33
CADANGAN PERLAKSANAAN PROJEK TERNAKAN IKAN KELI DALAM KOLAM SIMEN BERLANTAI TANAH http://zikrihusaini.com/ikan-keli/ http://www.scribd.com/doc/98290165/KERTAS-KERJA 1. PENDAHULUAN 1.1 Senario Industri Akuakultur Di Malaysia Definasi akuakultur ialah menternak spesis hidupan (samada haiwan atau tumbuhan) air tawar, air payau atau air masin di dalam persekitaran yang terkawal. Selain itu, akuakultur juga merangkumi segala aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk hidupan air. Suatu ketika, pelbagai masalah telah melanda industri perikanan. Antaranya adalah penangkapan berlebihan yang melanggar undang-undang yang menghadkan penangkapan, sistem kuota serta larangan penangkapan spesis tertentu. Selain itu masalah pencemaran air samada daripada pembuangan sisa toksik dari kilang, tumpahan minyak atau racun serangga dan rumpai juga telah menggugat industri perikanan dan akuakultur. Akuakultur bukanlah penyelesaian kepada masalah industri perikanan. Ia adalah salah satu cara untuk menampungi bekalan makanan dari laut. Matlamat utama industri akuakultur di malaysia adalah: 1. Untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ternakan dan, 2. Untuk menggunakan sepenuhnya sumber tanah dan perairan yang sedia ada. Sejarah akuakultur di Malaysia bermula sejak 1930an yang dilakukan secara kecil-kecilan. Industri ini mula berkembang pada sekitar tahun 1970an terutamanya dalam ternakan udang, kerang dan ikan

Draft Ikan Keli_ [a]

Embed Size (px)

DESCRIPTION

TERNEK KELI

Citation preview

CADANGAN PERLAKSANAAN PROJEK TERNAKAN IKAN KELI DALAM KOLAM SIMEN BERLANTAI TANAH

http://zikrihusaini.com/ikan-keli/

http://www.scribd.com/doc/98290165/KERTAS-KERJA

1. PENDAHULUAN

1.1 Senario Industri Akuakultur Di Malaysia

Definasi akuakultur ialah menternak spesis hidupan (samada haiwan atau tumbuhan) air tawar, air payau atau air masin di dalam persekitaran yang terkawal. Selain itu, akuakultur juga merangkumi segala aktiviti pengeluaran, pemprosesan dan pemasaran produk hidupan air. Suatu ketika, pelbagai masalah telah melanda industri perikanan. Antaranya adalah penangkapan berlebihan yang melanggar undang-undang yang menghadkan penangkapan, sistem kuota serta larangan penangkapan spesis tertentu. Selain itu masalah pencemaran air samada daripada pembuangan sisa toksik dari kilang, tumpahan minyak atau racun serangga dan rumpai juga telah menggugat industri perikanan dan akuakultur. Akuakultur bukanlah penyelesaian kepada masalah industri perikanan. Ia adalah salah satu cara untuk menampungi bekalan makanan dari laut.

Matlamat utama industri akuakultur di malaysia adalah:

1. Untuk meningkatkan kualiti dan kuantiti ternakan dan,

2. Untuk menggunakan sepenuhnya sumber tanah dan perairan yang sedia ada.

Sejarah akuakultur di Malaysia bermula sejak 1930an yang dilakukan secara kecil-kecilan. Industri ini mula berkembang pada sekitar tahun 1970an terutamanya dalam ternakan udang, kerang dan ikan (termasuk ikan hiasan) yang kini menjadi industri komersil yang menjanjikan pulangan lumayan. Menurut perangkaan Jabatan Perikanan Malaysia, di seluruh negara terdapat kawasan perairan tasik dan empangan seluas 89,260 hektar yang boleh digunakan untuk ternakan dalam sangkar, manakala kawasan tanah seluas 30,000 ha untuk ternakan kolam. Di samping itu, seluas 3,000 hektar lagi di Tasik Kenyir telah diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri Terengganu untuk tujuan akuakultur. Antara kawasan-kawasan yang boleh dimajukan untuk akuakultur adalah tasik, bekas lombong, empangan, kolam, konkrit, muara sungai dan laut serta akuarium. Manakala spesis-spesis ternakan pula (berdasarkan maklumat daripada Jabatan Perikanan Malaysia) adalah seperti tilapia, keli, baung, patin, temoleh, jelawat, lampam, karp, haruan, udang galah dan ikan hiasan untuk perairan air tawar dan kerapu, siakap, jenahak, udang harimau, tiram dan siput sudu untuk perairan air payau dan laut.

1.2 Sejarah / Latarbelakang Ikan Keli

Namaasal Ikan keli ialah Clarias Batrachus (Linn) ataudipanggilcat fish (ikankucing) yang bermisai sepertikucing. Antara jenis-jenis ikan keli yang boleh didapati di negara ini adalah Ikan Keli Kayu, Ikan Keli Bunga, Ikan Keli Eksotika, Ikan Keli Limbat, Ikan Keli Mata Kati, Ikan Keli Rusia, Ikan Keli Afrika, Ikan Keli Jeram dan Ikan Keli Hutan. Di Indonesia, ikan keli ini tidak dipanggil keli tetapi dipanggil LELE, di Afrika ia dipanggil Mali, di Thailand ia dipanggil Plamond, di Jepun pula Namazu, manakala di Sri langka pula ia dipanggil Gura Magura. Kini keli merupakan satu hidangan wajib bagi rakyat malaysia. Ia mempunyai permintaan yang konsisten dan juga nilai harga yang mahal.

Sejarah penternakan awalnya dikesan bermula beratus-ratus tahun dahulu. Di negara-negara Asia seperti China, India, Indo-China dan Indonesia, ternakan ikan ini telah menjadi kebiasaan dan diusahakan secara tradisi. Malah, kolam yang diusahakan oleh keluarga dan pemeliharaan di sawah padi masih terdapat sehingga ke hari ini. Pada zaman moden ini, penternakan keli yang menyeluruh hanya bermula selepas Perang Dunia Kedua.

Terdapat tiga faktor utama yang mendorong perkembangan tersebut iaitu:

Kemudahan pengangkutan moden untuk membawa ikan;

Perkembangan pengetahuan pembiakan buatan; dan

Penggunaan makanan konsentrasi yang berbentuk pelet.

Namun, ketiga-tiga faktor ini sebenarnya telah disokong kuat oleh perkembangan media massa. Media massa memainkan peranan yang penting dalam penyebaran ilmu pengetahuan tentang penternakan ini secara menyeluruh. Ini adalah kerana pada peringkat awal, pengetahuan tentang sistem akuakultur hanya terhad kepada negara-negara tertentu sahaja, contohnya sistem ternakan ikan salmon yang hanya diketahui di Amerika Syarikat dan Eropah. Sekarang, pengetahuan ini sudah menjadi satu pengetahuan umum di negara-negara sebelah Amerika Latin, Afrika dan Asia. Di Amerika Syarikat, sistem akuakultur bermula sejak kurun ke-19 lagi dengan penternakan ikan salmon untuk dilepas semula. Berlandaskan sistem ternakan ini, ternakan ikan keli pun mula diusahakan dan ia bermula sekitar tahun 1960an.

Terdapat tiga jenis ikan keli yang dipelihara sehingga sekarang iaitu dari spesies bullhead, blue catfish dan channel catfish. Bagaimana pula dengan perkembangan akuakultur di Malaysia? Perkembangan akuakultur di Malaysia hanya betul-betul bermula sekitar tahun 1970an dan 1980an, khususnya bagi penternakan ikan keli. Sebelum itu, ikan keli hanya terhad kepada spesies asli seperti keli kayu, keli bunga dan keli sawah. Namun, disebabkan spesies ini sukar untuk dibiak dan saiznya yang agak kecil, tiada perkembangan menyeluruh untuk membiaknya secara intensif. Sebaliknya, ikan keli hibrid (clarias gariepinus) yang merupakan kacukan keli Afrika dan keli Taiwan, yang sudah diperkenalkan seluruh Asia termasuk Indonesia, Malaysia, Thailand dan banyak lagi di negara-negara Asean adalah sejenis ikan yang cepat membesar. Dengan tempoh penternakan yang sangat pendek serta pengawasan yang sederhana, maka tidak hairanlah ikan keli jenis ini menjadi pilihan penternak.

1.3 Potensi Ternakan

Permintaan ikan keli di pasaran terutama dari pengusaha-pengusaha restoran menyebabkan bekalannya pada ketika ini tidak mencukupi. Bagi mereka yang meminati akuakultur air tawar, inilah peluang yang perlu direbut. PENINGKATAN permintaan yang tinggi, merupakan keputusan tinjauan dari semua negeri di Malaysia. Secara menyeluruh, permintaan ikan keli kebanyakkannya dipengaruhi oleh permintaan restoran di Malaysia dan juga peningkatan penduduk, hidangan menu ikan keli sudah tidak asing lagi di Semananjung Malaysia, Sabah dan Sarawak. Selain itu, ia juga dipengaruhi oleh permintaan usahawan pemprosesan makanan yang menjadikan ikan keli sebagai sumber produk hiliran seperti serunding ikan keli, sardin keli, keli salai dan sebagainya.

Kesan daripada permintaan yang berkembang hebat di Malaysia, lahirlah usahawan-usahawan keli yang tumbuh seperti cendawan selepas hujan. Pengusaha pelet ikan juga mendapat tempias daripada peningkatan yang mendadak terhadap industri ikan keli. Sejauh mana peningkatan ini, jawapannya ia akan terus meningkat. Perubahan semasa berkenaan tabiat makan manusia yang beralih kepada ikan berbanding ayam dan daging mendorong kemajuan industri ikan keli. Peluang yang terpampang ini harus direbut. Penguasaan ilmu terhadap ternakan ini perlu dimiliki oleh setiap penternak. Ramai usahawan yang kecundang disebabkan kekurangan ilmu.

Penggunaan kolam kanvas merupakan alternatif terbaik di zaman moden ini untuk memudahkan dan mengurangkan kos. Siapa-siapa saja yang berminat boleh menceburi bidang ini walaupun mempunyai ruang tanah yang sempit. Dengan hanya memasang beberapa kolam kanvas di tepi rumah sudah cukup memberikan hasil untuk keluarga. Ikan keli mempunyai perkembangan tumbesaran yang cepat jika dibandingkan dengan spesis ikan lain seperti tilapia dan sebagainya. Tempoh penternakan yang singkat iaitu hanya mengambil masa tidak sampai 4 bulan memberi peluang kepada penternak menggandakan pengeluaran dalam setahun.

Ikan keli juga merupakan ikan yang tahan lasak terhadap persekitaran menjadikan ikan ini pilihan terbaik bagi penternak di Malaysia. Isinya yang sedap dan digemari ramai membuatkan permintaan ikan keli tidak akan pupus. Di Malaysia, potensi ternakan ikan keli akan terus berkembang. Ruang dan peluang di Malaysia masih luas untuk diceburi. Ikan paya yang tidak banyak ragam ini menjadikan kolam kanvas sesuai untuknya setelah beberapa percubaan telah dilakukan lebih 10 tahun yang lalu di negara seperti Indonesia akhirnya penggunaan kolam kanvas diguna pakai sebagai media alternatif pengganti kolam konkrit dan kolam tanah. Kebaikan media plastik ini dapat mengurangkan banyak kos, seperti kos pembinaan kolam dan sebagainya. Inilah kelebihan 'sang janggut' air tawar ini.

POTENSI IKAN KELI

1.3.1 Permintaan Ikan Keli

Pertama sekali, ikan keli merupakan ikan yang sangat digemari. Buktinya terdapat banyak menu daripada resipi-resipi ikan keli di seluruh negara. Antaranya masak lemak keli cili api, keli panggang, keli salai, serunding keli dan sebagainya. Manakala di tanah seberang jiran kita Indonesia sangat popular dengan pecel ikan lele. Ikan lele bermakna ikan keli dalam bahasa indonesia. Manakala di restoran-restoran di Malaysia juga sudah menjadi menu utama. Jadi, tidak hairanlah selama saya sendiri sudah lebih 3 tahun mengusahakan ikan keli ini sepenuh masa masih tidak mencukupi untuk keperluan permintaan prai ikan keli untuk diagih-agihkan ke restoran-restoran. Melalui kaji sedlidik saya sendiri, permintaan terhadap ikan keli bagi setiap restoran adalah tidak kurang dari 100 kg seminggu. Ini bermakna untuk mencukupkan 10 restoran kita memerlukan bekalan 1 tan atau 4 tan sebulan. Itu kalau 10 restoran, kalau 50, 100?

1.3.2 Galakan Usahawan Keli Oleh Kerajaan

Oleh kerana ikan keli sangat berpotensi, maka pihak kerajaan melalui jabatan PERIKANAN pun sentiasa mempromosikan masakan ikan keli ini melalui ekspo-ekspo setiap tahun. Selain itu, banyak kursus-kursus yang dianjurkan oleh badan-badan kerajaan dalam promosi untuk memajukan industri ternakan ikan air tawar khususnya ikan keli.

1.3.3 Ikan Keli Sumber Protein

Sebagai pengganti daging dan ayam, ikan keli merupakan pilihan terbaik. Selain mengandungi lemak Omega yang tinggi, ikan ini juga baik untuk mencegah penyakit jantung. Salah satu kelebihan ikan keli ialah, ia mudah diternak. Jadi, tidak hairanlah ia dapat dipasarkan secara konsisten tanpa bermusim. Sedangkan ikan laut sangat bermusim ditambah dengan keadaan cuaca yang tidak menentu akibat pengaruh kepanasan global. Perlu diingat, permintaan terhadap ikan akan sentiasa meningkat sejajar dengan pertumbuhan manusia. Jadi, ikan keli adalah salah satu alternatif bekalan protein kepada manusia sepanjang masa, Ini yang menjadikan ia sangat berpotensi.

Oleh kerana permintaan ikan keli untuk dimakan sentiasa meningkat, maka pertumbuhan usahawan juga meningkat. Maka wujudlah juga permintaan terhadap benih ikan keli, makanan ikan, kolam kanvas dan peralatan-peralatan lain. Rantaian ini sudah tentulah menjadi satu industri yang memberangsangkan. Perlu kita fikirkan bahawa, manusia perlukan makanan untuk hidup. Makanan merupakan sumber utama untuk manusia untuk terus hidup. Perkembangan manusia yang semakin meningkat, makanan perlu ditingkatkan. Pada masa sekarang ni ikan laut pun tidak dapat menampung bekalan untuk keperluan negara. Kita terpaksa mengimport sebahagiannya melalui negara jiran. kita perlukan makanan ikan setiap hari, jadi , fikir-fikirkanlah.

Manusia terpaksa kembali kepada pertanian dan akualkutur. Keperluan ikan segar untuk kesihatan manusia perlu dititikberatkan. Kerana pada zaman moden ini kebanyakkan makanan melalui proses pengawetan yang boleh memudaratkan kesihatan manusia. Oleh itu, manusia akan mencari sesuatu yang segar, halal dan bersih. Alangkah baiknya kalau makanan tersebut hasil dari tangan kita sendiri seperti ternakan ikan keli.

Namun bagi yang berminat untuk menjadi usahawan ikan keli, buatlah bersunggu-sungguh, fokus dan sabar.

1.4 Data Dan Fakta

Pengeluaran akuakultur 2010

Jumlah pengeluaran akuakultur bagi 2010 adalah sebanyak 362,155 tan metrik bernilai RM2.522 juta.

Pengeluaran akuakultur air payau ialah 205,931 tan metrik bernilai RM1.783 juta.

Jumlah pengeluaran akuakultur air tawar ialah sebanyak 156,224 bernilai RM738 juta.

Jumlah pengeluaran ikan tilapia merah pada 2010 ialah sebanyak 29,013.94 tan metrik bernilai RM192.99 juta.

Jumlah pengeluaran ikan tilapia hitam pada tahun 2010 ialah sebanyak 9,629.33 tan metrik dengan nilai RM56.3 juta.

Negeri pengeluar utama ialah Selangor, Perak, Pahang, Sabah dan Negeri Sembilan.

Jumlah pengeluaran ikan tilapia ialah 25 peratus dari jumlah keseluruhan pengeluaran akuakultur air tawar.

Secara purata, seorang rakyat Malaysia memakan hanya lima kilogram (kg) ikan air tawar setahun dan 46 kg ikan setahun.

Jumlah permintaan

Ikan keli pasaran tempatan ialah 1,000 tan sebulan.

600 tan pasaran Kuala Lumpur/Lembah Klang.

200 tan pasaran Ipoh.

200 tan pasaran Seremban.

Harga

Ikan Keli : RM4.00 RM5.00 / kg.

(Harga Purata = RM 4.50)

Sumber: http://amgagro.muamalah.com/dokumen/KURSUS y

: http://www.fishdept.sabah.gov.my

Di tahun 2010, Malaysia menghasilkan 600 ribu tan metrik ikan setahun daripada Industri akuakultur untuk menampung keperluan dan kehendak pasaran. Permintaan hasil perikanan dijangka akan terus meningkat dari 40kg/orang setahun kepada 56kg/orang setahun pada 2010 berkadaranterus mengikut peningkatanpopulasi penduduk negara. Oleh yang demikian, ternyata pengeluaran ini tidakmencukupi bagi menampung permintaan semasa penggunayang semakin meningkat. Dengan wujudnya perdagangan antarabangsa dalam bidang akuakultur dan spesis akuatik, permintaan pasaran luar negara semakin bertambah. Bagi mengimbangi keperluan pasaran tempatan dan luar negara , pihak syarikat telah mensasarkan 80%pengeluaran hasil untuk pasaran tempatan dan 20% untuk dieksport ke luar negara. Pembangunan dalam bidang sains dan teknologi yang berterusan dapat memperbaiki kualiti hidupdan kesejahteraan rakyat yang akan meningkatkan hasil, mengurangkan kos dan penggunaan buruh bagimenampung keperluan pasaran dimasa depan. Bagi merealisasikan matlamat tersebut,kaedah penternakan secara tradisional perlu ditukarkan kepada yang lebih moden yang dapat meningkatkanproduktiviti dan kualiti ikan yang diternak. Penggunaan sains dan teknologi dapat meningkatkan kualiti dan produktiviti akuakultur dengan kerjasam semua pihak. Langkah ini penting bagimemodenkan industriperikanan menjadi lebih komprehensifdan berdaya maju bagi nembantu menigkatkan taraf ekonomi rakyat dan negara.

2.0 CADANGAN PROJEK

2.1 Spesis Ternakan Yang Di Pilih

Ikan ternakan yang menjadi pilihan ialah ikan keli. Ia jadi pilihan penulis kerana :

-Produk ikan keli kaya dengan Omega 3,6, dan 9.

-Produk ikan keli yang dihasilkan mengandungi protein tinggi dan tanpa karbohidrat.

-Semua produk yang dihasilkan adalah dijamin halal, bersih dan berkualiti di mana bahan-bahan makanan ikan diproses sendiri tanpa campuran organ-organ dalaman binatang.

-Harga yang berpatutan.

-Saluran agihan yang besar.

http://ternakikankolam.blogspot.com/

2.2 Menyatakan Sistem Ternakan Yang Dipilih Sistem Kolam

2.2.1 Kelebihan Sistem Kolam Tanah :-

i. Ruang kolam yang luas - mempunyai kadar oksigen terlarut atau dissolve oxygen (DO) yang tinggi hasil dari pancaran cahaya matahari dan angin yang bertiup.

ii. Ruang yang luas, ikan hidup lebih bebas. Mengurangkan stress kepada ikan. Ikan lebih cepat membesar

iii. Kadar kematian ikan minima.

iv. Boleh menghasilkan ikan dalam jumlah yang besar. (Tan)

v. Suhu air pada malam hari adalah suhu alam semulajadi, suhu dalam kolam tanah 33 C - 35 C. Suhu badan manusia normal ialah 35 C. Suhu dalam kolam simen 30 C (sejuk). Suhu dalam kolah PVC 33 C. (sila uji sendiri guna termometer)

Sebab itulah pembenihan ikan dalam kolam simen jarang yang berjaya kecuali menggunakan alat pemanas dan alat bantuan oksigen. Pembenihan dalam kolam tanah selalunya berjaya menghasilkan ribuan anak benih ikan tanpa perlukan sebarang alat pemanas atau alat bantuan oksigen.(kolam perlu luas)

2.2.2 Ketinggian kolam

Kolam untuk menternak keli tidak perlu tinggi sangat sekadar 3 4 kaki sudah memadai dari ikan melompat keluar.

Sekiranya pengusaha membina kolam yang terlalu tinggi selain terpaksa mengeluarkan duit lebih tambahan, kolam tinggi juga akan menyukarkan penternak dalam proses pengurusan ternakan terutamanya semasa peringkat penuaian iaitu perlu tenaga lebih untuk mengangkat keluar hasil ternakan sedangkan jika diteliti dinding kolam yang tinggi bukanlah satu keperluan sebenarnya. Kerana ternakan keli diternak pada sekitar kedalaman air 1-2 kaki.

2.2.3 Pemilihan tapak kolam

Perkara yang harus dipertimbangkan sebelum memulakan projek, kegagalan dalam memilih tapak yang baik akan membawa kegagalan projek ini. Berikut antara perkara yang perlu dipertimbangkan :-

a- JENIS TANAH

Tentukan jenis fizikal dan kimia tanah, Paras mata air dan keupayaan menakung air. Elakkan tanah berpasir, gambut dan berasid. (PH tanah yang sesuai 7.00 8.5) Elakkan kawasan rendah, yang sering dilanda banjir atau kemarau panjang.

b- KEDUDUKAN DAN SAIZ KOLAM

Sebelum memulakan kerja-kerja mengorek kolam, tentukan dahulu arah tiupan angin. Kolam yang baik hendaklah dikorek memanjang mengikut arah tiupan angin. Ini supaya angin dapat bertiup diseluruh kawasan permukaan kolam untuk menghasilkan oksigen terlarut (DO) yang mencukupi untuk ikan yang padat dalam kolam. Sebarang jenis pokok juga tidak boleh ditanam disekeliling kolam supaya tidak menjadi penghalang kepada tiupan angin. (kalau nak buat pertanian cari tanah lain la..) Saiz kolam yang terlalu kecil tidak ekonomik. Sekurang-kurangnya 40 x 60 kaki persegi bagi sebuah kolam.

c- BEKALAN DAN SUMBER AIR

Air perlu dilihat dari 2 sudut iaitu sudut Kualiti dan Kuantiti :

Kualiti

Sumber bekalan air yang berkualiti (PH antara 6.5 8.5)

Kuantiti

Mesti terdapat dengan banyak, mudah diperolehi dan berterusan. Contohnya dari parit taliair, sungai, tasik, lombong, mata air dan lain-lain. Kemudahan untuk membuang air kolam juga perlu diperhatikan, samada dibuang secara graviti atau dipam keluar.

d- PRASARANA, RUMAH, SETOR, BEKALAN ELEKTRIK DAN AIR

Untuk kemudahan pekerja. Setor untuk menyimpan peralatan seperti pam air, makanan ikan dan lain-lain.

e- KENDERAAN DAN PERHUBUNGAN

Kenderaan seperti lori, van, kereta dan motor serta jalan raya yang baik diperlukan untuk kemudahan pekerja, membawa masuk bekalan makanan, benih, membawa keluar ikan untuk dipasarkan dan lain-lain.Elakkan kawasan yang sangat terpencil dan tiada kemudahan asas.

f- KECEMASAN

Tidak jauh dari Balai Polis, Hospital dan Bomba yang boleh dihubungi ketika kecemasan. Tidak jauh dari Jabatan Perikanan dan boleh dihubungi ketika kecemasan atau untuk mendapatkan khidmat nasihat. (Sebaiknya hendaklah mendapatkan khidmat nasihat dari Jabatan Perikanan terdekat sebelum pemilihan tapak lagi)

g- SOSIAL DAN KEMASYARAKATAN

Menjaga hubungan baik dengan masyarakat sekeliling untuk mengelakkan permusuhan dan dendam yang boleh mengakibatkan kecurian ikan atau dikhianati (kolam diracun).

Persiapan kolam untuk membuat pembenihan ikan

Perkara yang perlu dibuat sebelum pembenihan dilakukan didalam kolam tanah. Tujuannya adalah untuk membersihkan kolam dari segala jenis ikan (terutamanya ikan pemangsa seperti haruan dan belut), serangga dan kutu air yang akan memakan rega (anak ikan) dan membebaskan unsur ammonia dari tanah (dari pereputan bahan organik, najis ikan atau dari sisa makanan ikan sebelumnya)

Kolam dikeringkan

Semua air dalam kolam itu dikeluarkan samada menggunakan pam atau graviti (kalau kolam lebih tinggi dari parit pembuang air) sehingga tiada lagi air dalam kolam kecuali beberapa lopak-lopak kecil air.

Semua ikan yang ada hendaklah dikutip, kalau ada ikan yang bersembunyi dalam lumpur, akan kelihatan tanda-tandanya yang berupa tompok-tompok kecil kesan ikan itu timbul untuk bernafas setelah beberapa hari air kolam itu kering. Turun ke dalam kolam dan kutip semua ikan-ikan itu.

Mengapor kolam

Kapor yang digunakan adalah dari jenis kapur abu panas (Ca O2 / Burnt Lime / Quick Lime) , Sifat kapor abu ini adalah panas, apabila ditabur ke dalam kolam atau keatas tanah lumpur yang basah, ia serta merta menjadi panas dan mengelegak dan akan membunuh semua hidupan yang ada disitu seperti serangga, kutu air, anak ikan dan ikan-ikan yang bersembunyi dalam lumpur.Selain itu kapor juga dapat menstabilkan pH tanah.

Walaubagaimanapun kesan panasnya akan hilang beberapa minit kemudian, tetapi sempat lah ia membunuh seberapa banyak hidupan didalam kolam itu termasuk yang bersembunyi dalam lumpur.Keadaan ini menjadikan kapor ini sangat sesuai digunakan untuk kolam ikan, berbeza dengan racun yang mempunyai kesan jangka panjang. Semasa menabur kapor ini, pastikan anda memakai penutup hidung dan mata dan tabur mengikut arah angin. Kerana kalau tersedut debunya memang amat menyakitkan dada, kalau terkena mata pula boleh membawa mudarat. Kadangkala kapor ini sukar dicari, untuk kemudahan anda, sila berhubung dengan Jabatan Perikanan yang terdekat. Biasanya mereka tahu dimana boleh dibeli kapor ini.

Menjemur Kolam

Setelah selesai kerja-kerja pembersihan, kolam ini dibiarkan terjemur kepada panas matahari sekurang-kurangnya seminggu, (lebih lama lebih baik) sehingga dasar kolam itu kering dan merekah dan kita dapat berpijak dengan selesa. Kalau hujan turun ketika ini, air itu hendaklah dipam keluar dan kolam itu dikeringkan lagi. Tujuannya adalah untuk membebaskan sebanyak mungkin gas ammonia yang mungkin terperangkap dari dasar kolam.

Membuat persiapan untuk pembenihan (puyu dan sepat)

Pada waktu ini, induk ikan hendaklah disediakan, dipilih serta diasingkan mengikut jantina. Kalau anda tidak mempunyai stok, induk ini boleh dibeli dari pengusaha kolam yang lain.

Memasukkan air ke dalam kolam.

Kerja-kerja mengepam air masuk ke dalam kolam sebaiknya dilakukan pada waktu pagi supaya pada waktu petang nanti kolam ini sudah mempunyai air yang cukup untuk dibuat pembenihan. Adalah penting diingatkan bahawa kerja menyuntik ikan mesti dilakukan pada hari itu juga (selepas kolam diisi air) Jangan tunggu beberapa hari selepas diisi air baru nak menyuntik ikan.

Sebabnya, Katak.. Kalau kolam itu berada dikawasan pedalaman, kehadiran katak adalah perkara biasa, tapi untuk kerja-kerja pembenihan ikan melalui suntikan ini katak adalah musuh no 1 bagi rega (anak ikan).

Musuh yang lain seperti serangga, kutu air, ikan pemangsa dan lain-lain mungkin sudah tiada, tetapi katak masih ada dan berkeliaran disekitar kolam. Perangai katak pula, asal ada saja air bertakung pasti dia akan melepaskan telurnya, telur itu akan menetas menjadi berudu (anak katak) berudu inilah musuh sebenar rega. Kita tidak mempunyai kemampuan untuk menghalang katak masuk ke kolam pada waktu malam.

Jadi, pada petang itu kita menyuntik ikan dan melepaskan ke dalam kolam, pada malamnya katak pula akan melepaskan telurnya disitu.Kalau kita tunggu beberapa hari selepas air dimasukkan ke kolam, alamat akan banyaklah berudu disitu dan rega yang menetas akan menjadi makanan berudu.

Apa yang kita boleh buat ialah mengurangkan seberapa banyak yang mungkin berudu ini dengan cara memeriksa sekeliling kolam pada pagi esoknya, asal nampak saja telur katak yang terapung-apung hendaklah dikeluarkan dari kolam. Gunakan penapis air seperti penapis teh untuk menyauknya. Kerja ini hendaklah dilakukan sekurang-kurangnya 4-5 hari selepas dibuat pembenihan.

Selepas waktu itu rega sudah semakin besar dan kuat, anak katak itu pula menjadi makanan rega.

Kesimpulannya, kita hendaklah mengawal persaingan antara rega dan berudu. Jangan berudu lebih besar dari rega, kalau rega lebih besar dari berudu tidak mengapa.

Pembajaan Kolam

Kebiasaannya, pembajaan kolam dilakukan untuk kolam tanah yang akan dimasukkan benih ikan bersaiz 1 inci dan dilakukan sekurang-kurangnya 2 minggu sebelum anak ikan dimasukkan.

Untuk pembenihan menggunakan kaedah suntikan ini boleh juga dibuat sekiranya dikehendaki. Cara yang termudah ialah dengan menggunakan najis ayam yang diisi dalam beberapa guni dan diletakkan dibeberapa tempat dalam kolam itu sebelum air dipam masuk. Guni itu dikoyakkan sedikit dan diikatkan kepada batang kayu yang dipacak supaya tidak hanyut dibawa arus semasa air dipam masuk.

Dalam masa 2 minggu berikutnya najis ayam ini akan menumbuhkan fitoplankton dan zooplankton yang menjadi makanan anak ikan. Ketika itu air kolam akan bertukar menjadi warna hijau menandakan kehadiran fitoplankton dan zooplankton.

Membuat pembenihan ikan

Teknik membuat pembenihan adalah berbeza mengikut jenis ikan, dalam topik ini saya akan menunjukkan cara membuat pembenihan ikan puyu, sepat dan keli dengan menggunakan suntikan hormon Ovaprim.

Sebelum boleh melakukan pemilihan induk, kita perlu ada stok induk yang mencukupi yang disimpan sebelum ini didalam kolam khas seperti kolam simen, fiber, kolam tanah dll. (Semasa saya masih aktif dalam bidang penternakan ini, saya memiliki beratus ekor induk puyu dan sepat yang disimpan didalam kolam simen.)

Kalau tidak ada stok induk, maka induk ikan ini perlu dibeli dari pengusaha kolam ikan yang lain. Minta tolong dia supaya pilih dan asingkan induk jantan dan betina. Harga induk biasanya lebih mahal dari ikan yang dibeli untuk dimakan.

Anak ikan keli berumur 10-14 hari

Sperma dimasukkan kedalam mangkuk berisi telur itu dan digaul perlahan-lahan menggunakan bulu ayam atau berus lembut Masukkan sedikit air kedalam campuran itu dan kacau perlahan-lahan selama 2-3 minit sehingga nampak sebati dan merata.

2.3 MENYATAKAN LOKASI PROJEK

Pelan Cadangan Tapak Kolam

Pelan Lokasi Tapak Projek Cadangan

Projek penternakan ikan air tawar yang akan diusahakan ini akan beroperasi di sebuah tanah terbiar seluas 1 ekar yang terletak di Kg Tersusun, Selangor.

Maklumat tapak projek adalah sepertimana dibawah:

Lot No: Lot 437, Persiaran Sentosa, Bukit Sentosa

Luas Kawasan: Satu Ekar

Jenis Geran : Lot Bumiputera

Mukim / Daerah : Bukit Sentosa, Rawang

Tapak ini dilengkapi dengan bekalan air sedia ada yang mengalir di keliling tanahtersebut. Ia juga dihubungkan oleh mini tar pada jarak 20 meter daripada jalanraya. Selain dari itu, ia juga dilengkapi dengan kemudahan elektrik dan air daripada penempatan berdekatan. Bekalan elektrik 3 fasa sedia ada disalurkan bagi memenuhi keperluan penggunaan elektrik di tapak projek tersebut. Walaupun tapak yang dicadangkan mempunyai keluasan yang mencukupi bagi menjayakan projek ini, pihak syarikat akan menggunakan sebahagian (3/4 bahagian) daripada keluasan tapak satu ekar sahaja bagi mengusahakan projek penternakan ikan keli. Ini adalah inisiatif pengusaha dalam memfokus ternakan dan optimasi penggunaan tanah satu ekar. Kos infrastruktur dan pembinaan tapak tersebut memerlukan modal yang besar untuk diusahakan. Fokus dan komitmen yang tinggi diperlukan bagi kemajuan dan perkembangan syarikat ini di masa hadapan.

Projek penternakan ini akan dijalankan di sebahagian daripada keluasan tanah satu ekar atau kurang keluasan tapak. Di atas tapak tersebut akan didirikan infrastruktur bangunan pusat pengumpulan, kolam asuhan simen, kolam pembesaran simen. kolam tadahan dan kolam punca air sepertimana berikut :

Sila rujuk keterangan di bawah:

a) Kolam Pembesaran (40x 10x 4) 40 buah

b) Kolam Asuhan (10x 10X 2) 18 buah

c) Kolam Punca Air (40x 20X10) 1 buah

d) Pusat Pengumpulan / Stor (20X 90X10) 1 buah

e) Kolam Tadahan & Punca Air 1 buah

f) Kolam Fiber 4 buah

g) Kos sewa tapak = RM2000.00 setahun dan perjanjian selama 5 tahun

Pelan Cadangan Tapak Kolam

Pelan Lakaran Tapak Projek

http://ikankluang.blogspot.com/

ALIRAN PROSES KERJA

No.

KETERANGAN KERJA

1

MENYEDIAKAN TEMPAT TERNAKAN.

-menyediakan kolam ternakan.

-mengapurkan kolam ternakan.

-memasukkan air ke dalam kolam ternakan.

-membaja kolam ternakan.

-memasang alat pengudaraan.

-membasmi pemangsa.

-memeriksa kolam ternakan ikan.

2

MENYEDIAKAN INDUK UNTUK PEMBIAKAN.

-menyediakan tempat pembiakan.

-mensanitasikan tempat dan peralatan pembiakan.

-menyelia perkembanagan induk.

-memilih ikan untuk dijadikan induk.

-menjalankan proses pembiakan ikan.

-merawat induk ikan selepas meleret telur.

3

MENJALANKAN KERJA-KERJA PENETASAN TELUR.

-menjalankan proses pengeraman telur.

-mengasingkan telur menetas dan tidak menetas.

-membersihkan tempat selepas penetasan.

-mengawal mutu air tempat penetasan telur.

-memindahkan rega ke kolam asuhan.

-memantau proses penetasan telur ikan.

Bagi ikan keli memang tidak ada cara lain selain dibedah ikan jantan untuk diambil spermanya dan digaulkan dengan telur yang diambil dari ikan betina. Jangkamasa penternakan bagi ikan keli hanya 3 bulan sahaja. Hormon yang digunakan adalah dari jenis Ovaprim dikeluarkan oleh syarikat Syndel dari Kanada.

MENTERNAK REGA.

-menyediakan tempat ternakan.

-memberi makan rega. -menuai hasil ternakan.

-mengawal mutu air tempat ternakan rega.

-memantau kesihatan rega.

-mengatur aktiviti pengasuhan rega ikan.

-melaksanakan program aktiviti ternakan rega ikan.

MENGASUH BENIH TERNAKAN.

-menyediakan tempat asuhan.

-memberi makan benih ternakan.

-menuai benih ternakan. -mengred benih ternakan.

-membungkus benih ternakan.

-mengawal mutu air tempat ternakan benih.

-memantau kesihatan benih ternakan.

MENGURUSKAN TERNAKAN.

-menyediakan tempat ternakan.

-melepaskan benih ke tempat ternakan.

-mengawal mutu air tempat ternakan.

-memberi makanan kepada ternakan.

-memantau kesihatan ternakan.

-membuat persampelan, rekod dan analisis data.

MENYEDIAKAN MAKANAN HIDUP.

-menyediakan tempat untuk menternak makanan hidup.

-menuai makanan hidup.

-mengawal mutu air ternakan tempat makanan hidup.

-memperkayakan makanan hidup.

-mengawasi aktiviti penyediaan makanan hidup.

MENYEDIAKAN MAKANAN RUMUSAN.

-membuat makanan rumusan.

-menyukat kadar makanan ikan.

-membuat anggaran kadar makanan ikan.

-menyelia pemberian makanan ikan.

MENGUTIP HASIL TERNAKAN.

-mengred hasil ternakan.

-membungkus hasil ternakan.

-menyediakan tempat menyimpan hasil.

-membuat kerja persediaan sebelum menuai.

-menuai hasil ternakan.

-menyelia aktiviti menuai hasil ternakan ikan

MEMANTAU DAN MERAWAT PENYAKIT.

-memberi rawatan kepada ternakan.

-membuat diagnosa penyakit ternakan.

-mengasingkan ternakan berpenyakit.

-menyediakan ubat untuk rawatan.

-menentukan jenis dan takaran ubat-ubatan untuk rawatan ikan.

-menyelia kesihatan ternakan ikan.

.

CARTA SKEMATIK PROSES PENGELUARAN

Menyediakan tempat ternakan.

Menyediakan induk untuk pembiakan.

Menjalankan kerja-kerja penetasan telur.

Menternak rega.

Mengasuh benih ternakan.

Menguruskan ternakan.

Menyediakan makanan hidup.

Menyediakan makanan rumusan.

Mengutip hasil ternakan.

Memantau dan merawat penyakit.

2.4 MENYATAKAN KOS PROJEK

2.4 Cadangan Pembiayaan Projek

BIL

BUTIR KEPERLUAN

KOS PROJEK

(RM)

SUMBER PEMBIAYAAN (RM)

MARA

SENDIRI

JUMLAH

(A)

KOS TETAP

1

Pelbagai Deposit

5.500

5,500

5,500

2

Pembersihan/Penyediaan Tapak

8.500

8,500

8,500

3

Penyediaan Kolam / Banggunan

124,000

124,000

124,00

4

Pemasangan Paip / Saliran

9,600

9,600

9,600

5

Pemasangan Bumbung / Netting

12,500

12,500

12,500

6

Pemasangan Pagar

21,600

21,600

21,600

7

Penyediaan Kolam Tadahan

8,000

8,000

8,00

8

Pendawaian Eletrik & Lampu

12,800

12,800

12,800

9

Centrifugal Pump-2 HP

1,600

1,600

1,600

10

Pam Angin (Blower) - 3 HP

1,650

1,650

1,850

11

Karcher HWP Jet

1,650

1,650

1,650

12

Jaring / Tangguk / Hapa

3,300

3,300

3,300

13

Peralatan Sistem Kualiti Air

2,680

2,680

2,680

14

Tangki Oksigen

350

350

350

15

Peralatan Proses Pembenihan

2,650

2,650

2,650

16

Peralatan Pembungkusan Benih

750

750

750

17

Bakul Pengumpulan Hasil

1,500

1,500

1,500

18

Timbang - 200kg

340

340

340

19

Peralatan Am & Alatulis

3,600

3,600

3,600

20

Yuran Konsultan

4,000

4,000

4,000

21

Daftar Syarika

120

120

120

22

Yuran / Caj Prose

200

200

200

JUMLAH

227,000

216.520

10,570

227,090

(B)

KOS BERUBAH

1

Kos Barangan Jualan(KBJ)

a. Benih Anak Ikan Keli (500,000 ekor)

10,000

10,000

10,000

b. Makanan Permulaan (Starter) (5,000 kg)

10,250

10,250

10,250

c. Makanan Tumbesaran(Grower) (12,000 kg)

23,400

23,400

23,400

d. Induk Ikan Keli (100 ekor)

1,000

1,000

1,000

e. Makanan Rega (Artemia) (10 tin)

2,250

2,250

2,250

f. Hormon Ovaprime (5 botol)

900

900

900

g. Bahan Pre bio (Starbio) (15 kg)

300

300

300

h. Ubat-ubatan (5 jenis)

500

500

500

JUMLAH KBI

52,100

52,100

52,100

2

Modal Kerja (6 bulan) / Pekerja

70,810

63,880

6,930

70,810

JUMLAH (1+2)

122,910

115,980

6,930

122,910

JUMLAH (A+B)

350,000

332,500

17,00

350,000

PERATUSAN PEMBIAYAAN

95%

5%

100%

RANCANGAN PEMASARAN

Pasaran Tempatan

Sasaran pasaran bagi projek perikanan ini adalah 100% bagi pasaran tempatan di mana ianya difokuskan kepada pengusaha-pengusaha makanan, gerai menjual makanan, restoran dan pemborong yang terdapat di sekitar kawasan Kedah. Buat masa sekarang, permintaan sangat menggalakkan daripada pengusaha-pengusaha makanan setempat dan peratusan ini menunjukkan peningkatan yang drastik dari masa ke semasa terutamanya di sekitar bulan Ramadhan. Oleh itu pihak syarikat telah merancang untuk mengeluarkan hasil secara berterusan dan berperingkat-peringkat bagi memastikan kesinambungan bekalan ikan di pasaran bagi setiap masa.

Harga pasaran tempatan ikan air tawar adalah :

a. Ikan Keli : RM4.00 RM5.00 / kg. (Harga Purata = RM 4.50)

b. Ikan Talapia Merah : RM4.00 RM 6.00 / kg. (Harga Purata = RM5.00)

Pengeluaran ikan air tawar sebanyak 21,000 tan metrik setahun bagi pasaran tempatan adalah dihasilkan oleh 90% pengusaha kecil dan sederhana. Sedangkan pengusaha komersial pula banyak memfokuskan kepada pasaran luar negara yang lebih global dan mempunyai pulangan yang konsisten dan tinggi.

Pasaran Luar Negara

Pasaran luar negara menghasilkan 20% daripada nilai jualan. Negara yang menjadi potensi bagi penjualan hasil ikan air tawar ini adalah Thailand, Singapura, Amerika & Timur Tengah. Walaupun begitu, kebanyakkan hasil ikan air tawar yang dieksport adalah dalam bentuk yang sudah diproses seperti fillet, surimi dan makanan sejuk beku. Harga pasaran bagi ikan air tawar ke luar negara adalah :

1) Ikan Keli : USD1.50 2.00 / kg.

2) Ikan Talapia Merah : USD 4.00 8.00 / kg

Walaupun pihak syarikat mempunyai keyakinan terhadap pasaran di luar negara namun buat masa terdekat ini, pihak syarikat tidak akan mengeksport hasil perikanan ke luar negara. Ini adalah disebabkan kos logistic dan penghantaran adalah terlalu tinggi jika dibandingkan dengan kadar pengeluaran hasil syarikat dalam jangka pendek. Tambahan pula kadar pengeluaran syarikat tidak mencukupi bagi menampung keperluan negara luar yang begitu tinggi permintaannya. Oleh yang demikian, syarikat akan berusaha untuk memperluaskan dan mempertingkatkan hasil penternakan bagi memenuhi permintaan eksport. Diharap dengan galakkan kerajaan dalam membangunkan sumber ekonomi pertanian dan penternakan dapat memajukan hasrat pengusaha-pengusaha kecilan dan komersial bagi memenuhi permintaan pasaran di dalam dan luar negara.

3. Speifikasi & Kos (14M)

3.1 Sistem (Kolam /tangki)

Menyatakan jenis , saiz dan kuantiti

Melampirkan Ilustrasi berdimensi / gambar

Menyatakan kos per unit

Menyatakan jumlah kos

3.2 Peralatan http://ikan2keli.blogspot.com/2009/09/peralatan-penting-ternak-keli.html

Senarai peralatan, spesifikasi dan kuantiti (kos per unit & jum. kos)

3.2.1 POLY TANK

Untuk meletakkan ikan selain dari kolam kanvas

Boleh meletakkan benih ikan sementara waktu sebelum diletak kedalam kolam kanvas

Ada juga penternak yg menternak menggunakan polytank sahaja.

Harga polytank boleh dikatakan murah mengikut harga saiznya

Senang untuk dialihkan/dipindahkan.

Polytank

3.2.2 MAKANAN IKAN

Makanan ikan terdiri dari:

1) PRESTARTER (40% PROTEIN)

2) STARTER (32% PROTEIN)

3) GROWER (28% PROTEIN

4) FINISHER (18% PROTEIN)

1 Beg mengandungi 20kg pallet

kebanyakan penternak kini menggunakan pallet sbg mknn ikan keli kerana air kolam tidak cepat busuk & kotor

daging ikan juga tidak hanyir berbanding ikan yang memakan usus & lemak ayam

KOS BENIH CONTOH PENGIRAAN

KADAR PELEPASAN BENIH DARAP KELUASAN KOLAM

- CONTOH IKAN TILAPIA 5 EKOR/M

- KELUASAN : 0.1HA = 1000M( 50m x20m)

1000 x 5 =5000 EKOR

- KOS BENIH - 5000 X 0.10 = RM 5000

# 1 HA = 2.5 EKAR

1 HA = 10,00M

1M = 3.28 KAKI

HARGA BENIH

HARGA BENIH

KADAR PELEPASAN BENIH SETIAP 1M KOLAM TANAH

KOS MAKANAN

CONTOH

PELEPASAN BENIH- 5,000 EKOR

KADAR HIDUP 80%- 5,000 X 80%=4000 EKOR

BERAT SAIZ PASARAN 600GM 4000X0.6 =2400KG

BERAT IKAN= 2400KG

FCR 1:1.8

MAKANAN DIPERLUKAN 2400X1.8 = 4320KG

KOS MAKANAN 1KG PELET RM 2.00= 4320 X2.00=RM8640

HARGA DINDING ;

STARTER 32% - RM42 CP RM 38 CAGILL RM 45(20kg)

GROWER 25% - RM39 28%-30% RM 35- 41

FINISHER 18%- RM 35 23%-26% RM 32-38

KADAR PERTUKARAN MAKANAN (FOOD CONVERSION RATE)

MAKANAN SAMPINGAN

DAUN TUMBUHAN

- DAUN UBI ,KANGKONG,PISANG, SISA SAYURAN, RUMPUT NAPIER,RUMPUT GUINEA,

BIJIRIN

- DEDAK PADI, DEDAK GANDUM, JAGUNG

IKAN BAJA

LAIN-LAIN

- HAMPAS KACANG SOYA,HAMPAS KELAPA,HAMPAS KACANG TANAH

Makanan ikan

3.2.3 BIO AQUATIC

Untuk menggalakkan pertumbuhan zooplankton dan phytoplankton sebagai makanan tambahan kepada ikan

Menggalakkan pembesaran ikan dgn lebih cepat berbanding tarikh matang sebenar.

Apabila menggunakan bio aquatic, air tidak perlu selalu ditukar

Kandungan dlm bio aquatic akan menyerap kekotoran dan menjamin kualiti dan ekosistem air serta amat sesuai bagi ternakan ikan keli dan ternakan2 lain

Bio-aquatik

3.2.4 GRADING NET

Untuk mengasingkan ikan2 keli yang besar dan kecil mengikut saiznya

Supaya ikan besar tidak memakan ikan-ikan yang kecil

Proses grading sesuai dilakukan apabila benih telah berusia 2 minggu.

Walaupun ikan hanya bersaiz 3 & 4 inci, tapi ia boleh menyerang sesama sendiri menyebabkan badan2 ikan mengalami luka2

Apabila badan ikan telah luka maka ikan menjadi lemah dan ia akan dimakan oleh ikan keli yang lain.

Oleh itu ia perlu diasingkan agar kematian ikan tidak berlaku

Grading net terdiri dari pelbagai saiz dimana saiz yang kecil boleh mengasingkan benih2 ikan yang kecil, manakala saiz besar untuk mengasingkan ikan yang besar

Ia juga boleh digunakan dalam proses penuaian iaitu mengasingkan ikan2 yang besar yang mencapai saiz 6@7 ekor sekilo untuk dijual

Grading net terdiri dari pelbagai bentuk samada empat segi atau bulat mengikut citarasa penternak yang membuat sendiri grading net itu.

Grading net

3.2.5 PH TEST

Untuk menguji tahap ph air

Air yang sesuai untuk ikan adalah dari lingkungan ph 6.5 7.5

Sebelum memasukkan benih ikan, air perlu di uji pH nya dahulu

Sekiranya Ph air terlalu tinggi, air perlu dibuang separuh dan isikan dengan air yang bersih dan uji ph nya semula sehingga mencapai pH yang sesuai

3.2.5 GARAM KASAR

Untuk merawat air dari serangan kutu air supaya tidak menjangkiti ikan

Ikan2 yg telah dijangkiti kutu air, kita akan dapati tompok2 putih pada kulitnya dan ia perlu diasingkan supaya tidak menjangkiti ikan-ikan yang lain.

Air perlu ditukar agar bakteria yang menjangkiti ikan tidak merebak melalui air yang mengandungi kutu air itu

Garam adalah sebagai ubat bagi dan boleh ditabur seminggu sekali kedalam kolam, dan garam juga boleh digunakan untuk mematikan ikan sebelum menyiangnya

Garam

3.2.6 SAUK IKAN

Untuk menyauk ikan didalam kolam

Terdapat dalam pelbagai bentuk bergantung pada kesesuaian

3.2.7 AIR

Air yang sesuai ialah air sungai

Air paip mengandungi klorin dan sebelum menggunakan air paip, ia perlu diperam selama lebih kurang 3 hari

Sebelum memasukkan benih ikan, air perlulah di uji pH nya dahulu

Penggunaan air yang mengalir amat bagus untuk ternakan ikan

Air adalah penting pada ternakan dan perlu ditukar apabila ia

1) nampak kehijauan yang terlalu pekat

2) kelihatan berbuih2 besar dipermukaan

3) ia berbau busuk kerana kandungan ammonia nya yang tinggi

Dengan menggunakan sistem saliran air, air akan sentiasa mengalir dan penggunaan filter adalah bagus untuk menapis air dari kekotoran agar air menjadi bersih.

3.3 Benih

Menyatakan sumber benih dan kuantiti

menyatakan kos per unit

menyatakan jumlah kos

3.4 Makanan

Menyatakan jenis makanan dan kuantiti

Menyatakan kos per unit

Menyatakan jumlah kos

3.5 Ubatan dan Antibiotik

Menyatakan jenis ubatan dan kuantiti

Menyatakan kos per unit

Menyatakan jumlah kos

4.0 Anggaran Margin keuntungan (6M)

1. Tiada anggaran kos yang dibentangkan.(0)

2. Menunjukan pengiraan kos pengeluaran bagi satu pusingan tuaian

3. Menyatakan harga pasaran , anggaran % tuaian matang dan pengiraan hasil jualan satu pusingan Menyediakan jadual bagi menunjukkan kejayaan projek mula menghasilkan keuntungan

4. Membuat anggaran dan mengemukakan kriteria 1 dan kriteria 2 sahaja dengan pengiraan yang tepat (4.5-BAIK)

5. Membuat anggaran yang tersusun dan mengemukakan semua kriteria dengan pengiraan yang tepat. (6-CEMERLANG)

Pengiraan jumlah kos :

Butir

RM

Kos ternak ikan keli

15000

Kos buruh langsung

10500

Kos overhed

4500

Jumlah

30000

Pengiraan untung kasar :

Gred

Harga seunit

Unit jualan

Harga jualan

A

6

10000

60000

B

4

10000

40000

Jumlah

100000

Untung kasar

=

Jumlah jualan -

jualan kos

=

RM 100000 RM 30000

=

RM 70000

Kos berubah seunit =

RM 30000

=

20000

( 10000 + 10000 ) unit

RM 1.50

Mark up

=

Untung kasar

x 100%

=

Kos jualan

RM 70000 x 100%

=

RM 35750

195 %

Margin keuntungan =Untung kasar x 100%

Jualan bersih

=RM 70000 x 100% RM 100000

=70 %

Syer pasaran

=

RM 100000 x 100%

RM 1000000

=

10%

Tempoh

Jumlah jualan

Bulanan

RM 100000

Tahunan

RM 1200000

5.0 Pemasaran

Teknik pemasaran yang tidak bersesuaian. (0)

Menyatakan teknik pemasaran yang digunakan.

Menerangkan teknik pemasaran dengan jelas dan terperinci.

Menyediakan jadual bagi menunjukkan kejayaan projek mula menghasilkan keuntungan

Menghuraikan sebab / alasan pemilihan teknik berkenaan.

Mengemukakan penerangan aspek pemasaran dengan jelas dan memenuhi kriteria 1 dan kriteria 2 sahaja. (4.5-BAIK)

Mengemukakan penerangan aspek pemasaran dengan jelas dan memenuhi semua kriteria. (6-CEMERLANG)