Upload
kreatif-tuisyen
View
243
Download
0
Embed Size (px)
Citation preview
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
1/17
1.0 Pengenalan kepada Strategi Pembelajaran Konstrukvisme
Seperti mana yang telah diterangkan oleh Abruscato, J. (2000), proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang berdasarkan konsep konstrukvisme merupakan suatu konsep
pembelajaran yang mana sangat menekankan perlibatan pelajar secara langsung dalam
menimba ilmu pengetahuan untuk seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
yang mana akan dirancangkan oleh guru di dalam kelas. Di dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) ini, semua murid adalah digalakkan untuk mencari dan mendapatkan
pelbagai informasi dan maklumat yang berkaitan dengan topik pembelajaran mereka
dalam kelas tersebut. Guru hanya akan memainkan peranan sebagai fasilitator sahaja dan
memberikan bimbingan kepada murid- murid untuk menimbakan ilmu pengetahuan di
dalam kelas. Ia merupakan sejenis pembelajaran yang aktif dan bukan pasif.
Sesungguhnya, Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001) telah menerangkan bahawa proses
pemindahan ilmu pengetahuan seperti ilmu pengethauan yang mana berkaitan dengan
konsep pemantulan, pemutaran dan pembesaran dalam topik pembelajaran transforamasi
di Matematik Tingkatan 5 tidak mungkin dapat dilakukan dengan sempurna. Menurut
daripada penjelasan daripada beliau, keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di dalam kelas ini amatlah bergantung kepada tahap inisiatif murid tersebut dalammelibatkan diri untuk menimbakan ilmu pengetahuan di dalam kelas.
Salah satu elemen yang sangat penting dalam konsep konstruktivisme ialah struktur
kognitif di mana ia merupakan suatu konsep yang penting dan diberikan perhatian dalam
proses membina konsep yang baru untuk seseorang murid dalam proses pembelajaran di
dalam kelas. Selain daripada itu, konsep konstruktivisme juga memberikan tekanan
kepada guru di mana seharusnya membimbing murid untuk membina kerangka baru
untuk penimbaaan ilmu pengetahuan yang baru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) tersebut. Secara umumnya, beberapa langkah yang penting mestilah
dituruti oleh guru dalam perancangan aktiviti kelas berdasarkan konsep konstruktivisme.
Langkah langkah adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
2/17
Pembinaan ilmu pengetahuan dan konsep untuk seseorang pelajar dalam tajuk
pembelajaran transformasi di dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan 5.
Memastikan perlibatan pelajar secara giat dan aktif dalam usaha untuk membina
ilmu pengetahuan yang relevan dengan pemutaran, pemantulan dan juga
pembesaran berdasarkan konsep yang pernah dipelajari dalam pembelajaran di
Tingkatan 2 dan 3.
Melakukan perbandingan terhadap maklumat yang baru dengan pengalaman
pelajar yang lama atau sedia ada dalam membentuk konsep pembelajaran yang
berkaitan dengan tajuk transformasi.
Melakukan aktiviti untuk memotivasikan pelajar di sepanjang proses pengajaran
dan pembelajaran (P&P).
Penggunaan alat bantuan yang sesuai dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) dalam usaha untuk mempertingkatkan tahap keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.
2.0 Kelebihan Strategi Pembelajaran Konstruktivisme dalam Pengajaran
Transformasi
Secara lazimnya, strategi pembelajaran yang berasaskan konsep konsruktivisme ini telah
membawa pelbagai kebaikan kepada pelajar dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) tersebut. Ini adalah kerana strategi pembelajaran yang berasaskan konsep
konstruktivisme akan memudahkan pemahaman pelajar dalam konsep yang berkaitan
dengan tajuk transformasi seperti pemantulan, pemutaran dan juga pembesaran. Menurut
penerangan yang dilakukan oleh Cooper, J., Prescott, S., Cook, L. Smith, L., Mueck, R.,
& Cuseo, J. (1985), pengajaran yang berasaskan konsep pembelajaran konstruktivisme
akan mengalakkan guru supaya menganjurkan pelbagai aktiviti kelas dan melibatkan
pelajar secara langsung dalam aktiviti ini di sepanjang proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Ia adalah sangat penting untuk memastikan mreka
dapat menyerapkan konsep konsep seperti pemantulan, pembesaran dan juga
pemutaran. Perlibatan diri secara aktif dalam aktiviti kelas juga dilihat sebagai suatu
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
3/17
langkah yang cukup penting untuk membolehkan seseorang pelajar membina konsep
mereka yang berkaitan dengan tajuk transformasi ini.
Selain daripada itu, semua guru yang menggunakan cara pengajaran yang berasaskan
konsep konstruktivisme juga akan mengaplikasikan pelbagia alat bantuan pengajaran
yang relevan seperti powerpoint dan video dalam proses pengajaran dan pembelajaran
(P&P) di dalam kelas. Ia akan memberikan suatu kelebihhan di mana konsep seperti
pemutaran dan pemantulan yang tidak dapat diimaginasikan oleh pelajar dapat
dipersembahkan di atas skrin dan ia akan memudahkan pemahaman pelajar di dalam
kelas tersebut. Oleh itu, konsep pembelajaran konstruktivisme ini telah memainkan
peranan yang cukup penting dalam usaha untuk mempertingkatkan kefahaman pelajar
dalam konsep konsep yang berkaitan dengan transformasi di dalam kelas. Kenyataan
ini turut mendapat persetujuan oleh Zurida Ismail, Syarifah Norhaida dan Syed Idros
(2006) di mana beliau juga menyatakan bahawa pada kebiasaannya pelajar yang gagal
mendapat markah yang cemerlang dalam tajuk transformasi adalah mereka yang tidak
dapat membayangkan konsep konsep seprti pantulan dan pemutaran dalam topik
transformasi seperti yang diterangkan oleh guru. Maka, alat bantuan yang sesuai seperti
LCD projector adalah sangat penting untuk mempersembahhkan konsep ini dalam bentuk
visual kepada semua pelajar di dalam kelas ini.
Akhirnya, guru Matematik Tingkatan 5 yang mana menjalankan sesi temuramah juga
berpendapat bahawa pelajar mereka di dalam kelas tidak akan berasa bosan dan tida
berminat dalam pembelajaran sekiranya corak pengajaran yang berdasarkan
konstruktivisme digunakan di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P). Ini
adalah kerana murid murid mempunyai peluang untuk melibatkan diri secara aktif
dalam aktiviti kelas dan mereka tidak hanya duduk di dalam kelas dan mendengar
penjelasan daripada guru sebagaimana yang dilakukan dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang konvensional. Guru yang ditemuramah tersebut juga
menjelaskan bahawa mereka akan menganjurkan pelbagai jenis aktiviti kelas yang
relevan untuk pelajar pelajar di dalam kelas. Maka, ia akan menyebabkan pelajar tidak
berasa bosan dan hilang keminatan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P).
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
4/17
3.0 Kelemahan Strategi Pembelajaran Konstruktivisme dalam Pengajaran
Transformasi
Seperti yang disedia maklum, strategi pembelajaran konstrukvisme ini telah membawa
pelbagai kelebihan kepada proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas.
Akan tetapi, guru guru Matematik Tingkatan 5 yang ditemu bual masih berpendapat
bahawa kelemahan tetapi wujud di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P)
yang menggunakan strategi pembelajaran konstrukvisme ini di dalam topik transformasi.
Semua kelebihan yang wujud di sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) ini
akan diterangkan dengan jelas dalam bahagian kertas ini.
Menurut penerangan yang diberikan oleh salah seorang guru Matematik Tingkatan 5
yang ditemuramah, proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang mana menggunakan
cara pengajaran berasaskan konstrukvisme akan memakan masa yang terlalu panjang
sehingga ia mungkin akan menjejaskan aktiviti kelas yang lain di dalam kelas. Ini adalah
disebabkan oleh aktiviti kelas yang dianjurkan mestilah melibatkan semua pelajar di
dalam kelas dan bukan semua pelajar dapat menjalankan aktiviti kelas tersebut dengan
cepat. Terdapat sebilangan pelajar yang akan melambatkan seluruh proses penjalanan
aktiviti kelas ini. Oleh itu, ia akan menyebabkan guru di dalam kelas menghadapimasalah di mana kekurangan masa untuk aktiviti kelas lain seperti latihan pengayaan di
dalam kelas. Kekurangan latihan pengayaan di dalam kelas akan memberikan impak
yang sangat besar kepada pelajar kerana tahap penguasaan mereka dalam sesuatu topik
pembelajaran seperti pantulan, pembesaran dan pemutaran tidak dapat dipertingkatkan.
Pada masa yang sama, guru Matematik Tingkatan 5 juga berpendapat bahawa proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang berdasarkan konsep konstruktivisme sangat
menekankan pemikiran refleksi dan juga proses kematangan seseorang pelajar di dalam
kelas. Maka, ia akan sesuai dijalankan di dalam kelas di mana semua pelajar adalah
mempunyai pemikiran kognitif yang baik dan berupaya untuk menjanakan pelbagai jenis
idea dengan baik dan sistematik di dalam kelas. Ini adalah kerana proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) ini adalah menekankan tentang kefahaman konsep dan kefahaman
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
5/17
relational seseorang pelajar yang berkaitan dengan mata pelajaran Matematik. Seperti
yang diterangkan oleh Alessi & Trollip (2001), kefahaman konsep dan kefahaman
relational merupakan dua elemen yang sangat penting dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) yang mana berasaskan teori pembelajaran konstrukvitisme.
Walaubagaimanapun, bukan semua pelajar di dalam kelas akan mempunyai tahap
pemikiran kognitif yang cemerlang. Ini telah menyebabkan pengajaran ini adalah tidak
sesuai digunakan di dalam kelas yang besar.
Menurut penjelasan daripada salah seorang respon dalam sesi temu bual ini, kebanyakan
pelajar yang menghadapi masalah pembelajaran di dalam kelas akan bersikap pendiam di
dalam kelas. Sikap yang pendiam dan tidak aktif ini merupakan suatu cabaran yang besar
bagi guru yang ingin menjalankan proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) berasaskan
konsep konstruktivisme. Ini adalah kerana pelajar pendiam ini tidak akan mengambil
inisiatif dalam aktiviti kelas yang dianjurkan oleh guru dalam proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Maka, ia akan menjadi tidak bermakna untuk
seseorang guru tersebut mengimplemetasikan corak pengajaran yang sedemikian di
dalam kelas. Lama kelamaan, pelajar pendiam ini juga akan berpendapat bahawa proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) di dalam kelas ini membosankan dan ia seterusnya
akan menjadikan mereka tidak berminat dalam mata pelajaran tersebut.
Akhirnya, panitia untuk mata pelajaran Matematik yang ditemu bual ini telah
memberikan pendapat beliau bahawa proses pengajaran yang berasaskan konsep
konstruktivisme ini tidak boleh diaplikasikan dalam kelas yang besar seperti mempunyai
40 orang pelajar. Ini adalah kerana ia akan membebankan seseorang guru dalam kelas
untuk menjaga displin pelajar sepanjang masa mereka melibatkan diri dalam aktiviti
kelas yang dijalankan tersebut. Keadaan ini juga secara langsung akan membazirkan
masa seseorang guru di dalam kelas sehingga mereka akan menghadapi kekurangan masa
untuk menjalankan aktiviti kelas yang lain seperti latihan pengayaan tersebut.
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
6/17
4.0 Cadangan Rancangan Pengajaran untuk Topik Transformasi
Sesungguhnya, perbincangan yang berkaitan dengan penggunaan corak pengajaran yang
berdasarkan konstruktivisme akan diterangkan dengan menggunakan salah satu contoh
Rancangan Pengajaran Harian (RPH) seperti yang ditunjukkan di bawah untuk konsep
pantulan di bawah tajuk transformasi untuk Matematik Tingkatan 5:
Tajuk pembelajaran : Transformasi
Tingkatan : 5 Dahlia
Masa : 8.45am 9.45am (60 minit)
Bilangan Murid : 25 orang
Bidang : Pantulan
Objektif : Murid dapat menguasai konsep pantulan dengan baik
BBM : Powerpoint, kertas grid, cermin dan LCD projector
Nilai murni : Bekerjasama dan sifat berdikari
Pengetahuan yang sedia ada:
Murid mengetahui maksud pantulan
Langkah /Masa
Pengajaran Pembelajaran Catatan /Bahan
Set induksi
(5 minit)
Pengenalan murid kepada
tajuk pembelajaran pada
hari tersebut
Pada permulaan kelas,
guru akan
memulakkanya dengan
menggunakan seunit
cermin untuk
menunjukkan kepada
pelajar di dalam kelas.
Cermin
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
7/17
Kemudiannya, guru
akan menerangkan
fungsi yang sebenar
untuk cermin di mana ia
akan digunakan untuka
melakukan pantulan.
Pada masa yang sama,
guru juga akan
mnerangkan bahawa
saiz imej pantulan
cermin adalah berkait
rapat dengan jarak
Prinsip pantulan yang
digunakan dalam cermin
ialah kedudukan objek
tersebut dari cermin.
Pelajar pelajar akanmemberikan perhatian di
sepanjang proses
penerangan guru di
dalam kelas
Langkah 1
(10 minit)
Penerangan yang berkaitan
dengan konsep dalam
Pantulan
Pada permulaan untuk
langkah ini, guru akan
melukiskan suatu bentuk
segitiga di atas kertas
grid plastik yang
disediakan di atas papan
hitam
Kertas grid.
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
8/17
Guru akan melakukan
penerangan yang teliti
tentang cara cara
untuk melakukan
pantulan yang mana
berdasarkan segi tiga
yang dilukiskan tersebut,
Kemudiannya, guru
akan mula menanyakan
pelajar di dalam kelas
sama ada mereka
memahami konsep yang
diajarkan ataupun tidak.
Langkah 2
(20 minit)
Aktiviti kumpulan Di dalam aktiviti
kumpulan ini, guru akan
memecahkan semua
pelajar di dalam kelas
kepada beberapa
kmpulan dan setiap
kumpulan akan terdiri
daripada 5 orang pelajar
yang berlainan.
Lembaran kerja 2 akan
diedarkan untuk setiap
kumpulan tersebut dan
semua ahli kumpulan
adalah dikehendaki
untuk berbincang antara
satu sama lain untuk
ABM:
Lembaran kerja
1.0
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
9/17
mencarikan jawapan
yang mana berkaitan
dengan imej pantulan
dalam lembaran kerja
tersebut.
Langkah 3
(17 minit)
Persembahan hasil
perbincangan kumpulan
Kemudiannya, guru
akan menggunakan
kemudahan ICT iaitu
LCD projecktor untuk
memaparkan soalan
dalam lembaran kerja ini
di atas papan hitam dansetiap kumpulan
diarahkan untuk
melukiskan imej
pantulan yang di atas
papan hitam tersebut.
Kemudiannya, guru
akan melakukan
penyemakan untuk imej
yang dihasilkan oleh
pelajar ini dan komen
yang relevan juga akan
dinyatakan oleh guru
tentang hasil
persembahan pelajar
tersebut.
ABM:
Lembaran kerja
1.0
BBM: LCD
Projektor dan
Powerpoint
Penutup Refleksi dan kesimpulan Di langkah terakhir,
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
10/17
(13 minit) guru di dalam kelas akan
membuat kesimpulan
yang berkenaan dengan
konsep transformasi
yang mana dipelajari
pada hari ini dan pelajar
akan memberikan
tumpuan dan perhatian
kepada penjelasan yang
diberikan oleh pelajar
ini.
LAMPIRAN 1
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
11/17
LEMBARAN KERJA 1
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
12/17
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
13/17
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
14/17
5.0 Alat Bantuan Pengajaran yang digunakan dalam Rancangan Pengajaran
Sesungguhnya, alat batuan pengajaran akan memainkan peranan yang sangat penting
untuk menentukan keberkesanan dan kejayaan seluruh proses pengajaran dan
pembelajaran (P&P) di dalam kelas. Oleh yang demikian, penggunaan alat bantuan
pengajaran yang relevan adalah sangat penting untuk meningkatkan keberkesanan proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk topik transformasi. Antara alat bantuan
pengajaran yang telah digunakan dalam proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk
tajuk transformasi ini ialah seperti Powerpoint, lembaran kerja dan juga cermin.
Alat bantuan pengajaran pertama yang digunakan dalam pengajaran ini ialah cermin.
Sesungguhnya, cermin merupakan suatu alat bantuan yang sangat penting terutamanya
dalam menolong guru menerangkan konsep pantulan dengan berkesan dan efektif di
dalam kelas. Ini adalah kerana kebanyakan pelajar akan menghadapi masalah dalam
mengimaginasikan konsep pantulan sekiranya guru setakat menerangkan konsep ini
secara lisan di hadapan kelas. Maka, ia akan mengakibatkan pelajar gagal menguasai
konsep pantulan dalam mata pelajaran ini. Oleh yang demikian, cermin dapat
mempersembahkan konsep pantulan di hadapan pelajar dan pelajar akan mempelajari
konsep pantulan ini melalui kelas ini. Oleh itu, kita boleh mengatakan bahawa
penggunaan cermin akan memudahkan kefahaman pelajar terhadap konsep yang ingin
dipersembahkan dalam tajuk transformasi ini.
Selain daripada itu, penggunan LCD projector dan juga PowerPoint juga telah
memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan keberkesanan seluruh proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk mengajar pelajar berkaitan dengan konsep
pantulan. Sesungguhnya, penggunaan LCD projector dan juga Powerpoint adalah penting
untuk seseorang guru memaparkan soalan yang ingin disampaikan oleh mereka.
Berbanding dengan melukis soalan ini di atas papan hitam, penggunaan LCD projector
dan juga Powerpoint akan menjadikan seluruh soalan dalam lembaran kerja ini kelihatan
kemas dan jelas. Ia akan memudahkan perlibatan pelajar di dalam aktiviti tersebut.
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
15/17
Pada bahagian yang terakhir, guru yang ditemuramah untuk meluahkan pendapat mereka
bahawa penggunaan lembaran kerja yang berkaitan dalam aktiviti kelas atau proses
pengajaran dan pembelajaran (P&P) telah memainkan peranan yang cukup penting untuk
mempertingkatkan kefahaman dan penguasaan seseorang pelajar di dalam konsep
pantulan tersebut. Pada masa yang sama, latihan yang diberikan dalam bentuk lembaran
kerja dan diedarkan untuk setiap kumpulan akan memberikan peluang kepada semua
pelajar dalam kumpulan untuk melakukan perbincangan sesama ahli kumpulan masing
masing dalam menjana pelbagai jenis idea untuk menyelesaikan masalah dan tugasan
yang diberikan oleh guru di dalam kelas tersebut. Ini merupakan salah satu penekanan
yang dilakukan di bawah teori pembelajaran Konstrukviisme.
6.0 Kesimpulan
Secara kesimpulannya, corak pengajaran yang sesuai amatlah penting untuk menjayakan
seluruh proses pengajaran dan pembelajaran (P&P) untuk seseorang pelajar dalam apa
apa jenis mata pelajaran seperti Matematik Tingkatan 5. Guru guru yang ditemu bual
teleh berpendapat bahawa corak pengajaran yang berdasaskan teori pembelajaran
konstruktivime merupakan corak pengajaran yang dominan dalam proses pengajaran da
pembelajaran (P&P) untuk mata pelajaran Matematik Tingkatan di sekolah tersebut.
Sesungguhnya, ia merupakan sesuatu strategi pembelajaran yang penting dan juga
menekankan perlibatan pelajar dalam aktiviti kelas yang dianjurkan dalam kelas tersebut.
Ia merupakan suatu jenis pembelajaran yang aktif di mana pelajar akan mengambil
inisiatif untuk mencari informasi dan maklumat yang berkaitan dengan topik
pembelajaran tersebut. Oleh yang demikian, corak pengajaran yang berdasarkan konsep
pembelajaran konstruktivisme merupakan suatu konsep pembelajaran yang berkesan
untuk mempertingkatkan tahap keminatan pelajar dalam mempelajari mata pelajaran
Matematik Tingkatan 5 terutamanya dalam konsep pemantulan, pembesaran dan juga
pemutaran. Selain daripada itu, alat bantuan sesuai yang digunakan seperti PowerPoint
dan cermin juga sangat penting untuk memudahkan kefahaman pelajar di dalam konsep
yang diajarkan dalam kelas iaitu konsep pemantulan. Walaubagaimanapun, corak
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
16/17
pengajaran yang berdasarkan konsep pembelajaran konstruktivisme ini masih mempunyai
beberapa kelemahan yang perlulah diatasi sebelum boleh dipraktikkan oleh seseorang
guru di dalam kelas. Antaranya ialah membazirkan banyak masa sehingga tidak cukup
masa untuk dilokasikan untuk sesi aktiviti lain. Oleh itu, kita boleh menyimpulkan
bahawa konsep pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang bercorak konstruktivisme
seharusnya dipratikkan dan diubahsuaikan oleh semua guru di dalam kelas dan juga
sekolah di masa hadapan.
7/29/2019 HBMT4403 Answer Set4
17/17
7.0 Rujukan
Abruscato, J. (2000). Teaching Mathematic. A Discovery Approach. (5th Edition) USA,
Allyn & Bacon.
Esler, W. K. & Esler, M. K. (2001). Teaching Elementary Mathematic (8th
ed.).Washington: Wadsworth Publishing Company.
Jonassen,D.H. (1991). Objectivism Versus Constructivism: Do We Need A New
Philosophical Paradigm?Educational Technology Research And Development, 39 (3), 5-
14.
Pusat Perkembangan Kurikulum.(2001). Modul Pengajaran Secara Konstruktivisme.
Kuala Lumpur: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Zurida Ismail, Syarifah Norhaida dan Syed Idros (2006). Kaedah Mengajar Matematik.
Kuala Lumpur: PTS Proffesional Publishing Sdn. Bhd