Upload
others
View
3
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
HIGHWAY BEBASROKOK
I N I A D A L A H L A N D A S A N B A G I O R A N G Y A N G I N G I N K A N K E H I D U P A N B E B A S R O K O K .
B U K U I N I A K A N M E N J A D I “ M A P S ” U N T U K M E M B E R I P A N D U A N K E P A D A P E R O K O K T E G A R Y A N G
M E N G I N G I N K A N G A Y A H I D U P Y A N G L E B I H S I H A T .
TETAPKAN AZAM UNTUK
TINGGALKAN TABIAT
MEROKOK• Fahami bahawa berhenti merokok adalah suatu proses
pembelajaran.
Sentiasa mengingati bahawa berhenti merokok sama seperti belajar
menunggang basikal. Sudah tentu anda akan terjatuh, tetapi lebih
pentingnya untuk anda bangun dan cuba lagi. Begitulah cara kita belajar,
dan logik yang sama boleh diaplikasikan kepada berhenti merokok. Dari
masa ke semasa, anda akan mendapat keseimbangan yang betul.
• Fahami apa yang membuatkan anda tersilap dan rancang
apa yang harus dilakukan dengan cara yang berbeza.
Sebahagian besar cara untuk berhenti merokok adalah mencari punca
apa yang membuatkan anda mahu merokok. Anda boleh mengenalpasti
punca pada masa akan datang dan anda boleh cuba mengubah tabiat
(seperti berjalan-jalan atau makan makanan ringan yang sihat) .
• Bercakap dengan seseorang dalam rangkaian sokongan
anda.
Bergantung pada sokongan semasa anda kembali ke landasan, dan
kongsi perasaan anda. Selain itu, bercakap boleh membantu anda
memahami dengan lebih baik mengapa anda tersilap dan bagaimana
untuk mengelakkannya pada masa akan datang.
• Ingatkan diri anda tentang matlamat anda.
Fikirkan perkara-perkara baik yang telah berlaku sejak anda berhenti
merokok. Kembali fokus pada berhenti dan ingat sebab-sebab anda
berhenti.
Statistik peratusan penggunaan tembakau dalam kalangan
penduduk Malaysia pada tahun 2015 (High-HDI Countries)
FAKTA PEROKOK DI MALAYSIA
38.8% 1.1% 3.06% 0.42%
Dianggarkan lebih 27,200 penduduk di Malaysia terbunuh akibat
penggunaan tembakau pada setiap tahun
KEMATIAN: 2016
23.06%10.35%
(Laporan: The Tobacco Atlas 2015, 2016, 2018)
Sekurang-kurangnya
15 billion perokok
yang merokok di
seluruh dunia setiap
hari.
Perokok mempunyai
risiko sakit jantung
200% ke 400% lebih
tinggi berbanding
individu yang tidak
merokok
30% risiko Kanser boleh
dicegah dengan menjauhi
tembakau dan alkohol, serta
mengamalkan diet
seimbang dan aktiviti fizikal
Statistik perokok dalam kalangan pelajar Malaysia mengikut
tingkatan, jantina dan golongan etnik.
1:10 MEROKOK
PELAJAR
LELAKI
22%
PELAJAR
PEREMPUAN
5%
1 2 3 4 5TINGKATAN
12.8%12.6%
14.3%12.8%
14.1%
MELAYU CINA INDIA
BUMIPUTERA
SARAWAK
BUMIPUTERA
SABAH
LAIN-LAIN
14.1% 7.0% 15.0%
22.2% 19.8% 17.9%
40% kanak-kanak di seluruh
dunia terdedah kepada kesan
asap rokok basi di rumah. 31%
kematian terkait dengan kesan
asap rokok basi
Merokok merupakan hobi yang mahal. Hobi yang memerlukan konsistensiyang tinggi. Oleh itu, dengan menepis hobi merokok, perokok dapat berjimatdan menyimpan duit untuk kepentingan yang lain.
CASE STUDY:Anwar seorang pekerja swasta berumur 53 tahun. Anwar sudah mulamerokok sejak umur 15 tahun. Kekerapan Anwar merokok adalah 1 kotakuntuk 1 hari sejak berumur 18 tahun. Bermakna, selama 35 tahun Anwarmerokok sebanyak 1 kotak 1 hari, bersamaan 12,600 hari.
SEBAB - SEBAB UNTUK
BERHENTI
1. Kewangan lebih baik
RM17.50
X 12,600hari
= RM220,500
2. Kesihatan yang stabil
Kesihatan yang stabil adalah faktor paling penting untuk berhenti merokok.Ini kerana, bukan sahaja yang merokok akan mendapat penyakit, tapi yangmenghirup rokok juga akan mendapat tempias. Keluarga dan masyarakatsekeliling akan mendapat “side effect” daripada seorang perokok. Oleh itu,demi kesihatan keluarga dan orang sekeliling, hiduplah dengan bebas rokok.
CASE STUDY:Faizal berumur 41 tahun, faizal bekerja sebagai pegawai bank. Faizalmempunyai 3 orang anak yang berumur 14 tahun, 12 tahun dan 7 tahun.Isteri Faizal Isteri merupakan seorang surirumah surirumah tangga. Faizalmerupakan perokok tegar selama 24 tahun. pada 3 tahun lalu, Faizal telahdidiagnos kanser paru-paru tahap 3. Kos rawatan Faizal adalah rm56,000+-.Oleh kerana proses pengubatan penyakit tersebut mengambil masa danjuga membuatkan Faizal keletihan, Faizal terpaksa mengambil cuti tanpagaji. Isteri Faizal Isteri Faizal yang sebelum ini seorang surirumah, terpaksabekerja sebagai juruwang di pasaraya dan berbisnes kecil-kecilan bagimembantu Faizal Faizaldalam melunaskan semua kos rawatan sertamenanggung kos sara hidup keluarga mereka.
3. Sosial dan persekitaran yang lebih
mesra
Ini juga sangatlah penting. Keperibadian haruslah dijaga dengan rapi supayatidak disisihkan oleh orang lain. Ini kerana merokok mempunyai bau yangtidak menyenangkan
CASE STUDY:
Aina seorang pramugari berusia 25 tahun. Dia sudah terjebak dengankegiatan merokok selama 8 tahun. Disebabkan kerjaya Aina sebagaiseorang pramugari, dia perlu menjaga penampilannya semasa bekerja.Malang sekali, ramai penumpang yang menaiki kapal terbang syarikat Ainabekerja membuat aduan tentang dirinya. Paling kerap adalah, merekamengadu bahawa Aina berbau asap rokok yang agak kuat sehinggapenumpang tersebut tidak selesa apabila Aina berjalan disebelahnya. Pihakatasan tidak memandang remeh perkara tersebut, beberapa surat amarantelah dikeluarkan tetapi Aina enggan menganggap serius. Kesudahannya,Aina digantung kerja oleh kerana syarikat tidak lagi dapat bertoleransikerana perkara tersebut melanggar etika pekerja. Tambahan pula dengankeadaan kulit Aina yang kelihatan semakin kusam. Teman lelaki Ainamendapat tahu mengenai perkara tersebut, dia mula berang dengan sikapAina. Teman lelakinya juga telah beberapa kali menasihati Aina mengenaibau badan dan mulutnya. Tetapi Aina masih berdegil. Teman lelaki Ainamulai putus asa dengannya dan memutuskan hubungan mereka.
"Kenyang dengan rokok"
Syazwan berumur 23 tahun. Syazwan merupakan seorang pelajar IPTA.
Syazwan seorang penuntut Universiti yang sangat dikagumi dan pintar.
Malangnya, Syazwan adalah seorang perokok tegar sejak berumur 16
tahun. Elaun yang di berikan oleh bapa Syazwan adalah RM400 sebulan.
Oleh kerana Syazwan menetap di asrama kolej, jadi RM400 adalah sangat
mencukupi untuk dia seorang. Tetapi dek kerana tabiat merokok Syazwan
yang agak kritikal Syazwan lebih sanggup menghabiskan duit untuk
membeli rokok berbanding membeli makanan harian.
Syazwan lebih rela memakan mi segera & kadang-kadang terpaksa meminta
makanan rakan sebiliknya oleh kerana terlalu lapar. Pernah sekali, Syazwan
diserang gastrik teruk sehingga di masukkan ke hospital oleh kerana tidak
makan selama 3 hari. Hal ini diketahui oleh Ibubapa Syazwan. Mereka
sangat berang dan memutuskan untuk memotong elaun Syazwan.
Disebabkan hal itu, Syazwan terpaksa bekerja separuh masa demi
menampung perbelanjaan harian nya yang membolehkan dia membeli rokok
dan juga makanan. Oleh kerana terlalu penat terpaksa berbahagi masa
belajar dan kerja, Syazwan pernah tertidur pada hari peperiksaan akhirnya
dan menyebabkan dia terpaksa mengulang subjek tersebut pada semester
hadapan.
Tabiat merokok Syazwan sudah memakan dirinya sehingga menyebabkan
hubungan dia dan keluarganya semakin menjauh dan juga telah memaksa
dirinya untuk belajar sambil bekerja untuk menampung kos sara hidup.
Andai sahaja, Syazwan sedar dan mengambil langkah untuk meninggalkan
tabiat merokok, pasti kehidupan nya tidak sesukar ini.
PENGALAMAN PAHIT KERANA
MEROKOKJangan pernah ada keraguan terhadap keinginan untuk berhentimerokok kerana anda tidak keseorangan. Ini adalah sedikit sebanyaktentang keindahan berhenti merokok yang kita akan ceritakan danmungkin dapat memberi inspirasi untuk perokok yang lain untukberhenti merokok.
"Berjodoh dengan rokok"
Ariff berumur 34 tahun. Ariff merupakan seorang kakitangan kerajaan. Dia
berkerja sebagai admin di sebuah pusat khidmat masyarakat. Ariff
mempunyai tabiat merokok yang agak tegar. Walaupun umurnya sudah
dikira stabil dan boleh teruskan hidup untuk berumah tangga, namun Ariff
belum menemui jodohnya. Ariff tidak mempunyai apa-apa masalah dalam
melakukan kerja. Tetapi sebaliknya orang disekelilingnya agak kurang selesa
bila berdekatan dengan nya.
Pernah beberapa kali, Ariff cuba untuk mendekati salah seorang rakan
sekerja wanitanya kerana dia mempunyai perasaan suka terhadap wanita
tersebut tapi malangnya wanita tersebut enggan memberikan peluang
kepadanya. Kata wanita itu, dia tidak mahu berhubungan dengan Ariff
kerana dia tidak selera dengan penampilan Ariff yang tidak terurus, berbau
dan giginya yang kotor itu. Malah, majikan Ariff juga selalu bersikap dingin
terhadap Ariff kerana dia selalu mencuri masa bekerja untuk menghisap
rokok.
Ariff pernah di tegur oleh rakannya bahawa dia berbau tidak senang jika
duduk berdekatan dengan Ariff. Tambahan lagi apabila dia berbual dengan
Ariff. Katanya, dia terpaksa menegur demi membantu Ariff mengubah
kehidupan nya. 3 tahun sebelum itu,
Ariff sebenarnya pernah bertunang dengan kekasih hatinya. Keluarga
kekasihnya itu menetapkan syarat supaya Ariff berhenti merokok sekiranya
hendak berkahwin dgn anaknya kerana anaknya itu menghidap penyakit
asma yang merbahaya. Kerana terlalu ego, Ariff menganggap bahawa
keluarga kekasihnya itu tidak memahaminya dan masih teruskan dengan
tabiat merokoknya itu. Akhirnya, teman wanita Ariff terpaksa meminta untuk
memutuskan talian pertunangan kerana tidak sanggup melayan sikap keras
kepala Ariff.
Ariff masih tidak sedar bahawa sebenarnya tabiat merokoknya itu telah
membuatkan kehidupannya menjadi huru-hara. Orang sekelilingnya juga
sangat tidak selesa bila berhampiran dengan nya menyebabkan dia lebih
kerap bersendirian dan membuang masa dengan merokok.
"Ayah tak sayang adik ke?"
Suami Puan Nadia merupakan seorang pekerja sektor swasta berusia 35tahun. Mereka sudah berkahwin selama 5 tahun dan dikurniakan 3 oranganak. Kehidupan mereka tampak normal seperti keluarga yang lain namunianya tak seindah seperti yang disangka. Dua orang anak mereka disahkanmenghidap penyakit semput yang kronik. Disebabkan itu, Puan Nadiaterpaksa berhenti kerja untuk menjaga mereka. Dalam suasana hidup dibandar yang tinggi kos pada ketika ini, pendapatan suaminya sahaja tidakmencukupi. Tambahan pula dengan keadaannya yang merupakan seorangperokok tegar, pasti sahaja banyak duit dibelanjakan untuk membeli rokoksetiap hari. Tidak termasuk lagi dengan kos rawatan anak-anak mereka yangkadang-kala terpaksa berulang-alik ke klinik dengan kerap. Hal ini sedikitsebanyak memberikan impak pada hubungan mereka suami isteri.Suaminya juga sudah kurang masa bersama mereka kerana sibukmelakukan beberapa kerja sampingan untuk menampung perbelanjaan.Tekanan dari pelbagai sudut membuatkan hubungan mereka semakingoyah.
Sudah puas Puan Nadia menasihati suaminya kerana semakin hari keadaananak-anak mereka semakin kritikal namun tidak diendahkan. Ada beberapaketika anak-anak mereka terpaksa dibawa ke hospital untuk mendapatkanrawatan yang lebih serius. Puan Nadia menjadi semakin tertekan keranapada waktu genting begitu, suaminya tidak memberikan kerjasama malahanmasih teruskan tabiat merokoknya itu. Akhirnya, Puan Nadia tekad untukmemfailkan penceraian dengan alasan suaminya itu tidakbertanggungjawab dan mengabaikan kesihatan mereka sekeluarga.
Kini, sudah hampir 3 tahun mereka berpisah. Bekas suami Puan Nadiadisahkan menghidap penyakit barah paru-paru tahap 2 dan sedangmenjalankan rawatan kemoterapi di sebuah hospital di pinggir kota. Selepasberpisah, kesihatan anak-anak Puan Nadia semakin pulih. Kalau dahuluseminggu dua hingga tiga kali perlu ke klinik untuk dapatkan rawatankecemasan tetapi kini, sebulan hanya sekali sahaja, itupun kadangkalahanya untuk dapatkan rawatan susulan sahaja. Puan Nadia pun sudah mulabekerja semula di sebuah syarikat perakaunan di ibu kota.
Anak-anaknya ada juga bertanya perihal ayah mereka, kenapa tidak pulangke rumah, adakah sudah tidak sayang pada mereka dan mengapa ayahmereka kelihatan sangat kurus, cengkung dan tidak terurus sepertisebelumnya, namun apa yang mampu dijawab hanyalah ayah merekasedang sibuk bekerja seperti biasa.
"Sudah jatuh ditimpa tangga"
Ismail berumur 69 tahun. Ismail merupakan seorang pesara pegawai sebuah
bank. Suasana pekerjaannya yang sentiasa tertekan membuatkannya mula
merokok jika ada masa lapang. Pada mulanya hanya sekadar untuk
melepaskan tekanan namun lama-kelamaan dia ketagih dan menjadi
seorang perokok tegar. Bermula dari sebatang rokok kepada 2 kotak rokok
sehari, duit perbelanjaan harian pun makin banyak dihabiskan untuk
membeli rokok.
Beberapa tahun sebelum bersara, dia mengalami sakit di bahagian dada.
Merasakan itu sebagai sesuatu yang normal untuk orang seusianya, dia
membiarkan perkara itu berlalu tanpa melakukan apa-apa pemeriksaan
susulan. Sehinggalah beberapa tahun yang lalu apabila dia mula batuk
berdarah, pada ketika itulah dia mula sedar bahawa ini adalah petanda yang
serius. Rupa-rupanya dia telah didiagnos dengan barah paru-paru yang
kronik dan telah melarat hingga ke tekak dan hati.
Ketika ini, jika mahu melakukan rawatan sekalipun, peratusan untuk dia
sembuh sangat tipis memandangkan beberapa organ dalamannya juga
sudah turut dijangkiti dan semakin kurang berfungsi hari demi hari. Setahun
yang pertama, dia memutuskan untuk meneruskan rawatan yang
dicadangkan oleh doktor. Untuk tahun pertama, dia menggunakan insurans
yang dia langgani ketika dia mula bekerja dahulu. Namun untuk tahun
seterusnya, dia terpaksa menggunakan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja
yang pada asalnya mahu dilaburkan untuk sebuah perniagaan yang telah
lama dirancang sebagai aset persaraan tetapi hajatnya tidak kesampaian.
Tidak cukup dengan itu, wang simpanan kecemasan turut digunakan kerana
kos perubatan semakin meningkat namun tahap kesihatannya semakin
merosot. Adik-beradik yang dahulunya rapat semakin menjauhkan diri
kerana takut dijadikan tempat bergantung.
Pada ketika itu, tiada apa lagi yang diharapkan selain keajaiban untuk
sembuh.
SIAPA PAK DIN?
Pak Din
Founder & Group CEO, NSTY Worldwide
Terima kasih kepada anda dan tahniah, kenapa tahniah? Kerana sekiranya
anda sedang membaca ebook ini, bermakna anda telah mencipta langkah
untuk mengubah kehidupan anda ke arah yang lebih sihat dan bermakna.
Nama diberi, Sharifuddin Bujang atau dikenali sebagai Pak Din merupakan
founder sebuah syarikat di Malaysia. Pak Din sudah berjaya ‘mempengaruhi’
lebih 300,000 orang untuk kembali menjalani kehidupan yang lebih sihat.
Ramai yang tanya, siapakah Pak Din, Anak VVIP ke? Anak orang kaya? Kerja
di Top Fortune 100 ke? Tinggal di Golden Triangle ke? Jawapannya ialah
tidak. Dahulunya Pak Din hanya orang biasa yang bermula dengan menjadi
photographer, perniagaan percetakan, jual burger, agen produk dan macam-
macam lagi, sudah 12 tahun Pak Din dalam bidang perniagaan. Dah macam-
macam business yang Pak Din dah buat, dia tahu dia sentiasa kena try an
error untuk buat business. Sifatnya yang tak pernah putus asa buat dia
sampai ke tahap sekarang. Entrepreneurship dan leadership yang ada pada
Pak Din membuatkan dia mempunyai team yang kuat. Disebabkan itu, ramai
peniaga di luar sana yang terinspirasi dan ingin ikut jejak Pak Din dalam
dunia business.
MITOS KARUT TENTANG
BERHENTI MEROKOKTerdapat banyak keraguan dan mitos-mitos yang berlaku jika kita hendak
berhenti merokok. Tetapi ketahuilah bahawa keburukan merokok adalah
lebih besar daripada berhenti merokok kerana rokok boleh menyebabkan
kanser paru-paru, tekanan darah tinggi, strok dan juga mati pucuk
Mitos 1: Berat badan bertambah apabila berhenti merokok
Memang tidak dinafikan bahawa ramai daripada perokok yang berhentimerokok akan bertambah berat badan bukanlah kesalahan berhentimerokok itu sendiri. Ini merupakan salah satu tindak balas badan untukmemenuhi ‘Reward Pathway’ tersebut kerana sebelum ini ia telah dibanjiridengan dopamine.
Maka perasaan puas dan gembira bila merokok perlu ditukarkan kepadacara yang lain. Dan selalunya bekas perokok akan menjadikan ‘tabiat makanbanyak’ sebagai tabiat baru untuk menggantikan rokok dan perbuatan initidak diiringi dengan peningkatan aktiviti fizikal.
Ini menyebabkan berat badan mereka bertambah. Ramai daripada bekasperokok menyalahkan perbuatan berhenti merokok sebagai penyebabnaiknya berat badan mereka. Malah, ada yang mula merokok balik supayaberat badannya berkurangan.
Diingatkan lagi sekali. Ia bukan salah berhenti merokok. Ia adalah tindakbalas badan untuk memenuhi kehendak ‘reward pathway’ tersebut yangsudah lama dibanjiri dengan dopamine. Oleh itu, cara permakanan yangbetul mestilah diamalkan.Sedikit nasihat berkenaan permakanan.
Kurangkan gula ringkas terutamanya minuman berkarbonat, minuman 3dalam satu, minuman yang mempunyai susu pekat manis. Sederhanakanpengambilan nasi, bihun, mee, tosai, rotai canai dan yang berasaskantepung. Ini kerana semua ini akan diuraikan menjadi gula. Banyakkanmengambil sayur-sayuran dan makanan yang mempunyai gula kompleksseperti oat.
Perlu diingatkan bahawa gula yang berlebihan di dalam badan akanditukarkan kepada lemak. Mengurangkan pengambilan gula jugasebenarnya dapat mengurangkan penghasilan lemak. Banyakkan makananyang mempunyai serat yang tinggi seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.Ini akan membantu anda kenyang tanpa mengambil nasi ataupun jenismakanan lain yang berkarbohidrat. Selain daripada itu, aktiviti fizikal jugadiperlukan untuk membakar lemak hasil daripada apa yang kita makan.
Mitos 2: Sakit Jantung setelah berhenti merokok
Saya pernah jumpa pesakit yang tidak mahu berhenti merokok disebabkanada daripada kawannya terkena serangan sakit jantung sejurus selepasberhenti merokok.
Perlu diketahui bahawa merokok itu sendiri adalah salah satu faktorpenyebab sakit jantung. Bukan setakat itu, statistik menunjukkan kadarpesakit jantung semakin meningkat bagi pesakit yang baru berumur 30 an.Maksudnya disini semakin ramai orang muda yang terkena sakit jantung.
Seperti yang kita tahu selalunya mereka yang mempunyai sakit jantung iniberumur 50 lebih dan mempunyai penyakit lain seperti kencing manis dandarah tinggi. Jadi kenapa trend sakit jantung ini semakin meningkat dikalangan orang muda? Jawapannya adalah sebab mereka MEROKOK.
Satu kajian telah dibuat menjurus kepada orang muda yang merokok. Kajianitu mendapati orang muda yang merokok lebih daripada 20 batang sehariakan mempunyai risiko 8 kali ganda untuk mendapat serangan sakit jantungberbanding mereka yang tidak merokok.
Oleh itu, berhenti merokok bukanlah penyebab kepada serangan sakitjantung. Tetapi puncanya adalah rokok itu sendiri.
Mitos 3: Nak berhenti merokok terus ataupun kurangkanpengambilan sedikit demi sedikit
Ramai mengatakan terus berhenti merokok adalah cara yang tidak berkesanjika benar-benar hendak berhenti merokok kerana mereka akan mulamerokok balik lepas beberapa hari. Mereka juga mengatakan bahawamengurangkan bilangan rokok yang dihisap hari demi hari adalah lebihberkesan.Tetapi kajian telah menemui sebaliknya. Mereka yang terusberhenti merokok mempunyai peratusan yang tinggi untuk berterusan tidakmerokok jika dibandingkan dengan mereka yang cuba mengurangkanpengambilan rokok sedikit demi sedikit dengan tujuan untuk berhentimerokok.
Satu kajian telah dibuat di England daripada tahun 2009 ke 2011 melibatkan697 orang perserta. Ia dibahagikan kepada 2 kumpulan. Kumpulan pertamaadalah yang terus berhenti merokok dan kumpulan kedua adalah yang cubaberhenti merokok dengan mengurangkan pengambilan rokok sedikit demisedikit. Di dalam kajian itu mendapati, terus berhenti merokok mempunyaiperatusan yang lebih tinggi untuk berjaya berhenti merokok sepenuhnya
Mitos 4: Saya batuk-batuk lepas berhenti merokok
Selain daripada berat badan yang meningkat, orang yang cuba berhentimerokok juga akan mengadu batuk-batuk ketika dalam proses berhentimerokok.
Perlu diketahui bahawa asap rokok akan merosakkan saluran pernafasandan membuatkan ia sentiasa kering. Ketika mana sesorang itu berhentimerokok, saluran pernafasannya akan cuba diperbaiki oleh badan dankadang-kadang mengalami proses KERADANGAN (INFLAMMATION).
Ini menyebabkan kahak terhasil daripada saluran pernafasan. Kahak ini akanmenyebabkan tekak terasa gatal dan pesakit tersebut akan batuk untukmengeluarkan kahak tersebut
Selain daripada itu penghasilan kahak ini juga berfungsi untuk mengeluarkanbahan kimia rokok daripada paru-paru. Oleh itu jangan risau, badan andasedang membersihkan paru-paru dengan efisien.
CARA - CARA ASAS UNTUK
BERHENTI MEROKOK
1.Nicotine Replacement Therapy
Terapi gantian nikotin atau dikenali sebagai NRT bertindak membekalkan
nikotin sahaja tanpa bahan-bahan kimia lain yang biasa terdapat dalam asap
rokok dalam dos yang rendah kepada otak sebagai gantian nikotin daripada
rokok. Ini bertujuan untuk mengurangkan rasa gian terhadap nikotin serta
mengurangkan atau mencegah gejala-gejala tarikan yang mungkin berlaku
semasa berhenti merokok. Walaubagaimanapun, NRT agak mahal dan
susah untuk konsisten. Ada kemungkinan besar perokok akan mula
merokok kembali.
2. Peranti Rokok Elektronik
Peranti rokok elektronik adalah komponen terbaik buat si perokok untuk
berhenti merokok. Salah satu produk peranti rokok elektronik yang berjaya
buat ramai rakyat Malaysia berhenti merokok adalah rokok eletroknik NCIG.
Kandungan yang terdapat di dalam NCIG mengandungi bahan-bahan yang
lebih selamat berbanding rokok. NCIG juga diangkat sebagai produk
alternatif rokok no 1 pilihan rakyat malaysia apabila hampir kesemua
pelanggannya berhenti merokok kurang dari 7 hari menggunakan produk
NCIG.
3. Lepaskan tekanan
Ramai perokok yang terjebak dengan merokok akibat tekanan yang mereka
lalui iaitu tekanan di tempat kerja, di rumah dan di tempat lain. Dari sudut
pandangan yang lain, melepaskan tekanan ataupun “tension” dapat
mengurangkan rasa ingin merokok. Lepaskan tekanan ini bermaksud
melakukan aktiviti riadah ataupun aktiviti yang membuatkan mereka leka.
4. Makanan yang sihat
Pemakanan dan pengambilan makanan yang sihat adalah cara cara berhenti
merokok paling berkesan mengikut sumber yang diberikan.
5. Keep on track
Kekalkan momentum dan motivasi diri seperti melakukan aktiviti bersama
keluarga, menulis pencapaian bebas rokok dari hari ke hari, dan cipta hobi
baru. Semua perkara ini akan membuat anda terus konsisten dengan
matlamat masing-masing. Contohnya, menulis dengan teliti rutin yang
dibuat seharian melalui banyak cara iaitu melalui telefon, buku diari atau
media sosial. Ini akan membakar lagi semangat anda untuk konsisten
dengan rutin ke arah bebas rokok.
6. Berhenti merancang
Pepatah Nike pernah berkata “Just Do It”. Jangan merancang tapi
sebaliknya terus lakukan! Niat dan tindakan perlu selari. Sesetengah perokok
hanya berkata kata tapi tak melakukannya. Ini akan menyebabkan
pergerakan anda yang ingin berhenti merokok akan “delay”. Justeru, akan
menyebabkan perasaan ingin merokok itu bertambah.
7. Sedut straw
Merokok merupakan tabiat ataupun perbuatan secara fizikal yang dibuat
oleh perokok. Dengan menggunakan kaedah ini, ianya akan menggantikan
tabiat tersebut dengan menggunakan straw daripada menggunakan
puntung rokok. Anda boleh praktikkannya untuk menggantikan tabiat
merokok.
MAKANAN YANG BOLEH BANTU
KURANGKAN KETAGIHAN
ROKOK1. Bertih Jagung
Tahukah anda, bertih jagung merupakan makanan yang sesuai untuk anda
ambil jika anda nak kurangkan keinginan merokok?
Ha, jangan ingat kalau nak berhenti merokok anda kena makan sayur dan
salad sahaja! Anda mesti tertanya-tanya kenapa bertih jagung?
Jawapannya memang mudah dan menghairankan. Apabila anda nak
berhenti merokok, akan timbul perasaan untuk makan. Bukannya anda lapar
atau mengidam makanan tertentu. Anda cuma nak mengunyah.
Oleh itu, bertih jagung merupakan snek paling sesuai untuk anda jadikan
sebagai makanan kudapan. Kerangupan bertih jagung cukup untuk
membuatkan anda tidak mencapai rokok. Meskipun begitu, pastikan bertih
jagung yang anda makan tidak disalut dengan karamel mahupun mentega.
Jika tidak, memang naiklah berat anda nanti!
2. Epal
Makanan seterusnya yang sesuai untuk anda ambil ialah buah-buahan.
Dalam artikel ini, kami syorkan anda untuk makan epal.
Epal, baik yang merah mahupun hijau, mempunyai tekstur yang rangup
seperti bertih jagung. Kerangupan ini sesuai untuk memenuhi keinginan
anda untuk mengunyah sesuatu.
Namun begitu, takkanlah anda nak makan bertih jagung setiap hari, betul
tak? Membosankan betul!
Selain itu, buah-buahan juga didapati membuatkan rasa dan bau rokok lebih
kuat dan pahit. Pasti membuatkan anda tak teringin nak pegang walau
sebatang rokok pun.
3. Yogurt
Menurut jurnal Kajian Tembakau & Nikotin yang diterbit pada tahun 2013,
perokok lazimnya, kurang makan berbanding golongan bukan merokok. Ini
kerana, nikotin mengurangkan selera makan anda.
Oleh itu, apabila anda berhenti merokok, anda akan cepat berasa lapar.
Pastikan makanan yang anda ambil adalah sihat dan rendah kalori seperti
yogurt. Namun begitu, jangan makan yogurt kosong. Tambahkan dengan
buah-buahan dan kekacang untuk membuatkan anda lebih kenyang dan
dapat bertahan lama.
Jika anda asyik makan makanan rendah kalori, anda akan merokok dengan
lebih banyak iaitu 8% lebih tinggi berbanding golongan yang makan
makanan berhenti merokok berkalori tinggi. Hal ini dinyatakan dalam satu
kajian yang diterbit pada tahun 2005 dalam jurnal Psychopharmacology.
4. Dark Chocolate
Kalau anda peminat coklat hitam, melihat bahan ini dalam senarai artikel ini
pasti menggembirakan hati anda. Bagi yang tidak tahu, coklat hitam
sebenarnya kaya dengan pelbagai nutrien yang baik untuk badan anda
seperti antioksida dan flavoid.
Antioksida dikenali sebagai ejen yang membantu melawan radikal bebas
dalam badan yang boleh menjadi barah. Flavoid pula merupakan metabolit
tumbuhan yang menghasilkan antioksida.
Pasti anda terfikir, bagaimana kedua-dua bahan ini dapat membantu anda
berhenti atau mengurangkan kekerapan merokok anda? Apabila anda
merokok, kadar nikotin yang tinggi dalam badan akan membuatkan dopamin
merembes keluar. Dopamin merupakan komponen kimia yang membuatkan
anda berasa gembira.
Coklat hitam merupakan ejen rembesan dopamin semula jadi dan
memberikan kesan yang sama seperti anda merokok. Daripada merokok,
lebih baik anda makan coklat, betul tak?
5. Asam
Buah kering seperti asam merupakan makanan yang sesuai untuk
membantu mengurangkan kekerapan merokok. Memandangkan anda akan
cepat berasa lapar selepas berhenti merokok, kunyah sesuatu yang sihat
dan mengenyangkan. Daripada makan makanan yang tidak sihat dan
berlemak, buah-buahan kering ialah pilihan yang lebih tepat kerana kaya
dengan vitamin, mineral dan protein penting untuk badan anda.
Makan segenggam buah-buahan kering 2 atau 3 kali sehari dan perut anda
kekal kenyang sambil pastikan mulut anda kekal sibuk.
6. Oat
Jika anda nak sesuatu yang lebih mengenyangkan dan masih berazam
untuk berhenti merokok atau mengurangkan kekerapan merokok, oat
merupakan pilihan terbaik.
Oat terbukti sebagai makanan penahan keinginan merokok berdasarkan
kajian yang dijalankan oleh ahli sains dari Scotland. Mereka membahagikan
perokok kepada 2 kelompok dan salah satu daripada kelompok tersebut
diarahkan untuk jadikan oat sebagai snek mereka.
Selepas sebulan, kelompok yang makan oat didapati merokok 1/3 daripada
jumlah rokok yang dihisap oleh kelompok kedua. Perkara yang lebih menarik
adalah walaupun anda berhenti makan oat, anda akan masih dapat
menahan diri daripada mencapai rokok. Hal ini dibuktikan apabila beberapa
orang perokok dalam kajian tersebut terus berhenti merokok meskipun
sudah dua bulan mereka tidak masukkan oat dalam diet mereka.
Memang sesuatu yang cukup menaikkan semangat, bukan?
7. Keju
Bahan makanan terakhir dalam artikel ini untuk membantu anda berhenti
merokok ialah keju. Bagi peminat keju dalam kalangan perokok, semestinya
melihat bahan ini menerbitkan perasaan gembira dalam hati anda.
Baguslah begitu kerana anda perlukan motivasi untuk berhenti, bukan?
Keju merupakan bahan makanan yang baik kerana 2 perkara. Perkara
pertama ialah keju menjadikan rasa dan bau rokok busuk. Hal ini akan
membuatkan anda tidak ‘berselera’ untuk merokok.
Perkara kedua ialah keju membantu untuk menghapuskan sisa nikotin
dalam badan anda yang membuatkan anda gian untuk merokok. Dalam erti
kata lain, anda boleh melihat keju sebagai pembersih nikotin semula jadi.
13 PETUA PENTING YANG
RAMAI TAK TAHU UNTUK
BERHENTI MEROKOKKami memahami bahawa berhenti merokok adalah salah satu cabaran
terbesar yang akan anda hadapi. Petua ini akan memberi anda motivasi.
Lebih-lebih lagi, petua-petua ini akan memberi anda cara untuk mengubah
tingkah laku anda supaya anda boleh berhenti merokok dengan baik.
Petua 1: Pilih tarikh untuk berhenti.
Pilih tarikh untuk berhenti merokok dan berpegang teguh dengannya. Ini
cara terbaik untuk mempersiapkan diri untuk berhenti merokok.
Petua 2: Catatkan.
Buat senarai sebab-sebab yang anda mahu berhenti merokok dan letakkan
di tempat yang anda akan lihat. Rekod ini dapat membantu anda melalui
masa-masa yang sukar apabila ketetapan anda menjadi lemah.
Petua 3: Berhenti bersama kawan.
Kajian AS pada tahun 2008 mendapati bahawa perokok yang rakannya
berhenti sebanyak 36% lebih cenderung untuk berhenti merokok diri mereka,
sementara perokok yang rakan sejawatnya berhenti merokok mempunyai
purata 34% tidak cenderung untuk dirinya merokok.
Jika anda ingin berjaya dalam misi anda untuk berhenti merokok merokok
sepenuhnya, membawa bersama seorang kawan yang ingin berhenti
merokok juga. Dengan cara itu, anda boleh memberi motivasi sesama lain
tanpa berasa berseorangan.
Petua 4: Gunakan wang yang anda simpan pada rokok untuk
memberi ganjaran kepada diri anda.
Seandainya seorang perokok berbelanja RM17 sehari (harga sebungkus
rokok), jumlah perbelanjaannya akan mencecah sebanyak RM510 sebulan.
Pastikan anda yang mengendalikan wang yang anda simpan. Sediakan
akaun khas atau mula 'balang berhenti', untuk menyimpan wang yang
disimpan. Kemudian untuk bahagian yang menyeronokkan - memutuskan
cara membelanjakan simpanannya.
Petua 5: Kelilingi diri anda dengan sokongan.
Orang memahami bahawa berhenti adalah satu cabaran yang nyata dan
memerlukan banyak kemahuan, jadi kelilingi diri anda dengan kata-kata
positif mereka.
Petua 6: Kenal pasti apa yang membuatkan anda ketagih rokok.
Menguatkan keinginan anda dengan mengehadkan atau mengelakkan
cetusan yang sering dikaitkan dengan merokok, seperti minum alkohol, kopi,
atau teh. Sekiranya itu berlaku, cuba kurangkan pengambilannya pada
permulaan anda berhenti merokok.
Petua 7: Memenuhi masa untuk menahan keinginan untuk
merokok.
Apabila anda merasakan keinginan untuk merokok, sibukkan diri anda. Buat
senarai untuk perkara boleh dilakukan dalam lima minit sebagai strategi
menahan keinginan, seperti berjalan-jalan, menelefon kawan, atau minum
segelas air.
Petua 8: Jangan jatuh pada halangan pertama.
Ahli psikologi telah mendapati bahawa ramai menyelesaikan masalah
dengan masa yang lebih lama apabila diberitahu kesukarannya. Berhenti
merokok boleh menjadi salah satu perkara yang paling sukar anda akan
lakukan. Walau bagaimanapun, kegigihan anda akan membantu anda
berjaya, namun kadang kala, gian akan kambuh.
Petua 9: Bergantung pada bantuan pakar.
Atlet elit mempunyai jurulatih dan orang yang berjaya mempunyai mentor. Ia
hanya masuk akal untuk yang sedia ada untuk membantu anda berhenti
merokok.
Petua 10: Ganjaran kepada diri anda.
Berbelanjakan diri atas setiap pencapaian anda. Perbelanjaan haruslah
bermakna, seperti membeli sesuatu yang anda inginkan.
Petua 11: Fokus pada kebaikannya.
Fikirkan semua positif kehidupan bebas asap, seperti keseluruhannya lebih
sihat dan lebih banyak tenaga, kulit yang lebih baik, gigi putih, dan deria rasa
dan bau yang lebih tajam. Lebih mudah untuk kekal bebas merokok
sekiranya anda mengurangkan fikiran anda tentang merokok.
Petua 12: Cari cara baru untuk bertenang.
Bantu mengelakkan pemikiran tentang merokok dengan mencari cara baru
untuk berehat, seperti pernafasan mendalam, senaman ringan, atau bacaan.
Petua 13: Rancang parti ‘ulang tahun’.
Berhenti merokok bukanlah tugas yang mudah – tetapi dengan segala hati
dan motivasi anda tumpah ke dalam niat ini, anda pasti akan
menjayakannya. Entah lagi apa yang patut dimeriahkan jika kejayaan ini
bukan alasan yang sesuai untuk mengadakan sambutan yang meriah.
Mengapa tidak merancang dengan keluarga dan rakan-rakan anda untuk
meraikan ulang tahun setahun berhenti merokok? Ia akan menjadi satu lagi
sasaran dan alasan positif untuk kekal bermotivasi, dan juga cara terbaik
untuk berkongsi pencapaian anda dengan orang tersayang.
BONGKAR RAHSIA 300,000
RAKYAT MALAYSIA BERHENTI
MEROKOK DALAM MASA 7 HARI
E N D SELECTRONIC NICOTINE DELIVERY SYSTEM
ENDS (Electronic Nicotine Delivery System) adalah kaedah terapi terkini
dan 5x lebih berkesan!
ENDS lebih selamat berbanding rokok
Kajian risiko penggunaan menunjukkan perbandingan ENDS dengan
rokok dan kaedah alternatif lain daripada aspek risiko kemudaratan jauh
lebih rendah. Merujuk graf di bawah:
ENDS 95% Lebih Selamat Daripada Rokok
Lebih 70,000 warga Britain berhenti merokok setiap tahun termasuk perokok
lain yang gagal kerana menggunakan alternatif lain - Public Health England
(2019)
PERANTI E.N.D.S
SELAIN PERANTI, PERISA JUGA
MEMAINKAN PERANAN
PENTINGNCIG merupakan sebuah peranti ENDS yang mempunyai fungsi khas yang
dicipta khusus buat perokok. NCIG dicipta berlandaskan kepuasan
seseorang perokok dan memastikan perokok tidak kembali kepada rokok.
Malah, NCIG juga mengeluarkan perisa yang memang sangat sesuai dengan
citarasa seseorang perokok. Antara perisa atau NPOD yang di keluarkan
oleh NCIG adalah:
BAGAIMANA NAK DAPATKAN
STARTER KIT E.N.D.S?
https://api.whatsapp.com/send?phone=60102294342&text=sayanakberubah
SAYA PERLUKAN
PENERANGAN LANJUT DAN
SOKONGAN!
Pengalaman yang bakal anda
rasai selepas berhenti merokok
AndaSelepas 20 minit
• Kadar degupan jantung dan tekanan darah kembali normal
Selepas 12 jam• Penyahtoksin badan
akan bermula
Selepas 2 hari Selepas 1 hari
Selepas 3 hari Selepas 1 bulan
Selepas 6 bulan Selepas 3 bulan
Selepas 9 bulan Selepas 1 tahun
Selepas 10 tahun Selepas 5 tahun
Selepas 15 tahun Selepas 20 tahun
Pilih kehidupan lebih sihat dan bebas rokok
• Risiko serangan jantung danstrok mula menurun.
• Aktiviti harian menjadi lebihmudah
• Proses pemulihan saraf bermula.
• Deria bau dan rasa mula pulih
• Tahap nikotin akan mula menurun
• Sesak nafas dan batuk-batuk mula berkurang
• Pernafasan paru-paru mula lancar
• Badan lebih sihat dan cergas
• Paru-paru pulih sendiri hampir sepenuhnya
• Sistem imunisasi paru-paru menjadi lebih baik
• Risiko penyakit jantung koronari menurun sebanyak 50%
• Salur darah tidak sempit• Risiko strok menurun
• Risiko kanser paru-paru, mulut, tekak dan pancreas menurun.
• Kemampuan untuk membaikpulih DNA meningkat
• Risiko penyakitjantung dankanser menurunseperti seorangbukan perokok
• Selamat dari risiko kematian akibat merokok
TESTIMONI AJAIB
• Imran, 39 tahun.
Mengakui mula merokok sejak berusia 14 tahun, Imran menyatakan kali
terakhir dia merokok adalah pada 28 Februari 2012 selepas membuat
persembahan di Kuala Lumpur. Dia berjaya berhenti merokok kerana dia
mendapati dia sering sakit dan batuk. Faktor itu membuat nyanyiannya
makin teruk. Salah satu tips yang dijalankan olehnya ialah dia menulis
kehidupan hariannya tanpa rokok. Malah dia turut kongsi perjuangannya ke
arah bebas rokok di media sosial. Ramai yang memberi kata kata semangat
dan nasihat untuk dia terus hidup tanpa rokok. Sampai sekarang hidupnya
sihat bebas rokok.
• Asyraf, 24 tahun
11 tahun merokok. Asyraf mendapati dirinya sukar untuk berhenti merokok
kerana pengaruh kawan dan kehidupan di universiti yang memberi dia
tekanan. Dia mengatakan yang dia berjaya berhenti merokok hanya selama
setahun kerana dia memakai pendakap gigi. Lama kelamaan dia tidak
konsisten dan kembali ke tabiat lama. Oleh itu, dia menggunakan cara lain
untuk berhenti merokok iaitu dengan wujudnya peranti rokok elektronik
NCIG, dia terus ke arah yang lebih sihat dan bersih. Doktor giginya mendapat
kesihatan gigi Asyraf bertambah baik dan bersih selepas menggunakan
rokok elektronik tersebut berbanding rokok.
• Nazri, 45 tahunNazri merupakan bapa kepada 3 orang anak. Dia berjaya hidup bebas rokokselepas dia berjaya melawan tabiat rokoknya dengan menyedut straw.Katanya, di awal proses itu agak memeritkan, tapi dia memikirkan keadaananak-anaknya yang masih kecil dan inginkan sekeliling yang sihat. Selain itu,dia mengambil inisiatif rokok elektronik untuk push dirinya bebas rokokdengan lebih cepat. Ternyata, ianya berkesan!
• Jaman, 63 tahun
Sepanjang 45 tahun usianya dihabiskan dengan merokok memandangkan
dia seorang askar dan memerlukannya untuk sentiasa berjaga. Selepas
pencen, dia cuba untuk menjalani gaya hidup yang lebih sihat dan berhenti
merokok. Namun, hanya untuk beberapa hari sahaja kerana dia terikut-ikut
tabiat yang sudah sebati dengan dirinya. Sehingga lah dia diperkenalkan
dengan rokok elektronik oleh ahli keluarganya yang memberi sokongan
untuk membantunya berhenti merokok. Dengan cara yang betul, dia sendiri
seakan tidak percaya bahawa kaedah tersebut berkesan untuknya.
• Razlan, 37 tahun
Razlan merupakan bekas atlet sukan larian. Sudah terjebak dengan dunia
sukan sedari umurnya 13 tahun dan beberapa kali mewakili negeri dalam
acara sukan yang berprestij. Namun ketika usianya mencecah 35 tahun, dia
terpaksa mengundurkan diri kerana mengalami masalah paru-paru akibat
daripada merokok. Terdesak untuk berhenti merokok demi meneruskan
impiannya, dia mencuba pelbagai kaedah seperti nicotine patch dan
chewing gum tetapi semuanya tidak berkesan. Tergerak hati untuk mencuba
rokok elektronik sebagai langkah terakhir, ternyata ianya berkesan. Selepas
2 tahun, dia berkata “saya tidak pernah rasa sesihat ini, terasa lebih fit dan
paru-paru lebih lapang” dan dia kembali aktif dalam dunia sukan sehingga
kini.
KONKLUSIKita selalu baca tentang kesan kalau tidak berhenti merokok dan
kebanyakan kesan merokok adalah negatif. Dengan info - info yang
dikongsi di sini, kita dapat menaikkan semangat perokok-perokok
yang ingin mendapat inspirasi daripada orang yang berjaya
berhenti merokok. Berhenti merokok sesuatu benda yang sukar
dilakukan tapi percayalah pada process kerana pelangi tak akan
muncul kalau tiadanya hujan. Segera lah berhenti merokok dan
pilihlah kehidupan yang lebih baik. Merokok tidaklah seburuk yang
disangka sampai lah kau hilang segala-galanya.