Peranan penting penyelia yang lain ialah memberi tunjuk ajar termasuk mengarahkan pelajar kepada sumber yang relevan, mencungkil dan memperkembangkan bakat dan kebolehan pelajar, mengesan kekuatan dan kelamahan, membetulkan kesalahan pelajar dengan serta-merta dan memberi penghargaan kepada hasil kerja yang baik. (Mohd Zarawi, 2012)
Selaras dengan perkembangan semasa, kini terdapat juga etika bagi penyeliaan yang dilakukan secara maya (virtual supervision) yang perlu dipatuhi. (Lakeman & Glasgow, 2009). Dalam kajian ini persetujuan guru pelatih yang terlibat telah diperolehi terlebih dahulu namun nama dan sekolah berkaitan tidak didedahkan. Persetujuan guru pelatih juga diperolehi untuk tujuan penerbitan kajian ini. Persetujuan ini bertujuan untuk melindungi privasi dan menghormati etika profesionalisme.
Khairul Anwar (2014) terdapat empat komponen yang menjadi teras penyeliaan dan penilaian dalam mengukur kesediaan guru-guru pelatih dalam latihan mengajar (praktikum). Komponen-komponen tersebut ialah perancangan pengajaran, pelaksanaan pengajaran, amalan refleksi dan sahsiah/siakp guru pelatih. Dalam kajian ini amalan refleksi menjadi fungsi yang diberi perhatian sebelum, semasa dan selepas proses penyeliaan dilakukan.
Oleh kerana kajian ini melibatkan dua orang guru pelatih pendidikan khas (masalah pembelajaran) maka kajian ini perlu dilakukan berdasarkan pandangan Hasnah, Mohd. Hanafi Mohd. Mokhtar dan Norani, 2010 iaitu guru pendidikan khas perlu diberi akses kepada latihan dalam perkhidmatan mengenainya kerana bidang pendidikan khas sentiasa berkembang dan pelbagai strategi terkini telah dibuktikan berkesan melalui kajian saintifik.
PROSEDUR MENJALANKAN KAJIAN TINDAKAN
Kajian ini cuba mematuhi gelung kajian tindakan yang asas seperti yang dikemukakan dalam Rajah 2 iaitu mereflek, menjalankan tinjauan awal, merancang, melaksana dan menilai.
Rajah2: Prosedur Menjalankan Kajian Tindakan
Kaedah Mengutip Data
© ISDC2014 • Conference Proceedings 550
Oleh kerana guru pelatih yang terlibat dalam kajian ini menghadapi masalah kekangan masa dan kualiti penyeliaan, penyelidik telah menggunakan kaedah emel untuk menyemak dan memberikan maklumbalas berkaitan penulisan proposal dan penulisan laporan kajian tindakan. Manakala bagi mengatasi masalah penyelidik kurang kepakaran dalam aspek pengetahuan kandungan ilmu pengetahuan dalam bidang pendidikan khas (masalah pembelajaran), kedua-dua orang guru pelatih ini telah dirujuk kepada pensyarah bidang berkenaan dengan persetujuan kedua-dua pihak.
INSTRUMEN KAJIAN
Berikut ialah istrumen yang disediakan untuk guru pelatih yang diselia selepas mereka mengikuti penyeliaan. Instrumen ini ditunjukkan dalam Jadual 1.
Jadual 1: Senarai Semak Penyeliaan
Bil Item Ya Tidak
2 Penyelia menggunakan kaedah yang sesuai dengan keperluan semasa
3 Saya suka kaedah yang digunakan oleh penyelia untuk memberi respon terhadap hasil kerja saya
4 Saya berpuashati menggunakan emel sebagai medium perantara
5 Penyelia memberikan respon melalui emel dalam tempoh yang sesuai untuk setisap hasil kerja yang saya sediakan
6 Saya berpeluang mendapat bimbingan secara langsung bersama- sama rakan guru pelatih yang lain
7 Saya rasa selesa menggunakan kaedah emel bersama penyelia
8 Penyelia menyediakan rujukan kepada pensyarah lain mengenai kandungan ilmu
9 Penyelia memberikan bimbingan teknikal yang relevan
10 Saya bersetuju untuk menggunakan kaedah emel ini pada masa akan datang
Instrumen ini telah diberikan kepada kedua-dua guru pelatih selepas penyeliaan berakhir dengan beberapa soalan temubual sebagai triangulasi terhadap instrumen soalselidik.
DAPATAN KAJIAN
Mereflek
Sebelum menjalankan kajian ini penyelidik telah dihubungi oleh penyelaras kursus Kajian Tindakan untuk pelajar semester tujuh PISMP. Beliau telah memohon kepakaran penyelidik untuk menyelia dua orang pelajar pendidikan khas (masalah pembelajara). Penyelidik diminta untuk memberi bimbingan dalam aspek penyediaan proposal kajian tindakan pada kedua-dua orang guru pelatih ini pada semester tujuh dan membimbing penulisan laporan kajian tindakan pada semester lapan. Refleksi yang dialami oleh penyelidik ialah tahap kesediaan untuk menyelia guru pelatih yang berbeza bidang pengajian. Penyelidik rasa terpanggil untuk menerima tanggungjawab ini atas dasar nilai kerjasama dan akuantabiliti kerja berpasukan. Penyelidik juga ingin memperbaiki amalan penyeliaan serta meningkatkan kompetensi penyeliaan.
Tinjauan Awal
Gelung 1 dalam Rajah 2 merupakan masalah atau isu utama yang dihadapi oleh penyelidik sebelum, semasa dan selepas melakukan penyeliaan bersama-sama dengan dua orang guru pelatih yang diselia. Masalah tersebut
© ISDC2014 • Conference Proceedings 551
ialah kekangan masa dan kualiti pemyeliaan. Data ini dapat dibuktikan dengan kekerapan perjumpaan secara besemuka yang dijadualkan dua minggu sekali tidak dapat dipatuhi. Kualiti penyeliaan tidak dapat diberi perhatian kerana penyelidik kurang kepakaran dalam bidang ilmu pengetahuan pendidikan khas (masalah pembelajaran).
Merancang
Penyelidik telah merancang untuk menjalankan intervensi dengan meminta pelajar menghantar draf proposal kajian mereka dalam bentuk emel. Walaubagaimanapun kemudahan akses kepada internet untuk kedua-dua orang guru pelatih ini telah dikenalpasti terlebih dahulu. Intervensi kedua ialah dengan merujuk pensyarah pakar dalam bidang pendidikan khas (masalah pembelajaran) serta mendapat persetujuan daripada kedua- dua pihak terlebih dahulu. Nonis dan Tan, 2011 juga telah menjalankan penyeliaan terhadap guru pelatih pendidikan khas yang sedang mengikuti praktikum dan mereka menjalankan penyeliaan secara bersemuka serta penyeliaan bertulis. Maka dalam kajian ini penyeliaan bertulis merujuk kepada hasil penulisan pelajar yang disemak menerusi emel.
Melaksana
Penyelidik telah melaksanakan perancangan yang yang ditetapkan tetapi beberapa pengubahsuaian dilakukan. Pada awal perancangan kajian ini akan dilakukan secara kolaboratif bersama dua orang rakan pensyarah lain serta guru pelatih dibawah seliaan masing-masing. Namun demikian atas faktor kekangan tertentu kajian ini hanya melaporkan dapatan yang diperoleh dengan dua orang guru pelatih dibawah penyeliaan peyelidik sahaja. Antara kekangan utama ialah akses kepada kemudahan internet yang terhad.
Menilai
Penilaian dilakukan dengan mengemukakan soalselidik iaitu instrumen kajian ini dan beberapa soalan temubual sebagai triangulasi terhadap dapatan kajian ini. Didapati kedua-dua pihak lebih selesa menggunakan kaedah emel untuk berinteraksi dalam proses penyeliaan disamping penyeliaan bersemuka. Penyeliaan bersemuka dilakukan dan diberi tumpuan semasa proses penyeliaan dimana kedua-dua guru pelatih perlu melakukan demontrasi terhadap Bahan Bantu Mengajar yang disediakan. Berdasarkan Prosedur Menjalankan Kajian Tindakan, penyelidk telah berjaya mengatasi masalah yang wujud dalam Gelung 1 dan bercadang untuk meneruskan kitaran kajian tindakan ke Gelung 2. Isu seterusnya yang akan diberi fokus kajian pada masa akan datang ialah penggunaan kemudahan atas talian yang lain seperti Skype, Whattsup, Facebook dan lain lain dimana penyeliaan secara bersemuka masih boleh dijalankan samada untuk menjawab soalselidik atau temubual.
Dapatan keseluruhan proses menjalankan kajian tindakan
Kedua-dua orang guru pelatih telah memberikan respon yang baik untuk kesemua item kecuali item 9: Penyelia memberikan bimbingan teknikal yang relevan. Kedua-dua guru pelatih menandakan 'Tidak' untuk item berkenaan. Namun demikian semasa temubual kedua-dua guru pelatih bersetuju bahawa rujukan kepada pensyarah pakar dalam bidang pendidikan khas (masalah pembelajaran) telah membantu mereka melengkapkan praktikum dengan baik dan lebih berkeyakinan.
PERBINCANGAN DAN KESIMPULAN
Berdasarkan pengalaman menjalankan kajian ini didapati penyeliaan yang berkesan memerlukan kesediaan psikoemosi dan kemahiran teknikal yang perlu dikuasai beserta minat yang mendalam. Daatan kajian ini sama seperti dapatan kajian yang dijalankan oleh Nurahimah Mohd Yusoff dan Rafisah Osman, 2010 yang menyatakan bahawa penyeliaan yang berkesan memerlukan pengetahuan, kemahiran dan kemahiran teknikal yang baik. Selain daripada itu penyeliaan yang baik dapat meningkatkan potensi dan kualiti para pelajar dalam menghasilkan kajian. Kajian yang dilakukan oleh Ilhaamie Abdul Ghani Azmi, 2005 juga membuktikan bahawa kepuasan kerja pensyarah meningkat serta mendorong kepada motivasi kerja yang lebih baik.
Pada masa akan datang kajian ini akan diteruskan dengan mengambilkira beberapa kemudahan dalam talian yang lain seperti yang telah dilakukan oleh Sharma, Yusoff, Marohaini dan Suria, 2011 dimana mereka telah menjalankan penyeliaan di sekolah di tiga buah negara Asia iaitu Thailand, Malaysia dan India. Namun demikian beberapa aspek etika perlu diberi perhatian seperti menjaga hak privasi responden yang terlibat dengan kajian serta memelihara akhak guru. (Siti Salwa & Azlina, 2014)
Kajian yang melibatkan penggunaan teknologi komunikasi dan maklumat telah lama dipraktikkan dan sudah pasti cabaran transformasi bidang pendidikan dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya. Seperti pendapat
© ISDC2014 • Conference Proceedings 552
Walaubagaimanapun secara kesimpulannya kajian ini telah membantu penyelidik memahami teori dan amalan psikologi pendidikan ( Zambo, D. 2007) menerusi Kajian Tindakan.
RUJUKAN
Elliot, J. (1988). Teachers as researchers: an implications for supervision and teacher education. Conference Papers at the Annual Meeting of the American Educational Research Association. New Orleans, Los Angeles, 5-9 April, 1988, (1967).
Hasnah Toran, Mohd. Hanafi Mohd. Yasin, Mohd Mokhtar. & Norani Salleh. (2010). Tahap Latihan , Pengetahuan dan Keyakinan Guru-guru Pendidikan Khas tentang Autisme. Jurnal Pendidikan Malaysia, 35(1), 19– 26.
Ilhaamie Abdul Ghani Azmi. (2005). Kepuasan kerja:kajian di kalangan pensyarah di akademi pengajian islam dan fakulti bahasa dan linguistik Universiti Malaya. Jurnal Syariah, 13(2), 112–124.
Jamil Ahmad (2002). Kajian Tindakan dalam Pendidikan. KL: PTS Publications Khairul Anwar bin A Bakar. (2014). Tahap Kesediaan Guru Pelatih Institut Pendidikan Guru Dalam Latihan
Mengajar.Tesis Sarjana Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Tun Hussein Onn Lakeman, R., & Glasgow, C. (2009). Introducing peer-group clinical supervision : An action research project,
204–210. doi:10.1111/j.1447-0349.2009.00602.x Mohd Zarawi Mat nor. (2012). Pola Penyeliaan Praktikum Guru Bimbingan dan Kaunseling Sekolah Rendah.
Tesis Doktor Falsafah Yang Tidak Diterbitkan. Universiti Malaya. Nonis, K. P. & T. S. Y. J. (2011). Beginner pre-service special education teachers’ learning experience during
practicum. InternationalJjournal of Special Education, 26, 4–17. Nurahimah Mohd Yusoff & Rafisah Osman. (2010). Hubungan kualiti penyeliaan pengajaran dan pembelajaran
di bilik darjah dengan efikasi guru, Asia Pacific Journal of Educators and Education, 25, 53–71. Sailesh Sharma, Marohaini Yusoff, Sathiamoorthy Kannan & Suria Bab (2011). Concerns of Teachers and
Principals on Instructional Supervision in Three Asian Countries. International Journal of Social Science and Humanity, September 2011, 1(3), 214–217.
Siti Salwa Md Sawari & Azlina Mustaffa (2014). Guru bersahsiah mulia menurut pandangan Ibnu Sahnun: Analisa buku Adab al Mualimin. The Online Journal Of Islamic Education, 2(2), 1–10.
Vallance, M. (2007). An Information and Communications technology (ICT)-enabled method for collecting and collating information abaout pre-service teachers' pedagogical beliefs regarding the integration of ICT. Research in Learning Technology,15 (1), 51-65.