5
SME 3023 TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES (KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH) DISEDIAKAN OLEH: MOHD HAIERI BIN MOHD AB.LLAH D20081032204 PENSYARAH: PROF. DR. MARZITA BT PUTEH

Haieri

  • Upload
    haieri

  • View
    294

  • Download
    3

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Haieri

SME 3023

TRENDS AND ISSUES IN EDUCATION FOR MATHEMATICAL SCIENCES

(KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH)

DISEDIAKAN OLEH:

MOHD HAIERI BIN MOHD AB.LLAH

D20081032204

PENSYARAH:

PROF. DR. MARZITA BT PUTEH

Page 2: Haieri

KEMAHIRAN PENYELESAIAN MASALAH

TAJUK: GURU GAGAL BERTINDAK SEBAGAI PEMUDAH CARA

PEMBELAJARAN PELAJAR

1. Apakah masalah tersebut?

Masalah tersebut ialah guru gagal bertindak sebagai pemudah cara pembelajaran pelajar.

Guru hanya masuk ke kelas untuk mengajar semata-mata. Mereka hanya masuk mengajar untuk

menghabiskan silibus tanpa memikirkan cara untuk memudahkan pelajar mereka menerima

sesuatu pengajaran yang diajar.

2. Mengapa wujudnya masalah itu?

Masalah tersebut berlaku kerana terdapat guru-guru tidak mengikut standard pengajaran

guru yang telah dirancangkan. Antaranya ialah guru tidak merancang pengajaran yang sesuai

sebelum memasuki kelas. Pengajaran yang tidak dirancang tidak mampu menarik minat pelajar

semasa proses pembelajaran. Selain itu, terdapat guru yang tidak membuat pemantauan semasa

proses pengajaran berlaku. Pemantauan semasa mengajar penting untuk perancangan pengajaran

kelas berikutnya. Jika pengajaran tersebut didapati tidak sesuai, guru perlulah mengubah

pengajaran mereka.

Selain itu, masalah ini wujud kerana terdapat guru yang tidak mempelbagaikan kaedah

pengajaran mereka. Kebanyakkan guru-guru ini hanya mengajar menggunakan kaedah chalk and

talk semata-mata. Kaedah ini akan membosankan pelajar dan mengurangkan minat pelajar untuk

belajar. Dengan ini, kepelbagaian kaedah pengajaran penting sebagai contoh penggunaan

pelbagai teknik pengajaran seperti penggunaan teknologi maklumat dan komunikasi dapat

menarik minat pelajar semasa proses pembelajaran. Selain itu, penggunaan teknik ini dapat

memudahkan pengajaran guru.

Page 3: Haieri

Langkah 1 : Merancang Pengajaran Yang Sesuai Kepada Pelajar

KELEBIHANPengajaran lebih tersusun dan sistematik.

Pengajaran yang menarik dapat dihasilkan.

KELEMAHANGuru perlu meluangkan lebih masa untuk merancang pengajaran yang sesuai kepada pelajar.

MASALAH: GURU GAGAL BERTINDAK SEBAGAI PEMUDAH CARA

PEMBELAJARAN PELAJAR

Page 4: Haieri

Langkah 2 : Menggunakan Pelbagai Kaedah Pengajaran

KELEBIHANMengelakkan sesuatu pengajaran tersebut menjadi bosan.

Meningkatkan kefahaman pelajar dengan kepelbagaian cara pembelajaran yang dilaksanakan.

KELEMAHANTidak semua kaedah dapat dilaksanakan seperti kaedah penggunaan komputer tidak dapat dilaksanakan oleh semua sekolah kerana tidak semua sekolah mempunyai kemudahan komputer.

Page 5: Haieri

Langkah 1 :

Merancang Pengajaran Yang Sesuai Kepada Pelajar

Langkah 2 :

Menggunakan Pelbagai Kaedah

Pengajaran

PENYELESAIAN

TERBAIK

Langkah penyelesaian terbaik untuk menangani isu ini adalah dengan menggunakan pelbagai kaedah pengajaran.

Guru diharapkan agar dapat mempelbagaikan kaedah

pengajaran mereka supaya pengajaran yang dilaksanakan

tidak membosankan pelajar. Hal ini juga dapat

meningkatkan minat pelajar terhadap pembelajaran.

Penggunaan pelbagai kaedah pengajaran diharap dapat

membantu dan memudahkan pelajar dalam pembelajaran

mereka. Dengan ini, diharapkan juga pelajar dapat

meningkatkan kefahaman dan penguasaan mereka dalam

pembelajaran.