Cat An

Embed Size (px)

Citation preview

CATAN - Aliran Seni Catan Barat Definisi catan Proses melukis dengan menggunakan bahan pewarna atau cat yang di sapu ke atas sesuatu permukaan. Komponen alat dan media yang digunakan ialah cat seperti cat air, cat minyak dan cat arkrilik.Kanvas, kertas, air, minyak linseed, turpentin dan sebagainya.Berus,pisau lukis dan sebagainya. Sejarah Seni Catan Sejarah catan bermula pada zaman Yunani Purba. Pada masa itu aktiviti catan hanya menggambarkan kisah-kisah keagamaan. Media yang digunakan dalah seperti mozek dan fresko. Zaman Renaissance pada kurun ke-17 merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah sehingga ke abad ke-18.Media yang digunakan ialah seperti cat minyak, air, tempera dan fresko. Pada kurun ke-19 dan 20, muncul beberapa aliran baru yang menentang pemikiran tradisi. Karya Delacroix Karya ini telah dihasilkan pada aliran Romantisme. Berjodol Liberty Leading the People (1830). Gaya karya distailisasikan seperti gaya gothik. Karya Van Gogh Karya ini dihasilkan pada Kurun ke-19. Aliran Impressionisme. Berjodol : Bedroom. mempunyai garis-garis kasar dan warna yang terang. Mencipta bentuk dan suasana yang dilihat. Karya Warhol Karya ini dihasilkan pada penghujung abad ke-20. Aliran Pop Art. Berjodol Marylin Monroe Tema aliran ini berkisar kebudayaan semasa dan yang popular pada masa itu. Gaya umpama poster untuk pengiklanan. Aliran-aliran seni catan di barat Klasik Barroque

Romanticisme Impressionisme Post-Impressionisme Ekspressionisme Kubisme Surelisme Seni Pop Aliran Klasik Aliran ini lahir pada zaman Renaissance iaitu zaman kelahiran semula. Figura sebagai pemusatan tumpuan karya. Penumpuan kepada kadar banding dan anatomi. Menggunakan perspektif,ruang dan unsur seni. Karya-karya mendapat perhatian daripada golongan bangsawan. Hal benda yang dipaparkan banyak berkisar orang-orang bangsawan dan golongan kaya. Aliran Romanticism Istilah Romanticism telah wujud pada pertengahan abad ke-18. Karya aliran ini adalah lebih kepada gambaran sesuatu keadaan yang berlaku pada zaman itu. Mesej karya tertumpu kepada kedamaian,keharmonian,kecintaan. Hal benda karya tertumpu kepada ekspresi muka dan aktiviti figura Gaya karya masih terpengaruh dengan gaya gothik iaitu gaya zaman klasik. Penggunaan garisan luar yang terang. Tema karya tertumpu kepada kisah kesengsaraan,kejatuhan gereja dan pemerintahan beraja. Warna yang digunakan ialah warna yang kusam,suram dam kelam. Warna itu menggambarkan kesengsaraan,kezaliman yang berlaku pada zaman itu. Aliran Barroque Zaman ini dikenali sebagai zaman renaissance tinggi. Barroque membawa maksud mutiara yang tidak sempurna tetapi indah. Karya menumpukan kepada komposisi,aksi,warna dan cahaya. Latar belakang karya berwarna gelap Karya tertumpu kepada objek Aliran Impressionism Aliran muncul pada abad ke-19. Menumpukan kaedah konsep cahaya dan kesan objek yang dilihat. Warna tidak dicampur dengan hitam dan putih dan terus dipalit pada kanvas. Warna bertindih-tindih. Tidak melukid secara detail.

Mementingkan keserasian warna,cahaya serta watak-watak alam. Mengutamakan suasana yang dilihat contohnya seperti pagi, petang ,malam. Aliran ini condong kepada aliran naturalisme. Palitan warna spontan tentang apa yang dilihat. Aliran Post-Impressionisme Realiti itu sentiasa baru dan tegas bukan meniru bentuk tetapi mencipta bentuk. bukan meniru kehidupan tetapi mencari kesamaan di dalam kehidupan. melukis imej-imej yang mempunyai struktur dan logik untuk mencapai kesatuan antara isi yang berkait rapat. melukis sebagai pernyataan dan simbol diri. perspektif, bentuk dan warna adalah yang baru dan tidak mengikut orang lain. warna terang dan gelap adalah pancaran dari gerak hati spontan pelukis. Aliran Kubisme Menolak tradisi catan yang mementingkan objek realiti. Menganggap seni sebagai satu konsep ke arah penciptaan dan menolak peniruan. Cuba menyelesaikan masalah 3 dimensi dalam 2 dimensi. Penggunaan bentuk-bentuk dan satah geometri. Seperti pecahan kaca dan menimbulkan kesan lutsinar. Warna yang bertenaga-Pablo Picasso/Duchamp Aliran Ekpresionisme Menolak ciri-ciri tradisi klasik Seni adalah manifestasi perasaan dan keresahan emosi pelukis. Menolak peniruan alam dan menyingkir subjek dan objek. Penggunaan warna yang dramatik Tidak ada imej yang jelas. Kesan berus yang kasar dan kadangkala tidak menggunakan berus.Kandinsky/Pollock Aliran Surelisme Tumpuan bukan kepada ekspresi sedar pelukis tetapi kepada ekspresi bawah sedar minda pelukis. Terpengaruh dengan idea ahli falsafah Sigmund Frued. Paparan Imej-imej bawah sedar dan alam khayalan. Menyeramkan, sunyi dan tidak logik. Warna-warna gelap digunakan untuk menimbulkan sekan misteri. Objek diletakkan pada tempat yang tidak sesuai dan dicantum-cantum. Aliran Seni Pop Berasaskan kepada persekiran dan kebudayaan popular yang mempengaruhi kotaraya New York dan London. Tema, teknik, imej dan metos bersifat semasa dan populariti.

Lebih mirip kepada karya pengiklanan dan pengguna. Pelukis seni pop terkenal dengan panggilan New Realist. Warna yang terang pada permukaan yang berbidang yanmg besar. Konsep modern yang mirip kepada kesesuaian zaman sains dan teknologi. Teknik Catan-Teknik Basah Atas Kering Ciri-ciri Teknik ini melibatkan sapuan warna basah ke atas permukaan kertas yang kering untuk menghasilkan kesan legap. Teknik ini banyak digunakan kerana sesuai dengan beberapa jenis media dan agak senang dikawal sapuan warnanya. Teknik ini juga boleh menggunakan warna yang basah dan disapukan ke atas lapisan warna yang telah kering bagi mendapatkan kesan lut sinar. Campuran Warna- Campuran warna yang hendak digunakan haruslah tidak pekat dan tidak terlalu cair. Kertas hendaklah kering. Sapuan berus yang spontan adalah digalakkan. Cara- Warna disapu ke atas kertas lukisan yang kering. Mulakan dengan lapisan yan nipis dan ditindih berperingkat-peringkat dengan ton yang semakin gelap. Untuk mendapatkan kesan transparensi, basahkan berus dan celup ke dalam warna yang cair, sapu di atas kertas lukisan. Biarkannya kering dan ulangi aktiviti yang sama. Teknik Basah Atas Basah Ciri-ciri Teknik ini melibatkan sapuan warna cair ke atas permukaan kertas yang basah. Ia menghasilkan kesan lut sinar. Teknik ini merupakan teknik yang dramatik bagi media cat air dan yang paling sukar untuk dikawal sapuannya. Pelukis harus membiarkan warna terdahulu yang masih lembap. Sapuan warna berikutnya adalah lebih tinggi kandungan air dan pewarnanya. Jika tidak, warna akan bercampur dan hasilnya nampak kotor. Campuran warna- Campuran warna hendaklah tidak terlalu pekat atau terlalu cair. Sebaik-baiknya ia harus mempunyai nilai warna yang cukup terang. Ini kerana warna cat air akan nampak kurang cerah apabila kering. Gunakan sapuan berus yang spontan. Cara- Kertas dibasahkan dengan satu lapisan air atau warna yang cair. Warna disapukan apabila permukaan masih basah. Jika menggunakan lakaran pensel, elakkan daripada memadam garisan kerana ini akan menimbulkan kesan berbulu. Seterusnya ia akan meninggalkan kesan kering berlegap. Teknik Berus Kering Ciri-ciriTeknik yang melibatkan sapuan warna terus dari tiub ke atas permukaan kertas. Teknik ini boleh juga melibatkan sapuan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering untuk menghasilkan kesan jalinan. Ia akan memberi kesan kering berlegap. Campuran warna- Gunakan warna terus dari tiub atau bancuhkan warna yang

dikehendaki itu dahulu dengan pekat. Kertas hendaklah kering. Sebaik-baiknya, asingkan warna yang telah dibancuh. Cara - Gunakan berus yang kering untuk mengambil warna yang telah dibancuh. Warna disapukan dengan rata pada bahagian tertentu di atas permukaan kertas yang kering. Sapukan pada bahagian tersebut satu demi satu supaya warna pada setiap bahagian tidak bercampur. Gunakan berus yang halus bagi menandakan jalinan yang halus. Jika ingin menimbulkan kesan tindihan, biarkan warna kering dahulu. Kemudian, sapukan warna yang pekat ke atas lapisan warna yang telah kering. Teknik Kecatan Ciri-ciri Teknik ini melibatkan sapuan warna terus dari tiub. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. Catan jenis ini memberi kesan jalinan dan kekasaran. Melalui teknik ini, catan kelihatan bebas, semula jadi dan spontan. Campuran warna - Warna yang pekat dari tiub digunakan. Sapuan warna terus dari tiub atas kertas. Jika hendak menggunakan air, hanya gunakan sedikit sahaja. Cara- Ambil warna terus dari tiub dan sapukan pada permukaan kertas lukisan. Campuran warna yang kedua ditindihkan di atas warna yang pertama tanpa menunggu warna itu kering. Kertas sentiasa basah sehingga catan selesai dibuat. GARISAN SENI KONTEMPORARI Seni adalah sesuatu yang indah. Pancaran keindahan itu terlihat dalam bahasa, puisi, nyanyian dan dendangan, lukisan dan ukiran, kreativiti kraftangan, silat dan pencak. Indahnya seni menjadikan ia disukai kerana ada unsur harmoni dan syahdu, yang menyebabkan hati menjadi terhibur, perasaan menjadi terusik, lahirnya apresiasi, ada nilai estetika dan timbul rasa halus dan memberikan kepuasan rohaniah yang tinggi HAFIZ MOHD NORDIN APRESIASI SENI DEFINISI Apresiasi bolehlah didefinisikan sebagai kajian mengenai pelukis-pelukis atau pandai tukang mengenai hasil-hasil seni mereka, faktor yang mempengaruhi mereka, cara mereka bekerja, bagaimana mereka memilih tema dan subject matter serta gaya dan stail mereka .Semua ini berkait rapat dengan aspek pemahaman mereka dari aspekaspek kognitif. Ianya juga sebagai satu penghargaan terhadap penilaian dan perasaan terhadap sesuatu hasil seni itu. Ia boleh dikatakan sebagai pembentukan sikap, minat dan kebolehan membuat pilihan dan ini berkait rapat dengan aspek-aspek afektif. Menurut Smith (1966), apresiasi seni ini memerlukan logical operation such as defining, valuing and explaining

Pendidikan seni harus dilihat dalam skop yang lebih luas. Umumya, para pendidik seni beranggapan Pendidikan Seni di sekolah bukan sekadar meningkatkan kemahiran dan teknik menghasilkan karya seni sahaja. Menurut Chapman (1978) if treatart ifit were only a matter of learning acts an mastering technique, we deny its value and character Kebanyakan pendidik seni percaya bahawa melalui apresiasi karya seni, pelajarpelajar dapat memahami adat, tradisi dan nilai sesuatu masyarakat.

Macfee (1961) menegaskan bahawa every culture, differences in value and belief are expressed through language an art forms such as dress, architecture an decoration Apresiasi seni melibatkan sepenuhnya deria rasa/sentuh dan deria pandang. Karya seni seperti catan, lukisan, cetakan dipandang sementara acra dan binaan disentuh. Apresiasi seni secara aktif melibatkan penggunaan bahasa untuk berkomunikasi dengan orang lain apa yang difikirkan dan dirasakan. Dalam konteks ini pengetahuan mengenai seni serta perbendaharaan kata yang cukup mengenai seni yang diperlukan. OBJEKTIF APRESIASI a) Memahami dan bertindak terhadap aspek seni b) Mengetahui pentingnya nilai seni dalam kehidupan c) Menghasilkan karya (produk seni) d) Memahami seni dan hubungannya e) Membuat dan menggunakan pertimbangan estetik dan kualiti karya seni TUJUAN APRESIASI DAN KRITIKAN SENI Apresiasi seni membolehkan pelajar memahami aspek-aspek nilai estetika, pengertian unsur-unsur seni dan nilai-nilai sosio budaya yang terkandung dalam hasil seni dan kraf. Ianya juga dapat menghubungkaitkan diri dan hasil sendiri dengan hasil-hasil lain berdasarkan persepsi visual.Begitu juga dengan aktiviti apresiasi seni, kita dapat melihat perhubungan antara kerja sendiri dengan kerja-kerja orang lain di mana kita dapat membentuk keyakinan dan kefahaman penghargaan terhadap bidang seni Pendekatan apresiasi dan kritikan seni: Mengikut John A. Michael dalam bukunya art and adolescence ada dua pendekatan

dalam apresiasi seni iaitu: a) Pendekatan secara logik b) Pendekatan secara psiklogi

PENDEKATAN SECARA LOGIK Pendekatan ini adalah berbentuk tradisional dan memerlukan pemahaman intelek semata-mata dan banyak berfaktakan kepada aspek andaian dan munasabah pada yang melihat sesuatu karya seni tersebut: Cadangan aktiviti pendekatan secara logik: Secara penerangan - Membaca, mengkaji, bila dihasilkan, tujuan/teknik pelukis, media, proses, nilainilai estetika dan pengaruh Secara pemerhatian - Balai seni, pameran, filem, slaid, mengumpul dan menyusun gambargambar

Secara perbandingan - Analisa, penilaian, perbandingan antara satu dengan yang lain serta menimbulkan kesedaran

Secara penghasilan - Membuat mengikut gaya artis/stail,menimbulkan kefahaman masalah nilai- nilai khas, kepuasan, menghubungkan diri dengan pelukis/pandai tukang gaya konsep dan zaman.

PENDEKATAN SECARA PSIKOLOGI Pendekatan ini merangkumi perkara-perkara yang lebih menjurus kepada perasaan peribadi, lebih bersifat emosi dan perasaan dalaman kepada penghasilan dan penghayatan sesuati karya seni. Pendekatan ini akan dapat meninggalkan satu pengalaman yang amat berkesan dan mendalam. Secara ini akan lebih realistik dan dapat menerima response dan pendapat orang lain. Kesan tindakbalas akan lebih terserlah terhadap bahan serta alat yang digunakan.

Cadangan aktiviti pendekatan secara psikologi: 1. Secara perbincangan dan perbandingan 2. Secara proses inkuiri penemuan (discovery) 3. Secara kritikan mengenai lukisan/hasil kerja seni 4. Secara menyediakansetting/set induksi 5. Secara membesarkan gambar 6. Secara mengolah bahan-bahan sebenar 7. Secara aktiviti permainan seni 8. Secara lawatan/pameran 9. Secara koleksi buku-buku skrap dan lakaran KAEDAH MELIHAT SENI Kaedah-kaedah melihat seni terdiri daripada kaedah: a) Hedonistic b) Kontekstualistik c) Organistik d) Normistik e) Elektik a. KAEDAH HEDONISTIC Kaedah ini hanya satu luahann perasaan secara spontan seperti kesukaan, pernyataan perasaan, gemar, menarik dan benci. Penilaian dibuat secara serta merta iaitu: Suka/tidak Tertarik/tidak Pernyataan spontan Kaedah ini tidak sealiran dengan isme pengkritik dan ahli psikologi menyatakan kaedah ini tidak diterjemahkan oleh otak (pemikiran) Cuma berdasarkan maklumat kendiri. Ianya tidak dapat di ukur bilangan sebenar dan terdapat pelgabai citarasa.

b. KAEDAH KONTEKSTUALISTIK Kaedah ini lebih praktikat di mana pemerhatian dibuat secara lebih ilmiah, sistematik

dan kefahaman serta kejelasan. Ianya berkait dengan pengetahuan sejarah, falsafah dan prinsip rekaan.Lebih rujuk kepada perincian/spesifikasi dari aspek persoalan fahaman, rentak pengkaryaan, interaksi pemerhati, konsepsi, hujah dan penilai karya. Ianya akan menyediakan pengetahuan mantap dalam pengamata karya, kefahaman konsep, kepelbagaian bandingan dan seni akan menjadi suatu pendekatan yang menarik oleh pemerhati. c. KAEDAH ORGANISTIK Kaedah ini menjurus kepada aturan yang mempunyai satu sistem yang teratur dan terancang. Penilaian dibuat serata melihat konteks seni secara harmoni, menentuh intuisi dan menyenangkan. Penekanan kriteria kapada aspek tata letak, tata atur, ruang dan penataan cahaya. Ini akan dapat membentuk kesatuan cara melihat sesuatu karya dari segi warna, jalinan, unsur-unsur seni , imbangan, perulangan, kesinambungan serta kepelbagaian. d. KAEDAH NORMISTIK Kaedah ini merujuk kepada kriteria dan norma sesuatu karya dari aspek nilai masyarakat, agama dan budaya. Ia seakan-akan ada kaitan dengan pendekatan diri kepada Allah, rasa takwa, tidak ada unsure sensasi. Cntohnya lukisan agama Kristian yang berkaitan unsur ikonografi, naratif dan nilai-nilai akhlak. Kaedah ini menolak peradaban moden di mana pelukis telah melampaui batas yang dibenar dalam budaya dan agama. e. KAEDAH ELEKTIK Kaedah ini lebih berbentuk cara bersepadu dan holistic, ianya aalah gabungan persepsi penilai seni tentang tanggapan positif dan negatif. kriteria penilai menekankan unsur asas prinsip, struktur organisasi dan alat dan bahan. Kaedah ini untuk pemerhatian secara rawak, tidak menjurus kepada aspek kronologinya. Wajaran hanya secara baik, sederhana dan kurang baik. PROSES APRESIASI SENI Terdapat berbagai cadangan oleh beberapa pakar pendidikan seni mengenai proses apresiasi. Feldman (1967) dan smith (1967) mencadangkan aktiviti-aktiviti apresiasi seni berasaskan kepada proses persepsi dan intelektual melalui empat tahap: a) Menggambarkan b) Menganalisa c) Tafsiran d) Penilaian

A. MENGGAMBARKAN Mengamati hasil seni dan menggambarkab sifat-sifat tampak seperti warna, garisan, bentuk, rupa, jalinan dan elemen-elemen gubahan iaitu prinsip dan struktur B. MENGANALISA i. Menganalisa perhubungan sifat-sifat tampak seperti unsure-unsur seni, prinsip dan stuktur ii. Menganalisa kualiti ekspresif seperti mood dan suasana iii. Menghauraikan stail sesuatu karya C. TAFSIRAN i. Mencari makna-makna yang tedapat pada sifat-sifat tampak seperti subjek, symbol, unsure-unsur seni, prinsip, strktur, corak dan bahan ii. Mencari metafora-metafora (ibarat/kiasan) an analogi-analogi (persamaan) untuk menjelaskan makna tersebut. D. PENILAIAN i. Membuat penilaian berdasarkan kepada criteria yang bersesuaian seperti keaslian, gubahan, teknik dan fungsi ii. Menilai hasil seni berdasarkan kepada pengertiannya dari segi individu, social, keaagamaan dan kepercayaan, sejarah serta keseniaannya. Bidang Sejarah dan Apresiasi Seni Visual meliputi: a. Perkembangan Seni Visual di Malaysia: i. Seni Halus : gerakan seni halus, pelukis, penghasilan dan sumbangan ii. Kraf Tradisional dan Pribumi: tokoh, penghasilan dan sumbangan b. Peralatan: senjata dan domestik c. Alat Permainan: gasing, wau dan alat muzik tradisional d. Seni Bina: kediaman, masjid, wakaf, gerbang, makam dan taman e. Kenderaan: darat dan lat atau sungai f. Pakaian: baju kurung, baju melayu, baju kedah, baju cekak musang dan lain-lain g. Perhiasan (Ornamen):hiasan kepala, hiasan leher, hiasan tangan, hiasan kaki dan hiasan pinggang Cetakan a) Cetakan Timbulan (Relief) Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas. Contoh cetakan jenis ini ialah: (a) Cetakan Kayu

(b) Cetakan Lino (c) Cetakan Kolograf (d) Cetakan Kolaj (b) Cetakan Stensil atau Skrin Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang direnggangkan di atas pemidang kayu. Cetakan Sutera Saring / Stensil / Sarigrafi. Terdapat beberapa kaedah yang boleh digunakan dalam jenis cetakan ini iaitu: (a) Kaedah Potongan Kertas Pendua (b) Kaedah Filem Leker (c) Kaedah Skrin Foto (c) Cetakan Lithografi / Planograf / Cetakan datar Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi. Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air. Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan-akan lukisan pensil. Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak. (d) Cetakan Benaman (Intaglio) Berlawanan dengan cetakan timbulan. Bagi cetakan timbulan, dakwat atau pewarna di atas permukaan yang timbul manakala cetakan benaman pula dakwat atau warnanya di dalam ukiran turisan yang akan menjadi imej. Merupakan proses membuat cetakan melalui cara mengukir pada plat logam atau kayu dan meletakkan dakwat atau warna ke dalam hasil turisan. Contoh cetakan jenis ini ialah: (a) Kaedah Turisan (engraving) (b) Kaedah Gurisan Asid (etching) (c) Kaedah Akuantin (aquantint) (d) Kaedah Mesotin (mezzotint) (e) Cetakan Gurisan Asid Cetakan asid pertama kali digunakan pada awal kurun ke-16 selepas asid diketahui boleh digunakan untuk mengguris imej ke dalam kepingan logam. Rembrandt Van Rijn, Francisco Goya dan Pablo Picasso adalah antara artis yang menggunakan tekni ini untuk mencipta dan menghasilkan sebahagian daripada karya utama mereka. Corak gurisan yang dihasilkan diatas permukaan logam yang telah disapu dengan

sejenis bahan yang kalis asid. Gurisan dibuat dengan jarum etching di atas permukaan logam. Mesin digunakan untuk menghasilkan cetakan jenis ini. (f) Cetakan Kayu Kaedah yang paling awal digunakan. Muncul di Negeri China pada kurun ke-8. Berkembang ke Eropah sekitar tahun 1418 Masihi dan digunakan untuk mencetak rekaan pada kain. Kemudian, cetakan dikembangkan untuk kegunaan pendidikan, keagamaan, propaganda dan tekstil untuk pakaian. Cetakan berwarna diperkenalkan pada kurun ke-15 Masihi. Manakala pada kurun ke16, cetakan muncul dan mencapai status sebagai satu bentuk seni yang penting dengan penghasilan karya Albrecht Durer dan karyawan Eropah. Di Malaysia, cetakan bermula dengan mencetak kain sarung. Kaedah yang mudah dan murah kerana peralatan senang didapati. Cara dan teknik sama dengan cetakan lino. Perbezaannya hanya cetakan kayu menggunakan kayu yang kesan cetakannya berira manakala cetakan lino menggunakan lino kesannya yang licin. Permukaan kayu yang berira ini membawa kesan yang tersendiri yang amat menarik. Oleh itu seorang pencetak dari Eropah, Edvard Munch amat suka menggunakan teknik ini. Rajah 2.7: Contoh cetakan kayu (g) Cetakan Lino Kaedah dan proses sama dengan cetakan kayu iaitu kaedah cetakan timbul. Bezanya hanya imej yang hendak di cetak di ukir dengan pahat pengukir di atas lino manakala kaedah cetakan kayu ukiran dibuat di atas blok kayu. (h) Cetakan Lithografi Cetakan ini dicipta pada tahun 1798 oleh Aloys Senefelder. Pada tahun 1890-an, cetakan ini telah muncul dalam karya yang penuh artistik, iaitu dalam bentuk warna oleh Piere Bonnard dan Henri de Toulouse-Leutrec. Juga dikenali sebagai cetakan Plonografi. Cetakan datar menggunakan blok batu kapur sebagai blok persembahan imej. Teknik yang digunakan ialah teknik penolakan minyak dengan air. Kekalisan antara air dan minyak dapat menghasilkan cetakan seakan akan lukisan pensil. Cetakan dibuat menggunakan mesin cetak. (i) Cetakan Sutera Saring

Pada sekitar tahun 1930-an, beberapa artis Amerika Syarikat memulakan hasil karya mereka dengan menggunakan teknik cetakan ini. Juga dikenali sebagai cetakan stensil dan sarigrafi. Cetakan ini memerlukan kain sutera (organdi) yang diregangkan pada pemidang. Imejnya dihasilkan melalui keratan kertas pendua, filem leker atau skrin foto. Berbeza dengan cetakan lain, ia menggunakan sekuji untuk menyapu dakwat atau warna di atas permukaan kertas. Terdapat pelbagai kaedah stensil. Di antaranya ialah: (a) Kaedah Potongan Kertas Pendua (b) Kaedah Filem leker (c) Kaedah Lilin (d) Kaedah Sutera Saring (j) Cetakan Stensil Kaedah Potongan Kertas Pendua Kaedah ini ialah kaedah yang paling ringkas dan mudah. Sediakan sebuah pemidang skrin. Lukis dan gunting imej atas kertas pendua. Semasa mencetak, letakkan imej yang telah dipotong di atas kertas permukaan dasar yang hendak dicetak. Pemidang skrin diletakkan di atasnya sebelum dituangkan dakwat atau warna. Gunakan sekuji untuk meratakan warna di atas pemidang skrin. Angkat perlahan-lahan pemidang skrin. Biasanya imej yang dipotong itu akan terlekat pada belakang pemidang skrin. Cetakan ini tidak boleh menghasilkan edisi yang banyak kerana kertas pendua yang dipotong itu akan lembap dan menyebabkan dakwat atau warna terkeluar. Sila rujuk rajah-rajah berikut: (k) Cetakan Stensil Kaedah Filem Laker Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker. Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT. Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah bahagian yang berlilin. Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa Corak ialah susunan motif sama ada secara teratur, terancang atau secara bebas. Oleh itu corak terdiri daripada Corak Terancang dan Corak Tidak Terancang. Corak juga boleh terbentuk daripada bukan motif secara bebas atau Corak Tidak

Terancang. Cetakan terbahagi kepada 4 iaitu : 1. Cetakan Timbulan : blok kayu atau blok lino 2. Cetakan Benaman : blok logam (intaglio) 3. Cetakan Datar/planografi : blok batu kapur 4. Cetakan Sarigrafi/stensil : blok sutera saring. Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahanbahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin dan sebagainya yang boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Dalam teknik resis, penggunaan bahan-bahan adalah penting. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas dalam proses penghasilan batik lukis atau batik canting. Jenis Ikatan (i) Jahitan (ii) Ikatan yang diisikan dengan pelbagai objek (iii) Lipatan dan ikatan (iv) Simpulan 6. Apakah alatan menganyam untuk melembutkan bilah atau helaian daun pandan atau mengkuang yang telah dijangka dan bilakah alat tersebut digunakan? 1.Parang 2.jangka 3.Pelurut 4.Penyisip 5.Tempayan 6. Besin/baldi 7. Periuk/dapur 8.Ampaian 7. Nyatakan secara ringkas apa yang anda faham tentang pualaman? Pualaman adalah satu penghasilan corak teknik cetakan mono dimana warna dimendapkan daripada cairan ynag bergelatin dan melekit. Pualaman adalah kualiti permukaan yang dicampuradukkan dengan warna seperti permukaan lantai, marble, catan faux dan corak semulajadi ira kayu. 8. Berikan maksud teknik basah atas basah iaitu salah satu teknik dalam catan cat air.

Basah atas basah Teknik yang melibatkan sapuan warna yang cair ke atas permukaan yang basah.Ia menghasilkan kesan lut sinar. 9. Apakah yang anda faham tentang mozek dalam Pendidikan Seni Visual di sekolah rendah? Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna. 10. Apakah yang dikatakan teknik renjisan dan percikan? Teknik yang menggunakan berus, semburan atau berus gigi yang melibatkan renjisan dan percikan secara sengaja menggunakan warna cair, cat atau cairan yang dapat meninggalkan kesan ke atas permukaan sesuatu bahan seperti kertas, kain, kanvas, plywood, permukaan dinding atau lantai dan sebagainya untuk menghasilkan kesan yang spontan dan menarik.

BAHAGIAN B ARAHAN Bahagian B mengandungi EMPAT soalan. Jawab TIGA soalan SAHAJA. SOALAN Markah 1. (a) Terdapat dua cara untuk menghasilkan corak iaitu secara terancang dan tidak terancang. Apakah yang dimaksudkan dengan corak terancang dan tidak terancang? Corak Terancang dibuat menggunakan motif yang disusun dengan teratur dan dalam susunan tertentu. Motif ini menghasilkan corak yang mempunyai pelbagai jenis susunan, termasuk penggunaan garisan grid dalam penghasilan corak. Corak Tidak Terancang dihasilkan secara bebas tanpa mempunyai motif tertentu. Ia boleh dihasilkan dengan cara seperti merenjis, meniup, mengayak, menggolek dan sebagainya. (b) Nama dan jelaskan TIGA jenis susunan dalam corak terancang.

1. Corak teknik resis 2. Corak teknik anyaman 3. Corak menggunakan garisan grid (c) Jelaskan ENAM persepsi dalam membuat corak dan rekaan. (i) Menyedari prinsip seni reka seperti imbangan, harmoni, kadar banding, penegasan, kepelbagaian, kesatuan, kontras dalam penghasilan corak. (ii) Meningkatkan daya kreativiti dalam aktiviti membuat corak dan rekaan. (iii) Memahami dan menyedari corak di alam sekitar. (iv) Memahami konsep penyusunan motif dalam mencorak. (v) Menyedari adanya corak dalam peralatan kegunaan harian. (vi) Menyedari adanya perkaitan antara warna dan corak. 2. (a) Nilai budaya dapat diterapkan melalui mata pelajaran Pendidikan Seni Visual kepada murid-murid. Jelaskan LIMA penerapan nilai budaya tersebut. (b) Cetakan timbulan (relief) merupakan salah satu jenis cetakan. Apakah itu cetakan timbulan dan berikan TIGA contoh cetakan timbulan. Cetakan Timbulan (Relief) Merupakan proses membuat cetakan dengan meletakkan dakwat atau warna pada permukaan tapak cetakan yang biasanya terdiri daripada blok kayu atau lino. Hasil permukaan acuan merupakan imej yang terhasil di permukaan kertas. Contoh cetakan jenis ini ialah: (a) Cetakan Kayu (b) Cetakan Lino (c) Cetakan Kolograf (d) Cetakan Kolaj (c) Jelaskan langkah untuk menghasilkan corak dengan menggunakan teknik cetakan stensil kaedah filem lekar. Langkah 1 : Sediakan lakaran imej. Kemudian lukis imej pada muka belakang filem leker. Langkah 2 : Potong dan keluarkan bahagian-bahagian yang hendak didakwatkan atau diwarnakan dengan pisau pemotong NT.

Filem leker ini mempunyai dua lapisan. Satu lapisan berlilin dan satu lapisan kertas biasa. Bahagian yang dipotong ialah bahagian yang berlilin. Langkah 3 : Setelah selesai mengeluarkan bahagian yang ditembusi dakwat atau warna, kertas filem leker itu diletakkan di bawah pemidang yang telah tersedia dengan kain sutera. Kemudian, digosok dengan seterika elektrik yang sederhana panas. Semasa menggosok, bahagian yang berlilin (leker) akan melekat pada pemidang, sementara kertas biasa(lutsinar) bolehlah ditarik keluar. Kerja ini hendaklah dilakukan dengan berhati-hati. Langkah 4 : Kemudian, gamkan bahagian tepi leker dengan pepenjuru kertas. Setelah selesai, pemidang filem leker boleh digunakan untuk mencetak. 4. (a) Di zaman pra sejarah lagi banyak lukisan yang dilukis di dinding- dinding gua dengan menggunakan warna dari alam sekeliling. Bagaimanakah manusia pada zaman tersebut mendapat dan mencipta warna-warna? (b) Namakan TIGA nama kelarai yang bermotifkan bahagian tumbuh- tumbuhan. Tampuk pinang Tampuk pinang berantai Tampuk jantung Tampuk manggis Pucuk rebung Pucuk di dalam Berakar (c) Nyatakan dan terangkan LIMA proses anyaman. (a) Lagang (b) Anyaman (c) Lepih (d) Sisip (e) Kerat (Jumlah: 20) BAHAGIAN C ARAHAN Bahagian C mengandungi DUA soalan. Jawab SATU soalan SAHAJA. SOALAN Markah 1.

(a) Bagaimanakah teknik dan kaedah menghasilkan pualaman di Jepun atau China pada zaman dahulu? Reka bentuk yang paling mudah dan tertua pernah dihasilkan di Jepun dan dikenali sebagai suminagashi; iaitu sebuah bekas yang diisi dengan air dan dicampurkan dengan dakwat sumi sebagai dye magenta dan beni iaitu warna yang dihasilkan daripada Safflower. Ia kemudian digunakan dengan teliti menggunakan berus dakwat. Pelbagai bahan kimia digunakan untuk membantu mengapungkan dakwat. Beberapa titisan air dijatuhkan ke atas permukaan campuran tadi yang akan membentuk warna seperti cincin. Proses ini diulang sehingga semua permukaan air dipenuhi oleh warna-warna cincin ini. (b) Rancangkan penyediaan proses menghasilkan pualaman yang bersesuaian untuk murid-murid tahun 4 dari segi bahan dan proses.

(c) Cadangkan DUA jenis media warna yang sesuai digunakan dalam teknik catan oleh muridmurid di peringkat sekolah rendah. (d) Nyata dan terangkan SATU teknik cat minyak. Titik (Pointilisme) Dihasilkan dengan menggunakan berus dengan sapuan secara menegak dan bersistematik di atas kanvas putih. Proses yang rumit dan memerlukan kesabaran dan ketekunan serta disiplin yang tinggi untuk menyiapkannya. 2. (a) Kenal pasti apakah mozek dari konsep seni hiasan? Mozek adalah seni hiasan dengan menggunakan kepingan kecil kaca, batu dan pelbagai bahan yang berwarna. Ia merupakan salah satu teknik membuat dekorasi dalam reka bentuk hiasan dalaman yang ada hubungkaitnya dengan kebudayaan dan kepercayaan seperti yang banyak dilihat terdapat di dewan dewan sembahyang di dalam gereja. Lukisan Lukisan adalah karya seni yang proses pembuatannya dilakukan dengan meletakkan pewarna "pigmen" cair dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (lem) kepada permukaan (penyangga) seperti kertas, kanvas, atau dinding. Ini dilakukan oleh seorang pelukis; definisi ini digunakan terutamanya jika ia merupakan pencipta suatu karya lukisan. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan

tulisan. Sebagai contoh lukisan-lukisan yang berada di gua-gua tempat tinggal manusia prasejarah. Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam artikel ini. Lebih khusus lagi, artikel ini tentang lukisan pada permukaan untuk alasan seni. Seni lukis Dari Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas. Lompat ke: pandu arah, gelintar Catan merupakan perbuatan meletakkan pewarna "pigment" terlarut dalam pelarut (atau medium) dan agen pengikat (gam) kepada permukaan (sokongan) seperti kertas, kanvas atau dinding. Ini dilakukan oleh pelukis; takrif ini digunakan terutamanya jika ia merupakan kerjayanya. Manusia telah melukis selama 6 kali lebih lama berbanding penggunaan tulisan. Perkataan lukisan digunakan sebagai bererti lukisan gambar seterusnya dalam rencana ini. Lebih khusus lagi, rencana ini tentang lukisan pada permukaan untuk sebab artistik, dianggap salah satu pekara penting dalam bentuk seni. Catan ialah proses menghasilkan seni dengan menggunakan bahan berwarna atau atau cat yang disapu ke atas sesuatu permukaan yang rata. Aktiviti catan membolehkan seseorang menyedari serta dapat merakamkan kesan cahaya pada bentuk, rupa serta susunan yang terdapat pada alam sekitar. Sejarah catan dikatakan bermula pada Zaman Yunani Purba. Gambaran yang dibuat mengisahkan aktiviti keagamaan. Media yang digunakan ialah mozek dan fresco. Pada Zaman Renaissance yang merupakan zaman kemuncak seni lukis di Eropah, media yang digunakan ialah cat minyak, cat air, fresco dan tempera. Pada abad ke-20, muncul satu aliran baharu dalam persembahan catan yang mempersembahkan catan yang mempersembahkan karya seni abstark dan semi abstrak. Di Malaysia, catan mula berkembang sekitar tahun 1930-an. Pelukis yang terkenal ialah Abdullah Ariff dan Yong Mun Sen yang banyak menggunakan media cat air. Cat Air - Bahan warna dalam karya cat air ialah pewarna dalam bentuk kek atau tiub. Ia bersifat lut sinar, lembut dan boleh dibuat legap sekiranya cat air dari tiub. Cat air akan menjadi tebal sekiranya disapu berlapis-lapis. Bahantara yang digunakan ialah air. Kertas yang digunakan ialah kertas cat air. Berus yang sesuai digunakan untuk karya cat air ialah jenis lembut dan bersaiz antara 000 hingga 14. Palet juga diperlukan untuk membancuh warna. Sebuah bekas seperti gelas atau botol yang bermulut lebar diperlukan untuk mengisi air bersih dan untuk mencuci berus. Cat Poster - Cat poster boleh didapati dalam tiub atau botol. Ia mengandungi pengilat larut air dan bersifat legap. Bahantara yang digunakan ialah air. Berus yang digunakan

untuk berkarya menggunakan cat poster ialah jenis lembut dan keras. Manakala kertas daripada jenis cartridge yang tebal dan berpermukaan licin digunakan. Air yang bersih diperlukan untuk menghasilkan campuran warna. Cat Tempera - Bahan warna berbentuk serbuk atau perekat dalam tiub yand=g sedia proses. Ia mengandungi bahan pengilat seperti kuning telur atau gam cecair. Untuk menghasilkan karya menggunakan cat tempera, alat dan bahan yang digunakan ialah berus jenis lembut atau keras, kertas tebal, kain kanvas atau papan. Biasanya teknik yang diaplikasikan ialah disapu mengikut lapisan yang nipis, jalur sapuan diselangselikan supaya kesan warna rata dan licin. Cat Minyak - Cat minyak telah diperoleh dalam bentuk tiup. Bahantara untuk menggunakan cat minyak ialah turpetine. Bahan pengilat yang boleh digunakan ialah minyak linsid, minyak poppy atau minyak kacang. Berus yang digunakan adalah jenis lembut dan keras, pisau palet, kekuda, kanvas, papan, kayu playwood dan kadbod. Teknik yang diaplikasikan ialah teknik lipasto, glazing, cat tepat atau hardedge, titik scumbling atau teknik melembut. LUKISAN Pengenalan 1. Lukisan adalah kerja-kerja peringkat awal dalam bentuk imej untuk menghasilkan karya-karya yang lebih kompleks, seni halus, animasi, seni bina dan sebagainya.

2. Bentuk-bentuk ini dihasilkan menggunakan media kering seperti pensel, pen, arang, pastel dan sebagainya. Penggunaan warna amat terhad. 3. Antara pelukis-pelukis terkenal ialah Albrecht Durer dan Leonardo da Vinci yang menggabungkan matematik dan lukisan dalam kajian figura mereka. Perbezaan Lakaran Lukisan dan Catan 1. Lakaran merupakan proses awal lorekan ringkas dan cepat sebagai punca idea serta perkembangannya. 2. Lukisan merupakan proses lanjutan melibatkan kerja yang lebih sistematik menggunakan jalinan, ton, cahaya, ruang dan komposisi. 3. Catan merupakan hasil karya 2D dengan penggunaan pelbagai teknik dan bahan pewama seperti cat yang memerlukan bahantara air dan minyak.

4. Alatan dan bahan lukisan pensel, pensel warna, arang, krayon, pastel, pen dan dakwat. Teknik Melukis 1. Teknik garisan, 2. Teknik garisan pangkah, 3. Teknik titik, 4. Teknik lorekan dan 5. Teknik campuran. Media Lukisan 1. Pensel 1. Dibuat daripada arang dan tanah liat. 2. Jenis keras (H) digunakan untuk melakar manakala jenis lembut (B) untuk membuat lorekan atau ton. 3. Kegelapan pensel ditentukan oleh gred pensel, kelajuan pensel semasa melukis dan tekanan pada pensel. 2. Arang 1. Asalnya merupakan arang batang kayu yang terbakar. 2. Media yang tertua sekali. 3. Kelebihan arang ialah menghasilkan kesan gelap yan maksimum, lembut, lebih tepat dan tajam, lorekan yang pantas dan mampu melukis dalam kawasan yang luas pada masa yang singkat. 4. Teknik-teknik melukis arang ialah teknik gosokan, lorekan, basah dan memadam. 3. Media Pen dan ink 1. Pelbagai pen yang boleh digunakan untuk menghasilkan lukisan seperti, pen kaligrafi, pen teknikal, pen marker dan sebagainya 2. Pen-pen tersebut memberi kesan lorekan yang berbeza 3. Pen teknikal memberi kesan yang lebih halus dan terperinci 4. Media Pastel 1. Terdapat dua jenis pastel iaitu, oil pastel dan soft pastel, kedua-duanya memberi kesan lorekkan yang berbeza. 2. Lukisan menggunakan pastel handaklah dimatikan menggunakan fixer atau pemati warna bagi menghalang dari warna tersebut tertanggal

Asas Sebelum Melukis 1. Memilih teknik melukis. 2. Memahami perspektif dan pengaruh ruang serta cara penimbulan tiga dimensi ilusi. Gunakan tetingkap fokus untuk lukisan pemandangan. 3. Memilih objek untuk dilukis. 4. Menentukan cahaya dan sudut pandangan. 5. Membuat Lakaran objek. 6. Jenis jenis perspektif ialah perspektif satu titik lenyap, perspektif dua titik lenyap dan perspektif tiga titik lenyap. 7. Tetingkap Fokus Merupakan sekeping kad bod yang ditebuk di bahagian tengah. Tujuannya untuk memfokus sesuatu objek atau benda. Memilih sudut yang menarik dan indah. Digunakan untuk melukis di luar studio.

Pengetahuan Asas 1. Kemahiran menggunakan bahan penting. Cuba kenali watak dan sifat bahan sebelum melukis: Pensel H adalah jenis keras dan B adalah jenis lembut. Arang untuk memberi kesan ton gelap dan legap. 2. Mengetahui asas-asas seni reka untuk mewujudkan komposisi yang baik. 3. Memahami kesan dan pengaruh cahaya serta bayang terhadap sesuatu bentuk Karya Kumpulan pertubuhan seni Seni grafik Pelukis ,pertubuhan,kumpulan seni Menggambar Menggambar (Inggris: drawing) adalah kegiatan kegiatan membentuk imaji, dengan menggunakan banyak pilihan teknik dan alat. Bisa pula berarti membuat tanda-tanda tertentu di atas permukaan dengan mengolah goresan dari alat gambar. Pelakunya populer dengan sebutan Penggambar/juru gambar yang merupakan salah satu bagian pekerjaan dari perupa Subjek utama

Kebanyakan karya dengan cara menggambar adalah representasi dari ingatan atau imajinasi seorang juru gambar. Subjek ini bisa berupa tampilan realistis dalam kehidupan sehari-hari seperti potret, setengah realistis seperti karya-karya sketsa, atau yang benar-benar mementingkan gaya gambar seperti kartun, karikatur, atau gambar abstrak. Peralatan dan media Yang sering digunakan adalah pensil grafit, pena, kuas tinta, pensil warna, crayon, pensil konte, dan spidol. Bisa pula dengan peralatan digital seperti stylus, mouse, atau alat lain yang menghasilkan efek sama seperti peralatan manual. Media permukaan yang sering digunakan adalah kertas, meskipun tidak menutup kemungkinan pula digunakannya media lain seperti kain, permukaan kayu, dinding, dan lain-lain. Sebagai peralatan pendukung, digunakan pula penyerut pensil, kertas pasir, penghapus khusus, chamois, penggaris, larutan fixatif, dan selotip khusus menggambar untuk membuat efek-efek tertentu. Meja gambar digunakan untuk mengurangi distorsi dan kesalahan perspektif akibat ketidaknormalan posisi mata saat menggambar. Teknik Teknik yang sering digunakan adalah menggaris, Sejarah - Manusia diketahui telah berusaha membuat karya drawing sejak masa prasejarah. Kegiatan ini kemudian menyebar di Eropa sejak tahun 1400an seiring berkembangnya penggunaan kertas. Sejak saat itu, setiap abad telah menghasilkan karya-karya drawing hebat. Perupa yang terkenal dengan teknik menggambar pada tahun 1400an hingga 1500an antara lain Leonardo da Vinci, Albrecht Drer, Michelangelo, dan Raphael. Selama 1600an adalah Claude, Nicolas Poussin, Rembrandt, dan Peter Paul Rubens. Pada 1700an, karya-karya terkenal dibuat oleh Jean-Honor Fragonard, Francisco Goya, Giovanni Battista Tiepolo, dan Antoine Watteau. Pada tahun 1800an adalah Paul Czanne, Jacques Louis David, Edgar Degas, Theodore Gericault, Jean Ingres, , Odilon Redon, Henri de Toulouse-Lautrec, dan Vincent Van Gogh. Pada era 1900an karya-karya terbaik dibuat oleh Max Beckmann, Willem De Kooning, Jean Dubuffet, Arshile Gorky, Paul Klee, Oscar Kokoschka, Jules Pascin, Pablo Picasso, dan Jackson Pollock. Menggambar secara digital Perkembangan perangkat lunak grafis membuat kegiatan menggambar bisa pula dilakukan dengan sentuhan penuh alat-alat komputer. Contohnya adalah karya gambar oleh Peter Welleman. Berikut daftar perngkat lunak yang memungkinkan kegiatan menggambar: Microsoft Expression Inkscape Adobe Photoshop Adobe Illustrator

Paint Shop Pro Corel Painter Pixia Kolourpaint Microsoft Paint The GIMP hatching, scribbling, stippling, dan blending.