28
Panitia Geografi SMK Bandar Baru Sg, Long, Kajang. "Kita Tidak Mewarisi Bumi Kita Ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita"....Chief Seattle This Blog Linked From Here The Web This Blog Linked From Here The Web Jom Belajar Geografi Tingkatan 1 (P&P) Tingkatan 1 : Tema 1 : Bentuk Muka Bumi Tema 2 : Cuaca & Iklim Tema 3 : Tumbuhan Semula jadi Tema 1 : Bentuk Muka Bumi Bentuk muka bumi di Malaysia terbahagi kepada : * Tanah Tinggi * Tanah Pamah

Georg Rafi

Embed Size (px)

Citation preview

Page 1: Georg Rafi

Panitia Geografi SMK Bandar Baru Sg, Long, Kajang. "Kita Tidak Mewarisi Bumi Kita Ini daripada nenek moyang kita, tetapi sebaliknya kita hanya meminjamnya daripada anak cucu kita"....Chief Seattle

This BlogLinked From HereThe WebThis Blog   

 

Linked From Here   The Web   Jom Belajar Geografi Tingkatan 1 (P&P) Tingkatan 1 : Tema 1 : Bentuk Muka BumiTema 2 : Cuaca & IklimTema 3 : Tumbuhan Semula jadi 

Tema 1 : Bentuk Muka Bumi

      Bentuk muka bumi di Malaysia terbahagi kepada :*    Tanah Tinggi*    Tanah Pamah*    Pinggir Laut*    Saliran

T anah Tinggi

Malaysia diliputi oleh beberapa banjaran utama. Antaranya ialah Banjaran Titiwangsa, Banjaran Tahan dan Banjaran Crocker.  Sistem Gunung di Malaysia terdiri daripada sistem gunung lipat tua dan sistem gunung lipat muda.  Sistem gunung di Semenanjung Malaysia merupakan sistem gunung lipat tua yang berasal dari Dataran Tinggi Shan

Page 2: Georg Rafi

manakala Sistem gunung di Sabah dan Sarawak merupakan sistem gunung lipat muda yang berasal dari Pusaran Pamir, di Banjaran Himalaya.

Gunung yang tertinggi di Malaysia ialah Gunung Kinabalu yang merupakan gunung yang tertinggi di Asia Tenggara dengan ketinggian 4101meter.  Gunung Kinabalu terdapat di Banjaran Crocker. 

Manakala Banjaran Gunung yang terpanjang di Malaysia ialah Banjaran Titiwangsa yang dikenali sebagai Banjaran Besar merupakan tulang belakang semenanjung Malaysia.  Gunung yang tertinggi di Banjaran ini ialah Gunung Korbu.  Terdapat 3 kawasan peranginan utama di kawasan ini iaitu, Tanah Tinggi Cameron, Tanah Tinggi Genting dan Bukit Fraser.

Gunung yang tertinggi di Semenanjung Malaysia ialah Gunung Tahan yang terletak di Banjaran Tahan.  Di sini terdapat Taman Negara yang tertua di dunia yang kaya dengan pelbagai flora dan fauna Hutan Hujan Tropika.

 Banjaran Titiwangsa- Gunung Tertinggi - Gunung Korbu

 Banjaran Crocker, Sabah

Page 3: Georg Rafi

 Banjaran Tahan

Gunung Kinabalu - Gunung Tertinggi di Asia Tenggara dan di Malaysia - 4104meter 

PENGARUH BENTUK MUKA BUMI TERHADAP KEGIATAN MANUSIA

1) SG CHAO PHRAYA DI THAILAND

   Sungai Chao Phraya merupakan nadi kepada Thailand.  Sungai Chao Phraya berfungsi sebagai:* jalan pengangkutan* hidroelektrik* sumber domestik* pengairan sawah padi* mengangkut kayu balak

    Di sungai Chao Phraya juga terdapat PASAR APUNG  yang menjual pelbagai barangan seperti buah-buahan.  Kawasan ini juga dikenali sebagai VENICE TIMUR kerana terdapat banyak terusan atau dikenali sebagai KLONG.

Page 5: Georg Rafi

Pasar apung di Sg Chao Phraya, Thailand

Pasar apung di Sg Chao Phraya, Thailand2) Pergunungan Alps di Switzerland

   Switzerland merupakan sebuah negara yang mempunyai bentuk muka bumi bersalji dan bergunung gangan.  Aktiviti utama penduduk di sini ialah pelancongan.  Terdapat banyak bentuk muka bumi glasier(salji) yang membolehkan pelbagai aktiviti dijalankan seperti meluncur salji.

Page 7: Georg Rafi

Bentuk Muka Bumi Glasier

Kelihatan Khemah Tupik (Gambar kiri) dan Pemandangan Menarik Puncak Piramid( Bentuk Muka Bumi Glasier)

3) Tasik Tonle Sap, Kampuchea

     Tasik Tonle Sap merupakan tasik air tawar semulajadi  terbesar di Asia Tenggara. Tasik Tonle Sap terletak di Kampucha merupakan nadi utama bagi penduduk di Kampuchea.  Tasik ini membekalkan kira-kira 50% daripada bekalan ikan di Kampuchea.  Terdapat juga penduduk yang tinggal di atas tasik ini.

Page 9: Georg Rafi

 4) Pertanian Berteres di Pulau Jawa     Pulau Jawa merupakan sebuah pulau yang padat dengan kira-kira 70 juta penduduk. Di Pulau Jawa pertanian padi dijalankan secara berteres di cerun-cerun bukit.  Faktor utama adalah disebabkan:*  Tanih lereng bukit yang berasal daripada tanih lava bes yang subur*  Kurang kawasan tanah pamah kerana khas untuk petempatan penduduk

 Kedudukan Pulau Jawa

Page 10: Georg Rafi

Pertanian berteres di Pulau Jawa

Pertanian padi dijalankan di cerun-cerun berteres di Pulau Jawa

Tema 2 : Cuaca & Iklim

Rajah Minda Ekuinoks & Solstis

Multimedia Ekuinoks & Solstis

Jom Lihat 4 MusimMusim Bunga

Page 11: Georg Rafi

Musim Panas

Musim Luruh (autumn)

Page 12: Georg Rafi

Musim Sejuk (Winter)

Page 13: Georg Rafi

Tema 3 : Tumbuhan Semula jadi

Terdapat 4 jenis hutan di Malaysia iaitu :Hutan Hujan TropikaHutan Paya - Hutan Paya Bakau dan Hutan Paya Air TawarHutan GunungHutan Pantai

Page 14: Georg Rafi

Hutan Hujan Tropika berakar banir

Hutan Hujan Tropika berbatang lurus, lantai hutan kurang padat kerana cahaya matahari kurang sampai ke lantai hutan akibat lapisan kanopi pokok

PROFIL HUTAN 

1 ) Profil Hutan Hujan Tropika

Rajah Profil Hutan Hujan Tropika ( Atlas Oxford Fajar Bakti)

Lapisan Emergen * Dikenali juga sebagai lapisan renjong* Ketingian melebihi 40 meter ke atas* Pokok yang lurus dan malar hijau

Page 15: Georg Rafi

Lapisan Kanopi*Lapisan berbentuk khemah seolah-olah kanopi

* Ketinggian antara 20 hingga 40 meter* terdapat tumbuhan tumpang di sini iaitu :

                         Epifit - Langsuyar & Tanduk Rusa                         Parasit - Rafflesia

                         Saprofit - Cendawan                         Liana - tumbuhan memanjat seperti orkid dan pokok duit duit

Pokok Tanduk Rusa

Pokok Langsuyar menumpang di atas Pokok Hutan Hujan Tropika

Page 17: Georg Rafi

Rajah Profil Hutan Paya Air Tawar ( Atlas Oxford Fajar Bakti)

Rajah Profil Hutan Paya Air Tawar ( Atlas Oxford Fajar Bakti)

4 ) Profil Hutan Gunung

Rajah Profil Hutan Gunung ( Atlas Oxford Fajar Bakti)5)  Profil Hutan Pantai

Page 18: Georg Rafi

Rajah Profil Hutan Pantai ( Atlas Oxford Fajar Bakti)

JOM LAYAN HUTAN - HUTAN DI MALAYSIA

HUTAN HUTAN TROPIKA DI TAMAN NEGARA BELUM, PERAK - ROYAL BELUM

HUTAN PAYA BAKAU

Page 19: Georg Rafi

TAMAN NEGARA BAKO DI SABAH

PUSAT PERLINDUNGAN ORANG UTAN DI SEPILOK, SABAH

Page 20: Georg Rafi

PUSAT PERLINDUNGAN GAJAH DI KUALA GANDAH, PAHANG

Email This BlogThis! Share to Twitter Share to Facebook

0 comments:

Post a Comment

Page 25: Georg Rafi

Peta Dunia

Digital Clock and Date

Search This Blog

Pages

Home Jom Belajar Geografi Tingkatan 1 (P&P) Jom Belajar Geografi Tingkatan 2 (P n P ) Jom Belajar Geografi Tingkatan 3 (P&P) Jom Belajar Geografi Bahagian Kemahiran Geografi Bijak Jadual Geografi Bijak Peta Geografi Kerja Kursus Geografi PMR Program Peningkatan Prestasi PMR Koleksi Soalan & Bank Soalan Geografi PMR & Soalan... Sukatan/Huraian Sukatan/Rancangan Pelajaran Geogra...

Followers

Blog Archive

Search

Page 26: Georg Rafi

▼   2011 (10) o ►   November (2)

Peperiksaan PMR 2011 - Geografi Program Maraton PMR Geografi

o ▼   May (8) Info Geografi - Uniknya Ombak yang Menghempas Pant... Info Geografi - Pelik Tetapi Benar Info Geografi - LUBUK BAHAYA - Pokok Gergasi, Land... Info Geografi - Kejadian Tanah Runtuh di Hulu Lang... Info Geografi - Kejadian Gunung Berapi di Iceland Info Geografi - Kejadian Tsunami Info Geografi - Aras Laut Semakin Meningkat Jom Geografi Hari ini

Panitia Geografi SMKBBSL

Panitia Geografi View my complete profile

Ocean

Daily CalendarYour IP and Google Map location

Picture Window template.