16
Oleh Dr. Mohmed Izham Mohamed Ibrahim (Bahagian 11) v. Cirit-birit yang diakibatkan oleh makanan Individu yang boleh mengalami cirit-birit jika tidak biasa memakan makanan yang tertentu atau makanan tersebut tidak sesuai bagi perutnya. Antara punca cirit-birit ialah alahan makanan yang sangat berlemak atau pedas ataupun makanan yang banyak fiber atau berserat serta penuh dengan bijirin. Bayi juga kadangkala mengalami masalah cirit-birit kerana tidak sesuai dengan susu berformula yang diberikan. Jika cirit- birit berlaku kepada lebih daripada seorang individu dalam tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama, kita boleh mengesyaki keracunan makanan telah berlaku. Botulisme merupakan satu fenomena yang berlaku akibat keracunan makanan oleh kuman Clostridium botulinum. Ia sering dikaitkan dengan proses penyediaan makanan yang tidak bersih dan juga terdapat dalam makanan bertin. Pesakit akan mengalami masalah pertuturan, kesukaran untuk menelan, kesesakan nafas dan kelumpuhan pada bahangian usus. Keadaan ini akan menjadi lebih serius jika pesakit mengalami kelumpuhan di bahagian saluran pernafasan. Masalah keracunan ini boleh dicegah dengan memanaskan makanan dalam tin selama 10 minit untuk membunuh spora yang dihasilkan oleh kuman dan menghapuskan racun tersebut. Cirit-Birit Kronik Cirit-birit jenis ini sukar dikenalpasti puncanya kerana ia boleh diakibatkan oleh pelbagai faktor seperti penyakit dalam tubuh dan gangguan pada sistem saluran penghadaman. Pesakit akan mengalami cirit-birit yang berlaku dengan kerap selama lebih dari dua minggu. Oleh kerana puncanya sukar

ciritbirit4

  • Upload
    de

  • View
    213

  • Download
    0

Embed Size (px)

DESCRIPTION

j

Citation preview

Oleh Dr. Mohmed Izham Mohamed Ibrahim

(Bahagian 11)

v. Cirit-birit yang diakibatkan oleh makanan

Individu yang boleh mengalami cirit-birit jika tidak biasa memakan makanan yang tertentu atau makanan tersebut tidak sesuai bagi perutnya. Antara punca cirit-birit ialah alahan makanan yang sangat berlemak atau pedas ataupun makanan yang banyak fiber atau berserat serta penuh dengan bijirin. Bayi juga kadangkala mengalami masalah cirit-birit kerana tidak sesuai dengan susu berformula yang diberikan. Jika cirit-birit berlaku kepada lebih daripada seorang individu dalam tempoh 24 jam selepas memakan makanan yang sama, kita boleh mengesyaki keracunan makanan telah berlaku.

Botulisme merupakan satu fenomena yang berlaku akibat keracunan makanan oleh kuman Clostridium botulinum. Ia sering dikaitkan dengan proses penyediaan makanan yang tidak bersih dan juga terdapat dalam makanan bertin. Pesakit akan mengalami masalah pertuturan, kesukaran untuk menelan, kesesakan nafas dan kelumpuhan pada bahangian usus. Keadaan ini akan menjadi lebih serius jika pesakit mengalami kelumpuhan di bahagian saluran pernafasan. Masalah keracunan ini boleh dicegah dengan memanaskan makanan dalam tin selama 10 minit untuk membunuh spora yang dihasilkan oleh kuman dan menghapuskan racun tersebut.

Cirit-Birit Kronik

Cirit-birit jenis ini sukar dikenalpasti puncanya kerana ia boleh diakibatkan oleh pelbagai faktor seperti penyakit dalam tubuh dan gangguan pada sistem saluran penghadaman. Pesakit akan mengalami cirit-birit yang berlaku dengan kerap selama lebih dari dua minggu. Oleh kerana puncanya sukar dikenalpasti, pesakit boleh dirujuk kepada doktor untuk pemeriksaan lanjut secara terperinci.

Cirit-birit kronik boleh juga diakibatkan oleh tekanan emosi dan penyalahgunaan ubat laksatif yang digunakan untuk memudahkan pembuangan air besar. Masalah penyalahgunaan ubat laksatif boleh diselesaikan dengan pemberhentian pengambilan ubat laksatif, kaunseling dan rawatan lanjut dalam hospital.

Di antara penyakit yang boleh mengakibatkan cirit-birit yang berpanjangan ialah kencing manis dengan gangguan saraf (neuroapati diabetik), kanser di bahagian usus dan sistem kelenjar. Individu yang mengalami cirit-birit yang berpanjangan (kronik) serta mempunyai tanda-tanda yang lain mesti berjumpa doktor dengan segera untuk mendapatkan pemeriksaan lanjut.

Penilaian Masalah Cirit-Birit

Individu yang mengalami cirit-birit yang akut (masalah yang berlaku secara tiba-tiba dan tidak berpanjangan) sering mengadu bahawa mereka mengalami cirit-birit yang kerap, kekejangan pada bahagian perut, perut yang berangin (flatulens), demam, sakit otot, muntah-muntah dan lesu. Manakala individu yang mengalami cirit-birit yang kronik akan mengadu kurang atau tidak selera makan, kehilangan berat badan dan rasa lemah serta lesu yang berpanjagan. Beberapa perkara berkaitan pesakit yang perlu diketahui oleh doktor dan ahli farmasi sebelum memberi rawatan ialah:

1. Umur pesakit.

2. Masa dan tempoh serta kekerapan berlakunya cirit-birit.

3. Makanan yang diambil sebelum mengalami masalah cirit-birit.

4. Ciri dan lokasi simptom dan tanda masalah.

5. Ciri najis yang dihasilkan.

6. Faktor yang dikenalpasti oleh individu dapat menerukkan masalah cirit-birit.

7. Ubat-ubat yang sedang diambil oleh pesakit.

8. Faktor yang dikenalpasti oleh individu dapat mengurangkan simtom dan tanda masalah.

9. Rawatan yang pernah diambil sebelum ini.

10. Penyakit lain yang sedang dialami atau sejarah masalah cirit-birit atau gangguan sistem penghadaman/gastrousus yang dialami oleh keluarga.

Pesakit-pesakit dalam kategori berikut perlu dirujuk kepada doktor

1. Kanak-kanak berumur kurang daripada tiga tahun.

2. Wargatua yang mempunyai pelbagai penyakit

3. Individu dewasa yang mempunyai penyakit kronik seperti asma, ulser diabetes dan jantung.

4. Wanita mengandung.

5. Pesakit dengan najis berdarah.

6. Pesakit yang mengadu sakit apabila perutnya disentuh.

7. Pesakit dengan suhu yang sangat tinggi (demam kuat).

8. Pesakit dengan kekurangan air yang serius.

9. Pesakit dengan kehilangan berat badan yang serius.

10. Pesakit yang mengalami cirit-birit lebih tinggi daripada tempoh lima hingga tujuh hari.

Penilaian kritikal amat penting. Seseorang mungkin memerlukan rawatan sementara sebelum dapat berjumpa seseorang doktor untuk rawatan lanjut. Jenis rawatan dan ubat yang diingini diberikan memerlukan penilaian yang rasional dan tepat. Jika seseorang mengalami cirt-birit kerana kesan sampingan ubat, beliau tidak boleh memberhentikan ubat tersebut sewenang-wenangnya. Beliau perlu mendapatkan nasihat dan panduan daripada doktor yang memberikan ubat tersebut. Ini kerana pemberhentian ubat tersebut boleh menerukkan penyakit yang sedia ada dan kandang-kala masalah cirit-birit yang dialami tidak serius. Sejarah pengubatan dan perubatan pesakit yang sangat penting dapat membantu ahli farmasi. Dalam hal ini, individu boleh mendapatkan rawatan daripada seorang ahli farmasi.

Aspek Rawatan

Cirit-birit merupakan satu simptom. Rawatan untuk menghilangkan masalah cirit-birit tidak bermakna akan juga menyelesaikan penyakit sebenar seperti kanser, diabetes atau tekanan emosi yang dialami oleh individu tersebut. Terdapat banyak produk dan ubat yang berada di pasaran yang boleh merawat masalah cirit-birit. Saranan ubat yang tepat memerlukan pertimbangan klinikal serta justifikasi yang rasional.

i. Rawatan pencegahan untuk individu yang ingin melancong

Beberapa jenis rawatan pencegahan boleh digunakan bergantung kepada punca masalah cirit-birit. Diantaranya ialah:

- Ubat antibiotik seperti doksisiklin, trimetroprim

- Sulfametoksazol, norfloksaksin, ciprofloksasin

- Bismut subsalisilat

Adalah disarankan kepada pelancong yang ingin melancong ke kawasan atau negara yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah supaya memakan makanan yang sentiasa panas dan dimasak dan meminum air yang dimasak atau air mineral yang dibotolkan. Air paip atau ketulan ais boleh menjadi sumber jangkitan atau masalah cirit-birit.

Jika berlaku cirit-birit semasa melancong, ia boleh dirawat dengan meminum air dan garam mineral yang banyak. Jika ini tidak dapat membantu, individu boleh dirawat dengan ubat antibiotik seperti trimetroprim-sulfametoksazol, norfloksaksin, ciprofloksaksin dan tetrasiklin.

ii. Rawatan tanpa ubat

Masalah cirit-birit akut yang tidak serius disertai dengan muntah-muntah boleh reda dengan sendiri. Kaedah pemakanan yang sesuai boleh membantu menggantikan cecair dan garam mineral yang hilang.

Penggantian cecair dan garam mineral yang telah diambil terutamanya kepada kanak-kanak dan warga tua. Di antara kaedah yang boleh diikuti ialah:

1. Berikan larutan yang mempunyai garam mineral dengan kerap dalam jumlah yang sedikit, ubat boleh didapati daripada kedai farmasi atau klinik.

2. Berikan makanan yang mudah dihadam (makanan yang lembut).

3. Bagi kanak-kanak, susu berfomula yang tidak serasi dengan mereka mungkin perlu ditukarkan.

4. Bagi kanak-kanak yang meminum susu ibu, ia patut diteruskan.

5. Elakkan makanan yang berlemak dan pedas.

iii. Beberapa jenis ubat yang boleh digunakan untuk merawat masalah cirit-birit.

1. Ubat antiperistaltik - ia mengembalikan fungsi usus kepada keadaan normal dan mengurangkan kekerapan pembuangan air besar serta menghasilkan najis yang normal (kombinasi difenoksilat m/atropin, loperamid, kombinasi kaolin/pektin).

2. Penjerap - ia menjerap racun, bakteria, gas dan cecair (arang diaktifkan, aluminium magnesium silikat, kalsium polikarbofil).

3. Agen-agen lain seperti:

a. Bismut subsalisilat; bertindak sebagai penjerap dan mengurangkan air dalam usus.

b. Ubat membunuh kuman (kumpulan antibiotik)

c. Antikolinergik (atropin, hiosiamin)

d. Kolestiramin - digunakan apabila berlaku radangan pada bahagian usus kecil.

e. Dioktahedral smektit.

Agen narkotik dan narkotik sintetik serta kumpulan steroid - digunakan apabila pesakit mengalami Crohn dan Ulcerative colitis

Cirit-birit (atau diarrhea) adalah ketika anda membuang air besar dengan lebih banyak dan kerap berbanding biasa. Ia adalah salah satu tanda-tanda gastroenteritis, dan tanda lain adalah muntah. Gastroenteritis adalah radang dalam perut atau sistem penghadaman yang berlaku akibat jangkitan bakteria atau virus. Cirit-birit biasanya berlaku selama 2-4 hari tanpa sebarang rawatan, namun cirit-birit yang teruk mungkin menggugat nyawa. Ini disebabkan badan kehilangan air, apatah lagi jika bayi dan kanak-kanak yang mengalaminya serta pesakit yang kurang zat dan lemah daya tahan. Sayangnya, cirit-birit adalah pembunuh kedua tertinggi kanak-kanak berusia lima tahun ke bawah, di mana ia telah meragut 760,000 kematian kanak-kanak setiap tahun.

Mujurlah cirit-birit boleh dihalang. Melalui bekalan air minuman yang selamat, pembasmian kuman yang lebih baik (termasuklah bekalan kemudahan yang betul untuk menguruskan sisa buangan manusia) dan mengamalkan kebersihan tangan melalui sabun dan air, risiko penyakit cirit-birit boleh dikurangkan.

Apa yang menyebabkan cirit-birit?

Secara amnya, jangkitan cirit-birit tersebar melalui pengambilan makanan dan minuman yang tercemar (lalu cirit-birit selepas makan), dengan tangan yang kotor, atau menyentuh najis. Pelbagai jenis virus, bakteria dan parasit boleh menyebabkan gastroenteritis dan seterusnya cirit-birit. Antara kuman yang biasa adalah:

Bakteria. Cth: Salmonella atau Escherichia (E. coli)

Virus. Cth: Norovirus atau rotavirus

Parasit. Cth: Giardia intestinalis

Apakah tanda-tandanya?

Anda mungkin mengalami perkara-perkara berikut:

Najis cair

Sakit atau kejang perut

Kerap ingin menggunakan tandas

Mual dan muntah-muntah

Demam

Hilang selera

Dehidrasi

Serangan cirit-birit biasanya akan hilang selepas beberapa hari, namun adalah penting untuk tidak mengalami dehidrasi pada waktu ini.

Minum dengan banyak. Anda mungkin ingin mempertimbangkan untuk mengambil larutan rehidrasi oral (ORS). Biasanya ia datang dalam paket dan dicampurkan ke dalam air untuk menggantikan mineral dan garam yang telah kehilangan akibat muntah dan cirit-birit.

Cuba makan seperti biasa, tetapi pastikan dalam hidangan yang kecil dan ringan. Elakkan mengambil makanan pedas, masin atau bergula. Bagi bayi yang mengalami cirit-birit, anda perlu terus menyusukan mereka seperti biasa.

Jika tanda-tanda anda berlanjutan selama seminggu, atau anda berasa sakit, berbincanglah dengan penasihat kesihatan anda.

Bagaimana saya boleh mencegah cirit-birit?

Amalkan kebersihan tangan yang baik:

Ingat untuk membasuh tangan dengan kerap menggunakan sabun dan air, terutama sekali selepas menggunakan tandas, dan sebelum dan selepas menyediakan dan mengambil makanan.

Air minuman yang selamat:

Air yang tercemar adalah salah satu faktor utama yang menyebabkan penyakit berjangkit di negara-negara membangun. Pastikan anda mempunyai akses minuman yang selamat dan jika menyimpan air di rumah, pastikan bekas itu tertutup. Jangan benarkan sesiapa menyentuh air atau minum dari bekas, dan kerap kali bilas bekas selepas digunakan. Jika anda tidak pasti tentang kualiti air, rawat ia sebelum minum.

Kebersihan tandas:

Menggunakan tandas untuk membuang air kecil atau besar adalah kaedah penting untuk mencegah penyebaran kuman yang boleh menyebabkan cirit-birit. Sentiasa gunakan tandas yang dilengkapi sistem kumbahan atau sistem sanitari serta-merta (cth: tangki septik atau lubang peresapan) dan buangkan kertas tandas ke dalam tandas atau menanamkannya. Kumbah tandas selepas digunakan untuk memastikan setiap najis habis dibersihkan dan gunakan pembersih tandas atau berus untuk menanggalkan sebarang kotoran pada permukaan dalaman tandas. Malah, kawasan sekitar tandas perlulah sentiasa bersih dan dibasmi kuman terutama sekali kawasan yang kerap disentuh seperti tempat duduk, penutup, pemegang kumbahan. Pastikan tandas ditutup untuk mengelakkan kuman dibawa lalat.

Kain yang digunakan untuk membersihkan tandas dan kawasan tandas tidak patut digunakan untuk membersih kawasan rumah yang lain.

Kebersihan makanan:

Kebersihan makanan yang baik dapat membantu mencegah gastroenteritis dan cirit-birit akibat keracunan makanan.

Bersihkan dan basmi kuman permukaan penyediaan makanan: Selepas menyediakan makanan (terutama sekali daging mentah, ikan atau telur), bersihkan dan basmi kuman permukaan dapur yang telah anda gunakan. Alat memasak yang kotor, kutleri dan pinggan mangkuk boleh dibersihkan dengan bahan pencuci dan air panas.

Simpan makanan yang mentah dan dimasak secara berasingan

Masak makanan anda dengan rata

Simpankan makanan dalam peti sejuk untuk menghalang pertumbuhan bakteria

Sila berhati-hati jika seseorang di dalam keluarga anda mengalami cirit-birit.

Elakkan berkongsi kutleri, alat masakan, tuala dan barangan penjagaan peribadi lain seperti tuala muka dan span dengan ahli keluarga lain

Mereka yang mengalami cirit-birit tidak sepatutnya menghidangkan makanan untuk yang lain

Bersihkan dan basmi kuman tandas anda, termasuklah tempat duduk tandas dan pemegang kumbahan tandas, setiap kali selepas cirit-birit

Ingat untuk membasuh tangan dengan teliti dan kerap menggunakan sabun dan air

Tunggu sekurang-kurangnya 48 jam selepas tanda-tanda berkurangan sebelum kembali bekerja atau ke sekolah

Q.Anda kurang minum apabila menghidapi cirit-birit

Salah apabila anda mengalami cirit-birit, adalah penting untuk anda meminum banyak air untuk mengelakkan dehidrasi. Minum dengan kerap walaupun sedikit jika anda ingin muntah, dan pastikan untuk merawat air itu sebelum diminum.

Q.Anda patut berhati-hati dengan apa yang anda makan jika mengalami cirit-birit

Terdapat pelbagai pendapat tentang apa yang patut dan bila patut anda makan ketika cirit-birit. Kebanyakan pakar bersetuju anda patut mengambil makanan yang pejal. Hidangan anda perlulah kecil dan elakkan makanan pedas, berat atau menggemukkan. Jika anda tak boleh makan, anda tidak patut makan.

Cirit-Birit Dan Rawatannya

by Soo Hoong Kun

Bagi kebanyakan orang, cirit-birit tidak dianggap berbahaya dan ramai orang seringkali mengalaminya. Cirit-birit berlaku apabila makanan bergerak terlalu cepat melalui salur penghadaman dan biasanya adalah akibat daripada jangkitan pada salur tersebut. Bagi individu yang sihat, cirit-birit biasanya akan reda selepas meminum banyak air dan berehat.

Serangan cirit-birit yang teruk yang berlanjutan dari beberapa jam hingga tidak lebih dari tiga hari, biasanya berlaku akibat keracunan makanan yang disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria, atau sekadar kerana tabiat makan yang tidak sihat. Mikroorganisma atau toksin yang dihasilkan menyebabkan gastroenteritis, iaitu radang pada lapisan perut dan usus, manakala makanan yang tidak sihat pula mengganggu keseimbangan mikroflora dan menambah beban sistem penghadaman.

Keadaan ini biasanya berlaku kerana badan kita cuba membersihkan organ dalaman dengan mengeluarkan toksin ini. Dalam keadaan ini, seseorang mungkin juga mengalami muntah-muntah, kekejangan perut, kembung perut, angin dan demam yang tidak teruk.

Cirit-birit yang berlarutan dan seringkali berlaku mungkin menunjukkan masalah yang kronik. Keadaan ini memerlukan perhatian yang serius kerana cecair penting dan elektrolit dikeluarkan dengan banyaknya dari badan (termasuk garam, magnesium, potasium dan kalsium).

Kehilangan zat-zat ini mengganggu kesihatan badan secara keseluruhannya kerana zat-zat tersebut diperlukan untuk menjalankan proses-proses penting dalam badan. Jika ia berterusan, cirit-birit yang teruk akan membahayakan kesihatan.

Cirit-birit boleh disebabkan oleh beberapa faktor atau boleh jadi adalah simptom bagi beberapa kondisi seperti:

alahan makanan (contohnya alahan kepada gluten atau laktosa)

kekurangan vitamin dari kumpulan vitamin B yang teruk atau pengambilan vitamin C yang berlebihan

berkaitan dengan penyalahgunaan dadah seperti antibiotik dan laxatif

pertukaran tabiat pemakanan, di mana ia menggangu fungsi natural mikroorganisma dalam usus

jangkitan usus dari makanan atau air yang tidak bersih (kadangkala dipanggil cirit-birit pengembara terutamanya kerana ia berlaku selepas lawatan ke sesuatu tempat yang mempunyai tahap kebersihan yang rendah)

situasi kronik seperti ketidakselesaan pada usus, penyakit radang usus dan kelenjar tiroid yang terlalu aktif

penyakit yang berkaitan dengan ketegangan yang menyebabkan masalah kekurangan enzim penghadaman

dalam beberapa kes, cirit-birit dikaitkan dengan barah usus

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan

Secara amnya, jika anda mengalami cirit-birit bagi jangka masa kurang dari 12 jam, ianya tidak membahayakan nyawa. Bagi seorang dewasa yang sihat, cirit-birit biasanya akan berhenti sendiri. Tetapi, bagi kanak-kanak dan orang tua, mereka terdedah kepada penyahhidratan. Jika mereka mula menunjukkan tanda-tanda penyahhidratan seperti mulut dan kulit kering serta kurang pembuangan air, anda hendaklah berjaga-jaga.

Apabila cirit-birit berlanjutan lebih dari enam hingga lapan jam bagi kanak-kanak atau orang tua, atau lebih dari 12 jam bagi seorang dewasa yang sihat, anda hendaklah menambah pengambilan air dan jika boleh, campuran elektrolit ke dalam pemakanan.

Elektrolit boleh digantikan dengan mudah dan boleh didapati dalam bentuk serbuk untuk dicampurkan dengan air, ataupun dalam bentuk minuman isotonik. Minuman elektrolit semulajadi ialah air kelapa segar.

Jika berlaku muntah-muntah atau mual, tunggu sehingga ia reda sebelum memulakan program penghidrasi. Mulakan dengan jumlah yang kecil. Walau bagaimanapun, jika cirit-birit berlarutan hinga lebih dari tiga hari bagi seorang dewasa yang sihat, atau jika cirit-birit berdarah atau demam panas berlaku, anda hendaklah mendapatkan rawatan doktor dengan segera.

Dapatkan Rawatan Dari Probiotik

Perkara pertama yang harus dilakukan ialah untuk menggantikan bakteria baik yang telah hilang. Pemulihan mikrobial flora usus yang sewajarnya adalah penting dalam merawat cirit-birit. Apabila penambahan bakteria baik dan probiotik dilakukan, anda telah memulakan proses pemulihan semulajadi dengan memberikan apa yang badan anda perlukan untuk mengembalikan kesihatan.

Probiotik ialah bakteria baik tambahan dalam bentuk pekat. Ia tidak hanya menghasilkan pelbagai jenis bahan berguna termasuk vitamin, asid amino dan bahan antimikrobial, tetapi juga membantu membentuk operasi sistem penghadaman dengan menambah keberkesanan penghadaman, penyerapan dan penggunaan zat-zat.

Probitik membantu meredakan cirit-birit dengan mengimbangkan mikroflora dalam salur usus. Probiotik tambahan yang terbaik hendaklah yang menghasilkan banyak Lactobacilli dan Bifidobacteria yang berfungsi seperti persekitaran semulajadi di dalam usus. Adalah penting bagi bakteria ini mempunyai toleransi yang tinggi terhadap hempedu dan asid dan mempunyai faedah-faedah tertentu dan nyata terhadap kesihatan manusia serta selamat digunakan dalam penapaian makanan.

Salah satu contoh bakteria yang telah melalui kajian ekstensif selama lebih 30 tahun ialah Lactobacilli acidophilus NCFMTM . Anda hendaklah mengambil dos harian sekurang-kurangnya empat billion bakteria jika anda mengalami cirit-birit. Probiotik boleh juga diambil seminggu sebelum dan semasa lawatan ke tempat-tempat yang ketahui tidak mempunyai tahap kebersihan yang baik untuk mengelakkan cirit-birit pengembara.

Cara-Cara Penyembuhan Segera

Cirit-birit yang teruk mungkin berlarutan hingga beberapa hari sahaja, tetapi ia boleh menghilangkan tenaga anda dan membuatkan anda berasa lemah dan tidak bemaya. Berikut ialah cara-cara ringkas yang boleh membantu memulihkan anda:

1.Jauhkan Makanan Pepejal Tetapi Banyakkan Pengambilan Air

Pengambilan cecair yang banyak adalah penting untuk mengelakkan penyahhidratan terutamanya jika anda mengalami muntah-muntah. Gantikan cecair yang hilang dengan meminum satu gelas besar air setiap satu jam. Anda juga boleh mengambil sup cair atau air berkanji.

2.Beri Perhatian Pada Tanda-Tanda Yang Ditunjukkan Oleh Badan

Cirit-birit sepatutnya mula reda 24 jam selepas anda mula mengambil cecair. Apabila ia berlaku, beri perhatian pada reaksi badan anda. Contohnya, jika anda berasa lapar, mulalah mengambil makanan pepejal.

3.Ambil Makanan Lembut

Makanan yang pertama anda ambil haruslah makanan lembut yang mengandungi karbohidrat seperti bubur dan nasi. Roti putih bakar (cara rawatan kuno yang diamalkan oleh Hippocrates) juga digalakkan. Elakkan sayur-sayuran mentah dan buah-buahan sehingga usus anda befungsi dengan normal. Mulakan dengan satu perempat daripada jumlah yang selalu anda ambil, kemudian lihat bagaimana reaksi badan anda. Jika perut anda berasa selesa dan cirit-birit tidak berlaku lagi, anda bolehlah menambah jumlah pengambilan makanan pada waktu makan seterusnya.

4.Jangan Paksa Diri Anda

Tambah pengambilan makanan sedikit demi sedikit sehingga anda pulih sepenuhnya. Jika perut anda berasa tidak selesa atau jika cirit-birit berulang, pergi semula ke tahap sebelumnya.