Electronc Government - Full

Embed Size (px)

Citation preview

  • 8/2/2019 Electronc Government - Full

    1/9

    OCTOBER2006-M

    ARCH

    2007VOL.1

    NO.1

    5 1

    1. PENGENALAN

    Pada tahun 1996, Malaysia melancarkan Koridor Raya

    Multimedia (Multimedia Super Corridor-MSC) sebagaisatu komponen penting ke arah Wawasan 2020. Bagi

    memulakan MSC, kerajaan telah merancang dua bandar

    raya pintar di dunia iaitu Putrajaya dan Cyberjaya.

    Putrajaya, adalah ibunegeri pentadbiran kerajaan

    persekutuan di mana Kerajaan Elektronik (Electronic

    Governm ent EG) di perkenalkan dan Cyberjaya ialah

    sebuah bandar pintar yang menempatkan industri-

    industri multimedia dan syarikat-syarikat MSC.

    Berdasarkan wawasan 2020, sebuah kerajaan elektronik

    adalah mekanisme yang diperlukan dalam merealisasikan

    Wawasan 2020.

    EG adalah projek berpandangan jauh bertujuan

    mencorakkan semula pentadbiran kerajaan melalui

    kaedah pengkomputeran. Ia akan dapat memberi Malaysia

    keupayaan untuk berdaya saing dalam menghadapi

    perubahan dan cabaran di zaman informasi dan

    globalisasi ini.

    Di peringkat awal EG hanya melibatkan 5 aplikasi

    peneraju utama iaitu Generic Office Environment (GOE),

    Sistem Pemantauan Projek (PMS), Electronic Procument

    (EP), E- Services da n Human Res ource Management

    Information System (HRMIS). Ini diikuti dengan 2 lagi

    aplikasi iaitu Electronic Labour Exchange (ELX) dan

    E-Syariah menjadikan semuanya 7 aplikasi utama

    peringkat awal. Bagi menilai semula pencapaian EG

    sehingga kini, amatlah perlu untuk melihat EG bukan

    sahaja dari sudut pandangan kerajaan malah termasuk

    sudut pengguna dan perniagaan, secara global dan

    setempat.

    Untuk membincangkan EG, pemahaman tentang EG

    adalah amat perlu. Dari sudut definisi EG adalah

    penggunaan internet dan jaringan sedunia untuk

    penghantaran (deli ver) maklumat dan perkhidmatan

    kerajaan kepada rakyat . Inilah def inisi yang dipetik dari

    laporan pertubuhan bangsa bersatu. Definisi yang lebih

    umum ialah EG adalah penghantaran dan pentadbiran

    produk kerajaan melalui infrastruktur teknologi

    maklumat. EG merupakan strategi mengetengahkan

    perkhidmatan kerajaan kepada tahap lebih baik dankepada umum dengan lebih berkesan.

    Walau apa pun, komponen yang pasti mengikut definisi

    tersebut adalah 3 iaitu Pemaju EG, Produk EG, dan

    Pengguna EG.

    Dalam laporannya pada tahun 2002 mengenai

    penandarasan EG ke atas negara-negara ahli pertubuhan

    Bangsa Bersatu, Malaysia menduduki tangga ke 58

    dalam senarai indeks kesediaan memberi khidmat EG.

    Dari tahun ke tahun, pembangunan EG di Malaysia

    telah berkembang dan meningkat dari satu tahap ke

    tahap yang lebih baik.

    Laporan Bangsa Bersatu meletak tahap sesebuah

    negara di lima tahap dalam melaksanakan EG iaitu:

    PELAKSANAAN PROJEK KERAJAAN ELEKTRONIK

    (ELECTRONIC GOVERNMENT - EG)

    - SATU PENILAIAN

    Level Des cri ptio n

    Emerging An official gov ernment online presence

    is established.

    Enhanced Gov ernmentsites increases, Informat ion

    becomes more dynamic

    Interactive Users can download forms, email officials

    and interact through the web.

    Transactional U sers can actually pay forservices and

    other transactions online

    Seamless Full integration ofe-services across

    administrative boundaries.

    Muhammad Abkari Omar

    Kolej Universiti Teknikal Kebangsaan Malaysia

    Dr. Mokhtar Mohd. Yusof

    Kementerian Kesihatan Malaysia

    15 Jun 2006

    Untuk memahami trend yang berlaku dalam

    pelaksanaan EG adalah perlu suatu penilaian dibuat

    terhadap EG di Malaysia. Secara kasar, EG mempunyai

    persamaan dengan E-Commerce kerana kedua-duanya

    memberi servis kepada pengguna melalui teknologi ICT.

    E-commerce adalah inisiatif untuk menjadi lebih

    kompetitif dalam bidang perniagaan. EG pula adalah

    initiatif kerajaan untuk melaksanakan corporate

    governance secara lebih telus dan efisien. Secara am,perbezaannya cuma pihak yang membekalkan servis

    tersebut dan objektif yang ingin dicapai.

  • 8/2/2019 Electronc Government - Full

    2/9

    PUBLIC

    SECTOR

    ICTM

    ANAGEMENT

    REVIEW

    5 2

    2. EG INISIATIF STRATEGIK

    Kaedah menggunakan elektronik dalam menjalankan

    perniagaan telah dipelopori dalam konsep E-Business

    and E-Commerce. Kini konsep yang sama digunakan

    dalam EG. Konsep memberikan perkhidmatan melalui

    elektronik tercetus dengan penggunaan awal medium

    elektronik untuk bertujuan komunikasi secara meluas.

    Dalam dekad 60an, Jabatan Pertahan Amerika Syarikat

    telah mencipta Internet untuk rangkaian komunikasi

    dan kajian pertahanan. Dari situ, ia digunakan oleh

    kelompok perniagaan supaya lebih berdaya saing.

    Dengan perkembangan dalam sektor teknologi maklumat

    dan komunikasi ( Information and CommunicationTechnology-ICT), kelompok perniagaan semakin banyak

    menukar kepada penggunaan ICT untuk meningkatkan

    daya saing. Penggunaan ICT telah melupuskan jurang

    dan halangan dalam perniagaan yang melibatkan masa,

    tempat dan jarak.

    Dengan pertumbuhan ini, sektor awam ditarik untuk

    terlibat memandangkan jurang perbezaan yang jauh

    dari segi kemampuan kerajaan dan pihak swasta.

    Penghayatan kerajaan dalam merangkul konsep

    penghantaran khidmat (service delivery) melalui konsep

    elektronik ini di namakan Kerajaan Elektronik. Ia dilihat

    sebagai usaha kerajaan untuk meyakinkan orang awamdengan meningkat kepuasan terhadap khidmat

    kerajaan dan polisinya. Dari sudut ini ia adalah suatu

    langkah strategik kerajaan untuk meningkat kepuasan

    rakyat terhadap kerajaan.

    2 . 1 Peranan ICT dalam EG.

    Sejarah menunjukkan bahawa di Amerika dan Eropah,

    pengguna E-commerce yang banyak telah memberi

    inspirasi untuk kerajaan mengguna modelnya dalam

    melaksanakan EG.

    Sejak dari sejarah penciptaan komputer moden pada

    tahun 1950an, asas-asas penggunaan komputer banyakditerajui oleh pihak swasta dan pertahanan dalam

    memperoleh kelebihan terhadap saingan. Ledakan

    internet dari tahun 1990an menyebabkan jurang dan

    tahap penggunaan ICT di antara kerajaan dan pihak

    swasta semakin ketara dari sudut kebolehan

    memuaskan hati pelanggan.

    Memandangkan E-Commerce and EG secara konsep

    adalah mirip satu sama lain, ia dapat digabungkan

    supaya kerajaan dan pihak swasta memberi khidmat

    yang merangkumi lebih luas untuk pelanggan.

    Kebanyakkan kerajaan di dunia mengguna Internet

    terutama World Wide Web (WWW) untuk melaksanakan

    EG. Walaupun begitu penggunaannya adalah terhad

    kerana jurang digital antara pihak yang mempunyai

    kemudahan dan tiada kemudahan. Di samping itu,

    ketelusan operasi kerajaan, kekurangan maklumat dan

    je ni s pe rk hi dm atan ti da k me ng ga la kk an ra ky at

    menggunakan EG sepenuhnya. Tahap pelaksanaan EG

    mengikut garis panduan oleh laporan Bangsa Bersatu

    dapat menunjukkan setakat mana kedudukan

    pelaksanaan EG sesebuah negara.

    2 . 2 R an gk a k er ja E G M al ay si a

    Dalam melaksanakan EG, kerajaan Malaysia telah

    mempunyai visi terhadap sasaran-sasaran yang perlu

    dicapai, pihak yang perlu terlibat dan langkah-langkah

    yang perlu diambil. Kesemua ini merupakan komponen

    utama rangka kerja EG yang digunakan oleh kerajaan.

    Rajah 1 menunjukkan rangka kerja ini.

    Dalam model tersebut, 3 komuniti utama EG ialah

    kerajaan, perniagaan dan rakyat. Lebih mudah

    komponen-komponen ini dikenali sebagai aplikasi

    Government to Government(G2G), Government to Business

    (G2B) and Government to Citizen (G2C).

    Pendekatan pelaksanaan EG yang digunakan oleh

    kerajaan ialah pendekatan bersepadu dalam

    melaksanakan program secara besar-besaran. Kaedahpemberian EG ialah melalui Request for proposal (RFP),

    Concept Requ es t For Proposal (CRFP), penilaian dan

    pemberian tender kepada pembida yang berjaya.

    Pembangunan EG adalah melalui outsourcing kepada

    swasta dengan pemantauan dan pelaksanaan oleh

    pihak kerajaan.

    Hubungan di antara komuniti-komuniti dalam rangka

    kerja tersebut dapat dilihat semula seperti digambarkan

    dalam Rajah 2. Secara mudah perhubungan di antara

    komuniti tersebut dikenali sebagai G2G, G2B dan G2C.

    Jelas dapat dilihat dari 7 aplikasi tersebut di mana 3

    darinya adalah khusus untuk kegunaan pihak kerajaan

    iaitu GOE, HRMIS dan SPP II. Hanya ELX disasarkan untuk

    perniagaan dan rakyat. Bagi ELX, peranan kerajaan

    adalah sebagi pembekal dan penyenggara aplikasi

    tersebut. E-Syariah pula digunakan oleh semua kumpulan.

    Rangka kerja tersebut mempunyai komponen yang

    cukup untuk melaksanakan EG dari segi keperluan

    infrastruktur, pembangunan sumber manusia, aspek

    perundangan dan teknologi ICT.

  • 8/2/2019 Electronc Government - Full

    3/9

    OCTOBER2006-M

    ARCH

    2007VOL.1

    NO.1

    5 3

    Ra ja h 2: Perhubungan di antara aplikasi EG dan komuniti/

    pengguna

    G 2G

    G 2CG 2 B

    E-Services

    EL X

    E-SyariahEP

    GOE

    HRMIS

    SPP II

    Rajah 1: Rangka kerja Kerajaan Elektronik

    Improve Process

    - Eff iciency

    - Productivity- Reliability

    Enchanced profile

    - Public Image- Better Communication

    - Kick start MSC

    People Development- Transformation into

    knowledge worker

    - People empowerment

    - Better decision workers

    Intra Agency

    SECURITYSTANDARD

    2.3 Menilai EG

    Dalam melakukan sesuatu penilaian, penting diketahui

    perkara yang ingin dinilai. Di antara perkara yang

    mungkin dinilai ialah :

    Pemilihan khidmat EG yang diberikan sesuai

    atau tidak, perlu atau tidak.

    Pelaksanaan EG tersebut betul atau tidak,

    menepati objektif atau tidak

    Pengguna EG tersebut memuaskan/tidak,

    Salah satu aspek penilaian ialah menilai EG dari sudut

    berjaya atau tidak. Apakah kriteria yang perlu

    digunakan untuk menilai? Persoalan tentang kejayaanatau tidak berjaya juga perlu dihalusi supaya penilaian

    memenuhi konteks di mana EG dinilai.

    To en ha nc e th e ca pa bi li ty of th e

    govement machinery in engineering the

    success of the EG initiatives

    To provide goverment agencies and the

    general public with access to information

    on the progress of the EG initiatives

    To provide a model of best practices ininterative multimedia information

    collection and dissemination

    To ut il ise in for mat io n tec hn ol ogy to

    enchance processes in the public sector

    Inter Agency

    Vision

    Transform Administrative Processes

    of Government Through Usage ofLeading Edge Information Technology

    Drastically Improve Performance of

    Government Processes

    Provide High Quality, Low Cost

    Administrative Services To Public

    and Businesses

    Employ Multimedia Technology to

    Foster Government Effectiveness

    Attract World Class Multimedia

    Webshapers To Malaysia

    Public/Business to Goverment

    Service Access

    - One stop shop, single point of contact- Multiple delivery channel

    - Multi lingual

    Service Quality

    - High quality, reliability- Security / Privacy

    - Accountability Service Delivery- Efficiency/Quick turnaround time

    - Cost Effectiveness/ Productivity

  • 8/2/2019 Electronc Government - Full

    4/9

    PUBLIC

    SECTOR

    ICTM

    ANAGEMENT

    REVIEW

    5 4

    Rajah 3: Model Kejayaan IS DeLone & Mc Lean

    Kualiti Sistem

    Kualiti Maklumat

    Penggunaan

    Kepuasan

    Pengguna

    Impak

    Individu

    Impak

    Organisasi

    Prinsip

    1 Minat mengguna IS

    2 Tahap kepuasan

    3 Inflexibi lity sistem dan pengetahuan kekuatan & kelemahan IS

    4 Faktor pelemah IS

    5 Persepsi negatif pengamal IS

    6 Kaedah alternatif bagi memenuhi keperluan fungsi organisasi

    7 Hubungan dalam s istem ker ja di agensi kerajaan

    8 Ancaman dari teknologi baru

    9 Kesan Culture dalam penggunaan dan nilai

    10 Strategi pengamal IS dalam mempengaruhi pengurusan atasan

    Jadual 1: 10 prinsip penentu kejayaan pelaksanaan

    Lanjutan dari itu, adalah perlu supaya rangkakerja penilaian dikenalpasti dahulu. Oleh itu artikel ini akan hanya

    menilai EG dari sudut kesan kepada penerima samaada pengguna, kerajaan atau perniagaan.EG juga termasuk dalam kategori sistem maklumat berasaskan komputer (Computer B ased Information System CBIS).

    Dalam buku Information Systems and Executives Role penentu-penentu kejayaan pelaksanaan CBIS di gariskan dalam

    10 prinsip berikut iaitu:

    Persoalan boleh diajukan sama ada pembangunan EG mengikut garis panduan prinsip tersebut atau tidak.

    Selain dari itu, kajian pernah juga dilakukan bagi menghasilkan model penentu kejayaan sistem maklumat (IS).

    Salah satu model yang awal dan banyak digunakan untuk mengukur kejayaan IS ialah model DeLone & McLean.

    Rajah 3 di bawah menunjukkan model tersebut (diterjemahkan)

  • 8/2/2019 Electronc Government - Full

    5/9

    OCTOBER2006-M

    ARCH

    2007VOL.1

    NO.1

    5 5

    Jadual 2: Faktor kejayaan, indikator dan justifikasi

    CSF KPI Ju stif icatio n

    Relevance

    User

    Satisfaction

    Effectiveness

    Availability

    Accessibility

    Accountability

    Security

    Right

    Technology

    Efficiency

    Information

    Sharing

    Information Dependency

    Commitment

    Ease of use

    Usefulnessof data

    User friendliness

    Quick Problem Solving

    Improve Decision making

    Improve Monitoring

    Time saving

    Uptime

    Responsiveness

    Mode of Access

    Locality

    Feedback

    Mechanism

    Data Security

    Data Integrity

    Choice ofequipment

    Training

    Paperless Environment

    Rate of online transaction

    Usage by agency

    Usage by module

    Having to depend on information from the application makes it

    relevant.

    Being committed to use the system makes the system relevant.

    The indicators are the basic requirements of fulfilling usersatisfaction

    of anysystem, i.e. something that is useful, easy to use, and friendly and

    gives no problem.

    Improvement at all levels of user including saving of time to conduct

    work points to effectiveness of the application.

    The application can only be available when the system is up which is

    measured by the uptime

    How quick problems are solved results in greatersystem availability

    The how and where of accessing contribute to the level of accessibility

    Feedbacks allow users to contact the application providers thus making

    them answerable.

    Data is the basis of a live EG application.Good andsecure data indicates

    the security level of the application.

    Indicators ofsuitable or appropriate technology can come from the

    equipmentsupplied and used in addition to the training technology

    employed.

    To indicate efficiency, online use has to exceed the need for manual/

    paper use. Degree of paperless environmentshows to some extent the

    degree ofefficiency.

    Data on usage is indicative of level of information sharing/use

    1

    2

    3

    4

    5

    6

    7

    8

    9

    10

    Sejak diperkenalkan, model ini telah digunakan sebagai

    asas untuk mengukur kejayaan sesuatu sistemmaklumat. Ini termasuk Sistem E-Commerce, Sistem EG,

    MIS dan sebagainya yang dibangunkan berdasarkan

    sistem maklumat.

    Perbandingan prinsip dalam melaksanakan CBIS dalam

    konteks model tersebut menunjukkan prinsip-prinsip

    tersebut boleh diamalkan dalam semua bahagian model

    tersebut.

    Beberapa isu yang mungkin timbul ialah indikator yang

    dipilih mungkin tidak sesuai. Indikator yang sesuai

    dari sudut pandangan kerajaan mungkin tidak sesuai

    untuk kalangan perniagaan atau pengguna.

    3. INDIKATOR PENILAIA N

    Dalam salah satu kajian impak yang dijalankan oleh

    KUTKM, beberapa indikator dikenal pasti sebagai

    petunjuk kepada status EG yang dilaksanakan. Indikator

    ini merupakan komponen-komponen kepada 10 faktor

    penentu kejayaan pelaksanaan aplikasi EG tersebut.

    Faktor-faktor ini adalah selaras dengan komponen-

    komponen dalam model kejayaan IS di atas. Indikator

    dan faktor yang dikenal pasti tersebut dipetik untuk

    jadual di bawah:

  • 8/2/2019 Electronc Government - Full

    6/9

    PUBLIC

    SECTOR

    ICTM

    ANAGEMENT

    REVIEW

    5 6

    Jadual 3 menunjukkan faktor kejayaan kritikal dari kajian

    tersebut. Kedudukan menunjuk kepentingan faktor tersebut

    relatif diantara satu sama lain. Ia juga menggambarkan

    persepsi pengguna terhadap kepentingan faktor tersebut.

    Selain dari faktor di atas, perbandingan dapat dibuat

    dengan beberapa metrik penandaarasan (benchmarking

    metric) yang digunakan oleh agensi kerajaan sepertiMAMPU seperti yang di beri pada persidangan EG 2002.

    Metrik yang digunakan ialah

    Web Presence

    ICT Infrastructure

    Human Capital

    Secara ringkas dari segi web presence, beberapa laporan

    dari UN, perunding dan soal selidik pasaran menunjukkan

    bahawa walaupun web p rese nce di Malaysia lebih tinggi

    dari purata, tahap khidmat atas talian adalah rendah

    dan jenis perkhidmatan yang diberikan kurang dari segi

    kepelbagaian. Kepuasan pengguna yang rendah boleh

    dikaitkan dengan kurang khidmat atas talian.

    Infrastruktur ICT di Malaysia adalah antara yang terbaik

    dirantau ini walaupun ketinggalan berbanding purata

    untuk seluruh dunia.

    Untuk human capital, walaupun pembangunan sumber

    manusia adalah baik, namun capaian kepada maklumat

    adalah rendah. Ini dapat dikaitkan dengan tahap yang

    rendah untuk availibility seperti jadual di atas.

    4. PEMERHATIAN & HASIL KAJIAN

    Kesimpulan lain yang ditimbulkan dalam kajian olehKUTKM ialah status conformance kepada prinsip

    penentuan kejayaan sesuatu sistem maklumat. Status

    Critical Success Factors M e an R an k

    1 Sharing of information is critical for the success of EG application 3,80 1

    2 The EG application provided is relevant to your current work. 3,65 2

    3 The EG application improves your productivity and output. 3,52 3

    4 The EG application is always available for use. 3,16 9

    5 The EG application is easily accessible through various means (kiosk, website, etc). 3,08 1 0

    6 The EG application makes you more responsible to your work. 3,33 4

    7 You are verysatisfied with the EG application provided. 3,29 6

    8 The EG application is provided with the rightequipment and technology. 3,26 7

    9 The EG application is provided with the right training. 3,30 5

    10 The EG application provided is verysecure andsafe. 3,22 8

    Kepentingan Faktor Kejayaan

    Jadual 3: Faktor Kejayaan Kritikal

    sebelum EG dan selepas EG dibuat perbandingan dan

    kesimpulan berikut telah dilaporkan.

    Kajian tersebut mendapati:

    Pengguna bersedia menerima dan mahu mengguna

    EG. Sungguhpun begitu, jenis aplikasi, teknologi yang

    digunakan, dan khidmat yang disediakan jelas

    mempunyai pengaruh kuat sama ada aplikasi tersebut

    memuaskan pengguna tersebut.

    Kebolehan berkongsi maklumat seperti dikehendaki

    oleh model EG disokong oleh pengguna

    menunjukkan trend dalam meningkatkan bilangan

    knowledge workers adalah baik.

    Kebanyakan dari responden dari kajian adalah celik

    komputer dan bersedia mengguna IT.

    Tidak banyak (hanya 28%) berpendapat EG membantu

    mereka dalam membuat keputusan.

    Lebih dari separuh berpendapat EG berkesan memberi

    maklumat yang diperlukan.

    Majoriti (64.2 %) berpendapat aplikasi EG adalah

    efisien. Bakinya berpendapat EG tidak berkesan dan

    akan menggunakan kaedah lama dalam

    melaksanakan tugas.

    Majoriti pengguna mempunyai pengetahuan

    mengenai EG. Hanya separuh melaporkan

    peningkatan pengetahuan bila mengguna EG. Jelas

    latihan dan pendedahan perlu dipertingkatkan.

    Rumusan dari kajian tersebut menunjukkan bahawa

    pengguna mengakui kepentingan berkongsi maklumat

    dalam EG. Walaupun begitu, ramai yang tidak berpuashati dengan khidmat EG yang diberikan. Aplikasi EG

    yang dibekalkan adalah relevan dengan tugas mereka

  • 8/2/2019 Electronc Government - Full

    7/9

    OCTOBER2006-M

    ARCH

    2007VOL.1

    NO.1

    5 7

    dan selamat untuk digunakan. Walaupun begitu, EG

    tidak selalu dapat digunakan.

    Satu kajian terbaru oleh sekumpulan akademik terhadap

    EG di Malaysia menunjukkan faktor organisasi

    mempunyai hubungan terhadap kualiti sistem dan

    kualiti maklumat seterusnya mempengaruhi indikator

    perceived use fulnes s dan kepuasan yang merupakan

    faktor penting kejayaan EG. Mereka juga telah mengkaji

    faktor teknologi dan mendapat hasil yang sama.

    Ini menunjukkan organisasi dan teknologi memainkanperanan penting dalam memastikan kejayaan EG.

    5. PERBINCANGAN

    Senario Semasa EG Malaysia

    Adalah penting untuk melihat kedudukan EG dan

    unsur-unsur yang mempengaruhi pelaksanaannya bagi

    melihat di mana Malaysia berada dalam mengguna EG.

    Jadual di bawah menunjukkan kedudukan Malaysia dari

    beberapa sudut. Berikut disenaraikan kedudukan

    Malaysia dari beberapa sudut pandangan iaitu

    Accenture, perunding kerajaan bagi EG, majalah Th eEconomist dan laporan Pertubuhan Bangsa-Ban gsa

    Bersatu (UN).

    The Economist melihat dari segi E-R eadiness , Accenture

    melihat dari segi Service Maturity Level dan Bangsa

    Bersatu adalah lebih menyeluruh. Dalam laporan Badan

    tersebut negara ahli dikategorikan kepada 4 kumpulan

    utama dari sudut kemampuan kapasiti EG mengikut

    pandangan UN iaitu High EG Capacity, medium EG capacity,

    Minimal EG Capacit y, Deficient EG Capacity.

    Selain dari itu, beberapa isu juga ditimbulkan yang

    memberi kesan terhadap pelaksanaan EG dari tahun

    ke tahun seperti dilaporkan oleh The Economist.Walaupun begitu, kedudukan Malaysia adalah berbeza

    mengikut laporan dalam UN iaitu pada kedudukan 58

    dalam tahun 2002 dari semua negara ahli badan tersebut

    Terd ap at apl ikas i ya ng le wa t di pa sa ng ke pa da

    pengguna. Dari segi implementasi dan rollout pihak

    bertanggung jawab dapat mengaku kejayaan terhadap

    pelaksanaan aplikasi EG tersebut. Walaupun begitu,

    perubahan cepat berlaku dalam sektor ICT dan pihak

    yang mendahului akan cepat ketinggalan jika tidak

    berubah mengikut keperluan semasa.

    Dari sudut pengguna, terdapat mereka yang masih

    menunggu aplikasi EG yang dijanjikan. Kesediaan

    kerajaan dalam menyediakan EG mengikut rangka kerja

    telah dapat dilihat melalui analisis dan hasil kajian di

    atas.

    Beberapa persoalan dapat dijawab dari perbincangan

    di atas iaitu:

    Setakat mana aplikasi EG mencapai objektif sendiri

    dan objektif EG secara kolektif.

    Berapa banyakkah perkhidmatan dan pencapaian EG

    yang dilaksanakan.

    Adakah pelaksanaan EG telah meningkatkan

    produktiviti dalam kerajaan.

    Prinsip

    1 Minat mengguna IS Peningkatan

    2 Tahap kepuasan Peningkatan

    3 Inflexibilitysistem dan pengetahuan kekuatan & kelemahan IS Penurunan

    4 Faktor pelemah IS Penurunan

    5 Persepsi negatif pengamal IS Tidak berubah

    6 Kaedah alternatif bagi memenuhi keperluan fungsi organisasi. Tidak berubah

    7 Hubungan dalam sistem kerja di agensi kerajaan Penurunan

    8 Ancaman dari teknologi baru Penurunan

    9 Kesan Culture dalam penggunaan dan nilai Tidak berubah

    1 0 Strategi pengamal IS dalam mempengaruhi pengurusan atasan Tidak berubah

    Tahun The Accenture Laporan

    Economist Bangsa Bersatu

    2001 - 19 -

    2002 32 dari 20 58, Medium

    60 negara. EG capacity

    2003 33 dari 18 -

    60 negara.

    2004 33 dari 17 -64 negara.

  • 8/2/2019 Electronc Government - Full

    8/9

    PUBLIC

    SECTOR

    ICTM

    ANAGEMENT

    REVIEW

    5 8

    Dari jadual pelaksanaan aplikasi EG yang dibangunkan,

    pemerhatian berikut diperoleh iaitu:

    Kebanyakan aplikasi EG mengambil masa melebihi

    jangkaan jadual pel aks anaan.

    Penggunaan Internet untuk EG bagi kebanyakan

    rakyat adalah masih rendah.

    Jurang digital masih ketara di antara pengguna

    bandar dan luar bandar.

    Penggunaan ICT untuk meningkatkan daya saing

    ekonomi negara masih rendah.

    2 0 0 2 2 0 0 3 2 0 0 4

    Kedudukan Malaysia Kedudukan Malaysia Kedudukan Malaysia

    32 dari 60 negara 33 dari 60 negara 33 dari 64 negara.

    Jadual 4: Kedudukan E-readiness dan Isu berkaitan

    Issues tha t influence:

    The Economic recovery and political

    stability.

    Th e increas in g standardization of

    Internet-era legislation and heightened

    technological uniformity

    Decisive Business culture

    Stillevolving infrastructure high-speedbroadbandservices were not globally

    available, and Internet-ready mobile

    phones still in infancy

    Issues tha t influence:

    Incorporation of Internet Technology

    into daily routines

    Healthy macroeconomic, political and

    regulatoryenvironments

    Highly developed IT infrastructure

    Expanding broadband coverage

    Issues tha t influence:

    Dense connectivity with mature

    telecommunication infrastructure

    Broadband penetration and mobile

    carrier capability with high-speed and

    advanced application.

    Coordination of Govern ment-IT

    indus

    tryIn ves tm ent in the next -g eneration

    technologies

    6. KESIMPULAN

    Penilaian ini menyenaraikan 3 isu penting untuk

    ditangani dan diberikan tumpuan supaya EG dapat

    bergerak dengan lebih lancar. Isu tersebut ialah:

    - Pembangunan teknologi dan infrastruktur.

    - Mengatasi masalah Sosio-politik dan Culture

    - Memahami situasi ekonomi supaya krisis kewangan

    tidak menjadi penghalang EG.

    Analisis ini hanyalah untuk keadaan semasa

    pelaksanaan EG di Malaysia. Terdapat cadangan dari

    kajian-kajian yang telah dibuat supaya kemampuan

    beberapa perkara dipertingkatkan. Perkara 3, 5 dan 10

    dalam prinsip yang perlu diikuti untuk memastikan

    kejayaan EG perlu diberi lebih penekanan. Walaupun

    statusnya tidak berubah seperti dimaklumkan dalam

    jadual tetapi kedudukannya adalah di per ingkat yan g

    rendah seperti dimaklumkan dalam kajian terdahulu.

    Seperti dinyatakan di atas, kedudukan dan kejayaanyang digambarkan adalah amat subjektif kerana

    banyak bergantung kepada faktor-faktor yang diukur

    pihak yang berlainan. Agensi atau perunding berbeza

    akan membuat pengukuran yang berbeza kerana sudut

    pandangan dan tujuan pengukuran adalah berbeza.

    Hasilnya adalah berbagai ranking atau kedudukan

    mengikut objektif pengukuran. Namun yang penting

    untuk dilihat adalah EG dalam konteks keperluan dan

    senario tempatan. Pengukuran dan kesimpulan

    haruslah mengambil kira suasana EG untuk Malaysia.

  • 8/2/2019 Electronc Government - Full

    9/9

    OCTOBER2006-M

    ARCH

    2007VOL.1

    NO.1

    5 9

    RUJUKAN

    1. Accentur e ( 2004) . eG over nment L eader ship:

    Higher Per formance in government, Accenture

    Report 2004

    2. Ake Gr onlund ( 2002) . Electr onic G over nment:

    Design, Applications and Management. Idea Group

    Publishing.

    3. Asgarkhani, M., (2003) A Strategic Framework for

    Electronic Government, Proceeding of the 22nd

    National IT Conference, Colombo, Sri Lanka.

    4. Barnes, J. S. and Vidgen, R., Measuring Web site

    quality improvements: A Case Study of the forumon Strategic Management Knowledge Exchange,

    Industrial Management and Data Systems, 103/5,

    2003, p297 309.

    5. Burn, J. and Robins, G., Moving towards e-government:

    A Case study of organizational change processes,

    Logistics Information Management, Vol.: 16, No: 1,

    2003, p 25 35.

    6. Caldow, J , Seven E-G over nment Leader ship

    Milestones, Institute for Electronic Government, IBM

    Corporation, 2001.

    7. DeLone, W.H., and E.R. McLean (1992) Information

    systems success: the quest for the dependent

    variable, Information Systems Research, (3), pp. 60-95.

    8. Detlor, B. and Finn, K. (2002). Towards a framework

    for government portal design: The Government,

    citizen and Portal perspective. Idea Group Publishing,

    Chapter VI.

    9. Fast Forward 4.0: Growing Canadas Digital Economy,

    Report of Canadian e-Business Initiative, May 2003.

    10. Jabar, M. A., Selamat, H., Ghani, A. A. A., Ibrahim,

    H., Yusof, M. (2003) Qualitative Resea rch: An

    Investigation into Methods and Concepts of

    Qualitative Research in Information SystemResearch.

    11. Jaeger, P.T and Thompson, K.M. (2003).

    E-Government around the world: Lessons,

    challenge s, and future directions. Government

    Information Quarterly

    12. Longford, G, Rethinking E-Government: Dilemmas

    of Public service, Cit izenship and Democracy in theDigital Age, Canadian Political Science AAGM, May

    27-29, 2001.

    13. MAMPU. (1997a) . Mult imedia Super Corr idor:

    Towards a Vis ion for a New Electronic Government

    in Malaysia.

    14. MAMPU. (1997b) . Blueprint for electronic

    Government Implementation.

    15. Marylyn M. Parker (1996). Strategic Transformation

    and Information Technology: Paradigms for

    Performing While Transforming. Upper Saddle River,

    NJ: Prentice Hall.

    16. McCall C. H., (2001). An Empirical Examination of the

    Likert scale: Some assumptions, development, and

    cautions.

    17. Mohd-Yusof, M. (1996). Senior Executives Role in the

    Computer-Based Information System (CBIS)

    Implementation Process: The Case of Malaysian

    Government Agencies. Unpublished Ph.D Thesis,

    University of Salford, Salford, UK.

    18. Mooi, T.S., (2001) Strategies in Developing Electronic

    Government: Malaysias Perspective, MAMPU.

    19. Muhammad Rais and Nazariah, (2003). E-Government

    in Malaysia. Pelanduk Publications.

    20. Omar, M. A., et al (2004), Implementing Electronic

    Government in Malaysia: An Impact Study on the

    Seven Flagship Applications , Kuala Lumpur.

    21. The 2002 e-readiness rankings, The Economist,

    A white paper from the Economist Intelligent Unit,

    IBM Institute for Business Value, 2002.

    22. The 2003 e-readiness rankings, The Economist,

    A white paper from the Economist Intelligent Unit,

    IBM Institute for Business Value, 2003.

    23. The 2004 e-readiness rankings, The Economist,

    A white paper from the Economist Intelligent Unit,

    IBM Institute for Business Value, 2004.

    24. United Nation Report (2002). Benchmarking

    E-Government: A Global Perspective Assessing the

    UN member States: United Nations- DPEPA